50 PRINSIP RUKUN NEGARA SEBAGAI PEMUDAHCARAAN UNTUK PENGUASAAN TAJUK CIRI NEGARA YANG BERDAULAT Saifathul Aini Binti Sulaiman [email protected] ABSTRAK Tajuk ciri negara yang berdaulat merupakan Standard kandungan (SK) yang perlu dikuasai oleh murid dalam bab pertama Mata pelajaran sejarah Tingkatan 5. Tajuk ini merupakan SK penting dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) iaitu merangsang kemahiran pemikiran sejarah murid untuk membuat interpretasi ciri yang membentuk identiti negara berdaulat. Hasil refleksi sesi Pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) dalam kalangan murid tingkatan 5 Bach, SMK St Joseph, Papar, guru mendapati murid masih berada pada tahap penguasaan (TP) yang lemah iaitu tahap penguasaan satu dan dua semasa dalam Penilaian bilik darjah (PBD) yang telah dilakukan oleh guru. Hal ini amat merunsingkan kerana tajuk ini merupakan bab yang pertama dalam sukatan pelajaran Sejarah tingkatan 5. Sekiranya isu ini tidak diatasi oleh guru, pelbagai kesan lain akan timbul antaranya menjadikan motivasi murid semakin merosot kerana pada bab pertama lagi mereka sudah merasakan sejarah itu sukar untuk dikuasai. Selain itu, TP yang lemah juga menyukarkan murid menjawab soalan struktur dan esei yang memerlukan murid menjawab dengan fakta serta huraian yang lengkap. Sehubungan itu, guru menggunakan penyelesaian paling mudah dan relevan iaitu penggunaan Rukun negara sebagai pemudahcaraan untuk murid menguasai tajuk ciri negara yang berdaulat. Semua murid mengetahui dan mengingati prinsip Rukun Negara dan hal ini menjadi faktor kekuatan kepada guru untuk mengintegrasi prinsip Rukun Negara tersebut terhadap tajuk Ciri Negara Yang Berdaulat ini. Hasil pemerhatian dan penilaian bilik darjah yang dijalankan oleh guru terhadap 10 orang murid tingkatan 5 Bach, semua murid yang terlibat menunjukkan respon positif dan mampu memperoleh tahap penguasaan 4 dan 5 dalam PBD mereka. Kajian ini juga menjadi titik tolak kepada usaha guru untuk menghasilkan pelbagai kaedah yang boleh memudahcara murid menguasai matapelajaran sejarah pada tahap maksima. Kesimpulannya, kajian ini perlu dijalankan secara berterusan demi memperbaiki setiap kelemahan dan memberi suntikan inspirasi kepada projek inovasi ‘hook’ guru. Kata Kunci: Pemudahcaraan, tahap penguasaan (TP), Standard kandungan (SK)
51 TEKNIK MAU (MNEMONIK AKROSTIK DAN AUDIO) MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID TINGKATAN 5 DALAM KAEDAH PENGHASILAN BAJA ORGANIK FERMENTED PLANT JUICE (FPJ) Samson Philippinus SMK Limbanak, Penampang, Sabah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah 9 orang murid Pertanian tingkatan 5 Dinamik untuk mengingati 12 langkah dalam kaedah menghasilkan baja organik Fermented Plant Juice (FPJ). Kajian ini melibatkan dua kitaran iaitu dalam kitaran pertama teknik mnemonik akrostik digunakan untuk membantu murid mengingat dan menyusun 12 langkah menghasilkan baja organik secara berturutan dengan betul. Diikuti dengan teknik penggunaan audio dalam proses pembelajaran murid kelas ini pada kitaran kedua, setelah keputusan dalam latihan 2 menunjukkan objektif kajian masih belum dicapai walaupun terdapat sedikit peningkatan markah. Penggunaan audio ini dijalankan oleh murid dengan merakam setiap langkah dalam amali ini beserta ayat mnemonik akrostik lalu mereka menghantar rakaman tersebut ke dalam group whatsapp untuk ulangkaji mereka bila-bila masa sahaja. Hasil kajian yang mengambil masa dalam tempoh 3 minggu menunjukkan peningkatan markah yang ketara serta objektif kajian dicapai pada latihan 3 dalam kitaran kedua. Nama teknik MAU ini diilhamkan setelah kedua-dua kitaran dijalankan iaitu gabungan akronim mnemonik akrostik dan teknik audio. Implikasi kajian ini termasuklah murid lebih yakin dan seronok dalam menjawab soalan kaedah penghasilan baja dengan susunan yang betul. Kata Kunci: murid Pertanian, 5 Dinamik, baja organik Fermented Plant Juice (FPJ), mnemonik akrostik dan audio, teknik MAU
