The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahuda.jmplt, 2021-12-03 07:57:04

Layout CTB MEA KPT

Layout CTB MEA KPT

TRAJEKTORI GEMILANG
ANUGERAH KEUSAHAWANAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI
KEUSAHAWANAN



TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Table of Content Page

Lorem ipsum dolor sit amet 01
Consectetur adipiscing elit 02

----------------------------------------------------------------------------- 03
04
Donec volutpat vitae eros 05
- Fusce vel odio pharetra, auctor urna 06
- Aliquam mattis semper mollised et molestie 07
- Duis elementum faucibus
- Nam luctus leo in libero 08
09
----------------------------------------------------------------------------- 10
11
In urna velit, convallis ac quam 20
- Nam iaculis porttitor faucibus 30
- Etiam vitae porta est aenean at ornare 40
- Nulla rutrum tortor elementum 50
- Quisque idurna velectus tempor ullamcorper 60
- Mauris dignissim pretium suscipit
- Sed est purus, iaculis eu 70
- Ut rutrum venenatis orci, sit amet 80
- iDuis elementum faucibus 100
110
----------------------------------------------------------------------------- 112
120
Donec risus nisi eleifend ege 146
- Praesent eget egestas 150
- Vestibulum suscipit lacus ac vulputate
- Aenean eu libero felis
- Vivamus mattis mattis lorem
- Aliquam aliquam nibh in
- Aliquam a accumsan velit
- Phasellus venenatis lorem eget nulla

|5|

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

|6|

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

|7|

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

|8|

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Titipan Kasih

Keusahawanan telah menjadi agenda utama
negara di dalam menyokong pembangunan
ekonomi melalui penjanaan pekerjaan kepada
rakyat Malaysia khususnya golongan belia yang terdiri
daripada pelajar lepasan institusi pendidikan tinggi. Bertitik
tolak daripada aspirasi ini, peringkat pendidikan tinggi
merupakan peringkat kritikal untuk mentransformasikan
minda pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) daripada
pencari pekerjaan kepada penjana pekerjaan.

Kementerian ini juga amat komited dalam mendukung
hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan
yang berkemahiran tinggi dan bersemangat keusahawanan
tulen. Hala tuju ini yang telah dimulakan sejak tahun
2010 melalui Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT akan terus diperkasa dan akan sentiasa
menjadi resepi untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan
mengutamakan keseimbangan antara akademik dan keusahawanan. Melalui Anugerah Keusahawanan
Kementerian Pengajian Tinggi atau juga dikenali sebagai Ministry of Higher Education Entrepreneurial
Award yang diperkenalkan sejak 2012 menjadi wadah melahirkan persekitaran kondusif, menyediakan
landasan bagi pembangunan usahawan di peringkat IPT yang terbaik dan menyokong ekosistem
keusahawan yang lengkap melibatkan pelajar, akademia, institusi dan industri. Selain itu, ia berperanan
sebagai menghargai peranan IPT yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam usaha berterusan
menggarapkan pendidikan keusahawanan dalam institusi masing-masing.

|9|

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

| 10 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Justeru, saya amat mengalu-alukan penghasilan buku kompilasi Anugerah Keusahawanan Kementerian
Pengajian Tinggi ini sebagai satu medium pembelajaran dan sumber rujukan di dalam menginspirasikan
keusahawanan di peringkat pendidikan tinggi negara. Saya yakin bahawa penglibatan yang jitu daripada
pelbagai pihak, khususnya IPT terhadap anugerah yang seumpama ini dapat memantapkan ekosistem
keusahawanan yang kondusif dan lestari demi merealisasikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan
menjelang tahun 2030. Semoga Allah S.W.T mengilhamkan jalan terbaik buat semua pihak.
Akhir kalam, saya zahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Keusahawanan, Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta semua Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti, disokong oleh Pengarah Pusat
Keusahawanan IPT masing-masing yang sentiasa menunjukkan komitmen tinggi di dalam menjayakan
setiap siri Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi sejak ianya mula diperkenalkan.

Tahniah diucapkan kepada semua

Dato’ Dr. Noraini Ahmad
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

| 11 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Cetusan Inspirasi

Di dalam mendukung agenda keusahawanan di
peringkat pendidikan tinggi, Kementerian ini
sentiasa komited di dalam usaha melahirkan lebih
ramai usahawan dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan
Tinggi (IPT). Justeru, usaha IPT dalam menerapkan
pemikiran keusahawanan kepada pelajar IPT, merupakan
langkah ke hadapan bagi memastikan mereka bersedia untuk
mendepani cabaran ketidaktentuan dunia pekerjaan yang
bakal dihadapi pada masa hadapan. Inisiatif ini sebagai satu
anjakan paradigma kepada pemikiran pelajar IPT ke arah
sebagai ‘penjana pekerjaan’ setelah tamat pengajian nanti.

Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi
yang diperkenalkan mulai tahun 2012 ini memberikan
makna yang sangat signifikan kepada usaha strategik Kementerian bagi mendukung kelestarian agenda
keusahawanan di IPT, serta ikhtiar untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang jitu dan berdaya tahan
dalam kalangan pelajar dan graduan IPT.

Buku yang mendokumenkan perjalanan sepanjang anugerah ini dilaksanakan adalah sebagai garapan
inspirasi dan rujukan ilmiah berkaitan keusahawanan kepada semua peringkat khususnya IPT dalam
membangunkan agenda keusahawanan masing-masing. Pengiktirafan yang telah diterima oleh
sebahagian usahawan pelajar dan usahawan graduan sebelum ini telah membakar semangat mereka
untuk terus maju ke hadapan. Malah sebahagiannya kini telah pun dikenali sebagai usahawan berjaya
diluar sana dengan janaan pendapatan yang lumayan. Saya percaya, semua yang tersenarai dalam buku
ini adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik dan mempunyai potensi besar untuk diketengahkan.

| 12 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak
yang sentiasa berusaha untuk terus menjayakan pelaksanaan Anugerah Keusahawanan Kementerian
Pengajian Tinggi ke fasa yang lebih teguh. Semoga usaha semua pihak diredhai Allah S.W.T.
XXXXXXXXXXXXX
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

| 13 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

| 14 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

22001123

| 15 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

2012

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pada tahun 2012, UUM telah memenangi anugerah MOHE Entreprenurial Award (MEA) di bawah kategori
Penglibatan Pelajar atau ‘Student Engagement’ dalam aktiviti keusahawanan. Dengan kemenangan ini,
UUM telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 bersama sebuah piala iringan. Kemenangan
ini membuktikan keterlibatan dan komitmen UUM dan pelajarnya dalam pengetahuan dan juga aktiviti
keusahawanan di kampus. Selain daripada korikulum secara formal dalam bidang keusahawanan,
kejayaan ini juga merupakan hasil aktiviti-aktiviti keusahawanan lain yang dijalankan oleh UUM
melalui pusat pengajian, kolej kediaman pelajar, dan yang paling utama melalui Institut Pembangunan
Keusahawanan dan Koperasi UUM (CEDI). UUM telah memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan
diri dalam aktiviti keusahawanan melalui penyediaan latihan keusahawanan, peluang penyertaan dalam
pertandingan keusahawanan, penawaran micro-credit, peluang menjalankan perniagaan di dalam kampus,
kelab keusahawanan dan kolaborasi bersama agensi dan GLC seluruh negara. UUM umumnya dan CEDI
khususnya telah menyediakan pelbagai platform kepada pelajar untuk memberi ilmu, pendedahan dan
pengalaman berkaitan keusahawanan kepada pelajarnya. Di harapkan usaha ini dapat membuahkan hasil
dengan melahirkan lebih ramai graduan yang holistik dan mempunyai mind-set keusahawanan yang
mampu menjadikan mereka seorang job creator pada masa hadapan.

LATAR BELAKANG PENCAPAIAN

MOHE Entreprepreneurial Award (MEA) diperkenalkan oleh Majlis Keusahawanan Nasional Pengajian

| 16 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Tinggi pada tahun 2012 dengan objektif untuk mendorong penciptaan ekosistem yang kondusif, menjadi
pemangkin pembangunan keusahawanan holistik dan memberi pengiktirafan untuk kecemerlangan dan
pencapaian dalam bidang keusahawanan di peringkat universiti.

Anugerah MEA kategori ‘Student Engagement’ yang dimenangi oleh UUM pada tahun 2012 ini membuktikan
keterlibatan dan komitmen pelajar UUM dalam menimba ilmu pengetahuan berkaitan keusahawanan dan
juga aktiviti keusahawanan di kampus. Kemenangan ini mengiktiraf pelajar dan graduan UUM bahawa
mereka mampu mengaplikasikan ‘mind-set’ dan sikap keusahawanan yang telah mereka pelajari melalui
pengalaman dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, UUM juga membuktikan bahawa ilmu dan
pengalaman mereka dalam bidang keusahawanan telah meningkatkan sikap positif terhadap perniagaan
dan keusahawanan sebagai kerjaya dan pilihan hidup mereka.

Kejayaan UUM dalam anugerah ini merupakan hasil kecemerlangan UUM dalam menyediakan
ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif, yang memudahkan pelajar merasai pengalaman
dan menimba ilmu pengetahuan yang sewajarnya melalui aktiviti-aktiviti seperti latihan keusahawanan,
peluang penyertaan dalam pertandingan keusahawanan, pemberian micro-credit, peluang menjalankan
perniagaan di dalam kampus, kelab keusahawanan dan lain-lain. Anugerah ini telah melayakkan UUM
untuk membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 berserta piala iringan.

MAKLUMAT PENGLIBATAN PELAJAR DALAM
AKTIVITI KEUSAHAWANAN UNIVERSITI

UUM percaya para pelajarnya mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk menghadapi cabaran
keusahawanan masa kini. Pendidikan formal di dalam kelas yang merangkumi pelbagai set pengetahuan
dan maklumat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, membolehkan mereka meningkatkan
prestasi dan pencapaian mereka di dalam kelas dan secara praktikal. Lebih penting lagi, para pelajar juga

| 17 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

digalakkan untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan di universiti seperti engagement programs,
campus-wide program, program pertukaran pelajar, dan aktiviti pengembangan pelajar. Aktiviti-aktiviti ini
memfokuskan kepada pengukuhan pemikiran (mind-set) keusahawanan pelajar kita. Secara amnya, aktiviti
ini dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan bahawa usaha UUM dapat membantu merealisasikan
misi dan visi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program akademik dan ko-kurikulum yang tersusun telah dirancang untuk mempersiapkan pelajar UUM ke
arah keusahawanan. Dari segi akademik, kursus Asas Keusahawanan diwajibkan atau menjadi kursus teras
dalam semua program akademik di UUM. Bagi pelajar yang ingin mengambil pengkhususan dalam bidang
keusahawanan, program Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian) tersedia untuk mereka. Bagi aktiviti ko-
kurikulum pula, semua pelajar UUM berpeluang untuk menyertai program ko-kurikulum SISWANIAGA
yang diajar oleh ahli akademik dan bukan akademik (practitioner) dari dalam dan luar UUM.

Pelajaran formal dalam program perniagaan dan keusahawanan di dalam kampus dijalankan oleh tenaga
pengajar yang berpengalaman. Di sini, pelajar diajar melalui penggunaan bahan pengajaran terkini yang
merangkumi catatan, kajian kes, permainan perniagaan, pertandingan rancangan perniagaan dan lain-lain
untuk memberi mereka pemahaman dan penghayatan keusahawanan yang lebih baik. Tenaga pengajar
ini juga telah menerima pelbagai pendedahan dan latihan keusahawanan melalui agensi-agensi kerajaan
dan swasta supaya mereka dapat menyebarkan ilmu terkini kepada pelajar. Antara kursus dan latihan
keusahawanan yang dianjurkan kepada pelajar termasuklah Kursus Asas Keusahawanan (KAKS) dan
Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS).

Kursus KAKS sebagai contohnya adalah kursus wajib kepada siswazah IPTA yang berminat untuk
mendapatkan pembiayaan di bawah Tabung Usahawan Siswazah (TUS). Pembiayaan ini disediakan oleh
pihak Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) apabila pelajar ingin menjalankan perniagaan setelah
tamat pengajian. Kursus ini merupakan hasil kerjasama dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB) bagi membolehkan pelajar mendapat sijil Prosper Siswazah daripada pihak PUNB. Sijil tersebut
akan melayakkan peserta untuk mendapat pembiayaan daripada pihak PUNB di bawah Program Prosper

| 18 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Siswazah apabila mereka ingin menjalankan perniagaan setelah tamat pengajian.

Pertandingan Simulasi Perniagaan pula memberi peluang kepada peserta untuk mengalami pengalaman
sebenar menjalankan perniagaan secara praktikal. Pertandingan ini bukan sahaja memberi pendedahan
tentang perniagaan, malah memupuk kemahiran insaniah (soft skills) seperti bekerja dalam kumpulan,
komunikasi dan kepimpinan.

Selanjutnya, UUM, melalui CEDI, mendorong para pelajarnya untuk terlibat dalam perniagaan kecil di
dalam kampus dengan menjual produk di gerai yang disediakan melalui program SISWANIAGA. Pelajar
UUM dapat mengambil bahagian dalam menjalankan perniagaan di kampus di Varsity Mall atau perniagaan
premis di dewan kediaman pelajar. Selain daripada perniagaan sendiri, pelajar juga berpeluang untuk
bekerja dengan peniaga luar yang berniaga di Varsity Mall atau kolej kediaman untuk mencari pendapatan
sampingan dan mempelajari ilmu keusahawanan. Selain daripada gerai tetap, pelajar juga boleh membuka
gerai-gerai sementara (tidak kekal) di sekitar dewan kuliah. Pelajar yang ingin menjalankan perniagaan di
dalam kampus haruslah mendapatkan lesen perniagaan daripada CEDI.
Selain itu, UUM juga menyediakan gerai untuk pelajar menjalankan perniagaan pada majlis-majlis khas
seperti semasa konvokesyen, bazar Ramadhan, Karnival Keusahawanan dan juga di Car Boot Sale di dalam
kampus. Pelajar UUM juga terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan melalui kelab seperti Students
in Free Enterprise (SIFE) dan juga melalui Kelab Keusahawanan di Pusat Pengajian masing-masing.
Di samping itu, semua badan pelajar , baik di pusat pengajian ataupun kediaman pelajar, juga terlibat
secara aktif dalam bidang keusahawanan berasaskan komuniti. SIFE UUM aktif terlibat dalam program
keusahawanan sosial di Kedah. CEDI telah menjadikan kelab ini di bawah sayapnya dan merupakan salah
satu kelab yang paling aktif di UUM yang bersemangat untuk terlibat dengan masyarakat umum. Kegiatan-
kegiatan berasaskan komuniti ini didukung melalui pemberian dana, berjumlah maksimum RM1500, yang
dikeluarkan bagi UUM melalui CEDI.

Di samping sumbangan dana untuk kegiatan-kegiatan keusahawanan pelajar, UUM melalui CEDI juga
menawarkan pinjaman micro-credit sehingga RM5000 kepada pelajar yang mahu memulakan perniagaan
atau mengembangkan perniagaan mereka semasa di kampus. Dana ini merupakan sumbangan daripada

| 19 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

penyumbang korporat yang terdiri daripada GLC kepada UUM melalui penjenamaan kolej kediaman
pelajar. UUM mempunyai hampir RM2 juta dana untuk digunakan dalam aktiviti pelajar termasuk aktiviti
keusahawanan.
Pelbagai jabatan di UUM bekerja keras melalui kerjasama strategik dengan pihak luar untuk
memperkukuhkan inisiatif keusahawanan di kalangan pelajar. Contohnya, TEKUN Nasional, Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM), SME Corporation, DigiCity Sdn. Bhd. MyPec Sdn. Bhd., Perbadanan Nasional
Berhad (PNS), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) semuanya bekerjasama rapat dengan UUM untuk menyampaikan
pelbagai program dan aktiviti keusahawanan kepada para pelajar secara berterusan.

PENUTUP

Ringkasnya, penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan di UUM dilakukan melalui
pendekatan holistik yang melibatkan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Melalui usaha-usaha
ini, UUM dengan teliti cuba memupuk semangat keusahawanan dalam diri para pelajar, supaya
pelajar dapat merubah persepsi mereka dan melihat keusahawanan sebagai salah satu cabang
kerjaya mereka. Dengan itu, diharapkan inspirasi kerajaan untuk menghasilkan graduan yang
holistik serta mampu mencipta kerjaya (job creator) di masa hadapan akan tercapai.

| 20 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

| 21 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Majlis penutup MEA Award 2012

| 22 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Latihan keusahawan pelajar

| 23 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Lot perniagaan siswaniaga di Varsity Mall

Lot perniagaan di Inasis pelajar

| 24 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Pertandingan simulasi perniagaan 2012

SOCIAL
ENTREPRENEURSHIP

PROGRAMME

Sponsorship
CIMB Foundation RM5,000
Astro RM8,000
MyHarapan RM15,000

Keusahawanan Sosial

| 25 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

2012

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pada tahun 2012, sewaktu pertama kali Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di
perkenalkan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai
penerima dan pemenang bagi kategori Anugerah Institusi. Bertepatan dengan moto UTeM iaitu ‘Always A
Pioneer, Always Ahead’, UTeM sentiasa berusaha bagi memastikan pembangunan pelajar meliputi aspek
yang holistik termasuklah pembangunan atribut dan juga kemahiran teknousahawanan dalam kalangan
pelajar serta graduan yang dilahirkan.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai universiti awam
teknikal pertama di Malaysia. Sejak itu, UTeM terus konsisten dalam menegakkan visinya iaitu menjadi
salah satu daripada universiti teknikal kreatif dan inovatif terkemuka di dunia. Seruan utama universiti
ini adalah untuk berusaha menjadi "kreatif dan inovatif" yang secara konsisten disebut sebagai "heart of
entrepreneurship". Hal ini seiring dengan strategi teras UTeM yang sentiasa memberikan tumpuan kepada
membentuk pemimpin yang mempunyai ciri-ciri teknousahawan.

Menyedari perihal bahawa bukanlah mudah dalam merealisasikan hasrat tersebut, UTeM melihat
usaha membangunkan budaya keusahawanan umpama membina blok bangunan yang perlu dilakukan
dengan teliti, lapis demi lapis di mana terdapat fasa-fasa yang perlu dilalui. Ini kerana adalah penting bagi
sesebuah perniagaan baru untuk memulakan langkah dengan betul di mana tanggungjawab itu terletak
pada pengusaha atau pemilik yang mesti berfikir dengan betul dan mempunyai niat yang baik bermula
dari awal lagi. Gambar rajah di bawah menerangkan Model Pembangunan Keusahawanan UTeM yang

| 26 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

mengembangkan atribut keusahawanan daripada fasa awal (pengkulturan) hingga ke akhir penubuhan
sesebuah syarikat (spin-off).

LATAR BELAKANG PENCAPAIAN

(KATEGORI A: LATAR BELAKANG PENCAPAIAN, INSTITUSI, PUSAT KEUSAHAWANAN)

TIADA MAKLUMAT

| 27 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

MAKLUMAT SYARIKAT/PRODUK/ PROJEK

Selaras dengan Model Pembangunan Keusahawanan UTeM, pelbagai inisiatif dan aktiviti telah
dilaksanakan oleh UTeM. Bukan itu sahaja, komitmen yang tinggi juga telah diimplementasikan
khususnya oleh pengurusan atasan UTeM bagi menyediakan persekitaran yang kondusif dan menarik
dalam mempromosikan budaya kreatif dan inovatif. Ini dapat memperkasakan budaya keusahawanan
dalam universiti. Pada tahun 2012 sahaja, terdapat lebih 20 buah program berkaitan keusahawanan yang
kebanyakannya dilaksanakan oleh Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Pusat
Pembangunan Keusahawanan (PPK) yang kini lebih dikenali sebagai Pusat Pembangunan Perusahaan
dan Teknousahawanan (CREATE) dan juga Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA).

Antara aktiviti yang paling popular dan berkesan ialah bengkel Student in Free Enterprise (SIFE), Business
Plan Lab, Francais 1Malaysia Young Entrepreneur Challenge (1M-YEC), Women In Social Enterprise
(WISE) bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Internship, Kiosk Niaga Usahawan,
Kongres KOSISWA UTeM, Lab Minda Keusahawanan, seminar dan bengkel mengenai keusahawanan serta
banyak lagi. Aktiviti-aktiviti dan program-program ini secara umum bertujuan untuk memberi pendedahan
dan motivasi kepada pelajar untuk mempertimbangkan sama ada ingin menceburkan diri dalam bidang
perniagaan setelah tamat pengajian atau pada masa akan datang. Bagi memastikan program yang
dijalankan benar-benar mencapai objektif yang disasarkan, UTeM juga giat menjalankan kerjasama secara
langsung dengan beberapa buah agensi dan syarikat perniagaan seperti Institut Pembangunan Pengurusan
Johor (IPPJ), Johor Corporation (JCorp), Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti-Universiti Malaysia
(MAKMUM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), SIFE Malaysia dan SME Corp.

Penglibatan pelajar dalam program keusahawanan di UTeM bukan sahaja terbatas di peringkat dalaman
atau kebangsaan sahaja. Malah, pelajar juga turut didedahkan dengan pendekatan keusahawanan di
peringkat global. Pendedahan seperti ini akan menjadi pemangkin kepada budaya kreatif dan inovatif
dalam kalangan pelajar dan juga penasihat khususnya yang terdiri daripada tenaga akademik yang menjadi

| 28 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

tunggak utama bagi memastikan visi dan misi yang ditetapkan UTeM dapat dicapai. Integrasi dalam
bidang teknikal seperti Kejuruteraan, IT, dan Teknologi Pengurusan turut menjadi kekuatan UTeM dalam
melahirkan graduan yang berkualiti dan juga berpotensi untuk menjadi teknousahawan.

Antara program yang memberikan pendedahan berkaitan keusahawanan secara global adalah seperti
‘Entrepreneurial Talk’ anjuran MAKMUM yang menjemput Larry C. Farrell yang terkenal di peringkat global
dalam penyelidikan dan pengajaran keusahawanan. Pada masa itu, buku yang terkenal dan mengangkat
nama beliau dalam bidang keusahawanan ialah ‘The New Entrepreneurial Age’. Syarikat di bawah Larry C.
Farrell mempunyai kolaborasi di seluruh dunia termasuk Amerika Utara, Asia, Eropah, Afrika dan Amerika
Selatan. Beliau juga telah melatih lebih dari 6 juta orang pelajar di 40 buah negara dalam 9 bahasa. Larry
secara peribadi mengajar keusahawanan kepada lebih banyak orang di syarikat, kerajaan dan universiti
daripada mana-mana orang di dunia.

Sehubungan dengan aspirasi ini, UTeM telah menyatakan empat bidang teras penyelidikan utama iaitu
teknologi hijau, kejuruteraan sistem, interaksi teknologi manusia, dan teknologi baru muncul sebagai kunci
untuk meningkatkan cadangan unik dan sumbangan universiti untuk kemajuan negara secara keseluruhan.
Bagi menyokong pembangunan keusahawanan di universiti, pelbagai infrastruktur, fasiliti mahupun
kemudahan yang berkaitan keusahawanan telah dibina dan disediakan oleh universiti. Misalnya, membina
kiosk di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) yang terletak di Kampus Bandar dan
Pematang Pelajar (Siswa Mall) di kampus utama bagi menggalakkan pelajar dalam aktiviti keusahawanan.
Ini bagi mendorong aktiviti permulaan pelajar dalam berniaga dan pendedahan kepada mereka mengenai
pelbagai pengetahuan dan amalan yang berkaitan perniagaan dan dunia keusahawanan sebenar. Selain itu,
UTeM juga aktif dalam melibatkan diri dalam program keusahawanan bersama masyarakat di luar kampus
seperti pelajar sekolah menengah, usahawan di sekeliling dan pelbagai rangkaian jaringan yang turut
melibatkan industri dalam mendorong minat pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

UTeM juga komited dalam penganjuran program seperti Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan
(K3G). Program ini merupakan inisiatif KPT dengan kerjasama universiti sejak 2006. Ini merupakan antara

| 29 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

usaha kementerian membantu graduan mendapat maklumat mengenai kerjaya dan keusahawanan di
bawah satu bumbung. Pada 15 Mei 2011, sewaktu pelancaran program tersebut sebanyak hampir 500 buah
syarikat daripada pelbagai agensi kerajaan, GLC, MNC, dan PKS turut terbabit dengan lebih 15,800 jawatan
kosong ditawarkan. Apa yang menarik, terdapat empat buah syarikat yang mengeluarkan surat tawaran
kerja serta-merta kepada seramai 23 orang graduan pada majlis pelancaran sahaja.

Penganjuran program dengan usaha dan komitmen yang padu telah ditunjukkan oleh UTeM melalui HEPA
dan FPTT dalam mempromosikan penglibatan pelajar dalam aktiviti permulaan perniagaan. Melalui kerja
keras ini, UTeM juga telah berjaya membantu ramai pelajar untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan semasa
belajar di universiti dan kini merupakan Alumni UTeM. Misalnya pada 2012, salah satu kisah kejayaan
pelajar yang telah bergelar usahawan ialah Siti Khadijah binti Ab. Yusop, pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal yang telah memiliki syarikat yang dikenali sebagai Jalinan Emas Resources Sdn. Bhd dan Syed
Mohd Firdaus bin Syed Abidin yang menubuhkan AMTIS Solution Sdn Bhd. Dia sebelumnya merupakan
pelajar dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) di UTeM. Jumlah perniagaan siswazah
di pusat inkubasi UTeM terus bertambah dan mereka seterusnya menyokong perkembangan bilangan
pelajar yang terlibat dengan aktiviti keusahawanan dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan
kepada pelajar UTeM.

PENUTUP

Bagi pelajar yang berpotensi untuk digilap sebagai usahawan, satu program yang dinamakan
sebagai SME-University Internship juga telah dijalankan. Melalui program ini para pelajar
yang berminat akan menjalani latihan bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang
berpotensi pada bulan Mei hingga September. Program ini memberi manfaat kepada pelajar dan
staf akademik kerana mereka akan dapat menerapkan dan mengamati kaedah terkini mengenai
model operasi, e-dagang, strategi pemasaran dan lain-lain. Lebih-lebih lagi, mereka yang terlibat
akan diberi peluang untuk membantu para pengusaha terutamanya PKS mengenai pengurusan

| 30 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

operasi dan aktiviti perniagaan.

| 31 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Lampiran

| 32 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Lampiran

| 33 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Lampiran

| 34 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Pertandingan idea perniagaan dan rancangan perniagaan peringkat negeri
Melaka 2011 anjuran FPTT, UTEM

| 35 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Rangkuman gambar program berkaitkan keusahawanan bersama pakar dan juga industri

Rangkuman gambar Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G)

| 36 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

2012

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pada tahun 2012, UPSI telah menghantar penyertaan bagi kategori Anugerah Institusi. Keupayaan untuk
menghantar penyertaan bagi kategori ini dipacu oleh penubuhan Pusat Pembangunan Keusahawanan
(PPK) UPSI pada Mac 2011. Pada ketika itu, PPK UPSI telah diletakkan di bawah seliaan Fakulti Pengurusan
dan Ekonomi. Walaupun UPSI dikenali sebagai sebuah universiti yang memberi fokus untuk melahirkan
graduan dalam bidang pendidikan yang akan bekerja sebagai guru, pihak pengurusan begitu komited untuk
mempromosikan budaya keusahawanan dalam kalangan warga UPSI. Untuk memantapkan pelaksanaan
aspirasi keusahawanan, terdapat empat unit yang telah ditubuhkan oleh PPK UPSI: Latihan dan Pendidikan,
pembudayaan keusahawanan, KOSISWA dan program keusahawanan.

Penglibatan bersama pihak luar juga dilaksanakan seperti Student in Free Enterprise (SIFE) Malaysia
Fellow 2011, SME Corp University Internship Program, 1Malaysia- YEC UPSI dan latihan keusahawanan
pendidikan awal kanak-kanak. Para pensyarah juga dilatih dengan kemahiran keusahawanan agar setiap
fakulti mempunyai tenaga pakar masing-masing. Tindakan ini telah memberikan peningkatan sebanyak
20% daripada pelajar dalam program keusahawanan di mana beberapa kemenangan telah direkodkan
oleh UPSI dalam pertandingan keusahawanan.

| 37 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Lampiran

| 38 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Lampiran

| 39 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

2013

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pada tahun 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menghantar dua penyertaan iaitu Universiti
Pendidikan Sultan Idris (Kategori Anugerah Institusi) dan Saudara Helmi Safuan bin Muhammad
(Perusahaan Pelajar Terbaik).

Bagi tahun 2013, UPSI telah memperkasakan ekosistem keusahawanan melalui kepelbagaian aktiviti.
Inisiatif awal termasuk membuka kedai K-Shoppe melalui program MyAgrosis di mana pengurusan
K-Shoppe ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar. Selain itu, pihak UPSI telah membina kios batu sebagai
platform untuk pelajar menjual barangan mereka. Kursus dan bengkel keusahawanan seperti Kursus Asas
Keusahawanan Siswa, Keusahawanan Prasekolah, Bengkel Keusahawanan Sosial, Bengkel Keusahawanan
untuk Staff Bukan Akademik, Kursus Usahawan Gunting Rambut, Pembuatan Kek dan Kursus Tatarias juga
dilaksanakan untuk merancakkan lagi keusahawanan di UPSI.

Saudara Helmi Safuan bin Muhammad pula merupakan pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UPSI. Sepanjang
pengajian di UPSI, beliau telah menubuhkan HSM Team yang terlibat dengan perniagaan berteraskan
pengangkutan, kios makanan dan minuman serta percetakan.

UPSI melihat kemahiran keusahawanan sebagai elemen penting dan memberi nilai tambah kepada
para graduan. Kemahiran ini membantu pelajar dan graduan untuk menjadi pendidik yang berjaya dan
usahawan yang diperlukan oleh pasaran.

| 40 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Lampiran

| 41 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

| 42 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Kategori Usahawan Pelajar : Helmi Safuan bin Muhammad

| 43 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

2012

RINGKASAN EKSEKUTIF

Universiti Putra Malaysia (UPM) komited untuk meningkatkan kualiti keusahawanan di kalangan pelajar
dan kakitangannya sejak lebih dari satu dekad yang lalu. Lima elemen aspek keusahawanan telah menjadi
tumpuan utamauniversiti.Limaelementersebutialahpengajarandanpembelajaranyanginovatifbercirikan
keusahawanan, kakitangan yang inovatif dan mempunyai ciri keusahawanan, penglibatan pelajar, impak
keusahawanan dan persekitaran institusi yang menyokong dalam pembangunan keusahawanan. Inisiatif
ini akan membantu UPM menjadi Universiti Keusahawanan Asia yang terkemuka sejajar dengan visi UPM
untuk menjadi universiti yang bereputasi antarabangsa.

Ekosistem dan persekitaran keusahawanan diwujudkan agar warga UPM dapat mengembangkan dan
menerapkan kemahiran keusahawanan melalui pelbagai platform yang telah disediakan. Antara platform
perniagaan yang telah disediakan oleh universiti kepada pelajar dan staf UPM adalah seperti program
Putraniaga / Putrabiz, Innohub, Incubator dan juga kisah kejayaan usahawan, staf serta alumni.

Petunjuk prestasi utama (KPI) meliputi elemen keusahawanan di bawah Pelan Strategik 2011 – 2013 UPM.
Ianya diberikan kepada PTJ yang berkaitan di mana penilaian akan dijalankan setiap suku tahun. Salah satu
matlamat rancangan strategik adalah meningkatkan jumlah graduan yang mengikuti program inkubasi
keusahawanan, KPI yang dapat diukur menggunakan skor Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (My3S)
dalam Kemahiran Keusahawanan (Kemahiran Keusahawanan) serta jalinan kerjasama bersama industri
dan masyarakat.

LATAR BELAKANG PENCAPAIAN

(KATEGORI A: LATAR BELAKANG PENCAPAIAN, INSTITUSI, PUSAT KEUSAHAWANAN)

| 44 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Pada tahun 2012, UPM telah memenangi kategori Entrepreneurial Impact.

Pembudayaan keusahawanan telah diterapkan dalam ekosistem UPM melalui pelbagai inisiatif, dasar dan
program. Antara pencapaian sepanjang tahun berkaitan keusahawanan adalah :

 Penubuhan Pusat Inovasi Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar (CEISeD), seperti yang
dinyatakan di dalam Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah
menunjukkan bahawa universiti mengambil inisiatif untuk menyediakan persekitaran yang kondusif
dan menyokong perusahaan pelajar serta memastikan pelajar yang kompeten dapat dilahirkan. Aktiviti
Ko-kurikulum berteraskan keusahawanan juga diwujudkan bagi pembangunan keusahawanan secara
lestari di kampus UPM.

 Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Kemajuan Profesional (APEEC), UPM telah menjalankan
lebih dari 130 aktiviti pengembangan dan perundingan, 193 kursus dalam perkhidmatan yang
melibatkan 9236 orang peserta dan menjana pendapatan kasar sebanyak RM2.5 juta.

 UPM Holding Sdn. Bhd.  ditubuhkan bagi membantu menjana pendapatan UPM dengan memberi
peluang kepada agensi kerajaan atau swasta bekerjasama dengan UPM melalui perkongsian bersama. 
UPM Holding Sdn. Bhd. bertindak sebagai badan penghubung dan penyelaras antara pihak luar dengan
UPM bagi menggerakkan dan mewujudkan aktiviti perundingan dan perniagaan. Sehingga tahun
2010, UPM Holding telah memperolehi RM67 juta melalui projek perundingan dan pengkomersialan
teknologi penyelidikan.

 UPM terkenal dalam penyelidikan, penerbitan, teknikal, kemahiran keusahawanan dan menjadi tempat
rujukan berkaitan penyelidikan teknologi. Sebanyak 47 buah produk dan teknologi penyelidikan
dalam pertanian telah mencatatkan jualan berjumlah RM 32.04 juta.

 Pelajar UPM juga telah memenangi wang tunai sebanyak RM 10,000.00 dalam Pertandingan Simulasi
Perniagaan IPTA 2012 di mana 110 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam Pertandingan

| 45 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Tunas Usahawantani 2012.

 UPMjugakomiteddalammenyediakanekosistemdanpersekitaranyangkondusifuntukpembangunan
keusahawanan kepada pelajar. Kursus Keusahawanan Asas yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan
dan Ekonomi memberi ilmu keusahawanan merangkumi teknik dan kemahiran pengurusan asas
perniagaan.

 Pelajar diwajibkan untuk mengambil kursus keusahawanan seperti MGM3180, ASA0103 dan
SAB2404. Selain itu kelab keusahawanan juga telah ditubuhkan bagi meningkatkan lagi penglibatan
pelajar secara aktif dalam bidang keusahawanan.

 Beberapa kemudahan telah disediakan kepada kakitangan, pelajar dan graduan bagi menjalankan
aktiviti keusahawanan antaranya Unit Fertigasi, Hospital Veterinar Universiti, ruang perniagaan dan
Pusat Jualan Taman Pertanian Universiti.

 Institut Pertanian Tropika (ITA) Universiti Putra Malaysia (UPM) menubuhkan Jaringan Kambing
Tenusu Asia untuk membangunkan rangkaian kerjasama di dalam industri kambing tenusu. Jaringan
itu dibentuk pada persidangan The First Asia Dairy Goat Conference yang mengumpulkan pakar dari
pelbagai negara bagi membincangkan  isu penternakan kambing tenusu dan penghasilan produk
berasaskan susu kambing. 

 Kepakaran UPM dalam membantu industri dan komuniti dalam bidang keusahawanan dengan
pelaksanaan Program Pemindahan Ilmu (KTP). Pada fasa pertama, UPM memperoleh dana (KTP)
tertinggi iaitu berjumlah RM 1.2 juta dan fasa kedua adalah sebanyak RM 2.35 juta.

 UPM merupakan universiti pertama dalam Malaysia  yang berjaya memperolehi akreditasi dalam
bidang perniagaan daripada AACSB  untuk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Putra Business
School (dulu dikenali sebagai Graduate School of Management atau GSM).

| 46 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

 UPM menerima 6 buah pingat emas, 4 buah pingat perak dan 4 buah pingat gangsa dalam Anugerah
Inovasi WIF-Kuala Lumpur serta 3 Anugerah Khas (Bioinnovation Awards).

 Penyelidikan vaksin Newcastle Disease Vaccine (NDV4-UPM Vaccine) oleh UPM terpilih untuk
dimuatkan dalam buku ‘Malaysian Innovators- Everyone can Innovate’. Inovasi UPM itu ialah
penyelidikan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM Prof. Datin Paduka Dr. Aini
Ideris dan Profesor Emeritus Dato’ Abdul Latif Ibrahim.

MAKLUMAT PESERTA/ MENTOR
Kategori Best Student Enterprise :
Maklumat Peserta/ Mentor

Muhd Nur As Shabah Mohamed
SJ 2, Jalan Kecubung, Kg Melayu Wira Damai,
68100 Batu Caves, Selangor
013-3390989/012-6336191
[email protected]

| 47 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Maklumat Syarikat/Produk/Projek

 Gemilang Agrobiz (GABz) telah ditubuhkan pada 16 April 2012 sebagai
syarikat perkongsian setelah mengikuti Program Inkubasi Usahawan Tani
di UPM. Perniagaan utama adalah ternakan ikan talapia merah dalam
sangkar.
 Visi syarikat adalah untuk menjadi pengeluar ternama dalam ternakan
ikan talapia merah berkualiti tinggi yang menggunakan teknologi makanan
dengan probiotik yang dihasilkan melalui penyelidikan di UPM.
 Dalam jangka masa pendek, perniagaan tersebut akan menternak dan membuat jualan terus kepada
pelanggan bagi meningkatkan keuntungan dengan tidak bergantung kepada orang tengah.
 Dalam jangka masa panjang, syarikat akan menjalinkan kerjasama strategik dengan Perbadanan
Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) bagi meningkatkan jumlah pengeluaran dan
memastikan saiz yang dihasilkan berkualiti tinggi dan memenuhi permintaan pelanggan.
 Hasil penyelidikan dari UPM seperti teknik pembiakan, teknologi makanan dan kepakaran teknikal,
secara langsung akan menyumbang kepada kejayaan dan daya saing syarikat Gemilang Agrobiz
(GABz).
 Melalui bimbingan dan teknologi yang digunakan dalam projek ini, ianya dapat melahirkan lebih
ramai usahawan dalam bidang akuakultur pada masa akan datang.

PENUTUP

UPM menyokong pendekatan KPT dalam meningkatkan penglibatan semua pihak dalam

| 48 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

keusahawanan sejajar dengan Revolusi Industri 4.0, era digital yang menyaksikan kemajuan dan
penggunaan teknologi yang meluas. Pengetahuan dan penglibatan pihak berkepentingan dilihat
sebagai budaya kerja positif untuk mencapai aspirasi pendidikan tinggi di Malaysia.
Anugerah serta pengiktirafan sebagai Universiti Keusahawanan 2016 telah menyerlahkan lagi
UPM dalam bidang dan program keusahawanan siswa serta program inovasi berkaitan siswa
mahupun kakitangan UPM untuk terus menjadi institusi yang teratas serta tersohor di rantau ini.
Keusahawanan merupakan salah satu daripada teras utama untuk membantu ekonomi Malaysia
ke arah menjana pendapatan tinggi. Dalam konteks universiti, adalah menjadi matlamat universiti
untuk menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran dan pemikiran seorang usahawan.

| 49 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Syarikat Gemilang Agrobiz (GABZ) membuat lawatan bagi mendapatkan pengalaman
pengusaha ikan talipia di sekitar pahang.

Struktur sangkar di dalam pembinaan

| 50 |


Click to View FlipBook Version