TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
TEORI
BEHAVIORIS
Faktor-faktor tersebut diberi TEORI PSIKO- TEORI TEORI
penekanan dalam salah satu teori -LINGUISTIK PERKEMBANGAN SEMANTIK-
KOGNITIF
yang telah dikemukakan. BAHASA
ANTARA TEORI
PERKEMBANGAN BAHASA :
TEORI
PRAGMATIK-
KOMUNIKASI/INT
ERAKSI
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori behavoris/tingkahlaku
Menurut teori ini kanak-kanak mempelajari Bahasa melalui peniruan(imitation).
Kanak-kanak mendengar sebutan orang dewasa dan cuba meniru apa yang
didengari. Proses ini berterusan menyebabkan lama kelamaan mereka dapat
bercakap dengan fasih menyerupai orang dewasa
Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam pemerolehan Bahasa kanak-
kanak.Hal ini kerana kanak-kanak dianggap sebagai penerima pasif yang
menerima pengaruh luaran seperti daripada ibu bapa, adik beradik dan individu
terdekat dengan mereka
Teori ini juga menekankan pengukuhan atau peneguhan untuk melatih sebutan
mereka. Hal ini kerana ahli teori yang menyokong teori ini berpendapat bahawa
Bahasa juga merupakan tingkahlaku yang harus dipelajari seperti tingkahlaku-
tingkahlaku lain.
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori behavoris/tingkahlaku
teori tingkahlaku skinner(1957)
Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner
telah membincangkan lebih lanjut tentang proses
pembelajaran dengan menggunakan unsur
rangsangan, tindakbalas dan segala syarat dan
pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan
pembelajaran secara maksimum. Skinner
menerusi teori ini percaya bahawa semua
pembelajaran termasuk pembelajaran bahasa
berlaku akibat daripada pengukuhan.Sebagai
contoh, kanak-kanak menyebut sesuatu perkataan
lalu ibunya memberikan pujian jadi kanak-kanak
tersebut akan mengulangi perbuatannya agar
mendapat balasan. Tingkahlaku tersebut akan
membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori behavoris/tingkahlaku
KELEBIHAN &kritikan terhadap teori
Teori memberi fokus kepada peranan ibu
bapa dan ahli keluarga . Teori ini juga
berjaya memperkembangkan banyak usaha
unuk intervensi bagi meningkatkan
kemahiran Bahasa bagi kanak-kanak yang
bermasalah
Teori ini gagal menjelaskan bagaimana
kanak-kanak dapat memahami makna
perkataan dan ayat sebelum dapat
menyebutnya. Dengan kata lain
bagaimanakah kanak-kanak dapat
memahami perkataan tersebut jika
pembelajaran Bahasa berlaku melalui proses
peneguhan ?
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori psiko-linguistik
Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky dan rakan-rakan sebagai respon
kepada kekurangan yang terdapat dalam teori tingkahlaku. Mereka
berpendapat Bahasa adalah keunikan manusia yang dipelajari oleh semua
manusia daripada semua budaya dalam pelbagai persekitaran.Teori ini
menekankan peranan perwarisan dalam pemerolehan dan perkembangan
bahasa. Bayi dianggap lahir dengan kesediaan untuk belajar bahasa
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori psiko-linguistik
noam chomsky
Noam Chomsky mencadangkan bahawa manusia
lahir dengan struktur tatabahasa yang
kompleks.Beliau memanggilnya sebagai language
acquisition device(LAD). LAD ini membolehkan
mereka mengesan peraturan dan ciri bahasa seperti
mofologi dan sintaksis. LAD kanak-kanak mula
melemah pada usia 10-12 tahun. Selepas dari
tempoh itu dikatakan kefasiahan asli mustahil untuk
diperolehi. LAD hanya beroperasi apabila kanak-
kanak terdedah kepada bahasa. Kualiti inputi orang
dewasa tidak mempengaruhinya dan orang dewasa
tidak perlu mengajar dan mengukuhkan
pengunaanya. Apabila kanak-kanak terdedah
kepada input bahasa, LAD akan mengambil alih dan
membantu manusia memahami peraturan-peraturan
Bahasa. Chomsky berpendapat persekitaran tidak
menjadi faktor pemerolehan bahasa kanak-kanak
kerana mereka tidak mendengar perkataan-
perkataan tertentu dari orang dewasa
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori psiko-linguistik
KELEBIHAN &kritikan terhadap teori
Teori oleh Chomsky memulakan satu bidang baharu
iaitu psiko-linguistik, bidang berkaitan psikologi
bahasa
Teori ini hanya dapat menjelaskan bagaimana kanak-
kanak memperolehi sintaksis Bahasa dan tidak
menjelaskan elemen-elemen bahasa yang lain seperti
mafologi dan semantik dan pragmatik
Menurut teori ini, input Bahasa tidak memainkan
peranan penting namun jelas sekali bahawa kajian
menunjukkan ibu bapa telah mengubahsuai
bahasa(Bahasa diringkaskan dan cara penyampaian
yang berbeza) untuk berinteraksi dengan anak-anak.
Gagal memberi solusi untuk ibu bapa atau guru
membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah
bahasa
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori semantik-kognitif
Satu teori linguistik yang mengkaji keupayaan
penggunaan Bahasa. Teori linguistik ini berkembang
selaras dengan andaian bahawa terdapat hubungan
erat antara Bahasa dengan keupayaan kognatif .
