The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Maisarah, 2023-02-21 22:55:38

PB1_Siti Maisarah0050_BMB_Seloka Pandai Pak Pandir

TUGASAN 1- PENGHASILAN PRODUK (BMMB1104)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU B BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK


NAMA PELAJAR SITI MAISARAH BINTI TAMSIR ANGKA GILIRAN 2022232310050 NO. KAD PENGENALAN 030228-01-1636 PROGRAM PPISMP AMBILAN JUN 2022 UNIT BAHASA MELAYU B NAMA PENSYARAH PUAN HAJAH ROZIAH BINTI HAJI RAMLI TARIKH HANTAR 17 FEBRUARI 2023


BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi


Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2.1 Takrif 2.2 Jenis 2.3 Bentuk 3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu 4.0 Manifestasi akal budi yang melambangkan kehidupan, pemikiran serta alam sekeliling masyarakat Melayu. 5.0 Penutup 6.0 Rujukan Isi kandungan


Penghargaan Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali, saya Siti Maisarah Binti Tamsir ingin mengucapkan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapat bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajah Roziah Binti Haji Ramli kerana telah banyak memberi tunjuk ajar serta memberi penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa saya dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat memberi manfaat terutamanya kepada diri saya sendiri serta kepada pembaca agar sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya.


Pengenalan 1.0 ~ Puisi Tradisional


1.0 Pengenalan Puisi Tradisional Puisi tradisional Melayu merupakan warisan bahasa Melayu yang amat unik. Puisi tradisional Melayu telah pun muncul sebelum bermulanya sistem tulisan lagi. Menurut Abdul Halim Ali (2004), puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni, malah merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pembina sahsiah diri, pengajar agama dan ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan juga kepercayaan.


1.0 Pengenalan Puisi Tradisional Menurut Harun Mat Piah (1989), antara genre dalam puisi tradisional itu ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya.


Menurut Nor Diana Ab Jafar dan Mohd Faradi Mohamed Ghazali (2021), puisi tradisional merupakan satu genre kesusasteraan yang merupakan milik masyarakat secara bersama. Puisi tradisional ditakrifkan sebagai gambaran tentang pemikiran, falsafah, gaya hidup, gerak laku dan pelbagai lagi rencam masyarakat pengamal dan pendukungnya. Pada awalnya berfungsi sebagai pencetus semangat bagi memudahkan sesuatu urusan kerja akhirnya menjadi sebahagian kepada unsur didaktik. Puisi tradisional wujud dalam situasi kelisanan yang melahirkan pemikiran, norma dan estetika lisan yang akrab dengan kehidupan manusia. Idea yang terdapat puisi tradisional yang hadir melalui tema dan persoalan menunjukkan keakraban dengan pengalaman yang dilalui pengarangnya sendiri. Melalui pengalaman yang dialami atau dihayati ini maka lahirlah karya kreatif yang kaya dengan nilai alam kehidupan diterjemah dalam bentuk satu susunan kata yang perlu ditafsir. Satu daripada karya kreatif tadisional ini ialah seloka. 1.0 Pengenalan Puisi Tradisional


PUISI TRADISIONAL ‘Seloka’


Konsep kesusasteraan Melayu 2.0 2.1 Takrif 2.2 Jenis 2.3 Bentuk


❖ Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. ❖ Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. ❖ Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1984), kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. ❖ Seni kesusasteraan pula ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi. 2.0 Konsep kesusasteraan Melayu Takrif kesusasteraan Melayu


❖ Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah ‘seloka’ berasal daripada perkataan Sanskrit ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. ❖ Seloka dipercayai mula dikenali di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. ❖ Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, ejekan dan sindirin (Azman Rahmat, et. al). ❖ Isi dan mesej seloka sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran kepada pendengar atau pembaca. 2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2.1 Takrif Seloka


❖ Antara unsur yang menjadi panduan untuk mengenali seloka ialah jenaka, sindiran dan kritikan terhadap tingkah laku masyarakat ketika itu. Manakala secara fizikalnya, seloka tidak mempunyai bentuk yang tetap seperti syair dan pantun. ❖ Menurut Zaaba (1965), beliau menyatakan bahawa seloka ialah sususan kata yang berangkap dan mempunyai perbezaan bunyi pada hujung rima. 2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2.1 Takrif Seloka


2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2.2 Jenis Seloka Seloka pilihan saya ialah ‘Seloka Pandai Pak Pandir’. Jenis seloka ini ialah seloka sindiran. Antara contoh lain jenis seloka ialah seloka khayal, seloka gurau senda, seloka menempelak, seloka mengejek, seloka nasihat dan seloka pengajaran.


Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air di tempayan dicurahkan, Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga yang menanggung, Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga berkecundangan. Petikan seloka Pandai Pak Pandir


SELOKA PANDAI PAK PANDIR MAKSUD SELOKA Baris 1 dan 2 Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Pak Pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikan anak sendiri, sebaliknya menyanjung orang luar. Pak Pandir membuat kerja yang sia-sia dan merugikannya. Baris 3,4 dan 5 Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin. Sebagai akibatnya, Pak Pandir kehabisan harta, kecuali dirinya sendiri. Baris 6 dan 7 Mendengar guruh dilangit, Air di tempayan dicurahkan, Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada disiasiakannya.


SELOKA PANDAI PAK PANDIR MAKSUD SELOKA Baris 8,9,10 dan 11 Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung, Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya yang akhirnya merugikan Pak Pandir. Baris 12,13,14,15,16 dan 17 Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga berkecundangan. Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan hasil apa-apa, sebaliknya Pak Pandir sendirilah yang rugi atau menerima akibatnya.


2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2.3 Bentuk seloka Pandai Pak Pandir a) Terdiri daripada satu rangkap seloka yang mempunyai 17 baris. b) 1 baris terdiri daripada 3 hingga 5 patah perkataan. ❖ Contoh : Baris 4 (3 patah perkataan ) Mendengar gelagat dagang ❖ Contoh : Baris 16 (5 patah perkataan ) Kilat memancar hujan tak jadi


2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2.3 Bentuk seloka Pandai Pak Pandir C) 1 baris mempunyai 7 hingga 10 suku kata. ❖ Contoh : baris 10 (7 suku kata ) Gun/ting/ ma/kan/ di/ hu/jung/ ❖ Contoh : baris 1 (10 suku kata ) A/nak/ di/pi/jak/ da/gang/ di/jin/jing/ d) Rima akhir seloka ini bebas atau tidak terikat. e) Seluruh baris merupakan kesatuan idea (berkait). f) Seloka ini mempunyai jeda.


2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2.3 Bentuk seloka Pandai Pak Pandir (Gaya bahasa) a) Ansonansi ❖ Merupakan pengulangan huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dalam ayat ❑ Contoh : Pengulangan vokal a Anak dipijak dagang dijinjing b) Aliterasi ❖ Merupakan pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal. ❑ Contoh : Pengulangan konsonen n Kucing dibunuh tikus dibela c) Personafikasi ❖ Sifat manusia yang diberi pada objek tidak bernyawa atau benda ❑ Contoh : Gunting makan di hujung


2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2.3 Bentuk seloka Pandai Pak Pandir (Gaya bahasa) d) Hiperbola ❖ Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan ❑ Contoh : Mendengar gelagat dagang, Tak sedar bertelangjang, e) Sinkof ❖ Singkatan perkataan dalam ayat ❑ Contoh : Tak sedar bertelanjang, Kilat memancar hujan tak jadi, f) Anafora ❖ Pengulangan kata di awal ayat ❑ Contoh : Orang berbunga,dia berbunga, Orang berbuah dia haram,


2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2.3 Bentuk seloka Pandai Pak Pandir (Gaya bahasa) g) Responsi ❖ Pengulangan kata ditengah ayat ❑ Contoh : Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram, h) Paradox ❖ Pertentangan ayat ❑ Contoh : Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela i) Peribahasa ❑ Contoh : Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Mulut kena suap pisang, buntut kena cucuk onak.


Fungsi kesusasteraan 3.0 Melayu


Fungsi kesusasteraan Melayu Pendidikan Mendidik masyarakat dalam memberi kesedaran serta mengubah pemikiran ke arah yang lebih baik. Hiburan Dakwah Membawa amanah keimanan dan ketakwaan Kepada Allah SWT atau nilainilai keislaman yang murni. Kritikan sosial I II III IV Keperluan menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa kepada kesoronokan yang indah. Menghakimi ataupun memutuskan sama ada penilaian positif atau negatif sesebuah hasil karya kesusasteraan itu.


3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu Fungsi kesusasteraan Melayu terbahagi kepada empat iaitu sastera sebagai wahana hiburan, pendidikan, dakwah dan kritik sosial. Fungsi bagi seloka Pandai Pak pandir ialah sebagai wahana kritikan sosial. Kritikan sosial/Teguran • Mereka sanggup mengutamakan orang lain/dagang dan sanggup menabur budi sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap orang yang berada di bawah tanggungannya iaitu anak dan isteri. • Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Kadang kala suka memberi pertolongan kepada orang luar sedangkan tidak membantu ahli keluarga sendiri.


3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu ❖ Sebagai wahana kritikan sosial Kritikan sosial/Teguran • Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya. Mereka ini tamak dan ingin cepat menjadi kaya raya . Masyarakat Melayu tradisional juga suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat menjadi orang kaya. • Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, semata-mata untuk mengambil hati orang luar. Hal ini kerana mereka terpedaya dengan gelagat daganag sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka atelah dipermainkan oleh dagang tersebut. Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang,


3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu ❖ Sebagai wahana kritikan sosial Kritikan sosial/Teguran • Kelemahan mereka terserlah tetapi mereka tidak menyedarinya ibarat “Tak sedar bertelanjang”. • Ada segelintir masyarakat yang tidak sedar diri, mereka menganggap segala tindakan yang mereka lakukan itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain. • Akibatnya mereka yang mengalami kerugian. Tak sedar bertelanjang.


3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu ❖ Sebagai wahana kritikan sosial Kritikan sosial/Teguran • Masyarakat terlalu mengimpikan keuntungan yang belum tentu pasti sehinggakan mereka sanggup melakukan tindakan yang terburu-buru tanpa berfikir secara rasional. • Mereka bertindak tanpa berfikir panjang sehingga sanggup membazir atau mensiasiakan harta yang sedia ada. Mendengar guruh dilangit, Air di tempayan dicurahkan,


3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu ❖ Sebagai wahana kritikan sosial Kritikan sosial/Teguran • Masyarakat yang terlalu mementingkan kata-kata orang lain sehingga hidup mereka terikat. Mereka juga tidak mampu hidup bebas dan melaksanakan kerja seperti dikongkong. Perkara ini menyebabkan mereka seolah-olah sudah menjadi hamba kepada orang lain • Perkara ini menunjukkan sikap mereka yang tidak mampu berdikari dan tiada pendirian sendiri. Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak,


3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu ❖ Sebagai wahana kritikan sosial Kritikan sosial/Teguran • Masyarakat yang sering cakap besar ibarat perlakuan rambutan jantan yang rajin berbuah tetapi tidak menghasilkan buah. • Sikap ini wujud dalam kehidupan sesetengah kelompok masyarakat. Kebiasaannya mereka ini ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan yang singkat. • Golongan ini juga rajin menghebahkan rancangan hidupnya tetapi usaha mereka tidaklah seberapa. Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram,


3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu ❖ Sebagai wahana kritikan sosial Kritikan sosial/Teguran • Sikap masyarakat yang malas. • Jika mereka melakukan sesuatu perkara, pasti mereka tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. • Segala kerja yang dilakukan dibuat setengah jalan sahaja dan sekadar pandai berbicara tetapi tiada hasilnya. Kilat memancar hujan tak jadi.


3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu ❖ Sebagai wahana kritikan sosial Kritikan sosial/Teguran • Masyarakat yang menanggung kerugian dan penyesalan yang tiada penghujungnya. Hal ini demikian kerana apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. • Tidak guna lagi untuk bersedih atau menyesali perbuatan sendiri. Hal ini demikian kerana masa tidak berputar kebelakang. Awak juga yang menanggung.


Keseluruhan isi seloka Pandai Pak Pandir ini berkisahkan tentang menyindir dengan sinis mengenai sikap sebahagian masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud dalam kehidupan seharian mereka. Watak Pak Pandir ini hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap yang teruk itu.


Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir 4.0 ❖ Kehidupan ❖ Pemikiran ❖ Alam sekeliling masyarakat Melayu


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 1 dan 2 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan kehidupan ialah kehidupan masyarakat yang tidak bernasib baik. Hal ini dikatakan demikian kerana Pak Pandir menjangka bahawa sekiranya dia hidup untuk berbuat baik dengan orang, orang akan membalas semula . Namun begitu, hakikatnya dalam kehidupan ini kita tidak boleh mengharapkan balasan daripada orang. Kita perlu ikhlas dalam melakukan sesuatu. Sebaliknya, Pak Pandir mengharapkan balasan yang lumayan dan berbuat baik tidak bertempat sehingga mengabaikan anaknya sendiri demi membantu orang luar. Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, ❖ Kehidupan


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 1 dan 2 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan pemikiran telah menunjukkan pemikiran masyarakat yang negatif. Hal ini demikian kerana Pak Pandir sanggup mengetepikan anaknya sendiri dan menyanjung orang luar yang tiada pertalian darah. Sikap yang sepatutnya ialah mendahului ahli keluarga terdekat dan bukannya orang luar. Pak Pandir telah bersikap mementingkan diri dan sanggup menyakiti anaknya sendiri sebagaimana frasa ‘anak dipijak’. Manakala pihak yang tiada kaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagaimana dalam frasa ‘dagang dijinjing’. Pemikiran negatif ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri sendiri. Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, ❖ Pemikiran


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 1 dan 2 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan alam sekeliling masyarakat Melayu dapat dilihat melalui perbuatan masyarakat. Perbuatan Pak Pandir selalunya akan mendatangkan kerugian kepada kehidupan beliau. Analogi yang cuba disampaikan dalam seloka di atas ialah gambaran watak Pak Pandir yang memelihara tikus; binatang yang menjadi ancaman dalam rumah manakala kucing yang berperanan sebagai binatang peliharaan dibunuh. Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, ❖ Alam sekeliling masyarakat Melayu


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 3 , 4 dan 5 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan kehidupan menunjukkan gambaran kehidupan masyarakat yang tidak pandai menguruskan hartanya. Ini boleh dilihat pada baris 3 iaitu “harta habis badan tergadai”. Ada kemungkinan Pak Pandir merupakan seorang yang boros berbelanja, bermain judi, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Kita sewajarnya perlu pandai mentadbir harta. Jika tidak, harta akan habis tergadai dan menanggung hutang. Ini akan menyebabkan kehidupan kita bertambah rumit. Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelangjang, ❖ Kehidupan


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 3 , 4 dan 5 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan pemikiran menunjukkan pemikiran masyarakat yang senang ditipu seperti Pak Pandir yang mudah terpedaya. Hal ini dikatakan demikian kerana Pak Pandir mempunyai satu sikap mengutamakan perasaan orang lain berbanding diri sendiri dari apa sahaja situasi yang memerlukan pertimbangan untuk membuat keputusan. Justeru, pentingnya komunikasi antara setiap individu supaya kesepakatan dapat dicapai bersama dan boleh mengelakkan berlakunya pertentangan dari aspek tujuan peribadi. Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelangjang, ❖ Pemikiran


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 3 , 4 dan 5 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan alam sekeliling masyarakat Melayu boleh dilihat melalui perlakuan masyarakat yang tidak menyedari tentang kelemahan dirinya sendiri seperti frasa “Tak sedar bertelanjang”. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menutup sebahagian badannya yang terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar maka dia telah membiarkan dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini menunjukkan perlakuan Pak Pandir berbeza dengan sikap masyarakat Melayu yang sebenar iaitu sentiasa merendah diri dan berfikir panjang. Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelangjang, ❖ Alam sekeliling masyarakat Melayu


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 6 dan 7 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan kehidupan menunjukkan gambaran kehidupan masyarakat yang terlalu mendengar kata pihak lain dan cepat terpengaruh seperti frasa “Mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan”. Jelas sekali kehidupan Pak Pandir ini mengharapkan sesuatu yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada disia-siakannya. Namun begitu, sebagai seorang manusia kita perlu bijak dalam semua perkara dan tidak mempercayai atau menunggu sesuatu daripada seseorang kerana manusia juga boleh melanggar janji. Mendengar guruh dilangit, Air di tempayan dicurahkan, ❖ Kehidupan


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 6 dan 7 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan pemikiran menunjukkan pemikiran masyarakat yang tidak berfikir secara rasional. Hal ini dikatakan demikian kerana, Pak Pandir mendengar guruh dilangit tetapi tetap mencurahkan air di tempayan kerana mengimpikan sesuatu keuntungan walaupun belum tentu tercapai. Jadi, Pak Pandir sewajarnya tidak mencurahkan air di tempayan kerana telah mendengar guruh dilangit. Pemikiran sebegini sama sekali mendatangkan kerugian kerana kita tidak fikir masak-masak dalam membuat suatu keputusan. Mendengar guruh dilangit, Air di tempayan dicurahkan, ❖ Pemikiran


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 6 dan 7 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan alam sekeliling masyarakat Melayu boleh dilihat melalui unsur alam iaitu guruh dilangit. Guruh dilangit menggambarkan bahawa hujan lebat. Namun begitu, Pak Pandir sudah mencurahkan air di tempayan. Jadi, perbuatan itu ialah perkara yang sia-sia kerana menghabiskan perkara yang kita miliki untuk sesuatu yang tidak pasti. Perkara ini boleh disamakan dengan masyarakat yang terlalu malas berfikir dan mendengar pendapat orang lain. Bukan itu sahaja, golongan ini juga mengharapkan bantuan daripada pihak lain. Mendengar guruh dilangit, Air di tempayan dicurahkan, ❖ Alam sekeliling masyarakat Melayu


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 8,9,10 dan 11 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan kehidupan menunjukkan gambaran kehidupan masyarakat yang terikat dan tersiksa kerana tidak tahu tipu helah musuh yang berpura-pura baik di hadapan kita sebaliknya mempunyai muslihat iaitu ingin mengawal kehidupan kita iaitu “Mulut kena suap pisang”, “Buntut kena cangkuk Onak”. Maka, pada akhirnya kita sendiri yang menanggung kesakitan itu kerana kesalahan sendiri iaitu mudah memberi kepercayaan kepada orang lain. Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak pandir juga menanggung. ❖ Kehidupan


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 8,9,10, dan 11 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan pemikiran menunjukkan pemikiran masyarakat yang tidak pandai membuat keputusan sendiri. Hal ini demikian kerana Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya yang akhirnya merugikan Pak Pandir. Pak Pandir ini boleh dikatakan seorang yang sering tidak bernasib baik. Jadi, pengajarannya kita boleh mempercayai orang lain tapi tidaklah sepenuhnya kerana kita tidak tahu niat seseorang itu sama ada dia ikhlas membantu kita atau hanya untuk menggunakan kita demi keuntungan peribadi. Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. ❖ Pemikiran


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 8,9,10 dan 11 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan alam sekeliling masyarakat Melayu ialah melalui perbuatan dagang yang berniat jahat terhadap Pak Pandir seperti frasa “gunting makan di hujung” iaitu membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam- diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil. Kemudiannya, Pak Pandir juga yang menanggung sakitnya disebabkan kelemahan diri sendiri. Oleh hal yang demikian, sikap dagang yang jahat dan Pak Pandir yang naif ini perlu diberi teguran supaya dapat mengubah sikap. Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak pandir juga menanggung. ❖ Alam sekeliling masyarakat Melayu


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 12 hingga 17 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan kehidupan menunjukkan gambaran kehidupan masyarakat yang sering melakukan perkara yang tidak memberi faedah kepada orang lain sama seperti “Gelagak rambutan jantan” yang tidak mengeluarkan buah walaupun tiba musimnya untuk berbunga. Oleh itu, Pak Pandir perlulah bijak dalam membuat sesuatu perkara supaya tidak merugikan orang lain dan diri sendiri. Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga berkecundangan. ❖ Kehidupan


4.0 Manifestasi akal budi dalam seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 12 hingga 17 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan pemikiran boleh dilihat melalui pemikiran masyarakat yang tidak bersungguhsungguh dalam membuat sesuatu perkara lalu menyebabkan kerja yang dilakukan tidak mendatangkan hasil seperti “kilat memancar hujan tak jadi”. Jelas sekali pemikiran yang bernas perlu ada dalam diri manusia supaya tidak mendatangkan kerugian kepada diri sendiri dikemudian hari seperti frasa “Awak juga berkecudungan”. ❖ Pemikiran Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga berkecundangan.


4.0 Manifestasi akal budi dalam Seloka Pandai Pak Pandir Berdasarkan baris 12 hingga 17 dalam seloka Pandai Pak Pandir ini, akal budi manifestasi yang melambangkan alam sekeliling masyarakat Melayu boleh dilihat melalui unsur alam seperti kilat dan hujan iaitu “Kilat memancar hujan tak jadi”. Maksudnya, janganlah kita menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang tiada kepastian. Pengarang mengkritik sikap seperti ini kerana sikap ini berupa sikap yang lemah kerana kita tiada usaha untuk mendapatkan sesuatu sebaliknya kita mengharapkan orang bantuan orang semata-mata. Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga berkecundangan. ❖ Alam sekeliling masyarakat Melayu


Click to View FlipBook Version