The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siberseri, 2020-04-22 05:02:29

Air Tangan Cikgu Haji Zainal Abidin bin Joned

Authentic Cuisine : Resipi Pembuka Selera

Keywords: Air Tangan,Cikgu Haji Zainal Abidin bin Joned,Authentic Cuisine,Resipi Pembuka Selera,Masakan

Bilis Tempoyak Durian Daun

Bahan-bahan :
• 400 gm Ikan bilis ( buang tulang dan kepala - goreng garing ).
• 8 ulas bawang merah.
• 8 ulas bawang putih.
• 10 tangkai cili api merah.
• 10 tangkai cili api hijau.
• Garam.
• Air asam jawa.
• Belacan.
• Kunyit.
• Tempoyak.
• Daun kunyit.
• Minyak.
• Perasa Sedap Knorr.
Cara Membuat :
• Panaskan minyak dikuali.
• Goreng ikan bilis hingga garing , ketepikan ikan bilis tersebut.
• Tumis bahan- bahan yang dikisar bawang / cili padi / kunyit.
• Apabila bahan tumisan benar-benar garing / naik minyak

masukkan tempoyak.
• Kacau ramuan sehingga sebati.
• Perasakan masakan dengan Perasa Sedap Knorr.
• Masukkan daun kunyit yang telah dimayang harus.
• Jika terlalu kering masukkan sedikit demi sedikit

air asam jawa.
• Matikan api dan biarkan ramuan itu sejuk.
• Gaulkan ikan bilis goreng hingga sekata.

44

Rendang Kerang Pengkalan Balak

Bahan-bahan :
• 2 kilo kerang ( rebus & ambil isinya )
• 6 ulas Bawang ( kisar )
• 2 inci Halia ( kisar )
• 2 inci Lengkuas ( kisar )
• Kunyit hidup ( tumbuk )
• 3 batang Serai ( racik dan kisar )
• 10 biji Cili padi ( kalau suka pedas boleh tambah )
• 2 kuntum Bunga lawang
• 2 ulas Kulit kayu manis
• Santan ( daripada 2 biji kelapa )
• Kerisik
• Minyak untuk menumis
• Daun kunyit ( hiris halus )

Cara Membuat :
• Panaskan sedikit minyak.
• Tumiskan semua bahan yang ditumbuk /dikisar sehingga

naik minyak.
• Bubuh bunga lawang / kayu manis.
• Masukkan santan.
• Setelah ramuan pecah minyak, kacau dan masukkan

isi kerang.
• Perlahankan api.
• Setelah hampir kering gaulkan daun kunyit.

45

Laksa Nyonya Tanjung Minyak

Bahan-bahan :

• 1 kg mi kuning ( celur ) Mihun ( rebus )( 4-5 orang ).
• 300 gram kerang.
• 1 paket rempah kari .
• 1 paket Pes Laksa Nyonya.
• 9 biji Bawang merah ( kisar ).
• 6 biji Bawang putih ( kisar ).
• 3 inci Halia ( tumbuk ).
• 4 inci Lengkuas ( tumbuk separuh hancur ).
• 400 gm Cili kering ( kisar ).
• 2 biji kelapa ( ambil santan ).
• 250 gm udang

( kulit digoreng untuk membuat stok ).
• 200 gm Udang kering ( tumbuk )
• Fish ball / fish cake.
• Tauhu pok ( tauhu yang ringgan ).
• Minyak untuk menumis.
• Rangka ayam ( stok ).
• Telur ( rebus ).
• Isi ayam ( rebus dan siat-siat).
• Daun kesum.
• Bunga kantan.

Ulam-ulaman : Sambal :

• Timun ( hiris ) • Cili kering ( tumbuk )
• Kacang panjang ( hiris + celur ) • Garam
• Pudina • Belacan
• Limau kasturi
• Bunga kantan ( mayang )
• Daun kesum ( mayang )

Cara Membuat :

• Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau
• Masukkan cili kisar / rempah kari dan pes.

Goreng hingga pecah minyak.
• Masukkan santan cair / rangka ayam / stok rebusan kulit

udang /didihkan atas api yang sederhana.
• Kemudian masukkan fish ball / fish cake, biar sehingga

bahan-bahan sebati.
• Masukkan santan pekat / daun kesum / bunga kantan /

garam / Perasa Sedap Knorr dan kacau perlahan-lahan.
• Akhir sekali masukkan tauhu pok / kacau sebati dan

padamkan api.

