Aktiviti Penerangan Bengkel Teknik Menjawab Fizik Tingkatan 4 & 5 Program ini dijalankan pada 21-22 Januari 2022 bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Program ini bertujuan untuk menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan tepat, menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa dan untuk membuat ulangkaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Bengkel ini dikendalikan oleh guru fizik SM Sains Labuan. Program ini memohon sumbangan sebanyak RM552 untuk pembelian makanan (bun) dan minuman kotak untuk murid serta untuk pembelian bahan pembentangan. Bengkel Teknik Menjawab Kimia 2021 Program ini dijalankan pada 11-12 Februari 2022, bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Program ini- bertujuan untuk menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan tepat, menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa dan untuk membuat ulangkaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Bengkel ini dikendalikan oleh guru Kimia SM Sains Labuan. Program ini memohon sumbangan sebanyak RM501.40 untuk pembelian makanan (bun) dan minuman kotak untuk murid serta untuk pembelian bahan pembentangan. PROGRAM KECEMERLANGAN SPM
Aktiviti Penerangan Bengkel Teknik Menjawab Matematik Tambahan SPM 2021 Program ini dijalankan pada 28-29 Januari 2022 bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Program ini bertujuan untuk menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan tepat, menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa dan untuk membuat ulangkaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Program ini menjemput penceramah luar, En Azrul Nizam, Ketua Pemeriksa Kertas SPM. Program ini memohon sumbangan sebanyak RM2680 untuk menampung perbelanjaan berikut: 1) Tiket penerbangan KK-LBN-KK - RM400 2) Penginapan 2 Malam - RM250 3) Makan penceramah untuk 3 hari - RM60 4) Cenderahati bayaran - RM1500 5) Sewaan PA Sistem - RM300 6) Percetakan Bahan - RM170 Cuti-cuti (CCB) Cuti Tahun Baru Cina SPM 2021 Program ini melibatkan semua murid Tingkatan 5 (52 orang) dan dikendalikan oleh semua guru mata pelajaran Tingkatan 5. Objektif program ini adalah untuk:- 1) Menyediakan ruang kepada murid untuk mengulangkaji secara fokus 2) Memberikan persediaan yang cukup kepada murid Tingkatan 5 menghadapi peperiksaan SPM sebenar 3) Meningkatkan keyakinan murid untuk menghadapi peperiksaan SPM sebenar. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung adalah latih tubi subjek SPM dan Bengkel Teknik Menjawab. Program ini dilaksanakan pada Cuti Tahun Baru Cina Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 3200.00
Aktiviti Penerangan Modul Latihan Mata Pelajaran Elektif SPM Unit Kurikulum telah membeli modul latihan topik sebagai bahan latihan sebelum 74 murid Tingkatan 5 SM Sains Labuan menduduki SPM. Sejumlah RM4442.22 dana PIBG telah diperuntukkan untuk membeli 4 jenis modal seperti butiran berikut: 1) Modul Fizik (RM17.50 x 74) - RM1295.00 2) Modul Kimia (RM16.40 x 74) - RM1213.60 3) Modul Biologi (RM16.40 X 74) - RM1213.60 4) Modul Matematik Tambahan (RM16.40 x 74) - RM1213.60 Program Matematik SPM 2022 Program ini dijalankan pada 16-18 September 2022 melibatkan semua murid SPM 2022 bertujuan untuk menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan tepat, menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa dan untuk membuat ulangkaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Panitia Matematik memohon sumbangan PIBG sebanyak RM1038 untuk menampung perbelanjaan kos penceramah luar.
Aktiviti Penerangan CHEM Essence Penglibatan: semua murid Tingkatan 5 (73 orang) Objektif: 1) Membantu murid-murid menjawab soalan kimia dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. 2) Membantu murid-murid mengulangkaji mata pelajaran kimia menggunakan tips belajar yang berkesan. Tarikh dilaksanakan: Julai-September 2022 (10 jam) Tempat: Bilik Multipurpose, SM Sains Labuan Puan Munirah selaku guru pembimbing memohon sumbangan sebanyak RM150 untuk pembelian reward/hadiah kepada pelajar yang cemerlang. CCB Deepavali 2022 Program ini melibatkan semua murid Tingkatan 5 (73 orang) dan dikendalikan oleh semua guru mata pelajaran Tingkatan 5. Objektif program ini adalah untuk 1) Menyediakan ruang kepada murid untuk mengulangkaji secara fokus 2) Memberikan persediaan yang cukup kepada murid Tingkatan 5 menghadapi peperiksaan SPM sebenar 3) Meningkatkan keyakinan murid untuk menghadapi peperiksaan SPM sebenar. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung adalah latih tubi subjek SPM dan Bengkel Teknik Menjawab. Program ini dilaksanakan pada 21-25 Oktober 2022. Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 2300.00 untuk saguhati warden (RM500) dan saguhati guru untuk 18 sesi (RM1800). Puan Niza Utiya menyumbang RM100 untuk pembelian gula-gula untuk kegunaan murid.
