The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Persidangan Pendidik Negeri Sabah Kali Pertama 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idahfsy, 2023-05-09 20:30:39

Buku Program W-PEN 2023

Persidangan Pendidik Negeri Sabah Kali Pertama 2023

Keywords: W-PEN

1 Kata Alu-aluan PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah berkat, rahmat dan izin-Nya kita dapat bersama-sama berhimpun dalam Program Wacana Pendidik (W-Pen) Persidangan Pendidk Peringkat Negeri Sabah buat julung-julung kalinya pada tahun 2023. Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pasukan Aspirasi 5 School Improvement Specialist Coaches (SISC+) Sabah 2023 atas usaha dan kesungguhan dalam penganjuran program ini sehingga menjadi kenyataan. Tahniah juga kepada semua pembentang yang berkongsi dapatan kajian dan amalan terbaik masing-masing yang pastinya akan dapat meningkatkan Pembangunan Profesionalisme Berterusan diri dan seterusnya memberi impak kepada kemenjadian anak didik. Pengetahuan dan kemahiran guru menjadi tunjang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa bersedia, boleh menimba pengetahuan dan memantapkan kemahiran pada bila-bila masa serta menerusi pelbagai kaedah. Selain itu, guru juga perlu kreatif dan fleksibel terhadap perubahan proses PdP kerana penyampaian kandungan setiap mata pelajaran adalah berbeza. Perubahan secara mendadak dalam proses PdP menyebabkan wujud pelbagai cabaran kepada guru. Cabaran yang dominan dapat diklasifikasikan kepada empat bahagian iaitu guru, ibu bapa, murid dan fasiliti pendidikan. Namun, saya yakin dan percaya bahawa guru-guru mempunyai kaedah serta intervensi yang disesuaikan dengan keperluan murid dan lokaliti setempat bagai menangani sebarang cabaran. Justeru, W-Pen merupakan landasan terbaik untuk warga pendidik di negeri ini mempamerkan dan berkongsi dapatan mahupun keberhasilan intervensi atau pun kajian yang telah dilaksanakan. Hal ini kerana ilmu yang baik dan bermanfaat ialah ilmu yang dapat mendorong orang lain untuk melakukan kebaikan. Akhir kalam, sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. Semoga segala kebaikan dan ilmu yang kita kongsikan kepada orang lain, akan kembali untuk kebaikan dan kesejahteraan kita sendiri. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan W-Pen 2023. Raisin bin Saidin


2 Tinta Wacana MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Pertamanya ucapan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas peluang yang diberikan untuk saya menukilkan tinta wacana sempena program Persidangan Pendidik Peringkat Negeri Sabah Kali Pertama 2023. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah khususnya Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang telah berkolaboratif bersama pasukan Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) dengan disokong oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) Tugas-tugas Khas dalam menganjurkan program yang sangat bermakna ini untuk manfaat warga pendidik khasnya di Sabah. Perubahan dunia hari ini turut mengubah cara berfikir masyarakat kita. Oleh yang demikian, setiap dari kita perlu sentiasa meningkatkan dan memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran terkini agar sentiasa relevan dan selari dengan perubahan semasa. Perkongsian ilmu seperti penganjuran program ini merupakan salah satu kaedah untuk mendapat dan mempelajari ilmu yang baharu. Justeru, rebutlah ruang dan peluang melalui persidangan ini agar ilmu baharu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua pembentang yang berkongsi dapatan serta impak kejayaan hasil kajian dan amalan terbaik masing-masing. Keberhasilan yang dikongsikan merupakan manifestasi kejayaan warga pendidik di negeri ini dalam usaha memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak didik. Penglibatan pelbagai pihak dalam program ini menunjukkan bahawa usaha memartabatkan pendidikan di Sabah adalah tanggungjawab kita bersama. Akhir kata, syabas kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana program ini yang pastinya mengerah segenap kudrat dan usaha untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Kerjasama yang jitu dan saling menyokong akhirnya mewujudkan sebuah pasukan yang hebat seperti yang diungkapkan oleh Phil Jackson iaitu "The strength of the team is each individual member. The strength of each individual member is the Team." YB Datuk Haji Mohd. Ariffin Bin Mohd. Arif


3 ATUR CARA Masa Pengisian Aktiviti 7.00 a.m. Kehadiran peserta dan pembentang 8.00 a.m. Bacaan Doa 8.15 a.m. Taklimat Kepada Peserta 8.45 a.m. Pembentangan Sidang Selari Sesi 1 10.00 a.m. - 10.30 a.m. Minum Pagi 10.30 a.m. - 11.45 a.m. Pembentangan Sidang Selari Sesi 2 11.45 a.m. - 12.45 p.m. Pembentangan Keynote Speaker 12.50 p.m. Makan Tengah Hari 2.00 p.m. Perasmian Penutupan ATUR CARA PERASMIAN PENUTUPAN 2.00 p.m. - Ketibaan Perasmi Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku Bacaan Doa Tayangan Montaj Aktiviti Persidangan Pendidik 2023 Ucapan Alu-aluan: YBrs Encik Raisin bin Saidin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Ucapan Perasmian Penutupan: YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Haji Mohd. Arif Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Pelancaran Artikel Wacana Pendidik Aspirasi 5 SISC+ Sabah Tayangan Montaj Pelaksanaan Wacana Pendidik Aspirasi 5 SISC+ Sabah 2023 Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Penulis Artikel Wacana Pendidik Aspirasi 5 SISC+ Sabah 2023 Penyampaian Sijil kepada Pembentang yang Mendapat Emas Penyampaian Penghargaan dan Cenderamata kepada: YBhg. Encik Sapdin bin Ibrahim Tim. Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi: YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Haji Mohd. Arif Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Sesi Fotografi Minum Petang Bersurai


4 KEYNOTE SPEAKER PROF. MADYA DR. MOHD KHAIRUDDIN @ JERRY ABDULLAH Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah Biodata Tarikh Lahir 29 Sept 1969 Tempat Lahir Sri Aman, Sarawak Kelayakan Akademik Bacelor Pendidikan Kepujian (UPM) Master Pendidikan (UPM) Ijazah Doktor Falsafah (UMS) Sejarah Perkhidmatan • Guru Sandaran SK Pulau Gaya (1987-1988) • Guru Terlatih SK Pekan Ranau (1990-1994) • Guru Terlatih SK TG Aru 2 (1995-1997) • Guru Terlatih SMK Inanam (1998-2004) • Pensyarah Kanan, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS (2005 hingga kini) Sumbangan • Ahli Bersekutu Majlis Profesor Negara • Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan UMS sehingga Sept 2022 • Panel Penemuduga Program HLP KPM & KPT • Panel Penilai Pengurusan Geran Penyelidikan IPT • JK Kluster Penyelidikan UMS • Pegawai Fokal FOI UMS 2021 • Editorial Board beberapa jurnal kebangsaan dan antarabangsa • Aktif menulis buku, modul dan jurnal yang telah diterbitkan sama ada peringkat kebangsaan dan antarabangsa • Menjalankan kolaborasi penyelidikan serantau bersama beberapa buah Universiti di Indonesia dan Brunei Darussalam • Membimbing lebih 20 orang pelajar PhD yang telah bergraduan


5 PENILAI PEMBENTANGAN Dr. Liong Kon Thai Ketua Jabatan Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Keningau, Sabah Dr. Ng Lee Fong Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah Dr. Sukiman Sukardi Pensyarah Akademik Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Gaya, Sabah Puan Carole Anne Justin Ketua Unit Inovasi IPG Kampus Gaya, Sabah Puan Low Kee Sun Pensyarah Cemerlang DG52 Jabatan STEM IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah Encik Samih bin Kukung Pegawai Pengurusan Jabatan Pembangunan Latihan IPG Kampus Keningau, Sabah Puan Wirda Diyana binti Wan Ibrahim Guru Cemerlang Matematik SMK Agama Keningau, Sabah Encik Zulkifle bin Mohamad Guru Cemerlang Matematik SMK Agama Keningau, Sabah


6 JADUAL PEMBENTANGAN BILIK : AUDITORIUM PENGURUS : DR LAIMAH SUNGAP MODERATOR : PUAN ROSNIH ANGELA TUNDIM Bil Masa Nama Pembentang JPN/PPD/Sekolah Kategori* Tajuk Pembentangan 1 8.45 - 9.00 a.m. AHMAD TAUFIK BIN MUHAMMAD TAHIR SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, Papar KAP A Case Study of Teacher's Interactional Strategies in Malaysian ESL Classroom 2 9.00 - 9.15 a.m. DR LOSIUS GOLIONG PPD Ranau KAP Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Home Based Learning (HBL) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3 9.15 - 9.30 a.m. NOORAINI BINTI AWANG JAMBOL SMK ST Joseph, Papar KAP Perbandingan Topik Nombor dan Operasi Menegah Rendah Antara Malaysia dan Korea Selatan 4 9.30 - 9.45 a.m. NURUL HAMIMI BINTI AWANG JAPILAN SMK Pekan Telipok, Tuaran KAP Cabaran dan Peluang Pelaksanaan TPACK dalam Pendidikan Islam: Peranan ChatGPT 5 9.45 - 10.00 a.m. SHAMSIAH BINTI JAAFAR Kolej Vokasional Keningau KAP It’s Okay: Incorporating Socioemotional Learning Into Schools In The Effort To Assist Students Cope With Their Feelings It’s Okay: Incorporating Socioemotional Learning Into Schools In The Effort To Assist Students Cope With Their Feelings 6 10.30 - 10.45 a.m. ANUAR BIN AG ISMAIL PPD Papar PAT Penggunaan Headcount dalam Meningkatkan Pencapaian Prestasi Pelajar SPM 7 10.45 - 11.00 a.m. ASNIE BIN MARJAN PPD Papar PAT BAKARIH Pemangkin Motivasi Guru Daerah Papar 8 11.00 - 11.15 a.m. DESMOND AK SANDUM JPN Sabah PAT Ideologi S.A.P.P.A.C: Pencetus Perubahan Dunia Pendidikan dan Insaniah dalam Peningkatan Bidang Perguruan dan Pemerkasaan PdP 9 11.15 - 11.30 a.m. DG NORLIAH BINTI ALI OMAR PPD Papar PAT Pembudayaan Kajian Tindakan Menggunakan TRefT 10 11.30 - 11.45 a.m. DR LAIMAH SUNGAP PPD Keningau PAT MODEL ARM3.0: Melestarikan Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesionalisme Keguruan Warga Pendidikan Daerah Pedalaman Atas Negeri Sabah * KAP – Kajian Asas/Penyelidikan KT - Kajian Tindakan PAT - Perkongsian Amalan Terbaik


7 JADUAL PEMBENTANGAN BILIK : JOHOR PENGURUS : DR MOHD AZIZUAN ABDULLAH MODERATOR : PUAN ERNAH BINTI MARK Bil Masa Nama Pembentang JPN/PPD/Sekolah Kategori* Tajuk Pembentangan 1 8.45 - 9.00 a.m. HERIMAH BINTI NASIP SK Kimanis. Papar PAT eRONDA - Memperkasa Pengurusan Pemantauan Pencerapan PdP Kepada Digitalisasi Melalui Satu Jaringan eRONDA 2 9.00 - 9.15 a.m. DAYANG NORLELA BT ALI OMAR SK Buang Sayang, Papar PAT Pusat Sumber Cemerlang, Sekolah Terbilang, Murid Gemilang 3 9.15 - 9.30 a.m. DR MOHD AZIZUAN ABDULLAH PPD Kota Marudu PAT Pembangunan Profesionalisme Guru W-Pen 2023 4 9.30 - 9.45 a.m. SHERRY YANJURUS SMK ST John, Beaufort PAT Digital Pedagogy:Application and Best Practices in a Science and Chemistry Classroom 5 9.45 - 10.00 a.m. HERLINA BINTI HASHIM SMK Kunak PAT One Page - Access Learning (OPAL) 6 10.30 - 10.45 a.m. MOHD AL KHALIFA BIN MOHD AFFNAN Kolej Vokasional Keningau PAT KVC NEXUS 7 10.45 - 11.00 a.m. NORIMAH BINTI EDEH PPD Beaufort PAT PdPc KmR PBD Bermakna 8 11.00 - 11.15 a.m. SITI AZIZAH BINTI MD YUSSOF SMK All Saint, Kota Kinabalu PAT Penggunaan Templat Excel Satu Inovasi dalam Penskoran PBD 9 11.15 - 11.30 a.m. NOORIAH BINTI SALIM PPD Papar PAT Program USAI dalam Memperkasakan Guru Perpustakaan & Media dan Kemenjadian Pusat Sumbar Sekolah di Daerah Papar * KAP – Kajian Asas/Penyelidikan KT - Kajian Tindakan PAT - Perkongsian Amalan Terbaik


8 JADUAL PEMBENTANGAN BILIK : NEGERI SEMBILAN PENGURUS : DR ASNIA BINTI KADIR MODERATOR : PUAN RAMSI BINTI LANI Bil Masa Nama Pembentang JPN/PPD/Sekolah Kategori * Tajuk Pembentangan 1 8.45 - 9.00 a.m. MIHING BINTI SINGKUI@FLORES EZRA SMK Pekan Telipok, Tuaran KT Impak Intervensi Bola Hati Terhadap Pembentukan Konsep Kendiri Murid Bermasalah Disiplin 2 9.00 - 9.15 a.m. SITI SUNDARI BINTI MUKHSON HADI SMK Kunak, Kunak KT Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menghuraikan Keluk dalam Subjek Ekonomi dengan Menggunakan Teknik D'KELUK: AKPK 3 9.15 - 9.30 a.m. NEWMAN BIN OJUNAL SMK Pengalat, Papar KT Pengunaan SELF-KIT 4 9.30 - 9.45 a.m. NIK ZURAIDA BINTI NIK MOHD NOOR SMK Pekan Telipok, Tuaran KT Teknik ISHOKU Melalui mPembelajaran dalam Membantu Penguasaan KBAT bagi Subjek Sains Pelajar Tingkatan Empat di SMKPT 5 9.45 - 10.00 a.m. NORLIZA LENA BINTI AJUH SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna KT Penggunaan Website ‘ANAKUGA’ bagi Meningkatkan Minat dan Kefahaman Pelajar dalam Subtopik Analisis Kualitatif Garam bagi Pelajar Tingkatan Empat yang Mengambil Subjek Kimia 6 10.30 - 10.45 a.m. ROSYAIMI BIN ISMAIL SMK Abdul Rahim, Kudat KT Modul Pen Merah dalam Meningkatkan Kemahiran Menjawab ABK Semester 3 Subjek Pengajian Am 7 10.45 - 11.00 a.m. RUSHI JUANI SMK Tamparuli, Tuaran KT Impak Intervensi Pembelajaran Kimia Menggunakan Gamifikasi Aplikasi Permainan Telefon Pintar "SALTWHEEL" dalam Tajuk Analisis Kualitatif Garam Tingkatan 4 8 11.00 - 11.15 a.m. SAMSON PHILIPPINUS SMK Limbanak, Penampang KT Teknik MAU (Mnemonik Akrostik dan Audio) Meningkatkan Daya Ingatan Murid Tingkatan 5 Terhadap Kaedah Penghasilan Baja Organik Fermented Plant Juice 9 11.15 - 11.30 a.m. NOOR FADILAH BINTI AMBO MRSM Kota Kinabalu KT Keberkesanan Kaedah LaBes dalam Meningkatkan Kemahiran Teknik Menjawab dalam Subjek Pendidikan Islam 10 11.30 - 11.45 a.m. MOHD HAIRI BIN MAHAT SK Gana, Kota Marudu KT Meningkatkan Kemahiran Pengurusan Diri Murid Melalui Pendekatan S-Tem * KAP – Kajian Asas/Penyelidikan KT - Kajian Tindakan PAT - Perkongsian Amalan Terbaik


