19 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL BRAINY MAP:MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN ESEI EKONOMI Nurul Anisa binti Mustafa Rosmawati binti Mamat Tang Bee Eng Nizam Haidzat bin Ebna Kasim Abdullah bin Che Omar Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Penyelidikan berbentuk kes diskusi dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan nota bentuk Brainy Map dalam meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan esei dalam tajuk Dasar Fiskal Budi Bicara. Responden bagi kajian ini melibatkan 9 orang pelajar jurusan perakaunan dari Kolej Matrikulasi Kelantan yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 1 orang perempuan. Data dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pos, soal selidik serta temu bual ke atas persepsi pelajar terhadap membuat catatan nota Brainy Map. Keputusan ujian pra dan pos dianalisis menggunakan Microsoft Excel manakala soal selidik persepsi pelajar dianalisis dengan mengira peratus. Analisis Microsoft Excel menunjukkan dapatan markah ujian pos seramai 5 dari 9 pelajar mendapat 10/10 markah iaitu sebanyak 55.56% dan 4 dari 9 pelajar mendapat 9/10 markah iaitu sebanyak 44.44% . Berdasarkan data ujian pra dan pos terdapat peningkatan 100% pelajar mendapat markah 8 ke atas. Selain daripada itu, hasil analisis soal selidik menunjukkan 80% pelajar sangat bersetuju Brainy Map membantu pelajar menjawab soalan esei dengan baik dan 100% pelajar memberi reaksi positif apabila menyatakan mereka suka belajar ekonomi menggunakan kaedah Brainy Map. Kajian kes diskusi dapat membuktikan bahawa kaedah penggunaan Brainy Map dapat meningkatkan motivasi dan kepakaran pendidik apabila sentiasa berdiskusi kaedah pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan motivasi dan keseronokan pelajar untuk belajar seterusnya meningkatkan pencapaian kecemerlangan akademik pelajar. Kata Kunci : Brainy Map, jawapan esei, pengajaran berkesan. 51 45
1 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF BUTIK D’JANGOK: PRIHATIN BERSAMA PENAMPILAN TERJAGA NAMA KUMPULAN: CHANTEQUE RINGKASAN EKSEKUTIF Kumpulan KIK Chanteque pada Januari 2019 dengan projek bertajuk Butik D’Jangok. Idea projek ini mula timbul berikutan pemerhatian dan rungutan pelajar berkaitan dengan kekurangan pakaian kuliah dan isu air yang tidak konsisten. Ini menyebabkan ada sedikit isu pengurusan masa bila mana berkaitan dengan pakaian kuliah dan air. Setiap sesi kami akan menjalankan kempen sumbangan ini kepada pensyarah dan kakitangan Kolej Matrikulasi Kelantan dalam usaha membantu pelajar-pelajar yang memerlukan. Ini adalah bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dibantu. Namun begitu, perkara yang lebih utama adalah untuk menterjemahkan hikmah pelaksanaan sumbangan pakaian iaitu antara lainnya untuk menguatkan hubungan antara pemberi (Pensyarah/Staf) dan penerima (Pelajar yang memerlukan). Kami percaya apabila perkara ini berlaku, ianya akan memberi satu suntikan semangat kepada pelajarpelajar kami yang kurang berkemampuan untuk mencipta kecemerlangan dalam pembelajaran mereka walaupun mereka ini berada dalam keadaan serba kekurangan. Inovasi ini juga telah memberikan impak dari penjimatan perbelanjaan pakaian kuliah dan penjimatan masa pelajar yang berkaitan kerana jumlah dan bilangan baju yang mencukupi. Perbelanjaan pelajar boleh ditumpukan untuk keperluan makanan dan pembelajaran. Bagi sesetengah pelajar, dengan adanya pakaian kuliah yang mencukupi boleh meningkatkan keyakinan diri serta dapat mengurangkan rasa rendah diri kerana terpaksa memakai pakaian yang sama ke kelas tutor atau kuliah. Bagi potensi pengembangan projek, inovasi ini telah disebarluas ke unit-unit lain di Kolej Matrikulasi yang membuat lawatan penanda aras di Kolej Matrikulasi Kelantan bermula tahun 2019 hingga 2023. Projek ini juga dikembangkan melalui lawatan sekolah-sekolah sekitar Kelantan yang menyertai hari Terbuka Kolej Matrikulasi Kelantan dan Lawatan Kerjaya oleh pihak sekolah. Prototaip 1 telah dilaksanakan pada bulan Januari hingga Jun tahun 2019. Sikap prihatin di kalangan pensyarah dan kakitangan sokongan dalam memberi sumbangan pakaian terpakai yang sangat menggalakkan. Sambutan yang menggalakkan daripada pelajar yang memerlukan. Projek ini sedikit sebanyak telah mengurangkan rungutan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pihak kami mendapati projek ini berpotensi untuk diaplikasikan di semua institusi pendidikan dan juga di mana-mana tempat yang bersesuaian. 52 46
