The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahuda.jmplt, 2021-12-03 07:57:04

Layout CTB MEA KPT

Layout CTB MEA KPT

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Lampung, Indonesia.
Selain kerjasama dengan institusi pengajian tempatan dan antarabangsa, UKM juga terlibat dengan
keusahawanan sosial bersama komuniti seperti Pusat Penjagaan Orang Tua di Beranang. Antara
keberhasilan utama program yang diperoleh adalah seramai 3,000 orang komuniti mukim Beranang
telah menerima manfaat hasil daripada latihan yang dijalankan. Dianggarkan seramai 30 orang remaja
sukarelawan Beranang yang terlibat dalam program penjagaan kesihatan warga emas. Selain itu, objektif

Program Jelajah Keusahawanan di UMT

Mobiliti Pelajar di Thailand

| 101 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Projek Bersama NCKU
Projek Bersama IBI Darmajaya

| 102 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

program juga dapat dicapai antaranya meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap kesihatan dan
sosial komuniti setempat, meningkatkan hubungan sosial komuniti dengan UKM selain menerapkan
kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap kepentingan hubungan kemasyarakatan dan kebudayaan.
Selain itu, UKM juga bergiat dalam pengusahaan perkhidmatan homestay terutamanya di Negeri
Sembilan, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Antara hasil daripada aktiviti yang dijalankan dalam program
ini adalah pelajar dapat mempelajari kemahiran tatacara pengurusan homestay, mengetahui corak
budaya masyarakat kampung, mengenal pasti nilai keusahawanan daripada pengusaha homestay seperti
pembuatan produk PKS. Nilai ini dapat diketahui dan dipelajari oleh peserta. Contohnya, makanan bahulu,
penternakan ikan keli, penanaman buah-buahan untuk pengkomersialan, membuat batik laser, serta kraf
tangan yang dihasilkan dari daun getah. Di samping itu, peserta juga mengetahui maklumat tambahan

Projek Keusahawanan Sosial Bersama Komuniti

| 103 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

mengenai produk pelancongan di Malaysia dan maksud sebenar “Homestay” selain dapat mencipta idea
bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan penduduk tempatan.
Bagi menyokong kakitangan dalam aktiviti inovatif dan keusahawanan, UKM telah menyediakan pelbagai
pusat dan kemudahan kepada mereka untuk mempermudah proses mengenal pasti, mengenali dan
mengekalkan penemuan inovatif kakitangan. Penetapan standard prosedur operasi atau Standard
Operating Procedure (SOP) juga telah dibangunkan untuk melindungi harta intelek (IP) mereka yang
bertanggungjawab dan ia mula dilaksanakan sepenuhnya di UKM pada bulan Mei 2014. Dengan adanya
SOP ini, staf yakin bahawa idea mereka dilindungi, dan pada masa yang sama mempunyai akses untuk
mendapatkan maklumat mengenai pertumbuhan dan trend inovasi, peluang keusahawanan, calon
pelanggan, pertandingan, ganjaran serta penghargaan.

Keusahawanan Homestay di Negeri Sembilan dan Kelantan.

| 104 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Kakitangan juga diberi petunjuk mengenai langkah-
langkah penting untuk mendapatkan perlindungan
undang-undang sekiranya diperlukan. Untuk
memupuk budaya inovasi di kalangan kakitangan,
UKM telah menganjurkan pelbagai acara seperti
ChemECar Competition dan Hari Inovasi untuk
memberi penghargaan kepada kakitangan dan
sebagainya. Di peringkat fakulti misalnya, Fakulti
Kejuruteraan dan Lingkungan Binaan (FKAB) telah
melaksanakan Quarterly Innovation Award kepada
staf profesional dan sokongan untuk kreativiti
dan inovasi mereka terhadap aktiviti pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan sejak 2010.
Selain daripada penghargaan universiti, kakitangan
kami telah menyertai Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK) yang dianjurkan oleh kerajaan di peringkat
tempatan dan antarabangsa. Ini bertujuan untuk
mendorong budaya inovatif dan kreatif dalam
kalangan penjawat awam dan memberi peluang
untuk menggilap kemampuan mereka dan meningkatkan kecekapan mereka. KIK UKM - Charge V2 telah
memenangi Johan keseluruhan (Kategori Teknikal) di UKM pada tahun 2012 dan Kementerian Pendidikan
pada bulan November 2013. Kumpulan ini juga memenangi pingat perak penghargaan di konvensyen
antarabangsa (ICQCC) 2014 di Colombo, Sri Lanka.

