NAMA PENSYARAH : DR SHAHABUDDIN BIN HASHIM
NAMA TUTOR : DR NOORAIDA BINTI YAKOB
NAMA AHLI KUMPULAN :
LUKMAN HAKIM BIN MAT RANI – 151401
WAN HASYAWATI BINTI WAN ZIN – 150896
NURULHUDA BINTI SAN – 151794
Bahasa merupakan campuran kebolehan
yang diperlukan untuk komunikasi berbahasa atau
pengeluaran perkataan. Menurut Heward, bahasa
adalah satu sistem yang digunakan oleh
sekumpulan manusia untuk memberi makna
kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain
simbol untuk membolehkan mereka
berkomunikasi antara satu sama lain
Bahasa juga merupakan alat komunikasi iaitu
sistem simbol suara yang dihasilkan oleh suara manusia.
Seperti yang kita ketahui, bahasa terdiri dari kata atau
kelompok kata. Masing-masing memiliki makna, iaitu
hubungan abstrak antara kata sebagai simbol dan objek
atau konsep yang diwakili. Kelompok kata atau kosa kata
oleh ahli bahasa disusun menurut abjad, atau menurut
abjad, disertai penjelasan maknanya dan kemudian
dimasukkan ke dalam kamus atau leksikon. Pada saat
kita bercakap atau menulis, kata-kata yang kita ucapkan
atau tulis tidak diatur dengan baik, tetapi mengikuti aturan
yang ada untuk mengungkapkan idea, fikiran atau
perasaan, kita harus memilih kata yang tepat dan
menyusun kata-kata tersebut sesuai dengan kaedah
bahasa.
Seperti yang umum ketahui dan rasai, ucapan
pertama yang dituturkan oleh anak-anak pastinya merupakan
detik yang paling menggembirakan dan yang paling dinanti-
nantikan oleh ibu bapa. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil
pasti munculnya perasaan tidak sabar untuk mendengar
anak-anak mereka bercakap serta bersembang dan juga
menyanyi riang. Bayi dan kanak-kanak memerlukan
rangsangan bahasa yang berterusan agar perkembangan
bahasa mereka berkembang selari dengan perkembangan
kognitif dan fizikal. Kajian menunjukkan bahawa
perkembangan pendengaran dan bahasa boleh dirangsang
seawal di dalam rahim ibu untuk mendengar butir-butir
bahasa yang digunakan oleh ibubapa..
Terdapat hipotesis mengenai tempoh kritikal bagi
perkembangan bahasa kanak-kanak yang menjadi perdebatan
antara pengkaji-pengkaji psikolinguistik dan linguistik
kognitif namun rata-rata mereka bersetuju bahawa usia 1
tahun hingga 5 tahun adalah tempoh yang disebut sebagai
tempoh sensitif atau optimal yang perlu diberi perhatian agar
perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak mencapai
potensi maksima. Jadi, secara amnya perkembangan bahasa
itu melibatkan bila dan bagaimana kanak-kanak mula belajar
bercakap dan memahami apa yang didengar. Ini
menunjukkan bahawa pentingnya perkembangan bahasa
untuk kanak-kanak berkomunikasi, meminta keperluan
harian dan berkongsi pengalaman bersama ibu bapa. Secara
ringkasnya, perkembangan bahasa merupakan asas yang
penting dalam kemahiran membaca dan menulis.
BAGAIMANA 1. Kenalpasti perkataan dari aliran ucapan.
KANAK-KANAK Contohnya perkataan susu. semasa kecil, ibu bapa
MENGUCAPKAN akan membiasakan perkataan susu seperti shushu,
PERKATAAN nenen dan sebagainya. Namun begitu, sepatutnya
PERTAMA ibu bapa perlu membiasakan perkataan yang betul
kepada anak sejak dari kecil supaya mereka
memahami maksud susu yang sebenarnya ketika
mereka masih lagi kecil
2. mengingati perkataan yang disukai supaya mereka
dapat mengenalinya lagi spt umi,abi,ibu,ayah iaitu
mereka yang selalu berada di samping mereka
sejak dari keci
3. tautan perkataan dengan beberapa peristiwa yang
konsisten yang perlu disesuaikan dengan anak-
anak. Contohnya bola, pada awalnya ibu bapa
mengajar atau menunjukkan apa itu bola kepada
anaknyaU. PSCeleOpMasINituG, RibuEPbOapRaTakan menambah
tautan kepada anaknya dengan mengatakan
bahawa „bola itu berwarna oren‟
4. melatih secara fizikal iaitu melalui pita suara, lidah
dan bibir utk menghasilkn bunyi yang lebih tepat
5. menyebut perkataan dalam konteks yang sesuai
Cabaran Utama
Perkembangan Bahasa
Kanak-Kanak
KURANG PERHATIAN DAN INTERAKSI DENGAN ANAK-
ANAK
Bagi ibubapa yang mempunyai masa dengan anak-anak pula,
psikologi anak perlu diutamakan dengan memastikan anak-anak diberi
perhatian dan pemerhatian berterusan. Perhatikan tingkah laku anak-anak
yang cuba untuk mencuri perhatian kita ketika kita membuat sesuatu
perkara yang lain. Contohnya anak-anak kecil akan memanggil-manggil
nama ibunya berkali-kali dan menarik tangan atau muka untuk
mendapatkan perhatian. Oleh itu, ibubapa perlu terus berhenti membuat
apa sahaja yang dilakukan pada masa tersebut untuk memberikan perhatian
sepenuhnya kepada mereka. Jadilah seorang ibubapa yang kreatif untuk
mencari topik perbincangan dengan anak-anak. Anak-anak yang fasih
bercerita adalah hasil daripada ibubapa yang suka bercerita kepada mereka.