Aktiviti Penerangan Program Biologi Program ini melibatkan semua murid Tingkatan 4 & 5 dan dikendalikan oleh Pn. Safarina Mohammad. Objektif program ini adalah untuk: 1) Memupuk pelajar agar dapat mengamalkan situasi pembelajaran berteraskan peperiksaan 2) Memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan dengan tepat dan betul. 3) Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda murid menjelang peperiksaan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah i-Learn Biology, Bengkel Pengayaan dan Biology Gallery Walk. Puan Safarina telah memohon sumbangan sebanyak RM 1189.00 untuk pembelian bahan pembentangan dan untuk bayaran penceramah RM300. Kem Kecemerlan gan SPM 2022 Penglibatan: semua murid Tingkatan 5 (73 orang) Objektif: 1) Memberikan pendedahan tentang kemahiran belajar dan teknik menjawab soalan yang betul dan berkesan 2) Memberi motivasi dan keyakinan kepada murid untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka menjelang peperiksaan percubaan SPM. 3) Mendedahkan murid dengan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui pendekatan pembelajaran luar bilik darjah. Tarikh dilaksanakan:3-10 September 2022 Tempat: SSTP, Jabatan WP Labuan Sumbangan PIBG: RM9270 yang diluluskan RM7270, RM2000 merupakan sumbangan Puan Lucy untuk jamuan BBQ murid. Perbelanjaan: 1) peralatan jamuan - RM300 2) elaun guru mengajar (RM200 x 10 subjek) - RM2000 3) Elaun guru bertugas malam (RM50 x 4 malam x 4 orang) - RM800 5) Bayaran penginapan SSTP (RM10 X 77) - RM770.00 6) Peralatan bengkel - RM2900 7) Perbelanjaan luar jangka - RM 500
Aktiviti Penerangan Hala Tuju & Interaksi Akademik 2022 Penglibatan: Guru subjek, ibu bapa dan murid Tingkatan 5. Objektif: 1) Murid dapat menetapkan sasaran yang ingin dicapai dalam peperiksaan SPM 2022. 2) Murid mempunyai kekuatan minda dalam menghadapi cabaran sebagai calon SPM. 3) Meningkatkan motivasi dan semangat murid selepas mengetahui prestasi semasa untuk persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Aktiviti: Pembentangan Hala Tuju, penyampaian sijil, ikrar dan Aku Janji. Tarikh dilaksanakan: 24 September 2022 Sumbangan PIBG: RM 670 1) Jamuan ringan (RM3 x 200 pax) - RM600 2) Minum pagi VIP & pentadbir (RM10 x 7 pax) - RM70 Bengkel Teknik Menjawab Fizik Kertas 2 SPM 2022 Penglibatan: Semua murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 Objektif: 1) Menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat. 2) Menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa. 3) Memvariasikan teknik menjawab soalan. Aktiviti: Bengkel teknik menjawab soalan SPM Fizik Kertas 2 yang disampaikan oleh penceramah luar - En Jeemion Jeali, Guru Fizik DG44 SM Sains Labuan Tarikh dilaksanakan: 21-22 Oktober 2022 Guru Pengelola: Pn. Dyana Martin Sumbangan PIBG: RM 1172 1) Bayaran Penceramah DG54 (RM120 x 6 jam) - RM720 2) Tiket Kapal Terbang (RM196x 2 hala) - RM392 3) Kos Penginapan - RM180
