The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siberseri, 2020-04-22 05:02:29

Air Tangan Cikgu Haji Zainal Abidin bin Joned

Authentic Cuisine : Resipi Pembuka Selera

Keywords: Air Tangan,Cikgu Haji Zainal Abidin bin Joned,Authentic Cuisine,Resipi Pembuka Selera,Masakan

Dalam melayari kehidupan sehari-hari dalam dunia pendidikan, setiap
warganya memiliki cara tersendiri melarikan diri seketika daripada
kesibukan tugas. Dalam erti kata lain, terapi minda, melapang jiwa dan
melerai tekanan, andainya anda. Kesukaan juga namanya, bagi saya,
memasak ! Begitulah saya, sukanya akan memasak tidak dapat dipisah
bagai lagu dan irama, kurang satunya, pincanglah melodi. Namun, sekadar
santapan tulus air tangan sendiri, menyantuni ahli keluarga senantiasa di
sisi. Meniti masa tanpa disedari sejak usia 11 tahun lagi, membantu kakak
berniaga di pasar pagi, resipi terhasil sentuhan peribadi melebihi angka 40
banyaknya, satu pencapaian kebanggaan sendiri. Dirakam dalam minda,
dicatat nota diari, dan kini, terdetik dalam hati, apa kata dikongsi rakan
dan taulan untuk santapan seisi keluarga ? Sudah tentu menarik, kan ?
Maka, bibit-bibit cinta ini diadun, dikupas dan disulam dalam bentuk
coretan umum. Nah, terimalah Air Tangan Cikgu - Authentic Cuisine -
Resepi Pembuka Selera. Pelbagai resipi pilihan tradisional dan moden;
dari selatan ke utara; timur dan barat merentasi Laut China Selatan,
inspirasi sahabat pena Fb, Insta dan Youtube menyemarakkan lagi semangat
sedia bergelora.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Maka, setiap satu resipi ditata rias dengan indah
meminjam nama-nama destinasi pilihan bumi Melaka
bumi Hang Tuah. Allah SWT jua Maha Berkuasa atas
anugerah-Nya buat saya mereka karya himpunan resipi
ini. Teristimewa buat permaisuri hidup saya, Dr. Hjh.
Maimunah binti Masood dan puteri saya, Athira binti
Zainal Abidin serta dua orang putera saya, Muhammad
Aiman bin Zainal Abidin dan Muhammad Afif bin
Zainal Abidin, kalianlah pencetus terhasilnya karya
terindah ini. Buat Cikgu Jumali bin Rasikun, pereka
grafik dan Cikgu Zunita binti Zulkifli Stork selaku
penyunting khazanah saya yang berharga ini, terima
kasih atas sentuhan begitu klasik dan realistik.

Syukur Alhamdulillah

Senarai Resipi : Halaman

Puding Karamel Bukit Katil 1
Agar-agar Santan Lorong Pandan 2
Agar-agar Santan Banda Hilir 3
Agar-agar Milo Oreo Tengkera 4
Bergedel Kulit Popia Jonker Walk 5
Puding Pisang Bersos Kastard Mangga Road 6
Agar-agar Lapis Padang Keladi 7
Kuih Lompat Tikam TMJ 8
Puteri Mandi Pantai Kundur 9
Puteri Ayu Pantai Rombang 10
Wantan Goreng Sungai Udang 11
Cucur Udang Kentang Tangga Batu 12
Mushroom Meat Ball Taming Sari 13
Shepherd Pie Daging TPM 14
Bubur Ayam Limbungan 15
Nasi Kerabu Bukit Rambai 16
Nasi Minyak Daging Beriani Cheng 17
Nasi Arab Bukit Beruang 18
Nasi Minyak Lendu Hilir 19
Lemak Cili Padi Tulang Rebung Air Paabas 20

Senarai Resipi : Halaman

Sup Mamak Kampung Jawa 21
Singgang Daging Padang Temu 22
Gulai Daging Bukit Darat 23
Masak Lada Tetel Tehel 24
Ayam Bakar Kandang 25
Ayam Tandoori Kota Laksamana 26
Ayam Goreng Mamak Hang Tuah Mall 27
Kerabu Perut Bukit Baru 28
Kerabu Mangga Tenggiri Pantai Siring 29
Kerabu Sotong Ala Thai Malim 30
Sayur Lodeh Bukit Cina 31
Pecal Telok Mas 32
Kuetiau Seafood Crystal Bay 33
Kuetiau Kungfu Ujong Pasir 34
Kuetiau Ladna Paya Rumput 35
Mi Goreng Mamak Panggung Lido 36
Char Kuetiau Batang Tiga 37
Gelama Masin Kampung Duyung 38
Ikan Percik Bakar Seri Pengkalan 39
Pindang Serani Kampung Portugis 40

Senarai Resipi : Halaman

Sambal Bilis Paya Dalam 41
Sambal Tempe Ikan Bilis Alai 42
Sambal Bilis Sungai Buluh 43
Bilis Tempoyak Durian Daun 44
Rendang Kerang Pengkalan Balak 45
Laksa Nyonya Tanjung Minyak 46
Laksa Penang Klebang 47
Laksa Johor Sungai Rambai 48
Urap Pegaga Merlimau 49
Shell Out 3 Rasa Nyalas 50
Asam Pedas Kuala Sungai Baru 51
Kari Ikan Jenahak Pulau Besar 52
Ketupat Sotong Pengkalan Balak 53
Sambal Sotong Sungai Petai 54
Sotong Telur Masin Rumbia 55
Sotong Ranggup Umbai 56
Sotong Kukus Anjung Batu 57
Kuah Kacang Kampung Gelam 58
Ais Krim Soda Masam Manis Pokok Mangga 59
Lemon Honey Pengkalan Rama 60

Puding Karamel Bukit Katil

Bahan-bahan :
• 8 biji telur.
• 2 tin susu cair.
• 1 sudu teh esen vanilla.
• 1 sudu besar tepung kastard.
• 4 sudu besar gula ( jadikan gula perang karamel ).

Cara Membuat :
• Pecahkan telur ke dalam mangkuk

yang sesuai.
• Curahkan susu cair dan putar

menggunakan pemutar eletrik.
• Masukkan gula / esen vanilla.
• Putar sehingga berbuih.
• Tapis ramuan kedalam loyang yang

sudah siap dengan gula karamel.
• Kukus menggunakan pengukus

yang boleh laras.
• Lapik disekeliling muka kukus

dengan tuala dapur supaya air
kukusan tidak merosakkan
puding.
( Gula karamel dihasilkan dengan memasak gula pasir atas
dapur yang dikawal )

1

Agar-agar Santan Lorong Pandan

Bahan -bahan :
• 1 paket agar-agar tali.
• 2 cawan santan kelapa.
• Gula ( secukup rasa ).
• Secubit garam.
• 5 cawan air.
• 1 cawan air daun pandan .

( daun pandan yang dikisar).

• 3 biji telur.
• Sedikit pewarna hijau.
Cara Membuat :
• Masukkan air ke dalam periuk bersama-sama agar-agar dan

masak hingga agar-agar cair sepenuhnya.
• Tambah gula, sedikit garam dan air daun pandan dan pewarna

hijau.
• Semasa agar-agar masih mendidih, masukkan santan yang di

pukul dengan telur. Kacau sebentar jangan sampai melimpah
keluar periuk. Kacau sebati ( kawal api )
• Masak sebentar dan tuangkan ke dalam acuan yang di sukai.
• Sejukkan dalam peti sejuk.