( Cadangan hidangan : masukkan mi kuning / mihun + ulaman +
kerang + udang rebus + isi ayam yang disiat-siat + daun pudina +
telur + sambal belacan + kuah + daun kesum + bunga kantan )

46

Laksa Penang Klebang

Bahan-bahan :
• Laksa beras ( rendam / rebus ).
• Ikan selayang / kembung.
• Bawang merah.
• Bawang putih.
• Asam keping.
• Asam jawa.
• Otak udang.
• Cili api.
• Cili kering.
• Belacan.
• Garam.
• Perasa Sedap Knorr.
Ulam-ulaman :
• Salad
• Bawang besar
• Timun
• Daun selom ( ikut citarasa )
• Daun pudina
• Nenas
• Isi ikan
• Pes otak udang
• Cili padi
• Telur rebus
Cara Membuat :
• Rebus laksa dalam air yang mendidih dan toskan.
• Sediakan periuk untuk menyiapkan kuah.
• Masukkan bahan-bahan yang dikisar , bawang / cili kering /

belacan / cili padi / air asam jawa dan air rebusan ikan.
( untuk lebih pedas )/ asam keping.
• Biar ramuan sebati dan mendidih.
• Masukkan isi ikan / otak udang, kacau rata.
• Perasakan dengan garam dan Perasa Sedap Knorr.
• Didihkan sehingga ramuan sebati.
• Sedia untuk dihidang.
( Hidangkan laksa bersama ulam-ulaman / telur rebus / daun
pudina / nenas / isi ikan / limau kasturi dan otak udang )

47

Laksa Johor Sungai Rambai

Bahan-bahan :

• 1 paket spagetti ( rebus hingga lembut - sesuai untuk 5 orang ).
• 1 1/2 kilo Isi ikan kembung / selayang .

( rebus + asingkan isi dengan tulang )(kisar ).
• 10 ulas Bawang merah ( kisar ).
• 6 ulas Bawang putih ( kisar ).
• 1 senduk kecil cili kisar.
• 4 inci halia ( tumbuk ).
• 3 keping Asam keping.
• 2 senduk kecil rempah kari ikan.
• 1 sudu teh serbuk Lada hitam.
• Garam secukup rasa.

• Perasa Sedap Knorr.

• 1 paket Pes Laksa Johor ADAMI.
• 300 gm Udang kering ( tumbuk ).
• 1 ½ biji kelapa ambil Santannya.
• 2 sudu besar Kerisik.
• Air rebusan ikan.
• Daun kantan.
• Daun kesum.

Ulam-ulaman : Sambal :

• Taugeh • Cili kering ( tumbuk )
• Timun ( hiris ) • Belacan
• Bawang ( hiris ) • Garam
• Daun kesum / kantan ( mayang )
• Limau kasturi

Cara Membuat :

• Panaskan minyak dalam periukyang sederhana saiznya.
• Tuangkan 2 senduk besar minyak kelapa.
• Tumiskan bahan-bahan seperti bawang / halia / cili kisar

hingga naik minyak.
 Campurkan rempah kari / pes laksa ADAMI / udang kering /

lada hitam dan gaul hingga naik bau.
• Masukkan santan cair / kacau rata.
 Masukkan isi ikan / air rebusan / asam keping yang telah

dikisar , kacau sehingga sekata. Sentiasa kacau agak santan
tidak pecah.
 Masukkan santan pekat / kecilkan api / perakan

dengan garam & Perasa Sedap Knorr.

 Akhir sekali masukkan bunga kantan & daun kesum,
didih hingga naik minyak.

