5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN
SISWA GURU
Syed Ismail Syed Mustapa, PhD1*, Abdul Hameed Abdul Majeed, PhD2, Lee Leh Hong3,
Mohd Jim Hamzah4 dan Ahmad Subki Miskon5
1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Malaysia
*[email protected]
Kajian ini dijalankan untuk meninjau pelaksanaan pembelajaran secara atas talian dalam kalangan siswa guru.
Fokus kajian terhadap empat aspek iaitu persepsi terhadap pembelajaran secara atas talian, isu utama dalam
aspek pembelajaran, isu utama dalam aspek pentaksiran dan kesesuaian pembelajaran secara atas talian
terhadap siswa guru. Sampel kajian ini terdiri daripada 496 orang siswa guru dari IPG kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.yang berada di pelbagai peringkat pengajian dan pengkhususan pengajian. Kajian ini
menggunakan pendekatan gabungan (explanatory mixed method) dengan menjadikan pendekatan kuantitatif
melalui instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 488
orang siswa guru (98.4%) menggunakan aplikasi whatsapp untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian.
Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pembelajaran siswa guru semasa mengikuti proses
pembelajaran secara atas talian berada pada tahap sederhana tinggi (min 3.67; sp= .36). Di samping itu dapatan
kajian menunjukkan bahawa isu utama dalam aspek pembelajaran yang dihadapi oleh siswa guru semasa
mengikuti proses pembelajaran secara atas talian adalah masalah untuk akses kepada rangkaian internet (336
orang; 67.7%). Kajian juga mendapati antara isu utama dalam aspek pentaksiran yang dihadapi oleh siswa guru
semasa mengikuti proses pembelajaran secara atas talian adalah kesukaran untuk menyempurnakan tugasan
dengan lebih baik (min 3.27; sp= .91). Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa 286 orang (57.6%)
daripada siswa guru menyatakan bahawa pembelajaran sesara atas talian adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan
di IPG. Seterusnya pengkaji mencadangkan supaya pensyarah menggunakan pelbagai medium elektronik agar
pembelajaran secara atas talian menjadi lebih menarik dan kemudahan rangkaian internet perlulah
dipertingkatkan untuk membolehkan semua siswa guru akses kepada rangkaian internet. Selain itu pensyarah
juga digalakkan untuk memberikan pendedahan terperinci terhadap setiap tugasan agar siswa guru dapat
menyempurnakan tugasan yang diberikan. Bilangan kerja kursus dan tugasan dalam aktiviti tutorial perlu
dikurangkan agar tidak terlalu membebankan siswa guru.
Kata kunci: Pembelajaran, atas talian, rangkaian internet
USING LoHEx TO PROMOTE HIGHER ORDER THINKING (HOTs)
Lee, H. L. J.1* and William, S.2
1Labuan Education Department, Malaysia
2Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, Malaysia
*[email protected]
Teachers are very much encouraged to ask questions in class as questioning helps teachers check pupils’
understanding of a particular topic and content. Questioning can also be a form of formative assessment. Good
questions do promote thinking, a skill required for 21st century learning. An action research was conducted to
look into pupils’ participation in giving and accepting questions using Lower to Higher Exit Cards (LoHEx).
LoHEx cards were randomly distributed among students at the end of English lessons. The questions on the
cards cover lower to higher order thinking (HOTs). It was found that the cards helped pupils formulate
questions. It was also noted that more questions were asked and more answers were obtained. LoHEx is
believed to be one of the many tools teachers can adopt to encourage thinking and questioning among pupils.
Keywords: LoHEx, questioning, thinking
47
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA DALAM TALIAN DALAM
KALANGAN GURU-GURU INTERIM SEMASA PANDEMIK COVID-19
Yee Bee Choo
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Malaysia
*[email protected]
Pandemik Coronavirus 2019 (Covid-19) yang berlaku pada tahun 2020 telah menyebabkan penutupan semua
sekolah dan para guru terpaksa menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian bagi
murid yang berada di rumah. Ini menyebabkan perubahan amalan guru dari segi pedagogi dalam penggunaan
kaedah dan teknik yang lebih berkesan semasa pandemik. Kajian kes ini dijalankan bagi mengenal pasti
amalan PdP secara dalam talian dalam kalangan guru-guru interim. Seramai 11 orang guru interim Bahasa
Inggeris yang terlibat sebagai persampelan secara bertujuan. Kajian ini mengumpul data kualitatif melalui
pemerhatian dan analisis dokumen dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan jurnal reflektif. Dapatan
menunjukkan guru-guru dapat mengamalkan PdP secara dalam talian dengan pelbagai alat digital seperti
Google Classroom, Google Meet, PowerPoint, Kahoot, Canvas, dan lain-lain. Mereka menggunakan alat
digital ini secara segerak dan tidak segerak dengan memberi nota, merakamkan suara, menghantar link video
pengajaran, kuiz soalan, dan kerja rumah. Manakala mereka menghadapi cabaran seperti masalah internet yang
tidak stabil, kehadiran murid yang tidak memuaskan, pembelajaran terlalu berpusatkan guru, penglibatan yang
kurang aktif atau kurang memuaskan, kekurangan kefahaman dalam kandungan, dan kekurangan kemahiran
guru dalam penggunaan alat digital. Implikasinya ialah rancangan dan pelaksanaan program perguruan dan
kursus atau latihan yang berfokus kepada pedagogi dan kemahiran penggunaan alat digital bagi bakal guru dan
guru sekolah oleh institut pendidikan guru dan universiti.
Kata kunci: Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), PdP secara dalam talian, Guru Interim, Pandemik
Covid-19
INFLUENCE OF USER INTERFACE DESIGN ELEMENTS IN MOBILE EDUCATION
APPLICATION ON STUDENT’S ENGAGEMENT
Si Min1*, Tan2 and Fasehah Abdullah3
1,2 3Southern University College, Malaysia
*[email protected]
The advancement and development of mobile devices impact various areas of life, including the education
system. There is a wide variety of mobile applications that are meeting the needs of the digital generation.
Mobile devices are easily portable and allow the digital generation to access educational content anytime and
anywhere beyond traditional classroom learning. Mobile devices are increasingly using them as the best choice
to engage the student in learning. Following that, the education system is now entering a mobile learning era.
User interface design elements are an essential aspect of mobile learning. A proper user interface design
element attracts the user to keep using the application and engages students in communicative, collaborative,
supportive, and constructive activities. However, the user interface design elements have not adopted well while
developing and designing mobile applications used for educational purposes. Therefore, the unattractive user
interface of mobile education applications leads to student’s engagement in learning. This paper discusses the
influence of user interface design elements of mobile education applications to enhance student’s engagement in
learning.
Keywords: Mobile Learning, User Interface Design Element, Student Engagement
48
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
EFFECTIVENESS OF USING GEOMETER’S SKETCHPAD ON SECONDARY STUDENTS’
UNDERSTANDING IN GEOMETRY INDUCTION
Loong Yoong Chuan 1* and Leong Kwan Eu2
1,2Faculty of Education, University Malaya, Malaysia
*[email protected]
Geometry inductions require students’ vast understanding in geometry to make conclusion about the
relationship between shapes. The study aimed at examining the effectiveness of incorporating Geometer’s
Sketchpad in understanding geometry inductions for secondary school students. A quasi-experimental research
design was used to study the relationship between incorporation of Geometer’s Sketchpad in teaching geometry
induction and students’ understanding and their ability in geometry induction to solve problems. This study
involved comparisons between two different learning environments. The participants (n = 60) of the study were
two classes of secondary school students assigned randomly as control and experimental groups with 30
students in each group. The control group was taught with the traditional approach of geometry induction while
the experimental group learned through exploration and discovery with the incorporation of Geometer’s
Sketchpad. The participants had little understanding of geometry inductions prior to the study. Paired-sample t-
test was used to compare between the pre-test and post-test of these two groups of students. The findings
indicate a significant difference in students’ understanding in geometry inductions when Geometer’s Sketchpad
was incorporated. The implication of this study is incorporating of Geometer’s Sketchpad in teaching and
learning of geometry induction in secondary level improves student understanding. The use of dynamic
interactive software in teaching and learning of mathematics concepts through discovery and exploration in the
classroom enhance student understanding in learning difficult mathematics theories or concepts. Suggestion to
study student engagement in learning geometry proofs and how user-friendly the interface of the dynamic
interactive software will benefit to educators.
Keywords: Geometer’s sketchpad, geometry induction, understanding, effectiveness
KOMPETENSI DIGITAL GURU SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
(PdPR-DIGITAL): PEMBANGUNAN DAN KESAHAN INSTRUMEN MENGGUNAKAN UJIAN PRA
Ahmad Shidki Mat Yusoff ¹*, Fahmi Zaidi Abdul Razak², Fan Siong Peng³ dan Hazram Ismail⁴
¹٫²٫³Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Malaysia
²Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang
* [email protected]
Melatih guru dalam persekitaran digital antara sembilan kecekapan utama yang diperlukan oleh warga dunia
pada hari ini dan hubungannya sagnat berkait rapat dengan kualiti pendidikan pada abad ke-21. Dalam laporan
Suruhanjaya Eropah sebelum ini, bahawa guru mesti mengetahui pelbagai pendekatan pedagogi untuk
memanfaatkan ICT dan menyokong pengembangan kemahiran belajar abad ke-21. Hal ini menunjukkan bahawa
kemahiran abad 21 mesti disertakan dalam pendidikan guru. Terdapat kata sepakat daripada sarjana mengatakan
bahawa guru mesti menyediakan pelajar dengan kandungan pembelajaran dengan cara yang menyokong
pengembangan kemahiran abad ke-21 pelajar. Secara praktikalnya perbincangan yang berkaitan teknologi digital
dapat meningkatkan pemahaman pemegang taruh tentang usaha meningkatkan penggunaan digital di Malaysia
terutamanya dalam kalangan guru. Penggunaan digital yang lemah akan memberi kesan kepada penggunaan
yang tidak optimun dan seterusnya menyumbang kepada kegagalan sesebuah organisasi. Justeru terdapat
keperluan pengukuran pemahaman dan kepercayaan yang lebih baik terhadap penggunaan teknologi digital
masakini. Kajian ini bertujuan menentukan kesahan kandungan dengan membuat pengujian ujian pra terhadap
pembolehubah kompetensi termasuk semua dimensi yang berkaitan. Pada masa kini penggunaan ujian kesahan
dan kebolehpercayaan adalah dua elemen asas dalam penilaian instrumen pengukuran.
Kata kunci: Kompetensi, Digital, PdPR, Pengukuran Kesahan, Ujian Pra
49
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
COMMUNICATIVE COMPETENCE OR ELECTRONIC ELOQUENCE:
THE DILEMMA OF ASSESSING ONLINE ORAL PRESENTATIONS
Nair-Prakash, S., PhD1* and Antonysamy, A.C., PhD2
*1Freelance Educator, Malaysia
2 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Malaysia
* [email protected]
A major part of coursework for pre-service teachers is oral presentations, either individually or in groups.
These oral presentations are usually carried out in face-to-face situations. Due to the Covid-19 pandemic,
teaching and learning and its major component, assessment has gone online. Lecturers find themselves
assessing either live or recorded presentations. This study explores the lecturers’ point of view of the
assessment of online oral presentations. Data was collected using a questionnaire administered to lecturers
from three teacher education institutes as well as from interviews with selected participants. The findings
point towards the need for skills and knowledge of online assessment to be enhanced as well as
modification of rubrics. The results of this study will also help inform how can or should our pedagogy
incorporate electronic eloquence in facilitating pre-service teachers’ oral presentation tasks.
Keywords: Oral presentation, assessment, electronic eloquence, communicative competence
MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID TAHUN 3 DALAM KELAS PDPR DENGAN
KAEDAH ‘BUBU’
Mohd Syahir bin Mohamad @ Ismail
[email protected]
Pandemik Covid19 telah merubah landskap pendidikan negara apabila sekolah terpaksa ditutup dan guru
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran yang (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti
atau mana-mana lokasi bersesuaian. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam
satu tempoh tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar
negeri (Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah, 2020). Oleh yang demikian, pengkaji telah
melaksanakan PdPR atas talian dan luar talian dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Namun, beberapa
masalah telah timbul yang menyebabkan penglibatan murid dalam PDPR agak kurang. Maka, pengkaji
telah menggunakan Kaedah ‘Bubu’ untuk meningkatkan penglibatan murid semasa kelas PdPR. Kaedah
‘Bubu’ diinspirasi daripada alat menangkap ikan masyarakat Melayu. Kaedah ini menggunakan pelbagai
aplikasi untuk menarik minat murid dan memudahkan murid belajar. Antara aplikasi yang digunakan
adalah aplikasi Padlet, Zoom, Google Meet, Youtube dan Quizizz. Kajian ini melibatkan 19 orang murid
Tahun 3 daripada sekolah pedalaman di daerah Selangau, Sarawak. Hasil kajian menunjukkan Bahawa
Kaedah Bubu telah berjaya meningkatkan jumlah penglibatan murid dalam PdPR.
Kata kunci : PdPR, Kaedah Bubu dan aplikasi
50
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
EMPLOYING COOPERATIVE LEARNING STAD IN IMPROVING MATHEMATICS SKILLS IN
VTE ENGINEERING STUDENTS
Sarinah Ziziumiza1, Jabaidah Bungsu2 dan Masitah Shahrill3
1,2,3Universiti Brunei Darussalam, Brunei Darussalam
* [email protected]
Student Team Achievement Division (STAD) is a cooperative learning strategy whereby a small group of
learners with different abilities work together in completing a shared goal. This research aimed to investigate
the effectiveness of employing STAD amongst the Vocational and Technical (VTE) students. The objectives
are to identify if the use of STAD in classroom enhances students’ learning to improve their performance and
attitude towards cooperative learning strategies; and also to identify their learning preferences to study
individually or cooperatively. This study draws from quantitative data that were gathered from pre- and post-
achievement tests, students’ attitude questionnaires, rubric evaluation and group achievement test to assess the
students’ performance in a group. Paired t-test was performed and the results suggested that there was a
significant difference between students’ score in the pre-test and post-test indicating that the STAD
cooperative learning has improved the students’ performance in Mathematics skills and learning outcomes.
Keywords: Cooperative learning, mathematics skills, vocational and technical education Themes: Teaching
and Learning Approaches
HOW SHOULD EFL BE TAUGHT IN INDONESIA, TO FACE THE 21ST CENTURY
EDUCATION?
Mirjam Anugerahwati
Universitas Negeri Malang, Indonesia
* [email protected]
Facing the 21st Century education is something inevitable, for teachers and students all the world over, and
Indonesia is no exception. The Indonesian Ministry of Education and Culture (MoEC) has been preparing
for this since the issuance of the 2013 Curriculum, and over the years, it has been revised and improved
several times. The latest development in Indonesian Education is the concept of Profil Pelajar Pancasila
(the profile of Indonesian students who adhere to the Five Principles of Pancasila Ideology). This profile
comprises six aspects, which are 1) religious, believing in one God, and having noble characters, 2)
independent, 3) having critical reasoning, 4) having global, intercultural values, 5) cooperative, and 6)
creative. In the realm of EFL teaching and learning, Indonesian teachers should incorporate those six
aspects to ensure that students master not only the skills of the English language, but also the strong
character as citizens of the world. This paper proposes some ways to conduct EFL instructions to fulfill
those aims. Several suggestions are provided, together with sample materials and suggested media. Some
of the samples come from the writer’s students, while others are the writer’s ideas.
Keywords: 21st century education, Profil Pelajar Pancasila, noble characters.
51
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
21ST CENTURY PROFESSIONAL LEARNING FOR TEACHERS IN MALAYSIA
Nur Leenna Abdul Rahman1*, Mahani Mokhtar2 and Dayana Farzeeha Ali3
1,2,3Faculty of Social Science and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia
* [email protected]
This paper presents a topic related to teachers’ professional development specifically on enhancement of
21st century learning skills among teachers in Malaysia. Malaysia Education Blueprint (MEB) 2013-2025
which was introduced by Ministry of Education (MOE) has outlined the transformation of teachers’
professional development practice by increasing personalized professional development from 16 percent to
60 percent by the year of 2025. Currently, professional development practices around the world are focusing
on finding ways of embedding 21st century skills effectively so that teachers have the competency to use the
skills in their teaching and learning sessions. In addition, this paper also discusses elements of practices
promoted in 21st century learning including collaborative learning, problem solving, the use of ICT, critical
and creative thinking. It is crucial for teachers to revolutionize their paradigm of professional learning to
ensure that they are competent in adopting 21st century learning skills in their lessons and thus the
expectation of producing future ready human capital can be materialized.
Keywords: 21st Century Learning, Teacher, Professional Development, Self-Directed
PEMBINAAN DAN KEBOLEHGUNAAN PERMAINAN PAPAN PROSALT DALAM
PEMBELAJARAN TAJUK GARAM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKITAR NILAI,
NEGERI SEMBILAN
Esther Rani Doraiseriyan1* dan Muhd Ibrahim Muhamad Damanhuri2
1,2Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
*[email protected]
Kajian ini bertujuan membina permainan papan pendidikan yang sah dan mempunyai kebolehpercayaan serta
kebolehgunaan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Garam Kimia Tingkatan 4. Permainan papan Prosalt
telah dibina berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Kimia Tingkatan 4. Kajian ini merupakan
satu kajian reka bentuk dan pembangunan. Seramai 106 orang pelajar Kimia Tingkatan 4 dari tiga buah
sekolah telah dijadikan sebagai sampel kajian. Sampel ini digunakan untuk menilai kebolehgunaan permainan
papan Prosalt yang dibina menggunakan soal selidik. Data dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif
menggunakan perisian SPSS. Permainan papan Prosalt yang dibina telah disahkan oleh lima orang pakar
daripada bidang gamifikasi, bidang pendidikan kimia dan guru kimia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penilaian terhadap kesahan permainan papan Prosalt mempunyai nilai persetujuan yang tinggi. Tambahan, nilai
kebolehpercayaan permainan papan Prosalt yang tinggi dengan nilai pekali korelasi r=0.9961. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kebolehgunaan permainan papan Prosalt adalah tinggi di mana pelajar boleh menerima
permainan tersebut dan sesuai bagi memupuk pengalaman pembelajaran berasaskan permainan.
Kesimpulannya, permainan papan Prosalt adalah sesuai digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran tajuk
Garam dalam kalangan pelajar.
Kata kunci: Permainan papan, Garam, Pendidikan Kimia, Kebolehgunaan
52
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
DEVELOPMENT OF INSTRUMENT TO ASSESS PROSPECTIVE TEACHERS’ SCIENTIFIC
CREATIVITY
Wimbi Apriwanda, N *. dan Hanri, C.
University Technology Malaysia, Malaysia
*[email protected]
21st century learning should implement creativity in teaching and learning process. In the field of science,
creativity is called as scientific creativity. The difference between creativity and scientific creativity lies in
dimensions such as scientific knowledge and scientific inquiry. People can be creative in art, but they can
differ in science. The urgency of scientific creativity makes it important to assess scientific creativity among
stakeholders in education especially teachers and prospective teachers. Prospective teachers are people who
will have an important role in future education because their competencies will affect students in the future
that will be produced. Unfortunately, there is no studies that discussed scientific creativity among prospective
teachers, especially in chemistry field, this is because there was not yet an instrument for assessing scientific
creativity among prospective teachers. Therefore, this study aimed to develop an instrument to assess the
scientific creativity of prospective chemistry teachers. This research was conducted quantitatively through
validity expert’s method and reliability as data analysis. The results showed that the instrument was valid as
confirmed by the experts, and reliable with alpha Cronbach = 0.636. The valid and reliable scientific
creativity instruments obtained can be a tool for stakeholders in education to assess scientific creativity before
teaching in schools. With the hope that it could help to increase the involvement of 21st century education
and further achieve the main goal, namely creating quality education.
Keywords: Scientific Creativity, Prospective Teacher, Chemistry, Instrument. Themes: 21st-century
education
ALTERNATIVE MODE OF TRAINING PRACTICUM SUPERVISORS USING CASE STUDY:
DEVELOPING A CASE STUDY MODULE FOR 21ST CENTURY EDUCATION SKILLS
Ang Chooi Kean1, Man Ah Keow2, Thirrummurthy a/l A. Maruthai 3, Mohd Kashfi bin Mohd Jailani4,
Kasmawati binti Baharuddin5 dan * Mohd Zulkarnain bin Nordin6
1,2,3,5,6Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa,
4Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia
* [email protected]
One of the pertinent issues in teacher training is to ensure quality of supervision during the practicum phase.
Supervisors go through stages of development as they provide supervision. Guidelines should be developed so that
the quality training in supervision in line with the required skills of 21st century education will be ensured.
Currently, the guidelines on practicum supervision do not focus on the quality of supervision and how it can be
carried out effectively in teacher education institutes. There is also a concern on how to provide adequate training
for practicum supervisors. Thus, this research project aims to improve the quality of practicum supervision through
training or retraining using case studies towards inculcating 21st century education skills. The research applies a
combination of qualitative and quantitative methods. The preliminary study in the project comprises three phases
which are (1) preparation: collecting case studies using a case study template, (2) implementation (pilot study):
training/ retraining of Practicum supervisors using the case studies, and (3) evaluation: getting feedback from
trained or retrained supervisors. These feedbacks obtained from the lecturers will be taken into consideration to
improve the case studies for the project. Subsequently, a training module consisting of these improved case studies
will be the final product of this preliminary study in the research project.
Keywords: Practicum supervision, Case studies, 21st century education skills, Alternative training mode.