Teori ini menggunakan prinsip embodiement (hal
Bahasa yang timbul daripada pengalaman hidup
manusia sendiri yang ditapis dan diproses oleh
kognitif manusia) diperkenalkan lookoff & johnson
(1980)
Proses ini melibatkan:
Otak-minda-kognitif –makna
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori semantik-kognitif
bloom(1970)&filmore(1968)&piaget
Menurut bloom(1970)
Semantik mendahului sintaksis dalam pemerolehan bahasa
kerana kanak-kanak berkembang dari aspek bahasa disebabkan
mereka telah ada sesuatu untuk dikatakan bukan kerana
mereka mempunyai tatabahasa untuk meluahkan sesuatu.
Kanak-kanak Menggunakan satu bentuk sintaksis untuk
menerangkan dua bentuk semantik.Hal ini dapat diperhatikan
apabila kanak-kanak menggunakan perkataan yang sama untuk
menerangkan dua makna yang berbeza
menurut filmore(1968)
pemilihan ayat dipilih bukan dipengaruhi struktur sintaksis tetapi
dipengaruhi oleh makna.
Piaget
Menurut Piaget and rakan-rakan, perkembangan kognitif
seperti object permanence yang perlu mendahului
perkembangan bahasa.
Kesimpulannya,kanak-kanak memberi perhatian terhadap makna. Mereka bercakap berdasarkan apa yang
ingin mereka alami
Bahasa akan berkembang berdasarkan pengalaman manakala sintaksis berkembang akibat daripada
keperluan bercakap tentang pengalaman.Kognitif tertentu pula perlu berkembang sebelum Bahasa diperolehi
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori semantik-kognitif
KELEBIHAN &kritikan terhadap teori
Memberi impak kepada amalan-amalan intervensi.
Ia mempengaruhi ibu bapa supaya mengalihkan
tumpuan daripada aspek sintaksis Bahasa kepada
yang lain seperti mewujudkan persekitaran yang
menarik dan berkesan bagi menarik tumpuan
kanak-kanak
Hubungkait kognitif tidak semudah yang dijelaskan
oleh piaget.
Sebagai contoh, terdapat kanak-kanak yang
mencapai perkembangan kognitif tetapi masih
tiada kemahiran berbahasa
Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai
kemahiran kognitif yang rendah menunjukkan
tahap kemihiran berbahasa yang lebih tinggi
daripada yang dijangkakan
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori pragmatik-komunikasi
Teori ini berdasarkan pemerhatian bahawa manusia berkomunikasi menggunakan
Bahasa. Oleh itu, teori ini memberi fokus kepada kepentingan komunikasi atau
interaksi
Menurut teori ini, perkembangan bahasa berlaku apabila kanak-kanak memilih bentuk
linguistik yang ingin digunakan ketika ingin berkomunikasi dengan berkesan.
Teori ini menekankan kepentingan terhadap apa yang berlaku dalam persekitaran
kanak-kanak dan percaya bahawa kanak-kanak belajar berbahasa melalui
pendedahan kepada Bahasa namun tidak menekankan kepada aspek pengukuhan
Tahap kematangan fisiologi pula penting dalam menentukan tahap komunikasi yang
digunakan oleh kanak-kanak
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori pragmatik-komunikasi
Teori brunner
Menekankan pentingnya persekitaran kanak- Nota kecil
kanak dalam perkembangan Bahasa.
Searle(1965), Dore(1974),
Dalam pada itu ,orang dewasa dan rakan-rakan Halliday(1975),
mampu memberikan sistem sokongan mengenal pasti dan mengklasifikasikan
pemerolehan bahasa. fungsi-fungsi pragmatik
Ibu bapa atau penjaga boleh Brunner(1975)
mencantumkan,memperluas dan melebal semua &bates(1976)
bentuk sokongan dalam sistem ini. mengenai komunikasi ibu bapa
dengan anak mereka.mbuat
pemerhatian
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori pragmatik-komunikasi
kelebihan dan kritikan terhadap teori
Membuktikan peranan persekitaran dan peranan
proses biologi terhadap perkembangan Bahasa
kanak-kanak.
Sebagai contoh terdapat kajian yang menunjukkan
bahawa kanak-kanak yang didera atau diabaikan akan
menyebabkan mereka lebih pasif dan gagal
berkomunikasi dengan baik
Teori ini gagal menjelaskan bagaimana hampir
semua kanak-kanak menunjukkan pola turutan
perkembangan Bahasa yang serupa pada masa
yang sama
jika kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa
sebagai input Bahasa bukankah sepatutnya kualiti
dan kuantiti input akan berbeza sehingga output
Bahasa kanak-kanak juga akan berbeza ?
