Justifikasi Kekeliruan cara pengejaan perkataan ‘di’ sama ada perlu dijarakkan atau dirapatkan, timbul apabila individu tersebut tidak mengetahui perbezaan antara kata perbuatan dengan kata yang menunjukkan kedudukan atau tempat (Anne Jeffrey Kihob & Saidatul Nornis Hj. Mahali, 2021). Kesalahan Pembetulan di cuci dicuci lupuskan dilupuskan
4. Kesalahan ejaan dan kata ganda
Justifikasi Zaliza (2017) berpendapat bahawa kesalahan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi semua aspek seperti tatabahasa, ejaan, penggunaan perkataan, istilah dan sebagainya.
Justifikasi Perkataan satu satu masa adalah salah dan pembetulan bagi perkataan tersebut adalah satu-satu masa. Satu-satu merupakan kata ganda seluruh di mana kata dasar yang diulang atau digandakan sepenuhnya dan menggunakan tanda sempang “-
Justifikasi Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan. Tiada sebarang perubahan bentuk dan kata ada yang bermaksud jamak, tunggal atau kedua-duanya. Contohnya, awal-awal, benar-benar, budakbudak, jarang-jarang dan pokok-pokok Kesalahan Pembetulan satu satu satu-satu mengunakan menggunakan
Justifikasi Perkataan mengunakan yang dicetak pada notis tersebut merupakan sebuah kesilapan penggunaan imbuhan apitan 'meng...kan'. Ejaan yang betul ialah menggunakan. Siti Norsyahida, Nor Azuwan dan Che Ibrahim (2015) yang mengkaji penggunaan bahasa dalam laman blog dari aspek morfologi pula, mengatakan kesilapan morfologi sememangnya tidak dapat dikesampingkan dan para pengkaji berpendapat kesalahan bahasa seperti ini akan akan merosakkan bahasa itu sendiri. Kesalahan Pembetulan satu satu satu-satu mengunakan menggunakan
MEDIA SOSIAL ISU KESALAHAN KATA
KESALAHAN KATA : BAHASA ROJAK
Noor Aida et al (2014) menjelaskan bahawa media sosial seperti Facebook merupakan antara punca pencemaran bahasa berlaku dan terus berleluasa contohnya penggunaan bahasa rojak. Menurut Asmah (2007), bahasa rojak sebenarnya bahasa campur kod dan alih kod. Perkara yang dimaksudkan dengan bahasa rojak ialah wujudnya perkataan atau frasa daripada bahasa asing dalam bahasa yang dituturkan.
Tangkap layar di atas menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam satu ayat yang sama. Antara perkataan bahasa Inggeris yang digunakan ialah " guys , curious , I , stalk , fans , if , famous , love , you ". JUSTIFIKASI1
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu you guys kalian curious tertanya i saya if andai kata fans peminat famous terkenal JUSTIFIKASI1
Pembetulan Ayat: Selamat malam semua. Kalau kalian tertanya tentang apa yang saya buat hari ini, boleh layari laman "Instagram " saya. Saya tak ada banyak peminat tetapi andai kata saya tibatiba terkenal, saya akan sentiasa sayang kalian. JUSTIFIKASI1
JUSTIFIKASI 2 "frenz , i , follow , u , fans " ' good morning, fans , u , funny " Antara perkataan bahasa Inggeris yang digunakan: 1. 2.
JUSTIFIKASI 2 Penggunaan perkataan " nighty night , good morning, hi" seharusnya digantikan dengan perkataan " selamat malam, selamat pagi" sebagai tujuan untuk memberikan salam. Penggunaan "i , you , u " seharusnya ditukarkan menjadi kata ganti nama " saya, awak". Perkataan "funny " boleh digantikan menjadi "lucu " untuk menunjukkan terdapat unsur jenaka dalam laman media sosial kawannya.
KESAN Berdasarkan contoh-contoh pada slaid sebelum ini. penutur beralih kod daripada satu klausa ke satu klausa yang lain mengikut situasi perbualan. Peralihan kod ini berlaku dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu Standard kemudian balik lagi ke bahasa Inggeris. Dapat mengakibatkan mutu penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris akan terus merosot dan lemah Jika kita implikasikan percampuran kod (alih kod) terhadap tamadun bangsa mungkin menjadi isu yang besar dan masalah ini juga pernah selalu ditimbulkan dalam seminar , dalam tulisan , dalam memorandum dan dalam pelbagai wacana yang lain.
KESALAHAN KATA : SINGKATAN KATA
Rajah tangkap layar berikut menunjukkan kesalahan kata iaitu kesalahan singkatan kata dalam aplikasi Telegram. Kajian Nur Farahkhanna et. al., (2022) menyatakan bahawa kebebasan bersuara dalam media sosial telah mempengaruhi bentuk penggunaan bahasa yang salah seperti bahasa singkatan. Penggunaan bahasa singkatan kata boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, ketika menggunakan bahasa singkatan seperti "ytjt" tersebut berlakunya kesalahfahaman di antara pengirim dan penerima. Dalam konteks tersebut, "ytjt" bermaksud yang tahu sahaja tahu . JUSTIFIKASI
Salah Betul thu Tahu x Tidak ytjt Yang tahu sahaja tahu tu Itu JUSTIFIKASI
JUSTIFIKASI Kesalahan kata iaitu singkatan kata berlaku akibat keterbiasaan menulis singkatan dan terpengaruh dengan penulisan yang terdapat pada aplikasi yang pelbagai. Menurut Anne Jeffrey Kihob dan Saidatul Nornis Hj. Mahali (2021), singkatan kata terjadi apabila individu mengurangkan beberapa huruf atau menggunakan simbol tertentu untuk membina satu perkataan yang tidak sempurna sebutannya. Kesalahan singkatan kata tersebar luas dalam kalangan pengguna media massa khususnya kalangan remaja mahupun dewasa. Hal ini kerana, media massa mempunyai pengaruh yang besar pada masa kini disebabkan penggunaannya yang semakin banyak digunakan tanpa had umur.
JUSTIFIKASI Kesan daripada kesalahan penggunaan singkatan kata ini akan menyebabkan kekeliruan antara pengirim dan penerima. Hal ini akan menyukarkan penerima untuk memahami apa yang hendak disampaikan oleh pengirim lebih-lebih lagi apabila hanya pengirim sahaja yang mengetahui maksud singkatan kata tersebut. Maka, mesej yang sepatutnya disampaikan dengan mudah tidak dapat berlaku dan komunikasi dua hala telah terhalang. Sebagai contoh, pengirim hendak menyatakan bahawa hanya orang yang tahu cerita tersebut sahaja yang tahu namun pengirim telah menggunakan singkatan kata “ytjt” yang menyebabkan penerima tidak memahami maksud pengirim. Malahan, penerima beranggapan bahawa “ytjt” tersebut adalah nama seseorang. Oleh itu, pengguna media massa hendaklah sentiasa mengamalkan penggunaan bahasa yang betul dan tepat. Pengirim yang hendak menyampaikan mesej hendaklah menggunakan perkataan yang penuh dan bukannya singkatan kata bagi memudahkan penerima menerima pesanan yang hendak disampaikan.
KESALAHAN KATA : BAHASA SLANGA
JUSTIFIKASI Kesalahan kata yang terdapat dalam gambar tangkap layar aplikasi Whatsapp berikut menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa slanga. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), slanga bermaksud kata-kata atau ungkapan yang tidak termasuk dalam bahasa baku dan kebiasaannya digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Penggunaan bahasa slanga berfungsi untuk merahsiakan perbualan dalam komuniti yang tertentu (Tengku Fariqul Haq & Harishon Radzi , 2018). Kebiasaannya, golongan remaja sering menggunakan bahasa slanga kerana mereka mahu berkomunikasi bersama rakan sebaya tanpa diketahui maksudnya oleh golongan dewasa.
JUSTIFIKASI Sebagai contoh, gambar tangkap layar aplikasi Whatsapp tersebut menunjukkan penggunaan bahasa slanga yang hanya ditujukan kepada kelompok remaja sahaja. Hal ini dikukuhkan dengan kenyataan Zuraidah Mohd Sulaiman (2016) menyatakan bahawa penggunaan bahasa slanga ketika berkomunikasi sering digunakan oleh golongan remaja. Aplikasi Whatsapp digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi, bertukar pendapat dan mempermudahkan urusan untuk tujuan pendidikan. Namun, perbualan yang terdapat di aplikasi Whatsapp merancakkan lagi kerancuan bahasa khususnya dalam golongan remaja kerana mereka mendominasi penggunaan aplikasi tersebut.
Salah Betul Hai siss, kalau gi kafe roger tau sis Hai awak, kalau awak hendak ke kafe bagi tahu saya ya. Bebb, hang kat mana Chek nak pi ni Awak berada di mana? Saya hendak pergi ke kafe sekarang. Jap siss, lambert sikit Kita nak pi kafe mana ni? Gi kafe Nasi Ulam lah, situ mur mur Sekejap, saya lambat sedikit. Kita hendak pergi ke kafe mana? Jum pergi kafe Nasi Ulam di situ makannya murah-murah. JUSTIFIKASI
Salah Betul Onzz weii Setuju. Jap wei, harey betul beg duit aku tertinggal Sebentar ya, dompet saya tertinggal. Bebal la ko ni, gi amik sana Tidak mengapa, pergilah ambil dahulu dompet awak itu. JUSTIFIKASI
JUSTIFIKASI Menurut Mary Fatimah Subet dan Muhammad Zaid Daud (2016), bahasa slanga digunakan untuk tujuan hiburan, mewujudkan perbualan yang lebih mesra serta meringkaskan perkataan tertentu tanpa mengubah makna asal perkataan agar pertuturan mudah difahami, untu merapatkan hubungan sosial dan sebagai kod rahsia dalam komuniti untuk konteks tertentu. Penyebaran bahasa slanga yang semakin tersebar luas menyebabkan berlakunya pencampuran bahasa seperti bahasa Inggeris dan bahasa tempatan seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah berikut.
JUSTIFIKASI Penggunaan perkataan "sis, beb, chek, ko" merujuk kepada kata panggilan terhadap seseorang individu. Perkataan "sis" dan "beb" pada asalnya adalah perkataan "sister" dan "babe" yang merupakan perkataan bahasa Inggeris dan bermaksud kawan perempuan. Manakala, perkataan seperti "chek" dan "ko" adalah bahasa tempatan iaitu "chek" adalah perkataan saya dalam dialek Kedah manakala "ko" adalah perkataan engkau dalam bahasa Melayu. Terdapat juga perkataan yang kurang sopan digunakan dalam perbualan tersebut seperti "harey" dan "bebal" yang bersifat untuk menghina dan berbentuk makian terhadap seseorang.
JUSTIFIKASI Norfarahdila Jamali dan Sa’adiah Ma’alip (2018) berkata bahawa penggunaan bahasa slanga secara meluas dalam kalangan pengguna bahasa akan menyebabkan martabat bahasa Melayu akan terancam. Tambahan lagi, menurut Noor Fazerra et. al., (2022) menyatakan bahawa penggunaan bahasa slanga akan merusakkan kemahiran berbahasa dalam golongan pengguna bahasa. Oleh itu, pihak tertentu hendaklah sentiasa berganding bahu dan menggembeleng tenaga untuk membanteras penggunaan bahasa slanga daripada terus berleluasa dalam kalangan remaja.
JUSTIFIKASI Hal ini kerana, golongan remaja merupakan golongan yang akan memerintah negara suatu hari kelak. Sekiranya golongan remaja menggunakan penggunaan kata yang salah maka sudah pastinya masa depan bahasa Melayu akan meruntun. Pihak berkuasa seperti pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh memperbanyakkan lagi program berkaitan penggunaan kata dan bahasa yang betul dan tepat. Sejajar dengan kemajuan teknologi, pihak DBP juga boleh mewar-warkan poster berkaitan penggunaan kata dan bahasa yang betul melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan dalam membiasakan anak-anak kepada penggunaan kata dan bahasa yang betul dan lengkap dengan bertutur menggunakan bahasa dan kata yang betul dalam kehidupan seharian.
JUSTIFIKASI Pihak sekolah boleh mendedahkan kepada murid-murid berkaitan penggunaan kata dan bahasa yang betul ketika berkomunikasi. Apabila mereka sentiasa disalurkan pengetahuan berkenaan penggunaan kata dan bahasa yang betul, mereka akan dapat mengenal pasti kesalahan dalam sesuatu perkataan dan membetulkannya menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Akhir sekali, setiap individu hendaklah mempraktikkan penggunaan kata dan bahasa yang betul ketika komunikasi seharian khususnya dalam media massa seperti Whatsapp supaya isu penggunaan bahasa slanga dapat dikurangkan. Kesimpulannya, setiap individu berperanan dalam memembanters isu-isu kesalahan bahasa agar martabat bahasa Melayu dapat dipelihara dan ditingkatkan.
RUJUKAN Alizuddin, N. A., & Nik Mohd Arif, N. N. A. (2021). Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan bahasa Melayu pelajar antarabangsa. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 4(1), 113-127. Retrieved from https://al-qiyam.net/index.php/isshj/article/view/103. Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Kesalahan Penggunaan Imbuhan Awalan dan Akhiran dalam kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(1), 3 – 13. Anne Jeffery Kihob & Saidatul Nornis Hj. Mahali . (2021). Kesalahan ejaan dalam kalangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Jurnal Melayu. 20(1), 38-64. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka Mary Fatimah Subet & Muhammad Zaid Daud. (2016). "Giler" atau "Gile": Slanga kata penguat. Jurnal Bahasa. 16(2), 293-304. http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4243/1407. Noor Fazerra Paijin, Nuratikah Ja'afar & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). Penggunaan bahasa slanga dalam akaun twitter "Brgsjks". Jurnal Wacana Sarjana. 6(3), 1-13. https://bit.ly/3n8yWCP.
RUJUKAN Norfarahdila Jamali & Sa'adiah Ma'alip. (2018). Fenomena penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja felda di Gugusan Felda Taib Andak: Suatu tinjauan sosiolinguistik. Jurnal Wacana Sarjana. 2(3), 1- 15. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/174/133. Nur Farahkhanna Mohd. Rusli, Lokman Hakim Abdullah & Azizah Ligaspi. (2022). Kata singkatan menjejaskan kewibawaan Bahasa Melayu. Majalah Dewan Bahasa, April : 15. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/04/15/3337/. Tengku Fariqul Haz & Harishon Radzi. (2018). Slanga sebagai wahana komunikasi dalam kalangan remaja di Bengkalis. Jurnal Wacana Sarjana. 2(1), 1-10. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/71/49. Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu dalam penulisan karangan pelajar. LSP International Journal, 4 (1): 23–35. Zuraidah Mohd Sulaiman. (2016). Slanga mengupayakan kreativiti berbahasa remaja Melayu dan Cina (Bahagian 2). Dewan Bahasa. 16(4), 22-25.
TERIMA KASIH