Muka Surat | 0
Muka Surat | 1
Muka Surat | 2
Muka Surat | 3
BENGKEL e-OPERASI DAN
ABM PERJAWATAN SMKA / SABK
NEGERI PERAK 2021
19.02.2020 I 9.00 PG – 5.00 PTG
BILIK MESYUARAT MAYBANK TRUST
SPI JPN PERAK
Bengkel e-Operasi dan pengisian anggaran belanja mengurus [ABM]
perjawatan bagi SMKA dan SABK negeri Perak untuk tahun 2021 telah
dilaksanakan pada 19 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Maybank Trust, SPI
JPN Perak mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Semua penolong kanan
pentadbiran dijemput hadir dalam bengkel ini. Bengkel ini dilaksanakan bagi
memastikan e-Operasi sekolah telah dikemaskini agar pengisian dalam
anggaran belanja mengurus [ ABM ] perjawatan nanti akan tepat dan terkini
mengikut keperluan yang ada. Bengkel ini terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian kemaskini data e-Operasi.
Pengisian dan pembentangan ABM perjawatan 2021.
Setiap sekolah akan membentangkan ABM perjawatan.
Pada sebelah petang satu persatu supaya tiada yang
tertinggal dan tersilap. Pihak sekolah diberikan
tempoh seminggu untuk membetulkan kesilapan
yang berlaku sewaktu pembentangan.
ABM perjawatan ini akan dibentangkan
Oleh SPI bersama BPI KPM pula untuk
dihantar ke BPSH selaku urus setia ABM
perjawatan.
Muka Surat | 4
BENGKEL VERIFIKASI e-OPERASI
SMKA DAN SABK NEGERI PERAK BIL. 2
[ PENGURUSAN RALAT ]
09.03.2020 I 8.30 PG – 5.00 PTG
SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BTPN IPOH
Bengkel verifikasi data e-Operasi SMKA dan SABK negeri Perak bil. 2 /
2020 khusus bagi pengurusan ralat telah dilaksanakan pada 09 Mac 2020 di
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, BTPN Ipoh mulai jam 8.30 pagi hingga
5.00 petang. Bengkel ini dihadiri oleh penolong kanan pentadbiran dan diadakan
bagi memastikan setiap sekolah dapat mengemaskini data ralat yang berlaku di
dalam e-Operasi sekolah. Setiap sekolah akan membuat semakan di bahagian
semakan ralat untuk mengetahui di mana dan apa yang perlu dibetulkan melalui
ralat tersebut.
Proses kerja bengkel :
Sekolah menyemak data ralat dalam sistem e-Operasi.
Sekolah membuat pembetulan pada bahagian yang
dinyatakan ralat.
Sekolah membuat pembentangan satu persatu
bahagian yang dinyatakan ralat.
Menyediakan maklumat sekiranya berlaku ralat
benar.
Secara keseluruhannya pihak sekolah
telah dapat mengurangkan ralat yang
berlaku di dalam sistem e-Operasi sekolah.
Muka Surat | 5
TAKLIMAT PENGURUSAN SABK
BERSAMA
YB MOHD AKMAL BIN KAMARUDDIN
EXCO AGAMA ISLAM & PENERANGAN NEGERI PERAK
12.06.2020 I 03.00 PETANG
BILIK MESYUARAT G1,
BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah dijemput hadir ke
pejabat Exco Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak bersama Jabatan Agama Islam
Perak bagi membincangkan pendaftaran SMAN sebagai SABK. Mesyuarat ini dihadiri
oleh :
1. YB Mohd Akmal bin Kamaruddin – Exco Agama Islam dan Penerangan
2. Dato’ Mohd Yusop bin Husin – Pengarah JAIPk
3. Tuan Haji Muhammad bin Yahya – KPPK SPI
4. Tuan Haji Salehuddin bin Haji Arshad – PP PPPI SPI
5. Ustaz Zulkhairi – PP Bahagian Pendidikan JAIPk
6. Ustaz Mohd Fadhli – PP Bahagian Pendidikan JAIPk
7. Ustaz Mohd Zaki – PP Bahagian Pendidikan Islam
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Exco. Beliau merakamkan
ucapan terima kasih atas kehadiran Pegawai SPI JPN dan JAIPk.
Pegawai daripada Bahagian Pendidikan JAIPk telah membentangkan
kronologi persediaan SMAN untuk mendaftar sebagai SABK bermula
2007 sehinggalah 2020.
Tuan Haji Muhammad, KPPK SPI pula menerangkan
pengenalan SABK, tujuan SABK, kelebihan mendaftar sebagai SABK
dan analisis pencapaian SPM dan STAM sekolah sabk.
YB Exco merakamkan ucapan terima kasih atas
taklimat yang diberikan.
Muka Surat | 6
BENGKEL JSU DAN PENATARAN
FORMAT SPM PENDIDIKAN ISLAM
27.08.2020 I 8.30 PAGI
HOTEL SERI MALAYSIA
IPOH
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mengadakan
bengkel jadual spesifikasi ujian (JSU) dan penataran format SPM Pendidikan Islam
tingkatan 4 dan 5 tahun 2020.
Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan KPPK SPI. Beliau
mengharapkan agar bengkel ini dapat memberikan maklumat dan pengetahuan
kepada peserta bagi menyediakan JSU di peringkat sekolah.
Bengkel ini disampaikan oleh YM Ustaz Raja Hafizi bin Raja Sehar (guru
cemerlang) SMK Sg. Bayor, Selama dan Ustaz Haji Jamaluddin bin Halid (PK
Kokurikulum) SMKA Slim River, Slim River.
Majlis penutupan dilaksanakan oleh Tuan Haji Wan Ahmad
Salahuddin bin Wan Ahmad Rafaii, KPP PPPI, Sektor Pendidikan Islam,
JPN Perak. Beliau berharap peserta yang hadir pada hari ini akan
membantu pula guru-guru Pendidikan Islam di daerah masing-masing
berkongsi ilmu dan menyampaikan cara menyediakan JSU ini
agar menepati DSKP dan soalan yang akan dibina menepati
pengetahuan pelbagai murid di sekolah. Bengkel
ditangguhkan pada jam 5.00 petang. SPI
merakamkan terima kasih kepada panel JSU
negeri dan semua peserta bengkel yang telah
hadir hari ini.
