BUKU ABSTRAK 1
ISI KANDUNGAN PENYELIDIKAN BIL TAJUK MUKASURAT 1 SIKAP DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PROJECT BASED LEARNING - PBL) TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 1 2 PEMBELAJARAN BERASAKAN PROJEK DALAM KURSUS KOKURIKULUM 2 3 KESAN PENGGUNAAN PRA-KELAS MELALUI KELAS BERBALIK TERHADAP PENGLIBATAN PELAJAR MENERUSI ASPEK DOMAIN KOGNITIF, AFEKTIF DAN TINGKAH LAKU DALAM KALANGAN PELAJAR MATRIKULASI BAGI TOPIK PENGAMIRAN 3 4 IMPLIKASI PEMBELAJARAN AKTIF TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI DALAM SUBJEK WAJIB 4 5 MENINJAU POTENSI DAN CABARAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN GPT: SATU TINJAUAN UMUM DALAM BIDANG PENDIDIKAN 5 6 HUBUNGAN KECERGASAN FIZIKAL DENGAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR KMKT: SATU TINJAUAN MENINGKATKAN KETERSEDIAAN PEMBELAJARAN MASA DEPAN KURSUS AP025 6 7 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MOLGEN ONLINE DALAM MENENTUKAN ISOMER BAGI KURSUS SK025 DI KMKt 7 8 KEBERKESANAN VIDEO PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN APLIKASI WAKELET : SATU KAJIAN TINDAKAN TERHADAP KONSEP PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA BAGI KURSUS EKONOMI (AE025). 8 9 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGEPOSAN KE LEJAR MELALUI KAEDAH HEAD & SHOULDER DALAMKALANGAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 9 10 PENGGUNAAN ‘INGENIUS OF ANCAT’ DALAM MENULIS PERSAMAAN BERIMBANG BAGI PENYAHCASAN AIR DI ANOD DAN KATOD DALAM TOPIKELEKTROKIMIA BAGI PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI 10 2
ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKASURAT 11 TEKNIK HID DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBEZAAN PELAJAR 11 12 PEMBELAJARAN BERBENTUK CABARAN DALAM UJIKAJI PECUTAN GRAVITI BAGI SUBJEK FIZIK MATRIKULASI. 12 13 PELAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI (IBL) DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP TOPIK KINETIK TINDAK BALAS BAGI SUBJEK KIMIA MATRIKULASI 13 14 MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SUBTOPIK ELIPS MENGGUNAKAN KAEDAH XcYc 14 15 MEMANGKIN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR BAGI TOPIK ISIPADU JANAAN MELALUI APLIKASI GEOGEBRA DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 15 16 KEBERKESANAN KREBS CYCLE ANIMATED POSTER (KCAP) DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR DALAM SUBTOPIK KREBS CYCLE 16 17 TAKE 5: LETS GAMIFIKASI 17 18 KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KENDIRI MELALUI FLIPPED CLASSROOM MENGGUNAKAN APLIKASI PhET BAGI TOPIK HUKUM KIRCHOFF 18 19 PENGGUNAAN TED TALK in CLASSROOM DALAM PEMBELAJARAN KIMIA ORGANIK DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 19 20 KESAN PENGGUNAAN APLIKASI CTS BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBTOPIK CHEMICAL TEST SEBATIAN KIMIA ORGANIK 20 21 WHEEL OF DATA DALAM TOPIK DATA DESCRIPTION TERHADAP PELAJAR MATEMATIK AKAUN KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 21 3
ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKASURAT 22 KOMPETENSI INTERPERSONAL PELAJAR DALAM TUGASAN KUMPULAN KURSUS PENGAJIAN AM MATRIKULASI DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 22 23 KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAAN APLIKASI DIGITAL DALAM SUBTOPIK PROJECTILE MOTION. 23 24 TAHAP FOBIA PELAJAR DALAM PENGUCAPAN AWAM DALAM SUBJEK PENGAJIAN AM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 24 25 POTENSI DAN CABARAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN DALAM BIDANG PERNIAGAAN 25 26 KAD PINTAR KOMUNIKASI (KPK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KURSUS PENGAJIAN AM MATRIKULASI DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 26 4 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL BIL TAJUK MUKASURAT 1 TEACHER SHARING SESSION: FUNCTION & GRAPH EXPONENT 'AEROPLANE & SUBMARINE' 27 2 INTEGRATING CO:DEV FRAME IN ENRICHING STUDENTS’ WRITING SKILLS IN KMKT 28 3 PENGGUNAAN HANDY MODEL 3D VECTORS 29 4 PENGGUNAAN PRA KELAS DALAM PENGAJARAN KAMIRAN 30 5 LESSON STUDY: ‘ENHANCING STUDENT CONFIDENCE AND SPEAKING SKILLS BY OPTIMISING ICC’ 31 6 PEMBELAJARAN BERBENTUK CABARAN DALAM UJIKAJI PECUTAN GRAVITI BAGI SUBJEK FIZIK MATRIKULASI. 32
BIL TAJUK MUKASURAT 7 PENGGUNAAN CIRCUIT CONSTRUCTION KIT : DC - VIRTUAL LAB DALAM AMALI OHM’S LAW 33 8 PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM MASIH RELEVAN DALAM PEMERKASAAN PDP 34 9 MELIORA TELECHEM FUN NOTES 35 10 VIDEO KRITIK XcYc : STRATEGI PENGAJARAN BAGI SUBTOPIK ELIPS 36 11 MENGGUNAKAN KAEDAH VISUALISER MENINGKATKAN KEFAHAMAN LINEAR SEARCH DALAM ARRAY 37 12 VIDEO KRITIK: KAEDAH PEMBELAJARAN KOOPERATIF DALAM PELAKSANAAN TUGASAN VIDEO RESUME 38 13 SIMULASI PhET DAN KAEDAH φBIGood UNTUK MEMAHAMI KONSEP HUKUM FARADAY DAN HUKUM LENZ. 39 14 PELAKSANAAN GAME ON WEEKLY CHALLENGE PELAJAR SES SAINS KOMPUTER 40 15 CAP-MATION”: KUASAI KITAR CALVIN 41 16 HANDHOLD PLACARD FLIPPED TECHNIQUE IN UNDERSTANDING OWNER’S EQUITY IN ACCOUNTING EQUATION 42 17 TEACHER SHARING SESSION: AMALAN PENGHASILAN “OOTD MODULE” MENINGKATKAN KETERSEDIAAN PEMBELAJARAN MASA DEPAN AP025 KMKT 43 18 PENTAKSIRAN SERENTAK DALAM KEMAHIRAN FUTSAL 44 19 BRAINY MAP:MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN ESEI EKONOMI 45 5 ISI KANDUNGAN
KUMPULAN INOVATIF DAN KKREATIF BIL TAJUK MUKASURAT 1 BUTIK D’JANGOK: PRIHATIN BERSAMA PENAMPILAN TERJAGA 46-47 2 SPECIAL DISTRIBUTION CALCULATOR (SDC) 48-49 3 MIKROSKOP DIGITAL: MENCERAP IMEJ LEBIH MUDAH 50-51 4 FIGEE CARD 52-53 6 ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKASURAT 1 MY E-RCCARD 54 2 LENZ DISCO 55 3 APPLIKASI PENGIRAAN PECUTAN GRAVITI 56 4 DEVELOPING CROSS-CURRICULAR YOUTUBE-BASED ENRICHMENT ACTIVITIES FOR MATRICULATION BIOLOGY AND ENGLISH SUBJECTS IN THE MATRICULATION PROGRAMME 57 5 TEKNIK e-MBizz MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR AP025 KMkt 58 6 EPIL 59 7 APLIKASI DIGITAL SimuTAB 60 8 INOVASI PENGGUNAAN ‘FLEMING ARROW CARD’ DALAM TOPIK ‘MAGNETIC FIELD’ 61 9 TUTOR SEGERA, RAKAN PELAJAR SAINS KOMPUTER 62 10 LET’S CRACK THE KREBS 63 INOVASI
PENYELIDIKAN SIKAP DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PROJECT BASED LEARNING - PBL) TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN Wan Naemah binti Wan Mohamad* Khairil Azuar bin Mohd Noor Sri Rafidayu binti Mohd Ani Sayudi bin Ibrahim Kolej Matrikulasi Kelantan *[email protected] ABSTRAK Sikap merupakan salah satu faktor yang boleh mendatangkan kesan yang positif kepada kesungguhan dan keinginan pelajar dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap pembelajaran. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) merupakan satu inovasi dalam pendidikan yang mampu meningkatkan pencapaian dan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap pelajar dalam PBL, mengenal pasti perbezaan sikap pelajar dalam PBL berdasarkan jantina dan bidang pengajian serta melihat hubungan sikap pelajar PBL terhadap pencapaian kursus Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Sampel kajian ini melibatkan 266 orang pelajar semester II kursus Pendidikan Islam di Kolej Matrikulasi Kelantan yang dipilih secara rawak. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 27. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sikap pelajar dalam PBL adalah tinggi. Analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan sikap pelajar dalam PBL berdasarkan jantina dan jurusan pengajian. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan sikap pelajar dalam PBL terhadap pencapaian kursus Pendidikan Islam, walau bagaimanapun kekuatan hubungan adalah lemah. Secara keseluruhan, analisis menunjukkan sikap yang positif dalam PBL memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Justeru, diharapkan pensyarah dapat memaksimumkan pendekatan PBL sebagai kaedah alternatif dalam meningkatkan sikap yang positif terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di kolej matrikulasi berkembang seiring dengan tuntutan dan keperluan pembelajaran masakini. Kata Kunci : Pembelajaran Berasaskan Projek, minat, perbezaan sikap 1 7 1
PENYELIDIKAN PEMBELAJARAN BERASAKAN PROJEK DALAM KURSUS KOKURIKULUM Noorhazlina Fairuz Fauzi1* Azmi Abu Yamin2 Mohd Hasran Ab Ghani3 Mohd Anuar Ali4 1, 2, 3, 4Kolej Matrikulasi Kelantan *Email:[email protected] ABSTRAK Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) telah menjadi strategi utama yang digunakan oleh kebanyakan sistem pendidikan terkemuka di dunia. PBL menggunakan pendekatan konsep Teori Konstruktivisme. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar KMKt yang mendaftar kursus Kokurikulum (WK002) tentang pengalaman dan elemen penting dalam menjayakan PBL projek akhir WK002. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan edaran instrumen soal selidik dan kualitatif (temubual). Responden kajian adalah seramai 51 orang pelajar yang mendaftar kursus Kokurikulum WK002 di KMKt pada semester 1 sesi 2022/2023. Hasil dapata menunjukan sebanyak 86% elemen kerjasama dianggap penting oleh pelajar dalam menjayakan PBL projek akhir WK002. Manakala sebanyak 64% pelajar beranggapan bahawa PBL projek akhir mewakili tugasan yang diperlukan dalam penganjuran projek atau aktiviti yang sebenar pada masa hadapan. Pendedahan kepada penglibatan pelajar dalam masalah persekitaran kerja sebenar akan memberi kesan untuk menjadikan pelajar lebih berdikari dan berani mengambil risiko tanggungjawab. PBL juga memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut kapasiti kebolehan dan meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan kreatif. Kata Kunci: Projek Akhir, Pembelajaran Berasaskan Projek, Kokurikulum 2 8 2
PENYELIDIKAN KESAN PENGGUNAAN PRA-KELAS MELALUI KELAS BERBALIK TERHADAP PENGLIBATAN PELAJAR MENERUSI ASPEK DOMAIN KOGNITIF, AFEKTIF DAN TINGKAH LAKU DALAM KALANGAN PELAJAR MATRIKULASI BAGI TOPIK PENGAMIRAN Mohd Shahridwan Ramli1 Roziah Ismail2 Ezzati Jamil3 Sarimi Sabdin4 Nur Fadilah Mohamad Zain5 1-5 Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] ABSTRAK Strategi Kelas Berbalik mula mendapat tempat di mata guru dan pensyarah di seluruh dunia. Sehubungan itu, satu kajian dilaksanakan bagi melihat kesan penggunaan strategi Kelas Berbalik menerusi pra-kelas terhadap penglibatan pelajar dalam aspek domain kognitif, afektif dan tingkah laku dalam kalangan pelajar program sains dua semester Kolej Matrikulasi Kelantan pada semester dua sesi 2020/2021 bagi topik Pengamiran. Kajian ini menngunakan rekabentuk kuasieksperimen untuk melihat kesan strategi pengajaran terhadap penglibatan pelajar. Seramai 49 responden daripada pelajar SDS Kolej Matrikulasi Kelantan telah terlibat dalam kajian ini. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan kawalan seramai 24 pelajar yang diajar menggunakan kaedah konvensional dan kumpulan rawatan yang diajar menggunakan strategi Kelas Berbalik menerusi prakelas. Eksperimen ini berlangsung selama empat minggu dalam topik Pengamiran. Soal selidik diedarkan setelah tamat eksperimen kepada pelajar-pelajar dalam kedua-dua kumpulan bagi mengukur skor penglibatan pelajar. Soal selidik ini dianalisa menggunakan SPSS bagi statistik deskriptif dan inferensial. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi kedua-dua kumpulan dalam skor penglibatan pelajar bagi kesemua domain kognitif, afektif dan tingkah laku. Kata Kunci: kelas berbalik, penglibatan pelajar, kognitif, afektif, tingkah laku 3 9 3
