Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba
Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu
bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi
Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi
emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak
sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka
berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui
keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana
ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan
kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang
ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga.
Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari
dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong
telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu
Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang
keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan
menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju
dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut
apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana
dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya
untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal
di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat
sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik
Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19: Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar
harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke
rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan
Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20: Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas
itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar
harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus
tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah
hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk
abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah
yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang
yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-
barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah
dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka
telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji
Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke
Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia,
rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia
juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28: Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga
sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala
Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak
RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah
kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana
pun.
5 KEKUATAN NOVEL
Setelah membuat kajian tentang novel ini, terdapat beberapa kebaikan yang boleh diterapkan
dalam kalangan pembaca mahupun masyarakat. Novel ini menceritakan tentang kebijaksaan
watak utama dalam menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebagai contoh, Farisha Berjaya
mengesan kelemahan Dinara melalui pertanyaan yang ditimbulnya sendiri. Selepas itu,
mempunyai pengajaran dimana pembaca dapat sedar bahawa tidak semua perkara harus
ditunjukkan dan sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling. Seterusnya, pembaca dapat
didedahkan dengan penggunaan teknologi yang canggih. Sebagai contoh, Farisha boleh
berkomunikasi dengan Karl secara bawah sedar semasa Karl dalam keadaan koma. Di sampig
itu, tema novel ini sangat menarik minat masyarakat zaman sekarang kerana ia merupakan
sains fiksyen dan berkenaan dengan teknologi yang canggih dan moden. Akhir sekali,
terdapat nilai murni seperti berdikari pada watak utama yang boleh dicontohi oleh pembaca.
Sebagai contoh, Farisha memikul beban hidupnya sendirian tanpa pertolongan orang lain.
5 KELEMAHAN NOVEL
Setelah membuat kajian tentang novel ini, saya juga mendapati bahawa terdapat beberapa
kekurangan yang membuatkan pembaca kurang berpuas hati. Terdapat peristiwa yang amat
menyukarkan watak utama dalam satu masa. Hal ini akan mernbeatkan pembaca fidak puas
hati akan jalan cerita tersebut.Seterusnya , terdapal banyak findakan yang tidak
menyenangkan bagi saya. Sebagai contob, memasukkan cip dalam badan sesorang tanpa
pengetahuan orang temebut. Peristiwa ini akan menimbulkan sikap buruk terhadap pembaca
mahupun masyarakat. Sebin itu, novel hfijuga mempunyai watak yang kurang memuaskan
hatisaya. Sebagai comoh, terdapat watak yang bersikap mata duitan dan hanya mementingkan
dirinya dalam cerita tersebut. Di samping itu, terdapat banyak dialog dan membosankan
kerana ia ia menyebabkan pembaca tidak memaharni pbt cerita tersebut dan Akhir sekali,
novel ini juga membuatkan pembaca taasub dengan penggunaan teknologi dan menjadikan
pernbaca seorang penggodam yang tidak pakar.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Setelah menjalankan kajian tentang novel wi, saya mendapati balrawa terdapat peristiwa yang
amat menyukarkan watak utama dalam satu masa. Jadi, pada pendapat saya, pemdis bolch
mengurangkan beban atau ujian terhadap watak utama dalam satu masa supaya para pembaca
dapat membaca dengan tenang. Seterusnya, kisah dalam novel ini terdapat banyak tindakan
yang tidak menyenangkan bagi saya. Sebagai contoh, memasukkan cip dalam badan
seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut. Jadi, pada pendapat saya, penulis boleh
mengurangkan perbuatan yang tidak menyenangkan seperti inl dalam novel supaya perkara
ini tidak diikuti atau dipengaruhi oleh para pembaca. Selain itu, novel ini juga terdapat watak
yang kurang memuaskan hati saya seperti mata duitan dan mementingkan diri. Pada pendapat
saya, watak perwatakan seseorang yang mata duitan tidak perlu cerita perbuatannya dalam
novel. Jadi, penulis boleh memotong bahagian tersebut dalam novel supaya perkara tersebut
tidak dipengaruhi oleh masyarakat. Di samping itu, beberapa watak daLam novel ini tidak
menyenangkan hati saya seperti seorang yang mementingkan diri. Terdapat sebuah peristiwa
di mana watak utama mengaLami waktu yang sukar dan masalahnya bedambah sehingga di
bawa ke rumah dan tidak mendapat pertolongan seorang pun daripada rakannya. Jadi, bagi
saya, penulis boleh mencipta satu watak lagi yang bersifat penyayang yang boleh membantu
meringankan beban watak utama ini. Akhir sekali, kulit buku novel ini tidak monarik
perhatian saya kerana latar belakang yang gelap dan hanya seorang di bahagian tengah. Jadi,
pada pendapat saya, pencipta novel ini patut menyediakan kulit buku yang lebth menarik dan
moden serasi dengan tajuk novel tersebut.