• Sedia untuk dihidang

48

Urap Pegaga Merlimau

Bahan-bahan :
• Pucuk pegaga
• 1 biji kelapa parut ( ambil putih sahaja )
• 1 sudu teh Serbuk Kunyit
• 6 ulas bawang merah ( mayang halus )
• 4 ulas bawang putih ( mayang halus )
• 200 gm udang kering / ikan bilis

( sangai dan tumbuk )
• 1 sudu teh jintan manis ( sangai dan tumbuk )
• 1 sudu teh jintan kasar ( sangai dan tumbuk )
• 5 tangkai cili api dan 2 tangkai cili merah ( tumbuk

lumat )
• 2 sudu teh Gula
• Air limau kasturi ( ikut citarasa )
• Perasa SedapKnorr.
Cara Membuat :
• Kelapa parut disangai dalam

kuali non stick
• Masukkan semua bahan kecuali

Pucuk Pegaga, bawang dan
goreng sehingga berubah warna
kelapa tersebut
• Perasakan dengan gula / garam / Sedap Knorr / air
limau
• Gaulkan Pegaga kedalam ramuan
• Taburkan bawang yang dimayang sebelum api
dipadamkan.
( Selain dari Pegaga , daun selom , kacang panjang , taugeh ,
kacang botol , jantung pisang dan pucuk ubi boleh dibuat
Urap )

49

Shell Out 3 Rasa Nyalas

Bahan-bahan Utama : Bahan-bahan Rempah dan Herba :
Seafood : • Bawang holland.
• Ketam. • Cili kering kisar.
• Udang. • Halia.
• Sotong. • Rempah kari ikan.
• Lala. • Cili flakes.
• Kupang. • Sos Tiram.
• Kerang. • Sos tomato.
Sayuran : • Sos cili.
• Brokoli. • Sos ikan.
• Jagung. • Lea & Perrins ( ikut citarasa ).
• Butter.
• Daun kari.
• Cili padi.
• Cooking cream.
• Serbuk telur asin.
• Tepung jagung.

Pes Sweet Sour :
Bahan-bahan :
• 2 biji bawang holand ( dadu ).
• 3 sudu besar sos cili.
• 3 sudu besar sos tomato.
• 3 sudu besar sos tiram.
• 2 sudu besar sos ikan.
• 1 sudu teh Lea & Perrins.
• Stok udang .

( goreng kulit udang + air )
• 2 biji Buah tomato ( potong dadu ).
• Akar ketumbar ( ketuk ).
Cara Membuat :
• Tumis bawang holland seketika hingga layu.
• Masukkan kesemua sos yang digunakan.
• Tuang air rebusan stok udang / masak hingga mendidih.
• Masukkan tomato dan akar ketumbar.

( Masukkan kesemua seafood PILIHAN , kacau hingga sekata dan
dihidangkan bersama DUA PERASA yang lain )

Bersambung...

50

Shell Out 3 Rasa Nyalas

Pes Kari Power
Bahan-bahan :
• 2 biji bawang holland.
• 3 inci halia.
• 1 paket kecil Rempah kari.

( bancuh bersama air rebusan udang )
• 2 sudu besar cili kisar.
• 2 sudu besar sos tiram.
• Stok udang.
• Daun kari.
• Akar ketumbar ( tumbuk ).
Cara Membuat :
• Tumis bawang holland sampai naik bau .
• Masukkan rempah kari + cili kisar.
• Tuangkan sos tiram / daun kari dan akar ketumbar.
• Masukkan air rebusan udang.
( pilih mana- mana makanan laut yang sesuai untuk perasa kari power
ini dan sama jug dihidang bersama yang lain)
Pes Butter Milk Telur Asin
Bahan-bahan :
• 2 sudu besar Butter.
• 1 kotak kecil cooking cream.
• Stok udang.
• 5 tangkai daun kari ( petik ).
• 5 biji cili api ( hiris ).
• 2 sudu teh cili flakes.
• 2 sudu besar serbuk telur asin.
• 1 sudu teh Lea & Perrins.
• 2 sudu besar tepung jagung ( bancuh + air ).
Cara Membuat :

• Panaskan kuali / cairkan butter / masukkan bawang .
hollad / kacau hingga sekata.