PENYELIDIKAN IMPLIKASI PEMBELAJARAN AKTIF TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI DALAM SUBJEK WAJIB Noraihan Ismail 1 Hazlina Mohamad Ariffin 2 Oana binti Mat Zain3 Nik Asniah Nik Abdullah4 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dibuat untuk melihat kesan Pembelajaran Aktif dalam Kursus Wajib di Kolej Matrikulasi Kelantan. Gaya Pembelajaran Aktif ialah pendekatan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Pelajar diberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penerokaan, perbincangan, dan penyelesaian masalah. Gaya Pembelajaran Aktif menggalakkan penyertaan aktif, penglibatan, pemikiran kritis, dan aplikasi konsep dalam konteks sebenar. Gaya pembelajaran sesuatu subjek merupakan satu elemen penting dalam penguasaan pelajar untuk setiap subjek tertentu. Penggunaan teknik yang sesuai dapat membantu pelajar dalam memahami dan mendalami sesuatu kandungan silibus yang dipelajari. Pelaksanaan Pembelajaran Aktif (active learning) merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam konsep Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21) memberi kelebihan kepada pelajar untuk berfikir aras tinggi (high order thinking) dalam pembelajaran mereka. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif secara temu bual separa berstruktur dan pemerhatian ke atas 10 orang pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan. Kutipan data temu bual separa berstruktur dianalisis secara verbatim manakala pencerapan pemerhatian menggunakan borang senarai semak. Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan aktiviti- aktiviti Pembelajaran Aktif bersesuaian untuk diaplikasikan khususnya dalam penguasaan Kemahiran Komunikasi. Hasil pembelajaran daripada aktiviti Pembelajaran Aktif ini juga ditaksirkan berupaya untuk mengembangkan Kemahiran Insaniah (generik) dari perspektif pensyarah dan para pelajar. Kata Kunci : Gaya pengajaran; pembelajaran aktif; Pendidikan Abad ke-21, kemahiran insaniah (generik), dan hasil pembelajaran.. 4 10 4
PENYELIDIKAN MENINJAU POTENSI DAN CABARAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN GPT: SATU TINJAUAN UMUM DALAM BIDANG PENDIDIKAN ³Mohd Hanizan Md Nor,⁴Nazri Bakar,5Nor Hisham Ismail, Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] ABSTRAK Kemunculan dan kepesatan teknologi digital berasaskan kecerdasan buatan (Artificial Intelligent) membolehkan pelbagai bentuk bahan kandungan diha silkan dengan lebih meluas termasuk teks,imej,audio,video,data sintetik dan sebagainya. Kepesatan teknolgi membolehkan pelbagai bentuk hubungan an tara manusia dan mesin seperti GPT (Generative Pre-Trained Transformer ) dapat direalisasi melalui inovasi, pendekatan dan teknik terkini dimanfaat kan dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan. Kajian literature ini me neroka tentang bagaimana potensi teknologi baru ini dapat dimanfaatkan da lam pendidikan serta cabaran dan langkah-langkah awal yang boleh dilakuk an oleh setiap pihak terutama di Malaysia secara khususnya. Kata Kunci: GPT (Generative Pre-Trained Transformer),Chat GPT, Kecerd asan Buatan (Artifial Intelligent), NLP (Natural Language Processing). 5 11 5
PENYELIDIKAN HUBUNGAN KECERGASAN FIZIKAL DENGAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR KMKT: SATU TINJAUAN MENINGKATKAN KETERSEDIAAN PEMBELAJARAN MASA DEPAN KURSUS AP025 Amirah binti Mohammad1 Noorhazlina Fairuz binti Fauzi2 1,2Kolej Matrikulasi Kelantan *email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat perhubungan di antara tahap kecergasan fizikal pelajar dalam meningkatkan pencapaian subjek Pengurusan Perniagaan (AP025) untuk PSPM, Semester 2, Sesi 2021/2022 di Kolej Matrikulasi Kelantan. Skor ujian SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan) yang dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum, KMKt digunakan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan data gred keputusan AP025 PSPM2 digunakan sebagai pemboleh ubah bersandar. Sampel kajian dipilih daripada kaedah pensampelan rawak mudah yang terdiri daripada 72 orang pelajar perakaunan telah menduduki PSPM Semester 2, Sesi 2021/2022 dan menjalani Ujian SEGAK. Dapatan kajian menggunakan analisis statistik inferensi iaitu ujian korelasi Pearson Product Moment menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara pencapaian keputusan PSPM2 untuk AP025 dengan skor kecergasan fizikal SEGAK pelajar(r =0.032, p=0.792). Tahap kecergasan fizikal pelajar yang tinggi memberi kesan positif terhadap peningkatan prestasi akademik pelajar jurusan Perakaunan untuk kursus AP025 bagi Semester 2, Sesi 2021/2022. Kesan yang signifikan ini dilihat sebagai penyumbang ke arah kemenjadian pelajar yang lebih holistik iaitu pembangunan individual pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek sekaligus mendokong aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini boleh diteruskan dengan melihat faktor kecergasan pelajar sebagai salah satu kriteria yang perlu diberi perhatian semasa pengambilan pelajar matrikulasi bagi setiap sesi. Kecergasan fizikal perlu di lihat sebagai nilai tambah dalam mengembangkan potensi intelektual dan ketersediaan pelajar terutamanya dalam pembelajaran mereka pada masa akan datang kerana kesan yang signifikan dalam meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar jurusan Perakaunan di dalam PSPM bagi subjek Pengurusan Perniagaan (AP025) khususnya pada semester 2. Kata kunci: pencapaian prestasi akademik pelajar, kecergasan fizikal, matrikulasi 6 12 6
PENYELIDIKAN 7 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MOLGEN ONLINE DALAM MENENTUKAN ISOMER BAGI KURSUS SK025 DI KMKt 1Wan Rosilah Wan Llah, 2Suhaina Mohd Yatim, 3Noor Najihah Kamaruddin, 4Suhaibah Mustafa, Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi membawa impak yang besar dalam bidang pendidikan. Penggunaan aplikasi digital sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan dapat mengatasi pelbagai masalah dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ke atas pelajar Jurusan Sains Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi dan tahap kesedian pelajar terhadap penggunaan aplikasi Molgen Online dalam pengajaran dan pembelajaran Isomer Kimia Organik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk melihat persepsi dan tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi Molgen Online dalam pengajaran dan pembelajaran Isomer Kimia Organik dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir melalui pautan Google Form. Responden terdiri daripada 33 orang pelajar Sistem Dua Semester (SDS) sesi 2021/2022 dari kelas Modul I. Data persepsi dan tahap kesedian pelajar di analisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Microsoft Excell 2016 untuk mendapatkan peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan analisis kajian menunjukkan tahap kesedian pelajar berada pada tahap tinggi (Min: 4.57 , SP: 0.58. Dapat disimpulkan bahawa penggunaan aplikasi Molgen Online telah berjaya mengubah kaedah dan strategi pengajaran selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 yang berpusatkan pelajar. Molgen Online boleh memberi impak yang besar terhadap persediaan pembelajaran masa hadapan serta dapat memperkasakan pembangunan modal insan. Kata kunci : Molgen Online, Isomer, Modal insan 13 7
8 PENYELIDIKAN KEBERKESANAN VIDEO PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN APLIKASI WAKELET : SATU KAJIAN TINDAKAN TERHADAP KONSEP PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA BAGI KURSUS EKONOMI (AE025). Nizam Haidzat Bin Ebna Kasim1 1 Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] Aplikasi Wakelet adalah merupakan satu aplikasi penanda buku yang menawarkan kelainan dari segi pilihan media dan fungsi, serta sangat sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran pada abad 21. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah ini ke atas pelajar jurusan perakaunan yang mempelajari Bab 2 : Perakaunan Pendapatan Negara. Kajian ini menggunakan seramai 9 orang sampel pelajar daripada kelas tutorial A1T5. Hasil daripada tinjauan awal yang dilaksanakan melalui ujian pengetahuan di dalam kelas mendapati keputusan yang diperolehi berada pada tahap yang kurang memuaskan. Maka fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan kaedah alternatif pembelajaran iaitu penggunaan video menggunakan aplikasi Wakelet bagi membolehkan pelajar memahami konsep dan pengiraan di dalam topik tersebut dengan lebih berkesan. Selepas menggunakan aplikasi ini didapati perbandingan keputusan di antara Ujian Pra-Tindakan dan Pasca-Tindakan ke atas semua sampel pelajar telah meningkat secara relatif. Selain itu, hasil dapatan daripada soal selidik dan temu bual turut mendapati pelajar juga menunjukkan peningkatan minat terhadap penggunaan video pembelajaran berbanding kaedah berpusatkan pensyarah. Justeru itu, penggunaan video yang menggunakan aplikasi Wakelet dilihat mampu menjadi salah satu kaedah alternatif di dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam topik Bab 2: Perakaunan Pendapatan Negara bagi kursus Ekonomi (AE025) Matrikulasi. Kata Kunci : Pengajaran Dan Pembelajaran, Kaedah Alternatif, Video. 14 8
9 PENYELIDIKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGEPOSAN KE LEJAR MELALUI KAEDAH HEAD & SHOULDER DALAMKALANGAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN Adyani Binti Adnan1 Juliana Binti Adri2 Emy Filzah Binti Zulkifli3 Nik Huzaiman Bin Nik Ismail4 1,2,3,4Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu penyelidik mengkaji keberkesanan kaedah Head & Shoulder dalam membantu pelajar mengepos dengan betul dari jurnal ke lejar. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar jurusan Perakaunan di KolejMatrikulasi Kelantan. Seramai 29 orang pelajardarikelas tutorial A2T6, A2T7 dan A2T8 telah dipilih untuk menjadi responden kajian ini. Kajian tindakan ini bersandarkan kepada Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Hasil tinjauanawal yang telah dilaksanakan melalui pemerhatian, refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta ujian mendapati pelajar tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam mengepos dari catatan jurnal ke lejar. Masalah ini sangat membimbangkan kerana kemahiran mengepos dari jurnal ke lejar merupakan asas yang perlu dikuasai dalam kebanyakan topik bagi subjek Perakaunan Semester I (AA015). Objektif kajian ini adalah meningkatkan kemahiran dan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan pengeposan dari jurnal ke lejar melalui kaedah Head & Shoulder. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah instrument pemerhatian pensyarah, ujianpra dan ujian pos. Skor min dan peratusan digunakan untuk menganalisis dapatan. Hasil ujian Pos 2 menunjukkan bahawa terdapat peningkatan peratusan prestasi pelajar sebanyak 79.31%. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Head & Shoulder dapat meningkatkan kemahiran dalam mengepos catatan jurnal kelejar dan sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Kata Kunci :Lejar, Accounting Cycle, Double-Entry System, Microsoft Excel 15 9