9 JADUAL PEMBENTANGAN BILIK : PERLIS PENGURUS : ENCIK MUSTARI BIN MOHAMED SAID MODERATOR : PUAN SUBAEDA BINTI MUHARAM Bil Masa Nama Pembentang JPN/PPD/Sekolah Kategori* Tajuk Pembentangan 1 9.00 - 9.15 a.m. MUSTARI BIN MOHAMED SAID PPD Kunak PAT TITANALIST 2 9.15 - 9.30 a.m. DR SITTI JUNAIDA AMBO PPD Kota Kinabalu PAT REaG 3 9.30 - 9.45 a.m. SASITHARAN A/L PALYKERISNAN PPD Keningau PAT Strategi 3 Fasa (S3F) C&M dalam Mengupayakan Kompetensi MLT 4 9.45 - 10.00 a.m. MOHD SUFFIAN ABDULLAH PPD Papar PAT Pengupayaan Ketua Panitia Sejarah Sekolah Rendah 5 10.30 - 10.45 a.m. OLIVIA JUNE ROBIN PPD Beaufort PAT Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) : Memulakan, Mengamalkan dan Melestarikan 6 10.45 - 11.00 a.m. NUR AISHAH BARBARA ABDULLAH PPD Kota Marudu PAT PINIUPAKATAN: Amalan Kepimpinan Guru TVET Di Sekolah Menengah 7 11.00 - 11.15 a.m. SUBAEDA BINTI MUHARAM PPD Lahad Datu PAT Pemantapan Coaching & Mentoring Melalui Teknik Piramid 8 11.15 - 11.30 a.m. FAZIDAH BINTI MOHD ISMAIL PPD Beaufort PAT SuStain-H.I.P: Teachers Support Towards the Sustainability of Highly Immersive Programme (H.I.P) 9 11.30 - 11.45 a.m. NORSIAH BINTI ABDULLAH PPD Kunak PAT Enhancing Teaching Skills Through ‘WoW Reflection’ * KAP – Kajian Asas/Penyelidikan KT - Kajian Tindakan PAT - Perkongsian Amalan Terbaik


10 JADUAL PEMBENTANGAN BILIK : PERAK PENGURUS : PUAN JESSICA EDWARD MODERATOR : DR. MAYA INSANA BINTI MOHD TERANG Bil Masa Nama Pembentang JPN/PPD/Sekolah Kategori* Tajuk Pembentangan 1 8.45 - 9.00 a.m. HALLSEN JUSTIN SK ST Benedict, Ranau PAT Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 3 Bagi Topik Asas Pecahan Menggunakan Inovasi Digital “MADIGA: Mathematics Digital Interactive Games” 2 9.00 - 9.15 a.m. SURIDAH BINTI SULI@RUSLI SMK Kunak Jaya, Kunak PAT 15 Kata Majmuk Mantap 3 9.15 - 9.30 a.m. NURFAZHILLAH BINTI SABIT SK Kimanis, Papar PAT Program 1ML:1JU:1PLC Meningkatkan Kualiti Kajian Tindakan dalam Kalangan Guru Sekolah Amanah SK Kimanis, Papar 4 9.30 - 9.45 a.m. HAINI KOTIN Kolej Vokasional Keningau PAT Enhancing Vocational Students’ Skills of Recognizing Symbols & Functions of Electrical Components & Wiring Accessories Through “Match & Merge” Activities 5 9.45 - 10.00 a.m. LUSIA BINTI GAMPALID SK Kota Marudu II, Kota Marudu PAT Penggunaan D’TUM Untuk Membantu Murid Lemah Oerasi Darab dan Bahagi dalam Menukar Unit Masa Jam ke Minit Melibatkan Pecahan 6 10.30 - 10.45 a.m. MD NAZRULSHAH BIN NAZIR AHMAD SK Kampung Enam, Pensiangan PAT Rural Grammar Translation Approach (RGTA) Adverbs Made Easy 7 10.45 - 11.00 a.m. NURUL SALINA BINTI ABDUL SMK Sepagaya, Lahad Datu PAT Beyond the Classroom: Immersing Students in English through Eight Years of Fun-filled English Language Activities 8 11.00 - 11.15 a.m. SITI NURALISHA BINTI ALI SK Kota Kinabatangan, Kinabatangan PAT KSTEM: Hot Wheel Race Track 9 11.15 - 11.30 a.m. VITTY BINTI FUNG AH CHON SMK Kota Klias, Beaufort PAT Pengaplikasian Teknik DOTSOP Bagi Topik Penamaan Ester dalam Subjek Kimia 10 11.30 - 11.45 a.m. JESSICA EDWARD PPD Tuaran PAT Program Transformasi Sekolah 2025 (Ts25): Melahirkan Pemimpin Guru, Memangkin Sekolah Berkualiti * KAP – Kajian Asas/Penyelidikan KT - Kajian Tindakan PAT - Perkongsian Amalan Terbaik


11 JADUAL PEMBENTANGAN BILIK : PULAU PINANG PENGURUS : PUAN LISAH BINTI KILAU @ HAMRIE MODERATOR : ENCIK MOHD RAFFIE BIN RAFFLIS Bil Masa Nama Pembentang JPN/PPD/Sekolah Kategori* Tajuk Pembentangan 1 8.45 - 9.00 a.m. CANAI ANAK BABANG SMK Kinarut, Papar PAT Aplikasi RLBS dalam Modul GASAK LMS Sejarah 1.0 Sebagai Bahan Bantu Mengajar Guru dan Belajar Murid 2 9.00 - 9.15 a.m. DG ROSMAH BINTI AG WAHAP SMK Benoni, Papar PAT Let The Calculator to Find Your 'X' - CAL4ALL 3 9.15 - 9.30 a.m. ERADAH @ ELDA BINTI MARAEL SK Loktohog Banggi, Kudat PAT MAGIC PAPER 4 9.30 - 9.45 a.m. FAZRIANAH SAZILLAH BINTI JANURI SMK Agama Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu PAT TRAFFIC I’RAB: Meningkatkan Penguasaan Murid dalam Menentukan I’RAB Bagi Tajuk-Tajuk Nahu Dengan Teratur dalam Kalangan Murid Tingkatan 5 Hanafi 5 9.45 - 10.00 a.m. IRINE JOKILYN SMK Bandau, Kota Marudu PAT Penerapan Amalan 6P Guru dan Pentaksiran Bilik Darjah di Sekolah Menengah 6 10.30 - 10.45 a.m. LOW SEE HON SMK Kunak, Kunak PAT GM STEAD 7 10.45 - 11.00 a.m. LEE CHEE WEI SMK Beaufort, Beaufort PAT Kaedah dan Aplikasi dalam Kelas Fizik 8 11.00 - 11.15 a.m. RINAMURNIRAH BINTI NASIR SK Ranau, Kota Marudu PAT Projek Inovasi Mega: Mengupaya Inovasi Guru Melalui R.A.N.A.U 2025 9 11.15 - 11.30 a.m. ROSMAWATI BINTI PEEIE SK Tawiayari, Lahad DatuI PAT Enhancing Reading Skill of Post Covid 19 Pandemic Primary Pupils Using RECOLL 10 11.30 - 11.45 a.m. ROYMIE BIN HAIME SK Loktohog Banggi, Kudat PAT Meningkatkan Keyakinan dan Kemahiran Interaksi Sosial dalam Kalangan Murid PPKI Dusun Bonggi Melalui Aktiviti Keusahawan * KAP – Kajian Asas/Penyelidikan KT - Kajian Tindakan PAT - Perkongsian Amalan Terbaik


12 JADUAL PEMBENTANGAN BILIK : KEDAH PENGURUS : DR NANCY NG YUT KUAN MODERATOR : PUAN JANNET DELA CRUZ @ NORSHAKILA Bil Masa Nama Pembentang JPN/PPD/Sekolah Kategori* Tajuk Pembentangan 1 8.45 - 9.00 a.m. DR NANCY NG YUT KUAN PPD Beluran KT Model DKO dalam Penyelesaian Masalah Matematik 2 9.00 - 9.15 a.m. EVALEEN BINTI SAMAMJUIS SMK St Patrick, Beaufort KT Affect of The TIC TAC TOE Game on The Ability to Solve Numerical Problems Related to Chemical Equations Among Form Four Students 3 9.15 - 9.30 a.m. FATIMAH BINTI USMANG SK Sri Melanta Jaya, Sandakan KT OC KIT Mengurangkan Kehilangan Pensel Warna 4 9.30 - 9.45 a.m. HARLIANA BINTI MOHD ARIFIN SMK Agama Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu KT MorSin: Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa dalam Kalangan Murid Tingkatan 5 5 9.45 - 10.00 a.m. HASLIZAN BIN ABDUL HAMID SMK Bukit Garam 2, Kinabatangan KT Mempertingkatkan Kemahiran Menjawab Kertas 1 Prinsip Perakaunan Terhadap Murid Tingkatan 5 Einstein dengan Menggunakan Kaedah 1001 Malam 6 10.30 - 10.45 a.m. JAHARI BIN JAINAL SM All Saints, Kota Kinabalu KT Penggunaan Flash Cards Dalam Pembelajaran Kimia Organik Tingkatan 6 7 10.45 - 11.00 a.m. SAIFATHUL AINI BINTI SULAIMAN SMK ST Joseph, Papar KT Prinsip Rukun Negara Sebagai Pemudahcaraan Untuk Penguasaan Tajuk Ciri Negara Yang Berdaulat 8 11.00 - 11.15 a.m. MARINIE BINTI THUSSIN SK Kimanis, Papar KT Kit MaRiNi Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Menyambung Huruf Jawi dalam Kalangan Tahun 3 di SK Kimanis 9 11.15 - 11.30 a.m. MAXWILSON MACKRY SMK Madai, Kunak KT The Effectiveness of Using Reward Chart in Teaching and Learning to Reduce Problematic Behaviour Among Students in Learning 10 8.45 - 9.00 a.m. KENNETH JONATHAN PPD Keningau KT Connecting The (Missing) Dots melalui Nombor Bermakna Mi10% * KAP – Kajian Asas/Penyelidikan KT - Kajian Tindakan PAT - Perkongsian Amalan Terbaik


13 JADUAL PEMBENTANGAN BILIK : MELAKA PENGURUS : PUAN JOVITA GITOM MODERATOR : DR MELVIN MOJIKON Bil Masa Nama Pembentang JPN/PPD/Sekolah Kategori* Tajuk Pembentangan 1 8.45 - 9.00 a.m. AHMAD ZAKI BIN ABDUL RAUF SMK Abdul Rahim, Kudat KT Penggunaan Teknik MakMeBaC dalam Menjawab Soalan Esei Pilihan Mata Pelajaran Pengajian Perniagaan 2 9.00 - 9.15 a.m. ANITA MD. YASIN Kolej Vokasional Keningau KT Training Novice Bakers to Develop Skills in Decorating Cakes Through “SHAPESWEETIE” 3 9.15 - 9.30 a.m. ASMAN BIN HANAPI PPD Papar KT Kit Melon Slice: Menarik Minat MBPK Melalui Aktiviti Hands-On 4 9.30 - 9.45 a.m. DAYANG SITI KHATIJAH AWANG DAMIT Kolej Vokasional Keningau KT The Effects of Problem-Based Learning on Construction Technology Students' Employability Skills 5 9.45 - 10.00 a.m. DR LATIFAH AYANG SMK Tandek, Kota Marudu KT Meningkatkan Peratusan Pelajar Sederhana Dan Lemah Penguasaan Menghafal istilah dalam Mata Pelajaran Sejarah SPM dengan Mengaplikasikan Teknik RaKa-Ta 6 10.30 - 10.45 a.m. ROSMARIA BINTI LORIN SMK Bandau, Kota Marudu KT Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei KBAT 10 Orang Pelajar 5 Melbourne SMK Bandau Menggunakan KASEBA 7 10.45 - 11.00 a.m. GRACE BINTI GUTIERREZ SMK Kunak, Kunak PAT “Ketuk-ketuk Syawal” Tunjang Kemenjadian Murid Berkeperluan Pendidikan Khas SMK Kunak 8 11.00 - 11.15 a.m. IZRAH BIN JUMDAIL SK Merpati, Sandakan PAT Izz Japanese Method (IJM) Malaysia 9 11.15 - 11.30 a.m. NOOR JANNAH BINTI HAMZAH SMK Pekan Telipok, Tuaran PAT Impak Projek Jualan Keropok Ikan Terhadap Perkembangan Komunikasi dan Motor Halus Murid Pendidikan Khas SMK Pekan Telipok 10 11.30 - 11.45 a.m. LIM AI TENG SJK (C) Yuk Choi, Lahad Datu PAT Learning to Play or Playing to Learn? The Impacts of Integrating Robotics and Coding in the Primary Classroom * KAP – Kajian Asas/Penyelidikan KT - Kajian Tindakan PAT - Perkongsian Amalan Terbaik


14 A CASE STUDY OF TEACHER’S INTERACTIONAL STRATEGIES IN MALAYSIAN ESL CLASSROOMS Ahmad Taufik bin Muhammad Tahir SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, Papar ABSTRACT This study presents a case of teacher’s interactional strategies to enhance teaching and learning during English language lessons in a secondary school classroom. It aims to identify the prominent interactional strategies used by the teacher during classroom interactions. It also aims to determine the specific reasons (pedagogic goals) behind the teacher’s use of the interactional strategies during classroom interactions. Using Walsh’s (2006) Self-evaluation of Teacher Talk (SETT) framework, three video recording transcripts were analysed to examine the teacher’s adoption of interactional strategies in her language classrooms. The findings revealed that the teacher performed thirteen out of fourteen interactional strategies. The prominent strategy was extended learner turn while the least used strategy was form-focused feedback. The teacher’s reasons of employing the interactional strategies were elicited using four targeted video clips from the video observations which represented the four classroom modes featured in the SETT framework and they were shown to the teacher during three video-stimulated recall interviews (VSRIs). Analysis of the transcripts revealed that the teacher’s reasons of employing the interactional strategies were largely congruent with the pedagogical goals specified in each classroom mode. These results suggest pivotal implications for ESL teachers in terms of evaluating their teacher-student interaction which might facilitate or restrict learning opportunities as well as the potential use of video recordings and VSRIs as the tools for classroom assessment and for action research. Keywords: Classroom Interaction, Interactional Competence, Interactional Strategies TRAINING NOVICE BAKERS TO DEVELOP SKILLS IN DECORATING CAKES THROUGH “SHAPESWEETIE” Anita Md. Yasin Keningau Vocational College, Sabah, Malaysia [email protected] ABSTRACT The goal of this study was to examine the efficiency and feasibility of a specifically designed tool that could help novice bakers gain confidence in decorating cakes. The tool known as “ShapeSweetie” was designed in order to overcome the main issue of inexperienced and novice bakers at Keningau Vocational College who were not able to create decorative shapes from fondant and marzipan properly. If they were not able to acquire the basic skills in baking class, it would be difficult for them to continue their learning with more advanced training in baking class. Thus, an intact class of 25 students from a baking and pastry program was chosen as the subjects for this study. They were taught how to use the tool and they were expected to use it in their class where they had to decorate their cakes. A rubric was used to assess the students’ final products and the results showed that most of the students attained higher scores in executing the task. This indicated that “ShapeSweetie” could be commercialized and used widely in baking classes across bakeries and learning institutions in the state. Keywords: decorative shapes, fondant and lotus blossom


15 PENGGUNAAN HEADCOUNT DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN PRESTASI PELAJAR DALAM SPM Anuar bin Ag Ismail Pejabat Pendidikan Daerah Papar [email protected] ABSTRAK Penggunaan Headcount di sekolah-sekolah Negeri Sabah masih belum diperluaskan sepenuhnya terutama dalam menganalisis data-data peperiksaan dalaman. Guru-guru masih belum diperkenalkan secara meluas mengenai kepentingan Headcount sebagai alat untuk menganalisis data peperiksaan yang efektif dan berkesan. Memperkasakan Headcount di kalangan guru-guru di sekolah menjadi lebih sukar disebabkan ramai di kalangan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masih tidak menguasai ilmu Headcount ini secara mendalam. Penggunaan Headcount pastinya akan memudahkan Pentadbir Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan (SLT) serta Ketua Bidang dan Ketua Panitia (MLT) bersama guru-guru untuk mengenalpasti isu yang dihadapi dalam melihat impak pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru. Headcount boleh membantu SLT, MLT dan guru-guru menentukan sasaran pelajar yang perlu dibantu dengan fokus kemahiran yang perlu ditambahbaik untuk meningkatkan prestasi pelajar melalui Gred Purata Individu (GPI), menambahbaik intervensi untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran yang diajar guru-guru (GPMP) dan seterusnya membantu SLT dan MLT merancang intervensi yang bersesuaian dan bertepatan dengan isu sera sasaran pelajar yang boleh membantu peningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS). Penggunaan Headcount ini terbukti berkesan dalam meningkatkan prestasi pelajar setelah digunapakai beberapa sekolah dan daerah yang telah menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan. PENERAPAN AMALAN 6P GURU DAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DI SEKOLAH MENENGAH Irine Jokilyn SMK Bandau, Kota Marudu [email protected] ABSTRAK Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah satu elemen yang perlu diperkasakan. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berkualiti dapat menentukan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam 6 Aspirasi Murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Amalan 6P penjaminan kualiti PBD dilaksanakan di salah sebuah sekolah menengah daerah Kota Marudu. Verifikasi telah dilaksanakan pada akhir November 2021 melalui perekodan PBD di kalangan guru mata pelajaran, semakan fail pelaporan tahap penguasaan murid dan dapatan maklumat semasa pemerhatian aktiviti PdP di bilik darjah. Namun ,hasil verifikasi menunjukkan hanya 60% kesahihan data yang diperolehi. Sehubungan ini, pada peringkat awal tahun 2022, amalan 6P penjaminan kualiti PBD diterapkan dikalangan 3 orang guru bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris dan Reka Bentuk Teknologi. Nescaya, amalan 6P ini didapati boleh membantu guru mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran mereka yang seterusnya mempengaruhi pencapaian murid secara keseluruhan. Kata Kunci: 6P, Penjaminan Kualiti, Guru, Pentaksiran Bilik Darjah