1 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF Inovasi ini telah menghasilkan impak yang besar kepada para penyumbang dan penerima sumbangan khususnya pelajar KMKt. Hasil dari soal selidik, didapati 79.7% responden setuju bahawa ianya telah menjadi satu nilai tambah kepada “mood” belajar bersama rakan-rakan yang lain kerana keyakinan dari segi penampilan mereka meningkat. Selain itu, sebanyak 52 orang responden iaitu 81.25% bersetuju dengan adanya projek Butik D’Jangok ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa daripada membeli atau mengadakan pakaian tambahan yang bersesuaian untuk mereka menghadiri kuliah. 53 47
2 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF SPECIAL DISTRIBUTION CALCULATOR (SDC) Nama Kumpulan: INTEGREAT Ahli kumpulan: Tuan Arfah Binti Tuan Mat (Ketua) Roziah Binti Ismail Zuzita Binti Ibrahim Nur Hidayah Binti M Razif Nur Fatimah Binti Abdul Gani Nurul Nadiah Binti Che Rahim Nur Azdiyanah Binti Mohd Nazri Nor Affizal bin Shaffie RINGKASAN EKSEKUTIF Special Distribution Calculator (SDC) merupakan satu alat inovasi yang terhasil bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam subjek matematik terutamanya bagi topik Special Probability Distribution. Sebelum terhasilnya inovasi ini, sesi PdP bagi topik tersebut adalah dengan menggunakan salinan keras buku Jadual Statistik yang telah dimurnikan dan digunakan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Selepas pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia dan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, sesi PdP telah dilaksanakan secara dalam talian. Selepas kerajaan mengumumkan fasa endemik pada 1 April 2022 pula, sesi PdP dilaksanakan secara hybrid, di mana kuliah adalah secara dalam talian dan tutoran secara bersemuka. PdP secara hibrid juga merangkumi pelaksanaan kelas secara dalam talian jika pensyarah atau pelajar tidak dapat menghadiri kelas secara bersemuka atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Penggunaan salinan keras buku Jadual Statistik tidak sesuai dengan pelaksanaan PdP secara dalam talian kerana pensyarah dan pelajar tidak berada di tempat yang sama semasa PdP. Hal ini telah menimbulkan masalah bagi pensyarah dalam membantu serta menunjukkan kepada pelajar cara yang betul untuk membaca Jadual Statistik semasa menyelesaikan soalan taburan kebarangkalian. 54 48
2 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF Perancangan bagi mengatasi masalah ini dilakukan dengan membina sebuah kalkulator digital untuk mengira nilai kebarangkalian di mana pensyarah dan pelajar tidak perlu berada di tempat yang sama dan pensyarah tidak perlu merujuk buku Jadual Statistik. Kami pensyarah matematik Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) terpanggil untuk menghasilkan satu inovasi bagi membendung masalah yang dihadapi oleh pensyarah. SDC berfungsi sebagai alat bantu mengajar (ABM) terutamanya apabila topik Special Probability Distribution perlu diajar secara dalam talian samada dalam mod kuliah atau tutoran. SDC merangkumi kalkulator bagi ketiga-tiga taburan dalam topik tersebut iaitu Taburan binomial, Taburan Poisson dan Taburan normal yang telah diprogramkan ke dalam aplikasi Google Sheet menggunakan formula tertentu. Penggunaan SDC dalam PdP menyerupai penggunaan salinan keras buku Jadual Statistik namun SDC lebih mudah digunakan bagi pengajaran jarak jauh dan dalam talian. Hal ini kerana, inovasi SDC ini menukarkan buku Jadual Statistik kepada kalkulator digital yang boleh diakses menggunakan sebarang peranti bijak dan capaian internet. Inovasi SDC ini tercerna hasil perbincangan dan penyataan masalah yang dihadapi oleh pensyarah-pensyarah semasa mengajar topik Special Probability Distribution ini secara hibrid. Antara teknik kawalan kualiti yang digunakan dalam pelaksanaan inovasi ini ialah SMART, SWOT dan 5W 2H. Hasilnya, inovasi ini dapat memudahkan tugas pensyarah serta proses PdP secara dalam talian kerana paparan SDC pada peranti pensyarah dapat dikongsi secara terus bersama pelajar menerusi platform yang digunakan semasa PdP. 55 49