10 PENYELIDIKAN PENGGUNAAN ‘INGENIUS OF ANCAT’ DALAM MENULIS PERSAMAAN BERIMBANG BAGI PENYAHCASAN AIR DI ANOD DAN KATOD DALAM TOPIKELEKTROKIMIA BAGI PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI Zanarina binti Sapiai1 Noor Azida binti Mohd Yusoff2 Norzariah binti Jusoh3 Zuraini binti Abdul Aziz4 Noor Shuhada binti Rahim5 1,2,3,4,5 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu pelajar menulis persamaan berimbang melibatkan air dipilih sebagai hasil elektrolis di anod dan katod dengan betul. Kajian tindakan ini dijalankan ke atas dua kumpulan pelajar yang berbeza program pengajian. Seramai 15 orang pelajar kelas tutorial H2T4 daripada program matrikulasi pengajian 2 semester dan seramai 12 orang pelajar kelas tutorial DFT4 daripada program matrikulasi pengajian 4 semester. Kedua-dua kelas tutorial ini adalah daripada sesi pengajian2022/2023 di Kolej Matrikulasi Kelantan. Penggunaan 2 sampel kajian daripada dua kursus yang berbeza disebabkan silibus Electrochemistry bagi program 2 semester adalah lanjutan daripada program 4 semester. Tinjauan awal mendapati pelajar yang gagal menguasai tajuk Electrochemistry semasa di program 4 semester, mempunyai masalah yang sama ketika berada dalam program 2 semester. Pelajarpelajar ini menghadapi masalah dalam mengingati dan menulis persamaan yang melibatkan air dipilih sebagai hasil elektrolisis di anod dan katod dengan betul. Akibatnya pelajar gagal menentukan hasil gas yang dibebaskan, menentukan bilangan mol Faraday dan bilangan mol elektron yang terlibat di anod dan katod. Kesan dan akibatnya, pelajar tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan pengiraan. Bagi mengatasi masalah ini kaedah ‘Ingenius of Ancat’ atau IOA diperkenalkan kepada pelajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan borang penilaian kendiri. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan markah untuk semua kategori yang dikaji, iaitu menentukan gas yang dibebaskan, menulis persamaan berimbang, menentukan bilangan nombor Faraday dan menentukan bilangan mol elekron apabila air dipilih untuk dinyahcas di anod dan katod. Di samping itu, analisis terhadap minat pelajar menunjukkan 100 % pelajar berminat dan menunjukkan kesan positif terhadap kaedah IOA yang diperkenalkan oleh kami. Kami berharap agar kaedah ini digunakan oleh pensyarah kimia yang lain agar lebihramai pelajar mendapat manfaat. Kata Kunci : Ingenius of ANCAT, IOA, Electrochemistry, Redoks 16 10
11 PENYELIDIKAN TEKNIK HID DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBEZAAN PELAJAR Nurulhuda Binti Taib1 Ezzati Binti Jamil2 Nur Azdiyanah Binti Mohd Nazri3 Nur Fadilah Binti Mohamad Zain4 Kang Kooi Wei5 1,2,3,4 KolejMatrikulasiKelantan 5KolejMatrikulasi Kedah Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan pembezaan dengan Teknik HID. Kumpulan sasaran kajian ini ialah13orang pelajar Program Satu Tahun, tutoranF2T7Semester Satu Sesi 2022/2023 di Kolej Matrikulasi Kelantan. Kajian tindakan ini berasaskan Model Kajian Tindakan Kemis dan McTaggart (1988). Tinjauan awa ldilaksanakan untuk mengenalpasti masalah pelajar dalam menyelesaikan soalan pembezaan yang merupakan salah satu topik dalam SM015. Kaedah yang digunakan untuk tinjauan awal adalah pemerhatian langkah penyelesaian soalan tutorial dan temubual dengan pelajar. Aktiviti-aktiviti intervensi yang dijalankan adalah ujian diagnostic untuk mengenalpasti pelajar yang perlu diberi lebih perhatian. Seterusnya penyelidik melaksanakan PdP dengan menggunakan HID untuk memberi panduan yang jelas kepada pelajar langkah penyelesaian yang efektif dalam penyelesaian soalan pembezaan.Pelajar-pelajar didapati lebih yakin dalam penyelesaian soalan pembezaan selepas pembelajaran dengan menggunakan HID. Sebanyak 100% pelajar mencapai tahap prestasi cemerlang dalam ujian formatif. Suasana pembelajaran yang interaktif dan ceria dapat diwujudkan dalam PdP yang menggunakan Teknik HID yang mudah dikuasai oleh pelajar. Selain itu, pelajar dapat menyelesaikan soalan pembezaan dengan cepat dan penuh keyakinan. Hasil kajian menunjukkan HID ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan pembezaan. Teknik HID ini boleh diperkenalkan kepada pensyarah-pensyarah Matematik memandangkan keberkesanan HID dalam PdP bagi topik pembezaan. Kata Kunci :pembezaan, HID, matematik, Kolej Matrikulasi 17 11
12 PENYELIDIKAN PEMBELAJARAN BERBENTUK CABARAN DALAM UJIKAJI PECUTAN GRAVITI BAGI SUBJEK FIZIK MATRIKULASI. Zaidi bin Hashim 1 Nuraida binti Hasan2 Nor Marlinie binti Zulkeply3 Zaihasma binti Ismail4 Rozi bin Mohamad Zain5 KolejMatrikulasiKelantan email: [email protected] ABSTRAK Laporan Profesional Learning Community (PLC) ini dilaksanakan untuk berkongsi amalan terbaik di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran amali Fizik di peringkat Matrikulasi. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam kelas PdP dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Bagi amali ayunan bandul ringkas, untuk mencari pecutan gravity pelajar perlu menghitung masa ayunan, melukis graf dan membuat pengiraan. Proses ini memerlukan masa yang panjang dan kurang menarik. Oleh itu, kami memperkenalkan pembelajaran berbentuk kaedah cabaran di mana pelajar dapat melibatkan diri dan menghitungkan pecutan gravity dengan cepat menggunakan applikasi digital yang sesuai. Proses ini melibatkan dua kitaran.Kitaran pertama dibantu oleh applikasi MS Excel dan pada kitaran kedua dibantu oleh applikasi Appsheet.Untuk penggunaan di masa depan, applikasi digital tersebut boleh ditambahbaik dengan fungsi yang lebih mesra pengguna. Kumpulan sasaran adalah para pelajar sekolah sekitar Kelantan dan pelajar matrikulasi Program SES. Alat kolaboratif yang digunakan adalah Kes Diskusi (Discussion case). Hasil dapatan analisis menunjukkan peratusan maklumbalas “sangat menarik” yang tinggi iaitu pada kitaran 1 ialah 90.6% danpadakitaran 2 sebanyak 84.2%. Maklum balas “menarik” 9.4% untuk kitaran 1 dan 16.8 untuk kitaran 2. Manakala tiada yang memberi respons “kurang menarik” dan “tidak menarik” pada kitaran 1 dan 2. Oleh itu kami merumuskan bahawa, pembelajaran berbentuk cabaran telah dapat menarik perhatian pelajar di dalam kelas amali Fizik. Kata Kunci :Pembelajaran Berbentuk Cabaran, Applikasi Digitali 18 12
13 PENYELIDIKAN PELAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI (IBL)DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP TOPIK KINETIK TINDAK BALAS BAGI SUBJEK KIMIA MATRIKULASI Noor Shuhada Rahim1 Noor Asmahan Abdullah2 Saiful Akramin Mhd Nor3Azraai Othman, PhD4 1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] ABSTRAK Pembelajaran Berasaskan Inkuiri atau Inquiry Based Learning (IBL) adalah satu pendekatan pedagogi pembelajaran yang menggabungkan pelbagai elemen pembelajaran abad ke-21 dan digunakan secara meluas dalam subjek sains. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pelaksanaan kaedah IBL dalam topik kinetik tindak balas. Kajian ini menggunakan Model Inkuiri 5E oleh Baybee (2006) yang merangkumi lima fasa iaitu penglibatan (engagement), penerokaan (exploration), penerangan (explanation), penghuraian (elaboration), dan penilaian (evaluation). Seramai 12 orang pelajar aliran sains Sistem Dua Semester (SDS) sesi 2022/23 telah dipilih untuk menggunakan kaedah ini dalam PdP. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis dokumen berdasarkan jawapan dan respon pelajar. Dapatan kajian mendapati 90% pelajar mampu melaksanakan IBL seperti yang dirancang dan setiap pelajar memberikan respon yang positif dalam menghubungkan pembelajaran topik kinetik tindak balas dengan situasi sebenar. Diharapkan kajian ini berupaya membantu para pendidik untuk membentuk proses pengajaran yang efektif melalui penerapan pembelajaran berasaskan inkuiri. Sesi PdP juga boleh ditambahbaik dengan pengintegrasian teknologi sedia ada supaya ia sejajar dengan perkembangan masa kini. Kata Kunci : Pembelajaran berasaskan inkuiri, Model 5E, kinetik tindak balas, analisis dokumen 19 13
PENYELIDIKAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SUBTOPIK ELIPS MENGGUNAKAN KAEDAH XcYc Nor Rohasikin binti Mat Jali1 Fatin Nabila binti Rosly2 Zaipah binti Yakub3 Nur Hidayah binti M. Razif4 Radhiah binti Muhamad5 1,2,3,4,5Kolej Matrikulasi Kelantan 1 [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk mendapatkan kaedah dan amalan pengajaran yang terbaik yang memudahkan PdP pensyarah serta meningkatkan kefahaman pelajar bagi subtopik Elips. Pemilihan kaedah ini diperluaskan bagi subtopik Elips berdasarkan kepada kejayaan penggunaanya dalam subtopik Parabola dalam kajian yang dibuat sebelum ini. Kaedah XcYc adalah ‘pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan salah satu sub-elemen dalam pendidikan tersedia masa depan. Kajian ini melibatkan 23 orang pelajar kelas H2T6 dan K2T8 iaitu pelajar semester Dua Sesi 2022/23 di Kolej Matrikulasi Kelantan. Dapatan kajian daripada borang penilaian soal selidik menunjukkan skor semua item melebihi 90%, ini menunjukkan pelajar setuju kaedah XcYc membantu mereka memahami pembelajaran dengan lebih baik dan dapat menjawab soalan dengan lebih tepat. Temubual secara tidak berstruktur bersama pelajar juga menunjukkan pelajar dapat mengatasi kekeliruan dalam ketidakfahaman dan memahami formula dan konsep Elips. Harapan penyelidik agar selepas menggunakan kaedah XcYc ini, pelajar bukan sahaja dapat mengetahui tahap penguasaan konsep dan kefahaman dalam subtopik Elips, malahan penggunaan kaedah XcYc diharapkan dapat membantu pelajar mengetahui kemajuan pembelajaran, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri serta dimanfaatkan oleh pelajar untuk mengambil tindakan susulan tambah baik pembelajaran. Sebagai penambahbaikan, penyelidik berharap kaedah XcYc akan digunakan secara meluas di peringkat pengajian tinggi khususnya di peringkat matrikulasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subtopik Elips. Kata kunci: Elips, Pendidikan tersedia masa depan, pembelajaran berasaskan pengalaman, google form 14 20 14
