The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahir_adnan, 2021-01-13 22:55:26

SUCCESS STORY SPI 2020

SUCCESS STORY SPI 2020

PROGRAM DAURAH MURSYID
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Program Daurah Mursyid Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah diadakan
pada 18 - 19 Februari 2020 bertempat di Bilik Juara, Sektor Sumber Teknologi
Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Program ini telah
mengumpulkan 100 orang peserta terdiri dari pegawai-pegawai Unit Pendidikan
Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak bersama guru-guru mursyid yang
disenarai pendek mewakili daerah masing-masing.

Program ini bertujuan memperkasakan peranan guru-guru mursyid di samping
mempertingkatkan profesionalisme dalam menjalani tugasan harian. Program
diserikan dengan slot ucaptama yang telah disampaikan oleh YBhg. Sahibus
Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak yang telah
memberi penjelasan dan ulasan mengenai isu-isu semasa dalam dan luar negara.

Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya, slot pembentangan,
slot bengkel, slot munaqasyah, kuliah dan tazkiah, qiamul lail dan sesi soal jawab.
Kemuncak program ini diakhiri dengan perasmian penutup oleh Ketua
Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan
Negeri Perak, Haji Muhammad bin Yahya.

Muka Surat | 50

BENGKEL KERJA PENGURUSAN AKTIVITI
UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)

PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020

Bengkel Kerja Pengurusan Aktiviti Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI)
Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah diadakan pada 20 Februari 2020 bertempat
di Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah (PULARES), Batu Gajah. Bengkel ini
mengumpulkan tiga kumpulan bengkel yang terdiri dari ;

1. Bengkel Kejurulatihan Aktiviti Kem-Kem PADNI Negeri Perak
2. Bengkel Pemurnian Modul Program Qiadi Junior Negeri Perak
3. Bengkel Pembinaan Instrumen dan Dokumen Pertandingan Acara Hafazan Al

Quran Negeri Perak
Setiap kumpulan dihadiri oleh barisan jurulatih utama bidang masing-masing
dari semua daerah dalam Negeri Perak.
Bengkel Kejurulatihan Aktiviti Kem-Kem PADNI Negeri Perak bertujuan
menyelaras tugasan tahunan dalam menjayakan semua program berbentuk kem.
Bengkel Pemurnian Modul Program Qiadi Junior Negeri Perak
bertujuan mengemaskini dokumen aktiviti supaya selaras dengan arahan
terkini dari Bahagian Pendidikan Islam KPM.
Bengkel Pembinaan Instrumen dan Dokumen Pertandingan Acara
Hafazan Al Quran Negeri Perak bertujuan menyiapkan bahan-bahan
pertandingan yang akan digunapakai pada tahun ini.

Muka Surat | 51

MUZAKARAH SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN
TAHUN 2020

Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Tahun 2020 telah berlangsung
pada 24 - 25 Februari 2020 bertempat di Casuarina Convention Centre, Casuarina
@ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh.Muzakarah ni merupakan program tahunan
Kerajaan Negeri Perak yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak.
Muzakarah ini merupakan program bertaraf antarabangsa dan menghimpunkan
ilmuan-ilmuan Islam dari pelbagai negara. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli bagi merasmikan
muzakarah tersebut pada Isnin, 24 Februari 2020.

Sesi Pembentangan Kertas Kerja Utama telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Ali
Muhyiddin Al-Qarah Daghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Sedunia, Qatar yang
bertajuk Menjulang Kemuliaan Umat : Sejarah, Wawasan dan Harapan. Selain
pembentangan pelbagai kertas kerja, muzakarah juga diisi dengan sesi forum,
multaqa dan pembengkelan.

Sektor Pendidikan Islam JPN Perak telah diundang sebagai
peserta muzakarah selama dua hari tersebut. Pelbagai input dan percambahan
idea yang diperoleh sepanjang muzakarah berlangsung untuk
diimplementasikan dalam dunia pendidikan.

Muka Surat | 52

MESYUARAT PELAKSANAAN
KARNIVAL KESENIAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH

BERPRESTASI TINGGI (SBT)
PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 2020

Mesyuarat Pelaksanaan Karnival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 telah diadakan pada 28 Februari
2020 bertempat di SK Convent Kota, Taiping. Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai -
pegawai Unit Pembangunan Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam JPN Perak,
pegawai - pegawai Unit Pendidikan Islam, PPD Larut Matang dan Selama dan semua
Ahli Jawatankuasa Kerja terlibat.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Guru Besar SK Convent Kota, Taiping, Puan
Haniza binti Abdul Hamid. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan dan
tugasan dalam menjayakan program Karnival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020.

Sektor Pendidikan Islam JPN Perak bersama Unit Pendidikan Islam, PPD
Larut Matang dan Selama akan berganding bahu dalam menyelaras JK
Teknikal, Protokol dan Penghakiman.

Karnival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 akan dilaksanakan ada
18 Julai 2020 yang akan melibatkan penyertaan sebanyak 30
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dari seluruh negara.

Muka Surat | 53

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR DAN
PENANDA ARASAN

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JPN TERENGGANU

Program Perkongsian Pintar dan Penanda Arasan Sektor Pendidikan Islam
JPN Terengganu ke Sektor Pendidikan Islam JPN Perak telah dijayakan pada 1 - 3
Mac 2020. Seramai 25 orang ahli rombongan yang terdiri dari pegawai - pegawai
Sektor Pendidikan Islam JPN Terengganu bersama wakil pegawai - pegawai Unit
Pendidikan Islam dari semua Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Terangganu.
Rombongan telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan
Islam JPN Terengganu, Haji Awi bin Salleh.

Program ini bertujuan mendapatkan maklumat jelas berkenaan proses
persediaan tuan rumah bagi Pelaksanan Program Festival Kesenian Islam Sekolah-
Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan yang bakal dianjurkan oleh JPN Terengganu
pada tahun ini.

Pegawai Meja Program Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah
KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2020, En. Mohd Zamri bin Mohamed
Nor turut hadir dalam program berkenaan bagi menyampaikan taklimat
program tersebut.

Muka Surat | 54

KUNJUNGAN MAHABBAH KE
KOPERASI GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM

PERAK BERHAD

Kunjungan Mahabbah Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak ke Koperasi Guru-
Guru Pendidikan Islam Perak Berhad telah diadakan pada 3 Mac 2020 ibu pejabat
koperasi beralamat di Taman Tasek Jaya, Ipoh.

Sektor Pendidikan Islam JPN Perak telah diwakili oleh En. Suhaimi bin Hamid
dan En. Shahrol Azmi bin Jumari dari Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI).
Kunjungan Mahabbah ini bertujuan membincangkan pelbagai program usahasama
dua pihak dalam memartabatkan profesion Guru Pendidikan Islam di Negeri Perak.