RUMUSAN TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
Teori perkembangan Bahasa merupakan teori yang telah dikemukakan oleh pakar dalam bidang
masing-masing setelah melakukan kajian yang mendalam selepas mengambil kira pelbagai faktor
yang terlibat. Meskipun bagitu sehingga kini belum ada teori yang dapat menjelaskan dengan tepat
bagaimana pemerolehan Bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.Teori ini bagaimanapun
telah mendatangkan pelbagai kebaikan. Bagi pendidik bidang teori ini telah memberikan pelbagai
implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.sebagai contoh teori behavioris skinner telah
memberikan implikasi iaitu apabila murid telah mempelajari sesuatu kemahiran atau teknik bahasa,
guru perlu sentiasa memberi peneguhan secara berterusan supaya kemahiran atau teknik tersebut
dapat dikukuhkan dan seterusnya dikekalkan (Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad,
2012). Contoh lain dapat kita lihat menerusi implikas teori pragmatik-komunikasi atau interaksionalis
iaitu guru perlu menekankan penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam proses
pengajaran. Menurut Noor Aina Dani (2007), golongan interaksionalis menekankan prinsip
penyampaian struktur bahasa bersama-sama dengan semantiknya. Hal ini kerana, murid dapat
menggunakan bahasa dengan lancar dan fasih apabila murid memahami semantik struktur bahasa
tersebut. Aktiviti yang dijalankan oleh guru amat penting dalam memastikan murid mendapat
kefahaman mengenai apa-apa yang diajarkan oleh guru. Guru perlu bijak merangka dan
melaksanakan strategi yang bersesuaian dalam pengajaran supaya murid mendapat kefahaman
mengenai tajuk tersebut selain memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai..Oleh itu,
teori berikut penting dan wajar dipelajari terutamanya kepada warga pendidik dan ibu bapa sebagai
guru kepada anak-anak ketika di rumah
Cabaran dalam
perkembangan Bahasa
kanak-kanak
„„Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih
(fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan
dan mencorakkannya, ‟‟
Cabaran dalam
perkembangan Bahasa
kanak-kanak
Kekangan Usia dan tahap Kurang
masa Bersama ibu bapa muda interaksi
dengan ibu
anak-anak Kestabilan dari segi emosi dan
ekonomi mungkin menjadi bapa
Ibu bapa yang sibuk bekerja gagal penyebab mengapa mereka
menjadi model bahasa yang baik, kurang kesabaran dalam Jadilah seorang ibubapa yang kreatif
pemangkin bahasa kanak-kanak dan mendidik anak-anak kecil, tidak
juga individu yang dapat membetulkan pandai mengambil hati si kecil untuk mencari topik perbincangan
penggunaan kosa kata anak-anak kerana masih ingin menumpukan
sekiranya mereka menggunakan kosa perhatian terhadap diri sendiri dengan anak-anak. Anak-anak yang
kata yang salah ketika bercakap. (self-centered) sahaja. Hal ini
Contohnya, bagi anak-anak yang pelat, menyebabkan mereka cenderung fasih bercerita adalah hasil daripada
ibubapa adalah individu yang sangat mengabaikan perkembangan
rapat dengan anak-anak yang Bahasa kanak-kanak ibubapa yang suka bercerita kepada
seharusnya membetulkan kesilapan
sebutan mereka setiap hari. mereka. Berinteraksi dengan anak
secara mesra dan berterusan seawal
usia bayi, menjadikan kanak-kanak lebih
ceria, aktif dan matang. Kegagalan
berinteraksi dengan anak-anak
mempengaruhi tingkahlaku dan
perkembangan kanak-kanak
Cabaran dalam
perkembangan Bahasa
kanak-kanak
Terdapat 4 gaya asuhan atau parenting style yang Gaya kuku besi
dicadangkan oleh Pakar Psikologi, Diana Baumrind Anak-anak jadi pendiam, kurang berani memberi
(1967) iaitu berdasarkan empat tonggak iaitu pendapat dan hanya patuh kepada keputusan yang
(1) strategi disiplin dibuat oleh ibu bapa.Mereka juga lebih pasif dan
(2) gaya komunikasi ibubapa, gemar menyendiri kerana takut. Hasilnya mereka akan
(3) tahap kemesraan ibubapa serta kurang berkomunikasi
(4) tahap bimbingan yang diberikan oleh ibubapa
sepanjang tempoh perkembangan kanak-kanak. Gaya pemerintah
Anak-anak jadi lebih yakin untuk bercakap kerana ibu
4 gaya asuhan yang dicadangkan adalah : bapa mereka senang dibawa berbicang. Hasilnya
1) gaya kuku besi (autoritatif), mereka mempunyai keyakinan diri yang
2) gaya pemerintah (autoritarian), tinggi,mesra,dan lebih riang.Perkembangan Bahasa
3) gaya pengizin (permisif) dan akhir sekali iaitu mereka juga lebih tinggi
4) gaya mengelak dari terlibat dalam pendidikan
Gaya pengizin
anak-anak (uninvolved). Anak-anak terlalu diberi kebebasan menyebabkan
mereka lebih lantang bersuara namun tingkahlaku
Dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak, mereka sukar dikawal dan cenderung tidak sopan
gaya asuhan akan membentuk anak-anak dengan
keupayaan pertuturan seperti berikut Gaya uninvolved
Ibu bapa tidak terlibat dalam perkembangan Bahasa
anak-anak sebaliknya menyerahkan tugas tersebut
kepada orang lain.Hasilnya anak-anak terabai,jadi
pasif,kurang berkomunikasi dan kurang bersosial
LANGKAH-
MENGGALAKKAN
PERKEMBANGAN BAHASA
KANAK-KANAK
Langkah-Langkah
menggalakkan perkembangan
Bahasa kanak-kanak
Perkembangan Bahasa kanak-kanak dapat dibantu dengan menggunakan beberapa strategi.