Pengenalan Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
Cerita ringkas tentang novel
Kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.
Semasa berada di Kampung sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di
kuala Lumpur untuk mengadu masalah. Dia berusaha sedaya upaya menempuh
ujian dengan semangat yang kental. Walaupun pernah ditahan, dikurung dan
diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk, peristiwa itu tidak mematahkan
semangatnya. Peristiwa itu menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti
perkembangan diri Rafiq dan seterusnya cuba membantu. Lili cekal mengikuti
perkembangan kisah jendela rumah di kampung itu yang menghadap jalan.
Biodata Ruhaini Matdarin
Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah.
Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini mendapat pendidikan sehingga peringkat
Sarjana Muda Kewangan di Universiti Sains Malaysia. Beliau kini berkhidmat dengan sebuah
syarikat swasta tempatan. Beliau suka melancong dan membaca.
Beliau meminati bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia 17
tahun. Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2003, beliau mula menulis secara aktif
dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan esei. Pada tahun 2004, lima buah novel beliau
telah diterbitkan dan beberapa buah novel lain dalam proses penilaian untuk diterbitkan.
Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam peraduan mengarang cerpen
peringkat kebangsaan sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah
Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara. Pada tahun
2009-pula beliau telah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008
menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.
Kulit hadapan dan kulit belakang Novel Jendela Menghadap Jalan.
Sinopsis keseluruhan novel
Plot berkisar pada watak utama iaitu Lili; seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia
pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-
kata ibunya walau batinnya melawan agar tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar tempat
di kampung terdapat beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para pembaca.
Ada antara mereka yang menjadi rakan Lili seperti, Danel dan Geetha. Bagi melengkapkan
plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja yang berfifat antagonis dalam
novel ini seperti Rafik dan Haziq.
Watak remaja yang bersifat dinamik turut diwujudkan sebagai panduan kepada para pembaca
sekalian. Penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa watak yang berperwatakan jahat
bukan selama-lamanya jahat. Mereka mampu berubah jika diberi peluang untuk melakukan
anjakan paradigma. Penulis juga ingin memberi motivasi kepada para remaja bahawa ruang
untuk berbuat baik dan bertaubat sentiasa terbuka luas jika seseorang itu berkeinginan untuk
melakukannya.
Lili menetap di kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung
yang jendelanya menghadap jalan. Ketika berada di kampung Lili berasa penduduknya pelik-
pelik belaka. Watak datuk dalam novel ini sangat berpegang kepada adat tradisional tetapi
watak remaja pula digambarkan sebagai 'penentang' kepada adat tradisional datuk itu. Datuk
tetap menolak kehidupan moden dengan beranggapan bahawa cara hidup moden bakal
memusnahkan adat dan warisan yang diwarisi turun temurun. Nanun begitu, watak remaja
dalam novel ini pula tidak menghukum adat tradisional kesemuanya. Mereka berpendapat
bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan
manusia agar lebih senang untuk dikendalikan.
Plot novel ini menjadi lebih dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili. Ekoran
peristiwa tersebut penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah iaitru ibu kepada
watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan.
Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat terutamanya
remaja. Pembaca dapat mencontohi nilai keberanian dan kesungguhan watak-watak remaja
yang ditampilkan dalam novel ini terutamanya watal Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah
berjaya menyerlahkan ciri-ciri remaja yang seharusnya ada dalam diri mereka.
Sinopsis Novel Jendela Menghadap Jalan setiap bab
Bab 1
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk
menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun,
Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung,
namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
Bab 2
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres
dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana
musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa
selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan
Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan
seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama
Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa
depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina.
Bab 3
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan
Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam
kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan
kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak
pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.
Bab 4
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah
bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan
bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan
kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Bab 5
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang
malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan
lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan
pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan
untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi
segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu
kepastiannya.
Bab 6
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua
cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan
mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan
berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni
taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciriciri
keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah,
ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar
berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi
kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha.
Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha.
Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba
buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini
sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu
sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan
tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga
kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan
tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Bab 8
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk
selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak
mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu
keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu
Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama.
Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat
jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang
berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di
dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk
memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi
penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional di
samping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan
isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah
surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan
masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih
untuk membina kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah
kekurangan tanah. Di samping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan
mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah
telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan
pendudukpenduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima
hakikatnya.
Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan
moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden
supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel
terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana
masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha.
Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujahhujah
yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat
mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel.
Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-penduduk
kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi.
Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi
anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan
tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara
penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun
sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih.
Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata
yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan
kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh
Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili
akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk
datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan
nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan
datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun
berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak
rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
Bab 12
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk
kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah
menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua
kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal
dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan
bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan
mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah
kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili
meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor
ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah
menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tibatiba
muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang
mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar
antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana
bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada
tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.
Bab 13
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari
Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal
sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu
dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan
tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herbaherba
lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal
belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun
barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada
sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan
ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya,
tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan
berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Bab 14
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa
bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah
neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka
bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah
neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di
perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung
tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu
keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong.
Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan
ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira
dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan
nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak
basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan
dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan
daun-daun hutan.
Bab 16
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk
dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul
dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk
menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku
sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang
datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang
sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk
balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam
semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan
kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan
dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adegan kejar-mengejar
beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba
di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut
oleh datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan
datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-
buahan terutamanya pisang.
Bab 17
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan
secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang
secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan
lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah
dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada
peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat
mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada
tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya
seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan
nyamuk.
Bab 18
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi
dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang
buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan.
Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat
mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat Setelah mendapat
kebenaran nenek, mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh
abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel
mengenai pisang.
Bab 19
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk
makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh
mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili
memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah
nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya
menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk
membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke
rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah
sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang.
Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki
dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah
anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas,
Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke
leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh
kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah
datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu
tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada
penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah
dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu
rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah
dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut
ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan
cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari
masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan
khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan
penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka.
Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che
Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu
banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa
dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka.
Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan
perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili
memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya
atas faktor keselamatan.
Bab 22
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh
ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang
sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan
dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah
dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam
persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang
sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul
bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah
memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili,
tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili
yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk
makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain.
Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka.
Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang
masih belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya.
Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan
sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang
berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu,
minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili
melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman
yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
Bab 24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa
kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili
mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat.
Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan pendudukpenduduk
kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung
tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak
kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama
ditegakkan.
Bab 25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat
kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan
sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada
hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari
pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas
ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel telah
menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan
membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu
juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli
Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan
dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran
buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah,
bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina
sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh
Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal
yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan.
Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke
pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan
bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel
sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid.
Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke
rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan
nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi
masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan
seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam
rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah,
iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam
keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya
berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai
kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman
masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering
memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan
datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk
pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut.
Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa
dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk
habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong
pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga.
Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan
pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk
membuat aduan terus kepada Kak Mimah dan memanjangkan kes keluarga Che Jah
kepada pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga
yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan
berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah
ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin
sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak
Busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk
memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin
bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat
kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan
masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang
bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi
pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain
membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah
tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan
terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk
menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang
wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang
telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta
agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret
Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka
dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq
dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk
mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak
bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai
rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid
dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan
pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan
untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah
surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa
mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh
diambil dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai
kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai
penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju
perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah
mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya
anakanaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk
perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk
tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia
bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah,
tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan
mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak
yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili
balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah
masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke
kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri
majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud
yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah
silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis.. Neneknya pula, Hajah
Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China
sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu. Lili kerap berjumpa dengan
Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan
menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel
berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa. Danel juga berharap Lili telah
mengetahui tentang jendela menghadap jalan. Danel juga telah banyak menulis artikel
tentang pisang.
5 KEKUATAN NOVEL
Setelah membuat kajian terhadap novel ini, saya mendapati bahawa novel ini mengandungi
pengajaran yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sikap watak utama yang cekal
dan bijak dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dapat dicontohi pembaca.
Seterusnya, kisah novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik. Sebagai contoh, jalan
cerita yang terkandung di dalam novel ini mempunyai jalan cerita yang saspens yang dapat
menaikkan lagi minat untuk membaca. Kemudian, novel ini juga mempunyai banyak dialog
yang dapat menaikkan lagi minat untuk membaca. Sebagai contoh, banyak pertuturan antara
watak utama dengan datuknya yang menarik hati saya untuk membaca novel ini hingga tahu
penamatnya. Selepas itu, novel ini juga mempunyai corak kulit hadapan dan kulit belakang
yang menarik bagi saya. Hal ini dikatakan kerana kulit buku ini kelihatan seperti album lama
yang disimpan oleh orang dahulu dan sangat menarik perhatian saya. Akhir sekali, novel ini
menarik hati para pembaca kerana terdapat monolog dalam penceritaan di mana datuknya
bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya.