15 PENYELIDIKAN MEMANGKIN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR BAGI TOPIK ISIPADU JANAAN MELALUI APLIKASI GEOGEBRA DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN Muhammad Idil bin Idris 1 Mohd Shahridwan bin Ramli 2 Nor Affizal bin Shaffie 3 Azlina binti Abdul Kadir 4 1-4 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21) menuntut perubahan makro dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran. Epistemologi dan pemaksudan, kemahiran penyelesaian masalah, dan kemahiran literasi digital merupakan cabaran utama yang perlu diketengahkan bagi menjamin keberhasilan pelajar yang diharapkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan aplikasi Geogebra dalam memangkin tahap penguasaan pelajar bagi topik isipadu janaan di Kolej Matrikulasi Kelantan. Kajian ini melibatkan seramai 45 orang responden yang merupakan pelajar Sistem Empat Semester sesi 2022/2023 Kolej Matrikulasi Kelantan. Geogebra digunakan kerana aplikasi ini bersifat dinamik dan sesuai digunakan di peringkat Matrikulasi. Aplikasi mesra pengguna ini merangkumkan cabang Matematik yang pelbagai, termasuk Geometri dan Kalkulus ke dalam satu capaian enjin. Hasil kajian menunjukkan perubahan positif yang signifikan mengenai tahap penguasaan pelajar dalam topik isipadu janaan. Hasil kajian juga menemukan tentang kepentingan pengajaran dan pembelajaran Matematik dirancang dan dilaksanakan dengan pendekatan, strategi dan kaedah yang tepat. Tujuannya ialah untuk membina kemahiran menyelesaikan masalah, memupuk fikrah Matematik, dan menjadikan sesi pembelajaran itu bermakna dengan bantuan teknologi terkini. Kajian ini menjadi refleksi dan buah fikir buat para pendidik dalam merencana dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih berkesan bagi meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian pelajar yang diinginkan. Kata Kunci : Epistemologi, isipadu janaan, Geogebra, literasi digital 21 15
16 PENYELIDIKAN KEBERKESANAN KREBS CYCLE ANIMATED POSTER (KCAP) DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR DALAM SUBTOPIK KREBS CYCLE Nur Syahirah Binti Hashim 1 Atiqah Shahida Binti Shabudin 2 Rafiqah Zahidah Binti Raffli 3 Nur Hazwani Binti Othman 4 1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah poster animasi dalam meningkatkan pemahaman pelajar bagi subtopik Krebs cycle dalam silibus SB025 Biologi Matrikulasi. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, para pelajar didapati sukar untuk memahami dan mengingati proses dan molekul-molekul yang terlibat dalam Krebs cycle. Justeru, para pelajar menghadapi masalah untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan subtopik tersebut. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah pelajar adalah nota kuliah bercetak yang kurang menarik dan tidak mempunyai animasi atau grafik berwarna. Sebagai intervensi, pengkaji telah menghasilkan satu kaedah yang dikenali Krebs Cycle Animated Poster (KCAP) menggunakan aplikasi digital; Microsoft PowerPoint, Canva dan iMovie dalam membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan minat mereka terhadap subtopik Krebs cycle. Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada 29 orang pelajar jurusan Sains Hayat dan Sains Komputer Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt). Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian dan secara kuantitatif melalui borang soal selidik, ujian pra dan pasca. Kesimpulannya, kajian menunjukkan kaedah KCAP yang dihasilkan memudahkan pelajar untuk memahami subtopik Krebs cycle. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu para pensyarah untuk menyampaikan subtopik Krebs cycle kepada para pelajar supaya pelajar lebih mudah memahami subtopik ini. Kata Kunci : Animated poster, medium pembelajaran, Krebs cycle, pembelajaran digital 22 16
17 PENYELIDIKAN TAKE 5: LETS GAMIFIKASI Rosmah binti Yahya 1 Mohd Ruszaidi bin Setapa 2 Laila Nazifa binti Khairil Aminuddin 3 Siti Najihah binti Mamat 4 1,2,3,4Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Tujuan kajian ini untuk menambahbaik kaedah pengajaran pensyarah dan menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Biologi. Take 5:Lets Gamifikasi dalam topik Gaseous Exchange membuka ruang pembelajaran futuristik meliputi ruang fizikal dan maya yang membolehkan pelaksanaan pedagogi fleksibel dibantu oleh teknologi pembelajaran moden. Kumpulan sasaran seramai 65 pelajar adalah di kalangan pelajar yang mengambil subjek Biologi. Semasa pelaksanaan, pelajar diberi penerangan secara bersemuka tetapi bagi setiap sela masa sebelum beralih kepada subtopik baru, pelajar diuji dengan kuiz ringkas berbentuk gamifikasi. Ini secara tidak langsung, pelajar boleh diuji dengan pentaksiran berasaskan cabaran menekankan kolaborasi, kerjasama dan pertandingan antara kumpulan pelajar. Pengajar juga boleh mengadaptasinya ke dalam pentaksiran pembelajaran untuk menggalakkan persaingan antara pelajar. Analisis dapatan keberkesanan kajian ini dibuat secara kuantitatif iaitu berdasarkan peratusan gred ujian pra dan ujian pos pelajar sasaran iaitu peningkatan sebanyak 32.2%. Analisis kualitatif soal selidik keberkesanan dikalangan pelajar juga menunjukkan pengajaran mengg6unakan kaedah ini berjaya meningkatkan minat, penglibatan dan keseronokan. Justeru itu, penggunaan aplikasi digital ini sangat bersesuaian dengan penggunaan ruang pembelajaran yang futuristik dan berteknologi IR 4.0 dalam pembelajaran. Cadangan untuk penambahbaikan adalah untuk lebih banyak topik dalam silibus biologi ditambah dengan bahan kuiz Take 5:Lets Gamifikasi. Kata kunci: Pembelajaran aktif tanpa bosan, pembelajaran futuristik. 23 17
18 PENYELIDIKAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KENDIRI MELALUI FLIPPED CLASSROOM MENGGUNAKAN APLIKASI PhET BAGI TOPIK HUKUM KIRCHOFF Noratikah Jusoh 1 Mohamed Hazri Ariffin 2 Mazlina Mohd Zain 3 Mohamad Faizul Yusoff @ Che Sof 4 1, 2, 3,4 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dan minat pelajar dalam topik Hukum Kirchoff. Topik ini agak sukar kerana pelajar perlu memahami serta mengikuti perjanjian tandaan untuk menyelesaikan masalah litar yang kompleks. Selain itu, topik ini merupakan satu topik baharu yang dipelajari oleh pelajar di Kolej Matrikulasi namun masalahnya adalah pelajar tidak bersedia terlebih dahulu sebelum PdPc berlangsung di kelas sekaligus menyebabkan pencapaian pelajar dalam topik ini tidak memuaskan. Oleh itu, tindakan intervensi dilaksanakan iaitu Pembelajaran Kendiri melalui Kaedah Flipped Classroom dengan menggunakan video pengajaran sedia ada. Pembelajaran Kendiri secara Flipped Classroom adalah proses dimana pelajar memperoleh pengetahuan baru dengan meneroka bahan-bahan pembelajaran dengan sendiri sebelum PdPc bersemuka dengan pensyarah berlangsung. Tindakan intervensi ini kemudiannya ditambah baik dengan menggunakan aplikasi simulasi PhET DC Circuit Construction Kit . Instrumen kajian yang digunakan adalah Kertas Ujian Pra dan Ujian Pos serta borang soal selidik skala likert 5 mata terhadap 24 orang pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan. Dapatan kajian dikumpulkan serta dianalisis secara kuantitatif mendapati pencapaian pelajar meningkat sebanyak 67 peratus manakala keberkesanan penggunaan aplikasi simulasi PhET juga tinggi dengan purata skor 4.88. Dicadangkan agar aplikasi ini digunakan untuk topik yang lain kerana ia memberi impak yang berkesan dalam Pembelajaran Kendiri secara Flipped Classroom dan terdapat perubahan positif dalam tingkah laku dan pencapaian pelajar terhadap pembelajaran. Kata kunci : Aplikasi PhET DC Circuit Construction Kit, Flipped Classroom, Pembelajaran Kendiri 24 18
19 PENYELIDIKAN PENGGUNAAN TED TALK in CLASSROOM DALAM PEMBELAJARAN KIMIA ORGANIK DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN Nur Zarifah Syazana Hamzah1 Yusmawati Yusoff 2 Asnah Alias3 Kasbah Andi Dahran@Asmad4 1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kurikulum tersedia masa hadapan memerlukan golongan pendidik untuk lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc) bagi menyokong transformasi pendidikan seiring dengan perkembangan pesat Revolusi Perindustrian 4.0 dalam melahirkan graduan yang kekal relevan untuk tenaga kerja pada era masa hadapan. Hal ini menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh pendidik dalam menambahbaik pendekatan kaedah PdPc. Tinjauan awal pemerhatian pensyarah dalam kelas tutoran mendapati pelajar tidak membuat pembentangan yang memuaskan, tiada keyakinan diri serta penguasaan konsep kimia organik yang lemah. Justeru itu, kajian ini memperkenalkan pendekatan kaedah TED Talk in Classroom yang merupakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar untuk meningkatkan kualiti pembentangan dalam PdPc. Kajian ini dijalankan ke atas 13 orang pelajar dari tutoran H3T6 yang mengambil Jurusan Sains bagi sesi 2022/2023 di Kolej Matrikulasi Kelantan. Kaedah pemerhatian berstruktur menggunakan rubrik untuk menilai persembahan pembentangan pelajar dan penguasaan konsep dalam topik haloalkana serta instrumen soal selidik dengan lima skala likert digunakan untuk pengumpulan data tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah TED Talk in Classroom ini. Hasil dapatan kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Microsoft Excell 2016 untuk mendapatkan peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan analisis menunjukkan peningkatan penguasaan konsep topik haloalkana dan kualiti pembentangan sangat memuaskan dan juga persepsi pelajar adalah pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini dapat menjadikan garis panduan kepada pendidik untuk memantapkan kualiti amalan pembentangan dalam PdPc untuk memenuhi permintaan pembelajaran tersedia masa hadapan bagi melahirkan graduan yang kekal relevan untuk era revolusi industri 4.0. Kata Kunci: PdPc, TED Talk, Pembentangan, PAK-21, Rubrik, Haloalkana 25 19
20 PENYELIDIKAN KESAN PENGGUNAAN APLIKASI CTS BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBTOPIK CHEMICAL TEST SEBATIAN KIMIA ORGANIK Mohd Pauzi bin Jaafar 1 Siti Fadhilah binti Ayub 2 Siti Sarah binti Saifullah 3 Zuhaizi bin Abdullah 4 1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan aplikasi CTS bagi meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam subtopik chemical test kimia organik. Subtopik chemical test agak sukar difahami oleh pelajar kerana ia menggabungkan beberapa elemen seperti nama ujian, reagen yang digunakan, persamaan tindak balas kimia dan pemerhatian dalam satu soalan. Tinjauan awal melalui pemerhatian, temu bual, tutorial, laporan amali dan ujian pra mendapati pelajar menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan chemical test dengan tepat. Oleh itu, penyelidik telah membina satu aplikasi yang dinamakan sebagai CTS bagi membantu pelajar menguasai subtopik chemical test. CTS berkonsepkan Augmented reality di mana pelajar perlu mengimbas QR code untuk mendapatkan maklumat yang telah disediakan oleh penyelidik. Kajian ini terdiri daripada dua kitaran yang melibatkan 13 orang pelajar kelas F1P1 sesi 2022/2023 di Kolej Matrikulasi Kelantan. Kaedah konvensional dilaksanakan dalam kitaran 1 manakala dalam kitaran 2, intervensi PdP telah dilaksanakan melalui penggunaan aplikasi CTS. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Kefahaman pelajar dapat dilihat melalui dapatan kajian yang menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca iaitu 100% pelajar lulus dan 38.5% mendapat gred cemerlang. Disamping itu analisis terhadap minat pelajar menunjukkan 100% pelajar berminat menggunakan CTS yang diperkenalkan. Penggunaan aplikasi CTS dicadangkan untuk digunakan dalam topik lain kerana ia memberi impak positif dalam pelaksanaan PdP. Kata Kunci: CTS, chemical test, kimia organik, persamaan tindak balas kimia 26 20