• Campurkan air stok udang.
• Cooking cream / daun kari / cili api / Lea & Perrins
• Kacau jangan sampai membuak.
• Masukkan air tepung jagung dan serbuk telur asin
• Kacau lagi dan masukkan seafood pilihan termasuk

brokoli dan jagung.
( Sedia untuk dihidang secara lambak 3 BERADIK 3 RASA
diatas meja yang beralas plastik pakai buang )

Asam Pedas Kuala Sungai Baru

Bahan-bahan :
• 8 keping ikan parang ( atau pilihan sendiri )
• 450gm cili kering (buang biji / rendam / kisar )
• 10 ulas bawang merah ( kisar )
• 7 ulas bawang putih ( kisar )
• 3 inci halia ( ketuk )
• 4 inci kunyit ( tumbuk )
• 3 inci lengkuas ( ketuk )
• 3 batang serai ( titik/ ketuk )
• 3 sudu teh ketumbar ( sangai dan tumbuk )
• 2 sudu teh jintan manis ( sangai dan tumbuk )
• 2 sudu teh jintan kasar ( sangai dan tumbuk )
• 1 sudu teh halba
• Belacan
• Air asam jawa
• Daun limau purut / daun kesum / bunga kantan
• Terung / bendir / sawi asam
Cara Membuat :
• Ikan dibersihkan dan di potong ikut size ikan ( selalunya dapat dalam 8 kelar ).
• Panaskan minyak .
• Masukkan bahan-bahan untuk menumis yang dikisar serta ditumbuk

( rempah ratus ) /halba.
• Goreng hingga kekuningan.
• Masukkan cili kisar,kacau jangan sampai terlalu garing / guna api

sederhana.
• Setelah Ramuan naik minyak masukkan air asam jawa yang digaul bersama

belacan dan kacau / letak bersama serai.
• Sehingga mendidih masukkan ikan parang kecilkan api jangan sampai kulit

ikan parang itu pecah.
• Masukkan garam / Perasa Sedap Knorr.
• Masukkan daun limau purut / kesum / bunga kantan

( pilih ikut citarasa ).
• Akhir sekali masukkan terung / bendir atau sawi asin.
• Kecilkan api tutup periuk 4 minit kemudian asam pedas

sudah sedia untuk dijamu.
( Cair dan pekat kuah asam pedas bergantung kepada citarasa masing-
masing. Kalau hendak pekat kurangkan air. Asam pedas enak
dihidang bersama sayur kobis goreng dan juga telor asin )

.

51

Kari Ikan Jenahak Pulau Besar

( Kari Tanpa Santan )

Bahan-bahan :
• 1 ekor ikan Jenahak ( saiz sederhana )
• 5 biji Bwg merah ( hiris )
• 4 ulas bwg putih ( hiris )
• Halba/biji sawi/jintan manis
• Kulit kayu manis/bunga lawang
• 6 sudu besar rempah kari
• 2 sudu besar cili giling
• 1 genggam beras ( sagai dulu & kisar halus )
• 1 sudu besar asam jawa
• 1 sudu makan kerisik ( jika perlu )
• Air secukupnya
• Bendi
• Tomato
• Garam
• Daun kari
Cara Membuat :
• Panaskan 1 senduk minyak.
• Tumis bawang merah & bawang putih sehingga layu.
• Masukkan halba, biji sawi dan jintan manis/kulit kayu manis/

bunga lawang serta daun kari.
• Masukkan pes rempah kari.
• Masak smpai pecah minyak ( api perlahan ).
• Beras yang disangai dimasukkan selepas pecah
minyak.
• Kacau/masukkan air asam jawa hingga
mendidih.
• Masukkan bendi dan ikan.
• Serbuk Perasa / garam seenak rasa.
• Masukkan hirisan cili hijau.

52

Ketupat Sotong Pengkalan Balak

Anak Terengganu JATI

Bahan-bahan :
• 1 kilo sotong saiz sederhana yang segar.
• ½ kilo santan pekat.
• 1 sudu teh halba.
• 2 inci halia muda.
• 5 ulas Bawang merah ( tumbuk )
• 5 ulas Bawang putih ( tumbuk )
• ½ sudu teh Lada hitam ( tumbuk )
• Secubit Garam ( ikut rasa )
• Perasa Sedap Knorr
• 2 helai simpulan daun pandan
• 2 cawan beras pulut
• Lidi ( yang tajam )
Cara Membuat :
• Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan.
• Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan

dan garam.
• Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi

sehingga separuh badannya. ( jangan isi penuh nanti isi pulut
yang terhasil keras dan mentah).
• Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang
berisi beras pulut tadi.
• Cucukkan lidi tajam depan dan belakang kepala.
• Di dalam periuk masukkan santan / air / halba /
bawang merah /bawang putih / lada hitam dan
didihkan atas api yang perlahan ( sentiasa kacau )
• Masak selama 30 - 45minit
( hingga pulut dalam sotong tu masak ).

