SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 50 NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH (NKISS)-ONLINE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 Nadwah Kepemimpinan Islam SekolahSkeolah (NKISS) Peringkat Negeri Perak 2023 pada tahun ini diadakan secara dalam talian. Program NKISS pada tahun ini melibatkan penyertaan seramai 86 peserta dari sekolah menengah terpilih seluruh negeri Perak. Seramai 10 fasilitator dan 2 Mursyid Teknikal yang turut terlibat pada kali ini Apa yang menarik pada NKISS Peringkat Negeri pada tahun ini adalah, semua peserta dikehendaki menyiapkan persembahan video ‘Tik Tok’ masing-masing sebelum tarikh NKISS yang sebenar. Semua video Tik Tok dikumpul oleh Fasilitator untuk dinilai. Disamping itu juga peserta juga akan terlibat dengan aktiviti Bicara Spontan dan juga Mimbar Daie Semua peserta telah menunjukkan semangat dan kerjasama yang baik sepanjang program diadakan. Komitmen daripada guru pembimbing di sekolah juga amat menggalakkan. Daripada NKISS peringkat negeri ini, seramai 10 peserta lelaki dan 10 peserta terbaik perempuan telah dipilih untuk mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kolej Matrikulasi Banting, Selangor. Peserta NKISS Negeri Perak 2023 telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan semua peserta yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan dapat menunjukkan prestasi yang baik. Di samping mengasah bakat dan kemahiran kepimpinan dalam diri, peserta juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama sendiri HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 10 & 11 MEI 2023 TEMPAT : SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN (SSTP) PERAK SASARAN: MURID TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TERPILIH SELURUH PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 51 KEM PEMANTAPAN SAHSIAH (KEMPAS) SEKOLAH-SEKOLAH (ONLINE) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 Kem Pemantapan Sahsiah (KEMPAS) Peringkat Negeri Perak 2023 adalah antara siri kem yang diadakan secara dalam talian. Kem ini juga mengkhususkan kepada pembinaan sahsiah diri pelajar di negeri Perak. Seramai 60 peserta sekolah menengah terpilih seluruh negeri Perak telah menyertai KEMPAS pada kali ini Walaupun diadakan secara dalam talian, KEMPAS pada kali ini juga mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua peserta. Penglibatan aktif semua peserta sepanjang aktiviti yang diadakan sangat dipuji. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Ceramah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Bicara Spontan yang menguji minda peserta. Seramai 10 fasilitator dan 2 mursyid teknikal telah diberi tugas untuk menyelaras KEMPAS pada kali ini. Majlis perasmian penutupan KEMPAS Negeri Perak pada kali telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Tuan Haji Muhammad bin Yahya. Antara isi ucapannya, semua peserta perlu bersedia dengan cabaran sahsiah yang akan dihadapi oleh peserta sama ada di sekolah mahupun di dalam masyarakat. Peserta perlu bersedia scara fizikal dan mental, disamping mempunyai pegangan agama yang mantap untuk melangkah lebih jauh dalam kehidupan nanti. HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 7-8 JUN 2023 TEMPAT : SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN (SSTP) PERAK SASARAN: MURID TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TERPILIH SELURUH PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 52 QIYADI JUNIOR SEKOLAH-SEKOLAH (QJUSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 Qiyadi Junior Sekolah-Sekolah (QJUSS) Negeri Perak merupakan program kepimpinan yang disediakan kepada murid tahun enam. Antara objektif QJUSS adalah untuk melatih kemahiran kepimpinan dan sahsiah diri dalam diri murid. Seramai 72 orang murid yang terlibat dalam QJUSS pada kali ini. Disamping itu, seramai 10 fasilitator dijemput untuk memberi latihan kepada semua peserta. Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti Cemarah Kepimpinan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ekplorace Kepimpinan dan Aktiviti Kerohanian. Semua peserta telah memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang program QJUSS diadakan. Kelengkapan yang tersedia di Pusat Kokurikulum Terosor, Sg Siput juga telah membantu urus setia untuk merancang aktiviti dengan jayanya. Komitmen dari fasilitator adalah sangat baik dengan bertindak sebagai pemudahcara serta sebagai jurulatih kepada semua peserta. Sepanjang program diadakan peserta akan dinilai dari sudut kepimpinan, sahsiah, kefasihan berkomunikasi. Seramai 10 peserta lelaki terbaik dan 10 peserta perempuan terbaik telah dipilih untuk mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan nanti. HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 13-14 JULAI 2023 TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM TROSOR, SG SIPUT SASARAN: MURID TAHUN ENAM SEKOLAH RENDAH TERPILIH SELURUH PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 53 KEM DAIE PENA MUDA SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 Kem Daie Pena Muda Sekolah-Sekolah KPM Kebangsaan 2023 kelolaan JPN Kelantan telah diadakan selama 4 hari 3 malam bertempat di SSTP JPN Kelantan. Negeri Perak telah menghantar 8 orang peserta karya Bahasa Melayu dan 2 orang peserta karya Bahasa Inggeris. KDPM Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan yang diadakan adalah bertujuan mencungkil bakat penulisan dalam kalangan murid sekolah-sekolah seluruh negara. Pada edisi kali ini, setiap negeri diminta menghantar wakil bagi kategori karya Bahasa Melayu dan karya Bahasa Inggeris. Peserta dikehendaki menyampaikan ‘resensi’ karya masing-masing untuk dinobatkan sebagai Karja Terbaik Pelbagai aktiviti diadakan oleh pihak penganjur termasuk interaksi bersama penulis-penulis berpengalaman. Disamping berkongsi pengalaman, peserta juga diberi peluang memberi pandangan sepanjang program belansung. Peserta juga dibawa ke Pantai Senok Kelantan untuk merasai pengalaman santai mengadakan ‘resensi’ karya masing-masing. Semua karya peserta telah dikumpulkan untuk penghasilan antologi karya dakwah murid edisi 2023 HARI : ISNIN - KHAMIS TARIKH : 31 JULAI – 3 OGOS 2023 TEMPAT : SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN JPN KELANTAN SASARAN : 10 PESERTA KDPM PERINGKAT NEGERI SELURUH NEGARA
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 54 NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH (NKISS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 NKISS Kebangsaan 2023 merupakan rentetan NKISS yang telah diadakan diperingkat negeri masing-masing. Negeri Perak telah menghantar 10 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan. Peserta ini juga diiringi oleh 3 pegawai SPI dan 3 guru pengiring NKISS KPM Peringkat Kebangsaan edisi 2023 dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Untuk edisi kali ini, peserta disediakan dengan pelbagai modul kepimpinan baru. Pelbagai slot kepimpinan telah dikelolakan oleh fasilitator yang dilantik. Sesi perasmian pembukaan dan kalam mahabbah telah disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina bin Sidek. Peserta juga dibawa ke sesi lawatan dan khidmat masyarakat yang diadakan disekitar bandar Banting. Pelbagai pengalaman baru diperolehi oleh peserta seperti berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat dan menikmati panorama di Jugra dan Banting. Peserta juga diberi peluang untuk mengembangkan bakat melalui Kuliah Tiga Minit (KULTIM). Peserta yang menyerlah telah dinobatkankan dengan pelbagai anugerah yang disediakan. HARI : ISNIN - KHAMIS TARIKH : 11 – 14 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR, MUKIM JUGRA BANTING SASARAN : 20 PESERTA NKISS PERINGKAT NEGERI DARI SELURUH NEGARA
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 55 KEM JATI DIRI (KEMJATI) SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 Kem Jati Diri Sekolah-Sekolah KPM peringkat Negeri Perak dirancang bagi mededahkan murid kepada pembentukan jati diri seorang muslim. Seramai 76 orang murid dari sekolah menengah terpilih seluruh negeri Perak telah menyertai kem pada kali ini. manakala seramai 10 fasilitator telah diberi kepercayaan mengelola kem. Selama 2 hari dan 1 malam peserta telah didedahkan dengan ilmu dan kemahiran jati diri yang diberikan melalui fasilitator. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang program diadakan termasuklah Ceramah Mengenal Diri, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Kembara Ibadah (Explorace), Pengurusan Jenazah dan Muhasabah Diri. Penglibatan aktif semua peserta menjadikan KEMJATI pada kali ini lebih bermakna. Peserta menunjukkan minat yang mendalam terhadap aktiviti yang telah disediakan. Peserta juga diberi peluang untuk mencuba pelbagai kemahiran disamping peluang menjadi imam dan bilal sebagai salah satu aktiviti kerohanian. Semoga ilmu yang dipelajari akan menjadi bekalan kepada peserta untuk menjadi muslim yang berjati diri. HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 19-20 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM TROSOR, SG SIPUT SASARAN: MURID TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TERPILIH SELURUH PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 56 KEM PEMANTAPAN AKIDAH (KEMPAK) SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 Kem Pemantapan Akidah (KEMPAK) Negeri Perak dirancang kepada murid yang mempunyai sahsiah sederhana. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada murid berkaitan akhidah dan jati diri muslim yang perlu kepada murid Islam. Seramai 54 orang peserta telah menyertai KEMPAK pada kali ini. Kem yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam ini telah menyediakan aktiviti seperti Ceramah Mengenal Diri, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), EKplorasi Ibadah, Latihan Kerohanian dan Muhasabah Diri. Aktviti-aktiviti ini telah mendapat kerjasama penuh daripada semua peserta. Seramai 10 fasilitator disediakan bagi memudahcara perjalanan KEMPAK pada kali ini. Peserta didedahkan dengan ancaman-ancaman akidah disekitar mereka. Disamping itu peserta juga di maklumkan tentang bagaimana untuk mengatasi ancaman akidah yang ada. Seterusnya mereka didedahkan tentang bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral terutama berkaitan dengan akidah. HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 4-5 OKTOBER 2023 TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM TROSOR, SG SIPUT SASARAN: MURID TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TERPILIH SELURUH PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 57 KEM FITRAH KASIH (KEMFIKA) SEKOLAH-SEKOLAH MURID ORANG ASLI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 Kem Fitrah Kasih (KEMFIKA) Murid Orang Asli merupakan program yang telah dirancang bagi memberi pendedahan tentang ilmu sahsiah dan fardhu ain kepada murid-murid asli. Seramai 78 orang murid asli dari tahap 2 telah menyertai kem pada kali ini. Sebahagian besar anak-anak murid asli tidak pernah menghadiri kem yang diadakan seperti ini. pelbagai aktiviti telah disediakan kepada mereka termasuk Cemarah Mengenal Diri, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Innas Solati, Eksplorasi Ibadah, Ilmu Kerohanian dan Muhasabah Diri. Peserta telah diberi penekanan tentang ilmu solat dan fardhu ain yang merupakan kewajipan ke atas individu muslim. Seramai 10 fasilitator telah disediakan yang menjadi pemudahcara dan jurulatih kepada semua peserta. Ada dalam kalangan peserta yang pertama kali merasakan suasana melaksanakan Qiyamullail dana aktiviti kerohanian. Pelbagai pengalaman baru disediakan kepada semua peserta yang hadir. HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 25-26 OKTOBER 2023 TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM TROSOR, SG SIPUT SASARAN: MURID TAHUN ENAM & TAHAP 2 SEKOLAH MURID ORANG ASLI TERPILIH SELURUH PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 58 PEMANTAPAN NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH KPM ZON UTARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 Program Pemantapan NKISS KPM Zon Utara merupakan rentetan daripada saranan YB Menteri Pendidikan untuk melihat hala tuju peserta NKISS selepas mengikuti NKISS Peringkat Kebangsaan 2023. PNKISS Zon Utara 2023 melibatkan 20 peserta daripada 4 negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis dengan jumlah 80 orang peserta. Program PNKISS Zon Utara diadakan selama 2 hari 2 malam yang melibatkan 2 Jurulatih Kebangsaan, 16 Jurulatih Utama Negeri serta urus setia dari Sektor Pendidikan Islam JPN Perak dan Bahagian Pendidikan Islam KPM. Pelbagai aktiviti ransangan untuk pemantapan kemahiran kepimpinan kepada peserta telah disediakan. Latihan pelaksanaan modul kepimpinan telah diberikan oleh JUK kepada semua peserta yang sudah digelas sebagai Fasilitator. Program ini juga mendapat kerjasama jalinan dan jaringan yang baik daripada Jabatan Belia Dan Sukan, Majlis Perbandaran Taiping, Pejabat Kesihatan Daerah Taiping, Zoo Taiping dan Rumah Seri Kenangan Taiping. Selain itu, semua peserta diberi peluang untuk memberi latihan berdasarkan kepada sekolah-sekolah terpilih seperti SMK Bukit Jana, KV Taiping, Maahad Al Khair Lil Banat dan SMK King Edward IV. HARI : SELASA - KHAMIS TARIKH : 7-9 NOVEMBER 2023 TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA LARUT MATANG, KAMUNTING, PERAK SASARAN : PESERTA NKISS KEBANGSAAN 2023