Muka Surat | 7
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG SMKA DAN SABK PERAK
20.10.2020 I 2.30 PETANG
MH HOTEL
IPOH
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mengadakan
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SMKA dan SABK Tahun 2020 di MH
Hotel pada 20 Oktober 2020 jam 2.30 petang.
Majlis APC ini diadakan bagi menghargai usaha dan kegigihan anggota
perkhidmatan awam yang telah menunjukkan mutu perkhidmatan yang melampaui dari
kebiasaan. Insentif ini diberikan untuk terus menggalakkan anggota perkhidmatan
awam secara amnya untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai hasrat
dan matlamat yang ditetapkan iaitu kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid.
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Fauzi bin Mahson, Timbalan Pengarah
Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pembangunan PPD, JPN Perak
mewakili Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Perak.
Seramai 100 orang penerima APC SMKA dan SABK bagi tahun
2020. Semoga penerima APC akan terus cemerlang pada masa
akan datang.
Spi jpn perak merakamkan ucapan tahniah kepada semua
penerima APC dan terima kasih kepada Majlis
Pengetua SMKA dan SABK yang memberikan sumbangan
bagi menjayakan majlis APC tahun 2020.
Muka Surat | 8
e-Bicara ILMU@PERAK
Objektif Pasca Convid 19 telah memberi kesan kepada guru
dan murid untuk meningkatkan kefahaman menjawab kertas
• Membantu murid SPM Pend Islam. Kekangan pertemuan secara bersemuka,
meningkatkan menyebabkan guru tidak dapat membantu murid untuk
kefahaman cara memberi penjelasan yang terperinci untuk menjawab secara
menjawab soalan betul dan tepat.
SPM Pend Islam
Oleh itu, SPI dengan kerjasama Jurulatih Utama Negeri
• Menjelaskan tajuk membentuk kumpulan untuk membantu guru dan murid
fokus SPM 2020 khususnya di Negeri Perak dengan menganjurkan Program
Online
• Membantu murid “e-Bicara ILMU@PERAK”
yakin menjawab
soalan SPM Pend Moderator
Islam dengan
betul dan tepat.
Ahli Panel Raja Hafizi bin Raja Sehar
Guru Cemerlang Pend. Islam
SMK Sungai Bayor
KBAT IBADAH HADIS ADAB TOKOH AYAT KEFAHAMAN AKIDAH SIRAH
Ikuti bersama moderator & ahli panel mengupas tajuk pilihan dan teknik menjawab secara live
Melalui
Masa : 9.00 - 10.00 pagi
Scan barcode untuk dapatkan tentatif dan link
Muka Surat | 9
e-Bicara ILMU@PERAK2020
Moderator Raja Hafizi bin Raja Sehar Masa : 9.00 - 10.00 pagi
Guru Cemerlang Pend. Islam
SMK Sungai Bayor
TARIKH NAMA BAHAGIAN LINK
11 DIS NASRUL HADIS http://gg.gg/bicarailmupera
2020 MUHAIMIN BIN khadis
(JUMAAT)
AB RAZAK http://gg.gg/bicarailmupera
14 DIS
2020 NORLI BT AYAT kayat
(ISNIN) MAMAT
KEFAHAMAN kefahaman
15 DIS
2020 WAN FARIDAH AKIDAH http://gg.gg/bicarailmupera
(SELASA) BT WAN IDRIS kakidah
16 DIS MOHD SUFFI BIN KBAT http://gg.gg/bicarailmupera
2020 MOHD SOM kkbat
(RABU)
JAMALUDDIN IBADAH http://gg.gg/bicarailmupera
17 DIS BIN HALID kibadah
2020
(KHAMIS) MOHD SALLEH ADAB http://gg.gg/bicarailmupera
BIN DAUD kadab
18 DIS
2020 DR. ZUNITA BT TOKOH http://gg.gg/bicarailmupera
(JUMAAT) MOHAMAD ktokoh
MASKOR
21 DIS SIRAH http://gg.gg/bicarailmupera
2020 NIK SOM BT NIK ksirah
(ISNIN) ABDULLAH
23 DIS
2020
(RABU)
Muka Surat | 10
PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 KE
SMK AGAMA SELURUH NEGERI PERAK
7 JANUARI 2020
Pada 7 Januari 2020 pendaftaran serentak ke SMKA seluruh negeri
Perak telah dijalankan. Berdasarkan permohonan ke SMKA, sebanyak 8980
permohonan telah diterima. Sehingga Februari 2020, 3 ambilan ke SMKA telah
dibuat. Secara keseluruhannya, 347 tawaran ke SMKA Slim River, 247
tawaran ke SMKA Sultan Azlan Shah dan 184 tawaran ke SMKA Kerian telah
dibuat sehingga ambilan ke 3. Daripada tawaran tersebut, hanya 150
penempatan di SMKA Sultan Azlan Shah, 150 penempatan di SMKA Kerian
dan 120 penempatan di SMKA Slim River.
Ada sebahagian tawaran ke SMKA ditolak kerana menerima tawaran
yang lain seperti ke SBP, MRSM dan sebagainya. Sehingga Mac,
penempatan ke SMKA telah dapat dipenuhi mengikut bilangan
kelas dan enrolmen sekolah.
Dengan bersandarkan data permohonan ke SMKA,
calon yang tidak berjaya ke SMKA telah ditawarkan ke Kelas
Aliran Agama di 55 buah sekolah yang ada Kelas Aliran Agama
seluruh negeri Perak.
Muka Surat | 11
BENGKEL PEMBINAAN MODUL UJIAN KHAS
SIJIL PENDIDIKAN ISLAM TAMAT SEKOLAH
RENDAH (SPITSR 2020)
Pada setiap tahun, murid-murid tahun 6 akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Bagi negeri Perak Sijil Pendidikan Islam Tamat Sekolah Rendah
(SPITSR) diperkenalkan bagi menilai tahap keupayaan murid-murid di dalam bidang
Pendidikan Islam. Keputusan SPITSR ini akan digunakan sebagai alat mengukur di
dalam pemilihan dan saringan murid-murid ke SMKA negeri Perak.