Pertemuan ini juga membincangkan isu-isu yang melibatkan Guru - Guru
Pendidikan Islam selain peluang - peluang peningkatan profesionalisme yang boleh
dirancang dalam jangka masa panjang.

Muka Surat | 55

BENGKEL KECEMERLANGAN
PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH

(PERSISS)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BANK ISLAM

PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020

Bengkel Kecemerlangan Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah
(PERSISS) Kementerian Pendidikan Malaysia - Bank Islam Peringkat
Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 4 Mac 2020 bertempat
di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN), Ipoh. Peserta
bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri
dari pegawai-pegawai Unit Pendidikan Islam seluruh PPD di Negeri Perak
dan kumpulan kedua seramai 42 orang Penyelaras Surau sekolah-
sekolah yang disenarai pendek untuk menyertai penarafan surau bagi
tahun ini.
Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak mengambil inisiatif
menjemput penceramah dan pemudahcara dari Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor yang terdiri dari seorang
pegawai dan dua orang Jurulatih Utama Surau di negeri
berkenaan.

Muka Surat | 56

ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH
(ASISS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BANK ISLAM
PERINGKAT KEBANGSAAN
KALI KE-7 TAHUN 2019

Program Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) Kementerian
Pendidikan Malaysia - Bank Islam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 Tahun 2019
telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam,
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
pada tarikh 10 Mac 2020.
Majlis ini telah mengumpulkan semua calon ASISS mewakili negeri masing-
masing bagi mendengar pengumuman pemenang setiap kategori.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hassan Nudin bin A.
Hamid, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM mewakili
Tuan Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia.
Negeri Perak telah diwakili oleh SK Sungai Siput (U), SK
Kampung Jambu dan SMK Seri Perak. Semua sekolah
tersebut menerima hadiah saguhati bernilai RM2000.

Muka Surat | 57

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH

SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PEKDIS)
CAWANGAN PERAK TAHUN 2020

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-
Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada
12 Mac 2020 bertempat di SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar. Mesyuarat kali
ini berjaya mengumpulkan seramai 241 perwakilan dari semua daerah di Negeri
Perak.

Mesyuarat dimulakan dengan sesi taklimat khas dari Kesatuan Kebangsaan
Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGUMB) Negeri Perak yang telah disampaikan
oleh Pengerusi Kesatuan, Ustaz Hasbullah bin Yusof.

Mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Haji Muhammad bin
Yahya selaku Pengerusi PEKDIS Cawangan Perak.

Mesyuarat kali ini menyaksikan pelantikan sebahagian besar
AJK baharu akibat penstrukturan semula perjawatan di peringkat
PPD / JPN. Mesyuarat bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada
jam 5.00 petang.

.
.
.
.

Muka Surat | 58

DANA MUSA’ADAH PEKDIS
CAWANGAN PERAK TAHUN 2020

PEKDIS Cawangan Perak telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Dana
Musa’adah Tahun 2020 pada 26.4.2020 bersamaan 3 Ramadan 1441 khusus

membantu golongan terkesan dengan pandemik COVID-19 di kalangan ahli PEKDIS,

GPI, Frontliners dan masyarakat umum di Negeri Perak.

Tempoh kutipan telah ditetapkan selama 12 hari bermula 26 April 2020
sehingga 7 Mei 2020 (3 Ramadan 1441 hingga14 Ramadan 1441) , dengan hebahan
menyeluruh ke semua platform media sosial GPI di Negeri Perak. Semua AJK
PEKDIS Cawangan Perak mewakili PPD masing-masing telah mengambil bahagian
dalam memastikan sumbangan disalurkan mengikut tatacara ditetapkan dan
membantu melancarkan semua urusan berkaitan.

Dilampirkan retan jumlah sumbangan mengikut daerah-daerah :

1. SPI JPN PERAK - RM300

2. PPD KERIAN - RM1630

3. PPD LMS - RM1690

4. PPD HULU PERAK - RM960

5. PPD K. KANGSAR - RM600

6. PPD KINTA UTARA - RM1405

7. PPD KINTA SELATAN - RM150

8. PPD BATANG PADANG- RM620

9. PPD BAGAN DATUK - RM680

10. PPD HILIR PERAK - RM700

11. PPD MANJUNG - RM1505

12. PPD PERAK TENGAH - RM1000

13. TIDAK DIKETAHUI - RM3696.08

JUMLAH - RM14,936.08

Muka Surat | 59

Hasil perbincangan semua AJK PEKDIS Cawangan Perak pada 14 Mei 2020
memutuskan setiap PPD + SPI JPN PERAK akan menerima sejumlah RM1245 bagi
setiap daerah dan akan mengagihkan dana tersebut kepada kumpulan sasar di
daerah masing-masing.
PEKDIS Cawangan Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua penyumbang yang telah merealisasikan hasrat dan objektif
kutipan dana pada kali ini.
Disediakan oleh,
Setiausaha PEKDIS
Cawangan Perak
14 Mei 2020 / 21 Ramadan 1441

Muka Surat | 60

PROGRAM WORLD # QURAN HOUR
PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

TAHUN 2020

Program World # Quran Hour Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2020
telah dijayakan pada 13 Mei 2020 bersamaan 20 Ramadan 1441 bertempat di Bilik
Mesyuarat Seri Budi, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Program ini adalah anjuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Rumah Ngaji Malaysia. JPN Perak
telah mengambil inisiatif menyertai dan menyatakan solidariti warga pendidik terhadap
program yang dianjurkan.
Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah dipilih sebagai salah satu lokasi rasmi di
Negeri Perak. Pihak akhbar Sinar Harian telah hadir membuat liputan khas mengenai
program yang berlangsung.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Turut serta
dalam program ini ialah barisan kepimpinan tertinggi JPN Perak serta wakil-wakil
pelbagai sektor.
Majlis bermula jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada jam 1.00 petang.
Program ini juga telah disiarkan secara langsung melalui platform
Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Muka Surat | 61

MAJLIS BACAAN YASIN
SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU

PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020

Majlis Bacaan Yasin Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat
Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 15 Mei 2020 bersamaan 22
Ramadan 1441 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Budi, Jabatan Pendidikan Negeri
Perak.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak.
Khalifah Bacaan Yasin yang bertugas pada tahun ini ialah Ustaz Shahrol Azmi bin
Jumari dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Majlis bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi. Majlis Bacaan
Yasin Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak Tahun 2020
pada kali ini telah disertai oleh seramai 15 orang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
Perak. Program ini juga telah disiarkan secara langsung melalui platform Facebook
Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

.
.

Muka Surat | 62

MAJLIS KHATAM AL QURAN
DAN PENUTUPAN IHYA RAMADAN
PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

TAHUN 2020

Majlis Khatam Al Quran dan Penutupan Ihya Ramadan Peringkat Jabatan
Pendidikan Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 21 Mei 2020
bersamaan 28 Ramadan 1441 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Budi, Jabatan
Pendidikan Negeri Perak.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor
Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak mewakili Pengarah Pendidikan
Negeri Perak.