52 STRATEGI 3 FASA (S3F) C&M DALAM MENGUPAYAKAN KOMPETENSI MLT Sasitharan A/L Palykerisnan PPD Keningau [email protected] ABSTRAK Pelbagai isu timbul dalam kalangan Ketua-Ketua Panitia subjek TVET yang dibimbing di sekolahsekolah menengah daerah Keningau. Antara isu yang timbul ialah mereka kurang mahir dalam mencerap dan memberi skor untuk PdPc guru, sesi PdPc yang dijalankan bersifat arahan dan berpusatkan guru serta mereka tidak mengamalkan prisnip pembelajaran terbeza dalam sesi PdPc. Sebelum Ketua-Ketua Panitia ini diletakkan di bawah bimbingan pegawai SISC+, mereka tidak menyedari isu-isu tersebut dan meneruskan amalan-amalan yang kurang efektif ini. Oleh itu, Strategi 3 Fasa (S3F) ini dilaksanakan di sepanjang sesi ‘coaching & mentoring’ bagi mengatasi isu-isu ketua panitia ini dan mengupayakan kompetensi mereka sebagai Ketua Panitia (MLT) dan guru subjek. Strategi 3 Fasa C&M ini mula diperkenalkan dalam kalangan ketua-ketua panitia ini pada peringkat awal sesi ‘coaching & mentoring’ dan mereka dibimibng berdasarkan strategi tersebut secara berterusan. Strategi 3 Fasa (S3F) ini terdiri daripada Fasa Pertama iaitu TPS S4 (Teknik Pemberian Skor Standard 4), Fasa Kedua iaitu Peer Coaching Model 1 dan Fasa 3 iaitu Lesson Study. Responden terdiri daripada 10 Ketua Panitia pelbagai subjek di bawah Unit TVET. Namun, data keberhasilan yang digunakan untuk tujuan perkongsian amalan terbaik ini adalah berdasarkan pencapaian dua ketua panitia yang menunjukkan kerberhasilan yang cemerlang. Data keberhasilan dua ketua panitia ini adalah terdiri daripada Skor Standard 4 SKPMg2, Pencapaian GPMP Subjek dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun vs Peperiksaan Percubaan SPM kelas yang diajar, Pencapaian PBD kelas yang diajar serta Pencapaian GPMP Subjek dalam Peperiksaan SPM. Dapatan pelaksanaan S3F ini menunjukkan keberhasilan yang memberangsangkan kerana bukan sahaja kompetensi ketua panitia meningkat malah prestasi pencapaian pelajar dalam dalam subjek yang diajar oleh mereka juga meningkat. Kata Kunci : strategi, fasa, kompetensi
53 KSTEM: HOT WHEEL RACE TRACK Siti Nuralisha binti Ali Sk. Kota Kinabatangan, Kinabatangan, Sabah [email protected] ABSTRAK Salah satu usaha Panitia Matematik meningkatkan peratus Tahap Penguasaan (TP) bagi TP 5 dan 6 dalam penilaian PBD murid Tahun 4 serta mengasah kemahiran murid menyelesaikan masalah bukan rutin adalah melalui projek pendidikan STEM. Pendidikan STEM amat membantu murid dalam meningkatkan kefahaman konsep subjek Matematik dan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) subjek tersebut dalam program KSTEM25. Program KSTEM adalah singkatan bagi Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (KSTEM) yang dianjurkan di SK.Kota Kinabatangan yang menggabungkan penglibatan antara Panitia Matematik, Sains dan Reka Bentuk Teknologi (RBT) sejak 2021. Projek Hot Wheel Race Track pula adalah projek yang dikelola khas oleh Panitia Matematik untuk semua murid tahun 4 bagi membina satu replika landasan kereta mainan yang kreatif dan berinovasi bagi mencapai standard tahap penguasaan dalam subjek Matematik yang telah digariskan. Projek ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran membina menggunakan konsep asas dalam Matematik seperti mengukur bentuk tapak landasan yang sesuai untuk kereta mainan dengan kreativiti masing-masing. Selain itu, projek ini juga telah berjaya mengasah kemahiran murid berfikir untuk membina landasan yang kukuh agar dapat bermain bersama-sama rakan di sekolah. Bukan itu sahaja, murid-murid juga perlu membentangkan hasil kerja mereka semasa pameran KSTEM dan menjawab soal jawab dengan juri yang telah ditetapkan.Berdasarkan dapatan data hasil daripada analisis perbandingan TP bagi semester 1 dan 2, pemerhatian dan temu bual bersama murid, dapat disimpulkan bahawa projek Hot Wheel Race Track membawa impak yang positif dan pelaksanaannya wajar disebarkan agar dapat membantu murid mencapai standard TP yang lebih cemerlang. Kata Kunci: STEM, Projek, penyelesaian Matematik Bukan Rutin