Berinteraksi dengan anak secara mesra dan berterusan seawal usia bayi,
menjadikan kanak-kanak lebih ceria, aktif dan matang. Cuba jadikan
perbualan sebagai rutin harian malahan jadikan kaedah masa untuk
membaca buku cerita bersama anak-anak sebagai salah satu kaedah yang
terbaik untuk mengembangkan kemahiran bahasa kanak-kanak.
KEKANGAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK
Dalam situasi ekonomi semasa di Malaysia, banyak keluarga
memerlukan lebih daripada satu sumber pendapat untuk
menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Ibubapa yang
sibuk ditempat bekerja pulang ke rumah untuk menguruskan rumah
tangga diwaktu malam. Dengan keterbatasan masa ini, masa 24 jam
yang dilihat singkat kini telah dihabiskan begitu sahaja tanpa sempat
memberi fokus kepada memperkembang bahasa anak-anak. Jika
dilihat dari aspek perkembangan bahasa, perhatian dan
tanggungjawab ibubapa adalah besar kerana ibubapa seharusnya
menjadi model bahasa yang baik, pemangkin bahasa kanak-kanak
dan juga individu yang dapat membetulkan penggunaan kosa kata
anak-anak sekiranya mereka menggunakan kosa kata yang salah
ketika bercakap. Contohnya, bagi anak-anak yang pelat, ibubapa
adalah individu yang sangat rapat dengan anak-anak yang seharusnya
membetulkan kesilapan sebutan mereka setiap hari.
PEMILIHAN BAHASA BAGI ANAK-ANAK
Faktor pemilihan bahasa pertama anak-anak menjadi cabaran
terutamanya bagi ibubapa di Asia Tenggara secara kolektif. Ini
berikutan proses asimilasi bahasa daripada kepelbagaian bahasa, dialek,
bangsa, etnik dan agama yang menyatukan komuniti di Malaysia. Bagi
anak-anak yang masih kecil, mereka tidak boleh membezakan bahasa-
bahasa yang digunakan oleh individu disekelilingnya termasuklah
ibubapa serta pembantu rumah mereka. Input-input bahasa yang
berbeza-beza memungkinkan mereka memilih untuk menjadi lebih pasif
dan memilih untuk diam kerana tidak mahir menggunakan mana-mana
bahasa dengan baik. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang mempunyai
pembantu rumah yang bertutur bahasa Indonesia, manakala ibunya
bertutur menggunakan bahasa Melayu dan ayah pula bertutur
menggunakan bahasa Inggeris. Anak yang keliru ini, langsung memilih
untuk diam kerana keliru dengan bahasa-bahasa yang didengarinya
setiap hari. Sebaiknya, ibubapa harus membuat pemilihan bahasa dari
awal lagi untuk memastikan bahasa PERTAMA anak anda stabil
terlebih dahulu sebelum memperkenalkan bahasa kedua kepada mereka.
USIA DAN TAHAP KEMATANGAN IBU BAPA
Kematangan ibubapa menjadi faktor penting untuk
menentukan sama ada mereka mampu atau sanggup memikul
tanggungjawab berat sebagai ibubapa atau tidak. Pasangan yang
baru berkahwin terutamanya berkahwin di usia muda, perlu lebih
cakna mengenai tanggungjawab sebagai ibubapa dan pemangkin
bahasa anak-anak. Pasangan muda dilihat masih mentah dan
kurang sabar di dalam mendidik kanak-kanak. Kestabilan dari segi
emosi dan ekonomi mungkin menjadi penyebab mengapa mereka
kurang kesabaran dalam mendidik anak-anak kecil, tidak pandai
mengambil hati si kecil kerana masih ingin menumpukan perhatian
terhadap diri sendiri (self-centered) sahaja. Oleh itu, ibubapa
diluar sana, perlu mempelajari ilmu keibubapaan sebelum
menempuhi alam tersebut, agar anda lebih bersedia, berfikir secara
matang dan menjadikan perkembangan bahasa kanak-kanak
sebagai satu keutamaan untuk pendidikan awal sikecil.
Cabaran dalam Gaya kuku besi
perkembangan Bahasa
kanak-kanak Anak-anak jadi pendiam, kurang berani
memberi pendapat dan hanya patuh kepada
Terdapat 4 gaya asuhan atau parenting style yang keputusan yang dibuat oleh ibu
dicadangkan oleh Pakar Psikologi, Diana Baumrind bapa.Mereka juga lebih pasif dan gemar
(1967) iaitu berdasarkan empat tonggak iaitu menyendiri kerana takut. Hasilnya mereka
(1) strategi disiplin akan kurang berkomunikasi
(2) gaya komunikasi ibubapa,
(3) tahap kemesraan ibubapa serta Gaya pemerintah
(4) tahap bimbingan yang diberikan oleh ibubapa
sepanjang tempoh perkembangan kanak-kanak. Anak-anak jadi lebih yakin untuk bercakap
kerana ibu bapa mereka senang dibawa
4 gaya asuhan yang dicadangkan adalah : berbicang. Hasilnya mereka mempunyai
1) gaya kuku besi (autoritatif), keyakinan diri yang tinggi,mesra,dan lebih
2) gaya pemerintah (autoritarian), riang.Perkembangan Bahasa mereka juga
3) gaya pengizin (permisif) dan akhir sekali iaitu lebih tinggi
4) gaya mengelak dari terlibat dalam pendidikan
Gaya pengizin
anak-anak (uninvolved).
Anak-anak terlalu diberi kebebasan
Dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak, menyebabkan mereka lebih lantang
gaya asuhan akan membentuk anak-anak dengan bersuara namun tingkahlaku mereka sukar
keupayaan pertuturan seperti berikut dikawal dan cenderung tidak sopan
Gaya uninvolved
Ibu bapa tidak terlibat dalam
perkembangan Bahasa anak-anak
sebaliknya menyerahkan tugas tersebut
kepada orang lain.Hasilnya anak-anak
terabai,jadi pasif, kurang berkomunikasi
dan kurang bersosial
KELAHIRAN
Bayi akan menyedari wujudnya bunyi-
bunyian di sekitar mereka. Mereka
akan menangis jika keadaan terlalu
bising kerana mereka masih belum
biasa dengan kebanyakan bunyi yang
mereka dengari serta bayi juga akan
menangis untuk menyatakan perasaan
mereka sekiranya mereka lapar atau
sakit perut.
