16. Daku menafikan wujudnya kekayaan manusia, melainkan yang wujud adalah
kekayaanMu Ya Ghoniy Ya Mughniy yang Engkau alirkan melalui mereka.
SELAWAT & BICARAHATI ASMAULHUSNA
Terjemahan: Ya Allah, sejahterakanlah nabi Muhammad dan ahli keluarganya.
Sepertimana Engkau telah sejahterakan Saidina Ibrahim dan ahli keluarganya.
Bicarahati: Ya Allah Ya Salaam sejahterakan roh baginda Rasulullah saw dan ahli
keluarganya juga kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Kurniakanku jiwa khalifah dan
daya kekhalifahan sepertimana yang Kau berikan kepada Rasul2Mu dan ahli keluarga
mereka yang soleh. Ya Latiif Ya Sobuur kurniakanku kelembutan dan kesantunan
serta jiwa yang penuh dengan kesabaran dalam meneruskan perjuangan mereka
menegakkan agamaMu di dalam hati manusia.
Terjemahan: Berkatilah Nabi Muhammad dan ahli keluarganya. Sepertimana Engkau
memberkati nabi Ibrahim dan keluarganya di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Bicarahati: Ya Allah Ya Rohman Ya Roheem berkatilah roh baginda Rasulullah saw
dan ahli keluarganya juga kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Ya Rohman Ya
Roheem Ya Waduud kurniakan kami kasih dan cintaMu sepertimana yang Kau
kurniakan kepada mereka dan keluarga mereka yang soleh agar kami dapat hidup
berbakti kepadaMu dan berkorban jiwa dan raga untukMu.
50
SEDEQAH, INFAQ, ZAKAT
APA ITU SEDEQAH, INFAQ, ZAKAT?
Mengeluarkan sebahagian harta yang kamu cintai itu adalah hakikatnya
Menyembelih cintamu terhadap dunia
Memotong tali ikatan dunia yang mengikat rohmu dari datang dekat Allah
Menghilangkan wajah2 dunia pada matahatimu
Menyucikan habuk2 dunia pada cermin hatimu
Menabur benih di akhirat untuk masa depanmu
Mencari secebis redha Allah YA RAHMAN YA RAHIM dalam hidup yang
sementara ini
Berkongsi rasa kesempitan yang dirasai ummat Islam di sekeliling ketika
dirimu sentiasa kenyang
DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM
BERSEDEKAH
Ya Baari’, Agendakan diri ini untuk sentiasa bersedeqah bagi menolong orang2
yang memerlukan.
Ya Quddus Ya Jalil, Bersihkan hati ini dari penyakit kedekut dan cinta dunia dan
keluarkan harta benda dan wang ringgit dari hati ke genggaman kami dan bantulah
kami melaksanakan amanahMu dalam hidup kami.
Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, Perkasakan, perkuatkan dan perteguhkan jiwaku
untuk sentiasa bersedeqah dan menolong orang2 yang memerlukan.
Ya Nuur, Pancarkan Nuur sedeqah ke dalam jiwaku agar jiwa ini gemarkan
bersedeqah dan cenderung hati untuk sentiasa memberi sedeqah, Terimalah
sedeqahku ini sebagai sebahagian bekalan untuk dipersembahkan dihadapanMu
nanti sebagai amal soleh yang ikhlas dan kurniakan daku kelazatan beribadah
kepadaMu.
51
Doa Bicarahati Kepada Orang Yang Sedang Diuji
Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Saami’ sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Maha
Penyayang lagi Maha mendengar. Dengarkanlah bicarahati kami kepadaMu pada saat
ini. Ya Rahman Ya Rahim rahmatilah pesakit dan warisnya ini.
Ya Allah Ya Malik Ya Malikul Mulk sesungguhnya Engkau pemilik sekalian alam. Diri
kami ini milikMu, tubuh ini milikMu. Engkaulah penguasa sekalian alam. Hatta diri kami
berada dalam penguasaanMu. Jantung ini didegupkan olehMu Ya Muhyi setiap saat
dan ketika. Darah terus mengalir dalam saliran darah kami dialirkan olehMu Ya Waaliy
Ya Wakil Ya Baari' yang Maha Mengurus, Maha Mentadbir dan Maha Mengatur.
Udara terus dimasukkan olehMu Ya Fattah Ya Muhyi ke dalam rongga pernafasan
dan paru-paru kami agar kami dapat terus menghirup udaraMu.
Ya Allah sesungguhnya tiada sesuatu pun yang berlaku di dunia ini yang tidak
diketahui olehMu kerana Engkau Ya 'Alim yang Maha Mengetahui. Engkau
mengetahui apa yang sedang berlaku pada keluarga ini pada saat ini. Ya Allah tidak
ada sesuatupun yang berlaku di dunia ini yang terlepas daripada pandanganMu
kerana Engkau Ya Basir Yang Maha melihat sentiasa melihat makhlukMu.