Majlis bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Majlis
Khatam Al Quran pada kali ini telah disertai oleh seramai 15 orang pegawai
mewakili sektor masing-masing. Program ini juga telah disiarkan secara
langsung melalui platform Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri
Perak.

.
.

Muka Surat | 63

DANA MUSA’ADAH PEKDIS PRIHATIN
CAWANGAN PERAK TAHUN 2020

PEKDIS Cawangan Perak telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Dana
Musa’adah Prihatin Tahun 2020 pada 14 Mei 2020 khusus membantu seorang ahli
PEKDIS Cawangan Perak yang ditimpa ujian kesihatan. Sumbangan ini bertujuan
meringankan beban Ustaz Haji Mohd Azmi bin Ismail yang berkhidmat di SK Sitiawan.
Beliau merupakan mantan Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah
Manjung. Beliau telah disahkan menghidap leukimia dan jangkitan kuman dalam
badan.

Kutipan telah dijalankan dengan hebahan menyeluruh ke semua platform
media sosial GPI di Negeri Perak. Semua AJK PEKDIS Cawangan Perak mewakili
PPD masing-masing telah mengambil bahagian dalam memastikan sumbangan
disalurkan mengikut tatacara ditetapkan dan membantu melancarkan semua urusan
berkaitan.

PEKDIS Cawangan Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua penyumbang yang telah merealisasikan
hasrat dan objektif kutipan dana pada kali ini.

Kemaskini : Ustaz Haji Mohd Azmi bin Ismail telah meninggal
dunia pada 24 Jun 2020.

Muka Surat | 64

TEEN CIRCLE’S LEADERS (HALAQAH BESTARI)
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA
TAHUN 2020

Program Teen Circle’s Leaders (Halaqah Bestari) Peringkat Daerah Kinta
Utara Tahun 2020 telah dilaksanakan secara atas talian pada 19 Jun 2020. Program
ini berjaya mengumpulkan sejumlah 20 orang murid lelaki dan 20 orang murid
perempuan tingkatan empat, sekolah-sekolah di daerah Kinta Utara. Program ini
bertujuan membenyuk bakat kepimpinan pelajar melalui modul khas yang disesuaikan
dengan normal baharu.

Pemudahcara dan fasilitator program adalah di kalangan pegawai-pegawai di
Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak dan pegawai-pegawai di Unit Pendidikan Islam,
PPD Kinta Utara.

Muka Surat | 65

TAKLIMAT PENGURUSAN
JAWATANKUASA TEKNIKAL
PERTANDINGAN PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI

(PADNI)
SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Taklimat Pengurusan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Pembangunan
Adab dan Nilai (PADNI) Secara Dalam Talian Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 21
Julai 2020. Taklimat ini disampaikan oleh pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak kepada 10 orang Jawatankuasa Teknikal yang telah
dilantik.

Taklimat ini bermula pada jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Seri
Angkasa, Bangunan Maybank Trust, Ipoh. Taklimat ini bertujuan menyelaras agihan
tugas dalam Pertandingan Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Secara Dalam
Talian Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos
dan September bagi acara rakaman dan juga acara sidang video.

Taklimat ini juga membincangkan isu-isu berbangkit, pelan
kontigensi dan persiapan strategik jangka masa panjang ke peringkat
kebangsaan.

Muka Surat | 66

PROGRAM HALAQAH SIBER
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020

Program Halaqah Siber Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri
Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 23 Julai 2020 dan 29 Julai 2020 melalui
Aplikasi Google Meet yang telah disertai oleh kalangan kepimpinan pelajar tingkatan
empat di sekolah-sekolah dalam Negeri Perak. Pelaksanaan program tersebut adalah
berdasarkan jadual di bawah :

1. Daerah Kuala Kangsar, Batang Padang dan Larut Matang dan Selama pada
23 Julai 2020.

2. Daerah Hilir Perak, Perak Tengah dan Bagan Datuk pada 29 Julai 2020.
Program Halaqah Siber ini dilaksanakan bagi menghidupkan amalan usrah di

kalangan pelajar di samping memupuk elemen kepimpinan Islam. Pemudahcara
program adalah terdiri dari kalangan pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

.

Muka Surat | 67

BENGKEL KERJA BIRO EKONOMI
PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH

SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PEKDIS)
CAWANGAN PERAK
TAHUN 2020

Bengkel Kerja Biro Ekonomi Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamia
Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Perak Tahun 2020 telah
dilaksanakan pada 28 Julai 2020 di Pusat Kegiatan Guru Manjung dan Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

Bengkel ini membincangkan mengenai cadangan-cadangan
perancangan perolehan dan sumber dana PEKDIS Cawangan Perak. Bengkel
ini turut melibatkan pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Manjung
dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar bersama pegawai-pegawai
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Hasil perbincangan ini akan dimuktamadkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa PEKDIS Cawangan Perak akan datang.

Muka Surat | 68

MAJLIS IBADAH QURBAN
PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

TAHUN 2020

Majlis Ibadah Qurban Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2020
telah dilaksanakan pada 3 Ogos 2020 bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid
Negeri Perak. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan hanya melibatkan urus setia
yang telah dilantik. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini.
Urusan penyembelihan, melapah daging dan pengagihan dapat selesaikan pada jam
1.00 ptg. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari kepada semua petugas.

Majlis Ibadah Qurban Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2020
diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (Bahagian Operasi Sekolah) diiringi Pengarah JPN Perak. Beliau
telah menyampaikan ucapan penghargaan dan amanat gerak kerja kepada
semua hadirin.

Muka Surat | 69

BENGKEL KERJA PENYEDIAAN DOKUMEN RASMI
PERTANDINGAN PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI

(PADNI)
NEGERI PERAK TAHUN 2020

Bengkel Kerja Penyediaan Dokumen Rasmi Pertandingan Pembangunan Adab
dan Nilai (PADNI) Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 4 Ogos 2020.
Fokus bengkel adalah menyediakan dokumen pertandingan bagi acara-acara berikut
:

1. Acara Hafazan Al Quran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
2. Acara Tahfiz Al Quran (Terbuka) Juzuk 1-20 / Juzuk 1-30
3. Acara Qiraatus Sab’ie Bit Tarannum Sekolah Menengah
Para peserta bengkel adalah terdiri dari para hakim yang berpengalaman
dalam bidang masing-masing mewakili daerah-daerah di Negeri Perak.
Bengkel kali ini juga telah membincangkan isu-isu berbangkit dan
berkaitan dengan acara-acara pertandingan yang akan dilaksanakan nanti.

Muka Surat | 70

TAKLIMAT PENYELARASAN GERAK KERJA URUS SETIA
PERTANDINGAN PEMBANGUNAN ADAB
DAN NILAI (PADNI)
PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020

Taklimat Penyelarasan Gerak Kerja Urus Setia Pertandingan Pembangunan
Adab dan Nilai (PADNI) Secara Dalam Talian Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 04
Ogos 2020 bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Ipoh. Taklimat
ini disampaikan oleh pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan
Negeri Perak.