21 PENYELIDIKAN WHEEL OF DATA DALAM TOPIK DATA DESCRIPTION TERHADAP PELAJAR MATEMATIK AKAUN KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN Roziah Binti Ismail 1 Noor Hayati Binti Yaacob 2 Nur Fatimah Binti Abdul Gani 3 Siti Rahmah Binti Ramly 4 1-3 Kolej Matrikulasi Kelantan 4 Kolej Matrikulasi Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menguji keberkesanan Aktiviti Wheel of Data bagi topik Data Description terhadap pelajar Sistem Dua Semester (SDS) Akaun di Kolej Matrikulasi Kelantan. Fokus utama kajian adalah menerapkan nilai tanggungjawab pelajar terhadap pembelajaran dengan bimbingan pensyarah dan memanfaatkan teknologi dan digital dalam Topik Data Description. Objektif kajian adalah meningkatkan pencapaian pelajar dalam Ujian Ujian Penilaian Sumatif (UPS), menggalakkan penglibatan pelajar dan meningkatkan keyakinan pelajar menjawab soalan dalam Topik Data Description. Sampel kajian melibatkan 18 orang pelajar SDS Akaun di Kolej Matrikulasi Kelantan. Wheel of Data ini memanfaatkan aplikasi yang disediakan atas talian iaitu pelbagai kunci kata dalam Google dan menjadi landasan hubungkait antara pembelajaran akan datang dan teknologi. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif yang mengumpul data menggunakan instrument Ujian Pra dan Pos, ujian UPS dan temubual bersama pelajar. Melalui Ujian Pos yang dijalankan, terdapat peningkatan yang ketara berbanding Ujian Pra. Analisis ringkas terhadap UPS juga dilihat meningkat. Temubual pula menunjukkan pelajar memberi respon positif terhadap Wheel of Data dan berharap ia dikekalkan untuk semester akan datang. Kesimpulannya, Wheel of Data telah mencapai objektif kajian, meningkatkan kualiti pendidikan dengan menerapkan Pembelajaran Bermakna. Kata Kunci: Wheel of Data, Data Description, aplikasi atas talian 27 21
22 PENYELIDIKAN KOMPETENSI INTERPERSONAL PELAJAR DALAM TUGASAN KUMPULAN KURSUS PENGAJIAN AM MATRIKULASI DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 1 Nik Asniah binti Nik Abdullah Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] ABSTRAK Kompetensi Interpersonal ialah kemampuan diri, pengetahuan, kemahiran, dan ciriciri peribadi yang dimiliki seseorang dalam membina hubungan interpersonal semasa menjalankan tanggunjawab atau sesuatu tugas.. Kajian asas ini bertujuan untuk melihat tahap elemen dan penguasaan kompetensi interpersonal pelajar dalam tugasan kumpulan Pengajian Am Matrikulasi(PAM) iaitu melibatkan tiga indikator seperti Kemahiran Berbincang, Kemahiran Kepimpinan dan Kemahiran Membentang. Kumpulan sasaran seramai 248 org yang mengambil kursus PAM Semester I dan II sesi 2022/2023. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpulkan data yang melibatkan tiga indicator pilihan dengan menggunakan skala 4 mata likert. Dapatan kajian mendapati Kemahiran Berbincang dan Kemahiran Kepimpinan memperolehi bacaan min pada tahap tinggi. Manakala Kemahiran Membentang berada pada tahap sederhana dengan bacaan min 3.76. Kajian merumuskan pensyarah perlu pelbagaikan program dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dalam meningkatkan keyakinan dan komunikasi pelajar semasa membuat pembentangan. Kata Kunci: Kompetensi Interpersonal, Kemahiran Membentang, Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Berbincang 28 22
23 PENYELIDIKAN KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAAN APLIKASI DIGITAL DALAM SUBTOPIK PROJECTILE MOTION. Ismail Bin Yaacob1 Roslan Bin Mohd Nor2 Mohd Zulfadli Bin Zahari3 Siti Umi Habibah Binti Mohamed4 Tuan Kamaruzaman Bin Tuan Lah5 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah penggunaan Apps berkaitan Projectile Motion dalam mengukuhkan penguasaan konsep Projectile Motion dalam topik Kinemetics Linear Motion bagi pelajar tutoran H2T11. Kajian terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan TUTORAN H2T11 yang kebanyakannnya agak lemah dalam pencapaian fizik bagi ujian topikal semester ini. Sebanyak tiga instrumen kajian yang digunakan iaitu analisis pencapaian markah fizik ujian topikal, ujian pra dan ujian pasca. Hasil tinjuan awal mendapati kebanyakan pelajar dalam kelas ini kurang motivasi serta tidak bersungguh-sungguh dalam persediaan untuk mengikuti kelas pembelajaran. Untuk mengatasi masalah ini, kami telah memperkanalkan pembelajaran menggunakan Apps Projectile Motion kepada pelajar. Dapatan kajian menunjukkan perubahan yang positif pada murid yang lemah ini. Di akhir sesi, kesemua pelajar sangat gembira serta dapat menjawab soalan ujian pasca yang disediakan. Pelajar berasa yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, pelajar juga memberikan kerjasama yang memberangsangkan serta menyeluruh pada sesi pengajaran guru di dalam TUTORAN H2T11. Kata Kunci : Keberkesanan, Aplikasi, Projectile Motion, 29 23
24 PENYELIDIKAN TAHAP FOBIA PELAJAR DALAM PENGUCAPAN AWAM DALAM SUBJEK PENGAJIAN AM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN Noraihan binti Ismail Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kegugupan atau fobia merupakan satu masalah yang besar dalam penguasaan kemahiran insaniah seperti Kemahiran Berkomunikasi. Kemahiran komunikasi penting dalam diri seorang pelajar bagi menjamin ketrampilan dalam kehidupan mereka. Kemahiran ini merupakan satu nilai tambah yang diperlukan oleh pelajar untuk menghadapi dunia luar seperti menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi mahupun alam pekerjaan. Masalah yang sentiasa dibangkitkan ialah pelajar kurang menguasai kemahiran ini. Kelemahan pelajar kini adalah merupakan bukan seorang pengucap yang efektif dan mempunyai perasaan fobia bila berada dihadapan audien.. Kajian ini dibuat untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan fobia dalam kalangan pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan menjadi seorang pengucap Awam. Metodologi kajian menggunakan soalselidik, Laporan Peribadi Fobia Pengucapan Awam (Personal Report of Public Speaking Anxiety (PRPSA) ) mengikut McCroskey 1970. Kajian perpustakaan juga digunakan untuk mengukuhkan dapatan dari kajian ini serta pemerhatian telah dibuat. Sampel kajian adalah terdiri dari pelajar semester 1 sesi 2022-2023. Hasil daripada kajian mendapati kebanyakan pelajar menghadapi fobia dalam skor yang sederhana dan tinggi. Ini menyebabkan penguasaan kemahiran komunikasi pelajar kurang dan kelemahan ini sering dikaitkan dengan kepincangan pelajar dalam membina keyakinan diri. Pelajar yang kurang mahir dalam kemahiran komunikasi juga dilihat tidak dapat menceburi bidang pekerjaan yang baik. Pengkaji mencadangkan agar satu kajian secara terperinci dilakukan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor sebenar yang menyebabkan pelajar merasakan fobia dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Kata Kunci: Fobia, Kemahiran Komunikasi , Pengucapan Awam, Pengajian Am Matrikulasi dan Laporan Peribadi Fobia Pengucapan Awam 30 24
25 PENYELIDIKAN POTENSI DAN CABARAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN DALAM BIDANG PERNIAGAAN 1Wan Hanisah Wan Sulaiman, 2Wan Suraya Wan Ibrahim, 3Mazni Mohd Arshad@ Mohd Nor Unit Pengurusan Perniagaan, Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] 4 Mohd Yusri Abidin Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] ABSTRAK Bidang perniagaan di dalam abad ke 21 pada masa kini semakin bergantung kepada teknologi yang terkini bagi memproses data yang banyak, kompleks, kepelbagaian platfom dan pendekatan. Teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan ataupun Artificial Intelligent (AI) banyak diperkatakan dewasa ini di dalam pelbagai aspek. Keperluan berinteraksi dengan pelanggan dan penawaran barangan dan perkhidmatan yang pantas dan terkini seperti melalui e-dagang di Internet misalnya sangat bergantung kepada hubungan yang rapat dan berterusan dengan pelanggan, rakan kongsi, pelabur, pemegang saham, pembekal stok dan lain-lain. Penggunaan teknologi chatbot contohnya teknologi menggunakan Generative Pre-trained Transformers (GPT) masakini memberi satu kelebihan serta turut berpotensi membuka ruang perniagaan baru, inovasi terkini serta memperluaskan pasaran lebih global. Melalui penyelidikan ini, ianya merungkai beberapa perkara asas bagaimana kecerdasan buatan yang berinovasi terkini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi kelebihan kepada pelanggan serta pembekal perkhidmatan serta produk. Kata Kunci:GPT (Generative Pre-Trained Transformer), ChatGPT, Kecerdasan Buatan (Artifial Intelligent), perniagaan. 31 25
26 PENYELIDIKAN KAD PINTAR KOMUNIKASI (KPK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KURSUS PENGAJIAN AM MATRIKULASI DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN Noraihan binti Ismail Haslinda binti Radzali Oana binti Mat Zain Wan Kamaismaizam bin Wan Ismail Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru dalam memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas. BBM juga boleh membantu pelajar untuk melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui peranan bahan bantu mengajar dan maklum balas terhadap hasil pembelajaran pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan terhadap Kad Pintar Komunikasi (KPK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Pengajian Am Matrikulasi (PAM). Kajian ini bertujuan untuk melihat penguasaan pelajar dalam kursus PAM berasaskan penggunaan Kad Pintar Komunikasi. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat impak BBM yang dinyatakan terhadap penguasaan pelajar dalam kemahiran komunikasi mereka. Kajian ini merupakan kajian asas yang dilaksanakan kepada pelajar semester 2 sesi 2022/2023 selama 18 minggu dan menggunakan kaedah kualitatif. Sampel kajian ini melibatkan tiga orang pelajar bagi setiap pensyarah. Pelaksanaan kajian adalah menggunakan instrumen pemerhatian dan penghasilan tugasan video resume. Kutipan data dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kad Pintar Komunikasi boleh membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan. Kata kunci: Bahan Bantu Mengajar, Kemahiran Komunikasi, Pengajaran dan Pembelajaran dan Kad Pintar Komunikasi 32 26
1 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL TEACHER SHARING SESSION: FUNCTION & GRAPH EXPONENT 'AEROPLANE & SUBMARINE' Tuan Arfah binti Tuan Mat1 Nur Fatimah Binti Abdul Gani2 Nur Atiqah Binti Mohd Fikri3 Zuzita Binti Ibrahim4 1,2,3,4Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Teacher Sharing Session telah dijalankan untuk berkongsi amalan dan kaedah terbaik dalam melakar graf eksponen dengan tepat. Pelajar tidak mempunyai konsep asas mengenai fungsi dan graf esksponen daripada SPM, jadi pelajar mengalami kesukaran untuk melakar graf dengan betul. Seramai 4 pensyarah AM015 yang mengajar kuliah termasuk seorang pakar rujuk subjek, kami telah menggantikan teknik hafalan langkah kerja kepada teknik analogi ‘kapal terbang’ dan ‘kapal selam’. Pelajar dapat menggambarkan ciri-ciri tersebut dan diterjemahkan kepada bentuk graf yang betul. Secara keseluruhannya daripada permerhatian melalui kerja pelajar, mereka lebih bersetuju bahawa elemen analogi ini memberi impak yang berkesan kepada proses pembelajaran yang berkesan pada pelajar. Aktiviti ini juga dapat membantu pensyarah dalam menyampaikan pengajaran yang lebih kreatif dan bermakna seterusnya meningkatkan prestasi pelajar khususnya melibatkan fungsi eskponen. 33 27