0-3 Bulan
Bayi akan mula bertindak balas terhadap
suara-suara yang biasa didengarinya dan
mula mendengar dengan teliti sebarang
bunyi yang tidak biasa mereka dengari. Bagi
menyatakan keriangan apabila melihat ibu
bapa mereka atau sesiapa sahaja yang biasa
mereka lihat, mereka lazimnya akan senyum
atau ‘cooing’ iaitu bunyi di belakang tekak.
Kita juga mungkin boleh membezakan jenis-
jenis tangisan ketika usia mereka sebegini.
Walaupun anda mungkin beranggapan
bahawa bayi kecil anda tidak mampu
menyatakan apa-apa, namun adalah penting
untuk berkomunikasi dengan mereka bagi
membantu mereka membina kemahiran
berbahasa.
4-6 Bulan
Mereka mula menunjukkan tindak balas
kepada perkataan dan kelihatan amat
kagum dengan bunyi-bunyi lain seperti
muzik, bunyi yang dikeluarkan oleh
peralatan elektrik dan bunyi-bunyi
haiwan. Pada masa ini, bayi sepatutnya
telah mampu membuka kerongkong
mereka dan membuat bunyi yang
ringkas. Mereka juga berkemungkinan
besar mampu membunyikan beberapa
konsonan seperti m, b dan p.
7-12Bulan
Pada usia ini, bayi mungkin telah biasa dengan nama
mereka sendiri dan mungkin akan menoleh kepada
sesiapa yang memanggil mereka. Mereka mungkin
akan mula memberi respons kepada soalan dan
permintaan. Mereka juga mungkin telah biasa dengan
nama-nama objek barangan di rumah dan mungkin
mampu menunjuk kepada barangan tersebut apabila
diminta. Lazimnya, inilah tempoh di mana bayi akan
mula menuturkan perkataan pertama kerana mereka
kini telah mampu menggabungkan bunyi-bunyi vokal
dan konsonan.
Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu ingat bahawa
setiap anak kecil adalah unik dan perkembangan yang
dicapai adalah mengikut tahap kepantasannya
sendiri. Ibu bapa tidak perlu membandingkan anak
anda dengan kanak-kanak lain kerana ini hanya akan
mengakibatkan stres yang tidak wajar dan tekanan
yang tidak diperlukan ke atas anak anda.
.
2-4 Tahun
pada awal 2 tahun, kanak-kanak sudah
mula untuk mengingati 2 benda dan boleh
memahami kegunaan objek tersebut serta
akan menggunakan nama sebagai satu
strategi ingatan. Pada ketika ini, kanak-
kanak ini sudah mampu mengetahui antara
5-40 patah perkataan.
Pada usia 3 tahun pula, kanak-kanak ini
sudah boleh mengucapkan fonem iaitu
bunyi bahasa ibunda mereka sendiri. Pada
ketika ini, mereka akan mula menyoal ibu
bapa atau org lain mengenai sesuatu
soalan dan perkara yang pendek.
Dan pada ketika berusia 4 tahun, kanak-
kanak ini sudah mula memahami sintaks
iaitu urutan perkataan dalam sesebuah
ayat di mana mereka sudah mula
memahami ayat yang lengkap
APA ITU LITERASI AWAL ?
Kemahiran literasi awal merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan
pelakuan kanak-kanak tentang kemahiran membaca dan menulis,
sebelum mereka boleh membaca dan menulis secara standard.
Jackman 2005, literasi awal ialah pembelajaran atau perlakuan
membaca dan menulis yang bermula sejak bayi melibatkan kebolehan
mendengar, bercakap , membaca dan menulis
Antara aspek yang difokuskan dalam konsep ini ialah komponen,
prinsip perkembangan kemahiran literasi awal, pendekatan pengajaran
dan kemahiran literasi awal di rumah.
Kemahiran literasi awal ini bukan kemahiran membaca dan menulis.
Sebaliknya, ia adalah kemahiran yang perlu ada sebelum kanak-kanak
belajar membaca dan menulis. Ibu bapa perlu memainkan peranan
utama dengan sentiasa berkomunikasi dengan anak mengenai apa yang
diminati oleh mereka. Sebelum belajar membaca, kanak-kanak perlu
menerangkan dan melukis perkara-perkara yang difikirkan atau
digambarkan secara abstrak
KEMAHIRAN LITERASI AWAL ( MENDENGAR,
BERTUTUR, MEMBACA, MENULIS)
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas kepada kepada membaca dan
menulis. Hubungan mesra dan kasih sayang serta peluang interaksi antara ibu
bapa dengan anak-anak menggalakkan kemahiran ini. Di fasa ini, kanak-kanak
mula mendengar dan mengajuk percakapan orang terdekat. Oleh itu,
terutamanya ibu bapa perlulah mengelakkan bertutur secara pelat dengan
anak-anak.
Kemahiran Awal Membaca
Aktiviti berterusan seperti “Shared Reading” mendorong minat suka kepada
buku dan belajar berkomunikasi. Perkenalkan warna, huruf, nombor dan
bentuk kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menyediakan peluang dan
pengalaman membaca yang seronok kepada anak-anak.
Kemahiran Awal Tulisan
Kanak-kanak mula belajar menggerakkan tangan supaya boleh menulis
dengan selesa dan sempurna. Ibu bapa melatih kanak-kanak dengan latihan
pergerakan mata mengikut arah tulisan. Seterusnya, latihan koordinasi tangan
dan mata untuk menulis dengan betul. Kanak-kanak mula menulis daripada
kertas kosong kepada kertas bergaris dan dari pensel yang besar kepada
pensel kecil.
