TAJUK: KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN
4 DAN 5, 4 ZON DI MALAYSIA
NAMA : SITI SOFEA BINTI AHMAD
NOMBOR MAKTAB : PB190037
HOMEROOM: PUAN SHARIDA
NAMA GURU : AISAH BIN MAT
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Pengenalan setiap novel
(a) Biografi setiap penulis
Sinopsis setiap novel
(a) Sinopsis keseluruhan
(b) Sinopsis setiap bab
5 kekuatan setiap novel
5 kekurangan setiap novel
5 cadangan penambahbaikan
Rujukan
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah
dan kurnianya, saya dapat menyiapkan kerja yang diberikan ini dengan sempurna dalam
jangka masa yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
Bahasa Melayu saya iaitu Puan Aisah Binti Mat, yang telah banyak membantu kami
menyiapkan kerja kursus pendek ini.
Seterusnya, saya juga ingin mengalungkan setiggi-tinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa
saya yang telah memberi dorongan dan sokongan moral kepada saya.
Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambah ilmu
pengatahuan dan memberi manfaat kepada diri sendiri.
PENGENALAN SETIAP NOVEL
1) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
2) Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
3) Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
4) Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
5) Novel Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu Binti Mohd Yusop
6) Novel Silir Daksina karya Nizar Parman
7) Novel Tirani karya Beb Sabariah
8) Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
Cerita ringkas tentang novel
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar
Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu
adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga
ke titisan darah yang terakhir.Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah
keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung
nyawa.
Biodata Abdul Latip Talib
Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung
Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di Jelebu Negeri
Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana, drama
televisyen dan novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa telah
diterbitkan. Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak menumpukan pada penulisan novel sejarah
dengan Syarikat Penerbitan PTS, kini lebih 30 buah novel telah dihasilkan.
Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam,
Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi
Negeri Sembilan, Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel
sejarah Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta Pingat Khidmat
Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.
Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau
menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku
beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang
Benar, Khalifah-khalifah yang Benardan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih
sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top
10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan Ringgit'.
Kulit hadapan dan kulit belakang Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Sinopsis keseluruhan novel
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar
Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu
adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga
ke titisan darah yang terakhir.Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah
keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung
nyawa.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa setiap bab
Bab 1 - Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)
bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang
anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang
bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai
Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya
pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi
tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen 'siapa yang menentang
Inggeris ialah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah (British) tidak suka kepada
sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya
hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Bab 2 - Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia sangat
menggemari kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan bercerita
mengenai kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa
anak sulungnya ke tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar anaknya itu
mengenai betapa susahnya untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu hektar
kebun getah dan sebidang tanah sawah tinggalan orang tuanya yang menjadi sumber
pendapatan kepada Pak Saidi untuk menyara keluarganya. Penduduk kampung Sungai
Ramal bergantung hidup kepada aktiviti pertanian sepenuhnya. Mereka akan
mengusahakan sawah padi dan menoreh getah untuk mendapatkan sumber
pendapatan. Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka
menghabiskan masa dengan bersembang di warung kopi milik Pak Samad yang
terletak di persimpangan kampung. Pak Saidi dan Adnan singgah sebentar di warung
tersebut untuk melepaskan lelah. Warung itu tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah
suara penduduk kampung yang menjamu selera sambil berbual dan ada juga yang
bermain dam.
Bab 3 - Harapan Seorang Ayah
Pak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang dari menoreh getah. Hatinya
gembira apabila melihat gelagat anak-anaknya itu. Sambil duduk berehat di atas
pangkin kayu, Pak Saidi melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat.
Adnan mengajak adik-adiknya untuk berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu
melibatkan dua lawan satu, namun Adnan tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua
adiknya kerana sikapnya yang tidak mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat,
Adnan yang selalu menang. Pak Saidi dapat melihat semangat pahlawan yang ada
dalam diri anak sulungnya itu. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi Pak Saidi
mempunyai wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya.