54 PROGRAM USAI DALAM MEMPERKASAKAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) DAN KEMENJADIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)DI DAERAH PAPAR Nooriah binti Salim Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Papar ABSTRAK Pembangunan profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan salah satu aspek yang menjadi fokus Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam memperkasakan Pusat Sumber Sekolah di Negeri Sabah ke arah kecemerlangan. Selain melahirkan Guru Perpustakaan dan Media yang mendapat pengiktirafan sebagai Guru Cemerlang dalam bidang tugas dan perjawatan sebagai GPM (GPM Cemerlang). Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) di Pejabat Pendidikan Daerah untuk membantu dan membimbing serta mencungkil kemahiran serta potensi GPM di daerah masing-masing. Guru Perpustakaan dan Media adalah jawatan yang dilantikan oleh pihak jabatan Pendidikan bagi sekolah yang ramai murid (Gred A). Manakala bagi sekolah kurang murid (SKM) dilantik oleh pihak sekolah sendiri sebagai Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Namun demikian, peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan adalah sama tiada perbezaan untuk membangunkan dan memperkasakan Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi ilmu bagi program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah dalam merealisasikan budaya membaca bagi mengatasi masalah murid LINUS dan membantu kemenjadian murid melalui kepelbagaian aktivti yang dirancang bersama warga sekolah dan komuniti. Jestru itu, Program USAI (Usaha Sama Angkat Ilmu) telah dilaksanakan khas untuk GPM dan GPPS Sekolah Daerah Papar. Ini bertujuan bagi meningkatkan profesionalisme GPM dalam memahami, menghayati fungsi dan peranan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai GPM di sekolah. Dalam pada itu, program ini telah dapat menyelesaikan beberapa isu dan masalah yang dihadapi oleh GPM melalui pemaufakatan dan perkongsian amalan terbaik. Buktinya PPD Papar telah berjaya menjuarai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Sabah tahun 2021 bagi semua kategori dan menjadi juara 2022 di peringkat kebangsaan. Sesuai dengan konsep kini ke arah PSS Abad ke 21dan Minimalis serta berimpak. Kata Kunci: GPM, Pengurusan Pusat Sumber Sekolah, USAI
55 PENGGUNAAN TEKNIK “MakMeBaC” DALAM MENJAWAB SOALAN STPM ESEI PILIHAN MATAPELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN Ahmad Zaki bin Abdul Rauf SMK Abdul Rahim, Kudat, Sabah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah 10 orang pelajar Tingkatan 6 Senior 4 untuk menjawab soalan STPM esei pilihan matapelajaran pengajian perniagaan di SMK Abdul Rahim, Kudat Sabah. Kajian ini menggunakan Teknik MakMeBaC iaitu singkatan perkataan bagi (Maksud, Mengapa, Bagaimana, dan Contoh). Melalui teknik ini, pelajar lebih mudah untuk mengembangkan huraian isi, setelah memberikan maksud yang tepat pada fakta yang diberikan dengan menggunakan kata kunci persoalan mengapa dan bagaimana. Selepas itu pelajar akan dapat memberikan contoh yang sesuai semasa menjawab soalan bentuk esei pilihan bahagian B pengajian perniagaan. Secara tidak langsung kajian ini dapat digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk melihat kesannya ke atas pencapaian markah pelajar khususnya pada soalan esei pilihan ini. Kajian ini mengambil masa selama 4 minggu untuk melihat implikasinya. Pada fasa awal sebelum pengenalan teknik MakMeBaC ini, pengkaji melakukan ujian awal bagi melihat keputusan markah untuk soalan esei ini. Setelah itu pengkaji memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai Teknik MakMeBaC dengan kaedah penerangan dan demonstrasi cara menggunakannya. Selepas pendedahan Teknik MakMeBaC, para pelajar digalak menggunakannya dalam tugasan dan pembelajaran. Selepas 4 minggu proses pemantapan penggunaan teknik ini, pengkaji menjalankan ujian penilaian dan melihat impak pada markah yang pelajar dapat samada masih sama seperti sebelum ini atau ada berlaku peningkatan. Hasilnya, pengkaji dapat melihat berlaku peningkatan markah, dan cara olahan huraian jawapan pelajar pun semakin bertambah baik. Melalui maklum balas pelajar daripada sesi temubual dan penulisan refleksi, menunjukkan pelajar lemah dan pelajar pencapaian sederhana baik, berpandangan positif akan penggunaan Teknik MakMeBaC dalam pembelajaran serta merasakan impak baik ke atas pembelajaran mereka. Kajian lanjut harus diteruskan lagi untuk memastikan keberkesanan Teknik MakMeBaC ini. Pengkaji bercadang untuk menerus dan menambahbaik kajian penggunaan Teknik MakMeBaC kepada pelajar yang mengambil matapelajaran pengajian perniagaan pada masa akan datang supaya penerimaan cara pembelajaran ini lebih diterima pakai. Kata Kunci: pelajar tingkatan 6 senior 4, teknik MakMeBaC, soalan esei pilihan