53
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK
Kesavarrtiny a/p Sinnasamy1 dan Muhammad Sofwan Mahmud2*
1, 2Universiti Kebangsaan Malaysia
*[email protected]
Penguasaan kemahiran berfikir kritikal pelajar pada masa kini adalah merupakan suatu perkara yang penting
yang diperlukan oleh pelajar bagi menguasai pembelajaran matematik. Pemikiran kritikal diakui sebagai salah
satu kemahiran berfikir yang penting dan merupakan salah satu petunjuk terpenting dalam mengenalpasti
kualiti pembelajaran pelajar. Kedua-dua komponen pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah ini merujuk
cara menggunakan pengetahuan, fakta, dan data untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan. Dalam
penyelesaian masalah, pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal dalam menganalisis masalah,
sintesis dan aplikasi konsep yang telah dipelajari. Pelajar yang arif berfikir secara kritikal dalam matematik
dapat penglibatan dan pemahaman yang lebih mendalam dan kecekapan yang lebih kuat dalam mempelajari
proses matematik. Kertas ini membincangkan tinjauan literatur yang menumpukan gaya pembelajaran
pemikiran kritikal, penglibatan dan motivasi pelajar, peranan pemikiran kritikal dalam penyelesaian masalah
matematik serta hubungannya. Dengan mengenali hubungan pemikiran kritikal dengan penyelesaian masalah
matematik, para pendidik matematik dapat memberi penekanan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang mencungkil pemikiran kritikal pelajar. Justeru, kertas ini juga membincangkan kaedah pengintegrasian
pemikiran kritikal dalam bilik darjah bagi pembelajaran penyelesaian masalah matematik serta implikasinya.
Kata kunci: Pemikiran kritikal, penyelesaian masalah Tema: Sains Sosial
ATOM AND ISOTOPES TOOLKIT: AN INTERACTIVE CHEMISTRY SELF-LEARNING
APPLICATION
Dani Asmadi bin Ibrahim1*, Noor Fatihah Zulkeply2 and Amal Hayati bintiJamali3
1,2,3 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
*[email protected]
Atom and Isotopes Toolkit (AIT) is an education application to help students learn Atoms and Isotopes. The
toolkit is a mobile-friendly file format with links to web applications, simulators, interactive learning
resources related to Chapter 1.1: Atoms and Molecules of the matriculation chemistry course. The toolkit
allows users to make quick references, engage interactive tools and simulations related to the study of the
topic by using their mobile devices. The detailed research on Matriculation Science Program students
discusses how learning of Atoms and Isotopes is enhanced by engaging the sub-microscopic elements of the
topic and making the learning experience more interactive. Teaching and learning are done by using the
Atoms and Isotopes Toolkit. After an hour of class using the application, students achieved an average test
score of 89.9% (SD 8.1%). Based on a Likert scale questionnaire, 95% of the students believe that the Atom
and Isotopes toolkit positively impacts their learning of the topic. Similarly, the open-ended answers from 151
students, 123 are positive, 28 are neutral or gave no feedback. Based on the results, we concluded that the use
of the application has successfully incorporated interactivity and sub-microscopic learning of the topic and
help improve students' knowledge and attitude toward chemistry.
Keywords: Science education, chemistry, atoms and molecules, educational application, and twenty-first-
century learning.
54
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
PENDEKATAN KAEDAH INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM ABAD KE-21 DI SEKOLAN MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KINABALU
Mohd Maziz Al-Hadi Moharam1*, Saifulazry Mokhtar 2 dan Kasoma Thia3
1,2,3Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
*[email protected]
Kaedah interaktif adalah satu kaedah interaksi secara digital yang merupakan medium alternatif dalam sistem
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sejajar dengan perkembangan teknologi abad ke-21. Pelaksanaan aplikasi ini
dalam (PdP) membuktikan bahawa konsep pendidikan kini berada selangkah maju ke hadapan sejajar dengan visi
dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaedah pembelajaran interaktif ini perlu diterapkan dalam setiap mata
pelajaran termasuklah Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat pendekatan
kaedah interaktif dalam (PdP) untuk mata pelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 dalam kalangan pelajar di sekolah
menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti cabaran dalam (PdP)
Pendidikan Islam abad ke-21 serta justifikasi signifikan pelaksanaannya terhadap pelajar di sekolah menengah
daerah Kota Kinabalu. Kaedah kualitatif menerusi temu bual dan soal selidik dijadikan sebagai metodologi utama
dalam kajian ini. Terdapat seramai 160 orang responden daripada lapan buah sekolah menengah di sekitar Daerah
Kota Kinabalu terlibat dalam persampelan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan
Islam amat memerlukan pendekatan kaedah interaktif kerana mempunyai topik-topik pengajaran yang memerlukan
huraian rinci dalam pemahaman pelajar. Kajian turut mengesahkan bahawa kaedah interaktif mampu memberi
kefahaman yang gitu kepada pelajar secara langsung kerana pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari
secara praktikal dan amali. Kajian ini mengharapkan agar platform kaedah interaktif dalam proses PdP khususnya
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam perlu selaras dengan perkembangan teknologi semasa bagi memastikan
kelangsungan pendidikan sentiasa berada di mercu kejayaan sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kata kunci: Kaedah interaktif, Pendidikan Islam, abad ke-21, pengajaran dan pembelajaran, Kementerian
Pendidikan Malaysia, sekolah menengah, Kota Kinabalu
‘S’TWO’-GO’ MENINGKATKAN PENGETAHUAN, MOTIVASI DAN MINAT MURID DALAM
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Shabibah binti Shaufit1*, Wan Nornajmiwati binti Wan Ab Rahman, PhD2, Farihah binti Mohd Noor @
Jamil3, Mohd Asri bin Md Saman @ Osman, PhD4 dan Nurul Naflesa binti Mohd Nasir5
1,2,3,4,5Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Malaysia
*[email protected]
‘S’Two’-Go berfungsi meningkatkan kefahaman murid tentang tajuk sunat ab’ad dan sunat hai’at dengan lebih
mudah dan menarik serta penggunaan perisian Microsoft Powerpoint dan teknologi digital IR 4.0 iaitu QR Code
dan Zappar Code dimana murid dapat menyanyi, belajar dan membuat latihan pengukuhan yang dapat membantu
murid untuk belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja tanpa memerlukan rangkaian internet yang kuat.
Seterusnya, ‘S’Two’- Go’ turut berfungsi meningkatkan minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam bidang Ibadah di sekolah rendah. Kajian dijalankan ke atas 6 orang sampel murid tahun 3.
Sampel terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Seterusnya pengguna dikehendaki
untuk mengeksplorasi sembilan slot utama bagi mendapatkan pelbagai nota (slot Learn With Ustazah Nafiesa &
Notes), nyanyian (slot Let’s Sing!), video (slot Let’s Watch Together!), info tambahan (slot Did you know?),
bacaan doa sebelum belajar (slot Prayer) serta latihan pengukuhan (slot Let’s Play Games & Quiz). Bagi slot
aktiviti permainan (S’Two’-Go Hunt), secara dalam talian, murid dikehendaki mengimbas kad soalan, kad bacaan
serta kad amali menggunakan aplikasi Zappar Code bagi mendapatkan soalan, nota ringkas dan video amali (Rujuk
Lampiran 12). Hasil kajian menunjukkan peningkatan markah 4 daripada 6 sampel yang diuji. Manakala 2 lagi
sampel tidak menunjukkan sebarang perubahan pada markah. Kesimpulannya, penggunaan inovasi ini memberi
peningkatan dengan berlakunya penemuan positif pada pencapaian pengetahuan murid mengenai sunat ab’ad dan
sunat hai’at. Inovasi yang dihasilkan menunjukkan keberkesanan terhadap murid namun patut digunakan kepada
kumpulan murid yang lebih besar.
Kata kunci : Suat ab’ad dan sunat hai’at, QR code, Zappar Code
55
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
INTRODUCING RINGGIT MALAYSIA VIA MOBILE APP: A CASE STUDY
Dalmansa bin Tahil, PhD1*, Fu Sai Hoe, PhD2, Chow Wui Chung3,
Leong Lai Kwoon4 and Tiong Lung Lung5
1,2,3Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Sabah, Malaysia
4Sekolah Kebangsaan Pasir Putih,
5Sekolah Kebangsaan Sung Siew
[email protected]
This case study aims to explore the usage of Ringgit Malaysia mobile app to introduce Ringgit Malaysia and
to engage primary year one pupils to learn money literacy. This case study blends Derek Haylock’s
connection model and John Hattie’s visible learning to produce a new teaching digital tool. Nowadays, most
of the mathematics teacher used money sets in teaching money literacy in class. However, Ringgit Malaysia
mobile app can assess pupils’ understanding anytime though its interactive features, get pupil’s instance
feedback and improve pupil’s learning and retention, especially in this pandemic COVID-19. Data were
collected from a primary school mathematics teacher and a remedial primary year one pupil in Malaysia
through online lesson observations. On top of that, analysis of documents such as pupils’ feedback data and
pupil’s worksheet was performed to gain a comprehensive picture of this digital teaching tools. Findings
reveal that this new teaching tool was effective to introduce Ringgit Malaysia for that remedial primary year
one pupil, in particular, to recognise money and identify amount of money. At the end of this study, that
remedial pupil was able to achieve the learning goals through that Ringgit Malaysia mobile application.
Keywords: Money literacy, Ringgit Malaysia, Primary mathematics, mobile apps
PENGGUNAAN KAEDAH RAINBOW UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT
MENDARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT
Siah Jia Vin1* and Rajeswari a/p Vellu Pillai, PhD2
1 ,2Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
*[email protected]
Operasi darab merupakan satu operasi yang lebih sukar dikuasai oleh murid berbanding dengan operasi
tambah dan tolak. Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid-murid
dalam kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan kaedah
Rainbow. Kajian ini melibatkan lima orang peserta yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang
perempuan. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan pencapaian ujian diagnostik. Pengumpulan data
dalam kajian tindakan ini adalah melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca, serta temu bual. Merujuk
kepada data dari segi perubahan dan peningkatan markah dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca serta semakan
lembaran kerja, dapat membuktikan bahawa kaedah Rainbow adalah berkesan dalam membantu murid
menguasai kemahiran pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Merujuk
kepada analisis data temu bual dan data pemerhatian jelas membuktikan bahawa murid berminat dengan
kaedah Rainbow yang diperkenalkan. Dapatan kajian pemerhatian dan temu bual juga menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah Rainbow dapat menambahbaik amalan pedagogi guru. Kesimpulannya, kaedah Rainbow
merupakan kaedah alternatif untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit
dengan dua digit.
Kata kunci: Kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit, kaedah Rainbow, amalan
pedagogi.
56
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
PENGGUNAAN KAEDAH CORNBOX DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK
NOMBOR BULAT DENGAN MENGUMPUL SEMULA BAGI MURID TAHUN 2
Cheah Phey Cheng1* dan Mazlan Muhammad2
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
*[email protected]
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan penggunaan kaedah CornBox dalam membantu murid
Tahun 2 meningkatkan kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula. Kajian ini bertujuan
untuk meninjau pencapaian dan minat murid tentang penggunaan kaedah CornBox dalam meningkatkan
kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang
murid perempuan Tahun 2 dan seorang murid lelaki Tahun 2 yang dipilih berdasarkan pencapaian mereka
dalam ujian dan ujian diagnostik. Sesi intervensi yang dijalankan terdiri daripada tiga peringkat, iaitu
peringkat konkrit, peringkat semi konkrit dan peringkat abstrak. Data kajian telah dikumpul secara triangulasi
melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan
pencapaian murid dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra. Maklum balas peserta kajian dalam
pemerhatian, soal selidik dan temu bual menunjukkan bahawa murid berminat terhadap penggunaan kaedah
CornBox dalam kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula. Dapatan kajian pemerhatian
dan temu bual guru menunjukkan bahawa penggunaan kaedah CornBox dapat menambahbaik amalan
pedagogi bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menolak dengan pengumpulan semula.
Kesimpulannya, kaedah CornBox merupakan kaedah yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran menolak
nombor bulat dengan mengumpul semula.
Kata kunci: Kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula, kaedah CornBox, amalan
pedagogi.
KIT PERMAINAN MAGNET
Ashok Pillai a/p Kuppusamy
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Chemor, Malaysia
[email protected]
Kajian penyelidikan dalam PdPc yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan permainan
magnet untuk mengenalpasti daya tarikan dan tolakan antara kutub – kutub magnet. PAK21 dikatakan
sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Menerusi elemen standard asas dalam
PAK21 masalah murid-murid tahun 1 boleh diatasi. Permainan Magnet memainkan peranan penting
secara aktif dan menyeluruh di mana ia melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara
murid-murid. Secara umumnya, kaedah bermain dalam pedagogi secara kolaboratif merujuk kepada
sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau berkumpulan iaitu kerjasama yang wujud antara guru
dan murid atau murid dengan murid. Teknik pendekatan belajar bermain ini dapat membantu murid-murid
Tahun 1 memahami konsep dan prinsip asas sub topic Sains iaitu daya tarikan dan tolakan antara kutub –
kutub magnet. Kajian berbentuk ini menggunakan pemerhatian, temubual, ujian pra dan ujian pos.
Seramai 5 orang murid Tahun 1 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Chemor, Perak Darul
Ridzuan dipilih sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan awal mendapati murid masih lemah dan keliru dalam
sub topik daya tarikan dan tolakan antara kutub – kutub magnet. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
permainan magnet mendorong murid menjadi aktif semasa PdPc, tidak keliru malah menjadikan PdPc
lebih menarik dan menyeronokkan, mencapai objektif pembelajaran (OPEM) secara mudah, dapat
menguasai topik daya tarikan dan tolakan antara kutub – kutub magnet dan memperoleh skor yang baik
dalam ujian. Ia juga meningkatkan kualiti pembelajaran.
Kata kunci: Penyelidikan dalam PdPc, permainan magnet, mudah mencapai OPEM
57
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
KOMPETENSI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN DALAM KALANGAN GURU
SEKOLAH RENDAH
Ang, C. T1*. dan Lim, L. B.2
1,2Institusi Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Malaysia
*[email protected]
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi pelaksanaan pentaksiran alternatif dalam
kalangan guru sekolah rendah di dua buah negeri utara Malaysia. Kajian pentaksiran alternatif ini
berfokuskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pendekatan
kuantitatif dilakukan untuk mengumpul data secara Google Form terhadap 299 guru dari Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Responden yang berumur 35 tahun dan ke atas dijadikan
dijadikan sasaran memandangkan mereka berpengalaman terlibat dengan pelaksanaan kedua-dua bentuk
pentaksiran alternatif iaitu PBS dan PBD. Data kajian dianalisis menggunakan ujian Korelasi Pearson dan
Regresi Berganda untuk menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Hasil kajian menunjukkan
kompetensi pengetahuan dan kemahiran guru terhadap pentaksiran alternatif adalah pada tahap
sederhana. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan kedua-dua kompetensi guru mempunyai hubungan
positif yang kuat. Analisis Regresi Berganda pula mempamerkan daripada ketiga-tiga sub domain
kompetensi pengetahuan guru, hanya kompetensi pengetahuan guru dari segi menjustifikasikan
pelaksanaan pentaksiran alternatif dan pengaplikasian prosedur pentaksiran alternatif memberi pengaruh
yang signifikan terhadap kompetensi kemahiran guru untuk melaksanakan pentaksiran alternatif, iaitu PBS
dan PBD di sekolah rendah.
Kata kunci: Pentaksiran, alternatif, kompetensi, pengetahuan, kemahiran
CORRELATION OF TEACHERS’ TPACK LEVEL TO STUDENTS’ ACHIEVEMENT FOR
ENGLISH IN THE PRIMARY SCHOOL ACHIEVEMENT TEST
Ahmad Sabry bin Othman, PhD1* and Tan Siew Poh2*
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Malaysia
*[email protected]
As we set foot in the twenty-first century, teachers are expected to have the skills and ability necessary for
the integration of technology in teaching to prepare students for the future. Education and technology are
inseparable (Dumpit & Fernandez, 2017). That includes, learning to collaborate, communicate, thinking
creatively, critically. social and cultural competencies, and problem solving (Kereluik, Mishra, Fahnoe, &
Terry, 2013; Mishra & Mehta, 2017).The objectives of this study are to (i.) identify the level of
technological pedagogical content knowledge among teachers teaching English in the coastal primary
schools: (ii.) determine the statistically significant correlation between technological pedagogical content
knowledge (TPACK) level of teachers teaching English in the coastal school and pupils’ achievement for
English writing in the Primary School Achievement Test; (iii.) determine the statistically significant
correlation between technological pedagogical content knowledge (TPACK) level of teachers teaching
English in the coastal school and pupils’ achievement for English comprehension in the Primary School
Achievement Test. The study participants were 53 English language teachers teaching different levels in 11
coastal primary schools in four districts (Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh and Tumpat) in Kelantan. From
the analysis it was found that there is no statistically significant correlation between technological
pedagogical content knowledge level of teachers teaching English in the coastal school and pupils’
achievement either for English writing or comprehension in the Primary School Achievement Test (p>.05).
It is hardly surprising that this is the case as the ICT facilities in the coastal school are in dire condition.
Keywords: TPACK, Coastal Primary Schools
58
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
PENGGUNAAN CHOCOLATE BAR UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MENAMBAH
PECAHAN WAJAR DENGAN PENYEBUT YANG BERBEZA DALAM KALANGAN MURID
TAHUN EMPAT
Liew Hui Phing1* dan Harizon Binti Suffian, Ph.D2
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
*[email protected]
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk menentukan sejauh mana penggunaan Chocolate Bar dapat
membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran menambah pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza.
Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang dipilih
berdasarkan kelemahan mereka menambah pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Data telah
dikumpul melalui ujian pra, ujian pasca, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Hasil analisis data
menunjukkan peningkatan dalam markah ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Maklum balas peserta
kajian dalam temu bual menunjukkan semua murid berminat dengan penggunaan Chocolate Bar untuk
menyelesaikan soalan penambahan pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Dapatan kajian
berdasarkan pemerhatian menunjukkan murid telah memberi respons yang baik dan tingkah laku positif
semasa melaksanakan sesi tindakan menggunakan Chocolate Bar. Kesimpulannya, dapatan kajian
menunjukkan Chocolate Bar dapat membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran menambah pecahan
wajar dengan penyebut yang berbeza. Dapatan kajian juga menunjukkan murid mempunyai pandangan yang
positif terhadap penggunaan Chocolate Bar.
Kata kunci: Penyelidikan tindakan, Chocolate Bar, menguasai kemahiran, menambah pecahan wajar dengan
penyebut yang berbeza, pandangan yang positif
MENINGKATKAN INTELEK MURID DENGAN MENGGUNAKAN DADU PEMIKIR SEJARAH
(DAPS) SEBAGAI ALAT BANTU BAGI MELAHIRKAN PEMIKIR SEJARAH CILIK
Maryam Madhiah binti Ahmad
Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pahang
*[email protected]
Kegagalan 29 daripada 31 orang murid tahun 4 Arif menzahirkan persoalan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah menunjukkan murid belum mencapai tahap pemikiran ahli pemikir
sejarah sebagaimana yang dikehendaki oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kemahiran Pemikir Sejarah
ini hanya akan berjaya dicapai apabila murid berjaya untuk bertanyakan soalan setiap kali mereka mempelajari
ilmu Sejarah. Maka tujuan kajian adalah untuk menambah baik amalan PdP dalam menyediakan murid
menjadi Ahli Pemikir Sejarah ke arah penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) agar murid
bersedia dengan konsep Pembelajaran Berasaskan Inkuiri. Konsep ini merupakan salah satu strategi
pembelajaran abad ke – 21 bagi mata pelajaran Sejarah sekolah rendah. Kaedah kajian berbentuk deskriptif
dipilih bagi melihat pemboleh ubah yang mampu mengubah kesediaan murid untuk mencapai kriteria seorang
Pemikir Sejarah. Antara kaedah yang digunakan adalah Ujian Pra Lisan, Ujian Pos Lisan dan borang soal
selidik minat murid terhadap Mata Pelajaran Sejarah. Tinjauan awal mendapati 29 orang murid gagal dalam
Ujian Pra Lisan kerana tidak berjaya menyatakan sebarang bentuk soalan semasa sesi pembelajaran. Borang
soal selidik mengukur minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah juga telah menunjukkan skor di bawah 3
yang membuktikan kurangnya minat terhadap mata pelajaran yang menjadi faktor penyumbang murid
mempunyai perasaan ingin tahu yang rendah. Setelah penggunaan Dadu Pemikir Sejarah, dapatan bagi Ujian
Pos Lisan yang dijalankan menunjukkan 100% murid lulus apabila berjaya menyatakan sekurangnya 1
persoalan menerusi sesi pembelajaran malahan menerusi borang soal selidik minat, majoriti murid memilih skor
antara 4 dan 5.
Kata kunci : Dadu Pemikir Sejarah, DAPS, Pemikir Sejarah, perasaan ingin tahu, inkuiri
59
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
THE EFFECTIVENESS OF USING GOOGLE CLASSROOM APPLICATIONON THE TEACHING
EFFICIENCY DURING MALAYSIA MOVEMENT CONTROL ORDER
AMONG SECONDARY SCHOOL TEACHERS
Shahazwan bin Mat Yusoff1*, Anwar Farhan bin Mohamad Marzaini 2
1Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1, Selangor
2Sekolah Menengah Jenis.Kebangsaan Heng Ee, Pulau Pinang
*[email protected]
The Movement Control Order announcement mandated that universities and schools would be closed at the
beginning of March 2020. The Ministry of Education then issued a circular that ordered all teaching and
learning activities, which strangely also included online activities, to cease with immediate effect. It changes the
medium of teaching and learning as a way of delivering the knowledge. Hence, teachers are required to use
Google Classroom as the main platform to conduct online teaching be it in primary or secondary schools.
Google Classroom is an online connectivity platform that allows teachers to post announcements, share learning
materials, assign assignments, and edit assignments. To master Google Classroom, users need to master other
applications in its system. This case study was conducted in order to delve into looking at the effectiveness of
using Google Classroom as a platform of online learning during Malaysia Movement Control Order (MCO).
This study also looks into the barriers that teachers need to face upon implementing an online classroom by
using Google Classroom platform. The mixed method approach used in this case study was able to help in
finding the answers of the research questions stated in this study. The result showed that Google Classroom can
become an effective tool for teaching and learning via online platforms as it is able to be accessible, useful and
instructional delivered and engaging communication. Furthermore, the result based on the thematic analysis
showed that the main barriers that halt the process of using Google Classroom as the platform of online teaching
and learning is the students’ participation, limited internet access, limited devices and the adaptability.