Taklimat ini bertujuan menyelaras agihan tugasan kepada urus setia bertugas
agar semua persiapan program berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas acara
berlangsung. Pertandingan tersebut akan diadakan di Pusat Latihan Kadet Remaja
Sekolah (PULARES), Batu Gajah pada bulan Ogos dan September nanti.

Sekolah-sekolah yang dilantik sebagai urus setia pertandingan adalah :
1. SK Toh Indera Wangsa Ahmad
2. SK St. Bernadette’s Convent

.

Muka Surat | 71

MAHRAJAN PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)
SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020

Mahrajan Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah
dilaksanakan dalam dua segmen ;

1. Segmen Rakaman Video dilaksanakan bermula 10 Ogos 2020 hingga 18
Ogos 2020 bertempat di Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah (PULARES), Batu
Gajah.

2. Segmen Sidang Video akan dilaksanakan pada 7 September 2020 hingga
15 September 2020 bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perak
(SSTP), Ipoh.

Mahrajan PADNI tahun ini menghimpunkan sejumlah 297 peserta (rakaman
dan sidang video) yang mengambil bahagian mewakili 11 daerah dalam Negeri Perak.
Seramai 60 orang hakim bertugas dalam tempoh tersebut bagi mengadili 28 acara
pertandingan mengikut kategori masing-masing.

Johan bagi setiap kategori akan mewakili Negeri Perak ke Peringkat
Kebangsaan yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.

.

Muka Surat | 72

MAJLIS BACAAN YASIN
SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2020
DAN CERAMAH PERDANA SAMBUTAN MAAL HIJRAH
PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Kebangsaan 2020 dan Ceramah Perdana
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah dilaksanakan
di Atrium Gemilang, JPN Perak pada 28 Ogos 2020 dan disiarkan secara langsung di
FB Rasmi JPN Perak. Majlis ini mengumpulkan sejumlah 70 pegawai dan staf Jabatan
Pendidikan Negeri Perak dari pelbagai sektor. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi.

Majlis Bacaan Yasin diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Unit
Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI), Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak, Haji
Mohd Azlan bin Mohd Noor, manakala Ceramah Perdana Sambutan Maal Hijrah
disampaikan oleh Ustaz Aminuddin bin Khalit, Penolong Pengarah, Sektor
Pentaksiran dan Peperiksaan, JPN Perak.

Majlis diserikan dengan kehadiran Encik Azmi bin Dahali, Timbalan
Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Perak mewakili Pengarah
JPN Perak diiringi Haji Muhammad bin Yahya, Ketua Penolong
Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam JPN Perak.

Urus setia program adalah di kalangan pegawai-pegawai di
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

.

Muka Surat | 73

DANA MUSA’ADAH PEKDIS PRIHATIN
CAWANGAN PERAK TAHUN 2020

PEKDIS Cawangan Perak telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Dana
Musa’adah Prihatin Tahun 2020 pada 1 September 2020 khusus membantu seorang
ahli PEKDIS Cawangan Perak yang ditimpa ujian kesihatan. Sumbangan ini bertujuan
meringankan beban Ustaz Azrul bin Yaakop dari SK Proton City, Tanjong Malim yang
menjalani pembedahan lutut akibat komplikasi rawatan kesihatan.

Beliau merupakan ahli PEKDIS Cawangan Perak yang aktif dalam bidang
sosial dan sukan serta pernah mewakili Negeri Perak merangkul johan keseluruhan
acara badminton di kejohanan peringkat kebangsaan.

Tempoh kutipan telah ditetapkan selama 11 hari bermula 01 September 2020
sehingga 11 September 2020 dengan hebahan menyeluruh ke semua platform media
sosial GPI di Negeri Perak. Semua AJK PEKDIS Cawangan Perak mewakili
PPD masing-masing telah mengambil bahagian dalam memastikan
sumbangan disalurkan mengikut tatacara ditetapkan dan membantu
melancarkan semua urusan berkaitan.

PEKDIS Cawangan Perak mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang yang
telah merealisasikan hasrat dan objektif kutipan dana pada kali ini.

Muka Surat | 74

PENJURIAN RAKAMAN PERTANDINGAN ADAB
DAN NILAI (PADNI)

MURID BERKEPERLUAN KHAS
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Penjurian Rakaman Pertandingan Adab dan Nilai (PADNI) Murid
Berkeperluan Khas Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 21 -
22 September 2020 bertempat di Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan
Negeri, Ipoh, Perak. Program ini bertujuan mencungkil bakat murid-murid
berkeperluan khas dalam acara-acara tilawah, nyanyian solo, deklamasi sajak,
hafazan, bercerita dan syarahan. Para peserta dibahagikan kepada 3 kategori iaitu
Kategori Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan.

Penjurian dimulakan jam 8.00 pagi dan tamat sekitar jam 2.00 petang. Seramai
126 peserta mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan mewakili
daerah-daerah di Negeri Perak. Seramai 27 orang hakim terlibat mengadili
semua acara dan 30 orang guru bertugas sebagai urus setia program.

Semua pemenang bagi acara masing-masing akan mewakili
Negeri Perak ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada bulan
Oktober 2020.

Muka Surat | 75

BENGKEL KERJA
PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH

(PERSISS)
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Bengkel Kerja Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat
Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 23 September 2020 bertempat di
SK Ayer Tawar, Manjung. Bengkel ini disertai oleh semua pegawai Unit Pembangunan
Adab dan Nilai (PADNI), SPI JPN Perak bersama 8 orang Jurulatih Utama PERSISS
Negeri Perak yang dilantik dari pelbagai latar belakang sekolah di Negeri Perak.

Bengkel ini bertujuan menyelaras, menyusun gerak kerja dan agihan tugas
dalam memastikan kelancaran program yang akan dilaksanakan nanti. Takllimat
program disampaikan oleh Ustaz Shahrol Azmi bin Jumari selaku Pegawai Meja bagi
PERSISS Negeri Perak Tahun 2020.

Taklimat ini juga membincangkan isu-isu berbangkit, pelan kontigensi dan
persiapan strategik jangka masa panjang ke peringkat kebangsaan.