56 MODEL ARM3.0: Melestarikan Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesionalisme Keguruan Warga Pendidikan Daerah Pedalaman Atas Negeri Sabah Laimah Sungap (Ph.D) SISC+ Unit Sains Sosial, Pendidikan Daerah Keningau, Sabah ABSTRAK Model ARM3.0 merupakan kesinambungan Model ARM yang terdahulu. Model ini diwujudkan khas untuk membantu warga Pendidikan di Daerah Pedalaman Atas, melaksanakan kajian tindakan. Peranan dan faedah melaksanakan kajian tindakan tidak lagi diragui dalam dunia pendidikan terutama dalam hal menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, membantu menyelesaikan masalah pembelajaran serta membantu menyelesaikan isu pdp. Bagaimanapun, sehingga kini kajian tindakan masih belum menjadi budaya dalam kalangan warga pendidikan terutama pembudayaan pendokumentasian. Antara isu yang didapati menjadi kekangan adalah ketiadaan panduan ringkas dan mudah tapi masih memenuhi kriteria sebuah kajian tindakan. ARM3.0 versi terbaru model memudahkan pelaksanaan kajian tindakan. Penambahbaikan paling ketera versi ini menyediakan tapak penulisan kajian tindakan dengan menstrukturkan setiap sub tajuk kajian tindakan mengikut urutan yang betul. Soalan menjana idea pada setiap sub tajuk disediakan sebagai panduan agar penulisan berada di landasan yang betul. Pembinaan model ini adalah dilandaskan kepada Buku Manual Panduan Kajian Tindakan Edisi Ketiga (EPRD,KPM:2008). Ringkasnya, Model ARM, ARM2.0 dan ARM3.0 ini tidak mengabaikan panduan melaksana kajian tindakan serta ciri-ciri kajian tindakan yang disarankan oleh EPRD. Model ini telah digunapakai untuk menjayakan pelaksanaan kajian tindakan peringkat Daerah Keningau, Sabah. Setiap kali mengendalikan bengkel penulisan kajian tindakan, model ini akan digunakan sebagai rujukan memulakan kajian dan seterusnya menghasilkan penulisan. Sejak wujudnya model ini, penyertaan dan penghasilan penulisan kajian tindakan menunjukkan peningkatan daripada 0 pada 2017, kepada 19 pada 2018, 31 pada 2019, 2021 sebanyak 19 dan terkini 2022 dengan ARM3.0 jumlah penyertaan dan penghasilan penulisan sebanyak 49. Kata Kunci: Model ARM3.0, Pembangunan Profesionalisme dan Kelestarian
57 SuStain-H.I.P: TEACHERS SUPPORT TOWARDS THE SUSTAINABILITY OF HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (H.I.P.) Fazidah binti Hj. Mohd Ismail SISC+ (Language) Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort [email protected] ABSTRACT Highly Immersive Programme (H.I.P) which is introduced nationwide by English Language Teaching Centre (ELTC) under the Ministry of Education (MoE) since 2016 strives to create immersive English language environment in schools to enhance students’ English language command. However, based on random school visits and feedback gained initially, there were schools in Beaufort which appeared to be lacking of initiative in conducting impactful H.I.P activities under the four pillars – namely: inclass, out-of-class, extra class and outreach. Moreover, teachers tend to be hesitant about sharing their H.I.P activities due to their humble perception that there was nothing significant to share. Nevertheless, these scenarios became major setback which led to many schools did not reach the standard of immersiveness (i.e. at least Level 3) based on the previous H.I.P annual report to ELTC. Thus, a drastic approach was initiated by the School Improvement Specialist Coach Plus (SISC+) in the coaching and mentoring (C&M) of H.I.P Teacher-Coordinators appointed by every school. Overall, the C&M is named “SuStain-H.I.P” which denotes “Support towards the Sustainability