Sesungguhnya Engkau memandang keluarga ini setiap saat tidak pernah melepaskan
pandanganMu daripada mereka. Ya Allah sesungguhnya Engkau Ya Sami' mendengar
setiap rintihan hambaMu, apa yang dibisikkan oleh hambaMu, tiada satu pun keluhan
yang terlepas daripada pendengaranMu. Maka Ya Allah, dengarilah rintihan keluarga
ini pada saat ini. Hanya Engkaulah tempat kami mengadu dan meminta pertolongan
Ya Allah Ya Somad. Ya Allah Ya Salaam Ya Fattah kurniakanlah kesejahteraan dan
kesihatan buat hambaMu ini dan bukakan jalan penyembuhan buatnya.
Ya Allah Ya Kholiq Ya Rahman Ya Rahim sesungguhnya kami ini dicipta olehMu
dengan penuh kasih sayangMu. Engkau mendegup jantung kami Ya Muhyi kerana
kasih sayangMu. Engkau mengalirkan darah dalam saliran darah kami kerana kasih
sayangMu. Engkau Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari' mengurus setiap orangan dalam
tubuh kami kerana kasih sayangMu. Kamilah hambaMu yang lalai dan lupa selama ini
kerana terhijabnya kami denganMu.
Kami sering membalas pemberianMu, kurniaanMu kepada kami dengan kelalaian,
dosa dan maksiat. Kami tidak mampu merasai kasih sayangMu dan kami tidak mampu
membalas kasih sayangMu. Maafi kami ampuni kami Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya
Tawwab.
Ya Allah Ya Mu'id kami akan kembali kepadaMu. Kehidupan di dunia ini hanyalah
sementara, akhirat itulah kehidupan yang kekal abadi. Jasad ini akan berhenti di sini,
52
akan mati dan bersemadi di dalam tanah, namun roh kami tidak akan mati. Roh kami
akan dibawa berjumpa denganMu di alam barzakh dan di hari akhirat. Maka kami
mohon kepadaMu Ya Allah Ya Salaam kesejahteraan jasad dan roh kami,
sejahterakanlah kehidupan kami di alam barzakh, di mahsyar dan di syurgaMu.
Sesungguhnya ujian sakit ini datang dariMu kerana kasih dan sayangMu Ya Rahman
Ya Rahim. Engkau tidak pernah menzalimi hamba2Mu kerana Engkau sangat kasih
kepada setiap ciptaanMu, tidak sesekali Engkau akan menyakiti hamba2Mu. Kamilah
hambaMu yang jahil yang seringkali tidak mampu memahami taqdir kasih sayangMu.
Ketika Kau menguji kami dengan ujian kesakitan, hakikatnya Engkau sedang
membentangkan jalan ke syurga buat hamba2 pilihanMu. Ujian ini merupakan
penyucian dariMu Ya Quddus Ya Jalil buat roh kami.
Ujian ini juga merupakan tarikan kasih dariMu Ya Mu'id Ya Rahman Ya Rahim.
Sesungguhnya Engkau Ya Quddus Ya Karim Maha suci dan Maha Mulia, ketika
Engkau ingin menarik hamba pilihanMu dekat denganMu, maka Engkau menyucikan
kami agar dapat sentiasa dekat denganMu. Maka Ya Allah Ya Qodir Ya Muqtadir Ya
Sobur, kurniakanlah redha dan sabar buat pesakit dan warisnya dalam menghadapi
ujian ini.
Sesungguhnya Engkau mengangkat darjat hamba2Mu yang redha dan sabar terhadap
ujianMu Ya Rofi’ Ya 'Aliy Ya Muta'aliy dan meletakkan kedudukan mereka sangat
istimewa di sisiMu. Ganjaran redha dan sabar ini terlalu mulia dan istimewa sehingga
Engkau menyediakannya di syurgaMu kelak.
Maka Ya Allah Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kurniakan mereka kekuatan dan
ketabahan jiwa dalam menghadapi saat2 ini. Ya Allah jadikanlah ujian ini sebagai jalan
untuk mereka lebih mendekatkan diri denganMu Ya Qoreeb dan lebih bergantung
penuh kepadaMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad.
Ya Hafiz Ya Muhaimin lindungi kami daripada bersangka buruk terhadapMu
sedangkan Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf Ya Karim kasih sayangMu tidak
pernah berhenti dan bertepi buat hamba2 ciptaanMu. Engkau pemilik kasih sayang
maka kasihanilah kami di dunia, alam barzakh dan di hari akhirat. Ya Fattah Ya Barr
Ya Karim masukkan sentiasa persangkaan baik kami terhadapMu walau apa jua
agendaMu buat kami. Kami yakin Engkau sedang memuliakan seluruh keluarga ini dan
sedang mendakap mereka dengan rangkulan kasih sayang dan cintaMu Ya Waduud.