3 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF MIKROSKOP DIGITAL: MENCERAP IMEJ LEBIH MUDAH Nama Kumpulan: Bio Digital Innovation Ahli Kumpulan: Mohd Ruszaidi Bin Setapa Mohd Arman Bin Ismail Noor Azura Binti Omar Rosmah Binti Yahya Azlyawaty Binti Harun Nor Azilawani Binti Jaafar Nor Maizura Binti Harun Mohd Zulfadli Bin Zahari Shafari Bin Mohamed Nor RINGKASAN EKSEKUTIF Projek Mikroskop Digital: Mencerap Imej Lebih Mudah berdasarkan pemerhatian ahli kumpulan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) di dalam ujian amali kursus Biologi amnya dan kemahiran penggunaan mikroskop terutama kemahiran mencerap imej mikroskop khususnya. Mikroskop merupakan peralatan yang penting bagi pelajar jurusan Sains Hayat Program Matrikulasi KPM khasnya kepada pelajar yang mengambil subjek Biologi bagi program Sistem Dua Semester (SB015 & SB025) dan Sistem Empat Semester (DB014 & DB024). Oleh itu, pelajar mesti mampu menguasai kemahiran menggunakan mikroskop kerana: 1. Terdapat lapan amali bagi Semester I & II yang melibatkan penggunaan mikroskop. Pelajar memerlukan kemahiran menggunakan mikroskop bagi mencapai objektif untuk semua amali tersebut. 2. Penggunaan mikroskop semasa Ujian Amali Biologi menyumbang markah yang besar kepada markah Penilaian Berterusan (PB). 3. Kemahiran menggunakan mikroskop pada peringkat Program Matrikulasi oleh pelajar Sains Hayat adalah penting untuk meneruskan pengajian di IPT dalam kursus pengajian yang menggunakan mikroskop. Terdapat komplain daripada pensyarah IPT bahawa terdapat pelajar lepasan Program Matrikulasi tidak mampu menguasai kemahiran mikroskop semasa mengikuti kursus di IPT. Lantaran itu, tinjauan yang dibuat mendapati senario ini berlaku berpunca daripada kesukaran dalam kerja pencerapan, pengecaman dan penelitian imej oleh pelajar dalam kelas amali Biologi. Pelajar sukar mengenalpasti dan menerangkan imej yang berjaya diperolehi kepada pensyarah. Manakala pensyarah pula sukar untuk menerangkan imej yang perlu dicerap dan diperhatikan kepada keseluruhan pelajar semasa sesi amali berlangsung. 56 50
3 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF Bagi mengatasi masalah ini, inovasi Mikroskop Digital: Mencerap Imej Lebih Mudah dihasilkan. Mikroskop Digital menggunakan digitalcam dan komputer untuk membesarkan visual imej yang dipaparkan kepada keseluruhan kelas melalui LCD. Melalui projek KIK ini, diharapkan kerja pencerapan imej oleh pelajar dapat dilakukan dengan tepat dan pensyarah juga dapat memberi penjelasan yang terperinci kepada pelajar tentang imej yang perlu dicerap. Sampel kajian ini bermula dengan pelajar dari kelas D1T17, Program Sistem Empat Semester ambilan 2022/2023. Projek dibawah inovasi penyampaian perkhidmatan dan dalam kategori penambahbaikan ini telah memudahkan pelajar untuk mencerap imej dengan lebih baik dengan bantuan imej yang dipaparkan pada LCD. Selain itu, ia dapat membantu pensyarah untuk membuat penerangan tentang dimensi imej yang lebih jelas kepada keseluruhan pelajar semasa kelas amali berlangsung. Inovasi ini telah menghasilkan outcome yang positif kepada pensyarah dan pelajar. Hasil soal selidik mendapati 98.4% pelajar setuju ianya telah meningkatkan kemahiran mencerap imej mereka dengan lebih baik. Selain itu, keputusan laporan ujian amali bagi Semester 2 DB024 telah menunjukkan satu peningkatan yang memberangsangkan di mana 61.6% pelajar mendapat markah penuh berbanding hanya 49% pada Semester 1 DB014. Inovasi ini juga telah memberikan impak dari penjimatan masa PdP amali. Masa untuk pensyarah menerangkan imej yang perlu dicerap oleh pelajar dan masa untuk pelajar mencerap imej serta menerangkan semula imej yang telah berjaya dicerap kepada pensyarah berjaya dikurangkan. Selain itu, impak yang ketara ialah pelajar mula meminati subjek Biologi dan tidak lagi menganggap kemahiran penggunaan mikroskop sebagai satu perkara yang susah. Bagi potensi pengembangan projek, inovasi ini telah disebarluas dan diseragamkan ke kelas amali semua pensyarah Biologi KMKt dan telah disebarluas penggunaannya ke Maktab Sultan Ismail sebagai projek rintis. 57 51