Muka Surat | 76

KUNJUNG BANTU DAN BIMBINGAN
PESERTA-PESERTA NEGERI PERAK KE
MAHRAJAN PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)

SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020

Sesi Kunjung Bantu dan Bimbingan Peserta-Peserta Negeri Perak ke Mahrajan
Pembangunan Adab Dan Nilai (PADNI) Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 bagi segmen rakaman video telah
dilaksanakan berdasarkan jadual berikut:

1. SMKA Kerian, SMK Abu Bakar al-Baqir, SMK Bukit Merchu pada 26 Ogos
2020.

2. SK Seri Ampang, SMK Seri Ampang, SK Sungai Rokam, SABK Maahad Tahfiz
Al-Quran dan Akademik BAKIP pada 27 Ogos 2020.

3. SK Balun, SMA Al-Ulum Asy-Syar’iyyah, SK Seri Manjung pada 01 September
2020.

4. SK Kampar pada 02 September 2020.
Sejumlah 12 orang peserta yang akan mewakili acara masing-masing bagi

segmen rakaman video telah dibimbing secara langsung oleh pegawai-pegawai
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Sesi bimbingan ini
berfokus daripada ulasan-ulasan hakim yang telah dikemukakan.

Kehadiran pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak ini juga
sebagai tanda penghargaan kepada sekolah-sekolah yang bakal mewakili Negeri
Perak ke Peringkat Kebangsaan.

.

Muka Surat | 77

RAKAMAN VIDEO
MAHRAJAN PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020

Sesi Rakaman Video Mahrajan Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI)
Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 bagi peserta-peserta yang mewakili Negeri Perak
telah dijalankan pada 28 - 29 September 2020. 5 acara yang terlibat dengan sesi
rakaman ini ialah Hafazan SR, Hafazan SM, Tahfiz Terbuka Juzuk 1-20, Tahfiz
Terbuka Juzuk 1-30 dan Qiraatus Sab’ie Bit Tarannum.

Peserta-peserta yang terlibat dengan sesi rakaman video ini ialah dari SK Pinji,
Ipoh, SMKA Kerian, Semanggol dan SABK Maahad Al Khair Lil Banat, Kamunting.
Sesi rakaman ini dimulakan dengan pemeriksaan lokasi dan alatan rakaman, taklimat
peserta, pemilihan sampul soalan dan sesi soal jawab.

Semua rakaman video peserta-peserta ini akan dibawa pulang ke
Putrajaya untuk dinilai oleh para hakim yang dilantik. Keputusan pertandingan
akan diumumkan pada 27 November 2020. Pegawai-pegawai Bahagian
Pendidikan Islam, KPM yang hadir untuk menjayakan program ini ialah
En. Mohd Zamri bin Mohamed Nor dan En. Mohd Faisal bin Ismail.

Muka Surat | 78

MAJLIS APRESIASI JAWATANKUASA KERJA
PERTANDINGAN PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI

(PADNI)
SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Majlis Apresiasi Jawatankuasa Kerja Pertandingan Pembangunan Adab dan
Nilai (PADNI) Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah
diadakan pada 30 September 2020 bertempat di Kinta Riverfront Hotel and Suites,
Ipoh. Majlis ini dilaksanakan bagi meraikan Jawatankuasa Kerja Program yang telah
bertungkus lumus sepanjang pertandingan yang telah dijalankan.

Majlis ini melibatkan 50 orang jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai
Sektor Pendidikan Islam JPN Perak, Jawatankuasa Teknikal dan Urus Setia program.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor
Pendidikan Islam JPN Perak, Haji Muhammad bin Yahya.

Semua Jawatankuasa Kerja Program menerima cenderamata kenang-
kenangan dan sijil penghargaan dari pihak penganjur.

.

Muka Surat | 79

KUNJUNG BANTU KE SMKA KERIAN -
PROGRAM NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM

SEKOLAH-SEKOLAH (NKISS)
PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 2020

Kunjung Bantu ke SMKA Kerian - Program Nadwah Kepemimpinan
Islam Sekolah-Sekolah (NKISS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 telah
dilaksanakan pada 22 September 2020. Kunjungan ini bertujuan memberi
maklumat bersepadu berkaitan program yang bakal berlangsung di
samping menyantuni peserta-peserta yang bakal mewakili Negeri Perak
ke kebangsaan. Sesi kunjung bantu ini diketuai oleh Ketua Penolong
Pengarah Unit Pembangunan Adab dan Nilai, Haji Mohd Azlan bin Mohd
Noor.

Seramai 20 orang pelajar yang terlibat diberikan taklimat
khas program seterusnya disusuli dengan slot motivasi, soal
jawab, penyampaian kit program dan cenderahati.

NKISS Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dijadualkan
pada 26 - 28 Oktober 2020 yang akan dilaksanakan secara
atas talian.

.

Muka Surat | 80

PELAKSANAAN e-NADWAH
KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH (e-NKISS)

PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

e-Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-Sekolah (e-NKISS) Peringkat Negeri
Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan secara dalam talian dengan mematuhi prosedur
operasi standard (SOP) normal baharu. e-NKISS telah dilaksanakan pada 08 Oktober
2020 melibat 104 orang pemimpin pelajar tingkatan empat yang mewakili 26 sekolah
dari seluruh Negeri Perak. Seramai 5 orang pemudahcara dan urus setia program
telah berlintas langsung dari Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN
Perak, Ipoh.

Program ini bertujuan memupuk elemen kepemimpinan di samping menyuntik
keperibadian dan jati diri muslim di kalangan para pemimpin pelajar sekolah-sekolah
yang terlibat. Pelbagai slot diatur agar ianya berupaya mencapai matlamat program
dan akhirnya memenuhi keperluan kepimpinan di peringkat sekolah. Peserta terbaik
program disandang oleh pelajar dari SMKA Kerian.

Program dimulakan dengan taklimat peserta oleh Pegawai Meja e-NKISS SPI
JPN Perak, Ustaz Suhaimi bin Hamid dan program disempurnakan dengan Perasmian
Penutup oleh Ketuan Penolong Pengarah Unit Pembangunan Adab dan Nilai
(PADNI), Sektor Pendidikan Islam, Haji Mohd Azlan bin Mohd Noor.

.

Muka Surat | 81

PROGRAM TAHSIN SURAH AL FATIHAH
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK
TAHUN 2020

Program Tahsin Surah Al Fatihah Sekolah-Sekolah Negeri Perak telah
dilaksanakan di semua sekolah-sekolah Negeri Perak bermula 12 Oktober sehingga
16 Oktober 2020. Program ini mensasarkan semua warga pendidikan di setiap
sekolah. Inisiatif ini bertujuan menyemak dan memperbaiki bacaan Surah Al Fatihah
selain memperkasa ilmu Al Quran kepada semua warga pendidik di Negeri Perak.
Guru-Guru Pendidikan Islam telah dilantik menjadi urus setia dan pemudahcara dalam
program ini.

Setiap sekolah akan menghantar laporan program yang dilengkapkan dalam
tapak laporan yang disediakan bagi tujuan analisis dan penambahbaikan program di
masa akan datang. Rata - rata respon positif diterima agar program ini diteruskan,
diperluaskan dan dilakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

Program ini juga mendapatkan sokongan padu dari Majlis Pengetua Negeri
Perak (MPSM) dan Majlis Guru Besar Negeri Perak (MGB).