Bab 4 - Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Pak Saidi bersama anak sulungnya, Adnan pergi ke dusun durian untuk
membersihkan kawasan dusun tersebut. Setelah selesai membersihkan dusun, mereka
melepaskan penat dengan berehat di sebuah pondok yang terdapat dalam dusun
tersebut. Sambil berehat di pondok, Adnan mengambil peluang untuk bertanya
ayahnya mengapa dusun itu terletak berdekatan dengan kawasan kubur. Ayahnya
telah menceritakan tentang asal usul kawasan dusun tersebut. Adnan juga telah
bertanya mengenai asal usul keluarganya yang berasal daripada keturunan
Minangkabau. Pak Saidi juga telah bercerita kepada Adnan mengenai penentangan
orang Melayu terhadap pihak penjajah.
Bab 5 - Harapan Seorang Ibu
Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya, Mak Milah. Mak
Milah mempelawa Pak Saidi untuk makan tengah hari. Pak Saidi mengajak anak-
anaknya untuk makan tengah hari bersama. ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk
memberi nasihat kepada anak-anaknya. Adnan meminta kebenaran daripada ayahnya
untuk bersekolah pada tahun hadapan. Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak
Saidi untuk menghantar Adnan sama ada di sekolah Melayu, sekolah Inggeris ataupun
di sekolah pondok. Akhirnya, Mak Milah akur dengan keputusan yang diambil oleh
Pak Saidi.
Bab 6 - Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk
kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan
menjadi murtad, namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya
menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi
mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah.
Bab 7 - Mereka Tidak Mengerti
Penduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang ramai heboh bercerita
mengenai Pak Saidi yang menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Ramai
penduduk tidak bersetuju. Pak Saidi orang pertama yang berbuat demikian. Mereka
khuatir anak Saidi akan dipengaruhi oleh Orang Putih. Lebai Pian menyuruh Tok
Ketua mengambil tindakan atas perebutan Saidi. Namun, Tok Ketua membantah.
Lalu, Tok Ketua menyatakan bahawa anak Lebai Pian mencuri buah rambutan dan
durian orang kampung. Nordin iaitu anak Lebai Pian membuat rancangan untuk
mengenakan Pak Saidi.
Bab 8 - Seteguh Karang
Pak Saidi berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba Karim
datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian, Karim
memberitahu Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil
tindakan ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih.
Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar anaknya
ke sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua
Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi. sedikit
perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian. Akhirnya Lebai Pian
kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi.
Bab 9 - Anak-anak Kampung
Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah
bermain perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan
bahasa Inggeris. Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri. Adnan
dan Pak Saidi telah cuba untuk mengejar pencuri itu, Pak Saidi kagum dengan
keberanian yang dimiliki Adnan. Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh
pencuri itu. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Dia
amat disenangi teman dan guru-gurunya.
Bab 10 - Masuk Jawi Basikal Baru
Adnan merupakan pelajar yang rajin dan disayangi gurunya seorang lelaki Inggeris
bernama Anderson. Tambahan pula apabila Adnan mengatakan dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan tidak
lama lagi. Selepas berkhatan, Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan
sebuah basikal baharu.
Bab 11 - Yakin Boleh
Adnan ingin mencuba menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris, rakan-
rakannya telah mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah tertarik dengan kesungguhan
Adnan. Selepas itu, ramai rakannya yang lain turut ingin menyahut cabaran daripada
Cikgu Nazri. Mak Milah menguji sikap anaknya yang berkobar-kobar dan
berkeyakinan tinggi. Pak Saidi memberi kata-kata semangat supaya menguatkan lagi
semangat Adnan untuk menang. Adnan telah menjuarai pertandingan tersebut.
Bab 12 - Jaguh Kampung
Adnan dan Budin telah berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan telah
bertikam lidah sebelum pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati
atas kemenangan yang berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam
perlawanan bola sepak. Pada hari itu, telah diadakan perlawanan tinju antara kampung
Sungai Ramal dan Kampung Sungai Merab, Adnan dan Budin telah terlibat dalam
pertandingan itu. Para penyokong telah menyokong dengan keghairahan. Kemudian
penonton terkejut apabila melihat Budin dan Adnan berpelukan dan bersalaman.
Bab 13 - Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di
sekolah Sungai Ramal namun Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-
cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar
Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan
Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi
mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat
kebangsaan dalam kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.
Bab 14 - Askar Melayu Di Raja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil
anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan
hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh
beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan
yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa
pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan
oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa.
Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-
cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Bab 15 Buku - Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke
kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi cuma berjalan kaki dan
menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port
Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang
anggota tentera yang datang ke rumahnya.
