The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

D6 BT BM - BAHASA MELAYU PART2 (Link bermula unit 16-27) SK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikD, 2023-09-24 01:19:20

D6 BT BM - BAHASA MELAYU PART2 (Link bermula unit 16-27) SK

D6 BT BM - BAHASA MELAYU PART2 (Link bermula unit 16-27) SK

KANDUNGAN KPM iii PENDAHULUAN iv TEMA 1 KEKELUARGAAN 1 Unit 1 Saling Menyayangi 2 Unit 2 Ke Sana ke Sini 7 Unit 3 Cerita Pertemuan 13 TEMA 2 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN 23 Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita 24 Unit 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan 31 Unit 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 37 TEMA 3 KESELAMATAN 47 Unit 7 Sentiasa Peka 48 Unit 8 Sentiasa Berhati-hati 55 Unit 9 Waspada Fenomena Alam 63 TEMA 4 PERPADUAN 73 Unit 10 Langkah Perpaduan 74 Unit 11 Gema Perpaduan 81 Unit 12 Semarak Perpaduan 87 TEMA 5 KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA 97 Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara 98 Unit 14 Persada Seni Lambang Jati Diri 103 Unit 15 Estetika Cita Rasa Malaysia 109 TEMA 6 SAINS, TEKNOLOGI, DAN INOVASI 119 Unit 16 Indahnya Sains 120 Unit 17 Teknologi Membantu Kita 127 Unit 18 Inovasi Kreatif 133 TEMA 7 PERTANIAN DAN PENTERNAKAN 143 Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan 144 Unit 20 Rezeki daripada Tanah 151 Unit 21 Dunia Tani dan Ternak 157 TEMA 8 EKONOMI, KEUSAHAWANAN, DAN PENGURUSAN KEWANGAN 167 Unit 22 Sumber Ekonomi 168 Unit 23 Usahawan Berjaya 173 Unit 24 Bijak Mengurus Wang 179 TEMA 9 INTEGRITI 189 Unit 25 Amanah Sejagat 190 Unit 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara 197 Unit 27 Kejujuran Asas Jati Diri 203


TEMA 6 SAINS, TEKNOLOGI, DAN INOVASI 119 Bercerita tentang gambar. Kemudian, kaitkannya dengan sains, teknologi, dan inovasi.


Sains dalam Kehidupan Izzah dan Amna menonton cerita tentang sains dan teknologi yang berkaitan dengan hidupan. Kemudian, mereka melakukan aktiviti main peranan. Sama-sama, Sang Monyet. Dalam kehidupan ini, kita saling memerlukan. Saya bersyukur kerana dapat membantu hidupan lain. Akar tunjang saya masuk jauh ke dalam tanah untuk mendapatkan nutrien. Terima kasih kerana tidak melupakan saya. Sedapnya buah ini. Nasib baik ada pokok ini. Dapatlah aku makan buahnya. Terima kasih, Sang Pokok. Aku akan membalas jasamu dengan menyebarkan biji benih kamu. 1 2 3 Indahnya Sains UNIT 16 120 UNIT 1 Mendengar dan Bertutur


Dengar, tafsir, dan berikan respons terhadap penyataan setiap hidupan secara kritis dan kreatif. Kemudian, lakonkan. 121 Nota Guru 1.1.3 • Bimbing murid mendengar dan mentafsir penyataan berdasarkan bahan rangsangan. • Bimbing murid memberikan respons terhadap penyataan secara kritis dan kreatif. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Mentafsir EMK: Sains dan teknologi PAK-21: Main Peranan Wahai Sang Pokok, berikanlah nasihat kepada penghuni di sini! kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit 8 9 7 Aktiviti 6 Saya lihat kamu gembira bersarang di situ, Sang Burung. Mesti ada sebabnya. 5 Sumbangan saya pula – menyerap karbon dioksida – mengeluarkan oksigen – mengurangkan pencemaran bunyi. ____ Sang Daun, cuba lihat Sang Monyet dan Sang Pokok itu, rancak mereka berbual tentang sumbangan masing-masing. Saya fikir kamu juga ingin menyatakan sumbangan kamu. 4


Orang ramai boleh memiliki dan dapat merasai pengalaman menyaksikan proses kupu-kupu keluar daripada kepompong. Anak-anak juga dapat melihat kitaran hidup seekor kupu-kupu. Pasti pengetahuan dan pengalaman menarik ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran mata pelajaran Sains di sekolah. RM20.00 setiap set anda dapat: 1 kepompong 1 balang kaca Sila Hubungi: Selamatkan Kupu-kupu ADOPSI KUPU-KUPU Adopsi Kupu-kupu 122 06-12345678 016-1234567 Izzah melayari Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya. Tiba-tiba, dia terlihat iklan yang menyentuh hatinya. Layari laman sesawang www.butterflyreptile.com Ribuan beluncas terpaksa dihapuskan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi mengelakkan tindakan tersebut, pihak Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka (MBRS) melancarkan Program Adopsi Kupu-kupu. Pihak MBRS mengharapkan orang ramai agar membantu mereka menangani krisis ini. Kepompong-kepompong ini tidak boleh dilepaskan kerana kesemuanya ialah hasil pembiakan di dalam makmal sepenuhnya. Jika dilepaskan, mungkin akan memberikan kesan sampingan kepada kawasan persekitaran. Hal ini disebabkan beluncas akan memakan daun dengan banyaknya selama dua hingga tiga minggu sebelum berubah bentuk ke peringkat seterusnya. Bagi membela nasib kupu-kupu tersebut, orang ramai yang berminat boleh membantu pihak MBRS dengan membuat pembelian kepompong kupu-kupu tersebut. Membaca [Sumber: Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka (MBRS)]


Selepas membaca iklan tersebut, Izzah berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya. Kemudian, mereka berbincang dalam Twitter. Pada pendapat saya, program ini sangat berfaedah. Kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kehidupan kupu-kupu. Kita perlu menyokong program ini kerana kemungkinan kepompong-kepompong ini akan dihapuskan. Saya akan bertanyakan pendapat ibu saya sekejap lagi. Nota Guru 2.2.1 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia. • Bimbing murid menaakul maklumat untuk membuat rumusan dan ramalan. Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan Projek KBAT: Menilai – Meramalkan EMK: Sains dan teknologi Izzah.Faizal Laman Utama Teroka Pemberitahuan Mesej Tanda Buku Senarai Profil Lagi [email protected] . 18 min. [email protected] . 9 min. Izzah @Izzah.Faizal [email protected] . 8 min. 4 Tweet Tweet Tweets & balasan Media Suka Bagi saya pula, tiada masalah kerana harganya berpatutan. Kita pula boleh membelinya secara dalam talian. Saya juga akan meminta kebenaran daripada ibu bapa saya terlebih dahulu. Saya ada terbaca iklan tentang Program Adopsi Kupu-kupu. Program ini membolehkan para peminat kupu-kupu mendapatkan kepompong dengan harga RM20.00. Pembeli akan dapat melihat kitaran hidup kupu-kupu yang cantik. Apakah pendapat kawan-kawan tentang iklan adopsi kupu-kupu ini? Ada sesiapa yang berminat? 123 [email protected] . 6 min. Saya merumuskan _____ [email protected] . 4 min. Saya meramalkan _____ Baca, fahami, dan taakul maklumat bahan multimedia. Kemudian, buat rumusan dan ramalan. . . . . . . . . . . . . . Aktiviti


Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu Catat maklumat dalam Peta Bulatan dan janakan idea. Nota Guru 3.2.3 • Bimbing murid mencatat maklumat pada Peta Bulatan. • Bimbing murid merancang langkah kerja dan membuat buku skrap digital. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan EMK: Sains dan teknologi 124 (Sumber: http://www.pskt.com.my) menghasilkan reka cipta kereta lumba mainan sendiri dan uji kehebatannya mempelajari pemasangan berasaskan robotik mempelajari demonstrasi sains mempelajari sistem pengkomputeran menonton persembahan sains secara interaktif mempelajari cara pemasangan litar elektrik Ilmu Diperoleh di PSKT _______ _______ _______ _______ kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Menulis Aktiviti Izzah telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT). Dia telah mencatat banyak maklumat dan mengambil foto tentang aktiviti yang dilakukan di sana. Selain itu, Izzah mendapat idea untuk membuat projek sains di sekolahnya. Saya berhasrat untuk mempersembahkan maklumat dan foto yang diperoleh dengan menggunakan Microsoft PowerPoint atau buku skrap digital. Yang berikut langkah-langkah yang akan saya lakukan: 1. ______ 2. ______ 3. ______ 4. ______


