The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KaterinaJmbt, 2023-03-20 11:49:24

Tugasan 2 BMMB3203

Tugasan 2 BMMB3203

TUGASAN 2 BMMB3203 Morfologi Bahasa Melayu


Dalam bahasa Melayu terdapat sejumlah kata baharu yang menerima pinjaman daripada bahasa asing. Penerbitan kata baharu ini telah membantu memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu, namun terdapat banyak kesalahan tatabahasa dalam kalangan penutur bahasa Melayu dalam pelbagai sumber. Dalam kumpulan TIGA (3) orang ahli, bincangkan dan nilaikan pembentukan perkataan baharu asli bahasa Melayu dan bahasa pinjaman dan kenal pasti beberapa isu kesalahan kata yang sering berlaku dalam pelbagai sumber sama ada media cetak atau media elektronik. SOALAN TUGASAN


Katerina Anak Jimbat Stephanie Nantai Anak Sibat Nurien Jazlina Binti Marzuki AHLI KUMPULAN


PENGENALAN


Penggunaan popular Proses perancangan bahasa Perkataan baharu kebiasaannya wujud bertujuan untuk menggalakkan konsep mahupun perkara yang baru timbul dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa. Sesebuah masyarakat yang berkembang akan menghasilkan lebih banyak konsep, keadaan, proses atau kejadian baharu yang harus diungkap menggunakan perkataan baharu. Perkataan baharu lazimnya berlaku melalui dua proses iaitu : PERKATAAN BAHARU


Dalam pembentukan kata baharu sesuatu bahasa, akan berlakunya proses pengayaan yang melibatkan bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi), dan perbendaharaan kata (leksikon). PERKATAAN BAHARU


Negara kita telah menerima banyak perkataan popular yang wujud melalui media massa, penulisan kreatif dan sebagainya. Kewujudan perkataan-perkataan popular berkait rapat dengan kegiatan hidup seharian masyarakat kita. Contoh yang pertama ialah penggunaan perkataan penjarakan sosial. Istilah ini mula digunakan secara berleluasa semenjak dunia kita dikejutkan dengan penyebaran wabak Covid-19. Perkataan ini membawa maksud mengekalkan jarak fizikal antara individu dan mengurangkan kekerapan individu bersentuhan antara satu sama lain untuk mengurangkan kebarangkalian sentuhan antara orang yang membawa suatu jangkitan. 1. PENGGUNAAN POPULAR


Tiber betul kamu baik dengan saya, mesti ada muslihat ini. Jangan terkejut kalau saya tiber tidur dekat lantai, saya letih sangat minggu ini. Katerina tiber marah saya, mesti sedang bergaduh dengan teman lelaki dia. Contoh yang kedua ialah perkataan "tiber". Perkataan ini sering digunakan sekiranya seseorang melakukan sesuatu secara tiba-tiba atau berada dalam situasi yang tidak dijangkakan. Contoh penggunaan: 1. PENGGUNAAN POPULAR


Pembentukan istilah melalui proses pinjaman seperti perkataan resistance dalam bahasa Inggeris adalah rintangan jika ditukar kepada bahasa Melayu. Proses perancangan bahasa yang rasmi adalah bertujuan untuk melahirkan istilah-istilah, konsep, benda, keadaan dan kejadian yang baru muncul dalam bidang ilmu. Contohnya : 2. PROSES PERANCANGAN BAHASA


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 1.


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Fonetik: Mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonolgi: Mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri. Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli (18 Konsonan dan 6 Vokal). Kajian bunyi dibahagikan kepada dua bidang iaitu fonetik dan fonologi.


KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU Terdapat 18 bunyi konsonan asli dalam Bahasa Melayu. Huruf p, t, k, m, n, ng, s, h, r, l merupakan 10 huruf konsonan yang dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Huruf b, d, g, c, j boleh hadir pada akhir perkataan dalam perkataan pinjaman. Huruf ny, w, y tidak dapat hadir pada akhir perkataan.


