SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 0
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 1
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 2
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 3
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 4 “ .”
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 5
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 6
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 7
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 8
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 9 MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM BERSAMA UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD TAHUN 2023 Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak bersama Unit Pendidikan Islam PPD Negeri Perak telah diadakan di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Batang Padang pada 25 Januari 2023. Mesyuarat ini membincangkan tentang Perancangan Strategik dan Takwim SPI sebagai panduan kepada PPD bagi tahun 2023. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Muhammad bin Yahya, selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam. Beliau telah memberikan hala tuju dan harapan sektor bagi tahun 2023. Beliau juga mengharapkan agar semua pegawai dapat melaksanakan tugas dengan berkesan dan mampu memberikan impak yang tinggi. Beliau berharap agar pegawai Unit Pendidikan Islam dapat membantu SPI dalam bidang kurikulum dan aktiviti dakwah di sekolah dengan melaksanakan kunjung bimbing dan turun bantu ke sekolah-sekolah. HARI : RABU TARIKH : 25 JANUARI 2023 TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMTDR BATANG PADANG SASARAN : SEMUA PEGAWAI SPI DAN UPI PPD
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 10 BICARA PROFESIONAL BARISAN HADAPAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA TAHUN 2023 Bicara Profesional Barisan Hadapan Guru Pendidikan Islam PPD LMS telah dilaksanakan pada 09 Februari 2023 di Bilik Arif Budiman, PPD LMS. Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Kanan di semua sekolah terlibat dalam program ini. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memberikan motivasi dan semangat kepada mereka agar terus memberikan khidmat yang cemerlang dalam bidang pengurusan. Perkongsian maklumat mengenai pengurusan disampaikan oleh Tuan Haji Salehuddin bin Haji Arshad, Ketua Penolong Pengarah, Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak. SPI amat berharap agar barisan hadapan yang terdiri daripada Guru Pendidikan Islam ini akan menjadi pemimpin sekolah yang hebat dan mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada sekolah dan murid. 9 perkara utama perlu dikuasai dalam memastikan pengurusan sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Antaranya adalah Pengurusan & Kepimpinan, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan HEM, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran & Kemudahan Fizikal, Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Perhubungan Luar. HARI : KHAMIS TARIKH : 09 FEBRUARI 2023 TEMPAT : BILIK ARIF BUDIMAN, PPD LMS, TAIPING. SASARAN : BARISAN HADAPAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 11 KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PEMBANTU TADBIR SMKA DAN SABK NEGERI PERAK TAHUN 2023 Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak telah melaksanakan Kursus Pengurusan Kewangan kepada semua Pembantu Tadbir SMKA dan SABK yang menguruskan kewangan di sekolah ; Kewangan Kerajaan, Kewangan SUWA dan Kewangan Asrama. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Norazman, Penolong Akauntan PPD LMS. Kursus ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan dan maklumat terkini mengenai pengurusan kewangan sekolah. Penceramah memberikan maklumat berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) yang terkini sebagai panduan kepada semua PT yang hadir. Ini amat penting kerana, sasaran SPI pada tahun 2023 adalah sifar Audit Berteguran dan 5 buah sekolah mencapai Audit Cemerlang. Sebarang masalah dan kemusykilan sebelum ini boleh diselesaikan dengan bantuan daripada Encik Norazman selaku Penolong Akauntan, PPD LMS. Semoga semua Pembantu Tadbir yang hadir akan dapat menguruskan pengurusan kewangan sekolah masing-masing dengan betul dan mengikut tatacara yang terkini. HARI : ISNIN TARIKH : 14 OGOS 2023 TEMPAT : DEWAN PPD KINTA UTARA SASARAN : PEMBANTU TADBIR SMKA & SABK NEGERI PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 12 TAKLIMAT PENYELARASAN PENYELENGGARAAN OLEH SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR SABK NEGERI PERAK TAHUN 2023 Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak telah mengadakan satu Taklimat Penyelarasan Penyelenggaraan Bersama Pengetua SMKA dan SABK Negeri Perak. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Azizah, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan, Sektor Infrastruktur dan Perolehan, JPN Perak. Taklimat ini dimulakan dengan kalam mahabbah oleh Tuan Mohamad Fauzi bin Mahson, A.M.P., Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Beliau mengharapkan semua Pengetua dapat membantu Jabatan Pendidikan Negeri meningkatkan pencapaian pendidikan murid-murid dalam peperiksaan awam di samping memastikan tiada muridmurid yang tercicir. Beliau juga menekankan tentang pembentukan sahsiah murid ke arah melahirkan karamah insaniah yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas itu, Taklimat Penyelarasan Penyelenggaraan di sampaikan oleh Puan Azizah dari Unit Pembangunan. Beliau menerangkan tatacara penggunaan peruntukan yang diturunkan kepada akaun Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS). Semoga dengan peruntukan ini, SMKA dan SABK boleh meningkatkan frasarana sekolah kepada yang lebih baik kepada murid dan guru di sekolah. HARI : SELASA TARIKH : 15 OGOS 2023 TEMPAT : BILIK SERI BUDI, JPN PERAK SASARAN : PENGETUA DAN GURU BESAR SABK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 13 BICARA HATI KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM BERSAMA ANAK-ANAK SPM 2023 DI SMKA DAN SABK NEGERI PERAK Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak telah melaksanakan Program Bicara Hati KPPK Sektor Pendidikan Islam bersama anak-anak murid SPM di SMKA dan SABK Negeri Perak. Hasrat ini adalah untuk memberikan motivasi dan semangat kepada anak-anak murid SPM di SMKA dan SABK. KPPK SPI telah menyediakan jadual untuk turun ke sekolah menyantuni anak-anak murid SPM 2023 di SMKA dan SABK Negeri Perak. Terdapat 3 buah SMKA dan 27 buah SABK di negeri Perak. KPPK SPI telah berjaya mengunjungi semua sekolah SMKA dan SABK negeri Perak. KPPK SPI telah berkongsi maklumat dan memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada anak-anak murid SPM SMKA dan SABK. Antara perkara yang dikongsikan adalah pencapaian SPM 2022, kaedah belajar, target SPM 2023 dan peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM nanti. SPI mengharapkan agar semua sekolah dapat melakukan peningkatan dalam pencapaian SPM 2023 nanti. Di samping itu juga dapat meningkatkan GPS sekolah dan layak sijil dalam SPM 2023. HARI : ISNIN HINGGA KHAMIS TARIKH : NOV – DIS 2023 TEMPAT : SMKA DAN SABK PERAK SASARAN : MURID-MURID SPM 2023 GURU-GURU MENGAJAR TINGKATAN 5