4 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF FIGEE CARD Nama Kumpulan Crystal-11 Ahli Kumpulan Khairul Aswari bin Ab. Rahman Dr. Elmi Sharlina bt Md Suhaimi Nik Khadijah bt Nik Salleh Kasbah bin Andi Dahran@Asmad Muhammad bin Seman Mohd Zamanuri bin Mohd Suhaimi Azlan bin Ab. Latif Zuhaizi bin Abdullah Ahmad Affendy bin Abdullah Norazreen bt Muhamad Afrah bt Aling RINGKASAN EKSEKUTIF Projek Figee Card telah dihasilkan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ahli kumpulan yang merupakan pensyarah-pensyarah Kimia terhadap minat, sikap dan teknik belajar pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) bagi subjek Kimia Organik khususnya bagi sub topik Introduction to Organic Chemistry di mana sub topik ini sangat penting kepada pelajar kerana merupakan asas utama dalam mempelajari Kimia Organik. Figee Card ialah nota maya yang memaparkan objek tiga dimensi (3D) dan animasi menggunakan konsep Augmented Reality (AR) yang dibina untuk membantu pelajar memahami dan mengingati kumpulan berfungsi dalam Kimia Organik. Inovasi Figee Card yang dibina ini menyokong pembelajaran digital berpusatkan pelajar di dalam dan di luar kelas. Impak projek Figee Card kepada pelajar ialah dapat meningkatkan kemahiran mengenal pasti kumpulan berfungsi serta mengenal pasti sebatian dalam topik Introduction to Organic Chemistry, membantu pelajar menjawab soalan tugasan bagi sub topik ini dengan baik yang mana markah yang diperuntukkan adalah sebanyak 15% dan mengoptimunkan penggunaan inovasi digital dalam kalangan pelajar. Impak penghasilan Figee Card kepada pensyarah ialah dapat mengurangkan masa pensyarah dalam menyediakan bahan-bahan sebelum kelas bermula, menggalakkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) digital dalam kalangan pensyarah Kimia dan menggalakkan pembinaan BBM digital dalam kalangan pensyarah untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Novelti yang terdapat dalam Figee Card ialah kad imbasan yang pertama kali pada masa tersebut diperkenalkan di kolej-kolej matrikulasi yang menggunakan konsep Augmented Reality dan ia mematuhi sukatan mata pelajaran di matrikulasi. 58 52
4 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF Kelebihan Figee Card adalah produk mampu milik, dapat mengurangkan penggunaan kertas dalam proses PdP dan meningkatkan imej organisasi Kolej Matrikulasi Kelantan dengan mempromosikan produk di luar organisasi. Kajian kepuasan pengguna yang menumpukan kepada keberkesanan penggunaan Figee Card mendapati interprestasi skor min keseluruhan daripada soal selidik adalah 4.39 ± 0.16. Ini menunjukkan persepsi kepuasan pelajar terhadap penggunaan Figee Card sebagai bahan pembelajaran digital pada tahap yang sangat tinggi kerana ia telah meningkatkan kemahiran mengingat dan mengenal pasti kumpulan berfungsi dengan mudah, menarik dan interaktif. Secara keseluruhan, Figee Card mudah digunakan, berkesan dalam mengingati kumpulan berfungsi, efisien dan mempunyai nilai tambah yang berpotensi untuk dikomersialkan. Figee Card adalah inovasi yang menyokong pembelajaran digital bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar walaupun pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara atas talian. Projek ini boleh dikembangkan lagi dengan topik-topik yang lain dalam subjek Kimia dan juga bagi subjek lain yang diajar di kolej matrikulasi, sekolah dan seluruh institusi pengajian. 59 53
INOVASI 1 MY E-RCCARD Juwati Binti Abdul Ghafar 1 Hidayah Binti Harun 2 Nor Azma Binti Abdullah 3 Abdul Hakim Ikram Bin Zakaria4 Nairul Nisah Binti Che Seman @ Sulaiman5 Ros Fareeza Binti Rosly6 1,2,3,4,5Kolej Matrikulasi Kelantan 6Kolej Matrikulasi Kedah [email protected] ABSTRACT Lack of practices and mastery in Reading Comprehension Skills have led to poor performance in Reading Tests among SES students of Kelantan Matriculation College. My e-RCCard has been developed with the purpose to help students to improve their reading comprehension skills (skimming, scanning, inferencing etc), thus obtaining excellent results in their Reading Tests. My e-RCCard can be used as a quick reference; an easy way to help students to use while doing their self-reading activity. The notes, practices, answers, sample MUET Paper and Model Tests provided in the card are parts of revision for the users to strengthen their knowledge in reading comprehension skills. The finding shows that after using My e-RCCard, 20 SES students' mean score results have increased about 42.4% in their posttest compared to their pre-test. Students responded that this e-Card is practical, saves time, less cost and contains helpful practices. Key notes: Reading comprehension skills, revision, My e-RCCard, MUET 60 54