Bab 16 - Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal
dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut
terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat
yang paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua
rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan
akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut
telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka
kerana masing-masing terlalu rindu akan keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Bab 17 - Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima
kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut
terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama
kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang
guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda.
Bab 18 - Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah dengan kehadiran
tiga orang anak; dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan.
Bagaimanapun bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt.
Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama.
Mereka tinggal di rumah besar diPasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk
keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.
Bab 19 - Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah
Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka
di Kajang. Ini merupakan masa yang getir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya,
Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir
mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya
pulang ke kampung mereka di Kajang.
Bab 20 - Bukit Candu
Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu penting
untuk dipertahankan. Sekiranya pertahanan di bukit Candu dapat ditembusi maka
musuh boleh menguasai Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu, Leftenan
Adnan mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan
kubu serta berjumpa dengan penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai
penduduk kampung yang enggan berpindah.
Bab 21 - Di Ambang Perang
Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat
mengadakan persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas
C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet),
dan Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh.
Mereka membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia
termasuk Tanah Melayu dan Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun
itu dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas
bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu.
Bab 22 - Hati-Hati Yang Resah
Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson, Australia yang berpangkalan di lapangan
terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina
Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan
pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-
kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal
tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap
melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-
kapal tersebut sedang menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah
Melayu.
Situasi merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa
perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah
kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapanmenerima arahan agar belayar ke
laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar
Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan
pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin.
Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan
agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun
bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada
berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar
ke utara menujui Teluk Siam.
Bab 23 - Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga
bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia
berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar
Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan
Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada
dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.
Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-
kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Bab 24 - Perangkap Tidak Kena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam
British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah
jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar
menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan
yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun
yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander
batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan
musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah
Melayu : "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan
ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai,
separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak
sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil
dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka
menguasai tempat mendarat.
Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera
India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku,
gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam
British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja
kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan
membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai
India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25 - Gagalnya Operasi Matador
Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota
Bharu suatu mesyuarat tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath segera
menghubungi Ibu Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di Teluk
Siam mendapati adanyanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkla dan
Pattani. Tetapi Ops Matador tidak dapatdilakasanakan kerana Jeneral A. E. Percival
yang bertanggungjawab dengan Ops Matador sedang menghadari mesyuarat Majlis
Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati Tentera Jepun sudah mendarat di Kota
Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival
menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah
Ops Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan.
Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan yang kuat.
Bab 26 - Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun
dalam masa yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat buah
kapal pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana
maereka juga diserang oleh kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival mengarahkan
tentera India British menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam kabut, Panglima
Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus
hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat
pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Pak Saidi
mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita
tentang Ahmad, sudah terkorban di medan perang. Penduduk kampung ramai
membaca Yasin untuk Ahmad.
Bab 27 - Perancangan Dua Jeneral
Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di
Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi
pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung
Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan
terpaksa mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ.
Panglima Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan
jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942,
seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun
telah menawarkan Samad agar berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan
Singapura , Samad bersetuju dengan tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak
tertekan dengan keadaan yang sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry
Gordon Bennett membuat pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di
bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan mengatur persiapan bagi menentang
tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang.
Bab 28 - Pertempuran Demi Pertempuran
Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan balas
tersebut membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi.
Pasukan tentera India dan tentera British yang bertahan tidak berupaya memberikan
tentangan berkesan dan terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat
menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral Yamashita dan telah menghantar
surat kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah kalah. Leftenan Adnan akan
mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa-apa cara sekalipun.
Bab 29 - Terus Berjuang
Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal
kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan
persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera
Jepun. Pasukan Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan pertahanan di satu
rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral Yamashita berang
apabila tiga pengintipnya mati ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar
Melayu dari Kompeni "B" meresahkan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus
bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan yang terakhir.
Bab 30 - Serangan Balas
Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur
ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun
sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur
memerintahkan orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan
pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita
bertambah berang, dia mahu pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi
kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk
mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah
dibunuh dari jarak yang dekat.
Bab 31 - Biar Putih Tulang
Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh tentera
Jepun telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu, tentera
Jepun telah bertekad untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara besar-
besaran. Serangan kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan
disusuli dengan serangan pasukan artileri.