ISU LITERASI AWAL DI RUMAH
Ramai kanak-kanak yang datang dari rumah
yang mana membaca adalah aktiviti harian
mereka. Oleh itu, mereka datang ke sekolah
dengan kebolehan membaca atau sudah
menguasai banyak prasyarat untuk
membaca . Manakala, kanak-kanak lain pula
yang datang dari rumah yang mana terdapat
sedikit kemahiran bacaan akan
menyebabkan perkembangan mereka sedikit
perlahan. Selain tu, ada juga sesetengah
kanak-kanak akses kepada bahan bacaan
mereka hanya bermula dari sekolah sahaja.
KEMAHIRAN LITERASI AWAL DI RUMAH
Kemahiran literasi awal kanak-kanak, terdapat lima amalan yang ibu bapa boleh gunakan
sebagai panduan ketika membaca dengan anak-anak mereka. Antaranya, melalui aktiviti
bermain.
Adalah penting untuk memastikan pengalaman membaca dan pembelajaran
menyeronokkan dan positif untuk mengekalkan minat kanak-kanak. Ibu bapa boleh
menggunakan buku-buku dengan unsur-unsur bermain seperti "lift-the-flap", sentuhan, serta
"pop-up" untuk menjadikannya lebih interaktif.
Seterusnya, aktiviti menulis. Ibu bapa boleh membiarkan anak mereka menulis atau
melukis huruf, nombor, bentuk atau objek yang mereka lihat dalam buku itu, untuk
membantu mereka mengenali watak-watak. Ibu bapa juga boleh menggunakan buku
mengenai nombor, abjad, bentuk, saiz, warna dan lain-lain, untuk memperkenalkan anak-
anak mereka kepada konsep yang berbeza.
Selain itu, menerusi percakapan. Ibu bapa digalakkan membaca kepada anak-anak mereka,
untuk membantu mereka mempelajari bahasa dan mengambil kata-kata baru. Ini akan
membolehkan kanak-kanak mengembangkan pemahaman mereka terhadap bahasa, yang
akan menyokong pembelajaran kata-kata bertulis mereka. Ibu bapa sama sekali tidak
digalakkan bertutur dengan anak-anak secara pelat kerana akan mempengaruhi percakapan
mereka nanti. Sebagai contoh, perkataan susu hendaklah disebut dengan betul iaitu “shushu”
atau “cucu”
KEMAHIRAN LITERASI
AWAL DI RUMAH
Ibu bapa juga boleh menyanyi puisi berirama kepada anak-anak mereka,
untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan mereka terhadap bunyi dalam
kata-kata. Ini akan membolehkan kanak-kanak mengembangkan pemahaman
mereka terhadap bahasa dan belajar membaca. Ibu bapa boleh merujuk kepada
buku seperti puisi berirama kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh berpantun atau
mencari perkataan berirama seperti perkataan yang sama bunyinya iaitu ‘meja
dan eja’, ataupun ‘ibu dan Sibu’, atau ‘bola dan Cola’
Dalam konteks ini, aktiviti membaca adalah sangat penting. Ibu bapa
hendaklah membaca bersama anak-anak mereka, kerana ia mengembangkan
perbendaharaan kata, pemahaman, dan pengetahuan umum yang diperlukan
untuk meningkatkan lagi kemampuan mereka untuk membaca ketika mereka
membesar. Ibu bapa boleh menggunakan buku mengenai pelbagai topik yang
sesuai untuk anak kecil, seperti pekerjaan dan haiwan. Selain itu, ibu bapa
perlulah menjadi contoh yang baik terhadap anak-anak iaitu ibu bapa perlulah
meluangkan masa untuk membaca dan pastikan anak melihat anda membaca.
KEPENTINGAN LITERASI AWAL
5 sebab penting mengapa literasi perlu diperkenalkan sejak dari awal lagi :
Kanak-kanak belajar mengenal dunia di sekeliling mereka. Kanak-kanak boleh
lebih tahu dan faham tentang kehidupan masyarakat di negeri dan negara lain.
Mereka boleh belajar benda hidup lain di muka bumi ini seperti haiwan dan
tumbuhan, belajar tentang ciptaan tuhan yang lain seperti bulan, bintang, laut
Seterusnya, memudahkan kehidupan kanak-kanak .Contoh dengan name tag atau
tanda nama, kanak-kanak di taska boleh tahu mana barang milik mereka. Label di
rak atau kotak mainan mudahkan anak-anak ambil barang yang mereka perlukan.
Selain itu, menggembirakan kanak-kanak. Kanak-kanak suka lihat dan pegang
buku bergambar yang menarik dan bagus seperti buku Dr Seuss walaupun mereka
belum tahu membaca. Jika kanak-kanak sudah pandai membaca tentunya buku-
buku ini beri lebih kegembiraan kepada kanak-kanak.
Di samping itu, boleh buat penilaian awal pencapaian kanak-kanak sebelum masuk
tadika. Menyediakan persekitaran yang kaya dengan literasi sejak anak di buaian
lagi membantu perkembangan literasi anak bila masuk tadika.Kanak-kanak yang
tahu bunyi dan nama huruf serta tahu fungsi cetakan sebelum masuk tadika besar
kemungkinan boleh membaca dengan baik bila masuk tadika.
