NAMA PENSYARAH : DR SHAHABUDDIN BIN HASHIM
NAMA TUTOR : DR NOORAIDA BINTI YAKOB
NAMA AHLI KUMPULAN :
LUKMAN HAKIM BIN MAT RANI – 151401
WAN HASYAWATI BINTI WAN ZIN – 150896
NURULHUDA BINTI SAN – 151794
Bahasa merupakan campuran kebolehan
yang diperlukan untuk komunikasi berbahasa atau
pengeluaran perkataan. Menurut Heward, bahasa
adalah satu sistem yang digunakan oleh
sekumpulan manusia untuk memberi makna
kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain
simbol untuk membolehkan mereka
berkomunikasi antara satu sama lain
Bahasa juga merupakan alat komunikasi iaitu sistem
simbol suara yang dihasilkan oleh suara manusia. Seperti yang
kita ketahui, bahasa terdiri dari kata atau kelompok kata.
Masing-masing memiliki makna, iaitu hubungan abstrak antara
kata sebagai simbol dan objek atau konsep yang diwakili.
Kelompok kata atau kosa kata oleh ahli bahasa disusun
menurut abjad, atau menurut abjad, disertai penjelasan
maknanya dan kemudian dimasukkan ke dalam kamus atau
leksikon. Pada saat kita bercakap atau menulis, kata-kata yang
kita ucapkan atau tulis tidak diatur dengan baik, tetapi mengikuti
aturan yang ada untuk mengungkapkan idea, fikiran atau
perasaan, kita harus memilih kata yang tepat dan menyusun
kata-kata tersebut sesuai dengan kaedah bahasa.
Seperti yang umum ketahui dan rasai, ucapan pertama
yang dituturkan oleh anak-anak pastinya merupakan detik yang
paling menggembirakan dan yang paling dinanti-nantikan oleh ibu
bapa. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti munculnya
perasaan tidak sabar untuk mendengar anak-anak mereka
bercakap serta bersembang dan juga menyanyi riang. Bayi dan
kanak-kanak memerlukan rangsangan bahasa yang berterusan
agar perkembangan bahasa mereka berkembang selari dengan
perkembangan kognitif dan fizikal. Kajian menunjukkan bahawa
perkembangan pendengaran dan bahasa boleh dirangsang
seawal di dalam rahim ibu untuk mendengar butir-butir bahasa
yang digunakan oleh ibubapa..
Terdapat hipotesis mengenai tempoh kritikal bagi
perkembangan bahasa kanak-kanak yang menjadi perdebatan antara
pengkaji-pengkaji psikolinguistik dan linguistik kognitif namun rata-rata
mereka bersetuju bahawa usia 1 tahun hingga 5 tahun adalah tempoh yang
disebut sebagai tempoh sensitif atau optimal yang perlu diberi perhatian
agar perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak mencapai
potensi maksima. Jadi, secara amnya perkembangan bahasa itu
melibatkan bila dan bagaimana kanak-kanak mula belajar bercakap dan
memahami apa yang didengar. Ini menunjukkan bahawa pentingnya
perkembangan bahasa untuk kanak-kanak berkomunikasi, meminta
keperluan harian dan berkongsi pengalaman bersama ibu bapa. Secara
ringkasnya, perkembangan bahasa merupakan asas yang penting dalam
kemahiran membaca dan menulis.
BAGAIMANA 1. Kenalpasti perkataan dari aliran ucapan.
KANAK-KANAK Contohnya perkataan susu. semasa kecil, ibu
MENGUCAPKAN bapa akan membiasakan perkataan susu seperti
PERKATAAN shushu, nenen dan sebagainya. Namun begitu,
PERTAMA sepatutnya ibu bapa perlu membiasakan
perkataan yang betul kepada anak sejak dari
kecil supaya mereka memahami maksud susu
yang sebenarnya ketika mereka masih lagi kecil
2. mengingati perkataan yang disukai supaya
mereka dapat mengenalinya lagi spt
umi,abi,ibu,ayah iaitu mereka yang selalu berada
di samping mereka sejak dari keci
3. tautan perkataan dengan beberapa peristiwa
yang konsisten yang perlu disesuaikan dengan
anak-anak. Contohnya bola, pada awalnya ibu
bapa mengajar atau menunjukkan apa itu bola
kepada anaknya. Selepas itu, ibu bapa akan
meUnaPmCbaOhMtIaNutaGn RkEepPaOdaRTanaknya dengan
mengatakan bahawa „bola itu berwarna oren‟
4. melatih secara fizikal iaitu melalui pita suara,
lidah dan bibir utk menghasilkn bunyi yang lebih
tepat
5. menyebut perkataan dalam konteks yang sesuai
Cabaran Utama
Perkembangan Bahasa
Kanak-Kanak
KURANG PERHATIAN DAN INTERAKSI DENGAN ANAK-ANAK
Bagi ibubapa yang mempunyai masa dengan anak-anak pula, psikologi
anak perlu diutamakan dengan memastikan anak-anak diberi perhatian dan
pemerhatian berterusan. Perhatikan tingkah laku anak-anak yang cuba untuk
mencuri perhatian kita ketika kita membuat sesuatu perkara yang lain. Contohnya
anak-anak kecil akan memanggil-manggil nama ibunya berkali-kali dan menarik
tangan atau muka untuk mendapatkan perhatian. Oleh itu, ibubapa perlu terus
berhenti membuat apa sahaja yang dilakukan pada masa tersebut untuk memberikan
perhatian sepenuhnya kepada mereka. Jadilah seorang ibubapa yang kreatif untuk
mencari topik perbincangan dengan anak-anak. Anak-anak yang fasih bercerita
adalah hasil daripada ibubapa yang suka bercerita kepada mereka. Berinteraksi
dengan anak secara mesra dan berterusan seawal usia bayi, menjadikan kanak-kanak
lebih ceria, aktif dan matang. Cuba jadikan perbualan sebagai rutin harian malahan
jadikan kaedah masa untuk membaca buku cerita bersama anak-anak sebagai salah
satu kaedah yang terbaik untuk mengembangkan kemahiran bahasa kanak-kanak.
KEKANGAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK
Dalam situasi ekonomi semasa di Malaysia, banyak keluarga
memerlukan lebih daripada satu sumber pendapat untuk menampung kos
sara hidup yang semakin meningkat. Ibubapa yang sibuk ditempat bekerja
pulang ke rumah untuk menguruskan rumah tangga diwaktu malam.
Dengan keterbatasan masa ini, masa 24 jam yang dilihat singkat kini telah
dihabiskan begitu sahaja tanpa sempat memberi fokus kepada
memperkembang bahasa anak-anak. Jika dilihat dari aspek perkembangan
bahasa, perhatian dan tanggungjawab ibubapa adalah besar kerana ibubapa
seharusnya menjadi model bahasa yang baik, pemangkin bahasa kanak-kanak
dan juga individu yang dapat membetulkan penggunaan kosa kata anak-anak
sekiranya mereka menggunakan kosa kata yang salah ketika bercakap.
Contohnya, bagi anak-anak yang pelat, ibubapa adalah individu yang sangat
rapat dengan anak-anak yang seharusnya membetulkan kesilapan sebutan
mereka setiap hari.
PEMILIHAN BAHASA BAGI ANAK-ANAK
Faktor pemilihan bahasa pertama anak-anak menjadi cabaran
terutamanya bagi ibubapa di Asia Tenggara secara kolektif. Ini berikutan proses
asimilasi bahasa daripada kepelbagaian bahasa, dialek, bangsa, etnik dan agama
yang menyatukan komuniti di Malaysia. Bagi anak-anak yang masih kecil,
mereka tidak boleh membezakan bahasa-bahasa yang digunakan oleh individu
disekelilingnya termasuklah ibubapa serta pembantu rumah mereka. Input-input
bahasa yang berbeza-beza memungkinkan mereka memilih untuk menjadi lebih
pasif dan memilih untuk diam kerana tidak mahir menggunakan mana-mana
bahasa dengan baik. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang mempunyai
pembantu rumah yang bertutur bahasa Indonesia, manakala ibunya bertutur
menggunakan bahasa Melayu dan ayah pula bertutur menggunakan bahasa
Inggeris. Anak yang keliru ini, langsung memilih untuk diam kerana keliru
dengan bahasa-bahasa yang didengarinya setiap hari. Sebaiknya, ibubapa harus
membuat pemilihan bahasa dari awal lagi untuk memastikan bahasa PERTAMA
anak anda stabil terlebih dahulu sebelum memperkenalkan bahasa kedua kepada
mereka.
USIA DAN TAHAP KEMATANGAN IBU BAPA
Kematangan ibubapa menjadi faktor penting untuk
menentukan sama ada mereka mampu atau sanggup memikul
tanggungjawab berat sebagai ibubapa atau tidak. Pasangan yang baru
berkahwin terutamanya berkahwin di usia muda, perlu lebih cakna
mengenai tanggungjawab sebagai ibubapa dan pemangkin bahasa anak-
anak. Pasangan muda dilihat masih mentah dan kurang sabar di dalam
mendidik kanak-kanak. Kestabilan dari segi emosi dan ekonomi mungkin
menjadi penyebab mengapa mereka kurang kesabaran dalam mendidik
anak-anak kecil, tidak pandai mengambil hati si kecil kerana masih ingin
menumpukan perhatian terhadap diri sendiri (self-centered) sahaja. Oleh
itu, ibubapa diluar sana, perlu mempelajari ilmu keibubapaan sebelum
menempuhi alam tersebut, agar anda lebih bersedia, berfikir secara
matang dan menjadikan perkembangan bahasa kanak-kanak sebagai satu
keutamaan untuk pendidikan awal sikecil.
KELAHIRAN
Bayi akan menyedari wujudnya bunyi-
bunyian di sekitar mereka. Mereka
akan menangis jika keadaan terlalu
bising kerana mereka masih belum
biasa dengan kebanyakan bunyi yang
mereka dengari serta bayi juga akan
menangis untuk menyatakan perasaan
mereka sekiranya mereka lapar atau
sakit perut.
0-3 Bulan
Bayi akan mula bertindak balas terhadap suara-
suara yang biasa didengarinya dan mula
mendengar dengan teliti sebarang bunyi yang
tidak biasa mereka dengari. Bagi menyatakan
keriangan apabila melihat ibu bapa mereka atau
sesiapa sahaja yang biasa mereka lihat, mereka
lazimnya akan senyum atau ‘cooing’ iaitu bunyi di
belakang tekak. Kita juga mungkin boleh
membezakan jenis-jenis tangisan ketika usia
mereka sebegini. Walaupun anda mungkin
beranggapan bahawa bayi kecil anda tidak mampu
menyatakan apa-apa, namun adalah penting untuk
berkomunikasi dengan mereka bagi membantu
mereka membina kemahiran berbahasa.