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 59 KEM FITRAH KASIH (KEMFIKA) SEKOLAH-SEKOLAH SMJK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 Kem Fitrah Kasih (KEMFIKA) SekolahSekolah SMJK Peringkat Negeri Perak telah diadakan bagi memberi pendedahkan tentang ilmu sahsiah dan fardhu ain kepada semua peserta. Seramai 68 murid SMJK telah menyertai kem pada kali ini. Kebanyakkan maklum balas yang diperolehi daripada murid-murid SMJK pada kali ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah menghadiri kem seperti ini. KEMFIKA SMJK pada kali menyediakan aktiviti seperti Ceramah Mengenal Diri, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Inna Solati, Tahsin Solat, Ekplorasi Ibadah dan Muhasabah Diri. Semua peserta telah menampilkan keberanian dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Seramai 10 fasilitator membantu bagi memudahcarakan semua aktiviti yang disediakan dalam program ini. Peserta didedahkan tentang betapa pentingnya ilmu fardhu ain terutama wudhuk dan solat yang menjadi tiang kehidupan seorang muslim. Setiap peserta diberi peluang untuk menjadi imam dan bilal dalam aktiviti kerohanian. Disamping itu mereka juga bebas untuk memberi sebarang pandangan tentang isuisu fardhu ain yang diberikan. HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 22-23 NOVEMBER 2023 TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM TROSOR, SG SIPUT SASARAN: MURID TINGKATAN EMPAT SEKOLAH-SEKOLAH SMJK TERPILIH SELURUH PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 60 KEM FITRAH KASIH (KEMFIKA) SEKOLAH-SEKOLAH SJKCT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 Kem Fitrah Kasih (KEMFIKA) Sekolah-Sekolah SJKCT Peringkat Negeri Perak dikhususkan kepada murid SJKC seluruh negeri Perak. Seramai 68 murid SJKC telah menyertai kem pada kali ini. 11 fasilitator yang terlibat dalam melatih serta memberi bimbingan kepada semua peserta Program KEMFIKA SJKCT yang melibatkan murid sekolah rendah di SJKCT seluruh negeri Perak ini memberi penekanan tentang ilmu sahsiah diri dan fardhu ain. Peserta diberi bimbingan terus mengenai ilmu menegenal diri, wudhuk dan bersuci, solat, tahsin solat bersama fasilitator, isu-isu sahsiah dan muhasabah diri. Peserta juga diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dalam menjadi ketua pada setiap aktiviti yang dilaksanakan. Disamping itu, peluang juga diberi kepada peserta yang yang ingin menampilkan diri sebagai pengaca majlis, imam dan bilal. Pada keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang diharapkan HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 6-7 DISEMBER 2023 TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM TROSOR, SG SIPUT SASARAN: MURID TAHUN ENAM & TAHAP 2 SEKOLAH-SEKOLAH SJKCT TERPILIH SELURUH PERAK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 61 KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM (KSGPI) PERINGAT KEBANGSAAN 2023 Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) 2023 telah berlansung di Alor Setar. KSGPI pada kali ini mempertandingkan 9 permainan iaitu Futsal, Bola Jaring, Badminton, Catur, Petanque, Ping Pong, Memanah, Boling dan Sepak Takraw. Pada edisi kali ini Kontinjen Perak menghantar penyertaan pada semua acara. Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain sangat membanggakan. Sokongan padu yang diberikan oleh kontinjen dan penyokong yang hadir telah membakar semangat pemain untuk menunjukkan kesungguhan dalam setiap acara. HARI : RABU & KHAMIS TARIKH : 26-29 DISEMBER 2023 TEMPAT : ALOR SETAR KEDAH SASARAN: SEMUA AHLI PEKDIS NEGERI SELURUH NEGARA PENCAPAIAN KONTINJEN PERAK KSGPI KEBANGSAAN 2023 EMAS - 3 PERAK - 4 GANSA - 4 KE-4 - 3 TEMPAT KE 3 KESELURUHAN
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 62 KEM KEPEMIMPINAN AL FATIH KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK DAN HABATAN MUFTI NEGERI PERAK Kem Kepemimpinan Al Fatih telah di adakan dengan jayanya yang bertempat di Purnama Beach Resort Pulau Pangkor melibatkan 100 orang peserta daripada 50 buah sekolah negeri Perak. Program yang bermatlamat membentuk pemimpin masa hadapan ini mendapat tajaan sepenuhnya oleh Jabatan Mufti Negeri Perak dan pada kali ini team naqib Al Fatih dibantu oleh jurulatih Pusat Ko-kurikulum Pulau Pangkor dengan kekuatan seramai 10 orang jurulatih. Selain pengisian ilmu kepimpinan yang disampaikan oleh Profesor Yahya Mat Som, peserta juga di beri latihan “water confident” dan “hiking” sebagai pengisian program. Kami mewakili urusetia bersama program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Perak yang sentiasa sudi bekerjasama menjayakan program ini. Tidak dilupakan kepada tuan penceramah Professor Yahya Mat Som dan semua jurulatih Pusat Ko-kurikulum Pulau Pangkor yang bertungkus lumus membantu menjayakan program sehingga selesai. Kepada semua naqib yang bertugas SPI memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas keizinan Allah maka program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. HARI : ISNIN HINGGA RABU TARIKH : 10 – 12 JULAI 2023 TEMPAT : PURNAMA BEACH RESORT PULAU PANGKOR SASARAN: 100 ORANG MURID TERPILIH SMKA/SABK/SMK