UKM menyokong dan meningkatkan taraf pembangunan keusahawanan melalui proses melengkapkan
graduan dengan peningkatan keupayaan untuk menjana idea dan kemahiran dalam menjalankan
perniagaan. Secara amnya, semua fakulti di UKM, CITRA dan UKM-CESMED menyediakan kursus

| 105 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

keusahawanan kepada semua pelajar yang berkaitan dengan program yang ditawarkan di fakulti masing-
masing. Pada tahun 2015, kursus Keusahawanan dan Inovasi Asas (sebelumnya CMIE 1012) telah
diletakkan di bawah pengurusan Citra yang kini dikenali sebagai LMCW1022. Kursus yang merangkumi
aspek pemasaran, pembiayaan, pengurusan operasi dan juga Online Business Simulation (OBS) ini wajib
diambil oleh semua pelajar tahun satu di UKM sebagai pengenalan keusahawanan. Dalam usaha memupuk
budaya dan kemahiran dalam keusahawanan, CESMED menyediakan pendekatan pembelajaran secara
aktif untuk menguasai kemahiran keusahawanan yang diperlukan melalui kerjasama dengan agensi
pembangunan usahawan. Mana-mana pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang

Keusahawanan Homestay di Negeri Sembilan dan Kelantan.

keusahawanan diberi pilihan untuk melanjutkan kursus keusahawanan tambahan yang lebih mendalam.

Berasaskan pencapaian yang dicapai oleh UKM sepanjang tahun 2014 hingga 2015, pihak tertinggi UKM

telah menyertai program MEA Awards 2015 yang dianjurkan oleh pihak KPT untuk pencalonan bagi

kategori Institutional Awards.

PENUTUP

Elemen keusahawanan telah berkembang di kampus UKM melalui pelbagai program dan aktiviti

| 106 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

yang dianjurkan oleh kakitangan dan mahasiswa sendiri. Tidak dinafikan, bidang keusahawanan
membantu mendorong aktiviti pengkomersialan di UKM dan ini terbukti dengan peningkatan
pendapatan yang telah dihasilkan melalui pengkomersialan program akademik, penemuan hasil
kajian dan inovasi produk, pemindahan ilmu kepada masyarakat serta pengaplikasian prasarana
sedia ada dalam melaksanakan proses pemindahan ilmu secara lebih praktikal dan berimpak.
Pendekatan holistik yang digunakan oleh UKM dalam mempromosikan penyelidikan, inovasi,
pengkomersialan dan keusahawanan telah menjadikan universiti ini sebagai sebuah institusi
akademik berteraskan keusahawanan yang tidak pernah mengabaikan kualiti ilmu dan teras
pendidikan dalam usaha menyampaikan informasi kepada masyarakat.

Sesi Pembelajaran Pelajar

| 107 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

| 108 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

| 109 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI A - INSTITUTIONAL AWARDS

SUNGAI PETANI 2015

FINALIS

RINGKASAN EKSEKUTIF

Tahun 2015 merupakan tahun pertama Politeknik Malaysia menyertai Anugerah Keusahawanan
Kementerian Pengajian Tinggi. Pada tahun tersebut, anugerah ini dikenali sebagai Ministry of Education
Entrepreneurial Awards (MEA) 2015. Politeknik Malaysia telah menyertai beberapa buah kategori:

Kategori A: Entrepreneurial Polytechnic of the Year Awards
Kategori B: Best Student Enterprise Awards
Kategori C: Best Entrepreneurship Project Awards
Kategori D: Best Entrepreneurship Mentor/ Coach Awards

LATAR BELAKANG PENCAPAIAN

Kategori A: Entrepreneurial Polytechnic of the Year Awards, sebanyak 10 penyertaan
telah diterima dari semua politeknik seluruh negara. Sebanyak 5 buah politeknik telah
terpilih ke peringkat akhir bagi membentangkan pencapaian keusahawanan mereka.

Johan: Politeknik Seberang Perai
Tempat ke-2 : Politeknik Kuala Terengganu
Tempat ke-3 : Politeknik Kota Bharu

MAKLUMAT PESERTA/ MENTOR

| 110 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Mentor/ Coach Award
 Cik Rabi’ah Binti Seman - Politeknik Merlimau Melaka
 En. Mohd Hafiz Bin Abdul Halim - Politeknik Seberang Perai

PENUTUP

Pada tahun pertama penyertaan, Politeknik Malaysia amat berbangga dengan kejayaan syarikat
pelajar dan projek keusahawanan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir dan seterusnya
menjadi Johan dan Naib Johan bagi Kategori Best Entrepreneurship Project Awards

| 111 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Poster senarai finalis mewakili Politeknik Malaysia

Poster untuk kategori mentor yang Cik Rabi’ah sedang membuat pembentangan berkenaan
terpilih sebagai finalis. keusahawanan

| 112 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B - BEST STUDENT ENTERPRISE

2015

PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

Bermula tahun 2015, dasar pengambilan pelajar UPSI bagi bidang pendidikan adalah berbentuk pasaran
terbuka. Maka setiap fakulti mengambil inisiatif yang agresif untuk menyediakan graduan mereka memenuhi
kerangka pencari kerja, atau “job seeker” dan pencipta kerja, atau “job creator”. Ini dapat diterjemahkan
melalui dua penyertaan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kategori Anugerah Institusi) dan Saudara
Muhammad Izzuddin (Perusahaan Pelajar Terbaik).