berikut merupakan cadangan Langkah yang dapat digunakan:
1.Ucapan ibu kepada bayi 2. memberi masa untuk mereka
menjadi bahan pembelajaran menjawab
Ibu sebagai individu yang paling rapat Apabila anak-anak membuat bunyi atau
dengan bayi pada peringkat usia ini menyebut perkataan anda perlulah
perlu kerap berinteraksi dan memberikan respon dan memberikan
berkomunikasi dengan anak-anak .hal mereka masa untuk menyelesaikan ucapan
in kerana ucapan anda akan menjadi mereka. Jangan sesekali memotong
bahan pembelajaran kepada bayi perkataan mereka biarpun mereka
tersebut. Langkah ini perlu dilakukan kelihatan kesukaran atau tercari-cari ayat
meskipun bayi belum mampu untuk dikatakan. Anda juga dilarang untuk
mendominasi perbualan sebaliknya
membalas perkataan anda kerana dinasihati untuk menjadi pendengar yang
biasanya bayi akan dapat baik kepada mereka. Hal ini akan mengajar
memahaminya kerana keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan lebih
kognitif mereka sudah terbentuk baik,meningkatkan perbendaharaan kata
sebelum mereka dapat berbicara. dan membantu memberikan keyakinan
Selain itu ucapan anda juga dapat kepada mereka untuk memberikan
menjadi sumber kosa kata kepada pendapat. Anak-anak juga akan memahami
mereka. Kajian menunjukkan ibu yang bahawa berkomunikasi merupakan cara
banyak berinteraksi dengan anak-anak efektif untuk memenuhi kehendak mereka.
membantu mereka menguasai Bahasa
dengan lebih cepat.
Langkah-Langkah
menggalakkan perkembangan
Bahasa kanak-kanak
Perkembangan Bahasa kanak-kanak dapat dibantu dengan menggunakan beberapa strategi.
berikut merupakan cadangan Langkah yang dapat digunakan:
3. MENGGUNAKAN BUKU 4. AKTIVITI BERBANTU ICT
BERGAMBAR,PUISI ATAU LAGU
Penggunaan komputer dalam pengajaran
Kaedah ini lebih kepada bertujuan untuk membaca menunjukkan keberkesanan yang
signifikan berbanding pembelajaran membaca
membantu kanak-kanak belajar bahasa melalui secara tradisional (auzar,2012). Hal yang sama
juga berlaku kepada pembelajaran bahasa.
kaedah yang lebih menyeronokkan. Pada proses Penggunaan komputer melalui perisian
multimedia membantu kanak-kanak mengusai
ini kanak-kanak mendapat kemahiran bahasa pembelajaran 2 hala tanpa bantu pengajar.
Selain itu ia juga dapat menimbulkan minat
seperti kosa kata melalui proses mendengar kanak-kanak untuk belajar menerusi paparan
grafik dan kesan bunyi yang menarik yang.
dan melihat dengan bantuan orang dewasa. Menurut Paivio (1986), kanak-kanak yang
diajar dengan menggunakan perisian
Selain kaedah ini juga boleh menjadi satu multimedia sebenarnya telah didedahkan
kepada dua mod pembelajaran iaitu melalui
proses prabacaan iaitu tahap menyediakan visual dan verbal. Mod ini akan dapat
meningkatkan ingatan dan kefahaman kanak-
kanak-kanak untuk membaca. Pada tahap ini kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak telah
diberi peluang membina makna apa yang
kanak-kanak diberikan pengalaman bahasa iaitu dibaca menerusi penghasilan gambaran visual.
Melalui kenyataan-kenyataan ini telah
mengenal dan mengecam huruf. Oleh itu, kanak- membuktikan bahawa alat bantu ict dapat
meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak
kanak perlu didedahkan dengan aktiviti –aktiviti terutamanya apabila digunakan dengan cara
yang betul.
yang merangsang kemahiran dan ketajaman
penglihatan mereka. MENGGUNAKAN BUKU
BERGAMBAR,PUISI ATAU LAGU dilihat sebagai
aktiviti yang sesuai untuk menarik minat
mereka dalam proses prabacaan
ini.Pengalaman dan minat ini menyediakan
mereka untuk membaca. Seterusnya melalui
pembacaan akan meningkatkan kemahiran
bahasa mereka kepada tahap yang lebih tinggi
Langkah-Langkah
menggalakkan perkembangan
Bahasa kanak-kanak
Perkembangan Bahasa kanak-kanak dapat dibantu dengan menggunakan beberapa strategi.
berikut merupakan cadangan Langkah yang dapat digunakan:
5. Kerap berbual dengan anak anda menggunakan kosa kata
yang pelbagai
Kajian menunjukkan bahawa, bilangan dan kualiti perbualan yang dilakukan
oleh orang dewasa bersama anak-anak akan memberikan kesan kepada
perkembangan bahasa mereka. Bilangan perkataan dan jenis ayat yang
berbeza yang digunakan oleh ibu bapa, jumlah komunikasi yang dilakukan
dan interaksi positif adalah berkait dengan perkembangan bahasa kanak-
kanak. Para pengkaji juga mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam
bilangan perkataan yang digunakan oleh ibu bapa. Sesetengah bayi
mendengar lebih kurang 600 perkataan yang berbeza dalam sejam dan ada
juga yang mendengar 1200 perkataan sejam. Sesetengah kanak-kanak pula
mendengar 100 perkataan yang berbeza dalam sejam manakala ada juga
yang mendengar 500 perkataan sejam. Perbezaan dalam bilangan perkataan
yang didengar oleh kanak-kanak akan memberi perbezaan pada
perkembangan bahasa mereka.
