The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulhudasan19, 2021-01-04 02:29:51

PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA

E-BOOK PGA101

Keywords: DR. NOORAIDA

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Bagaimana Persoalan ini telah menarik minat ramai
kanak-kanak ahli linguistik untuk mengemukakan teori
memperoleh mereka

Bahasa Pelbagai kajian telah dijalankan
pertamanya ? bermatlamat untuk mengetahui proses
pemerolehan tersebut

Ramai yang berpendapat bahawa
pemerolehan Bahasa disebabkan faktor
berikut :

a) Persekitaran linguistik
b) Perwarisan
c) Pengalaman individu
d) Peluang individu untuk berinteraksi

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Faktor-faktor tersebut diberi TEORI
penekanan dalam salah satu teori BEHAVIORIS

yang telah dikemukakan. TEORI
ANTARA TEORI PERKEMBANGAN PERKEMBANGAN

BAHASA : BAHASA

TEORI TEORI
PSIKO-- SEMANTIK-
LINGUISTIK KOGNITIF

TEORI
PRAGMATIK-
KOMUNIKASI
/INTERAKSI

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Teori behavoris/tingkahlaku

Menurut teori ini kanak-kanak mempelajari Bahasa melalui
peniruan(imitation). Kanak-kanak mendengar sebutan orang
dewasa dan cuba meniru apa yang didengari. Proses ini berterusan
menyebabkan lama kelamaan mereka dapat bercakap dengan
fasih menyerupai orang dewasa

Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam pemerolehan
Bahasa kanak-kanak.Hal ini kerana kanak-kanak dianggap sebagai
penerima pasif yang menerima pengaruh luaran seperti daripada
ibu bapa, adik beradik dan individu terdekat dengan mereka

Teori ini juga menekankan pengukuhan atau peneguhan untuk
melatih sebutan mereka. Hal ini kerana ahli teori yang menyokong
teori ini berpendapat bahawa Bahasa juga merupakan tingkahlaku
yang harus dipelajari seperti tingkahlaku-tingkahlaku lain.

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Teori behavoris/tingkahlaku
teori tingkahlaku skinner(1957)

Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner
telah membincangkan lebih lanjut tentang proses
pembelajaran dengan menggunakan unsur
rangsangan, tindakbalas dan segala syarat dan
pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan
pembelajaran secara maksimum. Skinner
menerusi teori ini percaya bahawa semua
pembelajaran termasuk pembelajaran bahasa
berlaku akibat daripada pengukuhan.Sebagai
contoh, kanak-kanak menyebut sesuatu perkataan
lalu ibunya memberikan pujian jadi kanak-kanak
tersebut akan mengulangi perbuatannya agar
mendapat balasan. Tingkahlaku tersebut akan
membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.

TEORI PERKEMBANGAN Teori
BAHASA

behavoris/tingkahlaku

KELEBIHAN &kritikan terhadap

Teori memberi fokus kepada peranan teori
ibu bapa dan ahli keluarga . Teori ini
juga berjaya memperkembangkan
banyak usaha unuk intervensi bagi
meningkatkan kemahiran Bahasa bagi
kanak-kanak yang bermasalah

Teori ini gagal menjelaskan
bagaimana kanak-kanak dapat
memahami makna perkataan dan ayat
sebelum dapat menyebutnya. Dengan
kata lain bagaimanakah kanak-kanak
dapat memahami perkataan tersebut
jika pembelajaran Bahasa berlaku
melalui proses peneguhan ?

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Teori psiko-linguistik

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky dan rakan-rakan
sebagai respon kepada kekurangan yang terdapat dalam
teori tingkahlaku. Mereka berpendapat Bahasa adalah
keunikan manusia yang dipelajari oleh semua manusia
daripada semua budaya dalam pelbagai persekitaran.Teori
ini menekankan peranan perwarisan dalam pemerolehan dan
perkembangan bahasa. Bayi dianggap lahir dengan
kesediaan untuk belajar bahasa

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Teori psiko-linguistik

noam chomsky

Noam Chomsky mencadangkan bahawa manusia
lahir dengan struktur tatabahasa yang
kompleks.Beliau memanggilnya sebagai language
acquisition device(LAD). LAD ini membolehkan
mereka mengesan peraturan dan ciri bahasa seperti
mofologi dan sintaksis. LAD kanak-kanak mula
melemah pada usia 10-12 tahun. Selepas dari
tempoh itu dikatakan kefasiahan asli mustahil untuk
diperolehi. LAD hanya beroperasi apabila kanak-
kanak terdedah kepada bahasa. Kualiti inputi orang
dewasa tidak mempengaruhinya dan orang dewasa
tidak perlu mengajar dan mengukuhkan
pengunaanya. Apabila kanak-kanak terdedah
kepada input bahasa, LAD akan mengambil alih dan
membantu manusia memahami peraturan-peraturan
Bahasa. Chomsky berpendapat persekitaran tidak
menjadi faktor pemerolehan bahasa kanak-kanak
kerana mereka tidak mendengar perkataan-
perkataan tertentu dari orang dewasa

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Teori psiko-linguistik

KELEBIHAN &kritikan terhadap teori

Teori oleh Chomsky memulakan satu bidang baharu
iaitu psiko-linguistik, bidang berkaitan psikologi
bahasa

Teori ini hanya dapat menjelaskan bagaimana
kanak-kanak memperolehi sintaksis Bahasa dan
tidak menjelaskan elemen-elemen bahasa yang lain
seperti mafologi dan semantik dan pragmatik

Menurut teori ini, input Bahasa tidak memainkan
peranan penting namun jelas sekali bahawa kajian
menunjukkan ibu bapa telah mengubahsuai
bahasa(Bahasa diringkaskan dan cara
penyampaian yang berbeza) untuk berinteraksi
dengan anak-anak.

Gagal memberi solusi untuk ibu bapa atau guru
membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah
bahasa

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Teori semantik-kognitif

Satu teori linguistik yang mengkaji keupayaan
penggunaan Bahasa. Teori linguistik ini
berkembang selaras dengan andaian bahawa
terdapat hubungan erat antara Bahasa
dengan keupayaan kognatif .

Teori ini menggunakan prinsip embodiement
(hal Bahasa yang timbul daripada pengalaman
hidup manusia sendiri yang ditapis dan
diproses oleh kognitif manusia) diperkenalkan
lookoff & johnson (1980)
Proses ini melibatkan:

Otak-minda-kognitif –makna

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Menurut bloom(1970) Teori semantik-kognitif
Semantik mendahului sintaksis dalam pemerolehan bloom(1970)&filmore(1968)&
bahasa kerana kanak-kanak berkembang dari aspek
bahasa disebabkan mereka telah ada sesuatu untuk piaget
dikatakan bukan kerana mereka mempunyai
tatabahasa untuk meluahkan sesuatu.
Kanak-kanak Menggunakan satu bentuk sintaksis
untuk menerangkan dua bentuk semantik.Hal ini dapat
diperhatikan apabila kanak-kanak menggunakan
perkataan yang sama untuk menerangkan dua makna
yang berbeza

menurut filmore(1968)
pemilihan ayat dipilih bukan dipengaruhi struktur
sintaksis tetapi dipengaruhi oleh makna.

Piaget
Menurut Piaget and rakan-rakan, perkembangan
kognitif seperti object permanence yang perlu
mendahului perkembangan bahasa.

Kesimpulannya,kanak-kanak memberi perhatian terhadap makna. Mereka bercakap
berdasarkan apa yang ingin mereka alami
Bahasa akan berkembang berdasarkan pengalaman manakala sintaksis berkembang
akibat daripada keperluan bercakap tentang pengalaman.Kognitif tertentu pula perlu
berkembang sebelum Bahasa diperolehi

TEORI PERKEMBANGAN Teori
BAHASA
semantik-
Memberi impak kepada amalan-amalan intervensi.
kognitif
Ia mempengaruhi ibu bapa supaya mengalihkan
tumpuan daripada aspek sintaksis Bahasa kepada KELEBIHAN &kritikan terhadap
yang lain seperti mewujudkan persekitaran yang teori
menarik dan berkesan bagi menarik tumpuan
kanak-kanak

Hubungkait kognitif tidak semudah yang
dijelaskan oleh piaget.

Sebagai contoh, terdapat kanak-kanak yang
mencapai perkembangan kognitif tetapi masih
tiada kemahiran berbahasa
Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai
kemahiran kognitif yang rendah menunjukkan
tahap kemihiran berbahasa yang lebih tinggi
daripada yang dijangkakan

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Teori pragmatik-komunikasi

Teori ini berdasarkan pemerhatian bahawa manusia berkomunikasi
menggunakan Bahasa. Oleh itu, teori ini memberi fokus kepada
kepentingan komunikasi atau interaksi

Menurut teori ini, perkembangan bahasa berlaku apabila kanak-
kanak memilih bentuk linguistik yang ingin digunakan ketika ingin
berkomunikasi dengan berkesan.

Teori ini menekankan kepentingan terhadap apa yang berlaku dalam
persekitaran kanak-kanak dan percaya bahawa kanak-kanak belajar
berbahasa melalui pendedahan kepada Bahasa namun tidak
menekankan kepada aspek pengukuhan

Tahap kematangan fisiologi pula penting dalam menentukan tahap
komunikasi yang digunakan oleh kanak-kanak

TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Teori pragmatik-komunikasi

Teori brunner

Teori ini Menekankan pentingnya Nota kecil
persekitaran kanak-kanak dalam
perkembangan Bahasa. Searle(1965), Dore(1974),
Halliday(1975),
Dalam pada itu ,orang dewasa dan mengenal pasti dan
rakan-rakan mampu memberikan mengklasifikasikan fungsi-fungsi
sistem sokongan pemerolehan pragmatik
bahasa.
Brunner(1975)&bates(1976)
Ibu bapa atau penjaga boleh mengenai komunikasi ibu bapa
mencantumkan, memperluas dan dengan anak mereka.mbuat
melebal semua bentuk sokongan pemerhatian
dalam sistem ini.

TEORI PERKEMBANGAN Teori pragmatik-
BAHASA
komunikasi
Membuktikan peranan persekitaran dan
peranan proses biologi terhadap kelebihan dan kritikan terhadap
perkembangan Bahasa kanak-kanak. teori
Sebagai contoh terdapat kajian yang
menunjukkan bahawa kanak-kanak yang
didera atau diabaikan akan menyebabkan
mereka lebih pasif dan gagal berkomunikasi
dengan baik

Teori ini gagal menjelaskan bagaimana
hampir semua kanak-kanak menunjukkan
pola turutan perkembangan Bahasa yang
serupa pada masa yang sama
jika kanak-kanak bergantung kepada orang
dewasa sebagai input Bahasa bukankah
sepatutnya kualiti dan kuantiti input akan
berbeza sehingga output Bahasa kanak-
kanak juga akan berbeza ?

RUMUSAN TEORI PERKEMBANGAN
BAHASA

Teori perkembangan Bahasa merupakan teori yang telah dikemukakan oleh pakar dalam
bidang masing-masing setelah melakukan kajian yang mendalam selepas mengambil kira
pelbagai faktor yang terlibat. Meskipun bagitu sehingga kini belum ada teori yang dapat
menjelaskan dengan tepat bagaimana pemerolehan Bahasa berlaku dalam kalangan kanak-
kanak.Teori ini bagaimanapun telah mendatangkan pelbagai kebaikan. Bagi pendidik bidang
teori ini telah memberikan pelbagai implikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.sebagai contoh teori behavioris skinner telah memberikan implikasi iaitu apabila
murid telah mempelajari sesuatu kemahiran atau teknik bahasa, guru perlu sentiasa memberi
peneguhan secara berterusan supaya kemahiran atau teknik tersebut dapat dikukuhkan dan
seterusnya dikekalkan (Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad, 2012). Contoh lain dapat kita
lihat menerusi implikas teori pragmatik-komunikasi atau interaksionalis iaitu guru perlu
menekankan penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam proses pengajaran.
Menurut Noor Aina Dani (2007), golongan interaksionalis menekankan prinsip penyampaian
struktur bahasa bersama-sama dengan semantiknya. Hal ini kerana, murid dapat
menggunakan bahasa dengan lancar dan fasih apabila murid memahami semantik struktur
bahasa tersebut. Aktiviti yang dijalankan oleh guru amat penting dalam memastikan murid
mendapat kefahaman mengenai apa-apa yang diajarkan oleh guru. Guru perlu bijak
merangka dan melaksanakan strategi yang bersesuaian dalam pengajaran supaya murid
mendapat kefahaman mengenai tajuk tersebut selain memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai..Oleh itu, teori berikut penting dan wajar dipelajari terutamanya kepada
warga pendidik dan ibu bapa sebagai guru kepada anak-anak ketika di rumah

LANGKAH-
MENGGALAKKAN
PERKEMBANGAN BAHASA
KANAK-KANAK

Langkah-Langkah
menggalakkan perkembangan
Bahasa kanak-kanak

Perkembangan Bahasa kanak-kanak dapat dibantu dengan menggunakan
beberapa strategi.

berikut merupakan cadangan Langkah yang dapat digunakan:

1.Ucapan ibu kepada bayi 2. memberi masa untuk mereka
menjadi bahan pembelajaran menjawab

Ibu sebagai individu yang paling rapat Apabila anak-anak membuat bunyi atau

dengan bayi pada peringkat usia ini menyebut perkataan anda perlulah

perlu kerap berinteraksi dan memberikan respon dan memberikan

berkomunikasi dengan anak-anak .hal mereka masa untuk menyelesaikan ucapan

in kerana ucapan anda akan menjadi mereka. Jangan sesekali memotong

bahan pembelajaran kepada bayi perkataan mereka biarpun mereka

tersebut. Langkah ini perlu dilakukan kelihatan kesukaran atau tercari-cari ayat

meskipun bayi belum mampu untuk dikatakan. Anda juga dilarang untuk

mendominasi perbualan sebaliknya

membalas perkataan anda kerana dinasihati untuk menjadi pendengar yang

biasanya bayi akan dapat baik kepada mereka. Hal ini akan mengajar

memahaminya kerana keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan lebih

kognitif mereka sudah terbentuk baik,meningkatkan perbendaharaan kata

sebelum mereka dapat berbicara. dan membantu memberikan keyakinan

Selain itu ucapan anda juga dapat kepada mereka untuk memberikan

menjadi sumber kosa kata kepada pendapat. Anak-anak juga akan memahami

mereka. Kajian menunjukkan ibu yang bahawa berkomunikasi merupakan cara

banyak berinteraksi dengan anak-anak efektif untuk memenuhi kehendak mereka.

membantu mereka menguasai Bahasa

dengan lebih cepat.

Langkah-Langkah
menggalakkan perkembangan
Bahasa kanak-kanak

Perkembangan Bahasa kanak-kanak dapat dibantu dengan menggunakan
beberapa strategi.

berikut merupakan cadangan Langkah yang dapat digunakan:

3. MENGGUNAKAN BUKU 4. AKTIVITI BERBANTU ICT
BERGAMBAR,PUISI ATAU LAGU
Penggunaan komputer dalam pengajaran
Kaedah ini lebih kepada bertujuan untuk membaca menunjukkan keberkesanan yang
signifikan berbanding pembelajaran membaca
membantu kanak-kanak belajar bahasa melalui secara tradisional (auzar,2012). Hal yang sama
juga berlaku kepada pembelajaran bahasa.
kaedah yang lebih menyeronokkan. Pada proses Penggunaan komputer melalui perisian
multimedia membantu kanak-kanak mengusai
ini kanak-kanak mendapat kemahiran bahasa pembelajaran 2 hala tanpa bantu pengajar.
Selain itu ia juga dapat menimbulkan minat
seperti kosa kata melalui proses mendengar kanak-kanak untuk belajar menerusi paparan
grafik dan kesan bunyi yang menarik yang.
dan melihat dengan bantuan orang dewasa. Menurut Paivio (1986), kanak-kanak yang
diajar dengan menggunakan perisian
Selain kaedah ini juga boleh menjadi satu multimedia sebenarnya telah didedahkan
kepada dua mod pembelajaran iaitu melalui
proses prabacaan iaitu tahap menyediakan visual dan verbal. Mod ini akan dapat
meningkatkan ingatan dan kefahaman kanak-
kanak-kanak untuk membaca. Pada tahap ini kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak telah
diberi peluang membina makna apa yang
kanak-kanak diberikan pengalaman bahasa iaitu dibaca menerusi penghasilan gambaran visual.
Melalui kenyataan-kenyataan ini telah
mengenal dan mengecam huruf. Oleh itu, kanak- membuktikan bahawa alat bantu ict dapat
meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak
kanak perlu didedahkan dengan aktiviti –aktiviti terutamanya apabila digunakan dengan cara
yang betul.
yang merangsang kemahiran dan ketajaman

penglihatan mereka. MENGGUNAKAN BUKU

BERGAMBAR,PUISI ATAU LAGU dilihat sebagai

aktiviti yang sesuai untuk menarik minat

mereka dalam proses prabacaan

ini.Pengalaman dan minat ini menyediakan

mereka untuk membaca. Seterusnya melalui

pembacaan akan meningkatkan kemahiran

bahasa mereka kepada tahap yang lebih tinggi

Langkah-Langkah Perkembangan Bahasa kanak-kanak dapat dibantu dengan
menggalakkan perkembangan menggunakan beberapa strategi.
Bahasa kanak-kanak
berikut merupakan cadangan Langkah yang dapat digunakan:

k5.atKaeyraanpgbpeerlbbuaaglaidengan anak anda menggunakan kosa

pymppyobpkKjkdeaaoelaeeeeianeelnnsamrrhrrjihnikkkkaggskaaudeaeanuwinnebtmmtkabaaadinukakbbyaaemigenadtabaannrpaeseebtnnararionnepggddyl5uysgzyaaaeaaaae0naaa.nnhpnnj0jrnapSuabgggmdeoktebpaoarkrsaedph.kalablehrbieeaaelnknetaaehrsmSemgarbskranebtbaebubagsmekdezkasaaeaazeazaeenkhntahnawanjregaaaaensnaanbwmkdkegdnsaayda-aajaaaakkya,a.nbhli-andmalkaabngmabima.hnmeaninekalPtrkaeandassebnsrkdinaaargiagea.ledambaukajmknkaeannasPna-gzmegiakanaarjakaapruaredanannognkammlnaaseaanpkkidapeb.te-inaemioafrByhklanklnpaabeuaikgalkamuneahdaaktuklgrnlaaalairiabtgalajiaiaibianmnlhpkamungapjeaeynubdeearnnpg6gearbnbndea0abrdeagmern0kuzepknjaaemaudnaappgilmagitgt,eaeeaganaarnrbndruakkjredenunaarapn1ayymttipadagaaa2k1klnnadaaaaa0aa0tggnnnnnnh00ai

a“pSneearbmke-aankndianakhbaarsnaeyataniakkpaibtauhmbaerairp,eakasm”eemluaakningkacnempaatslaahuntbuekrtbamerbcaahkapbdilaennggaann

mmcaOgeleeepamrhraeptkpesaiteelubmrk,akiergeanaimbndikubyaaaapnnakbgtopakamepannaungnbkgipakouahesnsaraalisuakbanaetrmpdaveaeardpnrkaaigaantgtsauitbaainnentaariklddbaaiaaklnanhuka.auskyHkaeaaastynelaKmsnienegpticiakalteaaarbkanbaihrenuribtknimaoni nm.eymduaenkbniakgdnaaatsnnui

PERKEMBANGAN
KOGNITIF

Definisi kognitif

APA ITU KOGNITIF ?

Kemahiran kognitif ialah kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran.Ia juga merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental
seperti berfikir,menaakul,menyelesaikan masalah,membentuk konsep dan sebagainya.
Berikut merupakan beberapa takrifan kognitif menurut ahli:

Piaget, menyebutkan bahwa “kognitif adalah bagaimana anak beradaptasi dan
mU enginterpretasikan objek dan kejadian-kejadian disekitarnya”.Piaget memandang bahwa
anak memainkan peranan aktif didalam menyusun pengetahuannya mengenai realitas, anak
tidak pasif menerima informasi

Dalam buku “Dictionary of Psycology” karya Drever yang dikutip oleh Kuper (2000),
menyebutkan bahwa:
kognisi adalah istilah umum yang mencakup segenap model pemahaman, yaitu persepsi,
imajinasi, penangkapan makna, penilaian, dan penalaran.

Menurut prof Dr. madya Rohani binti Abdullah(2003) dalam bukunya “panduan kognitif kanak-
kanak prasekolah”, KOGNITIF merujuk kepada intelek dan pemikiran individu. Dalam
konteks kajiannya perkembangan kognitif pula merupakan proses memperkembangkan daya
fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak

Definisi kognitif

Konsep perkembangan kognitif kanak-kanak

Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses
tumbesaran yang dilalui oleh setiap insan yang bergelar kanak-kanak. Ia
sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa
depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan
dengan proses perkembangan intelek seseorang dan perkembangan
mental.Kemahiran kognitif sangat penting untuk kelangsungan hidup
seseorang individu. Bagi kanak-kanak perkembangan ini dapat dilihat
melalui pembinaan pemikiran dan juga perubahan pemikiran yang
berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada satu peringkat
perkembangan yang seterusnya. Terdapat pelbagai pendapat yang
menyimpulkan peringkat perkembangan kognitif yang berlaku kepada
kanak-kanak sepanjang proses pertumbuhan mereka.Antara pendapat,
kajian atau teori yang terkenal ialah teori yang dikemukan oleh jean
piaget yang menerangkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak
mengikut peringkat umur.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KOGNITIF

Faktor Hereditas/Keturunan

Teori hereditas atau nativisme yang dipelopori oleh seorang ahli filsafat Schopenhauer,
mengemukakan bahwa manusia yang lahir sudah membawa potensi tertentu yang tidak dapat
dipengaruhi oleh lingkungan. Taraf intelegensi sudah ditentukan sejak lahir.

Faktor persekitaran

John Locke berpendapat bahwa, manusia dilahirkan dalam keadaan suci seperti kertas putih
yang belum ternoda, dikenal dengan teori tabula rasa. Taraf intelegensi ditentukan oleh
pengalaman dan pengetahuan yang diperolehnya dari lingkungan hidupnya.

Faktor Kematangan

Tiap organ (fisik maupaun mental) dikatakan matang jika telah mencapai kesanggupan
menjalankan fungsinya masing-masing. Hal ini berhubungan dengan usia kronologis.

Faktor Minat dan Bakat

Minat mengarahkan perbuatan kepada tujuan dan merupakan dorongan untuk berbuat lebih
giat dan lebih baik. Bakat seseorang akan mempengaruhi tingkat kecerdasannya. Seseorang
yang memiliki bakat tertentu akan semakin mudah dan cepat mempelajarinya.

Faktor Kebebasan

Kebebasan manusia untuk berpikir divergen (menyebar) yang berarti manusia dapat memilih
kaedah tertentu dalam memecahkan masalah dan bebas mMeemnuilriuht AmhamsaadlaShussaentsou(a20i 1k1e:b5u9t-u6h0a) n.

Tahap perkembangan
kognitif

Tahap perkembangan
kognitif

Piaget telah membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat
tahap mengikut turutan umur setelah menyedari kemampuan mental
manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui

Tahap tahap tersebut dalam dilihat seperti berikut:

Tahap Tahap pra Tahap Tahap operasi
sensori operasi operasi formal
motor kokrit
(0-2 tahun) (2-7 tahun) (7-11 tahun) (12-15 tahun)

Tahap perkembangan
kognitif

Tahap sensori motor

Tahap sensori motor juga boleh dikenali sebagai tahap deria motor.Menurut piaget tahap ini
berlaku sejak bayi lahir hingga berusia 2 tahun. bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan
kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka “bertindak”
dan “mengetahui” persekitarannya. Dalam peringkat ini piaget membahagikannya kepada 6 sub-
peringkat kecil dimana berlaku pertumbuhan bayi yang pesat daripada organism „reflexive‟ kepada
„reflective‟

6 sub peringkat kecil tersebut dimulakan pada peringkat reflaks(0-1 bulan). Pada peringkat ini bayi hanya
mampu melakukan pergerakan reflaks kecil yang wujud daripada tingkah laku pendengaran,penglihatan dan
Gerakan tangan.Antara reflaks yang dapat dihasikan ialah menggenggam jari,mengeditkan mata dan beberapa
gerakan kecil yang mungkin tidak dapat dilihat perbezaannya. Gerakan ini dilakukan hanya untuk keperluan
tertentu sahaja

Peringkat seterusnya pula ialah peringkat reaksi asas sekuler( 1-4 bulan). Ini merupakan peringkat pertama
pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Pada peringkat ini, bayi mula memahami fungsi
tubuh mereka.Sebagai contoh bayi mengerakkan kepala dan matanya ke arah sumber bunyi. Pengalaman
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkahlaku yang dihasilkan oleh mereka.Pengalaman
dapat diperolehi pada tahap sebelum ini.

Pada usia 4-8 bulan berlaku tahap reaksi sekular kedua. Pada peringkat ini, bayi telah dapat melakukan tingkah
laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Kebanyakkan tingkahlaku kanak-kanak
dihasilkan daripada proses pembelajaran. Sebagai contoh, bayi sengaja memasukkan barang mainan ke dalam
mulut untuk mengetahui dan mengenali barang tersebut.

Tahap perkembangan
kognitif

Tahap sensori motor

Lapan hingga dua belas bulan (reaksi kordinasi) ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan
yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi
sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental
asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila
menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

Seterusnya berlaku pula tahap reaksi sekular ketiga(12-18 tahun).Pada tahap ini bayi

memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai
konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang
mUudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan
perhatian.Kenajuan ini berhubung rapat dengan pengalaman yang dilalui oleh bayi secara aktif.

Pada tahap keenam iaitu tahap penggambaran pemikiran awal(18 bulan -2 tahun).Kanak-kanak mula
mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.Kanak-kanak juga sudah
dapat membezakan tingkahlaku yang boleh ditiru,jantina dan fungsi individu. Pada usia 1-2 tahun kanak-
kanak mula menggunakan pelbagai skema dan kemampuan kognitif utuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.Pada akhir tahap ini juga kanak-kanak mula boleh belajar Bahasa dan lambang yang mudah

Dapat disimpulkan bahawa dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar
koordinasi diantara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan
dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. (Ramlan Jantan, Mahani Razali. (2004).

Tahap perkembangan Tahap pra operasi
kognitif

Pada usia 2-7 tahun perkembangan kognitif kanak-kanak berada pada tahap pra operasi. Pada peringkat ini
berlaku perkembangan drastik dalam penggunaan simbol mental (perkataan dan imej) untuk menyatakan
objek,orang dan peristiwa yang dilalui.Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan Bahasa dan
simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Dikatakan juga bahawa kanak-kanak dapat bertutur dengan
fasih apabila mencapai usia 4 tahun.Melalui keupayaan bertutur yang mula dikuasai oleh mereka itu
perkembangan kognitf mereka juga akan berkembangan pesat.Piaget juga menggariskan tiga fenomena
mental yang penting iaitu:
1)Pengamatan
2)Ingatan
3)Bayangan

Piaget membahagikan tahap ini kepada dua sub tahap iaitu tahap pro konseptual (2-4 tahun) dan tahap pra
operasi(4-7 tahun)

Pada peringkat pro konseptual kanak-kanank masih belum dapat daptat menjelaskan perkara secara logik,
tidak dapat membezakan antara kenyataan dan angan-angan danpemikiran mereka bersifat
egosentrik.Selain itu kanak-kanak pada tahap ini masih belum dapat menguasai konsep
kuantiti,isipadu,Panjang atau jumlah objek. Mereka kerap keliru dan tidak dapat membezakannya apabila
keadaan atau situasi diubah. Sebagai contoh, Misalnya, pada awalnya kanak-kanak ditunjukkan dengan dua
buah bekas yang sama saiz serta diisikan dengan air yang sama banyak. Apabila air daripada salah satu
bekas dituangkan ke dalam sebuah bekas yang tinggi dan sempit, kanak-kanak mengatakan bahawa bekas
yang tinggi dan sempit itu mengandungi lebih banyak air.

Hal ini menunjukkan pada tahap ini keupayaan kognitif kanak-kanak telah berkembang namun masih berada
pada tahap yang rendah. Keupayaan kognitif ini semakin berkembang selari dengan peringkat umur dan
dipengaruhi oleh pelbagai faktor

Tahap perkembangan
kognitif

Tahap operasi konkrit

Tahap operasi konkrit adalah tahap yang berlaku kepada kanak-kanak pada usia 7-11 tahun.Pada tahap ini
berlaku perkembangan operasi kognitif kanak-kanak.Perkembangan yang dapat dilihat termasuklah kanak-
kanak pada tahap ini dapat dilihat seperti berikut:

telah dapat berfikir secara logik namun ianya hanya terbatas dalam bentuk konkrit atau objek yang berbentuk

maujud.oleh itu,Kanak-kanak dapat melakukan dan memahami operasi yang melibatkan

isipadu,kuantiti,berat.mengklasifikasikan dan mengkategorikan serta berupaya membuat perkaitan logik

(relational logic).Mereka juga dapat menentukan objek yang “lebih besar”,”lebih tinggi” dan sebagainya

U
Selain daripada anak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek.
Mereka juga dapat memahami artimetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi
pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Di
samping itu, Kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Pada akhir
peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif serta dapat menguasai konsep masa dan
kelajuan

Selain itu, kanak-kanak juga tidak lagi bersifat egosentrik seperti yang berlaku pada tahap pra operasi.Kanak-
kanak pada tahap ini cenderung mempunyai sifat ingin tahu dan gemar bertanya.Hasilnya mereka akan mula
menerima pendapat orang lain dan menyebabkan sifat egosentrik sedikit demi sedikit terhakis.

Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak pada tahap ini turut mengubah tingkah laku
mereka.Selain itu, kecerdasan mereka juga meningkat pesat terutamanya dalam hal yang bersifat konkrit
dan perkara dasar dalam kehidupan.

Tahap perkembangan

kognitif Tahap operasi formal

Tahap ini berlaku pada kanak-kanak berusia 12 dan keatas atau Ketika mereka memasuki fasa
awal remaja.berikut merupakan perubahan yang berlaku semasa perkembangan tahanp ini:

•Pada peringkat ini, remaja atau remaja dewasa mula berfikir secara abstrak dan alasan
tentang masalah hipotesis.
•Pemikiran abstrak muncul.
•Remaja mula berfikir lebih lanjut mengenai isu-isu moral, falsafah, etika, sosial, dan politik yang
memerlukan penalaran teoretikal dan abstrak.
•Mula menggunakan logik deduktif, atau penalaran dari prinsip umum kepada maklumat
tertentu.
pada peringkat ini remaja sanggup mampu berfikir tentang

Pemikiran kanak-kanak pada peringkat operasi formal tidak lagi terikat kepada benda yang konkrit dan boleh
diperhatikan, malah mereka boleh memikirkan tentang proses hipotetikal dan peristiwa secara logik walaupun
pada asasnya bukan realiti. Contohnya perkara-perkara seperti perdagangan antara Negara atau turun naik
harga saham. Ciri pemikiran penting kanak-kanak ini ialah mereka berkebolehan dalam penaakulan
hipotetikal deduktif (Hypothetico Deductive Reasoning) dan berfikir saintis. (Mohamad Syukur, 2010)

Pendekatan Pengajaran Pula Melibatkan Penggunaan Kaedah Lisan Yang Lebih Banyak. Pelajar sekolah
menengah Digalakkan Banyak Mendengar,membaca, Menulis, Berbincang Dan Melakukan Latihan
kesimpulannya , Pada peringkat ini keupayaan kognitif berkembang pada tahap di mana individu itu dapat
melakukan banyak perkara meskipun secara bersendiri. Namun kecerdasan ini bergantung kepada kualiti
individu itu sendiri.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF
DALAM PENDIDIKAN

1. guru harus fokus kepada proses pemikiran pelajar dan bukan hanya kepada hasil atau produk akhir untuk
memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir yang betul. Galakkan pelajar menghuraikan strategi
pemikiran yang mereka gunakan untuk selesai masalah. Pelajar merupakan sumber maklumat paling baik
tentang kebolehan pemikirannya (Confrey, 1990). Piaget menggalakkan pelajar memainkan peranan penting
dan melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran. Tindakan guru sebagai pemindah pengetahuan tidak
digalakkan, sebaliknya pelajar perlu meneroka dan mendapatkannya sendiri pengetahuan melalui interaksi
dengan persekitaran.

2. guru perlu merancang pembelajaran mengikut kadar kendiri murid yang mana murid berpeluang belajar
sesuatu pengetahuan atau kemahiran bahasa berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif sendiri
(Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad, 2012). Hal ini kerana, menurut teori ini, kanak-kanak melalui empat
peringkat perkembangan dalam pemikiran. Oleh sebab itu, guru perlulah menyampaikan pengajaran mengikut
peringkat-peringkat yang betul supaya murid dapat memproses maklumat yang setaraf dengan tahap
pemikirannya. Sebagai contoh, jika guru ingin menerangkan kepada murid cara membina ayat majmuk, guru
perlulah mendedahkan kepada murid asas dalam pembinaan ayat dan cara membentuk ayat tunggal terlebih
dahulu sebelum beralih kepada ayat majmuk.

3. guru perlu menyusun isi kandungan pelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang
paling relevan adalah daripada konkrit kepada abstrak dan daripada dekat kepada jauh (Adenan Ayob dan
Khairuddin Mohamad, 2012). Misalnya, sekiranya guru ingin mengajar murid mengenai kata nama, guru perlu
memberi contoh yang dekat dengan murid dan contoh yang diketahui oleh murid. Pengajaran guru juga
perlulah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid supaya murid dapat membina pengetahuan baru
dengan mengaitkannya dengan apa-apa yang telah dipelajarinya (Hadley, A.O., 1993). Hal ini akan
menambahkan lagi kefahaman murid dan pembelajaran lebih mudah diingat.

kesimpulan

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa perkembangan bahasa dan

kognitif merupakan proses penting yang berlaku kepada manusia

terutamanya pada peringkat usia kanak-kanak. Perkembanagn kognitif yang

berlaku seawal kelahiran individu lagi menjadi aspek yang wajar diperhatikan

agar perkembangannya dapat berlaku secara seimbang dan bertepatan

dengan hasil yang seharusnya manakala perkembangan bahasa yang

merupakan salah satu kebolehan yang berlaku selari dengan perkembangan

kognitif juga tidak boleh diabaikan memandangkan bahasa merupakan kaedah

yang menghubungkan manusia melalui jalur komunikasi. Dalam proses

perkembangan kedua-dua aspek ini pelbagai faktor perlu diperhatikan.

Sebagai contoh, faktor persekitaran yang menjadi salah satu punca kepada

prestasi kognitif dan bahasa wajar dikaji semula dan diubah sesuai dengan

persekitaran kondusif dan berkesan yang seharusnya diterapkan sejak awal

lagi.Oleh itu, ibu bapa dan pendidik sebagai individu yang akrab serta

bertanggungjawab terhadapa kanak-kanak wajar memperhatikan dengan

saksama terhadap kajian yang berkaitan dengan perkembangan kedua-dua

aspek ini. Justeru penulis e-book ini diharap dapat menjadi medium

penyampai serba sedikit ilmu pengetahuan berkaitan isu tersebut serta dapat

menjadi rujukan dan membantu dalam penyelesaian terharap isu

perkembangan Bahasa dan kognitif ini.

rujukan

BAHAN RUJUKAN
Bloom, L.lahey, M(1978) Language development and language disoders, New York, Wiley
Skinner, Burrhus Frederick (1957). Verbal Behavior. Acton, MA: Copley Publishing Group.
Auzar, (2012). Keberkesanan Penggunaan Perisian Asas Membaca. GEMA Online(Journal of Language
Studies, 12(2), May 2012, 629-644.Google Scholarhttps://www.slideshare.net/syahsyukur/teoriteori-
perkembangan-bahasa
Chomsky, N.(1964) Syntactic Structures. The Hague: Mouton and co.
Erikson, E. H. (1980). Identity and the Life Cycle. Psyche (Vol. 7).

LAYARI INTERNET
https://aishahkassim.com/2014/05/15/strategi-untuk-menggalakkan-perkembangan-bahasa-kanak-kanak-bahagian-
1/
/myhealth.gov.my/cabaran-perkembangan-bahasa-kanak-kanak-di-malaysia//myhealth.gov.my/cabaran-
perkembangan-bahasa-kanak-kanak-di-malaysia/
http://www.scribd.com/doc/53839283/20/Teori-Pemerolehan-Bahasa-Interaksionalis
https://www.slideshare.net/syahsyukur/teoriteori-perkembangan-bahasa
http://www.myhealth.gov.my/cabaran-perkembangan-bahasa-kanak-kanak-di-malaysia/
https://www.huggies.com.my/ms-my/moving-baby/learning-and-development/boosting-your-babys-language-
development
https://www.researchgate.net/publication/305722427_Kemahiran_Literasi_Awal_bagi_Kanak-kanak_Taska
https://www.slideshare.net/budakpro/perkembangan-bahasakomunikasi-literasi-awal-kanakkanak
http://dihujungpen.blogspot.com/2017/07/pengajaran-literasi-awal-membaca-dan.html
https://www.greelane.com/ms/kemanusiaan/bahasa-inggeris/phonics-definition-1691506/
https://ms.drafare.com/pendekatan-bahasa-keseluruhan-untuk-membaca/
https://www.slideshare.net/dzaraisma/kaedah-fonik
https://www.facebook.com/1337576836270123/posts/5-kepentingan-literasi-awalsaya-sering-baca-komen-ibu-
bapa-yang-mengatakan-anak-/2434432813251181/
https://www.beritaharian.sg/bahasa-budaya/penting-terap-literasi-awal-bagi-kanak-kanak
http://www.myhealth.gov.my/menggalakkan-kemahiran-literasi-awal-melalui-aktiviti-menarik/

SOALAN ?

Sekiranya anak-anak yang berumur antara 3 hingga 4 tahun tetapi masih tidak
boleh bercakap dengan lancar, adakah ibu bapa mereka mempunyai hak untuk
memarahi anak-anak sedangkan kita semua tahu bahawa pada masa ini,
terdapat beberapa cabaran perkembangan bahasa yang berpunca daripada
ibu bapa itu sendiri. Jadi, bagaimanakah pula cara terbaik untuk ibu bapa
menangani masalah tersebut?

Bagaimanakah guru mengaplikasikan teori perkembangan
kognitif dalam menyusun kaedah pengajaran terbaik dan

memilih bahan bantu mengajar yang berkesan?


Click to View FlipBook Version