Sehubungan dengan itu, bengkel pembinaan modul ujian khas ini telah dijalankan
sebanyak 5 siri dan 1 siri bagi pemurnian dan kawal mutu soalan. Berikut adalah jadual
pelaksanaan bengkel tersebut dengan melibatkan jurulatih utama Pendidikan Islam yang
sangat berpengalaman dalam pentaksiran dan kurikulum Pendidikan Islam.
1 Bengkel Pembinaan Modul Soalan Ujian Khas Bil 1 18 Feb 202
SK Jalan Matang Buluh Bg Serai 24 Feb 2020
25 Feb 2020
2 Bengkel Pembinaan Modul Soalan Ujian Khas Bil 2 26 Feb 2020
SK Trolak Utara, Sungkai 3 Mac 2020
4 Mac 2020
3 Bengkel Pembinaan Modul Soalan Ujian Khas Bil 3
SK Lenggong, Lenggong
4 Bengkel Pembinaan Modul Soalan Ujian Khas Bil 4
SK Seri Bayu, Manjung
5 Bengkel Pembinaan Modul Soalan Ujian Khas Bil 5
SK Kg Bahagia
6 Bengkel Pemurnian dan Kawal Mutu Soalan Ujian Khas
Bilik Mesyuarat Seri Angkasa
Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian; iaitu 1. Ujian Lisan Bacaan, Ujian Lisan
Hafazan dan Ujian Lisan Jawi. 2. Soalan Bertulis Pendidikan Islam, Soalan Bertulis Jawi
dan Soalan Bertulis Tahap Kecerdasan.
Pelaksanaan Ujian Lisan dilaksanakan pada bulan Mei dan Jun 2020, manakala
Ujian Bertulis dilaksanakan pada hari Khamis, 10 September 2020.
Muka Surat | 12
Muka Surat | 13
BENGKEL KERJA PEMBINAAN BAHAN DSKP CIDS
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 - 6
APRIL HINGGA MEI 2020
KEDIAMAN MASING-MASING
MELALUI PAUTAN GOOGLE MEET
CIDS adalah singkatan bagi Collaborative Instructional Design System. Ia di
bina melalui Model ASIE yang menyediakan satu mekanisme untuk merekabentuk
RPH mengikut keperluan PAK21 dan elemen yang diperlukan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ia memenuhi keperluan Naratif Baharu Amalan Pendidikan bagi
mencapai proses pengajaran dan pembelajaran yang dinamik, aktif dan inovatif.
Maka dengan itu, bahan DSKP bagi semua matapelajaran, termasuklah
Pendidikan Islam perlu dimuatnaik ke dalam sistem tersebut. Sehubungan itu, barisan
Jurulatih Utama Pendidikan Islam telah dipohon bagi membantu menyediakan DSKP
Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 di dalam bentuk excel untuk dimuat naik
ke dalam CIDS. Bengkel ini turut dibantu oleh Dr Ismail Zain sebagai founder CIDS.
Bengkel ini terpaksa dijalankan secara dalam talian kerana isu Covid 19 yang
melanda dunia. Bengkel ini dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh hampir
2 bulan. Alhamdulillah dengan kepakaran dan pengalaman Jurulatih Utama
Pendidikan Islam dalam DSKP, tugasan ini dapat diselesaikan.
Muka Surat | 14
BENGKEL KERJA (PdPC) KREATIF SECARA DALAM
TALIAN BAGI JURULATIH UTAMA PENDIDIKAN
ISLAM NEGERI PERAK TAHUN 2020
1 JULAI 2020
DEWAN CEMPAKA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK
Tahun 2020 merupakan tahun merebaknya Covid 19 dan menyebabkan sesi
persekolahan terjejas. Bagi memastikan sesi pembelajaran dilaksanakan secara lebih
efisyen, guru-guru perlu dibekalkan dengan pengetahuan melaksanakan PdPc secara
dalam talian melalui kaedah green screen dan sebagainya.
Sektor Pendidikan Islam telah menjemput Encik Romizal Amir bin Rosdi, Guru
SMK Sultan Abdullah bagi berkongsi pengetahuan bersama barisan Jurulatih Utama
Pendidikan Islam SR dan SM tentang pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian, khususnya penggunaan green screen.
Peserta bengkel telah menyediakan beberapa perkakasan yang diperlukan
sepanjang bengkel ini dijalankan. Mereka juga didedahkan fungsi dan cara
mengoperasikan beberapa software dan hardware yang diperlukan bagi
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Antaranya OBS Studio,
Streamyard dan greenscreen.
Peserta bengkel sangat berminat dengan penerangan dan
tunjuk ajar yang diterima sepanjang bengkel ini. Mereka juga akan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
dengan lebih baik. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang.
Muka Surat | 15
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 DAN
PEMATUHAN SOP
15 JULAI 2020
SMKA SULTAN AZLAN SHAH
SERI ISKANDAR PERAK
Dimaklumkan bahawa sebanyak 3 buah SMKA di seluruh Negeri Perak. Namun
begitu hanya 2 daripadanya didaftarkan sebagai Pusat Tingkatan 6 Mod 3, iaitu sekolah
yang mempunyai kurang daripada 12 kelas dan beroperasi di sekolah arus perdana.
Sekolah tersebut ialah SMKA Sultan Azlan Shah dan SMKA Kerian. Hanya 2 aliran yang
didaftarkan di sekolah tersebut dan mengambil kira bilangan elrolmen di asrama.
Sekolah Alliran Agama Aliran Tahfiz
LP LP
SMKA Sultan Azlan Shah, Bota 25 25
SMKA Kerian 15 15 15 15
Seramai 206 pelajar yang ditawarkan ke
aliran Agama di seluruh negeri Perak. 86
daripadanya adalah lelaki manakala 120 adalah
perempuan. Namun bergitu hanya 19 pelajar
(L : 3, P : 16) yang ditawarkan aliran agama yang
memohon penempatan di SMKA dan 47 pelajar
(L : 17, P : 30) pelbagai aliran yang memohon
untuk bertukar ke jurusan agama.