Bab 32 Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjatadigunakan,
termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan
mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan
tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh
orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang
menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai
yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni.
Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera
parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan,
tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di
bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam
tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet.
Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Bab 33 - Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah
kalah. Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran
dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah
banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu
bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat
tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup
lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar
Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
Bab 34 - Darah Mengalir Di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal,
Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah
berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan
keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat
anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan
pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu.
Bab 35 - Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan
keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba
kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang, dan apa saja yang boleh menjadi
alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia
diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada
15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh
British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang
dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk
menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula,
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan
akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia.
Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan
menghidap penyakit leukemia.
5 KEKUATAN NOVEL
Setelah menjalankan kajian tentang novel ini saya berasa sangat kagum akan perjuangan
Leftenan Adnan dan askar-askar lain dalam mempertahankan Tanah Melayu. Leftenan
Adnam sanggup berjuang habis-habisan kerana tidak mahu tentera Jepun masuk ke Tanah
Melayu. Kebaikan yang saya dapat ialah sikap Leftenan Adnan yang sangat bersungguh-
sungguh dalan melakukan sesuatu perkara patut dicontohi oleh masyarakat. Seterusnya ,
Leftenan Adnan merupakan seorang yang tetap dengan pendiriannya. Walaupun keluarganya
tidak bersetuju dengan keputusannya, dia tetap masuk ke dalam bidang tersebut hingga
mendapat banyak anugerah dan dinaikkan pangkat. Jadi, kebaikan yang saya dapat adalah
kita mesttiah kuat dalam mempertahankan pendapat kita walaupun orang lain tidak bersetuju
terhadap apa yang kita lakukan kerana mereka tidak akan tahu apa yang akan berlaku di
kemudian hari. Selain itu walaupun keluarganya tidak bersutuju dia tetap kuat dan tidak
membenci mereka sehingga dia dinaikkan pangkat sebagai leftenan muda. Jadi, kebaikan
yang saya dapat adalah kita tidak perlu membuang masa membenci orang dan meneruskan
perjuangan kita hingga membual mereka kagum dengan keputusan kita sendiri. Di samping
itu, kisah novel ini sangat menarik hati saya untuk membaca kerana ia merupakan sejarah dan
tidak fiksyen sehingga ia ditayangkan sebagai sebuah filem. Jadi, saya pasti masyarakat lain
akan suka dengan kisal novel ini Akhir sekali, novel ini menarik kerana ia menceritakan
tentang betapa sayangnya aska-askar dahulu terhadap Tanah Melayu. Semangat patriotik ini
boleh dicontohi oleh para pelajar dan masyarakat supaya negara kita kekal aman dan
harmoni.
5 KELEMAHAN NOVEL
Setelah menjalankan kajian tentang novel ini, saya mendapati bahawa plot cerita novel ini
agak memeningkan pembaca. Seterusnya, novel ini mengandungi terlalu banyak babak ngeri
seperti pembunuhan. Selain itu, novel ini ada menceritakan tentang strategi yang lemah
apabila lepun menyerang askar-askar melayu dalam keadaan askar-askar Melayu sedang lalai
dan tidak bersiap sedia. Di samping itu, novel ini mengandungi watak yang kaki pembelot
dan mengkhianati orang kampung kerana beliau merupakan pengintip Jepun. Akhir sekali,
penulis tidak mengetengahkan watak sampingan dalam novel ini. Hal ini menjadikan
pembaca kurang minat untuk mengetahui cerita sepenuhnya.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Setelah menjalankan kajian tentang novel ini saya mendapati babawa kulit novel ini kurang
memuaskan hati saya. Jadi, pada pendapat saya, pencipta novel ini boleh meletakkan gambar
Leftenan Adnan pada kulit novel supaya ia lebih menarik untuk dilihat dan dibaca oleh para
pelajar. Seterusnya, kulit depan dan kulit belakang novel ini kurang menarik perhation para
pelajar kerana ia tidak seiring dengan peredaran masa. Jadi, pada pendapat saya, pencipta
novel ini boleh menggantikan kulit baharu seiring dengan zaman supaya para pelajar dan juga
masyarakat lebih tertarik untuk membaca tentang kisah yang terdapat dalam novel ini. Selain
itu, penulis mestilah menekankan tentang kesudahan cerita novel ini dalam kalangan pelajar
dan juga masyarakat. Di samping itu, penulis juga boleh menambahkan lagi ilustrasi dalam
novel ini agar pembaca boleh membayangkannya dan dapat menarik minat pembaca untuk
tahu cerita selanjutnya. Akhir sekali, penulis wajarlah menekankan tentang mumi dalam
novel ini agar ia boleh menjadi teladan kepada pembaca.
