The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nvrrasyiqah, 2021-11-14 07:46:53

ETNIK DI MALAYSIA

ETNIK DI MALAYSIA

Keywords: KUMPULAN 9 DAT1B

ETNIK DI MALAYSIA

MPU21032
PENGHAYATAN
ETIKA DAN
PERADABAN

AHLI KUMPULAN

v SUHANA ANAK MARIH
(20DAT21F1047)

v NOOR EZLYN BIN
RAMJI
(20DAT21F1037)

v PIENG CHEW NA
(20DAT21F1031)

v NUR RASYIQAH BINTI
RAHMAN
(20DAT21F1035)

PENSYARAH

PUAN FARAH HANAN
BINTI ABU BAKAR

POLITEKNIK MUKAH

ISI KANDUNGAN

Ø HASIL PEMBELAJARAN
Ø REFLEKSI
Ø PENGENALAN
Ø KAUM MELAYU
Ø KAUM CINA
Ø KAUM INDIA
Ø ETNIK – ETNIK DI MALAYSIA
Ø PETEMPATAN MALAYSIA PADA MASA DAHUILU
Ø KEGIATAN EKONOMI MALAYSIA PADA MASA

DAHULU
Ø KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MALAYSIA

PADA MASA INI
Ø ALAT MUZIK TRADISIONAL
Ø TARIAN TRADISIONAL
Ø PERMAINAN TRADISIONAL
Ø KEPENTINGAN MENGHORMATI KEPELBAGAIAN

KAUM DAN ETNIK SEBAGAI ASAS PERPADUAN
NEGARA
Ø KEPENTINGAN MENGHARGAI WARISAN KESENIAN
TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA
Ø MENUNJUKKAN KEBANGGAN BERKONGSI
KESENIAN TRADISIONAL RAKYAT MALAYSIA
Ø RUJUKAN

• HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan Pelbagai Kaum Dan
Etnik Di Malaysia
2. Menjelaskan Petempatan Serta
Kegiatan Ekonomi Masyarakat Malaysia
Dahulu Dan Kini
3. Menerangkan Alat Muzik Dan Tarian
Tradisional Dalam Kehidupan Masyarakat
4. Menjelaskan Permainan Tradisional
Masyarakat Malaysia

v Saya dan ahli kumpulan bersyukur kerana dapat
melaksanakan tugasan dengan tepat pada masanya.
Sepanjang kami membuat kerja e-folio ini , banyak yang
kami telah pelajari. Kekuatan dalam membuat kerja e-folio
ini adalah pertolongan dari pensyarah yang sangat
membantu menyiapkan kerja e-folio ini.

Selain itu , masalah yang dihadapi semasa menjalankan
tugasan ini adalah tidak memperuntukkan masa dengan
baik. Di samping itu , kami tidak dapat berjumpa dan
berbincang berkenaan dengan tugasan kerena keberadaan
kami tidak sama.

Kami tidak menghadapi sebarang masalah untuk
mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam tugasan
kami. Maklumat kami datang dari sumber internet dan
sumber buku. Topik kumpulan
kami sangat popular, jadi kami dapat mancari banyak
maklumat dan sangat mudah melalui internet.

Cadangan untuk menambahbaikan kelemahan ialah
memperbaiki sikap diri dan mengurus masa dengan
baik.Sikap kerjasama dan amalan tolong-menolong amat
penting khususnya semasa membuat tugasan secara
berkumpulan. Dalam masa yang sama, kami juga belajar
untuk mengagihkan tugas secara adil dan saksama agar
tugasan yang dibuat tidak bersifat berat sebelah.

Konklusinya, ilmu dan pengalaman yang diperoleh
sepanjang menjalankan tugasan ini telah memberikan
manfaat kepada kami. Saya juga akan mengaplikasikan
ilmu dan pengalaman yang telah dipelajari dalam tugasan
lain pada masa yang akan datang agar tugasan yang
dihasilkan berkualiti.

Sekian, terima kasih.

ETNIK DI
MALAYSIA

PENGENALAN

•Malaysia merupakan salah
satu negara berbilang kaum
yang dapat hidup dengan
harmoni. Antara tiga kaum
utama di Malaysia ialah
Melayu,Cina dan India
telahpun menetap di tanah
ini selama 5 abad.