2 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL INTEGRATING CO:DEV FRAME IN ENRICHING STUDENTS’ WRITING SKILLS IN KMKT Abd Hakim Ikram Bin Zakaria1 Nor Azma Binti Abdullah2 Nairul Nisah Binti Che Seman @ Sulaiman3 Hidayah Binti Harun4 Juwati Binti Abdul Ghafar5 1,2,3,4,5Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRACT Teacher Sharing Session (TSS) is proven as one of the most effective collaborative tools in implementing PLC sessions among educators. Since there are some senior and novice educators who are getting burnt out with the idea of coming up with the best pedagogical strategies in improving student’s writing proficiency as well as to prepare both parties for future ready education. After all, having writer’s block and inability in organizing thoughts and ideas well while writing English essays have led to poor performance in writing tests among SDS students of Kolej Matrikulasi Kelantan (A3T1 & F2T6). Co:Dev Frame has been developed to help students in improving their writing skills. After a series of intervention sessions, it is proven that the application of this digital device maximises the use of Google Jamboard as the platform in facilitating the whole research process. The application of Co:Dev Frame can be used as a rapid tool in organizing students’ ideas more effectively, thus could help them in scoring better marks in their writing component. Clearly, the approach has been proven to be the most effective tool for the educators in disseminating the best practices in teaching writing essays in a more effective way Kata Kunci: Teacher Sharing Session, Co:Dev Frame, Writing Skills, SDS Students, Kolej Matrikulasi Kelantan. 34 28
3 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL PENGGUNAAN HANDY MODEL 3D VECTORS Nuraini Binti Abdullah1 , Wan Nasron Binti Wan Muhamood2 , Mohd Shahridwan bin Ramli3 & Radhiah binti Muhamad4 . Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected],[email protected], [email protected],4 [email protected] ABSTRAK Penggunaan Handy Model 3D Vectors merupakan satu bahan bantu mengajar (BBM) yang bermakna, menarik dan membantu pelajar dalam memahami vektor dan satah dalam keadaan maujud untuk pembelajaran bagi subtopik 5.4: Application of Vectors in Geometry dalam Topik 5 iaitu Vectors. Tujuan perkongsian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah ini ke atas pelajar jurusan Sains Hayat, Fizikal dan Komputer bagi Kolej Matrikulasi Kelantan yang mempelajari topik ini untuk menjawab soalan-soalan aplikasi vektor dalam tiga dimensi dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar bagi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) II. Alat kolaboratif yang digunakan ialah ‘Teachers Sharing Session’(TSS) dengan mengaplikasikan dua strategi iaitu ‘Show, Tell, Share’ dan ‘Pillow Talk’. Perkongsian berfokuskan kaedah pedagogi terbaik dan pencarian alat bantu mengajar yang paling sesuai akhirnya membawa kepada penemuan model 3D vektor ini. Sesi perkongsian pensyarah telah dijalankan sebanyak tiga kitaran melibatkan empat orang pensyarah Matematik Kolej Matrikulasi Kelantan dengan 12 orang pelajar daripada kelas tutorial H2T7 sebagai kumpulan sasaran. Masalah utama pelajar ialah kesukaran untuk menggambarkan kedudukan satah, vektor dan normal dalam mencari persamaan satah. BBM yang dihasilkan telah berjaya membantu pelajar ‘visualize’ kedudukan satah, vektor dan normal dengan baik. Analisis dapatan perbandingan antara markah ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang ketara. Melalui tembual separa struktur secara lisan, mendapati kebanyakan responden bersetuju bahawa penggunaan ‘Handy Model 3D Vectors’ meningkatkan kefahaman dan minat pelajar kepada isi pelajaran. Ia juga memberikan impak yang positif kepada pelajar dan pensyarah. Sebagai penambahbaikan, Penggunaan ‘Handy Model 3D Vectors’ dicadangkan untuk digunakan secara meluas oleh semua pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kata Kekunci: Bahan Bantu Mengajar, 3D, Maujud 35 29
4 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL PENGGUNAAN PRA KELAS DALAM PENGAJARAN KAMIRAN 1Ezzati binti Jamil, 2Mohd Shahridwan bin Ramli, 3Roziah binti Ismail, 4Sarimi bin Sabdin & 5Nur Fadilah binti Mohamad Zain Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] , 2 [email protected], 3 [email protected], 4 [email protected], 5 [email protected] ABSTRAK Pembelajaran abad ke-21(PAK-21) merupakan pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai empat kemahiran iaitu komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif dan kreatif. Kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) perlu disesuaikan agar dapat merealisasikan impian ini. Objektif Lesson Study dilaksanakan bagi mengkaji keberkesanan PdPc yang dijalankan dan melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan. Satu rancangan pengajaran telah disediakan secara kolaboratif dengan menggunakan ABM yang interaktif iaitu QR code yang dilaksanakan ketika pra kelas. QR code digunakan dalam pengajaran bagi membantu pelajar memahami topik Kamiran . Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kelemahan yang telah dikenal pasti melalui hasil kerja pelajar, Laporan Kerja Calon dan temu bual bersama pelajar pada sesi lepas. Seramai 26 orang pelajar daripada Program Dua Semester Sesi 2022/2023 di Kolej Matrikulasi Kelantan telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Tiga kaedah pengumpulan data telah digunakan dalam kajian ini iaitu lembaran kerja, temu bual dan pemerhatian pengkaji. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi QR code ketika Pra Kelas yang disediakan adalah berkesan berdasarkan markah yang diperolehi pelajar. Kumpulan 2, iaitu pelajar yang menggunakan Modul Pra Kelas yang telah dikemaskini (Modul Pro Math) telah memperoleh markah yang lebih tinggi berbanding Kumpulan 1(menggunakan modul yang belum dikemaskini . Melalui pemerhatian didapati penggunaan QR code di dalam pra kelas berjaya mengurangkan kesilapan dan membantu pelajar menyelesaikan tugasan dalam masa yang singkat. Hasil temu bual bersama pelajar didapati pelajar lebih berminat dan lebih fokus terhadap PdPc yang dijalankan. Terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik seperti isi kandungan, aras soalan yang dikemukakan dan keberkesanan bahan bantu mengajar. Kata Kunci: Lesson Study, QR code, Kamiran, Modul Pra Kelas, PAK-21 36 30
5 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL LESSON STUDY: ‘ENHANCING STUDENT CONFIDENCE AND SPEAKING SKILLS BY OPTIMISING ICC’ 1Nur Ibtizam binti Ahmad Anwar, 2Rozana Mastura bt Abu Bakar, 3Syammuraihan bt Mohd Din, 4Chuan Ling Hue Unit Bahasa Inggeris, Kolej Matrikulasi Kelantan This study aims to facilitate student engagement in speaking tasks by optimising the use of the ICC method (Introduction, Content, and Conclusion). Our primary objective was to discover effective strategies for guiding students to structure their thoughts coherently, thereby enabling constructive speech. While designing the lessons, we carefully considered all aspects, from initiating the new lesson to anticipating student responses, incorporating the ICC method, and promoting student engagement. This process reinforced our belief that teaching speaking skills extends beyond mere 'spoon feeding', necessitating a structured approach and a robust collaborative tool, like the ICC method. Our goal was to embed future-ready education elements, equipping students to tackle future workforce challenges. By introducing them to the ICC method as our Lesson Study, we aimed to foster adaptability and transition away from conventional learning approaches. The target group consisted of Semester I students from the Sistem Empat Semester (SES). We assigned a speaking task for Continuous Assessment to 11 students (DHT9), which they had to present in their respective classrooms. The students completed an ICC worksheet, serving as an outline for their presentations. The outcome was encouraging, with students demonstrating improved confidence and achieving excellent results. They were able to plan a polished introduction, create focused and structured content, and conclude distinctively. Implementation of the ICC method led to significant impacts where the confidence level among students increased while presenting their speaking task and of course, the big impact with all students scoring 20% and above over 25% in the Continuous Assessment, thus simplifying the grading process. We recommend further examination of the ICC method with different student groups to boost student confidence and prepare them for future readiness. Key words: ICC, speaking, structured, confidence, future- ready education 37 31
6 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL PEMBELAJARAN BERBENTUK CABARAN DALAM UJIKAJI PECUTAN GRAVITI BAGI SUBJEK FIZIK MATRIKULASI. Zaidi bin Hashim 1 Nuraida binti Hasan 2 Nor Marlinie binti Zulkeply 3 Zaihasma binti Ismail 4 Rozi bin Mohamad Zain 5 Kolej Matrikulasi Kelantan email: [email protected] ABSTRAK Laporan Profesional Learning Community (PLC) ini dilaksanakan untuk berkongsi amalan terbaik di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran amali Fizik di peringkat Matrikulasi. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam kelas PdP dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Bagi amali ayunan bandul ringkas, untuk mencari pecutan graviti pelajar perlu menghitung masa ayunan, melukis graf dan membuat pengiraan. Proses ini memerlukan masa yang panjang dan kurang menarik. Oleh itu, kami memperkenalkan pembelajaran berbentuk kaedah cabaran di mana pelajar dapat melibatkan diri dan menghitungkan pecutan graviti dengan cepat menggunakan applikasi digital yang sesuai. Proses ini melibatkan dua kitaran. Kitaran pertama dibantu oleh applikasi MS Excel dan pada kitaran kedua dibantu oleh applikasi Appsheet. Untuk penggunaan di masa depan, applikasi digital tersebut boleh ditambahbaik dengan fungsi yang lebih mesra pengguna. Kumpulan sasaran adalah para pelajar sekolah sekitar Kelantan dan pelajar matrikulasi Program SES. Alat kolaboratif yang digunakan adalah Kes Diskusi (Discussion case). Hasil dapatan analisis menunjukkan peratusan maklum balas “sangat menarik” yang tinggi iaitu pada kitaran 1 ialah 90.6% danpada kitaran 2 sebanyak 84.2%. Maklumbalas “menarik” 9.4% untuk kitaran 1 dan 16.8 untuk kitaran 2. Manakala tiada yang memberi respons “kurang menarik” dan “tidak menarik” pada kitaran 1 dan 2. Oleh itu kami merumuskan bahawa, pembelajaran berbentuk cabaran telah dapat menarik perhatian pelajar di dalam kelas amali Fizik. Kata Kunci : Pembelajaran Berbentuk Cabaran, Aplikasi Digitali 38 32