Konsonan Contoh Awal perkataan Tengah perkataam Akhir perkataan b baca, bekal, bakal sabit, sabut, sabun salib c caci, cari, cacing acar, acara, ancam - d duda, durian, duri lidi, baldi jilid g gula, gali, gigi agar, agak - h hari, harimau, hiris bahan, dahan, ihsan lemah, sudah j jari, jaring, jurang ajar, baja Garaj, faraj KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU


k kaki, kuku, kerang akar, kakak tapak, lopak l lari, lumba, lurus balas, belas bantal, m makan, mandi, masak ramas, ramah malam, kelam n nasi, nangis, nampak panas, penat telan, lapan p perit, pahit, pedas lipas, kipas malap, gelap r rasa, rusuh, rasuah baran, tikar, tukar s sedap, sering, sakit kisar, kasar kapas, lemas KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU


t tipu, topi, tutup atas, atap ulat, bulat w wau, wang, waris awan, - y yakin, bayi, buaya - ny Nyanyi, nyaris, nyaring banyak, - ng nganga angan, angin pisang, lapang KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU


VOKAL ASLI BAHASA MELAYU Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa Melayu. a, e, i, o, u


Vokal Contoh Awal perkataan Tengah perkataan terbuka Tengah perkataan tertutup Akhir perkataan a ayam bacang bantu bola e (é) ekar berang bengkok - e (ǝ) emak bedah bengkak - i itu bilas pintu api o otak botak dompet - u ubat budak buntal balu VOKAL ASLI BAHASA MELAYU


2. BUNYI BAHASA PINJAMAN


Konsonan pinjaman Contoh Awal kata Tengah kata Akhir kata f fitnah sifat alaf v varian novel - th thabit mithal bahath dz/dh dzat/dharab hadhir/nidzam haidh z zaman azam Aziz BUNYI BAHASA PINJAMAN Taburan konsonan pinjaman


Konsonan pinjaman Contoh Awal kata Tengah kata Akhir kata sh sharat mashur skuash kh khamis akhir tarikh gh ghaib baghal baligh q qari baqa fariq BUNYI BAHASA PINJAMAN Taburan konsonan pinjaman


Konsonan pinjaman Perkataan asal Perkataan baharu th -> s mithal thalji misal salji dz -> z dzalim dzat zalim zat dh -> d dhaif haidh daif haid sh -> sy sharat shaitan syarat syaitan q -> k qadhi maqam kadi makam Walaupun pada umumnya bunyi-bunyi pinjaman ini masih jelas digunakan dalam bentuk ujaran, namun bunyi-bunyi seperti th, dz atau dh, sh dan q kini masing-masing telah ditukar menjadi s, z atau d, sy dan k mengikut sistem ejaan Rumi baharu.


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman. Berlaku proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing, sama ada imbuhan asing itu diterima secara sepenuhnya atau diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Tidak semua imbuhan asing dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu bertaraf atau bertindak sebagai imbuhan tetapi sekadar bentuk asing yang dipinjam keseluruhannya sebagai sebahagian daripada satu unit perkataan.


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Umumnya, unsur-unsur imbuhan asing dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu: i. Imbuhan daripada Sanskrit ii. Imbuhan daripada Arab-Parsi iii. Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris


IMBUHAN BAHASA SANSKRIT


IMBUHAN PINJAMAN BAHASA SANSKRIT Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Imbuhan daripada Sanskrit terbahagi kepada dua iaitu i. awalan: maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, pancaii. akhiran: -wan, -man, -wati, -nita.


Imbuhan awalan Contoh maha- (besar atau agung) mahaguru, maharaja, maharani tata- (susunan/sistem/peraturan tentang sesuatu) tatabahasa, tatatertib, tatasusila pra- (sebelum) prasekolah, prasyarat, prasejarah swa- (sendiri) swadaya, swasta, swasambada IMBUHAN AWALAN BAHASA SANSKRIT


Imbuhan awalan Contoh tuna- (tiada/tidak mempunyai) tunakarna, tunakarya, tunaanggota eka- (satu) ekafungsi, ekabahasa, ekakata dwi- (dua) -dwibahasa, dwicabang, dwijantina tri- (tiga) tribahasa, trisiku, tritunggal IMBUHAN AWALAN BAHASA SANSKRIT


Imbuhan awalan Contoh panca- (lima) pancalumba, pancaragam, pancaindera pasca- (sesudah) pascasiswazah, pascamerdeka, pascakolonial IMBUHAN AWALAN BAHASA SANSKRIT


Imbuhan awalan Contoh -wan (orang yang mahir dalam sesuatu bidan/lapangan atau orang yang melakukan sesuatu perbuatan atau orang yang mempunyai sesuatu sifat/benda) olahragawan, karyawan, bangsawan -man (orang yang mahir dalam sesuatu bidang atau orang yang memiliki sesuatu sifat) seniman, budiman -wati (wanita yang mahir dalam sesuatu bidang atau lapangan) seniwati, angkasawati -nita (wanita atau perempuan) biduanita, karyawanita IMBUHAN AKHIRAN BAHASA SANSKRIT


IMBUHAN BAHASA ARAB-PARSI


IMBUHAN PINJAMAN BAHASA ARAB-PARSI Bahasa Melayu mula terpengaruh dengan bahasa ArabParsi semenjak kemunculan agama Islam ke alam Melayu. Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi bagi agama Islam maka, bahasa Arab mempunyai tempat dalam kalangan masyarakat Melayu dan sekaligus memudahkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke bahasa Melayu khususnya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi terdiri daripada : Awalan Akhiran 1. 2.


Imbuhan Awalan Contoh bi- (membawa maksud tidak) biadab, binormal IMBUHAN AWALANPINJAMAN BAHASA ARAB-PARSI Terdapat hanya satu imbuhan pinjaman bahasa Arab-Parsi iaitu imbuhan awalan bi- yang berasal dari bahasa Parsi. Imbuhan awalan bi- membawa maksud tidak dan digunakan untuk mewujudkan bentuk kata ajektif.


Imbuhan Akhiran Contoh -wi, -i berkati, duniawi -iah wataniah -in, -at, -ah muslimin muslimat muslimah IMBUHAN AKHIRAN PINJAMAN BAHASA ARAB-PARSI


IMBUHAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS


IMBUHAN PINJAMAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERSI Imbuhan pinjaman daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris merupakan imbihan asing yang paling dominan dalam bahasa Melayu. Namun, imbuhan-imbuhan tersebut tidak mempunyai fungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa bentuk imbuhan awalan seperti pro- anti-, mono- dan auto-. Manakala, bentuk-bentuk imbuhan yang lain diserap ke dalam bahasa Melayu sebagai kata pinjaman.


Imbuhan Awalan Contoh pro- (bermaksud setuju, memihak atau memenangkan sesuatu pihak) prokerajaan anti- (lawanan bagi pro, membantah) antikerajaan poli- (banyak) poliklinik IMBUHAN AWALAN PINJAMAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS


Imbuhan Awalan Contoh auto- (bermaksud secara bersendirian) automatik sub- (bermaksud sebahagian) subekonomi supra- (bermaksud melebihi) supranasional IMBUHAN AWALAN PINJAMAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS


Kata Pinjaman Contoh hetero- heterogen heksa- heksagon hidro- hidrolik homo- homogenesis hiper- hiperaktif KATA PINJAMAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS


Kata Pinjaman Contoh infra- infrastruktur inter- interpersonal intra- intrajabatan iso isometri kilo- kilometer KATA PINJAMAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS


Imbuhan Akhiran Contoh -isme vandalisme -ik fonetik -si persepsi -al praktikal -is kritis IMBUHAN AKHIRAN PINJAMAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS


ISU KESALAHAN KATA


MEDIA CETAK ISU KESALAHAN KATA


Kesalahan ejaan 1. Pembetulan Haram -> Harap


FAKTOR -sikap sambil lewa dan tidak prihatin terhadap ejaan bahasa Melayu -kurang rasa tanggungjawab untuk menyemak kesalahan ejaan pada notis tersebut Justifikasi Kesan -menimbulkan salah faham dalam kalangan pembaca -memberi tanggapan yang buruk kepada pengguna tandas terhadap pihak pengurusan Langkah -Pihak pengurusan seharusnya menyemak semula ejaan sebelum mencetak dan mengedarkan notis kepada orang awam. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, notis bermaksud pengumuman tentang sesuatu yang akan berlaku, pemberitahuan atau kenyataan. Menurut Nurul dan Nik (2021), kesalahan bahasa berlaku akibat kekurangan pengetahun dan kegagalan mengaplikasikan penggunaan bahasa dengan konteks yang tepat.


2. Kesalahan kata Pembetulan Modes ->Tuala wanita


Justifikasi Notis tersebut menunjukkan penggunaan kata 'modes' yang kelihatan kurang sesuai digunakan untuk menulis sebuah notis pelajar asrama. Perkataan 'modes' bermaksud tuala wanita dalam bahasa Sarawak. Perkataan yang betul mengikut bahasa Melayu ialah 'tuala wanita'. Penyelia asrama harus mengelakkan penggunaan perkataan yang salah kerana perkara ini akan menimbulkan keraguan dalam kalangan pelajar asrama terutamanya pelajar yang bukan berasal dari Sarawak.


3. Kesalahan sendi nama


Justifikasi Amirra Shazreena dan Vijayaletchumy (2019), menyatakan bahawa penggunaan kata depan “di...” sering menjadi bentuk kesalahan yang mudah dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. Contohnya di hantar, di ambil, di rujuk dan di buka yang sebenarnya berfungsi sebagai penanda pasif merujuk perbuatan dan perlu dieja dekat, iaitu dihantar, diambil dan dibuka.


Click to View FlipBook Version