Selain itu, Malaysia juga
merupakan tanah air
kepada sebanyak kira kira
80 kaum etnik, terutamanya
di Malaysia Timur.
Antaranya termasuklah
Baba dan Nyonya,
Kadazandusun, Iban, Bajau,
Murut dan Momogun
Rungus.

KAUM MELAYU

Kepercayaan • Agama Islam

Bahasa • Bahasa Melayu

Pakaian • Baju Melayu , Songkok , Kain Pelikat
• Kebaya , Baju Kurung

Makanan • Laksa , Nasi Lemak
• Kuih Koci , Buah Melaka , Kuih Lapis

Permainan • Congkak , Gasing , Wau

Alat Muzik • Kompang , Gong , Rebena , Gambus

Perayaan • Hari Raya Aidilfitri , Hari Raya Haji

Tarian • Tarian Keris , Tarian Inai , Tarian
Piring , Tarian Lilin

KAUM CINA

Kepercayaan • Agama Buddha ,
Taoisme , Kristian

Bahasa •Mandarin , Hokkien , Hakka ,
Teochew , Kantonis

Suku Kaum • Teochew , Hakka ,
Hokkien

Pakaian • Hanfu , Cheongsam ,
Samfu

Tarian • Tarian Kipas , Tarian
Singa , Tarian Payung

Makanan • Kuih Bakul , Kuih Bulan ,
Pulut Nasi , Dimsum

Permainan • Catur Cina

Alat Muzik • Gitar Bulan , Drum

Perayaan • Tahun Baru Cina , Chap
Goh Mei , Pesta Kuih Bulan

KAUM INDIA

Kepercay Agama Hindu , Kristian , Islam

aan

Bahasa Bahasa Telugu , Tamil , Hindi ,
Malayalam

Perayaa Hari Deepavali , Thaipusam , Ponggal ,
n Vaigunda Ekadashi , Krismas , Onam

Pakaia Sari , Serban , Kurta , Dhoti , Sarung
n

Makana Tosai , Idli , Maruku , Apam , Kesari ,
n Ladu

Permaina Kaudi

n

Alat Veena , Sitar , Ukulele , Sapei
Muzik
Tarian Tarian Serimpi , Bharata Natyam ,

Shobana Chanarakumar

ETNIK – ETNIK DI MALAYSIA
Antaranya ialah :

BAJAU

Suku kaum Bajau banyak terdapat di

negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah
antara penduduk asal kepulauan Borneo
sejak berabad-abad lamanya, atau sejak
kewujudan bangsa Melayu di Nusantara
kerana suku kaum Bajau adalah serpihan
Melayu gelombang kedua yang datang ke
Nusantara.

Suku kaum Bajau mendiami kawasan
pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan,
dengan kepadatan tertinggi di Semporna,
Lahad Datu dan Kudat.

100 % suku kaum Bajau menganut agama
Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan
hubungan kekeluargaan dan “le’od” iaitu
kelompok sedaerah.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai
sinama. Kata sinama adalah kata terbitan
daripada kata akar Sama dengan menerima
sisipan -in- sehingga membentuk sinama
yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa
Sama.

Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga
turut mewarganegarai negara-negara seperti
Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Baba Dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan
kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat,

Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia),
khususnya di negeri Melaka.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan
mengakui bahawa mereka adalah orang Cina
tetapi rakyat British dan berbangga dengan

kedudukan ini.

Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang
baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap
suasana sosio-budaya di persekitaran mereka pada
zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang
berlaku antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah
punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya

memanggil mereka sebagai “Baba”.

Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau
“Peranakan” kerana kebudayaan mereka, yang

berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai
unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

IBAN

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai
dayak laut dan dengan jumlah sebanyak

576,000 iaitu 30% daripada jumlah
penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan
kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.

Orang Iban biasanya menduduki di
lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang,

Sungai Batang Lupar dan Sungai
Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan
pasu, gong dan tempayan yang
dipanggil tajau. Ia diwarisi secara

turun-temurun, bernilai, dianggap suci,
dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku
Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan
antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun.

Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam
sambutan Hari Gawai sebagai tanda

kesyukuran dalam kehasilan menuai padi
sepanjang tahun ini.

BUGIS

Suku kaum Bugis merupakan salah satu
etnik yang terdapat dalam kelompok ras
berbilang bangsa di negeri Sabah.

Kebanyakan suku kaum ini telah
menetap di pantai Timur Sabah iaitu di
daerah Tawau, Semporna, Kunak dan
Lahad Datu.

Sejarah kedatangan Bugis dipercayai
telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi
menuju ke Pulau Jawa, Sumatera,
Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan
Borneo sejak abad ke-16.

MELANAU

Melanau
terdapat di
Sarawak.

Umumnya masyarakat ini
mempunyai persamaan
dengan masyarakat
Melayu dari segi
kebudayaan , kepercayaan
dan adat resam.

Oleh itu, masyarakat
ini merupakan satu
cabang dalam
masyarakat Melayu.

Masyarakat Melanau
mempunyai budaya dan
adat resam mereka yang
tersendiri seperti dalam
aspek kehidupan seperti
kelahiran, perkahwinan
dan kematian

BISAYA

MINANGKABAU

Orang Minangkabau Mengamalkan adat
berasal dari Sumatra Matrilineal iaitu harta
Barat di Indonesia. diwariskan daripada ibu
kepada anak perempuan.

Mula menetap Daripada suku inilah lahirnya pembesar-
di Negeri pembesar Negeri Sembilan yang
dipanggil ‘Penghulu’ kemudiannya
Sembilan pada
abad ke-14. ‘Undang’ dan akhir sekali Yang di-Pertuan
Besar.

Negeri Sembilan berada di
bawah naungan kerajaan

Melayu Johor.

KENYAH

Kaum Kenyah ialah kaum terbesar (Bumiputera)
yang mendiami di kawasan pedalam daerah Baram
dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta Kalimantan,

Indonesia.

Asal usul masyarakat Kenyah adalah di
Dataran Tinggi Usun Apau sekitar
1400-1700 masihi.

Masyarakat Kenyah membina rumah panjang
berdekatan dengan sungai, iaiti merupakan jalan
perhubungan mereka dari satu tempat ke satu

tempat yang lain menggunakan sampan.

PETEMPATAN MASYARAKAT
MALAYSIA PADA MASA DAHULU

Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, masyarakat tinggal di
kampung-kampung mengikut kaum

masing-masing.

Pemisahan tempat tinggal yang wujud
dalam masyarakat negara ini pada

awal kemerdekaan sebenarnya berlaku
akibat daripada kesan pemecahan
yang dilaksanakan semasa
pendudukan British.

Pendudukan British di Tanah Melayu
pada abad ke-19 telah membawa
masuk buruh Cina dan India secara
beramai-ramai.

Terdapat perkampungan Melayu di
kawasan pinggir pekan dan di bandar

pula kelihatan kedai-kedai Cina
sementara buruh-buruh India
bertumpu di ladang-ladang getah.

Di Sabah dan Sarawak pula, wujud
perkampungan yang terdiri dari rumah

panjang kaum Iban dan kampung
kaum Kadazan. Mereka ini terpisah
dan berbeza antara satu sama lain.

KEGIATAN EKONOMI
MASYARAKAT MALAYSIA
PADA MASA DAHULU

• • Pengelompokan petempatan mengikut
kaum lahir ekoran pengagihan sektor ekonomi
setiap kaum.

• • Orang Melayu kekal sebagai petani sara
diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk
bergiat dalam sektor perdagangan dan
perlombongan sementara orang India
dikekalkan di estet-estet untuk menjalankan
kegiatan perladangan getah.

• • Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir
tidak memungkinkan setiap kaum untuk
bertemu dan bergaul.

