XIANG QI
• Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina
yang dimainkan oleh dua orang pemain.
• Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan
catur.
• Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu Xiangqi
digelar sebagai Catur Cina.
• Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal
abad ke-4 selepas Masihi di China.
• Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang
paling popular di dunia.
• Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao
(meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti
“raja” dalam catur) daripada bertemu dalam garisan
yang sama, serta “sungai” dan “istana” yang
mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
YO-YO CINA
• Yo-yo cina ialah permainan dari China yang
mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang.
• Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali
yang diikat pada dua batang kayu kecil.
• Pemain akan memegang hujung kedua-dua
kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
• Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak
Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun
1644 selepas Masihi.
• Yo-yo cina tradisional diperbuat daripada buluh.
• Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang
menghasilkan bunyi apabila dipusingkan
dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.
JENIS PERMAINAN
TRADISIONAL KAUM INDIA
KHO-KHO
• Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya
dimainkan menggunakan kereta kuda.
• Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho
merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan
‘Lari dan kejar’, iaitu seorang pemain akan berlari dan
mengejar serta menyentuh pemain lain.
• Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal
pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk mengelak
peserta-peserta lain.
• Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh
mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan
bermain bagi satu perlawanan.
• Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap
giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan
kejar.
• Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di
tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan.
Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang
bertentangan secara berselang-selang manakala pemain yang
kesembilan akan bertindak sebagai pengejar.
• Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain
lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan
akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak
tangan tanpa melakukan “foul”, pemain lawan telah melebihi
had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had
garisan.
• Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan
menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata “Kho
Kho”. Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi
pengejar dan begitulah seterusnya.
• Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan.
Bagi permainan ‘Kho-Kho’ ini, keluasan petak padang yang
diperlukan ialah 27mX15m
CHATURANGA
• Asal-usul catur moden semula dikenali dengan nama
Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-
6.
• Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan
Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu
catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat
pemain dalam chaturanga.
• Ashtāpada, kotak 8 x 8 pada sebuah papan
merupakan tempat bermain Chaturanga. Papan lain
yang dikenali di India adalah Dasapada 10 x 10 dan
Saturankam 9 x 9.
• Ilmuwan Arab Abu al-Hasan ‘Alī al-Mas’ūdī memberi
perincian tentang penggunaan catur, iaitu sebagai
sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian
serta turut dihubungkan dengan ramalan nasib di
India dan tempat lainnya.
• Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga
yang dikenali dengan nama Shatranj (chatrang), iaitu
sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan
dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan
terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau
melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion
dan kuda tidak berubah, tetapi bidak lain mengalami
perubahan bentuk.
KEPENTINGAN
MENGHORMATI
KEPELBAGAIAN KAUM
DAN ETNIK SEBAGAI
ASAS PERPADUAN
NEGARA
1. Masyarakat yang harmoni dapat
dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia
dapat menerima antara satu sama lain
tanpa wujud prasangka dan pergeseran
sehingga boleh menimbulkan konflik antara
kaum.
2. Menarik pelancong-pelancong asing
untuk dating ke Malaysia kerana mereka
ingin melihat kebudayaan dan keunikan
cara hidup masyarakat Malaysia.
3. Mengukuhkan ekonomi negara
kerana pelabur-pelabur asing berani
melabur modal di Malaysia ekoran
daripada kestabilan politik negara kita. Hal
ini sudah tentu mampu menjana
pendapatan negara dan menyediakan
peluang pekerjaan kepada masyarakat
setempat.
4. Meningkatkan imej negara di mata
dunia kerana keamanan yang wujud
daripada perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
KEPENTINGAN MENGHARGAI
WARISAN KESENIAN
TRADISIONAL MASYARAKAT
MALAYSIA
1. Melambangkan identity sesebuah
negara.
2. Memupuk perpaduan negara.
3. Mengembangkan sektor pelancongan
negara.
4. Mengekalkan kesinabungan tamadun
negara.
MENUNJUKKAN KEBANGGAN
BERKONGSI KESENIAN
TRADISIONAL RAKYAT MALAYSIA
1. Menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang
wujud antara kaum-kaum di Malaysia
2. Menerima dan memahami kebudayaan setiap
kaum dengan hati terbuka
3. Mendalami keunikan budaya yang wujud
4. Mengakaui perbezaan kebudayaan antara kaum
5. Mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan
budaya setiap kaum
RUJUKAN
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-
kaum_di_Malaysia
• https://sejkssrt6t2u4u5.wordpress.com/11-1-
kaum-dan-etnik-di-malaysia/