Sehingga 20 Julai 2020 bilangan pelajar yang telah
ditempatkan di SMKA Sultan Azlan Shah dan SMKA Kerian
adalah seperti berikut :
Sekolah Alliran Agama Aliran Tahfiz
LP LP
SMKA Sultan Azlan Shah, Bota 14 25
SMKA Kerian 0 10 10 2
Muka Surat | 16
BENGKEL PEMBINAAN SOALAN
PENTAKSIRAN MURID ALIRAN AGAMA
(PMAA)
17 – 18 OGOS 2020
BILIK SERI ANGKASA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Hasil keputusan daripada Mesyuarat Penyelarasan Kemasukan Murid
Tingkatan 1 ke SMKA bersama dengan BPI KPM dan SPI, JPN seluruh negara pada
27 dan 28 Julai 2020 memutuskan bahawa kemasukan murid tingkatan satu ke SMKA
perlu menduduki PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) dan PMAA
(Pentaksiran Murid Aliran Agama). Sehubungan dengan itu, soalan PMAA perlu
disediakan oleh semua negeri dan diserahkan kepada BPI bagi penyelarasan.
Mesyuarat bersama BPI telah menetapkan kandungan soalan Kertas 1 adalah
terdiri daripada Bidang Jawi (20 soalan), Bahasa Arab (10 soalan), dan (5 soalan) bagi
setiap bidang Aqidah, Ibadah, Adab dan Sirah. Manakala kertas 2 merangkumi bidang
bacaan Al Quran dan diuji secara lisan.
Set soalan telah dibina oleh barisan Jurulatih Utama Pendidikan Islam
yang sangat berpengalaman didalam pembinaan item pentaksiran Pendidikan
Islam dan Jawi.
Muka Surat | 17
PERTANDINGAN PdPC KREATIF SECARA
DALAM TALIAN NEGERI PERAK 2021
OGOS – OKTOBER 2021
DENGAN KERJASAMA
PEJABAT EXCO PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Yang Berhormat Tuan Haji Razman Zakaria selaku Exco Pendidikan Negeri
Perak telah melancarkan Pertandingan PdPC Kreatif secara dalam talian peringkat
Negeri Perak. Sehubungan itu, Pejabat Exco telah menjalinkan kerjasama dengan
Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bagi memastikan pertandingan tersebut dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Pertandingan tersebut dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu Kategori
Menengah, Kategori Rendah dan Kategori Pra Sekolah / Pendidikan Khas. Johan bagi
setiap kategori adalah RM3000.00, tempat kedua RM2000.00 dan tempat ketiga
RM1000.00. 10 saguhati bagi setiap kategori akan menerima RM100.00.
Hadiah ditaja sepenuhnya oleh Pejabat Ecxo Pendidikan, manakala
SPI menyediakan barisan hakim yang terdiri daripada pagawai di Sektor
Pembelajaran JPN, pegawai di PPD dan guru sekolah.
Hadiah telah disampaikan sendiri oleh YB Tuan Haji Razman
Zakaria Ecxo Pendidikan Negeri Perak di dalam Perhimpunan Bulanan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Muka Surat | 18
BENGKEL KERJA T.O.T DSKP KSSR DIBAWAH
INISIATIF #111 PEMBANGUNAN
PROFESIONAL BERTERUSAN
21 - 23 SEPTEMBER 2020
GLORY BEACH RESORT
PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN
Bengkel Kerja Training Of Trainers (TOT) Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di bawah Inisiatif
#111 : Pembangunan Profesional Berterusan adalah hasil kerjasama Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Jurulatih
Utama DSKP adalah dikalangan pensyarah IPG dan bukan lagi guru.
Pensyarah IPG seluruh Malaysia dibantu pegawai SPI dan BPK telah
membangunkan modul penataran DSKP yang berupa google classroom. Modul ini
akan di bentangkan kepada guru-guru Pendidikan Islam, Bahasa Arab, dan
matapelajaran KBD / KBT seluruh negara melalui pautan di google classroom.
Walau bagaimanapun, matapelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam
KSSM tidak terlibat didalam penataran ini, kerana jurulatih utama telah dilantik
dari kalangan guru dan telah membuat penataran pada tahun lepas.
Dijangkakan modul ini akan dapat disiapkan dan diserahkan kepada
Bahagian Perkembangan Kurikulum selewat-lewatnya 30 Oktober 2020.
Muka Surat | 19
BENGKEL KERJA PERKONGSIAN
AMALAN TERBAIK MODUL i-ZAKI
DALAM PDPC PENDIDIKAN ISLAM
NEGERI PERAK TAHUN 2020
12 HINGGA 14 OKT 2020 I 8.30 PAGI
HOTEL SERI MALAYSIA, IPOH
Pada tahun 2019, pencapaian j-QAF Negeri Perak ialah 89.03%. Penurunan
sebanyak 1.36% jika dibandingkan dengan tahun 2018. Pencapaian Al Quran
menyumbang kepada penurunan peratus pencapaian. Pencapaian Al Quran negeri
Perak hanya 60.10% sahaja.
Sehubungan itu, SPI Perak mengambil langkah dengan menjemput mantan
pegawai SPI Pulau Pinang untuk perkongsian amalan terbaik Teknik i-Z.A.K.I
bersama dengan guru Pendidikan Islam Negeri Perak. 5 guru dari Pulau Pinang iaitu
Ustaz Zool Azhar Bin Abdul Kadir (Founder i-Z.A.K.I), Ustaz Murad Bin Hussain, Ustaz
Azhari bin Ghazali dan Ustazah Nooraini binti Abdullah dijemput dalam sesi
perkongsian ini. Kaedah ini lebih merujuk kepada PAK21 bagi bidang
tasmik dan amalan KBAT dalam PdPc.