7 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL PENGGUNAAN CIRCUIT CONSTRUCTION KIT : DC - VIRTUAL LAB DALAM AMALI OHM’S LAW Tuan Maziyah Binti Tuan Zin1 Nur Hidayah Binti Ahmad2 Ahmad Ridwan Bin Mamat3 Noraini Binti Hashim4 Sabariah Binti Mat Razi5 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: bm-3014.moe.edu.my ABSTRAK Projek ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam amali fizik bertajuk Ohm’s Law. Fokus utama kumpulan kami adalah untuk membantu pelajar mengenalpasti kesalahan yang kerap dilakukan semasa menjalankan eksperimen supaya dapat meningkatkan markah penilaian berterusan (PB)pelajar bagi skop kemahiran manipulatif dalam ujian amali fizik SP025. Sehubungan itu, 13 pelajar daripada kelas tutorial(F2T3) aliran sains fizikal telah dipilih untuk terlibat dalam penambahbaikan PdP. Alat kolaboratif PLC yang digunakan adalah Kes Diskusi dengan strategi penyelesaian masalah. Alat Bantu Mengajar (ABM) digital untuk penambahbaikan PdP telah dicipta sendiri oleh ahli kumpulan menggunakan alat pengajaran virtual lab iaitu Circuit Construction Kit : DC - Virtual Lab Dalam Amali Ohm’s Law yang berkonsepkan pemasangan litar secara maya menggunakan aplikasi Phet Simulation secara atas talian. Selepas ujian pos dijalankan, didapati seramai 100% pelajar yang dikaji telah berjaya memperolehi skor markah pada tahap tinggi dalam kemahiran memasang litar secara maya. Dengan ini, pelajar dan pensyarah bersetuju bahawa Circuit Construction Kit: DC - Virtual Lab Dalam Amali Ohm’s Law merupakan alat pengajaran yang efektif. Secara keseluruhan, strategi yang dilaksanakan telah berjaya memberikan impak yang positif terhadap pelajar dalam aspek kemahiran manipulatif amali fizik. Kata kunci : kemahiran manipulatif, ohm’s law, amali fizik. 39 33
8 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM MASIH RELEVAN DALAM PEMERKASAAN PDP Mohd Amiruddin bin Md Zain1 Wan Mohd Izni bin W.A.Lah @ Wan Mohamad2 Raja Azhar bin Raja Ismail3 1,2 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Pembelajaran Google Classroom adalah satu platform untuk pensyarah berkolaboratif di kalangan pensyarah dan pelajar bagi merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sebaik mungkin. Kolabaratif ini adalah untuk memantau proses PdP secara lebih berfokus bagi melihat perkembangan pelajar dari segi kefahaman dan penglibatan secara aktif dalam PdP khususnya dalam topik syariah berdasarkan silibus pendidikan Islam Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat pelbagai strategi atau alat kolaboratif yang digunakan untuk perbincangan seperti kuiz melalui google form, aktiviti interaktif, nota ringkas, kritikan video, jelajah pembelajaran dan sebagainya. Kaedah ini sangat praktikal untuk diamalkan oleh setiap pensyarah dan semua rakan pendidik. Strategi ini memberi impak yang baik kepada peningkatan pedagogi pensyarah dengan memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar bagi memastikan kemenjadian pelajar bagi memahami konsep syariah dalam Islam. Kata Kunci : Google Classroom, kolaboratif, penglibatan secara aktif, kemenjadian pelajar 40 34
9 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL MELIORA TELECHEM FUN NOTES Dr Elmi Sharlina Binti Md Suhaimi1 Norihan Binti Abd Ghani2 Nurul Azwa Binti Ahmad Nasiruddin3 Sharifah Fadthyah Binti Syed Baharuddin4 1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kimia Fizikal dan Kimia Organik merupakan topik-topik yang terdapat dalam subjek Kimia di peringkat Program Matrikulasi semester 2. Topik-topik ini sukar untuk difahami oleh pelajar kerana ia merangkumi 12 topik yang perlu dipelajari dalam masa 18 minggu. Pembelajaran tentang topik-topik ini amat mencabar kerana pelajar perlu menghafal formula dan mengingat jenis-jenis sebatian, tindak balas penyediaan, sifat fizikal, sifat kimia dan mekanisma tindak balas. Oleh yang demikian, penjelasan pensyarah di dalam kelas sahaja tidak mencukupi kerana ia memerlukan pemerhatian yang begitu teliti dan latihan yang mencukupi dalam kalangan pelajar. Kumpulan kami memilih diskusi kes sebagai alat kolaboratif PLC. Tujuan asas penggunaan diskusi kes adalah untuk membincangkan masalah dan mengemukakan cadangan penyelesaiannya, memperbaiki amalan pengajaran melalui kolaborasi dan perkongsian amalan terbaik, meningkatkan pembelajaran pelajar dan merapatkan jurang pencapaian pelajar. Bagi mengatasi masalah tersebut, satu bahan pembelajaran digital yang dinamakan Meliora TeleChem Fun Notes telah dibina oleh kumpulan kami menggunakan aplikasi Telegram Channel dan Canva untuk membantu pelajar menguasai isi kandungan pelajaran dengan lebih baik. Bahan digital ini boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran sama ada secara bersemuka, dalam talian dan pembelajaran kendiri. Meliora TeleChem ini boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran, tidak membebankan pelajar, mudah difahami, fleksibel, menjimatkan masa belajar, dan mengikut trend semasa. Bahan digital ini juga terbukti telah meningkatkan prestasi pelajar kerana pelajar boleh belajar subjek kimia yang sukar menggunakan pendekatan yang mudah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih mudah dalam bentuk digital diperlukan kearah pendidikan tersedia masa hadapan. Kata Kunci : Meliora TeleChem 41 35
10 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL VIDEO KRITIK XcYc : STRATEGI PENGAJARAN BAGI SUBTOPIK ELIPS Zaipah Binti Yakub Nor Rohasikin binti Mat Jali Ismatul Haslinda binti Ismail Nur Hidayah binti M.Razif Fatin Nabila Binti Rosly Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] ABSTRAK Elips merupakan subtopik bagi Topik 4 Matematik II Sistem Dua Semester (SM025) dalam Pengajian Matrikulasi Sains. Tujuan aktiviti PLC ini adalah untuk mendapatkan kaedah dan amalan pengajaran serta menghasilkan video terbaik yang memudahkan PdP pensyarah dan meningkatkan kefahaman pelajar bagi subtopik Elips. Kumpulan sasaran adalah pensyarah Matematik dan pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt). Alat kolaboratif video kritik dipilih bertujuan menambahbaik video pengajaran menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah Xchanges Ychanges (XcYc) bagi subtopik Elips. Aktiviti PLC dilaksanakan dalam dua kitaran. Dalam kitaran pertama, satu rakaman video telah dibuat semasa proses pengajaran dalam tutoran bersama 15 orang pelajar H5T10 bagi sesi 2021/2022.Video pengajaran dikongsi kepada ahli kumpulan dan pelajar untuk dianalisa dan video pengajaran dibuat penambahbaikan. Dalam kitaran ke dua, video pengajaran tersebut di kongsi kepada 23 orang pelajar tutoran H2T6 dan K2T8 bagi sesi 2022/2023. Pendapat, maklumbalas dan kritikan membina diberikan bagi tujuan penambahbaikan dan meningkatkan kualiti video PdP. Berdasarkan temubual, soal selidik (Google Form), borang pemerhatian video kritik dan maklum balas komen secara atas talian oleh para pensyarah dan pelajar menunjukkan bahawa penggunaan kaedah XcYc ini dapat membantu pensyarah menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan, seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar. Dapatan aktiviti PLC ini, menunjukkan bahawa penggunaan kaedah tertentu sesuai digunakan dalam kursus Matematik, seterusnya dapat mencetuskan idea PdP yg berkesan kepada para pendidik untuk mengaplikasikannya bagi tajuk yang sesuai sekaligus merealisasikan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Curriculum) bagi melahirkan pelajar yang adaptif terhadap keperluan masa hadapan seiring dengan cabaran abad ke-21. Kata kunci: Elips, video pengajaran, aplikasi Google Classroom, aplikasi Whatsapp, pendidikan tersedia masa hadapan 42 36
11 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL MENGGUNAKAN KAEDAH VISUALISER MENINGKATKAN KEFAHAMAN LINEAR SEARCH DALAM ARRAY Kamaruzaman bin Yusoff1 Sazuaranie bin Hanapiah2 Johana binti Muhammad3 Syafrian Wahdini binti Syaflyadi4 Muhammad Asyrawi bin Abdullah Zawawi5 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Laporan ini meneroka penggunaan kaedah visualiser untuk meningkatkan pemahaman tatasusunan dalam konteks carian linear menggunakan Bahasa pengaturcaraan Java. Kaedah visualiser menyediakan alat bantu secara visual untuk menggambarkan kandungan serta proses pergerakan dalam tatasusunan (array) apabila berlakunya carian linear. Visual ini boleh membantu pelajar untuk lebih memahami cara tatasusunan (array) berfungsi dan cara memanipulasinya dalam kod aturcara Java. Melalui satu siri latihan dan contoh, kami menunjukkan cara bagaimana kaedah visualiser boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang struktur data tatasusunan, serta cara carian linear dilaksanakan. Kami membuat kesimpulan bahawa kaedah visualiser ialah alat yang sangat baik boleh digunakan untuk mengajar linear search dalam tatasusunan (array). Kami mengesyorkan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pengaturcaraan Java. Kata Kunci : lesson study, linear search, array, visualiser, pengaturcaraan 43 37
12 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL VIDEO KRITIK: KAEDAH PEMBELAJARAN KOOPERATIF DALAM PELAKSANAAN TUGASAN VIDEO RESUME Noraihan binti Ismail 1 Oana binti Mat Zain 2 Nik Asniah binti Nik Abdullah 3 Haslinda binti Radzali 4 Wan Kamaismaizam bin Wan Ismail 5 2 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kaedah Pembelajaran Kooperatif merupakan pendekatan yang aktif dan interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan kerjasama dan interaksi antara pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Alat kalaboratif yang digunakan ialah Video Kritik. Kajian ini untuk melihat keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam menghasilkan tugasan Video Resume. Responden bagi kajian ini merupakan pelajar semester II sesi 2022/2023 iaitu seramai 12 dari tutoran H3T9. Kaedah ini melibatkan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk memupuk kerjasama, pemahaman kolektif, dan penyelesaian masalah secara berkumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi tanggungjawab untuk belajar dan mengajar sesama ahli kumpulan, dan setiap kejayaan kumpulan dianggap sebagai kejayaan individu. Kajian ini memfokuskanTeknik Galeri Walk (Gallery Walk) sebagai satu teknik koperatif yang melibatkan penyebaran dan paparan hasil kerja pelajar secara kolaboratif dalam bentuk pameran atau galeri. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka, berinteraksi, dan memberikan maklum balas terhadap hasil kerja rakan sebaya mereka. Dapatan Kajian mendapati pensyarah telah mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan dalam pembelajaran dan menyediakan platform yang terbaik kepada pelajar untuk mempraktikkan diri dengan pelbagai kemahiran. Impak kepada PdP dari segi pengajaran,dapat menyediakan platform yang kondusif dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap objektif PdP. Cadangan penambahbaikan ialah pensyarah perlu menggunakan lokasi pdp yang lebih luas dan selesa serta penggunaan teknologi dalam proses pembentangan. Kata Kunci : Pembelajaran Kooperatif, Video Resume, Teknik Galeri Walk, Platform 44 38