Muka Surat | 82

BENGKEL KERJA
PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH

(PERSISS)
PERINGKAT NEGERI PERAK

SIRI 2 TAHUN 2020

Bengkel Kerja Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat
Negeri Perak Siri 2 Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2020 bertempat
di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Bengkel ini disertai oleh semua pegawai Unit
Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI), SPI JPN Perak bersama 8 orang Jurulatih
Utama PERSISS Negeri Perak yang dilantik dari pelbagai latar belakang sekolah di
Negeri Perak.

Bengkel ini bertujuan menyusun semula gerak kerja berdasarkan situasi terkini
penularan pandemik COVID 19 serta mematuhi arahan terkini Kementerian
Pendidikan Malaysia agar semua jenis program bersemuka tidak dijalankan dalam
masa terdekat. Taklimat program disampaikan oleh Ustaz Shahrol Azmi bin Jumari
selaku Pegawai Meja bagi PERSISS Negeri Perak Tahun 2020.

Taklimat ini juga membincangkan isu-isu berbangkit, pelan
kontigensi dan persiapan strategik jangka masa panjang ke peringkat
kebangsaan.

Muka Surat | 83

PELAKSANAAN e-QIADI JUNIOR SEKOLAH-SEKOLAH
(e-QJuSS)

PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020

e-Qiadi Junior Sekolah-Sekolah (e-QJuSS) Peringkat Negeri Perak Tahun
2020 telah dilaksanakan secara dalam talian dengan mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) normal baharu. e-QJuSS telah dilaksanakan pada 15 Oktober 2020
melibat 104 orang murid tahun lima yang mewakili 26 sekolah dari seluruh Negeri
Perak. Seramai 6 orang pemudahcara dan urus setia program telah berlintas langsung
dari Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Perak, Ipoh.

Program ini bertujuan memberi nilai tambah kepada keperibadian muslim
dengan menitikberatkan aspek kualiti ibadah di kalangan murid-murid sekolah rendah
yang terlibat. Pelbagai slot diatur agar ianya berupaya mencapai matlamat program
dan akhirnya memenuhi keperluan murid-murid di peringkat sekolah rendah. Peserta
terbaik program disandang oleh murid dari SK Sri Adika Raja dan SK Changkat
Lada 2.

Program dimulakan dengan taklimat peserta oleh Pegawai Meja
e-NKISS SPI JPN Perak, Ustaz Suhaimi bin Hamid dan program
disempurnakan dengan Perasmian Penutup oleh Ketua Penolong
Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Haji Muhammad bin Yahya.

.

Muka Surat | 84

PELAKSANAAN e-KEM PEMANTAPAN AKIDAH
SEKOLAH-SEKOLAH (e-KEMPAK)

PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

e-Kem Pemantapan Akidah (e-KEMPAK) Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri
Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan secara dalam talian dengan mematuhi prosedur
operasi standard (SOP) normal baharu. e-KEMPAK telah dilaksanakan pada 22
Oktober 2020 melibat 88 orang pelajar-pelajar tingkatan empat yang mewakili 22
sekolah dari seluruh Negeri Perak. Seramai 5 orang pemudahcara dan urus setia
program telah berlintas langsung dari Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP),
JPN Perak, Ipoh.

Program ini bertujuan menyuntik pemahaman jelas sekaligus memantapkan
pegangan akidah di kalangan para peserta dari sekolah-sekolah yang terlibat.
Pelbagai slot diatur agar ianya berupaya mencapai matlamat program dan akhirnya
memenuhi keperluan pengisian akidah kepada kumpulan sasar. Peserta terbaik
program disandang oleh pelajar dari SMK Taman Tasik.

Program dimulakan dengan taklimat peserta oleh Pegawai Meja
e-KEMPAK SPI JPN Perak, Haji Norhanizam bin Mohamed Tajuddin
dan program disempurnakan dengan Perasmian Penutup oleh
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Haji
Muhammad bin Yahya.

Muka Surat | 85

PROGRAM CERAMAH PERDANA
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

TAHUN 2020

Program Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2020 dilaksanakan pada 28 Oktober 2020
secara dalam talian dan siarkan secara langsung melalui halaman Facebook Rasmi
JPN Perak. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Salehudin bin Shafie, Penolong
Pengarah Akidah dan Pemikiran, Cawangan Pembangunan Adab dan Nilai, Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program dimulakan dengan sesi berselawat, tayangan slide dan video montaj
dan ucaptama Ketua Penolong Pengarah Kanan SPI JPN Perak. Penceramah
mengulas tajuk ‘Pendekatan Nabi Muhammad S.A.W Dalam Menangani Wabak’
bertepatan dengan situasi terkini penularan pandemik COVID 19 di Malaysia.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian Piala Pusingan
Johan Keseluruhan Pertandingan Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI)
Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 yang telah dimenangi oleh Daerah
Kerian.

.
.

Muka Surat | 86

DANA MUSA’ADAH PEKDIS
CAWANGAN PERAK TAHUN 2020

PEKDIS Cawangan Perak telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Dana
Musa’adah Tahun 2020 pada 10 November 2020 khusus membantu meringankan
beban warga sekolah SABK Yahyawiah Padang Rengas yang terlibat dengan
penularan pandemik COVID 19 di kalangan warga sekolah sehingga dikenakan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN).

Tempoh kutipan telah ditetapkan selama 15 hari bermula 10 November 2020
sehingga 24 November 2020 dengan hebahan menyeluruh ke semua platform media
sosial warga pendidik di Negeri Perak. Semua AJK PEKDIS Cawangan Perak
mewakili PPD masing-masing telah mengambil bahagian dalam memastikan
sumbangan disalurkan mengikut tatacara ditetapkan dan membantu
melancarkan semua urusan berkaitan.

Sejumlah RM5085 berjaya dikumpulkan dalam tempoh kutipan
tersebut. PEKDIS Cawangan Perak mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang
yang telah merealisasikan hasrat dan objektif kutipan dana pada
kali ini.

Muka Surat | 87

PENCALONAN PENERIMA ZAKAT WAKALAH
SURAU DHAIF SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI PERAK TAHUN 2020

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah bersetuju untuk
menyampaikan Zakat Wakalah kepada surau dhaif sekolah-sekolah KPM seluruh
negara. Atas inisiatif tersebut, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah menetapkan
agar semua negeri perlu mencalonkan 4 buah surau dhaif kepada urus setia untuk
dipertimbangkan.

BPI KPM telah menetap tarikh penghantaran senarai pencalonan surau
dhaif sekolah-sekolah KPM dari semua negeri adalah pada 27 November 2020.
Saringan pemilihan surau dhaif sekolah-sekolah KPM Negeri Perak telah
dilaksanakan pada 20 November 2020. Sebanyak 10 pencalonan diterima sepanjang
tempoh penyertaan.