INOVASI 2 LENZ DISCO Rizaudin Bin Abd Rashid1 Najihah Binti Bakri2 Noreha Binti Midin3 Norfazlina Binti Mohd Rahim4 Nur Hazwani Binti Othman5 1,2,3,4,5Kolej Matrikulasi Kelantan. Email: [email protected] ABSTRAK Inovasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan Alat Bantu Mengajar (ABM) baru yang mudah digunakan iaitu aplikasi Lenz DiSCo bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam menentukan arah arus teraruh dan membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan SP025 dengan tepat. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, para pelajar didapati mempunyai kesukaran untuk memahami Hukum Lenz dan menentukan arah arus teraruh bagi solenoid dan gegelung kerana tidak mempunyai gambaran yang nyata tentang arus teraruh. Justeru, pengkaji telah membangunkan satu aplikasi yang dikenali sebagai Lenz DiSCo menggunakan aplikasi perisian Apple: Keynote untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelajar bagi menentukan arah arus teraruh bagi Hukum Lenz. Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada 61 orang pelajar jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt). Data dikumpul melalui pemerhatian dan secara kuantitatif melalui borang soal selidik. Kesimpulannya, inovasi yang dilaksanakan menunjukkan bahawa aplikasi Lenz DiSCo yang dibangunkan memudahkan pelajar untuk memahami Hukum Lenz seterusnya dapat menentukan arah arus teraruh. Oleh itu, inovasi ini diharapkan dapat membantu pensyarah Fizik memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Hukum Lenz supaya pelajar lebih mudah memahami topik ini dan sekaligus dapat menentukan arah arus teraruh untuk solenoid dan gegelung dengan tepat. Kata Kunci: arus teraruh, Hukum Lenz, Lenz DiSCo 61 55
3 INOVASI APPLIKASI PENGIRAAN PECUTAN GRAVITI Zaidi bin Hashim 1 Nuraida binti Hasan 2 Nor Marlinie binti Zulkeply 3 Zaihasma binti Ismail 4 Nor Rohasikin binti Mat Jali5 Rozi bin Mohamad Zain 6 1,2,3,4,5,6Kolej Matrikulasi Kelantan email: [email protected] ABSTRAK Inovasi ini adalah untuk membangunkan satu applikasi mengira pecutan graviti bagi tujuan pendidikan terutamanya bagi pelajar sekolah dan matrikulasi. Pengiraan pecutan graviti selama in boleh dihitung menggunakan rumus dan juga melalui pengiraan kecerunan dari graf yang telah diplotkan. Kaedah konvensional seperti ini adalah kurang menarik minat pelajar dan mengambil masa yang lama. Inovasi ini dinamakan ‘Gravity Challenge’ di mana inovasi ini memberi fokus kepada pengiraan menggunakan applikasi dengan lebih menarik dan cepat. Applikasi ini telah dibangunkan menggunakan ‘software’ appsheet yang boleh digunakan secara percuma. Untuk tujuan uji lari (test run), seramai 19 orang pelajar dari 2 kumpulan praktikum telah dipilih untuk menyertai ujilari inovasi ini. Mereka dikehendaki menjalankan ujikaji pecutan graviti, dan selepas ujikaj, merekai perlu menggunakan applikasi “Gravity Challenge’’ untuk mengira pecutan graviti. Mereka dikehendaki memberikan maklumbalas selepas penggunaan applikasi. Dapatan hasil maklumbalas mendapati 84.2% responden memberikan maklumbalas ‘SANGAT MENARIK”, 16.8% “MENARIK” dan tiada yang memberi maklumbalas “KURANG MENARIK”. Oleh itu kami membuat kesimpulan bahawa inovasi ini telah berjaya menarik minat pelajar untuk melaksanakan ujikaji pecutan graviti. Kata Kunci: Applikasi Cabaran Graviti, Menarik, Percuma 62 56
