08:00 pagi Ketibaan Ibu Bapa dan Guru 08:30 pagi Ketibaan Ahli Jawatankuasa PIBG Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG Ucapan Penasihat PIBG 09:00 pagi Mesyuarat Agung PIBG SMSL Kali Ke- 31 Tahun 2023 bermula Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 Pembentangan dan Pengesahan laporan aktiviti PIBG tahun 2022 Pembentangan dan Pengesahan laporan kewangan PIBG berakhir 31 Disember 202 09:45 pagi Jamuan ringan 10:15 pagi Pembentangan Usul Tahun 2023 Penetapan kadar sumbangan ibu bapa kepada PIBG SMSL untuk tahun 2023 Penyampaian Cenderamata kepada AJK PIBG wakil guru Sesi 2022/2023 Pelantikan AJK PIBG wakil guru sesi 2023/2024 Hal-hal lain Bersurai ATURCARA
Senarai Kandungan Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31 2023/2024 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31 Minit Mesyuarat Agung kali ke 30 Laporan Penyata Kewangan Laporan Aktiviti PIBG Pembentangan & Perbahasan Usul 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31 2023/2024
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 PENASIHAT EN. A ZAILANI BIN A MUMIN YANG DIPERTUA ABD GHAFFAR BIN YAAKOP NAIB YANG DIPERTUA EN. ABDUL KAHAR BIN ABDUL RAHIM SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA PN. EFFAH SYAZWANI BINTI AJAMAIN CIK NORLIZA BINTI BAMSUANI BENDAHARI PN. SUHARTINI ALLAN D RICE-OXLEY NAIB BENDAHARI FAISAL FIRDAUS BIN TUAH AJK GURU EN. NIK AFANDI BIN NIK MAHMUD PN. JURIZAH BINTI JALI PN. JALIHA BINTI MOHD NOOR EN. AG MOHD FAKRI BIN YUSSOF AJK IBUBAPA PN. NIZA UTIYA BINTI IBRAHIM EN. ABDULL MUQTADIR HALIM EN. ROBIN PATRICK M. MANGKAH EN. MOHD SYAIFUDIN DUAKIM BIN ABDULLAH PN. LUCY JUDIP JURUAUDIT 1 (GURU) JURUAUDIT 2 (IBU BAPA) PN. KHADIJAH BINTI SHAFIE EN. MATDAIM BIN YAHYA
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 PENASIHAT EN. A ZAILANI BIN A MUMIN YANG DIPERTUA EN. ABD GHAFFAR BIN YAAKOP NAIB YANG DIPERTUA EN. ABDUL KAHAR BIN ABDUL RAHIM SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA PN. EFFAH SYAZWANI BINTI AJAMAIN CIK JAMALIAH BINTI BENDAHARI CIK HERWANA BINTI HERMAN NAIB BENDAHARI CIK ATIKAH BINTI ALI AJK GURU EN. NIK AFANDI BIN NIK MAHMUD PN. JURIZAH BINTI JALI PN. JALIHA BINTI MOHD NOOR EN. AG MOHD FAKRI BIN YUSSOF AJK IBUBAPA PN. NIZA UTIYA BINTI IBRAHIM EN. ABDULL MUQTADIR HALIM EN. ROBIN PATRICK M. MANGKAH EN. MOHD SYAIFUDIN DUAKIM BIN ABDULLAH PN. LUCY JUDIP JURUAUDIT 1 (GURU) JURUAUDIT 2 (IBU BAPA) PN. KHADIJAH BINTI SHAFIE EN. MATDAIM BIN YAHYA
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31
Pengerusi Majlis Pn. Fatin Nurulizyan Bacaan Doa En. Arrauwi bin Ginsing Biro Protokol En. Mohd Nazmi bin Ramlee Pn. Jaliha binti Mohd Noor Pn. Azlina binti Suriah Biro Jemputan En. Ag Mohd Fakri bin Yusof Urusetia Cik. Herwana binti Herman Pn. Hellen Annes Martin Pn. Siti Nor Munirah binti Ab Aziz Biro Sijil & Cenderahati Cik Atikah bin Ali Cik Cassandra Charles PA Sistem En. Khairul Isa bin Samsudin En. Aliakbar bin Ali AJK Banner En. Azizan bin Ibrahim Biro ICT Pn. Nordiane binti Nordin En. Faisal Firdaus Tuah Jurugambar En. Mohd Azmi bin Zaini En. Mohd Arif bin Arsid Biro Pencatat Minit Cik Jamaliah binti Ibrahim Pn. Kang Pheak Sew Pn. Nurul Asita binti Abd Wahab Pn. Norliza binti Bamsuani Biro Sambutan & Pendaftaran Pn. Safarina binti Mohamad Pn. Nur Aisah binti Ismail Cik Nur Syamimi Nazurah Pn. Khadijah binti Shafie Biro Dewan & Persiapan Tempat En. Samsuri bin Amin En. Mohd Noor Azam bin Ismail Pn. Nuryati binti Nusu Cik Fatin Nabilah binti Alipin Cik Nur Syafikah Amirah binti Jakaria Biro Kebersihan Pn. Nor Fitrah Zazlin Pn. Fatin Nadhirah binti Bacho Pn. Noorain binti Jumah Biro Makanan & Minuman Pn. Sanita binti Bulhani Pn. Lily Elmiyanti binti Kastor Pn. Asih Fatikhkin binti Suharto Cik NurAliffah binti Mohd Abeeden AJK Buku Aturcara Pn. Suzita Madikili Cik Hilda Guachin Cik Dyana Martin
Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30