of H.I.P”. Accordingly, SuStain-H.I.P consists of three-step procedure as teachers support, namely: Scan, Stimulate, Share. Consequently, the H.I.P Teacher-Coordinators reacted positively towards this intervention as they became more proactive to implement creative and impactful activities under the H.I.P banner. In fact, they were motivated to collaborate and participate in the sharing of H.I.P inspiring practices at various levels – including the H.I.P showcase in PLC: Teacher Sharing Session, poster presentation in the Colloquium of School Impactful Practices at district level, and ecompilation publication of Sabah H.I.P Matters: Celebrating Inspirations from Schools at state level. Hence, SuStain-H.I.P managed to provide inspiration and professional sharing opportunity towards the sustainability of H.I.P eventually. Keywords: Coaching and mentoring, Highly Immersive Programme, SuStain-H.I.P.
58 KAEDAH DAN APLIKASI DALAM KELAS FIZIK Lee Chee Wei Guru Cemerlang Fizik DG44 SMK Beaufort ABSTRAK Pada zaman teknologi yang semakin moden ini, kemajuan dunia membawa perubahan dalam pelbagai aspek. Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada aspek tersebut yang perlu beradaptasi dengan perubahan zaman, kemajuan teknologi dan pemikiran generasi baru. Dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) sejak tahun 2014 untuk diterapkan dalam sistem pendidikan negara bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam dunia yang berkembang pesat serta mendapat akses kepada pendidikan bertaraf dunia. KPM mendefinisikan PAK21 sebagai proses pembelajaran berpusatkan murid yang berteraskan elemen 4K1N iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Dalam PAK21, guru bertindak sebagai pemudah cara yang menggalakkan penyertaan aktif murid di dalam kelas. Objektif pembentangan ini adalah untuk berkongsi tentang kaedah dan aplikasi yang digunakan dalam kelas Fizik seperti Microsoft Powerpoint, Microsoft Word, gambar beranimasi GIF, gambar Flaticon, aplikasi simulasi PhET, aplikasi Wheel of Names, video YouTube dan video Canva. Kaedah dan aplikasi ini dapat menerangkan suatu topik pelajaran Fizik termasuk isi pelajaran, konsep dan formula Fizik dalam cara yang mudah difahami, mengandungi elemen pelbagai warna yang dapat meningkatkan daya ingatan murid, menarik minat dan meningkatkan tahap tumpuan murid terhadap suatu topik pelajaran Fizik, sesuai untuk murid pada abad ke-21 ini yang lebih berminat belajar melalui visual serta memastikan murid kekal belajar secara aktif di dalam kelas. Diharapkan bahawa kaedah dan aplikasi yang digunakan dalam kelas Fizik ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran abad ke-21 yang menyeronokkan dan seterusnya meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Fizik. Kata Kunci : PAK21, Kaedah dan Aplikasi, Kelas Fizik
59 RURAL GRAMMAR TRANSLATION APPROACH (RGTA) ADVERBS MADE EAZY Md Nazrulshah bin Nazir Ahmad SK Kampung Enam, Pensiangan ABSTRACT English is a well-known “alien” subject to be taught in school especially to the children from rural areas in Malaysia. Conventional ways of teaching English seems to be debatable nowadays due to the relevance of the approaches applied in classroom teaching and learning. The nature of teaching English as second language especially the teaching grammar elements pose continuous challenges to teachers. The main focus of this research is aimed towards the teaching of Adverbs as this grammar item can sometimes be a headache to educators due to its time consuming and confusing nature. In this study, the problems in teaching Adverbs are resolved using the technique called Rural Grammar Translation Approach (RGTA) Adverbs Made Ezy. This technique is derived from the new, original and latest idea of teaching English, RGTA. This time it focuses mainly on the affixes which can be found in Adverbs. The method is simple, by teaching and drilling the students with the spelling patterns and affixes which can be seen in Adverbs in certain period of time using the RGTA Bookmark to assist. This intervention is conducted to a group of 20 Year 6 