The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuruladha84, 2021-03-11 03:13:08

TOPIK 2.2 APLIKASI ASAS SYARIAH

TOPIK 2.2 APLIKASI ASAS SYARIAH

Keywords: asas syariah,pengajian islam

TOPIK 2

ISLAM DAN ASAS
SYARIAH

2.2 Menerangkan aplikasi asas syariah

2.2.1 Mengenal pasti asas-asas
dan syariah berkaitan syarat

hukum:
a. Ibadah
b. Muamalat
c. Munakahat
d. Jenayah

DEFINISI SYARIAH

Syariah dari segi bahasa bermaksud sumber atau jalan.

Dari segi istilah pula para ulama mendefinisikan sebagai hukum
yang diperundangkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNya melalui
lisan rasulNya.

Hukum bermaksud perintah Allah S.W.T. mengenai perbuatan
mukallaf. Hukum dinamakan “syariah” kerana kedudukannya yang
lurus, sistemnya benar dan tidak menyimpang dari tujuan yang
benar.

Apabila perkataan syariah disandarkan kepada Islam ia memberi
bermaksud syariah yang diturunkan oleh Allah S.W.T. merupakan
khusus untuk agama Islam. Ini bererti Syariah Islamiah digunakan
bagi maksud keseluruhan ajaran Islam.

2.2.1 Mengenal pasti asas-asas
dan syariah berkaitan syarat

hukum:

- Ibadah

IBADAH

Dari segi bahasa, ibadah bermaksud merendah diri, tunduk , patuh dan
taat.
Dari segi syarak pula, ibadah ialah tunduk dan patuh yang penuh tulus
serta taat hanya kepada Allah.
Al Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan
ketaatan.

Firman Allah S.W.T: ُ‫َأيُيّأها اَلّ ِذي أن ءأاأمنُوا ُكلُواْ ِمن طأيِب ِت أما أرأزقْنأ ُك ْم أوا ْش ُكُروا لَِِِّل ُِ ُكنُم َِاّهتُ ْأ ُْبُ ُنو أ‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-
benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan
bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.”

(Surah al Baqarah : 172)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi di dalam kitabnya “Ibadah
dalam Islam”, ibadah terbahagi kepada dua iaitu :

IBADAH IBADAH
KHUSUS UMUM

IBADAH KHUSUS

Ibadah khusus yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di
dalam rukun Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji. Dilaksanakan
menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

Ibadah khusus yang sunat dilakukan seperti doa dan zikir dan
seumpamanya.

Sabda Rasulullah S.A.W ‫أصُلّوا أك أما أرأيُُْموِن أُ أصلِى‬

Maksudnya: “sembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat aku
sembahyang”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

PEMBAHAGIAN IBADAH KHUSUS

IBADAH KHUSUS FARDHU FARDHU AIN
FARDHU KIFAYAH

SUNAT MUAKKAD
GHAIR MUAKKAD

Ibadah Fardhu Ain Ibadah Fardu Kifayah.

Ibadah asas ialah ibadat yang Bidang ibadat ini menitikberatkan
merupakan fardu ain yang kepada amalan-amalan sosial dalam
merangkumi soal-soal aqidah masyarakat Islam yang merupakan
berkaitan rukun iman seperti beriman nadi yang menghubungkan antara
kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, antara satu sama lain.
hari kiamat dan qadak qadar. Antara contoh ibadat fardu kifayah
Ia juga merupakan amalan wajib yang seperti pengurusan jenazah,
perlu ditunaikanoleh setiap orang menegakkan jihad dalam semua
muslim seperti yang terkandung dalam bidang, menegakkan sekolah dan
rukun Islam seprti solat, puasa, zakat institusi pengajian tinggi (dalam semua
dan mengerjakan haji. bidang yang diperlukan), mewujudkan
Ini bererti bahawa sebelum kita ekonomi Islam, mewujudkan
melaksanakan ibadat yang lain, pentadbiran Islam dan melaksanakan
kedua-dua ibadat yang asas ini perlu kebajikan am.
dilaksanakan terlebih dahulu.

IBADAH UMUM

Amalan selain daripada ibadah khusus yang dilakukan semata-
mata untuk mencari keredhaan Allah.

Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan
sehariannya mencakupi segala kegiatan manusia yang tunduk
kepada hukum-hukum dan nilai-nilai agama Islam.

Segala aktiviti dan amalan manusia dan tugas-tugasnya sehari-
hari tergolong dalam istilah ibadah jika ia dilaksana dengan ikhlas
dan jujur

SYARAT-SYARAT AMALAN MENJADI IBADAH

Semua pekerjaan kita boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut cara-
cara yang telah ditetapkan oleh Islam. Ia mesti mengandungi
perhubungan dua hala. Iaitu perhubungan kita dengan Allah dan

perhubungan kita sesama manusia.

BIL SYARAT AMALAN MENJADI IBADAH

1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, iaitu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan
tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.

Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah. Sebagai seorang muslim

2. amalan tersebut mestilah untuk memelihara kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya,
memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang

dianjurkan oleh Allah S.W.T.

Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak
3. hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti; “Sesungguhnya Allah

mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu.

4. Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak
menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.

5. Dalam mengerjakan amalan-amalan dunia itu tidak lalai dan tidak cuai dari menjalankan
kewajipan ibadat yang khusus seperti solat, puasa dan sebagainya.

KEPENTINGAN IBADAT DALAM KEHIDUPAN

Antara matlamat dan tujuan ibadat ialah:

Ibadat Adalah Jalan Menuju Taqwa
Ibadat Merupakan Santapan Rohani
Ibadat Adalah Jalan Kebebasan
Ibadat Adalah Ujian Allah Untuk Menggilap Manusia
Ibadat Adalah Hak Allah Terhadap Manusia

2.2.1 Mengenal pasti asas-asas
dan syariah berkaitan syarat

hukum:

- Muamalat

MUAMALAT

Dari segi bahasa bermaksud berkira bicara.

Dari segi istilah muamalat ialah : Tatacara atau peraturan dalam
perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi
keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah S.W.T.
yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

OBJEKTIF MUAMALAT ISLAM

Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan manusia supaya
dapat menghindarkan kesulitan-kesulitan yang timbul dalam
kehidupan mereka dari masa ke semasa.

Memajukan kehidupan manusia menurut ketetapan Allah sebagai
panduan dan bimbingan kepada umat Islam.

Memberi ilham kepada manusia agar bergaul dan saling bertukar
ganti sama ada benda-benda atau faedah-faedah, atau jasa-jasa
antara mereka baik dengan cara jual beli, pinjam meminjam, upah
mengupah dan berbagai cara lain yang dilakukan di dalam
kehidupan seharian.

Sebagai pengabdian kepada Allah S.W.T. dan mengharapkan
keredhaanNya, kerana harta benda yang dikurniakan merupakan
amanah Allah S.W.T..

CONTOH-CONTOH MUAMALAT

Muamalat yang Muamalat yang
diharuskan diharamkan

Jual beli Riba

Syarikat Perjudian

Gadaian Rasuah

Mudharabah Monopoli

Pembiayaan

SYARAT SAH MUAMALAT

Mendapat persetujuan kedua belah pihak
Barangan yang diniagakan milik sah
penjual
Kedua-dua pihak waras dan sempurna akal

Transaksi tiada unsur penipuan

PERBEZAAN MUAMALAT ISLAM DAN KONVENSIONAL

BIL MUAMALAT ISLAM SISTEM KONVENSIONAL

1 Wahyu daripada Allah S.W.T dan nabi Pemikiran dan pengalaman manusia
dijadikan asas rujukan
2 Pelaksanaan sistem Islam memerlukan iman Tidak dipandu dengan iman dan takwa
dan takwa (mengutamakan amanah Allah)
Keuntungan pelbagai cara tanpa melalui
3 Keuntungan tidak bercanggah dengan Islam saluran syarak
(hasil daripada kontrak jual beli dan
perkongsian untung rugi) Terdapat unsur penindasan dan
penganiayaan
4 Tiada unsur penindasan dan penganiayaan Berasaskan fahaman kapitalis dan sosialis
Mengutamakan keuntungan dan
5 Mengikut fahaman Islam mengabaikan kebajikan
6 Galakan supaya membantu golongan yang Mendapatkan harat dengan pelbagai cara
tanpa mengira halal atau haram
memerlukan Harta merupakan matlamat hidup
7 Galakan memdapatkan harta dengan cara