Hasil saringan oleh panel pemilih negeri Perak mengesahkan 4
surau dhaif dicalonkan sebagai penerima Zakat Wakalah tersebut.
Senarai penerima adalah seperti berikut :

1. SK Sungkai - PPD Batang Padang
2. SK Sungai Ramai - PPD Manjung
3. SK Sungai Bogak - PPD Kerian
4. SMK Taman Panglima - PPD LMS

Sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek akan menerima e-mel
dokumen tawaran dari pihak berkenaan dan perlu melengkapkan dokumen
penerimaan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. Sekolah-sekolah yang berjaya
akan menerima wang tunai berjumlah RM5000 bagi tujuan menaiktaraf kemudahan
yang tidak mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran.

.
.
.
.

Muka Surat | 88

BENGKEL KERJA
PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH

(PERSISS)
PERINGKAT NEGERI PERAK SIRI 3

TAHUN 2020

Bengkel Kerja Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS)
Peringkat Negeri Perak Siri 3 Tahun 2020 telah dilaksanakan secara dalam
talian pada 25 November 2020. Bengkel ini disertai oleh Pegawai Meja
PERSISS SPI JPN Perak bersama 8 orang Jurulatih Utama PERSISS Negeri
Perak yang dilantik dari pelbagai latar belakang sekolah di Negeri Perak.

Bengkel ini bertujuan memaklumkan status terkini pelaksanaan
PERSISS di peringkat negeri dan kebangsaan. Bengkel ini juga
membincangkan dan menyusun gerak kerja penarafan
berdasarkan situasi terkini penularan pandemik COVID 19.
Taklimat program disampaikan oleh Ustaz Shahrol Azmi bin
Jumari selaku Pegawai Meja bagi PERSISS Negeri Perak
Tahun 2020.

.

Muka Surat | 89

DANA MUSA’ADAH PEKDIS
CAWANGAN PERAK TAHUN 2020
(TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR)

PEKDIS Cawangan Perak telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Dana
Musa’adah Tahun 2020 (Tabung Bantuan Mangsa Banjir) pada 26 November 2020
khusus membantu meringankan ujian mangsa banjir di Negeri Perak

Tempoh kutipan telah ditetapkan selama 14 hari bermula 26 November 2020
sehingga 09 Disember 2020 dengan hebahan menyeluruh ke semua platform media
sosial warga pendidik di Negeri Perak. Semua AJK PEKDIS Cawangan Perak
mewakili PPD masing-masing telah mengambil bahagian dalam memastikan
sumbangan disalurkan mengikut tatacara ditetapkan dan membantu melancarkan
semua urusan berkaitan.

Sejumlah RM2135 berjaya dikumpulkan dalam tempoh kutipan tersebut.
PEKDIS Cawangan Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua penyumbang yang telah merealisasikan hasrat dan objektif
kutipan dana pada kali ini.

Muka Surat | 90

MAJLIS APRESIASI JAWATANKUASA KERJA
PERTANDINGAN PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI

(PADNI)
SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Pengumuman Keputusan Pemenang Mahrajan Adab dan Nilai Sekolah-
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 telah
disiarkan secara langsung melalui halaman facebook Pembangunan Program Adab
dan Nilai BPI KPM dan Bahagian Pendidikan Islam KPM pada 27 November 2020.
Siaran langsung pengumuman keputusan tersebut dimulakan dengan Majlis Bacaan
Yasin, Ceramah Khas sempena Slot Bicara Wahyu dan Ucaptama oleh Timbalan
Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Islam KPM, Haji Roslan bin Abu Hassan
mewakili Pengarah BPI KPM.

Sektor Pendidikan Islam JPN Perak berjaya merangkul tiga Naib Johan dan
satu Tempat Ketiga daripada 17 acara yang dipertandingkan. Berdasarkan kiraan
jumlah kumulatif markah keseluruhan, Negeri Perak berjaya menduduki Tempat
Keempat keseluruhan di belakang Negeri Selangor, Johor dan Terengganu.

Mahrajan PADNI Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 telah mencatat
sejarah tersendiri apabila kesemua acara yang dipertandingkan
dijalankan secara dalam talian akibat penularan pandemik COVID-19
pada tahun ini.

.

Muka Surat | 91

MESYUARAT TAHUNAN PERWAKILAN
PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH

SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PEKDIS)
KALI KE - 16 TAHUN 2020

Mesyuarat Tahunan Perwakilan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Sekolah-
Sekolah Malaysia (PEKDIS) Kali Ke - 16 Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 10
Disember 2020 secara dalam talian yang dipancarkan secara langsung melalui
aplikasi zoom meeting berpusat di Bahagian Pendidikan Islam, KPM di Cyberjaya.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan
Program Adab dan Nilai (PADNI), BPI KPM selaku Pengerusi PEKDIS Pusat. Setiap
negeri dikehendakki menghantar 4 orang perwakilan dalam mesyuarat kali ini.

Mesyuarat diserikan dengan ucaptama oleh YBhg. Tuan Pengarah BPI KPM,
Haji Hasan Nudin bin A. Hamid. Dalam isi ucapannya, beliau menyeru agar PEKDIS
terus relevan mendepani masa dalam menelusuri kegiatan dakwah di Malaysia.

Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu
PEKDIS dan alunan Asma’ul Husna. Kemudian mesyuarat diteruskan
dengan perutusan pengerusi mesyuarat dan agenda-agenda
seterusnya. Dalam mesyuarat kali ini, pelaporan program korban 2019,
KSGPI 2019 dan SENADA 2019 telah dibentangkan. Agenda
perbahasan usul pindaan perlembagaan juga dibentangkan untuk
tindakan selanjutnya. Sebelum mesyuarat berakhir, pemilihan dan
pelantikan AJK PEKDIS Pusat yang baru telah diadakan.

Mesyuarat berakhir dan ditangguhkan pada jam
1.00 petang.

.
.
.

Muka Surat | 92

SESI RAKAMAN SLOT PENAJA
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) NEGERI PERAK -

PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH
(PERSISS)

PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Sesi Rakaman Slot Penaja Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - Penarafan
Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah
dilaksanakan pada 15 Disember 2020. Sesi rakaman ini telah dijalankan di Bank Islam
Cawangan Ipoh, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang
Wahab.

Rakaman ini akan ditayangkan dalam slot penaja sewaktu Majlis Pengumuman
Rasmi Keputusan Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat
Negeri Perak Tahun 2020 yang akan diadakan pada 18 Disember 2020 bertempat di
Bilik Mesyuarat Seri Budi, JPN Perak.

Rakaman ini dijayakan oleh Pn. Wan Siti Hajar binti Wan Salim, State
Deposit Negeri Perak bersama En. Hasnul Hadi bin Ahmad, Pengurus
Bank Islam Cawangan Ipoh. Dalam pertemuan ini juga, pihak BIMB
Perak telah menyampaikan sumbangan penajaan berjumlah RM4000
kepada SPI JPN Perak.