MINIT MESYUARAT PIBG SMSL KALI KE-30 TAHUN 2022 Tarikh : 22 Mei 2022 (Ahad) Masa : 10.30 AM Tempat : Dewan Samudera, SM Sains Labuan Medium : Bersemuka dan Secara Maya (Hibrid) AGENDA 1.0 Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 2.0 Ucapan Alu-aluan Penasihat 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG SMSL Kali ke-29 Tahun 2021 4.0 Perkara-perkara Berbangkit 5.0 Pembentangan Aktiviti PIBG 2022 6.0 Pembentangan Kewangan PIBG 2022 7.0 Pembentangan Usul tahun 2022 8.0 Penetapan Kadar Sumbangan Ibu Bapa Kepada PIBG SMSL Tahun 2022 9.0 Hal-hal Lain 10.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2022 11.0 Pelantikkan Pengerusi Sementara 12.0 Pelantikkan AJK PIBG Sesi 2022/2024 13.0 Penukaran Pemegang Akaun E-Banker dan Penandatangan Akaun PIBG 14.0 Ucapan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2024 15.0 Ucapan Penangguhan Mesyuarat
Erezuandy Elyun A Zailani bin A Mumin Datu Karno Dato Omar Mohd. Zaifulnizam Noridawati binti A. Ghani Noor Farehin binti Mohd. Yusof Sharifah Artini Khalidin Ahmad Mazlan Mohd Noor Amir Osmera Bin Mohidin Raehani binti Karim Abdul Gani Badar Nur Aliyyah Suhana binti Joseph Mohd Nazri bin Mustapa Murni Binti Abd Rahman Raini Binti Madin Noorazidah Mohamad Dora Stewart Siti Zubaidah binti Asri Disam Haji Talib Jamridah binti Kati Emilyn Philip Irwan Mohamd Dayang Suhaila binti Awang Suang Mohd. Azhar bin Mat Salleh Muslim bin Mustapa Zurinah A. Khalif bin Awg. Omar Fairuez bin Mat Jusoh Mohammad Zaini bin Zainal Azlina binti Hashim Azurawati Awang Hazimah binti Awang Damit Ahamat bin Bulong Seripah binti Alias Airol Azmi bin Abdul Gani Elli Saging Faridah binti Dolasim Tuan Mohd Ezuwan Tuan Rafii Suhaimi Che Mat Abdull Muqtadir Halim Muhammad Zin bin Yahya Mohamad bin Tamin Stephanie Mius Abida binti Abidin Rozaine Abdul Hamid Nor Hassan bin Ahmad Maidan Dali @ Sumardi Bin Yusoff Raudhatul Hasanah binti Mawardi Johanizam Jonait Azrin bin Tamit Noraine binti Samlih Maslin Bin Musah Dk. Noralimah binti Pg. Matudin Mohamad Kudat Kanyo Amin bin Sulaiman Saniamah Mahroff Yakub Ajih Nurhayati binti Abu Hassan Noor Azma binti Mukhtar Khadijah Tamit Seriwati Nasuha Ning Darman bin Danding Rahman bin Jumat Ismet Zulfiqar Fauziah binti Ismail Asinah Abbas Jurinah Zainal Herman bin Said Mimi Fazura binti Zulkifflee Salmie Mohamad Juliana binti Jamain Tarmiji bin Wahab Abdul Yunus bin Yusof Mohd Rdazi bin Aliadin KEHADIRAN
Juanawati binti Omar Junit Halary Geff Mohd. Zaifulizzam bin Mat Yasin Mohd Azrul Aiman Asrina binti George Suzainah binti Suali Nonny Lim Balangkau Astralinda Saliang Mohd Ilyas bin Ali Bujang Anak Asson Siti Rohayah binti Emran Haryatina Halek Mohd Zaini Ismail Erwiyana Siti Saharah Mohd Syaifudin Duakim bin Abdullah M. Anas Syazwan B. Suwito Suhaimi bin Sainan Norkainih Moktadin Jasin bin Matusin Rina Fauziah binti Abd Rahman Mohd Yusof Harun Abd. Ghaffar Yaakop Dalilah binti Desa Azmee bin Aliakat Syaiful bin Sidek Rapiya binti Ben Nordiana binti Gemok Norliah Gapar Najihah binti Mohamed Rauf Robin Patrick M. Mangkah Sunarni Suyut Zulkaply Raidin Awangku Faizul bin Karim Florence binti Jaimis Iswandy bin Adnan Basli bin Daud Jurafaridah binti Juali Dayang Nurhayati binti Karim Nazrin Mohd Jamil Zainurin bin Mohammad Nellina binti Sidup Aidah binti Md Daud Ridiah Laudi Norizan Abdul Rahman Elcynthia Saliang Ibrahim bin Jamaludin Lucy Judip Suna Zaris Sofieh binti Yusup Dk Kasmah binti Diris Aizan Awang Damit Douglas Tom Rosnah binti Amir Maruhan Bin Lutam Aida Hasim Ismet Zukarnain Ishak Morshidi M. Mahrazi Mardan Ashrafinah Binti Ahmad Juliana Mohd Arifin Harith bin Matumar Alexzendra @ Rico bin Dusin Muhd. Khairi bin Khairan Siti Rahimah binti Suhaimi Muhammad Hamka Fauziah Mohd Sidek Roziana Binti Mohammad Talibon bin Baharudin Vessah binti Panggau Mohd. Yussop Saliyati bin Sallih Kasiran Ag Bungsu Hezri bin Bali Hasnidar Binti Abdullah Rosanita binti Aziz Ismail Awang Tuah KEHADIRAN
Nazrul Nizam bin Nazarludin Al-Hidayah binti Alkanta Nurliana Syukreeza binti Jainudin Syayuzie binti Omar Janidah binti Saban Mohd Farid Hassan Mohd Shahrul bin Thani Jasni bin Bungsu Sedyman bin Lokiman Johari Safar Lisa Daniel Mazni binti Mohd Akib Nur Hidayah Lamat Mohd Azwadi Ahmad Nur Ain Humairah bin Ikum Matdaim Yahya Rujilawati binti Situm Maslizah Mujih Rosmaria binti Abu Bakar Anna Hairani Ahmad Mohd. Khiroll Fatmahwati Bambang Suhaini bin Mangol Valentine Japulee Gantul Ethylyn Fiona Gabrine Aspawati Binti Haji Basri Stella Gindin Chriscilla Juanna Paulus Caroline Lugam Dinaria Anak Thomas Kinti Mohamad Ibni bin Rusdam Suzimawati Jamali Chicha Bagu Rapiya bin Ben