Aktiviti Penerangan Bengkel Cemerlang BM SPM 2022 Penglibatan: Semua murid Tingkatan 5 Objektif: 1) Meningkatkan kefahaman murid mengenai teknik dan tips menjawab soalan SPM dalam subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2 Aktiviti: Bengkel teknik menjawab soalan SPM Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 yang disampaikan oleh penceramah luar - Cikgu Ujang bin Mohamed Lazim, Munsyi Dewan DBP, Guru Cemerlang BM DG 54, Ketua Panitia BM Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru, Penulis Modul BM, Penceramah Guru dan Pelajar, Jurulatih Utama BM Johor Bahru. Tarikh dilaksanakan: 17 Oktober 2022 Guru Pembimbing: Pn. Norliza Bamsuani Sumbangan PIBG: RM 2700 1) Bayaran Penceramah DG54 (RM200 x 6 jam) - RM1200 2) Tiket Kapal Terbang (RM400 x 2 hala) - RM800 3) Kos Penginapan - RM400 4) Makanan Penceramah - RM200 Bengkel Teknik Menjawab Kertas 3 & 4 BM Kertas 3 dan 4 2022 Penglibatan: 20 orang murid Tingkatan 5, 2 guru Bahasa Melayu Objektif: 1) Mendedahkan guru dan murid tentang teknik menjawab soalan Kertas 3 dan Kertas 4. 2) Meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2022. Aktiviti: Bengkel teknik menjawab soalan SPM Bahasa Melayu Kertas 3 dan 4 yang disampaikan oleh penceramah luar - Cikgu Zahir Hussain bin Amirdin, Guru Bahasa Melayu SMK Damansara Aliff, Johor Bharu. Tarikh dilaksanakan: 23 September 2022 Sumbangan PIBG: RM 550.00 1) Bayaran Penceramah (RM200 x 2 jam) - RM400 2) Sijil dan cenderahati (termasuk kos pengeposan) - RM150
Aktiviti Penerangan Bengkel Menjawab Sejarah SPM 2022 Penglibatan: semua murid Tingkatan 5 (73 orang) Objektif: 1) Meningkatkan prestasi akademik murid 2) Mendedahkan murid dengan kemahiran belajar dan teknik menjawab berkesan 3) Mengadakan aktiviti/bengkel yang memberi impak terhadap pencapaian akademik murid. Tarikh dilaksanakan: 30 Disember 2022 Tempat: Bilik Multipurpose, SM Sains Labuan Aktiviti yang dilaksanakan: 1) Bengkel kemahiran menjawab Kertas 1 dan 2 Sejarah SPM yang disampaikan oleh penceramah luar, En Asbar bin Baba, Ketua Pasukan Pemeriksan Kertas 2 Sejarah Guru Pembimbing: En. Samsuri Amin Sumbangan PIBG: RM1955.00 1) Bayaran Penceramah (RM150 x 4 jam) - RM600.00 2) Pengangkutan Penceramah - RM350 3) Penginapan Penceramah - RM200 4) Elaun Makan Penceramah - RM160 5) Modul - RM365 6) Bahan Pembentangan - RM80 7) Hadiah Murid - RM200 CCB Siri 2 SPM 2022 Program ini melibatkan semua murid Tingkatan 5 (73 orang) dan dikendalikan oleh semua guru mata pelajaran Tingkatan 5. Objektif program ini adalah untuk menyediakan ruang kepada murid untuk mengulangkaji secara fokus dan memberikan persediaan yang cukup kepada murid Tingkatan 5 menghadapi peperiksaan SPM sebenar, 3) Meningkatkan keyakinan murid untuk menghadapi peperiksaan SPM sebenar. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung adalah latih tubi subjek SPM dan Bengkel Teknik Menjawab. Program ini dilaksanakan pada 10- 17 Disember 2022. Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 5300.00 untuk saguhati 2 orang warden (RM500), saguhati guru untuk 35 sesi (RM3500), dan pencetakkan bahan kegunaan murid (RM1300).