Mawar pupils in SK Kampung Enam, Nabawan, Pensiangan. After few weeks, the pupils are able to understand and use the Adverbs better. The improvement is visible to be seen especially in writing simple sentences. The students were given sentences in Malay, and they have to translate them to English. After the designated time frame, they are able to apply Adverbs and put more colours into their writing. Overall, RGTA Adverbs Made Ezy is certainly the latest, more relevant, applicable and practical technique to be applied in classroom teaching and learning. It helps the teachers a lot by saving more time, energy and cost in order to deliver this topic in language classroom session. Other than that, it is hoped that this technique will be used widely in Malaysia especially to help the non-English speakers and low English proficient students to achieve better and get a good grab on the language. Keywords: RGTA; adverbs; teaching technique; affix; spelling patterns
60 IMPAK INTERVENSI BOLA HATI TERHADAP PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI MURID BERMASALAH DISIPLIN Mihing binti Singkui @ Flores Ezra SMK Pekan Telipok, Tuaran Sabah [email protected] ABSTRAK Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti impak intervensi Bola Hati dalam membantu meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri positif di kalangan murid bermasalah disiplin yang telah mengikuti program Muhasabah Diri . Sampel kajian ini terdiri daripada 11 responden pelajar lelaki yang berada di tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok yang pernah terlibat dengan pelbagai kes disiplin. Intervensi yang digunakan adalah Inovasi Bola Hati yang digunakan semasa dalam bimbingan kelompok. Intervensi Inovasi Bola Hati ini digunakan bagi membantu pelajar menghargai dan menyayangi diri mereka dengan belajar dan mendapat pengalaman meluahkan isi hati yang positif dalam diri melalui Intervensi Bola Hati dan berkeinginan untuk berubah ke arah konsep kendiri positif yang mana selama ini pernah memiliki konsep kendiri negatif sehingga terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. Konsep kendiri murid diukur menggunakan Ujian Konsep Kendiri oleh Zuraidah (1988) bagi mengukur rendah atau tingginya konsep kendiri pelajar. Intervensi Bola Hati dalam bimbingan kelompok yang dihasilkan telah membantu meningkatkan tahap konsep kendiri positif dalam diri pelajar. Instrumen kajian adalah berbentuk kualitatif iaitu kaedah ujian bagi mengukur tahap konsep kendiri pelajar serta menggunakan kaedah pemerhatian. Dapatan kajian terhadap pelajar yang terlibat telah menunjukkan impak positif. Pelajar merasa lebih bersemangat dan bermotivasi. Pelajar merasa dihargai dan seronok datang ke sekolah. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam kepelbagaian cara dalam melaksanakan intervensi semasa sesi bimbingan terhadap pelajar baik secara individu atau kelompok, dan membantu meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri positif dikalangan pelajar. Kata Kunci: Konsep Kendiri Positif
61 PENGGUNAAN WEBSITE ‘ANAKUGA’ BAGI MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SUBTOPIK ANALISIS KUALITATIF GARAM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 YANG MENGAMBIL SUBJEK KIMIA Norliza Lena binti Ajuh SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bagi memudahkan pelajar memahami subtopik Analisis Kualitatif Garam kerana subtopik ini merupakan subtopik yang sukar bagi pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek Kimia. Selain daripada itu, kajian ini adalah salah satu ikhtiar untuk menarik minat pelajar mempelajari subtopik ini dan mampu menjawab soalan berkaitan. Tinjauan awal dilaksanakan melalui temubual dan pemerhatian mendapati mereka kurang memahami subtopik ini jika menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara konvensional. Mereka juga didapati sukar untuk menjawab soalan berkaitan kerana tidak dapat mengingati pemerhatian menggunakan bahanbahan tertentu. Oleh itu, saya telah memperkenalkan kepada mereka website “Anakuga” yang mengandungi video-video eksperimen dan pemerhatian