INOVASI 4 63 57 DEVELOPING CROSS-CURRICULAR YOUTUBE-BASED ENRICHMENT ACTIVITIES FOR MATRICULATION BIOLOGY AND ENGLISH SUBJECTS IN THE MATRICULATION PROGRAMME Mohd Shamil Azhan bin Inche Ibrahim1 Mohd Arman bin Ismail 2 Arfizah binti Arshad 3 1,2 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRACT This study explores the development of cross-curricular YouTube-based enrichment activities for high school Biology and English as a Second Language (ESL) subjects in pre-university courses in Malaysia. The purpose of the study is to enhance students‘ motivation and engagement in learning and to improve their understanding of the two subjects by integrating them in a meaningful way. The research methodology involved the use of a mixed-methods approach, including surveys, interviews, and observations, to gather data from Matriculation students and teachers. The findings of the study suggest that cross-curricular YouTube-based enrichment activities can be an effective way to enhance students' learning experiences and improve their understanding of the two subjects. The study also identified several factors that influence the effectiveness of the cross-curricular approach, such as the quality of the videos, students' language proficiency, and the support provided by lecturers. The implications of the study are discussed in terms of how cross-curricular YouTube-based enrichment activities can be integrated into Matriculation Biology and English subjects to improve students‘ motivation, engagement, and understanding of both subjects. Keywords : Biology, English, Matriculation, Enrichment, Cross-curricula
INOVASI 5 TEKNIK e-MBizz MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR AP025 KMkt Hasma binti Norddin, Amirah binti Mohammad, Mazni binti Mohammad Arshad@Mohd Nor, Wan Hanisah Wan Sulaiman, Wan Suraya Wan Ibrahim, Afizah Jusoh@Alias Unit Pengurusan Perniagaan Kolej Matrikulasi Kelantan [email protected] ABSTRAK Projek inovasi pengajaran dan pembelajaran e-MBizz menggunakan aplikasi Canva dihasilkan bagi membantu pelajar di peringkat Matrikulasi memahami konsep nota perniagaan secara e-pembelajaran menggunakan aplikasi Canva dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus penguasaan Pengurusan Perniagaan ini.Ia merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan projek yang berdasarkan teori pempelajaran konstuktif. Strategi pembelajaran berpusatkan pelajar ini menekankan kreativiti dan kolaboratif antara pelajar dan pensyarah bertindak sebagai penyedia pengalaman yang membolehkan pelajar membina kemahiran menyelesaikan masalah, berfikir secara kritis dan kreatif serta menggunakan semua kemahiran tersebut dengan betul. Melalui amalan ini, pelajar terlibat menghasilkan sendiri nota berbentuk digital bagi topik-topik AP025 yang akan disoal dalam PSPM 2. Modul E-MBizz bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam kerja berkumpulan, mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menyelesaikan projek, berinovasi, berupaya mengadaptasi, membuat keputusan serta mencipta sesuatu. Hasil daripada pelaksanaan modul e-MBizz didapati 100% pelajar telah dapat menguasai topik yang terdapat dalam kursus Pengurusan Perniagaan. Kata Kunci : kursus pengurusan perniagaan, aplikasi Canva, modul digital 64 58
INOVASI 6 EPIL Norsarina Binti Amran 1 Shiqah Binti Ebrahim 2 Noriza Binti Daud 3 Rosnita Binti Ab Kadir 4 Saloma Binti Zakaria 5 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK ePhysics Interactive Learning (ePIL) merupakan produk buku nota ringkas Fizik yang diaplikasikan secara offline menggunakan kaedah penerbitan elektronik (ePUB). Nota ini merangkumi topik Momentum and Impulse yang diajar di peringkat matrikulasi bagi subjek Fizik. Idea inovasi nota ringkas ini dihasilkan dengan menggabungkan beberapa elemen interaktif multimedia serta helaian nota seperti buku digital yang lebih menarik dan tidak perlu dimuat turun berulang kali. Menerusi kaedah lama, pelajar hanya membaca nota dalam bentuk pdf dan tiada ciri-ciri interaktif yang agak membosankan kerana ia seakan-akan membaca nota pada helaian kertas biasa. Dengan terhasilnya ePIL, konsep Fizik yang dipelajari lebih mudah difahami, menyeronokkan dan merangsang minat pelajar untuk belajar sendiri. Untuk menggunakan produk ePIL, pelajar hanya perlu memuat turun electronic publication (ePUB) reader melalui App Store atau Play Store. Pengguna iOS boleh membaca ePIL ini menerusi aplikasi tersedia Books, manakala pengguna Android pula boleh menggunakan aplikasi Lithium. Tinjauan soal selidik ke atas 74 orang pelajar yang mengambil kursus Fizik SP015. 96.2% pelajar bersetuju bahawa ePIL membantu dalam membuat rujukan secara interaktif dan pembelajaran secara cybergogy. Kata Kunci : ePhysics Interactive Learning (ePIL), Fizik, Nota, Rujukan 65 59