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 14 KURSUS PEMERKASAAN PENGUASAAN ASAS BACAAN AL-QURAN MURID TAHUN 6 NEGERI PERAK 2023 Kursus ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan meningkatkan kemahiran pengajaran al-Quran dikalangan GPI di 366 buah sekolah yang terlibat dalam Program Pemerkasaan al-Quran. Kursus pemerkasaan ini banyak membantu Guru Pendidikan Islam sekolah terlibat dalam meningkatkan kemahiran pengajaran al-Quran dengan pendedahan kaedah dan inovasi pengajaran al-Quran secara langsung daripada penceramah jemputan dari Institut Pendidikan Guru Pendidikan Islam Kampus Bangi. Perkongsian kaedah pengajaran alternatif banyak membantu GPI terlibat untuk lebih kreatif dalam memilih, menggunakan dan menginovasikan teknik pengajaran al-Quran yang lebih efektif. Kursus ini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada guru-guru Pendidikan Islam yang hadir. Diharapkan kursus sebegini wajar diteruskan pada masa akan datang bagi merealisasikan harapan sifar murid buta al-Quran. HARI : RABU DAN KHAMIS TARIKH : 12 DAN 13 JULAI 2023 TEMPAT : DEWAN BESAR SEKOLAH IZZUDIN SHAH, IPOH SASARAN : 365 GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 15 MUKHAYYAM ARABI PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023 Mukhayyam Arabi Peringkat Negeri Perak merupakan program Dwi tahunan yang dijalankan dengan pelarasan dari pihak Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidkan Malaysia. Mukhayyam Arabi berfokus melahirkan murid yang seimbang dalam penguasaan Bahasa Arab berdasarkan sukatan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Mata pelajaran Bahasa Arab. Berkampung selama 3 hari dan 2 malam dengan pengisian berkaitan penguasaan Bahasa Arab dan cara hidup Islam dengan bimbingan 13 fasilitator dan 25 urusetia daripada kalangan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Islam seluruh Negeri perak memberikan pengalaman dan motivasi kepada peserta untuk lebih mencintai Bahasa Arab. Seramai 62 pelajar dari semua daerah yang terlibat telah menunjukkan komitmen, kerjasama dan minat yang tinggi untuk mengikuti kem ini sehingga akhir. Kerjasama dan komitmen ditunjukkan oleh urusetia dan fasilitator sepanjang pelaksanaan program ini sangat baik dan membanggakan. Diharap kelestarian Mukahyyam Arabi dapat diteruskan dimasa akan datang. HARI : ISNIN, SELASA DAN RABU TARIKH : 25 HINGGA 27 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : PLGDP SUNGAI BULOH, BAGAN DATUK SASARAN : 62 MURID
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 16 KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MURID ORANG ASLI NEGERI PERAK 2023 Kursus Peningkatan Profesionalisme GPI SMOA Negeri Perak 2023 merupakan salah satu satu alternatif yang dirancang bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran pengurusan pengajaran selaras dengan perubahan dan keperluan pendidikan semasa. Kursus Peningkatan Profesionalisme GPI SMOA dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa perkhidmatan perguruan dikalangan GPI SMOA. Berfokuskan penguasaan Dokumen Standard Kurikulum, perkongsian kaedah pengajaran selaras dengan kebolehan murid dan keperluan Khatam al-Quran bagi memenuhi KPI Pengarah JPN, peserta dibimbing oleh Jurulatih Utama Negeri bagi Matapelajaran Pendidikan Islam dengan sokongan dan komitmen Penolong PPD Unit Pendidikan Islam bagi daerah yang terlibat. Penglibatan dan kerjasama peserta kursus dan sokongan serta komitmen Penolong PPD Unit Pendidikan Islam adalah sangat baik. Diharapkan kursus sebegini wajar diteruskan pada masa akan datang HARI : ISNIN HINGGA SELASA TARIKH : 6 - 7 NOVEMBER 2023 TEMPAT : BILIK WAJA BESTARI SSTP JPN PERAK SASARAN : 27 GPI SMOA
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 17 MUKHAYYAM KECEMERLANGAN STPM NEGERI PERAK TAHUN 2023 Mukhayyam Kecemerlangan STPM ini diadakan bagi membina keyakinan pelajar-pelajar yang akan menduduki STPM. Pelajar-pelajar akan lebih berfokus di dalam mata pelajaran yang diambil iaitu Pengajian Am, Syariah, Usuluddin, Tahfiz dan Bahasa Arab. Mukhayyam STPM ini berjaya meningkatkan motivasi dan semangat pelajar bagi meningkatkan keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan nanti. Di samping itu juga, penceramah jemputan dari kalangan guru yang terbaik telah diamanahkan untuk berkongsi segala ilmu dan teknik menjawab bagi mata pelajaran yang berkaitan. Program ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari pelajar dan guru-guru Tingkatan enam. Adalah diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dimasa yang akan datang. HARI : SELASA TARIKH : 10 – 12 JANUARI 2023 TEMPAT : INSTITUT LATIHAN RISDA PADANG RENGAS SASARAN : PELAJAR STPM SEM 2 DI SMKA NEGERI PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 18 TAKLIMAT PENYELARASAN PEMBINAAN MODUL BERASASKAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTASIRAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK TAHUN 2023 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Perak amat menekankan pencapaian murid-murid negeri Perak di dalam Kelas Aliran Agama (KAA) khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Sehubungan dengan itu, Unit Perancangan & Pembangunan Pendidikan Islam Bersama barisan jurulatih Utama Bahasa Arab negeri Perak merancang menghasilkan modul topikal SPM. Modul tersebut akan digunakan oleh semua calon SPM 2023 dari kelas aliran agama. Perjumpaan kali pertama ini adalah untuk merangka dan membahagikan tajuk mengikut kepakaran bidang masing-masing. Ustaz Nik Malek dari SMK Raja Chulan bertindak sebagai ketua di dalam menghasilkan Modul Topikal Bahasa Arab ini. Semoga usaha kecil ini akan memberikan impak yang besar di dalam pencapaian Bahasa Arab Negeri Perak. GAMBAR 1 HARI : ISNIN TARIKH : 22 MEI 2023 TEMPAT : BILIK SERI ASUHAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK SASARAN : 8 JURULATIH UTAMA BAHASA ARAB NEGERI PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 19 BENGKEL KERJA PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM, PQS, PSI, TASAWWUR ISLAM DAN BAHASA ARAB PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2023 GAMBAR 1 HARI : RABU TARIKH : 7 JUN 2023 TEMPAT : BILIK KLUSTER SMKA SULTAN AZLAN SHAH SASARAN : GURU PEMACU NEGERI PERAK BAGI PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM ELEKTIF Bengkel pembinaan JSI bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam Elektif telah diadakan bagi pelaksanaan peperiksaan di tahun 2023. JSI peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 akan dijadikan sebagai TOV bagi SPM 2024. Manakala JSI peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5 dan percubaan SPM dibina bagi menghasilkan item yang baik dan mempunyai kesahan yang tinggi. Diharapkan dengan penghasilan JSI ini, guru-guru di sekolah akan dapat menyediakan item soalan peperiksaan yang lebih baik.
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 20 BENGKEL PENYELARASAN MODUL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH ATAS DAN MENENGAH RENDAH NEGERI PERAK TAHUN 2023 GAMBAR 1 HARI : KHAMIS TARIKH : 13 APRIL 2023 TEMPAT : BILIK SERI ASUHAN JPN PERAK SASARAN : JURULATIH UTAMA PENDIDIKAN ISLAM NEGERI PERAK PBD ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang pengajaran & pembelajaran bagi semua mata pelajaran. Ia mampu menilai perkembangan murid di dalam pembelajaran mereka. Maklumat yang terkumpul daripada pentaksiran yang dibuat, akan digunakan oleh guru-guru untuk merancang tindakan susulan bagi membantu perkembangan pembelajaran murid Bagi membantu guru melaksanakan PBD, Sektor Pendidikan Islam bersama barisan jurulatih utama Pendidikan Islam negeri Perak telah membangunkan sebuah modul contoh PBD bagi Pendidikan Islam Menengah Atas dan Menengah Rendah. Modul Contoh PBD Pendidikan Islam ini telah dibangunkan bermula dari pegawai terdahulu. Ia telah dikongsikan kepada semua guru seluruh negeri Perak melalui pautan Anjung Ilmu Guru Perak dibawah seliaan Sektor Pembelajaran. Semoga ianya menjadi perkongsian ilmu yang bermanfaat.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 21 BENGKEL KERJA PEMBINAAN JSU BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN ISLAM ELEKTIF DAN BAHASA ARAB PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI PERAK BILANGAN 2 & 3 TAHUN 2023 GAMBAR 2 HARI : ISNIN TARIKH : 12 & 19 JUN 2023 TEMPAT : JUARA BESTARI SSTP JLN TASEK IPOH SASARAN : JURULATIH UTAMA PENDIDIKAN ISLAM NEGERI PERAK Pada 7 Jun 2023 yang lalu, barisan jurulatih utama atau dikenali Guru Pemacu Negeri Perak telah menghasilkan Jadual Spesifikasi Item bagi Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan P. Islam Elektif. Pada sesi perjumpaan seterusnya, (12 dan 19 Jun), barisan jurulatih utama ini telah membangunkan item yang akan digunakan untuk peperiksaan akhir tahun tingkatan 4, peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5 dan peperiksaan percubaan SPM. Set soalan ini akan diedarkan kesemua sekolah melalui Unit Pendidikan Islam PPD seluruh negeri Perak. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah tidak diwajibkan untuk menggunakan set soalan ini sebagai set peperiksaan di sekolah. Namun ia boleh juga dijadikan sebagai set latih tubi bagi murid-murid yang akan menduduki SPM 2023. Set item yang dihasilkan ini mempunyai tahap kesahan yang tinggi dan sesuai digunakan untuk murid-murid yang akan menduduki SPM 2023.
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 22 PROGRAM QUICK WINS PENGURUSAN MITHALI SMKA DAN SABK TAHUN 2023 HARI : ISNIN - RABU TARIKH : 24 - 26 JULAI 2023 TEMPAT : MERCURE KL SHAW HOTEL SASARAN : PEGAWAI SPI DAN PENGETUA TERPILIH SELURUH NEGARA Quick Wins merupakan satu program yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan Islam bagi membantu sekolah-sekolah yang mempunyai pencapaian SPM yang agak rendah Sewaktu sesi perjumpaan pada kali ini, ia terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama disertai oleh jurulatih utama dan guru-guru pakar bagi mata pelajaran yang ada di SMKA dan SABK. Kumpulan ini telah menyediakan set modul yang diberi nama ‘i modul’ yang akan digunakan oleh murid-murid di SMKA dan SABK seluruh negara. Manakala kumpulan kedua pula disertai oleh pegawai SPI dan pengetua SMKA/SABK terpilih. Mereka diberi taklimat dan bengkel berkaitan peranan pentadbir dan kaunselor sekolah untuk membantu murid-murid di sekolah, khususnya yang bakal menduduki SPM 2023. Program Quick Wins ini sangat bermanfaat bagi membantu peningkatan pengurusan di sekolah dan pencapaian murid-murid SPM khususnya.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 23 TAKLIMAT KHAS BERKAITAN PELAKSANAAN AKTIVITI KECEMERLANGAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2023 Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia telah menurunkan waran peruntukan kecil bagi program kecemerlangan KAA ke seluruh negara. Negeri Perak telah menerima sebanyak RM111,140.00 dan diagihkan ke 56 buah sekolah yang melaksanakan KAA di negeri Perak. Seramai 5261 murid KAA tingkatan satu hingga tingkatan 5 mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut. SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar menerima peruntukan tambahan sebanyak RM4000.00 dan dipilih sebagai sekolah show case kerana bilangan muridnya yang ramai, iaitu seramai 403 orang murid. Sesi taklimat secara dalam talian ini adalah untuk menerangkan tatacara penggunaan kewangan WPK OS42000 supaya tidak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan kewangan. Sumber kewangan ini boleh digunakan untuk program kecemerlangan seperti kelas bimbingan, program pemantapan KAA, halaqah ilmu dan sebagainya. Semua laporan perbelanjaan perlu dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak selewat-lewatnya sebelum bulan Disember 2023. HARI : JUMAAT TARIKH : 28 JULAI 2023 TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN SASARAN : GURU PENYELARAS KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) NEGERI PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 24 SESI LIBAT URUS PENGURUSAN KAUNSELING DAN KERJAYA MURID SMKA DAN SABK NEGERI PERAK TAHUN 2023 Sesi libat urus bersama guru kaunseling SMKA dan SABK kali ini adalah kesinambungan daripada program Quick Wins di Mercure Kuala Lumpur Hotel pada Julai yang lalu. Perjumpaan kali ini adalah untuk memberi penerangan dan taklimat tentang fungsi dan peranan guru kaunseling di sekolah. Sesi libat urus ini adalah untuk memberikan idea dan pembugaran kepada guru kaunseling sekolah untuk membantu guru-guru di sekolah mengenali cara belajar murid, warna murid dan seumpamanya. Adalah diharapkan melalui perkongsian ini, pencapaian murid di dalam SPM 2023 akan dapat ditingkatkan. Sesi libat urus ini adalah kolaborasi bersama Puan Norhuda Bt Othman Zailu, Pegawai Unit HEM dari Sektor Pembangunan Murid. Taklimat ini telah disampaikan oleh Cikgu Siti Norhafiza Bt Zanaia Bidin jurulatih utama guru kaunseling dari SMK Tasek Damai. HARI : RABU TARIKH : 23 OGOS 2023 TEMPAT : BILIK PERDANA BESTARI SSTP JALAN TASEK SASARAN : GURU KAUNSELOR SMKA DAN SABK SELURUH NEGERI PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 25 PROGRAM PENGALAMAN LAPANGAN (PPL) MAHASISWA FAKULTI TARBIYAH & KEGURUAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI IMAM BONJOL PADANG INDONESIA TAHUN 2023 Universiti Islam Negeri Imam Bonjol Padang Indonesia telah menyatakan hasrat berhubung program pengantarabangsaan yang telah mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan itu pada 5 September, UIN Imam Bonjol telah menghantar seramai 25 orang pelajar Universiti Islam Negeri Imam Bonjol untuk mengikuti Latihan Mengajar Mahasiswa Dalam Kegiatan PPL-KKN Intergrasi. Mereka akan ditempatkan di 6 buah SABK iaitu Maahad Al Ehya Asshariff, SR Islam Al Ehya Asshariff, SMA Maahad Nurul Fadzliah, SMA Maahad Al Aziz, Maahad Al-Imam Asy Syafiee dan SABK Maahad Al-Ummah bagi menjalani latihan keguruan tersebut. Pelajar-pelajar ini diminta menyediakan laporan latihan tersebut sebelum selesai menjalani latihan keguruan dan menghantar ke Sektor Pendidikan Islam melalui sekolah mereka masing-masing. Sepanjang latihan tersebut, mereka didatangi oleh pensyarah (dosen) mereka dari universiti untuk membuat penilaian program. Banyak respon positif yang diterima dan berharap agar program seumpama ini akan dapat dilaksanakan untuk tahun-tahun yang akan datang. Program ini telah berakhir pada 30 September 2023, dan mereka telah dijemput oleh pensyarah-pensyarah mereka dari UIN Padang Indonesia. HARI : SELASA TARIKH : 5 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : SEK RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH SASARAN : 5 BUAH SABK TERPILIH UNTUK PROGRAM PENGANTARABANGSAAN
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 26 PROGRAM PENGALAMAN LAPANGAN (PPL) MAHASISWA FAKULTI TARBIYAH & KEGURUAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI IMAM BONJOL PADANG INDONESIA TAHUN 2023
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 27 BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH (PQS) PERINGKAT NEGERI PERAK Bengkel peningkatan profesionalisme guru mata pelajaran Pendidikan Al Quran & As Sunnah (PQS) yang dilaksanakan kali ini adalah program kolaborasi bersama Unit Pendidikan Islam PPD Kinta Utara dan Maahad Tahfiz Al Quran Baqib (MATAQAB). Antara tujuan program ini adalah untuk membantu guru dan pelajar meningkatkan pencapaian peratus dan GPS khususnya bagi mata pelajaran PQS. Bengkel ini dibahagikan kepada 3 kumpulan ; i. Bengkel Kecemerlangan PQS (Kumpulan Murid Cemerlang) ii. Bengkel Kecemerlangan PQS (Kumpulan Murid Potensi Cemerlang) iii. Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru PQS Pada sesi pagi, Bengkel Kecemerlangan PQS bersama murid telah berlangsung di Dewan SM Izzuddin Shah dan Dewan Sekolah Raja Perempuan Taayah. Manakala sebelah petangnya adalah program bersama guru PQS di SMK Raja Chulan Ipoh. Ustaz M Nazom bin Mohd Yusof, Guru Cemerlang Pendidikan Al Quran dan As Sunnah, SMKA Segamat Johor telah dijemput khas sebagai penceramah dan pemudahcara bagi program ini. HARI : JUMAAT TARIKH : 8 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK RAJA CHULAN, IPOH SASARAN : 32 GURU PQS SELURUH NEGERI PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 28 BENGKEL PEMBINAAN MODUL TOPIKAL SPM BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB KSSM NEGERI PERAK TAHUN 2023 Pada bulan Mei yang lalu, satu perjumpaan bersama jurulatih utama Bahasa Arab telah dibuat bagi projek membina modul topikal SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dibuat termasuk mencari bahan-bahan peninggalan Almarhum Ustaz Khairur Rosikhan bin Mohd Muridun, mantan Penolong Pengarah Bahasa di Sektor Pembelajaran JPN Perak sebagai sumber rujukan. Selain itu juga, jurulatih utama tersebut juga berusaha menghasilkan beberapa bahan bagi tujuan tersebut. Mereka telah dibahagikan tajuk mengikut kumpulan oleh ketua jurulatih utama, Ustaz Nik Malek dari SMK Raja Chulan. Setelah beberapa bulan penghasilan bahan modul topikal tersebut, maka pada 20 September diadakan bengkel pengumpulan dan pemurnian modul tersebut. Namun ada tiga orang jurulatih utama tidak dapat hadir, kerana komitmen mereka di sekolah masing-masing. Modul ini berjaya disiapkan sebelum 1 Oktober 2023. Ianya telah dikongsikan kepada sekolah-sekolah yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab melalui UPI di PPD seluruh Negeri Perak. Semoga modul ini memberi manfaat kepada murid-murid negeri Perak khususnya. HARI : RABU TARIKH : 20 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : BILIK AL KHINDI SEKOLAH IZZUDDIN SHAH SASARAN : 15 JURULATIH UTAMA NEGERI BAGI BAHASA ARAB (KSSM)
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 29 OPEN CLASSROOM TOWARDS EXCELLENCE SPM 2023 BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Open Classroom Towards Excellence SPM adalah salah satu program intervensi yang dilaksanakan sewaktu pandemik Covid19 melanda negara. Memandangkan keberkesanan program ini dilihat dari sudut yang positif, maka ianya diteruskan dengan kolaborasi bersama Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Program ini telah mendapat tajaan daripada Yayasan Perak. Sektor Pendidikan Islam telah memilih Ustaz Raja Hafizi bin Raja Sehar, Guru Cemerlang Pendidikan Islam (SMK Sg Bayor LMS) dan Ustazah Nik Som binti Abdullah (SMK Dato Ahmad Lenggong) sebagai penceramah bagi program tersebut. Perkongsian ini diberikan secara dalam talian dan boleh ditonton oleh murid-murid yang bakal menduduki SPM 2023 dari seluruh negara dan negeri Perak khususnya melalui pautan youtube JPN Perak. Program ini amat sesuai bagi kumpulan murid galus, potensi cemerlang dan cemerlang. Penceramah memberi penekanan tentang teknik menjawab dan cara menjawab soalan-soalan KBAT dan KBAR serta mengenalpasti sasaran markah yang diperolehi. Penceramah Tarikh Ustazah Nik Som binti Abdullah 12 September 2023 Ustaz Raja Hafizi bin Raja Sehar 26 September 2023 HARI : SELASA TARIKH : 12 & 26 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN SASARAN : MURID-MURID SPM 2023 & GURU PENDIDIKAN ISLAM SELURUH PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 30 TAKLIMAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2023 Masih terdapat kekeliruan dan kesalahfahaman guru-guru Pendidikan Islam tentang konsep PBD dan kaedah pelaksanaannya yang betul. Sehubungan dengan itu, Sektor Pendidikan Islam cakna dengan isu tersebut dan mengambil langkah untuk memberi penerangan kepada guru-guru Pendidikan Islam seluruh negeri Perak melalui pautan youtube dan Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Pegawai meja PBD di Bahagian Pendidikan Islam KPM, Ustazah Nurulfitri Binti Asmawi, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam dan Pengajian Islam Elektif, Sektor Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia telah dijemput bagi sesi taklimat dan penerangan tentang PBD kali ini. Manakala Ustaz Raja Hafizi bin Raja Sehar, Guru Cemerlang Pendidikan Islam SMK Sg Bayor juga dijemput sebagai pemudahcara bagi taklimat ini. Diharapkan melalui sesi penerangan ini, guru-guru Pendidikan Islam akan lebih faham tentang pelaksanaan PBD dalam usaha mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan serta penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. HARI : ISNIN TARIKH : 18 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN SASARAN : GURU PENDIDIKAN ISLAM SELURUH NEGERI PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 31 BENGKEL PEMANTAPAN PEMBINAAN DAN PENANDAAN ITEM PENDIDIKAN ISLAM KSSM NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2023 Pemantapan Pembinaan dan Penandaan Item Pendidikan Islam adalah salah satu perkara penting yang perlu dimiliki oleh guru Pendidikan Islam sebagai kelangsungan kompetensi guru. Justeru itu, program seumpama ini dilaksanakan sebagai satu ruang kepada GPI negeri Perak memiliki kemahiran tersebut. Dengan peruntukan khas yang diterima daripada Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, program ini telah dirancang dengan teliti dengan kerjasama Panitia Daerah PPD Kuala Kangsar. Ustaz Kamarudin Bin Mohamad, Jurulatih Utama Kebangsaan Pendidikan Islam KSSM SMK Chabang Empat, Tumpat Kelantan telah dijemput sebagai penceramah bagi bengkel ini. Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kompetensi GPI dalam bidang penandaan dan pembinaan item Pendidikan Islam, disamping merapatkan ukhuwah sesama guru Pendidikan Islam itu sendiri. Seterusnya peserta program dikehendaki berkongsi segala ilmu yang diperolehi kepada rakan-rakan GPI yang lain di sekolah dan mengaplikasikannya didalam pengajaran & pembelajaran agar murid-murid negeri Perak khususnya akan mendapat impak yang besar. HARI : JUMAAT TARIKH : 27 OKTOBER 2023 TEMPAT : MH SENTRAL SG SIPUT SASARAN : 80 GURU PENDIDIKAN ISLAM SELURUH NEGERI PERAK DAN 12 PEGAWAI UPI PPD
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 32
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 33
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 34 MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM (SPI) TAHUN 2022 Majlis Anugerah Kecemerlangan SPI Tahun 2022 dilaksanakan setiap tahun bagi menghargai kejayaan yang telah dicipta oleh warga sekolah khususnya Sekolah SABK & SMKA. Selain itu ia juga meraikan pencapaian cemerlang mata pelajaran di bawah pengurusan SPI. Antara objektif pelaksanaan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPI adalah: • Memberi penghargaan kepada warga sekolah yang telah memperoleh kecemerlangan • Meningkatkan motivasi warga sekolah agar berazam untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan • Mengeratkan ukhuwah khususnya Sektor Pendidikan Islam selaku pengurus institusi sekolah agama di negeri dengan warga sekolah Sekalung penghargaan diucapkan kepada Menteri Besar Perak yang telah memberi tajaan dana untuk melaksanakan majlis ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi untuk terus memacu kejayaan. HARI : SELASA TARIKH : 18 JULAI 2023 TEMPAT : HOTEL MH, IPOH, PERAK SASARAN : PGB SMKA & SABK NEGERI PERAK, GURU MATA PELAJARAN CEMERLANG GPMP DALAM SPM DAN 2022, MURID CEMERLANG SPM 2022 DAN TOKOH SUMUR.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 35 BENGKEL KERJA PEMBINAAN MODUL GEMPUR SPM KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD) NEGERI PERAK TAHUN 2023 Bengkel ini dilaksanakan untuk menghasilkan bahan sokongan kecemerlangan SPM KBD bagi murid tingkatan 5. Ianya dibina oleh barisan JU negeri Perak. Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menghasilkan bahan sokongan KBD untuk kecemerlangan SPM. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. HARI : RABU TARIKH : 1 - 3 OGOS 2023 TEMPAT : PURNAMA BEACH RESORT, PANGKOR, PERAK SASARAN : JURULATIH UTAMA (JU) KBD NEGERI PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 36 ◦ BENGKEL KERJA PEMBINAAN MODUL GEMPUR SPM KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) NEGERI PERAK TAHUN 2023 Bengkel ini dilaksanakan untuk menghasilkan bahan sokongan kecemerlangan SPM KBT bagi murid tingkatan 5. Ianya dibina oleh barisan JU negeri Perak. Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah: ◦ Menghasilkan bahan sokongan KBT untuk kecemerlangan SPM Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. HARI : RABU - JUMAAT TARIKH : 4 - 6 OKTOBER 2023 TEMPAT : SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH SASARAN : JURULATIH UTAMA (JU) KBT NEGERI PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 37 BENGKEL KERJA PEMBINAAN MODUL GEMILANG STAM NEGERI PERAK 2023 Bengkel ini dilaksanakan untuk menghasilkan bahan sokongan kecemerlangan STAM bagi calon STAM 2024. Ianya dibina oleh barisan JU STAM negeri Perak. Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah: ◦ Menghasilkan bahan sokongan untuk kecemerlangan STAM Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada JAIPK, yang memberikan sumbangan dana untuk pelaksanaan program ini. HARI : SELASA - RABU TARIKH : 26 - 27 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : HOTEL TRAVELODGE, IPOH SASARAN : JURULATIH UTAMA (JU) STAM NEGERI PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 38 BENGKEL PENGUKUHAN PENATARAN KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD) SEMAKAN TINGKATAN 4 NEGERI PERAK TAHUN 2023 Bengkel Pengukuhan Penataran KBD Semakan Tingkatan 4 Negeri Perak Tahun 2023 dilaksanakan bagi semua mata pelajaran KBD tingkatan 4 2023 mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Ianya dilaksanakan bagi memantapkan kefahaman guru terhadap DSKP KBD Semakan Tingkatan 4 yang merupakan silibus baru KBD dengan mengguna pakai kandungan buku Maahad Bu’uth Al Azhar. Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah: • Membantu guru memahami DSKP KBD Semakan Tingkatan 4 yang baru • Mendapatkan maklumat dan isu berkaitan kandungan mata pelajaran berdasarkan buku teks Maahad Bu’uth Al Azhar • Merangka tindak susul bagi menyelesaikan isu dan permasalahan guru terhadap silibus baru ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Jurulatih Utama (JU) yang berkongsi ilmu dan memberi bimbingan kepada semua guru yang terlibat. HARI : RABU, KHAMIS, ISNIN & SELASA TARIKH : 29 & 30 MAC, 3&4 APRIL 2023 TEMPAT : BILIK KULIAH, SSTP, IPOH SASARAN : SEMUA GURU TINGKATAN 4 YANG MENGAJAR MATA PELAJARAN KBD SEMAKAN
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 39 DAURAH KITAB IQNA’ NEGERI PERAK TAHUN 2023 Daurah Kitab Iqna’ Negeri Perak Tahun 2023 dilaksanakan dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) secara berkala setiap minggu. Daurah ini telah menjemput Ustaz Mohd Khidir Maruai dari Sekolah Pondok Hidayatullah, Lekir untuk membimbing guru-guru memahami kitab Iqna’ secara terus melalui melalui aplikasi Google Meet. Antara objektif pelaksanaan daurah kitab ini adalah: • Memantapkan kefahaman guru terhadap kandungan kitab Iqna’ Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada JAIPK, yang memberikan sumbangan dana untuk pelaksanaan program ini. HARI : SETIAP KHAMIS MASA : 2.00 - 4.00 PETANG TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN MELALUI APLIKASI GOOGLE MEET SASARAN : SEMUA GURU YANG MENGAJAR MATA PELAJARAN AL SYARIAH TINGKATAN 4.
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 40 DAURAH KITAB SYARAH IBNU AQIL NEGERI PERAK TAHUN 2023 Daurah Kitab Syarah Ibnu Aqil Negeri Perak Tahun 2023 dilaksanakan dengan kerjasam daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Majlis Pengetua SMKA & SABK Negeri Perak serta Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) SABK Negeri Perak. Daurah ini telah menjemput Ustaz Ahmad Iftikhar Arif Bin Aziz selaku penulis modul Cara Mudah Memahami Syarah Ibnu Aqil untuk membimbing guru - guru sepanjang program ini. Antara objektif pelaksanaan daurah kitab ini adalah: • Memantapkan kefahaman guru terhadap kandungan kitab Syarah Ibnu Aqil • Memberi pendedahan kepelbagaian kaedah pengajaran nahu yang kreatif dan menarik. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada JAIPK, MP IPA dan LPS SABK Negeri Perak yang memberikan sumbangan dana untuk pelaksanaan program ini. HARI : SELASA - KHAMIS TARIKH : 4 - 6 JULAI 2023 TEMPAT : AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM), TRONOH, PERAK. SASARAN : SEMUA GURU YANG MENGAJAR MATA PELAJARAN AL LUGHAH AL ‘ARABIAH AL MU’ASIRAH (LAM) TINGKATAN 4.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 41 PROGRAM KHALIL MURSYID DINI (KEMUDI) PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023 Program Khalil Mursyid Dini (KEMUDI) ini dilaksanakan untuk menyokong pembelajaran kurikulum baru menengah atas iaitu Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas Tingkatan Enam Dini (KBD MATED) yang merupakan tahun pertama dilaksanakan. Dalam program ini pelajar diminta membina talkhis (ringkasan mata pelajaran) dan membentangkankannya. Sesi pembentangan menggunakan konsep learning walk dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Antara objektif pelaksanaan program ini adalah: ◦ Meningkatkan pengetahuan kandungan mata pelajaran kepada murid tingkatan 4 tahun 2023 iaitu kohort pertama murid yang mengambil KBD Menengah Atas tahun 2023 ◦ Menghasilkan bahan bantu mengajar bagi KBD Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), yang memberikan sumbangan dana untuk pelaksanaan program ini. HARI : SABTU TARIKH : 14 OKTOBER 2023 TEMPAT : SEKOLAH IZZUDDIN SHAH SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 4 DAN GURU DINI YANG MENGAJAR TINGKATAN 4
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 42 KUNJUNG BIMBING PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SMKA DAN SABK NEGERI PERAK TAHUN 2023 Kunjung bimbing ini dilaksanakan untuk meninjau pengurusan panitia mata pelajaran dini dengan melihat kepada fail panitia dan temubual bersama ketua panita dan ahli panitia. Ianya merupakan tindak susul pasca program Kursus Peningkatan Profesionalisme Penolong Kanan Pentadbiran & Guru Kanan Pendidikan Islam SMKA & SABK Negeri Perak Tahun 2023 bersama Jemaah Nazir Negeri Perak yang telah menerangkan tentang SKPMG2 Standard 3 iaitu pengurusan kurikulum. Antara objektif pelaksanaan kunjung bimbing ini adalah: ◦ Memastikan pengurusan panitia mata pelajaran dapat dilaksanakan mengikut standard yang dutetapkan ◦ Berkongsi maklumat terkini tentang pengurusan panitia dan kurikulum dengan guru dan pentadbir sekolah Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. HARI : ISNIN, ISNIN & SELASA TARIKH : 14, 21 & 22 OGOS 2023 TEMPAT : SABK MAAHAD AR RIDHWAN, SABK MAAHAD AL EHYA ASSHARIFF, SABK SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH & SABK TAN SRI GHAZALI JAWI SASARAN : SEMUA GURU DINI, BAHASA ARAB & PI ELEKTIF
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 43 KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PENOLONG KANAN PENTADBIRAN & GURU KANAN PENDIDIKAN ISLAM SMKA & SABK NEGERI PERAK TAHUN 2023 Kursus ini dilaksanakan untuk membugarkan semula pengetahuan PKP dan GKPI di SMKA & SABK berkaitan pengurusan kurikulum dalam Standard 3 SKPMg2. Ianya disampaikan oleh 2 orang penceramah daripada pihak Jemaah Nazir Negeri Perak iaitu Dr. Manivannan A/L Subramaniam dan Pn. Rodiah Bt Abdul Wahid yang merupakan nazir kanan Jemaah Nazir Negeri Perak. Terdapat juga slot perkongsian amalan terbaik daripada Tn. Hj. Radin Shahri B Radin Salim, PKP SABK Addiniah. Antara objektif pelaksanaan kunjung bimbing ini adalah: ◦ Memenuhi hasrat PSO jabatan kluster 1 #8: Profesionalisme Guru & Kepimpinan Pendidikan- Meningkatkan kualiti pengurusan kurikulum/ kokurikulum/HEM berasaskan data driven ◦ Memberi input kepada peserta berkaitan pengurusan kurikulum ◦ Melahirkan SLT & MLT yang proaktif dalam pengurusan kurikulum di sekolah Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. HARI : RABU TARIKH : 3 MEI 2023 TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN SASARAN : SEMUA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PKP) DAN GURU KANAN PENDIDIKAN ISLAM (GKPI) SMKA & SABK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 44 PROGRAM MOTIVASI MURID CEMERLANG TINGKATAN 4 B40 DI SMKA DAN SABK NEGERI PERAK Program Motivasi Murid Cemerlang Tingkatan 4 B40 di SMKA dan SABK Negeri Perak ini dikelolakan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan anjuran bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya dipenuhi dengan slot motivasi dan kaedah belajar untuk pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam yang disampaikan oleh pihak konsultan yang telah dilantik oleh MARA. Peserta program ini akan terus dipantau prestasi akademiknya sehingga;ah mereka tamat menduduki peperiksaan SPM 2024. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah: • Meningkatkan jati diri murid melalui aspek sosial dan rohani untuk melahirkan murid sekolah agama yang berazam dan keyakinan diri untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. • Membimbing dan memupuk keperibadian serta sahsiah termasuk mengenalpasti potensi dalam bidang akademik • Membangunkan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid terpilih agar berdaya saing bagi menghadapi sebarang bentuk cabaran dan rintangan. • Menyalurkan maklumat dan membuka peluang kepada murid mendapat informasi pendidikan dan penajaan MARA. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta warga Sektor Pendidikan Islam yang menyokong pelaksanaan program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak MARA, yang memberikan sumbangan dana untuk pelaksanaan program ini. HARI : SELASA - KHAMIS TARIKH : 5 - 7 DISEMBER 2023 TEMPAT : HOTEL TRAVELODGE, IPOH SASARAN : MURID B40 YANG CEMERLANG & KAUNSELOR SMKA DAN SABK NEGERI PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 45
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 46 ANUGERAH PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH (PERSISS) KPM-BANK ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAAN 2022 Anugerah PERSISS Peringkat Kebangsaan telah berlansung di UNiSZA Kuala Terengganu bagi mengiktiraf usaha yang telah dilakukan oleh negeri-negeri dalam pengimarahan surau/musalla. Negeri Perak telah menghantar 2 calon sekolah rendah dan 2 calon kategori menengah Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) merupakan program penarafan bagi mengiktaraf surau/musalla yang terdapat di sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Antara objektif PERSISS adalah untuk melihat surau/musalla diimarahkan dengan perlbagai aktiviti yang bermanfaat buat warga sekolah. Program PERSISS ini juga mendapat pengiktirafan tajaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad. Alhamdulillah, pada tahun 2023 Negeri Perak telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam PERSISS. Keempat-empat calon yang dihantar telah menempa tempat diperingkat kebangsaan. SMK Kg Dato Seri Kamaruddin, Manjung, Johan Kategori Musalla SM (RM11,000), SK Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Naib Johan Kategori Surau SR (RM9,000), SK Jalan Pegoh, Keempat Kategori Musalla SR (RM5,000), manakala SMK Dato’ Sagor, Keempat Kategori Surau SM (RM5,000). Anugerah telah disampaikan oleh KPPM Dato’ Hj Pkhruddin bin Hj Ghazali. Tahniah dan syabas diucapkan HARI : ISNIN - SELASA TARIKH : 13-14 MAC 2023 TEMPAT : UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNiSZA) KUALA TERENGGANU SASARAN : 4 CALON SURAU SR DAN SM SELURUH NEGARA
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 47 MESYUARAT TAHUNAN PERWAKILAN PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PEKDIS) NEGERI PERAK 2023 Mesyuarat Tahunan Perwakilan PEKDIS Cawangan Perak merupakan acara tahunan bagi memilih Jawatankuasa PEKDIS yang baru. Antara lain juga mesyuarat ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli. Bagi edisi 2023, mesyuarat ini dikelolakan oleh PPD Manjung Mesyuarat Tahunan Perwakilan PEKDIS 2023 pada kali ini diadakan pada bulan Ramadan. PPD Manjung telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan mesyuarat pada kali ini. Seperti sebelum ini, mesyuarat pada kali ini juga diadakan secara hybrid dimana sebahagian perwakilan di daerah telah mengikuti mesyuarat di dalam talian. Kerjasama baik dari unit ICT daerah dan jawatankuasa yang telah dilantik menjadikan mseyuarat berjalan dengan lancar. Mesyuarat pada kali ini juga dirasmikan oleh En Khairuddin bin Abu Hanifah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak. Disamping itu, Bank Islam Malaysia Berhad juga sudi menaja hadiah cabutan bertuah kepada semua perwakilan yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan majlis berbuka puasa Jawatankuasa PEKDIS Cawangan Perak HARI : KHAMIS TARIKH : 30 MAC 2023 TEMPAT : RESTORAN IKAN REBUS LUMUT SASARAN : SEMUA PERWAKILAN PEKDIS SELURUH NEGERI PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 48 JAULAH RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2023 Jaulah Ramadan KPM merupakan program tahunan yang dihadiri oleh kepimpinan KPM ke sekolah-sekolah terpilih seluruh negara. Dua sekolah terpilih negeri Perak iaitu SMKA Sultan Azlan Shah (Berbuka Puasa) dan SABK Maahad Al Imam Asy Syafie (Sahur) Program Jaulah Ramadan KPM pada tahun ini dihadiri oleh Puan Noriah binti Haron, Timbalan Pengarah Pembangunan Program Adab Dan Nilai BPI KPM berserta rombongan. Sesi berbuka puasa diadakan di SMKA Sultan Azlan Shah yang melibatkan keseluruhan warga sekolah. Majlis dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh Puan Noriah binti Haron bertempat di Surau Asy Syafiee SMKASAS. Bagi sesi bersahur pula, program diadalah di Dewan Makan SABK Maahad Al Imam Asy Syafie. Program bermula seawal jam 4.00 pagi dimana semua murid berkumpul di dewan makan. Program ini juga telah dihadiri oleh Encik Fauzi bin Mahson untuk bersamasama Timbalan Pengarah PADNI. Sejurus selepas bersahur, semua yang hadir menunaikan solat subuh seterusnya mendengan ucapan daripada Timbalan Pengarah PADNI. HARI : SELASA TARIKH : 11 APRIL 2023 TEMPAT : SMKA SULTAN AZLAN SHAH (BERBUKA PUASA) MAAHAD AL IMAM ASY- SYAFIE (BERSAHUR) SASARAN : SEMUA WARGA SMKASAS & MAIS
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 49 KEM DAIE PENA MUDA SEKOLAH-SEKOLAH (ONLINE) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 Kem Daie Pena Muda (KDPM) merupakan kem penulisan yang di adakan di peringkat negeri dan kebangsaan. KDPM pada kali ini membabitkan 7 orang fasilitator Bahasa Melayu dan 4 orang fasilitator Bahasa Inggeris serta 2 Mursyid Teknikal. Seramai 54 peserta yang terlibat pada tahun ini. KDPM peringkat negeri pada kali ini diadakan secara hybrid. Fasilitator ditempatkan di SSTP Perak manakala peserta berada dilokasi masing-masing. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, KDPM pada kali ini diadakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Peserta telah diberikan teknik penulisan oleh Jurulatih Utama Pn Hayati Saad dan juga Encik Mohamad Haziq bin Mohd Ridzwan. Beberapa slot pembentangan karya juga telah diadakan bagi mencari karyakarya yang berkualiti untuk diangkat ke peringkat kebangsaan. Paling istimewa, KDPM pada kali ini telah dihadiri Timbalan Pengarah Pembangunan Program Adab Dan Nilai Bahagian Pendidikan Islam KPM, Puan Noriah bin Haron. Kehadiran beliau adalah untuk mengisi slot Bicara Murabbi dan memberi inspirasi penulisan kepada semua peserta. HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 12 & 13 APRIL 2023 TEMPAT : SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN (SSTP) PERAK SASARAN: MURID TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TERPILIH SELURUH PERAK