2

Agar-agar Santan Banda Hilir

Bahan-bahan :
• 15 gram agar-agar bertali
• 4 cawan air
• 4 helai daun pandan
• 2 biji telur
• 1 ½ cawan santan pekat
• 1 ½ cawan santan cair
 1 ketul gula melaka

(anggaran dalam 250 gram)

• 1 sudu besar gula merah
• 1 sudu besar gula pasir
• ½ sudu kecil garam
Cara Membuat :
• Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan.

Ini kerana untuk mengelakan ketulan telur putih yang tak sekata
apabila dimasak nanti.
• Masak gula melaka, gula merah dan gula pasir sehingga larut
dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan
daun pandan sehingga cair.
• Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.
• Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih.
Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.
• Tuang dalam loyang dan sejukkan.

3

Agar-agar Milo Oreo Tengkera

Bahan-bahan :
• 1 bungkus agar-agar bertali /

10 gm serbuk agar agar.
• 750 ml air.
• 160 gm gula.
• 1 tin ( 400 gm) susu cair.
• ¾ cawan serbuk milo.
• 1 bungkus ( 137gm ) biskut Oreo

( patahkan tapi biar 2 lapis )
Cara Membuat :
• Masak agar agar dan air hingga

larut.
• Masuk gula dan masak hingga

gula larut.
• Masuk pula susu cair dan kacau

hingga mendidih.
• Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan

campurkan Milo, kacau hingga sebati.
• Tuang 1 cawan campuran Milo ke dalam acuan,

panaskan campuran Milo yang setengah lagi dengan
api paling kecil supaya tidak membeku.
• Bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua
adunan putih tadi tabur biskut Oreo dan biarkan
keras.
• Tuang baki adunan milo dan biar membeku pada
suhu bilik sebelum masuk kedalam peti sejuk.

4

Bergedel Kulit Popia Jonker Walk

Bahan-bahan :
Begedil :
• 35-40 keping kulit popia
• 3 biji kentang - goreng/rebus & lenyekkan
• 300g daging cincang ( goreng )
• 7 biji bawang merah - hiris dan goreng
• 3 ulas bawang putih - hiris dan goreng
• 3 tangkai daun bawang dihiris
• 2 tangkai daun sup dihiris
• 1 sudu kecil serbuk lada hitam
• 1 sudu besar Perasa Sedap Knorr
• Garam secukup rasa
• 3 biji telur
• ½ sudu kecil serbuk lada putih
• 1 sudu besar tepung jagung

( isi daging boleh juga diganti dengan ayam/ketam/udang )
Sos Kicap :
• 15-30 biji cili padi -goreng & kisar
• 3 ulas bawang putih-goreng dan kisar
• 2 cawan air
• ½ cawan kicap manis
• 1 sudu besar kicap pekat
• 1 sudu besar sos tiram
• 2 sudu besar brown sugar
• 1-2 sudu besar jus limau
• 1 sudu besar tepung jagung
• Biji bijan yang telah disangai
• Campur semua bahan dalam periuk kecuali tepung jagung, jus limau dan

biji bijan.
• Masak hingga kuah dan cili terasa masak dan pekatkan dengan air

tepung jagung.
• Tutup api, masukkan jus limau dan biji bijan
Cara Menyediakan Begedil :
• Gaulkan semua ramuan inti ( daging/kentang lenyek/bawang/

daun sop
• Masukkan serbuk perasa & garam
• Masukkan telor/lada putih/tepung jagung
• Uli hingga sebati
• Sediakan kulit popia
• Isi inti begedil / gulung seperti popia
• Sediakan minyak untuk menggoreng
• Goreng atas api yang sederhana

5

Puding Pisang Bersos Kastard
Mangga Road

Bahan-bahan :
• 5 biji Pisang Nangka masak sederhana

( digoreng dengan butter/planta )
Sos Kastard :
• 1 tin susu cair.
• ½ tin air.
• 1 biji kuning telur.
• 2 sudu besar tepung kastard.
• 2 sudu besar gula pasir.
• Sehelai daun pandan disimpul.
Cara Membuat :
• Masak semua bahan sehingga pekat.

( Bila suam masukkan ke dlm peti ais )
• Susun pisang yg digoreng tadi atas piring,
• Tuangkan sos kastard tadi dan taburkan sedikit kismis/raisin/

strawberi
• Jika inginkan rasa kayu manis , taburkan serbuk kayu manis

( ikut citarasa )

6

Agar-agar Lapis Padang Keladi

Bahan-bahan :
• 40 gm agar-agar tali ( direndam dan toskan ).
• 1.50 ml air.
• 255 ml santan pekat.
• 200 gm gula pasir.
• ½ cawan susu pekat manis.
• 1 sudu teh esen keladi.
 ½ sudu teh pes keladi

( pewarna ungu ).
• 2 helai daun pandan.
• Secubit garam.
Cara Membuat :
• Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga mendidih

sehingga agar-agar hancur.
• Masukan gula dan garam, biarkan mendidih sekali lagi baru

masukkan santan dan susu pekat manis.
• Jangan lupa kacau ( api pelahan) selalu agar-agar tidak membuak.
• Bila ramuan telah mendidih masukkan esen keladi, kecilkan api.
• Separuh dari agar-agar di dalam periuk dimasukkan ke dalam

loyang dan separuh lagi dibiarkan di dalam periuk.
• Masukkan paste keladi yang bewarna ungu ke dalam agar-agar

di dalam loyang dan biarkan membeku.
 Apabila agar-agar didalam loyang membeku cucuk-cucuk

dan garu dipermukaannya dengan garfu dan masukkan
agar-agar tanpa warna didalam periuk tadi atas lapisan
agar-agar ungu. Lakukan mengikut lapisan.
 Biarkan sejuk dan baru dimasukkan kedalam peti ais
sebelum dihidangkan.

7

Kuih Lompat Tikam

Lapisan Hijau :
• 2 cawan tepung beras.
• 3 cawan air.
• 1 cawan air daun pandan.
• ½ sudu kecil garam.
• 1 sudu kecil air kapur.
Lapisan Putih :
• 1 senduk leper tepung beras

( sukatan menggunung ).
• 2 cawan santan.
• ½ cawan air.
• ¼ sudu kecil garam .
Pulut Merah :
• 1 cawan pulut ( rendam terlebih dahulu ).
• Santan cair secukupnya.
• Garam secukupnya.
• Sedikit pewarna merah.
Air Gula Melaka :
• 1 buku gula melaka.
• Air secukupnya.
• 1 helai daun pandan.
Cara Lapisan Hijau :
Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Takat cair mestilah bila
senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tidak melekat disenduk kayu itu.
Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang
sederhana sehingga menggelegak. Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan
berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.
Cara Lapisan Putih :
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana
dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit. Apabila
adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap
Cara Pulut Merah :
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah
dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut.
Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit.
Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata.
Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar.
Siap untuk dihidangkan.

8

Puteri Mandi Pantai Kundor

Bahan-bahan :
• 1 paket tepung pulut.
• ½ cawan tepung beras.
• 2 ½ cawan air daun pandan.
Bahan Inti :
• 1 biji kelapa parut muda
• Gula melaka secukupnya
• Air secukupnya
Cara Membuat :
• Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.

Gaul hingga sebati dan ketepikan.
• Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil

kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper.
Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
• Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai
membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut
hingga masak.
• Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan
toskan airnya.
• Sementara itu, masak air gula melaka sehingga
pekat dan masukkan kelapa parut.
Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya
ingin sedikit lembab.
• Masukkan kuih tadi gaul bersama inti
hingga sebati.