Cantiknya Buruj Persembahkan keindahan tulisan Jawi menerusi kata-kata hikmat. Nota Guru 4.4.2 • Bimbing murid mempersembahkan seni tulisan Jawi yang lebih kreatif. Strategi PdP: KP – Visual Ruang KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan EMK: Bahasa 125 Seni Bahasa Izzah dan rakan-rakan telah masuk ke Galeri Dome Show semasa berkunjung ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT). Aktiviti Wah, hebatnya! Bagaimanakah kamu tahu itu buruj Belantik? Itulah pentingnya amalan membaca kerana membaca jambatan ilmu. Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk sesuatu corak tertentu di langit. Info Kawan-kawan, buruj yang kita lihat itu namanya buruj Belantik. Buruj itu dapat dilihat antara bulan Disember hingga Februari. Saya tahu kerana maklumat tentangnya ada dalam buku astronomi yang saya baca.


Amna sangat tertarik akan maklumat yang diperolehnya daripada Internet tentang kepentingan pantulan cahaya dalam kehidupan. Peluasan Subjek Peluasan Predikat Ibu Amir menggayakan kesesuaian tudungnya di hadapan cermin. Ibu menggayakan kesesuaian tudung baharunya di hadapan cermin. Pantulan Cahaya Nota Guru 5.3.1 • Bimbing murid memahami ayat tunggal. • Bimbing murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina EMK: Sains dan teknologi 126 Bina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks. Ibu menggayakan kesesuaian tudungnya di hadapan cermin. Cermin memudahkan doktor gigi. Cermin memperlihatkan pandangan sukar. Pelanggan dapat melihat imej bahagian belakang kepalanya. Pemandu menggunakan cermin pandang sisi. Ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat ialah ayat yang Aktiviti menerima penambahan unsur pada subjek atau predikat ayat. Tatabahasa Munsyi Cilik


UNIT 17 Izzah, kakak, dan abangnya berhasrat untuk membeli topi keledar sebagai hadiah kepada ayah mereka. Kemudian, mereka meramalkan kesesuaian topi keledar tersebut untuk kegunaan ayah mereka. Hebatnya Topi Keledar Bluetooth Bertutur untuk membuat ramalan secara bertatasusila mengikut konteks. Nota Guru 1.2.1 • Bimbing murid bertutur tentang bahan. • Bimbing murid membuat ramalan tentang bahan secara bertatasusila mengikut konteks. Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai – Mentafsir EMK: Sains dan teknologi bateri dan pengecas • bateri tahan lama • pengecasan selama tiga jam • tempoh bercakap selama sepuluh jam panel kawalan • menggunakan teknologi Bluetooth • mudah digunakan • mesra penunggang • sesuai digunakan dengan semua jenis telefon bimbit • sesuai untuk komunikasi antara penunggang semasa berkonvoi mikrofon • berkualiti • suara yang jelas • kawalan bunyi persekitaran • apabila mendengar panggilan masuk, pengguna hanya perlu mengucapkan “helo” untuk mengaktifkan sambungan antena FM • menerima saluran radio dari seluruh dunia 127 kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Abang bersetuju dengan cadangan Izzah kerana _____. Bagaimanakah pula dengan kamu, Hana? Saya pun bersetuju. Ayah pasti _____. Teknologi Membantu Kita UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti Saya fikir topi keledar ini sesuai untuk ayah. Topi keledar ini menggunakan teknologi terkini. Saya dapat bayangkan, ayah akan _____.


Mesin Rumput Kawalan Jauh Izzah membaca surat khabar. Dia tertarik akan rencana kejayaan sekumpulan pemuda menggunakan teknologi kawalan jauh dalam ciptaan mereka. 128 (Sumber: Zulkifli bin Haji Haron) Syarikat rekaan milik Zulkifli bin Haji Haron telah memperkenalkan sebuah mesin rumput kawalan jauh. Ciptaan ini bukan sahaja menarik dari segi cara pengendalian malah mesin ini lebih lasak dan sesuai untuk membersihkan semak samun serta belukar yang tebal. Mesin rumput yang diberikan nama Blu-Kar ini digerakkan oleh enjin diesel berkeupayaan 10 kuasa kuda. Blu-Kar ini boleh dihidupkan dengan cukup mudah kerana menggunakan kunci pemula. Kelajuannya 10 kilometer sejam. Alat kawalan jauh Blu-Kar mampu beroperasi dengan cekapnya dalam jarak radius 150 meter. Blu-Kar ini juga mempunyai keistimewaan lain. Antaranya termasuklah penggunaan bilah pemotong jenis logam karbon berkelajuan tinggi dan tahan lasak. Selain itu, mesin ini turut dilengkapi sistem pacuan empat roda. Rekaan bentuk badan yang pendek serta jarak roda yang sangat dekat membolehkan mesin ini melepasi pelbagai halangan di ladang. Pengguna yang memiliki Blu-Kar ini boleh berada pada jarak yang jauh sambil memerhatikan Blu-Kar beroperasi. Dengan ini, pengguna pasti lebih selamat daripada ancaman haiwan berbisa dan bahaya yang lain. Penggunaan teknologi kawalan jauh mampu memudahkan kerja-kerja yang berisiko. Membaca


Baca dan analisis teks rencana dan sajak. Kemudian, lengkapkan Peta Pelbagai Alir untuk membuat ramalan. Nota Guru 2.3.1 • Bimbing murid membaca dan menganalisis bahan. • Bimbing murid membuat ramalan. Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menganalisis – Meramalkan EMK: Sains dan teknologi Dahulu sebelum terbit mentari parang sabit diasah tangan dihayun kaki melangkah memugar semak lalang. Dahulu memerah keringat tulang empat kerat menebas semak samun gatal dan miang terasa. Masa berubah megah berjalan ke ladang mesin ciptaan memutar bilah tajam membersihkan ladang. Tiada lagi keringat menitik mesin berjalan dengan kawalan hanya diperhati dari kejauhan tanpa langkah penatkan badan ladang bersih hati senang. Inovasi Hebat Nukilan: Izzah Faizal Izzah mengirimkan rencana tersebut kepada datuknya di kampung. Datuknya bercadang untuk membeli peralatan bagi membantu kerjanya di ladang. Izzah juga mengirimkan sajak ciptaannya dengan menggunakan telefon bimbit. Izzah meramalkan datuknya pasti akan ... . 129 Aktiviti kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Mesin Rumput Kawalan Jauh mesin ini lebih lasak tahan lama dan kos senggara rendah ____ ____ ____ ____ Ciri-ciri Ramalan


130 Saudara Teknologi Cikgu Nurul serta ahli Kelab Sains dan Teknologi membincangkan penganjuran Hari Sains dan Teknologi. Mereka bercadang untuk mengundang pihak sekolah lain bagi menyertai pameran yang akan diadakan. SK Tok Rimau • ciptaan kerusi botol • kitar semula botol plastik • ringan dan kukuh • anugerah – johan peringkat daerah Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang sains dan teknologi. Selain itu, penganjuran ini juga dapat memupuk minat dan kreativiti murid-murid. Jadual Tentatif Hari Sains dan Teknologi Tarikh: 18 Ogos 20oo Hari: Sabtu Masa: 8:00 pagi Tempat: Dewan Seri Permai, SK Seri Permai. SK Lembah Sirih • ciptaan alat multipembersih • alat pembersih udara mudah alih • menapis bau dan habuk • anugerah – johan peringkat kebangsaan SK Seri Indah • ciptaan ampaian pakaian pintar • mudah digunakan • melindungi jemuran daripada hujan secara automatik • anugerah – johan peringkat negeri Menulis NURUL AMNA