Akhir sekali, membantu perkembangan bahasa perbualan harian selalunya tiada
perkataan dan tatabahasa seperti dalam buku. Jika anak-anak didedahkan dengan
buku sejak kecil lagi (contoh ibu bapa baca buku kepada anak), lebih banyak
perkataan anak belajar dan lebih kompleks ayat yang digunakan oleh anak
PENDEKATAN
PENGAJARAN
MEMBACA
KANAK-KANAK
01 PENDEKATAN FONIK
02 PENDEKATAN
BAHASA
KESELURUHAN
03 KAEDAH GABUNGAN
BUNYI KATA
Menekankan pemecahan kata-kata ke dalam komponen tertentu dan
belajar untuk menterjemahkan simbol huruf ke dalam bunyi. Selepas
kanak-kanak menguasainya, mereka akan mula berupaya membaca dengan
tepat. Dalam kata lain, ia satu kaedah pengajaran membaca berdasarkan
bunyi huruf , kumpulan surat, dan suku kata. Kaedah bacaan pengajaran ini
biasanya berbeza dengan pendekatan bahasa keseluruhan, yang menekankan
pembelajaran perkataan penuh dalam konteks yang bermakna.
Kaedah fonik digunakan untuk melatih kanak-kanak mengenal huruf
melalui padanan huruf dengan bunyi. Kaedah ini telah lama diperkenalkan
dalam pembelajaran bacaan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai pendapat
mengenai cara pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah
fonik. Antaranya yang dikemukakan oleh Hasnah dan Habibah (2010),
Othman dan Nik Eliani (2009), Bielby (1999), Goswani dan Byrant (1990)
Hasnah & Othman & Nik
Habibah (2010) Eliani (2009)
Pada asasnya kaedah ini adalah Objektif pertama, perkenalkan bunyi huruf
untuk mengajar murid-murid melihat yang akan diajar (tanpa menunjukkan simbol/
hubungan antara simbol (huruf) dan huruf tersebut). Sebut bunyi dengan jelas
bunyi (hubungan fonem-grafem) beberapa kali. Seterusnya,tanyakan murid
supaya mereka dapat membaca bunyi yang didengar dan minta murid
(membunyikan) perkataan- menyebut bunyi dengan betul. Ulang sebut
perkataan baharu yang mereka bunyi sehingga mantap . Kemudian,
hadapi. Kanak-kanak diperkenalkan melakonkan aksi asas latihan asosiasi.
dengan bunyi huruf dan bukan Pastikan satu bunyi untuk satu aksi.
nama huruf. Sebagai contoh, „a’ Selain itu, aktiviti pilihan juga turut
bunyi „aa..’ atau „u’ bunyi „uu..’ dicadangkan. Aktiviti-aktiviti tersebut
Apabila mereka sudah mengetahui adalah seperti melakukan aktiviti latihan
hubungan tiap-tiap huruf dengan asosiasi secara praktikal (bermain) dan
bunyinya, suku kata pula dibina. rangsang pendengaran dengan gambar-
Misalnya, „ba’, „da’ dan lain-lain. gambar bermula dengan bunyi yang
Kemudian baru digabung suku-suku diajarkan. Objektif kedua pula pula diharapkan
kata ini menjadi perkataan - „dada’, murid dapat mengecam bentuk huruf. Aktiviti
„batu’, „kata’, „lalu’ dan sebagainya. wajib yang dicadangkan adalah seperti
berikut, sentuh huruf berpasir mengikut cara
huruf ditulis, dan bentuk huruf menggunakan
plastisin
BIELBY (1999) GOSWANI &
Menyatakan semua guru perlu BYRANT (1990)
berbincang dengan murid dan pada
masa tertentu mereka juga perlu Dalam Campbell (1995)
membincangkan cara menyesuaikan kajian mengenai kesedaran
bunyi huruf dengan perkataan. fonemik, menyimpulkan
Walau bagaimanapun, istilah bahawa kemajuan dalam
„mengajar fonik’ digunakan secara belajar membaca mungkin
umum untuk mengajar murid-murid di C merupakan faktor utama
peringkat awal secara bersistematik Cdalam menyedari fonem.
bagi membunyikan huruf secara rutin Oleh yang demikian,
untuk mengekod perkataan. Murid pelbagai kegiatan membaca
diajar membunyikan huruf secara dan menulis menjadi penting
lantang kemudian menggabungkan agar murid terlibat dengan
bunyi. Kemudian,guru mendengar bahasa dan boleh secara
apa yang dibunyikan oleh murid. aktif membina pengetahuan
Pendekatan ini membolehkan murid mereka tentang kaitan huruf
membunyikan huruf baharu dengan dan bunyi.
mudah dan cepat.
Semasa abad ke-19, fonik telah biasa digunakan sebagai
sinonim untuk fonetik. Seterusnya, pada abad ke-
20, fonik diperoleh dariapada makna masa kini sebagai satu
kaedah bacaan pengajaran.
Fonik merujuk kepada beberapa kaedah yang berbeza tetapi
secara umumnya pertindihan arahan. Terdapat empat
kaedah pendekatan fonik iaitu fonik analitik, fonik sintetik,
fonis linguistik dan fonik terbenam
FONIK ANALITIK
Kaedah Fonik Analitik mengajar kanak-kanak hubungan fonik di antara
perkataan. Kanak-kanak diajar untuk menganalisis hubungan suara-suara
dan melihat untuk memecahkan kata-kata berdasarkan pola ejaan dan
huruf dan bunyi mereka. Fonik Analitik juga dikenali sebagai Fonetik
Terlibat. Dalam pendekatan ini, terutamanya analisis bunyi tertentu dalam
satu perkataan atau perkataan dilakukan. Fokus pada perkataan yang
lengkap terutamanya dan kemudian analisis dibuat dari komponen yang
berbeza dari kata. Kanak-kanak mengelakkan bunyi-bunyi secara
berasingan untuk meneka perkataan dalam pendekatan ini. Mereka akan
diminta untuk menganalisis hubungan bunyi surat selepas mengenali
perkataan tersebut. Proses ini bermula dengan perbendaharaan kata
penglihatan dan lengkap membaca buku. Ia juga menggunakan gambar,
huruf awal dan isyarat konteks untuk mengenal pasti perkataan.