Jenifer Seminding Wendy Gilob Sheirly binti Sanan Lillian Gungat Nancy Choong Siew Ling Heirman bin Said Mahathir bin Mohd Salleh Mohd Shahrul Bin Thani Rafidah Binti Yusuf Nurul Afida Halim Manisah Osman Stewert John Hilmi bin Abdullah Yahya Bin Basni Daliyah binti Abu Bakar Yakub@Yaakub bin Ajih Sukur bin Wahab Felicia Anak Lembeng Nelllina binti Sidup Rozlinah Jumin Nur Farah Allya Abdullah Iswandy Ghani Trecy Peter Hamdan bin Harun Mureng anak Mang Noor Hamizhal bin Abdul Hamid Olivia anak Mesa Hartono bin Diri Pyliscia Musa Mohd Saifulizzan bin Mat Yasin Muharna @ Ana binti Shariff Mucklie Hasmi Hashim Jaimah binti Bahrum Alasius @Alex cius Bin Kohing Feliscia Anak Lembeng Mohd Noor Bin Brahim Nazrima Bte Hj Awg Rambli Noresam bin Ismail Siti Hadijah binti Rahamat Noor Azlina binti Abd Rahman Faridah binti Waiman KEHADIRAN
Wan Alifah binti Jaafar Daliyah binti Abu Bakar Nurfah binti Yusof Norzamzarina Abdul Latiff Effah Syazwani binti Ajamain Haryati Harith Geoffrey Tawayan Masnah binti Zulkipli Hamidah binti Md. Jidi Ag Mohd Fakri bin Yussof Amran bin Malik Anne JP Guntavid Djabir bin Halikin Nurfah Binti Yusof Samsuri Amin Parin Anak Linting Mohd Azhar bin Madi Mohd Nazri bin Suin Rohaya Binti Salim Siti Nor Munirah binti Abdul Aziz Felicity Buaye Arbaiyah binti Awang Arsad Mizan bin Umbin Yatih @ Norfaznalain binti Sablee Sanita binti Bulhani Chai Hsiao Yun Lamamma bin Bid Zulhisyam bin Abdul Aishah Binti Jamal Mohd Arrauwi bin Ginsing Jurianah Binti Bungsu Amoi Soguntong @ Liza Sogunting Hasnah binti Wapin Bacho Abdul Karim Rasman bin Sabar Mira Lu Su Feng Faridah Hanum binti Mohammad Abdul Azhman bin Othman Linah binti Sarabani Hellen Annes Martin Azman bin Dawin Mohd Saidin bin Ibrahim Redzuan bin Redzuan Abdul Kahar bin Abdul Rahim Saidi bin Ismail Nainie binti Bagak Norizan bin Salleh Mizan jbin Umbin Saflee bin Hj. Samat Nur Aliffah binti Mohd Abeden Abdul Malik Abdul Wahab Abdul Rizal bin Sabli Siti Armah binti Muhamad Umar bin Diwan Herwana binti Herman Hassan Osup Abdul razak bin Awang Raymond Murus Nor Fitrah Zazlin binti Zamri Nordiane binti Nordin Clarice Marcellus Junaidi Bin Mohamad Marta binti Yukung Mohd Zulhisham bin Abu Seman Atikah bin Ali Hasnita asmat Fauziana binti Ismail Samrah Tuah Aliakbar bin Asri Cassandra Charles Lotin bin Masuning Nurdiah Khamis Khairul Bashah bin Parmin Jaliha binti Mohd Noor Mohd Noor Azam bin Ismail KEHADIRAN
Lily Elmiyanti Kastor Safarina Mohamad Jurizah Jali Mohd Azam Mohd Zaini Nuryati Nusu Azlina Suriah Nik Afandi Nik Mahmud Mohd Khairul Isa bin Mohd Samsudin Mohd. Arid bin Arsid Nur Syamimi Asih Fatikhin Nur Aisah Ismail Azizan Ibrahim Mohd Nazmi Ramlee Faisal Firdaus Tuah Norliza Suzita Madakili Dyana Martin Fatin Nurulizyan] Suhartini Allan D’Rice-Oxley Nurul Asita Abdul Wahab Noorain binti Jumah Rohana Yasin KEHADIRAN
1.0 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG 1.1 Encik Suhaimi bin Sainan, Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 bagi Tahun 2022. 1.2 Yang Dipertua menyatakan bahawa berdasarkan perlembagaan, mesyuarat agung PIBG mestilah diadakan pada setiap tahun sebelum 1 Mac. Namun, untuk tahun ini mesyuarat Agung PIBG boleh dilaksanakan sebelum 1 Jun. 1.3 Yang Dipertuan menyatakan kesyukuran kerana pada tahun ini mesyuarat agung PIBG dapat dilaksanakan secara bersemuka dan secara maya tidak sama seperti tahun lalu yang mana mesyuarat hanya dapat dilaksanakan secara dalam talian. 2.0 Ucapan Aluan Penasihat 2.1 Penasihat PIBG SM Sains Labuan, Tuan A. Zailani A. Mumin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini secara bersemuka atau secara dalam talian. 2.2 Penasihat menyatakan bahawa sambutan daripada ibu bapa amat memberangsangkan dan beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan padu daripada pihak ibu bapa. 2.3 Menurut beliau, PIBG ini berperanan penting dalam membantu memajukan anak-anak dalam pelbagai aspek. 2.4 Penasihat menyatakan bahawa tujuan utama PIBG adalah untuk memajukan akademik para pelajar dan keutamaan yang kedua ialah keselesaan pelajar ketika berada di asrama. 2.5 Penasihat menyatakan bahawa pihak sekolah sentiasa memerlukan sokongan padu daripada ibu bapa. 2.6 Guru-guru juga akan sentiasa fokus kepada kecemerlangan anak-anak SM Sains Labuan.
