The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Informasi tumbuhan herba di sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vannieaiden0106, 2023-05-16 10:46:19

Program Waherbs Serasi SKPPS

Informasi tumbuhan herba di sekolah

Pokok Tutup Bumi (Ground Cover Tree)
Tutup bumi, tapak sulaiman atau tapak liman (nama saintifik: Elephantopus scaber) spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae; ia terdapat di hutan-hutan montane lembap subtropika dan tropika Afrika, tenggara dan selatan Asia termasuk anak benua India serta utara benua Australia.
Pokok tutup bumi sejenis herba mampu tumbuh setinggi 30 hingga 60 sentimeter Daun-daunnya menjambak di muka tanah apabila matang setiap satunya berbentuk kebujuran dengan ukuran 5-10 sm panjang 1.2-3 sm lebar.


Di Malaysia, Tutup bumi diminum untuk faedah diuretik, untuk menurunkan panas badan (febrifuge) dan untuk sebagai ubat cacing (anthelmintic), juga digunakan secara luaran sebagai tuam untuk sakit perut dan aduan – aduan lain. Rebusan dari daun atau akar digunakan sebagai tonik menghapus cacing gelang dan merawat batuk dan penyakit kelamin (venereal diseases). Akar dan daunnya diguna-pakai selepas bersalin sebagai ubat pelindung. Air rebusan dari akar segar dan sirih diberi untuk meredakan muntah manakala daunnya disyorkan untuk merawat
Diantara khasiat yang agak ketara adalah merawat selsema, sakit tekak, batuk, anemia (wanita dan kanak-kanak) dan juga haid tidak teratur.
Untuk mengubat anaemia, batuk, selsema dan serak tekak, radang rahim, hepatitis, bisul, penyakit kulit, cirit birit, keputihan, radang mata dan juga dikatakan dapat mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan.
Kegunaan Pokok Tutup Bumi
bengkak-bengkak
(dropsy).


KAYU MANIS


Kayu Manis (Cinnamon)
Pokok ini boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 6 m dan kadang-kadang boleh mencapai ketinggian sehingga 12 m. Batangnya tegap dengan ukuran diameter antara 30-60 cm. Pokok yang matang mempunyai kulit yang tebal berwarna coklat kelabu. Pokok ini mempunyai dahan yang rendah dan banyak. Hujung daunnya tirus dengan bahagian pangkalnya adalah bulat dan kadang-kadang sedikit tirus.


Kegunaan Kayu Manis
Tumbuhan ini mempunyai bahan antifungal dan antibakteria. Minyak dari tumbuhan ini mudah meruap dan ianya digunakan untuk mengawal jangkitan kuman dan mengawal tekanan darah rendah manakala bahagian kulitnya digunakan untuk rawatan dispepsia (ketidakhadaman makanan), kembung perut, disentri (cirit birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong) dan gangren (pereputan tisu) pada paru- paru. Kulit pokok yang diketuk dan dimasak boleh digunakan pada bahagian luar badan dengan cara menuam bagi rawatan bisul yang bernanah. Minyaknya juga adalah mujarab untuk merawat penyakit reumatik yang teruk dan kronik. Kayu manis juga boleh merawat kekejangan urat perut , sakit gigi dan hilang daya gerak pada bahagian lidah serta boleh digunakan untuk rawatan kanser. Di China , kulit pokok dan ranting yang dikeringkan boleh dijadikan rawatan bagi merawat kanser, tekanan darah tinggi dan masalah sakit perut dengan mencampurkan dengan bahan ubatan lain.


SACHA INCHI


Sacha Inchi
Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas. Batangnya akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika. Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar. Ia mengeluaarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan.
Buahnya berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gepal apabila masak. Bila cukup matang masa ia terbuka sendiri dapat dilihat bijinya dan dituai apabila telah buah kering betul.
Kacang sacha inchi berbentuk bintang, berwarna coklat, dan dapat menghasilkan produk turunan berupa minyak sacha inchi. Kandungan minyak sacha inchi sangat kaya akan omega 3 dengan kisaran 40-46%, omega 6 sekitar 37%, omega 9 sebanyak 7%, dan tinggi asam lemak tidak jenuh yaitu sebesar 90-91%.


Manfaat minyak Sacha Inchi :
Minyak Sacha Inchi menawarkan banyak faedah kepada kesihatan kita. Minyak Sacha Inchi merupakan sejenis minyak yang bebas kolesterol, dan tidak mengandungi bahan pengawet tambahan. Ia dapat mendorong kulit yang sihat, mengatur dan mengekalkan kesihatan otak, mencegah diabetes, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan berat badan, menenangkan sakit arthritis, mengurangkan tekanan mata, membantu mengekalkan fungsi ginjal dan banyak lagi. Selain itu, minyak ini sangat mudah dicerna, maka ia sesuai untuk semua orang walaupun kita mengamalkan pelbagai jenis diet yang berbeza.


HEMPEDU BUMI (BITTERWEED)


HEMPEDU BUMI
Hempedu bumi (juga dikenali sebagai pokok akar cerita) ialah sejenis pokok yang banyak dijumpai di India, Thailand dan mudah dijumpai di tanah gambut.
Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.


Manfaat Hempedu Bumi
• Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.
• Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.


Pengerusi: Pn. Aminah binti Wahab (Guru Besar) Timbalan Pengerusi:
1. Pn. Norainie binti Mojunting (Penolong Kanan Kurikulum)
2. Pn. Conney P. Aling (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 3. En. Jaini Bin Matrin (Penolong Kanan Ko-Kurikulum) Penyelaras Program: En. Hazwan bin Chan Heng Aik Setiausaha Program: Cik Siti Nur Syafiqah binti Saibi
Unit Kesedaran Alam Sekitar:
1. Pn. Amirah Noor Adlina binti Aminuddin 2. Pn. Leong Lai Kwoon


Click to View FlipBook Version