FONIK SINTETIK
Dalam fonik sintetik, bunyi huruf dan gabungan huruf
diajarkan dahulu dan kemudian kaedahnya diajar
untuk membentuk kata-kata lengkap. Dalam program
fonik sintetik, pelajar diajar untuk membaca semula
kata-kata baru dengan mengambil semula dari ingatan
suara bahawa setiap huruf, atau kombinasi huruf,
dalam perkataan mewakili dan menggabungkan bunyi
menjadi perkataan yang dikenali. (National Reading
Panel, 2000). Fonik ini ialah pendekatan secara
menyeluruh. Dr Shapiro berkata: "Fonik sintetik adalah
pendekatan yang diterima secara meluas dalam
pengajaran membaca dalam bahasa Inggeris: kanak-
kanak diajar untuk membunyikan huruf dalam satu
perkataan kemudian menggabungkan bunyi-bunyi ini
bersama-sama."
FONIK LINGUISTIK
“Dalam bahasa fonik , kaedah ini biasanya memberi tumpuan
kepada corak perkataan yang terdapat dalam kata-kata
bahasa inggeris seperti ‟cat‟, „rat‟, mat, dan ‟bat‟ . Kata-kata ini
dipilih dan dikemukakan kepada pelajar. Kanak-kanak perlu
membuat generalisasi tentang bunyi dengan mempelajari
kata-kata ini. .Fonik linguistik adalah seperti fonik analitik
kerana ia menekankan corak perkataan daripada bunyi huruf.
Namun, fonetik linguistik biasanya tidak disokong oleh
penyokong „top-down‟, kerana tidak menekankan teks yang
berlaku secara semula jadi.”
(Ann Maria Pazos Rago, "The Alphabetic Principle, Phonics,
and Spelling: Teaching Students the Code." Reading
Assessment and Instruction for All Learners, ed. by Jeanne
Shay Schumm. Guilford Press, 2006)
FONIK TERBENAM
“Pendekatan terbenam pengajaran fonik melibatkan pelajar
dalam pembelajaran kemahiran fonik dengan membaca teks
sahih. Pendekatan ini boleh dibandingkan dengan bahasa
keseluruhan; namun, fonetik terbenam melibatkan kemahiran
terancang yang diajar dalam konteks kesusasteraan yang sahih.
Fonik tertanam dibentuk sebagai tindak balas terhadap kritikan
hebat yang dialami oleh seluruh gerakan bahasa, dan
menekankan peranan arahan fonik dalam konteks sastera yang
sahih.” (Mark-Kate Sableski, "Phonics." Encyclopedia of
Educational Reform and Dissent, ed. by Thomas C. Hunt, James
Carper, Thomas J. Lasley, and C. Daniel Raisch. Sage, 2010)
Pendekatan bahasa keseluruhan adalah falsafah pendidikan yang mengajar kanak-kanak
membaca dengan menggunakan strategi yang menunjukkan bagaimana bahasa adalah
sistem bahagian yang bekerja bersama untuk mewujudkan makna.
Walaupun ia mungkin kedengaran seolah-olah kaedah bahasa keseluruhan diskaun fonik
sebagai cara untuk mengajar membaca, penggunaan kesedaran fonemik (atau sub
leksikal membaca) adalah salah satu komponen pendekatan.
Falsafah seluruh bahasa juga mengajar para pelajar untuk mengiktiraf kata-kata teras
sebagai satu perkataan dan bukannya mereka membunyikan semua perkataan secara
fonetik. Pendek kata, pendekatan ini menggunakan sastera sebagai alat mengajar dan
bertujuan untuk mengintegrasikan literasi dalam semua bahagian kurikulum (termasuk
sains, matematik dan kajian sosial). Di samping itu, pendekatan keseluruhan bahasa
menggalakkan pelajar menggunakan membaca dan menulis untuk tujuan sehari-hari
PENDEKATAN PENDEKATAN
BINAAN CERAKIN
Pendekatan ini dikenali juga sebagai Pendekatan ini menghasilkankaedah
pendekatan sintesis. Pendekatan ini pandang dan sebut. Pendekatan ini pula
menghasilkan kaedah abjad. Dalam bertujuan agar murid dapat mengeja
pembelajaran bahasa, murid akan dan membaca huruf, suku kata,
belajar secara beransur-ansur perkataan dan ayat dengan baik.
daripada peringkatyang lebih mudah Maka daripada sebuah ayat lengkap,
kepada yang kompleks. Hal ini guru akan mencerakinkan kepada
bertujuan bagi memudahkan murid beberapa perkataan bagi memudahkan
memahami apa yang telah dipelajari murid untuk membaca.
secara berstruktur dan menyeluruh. Daripada beberapa perkataan,guru
Dalam pendekatan binaan,murid akan membatangkan perkataan
akan diajar dengan cara atau tersebut mengikut suku kata tertentu
kaedah dalam menulis abjad, seterusnya memperkenalkan satu
Seterusnya suku kata,perkataan, persatu huruf yang terdapat dalam
frasa, ayat sehingga mereka boleh setiap suku kata. Pendekatan
mencapai kaedah penulisan ini akan mempermudahkan lagi guru
pelahiran iaitu melahirkan wacana untuk mengajar menggunakan kaedah
dengan baik fonetik dan kaedah membaca dengan betul.