Pengenalan Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Cerita ringkas tentang novel
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada
awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi
apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk
melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi
gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya
untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan
virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara
Biodata Dayang Noor
Novel ini ditulis oleh Dayang Noor atau nama sebenarnya Noor Aziza pada tahun 2012 dan
diterbitkan oleh UTM & Utusan Publications. Penulis yang merupakan graduan Ijazah
Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai pertandingan sayembara
anjuran Utusan bagi karya Di Sebalik Dinara. Walaupun hanya mendapat saguhati, novel ini
berjaya dipilih dalam KOMSAS kerana mempunyai tema yang menarik iaitu fiksyen
spekulasi berlatar belakangkan sains dan teknologi.
Kulit hadapan dan kulit belakang Novel Di Sebalik Dinara
Sinopsis keseluruhan novel
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki
rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu
rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan
adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah
simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari
kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah
menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab
dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha
dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis
sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah
physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat
bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,
Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah
sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha
menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan
persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada
pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke
rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa
dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat.
Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut
apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa
dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha
namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak
memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan
Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan.
melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan
melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung
dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik
Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida
berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha
dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu
memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik
oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya
ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti
sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh
Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti
Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab
semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali
dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri
Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan
perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang
kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha.
Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk
berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat
pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya
ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan
aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida.
Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan
bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
Sinopsis Novel Di Sebalik Dinara setiap bab
Bab 1 – Farisha yang merupakan seorang jurutera keselamatan sistem selesai
bermesyuarat di Nusajaya. Di Lapangan Terbang Senai, dia berkenalan dengan
Aqram sepanjang perjalanan ke KLIA. Farisha terkejut apabila melihat pintu
rumahnya dipasang retinal scanner dan terpaksa menunggu Shida, kawan
serumahnya untuk masuk ke dalam apartment mereka. Farisha ingin berehat
kerana keesokan hari, dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance.
Aqram yang duduk disebelah Farisha berjaya mencuri cawan minuman Farisha
semasa si dalam kaapl terbang dan bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji
DNA Farisha.
Bab 2 – Keesokannya, Farisha dan pembantunya Rosman menghadiri sebuah
simposium. Dia kecewa Philips Young hanya menyampaikan ucaptama beliau
melalui hologram. Farisha bertemu dengan Aqram tanpa diduga dan Aqram
menyatakan keinginan mencari jururunding untuk sebuah projek mini di
makmalnya. Aqram sebenarnya sudah sebulan menjejaki Farisha untuk dibawa ke
Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Bab 3 – Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram berikutan tawaran untuk
menjadi jururunding untuk sebuah projek. Aqram bersetuju membincangkan
perkara ini di Puchong, iaitu di rumah Karl. Tetapi sebelum itu, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan beliau telah
menawarkan RM1.5 juta kepada mereka untuk menggodam komputer Soft Lab.
Farisha meminta sedikit waktu sebelum membuat keputusan. Mereka juga melihat
Karl yang terlantar kerana sakit barah sebelum pulang.
Bab 4 – Farisha bersetuju untuk berjumpa dengan Aqram di Soft Lab, Cyberjaya.
Dia menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul
Anwar di tempat sama. Pejabat Soft Lab yang dilengkapi dengan pelbagai
teknologi yang canggih mengujakan Farisha sehingga dia menemui Dinara di
Pusat Data. Farisha menjalankan tugasnya untuk menggodam dan mengukuhkan
sistem Dinara sehingga waktu petang dan pulang bersama Shida. Dr. Maxi,
Aqram dan Khairul Anwar berbincang mengenai rancangan mereka. Mereka
perlukan Farisha dan Shida di Soft Lab dan Dr. Maxi memakan ingatan Alia,
sebuah cyborg canggih supayarancangan mereka tidak diganggu.