131 Hasilkan surat kiriman rasmi berdasarkan bahan secara koheren dan kohesi. Nota Guru 3.3.1 • Bimbing murid menghasilkan penulisan surat kiriman rasmi secara koheren dan kohesi. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan EMK: Sains dan teknologi Kelab Sains dan Teknologi, SK Seri Permai, 31200 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN. _______________________________________________________________ Pengerusi, Kelab Sains dan Teknologi, SK Lembah Sirih, 31200 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN. 18 JULAI 20oo. Tuan, Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi Merujuk perkara di atas, pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Permai ingin mengundang Kelab Sains dan Teknologi sekolah tuan untuk menyertai pameran Hari Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami. 2. Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk ... . 3. ____ 4. ____ Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan perhatian tuan, kami dahulukan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar, Amna (AMNA BINTI AZMAN) Setiausaha, Kelab Sains dan Teknologi, SK Seri Permai. Isi-isi penting Panggilan hormat Nama dan alamat penerima Garis panjang melintang Tarikh surat ditulis Alamat pengirim Tajuk surat Tandatangan dan nama pengirim Jawatan Sebagai Setiausaha Kelab Sains dan Teknologi, Amna perlu menulis surat undangan kepada tiga buah sekolah tersebut untuk menyertai pameran yang akan diadakan. Aktiviti


(Sumber: Kolej Vokasional Bachok) Izzah dan Amna membaca kisah kejayaan pelajar kolej vokasional. Kuasa di Hujung Jari Bina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan ayat-ayat yang diberikan dalam perenggan. Nota Guru 5.3.1 • Bimbing murid memahami ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat. • Bimbing murid membina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina EMK: Sains dan teknologi 132 1. Amiruddin pelajar Diploma Jurusan Teknologi Elektronik. 2. Adeeb pelajar Diploma Jurusan Teknologi Elektronik. (dan) Ayat Majmuk Peluasan Subjek: Amiruddin dan Adeeb pelajar Diploma Jurusan Teknologi Elektronik. 1. Mereka telah mencipta sistem menghidupkan motosikal dengan imbasan cap jari. 2. Mereka peka akan masalah kecurian motosikal. (kerana) Ayat Majmuk Peluasan Predikat: Mereka telah mencipta sistem menghidupkan motosikal dengan imbasan cap jari kerana peka akan masalah kecurian motosikal. Mereka mencipta sistem tersebut sebagai projek tahun akhir. Mereka berusia 19 tahun ketika itu (yang). Mereka mengambil masa selama enam bulan. Mereka menyiapkan prototaip sistem tersebut (untuk). Motosikal boleh menggunakan sistem tersebut. Kereta boleh menggunakan sistem tersebut (dan). Kenderaan tidak boleh dibuka oleh orang lain. Kenderaan telah dipasang dengan sistem tersebut (yang). Hanya pemilik cap jari boleh menghidupkannya. Hanya orang yang sudah direkodkan dalam sistem boleh menghidupkannya (atau). Masalah kecurian kenderaan dapat diatasi. Sistem tersebut sukar untuk diceroboh (kerana). Sesiapa pun tidak boleh menghidupkan kenderaan. Mereka tidak menggunakan cap jari pemilik yang sah (sekiranya). Pelajar kolej sudah mula membuat tempahan pemasangan sistem tersebut. Pensyarah kolej sudah mula membuat tempahan pemasangan sistem tersebut (dan). Amiruddin dan Adeeb dapat menyiapkan sistem tersebut dalam masa kira-kira 12 hari sahaja. Alatan yang diperlukan lengkap (jika). Ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat terdiri daripada ayat-ayat yang mengalami peluasan dengan unsur kata hubung gabungan, relatif, komplemen, dan keterangan Aktiviti pada subjek dan predikat ayat. Munsyi Cilik Tatabahasa Wan Amiruddin bin Wan Amran dan Adeeb Aideen bin Mat Yusof, pelajar Kolej Vokasional Bachok


UNIT 18 Hasil Kreatif Cikgu Nazri risau akan anak muridnya yang terpaksa beratur panjang untuk mencuci tangan di singki. Kemudian, beliau mula membuat singki daripada meja plastik yang rosak. Inovasi Kreatif • menjimatkan kos • mudah disediakan • mudah alih • menyokong program kitar semula • disediakan oleh Meja plastik rosak guru-guru sendiri Bertutur untuk membuat rumusan secara bertatasusila mengikut konteks. Nota Guru 1.2.1 • Bimbing murid meneliti bahan. • Bimbing murid bertutur untuk membuat rumusan secara bertatasusila. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menyepadukan EMK: Sains dan teknologi 133 UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti IZZAH Mengapakah singki ini dibuat daripada meja terpakai? Wah, banyaknya singki! Kita tidak perlu beratur panjang untuk mencuci tangan. Apakah pendapat kamu tentang singki ini? Betul kata kamu itu. Kita boleh mencuci tangan dengan lebih cepat. Siapakah yang membuat singki ini?


134 Berinovasi demi Alam Lestari (Sumber: Imelda Bragie anak Jimie) WARTA BORNEO Imelda Bragie anak Jimie Straw Mesra Alam SIMANGGANG, 28 Ogos – Seorang wanita dari bandar ini telah menjadi kebanggaan masyarakat setempat setelah berjaya mencipta straw daripada beras huma yang diproses. Yang lebih membanggakan, usaha beliau telah mendapat pengiktirafan dan anugerah daripada pelbagai pihak. Menurut Imelda Bragie anak Jimie, inovasi straw ini tercetus apabila beliau melihat beras hancur daripada perusahaan padinya tidak mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Beras hancur hanya diproses menjadi makanan ternakan. Oleh itu, beliau memulakan kajian untuk memberikan nilai tambah kepada beras tersebut. Daripada kajian itu, terhasillah straw yang berasaskan beras putih, beras merah, dan beras hitam. Straw ini menonjolkan satu inovasi yang mampu menggantikan penggunaan straw plastik. Ciptaan ini ibarat serampang dua mata kerana membawa kebaikan kepada pelestarian alam sekitar dan pasaran beras tersebut. Kandungan straw daripada bahan semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia dapat mengekalkan rasa aslinya. Oleh itu, kandungan tersebut sama sekali tidak menjejaskan rasa minuman yang disedut. Selain itu, kandungannya mempunyai khasiat yang bersifat mesra alam. Straw ini juga dapat bertahan selama dua hingga lima jam jika digunakan dalam air panas. Jika dalam air sejuk pula, straw ini mampu bertahan selama lima hingga sepuluh jam. Yang lebih menarik, straw ini juga boleh dimakan dengan selamatnya. Jika tidak, straw ini boleh dijadikan baja tanaman kerana sifatnya yang mudah terurai sepenuhnya. Ilmu tentang sains dan teknologi. Nilai menghargai jasa. Eva membaca berita tentang kejayaan seorang wanita Sarawak yang mencipta inovasi straw daripada beras. Membaca


Kemudian, Eva mencipta gurindam tentang inovasi straw dengan pautan berita tersebut untuk dikongsikan dalam Facebook miliknya. Eva mengharapkan kawan-kawannya memperoleh ilmu dan nilai dalam hantarannya. Gurindam Straw Beras Jika bumi kita cinta, Pastikan bahan plastik tiada. Jika berinovasi kena caranya, Alat yang hebat akan tercipta. Jika berkenan bolehlah cuba, Straw beras huma itulah dia. Jika dibuang reput batangnya, Alam sekitar akan terpelihara. Jika ke pokok menjadi baja, Jadilah straw yang serba guna. Jika haiwan jadikannya makanan, Itulah kelebihan inovasi tercipta. Jika dijual ada harganya, Boleh dieksport ke luar negara. Jika untung rakyat gembira, Umpama bulan jatuh ke riba. Nukilan: Eva Busran Nota Guru 2.3.2 • Bimbing murid menyatakan ilmu dan nilai daripada bahan. • Bimbing murid mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Menentukan EMK: Kreativiti dan inovasi PAK-21: Kerusi Panas Baca dan hargai ilmu dan nilai daripada teks berita dan gurindam. Kemudian, persembahkannya dalam pelbagai bentuk. 135 Aktiviti