“Semakin banyak ibu bapa meluangkan masa untuk bercakap dengan anak-
anak setiap hari, semakin cepatlah bertambah bilangan perbendaharaan
kata mereka”
Oleh itu, ibu bapa perlu menggunakan kesempatan ini dengan
mempelbagaikan penggunaan perkataan dan ayat Ketika berkomunikasi
agar perkembangan bahasa dapat berlaku. Hal ini akan membantu mereka
mendapatkan kosa kata dan tatabahasa yang lebih banyak dan cepat
sekiranya komunikasi bervariasi ini dilakukan secara rutin.
PERKEMBANGAN
KOGNITIF
Definisi kognitif
APA ITU KOGNITIF ?
Kemahiran kognitif ialah kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran.Ia juga merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental
seperti berfikir,menaakul,menyelesaikan masalah,membentuk konsep dan sebagainya. Berikut
merupakan beberapa takrifan kognitif menurut ahli:
Piaget, menyebutkan bahwa “kognitif adalah bagaimana anak beradaptasi dan menginterpretasikan objek dan kejadian-
kejadian disekitarnya”.Piaget memandang bahwa anak memainkan peranan aktif didalam menyusun pengetahuannya
Umengenai realitas, anak tidak pasif menerima informasi
Dalam buku “Dictionary of Psycology” karya Drever yang dikutip oleh Kuper (2000), menyebutkan bahwa:
kognisi adalah istilah umum yang mencakup segenap model pemahaman, yaitu persepsi, imajinasi, penangkapan
makna, penilaian, dan penalaran.
Menurut prof Dr. madya Rohani binti Abdullah(2003) dalam bukunya “panduan kognitif kanak-kanak prasekolah”,
KOGNITIF merujuk kepada intelek dan pemikiran individu. Dalam konteks kajiannya perkembangan kognitif pula
merupakan proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak
Definisi kognitif
Konsep perkembangan kognitif kanak-
kanak
Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses
tumbesaran yang dilalui oleh setiap insan yang bergelar kanak-
kanak. Ia sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan
dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif
sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang
dan perkembangan mental.Kemahiran kognitif sangat penting untuk
kelangsungan hidup seseorang individu. Bagi kanak-kanak
perkembangan ini dapat dilihat melalui pembinaan pemikiran dan
juga perubahan pemikiran yang berlaku dalam satu peringkat
perkembangan kepada satu peringkat perkembangan yang
seterusnya. Terdapat pelbagai pendapat yang menyimpulkan
peringkat perkembangan kognitif yang berlaku kepada kanak-kanak
sepanjang proses pertumbuhan mereka.Antara pendapat, kajian atau
teori yang terkenal ialah teori yang dikemukan oleh jean piaget yang
menerangkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut
peringkat umur.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KOGNITIF
Faktor Hereditas/Keturunan
Teori hereditas atau nativisme yang dipelopori oleh seorang ahli filsafat Schopenhauer, mengemukakan bahwa manusia yang
lahir sudah membawa potensi tertentu yang tidak dapat dipengaruhi oleh lingkungan. Taraf intelegensi sudah ditentukan sejak
lahir.
Faktor persekitaran
John Locke berpendapat bahwa, manusia dilahirkan dalam keadaan suci seperti kertas putih yang belum ternoda, dikenal
dengan teori tabula rasa. Taraf intelegensi ditentukan oleh pengalaman dan pengetahuan yang diperolehnya dari lingkungan
hidupnya.
Faktor Kematangan
Tiap organ (fisik maupaun mental) dikatakan matang jika telah mencapai kesanggupan menjalankan fungsinya masing-masing.
Hal ini berhubungan dengan usia kronologis.
Faktor Minat dan Bakat
Minat mengarahkan perbuatan kepada tujuan dan merupakan dorongan untuk berbuat lebih giat dan lebih baik. Bakat
seseorang akan mempengaruhi tingkat kecerdasannya. Seseorang yang memiliki bakat tertentu akan semakin mudah dan
cepat mempelajarinya.
Faktor Kebebasan
Kebebasan manusia untuk berpikir divergen (menyebar) yang berarti manusia dapat memilih kaedah tertentu dalam
memecahkan masalah dan bebas memilih masalah sesuai kebutuhan.
