Penutup 5.0
5.0 Penutup Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa puisi tradisonal merupakan ciptaan seni yang menakjubkan kerana mengandungi unsur-unsur emosi, imaginasi dan budi. Dengan panduan unsur-unsur inilah pencipta akan menyampaikan pernyataan-pernyataan fikiran, perasaan, harapan, cita-cita dan mesej serta hubungan manusia sesama manusia, manusia dengan masyarakat dan manusia dengan alam disekelilingnya. Selain itu, seloka sebagai salah satu karya kreatif tadisional ini merupakan salah satu cabang untuk menjelaskan budaya masyarakat Melayu yang tidak mengkritik secara terus tetapi dengan menggunakan cara yang halus. Kata-kata yang digunakan dalam seloka ini juga adalah lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Oleh hal yang demikian, pengarang menggunakan perbandingan dan perumpamaan supaya setiap kiasan yang dilontarkan itu mampu memberi kesan kepada jiwa masyarakat. Justeru itu, ketidakbijaksanaan disebabkan oleh sikap terburu-buru, tidak rasional, tidak berfikiran terbuka, tidak mempunyai kemahiran dan ilmu, serta bertindak mengikut emosi boleh mendatang musibah terhadap diri sendiri dan masyarakat seperti yang disampaikan dalam seloka Pandai Pak Pandir.
Rujukan 6.0
6.0 Rujukan Abdul Halim Ali. (2004). Di sekitar puisi Melayu moden. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Bin Hassan & Hasnah Awang. (2022). Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1984). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Diana Ab Jafar & Mohd Faradi Mohamed Ghazali. (2021) .Komunikasi Bahasa Sindiran dalam Seloka Pak Pandir dan Pak Kaduk. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 37(1):363-378. http://dx.doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3701-21 Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (1965). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sekian, terima kasih