136 Inovasi Pembelajaran Bahasa Edit dan murnikan penggunaan frasa dalam teks. Nota Guru 3.3.2 • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan frasa. • Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks. Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti EMK: Kreativiti dan inovasi BONEKA PERIBAHASA (BOSA) Kit BOSA bertujuan untuk memudahkan murid-murid memahami dan menggunakan peribahasa dengan betulnya. Selain itu, murid-murid seronok kerana mempelajari peribahasa di dalam keadaan santai. Kit ini juga diharap akan dapat mengayakan pengetahuan murid-murid tentang keindahan peribahasa Melayu. Cara-cara Penggunaan Kit BOSA 1. Guru dengan murid membawa boneka seperti contoh. 2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan-kumpulan. 3. Tiap kumpulan perlu mempunyai sebuah boneka. 4. Guru memberikan pembayang atau peribahasa maksud. 5. Murid-murid diminta melekatkan kad peribahasa yang paling sesuai sekali pada anggota boneka. 6. Wakil kumpulan akan menunjukkan kerja hasil mereka di hadapan kelas. 7. Guru memberi komen kepada murid-murid. Alat-alat yang Digunakan Cikgu Nurul hendak menggunakan Boneka Peribahasa dalam pengajarannya. Beliau telah membaca dan membuat catatan berpandukan manual yang terdapat dalam cakera padat yang diperolehnya semasa menghadiri kursus. Cikgu Nurul telah menyemak catatannya kembali. Boneka atau anak patung Guru boleh menyediakan untuk murid-murid atau meminta murid-murid membawanya sendiri. Bagi guru yang kreatif, mereka boleh membuat boneka tersebut sendiri untuk menjimatkan kos. (Sumber: Kit Pembelajaran Sokongan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Kuala Lumpur) Menulis Aktiviti Kad peribahasa Kad ini boleh dicetak pada kertas dengan menggunakan berbagai warna yang menarik. Kad ini perlu dilamina agar boleh digunakan berulang kali. Peribahasa yang disediakan mestilah berkaitan dengan anggota badan. hati batu mulut murai Kad pembayang maksud Kad ini mengandungi juga gambar yang sesuai untuk dijadikan klu bagi maksud peribahasa. Kad maksud Kad ini dibuat berpandukan pada kad peribahasa. Maksud bagi setiap peribahasa yang digunakan ditulis pada kad ini. bercakap banyak degil


137 Bercerita dan ujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun dalam bentuk persembahan. Nota Guru 4.1.1 • Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun. • Bimbing murid mempersembahkan cerita. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan EMK: Kreativiti dan inovasi PAK-21: Main Peranan Sewaktu pulang ke kampung, Izzah melihat Pak Cik Din sedang membuat luncur jet di pekarangan rumahnya. Pak ciknya itu sedang memerah otak untuk menyiapkan luncur jet itu. Beliau telah meminta buah fikiran Izzah. Beliau memberi Izzah katalog warna untuk memilih warna yang sesuai. “Berdasarkan panduan yang pernah ayah saya ajarkan, saya cadangkan warna ini, Pak Cik Din,” kata Izzah. “Luncur jet ini dibuat daripada bot kaca gentian terpakai. Hendal basikal pula digunakan agar luncur jet ini mudah dikawal. Kos ciptaannya jauh lebih murah berbanding dengan harga luncur jet dalam pasaran. Yang menariknya, luncur jet ini boleh bergerak dalam keadaan mengundur,” jelas Pak Cik Din. “Wah, hebatnya inovasi yang Pak Cik Din buat! Tentu pak cik mendapat banyak tempahan,” puji Izzah. “Pada masa akan datang, pak cik akan terus melakukan inovasi. Pak cik mahu menghasilkan luncur jet yang lebih canggih,” jelas Pak Cik Din. Penginovasi Luncur Jet Seni Bahasa Aktiviti otak geliga ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi tulang empat kerat di mana ada kemahuan di situ ada jalan membuang masa bulan jatuh ke riba titik peluh usaha tangga kejayaan


Bina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan frasa dan gambar. Nota Guru 5.3.1 • Bimbing murid memahami ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat. • Bimbing murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan bahan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina EMK: Kreativiti dan inovasi 138 Isnin 3 Ogos 20 5. menggunakan gam 6. memasang Kreativiti Kami UTAMAKAN KESELAMATAN Inovasi Kerusi Hiasan Izzah dan rakan-rakan menghasilkan suatu inovasi untuk dipamerkan pada Hari Inovasi dan Reka Cipta yang akan diadakan di sekolah mereka. Ciptaan mereka ialah kerusi hiasan. Langkah Kerja: 1. mengukur 2. menanda 3. memotong 4. menyambung Tatabahasa Aktiviti PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


Bijak Sains Baca dan taakul bahan multimedia. Kemudian, buat rumusan serta ramalan. Kegemaran Izzah menanam pokok bunga. Semasa menyiram tanamannya, dia mendapati tumbesaran pokok bunga tidak sama walaupun ditanam di dalam pasu yang sama. Dia teringat akan maklumat yang pernah dibacanya dalam Internet dan majalah. 139 Pemulihan 2.2.1 Tumbuh-tumbuhan perlu mendapatkan keperluan asas untuk terus hidup. Keperluan asas itu ialah air, cahaya matahari, ruang, dan nutrien. Tumbuhan tumbuh tinggi untuk bersaing mendapatkan cahaya matahari sementara akar pula akan tumbuh jauh ke dalam tanah untuk mendapatkan air. 23 DEWAN KOSMIK Tumbuhan yang menang dalam persaingan untuk mendapatkan keperluan asas akan hidup dengan lebih subur. Sebaliknya, yang kalah akan terbantut pertumbuhannya. Apakah keperluan asas untuk tumbuhan terus hidup? Apakah yang perlu aku lakukan agar tumbesaran pokok bunga ini sama?


12 6 4 2 16 14 8 20 Dadu Peluasan Ayat 140 Panduan Permainan Bahasa 1. Sediakan dadu yang bertanda AT (Ayat Tunggal) dan AM (Ayat Majmuk). 2. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang murid. 3. Permainan dimulakan dengan: • Wakil pertama kumpulan melontarkan dadu di atas papan bergambar. • Wakil kedua akan membina ayat yang berkaitan dengan gambar berpandukan tanda pada dadu. • Wakil ketiga perlu membuat peluasan subjek dan predikat. 4. Jika ayat yang dibina betul, kumpulan akan mendapat markah seperti yang tertera pada gambar tersebut. 5. Kumpulan seterusnya pula akan membuat lontaran. 6. Kumpulan yang mendapat markah paling banyak akan dikira sebagai pemenang. 7. Guru akan berperanan sebagai pengadil dalam permainan ini. Pengayaan 10 5.3.1


Setiap kali hari mendung atau hujan, pakaian yang dijemur oleh Izzah dan kakaknya sering lembap dan berbau. Lantaran itu, mereka melayari Internet untuk mengumpulkan maklumat tentang alat yang dapat menyelesaikan masalah mereka. Kemudian, mereka membuat rumusan dan ramalan. Teliti iklan. Kemudian, bertutur dengan rakan untuk membuat rumusan dan ramalan. Yang Mana Satu? • kurang menggunakan tenaga elektrik • mod udara panas dan sejuk • dilengkapi suis penutup keselamatan automatik • badan penyangkut kalis air • mudah digunakan Penyangkut Baju Elektrik • sesuai dipasang pada siling rumah – boleh dilaraskan ketinggiannya dengan menggunakan alat kawalan jauh • dibuat daripada bahan aluminium – tahan karat – sesuai dipasang di balkoni • cepat mengeringkan pakaian – dilengkapi pemanas berkuasa 450 watt • menghilangkan kedutan pada pakaian • pakaian dijamin tidak berbau hapak • mampu menampung berat sebanyak 30 kilogram Ampaian Pengering Pakaian 1.2.1 141 Pengukuhan