yang halal
8 Mendekatkan diri kepada Allah

2.2.1 Mengenal pasti asas-asas
syariah berkaitan syarat dan
hukum:

- Munakahat

MUNAKAHAT

Dari segi bahasa memberi maksud bersatu dan berkumpul. Dari
segi istilah syarak pula munakahat adalah satu akad yang
menghalalkan istimta’ (bersetubuh / berseronok) di antara suami
isteri dengan syarat-syaratnya.

Islam telah mensyariatkan perkahwinan serta meletakkan
peraturan-peraturan yang jelas dan tepat untuk menjamin
kesejahteraan masyarakat, kebahagiaan rumahtangga,
penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. dan digalakkan
di dalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.

‫النِكاأ ُح ُسَنِّت فأأم ْن أرِغ أب أع ْن ُسَنِّت فألأْي أس ِمِن‬

Maksudnya: “Nikah adalah sunnahKu, maka sesiapa yang tidak suka
akan sunnahKu bukanlah ia dari golonganku”

WAJIB HUKUM INDIVIDU YANG TERLIBAT
Wajib
HARUS SUNAT Sunat Mempunyai naluri nafsu yang kuat sehingga boleh
Haram menjatuhkannya kelembah maksiat.
HUKUM Makruh Mempunyai kemampuan menanggun maskahwin dan
NIKAH Harus nafkah.
Yakin tidak menganiaya terhadap isterinya.
MAKRUH HARAM Mampu menyempurnakan kewajipan.
Mampu serta sanggup memikul tanggungjawab
perkahwinan
Boleh mengawal diri daripada perbuatan zina
Mempunyai tabi’e yang sederhana
Tidak mempunyai keinginan
Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
Khuawatir menganiaya isterinya
Tidak mampu menyempurnakan kewajipan
Bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan
batin
Jika ia berkahwin akan menyusahkan isterinya
Seorang yang mempunyai kemampuan kewangan
tetapi lemah tubuh badan seperti sangat tua, sakit
yang berterusan atau lemah tenaga batin.
Adalah hukum asal perkahwinan iaitu orang yang tidak

HIKMAH PERKAHWINAN

Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi
kebahagiaan rumah tangga.
Memupuk perasaan kasih di antara suami dan isteri.
Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat.
Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam
menjalankan amanah Allah.

PERKARA-PERKARA BERKAITAN MUNAKAHAT

Pemilihan Hak dan Fasakh
calon kewajipan
suami isteri

Pertunangan Talak Iddah

Walimatulurus Khulu’

PEMILIHAN CALON

Islam mengajar umatnya ciri-ciri memilih jodoh kerana
pekahwinan bukanlah untuk sehari dua sahaja tetapi untuk
sepanjang hayat dan mendapat generasi yang baik agar
mendapat kebaikan diakhirat kelak bukan setakat di dunia
sahaja.
Oleh itulah perlu memilih jodoh yang dianjurkan oleh agama.

CIRI-CIRI SEBAB

• Menyejukkan hati

• Mendapat rahmat Allah

Beragama • Taat kepada perintah Allah dan suami
• Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat

• Beroleh keberkatan dalam perkahwinan

• Boleh memberi perigatan selok belok agama

• Masih dara

Masih gadis • Mudah bergurau senda

• Bersifat manja

Keturunan • Mendapatkan zuriat yang banyak
yang • Meramaikan umat Nabi Muhammad
banyak anak • Membesarkan saiz keluarga
• Memperkukuhkan kekuatan Islam dalam segenap aspek

• Mendapat zuriat yang baik

Keturunan • Warga negara yang baik

yang baik • Mengurangkan masalah sosial dalam negara

• Ketenangan jiwa dan perasaan

Tidak dari • Mengelakkan putus persaudaraan jika berlaku perceraian

keluarga • Mewarisi penyakit keturunan

yang dekat • Kemungkinan mendapat zuriat lembam dan kurang cerdas

Haram untuk Sebab keturunan
selama-lamanya
Sebab penyusuan
PEREMPUAN Sebab Persembendaan
YANG HARAM
(ambil-ambilan)
DIKAHWINI Sebab menghimpunkan

Haram untuk Masih isteri orang
sementara waktu
Masih dalam eddah
sahaja.
Sebab talak 3

Berlainan agama

PERTUNANGAN

Meminang bermaksud lamaran. Perbuatan tersebut diharuskan
dalam Islam kerana ia merupakan titik permulaan kepada ikatan
kasih sayang dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

Al-khitbah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud
pertunangan. Ia boleh ditakrifkan “melahirkan keinginan hendak
berkahwin dari seorang lelaki terhadap seorang perempuan
melalui saluran syara’”.

PROSES PERTUNANGAN

Mengenal pasti

Mengenal pasti perempuan yang menjadi pilihan mengikut krateria
yang lepas (beragama, gadis, keturunan dan lain-lain lagi).

Merisik

Menghantar wakil atau datang sendiri untuk merisik
(menyiasat latar belakang bakal pasangan). Islam membenarkan
memandang bakal pasangan mengikut batas-batas yang tertentu.

Meminang

Adalah peringkat terakhir sebelum perkahwinan
dilaksanakan.Diperingkat inilah pihak mempelai menentukan tarikh
perkahwinan, mahar dan lain-lain.

WALIMATULURUS

Kenduri atau jamuan yang Hikmah walimatulurus
diadakan bagi meraikan
perkahwinan. • Melahirkan rasa syukur
• Melahirkan rasa gembira di
Hukum
atas ikatan perkahwinan
• Mengadakan kenduri :
• Pengisytiharan
Sunat Muakkad
perkahwinan
• Menghadiri kenduri :
• Mengikut ajaran agama
Wajib
dan Sunnah Rasulullah
S.A.W

HAK DAN KEWAJIPAN SUAMI ISTERI

Amanah Persefahaman & tolak ansur
Kasih sayang Berterus terang dan bersikap terbuka
Mendidik anak-anak Perhatian yang adil kepada pasangan
Menghormati antara satu sama lain Menyesuaikan diri dengan rakan pasangan
Hargai pasangan Saling mempercayai antara satu sama lain

TALAK

Dari sudut bahasa arab talak bererti tindakan melepas atau
menguraikan ikatan.
Pada istilah bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan
dengan lafaz, seperti perkataan cerai atau talak oleh seorang
suami kepada isteri seperti:

“Engkau telah aku ceraikan”.
“Engkau seorang perempuan yang telah ditalakkan”

RUKUN SYARAT SAH

Baligh TALAK

Suami • tidak sah talak
dari suami yang
masih kanak-
kanak

Wilaya Berakal • tidak sah talak dari suami
h yang gila atau yang hilang
Isteri akal kecuali disengajakan,
maka jatuhlah talaknya

RUKUN

Dengan • tidak sah talak
kehendak
sendiri dengan paksa

Qasad Lafaz • tidak sah talak
dengan tidak
Dengan sengaja
sengaja

PEMBAHAGIAN TALAK

Talak Sunni Talak Bid’ie Talak Yang Bukan Sunni
Dan Bid’ie

Talak yang sesuai mengikut Talak yang bertentangan Keempat-empat orang

ajaran Islam dengan Sunnah dibawah boleh dijatuhkan

Rasul(syara’’) talak pada bila-bila masa

Talak 1 dan 2 Talak 3 sekaligus sahaja :
Talak isteri dalam haid • Menggugurkan talak ke
Talak isteri ketika sedang
suci dari haid atas isteri yang kecil dan

belum haid

Talak isteri tidak disetubuhi Talak isteri diwaktu suci • Menggugurkan talak ke

di dalam masa suci tetapi disetubuhi di dalam atas isteri yang telah tua

suci itu yang putus daripada haid

Kerana yang demikian akan Talak ini ditegah, • Menggugurkan talak ke

mencepatkan selesai kerana menggugurkan talak atas isteri yang sedang
hamil
edahnya diwaktu suci yang
disetubuhi mengakibatkan • Isteri yang menebus talak

tetapi belum pernah

KHULU’

Dari sudut bahasa arab Sigha Suami Isteri
bermaksud Tanggal h
RUKUN
Pada istilah iaitu suatu KHULUK
perceraian yang diminta
oleh isteri dari suaminya Bayaran
dengan memberi wang
atau lain-lain harta benda
kepada suaminya.

KADAR BAYARAN KHULU’

Tiada kadar tertentu yang ditetapkan bagi sesuatu permohonan
khuluk. Ianya bergantung kepada persetujuan antara kedua
pihak iaitu suami isteri yang ingin bercerai. Kebiasaannya,
terdapat suami yang menuntut supaya dibayar dengan jumlah
separuh daripada wang hantaran perkahwinan. Namun, ada
juga yang meminta dalam jumlah yang banyak contohnya RM
1000, RM 20.000 dan sebagainya.

Contoh sighah khuluk:

“Aku khuluk engkau dengan $1,000.00 atau aku ceraikan

engkau dengan tebusan $1,000.00 lalu dijawab oleh isteri ‘aku

terima perceraian ini dengan wang tersebut”.

PERMOHONAN KHULU’

Permohonan bagi mendapatkan cerai khuluk perlu dikemukakan
di mahkamah syariah dan kes tersebut akan didaftarkan untuk
perbicaraan. Sekiranya pihak suami bersetuju untuk melafazkan
khuluk maka perceraian akan didaftarkan.

Sebaliknya jika suami enggan melafazkan cerai khuluk maka satu
jawatankuasa pendamai akan dibentuk. Jika laporan
jawatankuasa adalah positif iaitu perdamaian diperolehi maka
kes akan ditutup. Sekiranya laporan gagal menunjukkan
perdamaian maka Mahkamah Syariah akan memerintahkan
suami melafazkan cerai khuluk dan perceraian tersebut akan
didaftarkan.

IMPLIKASI KHULU’

Tidak boleh merujuk kembali, walaupun si isteri masih berada di
dalam tempoh edah (khuluk termasuk di dalam kategori talak
bain sughra iaitu tidak boleh rujuk tetapi pasangan ini boleh
bersama semula dengan akad nikah baru).

Di antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang isteri
mendapatkan tebus talak daripada suaminya ialah:

• Isteri tidak tertahan lagi tinggal dengan suaminya kerana suami

berperangai jahat.

• Suami menyakiti hatinya menyebabkan isteri telah kehilangan

kasih-sayang terhadap suami.

• Sebab-sebab lain yang membuat mereka tidak dapat bersama

atau bergaul dengan harmoni.

Dari sudut bahasa arab FASAKH
ialah menanggalkan
atau menyingkirkan. ALASAN CERAI FASAKH

Pada istilah ialah Suami telah menghilang diri tanpa diketahui di mana
membatalkan atau berada selama tempoh lebih daripada satu tahun
pembubaran
perkahwinan melalui Suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukkan
kuasa kadhi(perintah nafkah isteri dan anak-anak selama tempoh 3 bulan
mahkamah). sekiranya Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun
didapati sesuatu sebab atau lebih
atau kecacatan sama Suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang
ada pada pihak isteri munasabah selama tempoh satu tahun
atau suami.
Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih
lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa
perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk
Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang
menghidap penyakit berjangkit
Isteri telah dikahwinkan oleh wali dengan lelaki yang bukan
sekufu.

SIGHAH FASAKH IMPLIKASI FASAKH

Contoh kadhi melafazkan fasakh Setelah fasakh itu dilakukan
maka tercerailah isteri itu
“ Aku fasakhkan nikah engkau dengan talak ba’in sughra.
dari suami engkau yang
bernama… bin …. pada hari ini”. Sekiranya suami ingin kembali
menjadi suani isteri hendaklah
Kalau isteri itu sendiri yang melalui pernikahan yang baru
menfasakhkan dihadapan setelah selesai edahnya. Dan
mahkamah atau hakim ia edah baginya sama seperti
berkata perceraian biasa.

“Aku fasakhkan nikahku dari
suamiku yang bernama ……bin
…. pada hari ini”.

IDDAH

Iddah bermaksud tempoh masa tertentu yang mesti dilalui oleh
seseorang wanita selepas berlakunya pembubaran perkahwinan
iaitu samada suami meninggal dunia diceraikan oleh suami
secara talak, fasakh, khuluk atau ta’lik.

Dari sudut bahasa perkataan edah menurut bahasa arab ialah
bilangan atau hitungan.

Mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah satu tempoh masa untuk
perempuan-perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya
sama ada dicerai hidup atau cerai mati. Wajib menunggu untuk
mengetahui samada ia mengandung atau tidak dan untuk
menunaikan perintah Allah S.W.T.

JENIS DAN TEMPOH IDDAH

Tempoh

Jenis Iddah Perempuan Yang Diceraikan Kematian Suami
Hidup
Isteri yang hamil
Iddahnya dikira dari tamat tempoh Iddahnya dikira dari tamat tempoh
Isteri yang mempunyai
haid. kandungannya itu samada secara kandungannya itu samada secara
Tidak datang haid
(sama ada disebabkan kelahiran biasa atau keguguran, sama kelahiran biasa atau keguguran,
belum cukup umur @
belum pernah datang ada ia perempuan yang diceraikan samada ia perempuan yang
haid @ menopause/
akibat tua). atau kematian suami. diceraikan atau kematian suami.

Bagi isteri yang belum Iddahnya cuma tiga kali suci(tiga Iddahnya empat bulan sepuluh
disetubuhi. Quru’) hari.

Iddahnya hanya tiga bulan sahaja. Beriddah selama empat bulan
sepuluh hari.

Tidak dikenakan apa-apa iddah ke Wajib beriddah selama empat
atas dirinya. bulan sepuluh hari walaupun tidak
pernah disetubuhi oleh suaminya.

HIKMAH IDDAH

Memberi peluang keluarga kedua pihak mengadakan rundingan dalam
menyelesaikan suami-isteri yang bercerai merujuk semula dan hidup aman
bahagia seperti sediakala

Memberi peluang antara suami isteri berfikir secara mendalam bahawa
perceraian itu membawa masalah kepada anak-anak di bawah jagaan
mereka. Anak-anak akan menjadi terbiar dan hidup kurang kasih sayang ibu-
bapa.

Dengan adanya iddah, setiap pasangan dapat memastikan isterinya itu
mengandung atau tidak.

Sebagai tanda bersedih dan berkabung atas kematian suami.

2.2.1 Mengenal pasti asas-asas
dan syariah berkaitan syarat

hukum:

- Jenayah

JENAYAH

Dalam bahasa Arab jinayah bermaksud melakukan kesalahan.
Jinayah digunakan bagi merujuk kepada kesalahan yang
dilakukan terhadap tubuh badan, harta dan maruah,

Secara umumnya jinayah bermaksud kesalahan dan perbuatan
yang dilarang disisi undang-undang syarak dan pesalah dihukum
hudud, qisas atau takzir yang terkandung di dalam al Quran dan
hadith.

HUKUM JENAYAH ISLAM

Perlakuan jenayah adalah perbuatan terkutuk dan pasti akan
dirasakan akibatnya terhadap

individu dan masyarakat. Jumhur Fuqaha’ metakrifkan jenayah
sebagai suatu perbuatan

yang diharamkan oleh syarak sama ada ia dilakukan terhadap
diri ataupun anggota serta

harta seperti membunuh ,memukul,memotong dan
mencederakan yang merangkumi semua perbuatan jenayah
yang dikenakan hukuman hudud, qisas dan takzir.

PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA

Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku
yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk
mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau
tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

BENTUK-BENTUK HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum
Hudud
Hukum Qisas
Hukum Ta'zir

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau
mencegah.

Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh
nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak
Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan
ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina,
minum arak, mencuri, murtad, merompak dan memberontak

Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda
samaada dikurang atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:

ُ‫ِْْل أك ُح ُنوُد الَِِّل فألاأ ْأ ُْأ ُنوأها أوأمن يأأ أُ َّن ُح ُنوأد الَِِّل فأأُلئِ أك ُه ُم ال َظّلِ ُموأ‬

Maksudnya: “Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu
melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum
Allah mereka itulah orang-orang yang zalim”


Click to View FlipBook Version