16 Kit Melon Slice: Menarik Minat MBPK Melalui Aktiviti Hands-On (Matapelajaran Komunikasi: Komponen Matematik Kefungsian Rendah) Asman bin Hanapi Pejabat Pendidikan Daerah, Papar ABSTRAK Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bertujuan memberi peluang kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai. Hal ini kerana MBPK terdiri daripada murid yang memiliki ketidakupayaan yang berbeza. Antaranya ialah MBPK Kefungsian Rendah iaitu murid yang berada pada tahap intelektual yang paling lemah. Sehubungan dengan itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu lebih mendalam, berfokus dan menarik agar murid secara sukarela terlibat dalam sesi pembelajaran. Oleh itu, Melon Slice digunakan sebagai alat bantu mengajar (ABM) bermula pada tahun 2022. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid mengikuti aktiviti PdP Matematik. Selain itu, murid dapat dibimbing memahami operasi asas Matematik dengan mendalam melalui aktiviti secara hands-on. Dapatan intervensi menunjukkan murid dapat mengikuti aktiviti PdP dengan memberikan respons dan terlibat secara sukarela. Selain itu, murid dapat memahami operasi asas Matematik yang dipelajari apabila melakukan aktiviti secara hands-on. Guru pula dapat mempelbagaikan kaedah PdP serta menghasilkan inovasi ABM mengikut keperluan dan tahap keupayaan murid. Lebih dari itu, guru dapat mengaplikasikan pedagogi terbeza melalui proses PdP dan produk Melon Slice yang telah dihasilkan. Diharapkan Melon Slice dapat memberi impak tinggi bagi memberi kefahaman dan penguasaan dalam komponen Matematik Kefungsian Rendah. Kata Kunci: Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), Alat Bantu Mengajar (ABM), Melon Slice THE EFFECTS OF PROBLEM-BASED LEARNING ON CONSTRUCTION TECHNOLOGY STUDENTS' EMPLOYABILITY SKILLS Dayang Siti Khatijah Awang Damit Keningau Vocational College, Construction Techology, Keningau, Malaysia [email protected] ABSTRACT Problem-based learning adopted and adapted to cultivate employability skills among construction technology students of vocational college. Malaysian ministry of education targets 70% of graduates from vocational colleges to enter the industry as skilled workforce whey they are able to attain employment upon the completion of their studies. However, they might lack employability skills which what most employers seek when hiring new workers. Hence, this project was intended to prepare them for the real world where job market is constantly evolving. The students were tasked to build security guard houses at college dormitories. The students of construction technology were split into four groups: two experimental groups and two control groups and every group was assigned with the same task. The scores obtained from the evaluation rubric indicated that the security guard house built by the experimental group was constructed better than the one built by the control groups. This signified the potential of problem-based learning to be widely integrated into vocational college education to enhance students’ capability to solve problems and to work as a team. Keywords: problem-based learning, employability, construction technology


17 BAKARIH PEMANGKIN MOTIVASI GURU DAERAH PAPAR Asnie bin Marjan Sektor Pembelajaran PPD Papar [email protected] ABSTRAK Dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik murid khususnya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menuntut pembabitan aktif dan bersepadu antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah. Prestasi SPM di daerah Papar masih berada pada tahap yang sederhana dan perlu ditingkatkan memandangkan pencapaian Gred Purata Daerah (GPD) masih berada di atas 5.0. Hal ini kerana strategi bimbingan secara pemantauan yang dilaksanakan oleh PPD kurang berkesan dalam meningkatkan kemahiran guru menganalisis dan menginterpretasi data. Natijahnya, program peningkatkan akademik murid lebih bersifat one size fits all. Selain itu, guru juga perlu diberikan motivasi yang berterusan agar sentiasa fokus dan dapat meningkatkan pengetahuan akhirnya mencetuskan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh yang demikian, Sektor Pembelajaran PPD Papar telah melaksanakan program Bakarih sebagai satu inisiatif bimbingan kepada sekolah bagi mengupayakan guru khususnya yang mengajar Tingkatan 5 bermula pada tahun 2021. Hasil soal selidik menunjukkan program Bakarih dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru menggunakan data untuk merancang intervensi terbeza, meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam PdP, meningkatkan motivasi untuk mencapai sasaran yang lebih baik dalam SPM dan memberi impak positif terhadap pretasi kerja. Lain daripada itu, pencapaian GPD SPM 2021 menunjukkan peningkatan iaitu 5.30 berbanding 5.46 pada tahun 2020. Semoga program Bakarih akan dapat memacu daerah Papar ke tahap yang lebih baik dan menjadi pemangkin semangat kepada warga pendidik untuk mempamerkan prestasi yang cemerlang. Kata Kunci: Bimbingan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah, Bakarih ONE PAGE ACCESS LEARNING (OPAL) Herlina binti Hashim Kunak, Sabah ABSTRACT These days, students are discouraged with reading, writing, and listening skills. They refuse to engage with the 3 skills as “English Is a Killer Language’ phrase printed in their mind. Hence, to attract students’ interest, a steppingstone innovation has been carried out to engage students freely with materials within their own interests and at their own pace. In addition, students were free to read, write and listen to materials provided anytime and anywhere. Plus, the encouragement from the teacher to let students prepared their own learning materials with the teacher’s guidance boosted students’ motivation to have teacher-student interaction. Boosting students’ motivation and building their confidence were the most crucial parts in engaging them to the 3 skills (reading, writing, and listening). Qualitative research method was applied in collecting the data for this research. The use of One Page Access Learning (OPAL) helped to streamline the sharing of information and communication within specific topics freely within one page between the teacher and students. It helped teachers by letting them use various materials in their learning. By applying the OPAL, students had access for prepared English materials and at the same time it motivated students to read, write and listen more as well as be more focused in learning English. Keywords: materials, own pace, streamline, access, engaging


18 APLIKASI TAPAK RLBS DALAM MODUL GASAK LMS SEJARAH 1.0 DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU Canai anak Babang SMK Kinarut, Papar, Sabah Malaysia [email protected] ABSTRAK RLBS (Rumus Luar Biasa Sejarah) merupakan satu tapak yang membimbing murid merangka jawapan esei dan struktur sejarah yang digandingkan dalam Modul Gasak LMS Sejarah 1.0 untuk membimbing murid dalam persediaan peperiksaan. Modul ini merangkumi pelbagai teori pemikiran dan pembelajaran seperti behavourisme (Thorndike), kognitif (Vygostky), pementoran, dan pembelajaran aktif melalui aktiviti pembelajaran abad ke-21. Modul Gasak LMS Sejarah 1.0 telah diilhamkan oleh satu pasukan pemikir yang dianggotai oleh Cikgu Canai Babang dan Cik Shoba Macintyre, SISC+ Unit Sains Sosial PPD Kota Kinabalu dalam Program Rancak PPD Kota Kinabalu, seterusnya disesuaikan dengan tapak RLBS dan disepadukan dengan tajuk-tajuk dalam DSKP Sejarah. Seterusnya, dimaujudkan dalam Modul Gasak LMS Sejarah 1.0 untuk membantu murid dalam kategori KBAR dan KBAS. Pembudayaan modul ini memberi latihan berterusan dengan tajuk dan topik yang terpilih untuk persediaan SPM murid disamping membimbing murid untuk memperoleh minimum lulus. Penggunaan Modul Gasak LMS ini dapat membantu guru dan murid meningkatkan penguasaan fakta sejarah dan kemahiran menulis esei dengan betul. Lantas, ini akan dapat meningkatkan keyakinan, keseronokan dan mendorong daya ingatan murid terhadap fakta-fakta sejarah lebih lama dan memangkin kepada LMS sejarah SPM. Pembudayaan RLBS dan Modul disebarluas di sekolah daerah Kota Kinabalu, Papar, Beufort dan Pensiangan. Modul ini sesuai untuk peringkat pemikiran murid (KBAR, KBAS & KBAT) disamping sebagai satu bahan bantu mengajar guru efektif dan belajar murid di sekolah terutamannya untuk kategori murid fokus. Kata Kunci: pementoran, penguasaan fakta, pembudayaan, pembelajaran aktif Ideologi S.A.P.P.A.C: Pencetus Perubahan Dunia Pendidikan dan Insaniah Dalam Peningkatan Bidang Perguruan dan Pemerkasaan PdP Desmond ak Sandum Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan, JPN Sabah ABSTRAK Dunia pendidikan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut arus pemodenan teknologi. Impak daripada peredaran masa ini sudah semestinya akan mengubah landskap dalam arena pendidikan, khususnya guru dan pelajar. Pengintegrasian teknologi dalam dunia pendidikan seperti DELIMa, Web e-Learning, Kahoot, Google Classroom, A.R dan aplikasi-aplikasi yang lain sudah semestinya memudahkan proses PdP guru dan pelajar dalam mencari maklumat dan memperluaskan lagi bidang ilmu dalam subjek yang dipelajari. Namun, ada sebilangan aspek yang dilihat kerdil ini tetapi akan memberikan impak yang mendalam dalam diri murid kian terabai. Pendidikan insaniah yang berlandaskan falsafah pendidikan negara ini selalunya kurang diamati dan didalami dalam melahirkan murid yang dapat menguasai J.E.R.I.S. Oleh itu, perkongsian kali ini akan memfokuskan pengaruh ideologi S.A.P.P.A.C ini dalam peningkatan professionalism bidang perguruan dan bagaimana guru boleh menggunakan ideologi S.A.P.P.A.C dalam memperkasa PdP mereka di dalam mahupun di luar bilik darjah sejajar dengan arus pemodenan alam teknologi pendidikan seterusnya meningkatkan insaniah dalam KBAT diri pelajar.


19 PUSAT SUMBER CEMERLANG, SEKOLAH TERBILANG, MURID GEMILANG Dayang Norlela binti Ali Omar SK Buang Sayang, Papar [email protected] ABSTRAK Dalam usaha memantapkan sistem pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi penekanan terhadap pelaksanaan program berkaitan Pusat Sumber Sekolah. Hal ini supaya pusat sumber dapat dijajarkan dengan fungsinya sebagai pusat pembelajaran bagi warga sekolah. Meskpun begitu, antara permasalahan utama yang dikenalpasti adalah berkaitan persepsi warga sekolah yang hanya berfokus kepada Pusat Sumber sahaja. Selain itu, permasalahan mengenai murid dan guru yang kurang membaca, bahan bacaan yang kurang pelbagai dan ketiadaan motivasi dalam kalangan murid untuk menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, perkongsian amalan terbaik ini bertujuan untuk memperkasakan peranan pusat sumber sebagai ‘pusat pembelajaran’ merangkumi 360 kawasan sekolah, mempelbagaikan sumber literasi maklumat bagi menyemai budaya ilmu dan sikap suka membaca serta memperkasa program pusat sumber yang akan memberi impak kepada guru dan murid. Selain itu, perkongsian ini juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid melalui program ‘Sekolah Dalam Taman’ dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Antara strategi pelaksanaan Pusat Sumber Cemerlang termasuklah membentuk Team Mission Impossible bagi memburu juara Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2022 dan pembinaan rak buku digital untuk memperkasa program NILAM dalam kalangan guru dan murid. Di samping itu, terdapat juga Program Wakaf Buku bagi menambah koleksi bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Impaknya, penglibatan guru, warga sekolah dan ibu bapa serta Rekod Bacaan Nilam murid dan guru meningkat dengan kadar 100% serta berlaku pertambahan jumlah bilangan bahan bacaan yang signifikan melalui Program Wakaf Buku tersebut. Akhirnya, Pusat Sumber Sekolah dinobatkan Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan Tahun 2022. Maka, perkongsian amalan terbaik ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk memperkasa program pusat sumber sekolah agar ia dapat memberi impak kecemerlangan sekolah secara menyeluruh. Kata Kunci: Perkongsian Amalan Terbaik, Pusat Sumber Cemerlang, Sekolah Dalam Taman LET CALCULATOR TO FIND YOUR ‘X’ – CAL4ALL Dg Rosmah binti Ag Wahap SMK Benoni, Papar ABSTRAK LET CALCULATOR TO FIND YOUR ‘X’ merupakan salah satu program bagi mengalakkan murid menggunakan kalkulator dalam proses pembelajaran secara berterusan bagi membantu murid menyelesaikan masalah dengan mudah, cepat dan tepat. Selain itu ia juga merupakan usaha untuk memperkasakan penggunaan kalkulator dengan mengharapakan perubahan terhadap tingkah laku murid secara positif iaitu merangsang minat murid dan menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengapa penggunaaan kalkulator ini perlu dijadikan sebagai satu amalan dalam pdpc? Ini disebabkan murid perlu mahir secara maksima dalam penggunaan kalkulator untuk membantu mereka menyelesaikan masalah khususnya subjek matematik dengan mudah, cepat dan tepat. Melalui program ini, kita mengaharapkan dapat membantu murid sekurang-kurangnya lulus dalam ujian dan peperiksaan. Kata Kunci: CAL4ALL


20 PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN TRefT Dg Norliah binti Ali Omar Pejabat Pendidikan Daerah Papar [email protected] ABSTRAK Kajian Tindakan (KT) merupakan salah satu aktiviti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam aktiviti Pembangunan Profesionalisme Guru (PPG). Pembudayakaan KT dalam kalangan guru di daerah Papar perlu ditingkatkan memandangkan bilangan yang menulis KT masih rendah. Hal ini kerana masih terdapat guru yang mengatakan KT sukar dilaksanakan dan menambah beban tugas. Selain itu, strategi bimbingan oleh Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) kurang berkesan dan tiada panduan yang digunakan untuk membimbing guru dalam menulis KT. Oleh itu untuk membudayakan KT, SISC+ selaku pembimbing guru telah menggunakan teknik Tanya – Reflek – Tulis (TRefT) pada tahun 2022. Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, mencungkil kreativiti dan inovasi serta bilangan guru yang menulis catatan KT. Dapatan intervensi menunjukkan bahawa TRefT dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, mencungkil kreativiti dan inovasi, meningkatkan bilangan guru menulis catatan KT dan menghasilkan inovasi bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu dengan menggunakan TRefT, guru telah berjaya memenangi aktiviti pertandingan anjuran KPM iaitu Anugerah Guru Inovatif (AGI) peringkat negeri dan Persidangan Penyelidikan Pendidikan peringkat kebangsaan. Dalam usaha membudayakan KT di peringkat sekolah bagi menambah baik amalan PdP, diharapkan TRefT dapat dijadikan sebagai panduan dan membantu guru menjana idea untuk memulakan penulisan KT. Kata Kunci: Pembangunan Profesionalisme Guru, Kajian Tindakan, TRefT “REaG” Dr. Sitti Junaida Ambo Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu [email protected] ABSTRAK REaG adalah ringkasan bagi Reflection Experience action Goal. Model ini merupakan satu model inovasi bimbingan dan pementoran. Model ini terhasil daripada gabungan beberapa model, teknik dan pendekatan seperti Model POLC of Management, PDCA, Model GROW, teknik sumbang saran, dan Pendekatan Showcase. Selain itu, Model REaG ini juga, secara tidak langsung dapat membimbing individu lebih kreatif dan bermotivasi. Model REaG ini boleh digunakan kepada semua bidang contoh bidang pendidikan, bidang perniagaan, bidang ekonomi, bidang pelancongan dan sebagainya. Mengapa model ini sangat menarik? Ini disebabkan REaG mudah untuk dilaksanakan terutama dalam sesi bimbingan dan pementoran. Makna model REaG adalah seperti berikut “R” merupakan cermin kepada pengalaman lepas, “E” pula adalah peristiwa yang telah terjadi, manakala “a” bermakna aktiviti yang akan dijalankan dan yang terakhir adalah “G” goal adalah matlamat. Model REaG ini telah saya praktikkan selama 15 tahun. Kejayaan hasil bimbingan dan pementoran melalui model REaG ini 91% telah berjaya membimbing pelanggan. Oleh itu, dalam perkongsian amalan terbaik ini saya berharap dapat memudahkan para pengguna serta bermanfaat kepada semua pihak dan di masa akan datang terdapat penambahbaikan dalam peringkat pelaksanaan model REaG2.0. Kata Kunci: Bimbingan, Pementoran, Kreatif