yang diperlukan untuk memahami subtopik ini. Seramai 30 orang pelajar didedahkan dengan website ini dalam tempoh tiga minggu dan diadakan semasa kelas Kimia. Hasil temubual selepas website ini diperkenalkan kepada pelajar mendapati mereka lebih berminat mempelajari subtopik ini dan boleh menjawab soalan berkaitan dengan baik. Pelajar diberi lembaran kerja selepas selesai meneroka website ini. Guru mendapati bahawa lembaran kerja yang diberi diselesaikan dengan baik oleh pelajar. Kaedah pembelajaran secara digital ini perlu diteruskan dan dikembangkan lagi seiiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju dalam bidang STEM. Kata Kunci- Anakuga- Analisis Kualitatif Garam, Pendigitalan, STEM
62 AHLI JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Ybrs. Tuan Raisin bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Timbalan Pengerusi : Ybrs. Dr. Mohd. Kassim bin Tusin Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Setiausaha : Puan Hajah Ajanah binti Mohamed Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sains Sosial Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Sektor Timbalan Setiausaha : Tuan Haji Ikhbal Khan bin Ismail Penolong Pengarah Unit Bahasa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Penyelaras : Dg. Norliah binti Ali Omar Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Papar Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat : Ybrs. Dr. Mohd. Kassim bin Tusin Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengerusi : Puan Hajah Ajanah binti Mohamed Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sains Sosial Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Sektor Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Ikhbal Khan bin Ismail Penolong Pengarah Unit Bahasa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Penyelaras : Dg. Norliah binti Ali Omar Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Papar Setiausaha : Dr Asnia binti Kadir Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Pen. Setiausaha : Puan Bellylyn Willie Abah Penolong Pengarah Unit Bahasa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bendahari : Dr Roslitah binti Haji Madon Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Papar
63 AHLI JAWATANKUASA KERJA Floor Manager Encik Husmi bin Hussin Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Kudat Stage Manager Puan Norsiah Abdullah Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Kunak Penyambut Tetamu Semua AJK Induk Pengurus Google Site Puan Lee Tan Yen Peng Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Pendaftaran Pembentang, Peserta dan Maklum Balas Program 1 Puan Olivia June Robin Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort 2 Puan Fazidah binti Hj. Mohd Ismail Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort 3 Puan Elizabeth binti Ebin Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 4 Puan Noratikah binti Lawi Intern Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort 5 Puan Nurhafizah binti Asahak Intern Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Montaj Puan Dg Noor Aidah binti Abd Momin Pegawai SISC+ TVET Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Fotografi/Video 1 Encik Kamarul Saffiq bin Kamarudin 2 Encik Mohd Shahrizan bin Mat Jali (Pasukan ICT PPD Papar) Pengurus Juri Dr Laimah Sungap Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Keningau Pengurus Keynote Speaker Dr Losius Goliong Pegawai SISc+ Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Pengurus Pembentang Puan Dg. Norlina binti Junit Pegawai SISC+ TVET Pejabat Pendidikan Daerah Papar Pengurus Moderator Encik Mustari bin Mohamed Said Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Kunak Moderator 1 Dr Melvin Mojikon Pengarah Kolej Komuniti Penampang 2 Puan Ernah Mark Pegawai SISC+ TVET Pejabat Pendidikan Daerah Kunak 3 Puan Maya Insana binti Mohd Terang Pegawai SISC+ Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Kunak 4 Puan Rosnih @Angela Tundim Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 5 Encik Mohd Raffie bin Rafflis Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Kudat 6 Puan Jannet Dela Cruz @ Norshakila Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Tawau 7 Puan Ramsi binti Lani Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 8 Puan Subaedah Binti Muharam Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Bacaan Doa Encik Idris bin Sidik Pegawai SISC+ TVET Pejabat Pendidikan Daerah Pitas