9

Puteri Ayu Pantai Rombang

Bahan-bahan :
• 5 biji telur.
• 250 gm tepung gandum.
• 300 gm gula.
• 250 ml santan.
• 2 sudu teh ovalatte.
• 2 sudu teh esen pandan.
• 1 sudu teh baking powder.
• Pewarna hijau.
• Kelapa putih secukupnya yang sudah digaul

dengan garam dan tepung ubi.
Cara Membuat :
• Pukul telur, gula dan ovalatte hingga kembang dan gebu.
• Masukkan santan, esen pandan, pewarna hijau,

baking powder dan tepung gandum.
Kacau hingga sebati.
• Sapu minyak pada acuan dan masukkan kelapa di bahagian
bawah acuan. Mampatkan.
• Lepas itu, masukkan adunan dan kukus selama 5 minit.
• Terakhir angkat kukusan dan biarkan hingga sejuk.

10

Wantan Goreng Sungai Udang

Bahan-Bahan :
• Kulit Wantan.
• Minyak untuk menggoreng.
• 1 biji telur.
• ½ kg udang sederhana besar.
• 6 ulas Bawang merah ( dimayang ).
• 1 batang karot ( dihiris halus ).
• 1 tangkai daun sop.
• Secubit garam.
• Perasa Sedap Knorr.
• Serbuk Ajishio ( lada hitam ).
Cara Membuat :
• Dalam satu bekas, udang dibuang kulit dibersihkan

dan hancurkan ( tumbuk sederhana halus ).
• Masukkan telor.
• Lada hitam.
• Bawang yang dihiris.
• Karot.
• Garam.
• Perasa sedap.
• Gaul hingga sebati.
• Bentangkan kulit wantan , elakkan berada

dibawah kipas agar kulit wantan tidak
cepat kering.
• Letakkan bahan-bahan yang digaul tadi
mengikut size kulit wantan tersebut.
• Ponjotkan kulit wantan itu tadi
• Goreng/tos.
• Siap untuk dimakan bersama sos cili thai.

11

Cucur Udang Kentang Tangga Batu

Bahan-bahan :
• ½ kg tepung gandum
• 3 sudu makan tepung beras/tepung jagung

( Ada yang ganti dengan nasi sejuk yang telah dikisar)

• 1 sudu teh cuka
• 3 biji kentang ( buang kulit & hiris seperti fries )
• 1 batang karot
• 3 tangkai daun sop
• Daun kucai ( jika suka )
• 6 ulas bawang merah ( mayang )
• 2 biji telur
• 300 gm udang geragau

( boleh ganti dgn udang kecil / bilis )

• Secubit garam
• Serbuk Perasa Sedap Knorr.
• Sodium Bikarbonat ( jika suka )
• Air garam secukupnya

Cara Membuat :

• Masukkan tepung , nasi ( sedia blend ),
tepung beras/tepung jagung , telur dan
gaulkan hingga sebati

• Tuangkan air garam ( sejuk ) sedikit demi sedikit
• Campurkan kesemua bahan lain termasuk udang,

karot, kentang, daun sop/kucai
• Gaul hingga sebati dan tidak terlalu cair.
• Masukkkan satu sudu makan minyak masak
• Secubit bikarbonat dan perasa sedap
• Panaskan Kuali dengan minyak yang penuh
• Goreng ikut kesesuaian ( size cucur )

12

Mushroom Meatball Taming Sari

Bahan-bahan unuk Bebola Daging : Bahan-bahan untuk Mushroom Gravy :
 500 gm daging cincang / ayam cincang • 5 ulas bawang putih.
• Butter.
( ikut citarasa ). • 300 gm cendawan butang /
• 2 keping roti ( ambil yang lembut sahaja
cendawan pasar.
+ rendam dalam susu fullcream ). • Stok daging.
• 200 gm bawang goreng. • 2 sudu besar tepung gandum.
• 1 batang karot. • 2 sudu teh serbuk lada hitam.
• Parsely, Origano, Rosemary dan Thyme.
• Serbuk lada hitam.
• Mozarela Cheese.
• Cooking Cream.
• 2 biji telor.
• Tepung jagung.
• Perasa Sedap Knorr.

Cara Membuat Bebola Daging :
• Sediakan mangkuk kaserol yang

stardard saiznya.
• Masukkan daging cincang/roti / bawang goreng / mixed herbs /

karot dan gaul hingga sebati. Pastikan daging cincang tidak terlalu
berlemak.
• Gaul hingga sebati dan melekat.
• Masukkan telor / cooking cream / Sedap Knorr / tepung jagung. Gaul dan
gaul hingga ramuan tidak melekat dijari.
• Bentukkan ramuan menjadi bebola ( saiz standard ).
• Panaskan kuali ( non stick ).
• Susun bebola di atas kuali , masak sehingga separuh masa ( berminyak ).
• Panaskan oven bersuhu 180°C.
• Susun bebola separuh masak tadi dan masak menggunakan oven
selama 20 minit ( tertakluk pada warna bebola tersebut - jangan terlalu
kering / terlalu hanggus ).
Cara Membuat Mushroom Gravy :
• Panaskan butter.
• Masukkan cendawan/kacau hingga layu.
• Masukkan bawang putih / lada hitam.
• Kacau dan kacau sehingga sebati-jangan terlalu kering.
• Masukkan tepung gandum .
• Dan akhir sekali stok rebusan daging dan perasa.
• Kacau sampai pekat.
( Hidang Meatball bersama Mushroom Gravy dan sesuai dimakan
bersama kentang putar dan juga coleslaw )

13

Shepherd Pie Daging TPM

Bahan-bahan :
• 400 gm daging cincang ( daging Ramly )
• 2 biji bawang holand ( cincang halus )
• Origano
• Rosemary
• Pasley
• Minyak zaitun
• 2 kilo kentang ( rebus dan lenyek )
• 3 sudu besar tomato puri
• Butter
• Setengah cawan Susu Full Cream

atau Cooking Cream
• Mozarela Cheese
• Parmesan Cheese
• Garam.
• Perasa Sedap Knorr.
• Mixed Vege.
• Daun sop.
Cara Membuat :
• Rebus ubi kentang dan lenyekkan ( mash ).
• Ubi kentang yang sudah dilenyek campurkan dengan herba-herba 3

serangkai/susu/Mozarela Cheese / butter /perasa dan gaul hingga
sebati.
• Panaskankan kuali.
• Guna minyak zaitun untuk menumis bawang holand dan daging
cincang sehingga sebati.Guna api yang perlahan.
• Masukkan mixed vege / garam / sos Prego / Sedap Knorr / daun sop
 Jangan masak terlalu lama kerana semua bahan-bahan itu akan
dimasak menggunakan oven ( suhu 180°C ).
Susunan Ramuan Sebelum Dibakar :
• Guna bekas kaserol yang tahan haba.
• Sapukan sedikit butter dipermukaan bawah kaserol.
• Lapisan paling bawah kentang lenyek ( jangan tebal sangat ).
• Lapisan kedua daging cincang dan cheese.
• Lapisan ketiga kentang .
• Lapisan keempat daging dan cheese.
• Lapisan paling atas kentang. Garis-gariskan permukaan atas
dengan garfu kemudian tabur Mozarela Cheese dan
Parmesan Cheese / herb 3 serangkai.
 Bakar dibawah suhu 180-200° C selama 30 minit.
 Sentiasa memerhatikan bahan tersebut.

