Lakukan sumbang saran berdasarkan kegiatan dalam gambar. 167 Pasar Pagi Hotel Nelayan Kucing Belangkas Inap Desa Simpanan Pendidikan Ladang Rusa Ladang Pengusaha Itik Penelur TEMA 8 EKONOMI, KEUSAHAWANAN, DAN PENGURUSAN KEWANGAN
Inap Desa Pilihan Sumber Ekonomi Izzah dan keluarganya ingin bercuti. Dia melayari Internet untuk mencari inap desa yang sesuai. Izzah terlihat video tentang inap desa tradisional yang menarik. Dia menunjukkan video itu kepada keluarganya. Ceritakan maklumat yang didengar, ditonton, dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Nota Guru 1.3.2 • Bimbing murid mendengar, menonton, dan membaca bahan. • Bimbing murid menceritakan maklumat dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menggunakan EMK: Keusahawanan 168 Inap Desa Kampung Kaseh Rasai pengalaman bermalam di rumah tradisional Melayu dalam suasana kampung. luas dan selesa suasana rumah tradisional makanan selera kampung (RM30.00 seorang) menggagau ikan di sawah (RM10.00 seorang) mengalami pengalaman di dusun buah-buahan (diskaun 50% daripada harga pasaran) Video inap desa RM250.00 sehari UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Ayah dan ibu, cuba lihat inap desa ini. Saya ______. UNIT 22 Aktiviti
169 • Bimbing murid membaca dan menganalisis maklumat berdasarkan bahan. • Bimbing murid membuat ramalan. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis − Meramalkan EMK: Nilai Murni − Rasional Nota Guru 2.3.1 Izzah mengikuti ayahnya ke Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Belangkas Seri Indah. Dia tertarik akan ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan Perikanan dalam majlis tersebut. Belangkas Sumber Rezeki Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Saiful bin Zin, Ketua Kampung Seri Indah, dan sekalian yang hadir. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada para nelayan yang telah berjaya mewujudkan pusat pengumpulan belangkas ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi, Bagi sesetengah orang, belangkas merupakan haiwan yang mengganggu nelayan kerana merosakkan jaring mereka. Namun begitu, tangkapan belangkas sebenarnya dapat menjanakan pendapatan yang lumayan. Dalam hal ini, Encik Azman bin Salihin ialah nelayan yang boleh kita contohi. Beliau pada awalnya hanya nelayan pinggir pantai yang menggunakan bot kecil. Kini, beliau menjadi nelayan yang berjaya setelah mengeksport belangkas ke luar negara. Sekarang, beliau telah mula menternak belangkas secara komersial pula. Nelayan kampung ini wajar mengambil peluang atas kejayaan Encik Azman. Para nelayan boleh menjual belangkas di pusat pengumpulan ini. Syarikat milik Encik Azman pula akan mengeksport belangkas tersebut ke luar negara. Hadirin sekalian, Dengan ini, saya merasmikan pembukaan Pusat Pengumpulan Belangkas Seri Indah. Saya akhiri ucapan ini dengan dua rangkap pantun. Baca teks. Kemudian, lengkapkan Peta Bulatan untuk membuat ramalan tentang perusahaan belangkas. _______ _______ _______ _______ sumber pendapatan nelayan Membaca Apakah pendapat Izzah tentang Encik Azman dan perusahaannya? kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Aktiviti Belangkas Sumber Rezeki Saya meramalkan perusahaan ini akan _____. Encik Azman seorang yang _____ kerana _____. Burung undan di tepi perahu, Dengan bingkas terbang bertiga; Tuah badan siapalah yang tahu, Tangkap belangkas untuk berniaga. Dengan bingkas terbang bertiga, Di pohon ara hinggap sebaris; Tangkap belangkas untuk berniaga, Di luar negara terjual laris.
Sewaktu melayari Internet, Izzah terbaca forum tentang Pasar Pagi Kampung Guntong. Izzah tertarik untuk turut sama memberikan cadangan dalam forum tersebut. Pasar Pagi Unik 170 Nota Guru 3.2.2 • Bimbing murid menganalisis teks. • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis − Membuat inferens EMK: Keusahawanan Tulis jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. Pasar Pagi Kampung Guntong terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Pasar ini dibuka pada hari Jumaat dari awal pagi hingga tengah hari. Lokasinya unik kerana terletak di dalam kebun getah. Antara jualan di pasar ini termasuklah barang terpakai, anak pokok, sayur-sayuran, dan mainan kanak-kanak. Barang-barang jualan kebanyakannya diletakkan di atas hamparan tikar plastik. Betul kata kamu, Gina. Saya juga pernah ke sana dengan keluarga. Pada mulanya, sukar juga untuk kami sampai ke situ kerana tiada papan tanda penunjuk arah. Setelah tiba, ayah saya menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat letak kereta pula. Semasa kami masuk ke kawasan pasar, matahari memancar terik. Pasar juga telah sesak kerana pengunjung agak ramai. Kami perlu berjalan secara berhati-hati agar tidak terlanggar akar pokok getah. Saya bersetuju dengan pandangan Gina dan Logan. Semasa di sana, saya pernah terfikir beberapa persoalan tentang Pasar Pagi Kampung Guntong ini. Pertama, bagaimanakah pasar ini dapat mempertingkatkan ekonomi penduduk setempat? Kedua, apakah perkara yang perlu ditambah baik untuk menarik lebih banyak pelanggan? Rakan-rakan forum, boleh berikan cadangan? Gina Logan Munir Izzah Forum Maya _______ Menulis kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Aktiviti
Izzah dan keluarganya mengunjungi sebuah kedai cenderamata semasa bercuti di Sarawak. Sewaktu memilih cenderamata, mereka berbual-bual dengan pemilik kedai tersebut. Izzah kagum akan usaha pemilik kedai yang memajukan ekonomi keluarganya. Cenderamata Bumi Kenyalang − pengusaha kedai cenderamata − berniaga di bandar − ke bengkel − belakang kedai − melihat anyaman tikar rotan Sarawak − istimewa − dianyam oleh ibu bapanya − manis mulut − dapat sambutan − banyak pelanggan − pelancong − amalan baik − harga berpatutan − memenuhi cita rasa − nilai estetika 171 Hasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan dan persembahkannya secara kreatif. • Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun. • Bimbing murid mempersembahkan cerita secara kreatif. Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik KBAT: Mencipta − Mereka EMK: Keusahawanan Nota Guru 4.3.2 − semakin maju − buka cawangan − bersyukur − pekerja rajin − kedai sentiasa kemas − bersih Seni Bahasa Aktiviti
Puan Zuraini, ibu Faris, mengusahakan perniagaan kuih-muih tradisional. Kuih tradisional seperti keria, nagasari, dan seri muka dibuat oleh beliau. Perusahaan itu dijalankan oleh semua ahli keluarganya. Dengan cara itu, mereka dapat mempertingkatkan ekonomi keluarga. Puan Zuraini berniaga di gerai yang tersedia oleh pihak berkuasa tempatan. Jualan kuih mereka habis lebih awal pada setiap hari. Para pelanggan sering bersungut kerana tidak dapat membeli kuih kegemaran mereka. “Kita mesti memastikan kuih-muih kita dapat dinikmati oleh banyak pelanggan. Tambahan pula, jenis kuih yang lain tidak mampu kita tambah kerana kekurangan tenaga kerja,” kata Puan Zuraini kepada ahli keluarganya. Bagi mengatasi masalah itu, jiran ... . Tingkatkan Ekonomi Bersama mempromosikan dipasarkan Ayat aktif Ayat pasif 172 Nota Guru 5.3.3 • Bimbing murid memahami ayat aktif dan ayat pasif. • Bimbing murid membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Membina EMK: Keusahawanan Kenal pasti ayat aktif dan ayat pasif. Kemudian, sambung cerita dengan membina ayat aktif dan ayat pasif daripada perkataan yang diberikan. Aktiviti Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai subjek baharu. Contoh ayat pasif: Kuih-muih dijual Faris. (objek) (kata kerja pasif) (subjek) dipelawa dibantu terjual Tatabahasa Contoh ayat aktif: Faris menjual kuih-muih. (subjek) (kata kerja aktif) (objek) menubuhkan Munsyi Cilik
NALINI Usahawan Berjaya Usahawan Telur Asin Izzah dan ayahnya ke rumah saudara mereka, Pak Cik Roslan. Pak Cik Roslan pengusaha telur asin yang berjaya. Nota Guru 173 Dengar ujaran dan cam sebutan tentang rahsia kejayaan usahawan. Kemudian, sebut ujaran itu semula. 1.1.1 • Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan berdasarkan bahan. • Bimbing murid menyebut ujaran semula dalam pelbagai situasi. Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi − Menggunakan EMK: Keusahawanan Video pembuatan telur asin Kemudian, Izzah menceritakan pengalaman tersebut kepada kawan-kawannya. Wah, menariknya! Kongsilah rahsia kejayaan usahawan ini dengan kami. Kawan-kawan, lihat foto saya dengan usahawan telur asin yang berjaya. Situasi 2 Situasi 1 Aktiviti IZZAH AMNA Kongsilah pengalaman pak cik dengan saya. Wah, banyaknya itik ternakan pak cik! Apakah yang pak cik buat dengan itik-itik ini? UNIT 1 Mendengar dan Bertutur UNIT 23 Pak cik ternak itik ini untuk mendapatkan telurnya. Pak cik proses telur ini menjadi telur asin. Boleh, Izzah. Sebelum mula menternak itik, pak cik menghadiri kursus. Pak cik belajar tentang pemilihan baka dan pemakanan itik untuk mendapatkan telur yang bermutu. Selain itu, pak cik belajar cara membuat telur asin yang berkualiti. Oleh itu, telur asin ini boleh dijual dengan harga yang tinggi.
Pengusaha Hotel Kucing 174 Izzah sekeluarga ingin bercuti. Mereka berhasrat untuk meninggalkan kucing kesayangan mereka di sebuah hotel kucing di bandar. Semasa berurusan di sana, Izzah sempat berbual-bual dengan pengusaha hotel kucing tersebut. Banyak ilmu dan nilai yang diperolehnya. Izzah: Mengapakah puan menceburi bidang perhotelan kucing ini? Puan Fiza: Sebenarnya, saya sekeluarga sangat menyayangi kucing. Suami dan anak sulung saya pula merupakan doktor veterinar. Hal ini menyebabkan kami bekerjasama dalam perusahaan ini. Oleh sebab itu, terdapat spa kucing dan klinik khas untuk rawatan kucing di hotel kucing ini. Inilah kelebihan hotel kucing milik saya. Izzah: Wah, hebatnya! Tahniah, puan. Apakah rahsia kejayaan puan? Puan Fiza: Terima kasih, Izzah. Rahsianya saya tidak sesekali membuat pinjaman kewangan untuk memulakan perniagaan ini. Saya bermula dengan perniagaan yang kecil. Pada masa yang sama, saya gigih mempelajari selok-belok dalam bidang ini. Izzah: Apakah pengalaman yang tidak dapat puan lupakan sepanjang mengusahakan hotel ini? Puan Fiza: Banyak pengalamannya. Suka ada, sedih pun ada. Namun begitu, saya tidak dapat melupakan satu peristiwa, iaitu salah seekor kucing yang menginap di sini telah sakit. Sebagai pengusaha yang bertanggungjawab, pihak kami telah merawat kucing tersebut secara percuma. Kejadian tersebut membuatkan saya lebih tabah. Izzah: Saya lihat banyak pakej yang ditawarkan, mengapa? Puan Fiza: Sebagai usahawan yang prihatin, saya perlu memenuhi pelbagai permintaan pelanggan. Jadi, pelanggan boleh memilih pakej yang sesuai. Izzah: Baiklah, pasti kucing saya seronok tinggal di sini nanti. Terima kasih puan kerana berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Puan Fiza: Sama-sama, Izzah. Pakej Harian Pakej RM15.00 Pelanggan perlu membawa makanan dan pasir kucing. Pakej RM18.00 Pelanggan perlu membawa makanan kucing. Pakej RM20.00 Pelanggan perlu membawa kucing sahaja. Makanan dan pasir kucing kami sediakan. Membaca
175 Baca bahan serta nyatakan ilmu daripada dialog dan nilai daripada sajak dengan menggunakan peta pemikiran yang sesuai. Kemudian, persembahkannya. Nota Guru 2.3.2 • Bimbing murid membaca dan menyatakan ilmu dan nilai daripada bahan. • Bimbing murid mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti EMK: Keusahawanan Usahawan Kita Kerjanya luar biasa walau hanya manusia biasa tabah hadapi dugaan geliga mindanya usahawan berjaya meniti masa. Bijak menyusun masa bijak merancang usaha melangkah dengan wawasan membina empayar niaga rancak mengaut laba. Lincah mengatur langkah pantas menjejak peluang pintar menyusun strategi gigih berdikari yakin potensi diri. Meski di puncak jaya tidak lupa diri ikut resmi padi tunduk meski berisi doa dan tawakal bertindak tanpa noktah. Nukilan: Hasmir Semasa menunggu ayah dan ibunya mendaftarkan kucing mereka di hotel tersebut, Izzah membaca sajak yang tergantung pada dinding hotel. Aktiviti
Nota Guru 176 Catat maklumat tentang perusahaan ternakan rusa dan berikan pendapat berdasarkan persoalan yang diberikan. 3.2.3 • Bimbing murid menganalisis bahan untuk mencatat maklumat. • Bimbing murid menjanakan idea berdasarkan bahan. Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menganalisis − Mengenal pasti EMK: Keusahawanan Rezeki daripada Rusa Semasa membantu pak ciknya di ladang rusa, Izzah sangat seronok. Hasil pemerhatiannya mendapati bahawa perusahaan ternakan rusa dapat memberikan pulangan yang lumayan. Harga Jualan Rusa: Rusa Jantan − RM3500.00 seekor Rusa Betina − RM4000.00 seekor Harga Jualan Daging Segar: Daging tanpa tulang − RM80.00/kg Daging dengan tulang − RM70.00/kg Kami juga menjual bahagian-bahagian lain seperti tanduk, kulit, dan kepala. (harga mengikut pasaran semasa) Pak Hassan Penternak dan Penjual Rusa Sila Hubungi: 015-1234567 Pak Hassan penternak rusa yang berjaya. Beliau mempunyai lima ekor rusa jantan dan 45 ekor induk rusa. Rusa-rusa ini diternak di ladang yang luas di belakang rumahnya. Pak Hassan menyembelih rusa dan menjual daging rusa di pasar. Selain itu, beliau juga menjual induk rusa kepada individu yang ingin menjadi penternak rusa. Kini, permintaan terhadap daging rusa segar dan induk rusa semakin meningkat. Oleh itu, Pak Hassan memerlukan perancangan yang rapi untuk memajukan perusahaannya lagi. Menulis jualan daging segar _______ _______ Perusahaan Ternakan Rusa Pada pendapat kamu, apakah tindakan yang dapat dilakukan oleh Pak Hassan untuk memajukan perusahaannya lagi? kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Aktiviti
Pedoman untuk Berjaya Nota Guru 4.3.3 • Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan. • Bimbing murid mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif. Strategi PdP: KP − Muzik KBAT: Mencipta − Mereka EMK: Keusahawanan Hasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan dan persembahkannya dengan gaya yang kreatif. 177 Orang yang berjaya memberikan usaha. Orang yang gagal memberikan alasan. Kunci Kejayaan Usahawan Setelah melihat infografik tentang kunci kejayaan usahawan, Amna mendapat ilham untuk menghasilkan seni kata lagu. Seni Bahasa kandungan info qr code standard ar cpembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Audio lagu Aktiviti cekap mengurus masa bijak merancang mesra pelanggan berpandangan jauh tidak mudah berputus asa kreatif dan inovatif 1 2 3 4 5 6 Usahawan produk tenusu di Malaysia
Puan Zurina menghantar anaknya ke tadika milik Puan Lisa. Puan Zurina tertarik akan pengurusan tadika itu. Di sebuah tadika, Puan Lisa pernah bekerja. Beliau mendapat pengalaman di situ. Puan Lisa menyimpan wang juga. Beliau berjaya membuka tadikanya sendiri. Wang simpanan digunakan oleh Puan Lisa. Tadika Cerdas Perniagaan Puan Lisa semakin maju. Pemilik lima buah tadika beliau sekarang. Puan Lisa bersyukur. Kejayaan ini hasil kerjasama para pekerjanya. Turut memberikan sokongan ahli keluarganya. Guru-guru menyantuni murid dengan mesranya. Dengan ramahnya, mereka menyambut kehadiran murid. Mereka mendidik murid dengan berdedikasinya. Ibu bapa yakin akan kebolehan guru-guru. Nota Guru Kenal pasti dan tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang. 5.3.4 • Bimbing murid memahami ayat susunan songsang. • Bimbing murid membina ayat susunan songsang mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Membina EMK: Keusahawanan 178 Aktiviti Tatabahasa Tadika Cerdas nama tadika Puan Lisa. Beliau bijak berniaga. Tadika Cerdas diiklankan oleh beliau dalam media sosial. Beliau ke karnival usahawan juga. Di situ, beliau memperkenalkan tadikanya. Terkenal Tadika Cerdas. Murid Tadika Cerdas semakin bertambah. PENDAFTARAN MURID BAHARU TADIKA CERDAS 5 Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya di hadapan dan predikatnya di belakang. Contoh: Puan Zurina menghantar anaknya ke tadika. Ayat susunan songsang ialah ayat susunan biasa yang disongsangkan, iaitu predikat, sama ada keseluruhan atau sebahagian, mendahului subjek. Contoh: Menghantar anaknya ke tadika Puan Zurina. (seluruh predikat) Ke tadika Puan Zurina menghantar anaknya. (sebahagian predikat) Munsyi Cilik
Bijak Mengurus Wang Misi Agihan Dana Cikgu Nurul memperdengarkan iklan kepada murid-muridnya. Izzah dan rakan sekelasnya berbincang tentang cara mengurus dana yang berjaya dikumpulkan. ... rakyat Malaysia yang budiman, kami merayu tuan puan agar dapat menyumbangkan derma seikhlas hati kepada Rumah Anak-anak Yatim Ceria. Kami memerlukan derma ini untuk membeli bekalan makanan harian dan keperluan barangan persekolahan. UNIT 1 Mendengar dan Bertutur •urusan lebih mudah •serahan lebih cepat •mereka bebas membeli keperluan Pemberian Wang Tunai NURUL •perlu membeli barangan •perlukan pengangkutan untuk penghantaran • senarai barang keperluan Pemberian Barangan Keperluan Bincangkan bentuk sumbangan yang ingin kita sampaikan kepada mereka. Saya mencadangkan ____ kerana ____. Dengar dan berikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi. Nota Guru 1.1.2 • Bimbing murid mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi. • Bimbing murid memberikan respons terhadap maklumat. Strategi PdP: Pembelajaran Koperatif KBAT: Mengaplikasi − Menggunakan EMK: Nilai Murni − Keprihatinan Aktiviti 179 Saya pula mencadangkan ____ kerana ____. IZZAH UNIT 24
Tabungan Berwarna Ayah Izzah berkongsi rencana dengan ahli keluarganya tentang cara-cara menabung yang menarik dan berkesan. Izzah pula telah menunjukkan bahasa berirama yang diperoleh daripada Internet. Kemudian, mereka berbincang. Amalan menabung wang antara perkara penting untuk kestabilan kewangan sendiri. Amalan ini penting sebagai persediaan untuk menghadapi perkara yang tidak dijangka. Namun begitu, penabung wang memerlukan disiplin kendiri. Amalan menabung akan menjadi lebih menarik dan seronok jika dilakukan secara kreatif. Salah satu caranya adalah dengan menyimpan wang kertas mengikut warna di dalam tabung lut sinar. Lebih meriah jika aktiviti ini melibatkan semua ahli keluarga. Tabung milik ayah hanya boleh disimpan wang kertas yang bernilai RM20.00. Ibu pula perlu menyimpan wang yang bernilai RM10.00. Begitu juga dengan abang dan kakak perlu menyimpan wang yang bernilai RM5.00. Akhir sekali, anak bongsu perlu menyimpan wang yang bernilai RM1.00. Setiap orang memiliki tabung yang berbeza. Lokasi tabung juga perlu sesuai dan selamat. Letaklah tabung di tempat yang senang untuk kita memasukkan wang pada setiap hari. Jangan sesekali buka tabung tersebut selagi belum cukup tempoh yang dijanjikan. Jika dijanjikan setahun, maka pada 31 Disember, bukalah tabung dan kira wang bersama-sama. Hasilnya pasti mengejutkan. 180 Membaca CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH
Tabiat Menabung Amalan Mulia Nota Guru 2.1.1 • Bimbing murid membaca dan memahami bahan. • Bimbing murid mentafsir bahan sastera dan bukan sastera. Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan Projek KBAT: Menganalisis − Menganalisis EMK: Pendidikan Kewangan Usah boros banyak menyimpan Demi kegunaan masa hadapan Latih diri untuk menabung Melentur buluh waktu rebung. Tahu beza keperluan mendesak Sentiasa beringat sebelum sesak Juga kehendak sentiasa waspada Kawal belanja membeli seada. Sisih sedikit sebagai simpanan Gaya hidup main peranan Banyak menabung jadikan amalan Jauhi pembaziran rezeki berkekalan. Nukilan: Nimoiz T.Y Banyak berhutang orang mencaci Kurang kawan banyak membenci Resah jiwa fikiran merana Otak buntu gundah-gulana. (korus) Tahu beza keperluan mendesak Sentiasa beringat sebelum sesak Juga kehendak sentiasa waspada Kawal belanja membeli seada. (korus) Sisih sedikit sebagai simpanan Gaya hidup main peranan Banyak menabung jadikan amalan Jauhi pembaziran rezeki berkekalan. Apakah pendapat Izzah tentang kaedah tabungan berwarna? Bolehkah Hana jelaskan sikap penabung yang berjaya? 181 kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Baca teks rencana dan bahasa berirama dengan telitinya. Kemudian, berikan tafsiran terhadap persoalan yang dikemukakan. Aktiviti
182 Panduan Bijak Berbelanja Kelab Penabung Muda sebuah bank tempatan telah menganjurkan pertandingan syarahan untuk murid-murid sekolah. Izzah dan Amna ingin menyertai pertandingan itu. Tajuk syarahan tersebut ialah “Panduan Berbelanja”. Mereka berbincang dan berlatih bersama-sama sebagai persediaan. Hasilkan karangan syarahan secara koheren dan kohesi. Nota Guru 3.3.1 • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid menghasilkan karangan syarahan secara koheren dan kohesi. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Membina EMK: Nilai Murni − Berjimat cermat Panduan Berbelanja dapat jimatkan masa, tenaga, dan wang Semasa Berbelanja • beli ikut senarai • banding beza harga Selepas Berbelanja • kira jumlah perbelanjaan • catat dalam buku rekod perbelanjaan • simpan baki Jualan Murah Pasar Raya Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, tuan guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Panduan Berbelanja”. Hadirin yang saya hormati, Kesimpulannya, ... . Sekian, terima kasih. Pendahuluan kata alu-aluan Penutup ucapan terima kasih Isi 1 Isi 2 kata penghadapan Karangan Izzah dan Amna Isi 3 Menulis Sebelum Berbelanja Senarai Barang 1. Sayur 2. Telur 3. Tepung 4. Ayam 5. Daging Aktiviti Kedai Runcit
183 Izzah mendapat anugerah Tokoh Penabung Cilik yang dianjurkan oleh Kelab Keusahawanan sekolahnya. Izzah menerima banyak hadiah. Antara hadiah yang memikat hatinya termasuklah penanda buku. Penanda buku tersebut bertulisan Jawi yang mengandungi kata-kata hikmat, jimat cermat amalan mulia. Jimat Cermat Amalan Mulia Kenal, cam, sebut, dan tulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi dalam kata-kata hikmat. Kemudian, persembahkannya. Nota Guru 4.4.1 • Bimbing murid mengenal, mengecam, menyebut, dan menulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi dalam kata-kata hikmat. • Bimbing murid mempersembahkannya. Strategi PdP: KP − Visual Ruang KBAT: Mencipta − Mereka EMK: Kreativiti dan inovasi ta mim ya jim ta mim ra ca nun lam mim ain alif ya lam wau mim jimat amalan cermat mulia Seni Bahasa Aktiviti
A C B 184 Amalan menabung sesungguhnya penting untuk keperluan pada masa hadapan. Oleh itu, Izzah telah menyertai Kelab Nuri Bank Rakyat. Kelab tersebut memberinya panduan tentang cara pengurusan wang dengan bijaknya. • Sebolehnya duit tabungan bukan untuk dihabiskan begitu sahaja. • Sebaik-baiknya asingkan duit tabungan untuk simpanan dan pelaburan. • Sesungguhnya anda beruntung berbuat demikian. • Bagusnya berkongsi duit tabungan dengan ahli keluarga. • Alangkah gembiranya mereka. • Anda boleh berderma juga. • Bukan kepalang baiknya. 60% Simpanan 20% Kongsikan 20% untuk Diri Sendiri • Sewajarnya duit tabungan anda belanja untuk diri sendiri. • Belanjakan duit tabungan dengan bijaknya. • Belanjakannya untuk alat tulis atau bahan bacaan. Misi Duit Tabungan Kenal pasti kata penekan dan kata pembenda. Kemudian, bina ayat. Nota Guru 5.1.4 • Bimbing murid mengenal pasti kata penekan dan kata pembenda berdasarkan bahan. • Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan kata penekan dan kata pembenda mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Mengaplikasi − Menggunakan EMK: Nilai Murni − Berjimat cermat Kata Tugas Kata Penekan Kata Pembenda Bahawasanya menabung ialah amalan yang baik. Mari bertindak dengan segeranya. Kata penekan ialah kata yang memberikan penegasan terhadap sesuatu. Contoh: sebolehnya, sesungguhnya, bahawasanya, dan hakikatnya. Kata pembenda ialah kata yang menukarkan atau menjadikan kata lain sebagai kata nama atau benda. Contoh: laju − kata adjektif lajunya − kata nama Tatabahasa Aktiviti Munsyi Cilik Munsyi Cilik IZZAH
Sumber Pendapatan Sampingan Arahan: 1. Baca bahan. 2. Pilih kisah yang ingin diceritakan. 3. Ceritakan kisah tersebut dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Kisah 1− Aktiviti Sofia dan Keluarga Sofia anak yang rajin. Dia sering ____. kumpul jual mendapat pulangan Kisah 2 − Aktiviti Arisa dan Keluarga tanam tuai jual simpan Arisa anak yang rajin. Dia ____. 1.3.2 185 Pemulihan
Projek Mini Multimedia 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan perlu menyediakan perancangan perniagaan yang ingin dijalankan. 3. Perancangan perniagaan tersebut perlulah mempunyai maklumat berikut: (a) Nama syarikat (b) Nama produk (c) Ciri-ciri dan keistimewaan produk (d) Strategi pemasaran (e) Kewangan (i) Sumber modal (ii) Jumlah kos (iii) Keuntungan 4. Bina pelbagai ayat seperti ayat aktif dan ayat pasif dalam persembahan Projek Mini Multimedia tersebut. 5. Buat persembahan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint atau video. Kemudian, persembahkannya. Langkah Kerja: Pengayaan 186 5.3.3 Danish
Lazat, Lembut, dan Gebu Baca petikan. Kemudian, berikan cadangan terhadap penyataan yang berwarna biru secara kritis dan kreatif. Izzah dan keluarganya menonton rancangan “Usahawan Jaya” dalam televisyen. Mereka bangga akan kisah kegigihan dan kejayaan usahawan yang disiarkan. lazat ... lembut ... gebu ... Roti Canai Sejuk Beku Segera dapatkan roti canai sejuk beku yang pastinya lazat 187 3.2.2 Pengukuhan Puan Faizah peniaga roti canai. Warung roti canainya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Puan Faizah seorang yang gigih dan kreatif dalam berniaga. Perniagaan beliau dari pukul 6:00 pagi hingga pukul 2:00 petang. Sementara menunggu pesanan pelanggan, beliau akan menebar roti canai untuk dijadikan roti canai sejuk beku. Puan Faizah juga bijak merancang dan mengurus masa bekerja. Perusahaan ini dilakukan bersama dengan ahli keluarganya. Mereka sentiasa melontarkan buah fikiran bagi penambahbaikan pada produk. Terbaru, mereka menggunakan teknik pembungkusan dan pelabelan yang menarik. Kini, pelanggan di warungnya semakin ramai dan roti canai sejuk beku juga semakin laris. Puan Faizah sentiasa berfikir tentang cara agar beliau dapat mengekalkan jenama produknya dalam pasaran. ROTI CANAI
Penilaian Berasaskan Projek 188 1 TABUNGAN BANYAK KEISTIMEWAAN SIMPANAN Simpanan dijamin kerajaan berserta dividen yang kompetitif. PERLINDUNGAN Dilengkapi manfaat perlindungan takaful yang komprehensif. CABUTAN BERTUAH Berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Lakukan tugasan berikut. • Hasilkan buku skrap. • Tajuk buku skrap ialah “Cara-cara Mengurus Kewangan”. • Lengkapkan buku skrap tersebut dengan gambar dan maklumat yang berkaitan. • Bina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang yang sesuai. • Nyatakan ramalan jika tidak membuat perancangan dalam pengurusan kewangan. • Bentangkan hasil kerja di dalam kelas. Panduan Membuat Buku Skrap 1. Kumpulkan bahan daripada pelbagai sumber seperti gambar, keratan surat khabar, majalah, atau sumber Internet yang bersesuaian dengan tajuk. 2. Tulis maklumat yang diperlukan. 3. Tampalkan bahan yang dikumpulkan pada kertas. 4. Susun bahan mengikut kesesuaian. 1.3.2 2.3.1 5.3.4 (Sumber: https://sspni.mysspniplus.com) Penilaian Gam Daftar secara dalam talian hari ini!
189 Lafazkan pantun integriti dan nyatakan maksudnya. Ayam bertaji di pohon sintuk, Geraknya ligat lari berhasta; Generasi terpuji akhlak dibentuk, Amanah sejagat pegangan kita. Terbang angsa geraknya laju, Rezeki dicari sekawan bersama; Hebatnya bangsa negara maju, Kukuh jati diri asas utama. TEMA 9 INTEGRITI Burung merpati terbang berlima, Di pohon cemara hinggapnya cermat; Teras integriti asas utama, Makmur negara sejahtera nikmat.
UNIT 25 Amanah Sejagat Hargai Alam Kita Irfan dan keluarganya melawat ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Di sana, mereka mendapat penerangan tentang hutan paya bakau. 190 Negara kita mempunyai kawasan hutan paya bakau yang terbesar di Asia Tenggara. Hal ini menyebabkan banyak pantai di negara kita selamat daripada hakisan kerana dilindungi oleh pokok paya bakau. Oleh itu, hutan paya bakau merupakan anugerah Tuhan yang perlu kita pelihara dan hargai. Terima kasih, tuan. Saya ____ dengan penyataan tuan. Hutan paya bakau ialah satu amanah yang ____. Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, saya akan ____. UNIT 1 Mendengar dan Bertutur
1.1.3 191 Dengar, tafsir, dan berikan respons terhadap penyataan pada dialog dan infografik. • Bimbing murid mendengar dan mentafsir penyataan berdasarkan bahan. • Bimbing murid memberikan respons yang kritis dan kreatif. Strategi PdP: KP – Naturalis KBAT: Menilai – Memberikan alasan EMK: Kelestarian global Nota Guru Audio pendengaran • Pokok bakau tumbuh dengan banyaknya di dalam tanah masin dan air payau. • Kita perlu memelihara hutan paya bakau untuk tatapan generasi akan datang. • Pemeliharaan hutan paya bakau tanggungjawab kita bersama. Hutan Paya Bakau Aktiviti
192 Integriti Peniaga Irfan menulis cerpen daripada kisah pengalaman dia dan ibunya, Puan Nurin, berurusan dengan peniaga dalam talian. Aku menggelengkan kepala. Aku terkilan kerana barangan aku yang dibeli oleh ibu belum tiba. Aku masih teringat akan pesanan ayah kepada ibu pada tempoh hari. “Nurin, apabila kamu hendak membeli barangan dalam talian, pastikan syarikat peniaga itu berdaftar. Kamu perlu faham tentang harga, keterangan produk, terma, dan syarat pembelian. Barangan itu mesti mempunyai jaminan,” pesan ayahku. “Irfan, semua maklumat yang sepatutnya ibu dapatkan daripada peniaga telah pun lengkap. Pembayaran dalam talian sudah pun ibu buat. Bukti pembayaran pun ibu sertakan,” beritahu ibu kepada aku. Selepas seminggu membuat bayaran, barangan yang dipesan oleh ibu masih belum tiba. Oleh sebab telefon ibu mengalami masalah, butiran nombor telefon peniaga turut hilang. Ibu mula berasa dirinya tertipu. Pada keesokannya, ibu menerima satu mesej. “Barangan anda baru sahaja dipos. Yang berikut ialah nombor jejakan pesanan anda. Sila semak nombor tersebut dalam laman sesawang syarikat pengeposan,” ujar ibu membaca mesej itu. Ibu juga melihat mesej-mesej sebelumnya semula. Ternyata peniaga telah menyatakan bahawa barangan itu dijual secara pratempahan. Barangan hanya akan dipos selepas seminggu. Ibu menarik nafas lega. Ibu tersenyum memikirkan tingkahnya yang tidak senang duduk selama seminggu itu. Ibu sedar akan silapnya kerana tidak membaca mesej dengan telitinya. Ibu berasa bersalah kerana telah buruk sangka terhadap peniaga itu. Dua hari kemudian, barangan yang dibeli oleh ibu pun tiba. Aku memeriksa keadaan barangan tersebut dan berpuas hati. Ibu segera memaklumkan hal itu kepada peniaga tersebut. Membaca
193 Sejak peristiwa itu, Irfan selalu mengingatkan ibunya agar membuat senarai semak selepas urusan pembelian dalam talian. Cara ini dapat menjamin ketelusan antara peniaga dengan pembeli. 2.3.1 Baca dan analisis teks cerpen dan perbualan telefon untuk membuat ramalan. • Bimbing murid membaca teks dan menganalisis kandungan karya sastera dan karya bukan sastera. • Bimbing murid membuat ramalan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Meramalkan EMK: Nilai Murni – Kejujuran Nota Guru Perniagaan Maju Terima kasih kerana menghubungi kami. Kami merupakan pengedar bertauliah bagi produk jenama Sari Dandan. Kami juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nombor pendaftaran kami ialah K-71639. Anda boleh membuat tempahan dengan melayari laman sesawang www.perniagaanmaju.com.my. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh tiga hari waktu bekerja selepas anda membuat pembayaran. Perniagaan Maju Perniagaan Maju Terima kasih, Puan Nurin. Kami telah menerima pesanan anda. Nombor jejakan pesanan anda ialah ERC24051988MY. Sila semak status pengeposan melalui https://jejakan. pospantas.com.my. 21 November 20 24 November 20 Senarai Semak Maklumat Penting Peniaga 1. Status Pendaftaran Syarikat 2.Harga 3. Pembayaran 4. _______ Semakan Ada Jelas _______ 5. _______ _______ ERC24051988MY Adakah barangan yang aku beli kali ini akan selamat aku terima? Mungkinkah aku akan berurusan dengan peniaga ini lagi? Baiklah, saya maklum. 10:00 pagi 11:00 pagi 1:50 tengah hari kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Aktiviti
194 • Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada bahan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Mencadangkan EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Tulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif. 3.2.1 Nota Guru Tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya Faris membaca satu e-buku tentang tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam komputernya. memimpin kumpulan perbincangan membantu guru kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling menjadi suri teladan kepada murid lain mematuhi etika kerahsiaan menjadi pendengar yang faham akan masalah rakan menjadi tenaga pengajar kepada murid yang lemah dalam pelajaran TANGGUNGJAWAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) memainkan peranan penting di sekolah. Mereka menjadi pendengar yang faham akan masalah rakan. Cara ini membantu rakan mereka menghilangkan tekanan. ____ kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Menulis Aktiviti
195 • Bimbing murid mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat. Strategi PdP: KP – Visual Ruang KBAT: Mencipta – Menghasilkan EMK: Kreativiti dan inovasi Persembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat. Nota Guru 4.4.2 Pesan Ibu Dayang Afni selalu diingatkan oleh gurunya supaya tidak membazirkan penggunaan elektrik dan air, khususnya ketika berada di rumah. Contohnya, dia perlu sentiasa mematikan suis dan menanggalkan plag peralatan elektrik yang tidak digunakan. Pili air juga haruslah ditutup dengan kemasnya. Gurunya juga berpesan bahawa jimat cermat amalan mulia. Seni Bahasa Aktiviti
196 Kenal pasti kata majmuk dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan dengan menggunakan kata majmuk. • Bimbing murid memahami pelbagai kata majmuk. • Bimbing murid membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina EMK: Patriotisme Amanah Kita Kepentingan Menjaga MyKad Ciri-ciri MyKad Irfan membaca maklumat tentang MyKad. Baginya, masyarakat perlu buka mata dan sedar bahawa menjaga MyKad tanggungjawab masing-masing. Sikap lepas tangan boleh menyebabkan MyKad disalah guna. Dia berkongsi maklumat itu dalam satu hantaran media sosial. Nota Guru 5.2.2 • Pemilik MyKad wajib membawa kad ini ke mana-mana. • MyKad penting kerana kad ini menentukan warganegara kita. • Untuk mengelakkan salah guna MyKad, pemilik bertanggungjawab melaporkan kehilangan kad kepada pihak polis dengan segeranya. • Pemalsuan MyKad boleh dianggap sebagai perbuatan pecah amanah kepada negara. (Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara) • berbentuk segi empat • berwarna biru laut • mempunyai reka bentuk terkini • dilengkapi cip mikropemproses MyKad Malaysia • menyimpan nilai wang untuk transaksi tanpa tunai • menyimpan rekod cap jari • mempunyai cetakan pelangi yang boleh berubah warna • menggunakan teknologi turisan laser pada gambar dan nombor MyKad Keistimewaan MyKad CONTOH Aktiviti Tatabahasa
197 UNIT 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara Tanggungjawab Awam Ibu Irfan, Puan Nurin, menerima kunjungan rakannya, Doktor Hayati. Beliau menceritakan pengalamannya pada hari yang melibatkan tanggungjawab awam. 1.3.1 Bercerita tentang situasi dalam gambar dengan sebutan, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid bercerita dengan sebutan, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Nota Guru ternampak kemalangan memberikan rawatan awal Helo, ada kemalangan di Jalan Melati ... . menelefon talian 999 merawat mangsa mangsa kemalangan dibawa ke hospital 7:00 pagi 7:15 pagi 7:20 pagi 9:00 pagi pergi ke hospital 8:00 pagi 8:10 pagi UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti
198 Cekal, Berani, Setia Senoi Praaq: Pasukan yang Penuh Integriti Pasukan Senoi Praaq adalah antara unit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditubuhkan pada tahun 1956. Senoi Praaq bermaksud orang perang dalam bahasa suku kaum Semai. Penubuhannya memperlihatkan nilai integriti masyarakat Orang Asli untuk turut mempertahankan negara daripada ancaman komunis ketika itu. Selain bertanggungjawab menjejaki ancaman komunis, pasukan ini juga menunjukkan ketaatan dengan mematuhi arahan bagi menyertai beberapa misi keamanan di luar negara. Khidmat mereka ditagih lantaran keberanian mereka telah terbukti semasa operasi di dalam hutan. Pasukan ini pernah dianugerahi “Beret Maroon” oleh Rejimen 22 Perkhidmatan Khas Udara Tentera British atas dedikasi dan khidmat cemerlang mereka. Kini, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara di sekitar belantara. Ketika ini, ancaman yang Oleh: Zul Hazmi Hamad paling besar ialah aktiviti penyeludupan dan pencerobohan. Sifat amanah dan beretika dalam tugasan memastikan sempadan dan kedaulatan negara tidak diceroboh sewenang-wenangnya. Amalan integriti dalam pasukan Senoi Praaq mempamerkan imej baik kepada diri, organisasi, dan negara. Pengorbanan dan kewibawaan mereka di perbatasan wajarlah diteladani oleh generasi hari ini. [Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)] Irfan membaca rencana tentang pasukan Senoi Praaq. Daripada bacaan itu, dia menghasilkan syair untuk dipersembahkan semasa sambutan Kempen Integriti di sekolahnya. Membaca
2.3.2 199 • Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan. • Bimbing murid membuat persembahan dalam pelbagai bentuk. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis – Menghasilkan EMK: Patriotisme Baca rencana dan syair serta kenal pasti ilmu dan nilai. Kemudian, persembahkannya dalam pelbagai bentuk. Nota Guru Pasukan Senoi Praaq kini di bawah kawalan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Batalion 3 dan Batalion 18. Syair Senoi Praaq Marilah kawan kita dengarkan, Kisah teladan satu pasukan, Pasukan Senoi Praaq nama diberikan, Pertahankan negara elak dibinasakan. Sebelum merdeka telah ditubuhkan, Ilmu di hutan bakat digunakan, Tangkas mereka musuh ditumpaskan, Di dalam hutan mereka diharapkan. Sentiasa tekun setiap masa, Demi negara agama dan bangsa, Sempadan negara selamat sentiasa, Penyeludup ditangkap tidak bersisa. Berkorban hingga hujung nyawa, Tanda mereka insan berwibawa, Terus berjasa tekad di jiwa, Pabila gugur maruah dibawa. Sematkan di dada sayangi negara, Sikap integriti harus dipelihara, Inilah hasrat syair bersuara, Hargai pengorbanan setiap wira. Nukilan: Irfan Nabil Kita wajar menjadikan keberanian pasukan ini sebagai teladan. Berani Ilmu Ilmu Ilmu Nilai Nilai Nilai Kita harus ____ Semangat patriotisme _____________ _____________ Aktiviti Info
200 3.2.2 Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan KBAT: Menilai – Mencadangkan Penyelesaian Masalah EMK: Nilai Murni – Kejujuran Nota Guru Kisah Pengganti Raja Irfan membaca buku cerita tentang kisah pengganti raja. Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sangat adil dan bijaksana. Oleh sebab usia baginda semakin tua dan tidak mempunyai putera, baginda menjadi risau. Selepas bermesyuarat dengan para penasihatnya, baginda mendapat satu idea. Baginda telah memanggil semua pemuda di negeri itu. Baginda mengurniai mereka satu bekas kecil. Baginda menitahkan mereka balik dan menanam biji benih di dalam bekas kecil itu. Pemilik pokok yang paling besar dan subur akan dipilih menjadi pengganti baginda. Kesemua pemuda pulang dalam kegembiraan. Salah seorang pemuda itu bernama Yasir. Yasir pemuda yang jujur. Dia menanam semua biji benih itu. Pada setiap hari, dia menyiramnya tanpa jemu walaupun biji benih itu masih tidak bertunas. Yasir tetap tidak berputus asa. Selepas beberapa bulan, raja menitahkan semua pemuda itu hadir ke istana bersama dengan pokok mereka. Para pemuda di negeri itu teruja. Mereka yakin bahawa mereka akan dipilih menjadi pengganti raja. Lain pula dengan Yasir. Dia sangat sedih setelah mendengar berita itu. Baginya, dia telah gagal kerana biji benihnya tidak bertunas. Namun begitu, ibunya mengingatkan Yasir bahawa baginda mahu melihat hasil tanaman daripada semua pemuda di negeri itu. Tibalah hari yang dijanjikan. Semua pemuda hadir ke istana membawa pokok-pokok yang subur dan sihat. Hanya Yasir yang hadir tanpa sebarang pokok. Baginda menitahkan Yasir untuk menceritakan perihal biji benihnya itu. Baginda sukacita mendengar pengakuan jujur Yasir. Akhirnya, baginda berkenan melantik Yasir untuk menggantikan tempat baginda. Selepas beberapa hari, pemilihan Yasir sebagai pengganti raja masih menjadi buah mulut pemuda lain ibarat rumah siap pahat berbunyi. Pada pendapat kamu, adilkah cara pemilihan ini? Apakah cara lain yang sesuai untuk melantik seorang raja? Pada pendapat saya, cara pemilihan ini ____. Untuk melantik seorang pengganti raja, baginda boleh _____. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Menulis Aktiviti
201 4.3.1 Hasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan persembahkannya secara kreatif. • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid menghasilkan sajak dan mempersembahkannya secara kreatif. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menghasilkan EMK: Kreativiti dan inovasi Nota Guru Integriti Amalan Kita Irfan menghadiri sambutan Hari Polis pada 25 Mac. Kemudian, dia membaca maklumat tentang lencana Integriti Amalan Kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Latar Belakang Biru Warna latar biru berdasarkan bendera Sang Saka Biru, lambang rakyat jelata yang menjadi keutamaan pasukan PDRM. Integriti Amalan Kita Lencana ini hendaklah dipakai oleh warga PDRM kecuali pegawai polis berpakaian preman yang melakukan tugas risikan dan operasi. Lencana ini dipakai di sebelah kanan pada dada bagi menjunjung integriti anggota polis. Bunga Raya Bunga melambangkan sikap mesra anggota polis terhadap masyarakat serta semangat patriotisme terhadap negara. Bintang Lima Bintang menjadi simbol keperibadian tinggi anggota polis yang berprinsip dan berintegriti. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Moto yang menjadi pegangan anggota PDRM bagi memartabatkan integriti. [Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)] Seni Bahasa Aktiviti
202 • Bimbing murid mengenal pasti ayat susunan songsang dalam bahan. • Bimbing murid membina ayat susunan biasa. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Peluang Kedua Dalam satu rancangan radio, Irfan mendengar kisah motivasi seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 5.3.4 Nota Guru Adila nama saya. Oleh sebab saya pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dilantik, saya sentiasa mendampingi masyarakat. Pada suatu hari, kami menerima laporan tentang seorang lelaki yang tidak terurus. Nama saya Adila. ___. Untuk berjumpa dengan lelaki itu, kami ke sana. Kami berikan segala bimbingan dan nasihat kepadanya. Membuahkan hasil usaha kami tersebut. Sejak hari itu, dia berazam untuk menjadi seorang pembekal dan pengedar telur. Pada hari ini, kehidupan lelaki itu sudah pun berubah. Setelah mendapat peluang kedua, dia amat bersyukur. Sebagai tanda kesyukuran, dia bertekad untuk membantu orang yang senasib dengannya dahulu. ayat susunan songsang ayat susunan biasa ayat susunan songsang Tatabahasa Tukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa. Aktiviti Tatabahasa
203 UNIT 27 Kejujuran Asas Jati Diri Jujur kepada Ilmu Irfan dan Faris berbual-bual selepas selesai menjawab kuiz. 1.2.1 Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan. • Bimbing murid menganalisis kandungan bahan. • Bimbing murid bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Merumus EMK: Nilai Murni – Kejujuran Nota Guru Irfan: Faris, kenapakah wajah kamu sugul? Ada yang tidak kena? Faris: Saya sebenarnya rasa bersalah, Irfan. Irfan: Mengapakah kamu berkata begitu? Kamu ada membuat apa-apa kesalahan? Cuba ceritakan. Faris: Begini, Irfan. Kelmarin, saya telah membuat nota ringkas untuk mata pelajaran Sains. Saya amat yakin bahawa saya dapat menjawab kuiz tadi. Namun begitu, tumpuan saya agak terganggu. Irfan: Oh, begitu! Faris, saya fikir kamu agak tertekan. Faris: Inilah yang membuatkan saya sangat kecewa. Saya hilang fokus semasa menjawab kuiz tadi. Irfan: Faris, kamu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kamu juga telah menjawab kuiz dengan sejujurnya. Usaha yang jujur pasti akan mendatangkan keberkatan. Yang penting, kita perlu jujur kepada ilmu. Faris: Itulah yang saya fikirkan sekarang. Kita harus ____. Irfan: Jadikanlah ini sebagai pengajaran untuk kamu lebih bersedia pada masa hadapan, Faris. Faris: Terima kasih, Irfan. Saya akan ____. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti
204 Tokoh Wartawan Negara Irfan mengikuti ibunya ke majlis pelancaran buku. Di sana, dia mendengar ucapan Tan Sri Johan bin Jaaffar yang merupakan Tokoh Wartawan Negara. Baca dan rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat. • Bimbing murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan yang berwarna merah. • Bimbing murid merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan EMK: Nilai Murni – Kejujuran 2.1.2 Nota Guru Yang saya hormati, pengacara majlis, yang saya raikan, penulis buku “Liku-liku Seorang Wartawan”, Encik Zainal bin Abu, dan seterusnya undangan sekalian. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang mengundang saya hadir ke majlis pelancaran dan resensi buku ini. Hadirin sekalian, Bidang kewartawanan sebenarnya boleh mengangkat kredibiliti seseorang. Apabila seseorang wartawan mula menggarap berita, mereka harus menjadikan integriti sebagai nilai utama dalam pemberitaan mereka. Penulisan yang hanya mementingkan retorik semata-mata tidak selari dengan etika kewartawanan yang sebenar. Seseorang wartawan mesti menyemak sumber berita mereka dan memastikannya sahih. Beberapa dekad dahulu, wartawan dekat dengan masyarakat kerana akhbar berperanan sebagai wadah perjuangan. Namun begitu, pada era digital ini, syarikat akhbar perlu proaktif semasa melaporkan berita. Masyarakat kini lebih bijak menilai sesuatu berita kerana jaringan media sosial yang luas. Wartawan perlu mengintegrasikan media sosial untuk membina kepercayaan masyarakat. Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan buku “Liku-liku Seorang Wartawan” ini. Saya berharap semoga integriti kewartawanan akan terus mekar. Sekian, terima kasih. Membaca Aktiviti
3.3.1 205 Tulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi. • Bimbing murid memahami bahan. • Bimbing murid menghasilkan penulisan tidak berformat secara koheren dan kohesi. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mencipta – Menghasilkan EMK: Nilai Murni – Kejujuran Nota Guru Helaian Kertas Bermakna Irfan menulis satu cerita berdasarkan pengalaman kakaknya, Irdina. mencadangkan berjumpa berterima kasih terselit Pada suatu hari, Irdina ke perpustakaan sekolahnya. Dia ingin meminjam sebuah buku. Setelah memilih buku yang diinginkan, dia pun mendaftarkan pinjamannya di kaunter. meminta maaf Aktiviti Menulis
206 5.3.2 Bina pelbagai jenis ayat berdasarkan gambar. • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid membina pelbagai jenis ayat berdasarkan bahan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Nota Guru Kejujuran untuk Manfaat Bersama “Murid-murid, tandai buku yang kamu bawa pada hari ini. Minta pastikan semua bilangan buku teks cukup,” pinta Cikgu Rizal kepada semua murid. Tiba-tiba, Prasad mengangkat tangan. “Cikgu, bagaimanakah jika buku saya hilang?” tanya Prasad. Cikgu Rizal meminta Prasad supaya membeli buku teks baharu bagi menggantikannya. Semua murid mengikat buku teks dan membawanya ke Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS). “Wah, kemasnya rakan-rakan menyusun buku di sini!” kata Mun Chew ketika tiba di sana. Mereka membaca poster tatacara semasa di BOSS. Tatacara semasa di BOSS 1. Murid dikehendaki mematuhi peraturan berikut: • Dilarang masuk tanpa kebenaran. • Dilarang memakai kasut. • Dilarang membawa beg, makanan, atau minuman. • Dilarang membawa sebarang perkakasan, bahan, atau buku keluar tanpa keizinan. 2. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan. Irfan ingin memulangkan buku teks di Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS). Aduhai, … Letakkan … BAHASA MELAYU SAINS MATEMATIK BAHASA INGGERIS SEJARAH PENDIDIKAN SENI VISUAL KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS PENJAGAAN BUKU TEKS TANGGUNGJAWAB KITA Apakah … Tatabahasa Aktiviti
207 3.3.1 Tulis cerita berpandukan gambar. Selamatkan Kucing Jalanan • berjumpa dengan doktor haiwan • membayar kos rawatan • berkongsi dalam media sosial • mengajak rakan lain • memberikan makanan • membersihkan dan merawat kucing Rakan Irfan, Shu Ying, telah membantu kakaknya menjalankan aktiviti menyelamatkan kucing jalanan. • menjalankan aktiviti menyelamatkan kucing jalanan • mendapat banyak sokongan • memberikan sumbangan • terjumpa kucing • rasa bertanggungjawab • membawa kucing itu pulang Kakak Shu Ying, Shu Yee, telah terjumpa seekor kucing yang cedera. Dia berasa bertanggungjawab untuk merawat kucing itu. Dia membawa kucing itu pulang ke rumahnya. Selamat sejahtera. Tahniah, atas usaha murni kamu membantu kucing jalanan! Bolehkah pak cik menyumbangkan dana untuk menyokong usaha itu? Terima kasih, pak cik. Saya berbesar hati menerimanya. Pak Cik Lam Shu Yee Pemulihan
208 2.3.1 Wahai rakan saya sampaikan, Syair ini kita fahamkan, Tanpa tunai wajar diamalkan, Banyak faedah dapat dirasakan. Berjimat cermat jadi amalan, Pesanan untuk sahabat kenalan, Kewangan dirancang setiap bulan, Belanja cukup tiada terkilan. IMBAS SAYA Firaaz Aidiputra bin Aiman Semasa Tempat di kantin, di kedai buku, saya Situasi mendapati baki nilai kad tunai saya tidak cukup. tersedar kad tunai saya hilang. mendapati baki nilai kad tunai rakan tidak cukup. terjumpa kad tunai orang lain. membuat perancangan sebelum berbeli. menyedari waktu rehat hampir tamat. Bilangan Titik Dadu Permainan Membuat Ramalan Masa berlalu ibarat emas, Menunggu baki terasa rimas, Guna kad tunai urusan kemas, Mengejar masa tidaklah cemas. Kad diberikan jaga sendiri, Pabila hilang harus dicari, Jika terjumpa segera diberi, Sikap amanah diri sendiri. Nukilan: Faqeeh Adam Contoh: Semasa di kantin, saya tersedar kad tunai saya hilang. Saya akan ______. 1. Baca infografik dan syair untuk mendapatkan maklumat. 2. Lontar dadu sekali untuk menentukan tempat dan sekali lagi untuk menentukan situasi. 3. Ramalkan tindakan yang akan kamu lakukan berdasarkan situasi itu. Cara Bermain tambah atau pindah nilai pada bila-bila masa tambah nilai secara dalam talian Kelebihan Kad Tunai hanya imbas untuk pembayaran menggunakan nombor keselamatan jika kad tiada nilai semasa kad tunai boleh diimbas Pengayaan Syair Kad Tunai
Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Jiranku yang Amanah Terimalah hadiah daripada saya. Terima kasih kerana membantu 1.3.1 saya menjaga arnab-arnab saya. Siapalah yang dapat membantu aku memberi arnab-arnabku makanan. 1 3 5 7 8 2 4 6 209 Kamu perlu pergi ke sana segera selama seminggu. Pengukuhan
Bina ayat berdasarkan gambar. Kemudian, ceritakannya. ayat perintah ayat susunan biasa ayat tanya ayat seruan ayat susunan songsang 210 1.3.1 5.3.2 5.3.4 ayat penyata Ceritakan situasi dalam gambar di atas. Penilaian
64