13 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL SIMULASI PhET DAN KAEDAH φBIGood UNTUK MEMAHAMI KONSEP HUKUM FARADAY DAN HUKUM LENZ. Saloma binti Zakaria1 Nurul Zawani binti Zainudin2 Rafiqah Zahidah binti Raffli3 Noor Azah binti Mat Zali4 Nor Zaini binti Musa5 1,2,3,4,5 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Teacher sharing session (TSS) merupakan sesi perkongsian antara pensyarah bertujuan untuk berkongsi teknik pengajaran dan pembelajaran untuk topik-topik yang terlibat dalam silibus Fizik Matrikulasi. Kumpulan sasaran yang terlibat untuk perkongsian ini adalah pensyarah Unit Fizik dan 12 pelajar Sistem Dua Semester (SDS) Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt). Berdasarkan pemerhatian pensyarah, pelajar mempunyai masalah untuk memahami konsep Hukum Faraday dan Hukum Lenz dalam topik 5 silibus Fizik Matrikulasi. Pelajar juga didapati menghadapi kesukaran untuk menentukan arah arus aruhan. Simulasi PhET dan kaedah φBIGood diperkenalkan oleh pensyarah dalam proses PdPC untuk membantu pelajar mengatasi masalah tersebut. Hasil dapatan telah dikumpul melalui kaedah pemerhatian, ujian pra dan pasca serta borang soal selidik. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, 11 daripada 12 pelajar (91.7%) berjaya mendapat markah penuh setelah menggunakan simulasi PhET. Dapatan kajian juga menunjukkan kesemua 12 pelajar (100%) menunjukkan peningkatan markah untuk ujian pasca berbanding markah ujian pra mereka setelah kaedah φBIGood diperkenalkan kepada mereka. Justeru, perkongsian ini diharapkan dapat membantu pensyarah menyampaikan topik Hukum Faraday dan Hukum Lenz dengan lebih baik serta dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Kata Kunci: Simulasi PhET, Kaedah φBIGood, Hukum Faraday, Hukum Lenz, arus aruhan, pembelajaran dan pengajaran. 45 39
14 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL PELAKSANAAN GAME ON WEEKLY CHALLENGE PELAJAR SES SAINS KOMPUTER Fadilah Binti Abdul Rauf1 , Norhafizah Binti Idris2 , Nor Maslini Binti Ibrahim3 , Sayed Yusoff Bin Syed Hussain4 Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected], [email protected] [email protected], [email protected] ABSTRAK Kajian Professional Learning Community (PLC) ini dilakukan dengan menggunakan alat kolaboratif diskusi kes bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan GameOn Weekly Challenge dalam kalangan 105 pelajar Sistem Empat Semester (SES) untuk subjek Sains Komputer di Kolej Matrikulasi Kelantan. Pelaksanaan ujian formatif yang dinamakan GameOn Weekly Challenge ini dilakukan untuk memastikan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) difahami dengan jelas dan pelajar dapat mengulangkaji dalam jangkamasa lebih awal secara mingguan. Pengumpulan data dibuat melalui dapatan analisis min bagi setiap kelas. Analisis ini juga dibuat bagi mengenalpasti pelajar yang lemah di peringkat awal dan menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Kaedah ini juga akan membantu pelajar meningkatkan pencapaian bagi Ujian Penilaian Semester (UPS). Kata kunci: ujian formatif, pembelajaran kendiri 46 40
15 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL “CAP-MATION”: KUASAI KITAR CALVIN Noor Azura binti Omar 1 Fadhilah binti Ibrahim 2 Nor Suhada binti Azman 3 Siti A’ishah binti Tuan Mat 4 Fathin Farhana binti Mohamed Shukri 5 1,2,3,4,5Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kitar Calvin merupakan salah satu proses dalam fotosintesis. Seramai 65 orang pelajar responden yang terdiri daripada 42 orang pelajar daripada sistem dua semester (SDS) dan 23 orang pelajar daripada sistem empat semester (SES) bagi jurusan sains hayat dan jurusan sains komputer sesi 2022/2023 telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Diskusi Kes (DK) merupakan satu pendekatan yang diambil oleh pensyarah digabungjalin bersama ekosistem digital bagi membantu pensyarah meningkatkan kualiti pengajaran. Strategi yang digunakan adalah rakaman video penggunaan alat bantu mengajar (ABM) “Cap-Mation” dan penggunaan aplikasi Liveworksheet sebagai instrumen pengukuhan yang bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Strategi ini dipilih bagi menepati pendidikan tersedia masa hadapan yang menggabungkan kemajuan revolusi teknologi dalam kehidupan seharian pelajar. Berdasarkan dapatan kumpulan kami, kesemua kumpulan sasaran menunjukkan peningkatan terhadap kefahaman mereka bagi tajuk kitar Calvin. Ini ditunjukkan daripada Analisa data praujian dan pascaujian yang menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pencapaian pascaujian berbanding praujian. Analisis dapatan skor pascaujian pula mendapati seramai 72.3% pelajar mendapat skor tinggi iaitu peningkatan sebanyak 66.15% berbanding praujian. Ini menunjukkan pelajar lebih memahami dan mudah mengingati konsep kitar Calvin dengan menggunakan strategi “Cap-Mation” ini. Cadangan penambahbaikan adalah menyemak semula skrip penerangan proses kitar Calvin menggunakan nama molekul atau istilah yang tepat mengikut spesifikasi kurikulum SB025 dan DB024 yang terkini. Manakala untuk aktiviti pengayaan secara interaktif menggunakan aplikasi Liveworksheet pula, beberapa pilihan skema jawapan yang bersesuaian akan disediakan bagi memastikan pelajar mendapat skor yang betul serta pelbagaikan bentuk aktiviti pengayaan seperti ‘drag and drop’, ‘find the correct match’ dan ‘fill in the blank’. Kata Kunci: Diskusi Kes, Cap-Mation, Kitar Calvin 47 41
16 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL HANDHOLD PLACARD FLIPPED TECHNIQUE IN UNDERSTANDING OWNER’S EQUITY IN ACCOUNTING EQUATION Ahmad Izuddin Bin Yahya Che Norazlina Che Zainal Nurul Akmal Mat Yaakob@Ariffin Azaharuddin Bin Mamat Unit Perakaunan, Kolej Matrikulasi Kelantan Ahmad Izuddin Bin Yahya ([email protected]) ABSTRACT This case discussion paper is conducted to increase understanding of 17 students from A2T1 and A2T2 class semester I, 2022/23 session concerning owner’s equity when they answer structured question of accounting equation. Owner’s equity is one of crucial components in accounting equation. Failure to understand how owner’s equity works in accounting equation would result to incorrect double entry system afterwards. This PLC paper is based on an early survey through observation, students’ worksheet review, planning and implementing through three instruments; observation form, pre-test and post-test. Handhold placard is a tool used by the lecturer to capture students’ interest in class and enhances students’ understanding of owner’s equity at an early stage. This can be seen as an effect either increase or decrease towards owner’s equity. Smiley face emoticon on placard is applied to given business transaction when owner’s equity increases, while disappointed face emoticon on backside of the placard represents decrease in owner’s equity. The students were then tested pre and post using Google Form. For the purpose of comparison, the lecturer has used mark percentage and average. Keyword: Handhold Flipped placard, smiley/disappointed emoticon, owner’s equity. 48 42
17 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL TEACHER SHARING SESSION: AMALAN PENGHASILAN “OOTD MODULE” MENINGKATKAN KETERSEDIAAN PEMBELAJARAN MASA DEPAN AP025 KMKT 1 Mazni Mohamad Arshad@Mohd Nor, 2 Amirah Mohammad, 3 Wan Suraya Wan Ibrahim, 4 Wan Hanisah Wan Sulaiman, 5Hasma Norddin, 1-5Unit Pengurusan Perniagaan, Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] ABSTRAK Amalan penghasilan “OOTD Module” menggunakan aplikasi Canva adalah satu kaedah pembelajaran berasaskan projek yang berdasarkan teori persekitaran pembelajaran konstruktif. Strategi pembelajaran berpusatkan pelajar ini menekankan kreativiti dan kolaboratif antara pelajar dan pensyarah bertindak sebagai penyedia pengalaman yang membolehkan pelajar membina kemahiran menyelesaikan masalah, berfikir secara kritis dan kreatif serta menggunakan semua kemahiran tersebut dengan cara yang betul. Amalan ini memerlukan pelajar menghasilkan modul digital kumpulan mereka sendiri (Our Own Team Digital Module) dengan menggunakan aplikasi Canva pendidikan. Melalui amalan ini pelajar terlibat menghasilkan sendiri nota digital bagi topik-topik AP025 yang akan disoal dalam PSPM2. Amalan OOTD Module bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam kerja berkumpulan, mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menyelesaikan projek, berinovasi, berupaya mengadaptasi, membuat keputusan serta mencipta sesuatu. Sesi perkongsian guru (TSS) dilaksanakan untuk melihat keupayaan amalan ini dalam pelaksanaan PdP pensyarah bersama-sama 30 pelajar dari tutorial A1T1,A1T2 dan A1T7. Hasil daripada pelaksanaan amalan OOTD Module didapati, 100% pelajar telah dapat menguasai dan boleh memberi contoh yang dapat menghubungkaitkan dengan soalan PSPM. Melalui temubual juga, 100% pelajar telah menggunakan OOTD Module di dalam kelas untuk membantu mereka dalam mengingati fakta dan konsep melalui grafik canva yang menarik dalam modul digital berkenaan. Impak aktiviti bersama amalan OOTD Module selain memperkukuhkan pemahaman pelajar berkaitan topik yang sukar dalam Pengurusan Perniagaan, mereka belajar bekerjasama untuk menentukan tujuan pembelajaran, mengetahui laluan pembelajaran untuk mencapainya dan memantau proses perkembangan pembelajaran sehingga selesai. Kata Kunci : kursus pengurusan perniagaan, pembelajaran berasaskan projek, aplikasi canva, modul digital, OOTD Module, sesi perkongsian guru. 49 43
18 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL PENTAKSIRAN SERENTAK DALAM KEMAHIRAN FUTSAL Mohd Rosli bin Mat Yazid1 Mohd Zaidin bin Samsudin2 Zulkifli bin Abd Aziz3 Norhaslina binti Noh4 1,2,3,4Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Pentaksiran merupaka satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang proses pendidikan. Ia bertujuan mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran. Namun begitu, sejauhmanakah kebolehpercayaan antara penguji boleh dinilai. Bagi mendapatkan nilai persetujuan antara penguji, satu penilaian terhadap penguji telah dijalankan iaitu penilaian kemahiran permainan futsal. Sebanyak 26 slaid video yang menunjukan aksi pelajar melakukan kemahiran dalam permainan futsal. Kumpulan kami memilih diskusi kes sebagai alat kolaboratif PLC. Tujuan asas penggunaan diskusi kes adalah untuk membincangkan masalah dan mengemukakan cadangan penyelesaiannya, memperbaiki amalan pengajaran melalui kolaborasi dan perkongsian amalan terbaik, meningkatkan pembelajaran pelajar dan merapatkan jurang pencapaian pelajar. Bagi mengatasi masalah tersebut, satu bahan pembelajaran yang dinamakan instrumen pentaksiran komprehensif telah dibina oleh kumpulan kami. Kata Kunci : instumen pentaksiran, persetujuan penguji 50 44