Inovasi Perkhidmatan Farmasi Teliti grafik dan penyataan. Kemudian, lakukan aktiviti berikutnya. • Penghantaran ubat terus ke rumah pesakit. • Kaedah ini menjimatkan masa dan caj penghantaran berpatutan. • Daftar sebagai pengguna. • Hantarkan SMS tarikh janji temu. • Datang pada tarikh janji temu. • Pesakit tidak perlu menunggu lama. • Boleh gunakan telefon, e-mel, atau faksimile untuk janji temu. • Tetapkan tarikh janji temu. • Ambil ubat tanpa perlu turun dari kenderaan. • Penghantaran ubat ke klinik kesihatan atau hospital pilihan pesakit. • Pesakit yang jauh di pedalaman mudah mendapat rawatan. 142 Sistem Pendispensan U bat melalui Pos Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Ambil Malaysia Farmasi Pand u Lalu Ubat Bersepadu 1.1.3 2.2.1 3.2.3 (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Penyataan Firhan dan ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kemudian, mereka ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat. Firhan dan ibunya berbincang dengan pegawai farmasi tersebut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak farmasi untuk memudahkan para pesakit. Berdasarkan bahan grafik dan penyataan: 1. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk membuat rumusan dan ramalan. Kemudian, mereka membentangkannya di hadapan kelas. 2. Semua ahli kumpulan duduk di kerusi di hadapan kelas untuk menjadi “pakar” atau “watak” yang akan menjawab soalan daripada murid-murid kumpulan lain. (Aktiviti Kerusi Panas) Penilaian


143 TEMA 7 PERTANIAN DAN PENTERNAKAN Jelaskan kegiatan pertanian dan penternakan yang kamu tahu berdasarkan gambar.


Ayuh, Kita Berternak! UNIT 19 Penternakan Janakan Pendapatan Faedah memperkenalkan kegiatan penternakan di sekolah: • Murid berpeluang untuk berjinak-jinak dalam bidang penternakan. • Kawasan sekolah dimanfaatkan dengan kegiatan penternakan. • Murid boleh menternak arnab, ayam, lembu, dan kambing. • Murid memperoleh pengalaman memerah susu lembu, memungut telur, dan menghalau itik masuk ke reban. • Ahli Kelab Pertanian dapat mengurus ladang dengan bantuan guru penasihat. • Kelab Pertanian mengaut keuntungan daripada hasil jualan ternakan. – Mohd Zulfikri bin Ahmad, Guru Penasihat Kelab Pertanian, SK Seri Permai. Kelab Pertanian SK Seri Permai bercadang untuk menternak haiwan. Mereka berbincang tentang perkara tersebut. UNIT 1 Mendengar dan Bertutur


1.2.2 145 Berhujah dengan idea yang kritis dan kreatif berdasarkan bahan. • Bimbing murid mengenal pasti maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan. • Bimbing murid berhujah dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat. Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti EMK: Keusahawanan kambing dan bebiri ayam dan itik susu lembu segar arnab lembu dan kerbau telur ayam dan telur itik 6 ekor 20 ekor 2 liter sehari 10 ekor 2 ekor 15 biji sehari Sasaran Ternakan Kelab Pertanian SK Seri Permai Nota Guru kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Irfan: Kelab Pertanian bercadang untuk menjalankan kegiatan penternakan di sekolah. Apakah pendapat rakan-rakan tentang cadangan ini? Nalini: Saya bersetuju dengan cadangan Kelab Pertanian tersebut. Banyak faedah yang diperoleh jika kegiatan tersebut dilaksanakan ____. Robin: Benar, Nalini ____. Shu Ying: Saya tidak keberatan seandainya Kelab Pertanian hendak menjalankan kegiatan penternakan. Bagaimanapun, kita perlu mengambil kira beberapa masalah yang mungkin kita hadapi ____. Irfan: ____. Nalini: Apakah sasaran ternakan Kelab Pertanian? Robin: _____ Shu Ying: _____ Irfan: _____ Aktiviti


Perikanan Darat Semasa di pusat sumber sekolah, Irfan telah membaca majalah. Dalam majalah itu, terdapat cerpen dan iklan tentang perikanan darat. 146 Nelayan Tasik Biru Dani melihat tiga buah bot sedang menghampiri jeti. Tiba-tiba, Dani terkenang akan kegigihan nelayan Tasik Biru membina jeti itu. Mereka sepakat menyumbangkan buah fikiran, tenaga, dan wang. “Apakah yang kaumenungkan, sahabat?” tiba-tiba suara Alwi memecah lamunan Dani. “Eh, Alwi! Aku teringat akan jerih perih kita memajukan kegiatan perikanan di sini,” kata Dani. “Banyak yang telah kita lalui, Dani. Segala cabaran kita atasi. Aku masih ingat, Tasik Biru ini telah diserang oleh ikan raja. Habis anak ikan tempatan seperti tilapia, baung, dan lampam dimakannya,” keluh Alwi. “Benar, Alwi. Ikan import yang berasal dari Sungai Amazon itu telah mengancam pembiakan ikan tempatan. Ikan itu pada mulanya hanyalah ikan hiasan. Siapatah yang tidak bertanggungjawab telah membuangnya ke dalam Tasik Biru,” tambah Dani. Untuk mengatasi masalah itu, Dani telah mengadakan pertandingan memancing ikan raja. Pertandingan itu mendapat sambutan hangat. Selepas pertandingan, kaki pancing masih digalakkan untuk memancing ikan pemangsa itu. Jabatan Perikanan Negeri pula telah memacakkan papan tanda larangan, “Dilarang Melepaskan Ikan Import ke dalam Tasik”. Lama-kelamaan, ikan raja semakin pupus di Tasik Biru. Ikan-ikan tempatan dapat membiak kembali. Hasil tangkapan nelayan pun meningkat semula. “Syukur, Dani. Kita dapat mengatasi serangan ikan raja itu,” kata Alwi. “Syukur, Alwi. Sumbangan engkau pun besar juga kepada nelayan Tasik Biru. Koperasi nelayan yang kautubuhkan itu banyak membantu mereka memasarkan hasil tangkapan dan produk daripada ikan. Mereka juga dapat menabung untuk keperluan pada masa hadapan,” Dani memuji Alwi. Dani dan Alwi melemparkan pandangan ke Tasik Biru. Jauh di sudut hati, mereka berharap agar Tasik Biru akan terus menjadi punca rezeki nelayan darat di kampung mereka. Ikan tilapia (Macrognathus aculeatus) Ikan patin (Pangasius spp.) Ikan lampam (Puntius schwanefeldii) Membaca


147 • Bimbing murid membaca dan memahami bahan sastera dan bahan bukan sastera. • Bimbing murid mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Memahami – Mentafsir EMK: Nilai Murni – Kesungguhan Baca cerpen dan iklan serta lengkapkan Peta Bulatan. Kemudian, jelaskan tafsiran tentang perikanan darat. 2.1.1 Nota Guru Cerpen Iklan Perikanan Darat kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Kami juga menjual ikan segar dari Tasik Biru. Ikan patin dan pes gulai tempoyak Ikan sepat kering RM30.00/ seekor ikan dan sepeket pes RM7.00/ 120 gram RM20.00/ 500 gram • Pekasam ikan puyu • Pekasam ikan lampam KEDAI KOPERASI NELAYAN TASIK BIRU lampam, puyu, tilapia baung, toman, belida patin, temoleh, sepat Harga yang Berpatutan Aktiviti


148 Secara berkumpulan, bincangkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan. Kemudian, edit dan murnikan teks. • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan bahasa dari aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata, serta struktur frasa dan ayat. • Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Mengesan EMK: Nilai Murni – Kerajinan PAK-21: Perbincangan di Meja Menternak Angsa Irfan mendapati banyak kesalahan bahasa dalam risalah tentang penternakan angsa yang dibacanya. Dia mahu membetulkannya. 3.3.2 PENTERNAKAN ANGSA PENTERNAKAN ANGSA Ayuh kita menternak angsa. Pembinaan Reban Reban biasanya dibuat untuk angsa berteduh, bertelur dan tidur sahaja. Angsa tidak suka tinggal di dalam reban tetapi lebih suka berkeliaran. Kotak atau tayar buruk yang beralas rumput, jerami, atau kain disediakan untuk angsa bertelur. Pemakanan Haiwan ini kuat makan dan cepat membesar. Angsa makan pelete makanan ayam dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding dengan unggas lain. Kadang kala angsa boleh diberi makanan rumput, batang pisang muda, sayur, soya hampas dan daun pandan. Pembiakan Sebaik-baiknya angsa dibela sepasang atau bertiga bagi tujuan pembiakkan. Angsa betina mampu bertelur sehingga sepuluh tahun. Angsa yang menghasilkan telur lebih banyak pada tahun kedua berbanding dengan tahun pertama. Pengeraman Telur angsa perlu diambil setiap dua hari. Sebarang kelewatan akan menyebabkan kadar penetasan telur berkurangan. Jangka masa pengeraman telur angsa adalah antara 29 hingga 30 hari. Pakar mensarankan suhu yang paling baik sekali untuk menyimpan telur angsa adalah antara tujuh darjah Celsius sampai 13 darjah Celsius. Penjagaan Anak Angsa Selepas telur menetas, anak angsa telah diletakkan di dalam tempat mengeram selama tiga hingga tujoh hari sehingga bulunya kering. Hendaklah selalu dibersihkan supaya bebas daripada hama dan tidak dihurung agas. Selepas itu, ia boleh dialihkan ke reban yang ditutup dengan jaring atau kalambu. Ayuh kita menternak angsa. Nota Guru Menulis Aktiviti


149 Lafazkan dan lagukan seloka dengan nada yang sesuai serta nyatakan pengajarannya. • Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai. • Bimbing murid menyatakan pengajaran yang terkandung dalam seloka. Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mengaplikasi – Melagukan EMK: Nilai Murni – Bercita-cita Seloka Menjadi Penternak Kerana susah mencari wang Masa depan semakin kabur Banyak graduan lepas peluang Bidang ternakan tidak dicebur. Peluang kerja tiada kelibat Kalau memilih kerja yang enak Tidak mengapa sijil yang hebat Daripada menganggur baik menternak. Mahu kerja berpakaian cantik Tapi permohonan tidak berbalas Elok diternak ayam dan itik Daripada diternak sifat pemalas. Kerja berpeluh badan sakit Hasilnya nanti tentu berpada Tidak mengapa kotor sedikit Daripada segak duit tak ada. Kerja begini elak tekanan Kerenah orang makin berkurang Kalau didamping haiwan ternakan Tekanan hilang berpunca orang. Seloka dikarang bermotivasi diri Jangan terlalu pilih kerjaya Bidang ternakan tinggi potensi Usah lepaskan peluang yang ada. Nukilan: Ibnu Din Assingkiri Nota Guru 4.2.1 Audio seloka Seni Bahasa Aktiviti


150 Ketam Nipah Kotak Irfan terbaca iklan dalam Internet tentang kursus penternakan ketam nipah di dalam kotak. Dia telah berjumpa dengan Pak Cik Rasid. Teliti ayat penyata dan ayat tanya. Kemudian, lengkapkan dialog dan lakonkan. • Bimbing murid memahami ayat penyata dan ayat tanya berdasarkan bahan. • Bimbing murid melengkapkan dialog dengan menggunakan ayat penyata dan ayat tanya. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Kesungguhan Nota Guru 5.3.2 Ketam Nipah • membiak secara semula jadi di kawasan paya bakau, kuala sungai, atau tepi pantai • boleh diternak di dalam kolam di sekitar paya bakau tetapi memerlukan kawasan yang luas Penternakan di dalam Kotak • menggunakan kotak gentian yang disusun bertingkat • di mana-mana tempat bertutup yang berbumbung, berdinding, dan mempunyai punca kuasa elektrik Bayaran: RM899.00 Tarikh Kursus: • 17 Oktober 20 • 12 Disember 20 • 24 Oktober 20 • 19 Disember 20 Pilih tarikh yang sesuai dengan anda. Makanan Ketam Nipah • dihasilkan daripada ikan baja yang disiang, iaitu dibuang kepala, ekor, dan isi perut • diberikan satu atau dua kali sehari Penyakit Ketam Nipah • berpunca daripada kualiti air yang kurang baik • perlu diatasi dengan membuat pemantauan dari tengah malam hingga awal pagi Ingin tahu lebih lanjut? Ikuti kursus kami. KURSUS PENTERNAKAN KETAM NIPAH DI DALAM KOTAK SYARIKAT AKUAKULTUR MESRA Anda berminat? Hubungi kami. 012-3456789 AkuakulturMesra AkuakulturMesra akuakultur.blogspot.com Ketam nipah di dalam kotak Irfan: Apa khabar, Pak Cik Rasid? Pak Cik Rasid: Khabar baik, Irfan. Sudah lama Irfan tidak datang ke rumah pak cik. Tentu ada hal menarik yang hendak Irfan sampaikan. Irfan: Saya teringat akan pak cik apabila terbaca iklan tentang kursus penternakan ketam nipah. Adakah pak cik masih berminat untuk menternaknya? Pak Cik Rasid: Ya, pak cik masih berminat. ____? Irfan: ____. Semua Imej Video Jualan Peta Lagi CARIAN Aktiviti Tatabahasa


Rezeki daripada Tanah UNIT 20 • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan. Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Membuat keputusan EMK: Nilai Murni – Rasional Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan. Nota Guru 1.2.3 Irfan dan abangnya, Irshad, baru berjinak-jinak dengan penanaman sayur di rumah. Mereka sedang memilih sayur yang hendak ditanam sebagai percubaan. Mereka bersoal jawab tentang perkara tersebut untuk membuat rumusan dan keputusan. 151 • Tempoh keluar hasil – 4 minggu • Mudah ditanam • Harga benih – RM25.00/500 gram • Baik untuk kesihatan kulit dan rambut • Tempoh keluar hasil – 10 minggu • Sukar ditanam • Harga benih – RM4.00/50 biji • Baik untuk kesihatan kulit dan mata Bayam Putih (Amaranthus viridis) Tomato (Lycopersicon esculentum L.) Kubis Bunga (Brassica oleracea var. botrytis) Lada Benggala (Capsicum annuum) • Tempoh keluar hasil – 7 – 9 minggu • Mudah ditanam • Harga benih – RM5.00/60 biji • Baik untuk pelihatan • Tempoh keluar hasil – 8 minggu • Sukar penjagaannya • Harga benih – RM3.00/40 biji • Baik untuk kesihatan usus Menanam Sayur di Rumah kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti


152 Pahlawan Cangkul di Tengah Kota Irfan membaca risalah tentang pertanian bandar. Dia merujuk kamus serta media elektronik untuk mendapatkan makna perkataan dan penggunaan perkataan yang tepat. Tujuan Pertanian Bandar • menggalakkan penduduk setempat bercucuk tanam untuk keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup • memperoleh pendapatan (lebihan/ sampingan) melalui jualan hasil tanaman • membantu kerajaan memastikan bekalan makanan negara mencukupi • memupuk (keinsafan/kesedaran) tentang keceriaan kawasan bandar melalui aktiviti pertanian Perkataan ajaran bimbingan Makna pengetahuan yang diajarkan perbuatan membimbing Penggunaan tidak tepat tepat Konsep Pertanian Bandar Program pertanian bandar ialah program untuk membantu penduduk bandar menghasilkan bahan makanan sendiri. Mereka mendapat (ajaran/bimbingan) daripada Jabatan Pertanian. Membaca


Ruang kecil di rumah seperti di (hadapan/halaman) rumah, belakang rumah, balkoni, atau atas bumbung digunakan untuk bercucuk tanam. Tanaman boleh ditanam di atas tanah, di dalam beg politena, atau di dalam pasu. Selain itu, (bahan/barang) terpakai juga boleh digunakan sebagai ganti pasu. Hasil kebun dapur lazimnya digunakan untuk kegunaan sendiri. Baca teks dan rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan penggunaan perkataan yang tepat. • Bimbing murid membaca teks dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan. • Bimbing murid menentukan penggunaan perkataan yang tepat. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menilai – Menentukan EMK: Nilai Murni – Kerajinan 153 Nota Guru 2.1.2 Kebun ini bertujuan untuk pendidikan, terapi minda, dan (khidmat bakti/ khidmat masyarakat). Letaknya di institusi awam atau institusi swasta seperti sekolah, hospital, pejabat, dan tempat ibadat. Kebun ini diurus oleh staf institusi berkenaan. Hasil jualan tanaman digunakan untuk kebajikan atau dimasukkan ke dalam (dana/tabung) kewangan institusi. Kebun Dapur Kebun Komuniti Kebun Institusi Tanah di kawasan perumahan menjadi tempat bertani. Daripada kebun ini, petani bandar mendapatkan barang dapur. Selain itu, masyarakat dapat mempelajari pelbagai perkara tentang pertanian. Antaranya termasuklah mereka belajar (membina/membuat) tapak semaian, membatas, dan (merenjis/menjirus) tanaman. Hasil jualan tanaman juga digunakan untuk usaha kebajikan. Aktiviti


154 Nota Guru Tulis pantun teka-teki dalam bentuk poster dengan menggunakan tulisan berangkai. 3.1.1 • Bimbing murid menjawab pantun teka-teki. • Bimbing murid menulis pantun teka-teki dengan tulisan berangkai yang kemas. Strategi PdP: KP – Visual Ruang KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Kreativiti dan inovasi PAK-21: Kedai Kopi Teka-teki Buah-buahan tepi lurah berjalan lambat, Hendak pulang berasa letih; Kulitnya merah rambutnya lebat, Rasa cemerlang isinya putih. berlatih menyemat bertam, Secara selesa duduk bersila; putih berkulit hitam, rasa seperti gula. dibuat atap disemat, Hingga hening waktu dinihari; kuat rasanya nikmat, kuning kulit berduri. kudap lepat liat, Jamukan nanti orang kota; Rasa sedap banyak khasiat, seperti batu permata. Serigala pasang pelita, gelita di tengah medan; atas kepala ada mahkota, mata lekat di badan. Kelapa tua jangan disimpan, santannya sebelum rosak; dua seperti sampan, ranumnya pinang masak. Nukilan: Zarina M. Rais Menulis Irfan hendak menghasilkan poster tentang buah-buahan. Dia akan menulis pantun teka-teki dengan tulisan berangkai dalam poster tersebut. Menulis Aktiviti


155 Nota Guru Ada Padi Ada Beras Persembahkan bahasa berirama dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa. 4.2.2 Petak sawah telah pun kering Padi masak kian menguning Makin menunduk makin berisi Menunggu masa untuk dituai. Waktu ini musuhnya banyak Tikus, burung, serangga perosak Tanpa dijaga tiada sisa Segala usaha hanya sia-sia. Telah diletakkan orang-orang Tin-tin bertali juga direntang Tikus dan burung lalu berundur Racun serangga turut disembur. Jentera gagah turun ke sawah Menuai padi dengan megah Ke badan lori padi dipunggah Dihantar ke kilang tiada lengah. Beras asalnya daripada padi Setelah dimasak menjadi nasi Dimakan kenyang senang hati Syukur mendapat nikmat rezeki. Begitulah jasa pak tani Kepada tanah dia berbudi Jasa yang baik kita hargai Hasilnya padi kita nikmati. Nukilan: Amira Salma • Bimbing murid mempersembahkan bahasa berirama dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Mempersembahkan EMK: Nilai Murni – Kesyukuran Bahasa berirama ialah susunan kata-kata yang mempunyai rentak dan keindahan yang tersendiri. Dari segi penciptaan, bahasa berirama tidak terikat seperti penciptaan pantun dan syair. Seni Bahasa Aktiviti Info


156 Teliti ayat seruan dan ayat perintah dalam bahan. Kemudian, bina dialog. • Bimbing murid memahami ayat seruan dan ayat perintah berdasarkan bahan. • Bimbing murid membina dialog dengan menggunakan ayat seruan dan ayat perintah. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Baik hati Irfan telah berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Perlis. Nota Guru 5.3.2 Eh, pokok harum manis Mak Wan sudah berbuah! Syabas, Mak Wan, buahnya lebat sekali! Amboi, panjangnya penerangan Mak Wan! Eh, ada lagi! Mangga ini lebih harum berbanding dengan mangga lain. Isinya tebal dan kuning kejinggaan. Harum manis boleh dimakan begitu saja. Buat jus atau campurkannya dengan makanan lain. Ingat, usah makan banyak sangat pula. Nanti sakit perut. Jemputlah rasa harum manis ini, Irfan. Terima kasih, Mak Wan. Ya, Irfan. Cuba lihat di sana. Benar, Irfan. Lihatlah cuaca di sini. Panas pada siang hari dan sejuk pada malam hari. Lihat pula tanahnya. Tanahnya tanah batu kapur. Cuaca dan tanah seperti itu sesuai untuk tanaman harum manis. Wah, manis sungguh harum manis ini! Enaknya Harum Manis Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan untuk melahirkan pelbagai perasaan. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan untuk memberikan suruhan, larangan, silaan, atau menyampaikan permintaan. Munsyi Cilik Aktiviti Tatabahasa


157 Dunia Tani dan Ternak UNIT 21 • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid menyampaikan cerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menyampaikan EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi 1.3.1 Pokok Serba Guna Pucuk – dibuat sarung ketupat Lidi – dibuat penyapu Air – menghilangkan dahaga Batang – dibuat titi Khasiat • mencegah dehidrasi • menjaga daya tahan tubuh Produk • jeli • berus • kraf tangan • minyak masak • kosmetik Saya juga mempunyai banyak kegunaan. Saya juga dijual di merata-rata tempat. Nota Guru Produk • jus • halwa • jem • sabun • kosmetik • ubat Khasiat • kaya vitamin A dan C • penawar sembelit Pucuk – dibuat ulam dan kerabu Daun – melembutkan daging Getah – ubat penyakit kulit Buah – pencuci mulut Saya amat berguna kepada manusia. Saya dijual di pasar basah dan di pasar raya. Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Irfan hendak menyertai pertandingan bercerita. Dia bercadang untuk bercerita tentang pokok betik dan pokok kelapa yang berguna kepada manusia. UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti


158 Susu Kambing Segar SK Seri Permai telah mengadakan lawatan ke sebuah ladang kambing. Ladang tersebut mengeluarkan susu kambing segar. Maklumat tentang lawatan tersebut telah dicatat oleh Irfan dalam blognya. Hari ini dalam kenangan Catatan harian Irfan Nabil. Ahad, 12 September 20 Kami telah melawat ke ladang ternakan kambing di Rembau, Negeri Sembilan. Ternakan kambing tempatan Encik Aizat bin Haji Suhaimi ini dibantu oleh ayahnya, Tuan Haji Suhaimi bin Kamil. Rumput yang subur di ladang ini menjadi sumber makanan yang berkhasiat untuk kambing. Oleh itu, kambing di sini terhindar daripada serangan penyakit. Kesannya, ternakan di sini menghasilkan susu yang berkualiti. Kandang dan kawasan ladang yang luas terjaga dengan baiknya. Udara di sini juga bersih dan segar. Persekitaran ini membolehkan kambing yang diternak secara gembala lebih sihat, aktif, dan bersih. 1 2 LATAR BELAKANG CATATAN BLOG ALBUM FOTO HOBI irfannabil.blog.com Membaca


Baca dan taakul teks blog. Kemudian, buat rumusan dan ramalan berdasarkan Peta Pelbagai Alir. • Bimbing murid membaca, memahami, dan menaakul bahan untuk membuat rumusan dan ramalan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mentafsir EMK: Nilai Murni – Kegigihan 159 Nota Guru 2.2.1 Pada masa ini, terdapat 100 ekor kambing dengan seliaan tiga orang pekerja di sini. Produk daripada ladang ini dipasarkan ke sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang. Susu kambing di ladang ini diperah dengan menggunakan tangan. Produk susu ini asli, iaitu tidak bercampur dengan air dan perisa tiruan. Susu kambing ini juga kaya dengan protein, kalsium, riboflavin, serta rendah laktosa, dan bersifat alkali. Laktosa ialah gula yang terdapat dalam susu. Riboflavin ialah vitamin B kompleks yang terdapat dalam makanan seperti sayur-sayuran hijau, ikan, susu, dan hati. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Sebab ladang ada sumber makanan Ramalan Rumusan 3 4 1 2 3 4 Aktiviti Info


160 Nota Guru Bina dan tulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada poster dan laman sesawang. 3.2.1 Pokok Lidah Buaya Pak Cik Salim berhasrat untuk menanam pokok lidah buaya atau aloe vera secara komersial. Oleh itu, Irfan telah membantu pak ciknya itu mendapatkan beberapa maklumat. Berdasarkan maklumat tersebut, Irfan menyampaikan pendapatnya kepada Pak Cik Salim. • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Memberikan pendapat EMK: Sains dan teknologi kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Pokok lidah buaya mempunyai isi yang berlendir. Bahan ini digunakan dalam perubatan, kosmetik, dan minuman. Kandungan 1. zat galian yang diperlukan oleh tubuh manusia 2. banyak vitamin untuk kesihatan manusia 3. asid amino untuk membina sel dan tisu tubuh 4. pelbagai jenis zat makanan dan nutrien yang berkhasiat Kegunaan 1. mengecutkan jerawat 2. merawat kulit melecur 3. meredakan ruam 4. mengatasi masalah sembelit 5. menurunkan berat badan Anugerah berharga dari alam. Terdapat lebih 500 spesies. Pokok Lidah Buaya minuman diet gel rambut gel kulit kosmetik ubat-ubatan Produk LAMAN UTAMA PRODUK MUAT TURUN HUBUNGI KAMI Menulis Aktiviti


161 Nota Guru Hasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun. Kemudian, persembahkannya. 4.3.1 • Bimbing murid menghasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan. • Bimbing murid mempersembahkan sajak dengan gaya yang kreatif. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Mempersembahkan EMK: Nilai Murni – Kesyukuran Hasil Bumi Ini kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Seni Bahasa Aktiviti


162 Kenal pasti dan bina ayat aktif berdasarkan bahan. • Bimbing murid memahami ayat aktif berdasarkan bahan. • Bimbing murid membina ayat aktif berdasarkan bahan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Keusahawanan Ikan Sangkar Shu Ying melihat penternakan ikan di dalam sangkar. Sahabat ayahnya, Pak Cik Zaidi, menternak ikan patin dan tilapia dengan cara tersebut. Sangkar ikan beliau terletak di Sungai Pahang, Temerloh. Pak Cik Zaidi membina sangkar dengan menggunakan besi dan jaring. Besi menjadi rangka sangkar ikan itu. Jaring pula membolehkan air sungai mengalir secara semula jadi. Pak Cik Zaidi memasang pelampung supaya sangkar ini terapung. Nota Guru 5.3.3 Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. memasak menikmati berselera pelet dua kali sehari enam hingga lapan bulan menjadi pilihan pembeli berjualan memberi ikan menuai hasil jualan di pasar sajian kegemaran Tatabahasa Aktiviti Munsyi Cilik


163 3.3.2 Menanam Jagung di Tanah Terbiar Edit dan murnikan teks dengan memilih jawapan yang betul. Encik Burhan hendak menanam jagung manis. Beliau membajak tanah dan (mensediakan/menyediakan) batas. Seterusnya, beliau membuat lubang yang dalamnya kira-kira lima (sentimeter/sentimiter). Jarak (di antara lubang/antara lubang) pula kira-kira 0.6 meter. Encik Burhan telah memilih benih jagung yang (paling baik sekali/paling baik). Beliau (memasukan/memasukkan) tiga butir biji benih ke dalam lubang. Jika (ketiga/ketiga-tiga) biji benih itu bercambah, beliau perlu mencabut salah satu anak pokok. (Dua anak pokok terbaik kekal./Dua anak pokok terbaik yang kekal.) “(Berapa/Beberapa) bulan lagi, anak pokok ini akan membesar. Aku akan menjaga tanaman ini dengan baiknya,” kata Encik Burhan. Pokok-pokok jagung telah (bersiram/disiram) oleh Encik Burhan pada setiap hari. (Beliau juga telah membajai pokok tersebut./Beliau juga telah membajai.) Beliau juga telah mengawalnya (dari/daripada) serangan penyakit dan rumpai. Lebih dua bulan telah berlalu. (Jagung manis yang ditanam oleh Encik Burhan boleh dituai./ Jagung manis yang Encik Burhan tanam boleh dituai.) Beliau menjual jagung manis (kepada/pada) penduduk di kawasan kediamannya. “Wah, (untung/untong) juga bertanam jagung ini!” kata Encik Burhan. Pemulihan


164 Udang Kara, Udang Galah Dua orang rakan niaga membuat pilihan sama ada hendak menternak udang kara atau udang galah. Mereka bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan. Simulasikan. 1.2.3 (Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, 2021) Harga Runcit di Pasar Utama di Malaysia bagi Tahun 2019 (RM/kilogram) Udang Kara 46.00 – 150.00 Udang Galah 60.00 – 81.00 Semenanjung Malaysia Sarawak dan Sabah Udang Kara 36.00 Udang Galah 60.00 Perkara Udang Kara Udang Galah Kaedah penternakan 1. Kolam di tanah 2. Kolam simen 3. Kolam kanvas 1. Kolam di tanah 2. Kolam plastik 3. Tangki politena Mutu air kolam 1. Air tawar 2. Suhu antara 28 darjah Celsius hingga 34 darjah Celsius 3. Kebersihan dan kitaran udara di dalam air perlu dijaga 1. Air tawar atau air payau 2. Suhu antara 25 darjah Celsius hingga 34 darjah Celsius 3. Kebersihan dan kitaran udara di dalam air perlu dijaga Makanan 1. Pelet 2. Kentang yang dipotong dadu 3. Daun ketapang yang dibuang urat 4. Lobak putih dan lobak merah 5. Lebihan daun bayam dan kangkung kecuali akar 6. Anak ikan gapi 1. Makanan semula jadi yang terdapat di dalam kolam 2. Makanan tambahan – makanan berumus yang diperoleh daripada pembekal – campuran pelbagai jenis bijirin seperti dedak padi, kacang, dan sebagainya Tuaian hasil Empat hingga lima bulan Tiga hingga empat bulan Pengayaan


165 2.1.1 Baca, fahami, dan tafsir bahan di bawah ini. Ayuh, Kutip dengan Mudahnya! Jabatan Pertanian melalui Bahagian Kejuruteraan Pertanian telah mencipta alat penuai cili api. Alat ini dibuat daripada keluli tahan karat. Dengan menggunakan alat ini, masalah menuai cili api yang rumit telah dapat diatasi. Oleh itu, jumlah kutipan cili api dapat ditingkatkan. (Sumber: Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian, Kompleks Pertanian Serdang, Selangor, 2013) jumlah kutipan 20 kilogram/ 8 jam tidak menggunakan elektrik jumlah kutipan 20 kilogram/ 4 jam cili api bertaburan di tanah Tanpa Alat Penuai Cili Api Dengan Alat Penuai Cili Api menggunakan tangan cili api tidak bertaburan di tanah menuai cili api dengan lambatnya tidak menggunakan bahan bakar menuai cili api dengan pantasnya Pengukuhan


166 Penanaman Buluh Secara Komersial Buluh ialah tumbuhan tidak berkayu yang banyak kegunaannya. Tumbuhan ini cepat membiak tanpa penjagaan rapi. Selain itu, tempoh matang buluh singkat, iaitu antara tiga hingga lima tahun. Secara tradisi, buluh digunakan untuk membuat lemang manakala rebungnya dijadikan makanan. Buluh juga berguna dalam penghasilan produk seperti kraf tangan, bubu, bidai, pencungkil gigi, lidi sate, dan perabot. Selain itu, buluh menjadi tanaman landskap di kediaman persendirian atau taman awam. Buluh dapat dikomersialkan bukan sahaja untuk pasaran tempatan malahan untuk pasaran antarabangsa. Oleh itu, produk daripada buluh mestilah dipelbagaikan, misalnya dalam penghasilan pelbagai produk yang terkini. Antaranya termasuklah papan, pakaian, kertas, dan peralatan farmasi. A. Baca teks di bawah dengan telitinya. Kemudian, buat rumusan dan ramalan tentang masa depan penanaman buluh di Malaysia. B. Rujuk kamus untuk mencari makna bagi menentukan penggunaan perkataan yang tepat. Produk daripada buluh Pokok buluh madu senang tumbuh tanpa (mengira/menentu) jenis tanah. Namun demikian, buluh ini lebih baik ditanam di kawasan yang mempunyai (perairan/ saliran) yang elok. Buluh madu biasanya ditanam melalui anak pokok. Pada peringkat awal, anak pokok disiram dua kali sehari (selama/sepanjang) sebulan untuk mengelakkan pokok mati. Pokok ini juga perlu dibaja sekali dalam tiga bulan. Bagaimanapun, pokok buluh madu tidak memerlukan kawalan serangga perosak kerana pokok ini (tegap/lasak) dan boleh tumbuh liar. 2.1.2 2.2.1 Penilaian


Click to View FlipBook Version