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 63 DAURAH MURSYID BIL1 / 2023 Daurah mursyid Guru Pendidikan Islam telah dilaksanakan pada 8/2/2023 bertempat di SSTP negeri dengan di hadiri oleh 96 orang guru Pendidikan Islam dengan pecahan 4 GPI rendah dan 4 GPI menengah. Pengisian bertajuk makhraj dan sifat huruf telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Shamsul Ariffin Bin Saban. Seorang qori negeri Perak yang pernah menjadi johan negeri Perak dalam pertandingan tilawah peringkat negeri juga johan diperingkat kebangsaan. Maklumbalas dari peserta amat memberangsangkan yang mana semua peserta mengambil bahagian dengan begitu pro aktif dalam sesi ceramah yang diadakan. Kesinambungan daripada program ini peserta diminta menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada warga sekolah dimana mereka bertugas. Kata kata aluan telah disampaikan oleh tuan Haji Mohd Azlan Bin Mohd Noor selaku Ketua Penolong Pengarah PADNI Sektor Pendidikan Islam manakala Tuan Haji Mohamad Bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam telah merasmikan Daurah Mursyid kali ini. HARI : RABU TARIKH : 8 FEBRUARI 2023 TEMPAT : SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN (SSTP) SASARAN : 96 GURU PENDIDIKAN ISLAM
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 64 DAURAH MURSYID BIL 2 / 2023 Daurah Mursyid bil 2/2023 mengetengahkan tajuk “mengenali ciriciri ajaran sesat serta kaedah menanganinya “. Bagi membicarakan perkara tersebut unit pembangunan adab dan nilai telah berjaya mendapat kerjasama dari pihak penyelidikan JAIPk dan Bahagian Pendakwa Syarie Negeri Perak. Mereka diwakili oleh : 1. Dr Ahmad Muzammil Bin Mohamed Shapawi Unit Penyelidikan Agama Islam Perak 2. Puan Noratika Aziz Jabatan Pendakwa Syari’e Negeri Perak Pelbagai isu perihal ajaran sesat dalam negeri Perak khasnya dan di Malaysia umumnya dihuraikan oleh Dr Muzammil yang terlibat secara langsung dalam menangani perkara tersebut. Tambah menarik lagi apabila Puan Noratika mengetengahkan kepada audien kaedah menanganinya termasuk beberapa isu penting yang perlu guru fahami dari segi perundangan jika ianya berlaku di sekolah. Daurah Mursyid kali ini mendapat tajaan penuh dari pihak MAIPk yang mana seorang pegawai MAIPk juga telah turut serta membentangkan perihal zakat pendapatan kepada para peserta. HARI : KHAMIS TARIKH : 14 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN (SSTP) SASARAN :
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 65 KARNIVAL FALAK PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH AGAMA KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI PERAK Antara acara yang akan di pertandingkan 1. E-video falak 1 min 2. E-poster 3. Logo & astrofotografi 4. Roket air sasaran 5. Pidato falak 6. Astro hunt 7. E-kuiz Dan antara pengisian aktiviti yg lain : 1. Ceramah : mengenal ilmu falak, menyingkap rahsia langit 2. Ceramah : merenung ayat2 kauniah 3. Bengkel diy arah kiblat 4. Bengkel penentuan waktu solat 5. Pertunjukkan planetarium Karnival falak kali ke 2 ini berjaya mendapat penyertaan 30 buah sekolah agama. Di jayakan dengan kerjasama Kelab Falak “Sahabat Langit Utara’ di terajui Cik Fatini serta team telah menjadikan program ini berjalan dengan lancar melengkapi objektif yang disasarkan. HARI : RABU TARIKH : 26 JULAI 2023 TEMPAT : SMKA KERIAN SASARAN : MURID TERPILIH DARI 30 BUAH SEKOLAH AGAMA NEGERI PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 66 MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) I NEGERI PERAK HARI : SABTU TARIKH : 22 JULAI 2023 TEMPAT : SMK BANDAR BARU PUTRA, IPOH PERAK SASARAN : MURID-MURID TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 6 YANG MEWAKILI 12 DAERAH NEGERI PERAK Pendahuluan : Bertemakan ‘ Akidah Mantap Lestari Sahsiah ‘ pertandingan ini diadakan bagi memperkukuhkan kemenjadian murid secara holistik melalui aktiviti-aktiviti yang memberi nilai tambah dalam pengetahuan, pengalaman dan motivasi agar menjadi insan yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani, sahsiah dan intelektual.. Objektif : - Menggalakkan pelajar menceburi kesenian Islam dan meningkatkan mutu dalam bidang tersebut. - Memperkembangkan bakat dan potensi diri pelajar dan memperkaya daya komunikasi dan interaksi melalui pertandingan. - Melahirkan peserta-peserta yang terbaik untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Penutup : Amatlah diharapkan program ini dapat mencapai objektif sebenar dan diberikan Allah ganjaran yang setingginya kepada semua pihak yang bertungkus lumus merealisasikannya. Dengan adanya program ini juga dapat merapatkan kerjasama baik antara warga pendidik, ibubapa, masyarakat dan pelajar dalam membudayakan kesenian Islam yang betul dalam kehidupan mereka.