4-6 Bulan
Mereka mula menunjukkan tindak balas
kepada perkataan dan kelihatan amat kagum
dengan bunyi-bunyi lain seperti muzik, bunyi
yang dikeluarkan oleh peralatan elektrik dan
bunyi-bunyi haiwan. Pada masa ini, bayi
sepatutnya telah mampu membuka
kerongkong mereka dan membuat bunyi yang
ringkas. Mereka juga berkemungkinan besar
mampu membunyikan beberapa konsonan
seperti m, b dan p.
7-12Bulan
Pada usia ini, bayi mungkin telah biasa dengan nama
mereka sendiri dan mungkin akan menoleh kepada
sesiapa yang memanggil mereka. Mereka mungkin
akan mula memberi respons kepada soalan dan
permintaan. Mereka juga mungkin telah biasa dengan
nama-nama objek barangan di rumah dan mungkin
mampu menunjuk kepada barangan tersebut apabila
diminta. Lazimnya, inilah tempoh di mana bayi akan
mula menuturkan perkataan pertama kerana mereka
kini telah mampu menggabungkan bunyi-bunyi vokal
dan konsonan.
Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu ingat bahawa
setiap anak kecil adalah unik dan perkembangan yang
dicapai adalah mengikut tahap kepantasannya
sendiri. Ibu bapa tidak perlu membandingkan anak
anda dengan kanak-kanak lain kerana ini hanya akan
mengakibatkan stres yang tidak wajar dan tekanan
yang tidak diperlukan ke atas anak anda.
.
2-4 Tahun
pada awal 2 tahun, kanak-kanak sudah mula
untuk mengingati 2 benda dan boleh memahami
kegunaan objek tersebut serta akan
menggunakan nama sebagai satu strategi
ingatan. Pada ketika ini, kanak-kanak ini sudah
mampu mengetahui antara 5-40 patah
perkataan.
Pada usia 3 tahun pula, kanak-kanak ini sudah
boleh mengucapkan fonem iaitu bunyi bahasa
ibunda mereka sendiri. Pada ketika ini, mereka
akan mula menyoal ibu bapa atau org lain
mengenai sesuatu soalan dan perkara yang
pendek.
Dan pada ketika berusia 4 tahun, kanak-kanak
ini sudah mula memahami sintaks iaitu urutan
perkataan dalam sesebuah ayat di mana
mereka sudah mula memahami ayat yang
lengkap
APA ITU LITERASI AWAL ?
Kemahiran literasi awal merujuk kepada pengetahuan, kemahiran,
dan pelakuan kanak-kanak tentang kemahiran membaca dan
menulis, sebelum mereka boleh membaca dan menulis secara
standard.
Jackman 2005, literasi awal ialah pembelajaran atau perlakuan
membaca dan menulis yang bermula sejak bayi melibatkan
kebolehan mendengar, bercakap , membaca dan menulis
Antara aspek yang difokuskan dalam konsep ini ialah komponen,
prinsip perkembangan kemahiran literasi awal, pendekatan
pengajaran dan kemahiran literasi awal di rumah.
Kemahiran literasi awal ini bukan kemahiran membaca dan menulis.
Sebaliknya, ia adalah kemahiran yang perlu ada sebelum kanak-
kanak belajar membaca dan menulis. Ibu bapa perlu memainkan
peranan utama dengan sentiasa berkomunikasi dengan anak
mengenai apa yang diminati oleh mereka. Sebelum belajar membaca,
kanak-kanak perlu menerangkan dan melukis perkara-perkara yang
difikirkan atau digambarkan secara abstrak
KEMAHIRAN LITERASI AWAL ( MENDENGAR,
BERTUTUR, MEMBACA, MENULIS)
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas kepada kepada membaca dan
menulis. Hubungan mesra dan kasih sayang serta peluang interaksi antara
ibu bapa dengan anak-anak menggalakkan kemahiran ini. Di fasa ini, kanak-
kanak mula mendengar dan mengajuk percakapan orang terdekat. Oleh itu,
terutamanya ibu bapa perlulah mengelakkan bertutur secara pelat dengan
anak-anak.
Kemahiran Awal Membaca
Aktiviti berterusan seperti “Shared Reading” mendorong minat suka kepada
buku dan belajar berkomunikasi. Perkenalkan warna, huruf, nombor dan
bentuk kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menyediakan peluang dan
pengalaman membaca yang seronok kepada anak-anak.
Kemahiran Awal Tulisan
Kanak-kanak mula belajar menggerakkan tangan supaya boleh menulis
dengan selesa dan sempurna. Ibu bapa melatih kanak-kanak dengan latihan
pergerakan mata mengikut arah tulisan. Seterusnya, latihan koordinasi
tangan dan mata untuk menulis dengan betul. Kanak-kanak mula menulis
daripada kertas kosong kepada kertas bergaris dan dari pensel yang besar
kepada pensel kecil.
ISU LITERASI AWAL DI
RUMAH
Ramai kanak-kanak yang datang dari rumah yang mana
membaca adalah aktiviti harian mereka. Oleh itu, mereka
datang ke sekolah dengan kebolehan membaca atau
sudah menguasai banyak prasyarat untuk membaca .
Manakala, kanak-kanak lain pula yang datang dari rumah
yang mana terdapat sedikit kemahiran bacaan akan
menyebabkan perkembangan mereka sedikit perlahan.
Selain tu, ada juga sesetengah kanak-kanak akses
kepada bahan bacaan mereka hanya bermula dari
sekolah sahaja.
KEMAHIRAN LITERASI
AWAL DI RUMAH
Kemahiran literasi awal kanak-kanak, terdapat lima amalan yang ibu bapa boleh gunakan sebagai
panduan ketika membaca dengan anak-anak mereka. Antaranya, melalui aktiviti bermain.
Adalah penting untuk memastikan pengalaman membaca dan pembelajaran menyeronokkan dan
positif untuk mengekalkan minat kanak-kanak. Ibu bapa boleh menggunakan buku-buku dengan unsur-
unsur bermain seperti "lift-the-flap", sentuhan, serta "pop-up" untuk menjadikannya lebih interaktif.
Seterusnya, aktiviti menulis. Ibu bapa boleh membiarkan anak mereka menulis atau melukis huruf,
nombor, bentuk atau objek yang mereka lihat dalam buku itu, untuk membantu mereka mengenali watak-
watak. Ibu bapa juga boleh menggunakan buku mengenai nombor, abjad, bentuk, saiz, warna dan lain-lain,
untuk memperkenalkan anak-anak mereka kepada konsep yang berbeza.
Selain itu, menerusi percakapan. Ibu bapa digalakkan membaca kepada anak-anak mereka, untuk
membantu mereka mempelajari bahasa dan mengambil kata-kata baru. Ini akan membolehkan kanak-
kanak mengembangkan pemahaman mereka terhadap bahasa, yang akan menyokong pembelajaran kata-
kata bertulis mereka. Ibu bapa sama sekali tidak digalakkan bertutur dengan anak-anak secara pelat
kerana akan mempengaruhi percakapan mereka nanti. Sebagai contoh, perkataan susu hendaklah disebut
dengan betul iaitu “shushu” atau “cucu”
KEMAHIRAN LITERASI
AWAL DI RUMAH
Ibu bapa juga boleh menyanyi puisi berirama kepada anak-anak mereka, untuk meningkatkan
kesedaran dan kepekaan mereka terhadap bunyi dalam kata-kata. Ini akan membolehkan kanak-kanak
mengembangkan pemahaman mereka terhadap bahasa dan belajar membaca. Ibu bapa boleh merujuk
kepada buku seperti puisi berirama kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh berpantun atau mencari
perkataan berirama seperti perkataan yang sama bunyinya iaitu ‘meja dan eja’, ataupun ‘ibu dan Sibu’,
atau ‘bola dan Cola’
Dalam konteks ini, aktiviti membaca adalah sangat penting. Ibu bapa hendaklah membaca bersama
anak-anak mereka, kerana ia mengembangkan perbendaharaan kata, pemahaman, dan pengetahuan
umum yang diperlukan untuk meningkatkan lagi kemampuan mereka untuk membaca ketika mereka
membesar. Ibu bapa boleh menggunakan buku mengenai pelbagai topik yang sesuai untuk anak kecil,
seperti pekerjaan dan haiwan. Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi contoh yang baik terhadap anak-
anak iaitu ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membaca dan pastikan anak melihat anda
membaca.
KEPENTINGAN LITERASI AWAL
5 sebab penting mengapa literasi perlu diperkenalkan sejak dari awal lagi :
Kanak-kanak belajar mengenal dunia di sekeliling mereka. Kanak-kanak boleh lebih tahu dan faham
tentang kehidupan masyarakat di negeri dan negara lain. Mereka boleh belajar benda hidup lain di
muka bumi ini seperti haiwan dan tumbuhan, belajar tentang ciptaan tuhan yang lain seperti bulan,
bintang, laut
Seterusnya, memudahkan kehidupan kanak-kanak .Contoh dengan name tag atau tanda nama,
kanak-kanak di taska boleh tahu mana barang milik mereka. Label di rak atau kotak mainan
mudahkan anak-anak ambil barang yang mereka perlukan.
Selain itu, menggembirakan kanak-kanak. Kanak-kanak suka lihat dan pegang buku bergambar
yang menarik dan bagus seperti buku Dr Seuss walaupun mereka belum tahu membaca. Jika
kanak-kanak sudah pandai membaca tentunya buku-buku ini beri lebih kegembiraan kepada kanak-
kanak.
Di samping itu, boleh buat penilaian awal pencapaian kanak-kanak sebelum masuk tadika.
Menyediakan persekitaran yang kaya dengan literasi sejak anak di buaian lagi membantu
perkembangan literasi anak bila masuk tadika.Kanak-kanak yang tahu bunyi dan nama huruf serta
tahu fungsi cetakan sebelum masuk tadika besar kemungkinan boleh membaca dengan baik bila
masuk tadika.
Akhir sekali, membantu perkembangan bahasa perbualan harian selalunya tiada perkataan dan
tatabahasa seperti dalam buku. Jika anak-anak didedahkan dengan buku sejak kecil lagi (contoh
ibu bapa baca buku kepada anak), lebih banyak perkataan anak belajar dan lebih kompleks ayat
yang digunakan oleh anak
PENDEKATAN
PENGAJARAN
MEMBACA
KANAK-KANAK
01 PENDEKATAN FONIK
02 PENDEKATAN
BAHASA
KESELURUHAN
03 KAEDAH GABUNGAN
BUNYI KATA
Menekankan pemecahan kata-kata ke dalam komponen tertentu dan belajar
untuk menterjemahkan simbol huruf ke dalam bunyi. Selepas kanak-kanak
menguasainya, mereka akan mula berupaya membaca dengan tepat. Dalam
kata lain, ia satu kaedah pengajaran membaca berdasarkan bunyi huruf ,
kumpulan surat, dan suku kata. Kaedah bacaan pengajaran ini biasanya berbeza
dengan pendekatan bahasa keseluruhan, yang menekankan pembelajaran
perkataan penuh dalam konteks yang bermakna.