Keywords: Google Classroom, Teaching Efficiency, Movement Control Order
PENGGUNAAN KAEDAH DOT BOARD MEMBANTU MURID MENINGKATKAN PENGUASAAN
OPERASI DARAB SEBARANG NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 1 000 DENGAN NOMBOR
SATU DIGIT TAHUN 3
Tan Yi Ying
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
* [email protected]
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan untuk menentukan sejauh mana penggunaan kaedah Dot Board
membantu murid tahun tiga meningkatkan penguasaan operasi darab sebarang nombor dalam lingkungan 1 000
dengan nombor satu digit. Kajian ini dijalankan terhadap lima orang murid tahun 3 di sebuah sekolah daerah
Chemor, Perak. Murid yang dipilih adalah berdasarkan markah yang diperolehi dalam ujian dianogstik. Murid
tersebut terdiri daripada bangsa Cina dan bangsa India. Kajian ini adalah berpandukan model Kurt Lewin
(1946). Data kajian telah dikumpul secara triangulasi melalui ujia pra, ujian pasca, soal selidik, temu bual dan
senarai semak. Berdasarkan tinjauan awal yang dianalisis telah menunjukkan murid tahun 3 menghadapi
masalah dalam penguasaan operasi darab dengan betul. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan dalam
markah ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Dapatan daripada hasil pemerhatian juga telah menunjukkan
bahawa penggunaan kaedah Dot Board dapat membantu murid menguasai operasi darab dan menambahbaik
amalan pengajaran guru. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan murid mempunyai pandangan yang positif
terhadap penggunaan kaedah Dot Board dalam penguasaan operasi darab. Murid juga lebih berminat untuk
belajar setelah penggunaan kaedah Dot Board.
Kata kunci: Dot Bard, penguasaan, operasi darab
60
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
USING A STRUCTURED QUESTIONING MODEL TO DEVELOP STUDENTS’ MAIN IDEAS IN A
PARAGRAPH FOR ESSAY WRITING
Oh Chen May
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Malaysia
* [email protected]
During an essay writing process, weaker proficiency students sometimes struggle to develop their ideas
effectively. Hence, teachers constantly look for ways to help students organise and develop their ideas. This is
a case study which investigates the use of a Structured Questioning Model to help pre-university students
develop main ideas in a paragraph for essay writing. The focus was to improve the organisation and
elaboration of their main points in the paragraph. The Model consists of targeted WH-questions aimed at
stimulating students’ brainstorming process so that their points are better explained and justified with relevant
examples. The strategically arranged WH-questions also aimed to help students organise their ideas for better
coherence. 20 students of lower proficiency levels participated in a pre-test where they wrote one paragraph
elaborating a main idea from an essay question. During the introduction of the Model, students’ responses to
its use in terms of cohesion, elaboration, examples and coherence were considered. A post-test was
administered thereafter where scores of the tests were compared by considering the depth of ideas developed,
quality of examples, number of sentences produced and types of sentences written (compound vs complex).
Findings suggest that the Structured Questioning Model assisted students to form more specific ideas, write
more and varied sentences and helped them organise ideas more efficiently for better coherence. Overall,
students had positive perceptions towards the use of the Model as guide to develop their paragraphs and it will
help teachers teach students to write better paragraphs in essay writing tasks.
Keywords: Structured Questioning Model, paragraph writing, essay writing, WH-questions, develop main
ideas
SISTEM GANJARAN DAN HUKUMAN:
MENINGKATKAN PEMBELAJARAN MATEMATIK MURID-MURID TAHUN TIGA MELALUI
KAWALAN KELAS
Tay Wan Yee 1* dan Ravintheran Kalimuthu, PhD 2
1 ,2Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh , Malaysia
* [email protected]
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menangani masalah kawalan kelas yang dihadapi semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Sistem ganjaran dan hukuman yang berasaskan Teori Pembelajaran
Behaviorisme dan Model Akibat Logikal Dreikurs sebagai teknik kawalan kelas telah difokuskan dalam
mengurangkan tingkah laku disruptif murid-murid tahun tiga. Selanjutnya, meningkatkan pembelajaran
Matematik murid-murid dan membantu guru meningkatkan pencapaian objektif pembelajaran. Peserta kajian
adalah terdiri daripada 12 orang murid-murid tahun tiga yang dipilih secara rawak dari satu kelas sekolah jenis
kebangsaan cina di Ipoh. Data telah dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan maklum balas
murid-murid. Kemudian, dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif di mana saling menyokong antara satu
sama lain. Hasil kajian menunjukkan sistem ganjaran dan hukuman berupaya meningkatkan minat murid-
murid terhadap Matematik. Akhirnya, membawakan peningkatan yang positif kepada pembelajaran
Matematik murid-murid dan secara tidak langsung menyelesaikan masalah kawalan kelas guru.
Kata kunci: Ganjaran, hukuman, disruptif, kawalan kelas
61
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENTAFSIR DAN MELAKAR GRAF GERAKAN LINEAR
MURID 4 BERLIAN MENGGUNAKAN INOVASI LIMOG INDICATOR
Mohd Azif Bin Shukor1* dan Azurah Binti Dapor2
1Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka
2Kolej Matrikulasi Melaka
*[email protected]
Inovasi LiMoG Indicator merupakan satu bentuk inovasi baharu yang membantu murid-murid memahami
konsep asas dalam mentafsir dan melukis gerakan linear berdasarkan tiga jenis graf iaitu sesaran-masa, halaju-
masa dan pecutan-masa melibatkan matapelajaran fizik tingkatan 4 silibus KSSM. Inovasi ini menerapkan
kaedah pembelajaran berpusatkan murid dan menerapkan aktiviti berbentuk penerokaan (inquiry) serta
menggabungkan elemen pembelajaran Visual dan Kinestatik dan mengaplikasikan konsep warna. Elemen warna
yang diterapkan pada inovasi ini membantu murid-murid membayangkan secara visual setiap anak panah
(indicator) berdasarkan kod-kod warna manakala elemen kinestatik pula melibatkan aktiviti hands on secara
kooperatif bersama rakan-rakan mereka di mana mereka diajar cara-cara menggunakan inovasi ini langkah
demi langkah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai
9 orang murid-murid dari kelas 4 Berlian, SMK Paya Rumput, Melaka pada tahun 2021 yang terdiri daripada 2
orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Data dalam kajian ini dikumpul menggunakan kaedah
pemerhatian, semakan dokumen, temu bual dan ujian diagnostik yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan
kajian mendapati aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu guru menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran dari aspek merancang, melaksanakan aktiviti, membuat penilaian dan merefleksi tanpa mengubah
isi kandungan serta kemahiran yang perlu dikuasi oleh murid. Kajian ini juga dapat membantu saya memahami
proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.
Kata kunci: LiMoG Indicator, Graf Gerakan Linear, Fizik KSSM, STEM, Inkuiri
CABARAN PROSES PENDEKATAN DOMAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL DI IPG
Chander Vengadasalam, PhD1*, Shasitharan Raman Kutty, PhD2, Chantirasekar a/l Karpan, PhD3 dan
Ramesh Rao Ramanaidu, PhD4
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia
3Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Malaysia
4Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Malaysia
*[email protected]
Kajian ini menyelidik cabaran-cabaran semasa proses penggunaan Pendekatan Domain dalam mengembangkan
aspek kognitif atau penaakulan dalam kalangan siswa pendidik PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik (IPGKPT). Seramai 16 orang siswa dan siswi pendidik menjadi peserta kajian. Kajian ini
dijalankan dalam pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan. Penyelidik
menggunakan model penyelidikan tindakan yang diperkenalkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Teori
domain digunakan untuk melihat cabaran-cabaran berdasarkan pada domain moral dan domain konvensi sosial.
Data dikumpul dengan menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, catatan jurnal dan
rakaman video. Analisa data dibentuk secara bertema. Para siswa pendidik telah didedahkan dengan domain
moral serta domain konvensi sosial. Modul pengajaran telah digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral melalui tiga gelung penyelidikan tindakan semasa kuliah untuk menjawab
soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa cabaran dalam proses penggunaan
Pendekatan Domain sebagai kaedah pengajaran Pendidikan Moral bagi siswa pendidik PISMP yang mengambil
kursus Pendidikan Moral sebagai kursus elektif pilihan. Pendekatan Domain juga mampu mengembangkan
aspek penaakulan siswa pendidik IPG serta mampu membantu memikirkan jalan penyelesaian cabaran yang
dihadapi. Ternyata dapatan kajian mempunyai implikasi yang penting kepada pedagogi pengajaran Pendidikan
Moral bagi siswa pendidik PISMP, IPG Kampus Pendidikan Teknik.
Kata kunci : Domain moral, domain konvensi sosial, penaakulan moral
62
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
MIGRATION TO ONLINE LEARNING: EVALUATION BY PRE-SERVICE TEACHERS
Ramesh Rao Ramanaidu, PhD1*, Chantirasekar a/l Karpan, PhD 2 ,
Shasitharan Raman Kutty, PhD 3 and Chander Vengadasalam, PhD 4
1Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Malaysia
2 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Malaysia
3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia
*[email protected]
The Coronavirus disease (COVID-19) outbreak has altered our lives in many ways. Its effect can be seen in the
domain of teaching and learning too. Thus, research related to COVID-19 and education is gaining momentum.
However research related to teacher training and COVID-19 is still scanty. This study intends to contribute in the
domain of teacher training, notably caused by COVID-19. Teacher training in Malaysia is based on assumptions
and theories about teachers. 27 teacher training institutes (TTI) are assigned in training teachers. Prior to MCO,
face to face interaction has been widely uses. The outbreak of COVID-19 and Movement Control Order (MCO),
forced many lecturers to embrace online teaching. Since MCO was something unexpected, lecturers resorted to a
variety of online platforms to carry out their lessons. Among them are WhatsApp, Zoom and Padlet. The focus of
this study is to explore pre-service teachers’ view on the usage and ability of the lecturers to utilise online
platforms. Instead of relying on one TTI only, 323 pre-service teachers from two TTI took part in this study, by
responding to a survey. Non-parametric technique and spider chart analysis reveal that there is a significant
difference in terms of ability among the lecturers of the TTI. The most favoured online platform is WhatsApp, and
the least preferred is Zoom. The findings also revealed that there is a significant difference in terms of ability to
use online platforms among the two TTI. The main difference of ability was significant, F=12.313, p<0.01 for
Padlet, an online platform used by some lecturers. Hence it is suggested that CPD related to online pedagogy are
given more prominence.
Keyword: Online platform, COVID-19, spider chart analysis
EKSPLORASI ULTRAFILTRATION MENGGUNAKAN DIY HOM FILTRATION MEMBRANE
Munirah binti Ahmad 1*, Noor Shazila binti Amzah 2, Rusmayati binti Badrul Hisham 3
dan Nur Aqidah binti Ramli 4
1234 Kolej Matrikulasi Selangor, Malaysia
* [email protected]
Proses ultrafiltration merupakan salah satu proses penting dalam pembentukan air kencing di dalam tajuk
Homeostasis. Filtration membrane adalah membran yang terlibat di dalam proses tersebut. Kajian ini
dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap struktur dan fungsi filtration membrane untuk
menerangkan proses ultrafiltration dengan menggunakan DIY HOM (hands-on model) Filtration Membrane.
Pelajar dikehendaki untuk membina sendiri model filtration membrane mengikut panduan yang telah disediakan
di dalam video dan seterusnya menggunakan model tersebut untuk memahami proses ultrafiltration. Kajian ini
melibatkan 37 orang pelajar Modul 1 dan 3 Sistem Dua Semester (SDS) Sesi 2020/2021 Kolej Matrikulasi
Selangor. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos serta soal selidik. Data
dianalisis menggunakan statistik deskriptif, melibatkan analisis dalam bentuk purata skor dan peratusan. Melalui
analisis ujian pra dan ujian pos, didapati peratus pelajar di dalam kategori cemerlang dan sederhana meningkat,
manakala peratus pelajar di dalam kategori lemah berkurang. Penggunaan DIY HOM Filtration Membrane juga
menerapkan elemen 4C iaitu Communication, Collaborative, Creativity dan Critical thinking di kalangan pelajar.
Ini membuktikan bahawa penggunaan DIY HOM Filtration Membrane sesuai sebagai pemudahcara pelajar
memahami proses ultrafiltration di dalam pembentukan air kencing.
Kata kunci: filtration membrane, ultrafiltration, air kencing, homeostasis, ginjal
63
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
APLIKASI TEKA SILANG KATA DALAM MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP
PEMBELAJARAN BIDANG SIRAH
Mohd Zahid bin Zulkefly1*, Amir Musaddiq bin Ismail2 dan Ahmad Aqil bin Hisham3,
1,2,3Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Malaysia
*[email protected]
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan teka silang kata dalam meningkatkan minat
pelajar terhadap bidang Sirah mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM. Fokus kajian ini ialah terhadap bidang
Sirah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1. Sampel pelajar terdiri daripada 113 orang pelajar
Tingkatan Satu dari sebuah sekolah menengah. Kumpulan rawatan terdiri daripada 57 orang pelajar manakala
kumpulan kawalan terdiri daripada 56 orang pelajar. Kajian kuasi-eksperimen ini memerihalkan perbandingan
penggunaan teka silang kata berbanding dengan pembelajaran konvensional. Ujian pra, ujian pasca dan soal
selidik telah dijalankan terhadap kedua-dua kumpulan untuk menentukan tahap motivasi pelajar terhadap
pembelajaran bidang Sirah. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif
dan statistik inferensi menerusi t-test. Skor daripada ujian pasca menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam pembelajaran bidang Sirah. Kumpulan
rawatan memperlihatkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain itu,
dapatan soal selidik memperlihatkan pelajar kumpulan rawatan menunjukkan minat terhadap bidang Sirah yang
lebih positif berbanding pelajar kumpulan kawalan. Manakala dari aspek faktor pula, kajian mendapati faktor
jantina tidak mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini menunjukkan penggunaan teka silang kata dalam
pengajaran dan pembelajaran bidang Sirah dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan
meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Diharapkan penulisan ini dapat dijadikan rujukan untuk
meningkatkan tahap keberkesanan PdPc bidang Sirah serta menjana idea ke arah mewujudkan PdPc yang
menarik selaras dengan kehendak pembelajaran abad ke 21.
Kata kunci: Pembelajaran Bidang Sirah, Pendidikan Islam KSSM, Teka Silang Kata, Minat
PEMBELAJARAN HIBRID - ASAS KETAKSAMAAN LINEAR
Ma Hamsiatus Sa’diah Kamaruddin1*, Hassmani Che Omar 2
dan Che Harithun Abdullah @ Harun 3
1,2,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia
*[email protected],
Kajian ini mengaplikasi penggunaan hamparan elektronik, Microsoft Excel dalam menghasilkan bahan bantu
pengajaran sub tajuk mata pelajaran Matematik iaitu Asas Ketaksamaan Linear dengan mempertimbangkan
penggunaannya dalam pendekatan pembelajaran hibrid. Ini kerana, walaupun bahan bantu pengajaran tajuk ini
ada dikongsi dan dibangunkan oleh guru lain dalam bentuk video serta boleh diakses secara dalam talian,
kebanyakannya tidak menjurus kepada keperluan pengajaran yang lebih autentik secara bersemuka atau di luar
bilik darjah (hibrid). Justeru guru perlu menggunakan bahan bantu yang bersesuaian dan dapat meningkatkan
kefahaman pelajar selari dengan pendekatan pengajaran masa kini, kajian ini dilakukan dengan
membangunkan bahan bantu pengajaran menggunakan alatan digital yang kebiasaan tersedia pada komputer
guru. Penilaian rintis dilakukan menggunakan dua dimensi utama daripada TAM (Technology Acceptance
Model) iaitu aspek tanggapan kebolehguna (Perceived usefulness) dan tanggapan mudah diguna (Perceived
ease of use). Manakala analisis data dijalankan menggunakan perisian PSPP. Dapatan kajian menunjukkan
skor min mengikut dimensi penerima gunaan bahan bantu yang baik untuk pembelajaran hibrid.
Kata kunci : Pembelajaran hibrid, ketaksamaan linear, tanggapan kebolehgunaan, tanggapan mudah diguna
64
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP AKTIVITI PERMAINAN BAHASA ARAB DIGITAL DALAM
MICROSOFT TEAMS
Al Muslim Mustapa1*, Salamiah Ab. Ghani2, Maryam Abdul Rahman3, Zulkifli Nawawi 4
dan Mohamad Azwan Kamarudin 5
1,2,3,4,5Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
*[email protected]
Pandemik Covid 19 telah mengubah kaedah pengajaran daripada bersemuka kepada pengajaran atas talian. Guru
dan pelajar berada di kediaman masing masing dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti bahasa luar
kelas secara bersemuka tidak lagi dapat dilaksanakan dalam situasi sekarang. Satu aktiviti permainan bahasa
secara digital telah direka bentuk dan dijalankan di platform Microsoft Teams. Kajian ini menilai kebolehgunaan
aktiviti digital ini melalui penerimaan pelajar terhadapnya. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif yang
menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Soal selidik dibina berdasarkan Model Penerimaan
Teknologi yang diubahsuai. Responden kajian ini berjumlah 46 orang pelajar yang menyertai aktiviti permainan
bahasa Arab digital di Microsoft Teams. Instrumen soal selidik dianalisis kesahan dalaman melalui nilai alpha
cronbach terlebih dahulu. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics. Kajian mendapati semua
pemboleh ubah mempunyai nilai min yang tinggi dan hubungan korelasi positif yang signifikan. Ini
menggambarkan penerimaan pelajar terhadap teknologi yang diguna pakai. Kajian merumuskan bahawa aktiviti
permainan bahasa Arab di platform Microsoft Teams sesuai dilaksanakan.
Kata kunci: Aktiviti Bahasa, Permainan Bahasa, Model Penerimaan Teknologi, Pendidikan Bahasa Arab
TAHAP PENGETAHUAN ALAT–ALAT BERFIKIR DAN TAHAP APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH
KEBANGSAAN DI DAERAH TANGKAK
Latifah Ali1* dan Hafizah Zulkifli2
1,2Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
*[email protected]
Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap tahap pengetahuan alat-alat berfikir dan kemahiran KBAT dalam
kalangan guru-guru pendidikan Islam di daerah Tangkak.Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan
alat-alat berfikir dan tahap kemahiran aplikasi KBAT. Data-data dikumpul dengan menggunakan instrument soal
selidik. Populasi responden seramai 205 orang dan sampel diambil secara rawak mudah sebanyak 100 responden
dalam kalangan guru pendidikan Islam dan guru-guru Bahasa Arab yang juga mengajar matapelajaran Pendidikan
Islam.. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan
menggunakan SPSS Versi 22.0 yang melibatkan skor min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi. Kajian ini
meneliti alat-alat berfikir yang boleh merangsang pemikiran. Seharusnya guru-guru mahir mengendalikan dan
seterusnya memiliki kemahiran KBAT yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menjana
pemikiran yang tersusun lagi sistematik dalam kalangan pelajar. Dapatan inferensi mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan jantina, pengalaman dan tahap pendidikan. Begitu
juga tahap kemahiran aplikasi KBAT yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan jantina,
pengalaman dan tahap pendidikan responden. Terdapat hubungan yang positif antara tahap pengetahuan alat-alat
berfikir dengan tahap kemahiran aplikasi KBAT dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam dan guru-guru
Bahasa Arab. Hasil kajian juga boleh membantu guru dan pihak pejabat pendidikan daerah Tangkak membuat
penambahbaikan dan pemantapan PdPc berasaskan KBAT agar menjadi amalan utama dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) guru.
Kata kunci : Alat-alat berfikir, Kemahiran berfikir aras tinggi, guru pendidikan Islam
65
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
KOMPETENSI PENSYARAH KOLEJ VOKESIONAL DALAM PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN
PELAJAR DALAM BILIK DARJAH
Juliana Osong, Ph.D1 *, Norafidah Noralidin, PhD2 dan George Thomas3
1,2,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah
* [email protected]
Kajian ini dilaksanakan untuk menilai kompetensi pensyarah kolej Vokesional dalam pentaksiran pembelajaran
pelajar dalam bilik darjah. Data kajian dikutip menggunakan soal selidik dengan skala Likert 5 mata. Instrumen
Inventori Kemahiran Pentaksiran (IKP) yang selaras dengan Standards for Teacher Competence in Educational
Assessment of Students (STCEAS) ditadbir ke atas (n=96) responden untuk menggumpulkan data kajian melalui
google form. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah kolej vokasional mempunyai kompetensi paling
tinggi dalam melaksanakan standard pertama dengan min 3.87 (kaedah pentaksiran yang paling sesuai dengan
keputusan pengajaran). Manakala kompetensi paling rendah ialah dalam standard 6 dengan min 3.55
(menyampaikan keputusan pentaksiran kepada pihak berkepentingan). Keputusan kajian membolehkan pensyarah
membangunkan pelan pembelajaran pelajar berdasarkan kekuatan dan kelemahan pelajar serta menambahbaik
amalan pengajaran pensyarah. Dengan itu adalah dicadangkan agar lebih banyak latihan, perkongsian ilmu dan
kursus pentaksiran dalam bilik darjah yang selaras dengan standard kompetensi pentaksiran dilaksanakan
terutama bagi pensyarah muda yang membentuk sebilangan besar tenaga kerja akademik di kolej vokasional.
Kata kunci: Amalan, Pentaksiran bilik darjah, Pentaksiran berasaskan sekolah, STCEAS, Kompetensi
pentaksiran
BEST PRACTICE OF TEACHING AND LEARNING IN UNIT CONVERSION USING METCON
Wong Ken Keong1* and Ng Lee Fong2
1Inspectorate of Schools Sabah, Ministry of Education Malaysia.