64 AHLI JAWATANKUASA KERJA Juruacara 1 Dr Mohd. Azizuan bin Abdullah Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu 2 Dr Roslitah binti Haji Madon Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Papar 3 Puan Debby Syazia Dewi Aliyudin Pegawai SISC+ TVET Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Reka Bentuk Sijil, Backdrop Digital, Bunting, Buku Program, Logo Medal & Tanda Nama 1 Puan Jessica Edward Pegawai SISC+ Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 2 Puan Jacklyne Elyna Jaikol Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Keningau 3 Encik Aron Abel Marcus Pegawai SISC+ Sains Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Keningau 4 Encik Simon Ronald Kolop Pegawai SISC+ Sains Matematik Pej. Pen. Daerah Tongod Telupid 5 Encik Muhammad Soddiq Norazmi Pegawai SISC+ Bahasa Pej. Pen. Daerah Tongod Telupid Bilik Pembentangan 1 Dr Nancy Ng Yut Yuan (Pengurus) Pegawai SISC+ Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Beluran 2 Puan Lisah Binti Kilau @ Hamrie Pegawai SISC+ TVET Pejabat Pendidikan Daerah Ranau 3 Encik Ahmad Fadzly Bin Mohd Satneh Penolong Pegawai Unit Pemulihan Khas Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu 4 Puan Nor Asmah Mohd Salleh Penolong Pegawai Sumber Teknologi Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 5 Puan Hairiah binti Daud Penolong Pegawai Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Buku Program Puan Faridah binti Suhaili Pegawai SISC+ Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Papar Sijil Keynote Speaker, Pembentang, Peserta dan AJK Puan Ann Marie Aloysius Lingam Pegawai SISC+ TVET Pejabat Pendidikan Daerah Papar Medal Pembentang Cik Chang Yee Shee @ Ease Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Papar Beg Cenderamata 1 Puan Juvita Ujin Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Penampang 2 Puan Alicia Nicolete Chew Mailap Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Penampang 3 Puan Helan Lee Pegawai SISC+ TVET Pejabat Pendidikan Daerah Penampang Cenderamata Perasmi Puan Christina Michael Pegawai SISC+ Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Cenderamata Keynote Speaker, Pembentang dan Peserta Puan Nasrah binti Lintong Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Pensiangan Teknikal dan Gimik Pelancaran (Pasukan ICT PPD Papar) 1 Encik Mohd. Farhan bin Nerjoh 2 Encik Mohd. Hafizuddin bin Abdul Latif 3 Encik Muhd. Badiuzaman bin Abu Bakar 4 Encik Harris Zhafri bin Mohd. Noor 5 Encik Mohd. Fairuz Ezati bin Awang Mumin 6 Encik Mohd Yusuf bin Jamaludin 7 Encik Mohd Shahrizan bin Taib 8 Encik Mohd Rezuan bin Munap 9 Encik Abdul Rahman bin Mohd Nawi 10 Encik Mohd Hafiz bin Gani 11 Encik Lee Pui Siong
65 AHLI JAWATANKUASA KERJA Scoreboard Encik Azmy bin Haji Ahmad Pen. Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Sabah Perhubungan dan Promosi Encik Adanan bin Muslim Pegawai SISC+ TVET Pejabat Pendidikan Daerah Tenom Photo Booth 1 Puan Syadwani Okal Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu 2 Puan Maziah Binti Jusseh Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu 3 Encik Hyairron Anthony Pegawai SISC+ Unit TVET Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu Pengangkutan Ag Sabli bin Ag Damit Pemandu Pejabat Pendidikan Daerah Papar Jamuan 1 Puan Norimah binti Edeh Pegawai SISC+ Sains Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort 2 Puan Sabahiah binti Abdul Karim Pegawai SISC+ Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Kudat 3 Encik Lamjad Bin Jamrang Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud 4 Puan Noorazizah Binti Lawi Pegawai SISC+ Sains Sosial Pejabat Pendidikan Daerah Pitas 5 Puan Zainab Binti Intah Pegawai SISC+ Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud
CATATAN