3.0 Membentang, Menerima dan Mengesahkan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30 3.1 Ibu bapa diminta untuk merujuk buku atur cara bagi membolehkan ibu bapa memahami topik perbincangan. 3.2 Yang Dipertua PIBG meminta ibu bapa untuk merujuk dan membaca maklumat yang terdapat dalam muka surat 02- 35 pada buku atur cara majlis iaitu bahagian minit mesyuarat yang lalu. 3.3 Ibu bapa diminta untuk membuat semakan dalam minit mesyuarat tersebut dan memaklumkan kepadanya sekiranya ada kesalahan yang perlu diperbetulkan terutamanya pada bahagian nama dan kehadiran. 3.4 Sekiranya semua ibu bapa telah berpuas hati dan tiada lagi kesalahan yang perlu diperbetulkan, ibu bapa diminta untuk menghantar wakil sebagai penyokong dan pencadang. Pencadang: Suna Zaris Sofieh binti Yusup Penyokong: Mohd Zaini bin Ismail 4.0 Perkara-perkara Berbangkit 4.1 Yang Dipertua meminta ibu bapa untuk mengemukakan sebarang perkara berbangkit berkaitan aktiviti yang telah dilaksanakan ketika sidang PIBG yang lalu. 4.2 Ibu bapa dikehendaki untuk merujuk buku atur cara majlis pada muka surat 25 -30 berkaitan aktiviti yang telah dilaksanakan 4.3 Merujuk kepada buku atur cara tersebut, aktiviti yang telah dilaksanakan pada sidang laluterbahagi kepada tiga aspek iaitu akademik, asrama dan lain-lain. 4.4 Sekiranya tiada perkara berbangkit, mesyuarat akan dilanjutkan ke agenda yang seterusnya. 5.0 Membentang, Menerima dan Mengesahkan Aktiviti PIBG Tahun 2022 5.1 Laporan aktiviti dibentangkan oleh Cik Sumarni Sainul, setiausaha PIBG 5.2 Setiausaha menyatakan bahawa laporan tersebut telah di muat naik dalam kumpulan telegram PIBG SMSL
Bil Aktiviti Penerangan 1 Pertandingan Robotik Pertandingan Robotik berlangsung pada 5 hingga 8 Mac 2020 di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor di bawah pimpinan cikgu Safarina binti Mohamad. Puan Safarina meminta peruntukan daripada PIBG sebanyak RM 500.00 bagi menampung pembelian barang-barang robotik yang digunakan dalam pertandingan. 2 PPM HKSBP Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris 2020 Pertandingan ini bermula pada 2 hingga 4 Mac di SM Sains Syed Shahbuddin, Pulau Pinang dan sekolah telah menghantar wakil 4 orang peserta untuk perbahasan dalam Bahasa Melayu dan 4 orang peserta untuk perbahasan dalam Bahasa Inggeris. Cik Nurul Asita sebagai guru pengiring telah memohon peruntukan sebanyak RM 400.00 sebagai wang saku peserta pertandingan bahas seramai 8 orang dan setiap peserta diberikan RM10 seorang per hari selama 5 hari. 3 Kangaroo Math Competition KMC merupakan satu Pertandingan Matematik Antarabangsa yang boleh membantu pelajar untuk meningkatkan lagi ilmu dalam bidang Matematik, disamping memberi markah PAJSK kepada murid yang mengikuti pertandingan ini. Setiap tahun sekolah akan menghantar beberapa orang peserta untuk menyertai pertandingan ini. Yuran penyertaan KMC adalah RM 35 seorang dan Cik Dyana Martin sebagai guru pembimbing telah memohon sumbangan PIBG bagi membayar separuh yuran penyertaan tersebut iaitu RM 17.50 untuk setiap peserta dan jumlah peserta keseluruhan adalah sebanyak 15 orang. Maka jumlah sumbangan yang dimohon adalah sebanyak RM 262.50 4 Minggu Orientasi Tingkatan 1 Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 merupakan program wajib setiap tahun bagi menyambut kedatangan pelajar tingkatan 1. Program ini dikendalikan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan telah berlangsung selama sebulan bermula dari 7 – 31 Januari 2020. Cik Sumarni telah memohon peruntukan daripada PIBG sebanyak RM 620.00 untuk membeli keperluan aktiviti pelajar sepanjang minggu orientasi / silaturahim.
5 Program Hala Tuju PT3 & SPM Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menetapkan sasaran yang ingin dicapai dalam PT3 dan peperiksaan SPM serta memberi panduan dan penerangan kepada guru mengenai pelunjuran PT3 dan SPM yang perlu dicapai pelajar. Program Hala Tuju PT3 dan SPM Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 28 Februari 2020 yang bertempat di Dewan Samudera dan Bilik Multipurpose. Cik Sumarni sebagai penyelaras program telah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 450 untuk jamuan guru. 6 Pertandingan Hoki SBP Pertandingan ini telah berlangsung pada 8 sehingga 11 Mac 2020 yang bertempat di Sekolah Menengah Sains Kuching. Pertandingan ini melibatkan sebanyak 28 orang peserta dan diiringi oleh 2 orang guru. Cik Aliffah sebagai ketua guru pengiring telah memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak RM 350.00 untuk pembelian minuman dan stoking kepada para peserta. 7 Kem Ujian Lencana Pengakap Kem Ujian Lencana Pengakap dibawah pimpinan Cikgu Dyana Martin telah memohon peruntukan sebanyak RM 250.00 daripada PIBG untuk bayaran sewa tapak perkhemahan. Jumlah peserta kem ini adalah seramai 45 orang dan setiap seorang dikenakan RM 3.00 untuk sewa tempat perkhemahan. Sumbangan diberikan kepada Guru Pembimbing Pasukan Pengakap Sekolah melalui cek. 8 Sumbangan PA Sistem Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 Pihak sekolah telah memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak RM 250.00 untuk menyewa PA Sistem untuk Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28. 9 Sambutan Hari Jadi Sambutan Hari Jadi merupakan program bulanan sekolah di bawah Program Guru Penyayang yang dilaksanakan mengikut bulan untuk semua pelajar SMSL. PIBG telah memperuntukkan RM 150.00 untuk setiap bulan untuk pembelian kek atau jamuan. Pada tahun 2020, jumlah peruntukkan PIBG ini adalah sebanyak RM 600.00 kerana sekolah tidak dapat melaksanakan program ini mengikut bulan yang ditetapkan dan bergantung kepada SOP semasa.