2 Institute of Teacher Education Kent Campus, Sabah.
* [email protected]
Reform efforts in the teaching of mathematics have found it difficult to change practice. In order to promote
innovation in the education area, this study seeks to help students convert metric units of distance using the
innovative tool named MetCon (Meter Converter). The sub-topic of converting the .8distance in measurement
was selected as the subject to be studied. This research has adopted the quasi-experimental research design. The
sample of 42 mixed-ability Secondary Form One students was purposively selected to participate in this research.
They are from one of the secondary schools located in Kota Kinabalu, Sabah. Pre-test and post-test were used for
performance comparison before and after intervention sessions. At the end of the research, the students were
asked to respond in a ten-question survey. Data analysis is processed using the IBM SPSS Statistics 21.0
software. The scores and time of the pre-test and post-test were analysed using T-Test analysis. The findings
revealed that both post-test scores and post-test time were significantly different in the pre-test score and pre-test
time, respectively. Students' perception also showed that they had a positive attitude in learning mathematics after
using the intervention of MetCon in the classroom. In conclusion, MetCon is an effective tool for enhancing
students' understanding in the conversion of the metric units of distance that consists of four standard units;
kilometer, meter, centimeter, and millimeter.
Keywords: Mathematical learning, unit conversion, distance, MetCon.
66
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
ITSHOC (IMPLEMENTING - TESTING SHORT CODE) – KAEDAH ALTERNATIF MENULIS
ATURCARA DALAM PENGATURCARAAN JAVA
Siti Norhana binti Mohd Napiah1*, Anita binti Mohammed2, Siti Haslina binti Kanipan3
dan Chin Siew Moi 4
1,2,4 Kolej Matrikulasi Selangor, Malaysia
3Kolej Matrikulasi Melaka, Malaysia
*[email protected]
Amali Sains Komputer merupakan platform untuk pelajar membina kemahiran komputasional melalui pelaksanaan
tugasan yang diberikan. Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji impak penggunaan ITShoC dalam
membantu meningkatkan kemahiran pelajar menulis aturcara dan menghasilkan output aturcara yang tepat
menggunakan bahasa pengaturcaraan Java bagi amali Sains Komputer dalam Program Matrikulasi. Kajian ini
melibatkan 44 orang pelajar di Kolej Matrikulasi Selangor dari praktikum S2K1P6, S2K2P7 dan S3K2P1 yang
sedang mengikuti Program Sistem Dua Semester (SDS) Semester 2, Sesi 2020/2021. Kajian ini dijalankan selama
enam minggu melibatkan pelaksanaan tiga topik amali Sains Komputer di dalam bahasa pengaturcaraan Java iaitu
Sequence, Single Selection dan Dual Selection. Penilaian terhadap ITShoC dilaksanakan melalui kaedah
pemerhatian, temuramah dan penilaian berdasarkan rubrik penskoran. Hasil daripada pemerhatian dan penilaian
yang dijalankan, 81.82% pelajar mencapai kategori cemerlang dan baik dari segi bilangan ralat yang dihasilkan
ketika menulis aturcara. 79.95% pelajar pula mencapai kategori cemerlang dan baik dari segi tempoh masa yang
diambil untuk menghasilkan aturcara yang lengkap. Dapatan daripada temuramah yang dijalankan terhadap pelajar
pula menunjukkan pelajar sangat seronok dan bermotivasi menulis kod aturcara menggunakan kaedah ITShoC.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa penggunaan ITShoC mampu mengubah strategi pengajaran kelas
amali Sains Komputer di peringkat matrikulasi dengan mengintegrasikan kemahiran komputasional bagi
membolehkan pelajar bersaing di dunia global kelak. Selain itu, diharapkan kajian ini dapat memberi nilai tambah
kepada proses pengajaran dan pembelajaran amali Sains Komputer dengan mengintegrasikan pendekatan amalan
STEM.
Kata kunci: Amali, Pengaturcaraan, Java, Sains Komputer, Kemahiran Komputasional
PENGGUNAAN KAEDAH STOP N STICK BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN SUBJEK
PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER 1 STPM (TAHFIZ) SMKA
PUTRAJAYA
Wardati Najihah binti Adaham1* dan Saniah binti Mohd Ali2
1,2 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, Putrajaya,
* [email protected]
Pengajian Am merupakan subjek yang memerlukan kefahaman dan ingatan yang kuat bagi menguasai
kandungannya. Berlatarbelakangkan asas menghafaz al-Quran yang dimiliki pelajar Semester 1 Pusat Tingkatan
Enam (Tahfiz), mereka mempunyai kelebihan dalam mengingat fakta. Walaubagaimanapun, apabila diberi soalan
kefahahaman, mereka kelihatan kurang memahami isi-isi penting. Oleh itu, guru menggunakan Teknik Stop N
Stick iaitu teknik berasaskan pembentangan pelajar secara tradisional yang digabungjalinkan dengan kaedah
Tasmi’ iaitu pengulangan hafalan isi-isi penting semasa proses pembentangan dijalankan. Kajian ini bertujuan
meningkatkan pemahaman Bab 2 Semester 1 iaitu Perlembagaan Persekutuan. Guru membuat pemerhatian selama
dua minggu terhadap 23 orang pelajar Semester 1 dan melalui keputusan peperiksaan Sumatif 1 yang dijalankan
didapati bahawa hanya seorang daripada mereka mendapat Purata Nilai Gred (PNG) melebihi 3.00 bagi subjek
Pengajian Am. Setelah kaedah ini digunakan, seramai 12 orang pelajar telah memperolehi PNG melebihi 3.00 di
dalam peperiksaan akhir Semester 1. Selain itu, guru juga menemubual 2 orang pelajar mengenai keberkesanan
kaedah ini. Melalui kaedah ini juga, saya dapat menambahbaik kualiti pengajaran saya di dalam subjek ini.
Kata kunci: Stop n Stick, pelajar, Tasmi’, pembentangan, PNG melebihi 3.00
67
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
KAEDAH INKUIRI AMALAN BAHARU KELAS AMALI HIDROKARBON
Chia Chew Ping
Kolej Matrikulasi Selangor, Malaysia
*[email protected]
Ujian kimia merupakan satu ujikaji yang penting untuk membezakan sebatian organik berdasarkan kehadiran
kumpulan berfungsi. Untuk memperkasakan penguasaan pelajar terhadap ujian kimia bagi tajuk hidrokarbon,
kelas amali sedia ada ditambahbaik kepada bentuk inkuiri. Amalan inkuiri dilaksanakan adalah berasaskan
model pembelajaran 5E. Pelaksanaan amali dimulakan dengan pembahagian 4 kumpulan bagi setiap
praktikum, iaitu S1K7T1, S1K4T5, S2K3T3 dan S3K3T1. Fasa penglibatan: Setiap kumpulan merancang
prosedur ujian kimia berdasarkan soalan yang diberi dan dimuat naik ke dalam Padlet sebelum kelas amali.
Fasa penerokaan: Pelajar menjalankan amali yang dirancang semasa kelas amali. Fasa penerangan: pelajar
membentang prosedur dan menjelaskan hasil ujian kimia dalam bentuk video YouTube serta dimuat naik ke
Padlet untuk ditonton dan dinilai oleh kumpulan lain mengikut rubrik yang disediakan. Fasa penghuraian: setiap
kumpulan menjawab soalan berkaitan ujian kimia untuk membezakan sebatian organik yang dijumpai dalam
kehidupan harian. Fasa penilaian: pelajar menjawab soalan kuiz berkaitan dengan konsep ujian kimia
hidrokarbon. Pemerhatian dan refleksi pensyarah dan pelajar dilakukan sepanjang proses pelaksanaan inkuiri
model 5E. Pencapaian min kuiz keseluruhan adalah 73.38%. Pelaksanaan ujian amali berasaskan inkuiri telah
berjaya merangsang kemampuan pelajar menghubungkaitkan pengetahuan yang sedia ada kepada hands-on dan
minds-on menerusi aktiviti perancangan dan perbincangan semasa melakukan amali ujian kimia. Pelajar
berpendapat kaedah ini bagus, seronok dan lebih efektif dan harus dilaksanakan untuk setiap kelas amali. Selain
itu, keyakinan dan kemahiran berkomunikasi secara saintifik serta kemahiran digital pelajar turut ditingkatkan.
Kata kunci: Ujian kimia, inkuiri, hidrokarbon, 5E, Padlet
THE EFFECTIVENESS OF KOTTS IN ENHANCING PRIMARY PUPILS’ PROBLEM SOLVING
ABILITIES IN ADDITION AND SUBTRACTION OPERATIONS OF MEASUREMENT
Chwee Hoon, Khoo1* and Yoon Fah, Lay2
1,2Teacher Education Institute, Kent Campus, Sabah, Malaysia
Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
* [email protected]
This research was aimed to examine the effectiveness of using ‘Kit Operasi Tambah Tolak Sukatan’ (KOTTS) in
enhancing primary pupils’ problem-solving abilities in addition and subtraction operations of measurement. In
particular, the significant difference between the pretest means scores and the post-test mean scores was
investigated. The mean time taken by the pupils to complete the pretest and the post-test was also compared. The
quasi-experimental research design was used in this research whereby KOTTS was used as an intervention
teaching and learning tool. 176 Year 5 and Year 6 primary pupils and 62 Form 1 secondary school students who
were selected from eight primary schools and four secondary schools in Tuaran district of Sabah using purposive
sampling technique involved in this research. Self-developed pretest and post-test were used to measure primary
pupils’ problem-solving abilities in addition and subtration operations of measurement. Wilcoxon signed ranks
test was used to test the identified null hypotheses at alpha= .05. This research revealed that there was a
significant difference between the pretest mean scores and the post-test mean scores. Primary pupils’ posttest
means scores were significantly higher than their respective pretest mean scores. It was also found that primary
pupils spent lesser time (60.5%) to complete the post-test as compared to the pretest. It was evident from this
research that KOTTS is an effective teaching and learning tool to enhance primary pupils’ problem-solving
abilities in addition and subtraction operations of measurement.
Keywords: Addition and subtraction operations of measurement, Length unit, mass unit, liquid volume unit.
68
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
PROSPEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ONLINE SEPANJANG TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PANDEMIK COVID-19
DI SANDAKAN, SABAH: CABARAN DAN SIGNIFIKAN
Saifulazry Mokhtar1* , Kasoma Thia2, Irma Wani Othman3 dan Mohd Maziz al-Hadi Moharam4
1,3,4Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
2Sekolah Kebangsaan Kebagu, Kota Kinabalu, Sabah
*[email protected]
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah satu proses rutin dalam kancah Pendidikan untuk memastikan pelajar-
pelajar dapat menuntut ilmu pengetahuan. Implementasi proses pengajaran ini perlu diteruskan dalam apa jua
situasi yang melanda bagi melahirkan generasi terbilang pada masa akan datang. Walaupun pada Ketika ini seluruh
negara menggalami kesan pandemik Covid-19, namun proses Pengajaran dan Pembelajaran tetap diteruskan
menerusi kaedah online. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau prospek Pengajaran dan Pembelajaran
Online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pandemik Covid-19 di Sandakan, Sabah. Selain itu, kajian
ini turut mengenal pasti cabaran dan halangan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Online ketika
fenomena Covid-19 di Sandakan dalam kalangan guru dan ibu bapa. Justeru, kajian ini turut menjustifikasi
signifikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ketika berlakunya penularan Covid-19 bagi pelajar-pelajar yang kekal di rumah dalam mematuhi arahan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang disarankan oleh kerajaan Malaysia. Walaupun kaedah Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) normal berlaku dalam bilik darjah, namun dalam menangani virus ini kaedah PdPc perlu
diubah selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Saranan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), walaupun dalam tempoh PKP proses PdP bagi pelajar perlu diteruskan dengan berbantukan Teknologi
Maklumat. Pengumpulan data lapangan dijalankan menggunakan metode kualitatif iaitu temu bual. Dengan
berbantukan hasil kajian ini, pihak KPM dapat mencari resolusi terbaik bagi memastikan proses Pengajaran dan
Pembelajaran untuk semua pelajar dapat diteruskan sekalipun negara menggalami pandemik Covid-19 ataupun
pandemik lain yang bakal datang.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Perintah Kawalan Pergerakan, Covid-19, Online, Sandakan
A PRELIMINARY STUDY ON THE NEED FOR A HISTORY TEACHER COMPETENCY
FRAMEWORK FOR VALUES INCULCATION THROUGH HISTORY
TEACHING AND LEARNING IN THE EPOCH OF
TWENTY-FIRST CENTURY
Norliza Mohamad1* and Ahmad Johari Sihes2
1,2Faculty of Sciences and Humanities, University Technology Malaysia
*[email protected]
The notion that History teachers should promote and impart values in their teaching and learning has long been
debated. Values are highlighted in several parts of the Standards-Based Curriculum for Secondary School (KSSM)
and become a major feature in the History subject. History's significant contribution is the value that can be learned
from historical events, and History teachers play an important role in instilling values in students. As a result, this
preliminary study is being conducted as a prelude to the need for a History Teacher Competency Framework for
Values Inculcation through Teaching and Learning in the Twenty-First Century. It is necessary to ascertain History
teachers' perspectives, knowledge, and attitudes toward value instillation. Semi-structured interviews with seven (7)
secondary school History teachers (1 male, six females) in Johor Bahru yielded qualitative data for this preliminary
study. Interviews were conducted individually, with each participant expected to take 30 to 40 minutes. The content
analysis method was used to examine the perceptions of History teachers, which were then converted into text.
Based on the interview data, two (2) significant findings indicate the need for a History teacher framework for
values inculcation. First, the History teacher practices toward values inculcation. Second, the obstacles in matters of
inculcation. Overall, this study found that teachers understand the importance of instilling values in students
through History classes. However, due to teacher competence challenges, time constraints, and an exam-oriented
system, teachers are unable to focus on value instillation. Those significant findings must be highlighted bto
improve the quality of teacher competence in instilling values in students.
Keywords: Competence, History Teachers, Values Inculcation
69
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
KEBERKESANAN PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM DALAM KURSUS SEJARAH SENI DI
MALAYSIA DAN APRESIASI PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) OLEH PELAJAR
PPISMP PSV AMBILAN JUN 2020: SATU TINJAUAN
Nor Azizah Atan1* dan Zaharah Mohamad2,
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Malaysia
*[email protected]
Kajian ini bertujuan untuk melihat Keberkesanan Penggunaan Google Classroom dalam Kursus Sejarah Seni
di Malaysia dan Apresiasi Pendidikan Seni Visual (PSV) oleh guru pelatih PPISMP PSV Ambilan Jun 2020.
Pelajar telah menggunakan Google Classroom sebagai platform pengajaran dan pembelajaran e-learning
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19. Reka bentuk kajian ini adalah
secara kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui kaedah soal selidik dan temu bual. Responden kajian ini
melibatkan 29 orang guru pelatih dari kelas J2.6 dan J2.7 yang mengambil Kursus Sejarah Seni di Malaysia
dan Apresiasi PSV. Daripada hasil kajian ini mendapati majoriti responden sangat setuju pensyarah sentiasa
memberi maklumat terkini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) e-learning melalui penggunaan
platform Google Classroom. Majoriti responden sangat setuju penggunaan Google Classroom dapat
meningkatkan keupayaan pelajar dalam mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman yang diperolehi dalam
Kursus Sejarah Seni di Malaysia dan Apresiasi PSV. Dapatan kajian mendapati jenis aktiviti yang sangat
kerap digunakan oleh pelajar ialah mengambil nota dan bahan kuliah dan menghantar tugasan dan latihan
pada pensyarah.
Kata kunci : Google Classroom, Sejarah Seni di Malaysia dan Apresiasi Pendidikan Seni Visual
ISU DAN CABARAN PERLAKSANAAN PBD DALAM NORMA BARU
Dr. Rosnah@Nining Binti Sidek¹*, Bustam Bin Daman² dan Mohd Saiful Bahri Bin Bustam³
¹Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Malaysia
²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Malaysia
³Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana, Sabah
*[email protected]
Pentaksiran dibuat untuk menilai tahap pencapaian murid terhadap sesuatu konsep pengajaran yang
dipelajari bagi membantu guru menilai kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan dan mengesan kelemahan
kaedah pengajaran yang memerlukan penambahbaikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti isu
dan cabaran tentang perlaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) di sekolah dalam situasi Pandemik Covid-
19 dimana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlaku dalam norma baru. Pelaksanaan PdP secara
atas talian agak mencabar kerana kekangan internet yang terhad terutamanya di kawasan pendalaman
menyebabkan keberkesanan proses PdP terjejas. Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
harus diteruskan walaupun ianya kurang berkesan dari aspek komunikasi, pemerhatian dan pemahaman
pelajar. Situasi ini menyebabkan pembelajaran dua hala antara guru dan murid sukar untuk dipraktiskan
berbanding dengan proses PdP secara berdepan dalam keadaan realiti. Semasa PdPR, guru menggunakan
pelbagai aplikasi seperti Google Meet, Whatsapp, Telegram, Facebook, Quizziz, Google Form, Youtube
Video dan sebagainya. Dalam kajian ini, responden terdiri daripada guru-guru interim yang sedang
mengikuti program PDPP Ambilan Jun20 di IPGK Kent. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif, data
dikutip atas talian melalui penulisan laporan refleksi tentang perlaksanaan PBD di sekolah masing-masing.
Dapatan kajian ini mengesan, isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru interim di IPGK Kent
bagi melaksanakan PBD dalam norma baru semasa pandemik wabak Covid-19 adalah dari sudut tahap
kesediaan guru tersebut. Kebanyakan guru interim menghadapi kecelaruan, ketidakyakinan dan stres semasa
melaksanakan PdPR dan PBD.
Kata kunci: PBD, PdP dan PdPR
70
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
KAJIAN PEMBELAJARAN SEBAGAI PEMBELAJARAN BERMAKNA DI SEBUAH
SEKOLAH SWASTA TERPILIH DI NEGERI SEMBILAN
Mohd Ashraf Ibrahim1*, Faizah A. Karim2 , Chin Kuang Tiu3, Nurciana Nasaruddin4
dan Hasnah Abdullah5
1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Malaysia
*[email protected]
Kajian Pembelajaran (KP) telah lama berada dalam dunia pendidikan di Malaysia. Ia dikenali sebagai salah satu
alat kolaboratif Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) yang digunakan oleh guru untuk memahami
pembelajaran pelajar dan akhirnya untuk peningkatan pembelajaran pelajar di semua peringkat. KP adalah alat
atau usaha yang mantap yang digunakan oleh guru di Jepun dan juga oleh guru dari setiap pelosok dunia. Banyak
penyelidikan KP yang dilakukan dan membantu guru untuk menghayati beberapa nilai yang terdapat dalam KP
seperti kerja berpasukan. KP mempromosikan kerja berpasukan di kalangan guru di mana guru dari komuniti
sekolah bekerjasama untuk mencari mekanisme terbaik untuk memahami pembelajaran pelajar dengan
menyediakan rancangan pembelajaran (atau rancangan pelajaran) yang terbaik untuk melaksanakan pengetahuan
dan kemahiran subjek yang diajar. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka KP dan amalannya di satu sekolah
swasta terpilih di Negeri Sembilan. Penyelidikan ini dipandu oleh dua persoalan kajian iaitu bagaimana KP
dipraktikkan di sekolah dan sejauh mana KP membawa manfaat kepada pembelajaran pelajar. Satu siri sesi
perkongsian dilakukan untuk memastikan KP difahami dan diterima oleh warga sekolah. Guru-guru bersama
dengan pasukan pengurusan sekolah diberi peluang untuk mengajukan sebarang pertanyaan yang berkaitan
dengan KP. KP dijalankan secara sukarela oleh seorang guru Bahasa Melayu. Pemerhatian menyeluruh dilakukan
semasa KP dilaksanakan dan juga semasa sesi refleksi. Semua data pemerhatian ditranskripsikan dan juga sesi
refleksi. Sesi refleksi telah menunjukkan beberapa kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar dan kemampuan
guru untuk membuat pembelajaran yang bermakna. Data kualitatif ini dianalisis, dan beberapa tema muncul
misalnya pengajaran yang berkesan, pengajaran adalah pembelajaran umum dan bermakna. KP disimpulkan
sebagai salah satu mekanisme untuk memahami pembelajaran pelajar dan dicadangkan untuk menjadi budaya
dalam kalangan komuniti sekolah.
Kata kunci: Komuniti Pembelajaran Profesional, Kajian Pembelajaran, Pembelajaran Murid, Kerja Berpasukan,
Pembelajaran Bermakna.
PENGGUNAAN KIT PERINTIS MINI 4.0 BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
DALAM KALANGAN PELAJAR
Zali A. Rahman PhD1*, Halidah Mohd. Jedi2,, Wan Azhar Wan Yaacob3,
Mohtar Yacob4 dan Abdul Jabar A. Rahman5
1,2,3,4,5Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
*[email protected]
Penyelidikan tindakan yang dijalankan ini adalah salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah penguasaan
kemahiran membuat simpulan dan ikatan ketika membina alatan semasa aktiviti perkhemahan. Sebelum
penyelidikan tindakan ini dilaksanakan, satu tinjauan awal telah dilakukan dalam kalangan pelajar yang terlibat.
Tinjauan awal yang menggunakan soal selidik menunjukkan bahawa mereka menghadapi masalah dalam
menguasai kemahiran membuat simpulan dan ikatan, serta aplikasinya semasa membina alatan perkhemahan. Bagi
membantu menyelesaikan masalah tersebut, satu inovasi yang dinamakan Kit Perintis Mini (Mini Pioneering Kit)
4.0 (MPK4.0) telah dibangunkan. Seramai enam orang responden dipilih dalam kajian ini sebagai percubaan. Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa MPK4.0 dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri responden ketika
melaksanakan aktiviti perkhemahan dengan lebih berkesan, di samping menangani cabaran dalam era pendidikan
abad ke-21. Kajian lanjutan yang akan dijalankan perlu menambah reka cipta alatan perkhemahan yang dapat
dibina menggunakan bahan-bahan tersedia di dalam MPK4.0.