Menurut Ahmad Susanto (2011: 59- 60)
Tahap perkembangan
kognitif
Tahap perkembangan
kognitif
Piaget telah membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut
turutan umur setelah menyedari kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam
proses perkembangan yang dilalui
Tahap tahap tersebut dalam dilihat seperti berikut:
Tahap Tahap pra Tahap Tahap operasi
sensori operasi operasi formal
motor kokrit
(0-2 tahun) (2-7 tahun) (7-11 tahun) (12-15 tahun)
Tahap perkembangan
kognitif
Tahap sensori motor
Tahap sensori motor juga boleh dikenali sebagai tahap deria motor.Menurut piaget tahap ini berlaku
sejak bayi lahir hingga berusia 2 tahun. bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor
untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka “bertindak” dan “mengetahui”
persekitarannya. Dalam peringkat ini piaget membahagikannya kepada 6 sub-peringkat kecil dimana
berlaku pertumbuhan bayi yang pesat daripada organism „reflexive‟ kepada „reflective‟
6 sub peringkat kecil tersebut dimulakan pada peringkat reflaks(0-1 bulan). Pada peringkat ini bayi hanya mampu melakukan
pergerakan reflaks kecil yang wujud daripada tingkah laku pendengaran,penglihatan dan Gerakan tangan.Antara reflaks yang
dapat dihasikan ialah menggenggam jari,mengeditkan mata dan beberapa gerakan kecil yang mungkin tidak dapat dilihat
perbezaannya. Gerakan ini dilakukan hanya untuk keperluan tertentu sahaja
Peringkat seterusnya pula ialah peringkat reaksi asas sekuler( 1-4 bulan). Ini merupakan peringkat pertama pencapaian untuk
penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Pada peringkat ini, bayi mula memahami fungsi tubuh mereka.Sebagai contoh bayi
mengerakkan kepala dan matanya ke arah sumber bunyi. Pengalaman memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
tingkahlaku yang dihasilkan oleh mereka.Pengalaman dapat diperolehi pada tahap sebelum ini.
Pada usia 4-8 bulan berlaku tahap reaksi sekular kedua. Pada peringkat ini, bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti
mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Kebanyakkan tingkahlaku kanak-kanak dihasilkan daripada proses
pembelajaran. Sebagai contoh, bayi sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut untuk mengetahui dan mengenali
barang tersebut.
Lapan hingga dua belas bulan (reaksi kordinasi) ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud
sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai
sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab
akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
Tahap perkembangan
kognitif
Tahap sensori motor
Seterusnya berlaku pula tahap reaksi sekular ketiga(12-18 tahun).Pada tahap ini bayi memperlihatkan kemajuan
yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang
sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak
ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.Kenajuan ini berhubung rapat
dengan pengalaman yang dilalui oleh bayi secara aktif.
Pada tahap keenam iaitu tahap penggambaran pemikiran awal(18 bulan -2 tahun).Kanak-kanak mula mempunyai
keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.Kanak-kanak juga sudah dapat membezakan
tingkahlaku yang boleh ditiru,jantina dan fungsi individu. Pada usia 1-2 tahun kanak-kanak mula menggunakan
pelbagai skema dan kemampuan kognitif utuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Pada akhir tahap ini juga
kanak-kanak mula boleh belajar Bahasa dan lambang yang mudah
U
Dapat disimpulkan bahawa dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar
koordinasi diantara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan
dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. (Ramlan Jantan, Mahani Razali. (2004).
Tahap perkembangan
kognitif
Tahap pra operasi
Pada usia 2-7 tahun perkembangan kognitif kanak-kanak berada pada tahap pra operasi. Pada peringkat ini berlaku
perkembangan drastik dalam penggunaan simbol mental (perkataan dan imej) untuk menyatakan objek,orang dan peristiwa
yang dilalui.Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan Bahasa dan simbol untuk menggambarkan sesuatu
konsep. Dikatakan juga bahawa kanak-kanak dapat bertutur dengan fasih apabila mencapai usia 4 tahun.Melalui
keupayaan bertutur yang mula dikuasai oleh mereka itu perkembangan kognitf mereka juga akan berkembangan
pesat.Piaget juga menggariskan tiga fenomena mental yang penting iaitu:
1)Pengamatan
2)Ingatan
3)Bayangan
Piaget membahagikan tahap ini kepada dua sub tahap iaitu tahap pro konseptual (2-4 tahun) dan tahap pra operasi(4-7
tahun)
Pada peringkat pro konseptual kanak-kanank masih belum dapat daptat menjelaskan perkara secara logik, tidak dapat
membezakan antara kenyataan dan angan-angan danpemikiran mereka bersifat egosentrik.Selain itu kanak-kanak pada
tahap ini masih belum dapat menguasai konsep kuantiti,isipadu,Panjang atau jumlah objek. Mereka kerap keliru dan tidak
dapat membezakannya apabila keadaan atau situasi diubah. Sebagai contoh, Misalnya, pada awalnya kanak-kanak
ditunjukkan dengan dua buah bekas yang sama saiz serta diisikan dengan air yang sama banyak. Apabila air daripada
salah satu bekas dituangkan ke dalam sebuah bekas yang tinggi dan sempit, kanak-kanak mengatakan bahawa bekas yang
tinggi dan sempit itu mengandungi lebih banyak air.