Bengkel selama 3 hari ini mendapat peruntukan dari Sektor
pengurusan Sekolah secara berpakej. Selepas tamat, peserta
bengkel akan melaksanakan teknik i-Z.A.K.I di sekolah masing-
masing sebelum membuat penataran teknik ke daerah mereka.
Diharap teknik ini dapat dikembangkan ke seluruh Perak
bagi memastikan pencapaian khatam Al Quran dapat
direalisasikan.
Muka Surat | 20
BENGKEL KERJA KUTIPAN DATA SISTEM
ePELAPORAN j-QAF
PERINGKAT NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2020
19 HINGGA 20 SEPTEMBER 2020 I 8.30 PAGI
BILIK WAJA BESTARI SSTP &
HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
Bengkel kutipan data e-Pelaporan j-QAF Negeri Perak dibuat selama 2 hari
bagi memastikan sekolah-sekolah di negeri Perak dapat menyediakan data laporan
yang sah dan tiada sebarang ralat padanya. 24 orang jurulatih utama yang telah
dilantik bertungkus lumus menyemak dan memuat naik laporan pada laman portal j-
QAF Kebangsaan.
Walaupun pada asalnya, BPI menetapkan, sekolah masing-masing yang akan
memuat naik data laporan dan tiada pengumpulan data di peringkat daerah ataupun
negeri, namun SPI Perak mengambil inisiatif untuk melaksanakan pengumpulan di
peringkat negeri. SPI Perak mengambil isu sekolah-sekolah pedalaman yang tiada
akses internet disamping beberapa sekolah yang
lambat menghantar data. Begitu juga dengan isu penutupan beberapa
buah sekolah di daerah Kinta Utara dan LMS akibat pandemik covid 19.
Diperingkat KPM, laporan ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya
sebelum 5 November 2020. Namun begitu, dengan pengalaman
dan kepakaran barisan JU data j-QAF, semua ralat dapat ditangani
dengan lebih baik.
Muka Surat | 21
BENGKEL PEMBINAAN MODUL DINI NEGERI
PERAK
26 – 27 OGOS 2020
PLGDP, HUTAN MELINTANG, PERAK
Pada 26 – 27 Ogos tahun 2020 telah berlangsungnya Bengkel Pembinaan
Modul Dini Negeri Perak di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Hutan
Melintang, Perak. Seramai 69 orang guru daripada 23 buah sekolah, 3 orang
Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) dan 2 orang pegawai Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang terlibat.
3 mata pelajaran DINI yang terlibat dalam bengkel ini adalah mata pelajaran
Usul Al – Din, Al – Syariah dan Al – Lughah Al – ‘arabiah Al – Mu’asirah. Guru – guru
dengan bimbingan JUK telah menyediakan 3 set modul latih tubi bagi mata pelajaran
tersebut. 1 daripada 3 modul tersebut digunakan sebagai soalan percubaan SPM
bagi negeri Perak. Dalam sesi pemurnian, peserta didedahkan dengan kaedah
pembinaan soalan, pengetahuan tentang aras soalan dan pemarkahan yang
sesuai bagi jenis soalan.
Output bengkel ini bukan hanya penghasilan 3 set modul latih tubi
berformat SPM tetapi ilmu dan input berkaitan pembinaan soalan
kepada guru-guru DINI di negeri Perak.
Muka Surat | 22
BENGKEL PEMBINAAN MODUL DINI DAN
TAHFIZ NEGERI PERAK TAHUN 2020
23 – 25 SEPTEMBER 2020
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, BANGUNAN
MAYBANK TRUST & BILIK MESYUARAT
PERDANA, SSTP, IPOH, PERAK
Bengkel pembinaan modul DINI diteruskan lagi dengan melibatkan 2 lagi mata
pelajaran elektif dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) iaitu mata pelajaran Al –
Adab wa Al – Balaghah dan Al – Manhaj Al – Ulum Al – Islamiyah yang melibatkan
11 orang guru daripada 11 buah sekolah yang mengambil pakej dini tulen serta 2
orang Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK).
Pada tarikh yang sama juga bengkel bagi mata pelajaran Maharat Al – Quran
dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dilaksanakan. Ia melibatkan 4 orang guru
dari 2 buah sekolah yang menggunakan KBT serta 2 orang JUK.
Output bengkel ini bukan hanya penghasilan modul latih tubi berformat
SPM tetapi ilmu dan input berkaitan pembinaan soalan kepada guru –
guru DINI dan TAHFIZ di negeri Perak.
Muka Surat | 23
BENGKEL PANDUAN PENSKORAN SPM MATA
PELAJARAN DINI NEGERI PERAK TAHUN 2020
27 – 28 OKTOBER & 3 NOVEMBER 2020
SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN APLIKASI
GOOGLE MEET
Bengkel panduan penskoran SPM bagi 5 mata pelajaran DINI yang
melibatkan 89 orang guru daripada 23 buah Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) serta 5 orang Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) dibuat
secara dalam talian menggunakan aplikasi google meet kerana pada masa ini
seluruh negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.
Semua guru mata pelajaran akan diterangkan tentang kaedah
penskoran mengikut piawaian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Bengkel berlangsung dengan soal jawab yang aktif daripada para guru
terhadap kemusykilan dalam memberi skor kepada murid.
Output bengkel ini adalah untuk memberi ilmu dan input
berkaitan penskoran SPM bagi mata pelajaran DINI mengikut
piawaian LPM kepada guru – guru DINI dan TAHFIZ di negeri
Perak.
Muka Surat | 24
SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR STAM NEGERI
PERAK TAHUN 2020 SECARA DALAM TALIAN
4 – 11 NOVEMBER 2020
SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN APLIKASI
GOOLGE MEET
Seminar Kecemerlangan Pelajar STAM Negeri Perak Tahun 2020 dibuat
secara dalam talian di mana pelajar berkumpul di sekolah masing – masing dengan
diuruskan oleh guru STAM sekolah masing – masing. Penceramah datang ke Sektor
Sumber Teknologi Maklumat (SSTP), Ipoh di bilik mesyuarat Perdana bagi
menyampaikan ceramahnya. Seminar ini melibatkan 10 orang penceramah bagi 10
mata pelajaran serta 22 sekolah yang menawarkan STAM.