KAEDAH PENGALAMAN
PANDANG & SEBUT BAHASA
Dimulakan dengan memperkenalkan Memberi penekanan kepada pengalaman
perkataan dan bukannya huruf atau atau pengetahuan sedia ada murid-murid
suku kata. Aktiviti utamanya ialah dalam membaca. Apabila murid-murid
memandang dan menyebut perkara mempunyai pengalaman membaca bahan
yang dipandang .ialitu gambar objek yang menggunakan laras yang sama serta
Yang terdapat pada bahan bantu Mereka mempunyai pengetahuan
belajar. Perkara yang disebut ialah mengenai bidang yang dibincangkan,
perkataan pada bahan yang murid-murid akan mudah memahami mesej
ditunjukkan. Kaedah ini yang cuba disampaikan oleh penulis dalam
mementingkan dua perkara iaitu tulisannya. 3 peringkat dalam proses
membunyikan perkataan atau membaca iaitu lateral, Interpretasi &
rangkai kata berdasarkan pengalaman inferens dan penilaian makna. Murid –murid
melalui gambar dan membunyikan ayat perlu mempunyai pengalaman atau
melalui gambar yang mempunyai cerita pengetahuan sedia ada untuk memudahkan
mereka menguasai peringkat – peringkat
tersebut. Pengalaman mereka membaca
pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai
laras, susuk ayat dan sebagainya akan
memudahkan mereka mengenali tulisan
tersebut. Murid-murid mudah mentafsir
makna sekiranya bahan yang dibaca
berkaitan dengan suatu bidang yang
diketahuinya
KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA (KGBK)
Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) ialah kaedah yang menggabungkan proses mengajar
mengenal bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapat membaca
frasaatau ayat. Selain itu, kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedah abjad atau fonik
dan kaedah seluruh perkataan.Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk
memulih murid yang tidak boleh atau lemah membaca.
Kaedah ini dihasilkan sebagai satu kaedah mengajar 2M iaitu membaca dan munulis. Ia adalah
aktivti mengenal bunyi bebapa huruf vokal dan konsonan. Ia juga bertujuan untuk membolehkan
kanak-kanak mengenal suku kata dan seterusnya membina dan membaca perkataan, frasa atau
ayat.
Secara amnya (KGBK) merupakan satu kaedah yang sistematik, mengambil kira sistem ejaan
Bahasa Melayu yang fonemik dan suku kata yang jelas. Proses pengajaran membaca Bahasa
Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran
bunyi beberapa huruf vokal asas ( a, i , u ) satu huruf konsonan „b‟ untuk membentuk suku kata :
b+a=ba, b+i=bi, b+u=bu, untuk membentuk perkataan seperti babu, baba dan terus dibunyikan
[baba], [babu] dan bentuk frasa yang bermakna /i bu/ + /baba/ = /ibu baba/
Melalui pendekatan ini, murid tidak perlu menghafal semua huruf a b c hingga x y z, sebaliknya
unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam
satu masa pengajaran membaca. Guru boleh memperluas gabungan huruf vokal dan konsonan
dengan memilih beberapa perkataan suku kata terbuka yang bermakna secara ansur maju.
Penekanan kaedah ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran dan
pembelajaran serta peningkatan kemahiran membaca secara berkesan.
KELEBIHAN (KGBK)
Murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan
dari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad/fonik. Ini mengambil masa panjang
(2, 3 bulan di setengah sekolah).
Seterusnya, murid tidak perlu diajar „mengecam seluruh perkataan‟ (pandang dan sebut
perkataan) dan menghafal bentuknya, kemudian „cerakin‟ perkataan untuk mengenal
huruf dan bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan.
Dalam KGBK kanak-kanak terus „membina‟ dan „membaca perkataan‟ berdasarkan suku
kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu. Perkembangan unit-unit pengajaran
dan pembelajaran boleh dibuat secara sistematik atau berturutan berkembang, di mana
pelajaran yang lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru. Setiap unit
baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Misalnya, setelah murid belajar
membaca „b‟ murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi konsonan „k‟ pula
. Jika dicantum pula dengan suku kata „ba bi bu‟ yang dipelajari sebelumnya, murid boleh
membina dan membaca perkataan dan ayat seperti „buku „,„buka ‟.
Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu. Kaedah ini
merupakan satu kaedah yang amat bersistematik. Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah
„alphabetic‟ dan fonemik. Hal ini menjelaskan bahawa adanya hubungan yang rapat
antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal ini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa
Inggeris yang bercelaru. Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika
dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain
KELEMAHAN (KGBK)
Sesetengah murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan
menyebabkan berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid
tersebut dan terpaksa bermula semula.
Seterusnya, murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad dan akan
mengganggu pembelajaran. Murid juga sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan
konsonan yang telah diajar.
Di samping itu, segelintir murid tidak memahami maksud perkataan yang telah
dibina dan memerlukan penjelasan daripada guru. Murid-murid pemulihan khas pula, sukar
untuk memahami maksud perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar
untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak
mempunyai perbendaharaan yang cukup. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu
diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat membaca frasa.
Selain itu, kaedah ini juga lebih mudah untuk diajar kepada murid-murid yang tidak tahu apa-apa
daripada murid yang telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang
ISU PENDEKATAN
BAHASA
Beberapa kajian menunjukkan bahawa pendekatan bahasa berfungsi dengan
baik untuk kanak-kanak yang terdedah kepada buku-buku di rumah
Kanak-kanak yang mempunyai sedikit pendedahan terhadap buku-buku di
rumah, mungkin mendapat sedikit latihan di luar sekolah lantas mereka mungkin
memerlukan pendekatan fonik secara langsung (Pressley et al. (2007)
PERKEMBANGAN
PENULISAN
KANAK-KANAK
01 KONSEP
PERKEMBANGAN
PENULISAN
02 PERKEMBANGAN
MENULIS &
GENGGAMAN PENSEL
03 TANDA-TANDA
MASALAH MENULIS
Penulisan merupakan kegiatan menghasilkan simbol-simbol grafik yang
disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan
seterusnya disusun menjadi ayat. Kemahiran menulis perlu dikuasai
oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan
keupayaan mereka. Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru
perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis. Kanak-
kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran
mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak
perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari
seperti menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang,
dan sebagainya. Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung
menggunakan berbagai alat dan permainan. Kanak-kanak juga perlu
bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan dan
permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran
tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur
ayat mudah.