Hal ini menunjukkan pada tahap ini keupayaan kognitif kanak-kanak telah berkembang namun masih berada pada tahap
yang rendah. Keupayaan kognitif ini semakin berkembang selari dengan peringkat umur dan dipengaruhi oleh pelbagai
faktor
Tahap perkembangan
kognitif
Tahap operasi konkrit
Tahap operasi konkrit adalah tahap yang berlaku kepada kanak-kanak pada usia 7-11 tahun.Pada tahap ini
berlaku perkembangan operasi kognitif kanak-kanak.Perkembangan yang dapat dilihat termasuklah kanak-kanak
pada tahap ini dapat dilihat seperti berikut:
telah dapat berfikir secara logik namun ianya hanya terbatas dalam bentuk konkrit atau objek yang berbentuk maujud.oleh
itu,Kanak-kanak dapat melakukan dan memahami operasi yang melibatkan isipadu,kuantiti,berat.mengklasifikasikan dan
mengkategorikan serta berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).Mereka juga dapat menentukan objek yang
“lebih besar”,”lebih tinggi” dan sebagainya
USelain daripada anak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka juga
dapat memahami artimetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi pembelajaran berkesan masih
bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Di samping itu, Kanak-kanak sudah boleh
mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Pada akhir peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh memikir
secara induktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan
Selain itu, kanak-kanak juga tidak lagi bersifat egosentrik seperti yang berlaku pada tahap pra operasi.Kanak-
kanak pada tahap ini cenderung mempunyai sifat ingin tahu dan gemar bertanya.Hasilnya mereka akan mula
menerima pendapat orang lain dan menyebabkan sifat egosentrik sedikit demi sedikit terhakis.
Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak pada tahap ini turut mengubah tingkah laku mereka.Selain
itu, kecerdasan mereka juga meningkat pesat terutamanya dalam hal yang bersifat konkrit dan perkara dasar
dalam kehidupan.
Tahap perkembangan
kognitif
Tahap operasi formal
Tahap ini berlaku pada kanak-kanak berusia 12 dan keatas atau Ketika mereka memasuki fasa awal remaja.berikut
merupakan perubahan yang berlaku semasa perkembangan tahanp ini:
•Pada peringkat ini, remaja atau remaja dewasa mula berfikir secara abstrak dan alasan tentang masalah hipotesis.
•Pemikiran abstrak muncul.
•Remaja mula berfikir lebih lanjut mengenai isu-isu moral, falsafah, etika, sosial, dan politik yang memerlukan
penalaran teoretikal dan abstrak.
•Mula menggunakan logik deduktif, atau penalaran dari prinsip umum kepada maklumat tertentu.
pada peringkat ini remaja sanggup mampu berfikir tentang
Pemikiran kanak-kanak pada peringkat operasi formal tidak lagi terikat kepada benda yang konkrit dan boleh
diperhatikan, malah mereka boleh memikirkan tentang proses hipotetikal dan peristiwa secara logik walaupun pada
asasnya bukan realiti. Contohnya perkara-perkara seperti perdagangan antara Negara atau turun naik harga saham.
Ciri pemikiran penting kanak-kanak ini ialah mereka berkebolehan dalam penaakulan hipotetikal deduktif
(Hypothetico Deductive Reasoning) dan berfikir saintis. (Mohamad Syukur, 2010)
Pendekatan Pengajaran Pula Melibatkan Penggunaan Kaedah Lisan Yang Lebih Banyak. Pelajar sekolah menengah
Digalakkan Banyak Mendengar,membaca, Menulis, Berbincang Dan Melakukan Latihan
kesimpulannya , Pada peringkat ini keupayaan kognitif berkembang pada tahap di mana individu itu dapat
melakukan banyak perkara meskipun secara bersendiri. Namun kecerdasan ini bergantung kepada kualiti individu itu
sendiri.
IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF
DALAM PENDIDIKAN
1.guru harus fokus kepada proses pemikiran pelajar dan bukan hanya kepada hasil atau produk akhir untuk memastikan
pelajar telah mengalami proses berfikir yang betul. Galakkan pelajar menghuraikan strategi pemikiran yang mereka gunakan
untuk selesai masalah. Pelajar merupakan sumber maklumat paling baik tentang kebolehan pemikirannya (Confrey, 1990).
Piaget menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran. Tindakan guru
sebagai pemindah pengetahuan tidak digalakkan, sebaliknya pelajar perlu meneroka dan mendapatkannya sendiri
pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran.
2.guru perlu merancang pembelajaran mengikut kadar kendiri murid yang mana murid berpeluang belajar sesuatu
pengetahuan atau kemahiran bahasa berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif sendiri (Adenan Ayob dan Khairuddin
Mohamad, 2012). Hal ini kerana, menurut teori ini, kanak-kanak melalui empat peringkat perkembangan dalam pemikiran.
