TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI E : PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK
2021
MAMA FOOD
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
MAMA FOOD merupakan sebuah projek perniagaan yang membawa visi untuk
meningkatkan produktiviti keusahawanan sosial dan mewujudkan saluran
pendapatan kepada golongan sasaran di kalangan ibu tunggal, suri rumah,
serta golongan yang kehilangan pekerjaan sepanjang pandemik COVID-19.
Perniagaan “MAMA FOOD” beroperasi di sebuah bangunan yang beralamat di
Kampung Parit Seri Menanti, Senggarang, Johor. Bangunan ini terdapat ruang
pejabat dan ruang dapur untuk memproses makanan secara optimum oleh para
staf yang dilantik di kalangan golongan sasaran. Peluang pekerjaan disediakan
agar pasaran makanan sejuk beku diperluaskan secukupnya ke seluruh negeri
serta usaha mendidik masyarakat untuk mengutamakan produk Muslim.
Lokasi bangunan ini merupakan hak milik seorang ahli golongan sasaran
MAMA FOOD iaitu seorang ibu tunggal bernama Rosnah binti Ngadiman.
Selain itu, lokasi ini dipilih kerana kedudukan yang strategik di kawasan bandar
dan luar bandar kerana ia mudah dilihat dan mudah diakses dari jalan raya
utama. Projek ini memberikan impak yang positif dan momentum yang berkesan
kepada golongan masyarakat serta penduduk setempat.
| 201 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI E : PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK
2021
PROGRAM KEUSAHAWANAN CENDAWAN TIRAM PASCA COVID-19
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
Program Keusahawanan Cendawan Tiram Pasca COVID-19 ini merupakan
satu inisiatif Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam menjalankan projek
bagi membantu komuniti setempat. Program ini merupakan satu inisiatif
melonjakkan ekonomi pasca COVID-19 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Dana permulaan berjumlah RM31,000 yang diterima digunakan
untuk membangunkan rumah cendawan di kampus UMT bagi menempatkan
sebanyak 10,000 bongkah cendawan serta menganjurkan bengkel Program
Keusahawanan Cendawan Tiram. Bengkel yang dianjurkan melibatkan rakan
industri iaitu pengusaha cendawan tiram dan kukur terbesar di pantai timur
iaitu Fatisha AgroFarm (M) Sdn. Bhd. dan Kukur Malaya.
Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pelajar prasiswazah UMT
daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) serta ahli
Persatuan Ibu-ibu Tunggal Kuala Terengganu (PEKIBUT) telah terlibat dalam
projek ini. Rumah cendawan tiram yang dibangunkan telah diusahakan oleh
pelajar-pelajar terpilih bagi menjana pendapatan sewaktu pandemik ini. Hasil
penjualan cendawan tiram sebanyak RM11,354.00 dalam tempoh 4-5 bulan yang
diperoleh telah diagihkan kepada kumpulan pelajar yang mengusahakannya.
Sebahagian bongkah cendawan turut diagihkan kepada peserta ibu tunggal
dalam satu sistem mentor-mentee untuk diusahakan. Hasil penjualan cendawan
tersebut, peserta ibu tunggal berupaya membeli bongkah cendawan baru serta
mengusahakannya bagi menjana pendapatan sendiri.
| 202 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI E : PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK
2021
The JOY Factory - Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
The JOY Factory (TJF) merupakan perusahaan sosial yang menyasarkan
komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menjana pendapatan sejajar dengan
kebolehan mereka. TJF menggunakan konsep bekerja dari rumah kerana masalah
mobiliti dan keselamatan OKU. TJF melatih mereka dan mengumpul produk
siap dari rumah mereka. Bentuk kerja adalah disesuaikan dengan kebolehan
OKU tertentu (yang dipanggil sebagai JOY Makers). Kadar bayaran upah dikira
mengikut kadar upah setiap jam yang ditetapkan. TJF menyediakan peluang
kepada pelajar OKU menjana pendapatan daripada yang paling layak kepada
yang paling kurang berkemampuan daripada segi akademik (kumpulan yang
paling memerlukan bantuan).
TJF memasarkan produk di peringkat tempatan dan antarabangsa dan ia
memperolehi sumber daya saing dari negara China. Rancangan masa depan
TJF meliputi penghasilan Alat Bantuan Kecemasan, Tutorial Panduan Kerja
di YouTube dan Aplikasi Easy-To-Use untuk memantau kemajuan kerja OKU.
Bermula dengan pembiayaan sebanyak RM25,000, margin keuntungan kasar
(setelah ditolak kos barangan dijual) adalah antara 100% hingga 500%.
| 203 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI E : PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK
2021
PROJEK THE SAMBALKANT - UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
Projek The Sambalkant ialah projek keusahawanan sosial di
bawah syarikat ST2 Enterprise. Projek ini berkolaborasi bersama
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Pusat Keusahawanan Universiti
(PKUU), USIM untuk membantu golongan sasaran meningkatkan
pendapatan dalam aktiviti sosial. Projek ini merupakan
perniagaan sambal goreng bunga kantan yang bukan sahaja
memberi fokus kepada keuntungan semata-mata. Idea projek ini
bermula daripada timbulnya minat untuk memulakan perniagaan
dan melihat sambal sebagai salah satu pasaran yang besar.
Projek The Sambalkant juga berjaya membuka peluang pekerjaan
kepada seorang ibu tunggal sebagai tukang masak di kampung
Sri Bunian, Pontian, Johor. Beliau berjaya menjana pendapatan
sebanyak RM800 hingga RM1,000. Projek ini juga telah membantu
meningkatkan pendapatan penduduk kampung tersebut dengan
membeli tanaman bunga kantan dan cili mereka. Selain itu, projek
ini juga telah memberi peluang kepada mahasiswa USIM untuk
menjana pendapatan sampingan sebagai agen dengan menjual
The Sambalkant.
| 204 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI E : PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK
2021
YOUNG EDUPRENEUR EXCELLENT - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Young Edupreneur Excellent (Young EX) merupakan sekumpulan individu
yang bercita-cita tinggi untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi
masyarakat kurang bernasib baik di wilayah Sarawak melalui Komuniti
Pemasaran Lestari (SMART). Inisiatif SMART Community telah mengenal
pasti bahawa masalah utama pesertanya ialah kebolehpasaran produk
dan produktiviti yang rendah. Para peserta terdiri daripada komuniti B40 di
Sarawak yang pakar dalam mengendalikan madu kelulut dan lada tempatan.
Melalui penglibatan Young EX, para peserta telah melepasi sasaran asal di
mana telah berlaku peningkatan pendapatan dan pada masa yang sama,
meletakkan produk mereka di luar pasaran tempatan.
Pasukan itu merangka laluan untuk mempercepatkan peringkat pemprosesan
madu kelulut dan lada tempatan melalui ekosistem keusahawanan Universiti
Sains Malaysia (USM) untuk membawa produk tersebut ke peringkat
tempatan dan global. Selain itu, Young EX telah menjalinkan kerjasama
jangka panjang dengan rakan kongsi strategik di kalangan agensi kerajaan
dan pemain industri untuk meningkatkan kemampanan projek. Inisiatif ini
telah mewujudkan peluang pekerjaan baharu di mana wujud lebih banyak
peluang perniagaan hiliran untuk peserta dan masyarakat sekeliling.
| 205 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI E : PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK
2021
Project Lobster And Social Entrepreneur (PLEASE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Projek ini bermula dengan program Mahasiswa Harapan Masyarakat
anjuran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan dana permulaan sebanyak
RM12,000. Seterusnya projek ini mewakili Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) bagi program keusahawanan sosial Kementerian Pengajian Tinggi
- University to Community dan menerima dana sebanyak RM20,000 setelah
dijenamakan semula kepada Project Lobster and Social Entrepreneur
(PLEASE).
Melalui program ini, penduduk Kg. Jawa, Kota Tinggi didedahkan dengan
cara penternakan Lobster Air Tawar (LAT) kerana 45% daripada keseluruhan
penduduk tetap di kawasan ini merupakan keluarga B40. Oleh itu,
pembenihan udang kara ‘Redclaw Crayfish’ (Cherax Quadricarinatus) atau
nama komersialnya ‘Lobster Air Tawar (LAT)’ antara idea yang difikirkan
bersesuaian dengan mereka kerana tidak memerlukan masa yang lama iaitu
sekitar 30 minit hingga 1 jam per hari bagi pemantauan. Dengan menyasarkan
belia terutamanya pelajar sekolah menengah daripada keluarga B40 di Kg.
Jawa Kota Tinggi, program ini memberi galakan untuk mereka melibatkan
diri dalam bidang penternakan. PLEASE juga akan membantu daripada
segi pemasangan teknologi penternakan dan menjemput mentor bagi
memberikan ilmu yang lebih mendalam dalam penjagaan udang kara serta
pemasaran selain menjalin kerjasama bersama agensi swasta dan kerajaan.
| 206 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI E : PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK
2021
Ibupreneur - Universiti Utara Malaysia (UUM)
Ibupreneur diasaskan oleh 3 orang mahasiswa yang komited melalui
Akademi Kepimpinan Belia yang dimulakan oleh McKinsey & Co. pada
Julai 2019. Ibupreneur ditubuhkan atas kepercayaan bahawa ibu
merupakan tonggak utama dalam sesebuah isi rumah. Untuk memastikan
perubahan yang berkesan dan berkekalan, Ibupreneur menyediakan
pasaran dalam talian untuk menghubungkan bakat kendiri mereka
kepada masyarakat, serta menggunakan bakat mereka yang sedia
ada bagi memperoleh pendapatan dengan hanya berada di rumah.
Menghubungkan bakat dan kemahiran kendiri sedia ada, penglibatan 4
orang ibu dalam projek rintis anjuran Ibupreneur ini berjaya menghasilkan
produk yang berkualiti. Melalui medium ini, mereka berjaya memasarkan
produk mereka secara dalam talian. Untuk memastikan perubahan yang
mampan dan memberi kesan optimum, Ibupreneur memperkasakan ibu
yang bergantung hidup pada kewangan yang terhad (ibu B40, ibu
tunggal dan bersara dengan tahap KWSP yang rendah) untuk menjadi
usahawan mikro yang celik teknologi dengan bakat yang mereka ada
terutamanya dalam bidang pembuatan roti, pastri dan yang berkaitan.
Selepas 2 tahun beroperasi, Ibupreneur merupakan perusahaan sosial
yang diiktiraf oleh Pusat Kreativiti Inovasi Global Malaysia (MaGIC).
Ia telah memberi manfaat kepada 21 orang ibu tunggal dan lebih
daripada 80 orang, termasuk tanggungan mereka, seperti keluarga,
anak-anak dan ahli keluarga lain yang terlibat dalam perusahaan mikro
mereka. Untuk memastikan kemampanan kewangannya, Ibupreneur
menyumbang 60% daripada hasil pendapatan yang diperoleh kepada
peserta mereka. Ini membolehkan mereka menjalankan perusahaan
mikro mereka sendiri dan mengambil pemilikan produk yang mereka
hasilkan. Manakala, 40% daripada pendapatan disalurkan untuk
mengekalkan platform Ibupreneur. 100% daripada keuntungan pula
dilaburkan semula ke dalam pemerkasaan ekonomi wanita.
| 207 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
Kalam Akhir
Keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama Kementerian ini dalam meningkatkan kadar
kebolehpasaran graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Melalui sokongan daripada Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi khususnya dan agensi / badan berkaitan pembangunan
keusahawanan, ia membantu memperkemas perancangan dan pelaksanaan inisiatif pembangunan
keusahawanan yang dilaksanakan di peringkat Kementerian. Kementerian ini bergerak seiring mendukung
dalam hasrat merealisasikan Malaysia sebagai sebuah Negara Keusahawanan menjelang tahun 2030.
Keusahawanan adalah bidang penting dan pemangkin utama kepada peningkatan kadar per kapita
pengeluaran, pendapatan, serta perkembangan ekonomi negara. Institute of Entrepreneurship Development
melalui artikelnya yang bertajuk “The Role of Entrepreneurship in Economic Development” pada September
2020 menyebutkan bahawa keusahawanan merupakan faktor utama yang mendorong pembangunan
ekonomi melalui pelbagai cara. Antaranya termasuklah sebagai medium mencipta peluang pekerjaan,
membantu perkembangan perniagaan tempatan, khususnya Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), dan
berupaya membuka pasaran tempatan untuk peluang pasaran global.
Secara umumnya, keusahawanan adalah untuk semua. Ia tidak terhad kepada sesetengah individu sahaja.
Dengan memastikan pembangunan keusahawanan dilaksanakan secara bersepadu dan holistik, matlamat
kerajaan untuk menyusun semula masyarakat melalui gagasan Kemakmuran Bersama dapat dicapai. Melalui
aktiviti keusahawanan, jurang pendapatan antara rakyat akan dapat dirapatkan dengan penjanaan
pendapatan tambahan, serta pewujudan peluang pekerjaan baharu yang merangsang pertumbuhan
sosioekonomi negara.
Anjakan minda serta atribut keusahawanan yang dipupuk dan ditanam dalam kalangan pelajar IPT sejak
dalam pengajian akan membuahkan hasilnya kelak. Melalui usaha yang berterusan serta penglibatan
dan komitmen semua pihak akan berjaya menterjemahkan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
utama graduan IPT kelak. Oleh yang demikian, matlamat seperti yang digariskan di dalam Lonjakan 1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 iaitu Graduan Holistik Berciri
Keusahawanan dan Seimbang akan dapat direalisasikan.
| 208 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
Sekalung Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak dalam
menjayakan penghasilan Buku
Trajektori Gemilang AKKPT:
Rakaman Keunggulan Inovasi Keusahawanan ini.
| 209 |