Antara kejayaan yang dicapai oleh pelajar UPSI ialah tempat kedua Karnival Perniagaan dan Teknologi
Maklumat 2015 yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta tempat ketiga SME Corp
National Competition. Pendedahan keusahawanan juga telah dilaksanakan oleh para pensyarah dengan
menjemput usahawan berjaya berkongsi pengalaman dalam kuliah.

Saudara Muhammad Izzuddin pula menjalankan peniagaan berkaitan e-commerce (OneIdea Creative
Solution). Beliau bersama tiga orang rakan lain menyediakan perkhidmatan membina website untuk
e-commerce, iaitu perniagaan atas talian. Produk syarikat yang utama ialah Kit Tutorial Bina E-Commerce
dengan Wordpress. Produk ini telah didaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dengan nombor
pendaftaran LY2014000190.

| 113 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

| 114 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B - BEST STUDENT ENTERPRISE

2015

PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

TAHUN BIL. KATEGORI NAMA PESERTA SYARIKAT
Abasmardani Bin Amin (NAMA PRODUK/
2015 Best Student Award PROJEK)
1.
Imtiyaz Madani
Enterprise
(Penanaman
Chili Padi Bara)

| 115 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B - BEST STUDENT ENTERPRISE

RINGKASAN EKSEKUTIF 2015

BIL. TAHUN KATEGORI NAMA PESERTA PENYERTAAN

2015 Anugerah Pelajar Mohamaf Rizwan Edris SYARIKAT
(NAMA PRODUK/

PROJEK)
Mazr Network Sdn Bhd

| 116 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B - BEST STUDENT ENTERPRISE

RINGKASAN EKSEKUTIF 2015

BIL. TAHUN KATEGORI NAMA PESERTA PENYERTAAN

2015 Best Student/Graduate Muhammad Sya’aer Maidin SYARIKAT
Enterprise (NAMA PRODUK/

PROJEK)
Reays Enterprise

| 117 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B - BEST STUDENT ENTERPRISE

2015

PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai struktur yang kuat sebagai pemangkin inovasi dan
tempat persediaan bagi memupuk dan menyokong aktiviti keusahawanan. UKM juga dikenali sebagai
universiti penyelidikan dan secara aktif meningkatkan budaya keusahawanan di kampus.

Aktiviti keusahawanan memberi pelbagai impak kepada banyak aspek seperti dasar, institusi serta individu.
Secara tradisinya, usahawan mampu bertindak kepada pembangunan inovasi yang membawa kepada
perubahan teknologi dunia dalam usaha mereka melalui kaedah baru untuk menjana pendapatan dan
keuntungan.

Dalam konteks keusahawanan di peringkat UKM, amalan kemahiran serta pengetahuan pembelajaran
dalam bidang keusahawanan yang ada dapat menyumbang kepada masyarakat di dalam atau di luar
kampus. Konteks ini termasuklah pelajar dan kakitangan UKM. Berdasarkan keyakinan pelajar dalam
menjamin masa depan mereka, keusahawanan dipilih sebagai kaedah terbaik untuk mengembangkan
kerjaya pelajar.

Dalam mencapai impak keusahawanan yang tinggi di kalangan siswa UKM, Pusat Pembangunan
Keusahawanan dan EKS bersama-sama Pusat Citra, UKM telah menawarkan beberapa kursus perniagaan
dan inovasi keusahawanan perniagaan dan inovasi berserta dengan latihan keusahawanan kepada
kesemua pelajar. Program dan aktiviti keusahawanan yang bukan secara akademik dan berkredit juga telah

| 118 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

dilaksanakan untuk pembangunan dan kecemerlangan usahawan UKM.

MAKLUMAT PESERTA/ MENTOR

KATEGORI B : PERUSAHAAN PELAJAR/START-UP

Kedai roti De’switz FST dimiliki sepenuhnya oleh Switz Baker Enterprise (SBE). Perniagaan ini dibangunkan
oleh 7 orang pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dari Fakulti Sains Teknologi
(FST), UKM. De’switz FST ini mempunyai pelanggan yang majoritinya terdiri daripada pelajar dan staf
terutama di kalangan warga FST memandangkan lokasinya yang terletak di pusat aktiviti pelajar, surau,
tempat kuliah dan bilik tutorial, serta bersebelahan dengan café FST.

Senarai Pemilik Perniagaan Switz Baker Enterprise

Lokasi yang strategik serta penyediaan menu yang ringan tetapi mengenyangkan seperti roti, pai, pastri
dan biskut dengan harga yang berpatutan telah menjadi tarikan kepada pelanggan terutama pelajar

BIL NAMA PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN
1 Siti Radhiah Ab Razak
2 Muhammad Nazmi Faris Azmi Sains Makanan dengan
3 Nor Syahida Suryani Ali Pengurusan Perniagaan
4 Nurul Akmawati Mazlan
5 Aida Syamimi Noraini Azlie Sains Makanan dengan
6 Suliyana Salmi Tajuddin Pengurusan Perniagaan
7 Rozita Mohd Salleh
Sains Makanan dengan
Pengurusan Perniagaan

Sains Makanan dengan
Pengurusan Perniagaan

Sains Makanan dengan
Pengurusan Perniagaan

Sains Makanan & Pemakanan

Sains Makanan dengan
Pengurusan Perniagaan

yang kesuntukan masa untuk mencari makanan sementara menanti kelas yang akan dihadiri. Selain

| 119 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

menyediakan menu yang lazat, De’switz FST juga berjaya
menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar
yang ingin menjana pendapatan bagi menampung kos
perbelanjaan sepanjang pengajian. Di samping itu juga, ianya
turut memberi peluang kepada mereka untuk menimba
ilmu dan pengalaman dalam menguruskan sesebuah
perniagaan. Penawaran nilai oleh perniagaan ini telah dikira
sebagai kelebihan daya saing utama yang digunakan oleh
De’switz FST bagi mengatasi pesaing-pesaing sedia ada yang
menawarkan konsep makanan yang sama di UKM.

Selain itu, pemprosesan menu telah dibuat di kedai roti
tersebut yang mana pelanggan dapat menyaksikan sendiri
roti dan biskut dibakar bagi menghasilkan makanan yang
lebih segar dan enak. Aroma yang menyelerakan ketika
pemprosesan makanan telah membuka selera dan keinginan
pelanggan yang berdekatan untuk membeli meskipun mereka tidak berada dalam keadaan lapar.

Bagi meningkatkan jualan, De’switz FST telah meluaskan pemasaran kepada fakulti dan kolej-kolej yang
berdekatan seperti Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Kolej Ungku Omar (KUO), Kolej Aminuddin
Baki (KAB) dan Kolej Burhanuddin Helmi (KBH). Melalui jaringan pelajar dan staf, lebih ramai pembeli
telah mengenali dan menjadi pelanggan tetap De’switz FST. Dengan adanya perkhidmatan penghantaran
dan penyediaan makanan kepada staf pentadbiran bagi keperluan mesyuarat, permintaan makanan telah
berjaya mencapai sasaran yang dirancang.

Namun begitu, jualan perniagaan tidak mampu diperoleh secara konsisten. Dalam erti kata lain, jualan
akan menurun pada waktu cuti semester berikutan pelajar yang ramai pulang ke kampung. Fenomena
ini telah membawa kepada rancangan perniagaan yang lebih meluas oleh De’switz FST iaitu hasrat untuk

| 120 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

membuka cawangan kedai di luar UKM bagi mendapatkan pelanggan yang terdiri daripada komuniti luar.
Selain ilmu penyediaan makanan yang betul dan berkualiti diperoleh di FST, ilmu keusahawanan termasuk
pemasaran dan kewangan juga telah dipelajari oleh De’switz FST dari Pusat Pembangunan Keusahawanan
dan EKS, UKM (UKM-CESMED) melalui kursus akademik yang ditawarkan seperti CMIE 3016 (Senior
Start-Up). Antara pembelajaran yang terkandung dalam kursus ini adalah pengetahuan berkenaan
memulakan perniagaan serta perkongsian ilmu keusahawanan dari industri-industri luar serta peluang
menjalin hubungan dengan agensi-agensi yang terlibat dengan perbankan bagi perusahaan pelajar yang
memerlukan pendanaan yang lebih untuk mengembangkan atau memajukan perniagaan mereka. Selain
itu, CESMED juga menawarkan program-program keusahawanan kepada pelajar untuk mereka menimba
ilmu keusahawanan dengan lebih jelas secara praktikal.
Berasaskan pencapaian perniagaan Switz Baker Enterprise (SBE), pihak UKM telah memilih perniagaan ini
sebagai calon bagi Start-Up Awards.

PENUTUP

Elemen keusahawanan telah berkembang di kampus UKM melalui pelbagai program dan aktiviti
yang dianjurkan oleh kakitangan dan mahasiswa sendiri. Tidak dinafikan, bidang keusahawanan
membantu mendorong aktiviti pengkomersialan di UKM. Hal ini terbukti dengan peningkatan
pendapatan yang telah dihasilkan melalui pengkomersialan program akademik, penemuan
hasil kajian dan inovasi produk, pemindahan ilmu kepada masyarakat serta pengaplikasian

| 121 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

prasarana sedia ada dalam melaksanakan proses
pemindahan ilmu secara lebih praktikal dan
berimpak. Pendekatan holistik yang digunakan
oleh UKM dalam mempromosikan penyelidikan,
inovasi, pengkomersialan dan keusahawanan
telah menjadikan universiti ini sebagai sebuah
institusi akademik berteraskan keusahawanan yang
tidak pernah mengabaikan kualiti ilmu dan teras
pendidikan dalam usaha menyampaikan informasi
kepada masyarakat.

| 122 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B - BEST STUDENT ENTERPRISE

IBRAHIM SULTAN 2015

PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

BIL. TAHUN KATEGORI NAMA PESERTA SYARIKAT
1 2015 (NAMA PRODUK/
Kategori B: Best Finalis: Natasya Atikah Binti
Student Enterprise Awards Abdul Rahman PROJEK)
(Politeknik Ibrahim
Sultan) Siti Kitchen
Foodpedia (Rempah
ratus dan makanan
sedia dimakan)

| 123 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B - BEST STUDENT ENTERPRISE

IBRAHIM SULTAN 2015

FINALIS

RINGKASAN EKSEKUTIF

Tahun 2015 merupakan tahun pertama Politeknik Malaysia menyertai Anugerah Keusahawanan
Kementerian Pengajian Tinggi. Pada tahun tersebut, anugerah ini dikenali sebagai Ministry of Education
Entrepreneurial Awards (MEA) 2015. Politeknik Malaysia telah menyertai beberapa kategori:

Kategori A: Entrepreneurial Polytechnic of the Year Awards
Kategori B: Best Student Enterprise Awards
Kategori C: Best Entrepreneurship Project Awards
Kategori D: Best Entrepreneurship Mentor/ Coach Awards

LATAR BELAKANG PENCAPAIAN

Kategori B: Best Student Enterprise Awards pula, Politeknik Malaysia telah menghantar sebanyak 5
penyertaan. Sebuah syarikat pelajar telah terpilih ke peringkat pembentangan.

MAKLUMAT PESERTA/ MENTOR

| 124 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Best Student Enterprise
 Natasya Atikah Binti Abdul Rahman
Politeknik Ibrahim Sultan

MAKLUMAT SYARIKAT/PRODUK/ PROJEK

 Syarikat Siti Kitchen Foodpedia
Merupakan syarikat milik pelajar, Natasya Atikah Binti Abdul Rahman yang membekal produk rempah

ratus, makanan sejuk beku dan makanan sedia dimakan (ready to eat).

PENUTUP

Pada tahun pertama penyertaan, Politeknik Malaysia amat berbangga dengan kejayaan syarikat
pelajar dan projek keusahawanan yang dapat masuk ke peringkat akhir dan seterusnya menjadi
Johan dan Naib Johan bagi Kategori Best Entrepreneurship Project Awards.

| 125 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Poster senarai finalis mewakili Politeknik Malaysia

Produk makanan sedia dimakan & Rempah Ratus keluaran Siti Kitchen Foodpedia

| 126 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Produk makanan sedia dimakan & Rempah Ratus keluaran Siti Kitchen Foodpedia

| 127 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B - BEST STUDENT ENTERPRISE

2015

PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kolej Komuniti Malaysia mula menyertai Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi pada
tahun 2015. Pada tahun tersebut, anugerah ini dikenali sebagai Ministry of Education Entrepreneurial
Awards (MEA) 2015. Pada tahun tersebut, Kolej Komuniti Malaysia telah menyertai beberapa buah kategori:

Kategori B: Best Student Enterprise Awards
Kategori C: Best Entrepreneurship Project Awards
Kategori D: Best Entrepreneurship Mentor/ Coach Awards

Pengukuhan ekosistem keusahawanan di kolej komuniti dapat dilihat menerusi penyertaan dalam tiga (3)
kategori penganugerahan dalam MEA 2015. Sebanyak 15 penyertaan telah dihantar melibatkan 13 buah
kolej komuniti.

LATAR BELAKANG PENCAPAIAN

Kategori B: Best Student Enterprise Awards pula

Kolej Komuniti Malaysia telah menghantar sebanyak 5 penyertaan. Sebuah syarikat pelajar telah terpilih ke
peringkat pembentangan.
Kategori : Best Student Enterprise/Start-Up Award

| 128 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Nama perniagaan : SPB SERVICES

Kolej Komuniti : KK BANDAR PENAWAR

MAKLUMAT PESERTA/ MENTOR

Kategori B: Best Student Enterprise Awards

Muhamed Norle Bin Rosli

SPB Services ialah perniagaan pemula (start-up) yang menawarkan pakej perkhidmatan bangunan yang
lengkap kepada penduduk Bandar Penawar. Perniagaan ini diasaskan oleh Muhamed Norle Bin Rosli
pada Mac 2014. Perniagaan ini dimulakan dengan sumber kewangan yang terhad untuk membayar yuran
pengajian dan dia tidak mahu membebankan ibu bapanya.

Selepas perniagaan itu dibentuk, beliau mengorbankan masa dan tenaganya untuk menjalankan kerja
selepas waktu kelas. Beliau juga membayar yuran kolejnya dengan keuntungan yang diperoleh daripada
perniagaan. Beliau merupakan pelajar cemerlang dalam pengajiannya dan telah dianugerahkan Anugerah
Pengarah dengan PNGK 4.0 bagi setiap semester. Beliau juga merupakan Presiden Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar dan juga mewakili Kolej Komuniti Negeri Johor di Petanque IPT.

MAKLUMAT SYARIKAT/PRODUK/ PROJEK

Kategori B: Best Student Enterprise Awards

| 129 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

SPB Services adalah Syarikat Milikan Tunggal 100% Bumiputera yang menawarkan pakej perkhidmatan
penyenggaraan bangunan yang lengkap. Perkhidmatan SPB menggunakan pakej harga yang berpatutan,
kakitangan pakar dan kepuasan pelanggan sebagai medium untuk menarik pelanggan mendapatkan
perkhidmatan mereka.
Perkhidmatan SPB berpangkalan di Bandar Penawar, Johor. SPB Services mensasarkan dua segmen pasaran
yang berbeza iaitu pemilik rumah dan pengurus hartanah. Hal ini kerana mereka merupakan pelanggan
yang sering membuat pembaikan berskala kecil.
Kepakaran SPB Services ialah kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin,
pemasangan dan penyelenggaraan paip, pendawaian elektrik, membuat ‘awning & grill’, kerja pagar, serta
kerja pengubahsuaian dan hiasan dalaman.

PENUTUP

Tahun 2015 adalah buat julung kalinya Kolej Komuniti Malaysia dijemput untuk menyertai
Ministry of Education Entrepreneurial Award (MEA) 2015. Melalui penyertaan buat julung kali
ini, Kolej Komuniti Malaysia telah berjaya mendapat Grand Winner bagi Kategori D. Dengan
kejayaan sulung ini, ia telah menjadi inspirasi kepada Kolej Komuniti untuk menyertai Anugerah
Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi di edisi yang akan datang.

| 130 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Poster penyertaan Kolej Komuniti Malaysia semasa MEA 2015.

Poster senarai peserta dari Kolej Komuniti Malaysia yang terpilih untuk pembentangan
Anugerah Keusahawanan Peringkat Akhir.

| 131 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Kategori B: Best Student Enterprise Awards
Muhamed Norle Bin Rosli (SPB Services)

Poster perniagaan SPB Services Poster SPB Services

Lawatan Mantan Ketua Pengarah JPKK ke SPB Services di
Kolej Komuniti Bandar Penawar.

| 132 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Pemasangan kertas dinding Kerja-kerja servis penyaman udara

| 133 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C - BEST ENTREPRENEURSHIP PROJECT

2015

PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

PENGLIBATAN DALAM MEA SEPANJANG TAHUN 2012-2018

BIL. TAHUN KATEGORI NAMA PESERTA SYARIKAT
1 2015 (NAMA PRODUK/

PROJEK)

Kategori Projek Projek keusahawan ..
Mechyfest

| 134 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C - BEST ENTREPRENEURSHIP PROJECT

2015

PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

PENGLIBATAN DALAM MEA SEPANJANG TAHUN 2012-2018

BIL. TAHUN KATEGORI SYARIKAT
2015 (NAMA PRODUK/ PROJEK)

KATEGORI C Entrepreneurship Project: GO & Musaceae Project
Finalis Best
Entrepreneurship
Project

| 135 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C - BEST ENTREPRENEURSHIP PROJECT

2015

PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

TAHUN BIL. KATEGORI NAMA PESERTA SYARIKAT
(NAMA
Nur Fazurah Binti PROJEK) PRODUK/
Md Yusof
2015 Best Project Award Asfa Valley Green
Resources Rock
(Penanaman
Melon)

| 136 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C - BEST ENTREPRENEURSHIP PROJECT

2015

PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

BIL. TAHUN KATEGORI NAMA PESERTA SYARIKAT
(NAMA PRODUK/
2015 Best Entrepreneurship Prof. Dr. Kamarudin Hussin,
Project Dr. Mukhzeer Mohamad PROJEK)
Shahimin, dan Prof. Dr. Fo’ad Sakdan i-ENVEX

| 137 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C - BEST ENTREPRENEURSHIP PROJECT

MELAKA / MERLIMAU 2015

PEMENANG

RINGKASAN EKSEKUTIF

Tahun 2015 merupakan tahun pertama Politeknik Malaysia menyertai Anugerah Keusahawanan
Kementerian Pengajian Tinggi. Pada tahun tersebut, anugerah ini dikenali sebagai Ministry of Education
Entrepreneurial Awards (MEA) 2015. Politeknik Malaysia telah menyertai beberapa kategori:

Kategori A: Entrepreneurial Polytechnic of the Year Awards
Kategori B: Best Student Enterprise Awards
Kategori C: Best Entrepreneurship Project Awards
Kategori D: Best Entrepreneurship Mentor/ Coach Awards

LATAR BELAKANG PENCAPAIAN

Kategori C: Best Entrepreneurship Project Awards pula, sebanyak 5 projek telah dihantar untuk menyertai.
2 projek telah berjaya ke peringkat pembentangan dan seterusnya merangkul Johan dan Naib Johan bagi
kategori ini.

Johan : What Say You (Politeknik Melaka)
Naib Johan : 1 Jabatan 1 Inkubator (Politeknik Merlimau, Melaka)

MAKLUMAT PESERTA/ MENTOR

| 138 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

MAKLUMAT SYARIKAT/PRODUK/ PROJEK

 ‘What Say You’
Inovasi Permainan Bahasa Inggeris yang menggalakkan perbualan di kalangan pelajar untuk

mengasah kefasihan dan pemikiran kritikal (critical thinking skills). Permainan ini telah dijual kepada
beberapa buah sekolah-sekolah di luar Melaka dan 50% buah sekolah di Melaka. Politeknik Malaysia,
Universiti Malaya, Politeknik Medan, Politeknik Bandung, Politeknik Bengkalis, Matrikulasi Tangkak
serta beberapa buah Kolej Komuniti juga telah mengguna pakai alat permainan ini.
 1 Jabatan 1 Inkubator (Politeknik Merlimau, Melaka)
Projek 1 Jabatan 1 Inkubator adalah projek penubuhan inkubator keusahawanan di setiap jabatan
akademik yang terdapat di Politeknik Merlimau. Melalui program ini, setiap jabatan akademik telah
menyediakan ruang serta inkubator bagi tujuan melatih pelajar dengan keusahawanan.

PENUTUP

Pada tahun pertama penyertaan, Politeknik Malaysia amat berbangga dengan kejayaan syarikat
pelajar dan projek keusahawanan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir dan seterusnya
menjadi Johan dan Naib Johan bagi Kategori Best Entrepreneurship Project Awards.

| 139 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Poster senarai finalis mewakili Politeknik Malaysia

Poster ucapan ‘Tahniah’ kepada pasukan yang menjadi Johan
dan Naib Johan kategori projek keusahawanan terbaik

| 140 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Pasukan Politeknik Melaka melalui Projek Pasukan Politeknik Merlimau, Melaka melalui Projek 1 Jabatan 1
‘What Say You’ menerima anugerah Inkubator menerima anugerah

Pasukan Politeknik Merlimau, Melaka bersama ketua juri

| 141 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Poster untuk kategori mentor yang terpilih Cik Rabi’ah sedang membuat pembentangan keusahawanan.
sebagai finalis Best Entrepreneurship
Mentor Awards

Alat permainan ‘What Say You’

| 142 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

YAC Business Centre – Inkubator Jabatan Commerce Bistro - Inkubator Jabatan
Perdagangan Politeknik Merlimau Perdagangan Politeknik Merlimau
menyediakan jualan makanan.
menyediakan perkhidmatan percetakan.

Inkubator Green Tech Enterprise di bawah Inkubator YAC Mechy Souvenir di bawah Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Awam menyediakan Kejuruteraan Mekanikal menyediakan perkhidmatan
perkhidmatan penghasilan produk berasaskan
simen ferro dan penghasilan baja kompos. cenderahati berasaskan
pewter dan plastik.

| 143 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Inkubator Sky Technology di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik menyediakan
perkhidmatan jualan aksesori dan baik pulih komputer.

Inkubator YAC Event di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti menyediakan perkhidmatan pengurusan
acara.

| 144 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C - BEST ENTREPRENEURSHIP PROJECT

2015

FINALIS

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kolej Komuniti Malaysia mula menyertai Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi pada
tahun 2015. Pada tahun tersebut, anugerah ini dikenali sebagai Ministry of Education Entrepreneurial
Awards (MEA) 2015. Pada tahun tersebut, Kolej Komuniti Malaysia telah menyertai beberapa kategori:

Kategori B: Best Student Enterprise Awards
Kategori C: Best Entrepreneurship Project Awards
Kategori D: Best Entrepreneurship Mentor/ Coach Awards

Pengukuhan ekosistem keusahawanan di kolej komuniti dapat dilihat menerusi penyertaan dalam tiga (3)
kategori penganugerahan dalam MEA 2015. Sebanyak 15 penyertaan telah dihantar melibatkan 13 buah
kolej komuniti.

LATAR BELAKANG PENCAPAIAN

| 145 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Kategori C : Best Entrepreneurship Project Awards
Sebanyak 5 projek telah dihantar untuk kategori ini. 1 projek telah berjaya ke peringkat pembentangan.

Kategori : Best Entrepreneurship Project Award
Nama projek : PATIN PAHANG CRUNCHY SNACK
Kolej Komuniti : KK JERANTUT

MAKLUMAT PESERTA/ MENTOR

Kategori C : Best Entrepreneurship Project Awards

Patin Pahang Crunchy Snack

Nama : Nur Alyani Bt Muhamad Razami

Jawatan : Administration Manager

Nama : Che Salsabila Bt Che

Jawatan : Marketing Manager

Nama : Hanis Ayuni Bt Mohd Radzi

Jawatan : Financial Manager

Nama : Siti Farah Nadia Bt Abd Majid

Jawatan : Operation and Production Manager

Kolej Komuniti Jerantut telah memulakan projek inkubator Patin Pahang Crunchy Snack ini pada

November 2014. Kolej Komuniti Jerantut telah menghasilkan produk Keropok Segera Ikan Patin dan projek

| 146 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

ini dijalankan oleh empat orang pelajar di inkubator tersebut. Dua orang pensyarah mentor iaitu En Mohd
Ridhwan bin Che Amat sebagai pegawai usahawan dengan latar belakang akuakultur dan Puan Ainin
Faizah Binti Alias sebagai penyelia dengan latar belakang pemprosesan makanan.

MAKLUMAT SYARIKAT/PRODUK/ PROJEK

Kategori C : Best Entrepreneurship Project Awards

Patin Pahang Crunchy Snack

Idea untuk menghasilkan "Keropok Segera Ikan Patin" terserlah daripada gabungan dua bidang utama
iaitu pemprosesan makanan dan akuakultur di mana mereka melengkapkan kebolehan dan kemahiran
pensyarah (bidang akuakultur dan pemprosesan makanan) ke dalam inkubator. Projek inkubator ini
dilengkapkan dengan peralatan pemprosesan makanan serta makmal. Ini merupakan kelebihan utama
ahli pasukan dalam menghasilkan keropok Segera Ikan Patin mengikut prosedur operasi standard (SOP)
yang ditetapkan. Objektif penghasilan keropok Segera Ikan Patin adalah untuk menambah nilai ikan patin
yang juga dikenali sebagai Ikan Keli Asia. Di Pahang, ikan patin merupakan ikan simbolik bandar Temerloh.
Isi ikan ini sangat lazat dan menjadi makanan kegemaran orang ramai dan pengunjung dari luar negeri ini.

PENUTUP

Tahun 2015 adalah buat julung kalinya Kolej Komuniti Malaysia dijemput untuk menyertai
Ministry of Education Entrepreneurial Award (MEA) 2015. Melalui penyertaan buat julung kali
ini, Kolej Komuniti Malaysia telah berjaya mendapat Grand Winner bagi Kategori D. Dengan

| 147 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

kejayaan sulung ini, Ia telah menjadi inspirasi kepada Kolej Komuniti untuk menyertai Anugerah
Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi pada edisi yang akan datang.

| 148 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Poster penyertaan Kolej Komuniti Malaysia semasa MEA 2015.

Poster senarai peserta dari Kolej Komuniti Malaysia yang terpilih untuk pembentangan
Anugerah Keusahawanan Peringkat Akhir.

| 149 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Kategori B: Best Entrepreneurship Project Awards
Patin Pahang Crunchy Snack

Poster projek : Patin Pahang Crunchy Snack

Poster Best Entrepreneurship Produk yang dihasilkan :
Project Award Patin Pahang Crunchy Snack

| 150 |


Click to View FlipBook Version