PERKEMBANGAN MENULIS &
GENGGAMAN PENSEL
Pada peringkat awal kanak-kanak berusia 10-12 bulan akan mula menconteng
di atas kertas selepas mereka mula dapat memegang pensel. Kanak-kanak
mula menulis di antara umur dua dan tiga ketika mereka mula menggambar.
Kanak-kanak di peringkat ini, memegang pensel dengan lebih matang dengan
dengan memegang pensel diantara hujung ibu jari, telunjuk dan jari tengah..
Seterusnya, pada umur empat tahun, kanak-kanak paling banyak boleh
menulis nama pertama mereka sendiri . Pada umur lima tahun, mereka boleh
mencetak huruf dan menyalin perkataan pendek. Pada tahap ini, lengan
bawah biasanya dalam keadaan supinated dan otot tangan yang akan
menggerakan pensel. Kemudian, beberapa tahun pertama persekolahan,
kebolehan celik huruf normal ialah boleh memastikan jika huruf terbalik
seperti b dan d atau p dan q. Seperti membaca, jika kanak-kanak diberi
peluang untuk kerap menulis mereka akan memperolehi bahasa dan
tatabahasa dengan lebih cepat.
TANDA-TANDA MASALAH MENULIS
Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza.
Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah untuk
Mempelajari cara menulis huruf sama ada arahnya ke
dalam atau ke luar dan selebihnya sukar untuk menulis
dengan kemas. Kadang-kadang masalah menulis boleh
menjadi tanda isu-isu lain seperti kelewatan
perkembangan atau masalah pembelajaran.
Keadaan yang boleh menjejaskan keupayaan
kanak-kanak untuk menulis.
Antaranya masalah memori yang menghalang
kanak-kanakdaripada mengingat ejaan,
tatabahasa, atau peraturan tanda baca.
Selain itu, masalah bahasa yang menyebabkan
kesukaran dengan sebutan perkataan,
ejaan, dan struktur ayat. Seterusnya,
masalah visual atau susunan turutan
yang menyebabkan jarak yang tidak
sekata dalam perkataan serta
ketidakupayaan untuk membuat
senarai atau meletakkan idea dalam
turutan, dan lain-lain lagi.
DISLEKSIA
Disleksia merupakan salah satu kategori masalah pembelajaran dalam kalangan
kanak-kanak. Orang yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia tidak dapat
dilihat dengan penglihatan mata kasar tetapi perlu dikaji dan penelitian terhadap
proses pembelajarannya. rang disleksia tidak dapat membezakan perbezaan atau
persamaan bunyi, perkara yang dilihat dan tidak dapat mengingat dengan baik visual
yang dilihat. Antara ciri-ciri disleksia yang lain ialah pertuturan yang tidak berstuktur
seperti lambat bercakap, gagap dan pelat seperti kanak-kanak berumur 2 ke 3 tahun.
Kadang-kadang ada pertuturan yang baik. Tidak boleh membaca dan menulis dengan
baik dengan kata lain tidak dapat menguasai 3M. Jika diberi arahan, tidak dapat
mengingat arahan yang diberikan dan tidak dapat bertindak mengikut arahan. Dia
seorang yang tidak teratur atau tidak terurus dan sukar memahami konsep
masa. Konsep kendiri orang disleksia pula sangat rendah. Kemahiran pergerakan
juga lemah seperti tidak boleh menyambut barang yang diberikan dan sukar
membaling barang. Kadang-kadang pengetahuan am mereka sangat baik dan suka
berangan-angan. Namun, pencapaian mata pelajaran bahasa mereka gagal.
PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP
Program pemulihan merupakan langkah-langkah
khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu
dalam kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja
masalah yang dihadapi itu dapat di kesan dan
ditentukan oleh guru kelas atau guru mata pelajaran
dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung
kepada jenis masalah.
LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN
Ibu bapa atau guru perlulah memperbanyakkan terapi pertuturan kepada
kanak-kanak. Selain itu, membantu kanak-kanak menguasai maklumat secara
beransur-ansur.Seterusnya, membuat pengulangan pembelajaran kepada
mereka untuk meningkatkan kefahaman mereka. Menggunakan pendekatan
pelbagai deria iaitu menggunakan deria lain untuk membantu proses
pembelajaran. Ibu bapa dan guru juga perlulah memberi tumpuan kepada
perkembangan berstruktur iaitu memperkenalkan dan mengajar huruf dan
bentuk angka
Seterusnya, melalui aspek pendengaran, sebutan guru jelas, hanya sebutan
bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajar. Selain itu, aspek penglihatan
pula, bahan bantu mengajar (BBM) mestilah besar, ringkas , menarik dan
menggunakan warna untuk perkara penting sahaja. Akhir sekali, aspek
psikomotor. Guru mestilah menggunakan benda maujud seperti bentuk huruf
atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuh dan gunakan
warna untuk aktiviti menulis.
BILINGUALISME & PEMBELAJARAN
BAHASA TAMBAHAN
Secara umumnya, jika bahasa kedua dipelajari sebelum usia 10-12 tahun maka
pembicara akan lebih cenderung untuk mencapai sebutan asli dan aksen.
ucapan yang lebih tepat dari segi tatabahasa dan perbendaharaan kata lebih luas
Terdapat banyak kelebihan untuk dwibahasa selain daripada hanya mempunyai
bahasa kedua. Justeru itu, ibu bapa mestilah menggalakkan anak-anak mereka
untuk belajar bahasa asing bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka.
Kajian menunjukkan bahawa dapat berbahasa lebih dari satu bahasa mempunyai
kesan positif terhadap perhatian, pembentukan konsep dan pemikiran
(Gibbons dan Ng, 2004)
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA
TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA