The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahuda.jmplt, 2022-01-06 08:23:15

Layout CTB MEA KPT 03012022

Layout CTB MEA KPT 03012022

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (POLITEKNIK)

MERLIMAU 2021

POLITEKNIK MERLIMAU

Politeknik Merlimau telah beroperasi
sejak 17 November 2002 dengan jumlah
pelajar terkini seramai 3,737 orang bagi
sesi Disember 2020. Politeknik Merlimau
mempunyai 7 Jabatan Akademik iaitu
Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan
Matematik, Sains & Komputer serta Jabatan
Pengajian Am. Ia juga disokong oleh 13 Unit
Sokongan bagi mengimbangi keperluan
pembangunan aspek lain. Unit Keusahawanan merupakan salah satu unit yang bertanggungjawab dalam
pembangunan keusahawanan di Politeknik Merlimau. Ia berperanan dalam merancang, mengurus dan
melaksana program-program keusahawanan di peringkat institusi seiring dengan keperluan Kementerian
Pengajian Tinggi.

Pembangunan keusahawanan di Politeknik Merlimau dilaksanakan berdasarkan Model Pembangunan
Keusahawanan yang mengandungi 3 Fasa iaitu Pembudayaan, Pembangunan dan Pengukuhan. Ketiga-tiga
fasa ini mempunyai program yang disusun mengikut tahap pembelajaran dan nilai kompetensi keusahawanan
yang diterapkan kepada pelajar. Bagi memastikan keseluruhan pelajar mendapat pendedahan keusahawanan,
Program Politeknik Lahir Usahawan Siswa dilaksanakan ke atas semua pelajar semester 1. Ia disusuli program
Inkubator Keusahawanan pada fasa pembangunan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berminat
mempelajari ilmu keusahawanan secara praktikal atau berniaga secara berkumpulan dengan bimbingan
daripada mentor keusahawanan dan mentor industri. Bagi pelajar yang mempunyai produk sendiri, mereka
akan berpeluang mengikuti program Starbox. Program ini mampu membuka peluang perniagaan yang lebih
luas bagi persediaan pelajar dalam mengembangkan perniagaan apabila tamat pengajian kelak.

| 151 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (POLITEKNIK)

SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2021

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) amat
komited dalam menyokong hasrat kerajaan bagi
melahirkan lebih ramai usahawan berkemahiran
tinggi dan berdaya tahan selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan
Tinggi) 2015-2025. POLISAS telah menyusun semula
dan menambah baik Ekosistem Keusahawanan
seiring dengan Revolusi Industri 4.0, ekonomi
digital, ekonomi intelek, inovasi bernilai tinggi,
pengkomersialan dan keusahawanan sosial untuk
melahirkan usahawan bernilai tinggi. Dengan
itu, ia kekal relevan dalam memenuhi keperluan
ekonomi masa depan negara. POLISAS secara proaktif memperkasakan program keusahawanan melalui Pusat
Keusahawanan Pelajar (PUSKEP). Ekosistem keusahawanan yang kondusif ini turut dibantu oleh Koperasi
Puskep Berhad (KOPUSKEP), Koperasi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Berhad (KOPOLISAS),
Persatuan Kakitangan POLISAS (PKPK) dan Alumni. Program pembangunan keusahawanan juga diperkukuh
melalui penyelidikan, perundingan, latihan, kerjasama rangkaian strategik dan perkhidmatan sosial.

Pensyarah pakar bersama 96 orang pensyarah lain yang mempunyai sijil profesional dalam bidang
keusahawanan telah ditugaskan sepenuhnya merencana agenda Keusahawanan di POLISAS. POLISAS juga
merupakan pusat latihan yang diperakui untuk pengendali makanan dan penyediaan latihan halal. Seiring
dengan kemajuan revolusi industri, POLISAS telah menghasilkan dan menggunakan inovasi dalam memudahkan
pengurusan keusahawanan (Sistem Pendaftaran Pelajar S4P-POLISAS). Social Enterprise @ Community (SE@C)
bersama pengusaha bakeri menunjukkan bahawa POLISAS sangat prihatin terhadap usahawan masyarakat
setempat. Program berterusan kepada komuniti yang memerlukan bantuan pakar sentiasa digalakkan oleh
pihak pengurusan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan keusahawanan sentiasa diamalkan
oleh pensyarah melalui pemerkasaan kurikulum keusahawanan di semua jabatan dengan menerapkan aktiviti
keusahawanan. Harapan kami agar graduan POLISAS bukan sekadar menjadi usahawan, tetapi juga graduan
yang mampu menjadi pencipta pekerjaan selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030).

| 152 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (POLITEKNIK)

SULTAN AZLAN SHAH 2021

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) merupakan
sebuah institusi pengajian tinggi yang sangat
aktif dalam aktiviti keusahawanan. Ia amat
dititikberatkan oleh pihak pengurusan PSAS
di mana aktiviti ini telah berjaya mendapat
sokongan penuh daripada Pengarah PSAS.
Pengurusan keusahawanan PSAS ditadbir oleh
Pusat Pengurusan Keusahawanan (EMaC).
Sepanjang 2019-2020, terdapat pelbagai program
keusahawanan yang dijalankan melibatkan
aktiviti daripada pelbagai kluster. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah pasar lambak, kedai/pasar, kios, ekspo,
jualan mega, perniagaan dalam talian, National Blue Ocean Strategy (NBOS), perundingan/ Corporate Social
Responsibility (CSR), penasihat keusahawanan, perkongsian ilmu/kepakaran, pengkomersilan/ Public-Private
Research Network (PPRN), inkubator, pinjaman pembiayaan/dana dan pertandingan inovasi.

Selain melakukan aktiviti praktikal keusahawanan, PSAS juga banyak menganjurkan aktiviti kesedaran
keusahawanan. PSAS mempunyai beberapa kepakaran seperti Cikgu Closing Sale dan Master Trainer of Digital
Entrepreneurship. Pakar-pakar ini telah menyumbang perkongsian ilmu yang sangat berharga kepada pelajar,
kakitangan serta masyarakat. PSAS turut menyediakan latihan keusahawanan kepada kakitangan dan secara
aktif membenarkan kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti dalam keusahawanan digital.
PSAS juga mempunyai kakitangan yang kreatif dalam inovasi keusahawanan. Pensyarah PSAS didapati aktif
menggunakan pendekatan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran keusahawanan. Dalam kalangan
pensyarah PSAS juga terdapat program Be Together Success (entreprenurial mentorship) di mana mentor akan
melahirkan mentor keusahawanan yang lain. WE ARE US pula merupakan program PSAS yang melibatkan
kerjasama, pertukaran pengetahuan, peluang pengkomersialan, peluang perniagaan dan pembangunan
bersama di antara PSAS dan “Stakeholder” termasuk strategik dengan Federal Agricultural Marketing Authority
(FAMA), Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha
Niaga (TEKUN) dalam pembangunan keusahawanan. Dan untuk hari ini, terdapat pusat membeli-belah secara
maya yang telah dikendalikan di PSAS yang dikenali sebagai PSAS V-Mall.

| 153 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (POLITEKNIK)

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 2021

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)

Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Politeknik
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) terus
berkembang maju sebagai institusi TVET yang
terkemuka di Malaysia. Sebagai sebuah politeknik
terulung, terdapat pelbagai usaha yang dilakukan
oleh institusi untuk mewujudkan ekosistem
keusahawanan yang holistik dan kondusif
seperti yang ditekankan dalam teras pertama
Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Salah
satu langkah utama yang diambil oleh PSA ialah
dengan menubuhkan Pusat Keusahawanan Perdana (PEC) sebagai hab bagi memudahkan semua aktiviti
keusahawanan di PSA. Bagi mengangkat agenda keusahawanan ke peringkat seterusnya, pembentukan
Pusat Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (CRI) telah berjaya meletakkan PSA sebagai tumpuan;
melalui kejayaan dan pengiktirafan dalam pelbagai projek inovasi dan kertas penyelidikan yang dihasilkan.

Selain itu, PSA telah membina gabungan yang kukuh dengan entiti keusahawanan daripada pelbagai
industri melalui Pusat Perkhidmatan & Pekerjaan Perindustrian Korporat (CISEC). Di samping kemasyhuran
dan kegemilangan, PSA tidak pernah lupa untuk berbakti kepada masyarakat melalui projek Inovasi Sosial &
Keusahawanan Sosial (SESI). Sehingga kini, PSA telah melahirkan lebih 500 orang usahawan dengan sokongan
mentor terlatih dan bertauliah. PSA telah bersedia untuk terus mengikuti dunia digital baharu melalui analisis
data raya dan Pangkalan Data Keusahawanan. Pusat Teknologi Elektronik Perubatan juga telah membentuk
tapak keusahawanan yang kukuh dalam PSA melalui perkongsian pengetahuan, perkhidmatan dan latihan
yang disediakan. Melangkah ke hadapan, PSA berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dan pencipta
pekerjaan yang berjaya dalam ranking global pada masa hadapan.

| 154 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (KOLEJ KOMUNITI)

KOLEJ KOMUNITI 2021
KUALA LANGAT

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKKL)

Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) amat komited
dalam menyediakan ekosistem keusahawanan
bagi melahirkan graduan holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang. KKHL juga
telah menerima pengiktirafan dari Standard
and Industrial Research Institute of Malaysia
(SIRIM), Malaysian Administrative Modernisation
and Management Planning Unit (MAMPU),
Malaysian Qualifications Agency (MQA), Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
dan Jabatan Audit Negara. Impak dan keberhasilan keusahawanan terserlah melalui kemahiran dan bakat
staf yang cemerlang di mana 85% memiliki sijil profesional, 47% berpengalaman dalam industri, 21% orang
pakar rujuk bidang, 55% menerbitkan kertas ilmiah, 40% menghasilkan produk inovasi, 70% sebagai tenaga
pengajar kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan 26% menjadi pembimbing pelajar. KKHL telah
berjaya membentuk pelajar berciri keusahawanan dengan penghasilan 15% daripada keseluruhan pelajar
program menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian, 17 inkubator usahawan, 181 orang pelajar
menyertai pertandingan di pelbagai peringkat, 252 orang pelajar dilatih sebagai pemimpin dan sukarelawan,
294 orang pelajar menerima Anugerah Pengarah dan seorang pelajar dianugerahkan Top Student Award
MACRA ACMV Award.

Jaringan keusahawanan bersama alumni turut diperkukuhkan dengan pelaksanaan 7 program bersama
alumni, 3 orang ikon usahawan alumni dan 4 program Alumni Talk. Penyertaan sejumlah 7,838 orang dalam
kumpulan komuniti yang melibatkan 646 buah kursus PSH telah melahirkan seramai 14 orang usahawan
komuniti dan 2 orang ikon usahawan komuniti dengan janaan akaun amanah sebanyak RM192,979.07. 14 buah
program kesukarelawanan bersama komuniti dan 7 aktiviti dalam Program Cakna Komuniti 2019 melibatkan
penyertaan seramai 250 orang peserta telah berjaya dilaksanakan. Penglibatan pemegang taruh dalam 5
buah program bersama Jawatankuasa Penasihat Kolej, 27 program kolaboratif melibatkan 28 buah industri,
4 program CSR bersama 4 NGO juga telah berjaya dilaksanakan.

| 155 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (KOLEJ KOMUNITI)

KOLEJ KOMUNITI 2021
SUNGAI PETANI

KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI (KKSP)

Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP), yang
ditubuhkan pada Mac 2002, bertujuan
untuk menyediakan pendidikan dan latihan
yang dinamik dan berkualiti kepada seluruh
masyarakat. Ini dapat direalisasikan dengan
menyediakan laluan kerjaya untuk mereka dan
seterusnya, meningkatkan tahap sosioekonomi
masyarakat setempat secara keseluruhan.
Justeru itu, KKSP bercadang untuk menggiatkan
semula fungsi institusi terutamanya untuk
pelajar dan pihak berkepentingan yang lain melalui Indeks prestasi Utama (KPI) dan susunan aliran kerja yang
telah ditetapkan. Kerja berpasukan kekal diutamakan dalam menerajui operasi dan menghasilkan keputusan
yang mengagumkan.

Pelbagai kejayaan yang memberi impak telah dapat dicapai hasil kerjasama antara pengurusan dan
kakitangan yang ingin memartabatkan nama baik institusi termasuk jabatan dan masyarakat. Seterusnya,
kejayaan pelajar dan kakitangan dipamerkan melalui reputasi mereka dalam bidang masing-masing. Kejayaan
itu datang daripada rangsangan ekosistem keusahawanan institusi, menuntut ahli untuk terus komited
dan berdaya saing dalam mana-mana bidang yang dipilih. Kejayaan-kejayaan ini akan terus diraih untuk
melahirkan pelajar, komuniti dan kakitangan keusahawanan bagi meningkatkan tahap ekonomi dan sosial.
Pencapaian SPCC sebahagian besarnya disokong oleh ekosistemnya yang positif dan mampan, kerjasama
antara kakitangan dan pengurusan serta pelaksanaan berdasarkan perancangan strategik organisasi yang
telah dirangka.

| 156 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (KOLEJ KOMUNITI)

KOLEJ KOMUNITI 2021
PASIR GUDANG

KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG (KKPG)

Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) melihat
pembudayaan keusahawanan sebagai elemen
penting di kalangan pelajar dan warganya.
Pengurusan yang mantap daripada pengarah
yang menerajui KKPG dengan slogan "Together
We Achieve More" telah membawa beberapa
kejayaan dengan sokongan 61 orang kakitangan
berdedikasi dan 5 program yang ditawarkan
kepada pelajar iaitu Sijil Pengoperasian
Perniagaan, Sijil Fesyen & Pakaian, Sijil Terapi
Kecantikan & Spa, Sijil Dandanan Rambut serta Sijil Teknologi Maklumat. Unit Keusahawanan KKPG komited
melahirkan usahawan di kalangan pelajar dan peserta kursus pendek. 83 buah program keusahawanan,
pembangunan pelajar dan kemahiran telah dianjurkan sebagai langkah proaktif mencipta kejayaan bagi
institusi, staf, pelajar, graduan dan komuniti setempat.

Kakitangan KKPG yang cemerlang telah menjadikan keusahawanan bidang terpenting untuk melahirkan
pelajar berjiwa keusahawanan. Sebanyak 512 penyertaan kursus peningkatan kemahiran telah dihadiri
kakitangan KKPG sepanjang tahun 2019 dan 2020 menjadikan staf KKPG mencapai kejayaan dalam
inovasi, penyelidikan dan kepakaran yang membawa kepada beberapa pengiktirafan besar dalam bidang
keusahawanan. Sebanyak 1,275 penyertaan dalam aktiviti pembudayaan keusahawanan sepanjang tahun
2019 & 2020 telah dicapai hasil gabungan unit keusahawanan dengan unit-unit lain dalam menganjurkan
program pembudayaan keusahawanan. Selain itu, sebanyak 35 jaringan kolaborasi telah dibina yang
menggambarkan bahawa KKPG komited melaksanakan keusahawanan di kalangan pemegang taruh.
Terdapat peningkatan sebanyak 192% dalam sesi penyeliaan dan pementoran menunjukkan pembudayaan
keusahawanan adalah penting dalam kalangan warga KKPG.

| 157 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (KOLEJ KOMUNITI)

KOLEJ KOMUNITI 2021
SELANDAR

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR (KKSL)

Kolej Komuniti Selandar (KKSL) merupakan sebuah
institusi keusahawanan yang menyediakan
latihan kemahiran dan peluang pembelajaran
sepanjang hayat untuk masyarakat setempat.
KKSL mempunyai infrastruktur yang lengkap
bagi memenuhi keperluan warganya dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
keusahawanan. Terdapat empat (4) buah
program pengajian di KKSL iaitu Sijil Landskap,
Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara serta Sijil Komputer dan Rangkaian dengan penglibatan seramai
64 orang kakitangan dan 202 orang pelajar. Ekosistem kondusif merupakan kesepaduan setiap unit dan
bahagian bagi memastikan setiap perkara yang dirancang berjalan dengan lancar. Ini dapat dilihat dengan
pengiktirafan kecemerlangan yang diterima KKSL iaitu Pensijilan MS ISO 9001:2015, 100% pencapaian Indeks
Prestasi Utama (KPI) institusi peringkat JPPKK dan pengiktirafan cemerlang Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA).

Elemen peningkatan kompetensi kemahiran dan kerjaya kakitangan serta pelajar merupakan keutamaan pihak
pengurusan KKSL. Berdasarkan Penunjuk Prestasi Utama KKSL, para pelajar telah mencapai kecemerlangan
dalam pertandingan keusahawanan, kepimpinan, inovasi dan kemahiran. Kakitangan KKSL juga aktif dalam
penglibatan penyelidikan, inovasi, penulisan dan penerbitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
KKSL juga menyediakan Program Khidmat Masyarakat dan Keusahawanan Sosial bagi meningkatkan sosio-
ekonomi pelbagai golongan. Program seperti Coaching and Mentoring dan Inkubator Keusahawanan telah
dapat memberi impak positif kepada pemegang taruh khususnya pelajar.

| 158 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

KOLEJ KOMUNITI 2021
KUALA LANGAT

QALYMA GLOBAL - KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT (KKKL)

Muhammad Qais Amiri bin Jamalludin
merupakan pengasas syarikat Halisco Global
dan Qalyma Global dengan produk utamanya
radio al-Quran dan al-Quran terjemahan.
Syarikat beliau telah menerima pengiktirafan
di bawah program SSM Bizgrant, Perbadanan
Harta Intelek Malaysia dan jemputan ke Program
Latihan Khas bersama Facebook Singapura. Visi
syarikat beliau mahu menjadi pelopor utama
dalam industri penerbitan al-Quran di Malaysia
dan mengeksport al-Quran ke Asia Tenggara.

Jumlah jualan bagi tahun 2019 dan 2020 mencecah RM640,000.00 dengan peningkatan jualan sebanyak
51.3%. Beliau merupakan penjana pekerjaan dengan 60 orang agen dropship dan 16 orang pekerja. Kini,
Qalyma Global merupakan pembayar cukai LHDN, zakat perniagaan dan pencarum Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP). Syarikat beliau telah banyak memenangi persaingan dengan penawaran nilai
tambah dan mengetengahkan keunikan produk. Beliau menawarkan perkhidmatan ukiran nama untuk al
Quran terjemahan yang disiapkan dalam masa 24 jam dengan keuntungan sehingga 60%. Kaedah promosi
pula mengutamakan penggunaan platform media sosial dan jualan menggunakan Whatsapp dan Shopee.
Qalyma Global dikenali di mata pelanggan dengan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan pantas.

| 159 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

REDSQUARE TECHNOLOGIES SDN. BHD. - UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU)

RedSquare Technologies Sdn. Bhd. (RedSquare)
telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat
2016, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia pada 20 Ogos 2018. Syarikat ini
diasaskan oleh Wong Zi Ning dan Naven Prasad
a/l Rajasegaran RedSquare graduan Universiti
Multimedia (MMU). Syarikat ini membangunkan
sistem untuk menyelesaikan cabaran perniagaan
kritikal dan membantu organisasi berkembang
maju dalam era digital. RedSquare telah
berkembang pada kadar yang konsisten melebihi 150% setahun dan dijangka akan terus berkembang setelah
pelancaran sistem ini dibuat di luar pasaran Malaysia.

Syarikat ini kini dianggarkan bernilai RM4 juta dan dengan aliran tunai positif yang konsisten, RedSquare
dapat menerokai sektor yang berbeza dan menghasilkan produk mereka sendiri. Salah satu produk RedSquare
adalah RedSquare Connect di mana ia merangkumi produk Enterprise Email dan perisian SMS Blasting yang
membantu meningkatkan komunikasi pelanggan secara lebih baik dan pantas. Dengan menghubungkan
semua alat komunikasi pelanggan ke dalam satu platform omnichannel tunggal, ia menyediakan pelbagai
titik sentuh untuk memastikan pelanggan mendapat maklumat yang tepat dan secara langsung (real-time).
Dalam memastikan jenama mereka terus dikenali, RedSquare sentiasa mengemas kini dan berkongsi maklumat
berkaitan melalui kajian kes di laman web mereka.

| 160 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

KOTA BHARU 2021

MASK MAJU TRADING - POLITEKNIK KOTA BHARU

Mask Maju Trading (MMT) diasaskan pada
tahun 2017 oleh Mohd Azreen Shahiran bin
Kamarulzaman, graduan jurusan Diploma
Pengajian Perniagaan, Politeknik Kota Bharu,
Kelantan. Dengan visi untuk menjadi sebuah
syarikat pembinaan Bumiputera pilihan utama
rakyat Malaysia dan untuk menjadi suri teladan
kepada bakal pemain industri pembinaan pada
masa hadapan, MMT komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan piagam
pelanggan syarikat.

Bermula dengan menerima projek kerja kecil-kecilan pada tahun 2017 dan 2018, MMT kemudiannya telah
memantapkan lagi operasi perniagaan dalam kerja-kerja awam dan mekanikal setelah memperolehi lesen
Construction Industry Development Board (CIDB) Gred G2 berserta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan pada
tahun 2019. MMT sedia memberikan khidmat nasihat dan perundingan kepada pelanggan yang telah
menceburi industri hiliran berasaskan pertanian pada tahun 2019. MMT seterusnya mempelbagaikan lagi
perkhidmatannya dalam bidang pengangkutan dan logistik bermula tahun 2020 dan mengendalikan kedai
hardware pada awal tahun 2021. MMT kini telah mempunyai seramai 43 orang pekerja yang cekap dan
dibantu oleh 10 orang ejen pemasaran yang berpengalaman.

| 161 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

MERLIMAU 2021

SAZS LEGACY - POLITEKNIK MERLIMAU

SAZS LEGACY memulakan perniagaannya
sejak Januari 2019 dengan menjual casing
dan cable. Ia kemudiannya beralih kepada
peranti mudah alih iaitu telefon pintar
pada November tahun yang sama serta
mendaftarkan perniagaannya di bawah
SSM pada 3 November 2019. SAZS LEGACY
adalah perniagaan milik tunggal yang
dimiliki oleh Muhammad Shahmy Zaim bin
Mohd Sharifudin, usahawan muda berusia
20 tahun dan kini merupakan pelajar Diploma Pengajian Perniagaan di Politeknik Merlimau, Melaka. SAZS
LEGACY lebih sinonim dengan SAZS HIGHTECH di platform media sosial di mana syarikat ini menjual pelbagai
model telefon mudah alih khususnya jenama Apple.

Strategi pemasaran yang digunakan oleh Muhammad Shahmy Zaim adalah dengan menggunakan media
sosial seperti Instagram, Whatsapp dan Facebook. Sepanjang tahun 2019 sehingga 2020, SAZS LEGACY
telah mencatatkan jualan melebihi RM600,000. Muhammad Shahmy Zaim percaya bahawa kualiti produk
yang dijual adalah sangat penting, selari dengan moto perniagaannya iaitu Quality is Our Priority. Beliau
akan cuba memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang dibeli dan memberikan maklum balas
selepas jualan. Maklum balas positif yang diterima akan digunakan untuk mempromosikan perniagaannya.

| 162 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

SULTAN AZLAN SHAH 2021

MELLIAR BIZ ENTERPRISE MATRIXBOX SALES AND SERVICE
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

Matrixbox Sales and Service didaftarkan
pada 25 November 2019 manakala Melliar Biz
Enterprise pula didaftarkan pada 11 Oktober
2018. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan
bahan pembungkusan serta perkhidmatan
pembuatan hadiah. Namun begitu, syarikat
ini tidak lari daripada menghadapi masalah
seperti kerosakan bahan mentah, masalah
perkhidmatan kurier dan pelbagai lagi. Tetapi,
semua masalah yang dihadapi oleh syarikat
ini dapat diselesaikan dengan baik dan
menjadikan ia satu pengajaran untuk syarikat
ini pada masa hadapan.

Tahun 2020 merupakan tahun kemuncak atau tahun di mana syarikat ini lebih dikenali oleh masyarakat.
Antara projek yang telah dilaksanakan ialah mendapat tender dari Adabi untuk membuat 5,000 keping
kotak produk baru mereka. Pada tahun pertama iaitu 2019 sehingga sekarang, Matrixbox berjaya mendapat
tender dari Toyota dan sudah mencecah 20,000 keping kotak. Melliar Biz juga mendapat tempahan pada
hari guru di sekolah yang terletak di Kuantan, Pahang. Tambahan pula, tempahan harian yang tertinggi
yang diperoleh mencecah hampir 600 set setiap bulan. Setelah hampir dua tahun konsisten dalam penjualan
bahan pembungkusan dan tempahan hadiah, syarikat ini telah berjaya mengumpulkan pendapatan tahunan
sehingga hampir RM600,000.

| 163 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

NABILION EMPIRE - UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

Nabilion Empire merupakan pengedar
produk kesihatan dan kecantikan tempatan
daripada makanan tambahan kepada
kosmetik. Antara jenama yang dibawa
adalah Trudolly, Luna, Fazura Skincare
dan Beauty. Syarikat ini beroperasi di
Ibu Pejabat (HQ) di Wangsa Maju, Kuala
Lumpur dengan dua orang pekerja untuk
memudahkan kerja operasi harian. Selain
peruncitan dan pemborongan, pada
tahun 2021, syarikat ini telah mengalihkan
tumpuan untuk merekrut dropship dan
ejen. Ini terutamanya dalam kalangan belia dan menyediakan latihan perniagaan tetap untuk melahirkan
pemimpin perniagaan dalam kalangan usahawan muda.

Setakat ini, syarikat ini mempunyai lebih daripada 100 orang penjual semula yang berdaftar secara rasmi
di bawah syarikat ini di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan baru baru ini, Australia. Syarikat
mensasarkan untuk membuka ibu pejabat di negara-negara jiran dalam masa lima hingga sepuluh tahun
melalui jalinan kerjasama dengan rakan kongsi di dalam negara dan di negara-negara tersebut. Nabillion
Empire turut menjalankan kerjasama rapat dengan selebriti tempatan seperti Fazura dan Mira Filzah dalam
membantu meningkatkan sokongan pembeli terhadap produk yang diedarkan oleh syarikat.

| 164 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

ARALIYA RESOURCES - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Asas dan prinsip dalam

pengurusan perniagaan

lestari yang diceburi oleh

pelajar jurusan Ijazah Sarjana

Muda Fakulti Pengurusan

Perniagaan, Arliya Munif

telah menjadi pendukung

kepada kejayaan yang

konsisten dalam bidang

keusahawanan yang dipilih.

Perusahaan dengan model

perniagaan ke arah impak

alam lestari menjadikan Araliya Resources yang beroperasi di Kedah antara syarikat yang berjaya menjalankan

perniagaan yang mampu menyumbang kepada pemantapan ekonomi dalam bidang perabot dan menjadikan

perusahaan ini relevan kepada Sustainable Development Goal (SDG). Perniagaan ini berfokuskan kepada

memelihara dan menjual semula perabot-perabot terpakai yang masih mempunyai nilai tambah pada harga

yang kompetitif dalam pasaran.

Model perusahaan yang diketengahkan adalah berlandaskan inovatif, mapan, mempunyai nilai tambah,
kelestarian dalam model perniagaan, kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar serta potensi pasaran. Dengan
strategi yang proaktif, produk perabot terpakai ini berjaya menembusi pasaran serata Malaysia. Melalui
analisa trend pasaran, kehendak pelanggan dan penambahbaikan berterusan, Arliya sentiasa berusaha
untuk melebarkan potensi perniagaan ini serta memantapkan pengoperasian yang lebih baik agar bidang
perusahaan seperti ini mampu dilihat sebagai antara pencetus kepada revolusi perniagaan yang mampu
memberi impak sejagat.

| 165 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

HIJANAH HAUL HOLDINGS SDN BHD - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Hijanah Haul Holdings Sdn.
Bhd. merupakan syarikat
induk bagi 5 buah syarikat
subsidiari yang mana setiap
satunya menyediakan produk
dan perkhidmatan berbeza.
Bermula dengan Hijanah
Haul dalam perusahaan
pakaian wanita dan Hijanah
Books dalam pengeluaran
buku-buku novel remaja karya Aisyah Hijanah sendiri, kini Hijanah Haul Holdings telah berkembang dengan
produk penjagaan wanita seperti barangan kosmetik oleh Hijanah Care, aplikasi atas talian berhubung isu-
isu kemaslahatan wanita oleh Hijanah Apps dan seterusnya Kafe Qahwa yang berkonsepkan hipster. Hijanah
Haul Holdings Sdn. Bhd. telah berjaya memperoleh hasil jualan sebanyak RM1 juta pada tahun 2020.

Pengasas Hijanah Haul Holdings Sdn Bhd merupakan pasangan suami isteri, Aisyah Hijanah Azhari yang
merupakan pelajar jurusan Psikologi UKM bersama suaminya Mohd Hazalif Mohd Hazani. Syarikat ini bermula
pada tahun 2018 dengan ruang kecil yang hanya menempatkan butik dan pejabat urusan dan mula beroperasi
secara rasmi pada tahun 2019. Pada awal 2020, syarikat ini terus berkembang maju dengan kewujudan kafe
selain butik yang kesemuanya beroperasi di bangunan 5 tingkat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai
12 orang pekerja berkhidmat di syarikat ini dan kesemuanya merupakan belia yang berumur kurang dari
27 tahun. Syarikat ini telah berjaya melahirkan ramai usahawan muda di samping menawarkan pelbagai
peluang pekerjaan apabila berjaya membimbing lebih daripada 1,000 orang dropship.

| 166 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

ZEHAN JIBRIL ENTERPRISE - UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

King Oden, produk yang
didaftarkan di bawah syarikat
Zehan Jibril Enterprise dimiliki
oleh Imer Jibril dan Wan
Azehan Helmi telah berjaya
meletakkan dirinya sebagai
salah satu pengeluar asas sup
oden yang terkenal dan paling
menguntungkan di negara
ini. Pelajar jurusan Ijazah
Sarjana Muda Keusahawanan
(Perdagangan) ini telah berjaya menempatkan produk syarikat mereka ke dalam pasaran tempatan. Dengan
peralihan dalam kedua-dua produk dan inovasi proses, King Oden mampu menghasilkan pes oden dengan
perisa unik, nilai pemakanan yang dipertingkatkan, jangka hayat yang dilanjutkan dan pelanggan sasaran
yang lebih luas. Imer Jibril dan Wan Azehan Helmi telah berjaya mengambil ejen dan memberi mereka latihan
dan teknik untuk meningkatkan jualan. Mereka juga telah mengambil kesempatan daripada populariti media
sosial untuk mempromosikan produk mereka.

Untuk memastikan kemampanan perniagaan mereka, mereka telah menggunakan pelbagai strategi pemasaran
dalam talian. Strategi ini pastinya membuahkan hasil kerana jualan pes King Oden telah mencapai jumlah
keseluruhan RM900,000, dengan lebih 200,000 orang pengguna di seluruh Malaysia. Dengan prestasi jualan
yang cemerlang ini serta pencapaian peribadi dan perniagaan, King Oden berharap untuk menjadi salah
satu jenama terkemuka dalam industri food and beverages (F&B) di negara ini.

| 167 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

LEARN SMART BOOK ENTERPRISE - UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

Perniagaan Learn Smart Book Enterprise diasaskan oleh Omar Faayiz
Omar Farook yang merupakan pelajar sepenuh masa program Ijazah
Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Perniagaan ini ditubuhkan pada 14 Julai 2019 sebagai sebuah perniagaan
mencetak dan menjual buku yang dihasilkan sendiri oleh pengasas yang
berjudul “Accounts for SPM F4” dan “Accounts For SPM”.

Semasa tempoh pengajian di UniSZA, Omar Faayiz mempelajari teknik
yang betul untuk mendaftarkan buku hasil tulisannya selepas kegagalan
penjualan buku yang pernah dihasilkan sebelum ini. Akhirnya, pada tahun
2019, beliau berjaya menerbitkan dua buah buku “Accounts for SPM F4”
dan “Accounts for SPM F5” yang sehingga kini telah terjual lebih kurang
10,000 naskah.

Buku ini dilengkapi dengan nota yang padat dan latihan serta jawapan
yang lengkap serta memudahkan pelajar perakaunan mendapatkan
keputusan yang cemerlang dalam subjek ini. Untuk menghasilkan dan
menerbitkan buku ini, modal pertama yang dikeluarkan adalah sebanyak
RM5,000 yang merupakan hasil simpanan biasiswa beliau selama dua
tahun. Sehingga kini, sebanyak tiga cetakan telah dikeluarkan dan
cetakan terbaharu adalah pada 07.07.2021. Pada tahun 2021, Omar
Faayiz juga yang mempunyai pengikut sebanyak 34,000 di laman Twitter
yang merupakan platform utama untuk memasarkan buku beliau.

| 168 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

ADLISEM ENTERPRISES - UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)

Amirul Adli Abd Wahab
merupakan pemilik dan juga
pengurus besar syarikat
Adlisem Enterprises. Syarikat
ini ditubuhkan pada tahun
2019. Bermula dengan menjual
Aiskrim Malaysia secara kecil-
kecilan di pasaran sekitar
dan berdekatan, Adlisem
Enterprise telah melangkah
lebih serius dalam perniagaan
dengan menyewa kebun kelapa seluas 2.5 ekar. Pada September 2019, Adlisem Enterprise membuka cawangan
pertama Adlisem Kiosk Kelapa Goyang di Pokok Tampang Tasek Gelugor Pulau Pinang. Selain itu, Adlisem Raja
Kerepek merupakan projek yang diversifikasi oleh syarikat di mana kerepek dibeli secara pukal dan dibungkus
untuk dipasarkan di kedai-kedai runcit dan pasar mini di kawasan persekitaran.

Adlisem Pudding kemudian ditubuhkan bagi mempelbagaikan produk syarikat. Bermula dengan produk jelly
kelapa dan puding, kini ia mempunyai lebih daripada 50 jenis produk yang dikeluarkan di bawah Adlisem
Pudding. Selain daripada pasaran kedai runcit dan pasar mini, Adlisem Enterprise juga mendapat tempahan
daripada pihak syarikat dan organisasi untuk majlis keramaian. Bermula Mac 2020, Adlisem Enterprise
menubuhkan Adelivery untuk meneroka pasaran baru iaitu perkhidmatan penghantaran makanan dari rumah
ke rumah. Di samping itu, strategi perniagaan Adlisem Enterprise adalah untuk mempelbagaikan cabang
perniagaannya. Antara sektor yang diceburi ialah pembuatan dan pemasaran produk makanan dan minuman,
perkhidmatan dan juga kitar semula sisa pertanian.

| 169 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

AB CHOCOJAR ENTERPRISE - UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

AB Chocojar Enterprise merupakan

sebuah perniagaan yang menjual

makanan berasaskan coklat.

Syarikat ini merupakan salah sebuah

syarikat perkongsian yang dimiliki

oleh Muhammad Zulfaqa Rosli dan

Muhamad Aiman Abdul Halim. Syarikat

ini telah beroperasi bermula dari 1

Disember 2019 di Nilai, Negeri Sembilan.

Perniagaan ini dijalankan dengan

modal permulaan sebanyak RM300

sahaja. Tercetusnya keinginan untuk menjalankan perniagaan ini adalah disebabkan oleh keazaman ingin

membantu para pelajar universiti untuk menambah kewangan mereka demi menampung kos pembelajaran.

Setelah mendapat sambutan yang memberangsangkan, syarikat ini terus berusaha untuk penambahbaikan
dari segala aspek. Keistimewaan produk ini ialah ia merupakan salah satu produk yang mampu milik dengan
rasa coklat yang setanding dengan coklat yang ada di pasaran. Pada 05 Mei 2021, syarikat ini telah menaik
taraf nama syarikat AB Chocojar Enterprise kepada AB Food Asia Sdn Bhd. Visi syarikat ini adalah untuk
menjadikan syarikat ini sebagai sebuah syarikat makanan dan kudapan yang terbaik dan No.1 di Asia
menjelang tahun 2025.

| 170 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

PORTRAITBASS DESIGN STUDIO - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Pirdaus Beddu merupakan pengasas kepada
syarikat Portraitbass Design Studio (PDS) yang
memfokuskan pada perkhidmatan reka bentuk
seni bina. Beliau merupakan seorang pelajar
usahawan seni bina yang melambangkan
keusahawanan abad ke-21 yang inovatif
dan berwawasan dalam mengembangkan
perniagaan berimpak tinggi yang memberikan
nilai melangkaui falsafah perniagaan
tradisional.

Penguasaan reka bentuk seni binanya mendorong pelbagai arkitek berlesen yang dihormati untuk
mendapatkan khidmatnya dalam menggambarkan dan menghasilkan lukisan teknikal. Namanya menjadi
terkenal dalam industri dengan menawarkan perundingan terus dengan pelanggan dan meneroka pasaran
baharu melalui platform maya. Ini dilengkapkan dengan pemahaman pakar beliau mengenai teknologi yang
memberinya kelebihan daya saing dan ruang untuk meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti.

Sepanjang 2019 hingga 2020, nilai kumulatif projek yang disertai oleh PDS adalah sehingga RM11.3 juta. Apa
yang menarik, khidmatnya diperlukan sebagai salah seorang pereka utama untuk projek asrama sembilan
tingkat yang sedang dijalankan di USM Apex Hall dengan GDV pada kira-kira RM6 juta sahaja. Projek terkenal
lain yang diceburinya ialah Villa Pasir Rendah, IDEA Master Studio, dan The Bricks dengan kos masing-masing
sekitar RM3.5 juta, RM600,000 dan RM400,000.

| 171 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK

2021

HF ROBOTICS - UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

HF Robotics merupakan syarikat pelajar yang ditubuhkan pada 1
Mac 2019 yang berpangkalan di Skudai, Johor. Syarikat ini memberi
tumpuan kepada penyediaan set robotik pendidikan berkualiti tinggi
dengan harga berpatutan yang diasaskan bersama oleh empat
orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Muhammad
Hafiz bin Faisal, Muhammad Aris Edham bin Johazaly, Muhammad
Hairil Afandi bin Muhammad Edrus dan Nor Farhan Hidayah binti M.
Pajar.
Aktiviti perniagaan utama syarikat ini ialah pembuatan pelbagai set
Robotik Pendidikan seperti JituBotz Micro, Jitubotz Nano dan robot
Sumo. Robotik HF juga melakukan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan bengkel robotik. Syarikat
ini kini mempunyai empat orang pengedar dan agen untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan
mereka. Produk pertama mereka iaitu Jualan Jitubotz Micro telah menjana lebih daripada RM150,000 sejak
dilancarkan pada Mac 2021.
Syarikat ini memasarkan produknya melalui saluran dalam talian seperti Shoppe, Lazada, Ebay dan Lelong.my.
Mereka juga mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram,
Twitter, WhatsApp dan Telegram. Syarikat ini mengunjurkan pendapatan RM500,000 menjelang akhir 2021,
dan RM1.8 juta menjelang akhir 2022 daripada salah satu aliran hasilnya iaitu jualan produk.

| 172 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

2021

ARAGORN RICH SDN. BHD. - UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

Aragorn Rich Enterprise ditubuhkan pada tahun 2020
manakala Aragorn Rich Sdn. Bhd. ditubuhkan pada
tahun 2021 dimiliki sepenuhnya oleh Encik Ahmad
Fitri bin Mohd Yusof dengan objektif menyelesaikan
masalah sisa makanan melalui cara pemprosesan
sisa makanan tersebut menjadi sesuatu yang lebih
bermanfaat dan mesra alam. Dengan kerjasama
daripada para penyelidik universiti tempatan,
penyelesaian yang lebih baik telah diperkenalkan.
Sistem pengurusan sisa makanan yang dicadangkan
akan membuka jalan baru untuk menjana pendapatan
daripada sisa makanan dan pengurusan sisa organik.

Inovasi yang diperkenalkan melalui perniagaan syarikat ini adalah “Natural Process System” iaitu sistem
yang mampu mempercepatkan proses kompos sisa makanan dan organik dalam tempoh kurang daripada
24 jam secara semula jadi tanpa penggunaan haba, bahan kimia dan juga bahan tambahan yang lain.
Kompos melalui inovasi yang diperkenalkan syarikat iaitu Natural Process System (NPS) dan produk kami iaitu
Smart Compost Kit mampu untuk menyelesaikan isu tersebut. Smart Compost Kit ialah satu set lengkap bagi
memudahkan dan mempercepatkan individu untuk menghasilkan kompos sisa makanan dan organik dari
rumah. Selain itu, latihan cara penggunaan juga disediakan secara percuma kepada pengguna sehingga
mereka mahir dalam menghasilkan kompos tersebut. Smart Compost Kit mampu dipasarkan kepada individu,
komuniti setempat serta komuniti yang berada di bawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

| 173 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

KOLEJ KOMUNITI 2021
SEGAMAT 2

TOKAN MOTORSPORT - KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2

Tokan Motorsport telah didaftarkan pada 26 Februari
2019 oleh Muhammad Khairi Wahid. Beliau mempunyai
tahap pendidikan iaitu Sijil Teknologi Elektrik dari Kolej
Komuniti Segamat 2 dan bergraduan pada tahun 2019.
Beliau mula berniaga pada usia seawal 19 tahun ketika
itu hanya dengan menjual minyak enjin yang bermodal
kan RM500.00 sahaja. Selepas memasuki Kolej Komuniti
Segamat selama 2 tahun, beliau kemudiannya telah
mendapat idea untuk menjual topi keledar. Idea itu
hadir ketika kelas keusahawanan yang ada menyentuh
tentang perniagaan secara atas talian di mana dari
situlah muncul titik permulaan perniagaan ini sehingga
ke hari ini. Kini, perniagaan yang dijalankan mencapai
jualan purata RM50,000 sebulan.

Lokasi perniagaan beliau bertempat di Johor Bahru, Johor. Perniagaan yang diwujudkan ini dimiliki secara
persendirian setelah hampir 3 tahun berhempas pulas dalam mengembangkan perniagaannya. Keunikan
yang ada terhadap perniagaan ini ialah ia membekalkan pelbagai jenis topi keledar dan mencuci topi keledar
kepada para pengguna tidak kira lelaki ataupun perempuan yang mengikuti trend masa kini. Trend ini amatlah
digemari oleh pengguna khususnya para penunggang motosikal yang sangat mementingkan penampilan
sama ada semasa pergi bekerja, beriadah mahupun bersiar-siar. Tambahan lagi, Tokan Motorsport amat
mementingkan kualiti dalam perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan
produk yang dibeli.

Selain itu, harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu milik di samping potongan harga diberikan
kepada pelanggan setia. Beliau optimis bahawa perniagaan topi keledar ini juga mempunyai potensi pasaran
yang tinggi. Antara pelanggan beliau adalah daripada negara jiran, iaitu Singapura.

| 174 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

2021

POGGO ANIMATION SDN. BHD. - UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU)

Poggo Animation Sdn. Bhd. telah diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016, yang telah berdaftar dengan SSM pada
28 Jun 2018. Syarikat ini menghasilkan kandungan animasi
3D yang asli serta menyediakan perkhidmatan pengeluaran
yang menarik dan berkualiti tinggi. Poggo Animation dimiliki
oleh empat (4) orang graduan Universiti Multimedia (MMU)
iaitu Dion Chua Lok Yan, Lee Shey Lin, Puteri Sabrina Affenddy
dan Juhaidah Jeomin. IP pertama mereka, Poggo Cat! bermula
sebagai projek tahun akhir semasa mereka bergelar pelajar
di MMU. Disebabkan potensinya yang boleh dipasarkan,
mereka memutuskan untuk mengembangkannya menjadi siri
TV 52 episod dengan 11 minit masa siaran untuk kanak-kanak
prasekolah.

Mereka juga telah mengembara ke 4 buah negara untuk
mengembangkan perniagaan perkhidmatan mereka. Hasil daripada pengembaraan mereka itu, perniagaan
mereka telah mendapat permintaan penyiaran daripada penyiar, pengedar dan pengeluar tempatan
serta antarabangsa. Syarikat tersebut memanfaatkan kerjasama dengan syarikat yang ditubuhkan melalui
pengeluaran atau pelaburan bersama untuk mengurangkan keluk pembelajaran yang curam. Justeru
itu, ia membolehkan pemindahan pengetahuan dan kemahiran yang lebih pantas antara satu sama lain.
Perkongsian syarikat ini dengan Giggle Garage Sdn. Bhd. membolehkan mereka memanfaatkan teknologi dan
kepakaran mereka, secara langsung memantapkan saluran pengeluaran dan rangkaian perniagaan mereka.
Selain itu, syarikat ini menggunakan teknologi terkini dalam industri seperti Unreal Engine dalam pengeluaran
untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan masa dan kos pengeluaran.

| 175 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 2021

MA SEPADU LEGACY SDN. BHD.
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)

MA Sepadu Legacy Sdn. Bhd dahulunya dikenali sebagai MAAutomobile
telah beroperasi sejak 23 Mei 2016. Syarikat ini dimiliki oleh Muhammad
Asyraf bin Mohd Zain, graduan dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah (PSA). Syarikat tersebut merupakan pakar dalam arena
automotif khususnya menjual kenderaan baharu dan terpakai serta
bertapak di lokasi yang sangat strategik iaitu Lebuh Raya Pasir Mas,
Salor, Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai wakil
untuk tujuh buah syarikat insurans terkemuka di Malaysia.

Dengan menegakkan misi dan matlamat syarikat, “Kereta Anda,
Penjagaan Kami”, Muhammad Asyraf memastikan pasukannya
memahami bahawa keutamaan mereka yakni perlu memastikan
pelanggan meninggalkan premis mereka dengan gembira dan
berpuas hati kerana mereka hanya menerima yang terbaik daripada
pihak syarikat. Daripada segi jualan, usahawan muda yang luar biasa
ini telah pun mempunyai 2000 orang pelanggan setakat ini dengan
jumlah jualan RM1.2 juta, yang meningkat sekitar 40% hingga 70%
setiap tahun.

| 176 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 2021

SUDUPENUH - POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)

SUDUPENUH yang dimiliki oleh SP Brand worldwide merupakan
sebuah perniagaan yang berasaskan makanan dan didaftarkan
pada 22 Disember 2020. Pada mulanya, SUDUPENUH diuruskan
oleh Mizaria Sumar dan rakan kongsi beliau iaitu Harith Hasbullah
dengan memfokuskan kepada industri makanan iaitu Nasi Ayam
Bakar. Pada tahun pertama, mereka telah berjaya merekrut seramai
2 orang pekerja iaitu Muhammmad Syazrul dan Ahmad Fredo untuk
menyediakan hidangan setiap hari untuk pelanggan mereka. Dengan
dedikasi yang kuat, SUDUPENUH berjaya menjana pendapatan
harian sebanyak RM4,000 sehingga RM 19,000 bermula dengan
modal awal sebanyak RM4,500.

Berbekalkan pengetahuan melalui latihan dan pengalaman
semasa menuntut di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah serta bimbingan dari Program Geran Latihan Perusahaan,
mereka bercadang untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi
syarikat ini agar dapat berdaya saing di pasaran. Perancangan
akan datang merangkumi hasrat SUDUPENUH untuk membuka
cawangan-cawangan francais yang dapat membuka peluang
perniagaan kepada para bakal usahawan. Bukan itu sahaja,
ada juga perancangan perniagaan food truck yang telah menjadi
ikutan pada masa kini. Perancangan kos rendah, pelaburan dan
jangkauan pelanggan yang lebih luas merupakan faktor utama
kejayaan syarikat ini.

| 177 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2021

ML BERSATU ENTERPRISE - POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PSA)

Encik Amirul Riezwan, Ketua

Pegawai Eksekutif ML

Bersatu Enterprise, telah

mengambil peluang dengan

menjadikan syarikatnya

sebagai peneraju yang

sangat terbilang dan

diiktiraf dalam industri

telefon selular di Malaysia.

Memulakan perniagaan

dengan RM500, beliau

mampu mengembangkan

perniagaan dalam tempoh yang singkat. Matlamat syarikat tersebut adalah untuk menjadi pemborong dan

peruncit utama telefon baharu serta telefon yang telah ditambah baik di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk mencapai matlamat ini, beliau terlebih dahulu mengenal pasti dan menyepadukan elemen-elemen
tertentu ke dalam operasi syarikat, bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan teknologi, menyediakan
perkhidmatan berkualiti tinggi, melaburkan masa dan wang ke dalam pemasaran dan pengiklanan,
perbelanjaan ke dalam pasaran khusus, serta kekal mendahului ‘keluk teknologi’. Pada masa ini, ML Bersatu
berjaya berkembang daripada sebuah kedai kepada lima buah kedai yang terletak di Terengganu dan
Pahang. Bilangan kakitangan juga bertambah apabila syarikat tersebut berkembang di mana sebahagian
daripada mereka merupakan pelajar lepasan Politeknik. ML Bersatu berharap untuk mencapai matlamatnya,
mereka perlu menekankan perkhidmatan yang terbaik termasuk tempoh jaminan yang lebih lama kepada
pelanggan dengan tawaran harga yang lebih murah.

| 178 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

2021

BULAN BINTANG CLOTHING SDN. BHD.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Bulan Bintang telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan
kemudiannya didaftarkan sebagai syarikat Sendirian
Berhad pada 28 Oktober 2020 dengan nama Bulan
Bintang Clothing Sdn. Bhd. Pemilik dan pengasas jenama
Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi merupakan graduan
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bulan Bintang memfokuskan
kepada penjualan baju Melayu cekak musang dan kurta
dengan potongan baju Melayu moden yang dikenali
sebagai “tailored fit”.

Bermula dengan berniaga di Uptown Danau Kota pada
tahun 2019, kini Bulan Bintang berjaya membuka butik
pakaian di Bangi, Selangor. Sehingga kini, Bulan Bintang
mempunyai hampir 3,000 orang ejen di seluruh negara
dan berjaya membantu komuniti menjana pendapatan
dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara bermula tahun 2019. Perniagaan ini diuruskan
sepenuhnya oleh Azzim yang dibantu oleh rakan-rakan sekolah serta rakan universiti yang bersama-sama
mengharungi perjalanan sejak mula berniaga secara kecil-kecilan sehingga ke hari ini. Menurut Azzim, beliau
bukan seorang tukang jahit tetapi beliau sorang usahawan yang tidak kenal erti putus asa.

| 179 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

2021

FEIKEN BEARING SDN. BHD. - UNIVERSITI MALAYA (UM)

FEIKEN Bearing Sdn. Bhd. memulakan operasinya pada Oktober
2019. Salah seorang pengasas kepada syarikat iaitu Wong Yi Tin
merupakan graduan dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya
pada tahun 2019. Bermula dengan pendapatan permulaan
yang kurang memberansangkan, beliau berjaya menjana RM1.6
juta pada tahun pertama syarikat beroperasi dan RM1.2 juta
sehingga Ogos pada 2021.
FEIKEN merupakan pembekal industri produk bearing berkualiti
tinggi dan merupakan penyelesaian tersuai di dalam industri
automasi. Memandangkan syarikat ini pengedar tunggal produk
jenama FEIKEN di Malaysia, mereka mempunyai kelebihan
terhadap kawalan harga yang lebih baik dengan mengurangkan
penglibatan ejen atau orang tengah dalam rantaian bekalan.
Syarikat juga boleh mempunyai kawalan kualiti yang lebih baik
ke atas produk, serta fabrikasi spesifikasi yang dibuat khusus.
FEIKEN Bearing Sdn Bhd telah tercalon dalam Asia Pacific TOP
Excellence Brand – Book of The TOP 2021.

| 180 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

2021

GOLEARN - UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

GO Learn GoLearn diasaskan oleh Liew Tian Chin
Private Tutor | Online Class pada tahun 2019 selepas mendapati
pasaran tuisyen di Malaysia begitu sesak
Find Best Home Tutor, Online dengan pusat tuisyen. Susulan daripada
Tutor in Malaysia fenomena tersebut, tiada cara yang spesifik
untuk GoLearn mencari pelajar jika kita
Alric Liew (Founder) mengendalikan sesi pembelajaran secara
golearn.com.my persendirian. GoLearn mengambil inisiatif
12/7/2021 untuk menghubungkan beribu-ribu ibu bapa
dan pelajar kepada tutor yang mereka
inginkan di luar dan dalam talian.

GoLearn dibina untuk memudahkan tutor dan ibu bapa mencari pelajar dan tenaga pengajar persendirian
untuk anak-anak mereka. Ini mewujudkan ribuan pekerjaan sambilan berdasarkan permintaan daripada
warga pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan luar KPM. Dengan senario semasa dan jangkaan
keperluan pembelajaran dalam talian, ia telah membuka peluang kepada GoLearn untuk menembusi pasaran
lebih luas terutamanya di Asia Tenggara. Ia membuka ruang pasaran baharu untuk tutor mempromosi dan
menawarkan perkhidmatan mereka dengan lebih meluas. Pada masa ini, GoLearn telah berjaya membantu
ibu bapa terutamanya dari Malaysia, Singapura, Thailand, dan Brunei untuk mencari tutor bagi anak-anak
mereka.

| 181 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

2021

LJ EMPIER ENTERPRISE - UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

LJ Empier Enterprise
yang diasaskan oleh Siti
Norliana Binti Noordin
merupakan sebuah syarikat
yang menawarkan produk
makanan yang berasaskan
makanan Jepun. Antaranya
termasuk Sushi, yang
divariasikan dengan cita rasa
tempatan seperti serunding
dan sebagainya. Idea ini
tercetus apabila penerimaan
terhadap makanan mentah
seperti sushi di Malaysia sangat kurang. Maka, syarikat ini mengetengahkan idea ini supaya sushi yang
dihasilkan dapat diterima oleh setiap golongan masyarakat Malaysia yang kurang menggemari makanan
mentah seperti Sushi. LJ Empier Enterprise juga menghasilkan produk inovasi iaitu sushi donut yang mempunyai
keunikannya yang tersendiri.

Perniagaan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada tanggal 7 September 2017 di
bawah nama Sintokyo Venture. Namun, perniagaan ini telah didaftar semula dengan menggunakan nama
baru iaitu LJ Empier Enterprise pada 7 Disember 2020. LJ Empier Enterprise, atau lebih dikenali sebagai
Sintokyo, dijenamakan semula menjadi Rizkin Sushi by Sintokyo pada awal tahun ini iaitu pada awal Januari
2021. Syarikat ini beroperasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah Darul Aman serta di Alor Setar.
Produk Sushi yang ditawarkan oleh Sintokyo Sushi sangat berpatutan iaitu dari harga hanya serendah RM
1.00 sehingga ke harga RM 5.50 bagi set ekonomi manakala bagi set Premium pula bermula dari RM 25
Sehingga RM50 untuk set keluarga. Di samping menjana pendapatan sendiri, LJ Empier Enterprise juga
membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar selain meringankan kos sara hidup
mereka di universiti.

| 182 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

2021

STANDARD TASTE ENTERPRISE - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Standard Taste Enterprise diasaskan oleh Mohd Haziq
Najmi bin Zailani graduan Ijazah Sarjana Muda Analisis
Pelaburan, Universiti Teknologi MARA (Cawangan Johor)
pada tahun Disember 2019. Beliau berjaya mendaftarkan
produk atas jenama Daging Salai Standard Taste dan
aktiviti operasi perniagaan beliau bergiat aktif bermula
pada Mac 2020.

Berdasarkan trend pasaran masa kini, permintaan
terhadap daging salai telah meningkat terutamanya
daripada golongan muda yang sibuk bekerja. Permintaan
terhadap masakan ala kampung juga terus menjadi
pilihan pelanggan terutamanya di kawasan bandar.
Haziq amat positif dengan senario masa hadapan produk
daging yang stabil kerana masyarakat tetap berbelanja
untuk produk makanan. Keyakinan ini jelas dilihat daripada jualan Standard Taste bagi tempoh April hingga
Disember 2020 mencecah RM149,965.71 dan menjadi bukti terhadap permintaan yang menggalakkan bagi
sesuatu produk yang baru diperkenalkan.

Memulakan operasi dengan modal serendah RM2,000.00 pada 19 Disember 2019, usahawan muda ini
berjaya merekodkan jualan minimum sebanyak RM15,755.00 sebulan dengan pulangan keuntungan minimum
sebanyak 53 peratus dan sasaran minimum produk jualan sebanyak 685 paket sebulan. Selain itu, Standard
Taste Enterprise juga berjaya menjana pendapatan maksimum mencecah RM21,235.00 serta keuntungan
sebanyak 106% dalam masa sebulan. Nilai jualan ini secara tahunan mencecah ke angka RM149,965.71.

| 183 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI C : ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN TERBAIK

2021

MAFACO ENTERPRISE - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Mohamad Afif Fahimi bin Mohamad Aris ialah
pengasas Black Cabin dan Aco Café yang
yang didaftarkan dibawah Mafaco Enterprise.
Ia merupakan dua (2) buah kafe moden yang
menepati citarasa gaya hidup masa kini. Black
Cabin tercetus daripada idea awal beliau untuk
mewujudkan kafe dari kabin mudah alih lama.
Melalui pelan perniagaannya yang kukuh,
beliau telah menjana pendapatan kira-kira
RM200,000 pada 2019. Penubuhan Aco Café
kemudiannya telah meningkatkan hasil kewangan tahunan yang ketara pada 2020 dengan peningkatan
hampir 96% iaitu kira-kira RM392,000.

Bagi meningkatkan reputasi Black Cabin, Afif menghantar pekerja-pekerjanya ke program peningkatan
kemahiran perniagaan berkaitan kopi dan penyediaan minuman berasaskan kopi bagi memperoleh sijil
profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dari 2019 hingga 2020, seramai 150 orang pekerja
yang terdiri daripada pelajar USM telah terlibat dalam perniagaan yang diusahakannya ini. Di Black Cabin
dan Aco Café, pelajar menerima latihan dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Selain itu, mereka juga
digalakkan menawarkan idea mereka semasa kempen kafe dilaksanakan.

Sebagai alumni Universiti Sains Malaysia (USM), Afif telah terlibat di dalam memberi perkongsian ilmu
keusahawanan kepada 11,100 orang pelajar melalui program keusahawanan yang dijalankan USM. Beliau
juga kerap dijemput ke sekolah menengah sekitar Pulau Pinang untuk berkongsi pengalaman perniagaannya.
Bagi mengembangkan perniagaannya, Afif merancang untuk membuka sebuah lagi kafe di tapak Universiti
menjelang akhir tahun 2021.

| 184 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

2021

DR. MUHAMAD HARIZ MUHAMAD ADNAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Dr. Muhamad Hariz Muhamad Adnan merupakan Pensyarah Kanan di
Jabatan Pengkomputeran, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau
telah memulakan perjalanan keusahawanan beliau sejak zaman pengajian
ijazah sarjana muda lagi. Semasa dalam pengajian PhD pula, beliau telah
mengasaskan agensi pemasaran digital, agensi pembangunan perisian,
dan kedai buku dalam talian. Bermula tahun 2017, perniagaan beliau
telah berkembang dari tahun ke tahun. Oleh sebab pemasaran digitalnya
yang mahir, beliau telah dinobatkan sebagai Jurulatih eUsahawan oleh
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada tahun 2020. Pada tahun
2020 sahaja, beliau telah melatih lebih 600 orang usahawan di Malaysia,
India dan Brunei.

Selain itu, beliau merupakan Naib Presiden Jaringan Pelatih dan Jurulatih
Usahawan Malaysia. Dilengkapi dengan kemahiran dan sikap yang betul,
beliau terlibat secara aktif dengan program universiti sebagai mentor dalam
memberi tumpuan kepada transformasi digital. Beliau telah meninggalkan
kesan mendalam terhadap kemajuan pelajar untuk memulakan perjalanan
keusahawanan digital, terutamanya untuk perniagaan mereka supaya
bertahan dan berkembang maju dalam norma baharu pandemik Covid-19.
Beliau juga telah dianugerahkan Pelatih Tertinggi untuk eUsahawan MDEC
bagi Mei 2020 dan anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam
Anugerah Kecemerlangan Akademia - Anugerah Akademia UPSI (A2U) 2020.

| 185 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

KOLEJ KOMUNITI 2021
BALING

PUAN NOR SHAMILA ABDUL KARIM - KOLEJ KOMUNITI BALING (KKB)

Puan Nor Shamila Abdul Karim merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Baling
berkelulusan Sarjana Keusahawanan & Inovasi dari Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Beliau berpengalaman sebagai pensyarah/pegawai
keusahawanan selama hampir 11 tahun di Kolej bermula pada tahun 2010.
Dengan minat, kelayakan akademik dan pengalaman yang mendalam dalam
bidang keusahawanan untuk mengaktifkan diri dalam pembangunan dan
pendidikan dalam kalangan pelajar TVET mendorong beliau terus bergerak
aktif.

Menjadi penggerak keusahawanan di kolej, institusi, komuniti dan jabatan
telah memberi beliau suatu tanggungjawab untuk melahirkan lebih ramai
“job creator” dalam kalangan usahawan dan jutawan melalui program
inkubator, latihan, bimbingan, khidmat nasihat atau kursus-kursus yang
dianjurkan. Antara sumbangan beliau sepanjang tahun 2019 – 2020 adalah
beliau telah terlibat di dalam membimbing mentee seramai 1,268 orang
meliputi memberi pendedahan keusahawanan kepada seramai 235 orang
pelajar, melahirkan 76 orang usahawan pelajar dan memantau 18 orang
pelajar di pusat inkubator kolej.

Namun, berpegang pada prinsip hidup yang dikongsi dengan mentee iaitu
“Ingin mengubah hidup, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya
tetapi ia hadir dengan 100% usaha yang diberikan” dengan berbekalkan
kemahiran dan minat dalam perniagaan diharap dapat mengubah kualiti
hidup diri sendiri serta para pelajar.

| 186 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

KOLEJ KOMUNITI 2021
BATU PAHAT

PUAN FARIDATULJANA MOHD NOOR - KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT (KKBP)

Puan Faridatuljana Mohd Noor merupakan pensyarah yang telah berkhidmat
selama 14 tahun di kolej komuniti dan politeknik. Antara usaha yang
dilaksanakan berkaitan keusahawanan ialah Cemilan Café, Young Preneur
Aircond Incubator, Entrepreneurship Enhancement Program dan Make Sense
Make Cents. Cemilan Café merupakan tempat di mana pelajar mendapat
latihan tentang proses keusahawanan bermula dari merancang, berurusan
dengan pelanggan, operasi kedai, pengurusan kewangan sehingga operasi
ditutup.

Faridatuljana merupakan penulis bagi buku Modul Asas Keusahawanan:
Usahawan Mantop Hasil Tiptop! di mana beliau banyak melakukan
penyelidikan keusahawanan dan merupakan seorang mentor keusahawanan.
Beliau juga mempunyai inovasi keusahawanan dan dianugerahkan Pingat
Perak. Bermula pada tahun 2017, beliau memberi latihan keusahawanan
kepada pelajar kolej komuniti dan mula aktif dengan keusahawanan
digital serta menjadi pengajar E-Rezeki MDEC. Pada tahun 2020, beliau
mula memberi bimbingan percuma tentang Shopee dan sehingga Ogos
2021 beliau telah membimbing seramai 458 orang peserta Shopee. Beliau
juga dilantik sebagai juri pertandingan keusahawanan dan inovasi, ditemu
ramah Lensa RTM1, penyumbang artikel di Harian Metro, penyemak kertas
penyelidikan peringkat antarabangsa dan mentor penyelidikan dan inovasi.
Beliau juga merupakan penulis dan penggubal Garis Panduan Inkubator
Keusahawanan Politeknik & Kolej Komuniti. Kredibilitinya dalam bidang
keusahawanan dilihat oleh syarikat konsultasi dan melantik beliau sebagai
Coach Shopee oleh Kagum Academy untuk program E-Marketplace anjuran
INSKEN.

| 187 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

KOLEJ KOMUNITI 2021
KUALA LANGAT

PUAN MAHANOM ISMAIL - KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT (KKKL)

Puan Mahanom binti Ismail memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Kolej
Komuniti dalam bidang Sijil Pengoperasian Perniagaan bermula 1 Julai 2003.
Beliau mempunyai kelulusan akademik dalam Bidang Pengurusan Perniagaan
di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Beliau aktif dalam aktiviti inovasi dan juga membimbing pelajar
dalam inovasi dan perniagaan. Beliau sering menjadikan dirinya sebagai
contoh kepada pelajar untuk mencapai apa yang mereka inginkan kerana
beliau juga memulakan pengajian di peringkat sijil.

Program Jom Jana Money (JJM) merupakan program yang dibangunkan untuk
membantu pelajar yang berminat dan mempunyai potensi dalam perniagaan
merentasi semua program pengajian di Kolej Komuniti Kuala Langat. Program
To Be Someone (2BS1) pula dikhususkan untuk pelajar semester 3 program
Sijil Pengoperasian Perniagaan kerana mereka mempunyai potensi yang
tinggi untuk menceburi bidang perniagaan. Kedua-dua program JJM dan
2BS1 ini tidak terhenti setakat semasa dalam penggajian sahaja, sebaliknya
bimbingan akan terus diberikan sehingga pelajar mampu berdikari sendiri
dan mempunyai mentor. Kelebihan pelajar Kolej Komuniti yang suka kepada
kemahiran, muda dan sentiasa dahagakan ilmu menjadi semangat kepada
beliau untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan berjaya.

| 188 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

KOLEJ KOMUNITI 2021
S E L AYA N G

PUAN FAZLILAWATI FADZIL - KOLEJ KOMUNITI SELAYANG (KKSY)

Puan Fazlilawati binti Fadzil merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Selayang
(KKSY). Beliau memegang Sarjana dari Universiti Teknologi Malaysia dalam
bidang Sains Perancangan Pelancongan dan graduan Sarjana Muda
dan Diploma Pengurusan Hotel dari Universiti Teknologi MARA. Beliau
antara yang membangunkan program keusahawanan yang berimpak
besar menerusi platform “Inspired Kitchen” (IK). Pencapaian beliau dalam
melahirkan usahawan-usahawan muda kelainan upaya dan mencungkil
bakat terpendam dalam diri mentee-mentee di KKSY dan luar KKSY menjadi
pemangkin dalam pemantapan program usahawan di KKSY.

Beliau terlibat secara aktif dalam melahirkan usahawan muda berjaya di
KKSY menerusi program kesukarelawan bersama organisasi luar serta
pembangunan bakat melalui Abilimpics Anatarabangsa dalam kalangan
pelajar kelainan upaya KKSY. Kejayaan beliau dalam pembangunan program
keusahawanan “Inspired Kitchen” semakin terserlah di mana jenama
“Inspired Kitchen” semakin mendapat tempat dan juga sebagai imej KKSY
dalam media cetak dan elektronik.

| 189 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

KOTA BHARU 2021

PUAN MADIHA HASBULLAH - POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)

Puan Madiha Hasbullah, seorang Pensyarah Kanan dalam bidang
Perakaunan di Politeknik Kota Bharu (PKB), merangkap Penyelaras Kursus
Keusahawanan Digital, yang bertanggungjawab memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut berjalan lancar di PKB.
Apabila beliau dilantik sebagai Penolong Ketua Unit Keusahawanan PKB,
beliau mula mengorak langkah dengan mengasaskan Program ASPIRE.
Program yang mengintegrasikan semua aktiviti berkaitan keusahawanan
pelajar di PKB ini telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya.

Beliau adalah di antara individu yang bertanggungjawab memperkenalkan
sistem perakaunan berkomputer kepada pelajar PKB melalui Perisian Sage
UBS Computerized Accounting dan Autocount Computerized Accounting.
Selain mahir dalam bidang perakaunan, beliau juga adalah seorang Master
Trainer yang mendapat latihan dari Malaysia Digital Economy Corporation
(MDEC) pada tahun 2016 dan 2017. Mendapat pengiktirafan sebagai trainer
daripada pengeluar perisian perakaunan berkomputer utama Malaysia
iaitu, Sage UBS Malaysia, Autocount Sdn Bhd dan E Stream Software Sdn.
Bhd. (SQL Accounting), graduan Perakaunan Universiti Utara Malaysia ini
diberi kepercayaan untuk menjadi Konsultan Perakaunan dan Percukaian
kepada Syarikat Aman Optical House dan Optometris Keluarga.

| 190 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2021

PUAN SURIATI AHMAD - POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PSA)

Puan Suriati Ahmad merupakan seorang pensyarah yang telah berkhidmat
selama 12 tahun di Kolej Komuniti dan baru memulakan khidmat di Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) pada April 2020. Beliau terlibat secara
aktif dalam aktiviti keusahawanan semasa di kolej komuniti dan terus diberi
kepercayaan meneruskan khidmat bakti beliau di POLISAS. Beliau mempunyai
banyak sumbangan kepada institusi khususnya di Kolej Komuniti Kuantan,
masyarakat setempat dan para pelajar dalam aspek keusahawanan. Antara
hasil usaha beliau ialah penganjuran program Jelajah Niaga Felda Bukit
Goh, Jelajah Niaga Pasar UTC, Jelajah Niaga Pasar Malam, Jelajah Niaga
Taman Kerang dan sebagai Mentor Dandelion Café.

Puan Suriati juga mempunyai inovasi keusahawanan yang dianugerahkan
dengan pingat perak. Pelbagai latihan keusahawanan telah diberikan
bersama agensi-agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA), Federal Land
Development Authority (FELDA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam
membimbing usahawan-usahawan di luar sana. Pada tahun 2019, beliau
terlibat membimbing pelajar-pelajar di dalam bidang Kulinari, perhotelan,
Mekanikal, Elektrik dan Senibina. Atas bimbingan beliau, salah seorang
pelajar Kulinari Siti Nur Khairunnisa telah dinobatkan sebagai penerima
Anugerah Usahawan Kolej Komuniti sempena Majlis Konvokesyen Kolej
Komuniti Negeri Pahang 2019.

| 191 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2021

PUAN ROZITA HALINA ROSLI - POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PSA)

Puan Rozita Halina Rosli mempunyai pengalaman 19 tahun dalam sektor
pendidikan TVET sejak 2002. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Perniagaan Kepujian Pemasaran dari Universiti Teknologi Mara
dan Sarjana Pendidikan Teknikal dari Universiti Teknologi MARA. Beliau
merupakan seorang Subject Matter Expert (SME) Keusahawanan Digital dari
Malaysia Digital Economic Corporation. Kini, beliau sedang menyambung
pengajian peringkat PhD dalam bidang Keusahawanan Digital di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beberapa kejayaan yang telah dirangkul oleh institusi hasil sumbangan
beliau antaranya mengangkat PSA menjadi institusi TVET Terbaik
eUsahawan 2018. Beliau juga telah dianugerahkan sebagai Tenaga
Pengajar TVET Terbaik eUsahawan Mikro 2016. Pada tahun 2020, beliau
telah dianugerahkan dengan anugerah Best Mentor National Polycc. Beliau
juga telah mengharumkan nama baik PSA apabila berjaya membawa
pelajar sebagai juara 2 tahun berturut-turut di Pertandingan SELFY anjuran
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada tahun 2018 melalui
projek MOBAG dan pada tahun 2019 melalui projek PAWTIL Mycats. Beliau
bersama 2 orang penulis lain telah berjaya menerbitkan sebuah buku garis
panduan penubuhan dan pengoperasian Inkubator Peruncitan Kshoppe
Chillax.

| 192 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

SULTAN AZLAN SHAH 2021

PUAN NORAINI HASHIM - POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

Puan Noraini Hashim merupakan Ketua Unit Pusat Pengurusan
Keusahawanan (EMaC) dan telah berkhidmat selama 19 tahun di Politeknik
Sultan Azlan Shah (PSAS) Perak. Antara usaha beliau di PSAS ialah Pasar
Malam, Pasar Ramadhan, Biz Garden, Centre of Retail Excellence (CORE)
dan Polysport Café. CORE telah dianugerahkan Pingat Emas manakala
Polysport Café merupakan tempat untuk pelajar mempraktikkan sepenuhnya
keusahawanan bermula daripada proses perancangan, berurusan dengan
pelanggan, operasi kedai, kewangan sehingga operasi ditutup. Beliau
banyak menulis dan membentangkan kertas kerja mengenai keusahawanan.
Beliau juga mempunyai inovasi keusahawanan yang dianugerahkan dengan
Pingat Emas bernama ICOBS.

Beliau juga aktif terlibat dalam pembangunan sukatan pelajaran
keusahawanan Politeknik dan dilantik sebagai Mentor Usahawan KPDNKK
pada tahun 2017 di mana beliau dikehendaki memberi bimbingan kepada
usahawan di bawah kementerian. Beliau juga aktif membantu pensyarah
junior dalam hal-hal keusahawanan. Beliau telah dianugerahkan sebagai
Johan Pensyarah Terbaik e-Usahawan 2017 oleh MDEC yang bersaing
dengan semua pensyarah TVET di Malaysia. Untuk 2019-2020, beliau
membimbing 5 orang pelajar PSAS di bawah projek Digital Intensive Advise,
and Monitoring Networking Development (DIAMOND) yang berjaya meraih
jualan terkumpul sebanyak RM1.3 juta, 5 orang pensyarah BTS (Be Together
Success) dan 3 orang peruncit (Konsultasi Keusahawanan Peruncitan).

| 193 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

UNGKU OMAR 2021

PUAN YUFIZA MOHD YUSOF - POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)

Puan Yufiza Mohd Yusof memulakan pengalaman mentor sejak berada di
Kolej Komuniti Sungai Siput sebagai Pensyarah Keusahawanan pada tahun
2008, dan sebagai Pensyarah Kanan pakar dalam Perakaunan di Politeknik
Ungku Omar (PUO). Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan Keusahawanan
dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan PhD. bidang Pengurusan dari
Universiti Sultan Azlan Shah. Di PUO, beliau diberi tugas sebagai penyelaras
untuk menyelia Inkubator Makanan Sejuk Beku (FFI) yang memberi inspirasi
kepada beliau untuk menyumbang sebaik mungkin sejak wabak COVID-19
melanda seluruh dunia. Sasaran utama FFI adalah untuk menghasilkan
pengeluaran PUO. Di Kolej Komuniti Sungai Siput, beliau menjalankan
beberapa aktiviti untuk menggalakkan pelajar dan kakitangan melibatkan
diri dalam dunia keusahawanan.

Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri, beliau telah mengikuti
Digital Marketing Course yang dikelolakan MDEC, Best Practice in General
Studies yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) dan Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia
anjuran MASMED-UiTM. Dari tahun 2008 hingga 2021, penglibatan dan
pengalaman beliau dalam bidang keusahawanan di pelbagai peringkat
telah menjadikan beliau lebih berjaya dan menyahut cabaran untuk lebih
berjiwa keusahawanan.

| 194 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

2021

DR. ROZAILIN HJ. ABDUL RAHMAN
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

Dr. Rozailin Hj. Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Dr. Olin memperolehi
Bachelor of Business Administration (BBA) dalam Perniagaan Antarabangsa
dari Universiti Multimedia (MMU). Beliau kemudiannya menerima Master
of Science (MSc) dalam Teknologi Maklumat di Loughborough University,
United Kingdom pada 2005 diikuti dengan Doctor of Philosophy (PhD) dalam
Perniagaan Tani dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2014. Pada
2006, Dr. Olin menyertai Jabatan Perniagaan dan Pentadbiran International
Islamic University Malaysia (UIAM) sebagai pensyarah. Beliau telah berjaya
mengumpulkan pelbagai geran penyelidikan berjumlah lebih daripada
RM 200,000 terutamanya daripada pembiayaan kerajaan. Dalam bidang
pentadbiran, Dr. Olin memegang beberapa jawatan antaranya sebagai
penasihat akademik di peringkat jabatan, penyelaras keusahawanan di
peringkat fakulti dan sebagai Ketua Akademik dan Keusahawanan Sosial di
Pusat Pembangunan Keusahawanan UIAM.

Beliau juga terlibat dalam kerja perundingan dengan Kementerian
Sains dan Teknologi Malaysia, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Di UIAM,
beliau mengajar dan menjalankan aktiviti penyelidikan dalam bidang yang
merangkumi keusahawanan digital, perniagaan antarabangsa, pengurusan
halal, keusahawanan sosial dan usahawan muda, wanita dan B40. Beliau
juga bertanggungjawab membangunkan modul “Pengenalan kepada
Keusahawanan” di peringkat universiti. Pada masa ini, Dr. Olin sedang
giat membimbing pelajar UIAM sehingga ke peringkat antarabangsa
melibatkan aktiviti keusahawanan seperti Mama Food yang merupakan
projek keusahawanan sosial paling cemerlang yang dibimbingnya.

| 195 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

2021

DR. NUR AINNA RAMLI - UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Dr. Nur Ainna Ramli berkelulusan Doktor Falsafah Kewangan dari Universiti
Lincoln Canterbury New Zealand pada tahun 2014. Beliau kemudiannya
berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2015. Pada tahun 2015, beliau
telah dilantik sebagai Penyelaras Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU),
Universiti Sains Islam Malaysia. Kemudian, pada tahun 2020, beliau
dilantik sebagai Timbalan Pengarah PKUU, USIM. Melalui kepakaran serta
pengalaman yang ada, beliau giat membimbing para pelajar dalam bidang
keusahawanan. Beliau turut dilantik sebagai Bendahari Koperasi Siswa
Universiti Sains Islam Malaysia Berhad (KOSISWA USIM) pada tahun 2015
hingga 2019. Kemudian, beliau dilantik sebagai Setiausaha KOSISWA USIM
Berhad bagi sesi 2020/2021.
Penglibatan beliau di peringkat nasional antaranya beliau telah dilantik
sebagai Penyelaras Program Special Social Entrepreneurship@Higher
Education (SE@HE). Program ini merupakan program keusahawanan sosial
bagi membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) agar mendapat
pendedahan mengenai ilmu keusahawanan serta dapat membantu mereka
untuk menjana pendapatan sendiri.

| 196 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

2021

DR. WONG WHEE YEN - UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNIRAZAK)

Dr. Wong Whee Yen berkelulusan PhD daripada University of Nottingham,
United Kingdom dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pengurusan
Maklumat), University of Hull, United Kingdom. Beliau merupakan Penolong
Profesor Jabatan Kejuruteraan Internet dan Sains Komputer dan Ketua
Program (Sarjana Sistem Maklumat). Sejak 2004, beliau telah membimbing,
menyelia dan melatih pelajar dan mentee dari pelbagai latar belakang. Dia
mengemukakan idea inkubasi perniagaan di kampus sebagai sebahagian
daripada latihan pelajar. Pusat Unovate akhirnya ditubuhkan di Universiti
Tun Abdul Razak (UTAR) dan pusat itu kini menempatkan beberapa buah
syarikat permulaan yang ditubuhkan oleh pelajar melalui inovasi dan usaha
keusahawanan mereka sendiri dengan sokongan daripada UTAR.

Beliau telah terlibat secara aktif dalam projek digital di peringkat universiti
dan menjalankan inisiatif-inisiatif keusahawanan, membimbing pelajar
melalui bengkel, sesi perkongsian, latihan, perundingan dan membantu
menganjurkan pameran produk, pertandingan, projek, pameran dan
terutamanya aktiviti perdagangan digital. Beliau juga mengetuai program
Train The Trainer Alibaba Global Digital Talent (GDT) yang telah dilaksanakan
dengan jayanya. Beliau telah berada dalam Panel Pakar Pembangunan
Keusahawanan untuk Unovate Centre sejak Mac 2019, menyediakan platform
kepada beliau berkongsi kepakaran kepada mentee dan membantu mereka
memperoleh perspektif yang lebih luas tentang model perniagaan mereka.

| 197 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

2021

DR. MUHAMAD AZRY BIN KHOIRY - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Dr Muhamad Azry bin Khoiry yang merupakan Timbalan Pengarah
Pembangunan Keusahawanan Pelajar dan Penyelidikan di Pusat
Pembangunan Keusahawanan & EKS (UKM CESMED). Beliau merupakan
pemegang sijil profesional Entrepreneurial Educator@3EP yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Diploma Keusahawanan Digital
yang dikelolakan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Beliau
merupakan pelatih dan motivator keusahawanan untuk perniagaan mikro
dan kecil pelajar di peringkat UKM.

Beliau telah mengasaskan Program Bimbingan Usahawan Siswa (BUS)
UKM semenjak 2019 secara fizikal serta dalam talian. Lebih dari 600 orang
pelajar telah mendapat manfaat dan impak sepanjang 2019 hingga 2020
daripada program bimbingan ini. Program ini dibuka kepada semua pelajar
UKM yang disertai lebih 600 orang pelajar dan dibahagikan kepada tiga
kategori bimbingan. Kategori pertama: VIP circle iaitu bimbingan kepada
usahawan siswa yang baru memulakan perniagaan berdasarkan kepakaran
atau hobi atau secara pesan hantar (dropship) atau agen produk. Kategori
kedua: Premium Circle iaitu bimbingan usahawan siswa yang menjadi stokis,
agen atau usahawan yang menjual semula (reseller) produk luar mahupun
produk sendiri dan telah menjalankan perniagaan dari 6 hingga 12 bulan
dan kategori ketiga: Elite Circle iaitu bimbingan eksklusif usahawan pelajar
yang mempunyai perniagaan sendiri dan telah beroperasi lebih dari 18
bulan dengan jualan mencecah melebihi RM 10,000. Pencapaian program
BUS diukur berdasarkan kejayaan prestasi jualan perniagaan pelajar selain
peningkatan kemahiran insaniah pelajar seperti kemahiran komunikasi dan
kepimpinan.

| 198 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI D : ANUGERAH MENTOR TERBAIK

2021

ENCIK VINCENT CHAN - UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU)

Encik Vincent Chan merupakan seorang Penolong Pensyarah Asasi di
Fakulti Perniagaan Universiti Multimedia (MMU). Beliau mula aktif dalam
pendidikan keusahawanan bermula pada tahun 2018. Beliau percaya
bahawa pengajaran dan pembelajaran berkaitan keusahawanan perlu
dipelbagaikan dengan tidak terhad kepada pembelajaran di dalam kelas
sahaja bagi memastikan output yang bakal dihasilkan adalah lebih baik.
Beliau menyertai pertandingan keusahawanan kali pertama pada tahun
2018 iaitu di Young Social Entrepreneur Competition. Pada pertandingan
tersebut, kedua-dua pasukannya merangkul Anugerah Emas dan diberi
peluang untuk bertanding di pusingan akhir serta berjaya mendapat tempat
kedua. Antara inisiatif penting beliau dalam bidang keusahawanan di MMU
ialah penubuhan The Changemaker Academy (TCA). TCA ialah projek inisiatif
kendiri yang memfokuskan pada melengkapkan pelajar dengan minda
keusahawanan, kemahiran insaniah, pengalaman luar kelas dan akhirnya
mewujudkan lebih ramai usahawan. Bermula dengan hanya 6 orang pelajar
TCA kini ia mencecah 60 orang pelajar dari fakulti berbeza di MMU, universiti
berbeza di dalam dan luar Malaysia.

| 199 |

TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN

KATEGORI E : PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK

2021

AGROPELANCONGAN KOMUNITI TAUFIQILLAH
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) melalui Unit
Pembangunan Keusahawanan (UPK) POLIMAS dan sokongan dari Malaysia
Polytechnic Entrepreneurship Center (MPEC), yang kini dikenali sebagai Pusat
Pembangunan Keusahawanan Politeknik dan Kolej Komuniti (CeDEV), telah
menyahut seruan melaksanakan projek keusahawanan sosial bertepatan
dengan keperluan masa kini dalam menangani masalah sosial seperti
pengangguran, kemiskinan dan fragmentasi komuniti. Projek Keusahawanan
Sosial Unit Pembangunan Keusahawanan (UPK) Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah (POLIMAS) diberi nama Agropelancongan Komuniti Taufiqillah
(APKOT) telah membantu Madrasah Tahfiz Taufiqilah (MTT) menyelesaikan
masalah sosial dengan berkongsi ilmu dalam menjalankan perniagaan madu
kelulut dan agropelancongan seterusnya membantu MTT menjana keuntungan
yang tinggi sehingga RM14,000 sebulan.

Kejayaan projek MTT menghasilkan madu kelulut jenama Al Hafiz yang telah
berjaya dipasarkan di sekitar Negeri Kedah. Setakat ini, komuniti sekitar di
Lembah Arang telah mendapat manfaat daripada perkembangan perniagaan
MTT. Pada pertengahan tahun 2020 dan seterusnya, POLIMAS melalui moto
To Educate Community telah membuka ruang yang lebih besar dengan
mengetengahkan lokasi-lokasi pelancongan di sekitar Lembah Arang dengan
menumpukan kepada enam elemen agropelancongan seperti berikut:

i. Taufiqillah Agro Farm (Ternakan Kelulut dan Tahfiz)
ii. Ternakan tenusu susu kerbau dan Rusa
iii. Houseboat
iv. Homestay dan buahan tempatan
v. Tapak sejarah Kedah Tua dan Aktiviti Gendang Silat Pusaka
vi. Trail Nature motosikal lasak

| 200 |


Click to View FlipBook Version