7 INOVASI APLIKASI DIGITAL SimuTAB Suhaibah Mustafa1 Nur Zarifah Syazana Hamzah2 Siti Fatimah Md Sollhi3 Noor Shuhada Rahim4 Wan Rosilah Wan Llah5 Suhaina Mohd Yatim6 1,2,3,4,5,6 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Kertas ini membincangkan projek inovasi SimuTAB yang dihasilkan iaitu simulasi interaktif untuk eksperimen penitratan asid bes. Pandemik Covid-19 menyebabkan pelaksanaan pengajaran & pembelajaran telah dijalankan secara atas talian. Berdasarkan pemerhatian pensyarah dalam kelas amali yang dijalankan secara bersemuka pada sesi 2021/2022 selepas PKP, masih ramai pelajar tidak mengenali alat radas dan tidak dapat menguasai teknik pengendalian alat radas dengan baik.Hasil semakan jotter book pelajar menunjukkan mereka tidak dapat memahami prosedur dan melukis alat radas dengan betul. Selain itu, eksperimen penitratan ini penting kerana menjadi eksperimen bagi ujian amali bagi kursus SK015 yang diperlukan untuk markah penilaian berterusan pelajar. Justeru itu, inovasi SimuTAB ini dibina menggunakan perisian Unity untuk membantu pelajar memperolehi pengalaman seperti amali yang dijalankan secara praktikal. SimuTAB dihasilkan bertujuan untuk membantu pelajar untuk mengenali alat radas & bahan kimia dengan betul sebelum menjalankan amali yang sebenar, pelajar juga dapat memahami prosedur amali dengan lebih baik . Perisian interaktif SimuTAB yang menarik dengan grafik dan animasi, dapat memberi pengalaman sebenar kepada pelajar secara virtual sebelum menjalankan amali secara “hands-on”. Soal selidik untuk mengetahui persepsi & tahap kebolehgunaan Simulasi telah ditadbir kepada 30 orang pelajar. Dapatan menunjukkan peratus pesepsi & kebolehgunaan SimuTAB adalah berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, inovasi SimuTAB ini dapat membantu pelajar menguasai teknik pengendalian alat radas kerana simulasi dapat memberi pengalaman seperti teori/praktikal sebenar dan juga dapat membantu pelajar lebih bersedia untuk menjalankan amali. Kata Kunci : Simulasi, Interaktif, amali, pentitratan 66 60
INOVASI 8 INOVASI PENGGUNAAN ‘FLEMING ARROW CARD’ DALAM TOPIK ‘MAGNETIC FIELD’ Ahmad Ridwan bin Mamat 1 Ahmad Zahari bin Azizan 2 Mohamad Faizul bin Yusoff 3 Nur Hidayah binti Ahmad4 1,2 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRAK Projek ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan proses P&P dengan menggunakan ‘Fleming Arrow Card’ dalam topik medan magnet. Projek ini dijalankan berdasarkan pemerhatian kumpulan kami dimana kumpulan kami mendapati pelajar menghadapi kesukaran dalam kepelbagaian teknik bagi menentukan arah daya, medan magnet dan arah arus selain dengan menggunakan kaedah Tangan Kiri Fleming. Sampel kajian terdiri daripada 24 orang pelajar Sistem Dua Semester ( SDS ) Kolej Matrikulasi Kelantan. Instrumen kajian terdiri daripada satu set ujian pra dan satu set ujian pasca yang merangkumi 10 soalan struktur, setiap set ini bertujuan melihat pencapaian pelajar sebelum dan selepas pendekatan penggunaan ‘Fleming Arrow Card’. Alat kolaboratif PLC yang digunakan adalah Kes Diskusi dengan strategi kumpulan penyelesai masalah. Intervensi penambahbaikan PdP telah dicipta sendiri oleh ahli kumpulan kami menggunakan alat pengajaran Fleming Arrow Card. Selepas intervensi dijalankan, didapati seramai 100% pelajar yang dikaji telah berjaya memperolehi skor markah pada tahap tinggi dalam kemahiran penggunaan Fleming Arrow Card’. Dengan ini pelajar dan pensyarah bersetuju bahawa penggunaan ‘Fleming Arrow Card’ dalam Topik ‘Magnetic Field’ merupakan alat pengajaran yang efektif. Secara keseluruhan, strategi yang dilaksanakan telah berjaya memberikan impak yang positif terhadap pelajar dalam aspek kemahiran penentuan arah medan magnet, daya dan arus.Projek kami ini boleh dicapai melalui capaian digital olabs.edu.in. Kata kunci : Fleming Arrow Card’, Magnetic Field’, Tangan Kiri Fleming. 67 61
INOVASI 9 TUTOR SEGERA, RAKAN PELAJAR SAINS KOMPUTER Haslina binti Hassan 1 Noor Idrawaty binti Shamsudin 2 Mohd Ruzman bin Mat Ali 3 Suhaini binti Ismail 4 Azizan bin Isa 5 Kolej Matrikulasi Kelantan Email: [email protected] ABSTRACT WhatsApp adalah aplikasi media sosial yang menyediakan platform pesanan segera yang digunakan sebagai medium komunikasi berkesan antara pensyarah dan pelajar untuk menyokong pembelajaran digital. Ia digunakan secara meluas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan kerana ia mampu menyokong pembelajaran kolaboratif dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Bagi kaedah pembelajaran yang lebih relevan dan berkesan, Tutor Segera dibina menggunakan teknologi WhatsApp sebagai satu inventif yang boleh menarik pelajar kerana ciri-ciri aplikasi itu yang sangat mudah untuk digunakan. Dalam menguasai kandungan dalam mata pelajaran Sains Komputer (SC025) terutamanya istilah dan definisi khusus, pelajar harus fokus kepada pemahaman dan hafalan. Tutor Segera disediakan sebagai kamus mini untuk subjek ini menggunakan WhatsApp sebagai platform utama yang disepadukan dengan Google Sheet. Aplikasi ini menggunakan Teknologi Pembelajaran Mesin (Machine Learning) dan pendekatan kepintaran buatan (Artificial Intelligent). Pelajar hanya menggunakan WhatsApp untuk mencari keperluan pembelajaran mereka dengan menghantar mesej mengandungi kata kunci yang berkaitan dan juga bahan pembelajaran lain termasuk nota kuliah, tutorial dan latihan. Tutor Segera memberi respon segera, tepat, menjimatkan masa dan tidak menggunakan capaian data internet yang banyak seperti aplikasi lain. Penyediaan Chatbot ini mudah, bermakna pensyarah tidak perlu menjadi pakar untuk menyediakan Autoreply WhatsApp mereka sendiri. Kata kunci: ChatBot, WhatsApp, Autoreply 68 62
10 INOVASI LET’S CRACK THE KREBS Nurul Shuhada binti Nooralam1 , Faizatul Asmira binti Sahari2 , Nurul Amylia binti Sahruzaini3 [email protected] Unit Biologi, Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Kelantan ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menambah baik pemahaman pelajar dan menarik minat pelajar terhadap topik kitaran Krebs. Idea untuk penghasilan ‘Let’s Crack the Krebs’ tercetus sebagai pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan bagi subtopik Kitaran Krebs di dalam topik ‘Cellular Respiration and Fermentation’ dalam spesifikasi kurikulum Biologi Matrikulasi KPM. ‘Let’s Crack the Krebs’ melibatkan penggunaan poster interaktif secara maya membolehkan pelajar mendapatkan akses di hujung jari. Poster interaktif ini dilihat dapat memberikan pemetaan secara visual langkah-langkah yang terlibat dalam Kitaran Krebs. Pensyarah boleh mengaplikasikan kaedah ‘flipped-classroom’ dengan menggunakan poster interaktif ‘Let’s Crack the Krebs’ di mana pelajar boleh mengakses nota berkaitan Kitaran Krebs, soalan serta permainan dalam talian sebelum PdPc bermula. Kumpulan sasaran yang dipilih adalah pelajar jurusan Sains Hayat seramai 22 orang yang mengambil subjek Biologi. Hasil kajian menunjukkan penggunaan poster interaktif secara maya dapat memberikan motivasi pelajar untuk memahami topik yang sukar dan bersifat abstrak serta membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap topik Kitaran Krebs. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan cemerlang dalam gred ujian pasca berbanding ujian pra. Sesi perbincangan dalam kalangan pensyarah pula mendapati penggunaan poster interaktif ‘Let’s Crack the Krebs’ dapat menggantikan cara pengajaran yang konvensional dengan menyediakan pelajar melakukan pembelajaran kendiri untuk menterjemahkan konsep dalam Kitaran Krebs semasa menjawab soalan yang berkaitan subtopik tersebut. Cadangan penambahbaikan adalah untuk mereka poster yang lebih menarik serta mengandungi video penerangan untuk setiap langkah yang terlibat. Selain itu, ‘Let’s Crack the Krebs’ diharap dapat disebar luas untuk digunakan oleh pelajar biologi Sijil Tinggi Pelajar Malaysia (STPM) dan pelajar asasi. Kata kunci: Biologi, Kitaran Krebs, Poster interaktif, Pembelajaran kendiri 69 63