Pelajar STAM didedahkan dengan bentuk soalan serta teknik menjawab
yang betul. Pelajar juga diajarkan kaedah bagaimana ingin mengingati fakta sesuatu
isi mata pelajaran dan kaedah membuat nota bagi mata pelajaran tersebut.
Waktu seminar ini dilaksanakan negara sedang hangat berhadapan
dengan pandemik Covid-19 gelombang kedua. Seminar ini sempat
dijalankan terhadap 4 mata pelajaran sebelum sekolah diarahkan tutup
sehingga cuti akhir tahun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Output bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan
berkaitan soalan-soalan dalam peperiksaan STAM serta teknik
menjawab yang betul.
Muka Surat | 25
DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
TAHUN 2020
10 - 16 DISEMBER 2020
SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN APLIKASI
GOOGLE MEET
Dialog prestasi Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2020 ini dilaksanakan
dengan pendekatan berbeza. Bukan sahaja medium komunikasi yang digunakan
berbeza iaitu secara dalam talian menggunakan aplikasi google meet malah
pendekatannya juga berbeza kerana mengambil kira cebaran dan tekanan yang
dihadapi oleh para guru di sekolah. Justeru itu, pendekatannya lebih kepada
perkongsian dan membangunkan semangat guru – guru untuk terus berusaha
mencari jalan meningkatkan prestasi murid calon SPM tahun 2020.
Dialog prestasi ini di bahagikan kepada beberapa kategori. Dialog
prestasi berfokus mata pelajaran iaitu guru SPM mata pelajaran DINI dan
Sejarah dikumpulkan mengikut mata pelajaran masing – masing. Seterusnya
kategori sekolah ‘SABK bottom 5’ iaitu sekolah SABK yang berada di
kedudukan 5 terbawah dan akhir sekali dialog prestasi sekolah
terpilih iaitu SABK Mataqab.
Output dialog prestasi ini adalah untuk memberikan rasa
sense of urgency kepada guru – guru dan pihak sekolah terhadap
persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2020 serta
membugarkan semangat warga sekolah khususnya guru –
guru dalam meningkatkan pencapaian SPM dalam situasi
yang mencabar ini. Selain itu, memberikan idea yang
baru hasil perkongsian dengan rakan – rakan sealiran dari sekolah yang lain.
Muka Surat | 26
Muka Surat | 27
TAKLIMAT PENGURUSAN UNIT PEMBANGUNAN
ADAB DAN NILAI (PADNI) BERSAMA UNIT
PENDIDIKAN ISLAM PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
NEGERI PERAK TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Bersama
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak Tahun 2020 telah
diadakan pada 8 Januari 2020 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Perak (BTPN) Ipoh. Semua wakil pegawai Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan
Daerah Negeri Perak telah dijemput hadir dalam program ini.
Taklimat ini bertujuan menjelaskan perancangan Unit PADNI SPI JPN Perak
pada tahun ini melibatkan semua aktiviti berbentuk pertandingan, pembangunan
sahsiah dan syiar Islam. Selain menyusun perancangan jangka masa panjang dan
strategi pelaksanaan yang komprehensif. Taklimat ini juga membincangkan semua
isu berbangkit bagi mencari penyelesaian terbaik.
Taklimat ini dimulakan dengan ucaptama oleh Ketua Penolong
Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam JPN Perak, Haji Muhammad bin
Yahya. Beliau menekankan agar perancangan yang dihasilkan perlu
dilaksanakan dengan berfokus bagi menghasilkan impak yang
berkualiti.
Muka Surat | 28
LAWATAN KERJA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JPN PERAK KE JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI
PERAK DAN JABATAN MUFTI NEGERI PERAK
Lawatan Kerja Sektor Pendidikan Islam JPN Perak ke Jabatan Agama Islam
Negeri Perak (JAIPk) dan Jabatan Mufti Negeri Perak telah diadakan pada 9 Januari
2020. Semua pegawai Sektor Pendidikan Islam JPN Perak terlibat dengan program
ini yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam JPN
Perak, Haji Muhammad bin Yahya.
Pertemuan kedua pihak ini bertujuan memperkemaskan hubungan dua hala
membabitkan perbincangan profesional, bertukar-tukar pandangan dan perancangan
rakan strategik jangka masa panjang yang melibatkan program-program
pembangunan secara inklusif sepanjang tahun.
Lawatan kerja Sektor Pendidikan Islam JPN Perak ke Jabatan Agama Islam
Negeri Perak (JAIPk) disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji
Husin, Pengarah JAIPk. Sementara itu, lawatan kerja Sektor Pendidikan
Islam JPN Perak ke Jabatan Mufti Negeri Perak disambut oleh YBhg.
Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Muka Surat | 29
PROGRAM MAJLIS BACAAN YASIN
DAN DOA SELAMAT
SEMPENA TAHUN BAHARU 2020
PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Program Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Tahun Baharu
Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2020 telah diadakan pada 10
Januari 2020 bertempat di Atrium Gemilang, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Ipoh.
Program yang dimulakan seawal 7.45 pagi ini bertujuan memohon doa dan
bermunajat agar semua warga kerja JPN Perak dapat menjalankan tugas dengan
lebih cemerlang dan dikurniakan kejayaan berganda pada tahun ini. Selain memohon
perlindungan dari sebarang musibah dan bencana.
Seramai 80 orang warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak terlibat dengan
program ini mewakili setiap sektor mengikut kouta yang telah ditetapkan. Program
diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dr.
Suhaimi bin Mohamed Ali.
Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas seterusnya diikuti dengan
bacaan Surah Yasin, Solat Dhuha dan Doa Selamat yang dipimpin oleh
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI), Sektor
Pendidikan Islam JPN Perak, Haji Norhanizam bin Mohamed Tajuddin.
Muka Surat | 30
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH HULU PERAK
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Hulu Perak Tahun 2020 telah diadakan pada 13 Januari 2020 bertempat
Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Gerik. Taklimat ini dihadiri oleh semua
Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah
berupaya melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan
lancar dan mempunyai impak kepada kemenjadian murid serta kebitaraan
sekolah.