14

Bubur Ayam Limbungan

Bahan-bahan :
• 3 pot beras ( tanak / masak dalam HP Noxxa )
• 7 ulas bawang kecil ( mayang )
• 3 inci halia ( hiris halus )
• Rempah sop / rempah kurma
• Daun sop ( mayang )
• Daun bawang ( mayang )
• Bawang goreng
• Isi ayam / tulang ( isi disiat )
• Minyak bijan
• Perasa Sedap Knorr
Cara Membuat :
• Masak nasi dalam kuantiti lebihan air 3 kali ganda

dalam periuk Noxxa menggunakan mod HP+ tulang
ayam + isi ayam.
• Sediakan kuali panaskan minyak,tumis bawang /
halia / rempah sop & rempah kurma / sedikit lada
hitam + sedikit air.
• Jangan sampai kering kerana akan memberi kesan
pada bubur nanti.
• Apabila nasi telah bertukar menjadi bubur, masukkan
bahan tumisan ke dalam periuk + santan.Guna mod
biasa.
• Keluarkan isi ayam untuk disiat-siat sebagai
sampingan.
• Perasakan bubur dengan Sedap Knorr.
• Titik minyak bijan.
( semasa mengidang, tabur ayam + cili potong / daun sop / daun
bawang )
• Sebagai tambahan boleh dimakan bersama
sambal ikan bilis / telur asin.

15

Nasi Kerabu Bukit Rambai

Bahan untuk Masak Nasi : keping.

• 1 kg beras dan air secukupnya
• Bunga telang dikisar dengan sedikit air tapis,

boleh guna pewarna biru
• Tanak seperti biasa
Untuk Tumisan Budu :
• 5 ulas bawang putih
• 6 ulas bawang merah
• 1 labu bawang besar
• 1 inci halia
• 2-4 batang serai
• 5 tangkai cili kering

( Kisar semua bahan tumisan )
• 1 cawan santan pekat
• 1 botol kecil budu
• 1 keping manisan ( gula melaka pun boleh )
• 2 keping asam keping

( tumis bahan kisar smpai masak )
• Masuk budu dulu baru masukkan santan,manisan dan asam
• Masukkan garam, 1 sudu gula dan perasa SEDAP Knorrs
• Kacau smpai kuah pekat.
Serunding Ikan :
• ½ kg ikan selayang direbus terlebih dahulu.
• Sejukkan kemudian buang tulang.
• Masukkan isi ikan tadi dalam kuali tanpa minyak
• Kemudian masukkan serai yang dihiris halus dan

sedikit gula.
• Sangai sampai kering.
Ulam-ulaman :
• Bunga kantan ( mayang )
• kobis ( hiris halus )
• daun selom ( mayang )
• daun kesum ( mayang )
• Taugeh ( boleh ditambah dengan apa jua jenis ulaman ikut citarasa )
Pelengkap Nasi Kerabu :
• Ayam bakar/ goreng.
• Keropok keping.
• Solok lada.
• Telur masin.
• Sambal cili padi ala thai.

16

Nasi Minyak Daging Beriani Cheng

Bahan-bahan :
• 3 cawan beras Basmathi.
• ½ cawan margerin/planta.
• 3 ½ cawan air.
• 1 cawan susu cair.
• 2 kuntum bunga lawang.
• 2 batang kulit kayu manis.
• 3 biji buah pelaga.
• 2 helai daun pandan.
• garam secukupnya.
• Perasa Sedap Knorr.
• Pewarna kuning.
Bahan Kisar :
• 6 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 1 cm halia
Cara Penyediaan Nasi Minyak :
• Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
• Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun

pandan sehingga naik bau. (Jika daging beriani telah masak,
minyak daripada daging tersebut diambil untuk campuran dalam nasi ).
• Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga
serbuk Perasa Sedap Knorr.
• Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning.
Gaulkan secara tidak sekata. Tutup dan biarkan seketika.
• Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan
setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan.
( Penggunaan periuk nasi eletrik/ Noxxa akan lebih memudahkan
masakan kita )

... Bersambung

17

Nasi Minyak Daging Beriani Cheng

Bahan-bahan Daging Beriani :
• 1 kilo daging ( rebus hingga lembut ).
• ½ cawan minyak.
• 1 cawan air.
• 130gm rempah Beriani.
• 2 tangkai daun ketumbar.
• Sedikit garam
• 2 biji kentang dipotong 4
• Sedikit susu cair ( agak-agak )
• 2 sudu cili kisar
• Bawang goreng ( lagi banyak lagi sedap )
Bahan Kisar :
• 7 biji bawang merah.
• 5 ulas bawang putih.
• 3 labu bawang besar.
• 1 ½ cm halia.
• Daun sop/ bawang.
• Sebiji tomato.
• 2 biji cili hijau.

Cara Membuat :
• Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan

masukkan rempah beriani dan cili kisar.
• Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah

dipotong bersama kentang. Tambahkan air garam
dan perasa. Masukkan bawang goreng.
• Masak sehingga pekat.

Nasi Arab Bukit Beruang

Bahan-bahan untuk Ayam dan Nasi :
• 1 kg beras Basmati ( basuh dan toskan ).
• 1.5 liter air ( untuk air rebusan ayam ).
• 2 ekor ayam ( potong 4 ).
• 3 sudu besar minyak.
• 5 sudu besar minyak sapi.
• 2 sudu besar serbuk jintan manis.
• 1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air).
• Pewarna kuning.
• Bawang goreng.
• Garam / Perasa Sedap Knorr dan gula secukup rasa.
• 2 labu bawang besar saiz kecil ( potong bulat ).
• 1 biji tomato saiz kecil yang masak ( potong dadu ).
Bahan-bahan Tumis :
• 5 ulas bawang merah ( kisar/mayang )
• 3 ulas bawang putih ( mayang )
• 3 cm halia
• 2 inci kulit kayu manis
• 3 kuntum bunga lawang
• 5 kuntum bunga cengkih
• 3 biji buah pelaga
• 2 sudu kecil jintan manis
• 1 sudu kecil jintan putih
( Tumis semua bahan-bahan sampai garing )
Bahan-bahan untuk Sos :
• Buah tomato masak
• Cili merah
• Bawah putih
• Air
• Garam
• Gula
• Daun pudina
• Daun ketumbar
( Kisar semua )
... Bersambung

18

Nasi Arab Bukit Beruang

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam :
• Sediakan air dalam periuk dan direbus terlebih dahulu sampai

memdidih pastu boleh masuk ayam. Sukatan air bergantung
kepada jenis beras yang digunakan sebab nanti air ini akan
digunakan untuk memasak nasi.
• Letak bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
• Masukkan bahan-bahan tumisan & serbuk jintan ke dalam periuk
ayam juga. perasakan dengan garam dan gula.
• Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air
rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut
dalam ½ jam dengan api yg sederhana.
• Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun
ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
Cara-cara untuk Menyediakan Nasi :
• Cuci beras sampai bersih.
• Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan
masak seperti nasi biasa. ( Guna periuk noxxa / rice cooker lebih
mudah )
• Taburkan bawang goreng, kalau ada kacang peas dan kismis
boleh letak semasa nasi masak untuk menambah sedap
• Masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau dengan rata .
• Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi
dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir
masak. ( Periuk noxxa lebih mudah )
• Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
• Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan sedia
untuk dihidang.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam :
• Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah
bercampur dengan pewarna kuning.
• Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian
bawah ayam.
 Bakar sekejap dalam oven atau di atas kuali ajaib
( pan ) supaya ayam garing.

Nasi Minyak Lendu Hilir

Bahan-bahan :
• 3 pot beras Basmathi.
• 5 pot air ( 1 pot diguna untuk kisar dengan bawang goreng ).
• 2 sudu makan planta ( minyak sapi pun boleh ).
• Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga ( 3 serangkai ).
• 1 bunjut rempah sup Adabi.
• 1 genggam bawang goreng ( mesin dengan air ).
• 1 sudu makan kismis.
• Garam dan Perasa Sedap Knorr .
• 1 biji bawang besar ( kisar ).
• 3 ulas bawang putih ( kisar ).
• 1/2 inci halia ( kisar ).
Cara Membuat :
• Panaskan rice cooker.
• Masukkan planta/minyak sapi
• Tumis rempah 3 serangkai
• Masukkan bahan yang dikisar ( bawang )
• Masukkan rempah sup bunjut
• Masukkan kismis,garam n perasa
• Masukkan bawang goreng yang dah di kisar dengan 1 pot air
• Masukkan beras
• Akhir skali masukkan lagi 4 pot air.
• Tutup periuk dan biar hingga masak
• Bila dah masak, kaiskan dengan garfu

(untuk elakkan nasi jadi patah )

19

Lemak Cili Api Tulang Rebung

Air Paabas

Bahan-bahan :
• Tulang selangka

( rebus menggunakan HP Noxxa ).
• Rebung madu .
• 2 biji Bawang holland ( kisar ).
• Setengah cawan Cili padi ( kisar ).
• 3 inci Kunyit.
• 3 inci Halia.
• 4 batang Serai ( titik ).
• 2 biji Santan.
• Garam.
• Perasa SedapKnorr.
• 3 helai Daun kunyit ( mayang halus ).
• 2 ulas Asam keping.