5 KEKURANGAN NOVEL
Setelah membuat kajian terhadap novel ini, terdapat beberapa kekurangan yang didapati akan
kurang menarik minat pembaca. Sebagai contoh, penulis tidak menyatakan umur sebenar
watak utama dan ini akan membuatkan pembaca tertanya-tanya. Penulis hanya menyatakan
ayat yang seakan akan membuat pembaca tertanya dan meneka umur watak utama sendiri.
Seterusnya tajuk novel ini sangat menyusahkan pembaca. Sebagai contoh, pada akhir-akhir
novel ini pembaca baru tahu bahawa maksud jendela menghadap jalan ini hanya tentang
orang kampung yang selalu mengata buruk tentang orang lain. Seterusnya, pengakhiran novel
ini agak mengecewakan pembaca. Selepas itu, plot cerita novel ini agak membosankan
kerana tiada klimaks yag akan mengejutkan pembaca. Akhir sekali, jalan cerita novel ini agak
tergantung dan membuatkan pembaca berasa kecewa dan tidak berpuas hati.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Setelah menjalankan kajian tentang novel ini, terdapat beberapa kekurangan yang
membuatkan novel ini kurang menarik. Jadi, pada pendapat saya penulis boleh menceritakan
setiap perkara yang telah berlaku dengan lebih terperinci dalam sesuatu masa kerana setengah
jalan cerita pada novel ini menunjukkan bahawa penamatnya tergantung dan membuatkan
pembaca tertanya-tanya tentang penamat. Seterusnya, penulis patut sentiasa fokus untuk
menceritakan lebih terperinci tentang watak utama. Hal ini kerana setengah plot utama hanya
diceritakan separuh jalan dan kemudian menceritakan tentang watak lain. Selain itu,
cadangan saya , penulis mesti menyatakan umur watak utama supaya tidak menimbulkan
kekeliruan pembaca dan pembaca dapat membaca dengan tenang. Di samping itu, penulis
mestilah mengetengahkan tajuk novel ini dalam jalan cerita. Jadi, bagi saya penulis boleh
menggantikan tajuk novel ini dalam jalan ceritanya supaya ia tidak akan membuat pembaca
tertanya-tanya. Akhir sekali, penulis boleh menambah baik jalan cerita pada pengakhiran
novel ini kerana agar pembaca berpuas hati dengan penamatnya.
Pengenalan Novel Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu Binti Mohd Yusop
Cerita ringkas tentang novel
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
Mereka telah berusaha dengan mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek
Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama
Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan
membina rumah mesra alam.
Biodata Sri Rahayu Binti Mohd Yusop
Novel ini merupakan karya penulis yang bernama Sri Rahayu Binti Mohd Yusop. Beliau
yang menerima pendidikan di Sekolah Tun Fatimah dan Universiti Otago, New Zealand
dalam ijazah sarjana muda TESL kini merupakan seorang guru di peringkat sekolah
menengah.
Bima Sakti Menari adalah sebuah karya novel yang unik serta menarik kerana temanya yang
berbeza dari topik kebiasaan di mana ia mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar
khususnya untuk menangani pencemaran cahaya.
Dalam Bimasakti Menari, Sri Rahayu membawa pembaca sejenak merenung tentang aktiviti-
aktiviti antropogenik yang telah mengakibatkan pencemaran cahaya sehingga langit tidak lagi
gelap dan kelip-kelip Kuala Selangor tidak lagi mahu menunjuk cahaya.
Kulit hadapan dan kulit belakang Novel Bima Sakti Menari
Sinopsis keseluruhan novel
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
Sinopsis Novel Bimasakti Menari setiap bab
Bab 1:
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila
langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam
jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang
berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun,
Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia
ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita
tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
Bab 2:
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal
dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan
Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual
setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam
tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang
sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.
Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta
oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan
teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira
apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala
Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.
Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.
Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.
Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia
bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan
dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang
membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar
di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia
yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya
apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En.
Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan
Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan
langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan
Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-
usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama
Muhaimin dan Maryam.
Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14:
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi
sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan
ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang
hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar
tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa
terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Bab 15:
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari
kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun
demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih
meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima
berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu
dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul
Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang.
Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang
berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej
peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik berada dalam keadaan stabil.