Muka Surat | 31
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH BAGAN DATUK
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Bagan Datuk Tahun 2020 telah diadakan pada 15 Januari 2020 bertempat
Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk. Taklimat ini dihadiri oleh semua
Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah berupaya
melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan lancar dan mempunyai
impak kepada kemenjadian murid serta kebitaraan sekolah.
Muka Surat | 32
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Hilir Perak Tahun 2020 telah diadakan pada 15 Januari 2020 bertempat
Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Teluk Intan. Taklimat ini dihadiri oleh
semua Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah berupaya
melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan lancar dan mempunyai
impak kepada kemenjadian murid serta kebitaraan sekolah.
Muka Surat | 33
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Kinta Selatan Tahun 2020 telah diadakan pada 15 Januari 2020 bertempat
Dewan Sekolah SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah. Taklimat ini dihadiri oleh semua
Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah
berupaya melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan
lancar dan mempunyai impak kepada kemenjadian murid serta
kebitaraan sekolah.
Muka Surat | 34
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Batang Padang Tahun 2020 telah diadakan pada 16 Januari 2020 bertempat
Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, Tapah. Taklimat ini dihadiri oleh
semua Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah
berupaya melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan
lancar dan mempunyai impak kepada kemenjadian murid serta kebitaraan
sekolah.
Muka Surat | 35
PROGRAM RAMAH MESRA
TABUNG HAJI NEGERI PERAK
TAHUN 2020
Program Ramah Mesra Tabung Haji Negeri Perak Tahun 2020 telah diadakan
pada 18 Januari 2020 bertempat di Bangunan Tabung Haji Perak, Ipoh. Program ini
telah menghimpun jemputan dari pelbagai latar belakang agensi persekutuan dan
negeri selain mengumpulkan sebilangan besar wakil agensi pengelola umrah di
Negeri Perak.
Program ini bertujuan menyalurkan maklumat jelas berkenaan operasi terkini
Tabung Haji. Slot soal jawab dibuka kepada audien bagi memperolehi maklumat lebih
terperinci. Sebarang isu dan permasalahan yang diajukan dapat dirungkai dengan
baik sepanjang program berlangsung.
Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff telah
hadir memberikan slot penerangan dan menjawab semua soalan-soalan dari
jemputan yang hadir. Beliau juga telah beramah mesra dengan tetamu
sehingga selesai majlis.
Muka Surat | 36
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Kinta Utara Tahun 2020 telah diadakan pada 22 Januari 2020 bertempat
Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara, Ipoh. Taklimat ini dihadiri oleh semua
Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah
berupaya melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan
lancar dan mempunyai impak kepada kemenjadian murid serta
kebitaraan sekolah.
Muka Surat | 37
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Kuala Kangsar Tahun 2020 telah diadakan pada 16 Januari 2020 bertempat
Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar. Taklimat ini dihadiri oleh semua
Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah berupaya
melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan lancar dan
mempunyai impak kepada kemenjadian murid serta kebitaraan sekolah.
Muka Surat | 38
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Larut Matang dan Selama Tahun 2020 telah diadakan pada 16 Januari 2020
bertempat Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Taiping.
Taklimat ini dihadiri oleh semua Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah
dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah
berupaya melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan
lancar dan mempunyai impak kepada kemenjadian murid serta
kebitaraan sekolah.
Muka Surat | 39
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH KERIAN
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Kerian Tahun 2020 telah diadakan pada 29 Januari 2020 bertempat Dewan
Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Parit Buntar. Taklimat ini dihadiri oleh semua
Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah
berupaya melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan
lancar dan mempunyai impak kepada kemenjadian murid serta
kebitaraan sekolah.
Muka Surat | 40
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Manjung Tahun 2020 telah diadakan pada 29 Januari 2020 bertempat Dewan
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung. Taklimat ini dihadiri oleh semua Ketua Panitia
Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah berupaya
melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan lancar dan
mempunyai impak kepada kemenjadian murid serta kebitaraan sekolah.
Muka Surat | 41
TAKLIMAT PENGURUSAN
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH
TAHUN 2020
Taklimat Pengurusan Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Peringkat
Daerah Perak Tengah Tahun 2020 telah diadakan pada 3 Februari 2020 bertempat
Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar. Taklimat ini dihadiri
oleh semua Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dalam daerah.
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai - pegawai Unit Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama - sama pegawai - pegawai
Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Taklimat ini bertujuan memberikan makluman dan penjelasan terkini berkaitan
pelaksanaan semua program - program tahunan Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak di pelbagai peringkat sama ada daerah,
negeri dan kebangsaan.
Taklimat ini juga bertujuan memastikan semua sekolah
berupaya melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan
lancar dan mempunyai impak kepada kemenjadian murid serta
kebitaraan sekolah.
Muka Surat | 42
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH
SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PEKDIS)
CAWANGAN PERAK KALI KE 4 SESI 2019/20
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-
Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Perak Kali Ke-4 Sesi 2019 / 2020 telah
diadakan pada 5 Februari 2020 bertempat di Chalet Kuala Gula, Kerian.
Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada persiapan Mesyuarat Agung Tahunan
yang bakal berlangsung pada Bulan Mac nanti. Mesyuarat juga membincangkan
agenda cadangan pindaan perlembagaan selain membahas isu-isu keahlian sedia
ada.
Sebahagian besar AJK PEKDIS Cawangan Perak sesi 2019 / 2020 terpaksa
melepaskan jawatan mereka dalam Mesyuarat Agung Tahunan nanti berikutan
implikasi penstrukturan perjawatan yang berlaku di Pejabat Pendidikan Daerah dan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Sebagai menghargai jasa bakti semua AJK terlibat, mesyuarat
memutuskan untuk menyediakan cenderahati khas yang akan disampaikan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Muka Surat | 43
BENGKEL KERJA KEJURULATIHAN
ACARA MIMBAR DAIE DAN DAIE CILIK
PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020
Bengkel Kerja Kejurulatihan Acara Mimbar Daie dan Acara Daie Cilik Peringkat
Negeri Perak Tahun 2020 telah diadakan pada 6 - 7 Februari 2020 bertempat di dua
lokasi berbeza :
1. Acara Mimbar Daie - SMK Tasek Damai, Ipoh
2. Acara Daie Cilik - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Ipoh
Bengkel ini dihadiri oleh wakil jurulatih acara - acara tersebut dari setiap
daerah. Bengkel ini bertujuan menyampaikan maklumat terkini dan perubahan
panduan yang terkandung dalam dokumen pertandingan bagi acara-acara tersebut.