Kata kunci: Simpulan dan ikatan, kraf perkhemahan, perintis mini, kemahiran
71
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
THE USE OF FOE4.0 APPS IN TEACHING AND IMPROVE SPEAKING AND VOCABULARY
SKILLS AMONG FORM 4 PUPILS IN SMK DAMANSARA DAMAI 1
Vinothan S. Ramayah
[email protected]
This action research reports on the results of a small scale survey on the use of English for daily
communication and also as medium of instruction in one of the schools in Petaling Utama district. Thirty two
pupils and an English Language teacher have been involved in this study. The objective of this research is to
find out the effectiveness of using “FOE4.0”apps as a tool to encourage communication in English Language
among pupils in Form 4 Arif Academic session 2020. Data is collected using a pre-test and a post-test. The
researcher uses the Speaking Skill assessment descriptor for CEFR (Common European Framework of
Reference), to evaluate the pupils’ speaking skill before and after “FOE4.0”apps is used. The research findings
show that pupils’ speaking proficiency has improved from merely able to utter basic phrases about themselves
and respond to basic familiar questions in simple statement, to having confidence in talking and giving
explanation about a topic discussed. Besides, the classroom situation is also livelier due to the pupils’
eagerness in joining the activities. “FOE4.0”apps also promotes 21st century learning (PAK21) elements as a
basic platform towards achieving IR4.0 vision, especially promotes collaborative and creative learning
process. This study is an invaluable and an inspiring experience where it has motivated the researcher to
explore more on blended learning tools. Apart from that, English lessons has started to become a favourite
among pupils in 4 Arif. It is hoped that “FOE4.0”apps research can be implemented by other researchers to
have a better insight in the ways of motivating and boosting pupils’ interest to speak in English.
“KIT SMART-TAJWEED” MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID
DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Shabibah binti Shaufit Affandi1* dan Shafiqah Munirah binti Kamarudin2
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Malaysia
*[email protected]
‘Kit smart-tajweed’, murid dapat menguasai perkara berkaitan hukum tajwid nun sakinah dan tanwin dengan
baik sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Tambahan pula, kit ini mempunyai nilai tambah integrasi aplikasi
digital seperti flip snack, powtoon dan word wall. Kajian kebolehgunaan yang telah dilaksanakan ini
menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Data dikutip menggunakan dua instrumen iaitu temu
bual dan ujian pra dan pos. Responden kajian kualitatif yang terlibat ialah dua orang murid darjah 3, seorang
guru pelatih dan seorang guru dini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian daripada temu bual yang dijalankan
mendapati responden berpuas hati dengan impak daripada penggunaan ‘kit Smart-Tajweed’ ini daripada aspek
pengetahuan, peneguhan ilmu, keseronokan dan mudah guna. Berdasarkan hasil dapatan ujian pra dan pos
tersebut, semua peserta kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pada markah ujian pos yang
dijalankan berbanding ujian pra yang sebelumnya. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini jelas menunjukkan
bahawa kit Smart-Tajweed ini mampu meningkatkan kefahaman dan pencapaian akademik murid-murid dalam
Pendidikan Islam.
Kata kunci : Guru dini, kreatif dan inovatif, Revolusi Industri 4.0.
72
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
SAFE SCHOOL IN THE TIME OF COVID-19: A CROSS-SECTIONAL STUDY OF SOPS
AMONG TEACHERS
Ahmad Shidki Mat Yusoff1*, Siti Nur Syafiqah bt Supian2, Nur ‘Ain Mahirah bt Mohamad
Ekram3, Nura’fifatul Akmal binti Jamaludin4 and Aimuni Zulfa binti Muhamad Zaradi5
1,2,3,4,5Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Malaysia
* [email protected]
The global spread of the COVID-19 pandemic has profoundly altered almost every aspect of life,
including education, and Malaysia has not been immune to these changes. Due to the extreme difficulty in
preventing the outbreak from spreading quite far, KKM has developed stringent rules to break the chain of
COVID-19 spread. World Health Organization's recommended standards, such as social and physical
distancing, have created tough choices for each country to implement. Following the MCO's
implementation, all Malaysians were urged to remain primarily indoors. Other restrictions imposed
included the prohibition of mass gatherings, restriction on visitors entering the house, and not spreading
fake news. This paper aimed to identify what SOPs are being followed by the teachers to create a safe
environment in school. Based on findings, it shows that most of the respondents are wearing a face mask
when they leave the house. They also agree that hands should be cleaned with hand sanitiser and washed
with soap and water.
Keywords: Safe schools, covid-19, SOPs, teacher, MCO
PEMUPUKAN SIFAT GURU BERJIWA PENDIDIK MELALUI
PROGRAM COMMUNITY LEADERSHIP EDUCATIONAL OUTREACH (CLEO) 2020
Norafidah Noralidin, Ph.D1*, Gerturude Jock, Ed.D2
Juliana Osong, Ph.D3 dan Sonny Teh Eng Chong4
1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Malaysia
*[email protected],my
Kajian ini bertujuan untuk meneroka ciri-ciri sifat guru berjiwa pendidik yang dapat dipupuk melalui
pelaksanaan (Fasa 1) Program Community Leadership Educational Outreach (CLEO) dalam kalangan
pelajar Institut Pendidikan Guru. Peserta kajian terdiri daripada enam orang pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) yang menjadi ahli jawatankuasa induk dalam merancang dan melaksanakan
Program CLEO 2020. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan reka bentuk fenomenologikal.
Data dikumpulkan menggunakan temu bual, refleksi pelajar, dokumen-dokumen, nota lapangan dan
gambar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Gaya CLEO didapati telah berjaya memupuk sifat
guru berjiwa pendidik dalam kalangan peserta kajian dan sifat ini ditonjolkan semasa proses perancangan
(Fasa 1) untuk melaksanakan CLEO 2020. Kajian ini juga menunjukkan bahawa melalui program CLEO
pelajar guru telah diberi peluang sepenuhnya untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan komuniti. Oleh hal yang demikian, antara aktiviti yang dilaksanakan dalam fasa ini ialah
pemilihan ahli secara sukarela, mengadakan bengkel kemahiran penulisan, autonomi pemilihan peserta dan
tapak program serta lawatan ke tempat program. Pelaksanaan setiap aktiviti ini mendorong kepada usaha
untuk memupuk dan menerapkan ciri-ciri guru berjiwa pendidik dalam diri mereka. Oleh itu, antara sifat
guru berjiwa pendidik yang telah dipupuk kepada pelajar melalui program ini ialah bertanggungjawab,
berpengetahuan, kolaboratif dan kepemimpinan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran yang
diperoleh semasa merancang dan melaksanakan CLEO akan dapat diaplikasikan semasa menjadi guru
kelak.
Kata kunci : Program Komuniti, guru berjiwa pendidik, CLEO, Pelajar guru
73
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
SERVICE -LEARNING AS A MEANS OF INCREASING HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT IN
NIGERIA
Olagoke-Oladokun L 1* and Mahani Mokhtar2
1,2Faculty of Social Sciences and Humanities, University Teknologi Malaysia
*[email protected]
One of the major roles of Nigeria higher institutions of learning is to produce graduates who can contribute
towards socio economic development of the nation. However, the present scenario indicates that these
institutions have been producing incompetent and unskilled graduates into the labour market since traditional
instructional methods are still widely employed by university lecturers. This situation is referred to as the
“banking system of education”. Purpose: This paper explores the effects of implementing service-learning as a
teaching and learning strategy in higher institutions on the development of human capital in Nigeria.
Methodology: Data were generated using qualitative approach and exploratory design. Semi- structured
interviews were conducted among undergraduate students at selected public universities in Nigeria where
service-learning is being implemented. Thematic analysis was used to analyze the data and the researcher used
NVivo 12 software during the analysis phase. Findings: The study revealed that service-learning has managed
to promote working experiences; hands-on experiences; insights to career development; problem-solving skill
and instill critical thinking. Findings showed that service-learning has the potential to develop the human
capital population of Nigeria. Implication: This study advocates service-learning implementation in higher
institutions in Nigeria to enable students use the knowledge and skills gained into practice while still actively
studying in institutions of learning.
Keywords: Service-Learning, Human Capital, Human Capital Development, Nigeria, Higher Institution
PROSPEK DAN CABARAN IMPLEMENTASI DAKWAH DALAM MEDIA KONTEMPORARI:
SATU ANALISIS
Saifulazry bin Mokhtar1*, Kasoma Thia2, Irma Wani Othman3 dan Mohd Maziz al-Hadi Moharam4
1Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
2Sekolah Kebangsaan Kebagu, Kota Kinabalu, Sabah
*[email protected]
Pelaksanaan dakwah Islamiah adalah satu tuntutan yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadap seluruh umat
Islam sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Walaupun pelaksanaan ini diwajibkan ke atas para
rasul, namun ia sangat dituntut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mengikut peredaran masa.
Kaedah pelaksanaan dakwah juga perlu sejajar dengan kecanggihan dan kepantasan teknologi kini di mana ia
harus merentas inovasi dalam agen penyebaran dakwah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dakwah dalam
era globalisasi ini tidak semudah yang disangka kerana kepantasan teknologi dan media kontemporari yang
sangat meluas tanpa ada sempadan. Senario ini menggambarkan bahawa pendekatan dakwah dalam media
kontemporari kini tidak terlepas daripada menghadapi cabaran yang harus ditempuhi oleh setiap pendakwah.
Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis prospek dan cabaran implementasi dakwah menerusi
media kontemporari sebagai kayu ukur kepada kejayaan dakwah masa kini. Tahap keterbergantungan yang
tinggi terhadap media massa telah memberi satu tamparan hebat kepada para pendakwah untuk menyebarkan
risalah yang benar dan menangkis segala bentuk penyebaran maklumat palsu khususnya yang berkaitan
dengan Islam. Kajian ini melibatkan analisis dokumen khususnya kepada artikel-artikel jurnal yang berkaitan
dengan impak teknologi massa serta buku-buku yang berkaitan dengan media kontemporari. Hasil kajian
mendapati terdapat pelbagai prospek dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pendakwah masa kini seperti
menyiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat, menyekat
kemunculan ustaz dan ustazah ‘maggi’, kebanjiran maklumat berkaitan isu-isu agama dan sebagainya. Kajian
ini diharapkan berupaya dijadikan sebagai aspirasi kepada pendakwah masa kini sebagai persediaan awal
sebelum mereka terjun ke bidang dakwah menerusi media kontemporari.
Kata kunci: Prospek dakwah, media kontemporari, dakwah media, cabaran dakwah, implementasi dakwah
74
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
ANALISIS KANDUNGAN TERHADAP PROGRAM INTERGENERASI DALAM JURNAL
TERPILIH DARI TAHUN 2016-2020
Ngu Kee Shing1*Saedah Siraj2 dan Norlidah Alias3
1Sekolah Sukan Bukit Jalil
2,3Fakulti Pendidikan, University Malaysia
* [email protected]
This paper provides a content analysis of studies in the field of intergenerational program
that were published in the Web of Sciences Databases from the years of 2016 to 2020. 109
articles were identified as being related to the topic of intergenerational program. Of these, just 38
studies meet the inclusion of the criterias to be included in the content analysuis study. The analysis found
that the topic of intergenerational program study is still focused on the impact program and also the benefits
of the program to the younger generation and the elderly . However other aspects are school and university-
based intergenerational programs , reciprocal learning , student attitudes towards seniors and vice versa and
generation program practices are also increasingly focused. The results of the analysis also provide insights
for educators, policy markers and researchers into research trends and patterns of the intergenerational
program. This article also provides suggestion for further studies related to the intergenerational program
Keywords: Intergenerational Programs, Content analysis,elderly, young children
AMALAN KAUNSELING ISLAM DALAM KALANGAN KAUNSELOR MUSLIM
Mohd Azhar Ab Rahman1*, Shafie Majid2 dan Syed Ahmad Ruslan Syed Abdul Aziz3
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
3Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Malaysia
*[email protected]
Penerapan elemen spritual dalam kaunseling merupakan satu keperluan yang diiktiraf secara meluas oleh
pengamal-pengamal kaunseling pada masa kini. Ini kerana pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia
bukan sahaja berpunca dari aspek lahiriah tetapi juga berpunca dari aspek spritual seperti soal hati dan emosi.
Justeru itu kajian ini menfokuskan kepada amalan pendekatan Islam yang diaplikaskan oleh Kaunselor
Muslim. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif iaitu berbentuk tinjauan terhadap amalan kaunseling Islam
dalam kalngan Kaunselor Muslim. Sampel kajian adalah purposif sampelling iaitu seramai 31 orang kaunselor
muslim yang dipilih secara rawak yang terdiri daripada kaunselor IPG, Kaunselor PPD, Kaunselor sekolah
dan Kaunselor Universiti/ kolej. Analisis data kajian ini adalah berbentuk analisis deskriptif iaitu melihat
kepada peratus dan min menggunakan analisis data SPSS v.22. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap amalan pendekatan Islam telah dilaksanakan oleh Kaunselor Muslim adalah di tahap yang tinggi.
Seterusnya, dapatan kajian mendapati bahawa program-program berbentuk spritual seperti ceramah agama,
ceramah pencegahan seperti Anti Merokok, HIV dan Aids, kursus jati diri dan kepimpinan telah dilaksanakan
dengan jayanya di sekolah. Selain itu, Kajian ini juga mendapati terdapat beberapa cabaran yang perlu dilalui
oleh Kaunselor Muslim dalam mengaplikasikan kaunseling Islam ini iaitu kekurangan pengetahuan agama
sama ada kaunselor mahupun klien, memerlukan masa yang agak panjang untuk mengintegrasikan kefahaman
agama dalam sesi dan kecenderungan meletakkan nilai kepada klien apabila menggunakan unsur agama
dalam kaunseling. Diharapkan dapatan kajian ini memberi gambaran umum berkaitan pelaksanaan
pendekatan Islam dalam Kaunselor Muslim.
75
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
BIMBINGAN KELOMPOK MODUL FOKUS STUDI MENINGKATKAN TABIAT
BELAJAR CEMERLANG MURID
Norlia Harun1* dan Farrah Syuhaida Ismail2
1Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor
2Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Perlis
*[email protected]
Tabiat belajar cemerlang mampu menjadikan seorang murid lebih bertanggungjawab dalam proses
pembelajaran dengan mempunyai fokus yang tinggi, mampu menguruskan masa dengan baik, mempunyai
kemahiran membaca dan mencatat nota yang efektif serta sentiasa bersedia untuk menduduki sebarang ujian
atau peperiksaan di sekolah. Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu 30 orang murid
Tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Batu Pahat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengamalkan tabiat
belajar cemerlang melalui pelaksanaan bimbingan kelompok Modul Fokus Studi. Inventori Belajar oleh
Malek Muhamat Said (2006) telah digunakan bagi mengenal pasti tahap tabiat belajar cemerlang sebelum dan
selepas pelaksanaan bimbingan kelompok Modul Fokus Studi. Hasil analisis ujian pra dan pos menunjukkan
terdapat peningkatan skor yang positif bagi tabiat belajar cemerlang selepas kesemua responden mengikuti
bimbingan kelompok Modul Fokus Studi. Kesimpulannya, kajian tindakan melalui bimbingan kelompok
Modul Fokus Studi ini telah berjaya meningkatkan tabiat belajar cemerlang murid-murid ke tahap yang lebih
baik. Justeru, adalah dicadangkan agar pelaksanaan kajian ini dapat dijalankan juga ke atas murid-murid lain
yang mempunyai tabiat belajar lemah agar kesemua murid dapat mengamalkan tabiat belajar cemerlang yang
baik.
Keywords: Tabiat Belajar, Bimbingan Kelompok, Modul Fokus Studi, Inventori Belajar
HUBUNGAN KLIEN-KAUNSELOR DALAM PEMBENTUKAN IKATAN KERJASAMA
SEMASA PROSES SESI KAUNSELING INDIVIDU
Norliza binti Abdul Razak1*, Salleh bin Amat, Ph.D2, Salina binti Nen, Ph.D3,
dan Chua Lay Nee, Ph.D4
1Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
2,3Universiti Kebangsaan Malaysia,
4Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
*[email protected]
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak hubungan klien-kaunselor dalam pembentukan ikatan
kerjasama semasa proses sesi kaunseling individu daripada perspektif klien. Peserta kajian terdiri daripada
sembilan orang klien yang telah menjalani sesi kaunseling individu sekurang-kurangnya empat kali sesi
dengan seorang kaunselor yang sama. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan
kualitatif dalam pengumpulan data. Alat pengukuran bagi tujuan mengumpul data adalah dengan
menggunakan Protokol Temu Bual Sesi Kaunseling Klien. Data yang diperoleh dianalisis secara manual dan
dibantu melalui perisian Atlas.ti (v8). Data kualitatif daripada dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan
bahawa corak hubungan klien-kaunselor telah menyumbang kepada memperkasakan ikatan kerjasama dalam
proses sesi kaunseling individu. Ikatan kerjasama yang terbentuk antara klien dan kaunselor sepanjang proses
kaunseling individu dijalankan adalah merangkumi elemen matlamat, tugasan dan hubungan. Penemuan kajian
ini menunjukkan bahawa terdapat lima corak hubungan klien-kaunselor dalam pembentukan ikatan kerjasama
yang menyumbang kepada kejayaan proses kaunseling yang dijalankan.
Kata kunci: Hubungan klien-kaunselor, Ikatan kerjasama, proses sesi kaunseling individu, klien
76
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
KEBERKESANAN KAUNSELING KELOMPOK ADLERIAN DALAM MENINGKATKAN SELF
ESTEEM DIRI MURID ORANG ASLI BERISIKO CICIR DI SEKOLAH MENENGAH
Dahiyawati binti Masri
[email protected]
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan Kaunseling Kelompok Adlerian dalam meningkatkan
self esteem diri murid orang asli berisiko cicir di sekolah menengah. Objektif kajian adalah untuk mengetahui
tahap self esteem diri murid orang asli berisiko cicir sebelum dan selepas intervensi Kaunseling Kelompok
Adlerian dijalankan. Kajian dijalankan dalam kalangan murid orang asli berisiko cicir di sekolah. Instrumen
Rosenberg Self Esteem digunakan untuk mengenalpasti tahap self esteem diri murid orang asli berisiko cicir
sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Dapatan data yang telah dianalisis akan digunakan oleh pengkaji
untuk membantu meningkatkan self esteem diri murid orang asli berisiko cicir melalui intervensi Kaunseling
Kelompok Adlerian. Cadangan kajian ini adalah untuk membantu Guru Bimbingan Kaunseling
mengenalpasti murid orang asli berisiko cicir yang mempunyai self esteem diri rendah di sekolah dan
menggunakan intervensi seperti Kaunseling Kelompok Adlerian pada peringkat awal bagi melahirkan murid
orang asli yang berpotensi dan seimbang dari segi jasmani, emosi.rohani,intelektual dan sosial. Sehubungan
itu dalam mendepani cabaran pendidikan revolusi pendidikan iR4.0, usaha perlu dipertingkatkan bagi
meningkatkan self esteem diri murid orang asli bagi memastikan kadar transisi murid orang asli mendaftarkan
diri ke sekolah tidak berlaku keciciran, serta pengekalan murid orang asli dalam sistem pendidikan di sekolah
dari Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5 dalah tercapai.
KOMPETENSI KEPIMPINAN SPIRITUAL PEMIMPIN PERTENGAHAN: SATU ANALISIS
FUZZY DELPHI
Sukor Beram1*, Marinah Awang2, Ramlee Ismail3, Norzalina Noor4,
Dan Muhammad Nidzam Yaakub5
1 Kolej Matrikulasi Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia
2,3 Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
4 Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
5Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Malaysia
*[email protected]
Dalam menyediakan kumpulan sokongan kepimpinan terbaik di institusi pendidikan di Malaysia, kumpulan
pemimpin pertengahan perlu diperkasakan dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Pemimpin
pertengahan merupakan nadi dan penghubung antara pengurusan tertinggi dengan kumpulan pendidik serta staf
sokongan lainnya. Oleh itu, pemimpin pertengahan perlu memiliki pelbagai kompetensi dalam mengimbangi
fungsi mereka sebagai pemimpin dan pengikut pada satu-satu masa. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan
kesepakatan pakar terhadap konstruk kompetensi kepimpinan spiritual bagi pemimpin pertengahan
menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi Method (FDM). Instrumen soal selidik yang mengandungi konstruk
dan elemen kompetensi spiritual telah dikemukakan kepada seramai 30 orang pakar dari pelbagai bidang dan
latarbelakang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa panel pakar bersetuju dengan konstruk dan elemen
kompetensi kepimpinan spiritual yang dikemukakan. Nilai threshold semua 9 elemen yang diuji memenuhi
syarat d≤0.2, memperoleh kesepakatan pakar melebihi 75% dengan nilai antara 93% sehingga 100%
persetujuan, dan melepasi syarat nilai alpha cut melebihi 0.5 (α-cut≥0.5) iaitu dengan nilai antara 0.878 hingga
0.950. Proses defuzzification yang dijalankan menerusi FDM juga telah menyusun semula semua elemen
spiritual berdasarkan pangkatan yang dipersetujui oleh pakar. Kajian ini berjaya mengemukakan satu konstruk
baharu dengan mengambi kira elemen-elemen penting dalam konsteks kompetensi yang melibatkan pemimpin
pertengahan yang bersesuaian dengan konteks kepimpinan pendidikan di Malaysia.
Kata kunci : Pembangunan model, model kompetensi, kompetensi spiritual
77
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
FACTORS INFLUENCING TO THE TEACHING OF HOTS IN MATHEMATICS CLASSROOM
AMONG PRIMARY SCHOOLS MATHEMATICS TEACHERS
Tamilarasi Chandran1*, Salina binti Nen2, Nurzatulshima binti Kamarudin3
and Sharifah Kartini binti Said Husain4
1,2,3,4Universiti Putra Malaysia
*[email protected]
Higher order thinking skills act as crucial component skills to face worldwide competition in this rapid
information era. Ministry of Education (2013) defined higher order thinking skills (HOTS) as the capability to
apply knowledge, problem solving, reflection, value reasoning, reasoning skills, innovating something new and
decision making. Teachers are responsible to instill the learning of HOTS to instigate activities which requires
deeper thinking among students in the pedagogy of 21st century. Nevertheless, not much research has been
conducted pertaining to the teaching of HOTS, and the factors that may influence in teaching of Higher Order
Thinking Skills among teachers as not many comprehensive studies have been done in relation to this. The
purpose of this study is to determine factors influencing to the teaching of higher order thinking skills in
mathematics classroom. This study looked at a) teachers’ knowledge of HOTs; b)teachers’ pedagogical skill in
teaching HOTS in mathematics class. This study used a correlation research design carried out on 71 primary
schools in Temerloh district. Cochran’s formula stratified random sampling technique was used to select 269
teachers for this study. The respondents were selected by using proportional stratified random sampling
technique. Data were collected using a set of questionnaire, which was adapted from previous studies and
validated by a panel of expert. The obtained data were analyzed using SPSS statistical software version 19. The
results revealed that the majority of mathematic teachers self-reported a moderate to high level of teaching
HOTs. The analysis showed that majority of the teachers agreed that how to stratify the learning components to
the level of the students for teaching HOTs (M = 3.79, SD = 0.38). In addition, the teachers’ reported that they
are able to use different strategies and techniques to teach HOTs in mathematics classroom (M=3.94 ,
SD=0.43). Positive significant regression analysis revealed that 2 factors influencing were found to be
significant in predicting the level of teaching HOTS among mathematics teachers.
BREAKING THE BARRIERS: THE APPLICATION OF THE TOP MODEL IN IMPROVING
ENGLISH LANGUAGE PUBLISHING AND PRESENTATION SKILLS
Rajendra, T.R.1*, Osman, N.A.2, Suratnu, R.3, Hussain, N.4 and Dewadasan, G.5
1,2,3,4,5Institute of Teacher Education Malay Language Campus, Malaysia
*[email protected]
This descriptive study explores the need of non-proficient English language speakers, specifically lecturers in a
selected Institute of Teacher Education (ITE) to enhance their publication and presentation competences which
encompass two main skills: speaking and writing. It is noted that many good academic papers and innovation
ideas in the Malay language are frequently not presented internationally in the English language due to
language barrier. Realising the gap in the area, and the need to showcase these achievements at a global level,
an innovative model was introduced to mitigate the problem. The Trending on Professionalism (TOP) Model
was designed to help these lecturers who would be able to present confidently on global and international
platforms. The model is based on a structured framework that will assist in the writing and speaking of the
English language. Through a combination of qualitative semi-structured interviews and focus-group discussion
techniques, the study investigates the efficacy of the model in upskilling selected lecturers through a systematic
scaffolding which enables them to write and present better in the English language. Preliminary results show
that the lecturers have benefited greatly from the adoption of the TOP Model. This findings of the study
suggests that comprehensive scaffolding should be provided by the institutes through their many channels to
highlight the contributions of the lecturers at international levels. The most important significance of the study
is the ability of these lecturers to publish in English language indexed journals and present at various
international conferences.
Keywords: Proficiency, publication, presentation skills, scaffolding, writing, speaking
78
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
KESAN DAN KAEDAH MENANGANI ISU ALAM SEKITAR DALAM TEMPOH
PEMULIHAN DAN PASCA COVID-19
Marsita Mohammad Yusof, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Malaysia
*[email protected]
Penularan pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, malahan kepada seluruh
ekonomi dunia. Semua sektor utama ekonomi telah terjejas akibat penularan pandemik ini. Akibat daripada pandemik
Covid-19 ini juga telah menyaksikan alam sekitar kita dicemari dengan pembuangan sisa baharu iaitu Peralatan
Perlindungan Peribadi atau Personal Protection Equipment (PPE) seperti pelitup muka, sarung tangan dan penutup
kasut yang diperbuat daripada polypropylene, sejenis plastik yang mengambil masa yang lama untuk terurai. Justeru,
penulisan ini bertujuan membincangkan punca, kesan dan kaedah menangani isu-isu alam sekitar dalam tempoh
pemulihan dan pasca Covid-19 yang menumpukan kepada aspek pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan telah digunakan dalam kajian ini
bagi merungkai punca, kesan dan kaedah menangani isu alam sekitar. Kajian mendapati bahawa akibat penularan
pandemik Covid-19 telah membawa kepada pelbagai masalah dan implikasi terhadap alam sekitar. Penulisan ini telah
mengemukakan Theory of Constraints (ToC) oleh Dr. Eliyahu M. Goldratt (1984) sebagai salah satu teknik pengajaran
dan pembelajaran yang memerlukan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikiran logik dan
sistematik. Teknik dan proses ToC menggunakan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dan konkrit. Justeru,
melalui pendidikan, perubahan sikap dan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam
menangani isu alam sekitar bagi menjamin kesejahteraan individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Walau
bagaimanapun, janganlah menganggap isu alam sekitar ini akan lenyap begitu sahaja kerana dijangkakan akan terdapat
kenaikan semula pembuangan sisa bahan PPE dan pelepasan karbon di seluruh dunia apabila terdapat beberapa buah
negara besar dunia menarik balik Perintah Kawalan Pergerakan (lockdown) untuk memberi laluan kepada
pembangunan semula sektor ekonomi.
Kata kunci: Perintah kawalan pergerakan, pencemaran alam sekitar, pendidikan alam sekitar, pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar
PENCAHAYAAN DAN BUNYI DALAM MENINGKATKAN KESERLAHAN DEKORASI RUANG
HADAPAN PEJABAT DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Razali Md Amin, PhD1*, Muhammad Syafiq Sim Abdullah2, Razali Abdul Rahim3,
Muhammad Asrul Ahamd4, Rahmat Rahwi5 dan Rajandaran a/l Marimuthu6
1,2,3,4,5,6Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
*[email protected]
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keserlahan dekorasi ruang hadapan pejabat melalui aspek pencahayaan dan
bunyi di Institut Pendidikan Guru. Keperluan penyelidikan ini adalah untuk memenuhi dan menyelesaikan masalah
kekurangan ruang hadapan pejabat yang menimbulkan rasa ketenangan kepada pensyarah dan staf yang bertugas.
Maklumat berkaitan elemen-elemen pencahayaan dan bunyi yang meningkatkan keserlahan dekorasi ruang hadapan
pejabat adalah kurang dan terbatas penelitiannya. Objektif pertama kajian ini adalah untuk memperincikan elemen-
elemen pencahayaan yang diperlukan bagi menghasilkan dekorasi yang menimbulkan keserlahan ruang hadapan
pejabat. Manakala objektif kedua pula adalah untuk memperincikan elemen-elemen bunyi yang diperlukan bagi
menghasilkan dekorasi yang menimbulkan keserlahan ruang hadapan pejabat. Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif yang terdiri daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Data yang diperoleh daripada kajian
perpustakaan dan kajian lapangan perlu menjalani proses saringan untuk memperoleh data yang diperlukan sahaja.
Penyaringan ini menggunakan teknik interpretasi, teknik kandungan dan bacaan rapi. Hasil kajian dapat menjelaskan
sebuah pengubahsuaian dekorasi ruang hadapan pejabat yang dapat menimbulkan keserlahan dan ketenangan perlu
mempunyai penerapan elemen-elemen pencahayaan dan bunyi yang berpadanan. Implikasinya kajian ini dapat
memberi rujukan kepada semua pensyarah, staf Institut Pendidikan Guru, warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan
masyarakat untuk mendekorasi ruang hadapan pejabat berdasarkan elemen-elemen pencahayaan dan bunyi yang telah
dikenal pasti.
Kata kunci: Bunyi, dekorasi, ketenangan, pencahayaan, ruang
79
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
KAJIAN RINTIS AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
PEMIMPIN SEKOLAH MENENGAH
Wan Azhar Wan Yaacob1* dan Ahmad Zainal, PhD2*
1,2 Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim, Malaysia
*[email protected]
Pendidikan Alam Sekitar diberikan penekanan di sekolah untuk menerapkan nilai kelestarian ke arah hidup
yang berkualiti selari dengan deklarasi UNESCO. Namun, kekaburan pemimpin sekolah dalam
menterjemahkan konsep pembangunan pendidikan yang lestari merencatkan matlamat Kerajaan Malaysia
khususnya KPM bagi mengaplikasikan amalan terbaik pendidikan alam sekitar. Justeru itu, pemimpin sekolah
haruslah memainkan peranan yang utama dalam menjayakan penerapan Pendidikan Alam Sekitar kepada
warga sekolah. Sehubungan itu, objektif khusus kajian rintis ini adalah untuk mengenal pasti
kebolehpercayaan elemen amalan pendidikan alam sekitar dan indikator kepimpinan terbaik dalam kalangan
pemimpin sekolah menengah. Kaedah menganalisis data kajian ini menggunakan perisian SPSS IBM version
24. Kajian rintis ini telah dilaksanakan ke atas 30 orang pemimpin sekolah yang mempunyai ciri yang sama
dengan sampel kajian sebenar. Dapatan analisis kajian rintis terhadap kebolehpercayaan instrument soal
selidik bagi elemen amalan alam sekitar adalah: i) pengurusan (merangka=0.847; mentadbir=0.859); ii)
profesionalisme (akauntabiliti=0.868, amanah=0.857); iii) kurikulum (menyelia=0.881, menilai=0.910); iv)
kokurikulum (menyelaras=0.915, memantau=0.940); dan pembudayaan (menyebar=0.962,
menggalakkan=0.716). Manakala dapatan analisis kebolehpercayaan instrument soal selidik bagi pemboleh
ubah bersandar bagi indikator terbaik kepimpinan sekolah adalah: i) individu=0.971; ii) tugas=0.903; dan iii)
organisasi=0.896. Secara keseluruhan nilai Alpha Cronbach keseluruhannya pada tahap tinggi dan
menunjukkan kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang dibangunkan pengkaji boleh digunakan dalam
kajian sebenar bagi pembangunan Profil Amalan Terbaik Pendidikan Alam Sekitar Pemimpin Sekolah
Menengah.
Kata kunci: Amalan terbaik, Pendidikan Alam Sekitar & Pemimpin Sekolah
HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Nur Jannah Bali Mahomed1, Mohd Izwan Mahmud, PhD2* dan Ku Suhaila Ku Johari, PhD3
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
*[email protected]
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) berperanan dalam membina potensi murid agar seimbang dari segi
emosi, intelek, rohani dan jasmani. Oleh itu, GBK perlu berusaha gigih dalam memikul tanggungjawab
melahirkan murid yang mempunyai sahsiah dan kepimpinan yang unggul. Pun begitu, GBK kini berdepan
pelbagai konflik dan cabaran yang akan menimbulkan burnout, tekanan dan kelesuan emosi seterusnya
mengakibatkan kesejahteraan psikologi GBK terjejas. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kecerdasan
spiritual serta mengukur hubungan kecerdasan spiritual terhadap kesejahteraan psikologi GBK. Dengan
menggunakan reka bentuk kajian tinjauan, seramai 115 GBK sekolah menengah di salah sebuah daerah di
negeri Selangor menjadi responden kajian ini dan dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif
yang signifikan antara kecerdasan spiritual terhadap kesejahteraan psikologi dengan nilai r = .638, p< .05.
Implikasi kajian ini memberi gambaran bahawa kecerdasan spiritual adalah elemen yang penting dan perlu
ditambah baik dalam latihan pendidikan bimbingan dan kaunseling. Kajian lanjutan hendaklah diberi tumpuan
kepada kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan temu bual agar dapat meneroka dengan lebih
mendalam pengaruh kecerdasan spiritual terhadap kesejahteraan psikologi GBK.
Kata kunci: Kecerdasan Spiritual, Kesejahteraan Psikologi, Guru Bimbingan Dan Kaunseling
80
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
PENILAIAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN NOMOPHOBIA:
PENDEKATAN RASCH MODEL
Mazlan Aris, PhD1*, Ros Eliana Ahmad Zuki, PhD2, Azhari Mariani, PhD3
dan Sarala Thulasi Palpanadan, PhD4
1Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Malaysia
2Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
3Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Haji Ahmad, Johor
4Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Malaysia
*[email protected]
Nomophobia merupakan satu fenomena baru yang mempunyai kesan besar terutama dalam merangsang kepada
wujudnya masalah mental seperti kecelaruan, kebimbangan, trauma dan seumpama dengannya. Kajian rintis ini
bertujuan menentukan kebolehpercayaan instrumen nomophobia yang dibangunkan berdasarkan elemen akses,
kemudahan, komunikasi, kehilangan liputan dan simptom. Responden terdiri daripada 62 orang pensyarah Institut
Pendidikan Guru. Data telah dianalisis berdasarkan pendekatan Model Rasch, menggunakan perisian Winsteps 3.69.
Dapatan kajian menunjukkan nilai Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.96 (kebolehpercayaan tinggi). Pemeriksaan
kefungsian item konstruk kompetensi yang dilihat dari 4 aspek mendapati (i) Nilai kebolehpercayaan responden (0.95)
adalah tinggi dan nilai indeks pengasingan (4.53) menunjukkan terdapat 5 strata kebolehan yang dikenal pasti dalam
kumpulan sampel. Nilai kebolehpercayaan item (0.98) juga tinggi dan sangat diterima dan nilai indeks pengasingan
item (6.74) pula menunjukkan tahap kesukaran item mempunyai pengasingan yang baik di mana terdapat 7 kategori
kesukaran item dikesan. (ii) Bagi mengesan Polarity Item, tiada nilai negatif dalam nilai Point-Measure Correlation
menunjukkan item-item bergerak selari dengan item yang lain dan berupaya mengukur apa yang seharusnya diukur.
(iii) Bagi mengesan kesepadanan item, 2 item mempunyai nilai outfit MNSQ terkeluar dari julat 0.6 - 1.4 dan perlu
digugurkan. (iv) Korelasi antara dua item kompetensi (>0.7) menunjukkan item 25 bertindan dengan 27, item 24
bertindan dengan 28, dan item 25 bertindan dengan item 26. Prosedur yang diikuti diyakini dapat menghasilkan satu
instrumen untuk mengenal pasti tahap keseriusan dan simptom nomophobia serta sesuai digunakan oleh masyarakat
pelbagai lapisan umur.
Kata kunci: Nomophobia, Kebolehpercayaan Instrumen, Model Rasch.
PENGLIBATAN PELAJAR PISMP SEMESTER 6 IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR
BAHRU DALAM PROGRAM KESUKARELAWAN
Mohd Zairi bin Husain, PhD1, Julia binti Jantan2, Mohd Zain bin Badui3
1&3IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
2Politeknik METrO Johor Baharu
[email protected]
Salah satu daripada Watak Temenggong ialah budaya kesukarelawan. Selain daripada itu, 4K dalam pembangunan
insaniah pelajar-pelajar IPGM salah satu daripadanya ialah kesukarelawanan. Kesukarelawanan ini seakan sinonim
dengan budaya IPGM ke arah kemenjadian pelajar sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru permulaan yang
multi-tasking. Justeru itu, penghayatan dan amalan budaya kesukarelawanan perlu diberikan perhatian kerana aktiviti
sukarelawan yang dilaksanakan tanpa penghayatan pastinya tidak memberikan faedah kepada pesertanya. Objektif kajian
ini adalah menentukan tahap penghayatan pelajar IPGKTI berdasarkan tiga konstruk penghayatan iaitu tahap
penglibatan, persepsi dan amalan. Kajian dilakukan di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru yang melibatkan
populasi seramai 93 responden berumur antara 21 hingga 22 tahun. Responden diberikan soal selidik untuk menjawab
persoalan kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Hasil kajian menunjukkan tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kesukarelawanan sebelum memasuki institusi ini pada tahap sederhana. Walau pun dapatan penglibatan
mereka sederhana, dapatan persepsi dan amalan adalah pada tahap yang tinggi. Ini memberi gambaran bahawa pelajar
tidak diberikan pendedahan dan peluang untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan semasa di sekolah. Responden
sangat teruja dengan program kesukarelawanan sekiranya mereka diberi peluang untuk terlibat secara langsung. Oleh itu,
berdasarkan hasil kajian dapat disimpulkan bahawa ruang dan peluang perlu diberikan seluas-luasnya kepada para
pelajar agar mereka lebih matang dan secara tidak langsung dapat meningkakan keyakinan serta jati diri sebagai seorang
guru permulaan yang berdayasaing. Cadangan hasil daripada kajian ini ialah semua pelajar di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu diberikan pendedahan terhadap aktiviti kesukarelawanan yang berimpak tinggi pada skala
yang besar.
Kata kunci: Tahap penglibatan, persepsi, amalan, semangat kesukarelawan
81
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN KRITERIA RUBRIK BERDASARKAN MODEL CIPP
BAGI PENSKORAN PENULISAN ILMIAH BAHASA MELAYU
Norzalina Noor1* dan Sukor Beram2
1,2Universiti Pendidikan Sultan Idris
*[email protected]
Kajian ini bertujuan membangunkan rubrik dengan menggunakan Model CIPP (Context, Input, Process and
Product). Model ini mempunyai empat langkah penilaian, namun dalam analisis keperluan ini hanya dua
langkah penilaian sahaja yang digunakan, iaitu penilaian konteks dan penilaian input. Reka bentuk kajian kes
yang diperkenalkan oleh Goode & Hatt (1952) digunakan sebagai teknik pengumpulan data daripada pelajar.
Data kajian ini tertumpu kepada bahan bertulis. Pengkaji menganalisis tugasan penulisan ilmiah pelajar. Tiga
pensyarah yang merupakan tenaga pengajar kursus yang terlibat dalam kajian ini diminta menanda penulisan
ilmiah pelajar ini. Hasil analisis penskoran penulisan ilmiah pelajar digunakan untuk membangunkan kriteria
yang perlu dimasukkan ke dalam rubrik. Proses ini dapat mengelakkan percanggahan kriteria yang hadir dalam
rubrik dengan rancangan instruktional kursus yang sedia ada. Hasil kajian ini, satu senarai semak tatabahasa
dan satu rubrik telah dibangunkan yang mengandungi empat kriteria utama, iaitu format, organisasi,
penggunaan bahasa dan penulisan kutipan serta bibliografi. Kriteria kutipan dan bibiliografi diwujudkan secara
terpisah daripada komponen organisasi. Pemisahan ini bertujuan untuk memudahkan penelitian keilmiahan
penulisan yang dibuat oleh pelajar bagi mengelakkan plagiarisme. Perbandingan kajian lampau terhadap
kriteria rubrik dalam penulisan juga dilaksanakan Kesimpulannya pembangunan rubrik ini dapat membantu
pensyarah dalam penskoran penulisan ilmiah pelajar dengan lebih objektif dan memberi garis panduan kepada
pelajar sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan bagi menghasilkan penulisan ilmiah.
Kata kunci: CIPP, rubrik, penulisan ilmiah, kajian kes, analisis keperluan, & penskoran.
KAJIAN PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN ITQAN DALAM KALANGAN
WARGA IPGKSAH
Ridzuan bin Ahmad, Ph.D1*, Kartini binti Abdul Mutalib, Ph.D2 ,Rohani binti Che Hashim, Ph.D3*
Mohamad Roslan bin Abdul Razak4 dan Ahmad Nadri Mat Daud 5
1,2,3,4,5Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
*[email protected]
Amalan Budaya Kerja Cemerlang akan menghasilkan kualiti kerja dan ianya mempunyai hubungan yang
sangat signifikan dengan kejayaan organisasi. Bermula dengan kekuatan sistem, proses perencanaan, prosedur
dan peraturan yang diamalkan ianya akan dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada para pekerja dalam
menghasilkan kerja yang berkualiti. Justeru, kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan
dan amalan ITQAN dalam kalangan warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Seramai 116 orang pensyarah
dan anggota kakitangan pelaksana yang terlibat dengan kajian ini. Teknik pensampelan rawak bertujuan telah
digunakan untuk kajian ini. Instrumen Pengetahuan dan Amalan ITQAN (Ridzuan,2020) yang
mengandungi 60 item telah digunakan untuk kajian ini. Instrumen ini terdiri daripada 2 dimensi pengetahuan
dan pengamalan ITQAN. Dapatan kajian menunjukkan lebih kurang 93% nilai min berada pada tahap
sederhana (min ≥3.0 ) bagi keseluruhan item. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang
sigifikan (nilai t) pengetahuan konsep ITQAN berdasarkan jantina dan kategori warga IPGKSAH. Manakala
dapatan nilai t bagi tahap pengamalan bagi kesemua sub konstruk berdasarkan jantina dan kategori
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan kecuali bagi sub konstruk tekun dan teliti. Justeru input dan
pengamalan dalam ITQAN perlu ditekankan dari masa ke masa agar warga IPGKSAH dapat merealisasikan
hasrat BKC. Selain itu konsep ITQAN juga pada dasarnya adalah suntingan pengajaran daripada nas- nas Al-
Quran Al- Kareem dan Sabdaan Nabi Muhammad SAW.
Kata kunci : ITQAN, amalan, pengetahuan, Budaya Kerja Cemerlang (BKC)
82
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
PELAKSANAAN KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB
Musliha binti Ismail1* dan Nik Zul Azhar bin Nik Hassan2
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
*[email protected]
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman guru tentang kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata
pelajaran Bahasa Arab. Selain itu ia mengenal pasti strategi dan aktiviti yang menerapkan KBAT oleh guru-
guru praktikum dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian kualitatif
dengan menggunapakai kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen untuk mengutip data. Peserta
kajian terdiri daripada 4 orang guru praktikum yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab dan menjalani
praktikum Fasa I di 2 buah sekolah di bahagian Samarahan di Sarawak. Hasil kajian mendapati bahawa guru
praktikum mempunyai kefahaman yang baik tentang KBAT. Strategi yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran pula terdiri daripada penyoalan aras tinggi dan strategi pembelajaran secara berkumpulan.
Antara aktiviti KBAT yang telah dilaksanakan terdiri daripada pembinaan buku skrap, membina peta i-think
dan memadankan ayat bahasa arab dengan gambar yang mana murid akan menganalisis perkataan dari segi
muzakkar dan muannasnya seteruskan memilih gambar yang bertepatan dengan ayat.Selain itu, murid
menyusun perkataan-perkataan untuk membentuk struktur ayat yang betul. Diharapkan kajian ini dapat
diteruskan untuk melihat perkembangan dan kemajuan guru Pendidikan Islam dalam mengaplikasikan KBAT
ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kata kunci: Kefahaman, strategi, aktiviti
TIKOBULARY: VOCABULARY ENRICHMENT THE NEW NORM STYLE
Siti Rohayzah binti Jasman1*, Albert a/l Jevanathan2, Madeline Liew Szu Hwa3
dan Noor Fadzliana binti Mat Zain4
1,3,4Kolej Matrikulasi, Negeri Sembilan, Malaysia
2Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli
*[email protected]
The ramification of digital technology during the pandemic era has paved new ways for teachers to adapt and
vary teaching strategies to ensure smooth teaching and learning using available resources. Today, social
media has become an indispensable part of teenagers' life due to its user-friendly features. Online platform
such as Tiktok provides students with a fun learning environment through real-life visualization. The use of
Tiktok enables knowledge and information sharing among educators and students which enhances
collaborative learning. The innovation of Tikobulary aimed to facilitate matriculation students in acing
speaking tasks through a set of vocabulary items commonly used in speaking activities. The ability to speak
using correct sentence structure, convey meaning clearly and use appropriate and varied vocabulary in
accordance with the social context are the essence of the task. A group of students (N=4) from Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan, with low bands (B2-B3) in the ongoing assessment speaking tests were selected
on voluntary basis and exposed to Tikobulary. The results of the speaking marks before and after the
exposure were compared to identify the effectiveness of Tikobulary in helping the students to improve their
speaking skills. Research findings showed positive results, all candidates obtained better marks in the post-
test where three candidates were able to jump to a higher band (B4) after being exposed to the various
common expressions in Tikobulary. It is hoped that with the experience and wider vocabulary items learned,
students will be able to keep their speech going to survive and secure desired marks in the actual MUET
speaking test.
Keywords: Edutainment, vocabulary, social media, collaborative learning
83
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
DIGITAL NEWS PROJECT TO IMPROVE YEAR 6 PUPILS’ PERFORMANCE LEVEL
IN LISTENING AND SPEAKING SKILLS
Tessie Rijem
[email protected]
English is taught as second language in public school in Malaysia. Listening and speaking skills are
skills that are essential for the pupils to master in order to communicate effectively in English.
However, for the pupils in rural area where English is a foreign to them. As they rarely use the
language, they showed low participation and interest during listening and speaking lessons. As a result,
they scored low performance level in their Listening and Speaking skills based on Scheme Of Work
(SOW) descriptors. This study aims to investigate whether Digital News Project helps to improve Year
6 pupils’ performance level in listening and speaking skills. The respondents of this study were 17 Year
6 pupils in one of the rural school in Selangau, Sarawak. Data was collected through pupils’
performance level during pre and post intervention and observation list during listening and speaking
class. The result suggest that pupils are improving in their performance level show positive attitudes
towards learning listening and speaking. Based on the result, the implications by the study include that
listening and speaking lesson has to be meaningful and contextual. Teacher should use more authentic
materials that can engage the pupils in learning.
Keywords: Rural school, listening and speaking skills
SPELLING: AN ESSENTIAL KEY TO EXCEL IN VOCABULARY
Wong Y.H.
Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Pending Kuching, Sarawak, Malaysia
[email protected]
Vocabulary refers to words which used in a certain language. It is also a list or collection of words or of
words and phrases for a language. The more words we learn, the more we can excel in a certain
language. Spelling is to form a word from letters either verbally or written. Therefore, the objective of
this study is to improve the students’ spelling abilities of Class 5M of SJK Chung Hua Pending in
English language especially to help the weak students. This study implemented a word list which named
as Vocabulary Module. Spelling tests were given to 16 students of Class 5M from January 2018 to July
2018 and score of each test was recorded. The finding of this study revealed that the scores of the
students’ spelling tests had increased significantly at the end of the period of the study comparing with
the beginning of the study. This showed that the Vocabulary Module had successfully helped to
improve the students of Class 5M in their English language spelling abilities. In order to help more
students to improve their English spelling, teachers are ought to prepare appropriate word lists for the
students.
Keywords: Vocabulary, spelling abilities, word list
84
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
‘WHEEL OF COLOURS’
MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MURID MEMBINA AYAT MUDAH
MELALUI PEMBELAJARAN GRAMMAR DALAM BAHASA INGGERIS
Siti Rohaizalina binti Mohd Jalaluddin
Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, Terengganu.
* [email protected]
Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di seluruh dunia dan bahasa kedua di kebanyakan negara.
Kesedaran terhadap pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid, maka kajian tindakan ini
adalah bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan asas grammar. Kebanyakan murid kurang jelas
terhadap penulisan ayat mudah bahasa Inggeris dengan betul. Wheel of Colours diperkenalkan dalam asas
grammar Verb to Be dan secara tidak langsung melibatkan penggunaan Adjectives berdasarkan Sukatan
Pelajaran Tahun 5. Wheel of Colours membantu murid menyelesaikan masalah asas grammar dengan
menggunakan teknik pusingan roda. Wheel of Colours dibahagikan kepada dua iaitu Verb to Be (singular)
dan Verb to Be (plural). Kajian ini melibatkan sebanyak 18 orang murid dari SK Bukit Wan, Kuala Nerus,
Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan data tersebut diperoleh daripada markah murid
berdasarkan kepada ujian pra dan pos. Hasil dari analisis tinjauan awal menunjukkan hanya 4 orang (22%)
memahami pembinaan ayat mudah dengan cepat manakala 14 orang (78%) kurang memahami pembinaan
ayat mudah dengan cepat. Selepas diperkenalkan Wheel of Colours, dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan pencapaian murid 16 orang (89%) dapat memahami pembinaan ayat mudah dengan cepat
dan 2 orang (11%) kurang memahami pembinaan ayat mudah. Secara keseluruhan, murid dapat menguasai
pembelajaran grammar dengan lebih baik selepas penggunaan Wheel of Colours. Wheel of Colours
berpotensi dalam menarik minat pelajar selain meningkatkan pencapaian dalam bahasa Inggeris.
Kata kunci : Wheel of colours, verb to be, grammar, pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
PENGETAHUAN STRUKTUR AYAT THIRUKKURAL DALAM KALANGAN SISWA PENDIDDIK
TAMIL DI IPGKPT
Munimah Sudramanian1* dan Chander Vengadasalam, PhD2
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia
*[email protected]
Kajian ini memfokuskan analisis pengetahuan srtuktur ayat Thirukkural dalam kalangan siswa pendidik
Tamil PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Tujuan utama kajian ini
adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan sintaksis pelajar dalam menganalisis Thirukkural. Seramai 10
orang siswa dan siswi pendidik menjadi peserta kajian Kajian ini dijalankan dalam pendekatan kualitatif secara
deskriptif. Kajian ini berasaskan teori TG yang dipelopori oleh Chomsky(1965) untuk menganalisis
pemahaman siswa dan siswi pendidik PISMP terhadap struktur ayat tunggal dalam Thirukkural berdasarkan
Rumus Frasa (RF). Walaupun Thirukkural mempunyai 1330 kural yang dibahagikan kepada 3 bab tetapi
hanya 20 kural daripada bab pertama iaitu kebenaran (aram) yang mengandungi 380 kural diambil untuk
kajian ini. Ini adalah kerana bahagian ini menerangkan kehidupan manusia yang patut bermula dengan
moraliti yang sihat, maka bahagian ini dipilih dan dianalisis agar dapat memahami dan mendalami
penyampaian maklumat berasaskan kajian struktur ayat. Data dikumpul dengan menggunakan teknik temu
bual kumpulan berfokus, pemerhatian dan catatan jurnal. Hasil kajian menunjukkan bahawa siswa pendidik
dapat mengenali dan memahami struktur ayat tunggal dalam kural berbentuk susunan biasa. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa siswa pendidik menghadapi cabaran dalam menganalisis susunan ayat
songsang dalam Thirukkural. Ternyata dapatan kajian mempunyai implikasi yang penting kepada pendekatan
penganalisisan teks Thirukkural bagi siswa pendidik di Institut Pendidikan Guru.
Kata kunci : Thirukkural, Struktur ayat, Ayat tunggal.
85
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
THE HYBRID PRACTICE OF PRODUCT AND PROCESS APPROACH AS A PARADIGM SHIFT
IN ESL CLASSROOMS
Sarala Thulasi Palpanadan, PhD1*, Iqbal Ahmad2 dan Ros Eliana Ahmad Zuki, PhD3
1Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Malaysia
2University of Malakand, Pakistan
3Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
*[email protected]
Writing instruction is known for its complexity in the academic world. Thus, all teachers including the teacher
trainees face tremendous enigma in finding the appropriate strategies and activities to perform the teaching and
learning tasks as effective as possible. Numerous theories and models were seemed to be applied and practised
in English as a second language (ESL) writing classrooms only to find that they are not practical for all the
classes. Despite the vast planning and vigilant implementation selected language activities, getting the students
to be able to write effectively remains a huge challenge for writing teachers. Hence, this study was conducted to
investigate the dominant writing approach (between the product and process approach) of ten pre-service
teachers’ in ESL primary classrooms. The effects of the adopted approach were also studied in detail. A mixed-
method design was employed, and data were collected from observations, semi-structured interviews and
students’ written texts. The findings highlighted that the product approach was practised dominantly in the ESL
writing classrooms. Meanwhile the process approach was also practised but partially. The written texts prepared
by the students exhibited good linguistic accuracy, however lacked creativity. Therefore, this study recommends
the writing teachers to perform hybrid practice by blending the product and process approaches as an alternative
writing instruction to provide room for teachers to begin using process approach more profoundly without
negating product approach which is widely practiced. In this way, the benefits of both the predominant
approaches in writing instructions can be utilized to help students to become effective independent writers of the
future.
Keywords: Product approach; process approach; Hybrid practices, writing instruction, English as a Second
Language (ESL)
USER NEED ANALYSIS IN LEARNING LITERATURE COMPONENT IN ENGLISH VIA WEB-
BASED LEARNING PLATFORM
Noorafizah Daud1*, Azlina Abdul Aziz2, Rosseni Din3 dan Zulkefli Daud4
1,2,3Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
4Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim, Malaysia
*[email protected]
This research is carried out to conduct a need analysis of the problem the students face in learning literature
Component in English. The inclusion of literature component in English into English language syllabus is
relevant as it can improve students’ language proficiency. However it is most daunting as many students cannot
understand the literature text as the language is foreign to them. In addition, the text that remote from their
culture also become part of the problems that arise in learning the component. This research explores the needs
for learning literature component in English for form 1 secondary school student. This research also attempts to
identify the needs of learning the component. Students and teachers from five schools in Batu Pahat district were
involved. Random sampling was employed to obtain the data. Thus, the data was collected using questionnaires
and analysed using SPSS 23. The findings of the needs analysis showed that respondents are well prepared to
incorporated web-based learning material into their learning session particularly for literature component in
English.
Keyword : Need analysis, Literature component in English, Quantitative research, Web-based learning.
86
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
STUDENT ENGAGEMENT PATTERN THROUGH AUTHENTIC-BASED MULTIMEDIA LEARNING IN
ACCOUNTING EDUCATION IN NIGERIAN HIGHER INSTITUTIONS
Olusola-Fadumiye Titilope Olufunke1 and Jamalludin B Harun2
1,2Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
*[email protected]
Introduction: The need for tertiary education to produce good graduate students for developing countries to cope
with global shifts in the learning climate seems to be stimulated by increased global technological growth.
Similarly, interactive innovation in educational institutions is needed to improve the innovative thinking of students,
particularly in the fields of science and vocational education. Moreover, student performance in accounting has
remained unsatisfactory, leading to poor cognitive reasoning ability among students, with high dropout rates and
low engagement attributed to inadequate teaching methods. Therefore, this paper aims to address this gap
by investigating an authentic-based multimedia learning environment to facilitate student engagement in the
teaching of undergraduate accounting education in Nigerian higher institutions.
Methods: A review of 90 respondents of sample size from the total population of 120 undergraduates’ students
offering accounting courses was conducted. Data were collected through questionnaire surveys and semi structured
interviews using open-ended questions.
Results: The results of the study have implications for instructors and administrators who wish to enhance
engagement in the multimedia learning environment on the students' courses.
Conclusion: Future research may focus on the challenges in implementing authentic-based multimedia learning by
engaging the students. This paper therefore recommends that the federal government, higher institution
administrators, curricula designers and accounting teachers to further promote better student engagement in the
multimedia learning environment in higher institutions in Nigeria.
Keywords: Students Engagement, Technology, Accounting education, Authentic-based multimedia learning,
Student performance.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGETAHUAN GURU DALAM MELAKSANAKAN
PENDIDIKAN STEM
Lim Wee Pu1* dan Mohd Fadzil bin Abdul Hanid2
1Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang 2, Johor
2Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Johor
*[email protected]
Guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan STEM di
peringkat sekolah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada faktor jantina guru dan jenis sekolah
mempengaruhi tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan pendidikan STEM di daerah Johor Bahru. Untuk
menjawab dua soalan kajian ini, reka bentuk kajian perbandingan punca telah digunakan. 691 orang guru sekolah
rendah (131 lelaki, 560 perempuan) daripada 99 buah sekolah dengan menggunakan pensampelan rawak mudah
mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen soal selidik atas talian digunakan untuk mengukur tahap
pengetahuan guru dalam melaksanakan pendidikan STEM. Keputusan ujian t tidak bersandar menunjukkan
perbezaan di antara min tahap pengetahuan guru lelaki (M = 3.74) dengan min tahap pengetahuan guru perempuan
(M = 3.77) adalah tidak signifikan pada t (689) = -.636, p = .53, manakala keputusan ujian ANOVA sehala
menunjukkan perbezaan di antara min tahap pengetahuan guru bagi Sekolah Kebangsaan (M = 3.81), Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (M = 3.68) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (M = 3.85) adalah signifikan pada F (2, 688) =
8.301, p < .001. Kesimpulannya, keputusan kajian ini penting untuk merumuskan yang pengetahuan guru yang
tinggi tentang pendidikan STEM akan menjadikan guru lebih bersedia melaksanakan pendidikan STEM di
peringkat sekolah. Kursus dan latihan perlu diberi secara berterusan kepada guru sains dan matematik agar mereka
sentiasa diberi pendedahan dengan pengetahuan yang baharu berkaitan dengan pendidikan STEM.
Kata kunci: Pengetahuan Guru, Pendidikan STEM
87
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
KEFAHAMAN GURU-GURU SAINS PRA-PERKHIDMATAN TENTANG HAKIKAT SAINS,
TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM)
Zulkefli Daud, PhD
Institute Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
*[email protected]
Guru-guru sains pra-perkhidmatan disasarkan untuk memainkan peranan penting dalam pelaksanaan STEM
termasuk sebagai guru STEM melalui Program Pendidikan Guru Sains. Kefahaman mereka tentang hakikat
setiap komponen STEM dan hakikat integrasi STEM perlu diperkukuh agar matlamat pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran STEM dapat dicapai. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kefahaman guru-guru sains pra-
perkhidmatan tentang hakikat STEM. Seramai 86 guru sains pra-perkhidmatan yang sedang mengikuti kursus
major sains atau kursus elektif sains di salah sebuah Institusi Pendidikan di Malaysia terlibat dalam kajian. Soal
selidik skala Likert 5-mata dengan Cronbach Alpha, α=0.954 telah digunakan sebagai alat kajian. Data
dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian mendapati kefahaman guru-guru sains pra-
perkhidmatan tentang hakikat Kejuruteraan (x̃=4.031±0.522) adalah paling tinggi diikuti oleh hakikat
Teknologi (x̃=3.994±0.513), hakikat integrasi STEM (x̃=3.987±0.523), hakikat Sains (x̃=3.795±0.539) dan
yang paling rendah adalah hakikat Matematik (x̃=3.699±0.456). Secara keseluruhannya, min tinggi
(x̃=3.901±0.444) dalam kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru sains pra-perkhidmatan sangat memahami
hakikat setiap komponen STEM dan integrasi STEM. Kajian ini memberi implikasi ke atas pengembangan guru
STEM dalam Program Pendidikan Guru Sains, lebih-lebih lagi STEM kini sedang dianjak ke arah
kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
gelombang 3 (2021-2025).
Kata kunci: Pendidikan STEM, hakikat STEM, guru sains pra-perkhidmatan, kefahaman.
TO ASK OR NOT TO ASK:
DILEMMA DURING COUNSELLING SESSIONS
Jenitaa Rozario
Department of Psychology, HELP University
[email protected]
This study explores questioning techniques used in counselling sessions. Asking the right questions in a
counselling session may help ensure a comprehensive focus on the problem. Clients speak more freely with
the right probing methods, especially with the use of good questioning techniques. Person Centered Therapy
suggests that therapists may act as a guide to help clients with their problems as the clients are experts in
their own lives. The right questions will act as a guide for the client to open up. This case study investigates
the questioning techniques employed during a peer counselling session. Data was collected in the form of
audio recording of the counselling session and interview with the ‘peer counsellor’. Findings revealed that
asking a combination of open and closed questions, paraphrasing, confrontation, and empathy helped the
client to better open up. This enabled the client to focus on the root cause of the problem faced.
Keywords: Counselling session, questioning techniques.
88
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
MOTIF PENGLIBATAN DAN CORAK ORIENTASI MATLAMAT
AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN PELAJAR IPG
Shukiman Sukardi, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah, Malaysia
*[email protected]
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti motif penglibatan sukan dan corak Orientasi Matlamat aktiviti
fizikal dalam kalangan pelajar IPG. Objektif kajian ini adalah untuk Mengenal pasti motif penglibatan
dan corak orientasi matlamat keseluruhan pelajar di IPG dan menentukan hubungan antara motif
penglibatan terhadap orientasi matlamat pelajar IPG dalam aktiviti fizikal. Seramai 63 orang responden
terlibat dalam kajian ini. Responden terdiri daripada pelajar disalah sebuah IPGK di Sabah. Responden
adalah dalam kalangan pelajar IPGK sepenuh masa. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan
deskriptif jenis tinjauan. Data yang diperolehi berdasarkan soal selidik Proggresive Motives
Questionnaire (PMQ) oleh Gill, Gross & Huddlestone dan Teacher’ Sense of Efficacy Scale (TSES) yang
dibina oleh Tschannen-Moran & Hoy. Taburan normal data kajian adalah berdasarkan nilai skewness dan
kurtosis. Soal selidik ini telah diubahsuai dan diadaptasi untuk kesesuaian tempatan oleh pengkaji. Nilai
kebolehpercayaan instrumen adalah 0.81 dan 0.87. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dan
sangat bertepatan dengan tujuan kajian. Data-data yang diperoleh dari soal selidik di analisis mengikut
min, sisihan piawai dan korelasi dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Science Social
(SPSS 23.0). Beberapa cadangan lanjutan akan diutarakan berdasarkan analisis statistik.
Kata kunci: Motif Penglibatan, Orientasi Matlamat, Aktiviti Fizikal, Pelajar IPG
KESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
SEMASA TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP DENGAN KESIHATAN
FIZIKAL
Sirajudin bin Sapuan, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
* [email protected]
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan Pengajaran dan Pembelajaran secara dalam talian
semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP dengan kesihatan fizikal kepada diri pelajar, guru serta pensyarah
yang terlibat secara langsung dalam proses PdPR sepanjang tempoh Pandemik Covid-19. Sampel kajian
seramai 160 orang terdiri daripada pelajar, guru serta pensyarah dari seluruh Negeri Johor. Kajian ini
dijalankan secara kaedah kuantitatif dan merupakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik
skala likert 5 mata yang dibangun serta digunakan sebagai instrumen untuk mengutip data. Prosedur
analisis data melibatkan statistik deskriptif serta statistik inferensi. Pengumpulan data melalui kaedah
kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) versi
22 bagi memperolehi jumlah kekerapan, min, sisihan piawaian, Pekali Korelasi Pearson, ANOVA dan
Regrasi. Diharapkan dengan kajian yang dijalankan ini akan dapat memberi gambaran yang jelas dan
tepat tentang kesan dalam aspek kesihatan fizikal kepada pelajar, guru serta pensyarah IPG Kampus
Temenggong Ibrahim semasa pelaksanaan PdPR sepanjang tempoh PKP,PKPB dan PKPP.
Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran; Dalam Talian; Kesihatan Fizikal
89
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
PERBANDINGAN TAHAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PELATIH AMBILAN JUN
2020 IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM SEMASA PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN
ATAS TALIAN
Sanif Sapaat, Siti Aisyah Samod, Lim Jwee Shiang dan Lim Wee Mei
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
*[email protected]
Pandemik Covid-19 yang berlaku belakangan ini telah mendatangkan perubahan yang drastik dalam cara
pembelajaran guru pelatih IPG di Kampus Temenggong Ibrahim, iaitu mereka bertukar daripada
pembelajaran bersemuka kepada pembelajaran dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keadaan
psikologi guru pelatih amilan Jun 2020 IPG di Kampus Temenggong Ibrahim, serta membuat perbandingan
tahap kesejahteraan psikologi mereka antara peringkat awal pengaplikasian pembelajaran dalam talian
dengan setelah setengah tahun pengaplikasian pembelajaran dalam talian. Kajian ini membolehkan impak
perubahan cara pembelajaran guru pelatih tersebut diperlihatkan dengan cara empirikal. Berdasarkan
peninjauan kajian ini, didapati tahap kesejahteraan psikologi guru pelatih adalah memuaskan, tetapi dimensi
yang paling mendominasikan tahap kesejahteraan psikologi guru pelatih berubah daripada dimensi
penerimaan kendiri kepada dimensi autonomi selepas setengah tahun pengaplikasian pembelajaran dalam
talian. Secara umumnya, daripada jumlah enam dimensi tahap kesejahteraan psikologi, komponen-komponen
termasuk Autonomi, Hubungan yang Positif, Tujuan Hidup, dan Penerimaan Kendiri tidak menunjukkan
perbezaan signifikan pada peringkat awal dengan setelah setengah tahun pengaplikasian pembelajaran dalam
talian. Hanya komponen Penguasaan Persekitaran dan komponen Perkembangan Kendiri yang menunjukkan
perbezaan signifikan pada peringkat awal dengan setelah setengah tahun pengaplikasian pembelajaran dalam
talian.