10 Sumbangan Anak Yatim PIBG telah menerima sumbangan daripada ibu bapa sebanyak RM 7000 dan sumbangan tersebut telah diagihkan kepada pelajar yang berstatus anak yatim dan juga untuk keluarga pelajar yang kurang mampu. Bantuan diserahkan melalui transaksi pemindahan wang secara atas talian. 11 Sumbangan PKP dan Khairat kematian Sumbangan PKP adalah berfokus kepada keluarga pelajar yang ekonomi keluarganya terjejas rentetan pandemik Covid-19. Satu keluarga telah menerima bantuan awal sebanyak RM 650. Sekolah juga telah memberi sumbangan kepada Ummmi Khairi yang telah kematian ayah sebanyak RM 150.00. 12 Sumbangan untuk Semburan Sanitasi dan Sanitasi Tangan Cikgu Zulhisham bin Abu Seman memohon peruntukan daripada PIBG untuk pembelian Semburan Sanitasi dan Sanitasi Tangan untuk kegunaan pelajar SMSL sepanjang sesi persekolahan. Harga untuk semburan sanitasi seunit adalah RM 20.00 dan sanitasi tangan seunit adalah sebanyak RM 35.00. Jumlah kuantiti yang dibeli untuk semburan sanitasi ada 30 unit manakala untuk pensanitasi tangan adalah 10 unit dan jumlah keseluruhan untuk pembelian barangan ini menelan belanja sebanyak RM 950.00. 13 Pembelian Buku Latihan Sekolah memohon sumbangan PIBG untuk pembelian buku latihan bagi pelajar tingkatan 5 yang menduduki SPM tahun 2020. Sumbangan telah diberikan kepada Penerbit Mahir Sdn. Bhd. Sebanyak RM 1638.50. 14 Sumbangan Tambahan Untuk Sanitasi Tangan Dan Pelitup Muka Pelajar Pada 6 Julai 2020, En Zulhisham telah menghantar permohonan sumbangan kepada PIBG untuk pembelian sanitasi tangan dan pelitup muka untuk kegunaan pelajar. Jumlah peruntukan yang diminta ada sebanyak RM 650 merangkumi 50 kotak pelitup muka dan 10 unit sanitasi tangan. Harga seunit untuk pelitup muka adalah sebanyak RM 50.00 manakala seunit sanitasi tangan bernilai RM 35.00. 15 Sambutan Hari Raya Haji Sekolah telah mengadakan sambutan hari raya haji pada 28 Julai 2020 khas untuk pelajar Sabah dan Sarawak yang tidak dapat pulang beraya di kampong bagi menghibur mereka. Cik Aliffah telah memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak RM 950.00 untuk pembelian keperluan gotong-royong raya serta ayam.
16 Ceramah Pengurusan Emosi & Momentum SPM 2020 Program yang dirangka khas untuk pelajar tingkatan 5 dan berlangsung pada 04 Ogos 2020 (Selasa) bermula dari pukul 8.30 petang sehingga 10.30 petang yang bertempat di Dewan Samudera. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 270.00 yang merangkumi tempat penginapan penceramah (RM 100.00), saguhati penceramah (150.00) dan pengangkutan (RM 20.00) 17 Sumbangan Saguhati Untuk Warden Menjaga Murid Cuti Semasa Penggal 3 PK HEM telah memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak RM 600.00 sebagai saguhati kepada Warden yang bertugas menjaga pelajar yang tidak dapat balik ke kampong semasa cuti penggal 3. Jumlah warden yang terlibat adalah seramai 3 orang dan setiap seorang diberikan saguhati wang tunai sebanyak RM 200.00. 18 Program Sambutan Hari Kebangsaan Sambutan Bulan Kebangsaan merupakan program tahunan sekolah yang melibatkan penglibatan semua murid, guru dan warga secara menyeluruh. Matlamat utama penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah adalah untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara serta memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air di samping menanam semangat patriotik dalam kalangan murid, guru dan warga SMSL. Program ini dibawah pimpinan Cik Herwana Herman jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 500.00 yang merangkumi hadiah pertandingan (RM 240.00), hiasan kelas (RM 210.00) dan bendera Malaysia (RM 50.00). 19 Program Kecemerlangan Matematik Program Kecemerlangan Matematik SPM 2020 diadakan bagi membantu murid memperkukuh dan memperkasa prestasi mata pelajaran Matematik muridmurid SM Sains Labuan. Program ini bertujuan untuk memaksimakan pencapaian semua murid untuk mencapai gred A+. Kos perbelanjaan menelan belanja sebanyak RM 885 yang meliputi kos pembayaran untuk penceramah (RM 300), hadiah pelajar ( RM 300) dan air mineral serta kudapan untuk 3 hari sebanyak RM 285. Program ini dibawah kelolaan Puan Wan Nur Asyikin.