53

Sambal Sotong Sungai Petai

Bahan-bahan :
• 6 ulas bawang merah ( tumbuk ).
• 4 ulas bawang putih ( tumbuk ).
• 1 biji bawang holland ( hiris kasar ).
• 300 gm cili kering kisar ( ikut citarasa ).
• 1 cawan Air Asam sederhana pekat.
• 1 kg Sotong segar yang direbus ( separuh masak ).
• Petai ( secukupnya ) dibuang kulit.
• Serbuk Perasa Sedap Knorr.
• Belacan.
• Garam.
• Gula.

Cara Membuat :
• Tumis bawang merah dan putih sampai kekuningan.
• Masukkn cili kisar / belacan.
• tumis sampai pecah minyak.
• masukkn sedikit air asam dan air rebusan sotong.
• tumis lagi sehingga ramuan berubah warna.
• masukkan petai dan sotong .
• Perlahankan api sehingga ramuan benar-benar sebati

54

Sotong Telur Masin Rumbia

Bahan-bahan :
• 10 ekor sotong segar (potong nipis).
• 5 sb tepung jagung.
• 3 sb lada sulah.
• 1 biji telur.
• Sedikit garam .

( Gaulkan semua dan goreng 3 - 4 minit )
• Beberapa helai daun kari
 2 biji kuning telur masin - dihancurkan

( ada dijual bentuk serbuk )
• 3 tangkai cili padi ( ikut citarasa )
• 3 sudu besar Butter ( salted )
• 1 sb Serbuk Perasa Sedap Knorr
• 1 kotak kecil cooking cream
Cara Membuat :
• Cairkan butter dan masukkan telur kuning,masak sampai

berbuih.
• Masukkan cooking cream
• Masukkan cili padi/daun kari/serbuk Sedap Knorr

( gaul sehingga sebati )
• Masukkan sotong goreng tadi bersama telur masin

dan gaul sampai rata/kering.
• Tutup api.

55

Sotong Rangup Umbai

Bahan-bahan :
• 1 kg sotong ( sederhana besar ).
• Bersihkan , buang kulit hitam bahagian luar.
• Potong bulat, cuci dan toskan.
• Tambahkan dengan 2 sudu besar cuka epal, gaul hingga rata

kemudian ketepikan.
( Tujuan menambahkan cuka epal adalah untuk mengelakkan sotong
dari meletup ketika menggoreng )
Bahan Tepung Salut :
• 10 sudu besar tepung gandum.
• 6 sudu besar tepung jagung.
• 2 sudu kecil serbuk lada hitam.
• 2 sudu kecil serbuk lada sulah.
• Garam.
• Serbuk kunyit.
• Gaul sebati semua bahan di atas.
• Serbuk Perasa Sedap Knorr.
• 2 biji telur dipukul hingga kembang
( Asingkan dalam bekas lain ).
Cara Membuat :
• Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk
kunyit, Perasa Sedap Knorr, lada hitam dan lada sulah.
Gaul hingga sebati.
• Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas,
masukkan sotong dalam bekas adunan telur.
• Kemudian gaul rata sotong dalam bekas tepung,
pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
• Setelah itu, masukkan sotong satu persatu di dalam kuali.
• Jangan masak terlalu banyak dalam satu masa
supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan
tepung salutan tadi. Masak hingga keperangan
di dalam api sederhana besar.
• Angkat sotong guna penapis besi dan toskan
di atas tisu dapur.
• Kaut semua kerak-kerak tepung untuk
elak daripada minyak cepat bertukar hitam.

56

Sotong Kukus Anjung Batu

Bahan-bahan :
• 1 kg sotong sederhana saiz ( bersihkan kulit ).
• 5 tangkai cili padi/cili akar merah, hijau.
• 2 sudu besar sos ikan.
• 4 biji limau nipis ( ambil jusnya ).
• 3 tangkai daun ketumbar ( akar sekali ).
• Serbuk Perasa Sedap Knorr.
• Sos tiram.
• 7 ulas bawang putih/merah.
• 5 helai daun pudina

( untuk hiasan ).
• 3 inci lengkuas ( hiris dan ketuk ).
• 2 batang serai ( diketuk ).
• 1 sudu besar taucu.
• 1 sudu besar gula.
Cara Membuat :
• Cuci sotong bersih-bersih
• Sotong dikelar-kelar jangan putus
• Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai

( ketuk )
• Akar ketumbar, sedikit bawang putih/ merah ( mayang )
• Letak atas sotong
• Masukkan Satu sudu besar taucu ( ikut citarasa )
• Semasa Mengukus pastikan.
• Menggunakan api yang kuat.
• Apabila sudah masak buang air sotong.
Sos :
• Masuk 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air limau,

2 ½ sudu besar sos ikan, bawang putih/merah
dan cili api yang dipotong.
• Gaul hingga sebati.
• Tuang sos atas sotong yang dikukus tadi bersama
taburan daun ketumbar dan pudina.

57

Kuah Kacang Kampung Gelam

Bahan-bahan :
• 1 kg kacang tanah ( buang kulit )
• 2 keping gula melaka
• Garam secukup rasa
• 1 mangkuk kecil air asam jawa
• 15 cili kering – buang biji rendam air panas dan kisar halus
• 250gm Udang kering ( tumbuk halus )
• Perasa Sedap Knorr
Bahan Hiris Nipis :
• 2 inci lengkuas.
• 7 ulas bawang putih.
• 2 batang serai.
• 2 inci halia.
• 11 biji bawang merah.
Cara Buat Kuah Kacang :
• Panaskan minyak.
• kemudian goreng kacang tanah yang telah dibuang kulitnya.
• Kisar kasar kacang tanah goreng tadi setelah sejuk sedikit.
• Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
• Kemudian goreng bahan hiris nipis hingga harum.
• Kemudian angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
• Panaskan 3 senduk besar minyak dalam kuali.
• Goreng cili kisar bersama bahan hiris nipis yang telah

digoreng dan dikisar halus tadi.
• Masukan air secukupnya dan kacang tanah yang sudah

dikisar dan masak hingga mendidih.
• Masukan air asam jawa, gula melaka dan perasakan

dengan garam secukup rasa /Perasa Sedap Knorr /
udang kering tumbuk.
• Masak hingga kuah menjadi pekat dan pecah
minyak.

58

Ais Krim Soda Masam Manis
Pokok Mangga

Bahan-bahan :
• 2 botol Ais Krim Soda F&N.
• 1 tin buah laici.
• 1 tin buah nenas.
• 10 biji asam masin.
• 10 biji buah strawberri segar.
• 3 batang serai muda ( ketuk ).
• 10 helai daun Pudina.
• 2 biji Lemon.
• Ais.

Cara Membuat :
• Sediakan bekas yang besar dan lebar ( memudahkan

proses )
• Tuang aiskrim soda / buah- buahan dalam tin /

serai / pudina / asam masin / strawberri.
• Kacau perlahan agar buah-buah tidak hancur.
• Masukkan ketulan ais.
• Guna senduk yang sesuai semasa menghidang .
.

59

Lemon Honey Pengkalan Rama

Bahan- bahan :
• 3 biji lemon ( untuk 5 orang ).
• 1 botol kecil madu ( 2 senduk besar ).
• 1 botol Aiskrim Soda F&N.
• 2 sudu teh Cia Seed / selasih
( rendam ).
• Ais.
• Daun pudina.
• Perahan air halia.

Cara Membuat :
• Perah 3biji lemon dan ambil airnya.
• Campurkan bersama madu, segelas air suam dan air

halia.
• Masukkan cia seed .
• Tuang aiskrim soda kacau, masukkan ais dan daun

pudina.

60

• Dr. Hjh Maimunah binti Masood dan anak-anak
• En. Jumali b. Rasikun
• Pn. Zunita binti Zulkifli Stork
• Semua Warga eSTAGKITA
• Rakan FB
• Rakan Instagram
• Rakan Twitter

Semua yang terlibat secara langsung
TERIMA KASIH DAUN KELADI


Click to View FlipBook Version