The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS INFINITI, 2021-11-09 04:02:10

Seruling Sakti

Seruling Sakti

Seruling
Sakti

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan
kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit.
Pekan tersebut dikenali Hamelyn. Penduduk di
pekan tersebut hidup dengan aman damai,
tetapi sikap mereka tidak prihatin terhadap
kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan
sampah sarap. Mereka membuang sampah di
merata-rata menyebabkan pekan tersebut
menjadi tempat pembiakan tikus.

Semakin hari semakin banyak tikus membiak
menyebabkan pekan tersebut dipenuhi oleh
tikus-tikus. Tikus-tikus berkeliaran dengan
banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah
tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan
takut kepada manusia.

Penduduk di pekan ini cuba membela kucing
untuk menghalau tikus dan ada di antara
mereka memasang perangkap tetapi tidak
berkesan kerana tikus terlampau banyak.
Mereka sungguh susah hati dan mati akal
bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus
tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah
tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah
pada suatu hari seorang pemuda yang tidak
dikenali datang ke pekan tersebut dan
menawarkan khidmatnya untuk menghalau
semua tikus dengan syarat penduduk pekan
tersebut membayar upah atas kadar dua
keping wang emas setiap orang.

Penduduk di pekan tersebut berbincang
sesama mereka di atas tawaran pemuda tadi.
Ada di atara mereka tidak bersetuju oleh
kerana mereka tidak sanggup untuk membayar
upah yang sangat mahal. Setelah berbincang
dengan panjang lebar akhirnya mereka
bersetuju untuk membayar upah seperti yang
diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak
mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada
pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling
sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari
seruling itu sangat merdu dan mengasik
sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang
berada dimerata tempat didalam pekan
tersebut mula keluar dan berkumpul
mengelilinginya.

Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil
meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang
sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila
sampai di tepi sungai pemuda tadi terus masuk
ke dalamnya dan diikuti oleh semua tikus.
Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang di dalam
sungai dan semuanya mati lemas.

Kini, pekan Hamelyn telah bebas daripada
serangan tikus dan penduduk bersorak dengan
gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut
janjinya, penduduk tersebut enggan membayar
upah yang telah dijanjikan kerana mereka
menganggap kerja yang dibuat oleh pemuda
tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta
kerana hanya dengan meniupkan seruling
sahaja.

Pemuda tadi sangat marah lalu dia meniupkan
seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar
dari seruling itu sangat memikat hati kanak-
kanak menyebabkan semua kanak-kanak
berkumpul di sekelilingnya.

Setelah semua kanak-kanak berkumpul,
pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling
dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu
membawa kanak-kanak tersebut keluar dari
pekan Hamelyn. Setelah ibu bapa menyedari
bahawa mereka akan kehilangan anak-anak,
mereka mulai merasa cemas kerana kanak-
kanak telah meninggalkan mereka dan
mengikuti pemuda tadi.

Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu
supaya menghentikan daripada meniup seruling
dan memulangkan kembali anak-anak mereka.
Mereka sanggup memberi semua harta benda
yang ada asalkan pemuda tersebut
mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda
tadi lalu mereka membawa kanak-kanak
tersebut menuju ke suatu tempat dan apabila
mereka sampai di situ, muncul sebuah gua
dengan tiba-tiba. Pemuda tadi masuk ke dalam
gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak.

Setelah semuanya masuk, tiba-tiba gua
tersebut ghaib dan hilang daripada pandangan
penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat
berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah
memungkiri janji yang mereka buat. Mereka
menyesal di atas perbuatan mereka tetapi
sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini, penduduk pekan Hamelyn tidak
melupakan kesilapan yang dilakukan oleh nenek
moyang mereka. Menepati janji adalah
pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk
pekan Hamelyn sehingga ke hari ini.


Click to View FlipBook Version