20 Pertandingan Inovasi Sempena Bulan Kemerdekaan (Sekolah) Program ini berlangsung pada 14 September 2020 (Isnin), bermula pukul 8.00 pagi – 4.00 petang. Program julung kali diadakan bagi mempraktikkan amalan PAK21 dalam kalangan guru dan murid melalui pertandingan berbentuk inovasi. Objektif program ini diadakan adalah untuk menggalakkan penyertaan guru dan murid di dalam menghasilkan inovasi berbentuk kreatif dan kritis serta membentuk kemenjadian murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam komunikasi dan interaksi. Program ini memerlukan sumbangan PIBG sebanyak RM 300.00 untuk pembelian peralatan inovasi. 21 Sumbangan Makanan Untuk AJK Mesyuarat PIBG Bil.1/2020 Cik Sumarni selaku Setiusaha PIBG telah memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak RM 72.00 untuk jamuan pagi ahli jawatankuasa PIBG. 22 Program Santai Tingkatan 5 Program ini dirancang khas buat pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2020 bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar sepanjang persediaan menghadapi peperiksaan. Guru penyelaras untuk program ini ialah Puan Jaliha binti Mohd Noor. Program ini dilaksanakan pada 26 September 2020, bermula pada 4.30 petang sehingga 11.00 malam yang bertempat di Dewan Samudera SM Sains Labuan. Jumlah pelajar tingkatan 5 tahun 2020 adalah seramai 57 orang. Jumlah peruntukan daripada PIBG untuk pelaksanaan program ini adalah sebanyak RM 950.00. 23 Pertandingan RBT (Inovasi) Program ini berlangsung pada 30 Oktober 2020 (Jumaat), bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi yang bertempat di Bengkel RBT. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMSL dan penyertaan dalam kalangan pelajar RBT adalah diwajibkan. Puan Sanita sebagai setiausaha program telah meminta peruntukan daripada PIBG sebanyak RM 460.00 untuk pembelian hadiah para pemenang dan barang keperluang pertandingan. 24 Sumbangan untuk Robotik Cikgu Safarina binti Mohamad selaku guru pembimbing untuk pertandingan URC Malaysia 20202 telah memohon sumbangan untuk menampung kos pembelian barang-barang robotik dan yuran penyertaan bagi pertandingan URC Malaysia 2020 yang akan dijalankan pada 2 -5 Disember 2020 secara atas talian. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 2000.00 yang merangkumi yuran penyertaan (RM 350.00) dan pembelian komponen robot seperti raspberry pi 8G, sensor, servomotor DC motor, gear, rack gear dan bateri (RM 1650.00)
25 Sumbangan Kepada Keluarga Pelajar Yang Terjejas Akibat Pandemik Covid-19 PIBG sekolah telah membuat kutipan sumbangan untuk membantu keluarga pelajar yang terjejas rentetan dari pandemik Covid-19. Kutipan inidibuat pada 6 sehingga 8 November 2020 dan jumlah kutipan yang terkumpul adalah sebanyak RM 3305.00 dan telah diserahkan kepada keluarga melalui transaksi pemindahan wang secara atas talian. 26 Sumbangan PIBG Untuk Pembelian Sijil Psikometrik Unit Bimbingan dan Kaunseling memohon sumbangan PIBG untuk pembelian kertas sijil A4 untuk mencetak Penilaian Psikometrik pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang berharga RM 50.00 seunit dan UBK telah membeli 2 unit kertas sijil A4 dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 100.00. 27 Bengkel Kimia SPM Program ini dilaksanakan pada 11 Disember 2020 secara atas talian dan slot 1 bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang manakala slot 2 berlangsung pada pukul 8.00 malam sehingga 9.30 malam. Bengkel Kimia untuk pelajar tingkatan 5 diadakan setiap tahun dan disampaikan oleh guru cemerlang Kimia iaitu En Azemi Ahmad dari Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing, Johor. Puan Siti Noorliah selaku penyelaras program telah memohon peruntukan sebanyak RM 350.00 untuk saguhati penceramah. 28 Pembelian Kad Pintar Pelajar Setiap pelajar SMSL diwajibkan untuk memiliki kad pintar pelajar sebagai kad identiti mereka. Setiap pelajar tingkatan 1 diwajibkan untuk membayar sebanyak RM 15.00 untuk pembelian kad pintar ini. Yuran kad pintar menggunakan akaun PIBG untuk memudahkan urusan kutipan wang dan Puan Nordiane binti Nordin merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan pembuatan kad pelajar. Jumlah pembayaran kad pintar pelajar untuk tahun 2020 adalah sebanyak RM 1540.00. 29 Pembelian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka Pusat Sumber SMSL dikelola oleh cikgu Safarina binti Mohamad. Tujuan pembelian majalah adalah adalah untuk menjadi bahan rujukan pelajar pelajar sewaktu berada di Pusat Sumber. Majalah ini sebagai medium kepada pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan mempertajam pemikiran pelajar melalui pembacaan isuisu yang dimuatnaik dalammajalahtersebut. Pihak Pusat Sumber memerlukan sumbangan PIBG sebanyak RM 200.00 untuk membuat langganan majalah selama setahun.
5.3 Setiausaha menyatakan bahawa banyak program telah dilaksanakan secara dalam talian pada tahun lalu akibat Covid-19 5.4 Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah banyak memberikan sumbangan untuk anak-anak di Sm Sains Labuan. 5.5 Hasil sumbangan ibu bapa membolehkan pihak sekolah membeli mesin basuh untuk anak-anak setiap tingkatan 5.6 Setiausaha PIBG juga menyatakan bahawa sumbangan-sumbangan tersebut banyak digunakan untuk aktiviti pelajar-pelajar tingkatan 5. 5.7 Sumbangan juga diberikan untuk program bagi pelajar tingkatan 1-4 namun sumbangan banyak digunakan untuk program-program pelajar tingkatan 5. 5.8 Ibu bapa diminta untuk menghantar wakil mencadangkan dan menyokong laporan aktiviti tersebut sekiranya tiada bantahan dan tiada perkara yang perlu diubah. Pencadang: Mohd Syaifudin bin Duakim Penyokong: Mohd Zaifulnizam bin Timbang 6.0 Membentang, Menerima dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2021 6.1 Bendahari membentangkan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2021 seperti berikut:
6.2 YDP menyatakan bahawa sekiranya ada yang ingin mendapatkan penjelasan atau penerangan lanjut boleh kemukakan pendapat kerana PIBG bertanggungjawab dalam membelanjakan wang tersebut. 6.3 Mengesahkan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2020 Pencadang : Raudhatul Hasanah binti Mawardi Penyokong : Syaiful bin Sidek Tindakan : Bendahari 7.0 Membentang, Menerima dan Membahaskan Usul / Cadangan Tahun 2022 7.1 Setiausaha membentangkan usul yang dikemukakan oleh ibu-bapa mengikut kategori seperti yang dinyatakan berikut: 7.2 YDP menyatakan bahawa ibu bapa boleh bertanya atau respon sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai usul yang telah dibentangkan. 7.3 Encik Valerion meminta penjelasan daripada pihak guru untuk meyakinkan ibu bapa kes buli yang berlaku di asrama adalah di dalam kawalan. 7.4 Ustaz Nik Afandi menerangkan bahawa guru/warden akan bertindak segera sekiranya menerima laporan. Laporan yang dibuat mesti mempunyai bukti. Beliau juga menyatakan cadangan untuk memasang CCTV untuk memerhati pergerakkan pelajar bagi membendung kes ini. Ustaz Nik juga mengingatkan ibu bapa untuk memaklumkan anak mereka untuk melaporkan kes buli kepada guru/warden terlebih dahulu. Buli fizikal tidak lagi berlaku namun masih ada buli verbal dalam kalangan murid terutamanya dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan junior. Cara penyelesaian masalah ini adalah melalui larangan untuk mengecam pelajar baru. 7.5 Untuk membendung kes kecurian, pelajar tidak digalakkan untuk menyimpang wang tunai yang banyak dan disarankan untuk menggunakan kad (cashless). 7.4 Pengetua menyatakan ke buli sudah berkurangan. 7.5 Encik Aswani memohon kebenaran untuk menyediakan kipas meja solar untuk anak.