Maka Ya Allah Ya Fattah Ya Rozzaq Ya Karim hadiahkanlah insan2 yang Engkau
muliakan ini dengan ganjaran keindahan cintaMu dan syurga abadiMu di atas redha
dan sabar mereka menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka Ya Allah Ya Hafiz Ya
Muhaimin daripada azab api nerakaMu Ya Muntaqim. Ya Allah Ya Fattah
permudahkan urusan rawatan yang sedang dijalani pada saat ini. Ya Rahman Ya
Rahim Ya Wahhab Ya Karim datangkanlah segala bantuanMu untuk rawatan ini dan
53
juga bantuanMu untuk jiwa kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya
Karim bantulah seluruh keluarga ini dalam urusan ibadah, pekerjaan dan kehidupan
mereka.
ZIARAH ORANG SAKIT, FAKIR MISKIN DAN ANAK YATIM
Doa Bicara hati untuk ringan melakukan kerja-kerja kebajikan:
Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, Yang maha suci lagi Maha Jernih, suci dan jernihkan
penyakit malas yang bertapak dihati ini. Ya Hafiz Ya Muhaimin yang Maha
Melindungi lagi Maha Memelihara, lindungi dan peliharalah jiwaku dari bisikan jahat
nafsu dan syaitan, Ya Nuur Ya Haq, pancariku cahaya kebaikan agar daku dapat
menyebarkan kebaikan dan kebajikan kepada manusia di sekeliling.
PANDUAN PENGHAYATAN ASMAUL HUSNA DI SYAWAL
Ketika mandi sunat 1 Syawal
Zikir: Ya Quddus, Ya Jaliil
Bicarahati: Ya Allah, Ya Quddus Ya Jaliil kurniakanku jiwa yang bersih kerana ia
sumber kekuatan bagi menzahirkan fitrah 99 sifat mulia yang tertanam dalam diriku.
Memakai baju baru dan wangian
Zikir: Ya Majid, Ya Hamid, Ya Karim, Ya Badi’
Bicarahati: Ya Allah, pakaikanku baju akhlak yang lebih baik dari sebelum ini yang
terkandung budi pekerti yang baik, terpuji dan mulia. Cantikkan akhlakku seperti
Rasulullah saw agar sesiapa yang bersahabat dengan ku akan menerima wangian
akhlak yang terpuji.
Ketika bertakbir di 1 Syawal
Zikir: Ya Kabiir, Ya Mutakabbir
Bicarahati: Ya Allah, Ya Kabir Ya Mutakabbir, kekalkan jiwaku dalam sentiasa
membesarkanMu melebihi sekalian makhluk. Membesarkan perintahMu dan
laranganMu, mengecilkan kehendak diriku dan manusia sekeliling yang bercanggah
dengan kehendakMu. Kekalkanku di dalam golongan hambaMu yang menang.
54
Ketika solat Hari Raya
Zikir: Ya Hamid, Ya Hafiz, Ya Muhaimin
Bicarahati: Ya Allah Ya Hamid, sesungguhnya Dikau Maha Terpuji. Izinkan daku
istiqamah memujiMu. Semua kebaikanku tidak layak dipuji kerana ianya kurniaanMu
Ya Hamid. Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungiku daripada gangguan nafsu dan syaitan
yang sering bekerjasama dalam melemahkan imanku. Daku sedar, daku tidak mampu
tanpa pertolongan dariMu.
Ketika berziarah, kunjung-mengunjung
Zikir: Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Jaami’
Bicarahati: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’, tautkan hati kami dengan tali
kasih-sayangMu yang kukuh agar kami saling sayang-menyayangi, bimbing-
membimbing, dan menyambung kembali tali silaturrahim yang terputus. Aturkan
kami di dalam saf-saf yang kukuh untuk membela ummah.
Ketika bersalaman dan bermaafan
Zikir: Ya 'Afuww, Ya Syakur
Bicarahati: Ya Allah, kurniakanku sifat pemaaf agar daku mampu memaafkan orang
sekeliling yang pernah menyakitiku. Tanamkan juga sifat pemaaf kepada mereka
untuk memaafkanku. Ya Syakur, kurniakan kami sifat faham- memahami dan bertolak
ansur.
55
HIMPUNAN BICARAHATI ASMAA’UL HUSNA DALAM
IBADAH DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN
Versi e-Book.
Cetakan ini boleh di cetak semula tanpa perlu pengawasan
sesiapa (ya Khobir ya Baseer ya Roqib)
Sebarang pertanyaan mengenai isi buku curahan
ilmu dari Allah ya ‘Alim ya Hakim ya Rashid ini boleh
berhubung dengan Dr. Wan Maseri (0136302817)
atau Dr. Noorulhafidzah Zawawi (0194755670)
-THREE I TRAINING AND CONSULTANCY-
www.threeitrainingandconsultancy
56