Kata kunci: Kesihatan psikologi, tahap kesejahteraan psikologi, guru pelatih IPG, pengaplikasian
pembelajaran dalam talian.
PENEROKAAN KONSTRUK AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PENILAIAN RISIKO UNTUK
AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI INKLUSIF DI MALAYSIA
Fatimah binti Mustaffa, Amerrudin bin Othman dan Mazmi binti Maarof
* [email protected]
Aktiviti Pentidikan Jasmani Inklusif dan sukan sentiasa terdedah kepada risiko keselamatan dan kecederaan
sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Pendedahan terhadap bahaya risiko keselamatan dan kecederaan ini akan
lebih tinggi terhadap pelajar berkeperluan khas. Program Pendidikan Jasmani Inklusif adalah suatu program
pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan
murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Pengurusan risiko dalam
pengajaran dan pemudahcara (PdPc) Pendidikan Jasmani Inklusif sangat penting bagi semua pelajar dalam
melahirkan masyarakat sekolah yang aktif, sihat dan persekitaran PdPc selamat. Kajian ini dilaksanakan untuk
mengenalpasti konstruk utama amalan terbaik pengurusan penilaian risiko untuk aktiviti Pendidikan Jasmani
Inklusif (PJI) di Malaysia. Dalam meneroka konstruk, pendekatan kaedah kualitatif digunakan iaitu
berdasarkan analisis dokumen dengan membuat kupasan kajian literatur. Dapatan data analisis dokumen akan
di analisis melalui analisis faktor Model Rasch secara matriks kekerapan merujuk daripada hasil kajian
pengkaji luar dan dalam negara tentang atribut amalan terbaik pengurusan risiko Pendidikan Jasmani Inklusif.
Berdasarkan kupasan dan petikan literatur pengkaji telah mengenalpasti konstruk amalan terbaik pengurusan
penilaian risiko bagi Pendidikan Jasmani Inklusif adalah pengenalpastian risiko, penilaian risiko dan
pengurusan risiko. Kesimpulannya melalui kajian ini konstruk-konstruk amalan terbaik pengurusan penilaian
risiko Pendidikan Jasmani Inklusif telah dapat diteroka dan dikenalpasti.
Kata kunci: Konstruk amalan terbaik pengurusan risiko, Pendidikan Jasmani Inklusif, Model Rasch.
90
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
EVALUATION OF CUSTOMER SATISFACTION USING FUZZY LOGIC
Nur Ruzaini binti Che Mansor1 , Mas Norbany binti Abu Samah, PhD2*
and Yuslaini binti Yunus, PhD3
1,2,3,Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
*[email protected]
Customer satisfaction is an important issue in various sectors including in educational institutions. The needs
and requirements of students and lecturers as customers to an institution must be met by the management to
ensure the quality of services offered. The performance of an organization is measured by customer
satisfaction with their needs. The issue of customer satisfaction not only occurs in Malaysia but also abroad.
Complaints and grievances about the facilities and services provided are the cause of this study. Therefore,
this study was conducted to determine the level of satisfaction of students and lecturers on the services and
facilities provided at IPGK Dato' Razali Ismail. The study respondents consisted of randomly selected
students and lecturers. Data were collected based on distributed questionnaires and involved seven
dimensions. Descriptive analysis was performed using SPSS 26 for windows and then fuzzy logic analysis
using Matlab R2020b for windows. Fuzzy logic uses linguistic variables given membership degrees. The
fuzzy inference system using the Fuzzy Mamdani model is used to process the data. Next to get the output
there are four levels that need to be done namely fuzification, ordering, inference and defuzzification. The
results of the study found that students and lecturers are very satisfied and fully satisfied with the facilities
and services provided with customer satisfaction are 19 and 18.8. The findings of this study enable
management to maintain existing performance and make continuous improvements from time to time to
ensure quality of service and customer satisfaction.
Keywords: Customer satisfaction, Fuzzy logic, facilities
MENGKAJI KONSTRUK PENAAKULAN
Ho Wen Jye
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
*[email protected]
Antara aspirasi untuk setiap murid dalam PPPM ialah kemahiran berfikir di mana setiap murid perlu
menguasai pelbagai kemahiran kognitif penting, termasuklah penaakulan. Kajian ini sebagai satu usaha
untuk memperjelaskan konstruk penaakulan. Lawson (1992) telah mengemukakan Teori Hipotesis
Berbilang untuk menerangkan intipati penaakulan saintifik. Menurut teori ini, intipati penaakulan saintifik
adalah kebolehan seseorang untuk mengusahakan penaakulan dengan mempertimbangkan lebih daripada
satu antejadian dalam konteksnya. Kajian ini menguji andaian asas teori ini dengan meninjau corak respon
penaakulan pelajar terhadap tugasan-tugasan logik penaakulan bersyarat (jika p, maka q; di mana p adalah
antejadian, q adalah akibat) dalam konteks yang berbeza-beza melalui dua instrumen: Ujian Penaakulan
Bersyarat Umum (UPBU) dan Ujian Penaakulan Bersyarat Kimia (UPBK). Subjek kajian terdiri daripada
130 orang pelajar tingkatan lima aliran sains. Hasil kajian menunjukkan bahawa corak respon penaakulan
pelajar tidak konsisten bagi setiap tugasan logik bersyarat yang identikal (semua berbentuk jika p, maka q).
Didapati peratusan respon bercorak penaakulan bersyarat semakin menurun apabila beralih dari tugasan
logik pertama ke ketiga dalam kedua-dua UPBU dan UPBK, sejajar dengan trend keadaan konteks tugasan
adalah semakin sukar untuk memikirkan antejadian alternatif (antejadian lain selain daripada antejadian p).
Sebaliknya peratusan respon bercorak penaakulan dwisyarat (p jika dan hanya jika q) semakin meningkat
mengikut alihan tugasan logik pertama ke ketiga dalam kedua-dua UPBU dan UPBK. Secara amnya,
dapatan kajian menyokong andaian Teori Hipotesis Berbilang dan menambah lagi bukti empirikal bahawa
penaakulan tidak boleh dilihat sebagai suatu konstruk yang bebas daripada konteks. Implikasi dapatan kajian
terhadap pengajaran sains dibincangkan.
Kata kunci: Konteks berbeza, penaakulan bersyarat, penaakulan dwisyarat
91
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN KEPIMPINAN
DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
Kamisah binti Buang, PhD1* dan Haslina binti Muhamad
*[email protected]
Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan pentaksiran secara langsung melalui pelaksanaan program
latihan di luar institut. Instrumen Kualiti Pelajar dalam aspek kemahiran insaniah digunakan bagi
mengumpul data yang dianalisis berdasarkan perbandingan min aspek kemahiran komunikasi dan
kepimpinan. Responden merupakan tujuh belas orang pelajar tahun akhir yang mengikuti Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Tinjauan
dijalankan selepas pelajar menjalani program Bina Personaliti Guru, Praktikum Fasa Dua dan
Internship. Dapatan keseluruhan, menunjukkan tahap kemahiran komunikasi dan kemahiran kepimpinan
dalam kalangan pelajar meningkat dari tahap ‘Sederhana’ pada tinjauan Awal kepada tahap ‘Tinggi’
pada tinjauan akhir. Hal ini menunjukkan bahawa program latihan di luar bilik darjah yang dirancang
secara berstruktur dengan pemahaman terhadap item yang dinilai didapati berkesan dalam
meningkatkan tahap kemahiran.
Kata kunci: Kemahiran insaniah, komunikasi, kepimpinan.
92
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA SEKOLAH DI PULAU DI
NEGERI SABAH
Dexter Silam, Vincent Pang1* dan Denis Lajium2
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
*[email protected]
Menjelang abad ke-21, konsep asas kepimpinan instruksional tidak banyak berubah tetapi keperluannya
masih relevan dan menjadi nadi penting bagi kepimpinan pengetua ke arah pencapaian kecemerlangan
kurikulum di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan instruksional dan
pelaksanaannya oleh pengetua sekolah di pulau di negeri Sabah. Kajian kualitatif yang menggunakan
pendekatan kajian kes ini melibatkan pengetua, penolong kanan kurikulum dan guru mata pelajaran sekolah
sebagai peserta kajian. Data-data kajian yang dikumpul melalui kaedah temu bual, analisis dokumen dan
pemerhatian diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS. ti 8. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional dari aspek mendefinisi misi sekolah, mengurus
program instruksional dan membentuk iklim sekolah yang positif sangat penting bagi memastikan
kecemerlangan sekolah dapat dicapai. Pengetua sekolah pulau ini harus mengamalkan kepimpinan
instruksional dalam kepimpinannya bukan sekadar untuk mencapai kecemerlangan kurikulum tetapi sebagai
platform untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin perubahan di sekolah dalam memacu
sekolah ke arah sekolah yang berkesan mengikut perubahan semasa. Kesimpulannya, amalan kepimpinan
instruksional pengetua sekolah berkenaan sangat penting dalam memastikan kecemerlangan kurikulum dan
keberkesanan PdP guru dapat dicapai secara terancang dan sistematik serta mampu mengikuti arus
perubahan semasa dalam konteks pendidikan global.
Kata kunci: Kepimpinan instruksional, pengetua, sekolah pulau
PENINGKATAN KOMPETENSI BAHASA GURU PELATIH BAHASA ARAB MELALUI
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Noor Shamshinar binti Zakaria1* dan Nor Azhan bin Norul’Azmi2
1,2 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
*[email protected]
Guru yang berkualiti adalah guru yang sentiasa menambah baik pengetahuan dan kemahiran mereka
bersesuaian dengan perubahan semasa. Penglibatan guru dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
dilihat sebagai satu mekanisme yang tepat untuk menjadi seorang guru yang kompeten dan berkualiti.
Walau bagaimanapun, PSH ini dilihat bukan hanya disarankan kepada guru yang sedang dalam
perkhidmatan sahaja bahkan wajar diajukan juga penglibatannya dalam kalangan guru pelatih. Amalan PSH
ini membolehkan guru pelatih meningkatkan tahap kompetensi mereka dalam aspek ilmu pengetahuan,
kemahiran dan mempunyai ciri-ciri peribadi yang unggul. Persediaan dan kesedaran awal guru pelatih
dalam PSH menunjukkan minat dan usaha guru pelatih untuk memperbaiki prestasi semasa atau masa depan
secara menyeluruh melalui penyampaian ilmu, mempertingkatkan kemahiran dan perubahan sikap. Oleh itu,
kajian konseptual ini membincangkan kewajaran penglibatan guru pelatih dalam PSH. Perbincangan ini
memfokuskan amalan PSH dalam kalangan guru pelatih Bahasa Arab untuk meningkatkan tahap
kompetensi bahasa mereka dalam pengajaran Bahasa Arab. Guru pelatih perlu diberi kesedaran bahawa
peranan guru hari ini bukan sahaja sebagai penyampai ilmu pengetahuan yang ada dalam kurikulum mata
pelajaran dan kemahiran kepada pelajar bahkan bertanggungjawab menyuburkan minat,
memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar serta meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Guru
pelatih Bahasa Arab yang mempunyai kompetensi bahasa yang tinggi sudah pasti dapat merealisasikan
matlamat pendidikan Bahasa Arab iaitu membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa.
Kata kunci : Kompetensi Bahasa, Guru Pelatih Bahasa Arab, Pembelajaran Sepanjang Hayat
93
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
MOTIVASI UNTUK MEMIMPIN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH
Zurinawati Hamzah1* dan Mua’azam Mohamad2
1Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Jerteh, Terengganu
2School of Education, Univerisiti Utara Malaysia, Malaysia
*[email protected]
Guru adalah pemimpin pendidikan, bukan sahaja di sekolah tetapi juga di luar sekolah. Kepimpinan guru
dilihat berupaya meningkatkan efikasi guru, meningkatkan keberkesanan sekolah dan menyumbang kepada
peningkatan dan penambahbaikan sekolah. Sehubungan itu, guru perlu memiliki kemahiran kepimpinan untuk
meningkatkan keberkesanannya, mempunyai motivasi yang tinggi dan bersedia untuk menjadi pemimpin.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap motivasi untuk memimpin dalam kalangan guru sekolah. Disamping
itu perbezaan min yang signifikan tahap motivasi untuk memimpin berdasarkan faktor jantina guru sekolah dan
berdasarkan faktor pengalaman mengajar guru sekolah akan dikenal pasti. Kajian ini merupakan kajian
kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Data kuantitatif dikumpul menggunakan soal selidik melibatkan 210
responden yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik Motivation To Lead.
Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi untuk memimpin guru-guru berada pada tahap tinggi. Penemuan
kajian juga memperlihatkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan tahap motivasi untuk memimpin
guru sekolah berdasarkan jantina. Sebaliknya, wujud perbezaan min yang signifikan tahap motivasi untuk
memimpin berdasarkan pengalaman mengajar. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah perlu merancang program
berterusan bagi membantu membina keyakinan dan motivasi dalam diri guru untuk menjadi sikap kepimpinan
yang tinggi seterusnya meningkatkan prestasi sekolah.
Kata kunci: Pemimpin guru, Motivasi untuk memimpin, Guru sekolah
SCHOOL SUPERVISION PRACTICES IN PRIMARY SCHOOL:
ISSUES AND CHALLENGES
Nurul Syafinaz binti Ishak
Besut District Education Department, Terengganu
*[email protected]
The Malaysia Education Development Blueprint (2013-2025) has focused on outcomes in education,
especially in the aspect of educational personnel development through several initiatives. This is to ensure
that the educational output of the student is at the optimum level and meets the needs of future careers.
Teacher competence is the focus in ensuring the effectiveness of the teaching and learning process that leads
to student success and marketability. (Nair.P.,2017). Teacher professional development is important in
making practice changes in the classroom, developing schools and improving student learning performance.
Thus, quality and effective teaching and learning can be measured and improved through the practice of
supervision and guidance in schools. Thus, the researcher would like to see the role of supervision in schools
towards effective teaching and learning. A quantitative study design was implemented to answer 4 research
questions with 3 hypothesis. The findings of the study found that the practice of supervision in schools,
especially among administrators has been at a moderate level (M=3.39, SP=.58). Besides, the research shows
that there is significant relationship between supervision practice and effective teaching and learning in
primary schools in Terengganu. The sub-dimension of teacher profesional development is more dominant in
the practice of supervision compared to the other 2 dimensions, namely teacher motivation and teacher
performance.
Keywords: Supervision, Teacher Development, Teaching and Learning.
94
5th International Conference On Teacher Learning And Development ICTLD2021
TAHAP KEPUASAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Rosmani Ali, PhD1*, Nik Azleena Nik Ismail2, Salma Abd. Razak3, Fathiah Mohd Yusof4
dan Norihan Mat Zin5
1,2,3,4,5Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Malaysia
*[email protected]
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara atas talian menuntut komitmen dan kerjasama daripada semua pihak
terutamanya dari segi pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi maklumat, penyediaan peranti digital dan
akses capaian internet yang berkualiti. Justeru kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan dalam
kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
ekoran gelombang pandemik Covid19. Kaedah pengumpulan data adalah secara tinjauan dengan menggunakan
borang soal selidik secara atas talian melalui Google Form. Kajian ini melibatkan seramai 638 orang pelajar
Institut Pendidikan Guru di Kampus Dato’ Razali Ismail. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam
kalangan pelajar adalah tinggi dengan nilai min 7.95 (Segerak) dan 7.98 (Tidak Segerak). Di samping itu tahap
kepuasan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi Google Classroom juga tinggi dengan
nilai min 8.43. Malahan pelaksanaan aktiviti dan penyediaan tugasan serta bahan pengajaran dan pembelajaran
juga berada di tahap tinggi dengan nilai min melebihi 8.0. Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa
walaupun Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian, kualiti pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan pelajar dan pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya memberikan
tahap kepuasan yang tinggi. Hasil kajian ini memberikan implikasi bahawa para pengajar dan pelajar berjaya
memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan kualiti sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Situasi sebegini amat penting memandangkan kecerdasan intelektual pelajar terus
berada dalam keadaan kondusif serta dapat mewujudkan suasana penerimaan proses pengajaran dan pembelajaran
yang bermakna walaupun dalam situasi perintah kawalan pergerakan ekoran gelombang Pandemik Covid19.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian, Segerak, Tidak Segerak, Pandemik Covid 19
TEACHER-STUDENT INTERACTIONS BETWEEN SPECIAL EDUCATION TEACHERS AND
STUDENTS WITH COMPLEX COMMUNICATION NEEDS: NEW INSIGHTS
Kalamathi Rajagapoal1, Low Hui Min2* and Siti Mastura Baharuddin 3
1,2,3Universiti Sains Malaysia, Malaysia
*[email protected]
Two-way interactions between teacher and student are integral to successful teaching and learning. However, two-
way interactions are remarkably challenging when students with complex communication needs are concerned due
to these students’ inability to express their needs and wants verbally. In a special education classroom, teachers
spend more time being with these students. Hence it is vital to establish effective teacher-student interactions
between them. However, research regarding teacher-student interactions in special education classrooms is lacking.
Therefore, a qualitative study exploring teacher-student interactions involving students with complex
communication needs was conducted among five special education teachers from Malaysia. These teachers have
experience teaching children with complex communication needs for more than ten years in special education
schools. The study was conducted using semi-structured interviews. The collected data were analysed using a
deductive qualitative content analysis approach. The results revealed that the frequency of two-way teacher-student
interactions in special education classrooms is asymmetrical, and the teacher-student interactions are heavily
skewed towards teacher-centred instruction. However, the results also revealed that the teachers were aware of the
importance of two-way teacher-student interactions. Nevertheless, they were only capable of using conventional
methods for interacting with students.
Keywords: Teacher-student interaction, two-way interaction, special education classroom, complex
communication needs (CCN), augmentative and alternative communication (AAC)
95
ICTLD2021 5th International Conference On Teacher Learning And Development
LEVERAGING ONLINE LEARNING FOR TEACHERS' PROFESSIONAL DEVELOPMENT ON
INCLUSIVE EDUCATION FOR STUDENTS WITH AUTISM IN
LAO PEOPLE’S DEMOCRATIC REPUBLIC
Low, H. M.1* , Wong, T. P2 , Lee, L. W3 , Makesavanh, S4 and Lee, A. S. S5
1,3,5Universiti Sains Malaysia, Malaysia
2University of Nottingham Malaysia, Malaysia
4Makesavanh, S., Souphanouvong University
*[email protected]
Lao PDR is one of the countries in South East Asia with limited resources for teachers who are teaching students
with Autism in inclusive learning environments. In this study, an online professional development program
presented through Facebook, a commonly used social media platform in the Lao PDR was designed to increase
the Laotian teachers’ knowledge in Autism and inclusive practices for students with Autism. The study analysed
29 mainstream teachers’ types of knowledge gain and satisfaction levels after the completion of the 4-week self-
learning e-module. Additionally, the teachers’ satisfaction towards the use of e-module was evaluated in relation
to knowledge gain. The findings revealed positive gain in knowledge in Autism after the online teacher training
and high satisfaction of the training. As a whole, the findings provided evidence that the teachers in the studied
context were open to embrace the rapid shift of professional training paradigm to online learning, when locally
relatable materials were used.
Keywords: Inclusive education, teacher training, Autism, low-resource context
YAKIN TAK YAKIN? PERSEPSI KESEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU
PELATIH DI SEKOLAH
Tay Chong Seng, Ph.D
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
*[email protected]
Keyakinan guru pelatih dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mempengaruhi
proses pembelajaran murid. Melalui bimbingan pensyarah dan guru semasa praktikum, keyakinan PdP guru
pelatih dapat ditingkatkan demi melahirkan insan guru berkesan. Kajian ini bertujuan meninjau tahap keyakinan
guru pelatih dalam perancangan dan pelaksanaan PdP subjek major dan elektif di sekolah selepas dua fasa
praktikum, tahap bimbingan pensyarah dan guru serta cadangan penambahbaikan bimbingannya. Kajian gabungan
pendekatan kuantitatif dan kualitatif ini melibatkan 126 orang (20 lelaki dan 106 perempuan) guru pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2016 sebuah kampus institut pendidikan guru. Data
dikumpul menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 40 item secara Likert 4-Skala mengenai
keyakinan responden dalam perancangan dan pelaksanaan PdP dengan nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha
ialah 0.961 dan item jawapan terbuka mengenai cadangan penambahbaikan bimbingan praktikum. Data kuantitatif
dianalisis secara deskriptif dari segi kekerapan bersama peratusan dan minnya sementara data kualitatif dianalisis
secara bertema. Dapatan menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam
perancangan dan pelaksanaan PdP bagi kedua-dua subjek major dan elektif. Kajian juga mendapati bahawa dalam
komponen-komponen yang dikaji, pentaksiran menunjukkan tahap keyakinan yang terendah dalam kalangan guru
pelatih bagi perancangan atau pelaksanaan sama ada bagi subjek major mahupun subjek elektif. Cadangan guru
pelatih dalam penambahbaikan bimbingan praktikum merangkumi tema berkaitan dengan bidang/kepakaran
pembimbing, tumpuan bimbingan dan kekerapan bimbingan. Implikasi kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan
dan renungan kepada pihak perancang kursus mahupun pihak individu yang terlibat dalam membimbing guru
pelatih semasa praktikum supaya keberkesanan pelaksanaan praktikum dapat ditingkatkan.
Kata kunci Praktikum, Keyakinan Guru Pelatih, Perancangan dan pelaksanaan, Bimbingan
96