7.6 Pengetua memberitahu bahawa tiada soket di dalam bilik asrama. Permohonan Encik Aswani akan dipertimbangkan. Setiap bilik asrama yang kurang kipas sedang dikesan dan diambil perhatian. 7.7 Encik Aswani memohon untuk pemeriksaan loker kerana terdapat loker yang boleh dibuka biarpun sudah dikunci. Ustaz Nik akan tanya pelajar dan mengarahkan mereka untuk memaklumkan guru untuk tindakan segera. 7.8 Puan May bertanya tentang tempahan T-Shirt yang banyak membebankan pelajar yang kurang berkemampuan. Pengetua memaklumkan TShirt tersebut bukan dibawah arahan sekolah. Pelajar memerlukan kebenaran untuk membuat T-Shirt. Ustaz Nik menambah sebarang T-Shirt yang dibuat perlu kebenaran pihak sekolah. Terdapat banyak T-Shirt yang bukan dibawah pengetahuan pihak sekolah. Cik Herwana menyatakan pelajar banyak kehilangan baju semasa menyidai dan rosak menyebabkan pelajar terpaksa membeli baju berulang kali. Mohon ibu-bapa untuk memaklumkan kepada warden sekiranya pelajar ingin membeli T-Shirt. 7.9 Encik Khairul memberi cadangan untuk mewujudkan pengawas asrama untuk bantu kawal selia asrama. Encik Zulhisham menyatakan sudah ada pengawas asrama yang terdiri daripada ketua ASPURA, ketua ASPURI, ketua rumah, dan ketua aras. 7.8 Encik Aswani menanyakan tentang penggunaan telefon bimbit pada hujung minggu. Ustaz menyatakan penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan di sekolah ataupun di asrama. Namun diberikan kelonggaran ketika Outing. Outing mengikut jantina kerana ada kes berpasangan ketika Outing. Pengetua menyatakan penggunaan telefon bimbit dibenarkan tetapi SOP yang sukar kerana pihak pengurusan SBP samasekali tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit. Pelajar boleh membawa telefon bimbit ke asrama tapi tidak dibenarkan untuk memegang telefon tersebut dan hanya digunakan dibawah pantauan guru atau warden di bawah kawalan yang ketat. 8.0 Penetapan Kadar Sumbangan Ibu Bapa Kepada PIBG SMSL Tahun 2022 8.1 YDP menyatakan bahawa pada tahun 2021, kadar sumbangan PIBG adalah sebanyak RM 150.00 per keluarga, RM 15 untuk e-majalah per keluarga dan RM 300 untuk program kecemerlangan sekolah untuk pelajar tingkatan 5. 8.2 Yang Dipertua telah membuat undian dan majoriti daripada ibu bapa bersetuju untuk mengekalkan jumlah sumbangan PIBG pada tahun 2022. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menetapkan kadar sumbangan PIBG pada tahun 2022 seperti berikut : Sumbangan PIBG : RM150 per keluarga Bayaran Majalah Sekolah : RM15 per keluarga Kecemerlangan Pelajar : RM300 per keluarga (Pelajar Tingkatan 5 Sahaja) Tindakan : Setiausaha, Bendahari, AJK PIBG
9.0 Hal - Hal Lain 9.1 Penasihat iaitu , Encik A Zailani A Mumin menyatakan cadangan untuk membuat jalan raya dari hulu ke ASPURI bagi memudahkan dan memendekkan perjalanan. Beliau menyatakan bajet yang diperlukan untuk membuat jalan raya tersebut adalah sekitar RM20,000.00. 9.2 Tuan penasihat juga bercadang untuk menambah jumlah mesin basuh di kedua-dua blok ASPURA dan ASPURI. 9.3 Tuan pengetua menyatakan hasrat untuk membaiki tempat menyidai baju. Beliau menyatakan menyidai baju di koridor akan tidak dibenarkan sekiranya tempat menyidai baju yang baharu sudah ada. Ini untuk memastikan koridor asrama terlihat kemas. 9.4 Penasihat menyatakan cadangan untuk mengecat blok asrama ASPURA dan ASPURI. 9.5 Penasihat berterima kasih atas sumbangan mesin air Coway yang disumbangkan oleh ibu bapa. Penasihat menyatakan cadangan untuk menambah 2 atau 3 lagi mesin air berbayar untuk kegunaan murid di asrama. 10.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2022 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2022 di buat oleh Yang Dipertua PIBG, En Suhaimi bin Sainan dan disokong oleh semua yang berada di dewan. 11.0 Melantik Pengerusi Sementara Puan Niza Utiya Binti Hj Hamzah telah dilantik oleh mantan Yang Dipertua PIBG Tuan Haji Suhaimi bin Sainan sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan sesi pencalonan dan pengundian untuk melantik AJK PIBG Sesi 2022/2024 yang baharu. Pengerusi sementara mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan untuk mengendalikan sesi pencalonan dan pengundian untuk melantik AJK PIBG Sesi 2022/2024 yang baharu. 12.0 Melantik AJK PIBG Sesi 2022/2024 Jawatan Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2024 Nama cadangan I (Abd. Ghaffar Yaakop) Pencadang : Rasman Bin Sabar Penyokong : Azizan Bin Ibrahim
Nama cadangan II (Niza Utiya Binti Hamzah) Pencadang : Herwana Binti Herman Penyokong : - Nama cadangan IIII (Abdul Kahar bin Abdul Rahim) Pencadang : Sunarni Suyut Penyokong : - Fairuz Bin Mat Jusoh mencadangkan agar cadangan pencalonan jawatan Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2024 ditutup Jawatan Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2024 dimenenangi oleh Abd. Ghaffar Yaakop Jawatan Naib Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2024 Sebulat suara menyokong Abdul Kahar bin Abdul Rahim sebagai penerima undi kedua tertinggi untuk memegang jawatan sebagai naib Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2024 Jawatan Setiausaha dan Naib Setiausaha PIBG Sesi 2022/2024 Effah Syazwani binti Ajamain telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai setiausaha PIBG sesi 2022/2024 manakala Norliza Binti Bamsuani akan memegang jawatan sebagai naib setiausaha PIBG sesi 2022/2024. Jawatan Bendahari dan Naib Bendahari PIBG Sesi 2022/2024 Suhartini Allan D Rice-Oxley telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai bendahari PIBG sesi 2022/2024 manakala jawatan naib bendahari akan dilantik pada kemudian hari. Jawatan AJK PIBG Sesi 2022/2024 Sebulat suara menyokong senarai penama dibawah dilantik untuk memegang jawatan sebagai AJK PIBG sesi 2022/2024 1. Niza Utiya Binti Hamzah (Pencadang: Herwana Binti Herman) 2. Abdul Muqtadir Halim (Pencadang: Nazri Bin Saptu)