Muka Surat | 93

SESI RAKAMAN UCAPAN
TUAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK -

PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH
(PERSISS)

PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Sesi Rakaman Ucapan Ybhg. Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Perak untuk slot ucaptama dalam Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan Penarafan
Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah
diadakan pada 15 Disember 2020. Sesi rakaman ini telah berlangsung di pejabat
rasmi Ybhg. Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Slot ucaptama Ybhg. Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan
ditayangkan secara langsung dalam Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan
Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat Negeri Perak Tahun
2020 yang akan diadakan pada 18 Disember 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri
Budi, JPN Perak.

Ybhg. Tuan Pengarah mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang
mengambil bahagian dalam PERSISS Perak pada tahun ini. Beliau juga mendoakan
pemenang-pemenang PERSISS kali ini akan dapat mengharumkan nama Negeri
Perak di peringkat kebangsaan.

Muka Surat | 94

BENGKEL PENGURUSAN
PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)

TAHUN 2020

Bengkel Pengurusan Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Tahun 2020 telah
dilaksanakan pada 16 Disember 2020 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala
Kangsar. Bengkel ini melibatkan pegawai-pegawai Unit Pendidikan Islam, PPD Kuala
Kangsar bersama-sama 10 orang Guru Pendidikan Islam dari daerah yang sama.
Bengkel ini diketuai oleh Haji Norhanizam bin Mohamed Tajuddin, Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) SPI JPN Perak.

Bengkel ini ialah susulan dari Mesyuarat Pengurusan PADNI pada 3 Disember
yang lalu. Perjumpaan kali ini bertujuan membentangkankan perancangan gerak kerja
Unit Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) SPI JPN Perak dan mempersiapkan
dokumen-dokumen program jalinan bersama agensi-agensi swasta dan korporat.
Seterusnya melaksanakan agihan tugas berdasarkan profil jawatankuasa
yang dilantik.

Bengkel ini juga membincang dan menyenaraikan isu-isu strategik
Unit Pembangunan Adab dan Nilai di peringkat negeri yang akan
diketengahkan di peringkat atasan.

Muka Surat | 95

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN
PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH

(PERSISS)
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Pengumuman Rasmi Keputusan Penarafan Surau Imarah Sekolah-
Sekolah (PERSISS) Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 telah diadakan pada tarikh
18 Disember 2020. Majlis Pengumuman Rasmi ini telah dipancarkan secara langsung
melalui halaman FB Rasmi JPN Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Budi, JPN
Perak.

Majlis Pengumuman Rasmi ini bermula seusai Slot Bicara Ilmu Jumaat pada
jam 9.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan ucaptama YBhg. Tuan Pengarah JPN
Perak diikuti dengan slot penaja BIMB dan seterusnya ulasan Pengerusi Jemaah
Hakim.

Keputusan PERSISS Perak 2020 adalah seperti berikut :
1. Kategori Surau SR - SK Kuak Luar, Pengkalan Hulu
2. Kategori Musalla SR - SK Jalan Pegoh, Ipoh
3. Kategori Surau SM - SMK Dato’ Sagor,Langkap
4. Kategori Musalla SM - SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin, Manjung
Semua pemenang membawa pulang piala pusingan, sijil
penghargaan, sijil penarafan 5 bintang dan wang tunai RM1000. Semua
pemenang akan mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan pada
tahun 2021.
.
.
.
.

Muka Surat | 96

PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH
(PERSISS)

PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat Negeri Perak
Tahun 2020 merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur
keberkesanan dan kecekapan pengurusan surau dan musalla sekolah-sekolah KPM.
Melalui penarafan bintang, pengiktirafan dan penghargaan diberikan kepada pihak
sekolah bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan surau dan
musolla sekolah masing-masing

Penarafan ini terbuka kepada semua surau dan musalla sekolah di bawah
kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. PERSISS terbahagi kepada 4 kategori :
Kategori Surau SR, Musalla SR, Surau SM dan Musalla SM. Jawatankuasa panel
verifikasi di peringkat negeri adalah dilantik oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri Perak.

Sebanyak 36 penyertaan diterima pada tahun ini dalam 4
kategori yang dipertandingkan. Surau terbaik setiap kategori layak mewakili
Negeri Perak ke peringkat kebangsaan pada tahun 2021.

.
.
.
.

Muka Surat | 97

BENGKEL KERJA
SISTEM MyPEKDIS NEGERI PERAK

TAHUN 2020

Bengkel Kerja Sistem MyPEKDIS Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan
pada 21 Disember 2020 bertempat di Bilik Waja Bestari, Sektor Sumber Teknologi
Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Ipoh. Bengkel ini dihadiri oleh
wakil Unit Pendidikan Islam setiap Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Perak.

Bengkel ini diadakan bertujuan menyelaras tindakan-tindakan yang perlu
diambil oleh setiap daerah dalam usaha mengemaskini data keahlian PEKDIS
peringkat daerah masing-masing. Sistem MyPEKDIS ini telah dibangunkan oleh
PEKDIS Pusat bertujuan memudahkan pengurusan keahlian, pembayaran yuran dan
laporan aktiviti di setiap cawangan PEKDIS.

Bengkel ini diselia oleh Jurulatih MyPEKDIS Negeri Perak iaitu
Ustaz Mohd Yusof bin Shoib selaku pembimbing dan pemudahcara.
Bengkel dimulakan dengan ucaptama oleh Pegawai Meja MyPEKDIS
JPN Perak, Ustaz Shahrol Azmi bin Jumari dan dibantu oleh Ustaz
Suhaimi bin Hamid.

Muka Surat | 98

VERIFIKASI PENCALONAN ZAKAT WAKALAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURAU DHAIF SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI PERAK TAHUN 2020

Verifikasi Pencalonan Zakat Wakalah KPM Surau Dhaif Sekolah-Sekolah
Negeri Perak Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 22 Disember 2020. Unit
Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI), SPI JPN Perak telah berkesempatan untuk
hadir ke dua buah sekolah daripada empat buah sekolah yang telah dicalonkan
sebagai penerima Zakat Wakalah KPM Surau Dhaif Sekolah-Sekolah Negeri Perak
bagi tahun 2020.

Sekolah-sekolah yang telah dicalonkan pada tahun 2020 ialah :
1. SK Sungkai (PPD Batang Padang)
2. SK Sungai Ramai (PPD Manjung)
3. SK Sungai Bogak (PPD Kerian)
4. SMK Taman Panglima (PPD LMS)
Sesi kunjungan ini bertujuan mendapatkan maklumat lebih jelas
dengan bertemu barisan pentadbir sekolah-sekolah terlibat. Selain
melihat sendiri kondisi surau-surau dhaif yang telah dicalonkan.
Dalam pertemuan ini juga, pihak PADNI SPI JPN Perak telah
memberikan input bimbingan pengurusan surau kepada pihak sekolah.

Muka Surat | 99


Click to View FlipBook Version