21 Meningkatkan Peratusan Pelajar Sederhana Dan Lemah Penguasaan Menghafal istilah dalam Mata Pelajaran Sejarah SPM Dengan Mengaplikasikan Teknik RaKa-Ta Dr. Latifah Ayang SMK Tandek, P/S 153,89108, Kota Marudu Sabah [email protected] ABSTRAK Perubahan format baharu KBSM Sejarah kepada KSSM Sejarah bermula tahun 2021, membawa impak besar kepada pelajar berikutan pemansuhan kertas 3 (Open Book Test). Pemansuhan ini dilihat telah membawa kesan kepada guru dan pelajar dalam meningkatkan peratusan LMS dalam mata pelajaran sejarah. Justeru, pelajar tidak mempunyai pilihan, untuk lulus calon SPM mestilah menjawab keseluruhan 50 peratus soalan KBAT atau soalan berbentuk aplikasi yang terdapat dalam format baharu SPM 2021. Bagaimanapun, terdapat masalah pelajar tidak mampu menjawab soalan KBAT dengan baik jika tidak memahami istilah yang diberikan dalam soalan. Keperluan memahami istilah dan kata kunci yang penting dilihat mendesak terutama dalam kalangan pelajar yang lemah penguasaan. Teknik RaKa-Ta membantu pelajar mengingat istilah dan maksud dalam konteks mata pelajaran sejarah dengan cara pergerakan anggota badan. Teknik ini juga dapat mewujudkan suasana PDPC yang lebih menarik dan berkesan di bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan perubahan positif yang ketara iaitu peningkatan markah ujian sebanyak 90%. Dapatan ini juga berjaya menolak hipotesis nul iaitu Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pelajar yang menguasai istilah dan pelajar yang dapat menjawab soalan KBAT dengan baik. Justeru, pelajar yang dapat menguasai istilah, secara tidak langsung akan memberikan jawapan KBAT yang tidak terpesong daripada kehendak soalan. Kata kunci: RaKa-Ta, Istilah, KBAT PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN HOME BASED LEARNING (HBL) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Losius Goliong1 , Ahsly Kasin2 , Marcelus Johnny3 , Nazarius G. Yulip4 1, 2, 3, 4 Pejabat Pendidikan Daerah, Ranau, Sabah, Malaysia 1 [email protected], 2 [email protected] [email protected], 4 [email protected] ABSTRACT This study aims to review the implementation of home-based teaching and learning during Movement Control Order (MCO). A total of 375 respondents consisting of secondary and primary school teachers were included in this study. The instrument used in this study was a questionnaire. The research data obtained was analyzed descriptively in terms of frequency and percentage, which was divided into two parts, namely, analysis of learning methods and challenges faced by teachers in implementing homebased distance learning. The findings of the study revealed that there are two learning methods used by teachers in implementing home-based learning during MCO, namely online and offline. The results of the study as a whole showed that teachers' readiness in implementing home learning is still at an unsatisfactory level, especially in online learning mode. Keywords: teaching, learning, home based learning, movement control order


22 PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU W-PEN Mohd Azizuan Abdullah1 , PhD, Dg Norliah binti Ali Omar2 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu1, Pejabat Pendidikan Daerah Papar2 [email protected] , [email protected] ABSTRAK Pembangunan Profesionalime Guru (PPG) merupakan salah satu aspek yang menjadi fokus Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS). Bilangan Guru Cemerlang (GC) di negeri Sabah masih kurang dan belum ada guru yang menerima anugerah guru di peringkat antarabangsa. Selain itu, kemahiran pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) dalam mengelolakan program secara maya masih perlu ditingkatkan. Oleh itu, program Wacana Pendidik (W-Pen) ini dirancang dan dilaksanakan untuk berkongsi maklumat terkini berkenaan ruang dan peluang untuk meningkatkan pembangunan profesionalisme guru. Di samping itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai SISC+ dalam mengurus program secara maya. Dapatan program W-Pen menunjukkan bahawa program ini menepati tajuk, meningkatkan percambahan minda, menggunakan masa secara optimum, relevan terhadap kerjaya dan perkongsian yang bermanfaat. Dalam pada itu program ini juga dapat meningkatkan kemahiran SISC+ mengendalikan program secara maya, kerja berpasukan yang lebih mantap, kemahiran menyelesaikan masalah, mengurus masa dan komunikasi yang lebih berkesan, perudingan dan konsultasi, pengurusan risiko dan akhir sekali softskill dan kemahiran digital. Program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru untuk memohon jawatan GC serta memberikan panduan kepada guru yang berminat untuk mendapatkan dua anugerah yang disasarkan oleh JPNS iaitu anugerah Princess Maha Chakri dan Anugerah Guru Global. Program ini juga boleh dijadikan rujukan oleh bakal guru yang ingin menjadi GC dan mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kata Kunci: Pembangungan Profesionalisme Guru, W-Pen, SISC+ MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB KERTAS 1 PRINSIP PERAKAUNAN TERHADAP MURID TINGKATAN 5 EINSTEIN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “PROGRAM 1001 MALAM” Haslizan bin Abdul Hamid Smk Bukit Garam II, Kinabatangan [email protected] ABSTRAK Subjek Prinsip Perakaunan 3756 terbahagi kepada 3 bahagian penilaian iaitu Kertas 1, Kertas 2, dan Kertas 3. Kertas 1 mempunyai 40 soalan objektif dan murid wajib menjawab semua soalan. Pemberatan markah adalah 20%. Pengkaji telah memilih untuk memberi tumpuan pada Kertas 1 supaya semua subjek kajian di bawah seliaan pengkaji mendapat markah seperti yang ditetapkan memandangkan format soalan Kertas 1 adalah objektif aneka pilihan. Pengkaji telah pun menetapkan untuk memperkenalkan konsep “Program 1001 Malam” sebagai langkah drastik meningkatkan markah bagi Kertas 1 untuk kesemua subjek kajian. Sebanyak 3 jenis ujian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman murid mengenai konsep yang akan diperkenalkan ini. Intervensi telah dijalankan dan pemerhatian telah dicatatkan dalam kajian tindakan ini. Kata Kunci: Prinsip Perakaunan, 3756/1, Kertas 1, objektif aneka pilihan, latih tubi.


23 MODEL ‘DKO’ DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK Nancy Ng Yut Kuan Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) Pejabat Pendidikan Daerah Beluran [email protected] ABSTRAK Model DKO merupakan inovasi intervensi dalam membantu pelajar menjawab soalan penyelesaian masalah matematik di sekolah rendah dan menengah di daerah Beluran. DKO bermaksud Data, Kata Kunci dan Operasi. Pelajar sukar untuk menjawab soalan kerana tidak menguasai konsep operasi asas Matematik dan tidak boleh membuat perkaitan antara topik apabila berhadapan dengan masalah matematik. Soalan matematik berbentuk penyelesaian masalah matematik tidak boleh diterjemahkan kepada ayat matematik mudah kerana pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci dan operasi matematik mengikut data aritmetik yang disediakan. Model DKO bukan hanya melihat kepada kebolehan pelajar membaca, menulis dan mengira, tetapi lebih daripada sekadar menghafal atau menceritakan semula fakta. Model DKO dapat membantu pelajar berfikir secara logik, membuat perkaitan, memahami konsep dan mengenal pasti kata kerja untuk menentukan jenis operasi matematik yang digunakan. Paling menarik, pelajar boleh menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik dengan hanya 2, 3, atau 4 langkah mengikut markah yang diberikan. Berdasarkan analisis PARETO, model DKO ini memberi kesan sebanyak 80% terhadap pencapaian penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik yang datangnya daripada 20% keberkesanan penggunaan model DKO. Kata Kunci: DKO, Data, Kata Kunci, Operasi MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENGHURAIKAN KELUK DALAM SUBJEK EKONOMI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK D’KELUK: AKPK Siti Sundari Binti Mukhson Hadi Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak [email protected] ABSTRAK Kajian ini melibatkan 12 orang pelajar ekonomi STPM dari dua kelas Tingkatan 6, di SMK Kunak. Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menghuraikan keluk dalam subjek ekonomi dengan menggunakan teknik D’Keluk:AKPK. Sebelum ini, didapati pelajar menghadapi masalah dalam melakar keluk dan juga cara menghurai yang tidak mengikut format serta susunan yang betul. Akibatnya, pelajar tidak berminat menjawab soalan berbentuk gambar rajah, sedangkan soalan gambar rajah ini sebenarnya membantu pelajar memperoleh markah yang lebih baik jika dijawab mengikut teknik yang betul. Kajian ini merupakan teknik mudah menghuraikan keluk melalui Teknik D’Keluk:AKPK. D’Keluk ialah lakaran keluk atau gambar rajah berdasarkan Keseimbangan Asal (A), KBAT dan alihan keluk (K), Proses (P) dan (K) merujuk kepada KESAN iaitu berlaku perubahan pada harga dan pendapatan negara. Tempoh kajian adalah selama 6 bulan. Data dikutip dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui pemerhatian, penulisan, analisis keputusan serta pengumpulan dan analisis data. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan pelajar didapati lebih mudah menghurai keluk dengan Teknik D’Keluk:AKPK dan mereka lebih kreatif dalam menulis jawapan. Hasil daripada kajian tindakan ini menunjukkan impak apabila pelajar dapat memperoleh markah yang lebih baik untuk soalan berbentuk gambar rajah. Kata Kunci: Keluk, Pemerhatian, Analisis Ujian


24 MAGIC PAPER Eradah Elda Marael Sekolah Kebangsaan Loktohog Banggi Kudat [email protected] ABSTRAK Magic Paper digunakan untuk mengesan tahap keupayaan dan penguasaan abjad dalam kalangan murid Tahun 1 secara rawak. Melalui kaedah ini guru dapat mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai seperti pengajaran terbeza dan pengajaran bermakna mengikut keupayaan murid secara holistik. Magic Paper digunakan untuk membantu murid terkesan selama 2 tahun pendemik Covid-19. Seramai 18 daripada 24 orang murid Tahun 1 Sesi Akademik 2022/2023 tidak menguasai abjad dengan baik. Oleh yang demikian, pentadbir mengambil pendekatan menggunakan Magic Paper secara berperingkat yang dikenali sebagai Tsunami 1, Tsunami 2 dan Tsunami 3 selama 3 bulan. Pentadbir berfungsi sebagai pengesan dan guru-guru Tahun 1 berperanan sebagai pakar mengendalikan masalah murid dengan memberikan PdP yang sesuai. Impak daripada amalan pengajaran terbaik ini, 13 orang murid dapat menguasai abjad secara rawak. 5 orang murid tidak menguasai abjad dengan baik. Jaminan kualiti dilakukan untuk 5 orang murid dan Magic Paper diteruskan sebagai Amalan Pengajaran Terbaik sekolah dalam Program Kenali Daku Sayangi Daku. Pengesanan dan analisis data terakhir sebelum Sesi Akademik 2023/24, 3 daripada 5 orang murid dapat menguasai abjad lebih daripada 10. Manakala 2 orang lagi akan dirujuk kepada pakar dengan kebenaran ibu bapa. Kata Kunci: Amalan Terbaik, Penguasaan Abjad, Holistik TRAFFIC I’RAB: MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENENTUKAN I’RAB BAGI TAJUK-TAJUK NAHU DENGAN TERATUR DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5 HANAFI Fazrianah Sazillah binti Januri Smka Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan murid dalam memahami tajuk – tajuk Nahu (Tatabahasa) yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5 dalam menentukan I’rab bagi tajuk-tajuk Nahu. Pemahaman berkaitan I’rab semasa proses Pdpc seringkali dilihat sukar oleh murid-murid disebabkan ia merangkumi semua tajuk-tajuk nahu yang terdapat dalam silibus. Tajuk nahu yang banyak dalam mata pelajaran Bahasa Arab KSSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 agak menyulitkan murid-murid untuk mengklafikasikan setiap tajuk Nahu mengikut I’rab yang betul dan teratur. Untuk mengatasi masalah ini, saya melaksanakan ‘Traffic I’rab 2.0’ untuk membantu murid-murid menyebut dan menentukan Irab bagi tajuk-tajuk nahu tingkatan 4 dan 5 KSSM dengan betul dan teratur. Seterusnya murid dikehendaki menentukan Irab perkataan yang telah ditentukan dengan melihat kepada kad ‘Traffic I’rab 2.0’. Sasaran bagi pelaksanaan ini adalah seramai 8 orang murid dan seorang guru. Murid dilihat lebih berminat dan fokus untuk mempelajari I’rab kerana ianya lebih sistematik, mudah ingat, dan menyeronokkan. Seterusnya, penguasaan terhadap I’rab nahu telah dapat ditingkatkan.


25 OC-KIT Fatimah Binti Usmang Sekolah Kebangsaan Sri Melanta Jaya [email protected] ABSTRAK Sebagai seorang guru dan juga seorang ibu, adalah wajar untuk sentiasa mencari idea atau intervensi untuk membantu murid-murid dalam mengukuhkan kemahiran asas mereka seperti penjagaan barang sendiri. Tidak seperti murid tahap dua yang sudah pandai menjaga barang-barang sendiri. Aktiviti mewarna kerap dilakukan oleh murid-murid pra sekolah dan murid tahap 1. Masalah besar yang sering dialami oleh murid ialah selalu kehilangan pensel warna yang dibekalkan oleh ibu bapa mereka. Emosi murid juga terganggu akibat masalah kehilangan pensel warna dan masalah ini akan mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.Untuk menyelesai masalah ini di kalangan murid pra sekolah dan murid tahap 1, satu alat inovasi telah difikirkan dan direka cipta oleh saya yang bernama OC-KIT membawa maksud Octopus Color Kit. Amalan Terbaik menggunakan OC-KIT membawa Keberhasilan produk yang tinggi untuk membantu para ibubapa, pendidik dan murid umur rendah pra sekolah dan tahap 1 dalam melakukan aktiviti mewarna tanpa risau pensel warna mereka akan hilang. Ibubapa tidak perlu membeli pensel warna berkali-kali sebagai tambahan kos perbelanjaan yang mahal tetapi kurang berkesan terhadap murid. Dengan OC-kit, murid pra sekolah dan tahap 1 dapat meningkatkan penguasaan dalam penjagaan pensel warna mereka sendiri. OC-kit adalah alat yang berfaedah, kos rendah dan senang digunakan. OCKIT akhirnya akan membawa impak yang besar dimana murid berumur rendah pra sekolah dan tahap 1 berjaya meningkatkan kemahiran penjagaan pensel warna mereka sendiri. Kata Kunci: Amalan Terbaik, Octopos Color Kit, Penjagaan ENHANCING VOCATIONAL STUDENTS’ SKILLS OF RECOGNIZING SYMBOLS & FUNCTIONS OF ELECTRICAL COMPONENTS & WIRING ACCESSORIES THROUGH “MATCH & MERGE” ACTIVITIES Haini Kotin Keningau Vocational College ABSTRACT This project aimed to examine whether symbol and function matching activities was effective in teaching students on topics related to electrical components. The students of electrical technology skill certification programme at Keningau Vocational College had difficulties in recognizing the fundamental symbols and functions of various components and accessories and this hindered them from advancing to the next stage of their training. Hence, this project intended to examine to what extent this technique could enhance students’ skills in identifying symbols and functions of electrical components and wiring accessories accurately. The intervention comprised cards and pieces of jigsaw puzzles depicting words and visuals on a specific topic of the subject. I Pretest and posttest was conducted during the intervention which was done on a class of 15 students where they were first introduced to symbols and functions related to electrical boards. The test showed an increase of 70% and 60% in students’ understanding of functions and symbols respectively in the two types of types that were administered. This indicated that this technique could be incorporated into the classroom practice on how to deliver the subject more effectively.


26 “KETUK-KETUK SYAWAL” TUNJANG KEMENJADIAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS SMK KUNAK Grace binti Gutierrez SMK Kunak [email protected] ABSTRAK Dewasa ini, orang kelainan upaya (OKU) mempunyai peluang yang terhad untuk berintegrasi dalam merebut peluang pekerjaan berikutan pandangan negatif sesetengah masyarakat terhadap golongan ini yang menyebabkan mereka terus terpinggir. Bagi membina keyakinan yang tinggi, kumpulan ini diberi bimbingan bagi mengembangkan potensi dan kemahiran vokasional khususnya komponen keusahawanan. Projek Ketuk-ketuk Syawal telah menjadi projek tahunan bagi Program Pendidikan Khas di SMK Kunak bermula pada tahun 2019. Projek ini bertujuan untuk melatih murid berkeperluan pendidikan khas sebagai satu cabang transisi kerjaya yang akan membantu murid membina kerjaya dalam bidang keusahawanan. Pelbagai kaedah dan strategi dirancang kerana melibatkan pengurusan emosi murid berkeperluan khas. Keperibadian, emosi dan semangat berdikari dibentuk melalui projek ini. Projek Ketuk-ketuk Syawal dilihat sebagai salah satu amalan terbaik yang memperlihatkan hasil murid bekerperluan khas PPKI SMK Kunak. Kemahiran keusahawanan juga telah berjaya dibentuk. Projek ini terbukti memberi impak ke arah kemenjadian murid pendidikan khas SMK Kunak apabila murid memperlihatkan keyakinan yang tinggi dan berani semasa melibatkan diri dalam semua aktiviti keusahawanan yang diadakan di sekolah mahupun di luar sekolah. MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 3 BAGI TOPIK ASAS PECAHAN MENGGUNAKAN INOVASI DIGITAL “MADIGA: Mathematics Digital Interactive Games” Hallsen Justin SK St Benedict Ranau, Sabah [email protected] ABSTRAK MADIGA ialah satu inovasi yang diilhamkan oleh permainan dalam talian popular ROBLOX. Permainan komputer interaktif ini dihasilkan melalui perisian Power Point untuk menghasilkan pengajaran yang menghiburkan melalui aplikasi teknologi dan maklumat. Objektif inovasi ini adalah untuk membantu murid tahun 3 SK ST Benedict, Ranau menguasai konsep asas topik pecahan iaitu kebolehan murid melakukan memahami konsep asas pecahan dan membina pendekatan pembelajaran yang menarik secara digital bagi meningkatkan murid belajar matematik. Data peningkatan penguasaan kemahiran konsep asas pecahan diperolehi melalui perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca yang diberikan. Hasil daripada penggunaan inovasi ini mendapati terdapat peningkatan dari segi tahap penguasaan dan tahap minat murid menggunakan inovasi MADIGA ini. Inovasi ini berpotensi tinggi untuk disebarkan secara meluas kerana berkonsepkan pendidikan hiburan, sangat relevan untuk tujuan PdPC, kandungan yang boleh diubah suai mengikut tahap, topik, dan kemahiran yang lain. Kata Kunci: Dalam talian, Didik hibur, Interaktif, Konsep asas pecahan, Minat


27 MorSin: MENINGKATKAN PENGUASAAN TATABAHASA DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5 Harliana Mohd Arifin SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan kerana kesedaran diri tentang perlunya perubahan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah yang timbul. Kajian ini dilaksanakan untuk membantu murid agar dapat menjawab soalan morfologi, sintaksis dan penyuntingan dengan baik. Disebabkan kegagalan murid menjawab soalan morfologi, sintaksis dan penyuntingan ini dengan baik, boleh menjejaskan prestasi murid dalam Bahagian A, Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Soalan Bahasa Melayu SPM KSSM menekankan aspek KBAT dan jika murid tidak menguasai tatabahasa sukar untuk murid menjawab soalan Bahagian A ini dengan baik. Tinjauan awal terhadap prestasi murid mendapati bahawa murid tidak menguasai tatabahasa. Untuk mengatasi masalah ini, saya menggunakan MorSin. MorSin ialah Morfologi Sintaksis iaitu satu Modul Tatabahasa yang digunakan untuk menjelaskan aspek morfologi dan sintaksis yang terkandung dalam DSKP tingkatan 4 dan tingkatan 5 kepada murid. Guru menggunakan MorSin ini sebelum Pentaksiran Sumatif 2. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Keputusan Pentaksiran Sumatif 2 telah menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding Pentaksiran Sumatif 1. Murid lebih berminat dan fokus mengikuti pembelajaran tatabahasa kerana mereka telah menguasai aspek morfologi dan sintaksis. Seterusnya, proses pembelajaran tatabahasa telah dapat dipermudah. PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25): MELAHIRKAN PEMIMPIN GURU, MEMANGKIN SEKOLAH BERKUALITI Jessica Edward Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran [email protected] ABSTRAK Aspirasi 5 melalui Wacana Pendidik (W-Pen) Siri 7 dilaksanakan untuk memberi kefahaman tentang kepimpinan guru dan meningkatkan motivasi kepada guru-guru yang berpotensi untuk menjadi pemimpin guru, serta berfungsi menjadi pemangkin kepada sekolah yang berkualiti. Sasaran Wacana Pendidik Siri 7 ini adalah kumpulan pemimpin kanan (SLT), pemimpin pertengahan (MLT) dan guru di sekolah. Program ini menumpukan kepada beberapa fokus utama seperti kepimpinan guru, peranan pemimpin guru dan perkongsian amalan pemimpin guru di lapangan khususnya sekolahsekolah yang sedang melaksanakan Program TS25. Dr Mehander Singh yang merupakan mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) dijemput khas sebagai panel pertama, manakala dua orang pemimpin guru turut dibawa untuk berkongsi pengalaman mereka semasa berhadapan dengan cabaran di lapangan. Wacana Pendidik Siri 7 berjaya memberi kefahaman tentang pemimpin guru dan seterusnya merungkai beberapa isu yang menjadi cabaran kepada guru-guru di Malaysia sebagai pemimpin guru. Kata Kunci: Program Trasnformasi Sekolah 2025, kepimpinan guru, pemimpin guru, sekolah berkualiti


28 APLIKASI eRONDA: MEMPERKASA PENGURUSAN PEMANTAUAN PENCERAPAN PdP KEPADA DIGITALISASI MELALUI SATU JARINGAN eRONDA Herimah binti Nasip Sekolah Kebangsaan Kimanis, Papar [email protected] ABSTRAK SK Kimanis merupakan salah sebuah Sekolah Amanah Kohort 2015 Negeri Sabah. Program Sekolah Amanah menggunakan pendekatan holistik merangkumi 6 aspek iaitu kepimpinan dan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, sokongan dan penyertaan komuniti, kurikulum, pencapaian serta sahsiah pelajar selaras dengan visi dan misi KPM. Pemantauan pencerapan menekankan penguasaan 14 kompetensi PdP dalam kalangan guru memastikan peningkatan kualiti PdP yang akhirnya menjamin keberkesanan PdP dan kemenjadian murid. Hasil tinjauan yang dijalankan mendapati pengurusan pemantauan pencerapan PdP memerlukan persediaan yang banyak dari segi tempoh masa dan dokumentasi sama ada sebelum, semasa dan selepas pelaksanaannya. Oleh itu, pengurusan pemantauan pencerapan telah ditambahbaik dengan mentransformasikan pengurusan berbentuk manual kepada pendigitalan yang dikenali sebagai aplikasi eRONDA. Objektifnya ialah memperkasakan pengurusan pemantauan pencerapan PdP agar lebih sistematik dan efisien, mendapatkan data dengan mudah dan cepat serta boleh diakses pada bila-bila masa. Aplikasi eRONDA digunakan semasa pemantauan pencerapan PdP dan jelajah pembelajaran. Ia mudah diakses oleh semua kakitangan sekolah melalui satu jaringan sahaja dengan menggunakan pelbagai peranti mudah alih. Guru boleh merujuk tahap penguasaan pencapaian 14 kompetensi PdP mereka secara individu. Aplikasi ini telah berjaya menunjukkan kematangan bahan dari segi tempoh kajian dan kejayaannya dalam peningkatan kualiti serta kecekapan pengurusan dan pentadbiran sehingga 95% pada akhir tahun 2022. Kesimpulannya, ia berjaya menghasilkan inovasi kaedah pendekatan kepada guru yang lebih berkesan untuk memberi kesedaran terhadap peningkatan kendiri. Kata Kunci: Pengurusan pemantauan pencerapan, aplikasi digital, satu jaringan, pendekatan guru THE EFFECTIVENESS OF USING REWARD CHART IN TEACHING AND LEARNING TO REDUCE PROBLEMATIC BEHAVIOUR AMONG STUDENTS IN LEARNING Maxwilson Mackry SMK Madai, Kunak [email protected] ABSTRACT Friend and Bursuck (as cited in Manisah and Norizza, 2016) state that some students with learning disabilities face difficulties in managing their own behaviour and thus affect learning. Therefore, in order to improve the desired behaviour, teachers need to do some behaviour modification such as using a reward chart. In this study, the researchers aim to identify the usage of reward chart, students’ response, and the level of effectiveness of using reward charts in improving the desired behaviour among students in teaching and learning sessions (PdPc). The respondents in this study consisted of 28 Form 2 Merbau students from SMK Madai. The research was conducted within a month from 1st April to 30th April 2022. The data were collected using observation and questionnaires. The results of the study show that the reward chart method is effective and able to reduce students’ problematic behaviour in learning. Keywords: behaviour modification, reward chart, teaching and learning


29 IZZ JAPANASE METHOD (IJM) Izrah Bin Jumdail SK Merpati Sandakan ABSTRAK Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mempunyai pelbagai aras dan kategori adalah murid yang belajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Izz Japanase Method adalah satu teknik dan kaedah Gabungan Malaysia - Japan yang dilaksanakan kepada murid PPKI yang mempunyai Aras rendah (low function) dan murid kategori “Autism” yang juga merupakan murid PPKI. Guru PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid mempunyai kesukaran dalam mengawal dan mendidik murid jenis Aras Rendah dan Kategori Autism. Hal ini diberi perhatian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memberi peluang kepada semua murid untuk menikmati peluang pendidikan yang sama seperti murid lain dalam membentuk kemenjadian murid dengan Dasar Zero Reject Policy (ZRP). Melalui amalan terbaik ini dengan menggunakan Kaedah IJM SK Merpati dapat membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) terutama murid Aras Rendah dan kategori Autism dalam mengawal dan mendidik mereka bagi mengikuti kelas PPKI dengan baik. Selain dapat mengawal mereka dalam sesi Pembelajaran murid ini juga berpeluang untuk berkembang dan meningkatkan potensi diri sekali gus berubah menjadi murid yang dapat mengikuti pembelajaran di kelas seperti murid-murid tahap sederhana dan murid Aras tinggi. Proses dan Kaedah IJM yang dijalankan ini dapat menaikkan perubahan tingkahlaku dan emosi murid Aras rendah dan kategori Autism sebanyak 95% daripada 15% pada asalnya. Justeru itu, Amalan Terbaik IJM dapat membantu guru menambahbaik dan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran terutama apabila berhadapan dengan kumpulan murid-murid MBPK kategori Autism dan Aras Rendah. Kata Kunci: Izz Japanase Method, Program Pendidikan Khas Integrasi, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Zero Reject Policy ORGANIC FLASH CARDS Jahari bin Jainal SM All Saints, Kota Kinabalu ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan flash cards membantu murid Tingkatan 6 Semester 3 menghafal persamaan kimia organik. Murid yang disasarkan adalah 14 orang pelajar Tingkatan 6 Semester 3 SM All Saints. Fokus kajian adalah penggunaan flash cards sebagai alat pembelajaran untuk meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan memudahkan pelajar menghafal persamaan kimia organik yang banyak. Tinjauan awal mendapati murid cepat jemu menghafal persamaan kimia organik dan penggunaan teknik peta minda agak kurang berkesan meningkatkan pencapaian murid tahun 2020/2021. Bagaimanapun, penggunaan flash cards telah menunjukkan kesan positif terhadap motivasi murid dalam menghafal persamaan kimia organik. Murid juga menyatakan flash cards memudahkan mereka membuat rujukan di dalam dan luar bilik darjah berbanding penggunaan buku teks. Flash cards juga digunakan oleh guru untuk menjadikan pembelajaran lebih aktif dan berpusatkan pelajar. Kata Kunci: flash cards, kimia organik, Tingkatan 6, pembelajaran berpusatkan pelajar


30 CONNECTING THE (MISSING) DOTS MELALUI NOMBOR BERMAKNA; Mi10% Kenneth Jonathan Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Keningau ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah bertujuan mengkaji keberkesanan pendekatan minimum intervensi terhadap impak peningkatan gred purata sekolah melalui sistem unjuran minimum intervensi 10% di daerah Keningau. Kajian ini melibatkan MLT dari dua belas buah sekolah menengah dari daerah Keningau. Berdasarkan tinjauan awal, saya mendapati tidak ada medium yang digunakan bagi membantu proses verifikasi sumbangan KPI yang bersifat ‘bottom-up’ masa kini. Selain daripada itu, template unjuran yang berasing menyebabkan proses penetapan mengambil masa yang agak panjang, terutama sekali tapak yang menggunakan perisian MS Word. Metodologi kajian yang digunakan adalah seperti penggunaan borang soal selidik dan temubual. Maklum balas responden menunjukkan keperluan keselarasan sistem guna sama di antara panitia, bidang, pihak pentabdir dan PPD. Objektif aplikasi Mi10% ialah menjana unjuran dinamik dengan potensi boleh capai yang bermakna. Pada masa yang sama mewujudkan kesepakatan dalam mencapai peningkatan gred purata daerah. Mi10% menunjukkan potensi yang sangat baik dalam membantu pihak PPD untuk mencapai unjuran yang tinggi nilai kesahan ramalannya. Kebolehtadbiran sistem dalam memformulasikan unjuran dengan cepat dan bermakna, menarik minat para guru untuk menggunakan aplikasi ini. Selain daripada itu, dengan menggunakan konsep yang sama, sistem ini boleh dikembangkan kepenggunaannya ke satu tahap yang lebih tinggi seperti ke peringkat negeri. Kata Kunci: Unjuran dinamik, gred purata daerah, gred purata sekolah, intervensi berfokus, berimpak tinggi, kesahan ramalan, headcount Kit MaRi-Ni MENINGKATKAN PENGUASAANKEMAHIRANMENULIS BIDANG JAWI DALAM KALANGAN MURIDTAHUN3 DI SK KIMANIS: SATU KAJIAN TINDAKAN Marinie binti Thussin SK kimanis, Papar ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid Tahun 3 Kreatif di SKKimanisPapar, Sabah menguasai kemahiran menulis dalam menyambung huruf di awal, di tengah dan di akhir menggunakan bahan yang bertajuk KIT MaRi-Ni. Kemahiranini merujuk kepada DSKP Semakan Pendidikan Islam Tahun 3 Bidang PelajaranJawi bagi Standard Pembelajaran 7.1.2, 7.2.2 dan 7.3.2. Kaedah penyelidikan yangdi buat adalah kajian tindakan yang bersandarkan model VAK (visual audio kinestetik) iaitu kepelbagaian tingkah laku mengikut kecenderungan murid model VAK (visual audio kinestetik). kajian ini menggunakan eksperimental dan kuantitatif iaitusoal selidik, ujian pra dan pos.Data ini dianalisis menggunakan jadual analisis kaedahdata dan jadual markah ujian. Dapatan kajian ini ialah murid dapat meningkatkankemahiran menyambung huruf jawi di kalangan murid dan implikasinya adalahsatunilai tambah memudahkan pengajaran di dalam kelas dan juga penerimaan murid. Kata Kunci: menyambung huruf, kemahiran menulis,pengajaran,pembelajaran, huruf bersambung


31 GM STEAD Low See Hon Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak ABSTRACT To ensure the success of my class, I use GM STEAD. I prioritize my students' performance by using effective teaching strategies, careful planning, and continual assessment and evaluation of progress. Through practical strategies such as breaking mind block, setting clear goals and expectations, plus creating an engaging learning environment, my class starts to perform at a higher level. I utilize various instructional methods, particularly technology-assisted learning, to assist my students, in achieving academic success and reaching their full potential. Seeing my students who start from an average B to be an average A, is a very motivating experience for both me and my students. I frequently provide frequent feedback and reflection opportunities to my students. And patiently help my students to overcome their mental blocks since it requires a combination of patient and persistent approaches. By customizing teaching strategies to cater to the unique needs of each student and providing regular feedback on their progress, I help create a positive learning environment that supports my student success. My students’ work is shared among the classmate. Every student can learn something new from each other. In conclusion, GM STEAD guides me in creating a higher performing class which requires a holistic approach that incorporates various elements, including effective teaching strategies, regular assessment and evaluation, and a positive learning environment. Keywords: GM STEAD, mind block, high performance BEYOND THE CLASSROOM: IMMERSING STUDENTS IN ENGLISH THROUGH EIGHT YEARS OF FUN-FILLED ENGLISH LANGUAGE ACTIVITIES Nurul Salina binti Abdul SMK Sepagaya, Lahad Datu [email protected] ABSTRACT English language instruction is mandatory in Malaysia's education system and is included in the national curriculum for secondary schools. Students who lack proficiency in English may encounter challenges in pursuing higher education in fields like science, engineering, and technology, where English is often the primary language of instruction. Despite its importance, English has been perceived as a difficult subject to master by many secondary school students, making it necessary for English language teachers to devise creative and engaging activities to stimulate students' interest in the language. To address this need, eight English language activities were conducted over eight consecutive years at Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya Lahad Datu, Sabah, with the goal of involving all stakeholders in English language activities that go beyond traditional classroom practices. These activities have yielded positive outcomes, with students exhibiting increased interest in learning and practicing English outside of the classroom environment. The success of these activities over the eight-year period demonstrates that English language instruction can be delivered in a fun and engaging manner, leading to improved language proficiency and positive attitudes towards language learning. Keywords: creative and engaging activities, fun English language activities, exhibition


32 LEARNING TO PLAY OR PLAYING TO LEARN? THE IMPACTS OF INTEGRATING ROBOTICS AND CODING IN THE PRIMARY CLASSROOM Lim Ai Teng SJK (C) Yuk Choi, Lahad Datu [email protected] ABSTRACT As technology advances at an unprecedented rate, the use of robotics and coding in digital learning has become an increasingly discussed topic. Educators and parents encourage pupils to learn coding at an early age to become digitally literate and prepare for the future. This research aims to explore whether the integration of robotics and coding into primary school lessons can improve pupils' knowledge in STEM and English subjects. The research comprised eight pupils who underwent guided and unguided robotics and coding activities. The activities were closed-ended coding tasks and exercises, open-ended problem-solving tasks, and project-based learning. Triangulation of data was carried out from different sources, including observations, interviews and document analysis. Pupils’ progressions were evaluated and recorded based on their coding skills, project presentations and achievements in various national and international competitions. The results depicted that pupils have a better understanding of STEM and higher proficiency in English after engaging in robotics and coding activities. They showed higher levels of motivation, creativity, computational thinking and problem-solving skills. The findings suggested that the integration of robotics and coding in digital learning could have significant positive impacts on pupils’ learning. However, some challenges arise, such as the need for appropriate teacher training and the potential for increased socioeconomic disparities. Keywords: Robotics, coding, STEM, English, computational thinking AFFECT OF THE TIC TAC TOE GAME ON THE ABILITY TO SOLVE NUMERICAL PROBLEMS RELATED TO CHEMICAL EQUATIONS AMONG FORM FOUR STUDENTS Evaleen Binti Samamjuis SMK St Patrick, Membakut, Sabah. [email protected] ABSTRACT This action research study aimed to examine how using Tic Tac Toe could affect Form 4 Soprano students' ability to solve numerical problems related to chemical equations. The study was conducted with ten students from SMK St. Patrick, Membakut. The results showed a significant improvement in their mean test scores, with the pre-test mean score being 6.0 and the post-test mean score being 11.0. These findings suggest that using Tic Tac Toe as a teaching tool can effectively enhance Form 4 Soprano students' ability to solve numerical problems related to chemical equations. However, further research is necessary to investigate the generalizability and long-term impact of these findings on students' learning outcomes. Keywords: Tic Tac Toe Game, Chemical Equations


33 PENGGUNAAN D’TUM DALAM MEMBANTU MURID LEMAH OPERASI DARAB DAN BAHAGI DALAM MENUKAR UNIT MASA JAM KE MINIT MELIBATKAN PECAHAN 1Lusia binti Gampalid, 2Mohd Azizuan Abdullah (PhD) 1SK Kota Marudu II, Kota Marudu, 2Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu [email protected], [email protected] ABSTRAK Murid amat lemah operasi darab dan bahagi serta tidak dapat menukar unit masa jam ke minit melibatkan pecahan. D’TUM merupakan satu inovasi yang dicipta bertujuan untuk memudahkan penukaran unit masa jam ke minit melibatkan pecahan dalam kalangan 30 orang murid tahun 5 Jujur di SK Kota Marudu II. D’TUM adalah akronim bagi Dam Tukar Unit Masa. Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran.. Pengumpulan data yang telah dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dalam ujian pra dan ujian pasca serta kaedah kualitatif secara temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian melalui perbandingan antara ujian pra dan pasca menunjukkan penggunaan D’TUM ini berjaya membantu murid menukar unit masa jam ke minit melibatkan pecahan dalam kalangan 30 orang murid tahun 5 Jujur di SK Kota Marudu II dengan mudah. Respon positif murid ketika sesi temubual dan pemerhatian juga membuktikan penggunaan D’TUM memberi impak positif dalam pembelajaran murid. Kesimpulan yang dapat dirumuskan bahawa penggunaan D’TUM sangat berkesan serta dapat membantu murid untuk menukar unit masa jam ke minit melibatkan pecahan dengan mudah, pantas dan tepat. Kata Kunci : Matematik, Tukar Unit Masa, D’TUM, Pecahan IT’S OKAY: INCORPORATING SOCIOEMOTIONAL LEARNING INTO SCHOOLS IN THE EFFORT TO ASSIST STUDENTS COPE WITH THEIR FEELINGS 1Shamsiah Jaafar, 2Azlan Lakunsim, 3Winnie Ahoi, 4Sirhajwan Idek 1,2,3,4 Keningau Vocational College, [email protected] ABSTRACT As the younger generation is facing more concerning real-life problems stemming from various causes like climate change and economic crises, our youth is vulnerable to mental health problems. In fact, mental health has become a huge concern in many schools across the world which has resulted in initiatives taken by the education community to tackle this rising issue. A data collection related to mental health was conducted at Keningau Vocational College situated in Sabah, a Malaysian state, and the findings revealed that out of 831 students, 24% of them had thought about hurting themselves, 16% of them suffered severe anxiety and 12% felt very stressed. As a result of this, the school introduced a project intended to educate the students on socioemotional learning (SEL) to help students understand and gain control of their socioemotional states. A pilot study was done on a smaller group of students through a series of strategies mainly emotion check-in and positive self-talk. The results showed that students were able to understand their emotions and they were capable of recalling positive aspects of themselves and their life that could provide them with optimistic insight when making decisions. This project required more interventions to gather adequate data that could justify the incorporation of SEL into schools in order to overcome mental health problems. It also needed to be further expanded in order to fully educate the students on all competencies of SEL. Keywords: socioemotional learning, mental health, emotion check-in, positive self-talk


34 KVC NEXUS Mohd Al Khalifa bin Mohd Affnan Keningau Vocational College [email protected] ABSTRACT KVC Nexus is a digital platform developed to improve teaching and learning at Keningau Vocational College. It comprises modules such as the KVC Website, Student Portal, Staff Dashboard, and Document Automation System. KVC Nexus aims to address the challenges the college faces in managing academic activities and records, resulting in improved efficiency and accuracy. It promotes digital literacy and management among teachers, eliminates miscommunication, and provides easily accessible centralized information. The platform reduces teachers' workload through automation, allowing better focus on students with less clerical work. It promotes a collaborative learning environment among teachers as digital creators and reduces the knowledge gap between senior and junior teachers with an easy-to-learn digital environment. KVC Nexus also reduces carbon emissions through lesser use of paper, promoting positive reinforcement where each unit could have a noticeable impact on its functionality. The platform's integration of various digital tools, such as Google Looker Studio and Autocrat, streamlines administrative tasks and provides personalized learning experiences for students. The benefits of KVC Nexus are evident in its impact on improving student performance, reducing administrative workload, and facilitating better communication between teachers, students, and administrators. Additionally, KVC Nexus has the potential for commercialization and can be scaled for use in other educational institutions, offering a viable solution for digitalized pedagogy in teaching and learning. Keywords: digital platform, centralized information, digitalisation DIGITAL PEDAGOGY: PRACTICES IN A SCIENCE AND CHEMISTRY CLASSROOM Sherry Yanjurus SMK St John, Beaufort [email protected] ABSTRACT This study aims to share methods used to capture students’ attention and engagement in the classroom by using digital appliances like AppleTV and also Apple iPad during the teaching and learning process. This study provides documented video and pictures showing students become interested in the lesson after the teacher integrated digitalisation in the classroom. iPad’s applications used to ease the teaching process are Goodnotes, Google Classroom, Kahoot, Canva, Roulette and Post-It. This study has been conducted on students from both Form 4 and Form 5 Chemistry and Science classes. Collected data from simple questionnaires, pictures and videos showed that the implementation of these applications during the teaching and learning process increased their engagement towards both Chemistry and Science subjects and allowed them to experience an interactive and fun learning environment. This study also aims to improve the teacher's teaching method and hope that this will benefit the school institution by converting the students’ engagement and attention to outstanding academic performance especially in Chemistry and Science subjects. Keywords: digitalisation, engagement, teaching and learning


35 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI MURID MELALUI PENDEKATAN S-TEM Mohd Hairi Bin Mahat Sekolah Kebangsaan Gana, Kota Marudu [email protected] ABSTRAK Murid yang hadir ke sekolah dalam keadaan diri yang bersih secara tidak langsung akan menonjolkan diri dalam keadaan kemas dan sopan. Murid-murid yang sentiasa menjaga penampilan diri sering disenangi oleh rakan-rakan dan juga guru di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk membantu beberapa murid perempuan dalam meningkatkan kemahiran pengurusan diri mereka ke sekolah dari aspek kekemasan pakaian dan rambut menerusi pendekatan S-TEM. Seramai lima orang murid perempuan tahun 5 dan seorang Guru Bimbingan & Kaunseling terlibat dalam kajian ini. Menerusi aktiviti Amalan Guru Penyayang, Guru Bimbingan & Kaunseling dapat mengenalpasti beberapa orang murid yang hadir ke sekolah sering mengabaikan aspek penampilan diri terutama dari aspek kekemasan pakaian dan rambut. Antara punca yang dikenalpasti masalah ini ialah murid kurang pengetahuan, kurang kesedaran, keliru dan tidak berminat untuk mengurus diri. Antara tindakan penyelesaian awal untuk masalah ini ialah memberi nasihat, teguran berhemah, penghargaan dan akhir sekali ialah menggunakan pendekatan S-TEM melalui Sesi Bimbingan Kaunseling. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat meningkatkan kemahiran pengurusan diri yang kemas dari aspek kekemasan pakaian dan rambut melalui pendekatan S-TEM yang dijalankan selama 6 sesi. S-TEM merupakan singkatan kepada Self Awareness Templates yang digunakan untuk memberi kesedaran dan celik akal serta memberi gambaran secara menyeluruh berkaitan masalah dan cara mengatasinya. Kata Kunci: Pengurusan diri, SelfAwareness Template dan Sesi Bimbingan KEBERKESANAN KAEDAH LABES DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN TEKNIK MENJAWAB DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Noor Fadilah binti Ambo MRSM Kota Kinabalu ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah LaBes iaitu latihan berstruktur dalam meningkatkan kemahiran teknik menjawab soalan mata pelajaran Pendidikan Islam oleh murid Tingkatan 5 di MRSM Kota Kinabalu. Seramai 29 orang pelajar dilibatkan dan seorang guru dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian selaras, peperiksaan akhir semasa murid berada di Tingkatan 4 dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid sukar mengingati format menjawab soalan jelaskan, terangkan dan KBAT. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran teknik murid menjawab iaitu kaedah LaBes- Latihan Berstruktur. Murid diberikan latihan secara berstruktur selama 90 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam 3 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan murid dapat menguasai teknik menjawab dan meningkatkan prestasi markah. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid dapat membezakan teknik menjawab jelaskan, terangkan dan KBAT dengan bimbingan dan latihan-latihan yang diberikan oleh guru secara berstruktur. Kata Kunci: Kaedah, latihan berstruktur dan teknik menjawab


36 TITANALIST Mustari bin Mohamed Said Pejabat Pendidikan Daerah Kunak [email protected] ABSTRAK Titanalist merupakan pengkalan data yang menggabungkan analisis peperiksaan STPM setiap semester, trajectory (headcount) dan Lookout Operated Warning System (LOWS) yang seragam antara sekolah dengan pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kunak. Titanalist dicipta berdasarkan beberapa isu. Antaranya ialah setiap sekolah di Daerah Kunak mempunyai format pelaporan analisis masing-masing, ini menyukarkan proses menggabungkan data tanpa melakukan kesilapan. Selain itu, tiada sistem headcount yang sistematik dan praktikal digunakan kerana kekangan sistem semester yang agak singkat. Trajektori dan LOWS yang terdapat dalam Titanails sangat sesuai digunakan untuk mengesan tindakan awal yang perlu dilakukan oleh Guru Akademik (GA) sepanjang pembelajaran pelajar selama 3 semester dan seterusnya menjaga kualiti dan kuantiti keputusan STPM sekolah. Penggunaan Titanalist ini sangat efisyen dari segi penjimata masa ketika membuat analisis peperiksaan dan mengurangan ralat ketika proses menggabungkan data dari sekolah. GA boleh merancang program kescemerlangan akademik berdasarkan trajectory setiap pelajar seterusnya menetapkan KPI. Penggunaanya terbukti berkesan berdasarkan analisis peperiksaan STPM 2021, Daerah Kunak masih mengekalkan 3 terbaik di negeri Sabah. Kata Kunci: Titanalist, Trajektory, LOWS MODUL PEN MERAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 3 DALAM SUBJEK PENGAJIAN AM Rosyaimi Bin Ismail Pusat Tingkatan Enam SMK Abdul Rahim, Kudat, Sabah [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar membina ayat, idea dan huraian dalam menjawab soalan bahagian Alih Bentuk Komunikasi mata pelajaran Pengajian Am dan mempertingkatkan pencapaian Pengajian Am dalam Peperiksaan STPM. Kajian ini melibatkan 27 orang pelajar semester 3 dan seorang guru. Tinjauan awal didapati pelajar tidak mampu membina ayat idea dan huraian dengan baik berdasarkan soalan analisis yang diberikan. Kesannya pelajar gagal mendapatkan markah yang baik untuk bahagian ini, iaitu hanya di bawah 10/15 markah. Selain itu, pelajar juga berhadapan masalah menepati tempoh masa menjawab yang ditetapkan iaitu 45 minit untuk bahagian ini. Pengkaji telah menghasilkan satu modul untuk mengatasi masalah dikalangan pelajar yang dikenali sebagai “Modul Pen Merah”. Keadah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan ujian. Dapatan kajian menunjukkan 92.59% pelajar berjaya menyiapkan jawapan yang lengkap kurang dari 45 minit. Manakala markah yang diperoleh oleh pelajar seramai 81.48% mencapai markah 10-13 markah dan 11.11% mendapat 14-15 markah. Secara kesimpulannya, didapati penggunaan Modul Pen Merah ini berkesan meningkatkan kemahiran pelajar untuk memberikan jawapan yang lengkap dan baik bagi soalan ABK Semester 3. Kata Kunci: Membina ayat idea dan huraian, Alih Bentuk Komunikasi, Modul Pen Merah