3. Lucy Binti Judip (Pencadang: Dyana Martin) 4. Mohd Syaifudin Duakim (Pencadang: Sumarni Binti Sainul 5. Robin Patrick M. Mangkah (Pencadang: Herwana Binti Herman) Senarai AJK PIBG Sesi 2022/2024 dari kalangan guru akan dilantik kemudian. 13.0 Penukaran Pemegang Penama Akaun dan e-Banker PIBG 2020/2022 Penukaran pemegang penama akaun dan e-Banker PIBG AJK Sesi 2020/2022 dicadangkan oleh Yang Dipertua PIBG, En Abd Ghaffar Yaakop dan disokong oleh semua yang berada di dewan. Setiausaha memaklumkan penukaran pemegang akaun e-Banker bagi akaun Tetuan PIBG Sek Men Sains W.P Labuan (15011010005932) kepada tiga penama-penama baharu. Penukaran penama-penama adalah seperti berikut: JAWATAN PENAMA LAMA PENAMA BAHARU Yang Dipertua PIBG SUHAIMI BIN SAINAN (710802-12-5013) ABD GHAFFAR BIN YAAKOP (820617-01-5979) Setiausaha PIBG SUMARNI BINTI SAINUL (931125-12-6084) EFFAH SYAZWANI BINTI AJAMAIN (960313-12-6498) Bendahari PIBG NOORAIN BINTI JUMAH (890510-12-5880) SUHARTINI ALLAN D-RICE OXLEY (940511-15-5048)
Peraturan pengeluaran duit adalah seperti berikut: 1. Diluluskan oleh YDP, Setiausaha dan Bendahari 2. Limit transaksi RM50,000.00 3. Mandat penandatangan adalah 2/3 pemegang akaun PIBG SM Sains Labuan Cadangan ini disahkan oleh Puan Niza Utiya 14.0 Ucapan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2024 Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2024 yang baharu mengucapkan ribuan terima kasih di atas pelantikan dan tahniah kepada ahli-ahli PIBG baharu yang dilantik. Beliau mengharapkan semua AJK yang baharu dapat memikul amanah sebaikbaiknya. Beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan dalam menjalankan amanat yang diberikan serta mengharapkan tunjuk ajar dan sokongan yang kuat daripada ibu bapa dan guru yang lain Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2024 berjanji akan bertanggungjawab dalam membangunkan murid-murid SM Sains Labuan agar aura murid-murid suka akan sekolah semakin disemat dalam diri masing-masing. Beliau turut meminta kerjasama daripada semua pihak untuk bersatu dan berkerjasama agar hasrat sekolah iaitu SMSL Sejahteraku dapat direalisasikan. 15.0 Ucapan Penangguhan Mesyuarat Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir dan seterusnya menangguhkan mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. Disediakan oleh, ___________________________ (EFFAH SYAZWANI BINTI AJAMAIN) Setiausaha PIBG, SM Sains Labuan Disemak oleh, ______________________ (ABD GHAFFAR BIN YAAKOP) Yang Dipertua PIBG, SM Sains Labuan
Laporan Penyata Kewangan PIBG
Laporan Aktiviti PIBG
Aktiviti Penerangan Program Samudera Kasih Program Samudera Kasih bertujuan untuk mengaplikasikan 18 nilai universal yang telah dipelajari dalam subjek Pendidikan Moral. Penglibatan: 16 orang murid Tingkatan 5 Pendidikan Moral bersama 3 orang guru pengiring Objektif: 1) Menerapkan rasa simpati, kasih-sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir. 2) Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap alam persekitaran. Tarikh dilaksanakan: 20-23 Julai 2022 Tempat: Rumah Amal Cheshire, Pantai Tg, Aru, Balai Seni Lukis Sabah dan Tea Lab Borneo Sumbangan PIBG: RM2000 AKTIVITI AKADEMIK
Aktiviti Penerangan Program Kecemerlangan Sains (Gallery Walk) Program ini di bawah kelolaan Pn. Asih Fatikhin. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 2. Objektif program ini adalah membantu murid untuk menguasai skill prosess dan manipulatif dalam sains. Selain itu, membantu pelajar untuk mengenal peralatan makmal serta penggunaan yang betul, mengendali peralatan sebelum, semasa dan selepas digunakan dan seterusnya menguasai langkah-langkah dalam penulisan laporan. Program ini dijalankan pada 20 Ogos 2022. Program ini memerlukan sumbangan sebanyak RM1190.00 untuk membeli peralatan, hadiah para pemenang dan minum pagi untuk 114 orang murid Tingkatan 2. Bengkel Lulus Matematik Tambahan Tingkatan 4 Puan Khadijah Shafie selaku guru Matematik Tambahan telah memohon sumbangan daripada pihak PIBG berjumlah RM 900.00 untuk menampung perbelanjaan makan dan minum seramai 92 murid selama 3 hari. Bengkel ini diadakan pada 22-24 Oktober 2022 dan melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 SM Sains Labuan. Program ini bertujuan untuk menyediakan ruang kepada pelajar untuk mengulangkaji secara fokus. Kos Makanan Tambahan Pelajar Program Gallery Walk Sejarah Peringkat WP Labuan Program ini dijalankan di bawah Jawatankuasa Task Force Sejarah yang diadakan pada 6 hingga 8 Disember 2022. Jumlah sumbangan PIBG yang dipohon adalah sebanyak RM100 untuk menampung kos makanan 10 murid yang terlibat.