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 67 MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) II NEGERI PERAK Pendahuluan : Pertandingan ini diadakan bagi memperkukuhkan kemenjadian murid secara holistik melalui aktiviti-aktiviti yang memberi nilai tambah dalam pengetahuan, pengalaman dan motivasi agar menjadi insan yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani, sahsiah dan intelektual. Objektif : - Menggalakkan pelajar menceburi kesenian Islam dan meningkatkan mutu dalam bidang tersebut dan memperkembangkan bakat dan potensi diri pelajar. - Memperkaya daya komunikasi dan interaksi melalui pertandingan. - Melahirkan peserta-peserta yang terbaik untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Penutup : Amatlah diharapkan program ini dapat mencapai objektif sebenar dan diberikan Allah ganjaran yang setingginya kepada semua pihak yang bertungkus lumus merealisasikannya. Dengan adanya program ini juga dapat merapatkan kerjasama baik antara warga pendidik, ibubapa, masyarakat dan pelajar dalam membudayakan kesenian Islam yang betul dalam kehidupan mereka. Penutup : Amatlah diharapkan program ini dapat mencapai objektif sebenar dan diberikan Allah HARI : JUMAAT DAN SABTU TARIKH : 4 DAN 5 OGOS 2023 TEMPAT : SMK DOKTOR BURHANUDDIN, TAIPING SASARAN : MURID-MURID TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 6 YANG MEWAKILI 12 DAERAH NEGERI PERAK
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 68 IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS) NEGERI PERAK 2023 HARI : SABTU TARIKH : 19 OGOS 2023 TEMPAT : SMKA SLIM RIVER SASARAN : MURID-MURID TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 6 YANG MEWAKILI 12 DAERAH NEGERI PERAK Pendahuluan : Bersyukur kita kepada Ilahi kerana telah diberikan kekuatan untuk merancang bagi pelaksanaan aktiviti pertandingan kelolaan Sektor Pembangunan Program Adab Dan Nilai Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Perak bagi Tahun 2023. Objektif : 1. Menggalakkan murid menceburi kesenian Islam dan meningkatkan mutu dalam bidang tersebut dan memperkembangkan bakat dan potensi diri murid 2. Memperkaya daya komunikasi dan interaksi melalui pertandingan. 3. Membolehkan Sektor Pendidikan Islam Pendidikan Negeri Perak membentuk kontinjen ke peringkat Kebangsaan. Penutup : Amatlah diharapkan program yang akan dilaksanakan ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T serta diberikan ganjaran pahala kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Dengan adanya program ini dapat mewujudkan kerjasama baik antara warga pendidik, ibu bapa, masyarakat dan murid disamping memupuk minat peserta membudayakan kesenian Islam dalam kehidupan mereka.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 69 KARNIVAL FITRAH MURID ORANG ASLI (KAFOA) NEGERI PERAK 2023 HARI : SABTU TARIKH : 23 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : SK KG KENANG,KUALA KANGSAR PERAK SASARAN : MURID-MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 YANG MEWAKILI 8 DAERAH NEGERI PERAK Pendahuluan : Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Bersyukur kita kepada Ilahi kerana telah diberikan kekuatan untuk merancang bagi pelaksanaan aktiviti pertandingan kelolaan Sektor Pembangunan Program Adab Dan Nilai Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Perak bagi Tahun 2023. Objektif : 1. Menggalakkan murid menceburi kesenian Islam dan meningkatkan mutu dalam bidang tersebut dan memperkembangkan bakat dan potensi diri murid 2. Memperkaya daya komunikasi dan interaksi melalui pertandingan. 3. Membolehkan Sektor Pendidikan Islam Pendidikan Negeri Perak membentuk kontinjen ke peringkat Kebangsaan. Penutup : Amatlah diharapkan program yang akan dilaksanakan ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T serta diberikan ganjaran pahala kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Dengan adanya program ini dapat mewujudkan kerjasama baik antara warga pendidik, ibu bapa, masyarakat dan murid disamping memupuk minat peserta membudayakan kesenian Islam dalam kehidupan mereka.