Oleh sebab itu, guru perlulah menyampaikan pengajaran mengikut peringkat-peringkat yang betul supaya murid dapat
memproses maklumat yang setaraf dengan tahap pemikirannya. Sebagai contoh, jika guru ingin menerangkan kepada murid
cara membina ayat majmuk, guru perlulah mendedahkan kepada murid asas dalam pembinaan ayat dan cara membentuk
ayat tunggal terlebih dahulu sebelum beralih kepada ayat majmuk.
guru perlu menyusun isi kandungan pelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan adalah
daripada konkrit kepada abstrak dan daripada dekat kepada jauh (Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad, 2012). Misalnya,
sekiranya guru ingin mengajar murid mengenai kata nama, guru perlu memberi contoh yang dekat dengan murid dan contoh
yang diketahui oleh murid. Pengajaran guru juga perlulah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid supaya murid dapat
membina pengetahuan baru dengan mengaitkannya dengan apa-apa yang telah dipelajarinya (Hadley, A.O., 1993). Hal ini
akan menambahkan lagi kefahaman murid dan pembelajaran lebih mudah diingat.
kesimpulan
Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa perkembangan bahasa dan kognitif
merupakan proses penting yang berlaku kepada manusia terutamanya pada
peringkat usia kanak-kanak. Perkembanagn kognitif yang berlaku seawal kelahiran
individu lagi menjadi aspek yang wajar diperhatikan agar perkembangannya dapat
berlaku secara seimbang dan bertepatan dengan hasil yang seharusnya manakala
perkembangan bahasa yang merupakan salah satu kebolehan yang berlaku selari
dengan perkembangan kognitif juga tidak boleh diabaikan memandangkan bahasa
merupakan kaedah yang menghubungkan manusia melalui jalur komunikasi. Dalam
proses perkembangan kedua-dua aspek ini pelbagai faktor perlu diperhatikan.
Sebagai contoh, faktor persekitaran yang menjadi salah satu punca kepada prestasi
kognitif dan bahasa wajar dikaji semula dan diubah sesuai dengan persekitaran
kondusif dan berkesan yang seharusnya diterapkan sejak awal lagi.Oleh itu, ibu bapa
dan pendidik sebagai individu yang akrab serta bertanggungjawab terhadapa kanak-
kanak wajar memperhatikan dengan saksama terhadap kajian yang berkaitan
dengan perkembangan kedua-dua aspek ini. Justeru penulis e-book ini diharap dapat
menjadi medium penyampai serba sedikit ilmu pengetahuan berkaitan isu tersebut
serta dapat menjadi rujukan dan membantu dalam penyelesaian terharap isu
perkembangan Bahasa dan kognitif ini.
rujukan
BAHAN RUJUKAN
Bloom, L.lahey, M(1978) Language development and language disoders, New York, Wiley
Skinner, Burrhus Frederick (1957). Verbal Behavior. Acton, MA: Copley Publishing Group.
Auzar, (2012). Keberkesanan Penggunaan Perisian Asas Membaca. GEMA Online(Journal of Language
Studies, 12(2), May 2012, 629-644.Google Scholarhttps://www.slideshare.net/syahsyukur/teoriteori-
perkembangan-bahasa
Chomsky, N.(1964) Syntactic Structures. The Hague: Mouton and co.
Erikson, E. H. (1980). Identity and the Life Cycle. Psyche (Vol. 7).
LAYARI INTERNET
https://aishahkassim.com/2014/05/15/strategi-untuk-menggalakkan-perkembangan-bahasa-kanak-kanak-bahagian-
1/
/myhealth.gov.my/cabaran-perkembangan-bahasa-kanak-kanak-di-malaysia//myhealth.gov.my/cabaran-
perkembangan-bahasa-kanak-kanak-di-malaysia/
http://www.scribd.com/doc/53839283/20/Teori-Pemerolehan-Bahasa-Interaksionalis
https://www.slideshare.net/syahsyukur/teoriteori-perkembangan-bahasa
http://www.myhealth.gov.my/cabaran-perkembangan-bahasa-kanak-kanak-di-malaysia/
https://www.huggies.com.my/ms-my/moving-baby/learning-and-development/boosting-your-babys-language-
development
https://www.researchgate.net/publication/305722427_Kemahiran_Literasi_Awal_bagi_Kanak-kanak_Taska
https://www.slideshare.net/budakpro/perkembangan-bahasakomunikasi-literasi-awal-kanakkanak
http://dihujungpen.blogspot.com/2017/07/pengajaran-literasi-awal-membaca-dan.html
https://www.greelane.com/ms/kemanusiaan/bahasa-inggeris/phonics-definition-1691506/
https://ms.drafare.com/pendekatan-bahasa-keseluruhan-untuk-membaca/
https://www.slideshare.net/dzaraisma/kaedah-fonik
https://www.facebook.com/1337576836270123/posts/5-kepentingan-literasi-awalsaya-sering-baca-komen-ibu-
bapa-yang-mengatakan-anak-/2434432813251181/
https://www.beritaharian.sg/bahasa-budaya/penting-terap-literasi-awal-bagi-kanak-kanak
http://www.myhealth.gov.my/menggalakkan-kemahiran-literasi-awal-melalui-aktiviti-menarik/
SOALAN ?
Sekiranya anak-anak yang berumur antara 3 hingga 4 tahun tetapi masih tidak
boleh bercakap dengan lancar, adakah ibu bapa mereka mempunyai hak untuk
memarahi anak-anak sedangkan kita semua tahu bahawa pada masa ini,
terdapat beberapa cabaran perkembangan bahasa yang berpunca daripada
ibu bapa itu sendiri. Jadi, bagaimanakah pula cara terbaik untuk ibu bapa
menangani masalah tersebut?
Bagaimanakah guru mengaplikasikan teori perkembangan
kognitif dalam menyusun kaedah pengajaran terbaik dan
memilih bahan bantu mengajar yang berkesan?