KEGIATAN EKONOMI
MASYARAKAT MALAYSIA

PADA MASA INI

o Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada
pelbagai sektor. Sektor-sektor tersebut boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor

pertama, sektor kedua dan sektor ketiga.
o Sektor pertanian, perikanan, penternakan,
perhutanan dan perlombongan adalah terletak
dalam kategori sektor pertama kerana ia melibatkan
aktiviti ekonomi pada peringkat awal iaitu tidak

atau kurang melibatkan aktiviti pemprosesan.
o Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan
aktiviti ekonomi yang kebanyakannya merupakan
lanjutan daripada sektor pertama. Ia lebih bersifat
pemprosesan. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong

dalam sektor ini ialah aktiviti pembuatan
(perkilangan) dan pembinaan.

o Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat
dengan aktiviti perkhidmatan, seperti

pengangkutan, penyimpanan, perhubungan, kuasa
elektrik, gas dan air, perdagangan borong, runcit,
hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah,
perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan

dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
o Pada tahun 1970-an, sektor pertanian dan
perlombongan menjadi penyumbang utama eksport

Malaysia, tetapi pada tahun 1990-an, sektor
perkilangan pula memberi sumbangan yang utama

kepada eksport Malaysia.

ALAT MUZIK TRADISIONAL
MELAYU

• KOMPANG :
• Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling
popular bagi masyarakat Melayu.
• Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
• Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing.
• Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai
dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman
Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau
melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

REBANA :

• Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional
yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-
lagu budaya.

• Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang,
permainan rebana sangat popular,
terutamanya dalam kalangan penduduk di
sekitar Sungai Pahang.

• Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-
lagu tradisional seperti indong-indong dan
pelanduk-pelanduk.

• Selain daripada rebana bersaiz biasa,
terdapat juga rebana besar yang dimainkan
pada hari keraian bagi pertandingan
menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali
sebagai Rebana Ubi.

CANANG :

• Sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran kecil.
• Berperanan sebagai alat penanda masa (time marker) dalam

enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.
• Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater

tradisional, canang disertakan secara berpasangan iaitu
canang ‘ibu’ dan ‘anak’.
• Kini terdapat 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu
diperbuat daripada besi dan gangsa.

GEDOMBAK : • Gedombak merupakan
gendang dua muka tetapi
hanya pada permukaan
dasar sahaja yang
dipengan dengan kulit.

• Dalam konteks
persembahan gedombak
disertakan secara
berpasangan iaitu ibu dan
anak yang dimainkan oleh
dua orang pemain seperti
dalam persembahan
wayang kulit dan menora
di Kelantan.

GAMBUS :

• Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.
• Gambus mempunyai 12 tali tangsi.
• Badannya membujur bulat seakan-akan labu air

dengan belakangnya yang melengkung.
• Lehernya ialah persambungan daripada badannya.
• Gambus dipetik sama seperti bermain gitar.
• Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal

atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta
tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

ALAT MUZIK
TRADISIONAL CINA

• SERULING :

• Seruling merupakan sejenis alat muzik yang
paling popular di negara Cina.

• Seruling dinamakan sebagai “Zhudi”,
disebabkan ia diperbuat daripada sebatang
buluh dan badannya mempunyai lapan
lubang.

• Lubang pertama digunakan untuk ditiup
dan aliran tiupan yang masuk ke dalam
badan buluh akan menghasilkan bunyi-
bunyian.

• Alat ini berserta budaya muzik orkestra
Cina dibawa masuk oleh imigran dari
negara China ke Malaysia pada zaman
sebelum merdeka.

• Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam.
• Badan dibuat daripada kayu, dadanya bulat dan
belakangnya cembong tetapi permukaan
dadanya mendatar.
• Beberapa kekuda titian tali daripada kayu
dipasang pada papan jari seperti fret.
• Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah
badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan
jari.
• Bahagian kepalanya berukir.
• Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi
opera Cina, juga sebagai alat solo atau mengiringi
nyanyian.

PIPA :

YANGQIN :

• Yangqin atau dikenali sebagai dulsimer merupakan sejenis alat
muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat
China.

• Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan
dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki
tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra
instrumen China.

• Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan,
negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur
Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin.

• Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan
perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara
China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin
dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut.

• Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat
yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian
dipopularkan dalam pelbagai tempat lain di China.

• Kemudian diubahsuai oleh seniman dalam kalangan rakyat China,
Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya
diubah sebagai Yangqin.

ERH-HU :

• Erh-Hu adalah alatan
bertali jenis lute dibuat
dalam tiga saiz, iaitu kecil,
sedang dan besar.

• Alat ini digunakan sebagai
alat solo untuk hiburan, dan
juga digunakan dalam
orkestra untuk mengiringi
opera Cina.

• Erh-Hu didirikan tegap pada
riba pemain semasa dimain.
Tali digesek dengan sebalah
tangan manakala jari-jari
tangan lainnya memetik
pada tali-tali untuk
mengeluarkan pelbagai pic,
lantai dan digesek seperti
cello.

• A. DHOLAK
• Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik
klasikal India Utara (Hindustan).
• Dholak dimain dengan menggunakan tangan and
mudah dipikul oleh pemainya.
• Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal
daripada hasil pukulan tangan ke atas permukaan
yang diperbuat daripada kulit haiwan.
• Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan
rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

ALAT MUZIK TRADISIONAL
INDIA

B. SITAR

• Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari
Asia Selatan.

• Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali.
• Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan

dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd
(sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di
dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik.
• Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam
seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.

C. VEENA

• Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk
dengung.

• Badan dibuat daripada kayu, dadanya bulat dan belakangnya
cembung.

• Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya.

• Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan
lilin lebah.

• Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas
melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada
hujung penghabisan lehernya.

• Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang
digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain

D. TABLA

• Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang
sangat terkenal dalam masyarakat kaum India.

• Alat ini dikatakan berasal daripada gendang
Mridangam.

• Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda
(gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang
ada satu muka masing-masing.

• Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood
dan jackwood.

• Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla
untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.

TARIAN TRADISIONAL MELAYU

• TARIAN MAK YONG
• Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand

dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri
serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki.
• Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan
nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang
mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

TARIAN ZAPIN

1.Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional
Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam
tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di
negeri Johor.

2.Tarian ini yang diperkenalkan oleh para
mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya
digunakan dalam amalan berzikir yang
bertujuan menyebarkan pengetahuan
mengenai sejarah tamadun Islam.

TARIAN JOGET

I. Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah
sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang
agak laju.

II. Tarian ini yang dipersembahkan oleh pasangan
penari dengan gerak-geri pantas yang disulami
pelbagai usikan, berasal daripada tarian tradisi
Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era
perdagangan rempah di situ.

TARIAN SARAH

vTarian Sarah mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang
mewakili riang gembira.

vTarian ini terkenal dalam kalangan masyarakat Johor yang
berketurunan Arab di daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan
Muar.

vDi Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja.
Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu
tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara
bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan
diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya.

vTarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang
berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja.

vTarian ini juga ditarikan dalam majlis-majlis keraian dan dalam majlis-
majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan.

vTarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.

TARIAN INDIA

TARIAN BHARATHANATYAM

• Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil
Nadu, India.
• Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu
golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil,
serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan devadasi
membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta
mereka terhadap dewa yang dipuja.
• Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi
persembahan pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian
tradisional ini.
• Terdapat dua bahagian utama dalam tarian bharatanatyam iaitu nritta
dan nritya. Nritta merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam
usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan
bharatanatyam.
• Manakala bahagian nritya adalah bahagian “cerita” iaitu penari menjadi
“pencerita” yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para
penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh ekspresif tanpa suara.
Kisah akan disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang
vokalis wanita.
• Abhinaya yang digunakan oleh penari bharatanatyam termasuk
mukhabhinaya (ekspresi muka), hastabhinaya (ekspresi tangan; mudra),
netrabhinaya (ekspresi mata) dan angikabhinaya (gerak-geri seluruh
tubuh).
• Pergerakan penari adalah secara semitrikal; iaitu apabila suatu aksi
dilakukan pada sebelah kanan, maka aksi yang sama akan dilakukan pada
sebelah kiri. Penari bharatanatyam juga mampu menggerakkan setiap
bahagian anggotanya secara berasingan; misalnya hanya kepala atau mata
digerakkan.

TARIAN KOLATTAM

• • Kolattam adalah seni kampung purba.
• • Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan
dua batang kayu diadakan pada setiap tangan dan
dipukul untuk membuat bunyi berirama.
• • Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika
perayaan kuil, Pongal, pesta menuai, fungsi keluarga
seperti untuk menyambut kedatangan umur daripada
anak perempuan dan lain-lain baris pertama lagu ini
dinyanyikan oleh wanita yang terkemuka.

TARIAN KATHAKALI

• o Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan).
• o Tarian ini merupakan drama muzikal yang bermakna permainan
cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas
kesalahan.
• o Para penari Kathakali menggunakan hiasan wajah serta kostum
tarian yang berwarna meriah. Hal ini melambangkan bahawa karakter-
karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain. Hiasan wajah-
wajah penari dapat dibezakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa
ksatria), dan tamasik (rupa syaitan).
• o Tema tari Kathakali berasal daripada cerita klasik Ramayana,
Mahabharata dan pelbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.

TARIAN CINA

TARIAN NAGA

• • Tarian naga adalah aktiviti hiburan dan mempunyai
seni yang unik.
• • Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti Han
dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.
• • Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh
menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada
naga untuk turunkan hujan pada musim kemarau dan
kemudian menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping
itu, bangsa Cina sangat memuja naga dan naga sebagai
simbol tuah.
• • Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar
bandar di China telah ada adat bermain tarian naga.
• • Selepas beribu-ribu tahun pembangunan, bermain
naga telah menjadi tarian rakyat yang istimewa.
• • Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai cuaca
dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana
perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan
kegembiraan.

TARIAN SINGA

• • Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru
yang datang untuk menambah keseronokan. Adat ini telah
berusia seribu tahun.

• • Di China, bermain singa ada pelbagai bentuk serta
boleh dibahagikan kepada dua bentuk,iaitu singa utara dan
singa selatan.

• • Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming, di
Guangdong muncul seekor raksasa, dan setiap tahun baru,
raksasa itu mahu keluar merosakkan tanaman,
memudaratkan manusia dan haiwan, dan penduduk
tempatan sangat takutkannya. Kemudian, ada seseorang
telah mencadangkan cara bermain singa untuk menakutkan
raksasa itu. Akhirnya raksasa itu berlari keluar dari kawasan
penduduk tempatan. Oleh itu, penduduk tempatan percaya
bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa
nasib baik. Selepas itu, semasa Tahun Baru yang datang,
rakyat mesti bermain singa untuk meraikan Tahun Baru.

TARIAN KIPAS

• •Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak.
• •Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan
dalam majlis-majlis perkahwinan diraja.
• •Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari
antara 2 hingga 6 orang.
• •Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari biasanya
memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan
bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang
panjang yang disemat pada bahu.
• •Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang
ahli iaitu 7 orang wanita dan 2 orang lelaki.
• •Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang
sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada
masa dahulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka.
• •Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu
mempercayai ‘feng shui’. ‘Feng shui’ merupakan satu kepercayaan
tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap kehidupan mereka.
Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan kepada
seluruh anggota masyarakat.

TARIAN SABAH

Tarian Sumazau
• o Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang
amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.
• o Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum
Kadazandusun.
• o Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian
sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan
dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak
bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
• o Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan
lemah lembut.
• o Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan
dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil,
sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu.
Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik
seperti burung terbang.
• o Kebiasaannya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut
pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.

TARIAN SUMAYAU

oTarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun dari daerah Tuaran dan
juga dikenali sebagai Madsayau.
oTarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji
atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian tarian
ini tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari
keramaian dan sebagainya.
oPersembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang
telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-
upacara tertentu.
oMengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan
mengambil masa hingga lima hari lima malam. Tujuannya adalah untuk
mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk
menghormati atau memuja gusi-gusi itu. Di samping itu upacara
sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah
meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh
masyarakat Melayu Islam.
oSebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus
menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakan tangan penari-penari
adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan
dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan.
oGerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan
atau rangsangan daripada para penonton.

TARIAN SARAWAK

TARIAN NGAJAT
• Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak.
• Tarian ini amat popular dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat
Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat
“Ngemai antu pala”.
• Apabila menyambut Hari Gawai, sebelum berperang dan sebelum musim menuai,
tarian ini dipersembahkan.
• Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai
‘kumang’.
• Semasa menari, penari-penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’,
‘gagong’ ataupun baju burung. Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras
yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit beruang. Pakaian ini tidak dijahit
kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang yang dihiaskan dengan buru-buru burung
juda dipakai.
• Penari-penari akan menari tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas
dan ke bawah serta melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang ditarikan
adalah bersesuaian dengan upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan
memegang pedang pada tangan kanan dan perisai kayu yang berukir pada tangan kiri.
Mereka akan menari seperti berhadapan dengan musuh dan menghayunkan badan
ke kiri dan kanan.
• Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan
adalah seperti gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong.
• Selain itu, untuk ber’Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh, gendang Rayah
telah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai.

TARIAN KENYALANG

• Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud
yang merupakan satu tarian tradisional bagi kaun
Kenya di Sarawak.

• Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan
pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini
adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan
kesyukuran.

• Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan
kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan
pahlawan-pahlawan daripada berburu dan perayaan
tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai
kaum itu.

• Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara berseorangan
ataupun berkumpulan. Kipas tangan anggun yang
diperbuat daripada bulu burung kenyalang akan
digunakan oleh para penari apabila
mempersembahkan tarian ini. Bulu burung kenyalang
ini melambangkan sayap burung suci.

• Semasa menari, penari-penari akan menghentakkan
kaki ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang sambil
menyanyi dan bertepuk tangan.

PERMAINAN TRADISIONAL
MELAYU

CONGKAK
• Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi
tidak pasti asalnya, sama ada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau
sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
• Permainan congkak dipercayai berasal dari dunia Afrika atau Arab, bergantung
kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai
oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000
hingga 7000 SM di Jordan.
• Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak
dan buah congkak. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah,
biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.
• Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan
congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil “kampung”. Terdapat dua lubang
besar pada setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil “rumah”.
• Panjang papan congkak biasanya sekitar 80 cm dan lebranya 18 cm.
• Papan congkak lazimnya diperbuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing,
balau dan sebagainya.
• Cara-cara bermain permainan ini adalah dua orang pemain duduk berhadapan
menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak.
• Mereka akan memasukkan buah satu demi satu ke dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
• Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.
• Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya
iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan
mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
• Sekiranya buah terakhir jatuh ke dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri.
• Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan
itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya
hingga mati.
• Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

SEPAK RAGA

Ø Permainan sepak raga telah
diperkenalkan sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka.

Ø Pada masa itu, permainan ini
dimainkan oleh golongan
bangsawan. Rakyat Biasa juga
menggemari permainan ini.

Ø Pada masa sekarang, sepak raga
lebih dikenali dengan nama sepak
takraw.

Ø Sepak raga bukan hanya
dimainkan oleh orang Melayu
sahaja tetapi bangsa-bangsa lain,
malah telah dikenali di
seluruhdunia.

Ø Bola sepak raga diperbuat
daripada bilah-bilah rotan yang
dianyam bulat seperti raga sebesar
isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Ø Permainan ini dimulakan dengan
salah seorang pemain melambung
bola kepada rakannya dengan
tangan. Rakannya itu akan
menimang bola itu dengan kakinya
sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain
lain.

Ø Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu
mestilah bergilir-giliran menimang
bola itu dan mengawalnya supaya
tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu
jatuh, permainan dalam pusingan
tersebut ditamatkan

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan
Selambut atau Serembat.
Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau
berpasangan.
Batu Seremban dimainkan secara berkumpulan
seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil
atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat
digunakan. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji.
Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat
beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Bermula dengan peringkat
pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji
buah yang dinamakan sebagai buah satu
hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau
peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
CINA

MAHJONG

• Mahjong atau mahjung merupakan permainan
untuk empat orang yang berasal dari China.

• Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan
pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.

• Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib
boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan.

• Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian
dan sebagai permainan komputer.

GO

• Go ialah permainan berpapan yang
dimainkan oleh dua orang.

• Go juga dikenali sebagai wéiqí dalam
bahasa China.

• Permainan ini kaya dengan strategi yang
kompleks tetapi hanya mempunyai
undang-undang permainan yang mudah.

• Go hanya menggunakan biji-biji berwarna
hitam dan putih.


Click to View FlipBook Version