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 70 MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 PERTANDINGAN MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) KPM PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 TARIKH 29 SEPTEMBER 2023 HINGGA 1 OKTOBER 2023 TEMPAT UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (UNIPSAS ) PAHANG. BILANGAN PESERTA 43 ORANG PENCAPAIAN JOHAN : Tahfiz Juzuk 1-18 dan 30 (P) Qiraatus Sab’ie bit Tarannum MA (P) NAIB JOHAN : Nasyid SR Nasyid SM Tilawah Al Quran Menengah (P) Hafazan Menengah (P) KETIGA : Hafazan SR (P) KEEMPAT : Qiraatus Sab’ie Bit Tarannum MA (L) Khat SR (P) KELIMA : Khat SR (P) KEKUATAN 1. Kerjasama yang amat baik daripada semua pihak dalam menjayakan MQSS peringkat Kebangsaan. 2. Kelebihan bertolak sehari lebih awal ke lokasi pertandingan membolehkan peserta-peserta bersedia dengan fizikal dan mental.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 71 KELEMAHAN 1. Penginapan untuk para guru dan peserta yang kurang kondusif. 2. Banyak berlaku kesilapan pada saiz tshirt peserta sehinggakan ada peserta negeri yang tidak dapatsepertimana yang ditempah. PENAMBAH BAIKAN 1. Pastikan keselesaan peserta dan kontinjen diutamakan. 2. Dapatkan saiz tshirt yang tepat daripada pembekal bagi mengelakkan berlaku saiz tidak betul.
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 72 IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 PERTANDINGAN IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 TARIKH 13 hingga 16 Oktober 2023 TEMPAT SMKA AL IRSYAD, KEPALA BATAS, PULAU PINANG BILANGAN PESERTA 15 ORANG PENCAPAIAN NAIB JOHAN : Da'i Cilik Perempuan KETIGA : Kaimatussobah Kuiz Bahasa Arab Hiwar KELIMA : Mimbar Da'i Perempuan Kalam Arabiy Perempuan KEKUATAN 1. Lokasi pertandingan yang strategik dan kemudahan sarana yang baik. 2. Pertandingan secara terbuka kepada lebih ramai penonton KELEMAHAN 1. Pengurusan lawatan tidak teratur. 2. LO tidak memainkan peranan dengan baik. 3. Sistem penjurian yang kurang kemas
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 73 PENAMBAH BAIKAN 1. Membenarkan lebih ramai guru pengiring rasmi didaftarkan. 2. Menyediakan 2 set juri untuk mengelakkan bias kepada mana-mana peserta/kumpulan peserta.
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 74 KARNIVAL FITRAH MURID ORANG ASLI (KAFOA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 PERTANDINGAN KARNIVAL FITRAH MURID ORANG ASLI (KAFOA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 TARIKH 31 Oktober hingga 2 November 2023 TEMPAT PUSAT LATIHAN PERKHIDMATAN AWAM WILAYAH SELATAN (PULAPAS) ,KLUANG JOHOR. BILANGAN PESERTA 12 ORANG PENCAPAIAN JOHAN : Tilawah Perempuan Hafazan Lelaki Da’I Cilik Lelaki Azan dan Iqamah NAIB JOHAN : Hafazan Perempuan Nasyid KETIGA : Tilawah lelaki Da’I Cilik Perempuan KEEMPAT : Azan dan Iqamah JOHAN KESELURUHAN KARNIVAL FITRAH MURID ORANG ASLI PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 KEKUATAN 1. Asrama penginapan yang selesa. 2. Murid-murid dapat melakukan latihan persediaan sebelum pertandingan.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 75 KELEMAHAN 1. Tempat pertandingan yang jauh daripada bandar. 2. Kontinjen tidak dibenarkan masuk ke penginapan walaupun telah sampai awal ke tempat berlangsungnya pertandingan menyebabkan kontinjen terpaksa mencari tempat sesuai untuk menunggu. 3. Terdapat gangguan pengumuman ketika pertandingan sedang dijalankan yang mengganggu fokus para peserta dan para hakim. PENAMBAHBAIKAN 1. Membenarkan mana-mana kontinjen yang tiba awal untuk akses ke penginapan. 2. Mengadakan pertandingan di kawasan bandar supaya murid-murid lebih terdedah kepada masyarakat luar. 3. Elak sebarang gangguan yang boleh mengganggu fokus peserta.