37 Teknik ISHOKU Melalui m-Pembelajaran dalam Membantu Penguasaan KBAT bagi Subjek Sains Pelajar Tingkatan Empat Di SMKPT Nik Zuraida binti Nik Mohd Noor SMK Pekan Telipok, Tuaran, Sabah [email protected] ABSTRAK Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mendepani cabaran peringkat global. Namun, berdasarkan refleksi pembelajaran yang lalu melalui tinjauan pemerhatian dan temu bual bersama pelajar mendapati bahawa sikap dan motivasi pelajar sangat rendah dalam penguasaan KBAT bagi subjek Sains. Kemajuan pesat teknologi aplikasi mudah alih pada masa kini memberi peluang kepada guru dalam menambahbaik sistem pembelajaran bertepatan dengan anjakan ke 7 melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Kajian tindakan ini dijalankan menggunakan persampelan bertujuan melibatkan pelajar kelas 4K1 dan 4K8 seramai 65 orang. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sikap dan motivasi pelajar setelah didedahkan Teknik ISHOKU melalui m-Pembelajaran menggunakan model ADDIE dalam membantu penguasaan KBAT bagi subjek Sains. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi setelah didedahkan dengan Teknik ISHOKU. Kajian selanjutnya harus dijalankan dalam pembinaan dan reka bentuk modul untuk membantu penguasaan KBAT kepada pelajar bagi subjek Sains sebagai panduan dan rujukan guru. Kata Kunci: m-Pembelajaran, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), subjek Sains PINIUPAKATAN: AMALAN KEPIMPINAN GURU TVET DI SEKOLAH MENENGAH Nur Aishah Barbara Abdullah Pejabat Pendidikan Daerah, Kota Marudu [email protected] ABSTRAK Kepimpinan adalah suatu proses di mana seseorang individu mempengaruhi satu kumpulan atau individu lain untuk mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan dan kelakuannya boleh membina iklim yang memupuk inovasi di seluruh organisasi. Seiring dengan perubahan sistem pendidikan dalam dunia VUCA, kepimpinan juga penting dikalangan pemimpin pertengahan kerana mereka adalah pengantara pengoperasian kurikulum di sekolah. Piniupakatan merupakan amalan kepimpinan pemimpin pertengahan guru TVET tentang strategi POLC yang dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di daerah Kota Marudu. Dalam konteks pendidikan, strategi kepimpinan pemimpin pertengahan sekolah mendapat perhatian dan diutamakan bagi membantu meningkatkan kompetensi guru khususnya dalam pengurusan mata pelajaran dan kualiti PdP agar dapat melahirkan murid yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Kementerian Pendidikan Malaysia memerlukan pemimpin guru yang berwibawa menangani cabaran untuk melancarkan proses transformasi pendidikan negara dan merealisasikan 6 Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025. Keywords: Piniupakatan, Kepimpinan guru TVET, POLC


38 IMPAK PROJEK JUALAN KEROPOK IKAN TERHADAP PERKEMBANGAN KOMUNIKASI DAN MOTOR HALUS MURID PENDIDIKAN KHAS SMK PEKAN TELIPOK Noor Jannah binti Hamzah Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok [email protected] [email protected] ABSTRAK Murid pendidikan khas mempunyai masalah dari segi komunikasi terutamanya semasa berinteraksi dengan orang luar selain daripada ibu bapa, guru pendidikan khas dan rakan sebaya. Hal ini disebabkan murid pendidikan khas tidak mempunyai keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang luar. Selain itu, kemahiran motor halus seperti memasak dan membungkus produk jualan adalah salah satu isu yang difokuskan dalam kajian ini. Jesteru itu, Projek jualan keropok ikan telah dilaksanakan sebagai salah satu intervensi untuk menangani isu yang sangat ketara dikalangan murid pendidikan khas SMK Pekan Telipok. Projek jualan keropok ikan ini telah dijalankan selama sebulan dan hasil dapatan kajian adalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu tinjauan dan kualitatif iaitu pemerhatian dan temu bual. Seramai 10 orang murid pendidikan khas SMK Pekan Telipok terlibat dalam kajian ini, kemahiran murid tersebut telah dikaji sebelum pelaksanaan projek dan selepas pelaksanaan projek jualan keropok ikan. Selepas sebulan projek berjalan pengkaji mendapati terdapat peningkatan dari segi kemahiran motor halus melalui proses memasak dan pembungkusan malahan dari segi kemahiran komunikasi terdapat peningkatan yang ketara melalui proses penjualan keropok ikan. Kata Kunci: Keropok Ikan, Komunikasi, Motor Halus, Murid Pendidikan Khas SMK Pekan Telipok PENGGUNAAN EXCEL SATU INOVASI DALAM PENSKORAN PBD Siti Azizah Md Yussof Sm All Saints [email protected] ABSTRAK Kertas kerja ini merupakan satu inovasi yang diwujudkan di sekolah kami melalui pengumpulan skor murid dalam bentuk excel berdasarkan pencapaian setiap kali aktiviti PBD (Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah). Dapatan data ini dinilai berlandaskan rubrik yang dicipta oleh guru melalui kupasan DSKP mata pelajaran sains menengah rendah. Data ini akan dijadikan kolektif berserta evidens murid dengan tujuan untuk memudahkan guru memberi skor dengan lebih adil dan tepat. Pada masa yang sama penilaian profesionalisme guru (profesional judgement) dalam menentukan tahap pencapaian murid juga akan diterima pakai agar penskoran yang diberikan adalah bertepatan dengan pencapaian sebenar murid. Pemarkahan yang dirancang juga melibatkan semua aras pencapaian murid mengikut tahap paling minima ke tahap tertinggi. Penerangan kepada aktiviti yang dijalankan oleh murid, pencapaian minima atau tertinggi juga turut diterangkan di dalam satu rujukan yang dibina khas berdasarkan setiap isi kandungan DSKP. Ini menunjukkan bahawa, penerangan kepada rubrik penskoran dibuat setelah guru membuat kupasan terperinci ke atas DSKP subjek mengikut setiap tingkatan menengah rendah. Kekuatan inovasi ini ialah ia bersifat telus di mana murid boleh mencuba untuk mencapai skor tertinggi di tajuk lain dan ianya bersifat transferen sekaligus menggalakkan ppenglibatan murid ke arah pembelajaran kendiri dan persaingan sihat. Inovasi ini sedang dilaksanakan di SM All Saints bermula pada Mac 2023 sehingga kini dan dibantuselia oleh pihak SISC+ PPDKK.


39 PERBANDINGAN TOPIK NOMBOR DAN OPERASI DALAM KURIKULUM MATEMATIK MENENGAH RENDAH ANTARA MALAYSIA DAN KOREA SELATAN Nooraini Awang Jambol SMK St Joseph, Papar [email protected] ABSTRAK Berdasarkan kajian literatur, kebanyakan negara maju telah menjadikan Korea Selatan sebagai penanda aras dalam menetapkan kurikulum matematik seperti negara Amerika Syarikat, China dan Singapura. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kurikulum matematik menengah rendah Malaysia dan Korea Selatan dalam topik nombor dan operasi. Kajian tinjauan dijalankan berdasarkan penganalisisan dokumen. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) matematik, mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran matematik di tahap lebih tinggi di peringkat universiti, khususnya jurusan matematik. Hasil dapatan kajian mendapati pendekatan pengajaran matematik yang digunakan di Korea Selatan dan Malaysia adalah sama tetapi berbeza dari segi aras soalan yang diberikan oleh guru-guru di Korea Selatan mempunyai aras tinggi berbanding Malaysia. Bahkan perbezaan dari segi pentaksiran peperiksaan di Malaysia masih mengutamakan peperiksaan walaupun elemen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan di sekolah. Namun markah PBD tersebut tidak dimasukkan sebagai markah akhir dalam peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Diharapkan dengan adanya kajian ini, pihak pembuat dasar perlu menambah baik sistem pentaksiran di Malaysia supaya tidak semata-mata bergantung kepada gred peperiksaan. Kata Kunci: Nombor dan Operasi; Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) PENGAPLIKASIAN TEKNIK DOTSOP BAGI TOPIK PENAMAAN ESTER DALAM SUBJEK KIMIA Vitty binti Fung Ah Chon SMK Kota Klias, Beaufort, Sabah ABSTRAK Inovasi Teknik DOTSOP ini adalah bertujuan untuk mempermudahkan pelajar menguasai topik penamaan ester bagi subjek Kimia Tingkatan 5. Teknik DOTSOP dihasilkan bagi mengatasi isu yang dihadapi oleh guru semasa mengajar topik penamaan ester kerana pelajar mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah kesukaran dalam penamaan ester. Teknik DOTSOP dibangunkan menggunakan konsep gerak isyarat jari bagi membantu pelajar mengenalpasti alkohol dan asid karboksilik dalam formula struktur ester serta membantu pelajar supaya boleh menamakan ester dengan lebih mudah. Inovasi Teknik DOTSOP ini diaplikasikan terhadap 7 orang pelar kelas 5 AK SMK Kota Klias, Beaufort semasa PdPc topik penamaan ester. Ujian pra dijalankan selepas tanpa menggunakan Teknik DOTSOP manakala ujian pasca dijalankan setelah Teknik DOTSOP diaplikasikan dalam PdPc. Teknik DOTSOP yang diaplikasikan dalam bilik darjah secara tidak langsung dapat membantu pelajar mengatasi masalah lupa formula struktur ester disamping masalah keliru dalam membezakan alkohol dan asid karboksilik dalam ester. Persepsi pelajar terhadap topik penamaan ester secara tidak langsung berubah dan motivasi pelajar meningkat kerana pelajar berasa seronok belajar topik penamaan ester. Kata Kunci: Teknik Jari, Amalan Terbaik, PdPc Berkesan


40 ENHANCING TEACHING SKILLS THROUGH ‘WoW REFLECTION’ Norsiah Hj. Abdullah Pejabat Pendidikan Daerah Kunak, Sabah [email protected] ABSTRACT The research was carried out to look at how 18 teachers from 16 schools in Kunak, Sabah, Malaysia wrote their lesson reflections after carrying out a lesson. Teachers wrote simple reflections without much information on strengths and weaknesses in students’ learning. Teachers found difficulties in writing a good reflection and this led them to do repetitive uninteresting lessons. Therefore, ‘WoW Reflection’ which means ‘Worthy tO Work on’, was introduced. John Dewey stated that ‘We do not learn so much from the experience as we do from reflecting on our experience’. Teachers were guided to write effective reflections after their lessons based on students’ negative and positive behaviours during the lesson. By connecting these two behaviours, teachers reflected then planned on suitable interventions to improve their teaching. Data collection based on interviews, students’ attendance and teachers’ lesson plans were collected to improve teachers’ practices in writing reflection. ‘WoW Reflection’ was to promote teachers to be critical thinkers, besides being more open and creative in their teaching pedagogies based on students’ learning needs. Practising self-reflection in every lesson, triggered teachers’ self-awareness to look neutrally at their thoughts, feelings, and actions. Consequently, they reflected on themselves and students’ reactions, thus, they began to dig deeper in their thinking of producing better lessons. In sum, coaching through WoW reflection was able to lead teachers to be reflective and conduct various effective interventions to enhance students learning. Keywords: critical thinkers, self-reflection, self-awareness 15 KATA MAJMUK MANTAP Suridah binti Suli@Rusli SMK Kunak Jaya, Kunak [email protected] ABSTRAK Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu dan biasanya dieja terpisah. Namun demikian terdapat sebilangan kecil iaitu 15 kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai perkataan yang utuh dan dieja bercantum (Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 2014:72). Pendekatan menggunakan Teknik Didik Hibur(Nyanyian) satu usaha untuk membantu murid menguasai dan mengingati 15 kata majmuk bentuk mantap seterusnya membantu murid dalam sistem Bahasa Melayu terutamanya aspek morfologi. Pemilihan pendekatan ini kerana didapati murid-murid saya tingkatan satu dan dua di SMK Kunak Jaya tidak menguasai sepenuhnya 15 kata majmuk mantap yang perlu dieja dekat. Sebelum ini saya pernah menggunakan teknik menggunakan suku kata pertama setiap kata majmuk mantap menggunakan pendekatan yang sama Didik Hibur (nyanyian) tetapi tidak berjaya. Oleh itu, saya mencuba pendekatan lain dengan menjadikan semua perkataan lengkap yang terdapat dalam 15 kata majmuk mantap dimasukkan dalam lirik lagu. Melodi yang dipilih juga mesti bersesuaian dan mudah diingati oleh murid. Secara tidak langsung saya mendapati usaha ini menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran ketika mengajar tajuk kata majmuk. Kesannya, teknik dapat membantu murid mengingati dan menguasai hampir sepenuhnya 15 kata majmuk mantap ini kerana mereka tertarik dengan pendekatan Didik Hibur (Nyanyian). Kata Kunci: 15 kata majmuk mantap, didik hibur,morfologi


41 ENHANCING READING SKILLS OF LOW PROFICIENCY PRIMARY PUPILS USING ‘RECOLL’ Rosmawati Peeie Sekolah Kebangsaan Tawaiyari, Lahad Datu [email protected] ABSTRACT The Malaysian curriculum for English language is designed to provide students the fundamental language abilities necessary to communicate effectively especially in comprehending a range of English texts for information and enjoyment. However, seventeen students of Year Two Pandising from a rural school in Lahad Datu, Sabah, face an educational obstacle of possessing a low language proficiency after the COVID-19 pandemic. They are unable to identify, recognize, and name twentysix letters of the alphabets confidently. Consequently, many of them fall short of expectation for the curriculum target. According to Jamian (2010), a student's capacity to learn reading skills is crucial and is a dynamic process that necessitates active contact between students and teachers. To ensure students are able to reach the minimum reading performance level of three in the classroom-based assessment as mandated by the Malaysian Education Ministry, a study on enhancing students' reading skills is carried out for eight months. ‘RECOL’ is an intervention strategy combining a reward system and peer collaboration. This strategy includes the use of reward charts and studentcentred lessons. The findings show that students' performance levels have increased over time attributed by the increase of student participation and positive behaviour modification. To conclude, using effective differentiated teaching techniques along with a reward system and visual aids, enables students to learn effectively in accordance with their abilities. Keywords: English language, student-centred, recognising letters, reward system, collaboration PENGUPAYAAN KETUA PANITIA SEJARAH SEKOLAH RENDAH Mohd. Suffian bin Abdullah Pejabat Pendidikan Daerah Papar [email protected] ABSTRAK Antara peranan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) ialah menerima dan melaksanakan Permbangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) kepada guru khususnya melibatkan pemimpin pertengahan yang terdiri daripada Ketua Panitia (KP). Manakala peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran adalah memastikan peningkatan kompetensi profesionalisme ahli panitia secara berterusan melalui aktiviti bimbingan dan Perkongsian Amalan Terbaik (PAT). Namun, aktiviti PAT dalam kalangan guru Sejarah di daerah Papar sangat kurang mendapat sambutan dalam kalangan guru. Di samping itu, bimbingan yang diberikan oleh SISC+ juga kurang berkesan bagi membantu KP meningkatkan pengetahuan dan kemahiran selaku pembimbing ahli dalam panitia. Oleh yang demikian, Unit Sains Sosial (USS) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar telah melaksanakan bimbingan pengupayaan KP secara kelompok melalui PAT. Bimbingan menjurus kepada penulisan Kajian Tindakan (KT) secara hands-on. Dapatan bimbingan menunjukkan KP dapat menggalakkan guru-guru menulis KT dan membuat perkongsian amalan terbaik. Impaknya, seramai 11 orang guru telah berjaya menulis KT Sejarah dan menyertai pertandingan Anugerah Guru Inovatif (AGI) peringkat daerah Papar pada tahun 2022. Kata Kunci: Pengupayaan Ketua Panitia, Sejarah, Kajian Tindakan


42 PROGRAM 1ML: 1JU: 1PLC MENINGKATKAN KUALITI KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH AMANAH SK KIMANIS, PAPAR Nurfazhillah binti Hj Sabit Sk Kimanis Papar Sabah [email protected] ABSTRAK Kajian Tindakan merupakan salah satu elemen didalam Borang Penilaian Prestasi (PMS) Guru di Sekolah Amanah, elemen ini membawa markah 40 peratus. Disebabkan itu, pelaksanaan dan penulisan dokumentasi kajian tindakan adalah penting bagi memastikan markah prestasi guru di SK Kimanis, Papar mencapai sasaran yang ditetapkan. Selain itu, selaku seorang guru melaksanakan kajian tindakan merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan profesion keguruan melalui peranan sebagai agen perubahan dan membentuk masyarakat selari dengan perkembangan zaman. Isu dikenalpasti pada tahun 2020, apabila setelah 2 tahun (2019-2020) melaksanakan kajian tindakan namun kualiti penulisan kajian tindakan guru masih tidak berada ditahap yang memuaskan. Hanya 32 peratus guru yang melepasi peringkat pengukuhan (establishing). Didapati ini berpunca daripada pengurusan PLC kajian tindakan yang tidak teratur dan tenaga pembimbing yang terhad. Jawatankuasa PMS memutuskan untuk melaksanakan program 1ML: 1JU: 1PLC. Program ini bertunjungkan tiga objektif yang jelas iaitu pertama, menambahbaik pelaksanaa amalan PLC Kajian tindakan disekolah; kedua, meningkatkan bilangan sumber manusia yang berkepakaran dalam kajian tindakan dan ketiga, menghasilkan kajian tindakan berkualiti dari segi amalan dan penulisan. Impaknya boleh dilihat dengan jelas apabila 100 peratus objektif program ini tercapai bagi tahun 2021 dan 2022. Selain itu, melalui amalan dan penulisan kajian tindakan yang berkualiti juga menyebabkan guru-guru berkeyakinan untuk melakukan perkongsian diluar sekolah dan menyertai pelbagai pertandingan inovasi. Disebabkan demikian, program ini telah menjadi salah satu amalan terbaik di SK Kimanis, Papar yang dilaksanakan sehingga kini dan akan diteruskan sehingga amalan kajian tindakan tertanam (embedded) didalam jiwa setiap guru dan dilaksanakan secara kendiri. Kata Kunci: PLC, Pengurusan Kajian Tindakan, Program 1ML: 1JU: 1PLC


43 CABARAN DAN PELUANG PELAKSANAAN TPACK DALAM PENDIDIKAN ISLAM: PERANAN CHATGPT Nurul Hamimi binti Awang Japilan Smk Pekan Telipok, Tuaran Sabah [email protected] Jahidih Saili Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu [email protected] ABSTRAK Teknologi telah mempengaruhi cara pendidikan disampaikan dan diterima. Model TPACK (Technological, Pedagogical, and Content Knowledge) adalah suatu pendekatan yang menggabungkan pengetahuan teknologi, pedagogi, dan isi kandungan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji cabaran dan peluang dalam melaksanakan TPACK dalam pendidikan Islam serta peranan ChatGPT, sebuah sistem generatif yang mampu menjawab pelbagai pertanyaan dan isu berkaitan dengan pendidikan Islam. Cabaran utama pelaksanaan TPACK dalam pendidikan Islam melibatkan kemampuan guru untuk mengintegrasikan teknologi, pedagogi, dan isi kandungan secara efisien, mengikut konteks dan keperluan pelajar. Selain itu, perlu adanya kesedaran dan sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran untuk melaksanakan TPACK. Dalam konteks ini, ChatGPT, sebagai satu alat bantuan teknologi, boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan bahan dan sumber maklumat yang relevan dengan pendidikan Islam. ChatGPT juga berpotensi meningkatkan interaksi dan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran, serta membantu guru dalam penilaian prestasi pelajar. Walau bagaimanapun, perlu diambil kira bahawa ChatGPT juga memerlukan pemantauan dan penyesuaian agar dapat menyediakan maklumat yang tepat, relevan, dan sesuai dengan konteks pendidikan Islam. Oleh itu, kajian ini menggali peluang bagaimana ChatGPT dapat diperkembangkan untuk meningkatkan keberkesanan TPACK dalam pendidikan Islam serta mengenal pasti strategi dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran yang timbul. Diharapkan hasil kajian ini akan memberi sumbangan dalam memahami peranan teknologi dalam pendidikan Islam serta menggalakkan penggunaan TPACK dan ChatGPT dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih holistik dan inklusif. Kata kunci : TPACK, ChatGPT, Teknologi Pendidikan Islam


44 INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP): MEMULAKAN, MENGAMALKAN DAN MELESTARIKAN Laimah Sungap, PhD SISC+ Sains Sosial PPD Keningau. [email protected] Olivia June Robin @ Nur Liyana Robin Abdullah SISC+ Sains Sosial PPD Beaufort [email protected] ABSTRAK WACANA PENDIDIK SIRI 8 adalah antara pengisian Aspirasi 5. Aspirasi 5 merupakan salah satu inisiatif Aspirasi 2022 iaitu fokus dan gerak kerja SISC+ negeri Sabah yang telah disejajarkan dengan matlamat Gelombang ke-3 PPPM 2013-2025. Ringkasnya, Aspirasi 5 ini merupakan program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diterajui oleh Sektor Pembelajaran (SPb), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan kerjasama SISC+. Aktiviti ini dirancang dan dilaksana dengan tujuan memberikan sokongan penuh kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia memartabatkan pendidikan di negara ini. Program ini dijalankan dalam lapan (8) siri setiap bulan bermula pada bulan Mac 2022. Program Wacana Pendidik Siri 8 pada kali ini membawakan perkongsian tentang inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan wacana ini, dirumuskan bahawa kemahiran mencipta inovasi bukan sahaja merupakan keupayaan semulajadi tetapi boleh ditambahbaik melalui pembelajaran, bengkel dan latihan berterusan. Inovasi yang dihasilkan memberi manfaat meningkatkan kualiti amalan individu, memberi tambah nilai terhadap organisasi seterusnya kemenjadian murid. Pada masa yang sama para innovator mendapat pengiktirafan dari masyarakat pendidikan dan media, yang dapat membantu meningkatkan reputasi mereka dalam bidang pendidikan. Selain itu, individu yang menghasilkan inovasi juga boleh mendapat peluang kerjaya yang berkaitan dengan kemahiran yang dimiliki. Dirumuskan dalam perbincangan wacana ini, inovasi amat diperlukan dalam pendidikan untuk peningkatan kualiti dan kelestarian kecemerlangan. Keperluan kepada inovasi adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan kerana perkara ini sangat penting bagi pembangunan negara yang lebih kompetitif dan dinamik di era milenium kini. Kata Kunci: Inovasi, Innovator dan melestarikan


45 PdPc KmR PBD BERMAKNA Norimah binti Edeh Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort ABSTRAK Penulisan ini membincangkan kepentingan amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bermakna yang merujuk kepada pelaksanaan aktiviti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang tepat tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran (SP) yang ditetapkan dalam kurikulum. PBD dilaksanakan dengan objektif untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru. Justeru, semua pihak sama ada pentadbir sekolah, pemimpin pertengahan mahupun guru perlu memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan PBD ini dengan lebih mendalam agar dapat memastikan pelaksanaan PBD yang berintegriti di sekolah. Bagi membantu guru-guru lebih mudah mencapai objektif pembelajaran, satu templat PdPc berasaskan kerangka Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) dicadangkan iaitu perancangan PdPc melalui pendekatan Backward Design (BD). Pelaksanaan PdPc KmR PBD menggunakan template ini telah dilaksanakan selama tiga hari di SK Batu 60 sebagai showcase PBD daerah Beaufort bagi pengisian musim Peperiksaan Akhir Tahun di Tahap Dua Sekolah Rendah. Aktiviti PdPc ini telah dilaksanakan ke atas murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dengan disertai oleh guru-guru pemimpin pertengahan atau Middle Leadership Team (MLT) daripada semua sekolah rendah daerah Beaufort, semua guru Tahap 1 SK Batu 60 serta ibu bapa murid-murid terlibat. Dapatan menunjukkan responden yang menyertai pelaksanaan PdPc tersebut telah bersetuju bahawa perancangan menggunakan pendekatan BD tersebut telah menghasilkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna dengan adanya implementasi 4K,1N+1K (6C) serta objektif pembelajaran juga mudah dicapai. Namun begitu, pelaksanaant ersebut adalah merupakan peringkat pengenalan dan PdPc KmR ini sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa.


46 PROJEK INOVASI MEGA: MENGUPAYA INOVASI GURU MELALUI R.A.N.A.U 2025 Rinamurnirah Nasir Saimin bin Saidi Sk. Ranau, Kota Marudu [email protected] ABSTRAK SK Ranau, Kota marudu telah memprogramkan inovasi guru di bawah Projek Inovasi Mega: R.A.N.A.U 2025. Projek ini mencakupi Pengurusan Rancang, Pengurusan Atur, Pengurusan Nyata, Pengurusan Amali dan Pengurusan Ukir (R.A.N.A.U 2025) melalui satu garis masa yang sistematik (CIRCLE) untuk menjadikan keseluruhan program yang dirancang dan dilaksanakan dapat dikawal dengan sebaiknya seterusnya memberi impak yang tinggi terhadap organisasi sekolah khususnya guru dan murid. Persektif R.A.N.A.U 2025 adalah mencakupi bidang Pengurusan, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Salah satu hala tuju R.A.N.A.U 2025 adalah untuk melahirkan lebih ramai guru inovatif di sekolah ini agar dapat menghasilkan sesuatu bahan pembelajaran yang diinovasikan agar dapat memberi impak yang besar terhadap kemenjadian murid. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008). Oleh itu, sasaran projek mega inovasi R.A.N.A.U 2025 ini adalah sebagai pemudahcara agar guru-guru dapat menterjemahkan idea, pengetahuan serta kreativiti mereka melalui sebuah produk inovasi yang sangat memberi manafaat khususnya kepada murid-murid. Sebelum ini, guru-guru kurang pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan dan keupayaan sesebuah inovasi. Kini, guru-guru lebih bersemangat dan didedahkan dengan pelbagai pengalaman baharu dalam dunia inovasi pendidikan ini melalui perkongsian dan pameran peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Setakat ini, seramai tujuh orang guru telah menghasilkan inovasi yang sangat memberi impak yang besar terhadap kemenjadian murid di sekolah ini. R.A.N.A.U 2025 bakal menjadikan sekolah ini sebagai sekolah inovasi menjelang tahun 2025. Kata Kunci: inovatif, pemudahcara, sekolah inovasi


47 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI KBAT 10 ORANG PELAJAR 5 MELBOURNE SMK BANDAU MENGGUNAKAN KASEBA Rosmaria Lorin SMK Bandau, Kota Marudu [email protected] Dr. Mohd Azizuan Abdullah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu [email protected] ABSTRAK Penggunaan pelbagai kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berciri abad ke-21 membantu guru menyediakan persekitaran pembelajaran berpusatkan murid dengan menerapkan empat (4C) elemen utama iaitu kritis, kreatif, kolaborasi dan komunikasi. Seramai 10 orang pelajar menjadi kumpulan sasaran untuk fasa pemerhatian yang melibatkan penggunaan soalan latihan menulis esei KBAT terbuka Sejarah. Hasil analisis semakan latihan dan temu bual, didapati pelajar lemah dalam konsep asas menulis esei KBAT Sejarah. Terdapat pelajar kurang mahir memulakan ayat jawapan, tidak menjawab dengan perenggan dan tidak menulis jawapan mengikut peruntukan markah yang sebenar. Oleh itu, saya telah memperkenalkan kaedah ‘Kaseba’ atau Kad Esei KBAT Sejarah dalam bentuk Flip Kad KBAT menggunakan formula matematik iaitu operasi darab Sifir 2 dan Sifir 4. Intervensi ini dilaksanakan selama satu bulan yang melibatkan sesi bimbingan cara menjawab soalan esei KBAT menggunakan Kaseba dan ujian pasca selepas bimbingan. Hasil dapatan menunjukkan perubahan dan dapat dibuktikan dengan peningkatan markah pelajar selepas intervensi. Peningkatan tersebut dapat menyokong pencapaian objektif khusus intervensi ini. Secara keseluruhannya, kaedah ini telah dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam konsep asas menulis esei KBAT Sejarah. Seterusnya, memperbaiki amalan pendekatan guru dalam bilik darjah seiring dengan ciri pembelajaran abad ke-21. Kata kunci: Elemen 4C, Kaseba, Formula matematik


48 MENINGKATKAN KEYAKINAN DAN INTERAKSI SOSIAL DALAM KALANGAN MURID PPKI DUSUN BONGGI MELALUI AKTIVITI KEUSAHAWANAN Roymie bin Haime SK Loktohog Banggi Kudat ABSTRAK Kemahiran komunikasi merupakan satu elemen penting yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi memenuhi keperluan ketika proses pembelajaran serta berinteraksi dalam lingkungan sosial mereka.. Program keusahawanan merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah dilaksanakan kepada murid Program Pendidikan khas Integrasi (PPKI) terutama murid Dusun Bonggi yang juga merupakan murid PPKI. Suku kaum Dusun Bonggi merupakan suku kaum peribumi minoriti di Sabah. Dapatan amalan ini membentuk pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dalam proses jual beli untuk berinteraksi dengan lebih baik. Hal ini diberi perhatian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memberi peluang kepada murid orang asli dan kumpulan minoriti peribumi di Sabah dan Sarawak untuk menikmati peluang pendidikan yang sama seperti murid lain dalam membentuk kemenjadian murid. Melalui amalan pembelajaran luar bilik darjah yang merangkumi aspek pertuturan dan pendengaran serta menghubungkan pengetahuan sedia ada murid dapat membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) terutama murid Dusun Bonggi lebih yakin untuk berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran mereka. Selain daripada berinteraksi, mereka juga dapat menghubungkaitkan mata pelajaran matematik dalam proses jual beli. Proses mengadaptasi kemahiran ini tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah malah pembelajaran ini berlaku secara tidak langsung dalam kehidupan seharian murid-murid peribumi ini. Justeru itu, dapat membantu guru menambahbaik dan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran terutama apabila berhadapan dengan kumpulan murid-murid peribumi. Kata Kunci: Keusahawanan, Murid Dusun Bonggi, Program Pendidikan Khas Integrasi


49 IMPAK INTERVENSI PEMBELAJARAN KIMIA MENGGUNAKAN GAMIFIKASI APLIKASI PERMAINAN TELEFON PINTAR "SALTWHEEL" DALAM TAJUK ANALISIS KUALITATIF GARAM TINGKATAN 4 Rushi Juani SMK Tamparuli ABSTRAK Saltwheel merupakan aplikasi permainan telefon pintar yang ditambah baik daripada kit pembelajaran manual menggunakan kad manila dan kadbod dan dibina bagi membantu murid dalam proses mengingat fakta saintifik tentang analisis kualitatif garam dengan lebih pantas, jelas dan menarik khas bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 di bawah sub topik 6.11 Analisis kualitatif garam. Walaubagaimanapun, murid-murid akan didedahkan dahulu dengan konsep asas cara menghafal analisis kualitatif garam kation dan anion. Ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan ke atas aplikasi permainan ini bagi menguji dan mengukur tahap keberkesanan serta impak penggunaannya khususnya ke atas guru dan murid. Saltwheel terbukti berjaya membantu meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam ujian pasca iaitu 100% daripada 10 orang murid tingkatan 5 stem yang sangat lemah dalam sub topik ini telah menduduki ujian pra dan pasca menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Saltwheel juga dapat menarik minat murid dalam pembelajaran kimia khasnya di bawah sub topik 6.11 Analisis Kualitatif garam yang sering dianggap sukar dalam kandungan silibus kimia tingkatan 4. Penggunaan aplikasi telefon pintar Saltwheel juga berjaya menjimatkan masa guru untuk memberikan pengukuhan dalam sub topik ini. Penggunaan Saltwheel juga secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pencapaian murid dalam PBD bagi sub topik 6.11 iaitu sebanyak 7 orang pelajar berjaya mencapai tahap 6 selepas penggunaan berbanding sebelumnya tiada yang dapat mencapai tahap 6 dalam kalangan 10 orang murid lemah dalam kelas 5 Stem. Saltwheel mempunyai potensi yang amat besar untuk dikomersilkan dan disebar luas penggunaannya kerana ia amat efektif dalam membantu penguasaan kemahiran menghafal, meningkatkan kefahaman dan pencapaian PBD serta minat dalam kalangan murid. Aplikasi permainan telefon pintar Saltwheel amat mesra pengguna, percuma untuk dimuat turun, mudah di bawa ke manamana sahaja dan berfungsi sebagai bahan dan sumber pengajaran yang memenuhi elemen abad ke-21. Saltwheel merupakan satu-satunya aplikasi telefon pintar android tentang analisis kualitatif garam yang bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh guru, murid dalam bilik darjah, malahan aktiviti permainan yang menyeronokkan juga dapat dijadikan sebagai aktiviti santai dan bermanfaat bersama rakan lain di luar bilik darjah. Kata Kunci: Analisis kualitatif garam, kation dan anionm aplikasi permainan telefon pintar


Click to View FlipBook Version