Cara Membuat :
• Tulang direbus menggunakan mod tekanan tinggi

periuk noxxa ( selama 10 minit ).
• Keluarkan semua selangka dan bubuh dalam periuk

yang agak besar supaya mudah untuk mengacau.
• Masukkan kesemua bahan yang dikisar.
• Nyalakan api biarkan bahan-bahan tersebut mesra.
• Tuangkan santan cair / perasa / garam/ serai dan

asam keping.
• Masukkan santan pekat + rebung.
• Kacau sehingga pecah minyak lebih kurang 20 minit.

20

Sup Mamak Kampung Jawa

Bahan-bahan :
• Seekor ayam ( dipotong 14 ).
• 3 sudu besar rempah sup.
• 2 sudu besar rempah kurma.
• 1 sudu besar serbuk kunyit.
• 1 sudu besar lada hitam tumbuk.
• 2 ulas bawang merah.
• 4 ulas bawang putih.
• 3 biji ubi kentang.
• 2 inci halia.
• 4 biji buah pelaga.
• 2 biji bunga lawang.
• Kulit kayu manis.
• 3 tangkai akar ketumbar .
Cara Membuat :
• Kisar semua bahan-bahan + rempah kurma /sup + serbuk

kunyit.
• Tumis hingga naik bau, masukkan ayam.
• Masukkan bunga lawang / buah pelanga /kulit kayu

manis/kentang /karot & air.
• Bila semua empuk, masukkan tepung gandum yg dilarut

dengan sedikit air. Tambah tepung gandum mengikut
kepekatan citarasa.
• Perasakan dengan Perasa Sedap Knorr.
• Garam.
• Cili ( tumbuk separa hancur ikut citarasa).
.
Bahan Pelengkap :
• Daun ketumbar/ daun sup/ daun bawang.
 Bawang goreng.
( Enak dimakan dengan Roti Perancis )

21

Singgang Daging Padang Temu

Bahan-bahan :
• 500 gm daging pejal ( potong kecil ).
• 8 ulas bawang merah ( hiris )
• 8 ulas bawang putih ( hiris ).
• 3 inci halia ( hiris ).
• 2 inci kunyit hidup

( kunyit bukan keperluan- ikut citarasa ).
• 3 inci lengkuas ( ketuk ).
• Asam keping.
• Serai ( ketuk ).
• Lada kering ( gunting kecil ).
• Garam.
• Perasa Sedap Knorr.
• Cili padi.

Cara Membuat :
• Basuh daging dan potong ikut saiz hendak masak rendang
• Masukkan kedalam periuk ( paras ½ ).
• Masukkan kesemua bahan irisan/ bawang merah / bawang

putih / halia / lengkuas / kunyit ( ikut citarasa ).
• Didihkan dan masukkan daging dan serai.
• Serai dan asam keping dimasuk bersama.
• Perasakan dengan garam dan Sedap Knorr.
• Masukkan lada kering yang dipotong dan cili padi.
• Sedia untuk dihidang bersama dengan nasi yang

panas / sambal belacan / budu.

22

Gulai Daging Bukit Darat

Bahan-bahan :
• 200 gm Daging lembu segar ( + lemak )
• 7 ulas Bawang Merah ( kisar )
• 4 ulas Bawang Puteh ( kisar )
• 1 cm Kunyit hidup ( kisar )
• 1 cm Lengkuas ( kisar )
• 1 cm Halia ( kisar )
• 2 suduteh ketumbar ( tumbuk )
• 2 tangkai Cili Kering ( tumbuk )
• 2 Cawan Santan
• 1 sudu besar kerisik
• 2 keping asam keping
• Garam
• Serbuk Perasa Sedap Knorr
• Cili Hijau ( menambah pedas )
Cara Membuat :
• Kisar/tumbuk semua herba
• Gaulkan bahan kisar/tumbuk bersama daging sehingga daging

kecut ( api sederhana )
• Kemudian masukkan santan,garam,serbuk perasa dan asam

keping.
• Akhir sekali masukkan kerisik dan cili hijau
• Masak sampai terbit minyak.

23

Masak Lada Tetel Tehel

Bahan-bahan :
• 500 gm daging tetel ( lemak ).
• 250 gm cili kering ( kisar ).
• 10 ulas bawang merah ( kisar ).
• 10 ulas bawang putih ( kisar ).
• 5 sudu besar serbuk kari daging /

1 sudu besar lada hitam ( tumbuk ).
• 3 inci halia ( kisar ).
• 4 inci lengkuas ( ketuk ).
• 1 sudu teh halba.
• 3 inci kunyit ( kisar ).
• 3 batang serai ( ketuk ).
• Daun limau purut.
• Air asam jawa.
• Belacan.
• Kerisik.
• Perasa Sedap Knorr.
• Minyak.
• Garam.
Cara Membuat :
• Bersihkan daging tetel dan rebus menggunakan periuk tekanan

tinggi ( Noxxa ).
• Panaskan minyak masukkan halba / semua bahan kisar.

Tumis sehingga kekuningan.
• Masukkan cili kisar. Kacau sehingga berubah warna bahan /

campurkan bersama serbuk kari daging / kacau
sampai naik minyak.
• Masukkan serai.
• Setelah bahan garing / masukkan daging tetel yang
sudah dilembutkan bersama sedikit air rebusan.
• Tunggu hingga mendidih / masukkan air asam jawa
bersama belacan.
• Perasakan dengan garam dan Sedap Knorr.
• Letakkan kerisik dan daun limau purut.
• Perlahankan api dah tutup periuk.
• Hidangan sedia untuk dihidang.
( Sedap dihidang bersama nasi putih / sayur kobis goreng /
ikan masin @ telur masin )

24

Ayam Bakar Kandang

Bahan-bahan :
• 1 ekor ayam ( belah 4 ).
• 3 biji Bawang besar ( kisar ).
• 10 ulas Bawang putih ( kisar ).
• Kicap manis.
• Sos tiram.
• Sos lada hitam.
• Mix Herbs ( boleh didapati disupermart ).
• Lada hitam ( tumbuk ).
• Garam.
• Perasa Sedap Knorr.
• 4 biji Kentang ( rebus ).
• Sebatang Karot

( potong dadu sederhana saiz ).
• 2 biji lemon ( potong nipis ).
• 1 biji capsicum.
Cara Membuat :
• Basuh ayam bersih.
• Gaulkan / sebatikan semua bahan yang kisar bersama kicap

manis/sos tiram/sos lada hitam / sos BBQ ( kalau suka )/ Perasa
Sedap Knorr / mix herbs.
• Biarkan semalaman.
• Susun kentang / lemon / capsicum dan karot atas dulang
pembakar / letakkan ayam
• Bakar pada suhu oven 180° C - 200° C guna api atas
dan bawah
• Selepas 45 minit , keluarkan ayam itu tadi dan
sapukan sedikit mentega pada ayam berkenaan
• Bakar semula lebih kurang 30 minit.
• PERINGATAN : sentiasa tengok supaya ayam tidak
terlalu masak kering.
• Selepas 45 minit seeloknya guna api bawah sahaja.