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 76 BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PERTANDINGAN MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) DAN IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS) 2023 Tarikh : 22 Jun 2023 Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang Tempat : Bilik Seminar Al Ghazali, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Pendahuluan : Bengkel Pembinaan Bahan MQSS dan ILSS telah diadakan untuk membina soalansoalan berkaitan pertandingan yang akan dimanfaatkan dalam MQSS dan ILSS peringkat Negeri Perak. Objektif : 1. Mengumpulkan guru-guru Pendidikan islam yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang telah dipastikan. 2. Membina bahan pertandingan yang selaras dan boleh digunakan di peringkat negeri. 3. Menghasilkan bahan-bahan pertandingan yang lebih berkualiti Penutup : Amatlah diharapkan program yang telah dilaksanakan ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T serta diberikan ganjaran pahala kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Dengan adanya program ini dapat menghasilkan bahan-bahan pertandingan yang terbaik untuk melahirkan peserta-peserta pettandingan PADNI Negeri Perak yang cemerlang di peringkat tertinggi.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 77 LAWATAN PENANDA ARAS PERSISS NEGERI PERAK 2023 Tarikh : 20 Jun 2023 Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang Tempat : SMK Kg Dato’ Seri Kamaruddin, Seri Manjung Pendahuluan : PERSISS merupakan suatu pengiktirafan kepada surau-surau dan musolla- musolla yang ada di sekolah - sekolah seluruh Negeri yang melaksanakan pengimarahan dalam pelbagai inovasi, aktiviti dan program-program sepanjang tahun. Objektif : 1. Memberikan pendedahan kepada sekolah-sekolah yang akan menyertai PERSISS peringkat Kebangsaan tentang keperluan dan panduan penilaian juri. 2. Meningkatkan kefahaman kepada para peserta PERSISS dalam aspek-aspek tertentu yang perlu diberikan keutamaan dan penekanan bagi memperoleh markah yang sewajarmya. 3. Mewujudkan jalinan dan jaringan dalam kalangan masyarakat untuk sama-sama menjayakan program penarafan PERSISS Penutup : Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan agar surau-surau dan musolla - musolla di sekolah-sekolah seluruh Negeri Perak terus diimarahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 78 MAJLIS APRESIASI DAKWAH NEGERI PERAK 2023 TARIKH : 14 DISEMBER 2023 HARI : KHAMIS TEMPAT : SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH MASA : 2.00 HINGGA 5.00 PETANG PERASMIAN OLEH : PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK Pendahuluan : MARWAH atau Majlis Apresiasi Dakwah Negeri Perak diadakan bagi menghargai kejayaan, jasa dan kerjabuat guru-guru Pendidikan Islam dan murid-murid yang terlibat dalam menggerakkan pelbagai program di bawah Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) sepanjang tahun 2023 di peringkat negeri dan kebangsaan Objektif : 1. Menghargai warga guru dan murid-murid yang telah banyak membantu dan mencipta kejayaan dalam program dan gerak kerja dakwah 2. Merapatkan ukhuwah dan silaturahim di kalangan guru - guru dan pegawai-pegawai SPI 3. Menimbulkan rasa keseronokan bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai matlamat tertinggi dalam semua pertandingan. Penutup : Semoga MARWAH dapat terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang sebagai medium untuk menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program PADNI sepanjang tahun. Kecil bagi kita namun besar bagi mereka walau hanya dengan sekeping sijil.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 79
SUCCESS STORY m SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 80 Tinta Pena Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Mohamad Fauzi bin Mahson, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, barisan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak atas sokongan dan bimbingan dalam setiap pelaksanaan program yang dianjurkan, khususnya oleh Sektor Pendidikan Islam. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Haji Muhammad bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Ketua Penolong Pengarah Perancangan & Pembangunan Pendidikan Islam, Tuan Haji Salehuddin bin Haji Arshad dan Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Adab & Nilai, Tuan Haji Mohd Azlan bin Mohd Noor atas nasihat dan bimbingan bagi setiap program yang dilaksanakan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pegawai Sektor Pendidikan Islam dan Pembantu Tadbir Sektor Pendidikan Islam atas kerjasama yang diberikan dan memastikan setiap program yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan terancang. Semoga ukhuwah dan jalinan sesama warga Sektor Pendidikan Islam akan berkekalan hingga ke Jannah.
SUCCESS STORY SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MUKA SURAT 81