Kaedah fonik digunakan untuk melatih kanak-kanak mengenal huruf melalui
padanan huruf dengan bunyi. Kaedah ini telah lama diperkenalkan dalam
pembelajaran bacaan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai pendapat mengenai
cara pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik. Antaranya
yang dikemukakan oleh Hasnah dan Habibah (2010), Othman dan Nik Eliani
(2009), Bielby (1999), Goswani dan Byrant (1990)
Hasnah & Othman & Nik
Habibah (2010) Eliani (2009)
Pada asasnya kaedah ini adalah Objektif pertama, perkenalkan bunyi huruf
untuk mengajar murid-murid melihat yang akan diajar (tanpa menunjukkan
hubungan antara simbol (huruf) dan simbol/huruf tersebut). Sebut bunyi dengan
bunyi (hubungan fonem-grafem) jelas beberapa kali. Seterusnya,tanyakan
supaya mereka dapat membaca murid bunyi yang didengar dan minta
(membunyikan) perkataan- murid menyebut bunyi dengan betul. Ulang
perkataan baharu yang mereka sebut bunyi sehingga mantap Kemudian,
hadapi. Kanak-kanak diperkenalkan melakonkan aksi asas latihan asosiasi.
dengan bunyi huruf dan bukan Pastikan satu bunyi untuk satu aksi. Selain
nama huruf. Sebagai contoh, „a’ itu, aktiviti pilihan juga turut dicadangkan.
bunyi „aa..’ atau „u’ bunyi „uu..’ Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti
Apabila mereka sudah mengetahui melakukan aktiviti latihan asosiasi secara
hubungan tiap-tiap huruf dengan praktikal (bermain) dan rangsang
bunyinya, suku kata pula dibina. pendengaran dengan gambar-gambar
Misalnya, „ba’, „da’ dan lain-lain. bermula dengan bunyi yang diajarkan.
Kemudian baru digabung suku-suku Objektif kedua pula pula diharapkan murid
kata ini menjadi perkataan - „dada’, dapat mengecam bentuk huruf. Aktiviti
„batu’, „kata’, „lalu’ dan sebagainya. wajib yang dicadangkan adalah seperti
berikut, sentuh huruf berpasir mengikut
cara huruf ditulis, dan bentuk huruf
menggunakan plastisin
BIELBY (1999) GOSWANI &
Menyatakan semua guru perlu BYRANT (1990)
berbincang dengan murid dan pada
masa tertentu mereka juga perlu Dalam Campbell (1995) kajian
membincangkan cara menyesuaikan
bunyi huruf dengan perkataan. mengenai kesedaran fonemik,
Walau bagaimanapun, istilah
„mengajar fonik’ digunakan secara menyimpulkan bahawa kemajuan
umum untuk mengajar murid-murid
di peringkat awal secara dalam belajar membaca mungkin
bersistematik bagi membunyikan
huruf secara rutin untuk mengekod merupakan faktor utama dalam
perkataan. Murid diajar
membunyikan huruf secara lantang C menyedari fonem. Oleh yang
kemudian menggabungkan bunyi. Cdemikian, pelbagai kegiatan
Kemudian,guru mendengar apa membaca dan menulis menjadi
yang dibunyikan oleh murid.
Pendekatan ini membolehkan murid penting agar murid terlibat dengan
membunyikan huruf baharu dengan
mudah dan cepat. bahasa dan boleh secara aktif
membina pengetahuan mereka
tentang kaitan huruf dan bunyi.
Semasa abad ke-19, fonik telah biasa digunakan sebagai sinonim
untuk fonetik. Seterusnya, pada abad ke-20, fonik diperoleh dariapada makna
masa kini sebagai satu kaedah bacaan pengajaran.
Fonik merujuk kepada beberapa kaedah yang berbeza tetapi secara
umumnya pertindihan arahan. Terdapat empat kaedah pendekatan fonik
iaitu fonik analitik, fonik sintetik, fonis linguistik dan fonik terbenam
FONIK ANALITIK
Kaedah Fonik Analitik mengajar kanak-kanak hubungan fonik di
antara perkataan. Kanak-kanak diajar untuk menganalisis
hubungan suara-suara dan melihat untuk memecahkan kata-kata
berdasarkan pola ejaan dan huruf dan bunyi mereka. Fonik
Analitik juga dikenali sebagai Fonetik Terlibat. Dalam pendekatan
ini, terutamanya analisis bunyi tertentu dalam satu perkataan atau
perkataan dilakukan. Fokus pada perkataan yang lengkap
terutamanya dan kemudian analisis dibuat dari komponen yang
berbeza dari kata. Kanak-kanak mengelakkan bunyi-bunyi secara
berasingan untuk meneka perkataan dalam pendekatan ini.
Mereka akan diminta untuk menganalisis hubungan bunyi surat
selepas mengenali perkataan tersebut. Proses ini bermula
dengan perbendaharaan kata penglihatan dan lengkap membaca
buku. Ia juga menggunakan gambar, huruf awal dan isyarat
konteks untuk mengenal pasti perkataan.
FONIK SINTETIK
Dalam fonik sintetik, bunyi huruf dan
gabungan huruf diajarkan dahulu dan
kemudian kaedahnya diajar untuk
membentuk kata-kata lengkap. Dalam
program fonik sintetik, pelajar diajar untuk
membaca semula kata-kata baru dengan
mengambil semula dari ingatan suara
bahawa setiap huruf, atau kombinasi huruf,
dalam perkataan mewakili dan
menggabungkan bunyi menjadi perkataan
yang dikenali. (National Reading Panel,
2000). Fonik ini ialah pendekatan secara
menyeluruh. Dr Shapiro berkata: "Fonik
sintetik adalah pendekatan yang diterima
secara meluas dalam pengajaran membaca
dalam bahasa Inggeris: kanak-kanak diajar
FONIK LINGUISTIK
“Dalam bahasa fonik , kaedah ini biasanya memberi
tumpuan kepada corak perkataan yang terdapat dalam
kata-kata bahasa inggeris seperti ‟cat‟, „rat‟, mat, dan ‟bat‟ .
Kata-kata ini dipilih dan dikemukakan kepada pelajar.
Kanak-kanak perlu membuat generalisasi tentang bunyi
dengan mempelajari kata-kata ini. .Fonik linguistik adalah
seperti fonik analitik kerana ia menekankan corak perkataan
daripada bunyi huruf. Namun, fonetik linguistik biasanya
tidak disokong oleh penyokong „top-down‟, kerana tidak
menekankan teks yang berlaku secara semula jadi.”
(Ann Maria Pazos Rago, "The Alphabetic Principle,
Phonics, and Spelling: Teaching Students the
Code." Reading Assessment and Instruction for All
Learners, ed. by Jeanne Shay Schumm. Guilford Press,
2006)
FONIK
TERBENAM
“Pendekatan terbenam pengajaran fonik melibatkan pelajar
dalam pembelajaran kemahiran fonik dengan membaca teks
sahih. Pendekatan ini boleh dibandingkan dengan bahasa
keseluruhan; namun, fonetik terbenam melibatkan kemahiran
terancang yang diajar dalam konteks kesusasteraan yang
sahih. Fonik tertanam dibentuk sebagai tindak balas terhadap
kritikan hebat yang dialami oleh seluruh gerakan bahasa, dan
menekankan peranan arahan fonik dalam konteks sastera yang
sahih.” (Mark-Kate Sableski, "Phonics." Encyclopedia of
Educational Reform and Dissent, ed. by Thomas C. Hunt,
James Carper, Thomas J. Lasley, and C. Daniel Raisch. Sage,
2010)
Pendekatan bahasa keseluruhan adalah falsafah pendidikan yang mengajar kanak-kanak
membaca dengan menggunakan strategi yang menunjukkan bagaimana bahasa adalah
sistem bahagian yang bekerja bersama untuk mewujudkan makna.
Walaupun ia mungkin kedengaran seolah-olah kaedah bahasa keseluruhan diskaun fonik
sebagai cara untuk mengajar membaca, penggunaan kesedaran fonemik (atau sub
leksikal membaca) adalah salah satu komponen pendekatan.
Falsafah seluruh bahasa juga mengajar para pelajar untuk mengiktiraf kata-kata teras
sebagai satu perkataan dan bukannya mereka membunyikan semua perkataan secara
fonetik. Pendek kata, pendekatan ini menggunakan sastera sebagai alat mengajar dan
bertujuan untuk mengintegrasikan literasi dalam semua bahagian kurikulum (termasuk
sains, matematik dan kajian sosial). Di samping itu, pendekatan keseluruhan bahasa
menggalakkan pelajar menggunakan membaca dan menulis untuk tujuan sehari-hari
PENDEKATAN PENDEKATAN
BINAAN CERAKIN
Pendekatan ini dikenali juga sebagai Pendekatan ini menghasilkankaedah
pendekatan sintesis. Pendekatan ini pandang
menghasilkan kaedah abjad. Dalam
pembelajaran bahasa, murid akan dan sebut. Pendekatan ini pula bertujuan
agar murid dapat mengeja dan membaca
belajar
secara beransur-ansur daripada huruf,
suku kata, perkataan dan ayat dengan
peringkat
yang lebih mudah kepada yang baik.
kompleks. Hal ini bertujuan bagi Maka daripada sebuah ayat lengkap,
memudahkan murid memahami apa
guru akan
yang mencerakinkan kepada beberapa
telah dipelajari secara berstruktur
dan menyeluruh. Dalam pendekatan perkataan
bagi memudahkan murid untuk
binaan,
murid akan diajar dengan cara atau membaca.
Daripada beberapa perkataan,guru akan
kaedah membatangkan perkataan tersebut
dalam menulis abjad, seterusnya suku
kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mengikut
suku kata tertentu seterusnya
memperkenalkan satu persatu huruf yang
KAEDAH PENGALAMAN
PANDANG & SEBUT BAHASA
Dimulakan dengan memperkenalkan Memberi penekanan kepada
perkataan dan bukannya huruf atau pengalaman atau
suku pengetahuan sedia ada murid-murid
kata. Aktiviti utamanya ialah dalam
memandang dan menyebut perkara
membaca. Apabila murid-murid
yang mempunyai
dipandang .ialitu gambar objek yang
terdapat pada bahan bantu belajar. pengalaman membaca bahan yang
menggunakan laras yang sama serta
Perkara
yang disebut ialah perkataan pada mereka
mempunyai pengetahuan mengenai
bahan
yang ditunjukkan. Kaedah ini bidang
mementingkan dua perkara iaitu yang dibincangkan, murid-murid akan
membunyikan perkataan atau
rangkai kata berdasarkan mudah
memahami mesej yang cuba
pengalaman
disampaikan oleh
penulis dalam tulisannya.. 3 peringkat
dalam
proses membaca
iaitu lateral, Interpretasi &
inferens dan penilaian makna. Murid –
murid
perlu mempunyai pengalaman atau
pengetahuan sedia ada untuk
memudahkan
mereka menguasai peringkat – peringkat
tersebut. Pengalaman mereka membaca
KAEDAH GABUNGAN
BUNYI KATA (KGBK)
Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) ialah kaedah yang menggabungkan proses mengajar mengenal
bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapat membaca frasaatau ayat. Selain itu,
kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedah abjad atau fonik dan kaedah seluruh
perkataan.Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk memulih murid yang tidak
boleh atau lemah membaca.
Kaedah ini dihasilkan sebagai satu kaedah mengajar 2M iaitu membaca dan munulis. Ia adalah aktivti
mengenal bunyi bebapa huruf vokal dan konsonan. Ia juga bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak
mengenal suku kata dan seterusnya membina dan membaca perkataan, frasa atau ayat.
Secara amnya (KGBK) merupakan satu kaedah yang sistematik, mengambil kira sistem ejaan Bahasa
Melayu yang fonemik dan suku kata yang jelas. Proses pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat
awal untuk kanak-kanak boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran bunyi beberapa huruf vokal
asas ( a, i , u ) satu huruf konsonan „b‟ untuk membentuk suku kata : b+a=ba, b+i=bi, b+u=bu, untuk
membentuk perkataan seperti babu, baba dan terus dibunyikan [baba], [babu] dan bentuk frasa yang
bermakna /i bu/ + /baba/ = /ibu baba/
Melalui pendekatan ini, murid tidak perlu menghafal semua huruf a b c hingga x y z, sebaliknya unsur
membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam satu masa
pengajaran membaca. Guru boleh memperluas gabungan huruf vokal dan konsonan dengan memilih
beberapa perkataan suku kata terbuka yang bermakna secara ansur maju.
Penekanan kaedah ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran dan pembelajaran
serta peningkatan kemahiran membaca secara berkesan.
KELEBIHAN (KGBK)
Murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a, b, c
sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad/fonik. Ini mengambil masa panjang (2, 3 bulan di setengah
sekolah).
Seterusnya, murid tidak perlu diajar „mengecam seluruh perkataan‟ (pandang dan sebut perkataan)
dan menghafal bentuknya, kemudian „cerakin‟ perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf,
seperti dalam kaedah seluruh perkataan.
Dalam KGBK kanak-kanak terus „membina‟ dan „membaca perkataan‟ berdasarkan suku kata yang
mereka belajar dalam satu pelajaran itu. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh
dibuat secara sistematik atau berturutan berkembang, di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk
belajar membaca pelajaran yang baru. Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya.
Misalnya, setelah murid belajar membaca „b‟ murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi
konsonan „k‟ pula . Jika dicantum pula dengan suku kata „ba bi bu‟ yang dipelajari sebelumnya, murid
boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti „buku „,„buka ‟.
Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu. Kaedah ini merupakan satu
kaedah yang amat bersistematik. Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah „alphabetic‟ dan fonemik. Hal ini
menjelaskan bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal ini
berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru. Suku kata ejaan Bahasa Melayu
adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain
KELEMAHAN (KGBK)
Sesetengah murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan
menyebabkan berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid
tersebut dan terpaksa bermula semula.
Seterusnya, murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad dan
akan
mengganggu pembelajaran. Murid juga sukar mencari contoh perkataan yang sesuai
dengan
konsonan yang telah diajar.
Di samping itu, segelintir murid tidak memahami maksud perkataan yang telah
dibina dan memerlukan penjelasan daripada guru. Murid-murid pemulihan khas pula,
sukar
untuk memahami maksud perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar
untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak
mempunyai perbendaharaan yang cukup. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu
diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat membaca frasa.
Selain itu, kaedah ini juga lebih mudah untuk diajar kepada murid-murid yang tidak
tahu apa-apa
daripada murid yang telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan
membatang
ISU PENDEKATAN
BAHASA
Beberapa kajian menunjukkan bahawa pendekatan bahasa berfungsi dengan
baik untuk kanak-kanak yang terdedah kepada buku-buku di rumah
Kanak-kanak yang mempunyai sedikit pendedahan terhadap buku-buku di
rumah, mungkin mendapat sedikit latihan di luar sekolah lantas mereka mungkin
memerlukan pendekatan fonik secara langsung (Pressley et al. (2007)
PERKEMBANGAN
PENULISAN
KANAK-KANAK
01 KONSEP
PERKEMBANGAN
PENULISAN
02 PERKEMBANGAN
MENULIS &
GENGGAMAN PENSEL
03 TANDA-TANDA
MASALAH MENULIS
Penulisan merupakan kegiatan menghasilkan simbol-simbol grafik yang disusun atur
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi
ayat. Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-
peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula diajar
menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai
kesediaan menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu
kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak
perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari
seperti menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan
sebagainya. Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan
berbagai alat dan permainan. Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan
pengamatan visual melalui latihan dan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak
juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai
jenis pola dan struktur ayat mudah.
PERKEMBANGAN MENULIS &
GENGGAMAN PENSEL
Pada peringkat awal kanak-kanak berusia 10-12 bulan akan mula menconteng
di atas kertas selepas mereka mula dapat memegang pensel. Kanak-kanak mula
menulis di antara umur dua dan tiga ketika mereka mula menggambar. Kanak-
kanak di peringkat ini, memegang pensel dengan lebih matang dengan dengan
memegang pensel diantara hujung ibu jari, telunjuk dan jari tengah..
Seterusnya, pada umur empat tahun, kanak-kanak paling banyak boleh menulis
nama pertama mereka sendiri . Pada umur lima tahun, mereka boleh mencetak
huruf dan menyalin perkataan pendek. Pada tahap ini, lengan bawah biasanya
dalam keadaan supinated dan otot tangan yang akan menggerakan pensel.
Kemudian, beberapa tahun pertama persekolahan, kebolehan celik huruf
normal ialah boleh memastikan jika huruf terbalik seperti b dan d atau p dan q.
Seperti membaca, jika kanak-kanak diberi peluang untuk kerap menulis
mereka akan memperolehi bahasa dan tatabahasa dengan lebih cepat.
TANDA-TANDA MASALAH MENULIS
Kanak-kanak berkembang pada kadar
yang berbeza. Sesetengah kanak-kanak
mempunyai masalah untuk mempelajari
cara menulis huruf sama ada arahnya ke
dalam atau ke luar dan selebihnya sukar
untuk menulis dengan kemas. Kadang
kadang masalah menulis boleh menjadi
tanda isu-isu lain seperti kelewatan
perkembangan atau masalah
pembelajaran. Keadaan yang boleh
menjejaskan keupayaan kanak-kanak
untuk menulis.
Antaranya masalah memori yang menghalang
kanak-kanakdaripada mengingat ejaan,
tatabahasa, atau peraturan tanda baca.
Selain itu, masalah bahasa yang menyebabkan
kesukaran dengan sebutan perkataan,
ejaan, dan struktur ayat. Seterusnya,
masalah visual atau susunan turutan
yang menyebabkan jarak yang tidak
sekata dalam perkataan serta
ketidakupayaan untuk membuat
senarai atau meletakkan idea dalam
turutan, dan lain-lain lagi.
DISLEKSIA
Disleksia merupakan salah satu kategori masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.
Orang yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia tidak dapat dilihat dengan penglihatan
mata kasar tetapi perlu dikaji dan penelitian terhadap proses pembelajarannya. rang disleksia tidak
dapat membezakan perbezaan atau persamaan bunyi, perkara yang dilihat dan tidak dapat
mengingat dengan baik visual yang dilihat. Antara ciri-ciri disleksia yang lain ialah pertuturan yang
tidak berstuktur seperti lambat bercakap, gagap dan pelat seperti kanak-kanak berumur 2 ke 3
tahun. Kadang-kadang ada pertuturan yang baik. Tidak boleh membaca dan menulis dengan baik
dengan kata lain tidak dapat menguasai 3M. Jika diberi arahan, tidak dapat mengingat arahan yang
diberikan dan tidak dapat bertindak mengikut arahan. Dia seorang yang tidak teratur atau tidak
terurus dan sukar memahami konsep masa. Konsep kendiri orang disleksia pula sangat
rendah. Kemahiran pergerakan juga lemah seperti tidak boleh menyambut barang yang diberikan
dan sukar membaling barang. Kadang-kadang pengetahuan am mereka sangat baik dan suka
berangan-angan. Namun, pencapaian mata pelajaran bahasa mereka gagal.
PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP
Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang
dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik
sahaja masalah yang dihadapi itu dapat di kesan dan ditentukan
oleh guru kelas atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah
yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.
LANGKAH-LANGKAH
PEMULIHAN
Ibu bapa atau guru perlulah memperbanyakkan terapi pertuturan kepada kanak-kanak.
Selain itu, membantu kanak-kanak menguasai maklumat secara beransur-ansur.
Seterusnya, membuat pengulangan pembelajaran kepada mereka untuk meningkatkan
kefahaman mereka. Menggunakan pendekatan pelbagai deria iaitu menggunakan
deria lain untuk membantu proses pembelajaran. Ibu bapa dan guru juga perlulah memberi
tumpuan kepada perkembangan berstruktur iaitu memperkenalkan dan mengajar huruf dan
bentuk angka
Seterusnya, melalui aspek pendengaran, sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang
hendak dipelajari sahaja yang diajar. Selain itu, aspek penglihatan pula, bahan bantu
mengajar (BBM) mestilah besar, ringkas , menarik dan menggunakan warna untuk perkara
penting sahaja. Akhir sekali, aspek psikomotor. Guru mestilah menggunakan benda
Maujud seperti bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuh
dan gunakan warna untuk aktiviti menulis.
BILINGUALISME &
PEMBELAJARAN BAHASA
TAMBAHAN
Secara umumnya, jika bahasa kedua dipelajari sebelum usia 10-12 tahun maka
pembicara akan lebih cenderung untuk mencapai sebutan asli dan aksen.
ucapan yang lebih tepat dari segi tatabahasa dan perbendaharaan kata lebih luas
Terdapat banyak kelebihan untuk dwibahasa selain daripada hanya mempunyai
bahasa kedua. Justeru itu, ibu bapa mestilah menggalakkan anak-anak mereka
untuk belajar bahasa asing bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka.
Kajian menunjukkan bahawa dapat berbahasa lebih dari satu bahasa mempunyai
kesan positif terhadap perhatian, pembentukan konsep dan pemikiran
(Gibbons dan Ng, 2004)
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Bagaimana Persoalan ini telah menarik minat ramai
kanak-kanak ahli linguistik untuk mengemukakan teori
memperoleh mereka
Bahasa Pelbagai kajian telah dijalankan
pertamanya ? bermatlamat untuk mengetahui proses
pemerolehan tersebut
Ramai yang berpendapat bahawa
pemerolehan Bahasa disebabkan faktor
berikut :
a) Persekitaran linguistik
b) Perwarisan
c) Pengalaman individu
d) Peluang individu untuk berinteraksi