Bab 5 – Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Aqram menjelaskan kepada
Farisha bahawa Karl yang membangunkan Dinara dan ia kini diancam sebuah
virus setelah diceroboh. Pada petang itu, Farisha mendapat tahu bahawa Rosman
tidak akan bersamanya kerana mendapat tawaran yang lebih lumayan di
Senawang dan Farisha berasa tugasnya amat berat. Cyborg Alia bertengkar
dengan Dr. Maxi kerana tindakan memadam ingatannya dan cemburu dengan
kehadiran perempuan lain di sisi Karl. Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga
terlambat bangun.
Bab 6 – Keesokannya, Farisha lewat dan berasa kepalanya berat serta tidak sedar
Alia telah memasukkan cip ke dalam tubuhnya untuk berkomunikai dengan Karl.
Karl telah meminta tolong daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Alia
menjadi cemburu dan marah kerana tidak mengesan butiran perbualan Farisha dan
Karl. Selepas beberapa ketika, Farisha sedar dan segar apabila makan pil yang
diberikan oleh Aqram. Shida membincangkan dengan Farisha tentang kehilangan
seorang penyelidik bernama Medina yang bekerja di Soft Lab.
Bab 7 – Farisha, Shida dan Rosman berjumpa pada sebelah malam di pejabat
Secured Shell untuk meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Farisha tiba-
tiba sakit kepala setelah melihat sebuah cahaya putih yang memancar ke arahnya.
Mereka terus pulang. Dua hari selepas itu, Farisha diundang untuk makan malan
di rumah Abang Azraai bersama keluarganya Kak Mariah, anak-anaknya Aina
dan Dina. Farisha telah mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan
dirinya merupakan anak angkat kepada ibu dan ayahnya.
Bab 8 – Keesokannya Farisha pengsan dan dibawa ke hospital. Aqram, Khairul
Anwar dan Dr. Maxi hairan kerana Farisha tiada latar belakang penyakit yang
membimbangkan. Mereka bergegas ke arkib untuk berjumpa Shida dan
bertanyakan hal yang sama.
Bab 9 – Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar merancang Plan B iaitu untuk
menggantikan Farisha dengan Shida tetapi mereka berdua amat berbeza. Shida
pulang ke rumah untuk mencari bukti penyakit Farisha namun tidak jumpa tetapi
mendapat tahu Shida merupakan anak angkat. Shida dan Rosman melawat semula
Farisha yag kelihatan lemah di hospital. Farid dan Amin datang ke katil Farisha
untuk masuk ke ruang fikiran Farisha yang sebelum ini dilingdungi oleh Wall.
Farisha yang lemah telah membuatkan Wall menjadi lemah. Aqram pula mencari
amkklumat pada badan Farisha menggunakan sebuah alat dan menunjukkan
kesihatan Farisha pada tahap yang tidak memuaskan. Dr. Maxi menyarankan
Shida akan menggantikan tempat Farisha.
Bab 10 – Shida telah dibedah untuk menanam microchip seperti Farisha tanpa
sedar oleh Alia. Tetapi tindak balasnya lebih teruk dan Dr. Maxi berdegil lalu
memberhentikan ujikaji selepas lima minit. Dalam masa yang sama, Farisha
berkomunikasi dengan “Mummy” di bawah sedar. Farid dan Amin berasa hairan
melihat seorang perempuan tua yang menyuruh mereka melakukan perkara
tersebut menjerit gembira. Farid menyanggah perbuatan perempuan tersebut
kerana sanggup melakukan ujikaji terhadap anaknya sendiri. Dia tidak peduli
asalkan beliau telah membuktikan dirinya lebih hebat daripada “lelaki itu”.
Manakal Shida tetap murung dan tidak pulang ke rumah, tidak bercakap, makan
ataupun minum. Aqram gagal untuk memasuki minda Shida.
Bab 11 – Farisha yang boleh bangun dan berjalan mendapatkan penjelasan
daripada Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai berkata Farisha menjadi adik
angkatnya kerana ingin menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujian.
Terdapat beberapa orang yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan Farisha.
Farisha memberitahu di dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azrai berasa cemas
dan membawa Farisha keluar dari hospital. Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk
mempengaruhi otak Shida dan akhirnya Dr. Maxi dapat berkomunikasi dengan
Karl. Karl mengarahkan untuk membawa Farisha ke situ kerana virus di dalam
Dinara bukan sahaja akan memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Farisha
yang dalam perjalanan ke Kulai bersama Azraai telah diculik oleh orang suruhan
ibunya. Di Soft Lab, Karl bercakap melalui Shida bahawa Khairul anwar
merupakan seorang budak pengemis yang telah diganti ingatannya dan Karl telah
memukul seorang wanita sehingga cacat.
Bab 12 – Farid dan Amin yang menculik Farisha dalam perjalanan ke Seremban
untuk bertemu dengan ibunya Marilyn. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan
Shida dan memberitahu wanita cacat itu adalah dirinya yang dipukul oleh Karl
serta nama asalnya adalah Rusmina. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar yang
menyaksikan perbualan tersebut turut berasa sedih. Menurut laporan daripada
Dinara, Dr Maxi memberitahu Aqram dan Khairul Anwar bahawa ujikaji tersebut
pernah dijalnkan terhadap Medina. Alat pengesan pintar Rosman mengesan arah
Farisha dilarikan iaitu menuju ke Soft Lab Cyberjaya. Farisha tersedar di dalam
kereta bersama Farid dan Amin dan berasa marah serta ketakutan untuk berjumpa
dengan ibunya. Sebaliknya Farisha mahu dihantar ke abangnya Azraai tetapu
tidak dipeduli. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Karl dan mendapat tahu
bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Alia masih berasa cemburu. Di
sebuah stesen minyak, Marilyn berjumpa dengan Farisha tetapi ditempelak dan
memarahi ibunya kerana ingin membunuhnya dahulu. Suis alat pemintas untuk
melemahkan wall Farisha dihidupkan
Bab 13 – Dr Haris yang merawat Karl menyatakan kesihatannya semakin teruk
tetapi Dr. Maxi terus cuba untuk berkomunikasi dengan Karl. Melalui Shida, Karl
sedar dan bertindak menggunakan komputer untuk menghapuskan virus dalam
Dinara. Marilyn akhirnya tiba bersama Farisha, Farid dan Amin. Rahsia dibongkar
iaitu Marilyn / Medina merupakan ibu Farisha dan Karl bapanya yang sanggup
mengeksploitasi anaknya untuk kajian di Soft Lab. Marilyn bermusuh dengan
Karl kerana telah mensabotaj fikirannya, akibat tindakan itu Marilyn menjadi
separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan Aqram menyelamatkan
Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya.
Bab 14 – Karl semakin tenat dan semua kenalannya, bergilir-glir mendekati Karl.
Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Karl
meninggal dunia dan mayatnya dibakar serta abunya ditabur di Selat Melaka.
Shida masih bersikap aneh dan mengajak Aqram untuk pulang ke Soft Lab untuk
menyelamatkan Dinara. Aqram yakin masih terdapat Karl di dalam Shida.
5 KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat dalam novel disebalik dinara ialah penulis dapat menarik minat
pembaca untuk membaca novel ini. Selain itu, penulis juga dapat menerangkan atau
menceritakan tentang kecanggihan teknologi pada masa hadapan. Terdapat pelbagai jenis
teknologi yang diterapkan dalam novel ini. Seterusnya, banyak nilai murni yang ditulis oleh
penulis. Antaranya ialah nilai kasih sayang, nilai kesyukuran dan nilai kebijaksanaan. Di
samping itu, jalan cerita yang diceritakan dalam novel ini sangat menarik dan penuh dengan
perkataan-perkataan yang baharu yang dapat kita pelajari. Akhir sekali, novel ini memberi
banyak pengajaran untuk kita. Salah satunya ialah. Novel ini mengajar kita untuk berfikir
sebelum membuat keputusan agar kita tidak menyesal dengan apa yang kita lakukan.