Acara Mimbar Daie dan Daie Cilik merupakan acara baharu yang telah
diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM dan ditambahbaik dari acara
Bercerita Sekolah Rendah dan acara Syarahan Sekolah Menengah.
Bengkel ini telah dijayakan dengan bimbingan Jurulatih Utama
Kebangsaan bagi acara-acara yang disebutkan. Bengkel ini juga diisi dengan slot
agihan tajuk dan pilihan isi penting yang akan dibawakan oleh para peserta nanti.
Muka Surat | 44
KUNJUNGAN MAHABBAH
AMAN PALESTIN CAWANGAN NEGERI PERAK
Kunjungan Mahabbah NGO Aman Palestin Negeri Perak ke Sektor Pendidikan
Islam, JPN Perak telah diadakan pada 10 Februari 2020. NGO Aman Palestin Negeri
Perak telah diwakili oleh En. Shaharuzzaman bin Bistamam dan En. Muhassan bin
Abdul Halim.
Sesi kunjungan ini bertujuan membincangkan hala tuju persefahaman antara
kedua pihak dalam merancang program-program berkaitan khusus dalam memberi
kefahaman berkenaan fungsi serta peranan NGO tersebut. Selain menyalurkan
maklumat terkini situasi di Palestin.
Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak menyambut baik hasrat tersebut dengan
memberikan sepenuh sokongan terhadap program-program yang dirancang bersama
demi memupuk kesepaduan ummah sejagat.
Muka Surat | 45
KUNJUNGAN MAHABBAH
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
CAWANGAN PERAK
Kunjungan Mahabbah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Cawangan Perak
ke Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak telah diadakan pada 11 Februari 2020.
Kunjungan pihak BIMB Cawangan Perak telah ketuai oleh En. Aziz bin Zaini selaku
State Consumer Manager Perak State.
Sesi kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan kedua-dua
pihak selain mengadakan persefahaman bersama dalam merancang sebarang
aktiviti-aktiviti berkaitan dalam memberi kefahaman berkenaan fungsi serta peranan
BIMB dalam membantu memperkasa bidang pendidikan di Negeri Perak.
Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak menyambut baik sebarang cadangan
membina dari pihak BIMB dengan memberikan sepenuh sokongan terhadap program-
program yang dirancang bersama dalam memberi kefahaman kepada produk-produk
dari institusi perbankan islam dan perkara-perkara yang berkaitan.
Muka Surat | 46
TAKLIMAT PELAKSANAAN
KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM (KSGPI)
PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020
Taklimat Pelaksanaan Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI)
Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah diadakan pada 12 Februari 2020 bertempat
di Bilik Mesyuarat SABK Maahad Al-Ummah, Chemor. Taklimat ini disampaikan oleh
Setiausaha PEKDIS Cawangan Perak bersama Penyelaras KSGPI Negeri Perak.
Taklimat ini dihadiri oleh semua AJK PEKDIS Cawangan Perak mewakili daerah
masing-masing. Hadir bersama dalam taklimat ini ialah Jurulatih Utama bagi semua
acara-acara yang dipertandingkan.
Taklimat ini bertujuan membuat pemakluman dan perbincangan penyelarasan
pelaksanaan program bagi memastikan setiap daerah dapat merancang persediaan
terbaik sebelum menghantar kontinjen ke peringkat negeri.
Taklimat ini juga membincangkan prosedur rasmi pertandingan yang akan
digunpakai dan dikuatkuasakan di peringkat daerah dan negeri.
Selain membincangkan langkah persiapan yang perlu diambil dalam
menambahbaik pencapaian kontinjen Negeri Perak di peringkat
kebangsaan.
Muka Surat | 47
TAKLIMAT PENYELARASAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH
ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PEKDIS)
CAWANGAN NEGERI PERAK
TAHUN 2020
Taklimat Penyelarasan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kegiatan
Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Perak Tahun 2020
telah diadakan pada 13 Februari 2020 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah
Kerian, Parit Buntar.
Taklimat ini dihadiri oleh semua pegawai Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI) Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama pegawai-pegawai Unit
Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Kerian. Pertemuan ini membincangkan
persiapan akhir Program Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kegiatan Dakwah
Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Perak Tahun 2020 yang
akan diadakan pada 12 Mac 2020 nanti.
Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-
Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Perak Tahun 2020 akan
menghimpunkan semua perwakilan daerah dalam agenda membahaskan
semua usul-usul yang akan dibangkitkan. Mesyuarat Agung Tahunan kali
ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) YBhg. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof.
Muka Surat | 48
MESYUARAT PENYELARASAN
PROGRAM FALAK JABATAN MUFTI NEGERI PERAK
TAHUN 2020
Mesyuarat Penyelarasan Program Falak Jabatan Mufti Negeri Perak Tahun
2020 telah diadakan pada 18 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan
Mufti Negeri Perak, Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Ahli mesyuarat
adalah terdiri dari wakil jabatan-jabatan persekutuan dan negeri berkaitan. Mesyuarat
ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti
Negeri Perak.
Mesyuarat memperincikan agenda tahunan dan perancangan program-
program berkaitan. Setiap wakil jabatan diminta untuk memberi cadangan
memperkasakan program falak di peringkat Negeri Perak.
Sektor Pendidikan Islam JPN Perak menyambut baik program-program yang
telah dirancang oleh Jabatan Mufti Negeri Perak melibatkan warga pendidikan di
Negeri Perak. Sektor Pendidikan Islam JPN Perak akan memberikan kerjasama
penuh bagi menjayakan program-program tersebut.
Muka Surat | 49