25

Ayam Tandoori Kota Laksamana

Bahan-bahan :
• Daging ayam yang perlu ialah 4 bahagian peha penuh.
• Basuh dan buang kulitnya.
• Kelar dengan pisau yang tajam 3-4 pada daging yang tebal.
Untuk Pemerapan ( marinate ) :
• 1 tsp serbuk cili.
• Sedikit garam ( ¼ tsp ).
• 1 sudu perahan air lemon
• Gaulkan semua bahan di atas dan sapu di dalam kelaran-kelaran daging

ayam, supaya pemerapan akan berlaku lebih pada isi daging ayam.
Bahan-bahan Pemerapan Utama :
• 6 tsp Yogurt Asli ( Nestle )
• Guna Yogurt yang pekat supaya campuran ini tidak berair.
• Biasanya 1 sudu teh untuk satu peha ayam.
• 2 sudu teh campuran pes halia bawang putih.

( 5 ulas bawang putih dan 3 cm halia ditumbuk
lumat atau dikisar).
• 2 sudu teh serbuk cili atau mengikut citarasa.
• ½ sudu teh garam masala
( boleh diganti dengan rempah kari )
• 1 sudu teh serbuk ketumbar
• ½ sudu teh serbuk lada hitam.
• ¼ sudu teh serbuk kunyit.
• 1 sudu sudu teh pewarna merah.
Cara Membuat :
• Campurkan semua bahan-bahan di atas. Campuran perlu pekat sedikit.
JANGAN TAMBAH AIR.
• Selepas sebatikan dengan daging ayam. Masukan sedikit
minyak masak. 2 sudu teh mencukupi.
• Peramkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum
mula membakar.
• Oleh kerana kita tidak mempunyai dapur khas untuk
membakar maka memadailah dengan bakar dalam oven.
• Bakar selama 25-35 minit dibawah suhu 230 C.
• selepas 20 minit pertama periksa ketulan ayam dan sapukan
sedikit minyak di atas permukaan ayam tadi untuk
glaze ( kilatkan ).
• Masa masak terpulang pada saiz maka awas jangan
sampai hangus.
• Sekiranya anda punyai grill di rumah ayam yang telah
masak di ketuhar/oven boleh dipindahkan kepada grill
untuk mendapatkan rupa pembakaran permukaan daging
ayam yang cantik.

26

Ayam Goreng Mamak Hang Tuah Mall

Bahan-bahan :
• 1 ekor ayam.
• 6 sudu makan tepung jagung.
• 6 sudu makan tepung beras.
• 3 tangkai daun kari.
Bahan untuk Dikisar :
• 8 ulas bawang putih.
• 3 inci halia.
• 6 tangkai cili kering.
• 3 sudu makan rempah kari ayam .
• 1 biji telur.
• Garam secukup rasa.
• 1 sudu makan serbuk lada sulah.
• 3 sudu besar Perasa Sedap Knorr.

Cara Membuat :
• Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras

dan daun kari selama 1 jam.( Lebih lama lagi sedap )
• Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.

( api dapur dikawal )

27

Kerabu Perut Bukit Baru

Bahan-bahan :
• 400 gm perut muda ( kitab ) siap dibersih.
• 10 ulas bawang merah ( mayang halus ).
• 5 ulas bawang putih ( mayang halus ).
• 10 tangkai cili padi ( mayang kasar ).
• 1 tangkai Bungan kantan ( mayang ).
• Daun kesum ( mayang ).
• 3 batang serai ( ketuk dan mayang ).
• Daun limau purut ( mayang ).
• Tomato ( hiris halus ).
• Daun ketumbar ( siat-siat ).
• Sos ikan.
• Sos tiram.
• Perasa Sedap Knorr.
• Garam.
• Gula.
• Santan pekat + air suam.
• Air limau kasturi.
Cara Membuat :
• Perut dicelur / rebus dalam air yang mendidih hingga lembut
• Potong perut lembut itu tadi ( ikut kesesuaian ).
• Masukkan kedalam bekas yang besar
• Masukkan kesemua bahan/ sos ikan / sos tiram /

tomato/ perasa / garam / gula
• Campur dan gaulkan dengan santan pekat + air suam

( jangan terlalu cair ).
• Tabur daun limau murut dan daun ketumbar.
• Sedia untuk hidangan.

28

Kerabu Mangga Tenggiri Pantai Siring

Bahan-bahan :
• Mangga muda ( sagat halus ).
• Ikan Masin jeruk tenggiri ( siap digoreng ).
• Bawang merah ( mayang ).
• Bawang putih ( mayang ).
• Halia muda ( mayang halus ).
• Bunga kantan ( mayang halus ).
• Tomato ( hiris halus ).
• Sos ikan.
• Perasa Sedap Knorr.
• Gula.
• Garam.
• Cili padi ( mayang halus ).
• Asam limau kasturi ( ambil airnya ).
• Serai ( ketuk & mayang halus ).
• Daun limau purut ( mayang ).
• Kacang tumbuk / bijan.
Cara Membuat :
• Mangga muda disagat halus / bubuh dalam satu bekas besar.
• Masukkan kesemua bahan / gaul hingga sebati.
• Masukkan sos ikan / gula / air limau / daun limau .

purut ,perasa, gaul hingga benar-benar sebati.
• Masukkan ikan tinggiri jeruk masin dan cili padi serta

kacang tumbuk.
• Ikan tenggiri itu samada henda dihancurkan atau

gaul separuh hancur.
• Sedia untuk dihidangkkan dengan nasi yang panas.
• Boleh disimpan didalam botol untuk hidangan

seterusnya.

29

Kerabu Sotong Ala Thai Malim

Bahan- bahan :
• ½ Kilo sotong bersaiz besar
• 1 batang serai (ketuk dan hiris halus )
• 5 biji cili api merah ( mayang halus )
• 1 biji bawang merah

( mayang sederhana )
• 1 biji tomato ( hiris kasar )
• 2 biji limau nipis
• Sos ikan ( mesti ada)
• Daun ketumbar

( sedikit ikut citarasa )
• Bunga kantan ( jika perlu )
• Daun kesum ( jika perlu )
• Daun limau purut ( hiris halus )
Cara Membuat :
• Siang sotong sampai bersih.
• Potong sotong ikut kesesuaian
• Didihkan air.
• Celurkan sotong kacau sekejap lebih kurang 4minit
• Angkat sotong itu tadi dan masukkan ke dalam mangkuk besar

( mudah untuk digaul )
• Masukkan ke semua bahan-bahan yang sudah dipotong

halus tadi kedalam sotong yang dicelur.
• Masukkan sedikit sos ikan ( sos ikan ini masin )
• Masukkan garam /gula dan gaul sebati.
• Perahkan air limau ( ikut citarasa )
• Daun ketumbar patah-patahkan sahaja letak sedikit

ke dalam sotong yang sudah siap digaul begitu juga
dengan hirisan halus bunga kantan/daun kesom
dan daun limau purut.

30

Sayur Lodeh Bukit Cina

Bahan-bahan :
• Kacang panjang ( hiris serong ).
• Sengkuang ( hiris memanjang ).
• Kobis bunga.
• Keledek ( direbus ).
• Karot ( hiris ikut citarasa ).
• Tempe ( goreng + potong kiub ).
• Tauhu ( goreng + potong ).
• Tauhu kering ( rendam ).
• Sohon ( rendam ).
• 300gm Udang segar ( saiz kecil - buang

kulit ).
• 100gm Udang kering ( tumbuk ).
• 6 ulas Bawang merah ( tumbuk ).
• 5 ulas Bawang putih ( tumbuk ).
• Santan ( pekat + air ).
• Garam.
• Perasa Sedap Knorr.
Cara Membuat :
• Masukkan santan / bahan-bahan kisar / udang kering kedalam

periuk + air
• Nyalakan api dan didihkan bahan tersebut
• Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah
• Masukkan ubi keledek / sengkuang / karot
• Sentiasa kacau / perlahankan api
• Masukkan sohon / tauhu kering / garam / perasa
• Masukkan kesemua sayuran + tauhu & tempe
• Perlahankan api hingga kuah agak memekat.
( enak dimakan bersama nasi impit / kuah kacang /
sambal udang )

31

Pecal Telok Mas

Bahan-bahan untuk Kuah :
• Kacang tanah ( goreng & kisar )
• 8 ulas bawang merah
• 6 ulas bawang putih
• 6 tangkai cili padi ( boleh tambah )
• 4 tangkai cili merah
• 2 inci halia
• 2 inci belacan
• Isi cekur
• 300gm gula melaka
• Gula ( ikut citarasa )
• Garam
• Air limau kasturi
• Air asam jawa ( ikut citarasa )
• Minyak
Cara Membuat Kuah :
• Kacang dikisar ( jangan terlalu hancur
• Panaskan minyak
• Masukkan bawang/cili api / cili merah / halia / isi cekur /

belacan / gula melaka
• Goreng sehingga kesemua ramuan layu
• Sejukkan ramuan tersebut
• Kisar kesemua ramuan sehingga halus
• Gaulkan ramuan kedalam mangkuk yang besar bersama

kacang kisar
• Masukkan air asam yang dibancuh dengan air suam
• Perasakan dengan gula / Perasa Sedap Knorr
• Akhir sekali gaul sebati dan perahkan limau kasturi
Ulam-Ulaman :
• Kacang panjang ( celur & rendam dalam ais untuk kekal hijau )
• Pucuk ubi, kobis, kangkung, taugeh ( celur )
• Sengkuang
• Timun
• Ubi kentang ( rebus )
• Tempe ( goreng )
• Tauhu ( goreng )
• Telur rebus

32

Kuetiau Seafood Crystal Bay

Bahan-bahan :
• 1 peket kuetiau ( lerai-lerai sebelum digoreng ).
• 200gm udang dibersihkan.
• 1 cekak kucai ( cuci bersih ).
• 100grm taugeh.
• 3 ulas bawang putih.
• 2 biji bawang merah.
• 2 biji telur.
• 2 sudu besar cili kisar.
• 3 sudu besar sos tiram.
• 2 sudu besar kicap manis.
• 2 sudu besar kicap cair.
• Sedikit minyak bijan ( ikut citarasa ).
Cara Membuat :
• Kesemua bawang ditumbuk lumat.
• Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan

cili kisar dan biar sampai cili cukup masak.
• Masukkan udang/kerang/sotong .
• kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi

sekata.
• Masukkan sos tiram, sos cili, kicap cair dan kicap manis dan gaul.
• Masukkan kucai .
• masukkan semua kuetiau.
• Kacau semua bahan sehingga rata dan mesra.
• Masukkan taugeh gaul sehingga rata.
• Tips:Gunakan api yang agak besar agar cepat masak

kerana kuetiau akan hancur kalau dibiar lama.
• Enak dihidangkan bersama cili hijau yang telah dijeruk

( ikut citarasa )

33

Kuetiau Kungfu Ujung Pasir

Bahan-bahan :
• Sekeping isi ayam tanpa tulang.
• 5 ekor udang saiz sederhana ( buang kulit ).
• 2 ekor sotong ( bersih jadi putih/dikelar ).
• Sayur pakchoy.
• 4 batang baby corn.
• Kobis bunga.
• Carrot.
• Tomato.
• Capsicum.
• Sweet peas.
• 5 ulas bawang putih.
• 2 sudu besar sos tiram
• Perasa Sedap Knorr.
• 1 sudu teh serbuk lada sulah.
• 1 sudu teh tepung jagung.
Cara Membuat :
• Tumiskan bawang putih yang telah dicincang.
• Masukkan sos tiram.
• Masukkan perasa Sedap Knorr.
• Masukkan sedikit air ( ikut citarasa ).
• Masukkan ayam, carrot, baby corn.
• Masukkan udang, sotong, kobis bunga pakchoy

dan capsicum.
• Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan tepung

jagung yang sudah dibancuh dengan air.
• Masukkan garam dan lada sulah.
• Pecahkan 3 biji telur, pukul telur letak sedikit lada sulah.
• Gaulkan dengan kuetiau , goreng seperti mendadar telur.

( guna kuali yang berasingan )
• Curahkan bahan-bahan tumisan utama keatas

kuetiau bersalut telur itu.
• Sedia untuk dinikmati.

34

Kuetiau Ladna Paya Rumput

Bahan-bahan :
• 2 paket kuetiau ( leraikan ).
• 2 sudu sos tiram.
• ½ cawan kicap lemak manis.
• 1 sudu sos ikan.
• Sedikit air.
• Perasa Sedap Knorr.
Bahan Kuah :
• 6 ulas bawang putih ( cincang halus ).

Sedikit minyak untuk menumis.
• 1 cawan isi ayam hiris.
• 1 cawan daging ( dah direbus empuk dan hiris ).
• 1 paket serbuk sup.
• Air secukupnya ( dalam 3 ke 4 cawan ).
• 2 biji telur.
• 2 sudu sos ikan.
• Perasa Sedap Knorr.
• 1 biji limau nipis ( ambil jus sahaja ).
• Sayuran pilihan/ikut hidangan (cendawan hitam yang direndam sampai

kembang dan digunting, kailan, kobis bunga, carrot, baby corn dan capsicum ).
• 3 ke 4 sudu tepung jagung bancuh dengan ½ cawan air.
Cara Penyediaan Kuetiau :
• Panaskan kuali, masukkan semua kuetiau.
• Masukkan kicap, sos tiram , sos ikan ,dan tuangkan ke dalam kuetiau.
• Kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak.
• Tutup api dan angkat.
Cara Penyediaan Kuah :
• Panaskan minyak.
• Tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
• Masukkan ayam dan daging. Kacau.
• Masukkan air. Tambah serbuk sup, carrot dan batang kailan.
• Perasakan dengan sos ikan , perasa Sedap Knorr , kacau dan

biar mendidih.
• Masukkan cendawan hitam. Kacau.
• Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan

kobis bunga/capsicum yang dipotong.
• Tambahkan telur. Kacau perlahan.
 Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat

dan mendidih.
• Tutup api.
• Tuang kuah atas kuetiau.
 Makan dengan cili merah /padi potong dan sos ikan/

kicap cair/sedikit cuka

35

Mi Goreng Mamak Panggung Lido

Bahan-bahan :
• 500gm mi kuning ( 1 bungkus ).
• Udang sederhana ( buang kulit ).

boleh diganti dengan isi ayam/daging ( ikut citarasa ).
• Bawang putih ( hiris/tumbuk ).
• Bawang merah ( hiris/tumbuk ).
• Kicap cair dan pekat.
• Sos cili.
• Sos tiram.
• Cili Kisar.
• 2 keping tauhu ( digoreng dahulu ).
• Kentang ( potong dadu dan goreng ).
• Taugeh ( ikut hidangan ).
• Daun Kubis ( ikut hidangan ).
• 2 biji tomato saiz sederhana.
• 3 biji telur ( pecah dan kacau ).
• 2 keping fish cake ( hiris ) #ikut citarasa.
• 2 biji cili ( hiris ) #jika perlu.
• Serbuk Perasa Sedap Knorr ,
Cara Membuat :
• Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga

naik minyak ( api sederhana )
• Tambah sos cili dan sos tiram, kicap pekat dan biarkan

masak sekejap.
• Masukkan udang, fish cake, tauhu, kentang dan

daun kubis. Asingkan bahan-bahan itu ke tepi kuali .
• Masukkan telur yang dikacau dan gaul sehingga telur

masak sedikit dan kemudian masukkan mi gaul
hingga sebati.
• Akhir sekali masukkan tomato,taugeh dan cili merah..
• Perasakan dengan serbuk perasa dan kicap2d.
cair jika perlu.
• Hidang bersama perahan limau kasturi.

36

Char Kuetiau Batang Tiga

Bahan Kuah Kicap :
• 1 ½ senduk kicap pekat.
• 1 Senduk sos cili.
• 1 Senduk sos tiram.
• 1500 ml air udang .

( goreng kulit/kepala udan+air )
• 3 sudu gula.
• 4 sudu garam.
• Perasa Sedap Knorr.
• Masak hingga mendidih.
Bahan Untuk Menumis :
• 1 biji bawang holland ( kisar ).
• 3 sudu besar cili kering kisar.
• 3 - 4 ekor udang.
• Kerang ( ikut selera ).
• 300 gm Kuetiau.
• Kucai di potong ( 2 inci ).
• Taugeh.
• Sebiji telur ( ikut selera ).
Cara Mengoreng :
• Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu minyak masak.
• Masukkan udang masak api besar sampai garing.
• Masukkan 1 sudu besar bawang dan 1 sudu

besar cili kisar
• Masukkan 4 senduk kuah kicap, apabila kuah

mendidih masukkan kuetiau, kucai dan taugeh.
• Pecahkn telur kacau hingga sebati ( mesra)
• Biar berkuah ( kuah banjir )
Bahan Cili Jeruk :
• Lada hijau hiris.
• 3 sudu gula.
• 1 sudu garam.
• 1 botol cuka masak .
• 1 cawan air panas.

37

Gelama Masin Kampung Duyung

Bahan-bahan :
• 3 ekor ikan gelama masin ( jeruk ).
• 8 ulas bawang merah.
• 3 inci halia muda.
• 10 tangkai cili padi.
• Limau kasturi.
• ½ senduk kecil minyak untuk menggoreng .

Cara Membuat :
• Panaskan minyak.
• Ikan gelama dicuci dan digoreng.
• Ikan gelama diangkat dan hidang atas piring.
• Bahan-bahan lain bawang / halia digoreng menggunakan .

minyak yang sama hingga layu kekuningan.
• Taburkan bahan- bahan gorengan itu keatas ikan gelama.
• Taburkan cili padi yang telah diracik halus.
• Perahkan asam limau kasturi.
( Sesuai juga untuk ikan terubuk masin dan tenggiri jeruk masin )

38

Ikan Percik Bakar Seri Pengkalan

Bahan-bahan :
• Ikan Kembung.
• Serbuk kunyit.
• Garam.
Cara Menyediakan Ikan untuk Dibakar :
• Ikan yang sudah dibersihkan hanya

dilumur dengan kunyit dan garam
sahaja.
• Bakar ikan diatas bara kayu arang
• Alternatif lain boleh guna kuali
non stik atau oven
Bahan-bahan untuk Kuah Percik :
• Bawang merah.
• Bawang putih.
• Halia.
• Cili kering.
• Ketumbar.
• Jintan manis.
• Jintan kasar.
• Perasa Sedap Knorr.
• Asam keping.
• Garam.
• Santan.
• Serai.
Cara-cara Menyediakan Kuah Percik :
• Masukkan santan ke dalam periuk dan didihkan / api perlahan.
• Bubuh semua bahan-bahan rempah ratus / bawang / halia /
serai / asam keping/ perasa/garam.
• Masukkan 1 sudu besar tepung jagung. Kacau dan kacau hingga
ramuan menjadi pekat.
 Lumurkan pada ikan panggang dan bakar semula atas dapur.
Bau asap akan lebih menyedapkan makanan.
( Selain ikan, ayam /sotong / udang boleh juga digunakan dengan
resipi yang sama )

39

Pindang Serani Kampung Portugis

Bahan-bahan :
• Ikan kembung

( ikut citarasa- boleh guna apa jua jenis
ikan yang sesuai dengan selera ).
• Bawang merah ( kisar ).
• Bawang putih ( kisar ).
• Halia ( kisar ).
• Lengkuas ( ketuk ).
• Cili merah ( kisar ).
• Cili api ( kisar ).
• Lada hitam ( tumbuk ).
• Serai ( ketuk ).
• Kunyit hidup ( kisar ).
• Air asam jawa .
• Asam keping.
• Belacan.
• Bendir.
• Tomato.
• Minyak untuk menumis.
Cara Membuat :
• Panaskan minyak , tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga
naik bau.
• Masukkan asam keping dan air asam jawa / air belacan.
• Masak hingga mendidih.
• Masukkan serai .
• Masukkan ikan / bendir / tomato .
• Sebelum api ditutup campurkan sedikit cili hijau/
cili merah.

40

Sambal Bilis Paya Dalam

Bahan-bahan :
• Segenggam ikan bilis.
• 10-15 biji cili padi kampung.
• 3 biji cili merah ( di potong-potong sebelum digoreng )
• 1 biji bawang merah ( dihiris )
• 3 ulas bawang putih ( dihiris )
• 1 inci belacan
• Minyak untuk menggoreng
• Garam/Perasa Sedap Knorr
• Sedikit gula
• Limau kasturi ( ikut citarasa )

Cara Membuat :
• Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga

garing. Angkat dan toskan.
• Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan,

angkat dan toskan.
• Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. ( Pastikan anda

menutup kuali elak dari cili meletup )
• Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
• Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk

kasar-kasar sahaja.
• Perahkan limau kasturi/campur gula/perasa mengikut

citarasa anda.

41

Sambal Tempe Bilis Alai

Bahan-bahan :
• Ikan bilis saiz kecil ( basuh dan keringkan ).
• Tempe ( hiris halus dan goreng ).
• Kacang tanah ( goreng ).
Penyediaan Sambal :
• 1 senduk kecil bawang kisar.
• 7 sudu besar cili kisar.
• 4 sudu besar gula.
• 3 sudu besar Perasa Sedap Knorrs.
• Minyak untuk menumis.
• Belacan sebesar ibu jari.
• Asam jawa ( pekat + air ).

Cara Membuat :
• Tumis bawang kisar, sampai agak garing dan kekuningan.
• Selepas tu masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak

dan garing.
• Masukkan gula ( sukatan ikut citarasa )
• Masukkan air asam jawa + belacan
• Tumis sehingga betul-betul masak dan tutup api
• Tuang minyak lebihan .
• Sejukkan sambal.
• Gaul sebati dengan bahan goreng tadi.

42

Sambal Bilis Sungai Buluh

Bahan-bahan :
• 400 gm ikan bilis dibelah dua ( digoreng ).
• 10 ulas bawang merah.
• 10 ulas bawang putih.
• 10 tangkai cili padi hijau.
• 10 tangkai cili padi merah.
• 1 cawan air asam jawa ( sederhana pekat ).
• Belacan.
• Halwa belimbing buluh ( direndam dahulu ).

( belimbing buluh yang fresh pun ok )
• Perasa Sedap Knorrs.

Cara Membuat :
• Ikan bilis digoreng garing.
• Tumiskan bawang kisar sehingga naik minyak.
• Masukkan cili padi , goreng hingga naik minyak.
• Masukkan halwa belimbing.
• Padamkan api , sejukkan sambal tersebut dan

masukkan ikan bilis goreng.

43


Click to View FlipBook Version