5 KELEMAHAN NOVEL
Setelah membuat kajian tentang novel ini terdapat banyak kekurangan yang kurang
memuaskan bagi para pembaca. Terdapat moral yang tidak elok untuk kanak-kanak bawah
umur kerana penulis telah menulis terlalu banyak unsur-unsur negatif dan lucah. Novel ini
juga menjadi kegunaan guru dan pelajar, jadi ia tidak sesuai untuk dibincangkan. Seterusnya,
novel ini juga mengelirukan pembaca kerana mengandungi imbas kembali yang tidak
memerlukan dan secara tiba-tiba tanpa memberikan penanda. Selain itu, novel ini juga
mempunyai plot cerita tentang misteri yang tergantung. Hal ini dikatakan kerana pada
awalnya ia letah membuat pembaca teruja dengan peristiwa hitam yang dimaksudkan namun
pada alchirnya peristiwa hitam ini tidak diberikan penerangan dan membuat pembaca berasa
agak kecewa. Di samping itu, novel ini mempunyai permulaan plot yang kurang menorik
kerana ia tidak bermula secara berperingkat malah membuatkan pembaca kelim dengan
konflik yang dibeti pada awal- awal novel dan bukan pada bahagian pertengahan novel.
Akhir sekali, novel ini juga mengetengahkan sikap penting berbanding masyarakat. Hal ini
dikatakan kerana ia perlu dibincangkan oleh guru dan pelajar, jadi nilai kepentingan
masyarakat patut ditunjukkan dalam novel ini.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Setelah membuat analisis berkaitan novel ini, saya mencadangkan bahawa penulis perlu
rnemperbanyakkan unsur-unsur positif supaya ia tidak menjejaskan akhlak para pembaca
dimana rata-rata pelajar yang berumur 13 hingga 17 tahun menjadi target untuk membaca
novel ini. Seterusnya, penulis mestilah memperbanyakkan nilai yang mendorong kepada
kepentingan masyarakat berbanding diri kerana gurudan pelajar merupakan peratusan tinggi
yang membaca novel ini jadi nilai kepentingan masyarakat patut diutamakan untuk memupuk
para pelajar. Selain itu, penulis juga boleh mengurangkan persoalan dalam sesebuah jalan
cerita sebaliknya memberikan penerangan dan menceritakan sehingga habis supaya pembaca
trdak berasa bingung. Di samping itu, penulis boleh mengurangkan kisah yang membawa
kepada unsur negatif atau lucah supaya pembaca tidak terpengaruh atau tidak selesa dengan
jalan cerita tersebut. Akhir sekali, saya mencadangkan bahawa penulis boleh menukarkan
wama pada latar belakang kulit novel kerana lama- kelamaan warna itu menjadi tidak
menarik dan tidak tertarik untuk dibaca.
Pengenalan Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Cerita ringkas tentang novel
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada
adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya.
Biodata Khairuddin Ayip
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit
Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik
beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada
tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun
1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM.
Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM
Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau
mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni
dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling
Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18,
Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai
Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996,
beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik
Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam,
Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang
penulisan. Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung
tradisi masyarakat berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan
Parit Raja,. Beliau melalui kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama
sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu mengikuti kursus perguruan di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya banyak berubah semasa bertugas
di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri, kerabat raja,
datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau melihat
pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan
pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri dan
nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala
kemungkinan.
Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat
membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila
menatap karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering
terpampang melalui media massa. Pada tahun 1975, beliau mula menulis dan
karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian semasa beliau di tingkatan
tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi rencana yang
tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan
SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight
Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat
dirinya dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi
Senja yang diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983. Semasa
menunggu keputusan STP, beliau menggarap novel Ayahku Ayahku Jua
(diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang berjaya mendapat tempat
ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982.
Beliau semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai
merestui minat beliau. Mulai detik itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen,
drama radio dan drama pentas.
Kulit hadapan dan kulit belakang Novel Songket Berbenang Emas
Sinopsis keseluruhan novel
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-
temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan
hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat
kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata /
bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan
ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam
SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya
walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan
bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh
mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang
lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan
untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu,
Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan
masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di
asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah
tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM
dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31
Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua
tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada.
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas setiap bab
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih
tidak lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan
Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk
tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin
membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta
Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak
suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak
betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan.
Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh
apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia
menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia
tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad
dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang
berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi
ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar
emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu
kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba
salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis
yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari
mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk
membaiki diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi
ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan
adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga.
Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital.
Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada
Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek
Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka
disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan
Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula
peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada
bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak menceritakan perkara
sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu
bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka
dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela
menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.
Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada
hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada
petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain
pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua
kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said.
Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan
daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah
telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan
nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal
Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang
dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-
suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok
ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak
akan menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang
pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya
ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga
Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila
mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !