The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Informasi tumbuhan herba di sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vannieaiden0106, 2023-05-16 10:46:19

Program Waherbs Serasi SKPPS

Informasi tumbuhan herba di sekolah

SK PASIR PUTIH, SANDAKAN
PROGRAM SERASI WAHERBS - INFO POKOK HERBA


PUDINA


PUDINA (MINT)
Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba. Ia mempunyai batang rayap yang muncul di atas dan bawah tanah[8] dan batang berdahan yang tegak dan bersegi. Pokok pudina boleh tumbuh setinggi 10–120 sentimeter.
Daun-daunnya disusun bertentangan. Helai daunnya berbentuk bujur atau mata lembing, berbulu halus dan bertepi gerigi. Daun pokok boleh datang dalam warna hijau gelap dan hijau kekelabuan ke ungu, biru dan kadang-kadang kuning. Bunganya berwarna putih atau ungu dan muncul daripada bulir tinggi di ketiak daun. Buahnya seperti kekeras yang mengandungi satu hingga empat biji benih.


Terdapat pelbagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya:
1. Mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
2. Mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
3. Mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema
dan menghilangkan rasa loya.
Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.


DAUN KARI


DAUN KARI (CURRY LEAVES)
Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.


KEGUNAAN DAUN KARI
Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.
Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.


KUNYIT


Daun Kunyit
Kunyit (Tumeric)
Kunyit (Jawi: كوپیت; Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang
banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan. Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam..


Umbi atau rimpang tumbuhan ini yang berumur lebih dari satu tahun dapat dipakai sebagai ubat berkhasiat untuk mendinginkan badan, membersihkan, mempengaruhi bahagian perut khususnya pada lambung, merangsang, melepaskan lebihan gas di usus, menghentikan pendarahan dan mencegah penggumpalan darah, selain dari itu juga digunakan sebagai bahan dalam masakan.
Kunyit juga digunakan sebagai ubat anti gatal, anti septik dan anti kejang serta mengurangi pembengkakan selaput lendir mulut. Ia lazimnya diperaskan patinya yang boleh diminum atau digunakan sebagai ubat sulap untuk mengubati bengkak dan terkilir. Kunyit juga berkhasiat untuk menyembuhkan hidung yang tersumbat, caranya dengan membakar kunyit dan menghirupnya.
Serbuk Kunyit


SERAI


Daun Serai
Serai (Lemongrass)
Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di Kawasan tropika , termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja, Vietnam dan Caribean.


Manfaat Serai
1. Menangkal radikal bebas 2. Mengusir nyamuk
3. Mencegah kenaikan kolesterol 4. Membantu detoks tubuh
5. Menurunkan risiko infeksi
6. Mengobati insomnia
7. Mengurangi kecemasan
8. Menurunkan tekanan darah 9. Mengawal gula darah
10. Mengurangi nyeri perut


LENGKUAS


Lengkuas (Galangal)
Lengkuas, laos atau kelawas (bahasa Karo) (Alpinia galanga) merupakan jenis tumbuhan umbi-umbian yang biasa hidup di daerah dataran tinggi maupun dataran rendah. Lengkuas adalah salah satu jenis rempah-rempah yang banyak ditanam di Asia, seperti India, Arab, Cina, Sri Lanka, dan Indonesia. Umumnya masyarakat memanfaatkannya sebagai campuran bumbu masak dan pengubatan tradisional.
Daun Lengkuas
Lengkuas dapat tumbuh di tempat yang terbuka; di bawah sinar matahari penuh atau yang sedikit terlindung. Lengkuas dapat tumbuh dengan baik di tanah yang lembab dan gembur dan akan kesulitan tumbuh di tanah yang becek. Lengkuas tumbuh subur di daerah dataran rendah sampai ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut.


Manfaat Lengkuas
Salah satu manfaat lengkuas adalah sebagai antifungi (antijamur). Lengkuas adalah tanaman ubat yang mengandung antimikrobial diterpene dan eugenol yang mempunyai aktivitas antijamur. Secara tradisional dari sejak zaman dahulu kala, parutan rimpang lengkuas sering digunakan sebagai obat penyakit kulit, terutama yang disebabkan oleh jamur, seperti panu, kurap, eksim, jerawat, koreng, bisul, dan sebagainya.
Selain sebagai antijamur, rimpang lengkuas efektif digunakan sebagai pengobatan terapi berbagai macam penyakit karena mengandung aktivitas antibakteri, antijamur, antiradang, antihepatotoksik, antioksidan, imunodulator, antiulseratif, antitumor, dan antialergi.


LIMAU PURUT


LIMAU PURUT (KAFFIR LIME)
Limau purut adalah sejenis tumbuhan sitrus yang bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika Asia Tenggara dan selatan China, ia dikenali kerana permukaan buah limau ia yang kasar berkutil bintil atau "purut". Ia sering kali digunakan dalam masakan-masakan dan perubatan tradisi serata Asia Tenggara, minyak pati buah ini dijadikan bahan membuat minyak wangi.
Tumbuhannya berbentuk pohon kecil dengan tinggi antara 2-12 meter dengan batang-batang kecil rendah yang membengkok atau bersudut manakala setiap rantingnya berduri tajam. Daun muncul setangkai setiap helai berbentuk angka lapan dengan warna hijau gelap yang berkilau licin apabila matang; ia mengeluarkan aroma harum apabila digosok mahupun dikerunyuk.
Buah yang dihasilkan kecil dengan diameter tidak melebihi 2cm, dengan kulit tebal dengan permukaan kasar "purut".
Pokok limau purut
Daun limau purut


Manfaat limau purut
Buah limau purut boleh digosok mencuci rambut hingga bersih dan licin serta mampu merawat kelemumur.
Daun-daun ia juga boleh digunakan sebagai penghilang bau kuat baik pada badan semasa mandi mahupun menyegarkan udara bilik.


LEMON


Lemon
Lemon مون(Jawi: لي , nama botani: Citrus limon) ialah pokok kecil dalam keluarga Rutaceae yang malar hijau dan juga mengeluarkan sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya. Ia berasal dari Asia, paling utamanya di Assam barat laut India, utara Myanmar atau China. Buahnya diperah untuk mendapatkan jus yang istimewa dan bahan penting dalam makanan, minuman dan perubatan. Isi dan kulitnya juga digunakan dalam masakan dan tujuan lain. Jus lemon mempunyai 5% hingga 6% asid sitrik dengan pH 2.2 yang menyebabkan rasanya masam.


Manfaat Lemon
1. Mengatasi Bibir Pecah-Pecah dan Kering
Caranya bisa dengan mencampurkan beberapa sendok lemon dengan madu, kemudaian dioleskan ke bibir selama sepuluh menit. Setelah itu, bilas dengan tisu basah atau air hangat. Lakukan secara rutin seminggu dua atau tiga kali. Imbangi dengan minum air putih minimal 8 gelas sehari.
2. Mengubati Panas Dalam
Peras satu buah jeruk lemon ukuran sedang, kemudian tuangkan air panas. Tambahkan air biasa secukupnya sampai terasa hangat di perut bila diminum. Kemudian, tambahkan madu 1-2 sendok, aduk hingga merata.
3. Menyegarkan Rambut Lembap Akibat Keringat
Gunakan air perasa lemon yang diampur dengan baking soda. Setelah itu, ratakan ke seluruh kepala. Biarkan meresap beberapa saat, setelah itu siram dengan air perlahan-lahan dan gunakan shampoo seperti biasa. Lakukan sekurang- kurangnya satu minggu sekali.


CEKUR


Cekur (Sand Ginger)
Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae", ialah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia.Nama lain bagi cekur ialah cekur hijau atau cekur jawa. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Cekur juga ialah herba berbatang pendek dan batang yang dikelilingi kelongsong daun. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.Ditanam sebagai hiasan halaman rumah dan ubat-ubatan.


Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan.
Manfaat Cekur
Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.
Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan.


DAUN PANDAN


PANDAN(SCREWPINE)
Pandan wangi merupakan sejenis tumbuhan tropika dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Spesies pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas untuk dibuat perisa dalam masakan.
KEGUNAAN
Daunnya digunakan segar (terutamanya dalam bentuk diikat), beku atau dikeringkan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan di Nusantara dan Filipina, terutama hidangan nasi dan kuih. Ayam pandan ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Nasi lemak juga menggunakan daun pandan untuk menaikkan rasa santan yang dimasak. Daun ini turut digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek, kuih seperti kuih ketayap dan onde-onde malahan juga air sirap.


Daun pandan turut digunakan untuk dibuat hiasan, dan pengharum dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Ia juga merupakan pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Selain itu, daun pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas.
Daun Pandan


KEMANGI


KEMANGI (BASIL)
KEMANGI merupakan tanaman herba. Daun kemangi biasanya akan dimanfaatkan sebagai penyedap masakan kerana unsur aromanya yang khas dan menambah selera. Ada juga yang sering menggunakan daun kemangi sebagai Ulam untuk dimakan. Kemangi merupakan sejenis tumbuhan yang sering digunakan untuk tujuan perubatan dan juga dalam penghasilan ekstrak minyak.
Tumbuhan ini juga di panggil sebagai Basil, Common basil, Sweet Basil dan Lemon basil (English). Tumbuhan ini hidup di kawasan tropika dari Australia sehingga Amerika Tengah.


KEGUNAAN KEMANGI
Walau pun kegunaan daun ini untuk dicampur dalam permakanan dibeberapa negara tetapi khasiat utama dan kegunaan yang lebih bernilai adalah penghasilan ekstrak daun kemangi.
Aroma minyak ini sangat berguna untuk menghilangkan pening kepala, menyembuhkan muntah-muntah, migrain, kekejangan otot.


HALIA


HALIA (GINGER)
Halia (Jawi: ھلیا ;nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan di mana rizomnya diambil dan selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dan perubatan tradisional. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Maritim dan dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia, kemudian merebak penggunaannya ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean. Ia termasuk dalam keluarga Zingiberaceae, yang juga termasuk kunyit, pelaga, dan lengkuas.
Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.


Manfaat Halia
Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.
Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis.


SIRIH


SIRIH (BETEL/BETEL LEAVES)
Sirih (Jawi: سیریھ) atau nama saintifiknya Piper betle adalah sejenis pokok menjalar rambat malar hijau dalam keluarga Piperaceae bertaburan asal di kawasan tropika Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Daun-daunnya dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat taburan asal tumbuhan ini yang mengunyahnya bersama bahan sampingan lain seperti buah pinang dalam beraneka tujuan baik untuk riadah, sebagai pelega mahupun mewangikan keadaan termasuk menyambut tetamu serta sebagai hantaran dalam adat perkahwinan. Ia juga penting dalam perubatan Melayu tradisional.
Tanaman menjalar ini boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m. Batang sirih berwarna perang kehijauan, berbentuk bulat, beruas dan merupakan tempat keluarnya akar. Akarnya tunjang, bulat dan berwarna coklat kekuningan. Pokok sirih tumbur subur dalam tanah yang beraliran baik tanpa genangan atau takungan air serta tidak bergaram mahupun beralkali. Penanaman sirih amat ditumpukan di kawasan-kawasan yang mana kapur turut boleh diperolehi.


Kegunaan Sirih
Masyarakat Peranakan mengunyah jenis daun sirih kecil dan berwarna muda manakala masyarakat Melayu dan India cenderung memilih daun sirih berwarna gelap dan besar. Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu yang disediakan dalam suatu kelengkapan khas disebutkan sebagai tepak sirih. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.
Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.


TEMULAWAK


TEMULAWAK (JAVA TUMERIC)
Temu lawak merupakan tumbuhan tahunan yang hidup secara berumpun. Setiap pokok biasanya mempunyai 2-9 helai daun. Ketinggian pokok boleh mencapai 2.5 meter. Pokok temu lawak berbunga sepanjang masa, bunganya berwarna putih atau kuning tua dan pangkal bunga berwarna ungu. Rizom temulawak berwarna kuning tua dan ia mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.


Kegunaan Temulawak
Di kepulauan Jawa pokok temu lawak ini sangat terkenal dalam perubatan tradsional terutamanya jamu. Temu lawak biasanya dimakan mentah atau direbus bersama herba lain untuk mendapatkan khasiatnya. Temu lawak berkhasiat untuk mencegah dan mengatasi hepatitis, penyakit hati, membantu pencernaan, gangguan ginjal, menurunkan paras kolesterol dalam darah, anemia/kurang darah, melancarkan peredaran darah, malaria, demam, demam campak, reumatik, sakit pinggang, melancarkan perjalanan haid, keputihan, sembelit, menambah selera makan, batuk, asma, radang saluran nafas, radang kulit, jerawat, bintik hitam, meningkatkan stamina, batu karang, melambatkan proses penuaan dan menjaga bentuk badan agar sentiasa mantap dan ramping.


VARIEGATED MEXICAN MINT


VARIEGATED MEXICAN MINT( POKOK BANGUN- BANGUN)
Pokok bangun-bangun dikenali sebagai Indian borage atau Cuban oregano. Nama saintifik pula ialah Plectranthus Amboinic.
Selain itu, ia dikenali juga dengan nama lain iaitu ati-ati hijau, kapur barus, lemuju dan Oregano India, Mangun.
Ia biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan.
Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam.
Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Pokok ini amat mudah dijaga.
Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.


Manfaat Variegated Mexican Mint
1. Merawat Sakit Kepala
Daun bangun-bangun boleh digunakan untuk merawat sakit kepala.
2. Meredakan Ulser
Disebabkan kandungan vitamin C yang didapati dalam pokok bangun-bangun, ia juga didapati berkesan dalam meredakan ulser di dalam mulut.
3. Melegakan Batuk
Manfaatnya dalam melegakan batuk sudah diketahui umum sejak dahulu. Pengambilan air rebusan daun bangun-bangun mampu melegakan batuk serta meredakan kahak.
4. Membantu Ibu Menyusu Memperbanyak Susu Badan
Pokok bangun-bangun juga terkenal sebagai herba yang berkesan untuk membantu para ibu menghasilkan susu ibu.
5. Melancarkan Saluran Pernafasan
Daun bangun-bangun telah digunakan secara meluas untuk merawat penyakit seperti melegakan batuk dan kahak.
6. Melancarkan Pembuangan Air Kecil
Herba bangun-bangun juga terkenal dengan sifat diuretiknya yang dapat melancarkan pembuangan air kecil.


DAUN SALAM (BAY LEAVES)


Daun Salam (Bay Leaves)
Daun salam (Jawi: داؤن سالم) ialah daun beraroma yang digunakan dalam masakan tertentu sebagai rempah kerana aroma dan rasanya yang unik. Ia datang daripada suatu pokok khas iaitu dafnah atau laurel (nama spesies: Laurus nobilis) dalam genus Lauraceae; pokok ini boleh dikenalpasti melalui buahnya yang kelihatan agak menyerupai buah zaitun.
Daun salam digunakan untuk menambah aroma dan rasa untuk sup, stu, masakan tumis dan pâtés dalam masakan Mediterranean. Ia juga bahan asas dalam masakan Barat yang digunakan untuk memanggang dan membakar.


Manfaat Daun Salam
1. Menurunkan kadar asam urat
2. Menurunkan gula darah, kolesterol dan trigliserida
3. Penghilang rasa sakit
4. Mengurangi kecemasan dan stress
5. Mencegah hipertensi
6. Meningkatkan kesihatan jantung
7. Meningkatkan kekebalan tubuh


ASAM BELIMBING
BULUH


Asam Belimbing Buluh (Averrhoa bilimbi)
Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.


Kegunaan Asam Belimbing Buluh
Belimbing buluh selain daripada dijadikan ramuan dalam masakan juga dipercayai mempunyai kegunaan lain. Antaranya ia boleh diproses untuk dijadikan bahan ekstrak metanol dari bahagian daun pokok ini.
Jus buah ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat, kegatalan, bengkak dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.


POKOK TUTUP BUMI


Click to View FlipBook Version