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris Kertas 2 & 3 SPM 2022 Penglibatan: Semua murid Tingkatan 5 (73 Orang) Objektif: 1) Mendedahkan murid dengan teknik menjawab soalan kertas 2 dan 3 dengan tepat. 2) Memastikan murid boleh mengenalpasti bentuk-bentuk soalan peperiksaan 3) Memberi pendedahan tentang panduan pemarkahan terkini kepada guru dan murid. Aktiviti: Bengkel teknik menjawab soalan SPM Bahasa Inggeris Kertas 2 dan 3 yang disampaikan oleh penceramah luar - Puan Grace Milagus Blantocas (DG48), SM ST Anne. Penyelaras Task Force BI Labuan dan merupakan ketua pasukan Pemeriksa Kertas SPM. Tarikh dilaksanakan: 01 Oktober 2022 Sumbangan PIBG: RM962.50 1) Bayaran penceramah (RM120 x 5 jam) - RM600 2) Jamuan makan penceramah dan AJK Guru - RM100 3) Minum pagi peserta (RM3 x 73) - RM219 4) Perbelanjaan luar jangka - RM50 Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik Tambahan SPM 2022 Penglibatan: semua murid Tingkatan 5 (73 orang) Objektif: 1) Menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat, 2) Menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa. 3) Memvariasikan teknik menjawab soalan. Tarikh dilaksanakan: 9-10 Disember 2022 Tempat: Dewan Samudera, SM Sains Labuan Aktiviti yang dilaksanakan: 1) Bengkel teknik menjawab soalan matematik tambahan yang disampaikan oleh penceramah luar - En Azrul Nizam, Ketua Pemeriksan Kertas SPM. Sumbangan PIBG: RM2380.00 1) Tiket penerbangan KK-LBN-KK - RM400 2) Penginapan 2 malam - RM250 3) Makan dan minum penceramah - RM60.00 4) Bayaran penceramah untuk 10 jam - RM1500 5) Kos pencetakan bahan - RM170
Guru Tutor Kimia Subjek Kimia merupakan subjek dan diambil oleh semua murid Tingkatan 4 dan 5 SM Sains Labuan. Kekurangan guru Kimia menyebabkan murid tidak dapat belajar dengan baik dan berkesan. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk melantik Guru Tutor Kimia, Cik Marhaini binti AG. Duraim yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Kimia), Universiti Malaysia Sabah. Cik Marhaini mula berkhidmat pada September 2022 - Disember 2022. Guru Tutor Muzik Murid Tingkatan 1-3 SM Sains Labuan perlu mempelajari mata pelajaran Pendidikan Muzik atau Pendidikan Seni Visual tetapi, sekolah menghadapi masalah ketiadaan guru Pendidikan Muzik menyebabkan murid tidak dapat belajar dengan baik dan berkesan. Pendidikan Muzik merupakan subjek yang penting dalam perkembangan bakat dan potensi murid sekaligus dapat membantu murid menjadi lebih kreatif serta menambah keyakinan diri. Oleh itu, sekolah telah melantik seorang guru tutor, Cik Hilda Guachin yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik, UPSI untuk mengisi kekosongan ini sementara. Cik Hilda telah berkhidmat bermula pada 1 November 2022 - 17 Februari 2023. Guru Tutor
Aktiviti Penerangan Makanan Tambahan SPM 2021 Program Makanan Tambahan ini diberikan kepada murid SPM 2021 seramai 52 orang sepanjang SPM berlangsung. Pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM3570 untuk menampung perbelanjaan pembelian 6kg kismis, roti dan air kotak untuk 52 orang calon SPM selama 12 hari. Majlis Restu Ilmu SPM 2021 Majlis Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan terakhir calon SPM untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Objektif majlis ini ialah untuk memohon restu ibu bapa dan guru serta meminta bimbingan dan motivasi agar calon-calon SPM ini mempunyai kekuatan untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Majlis ini telah dijalankan pada 27 Januari 2023 bertempat di Surau dan Dewan Samudera SM Sains Labuan. Pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM1081.20 untuk membeli set alat tulis b, air mineral 15 kotak berjumlah RM229.50 kos jamuan. Khairat Kematian Bapa Murid Khairat kematian ini diberikan kepada RM150 untuk Rabiatul Adawiyah yang telah kehilangan ayahnya. Program Santai Minda Tingkatan 5 Program ini diadakan pada 23 Januari 2022 khas untuk murid Tingkatan 5 dengan tujuan untuk memberikan masa rehat kepada mereka untuk menenangkan diri. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah senamrobik, program santai minda dan makan tengahari. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah memohon sumbangan dana PIBG sebanyak RM670 untuk menampung perbelanjaan makan dan minum serta bayaran penceramah luar. AKTIVITI HAL EHWAL MURID
Aktiviti Penerangan Program Selangkah ke Menara Gading & Program Minda Tenang Hati Program ini diadakan pada 27 Januari 2022 bertempat di Bilik Multipurpose.Program Minda Tenang Hati ini bertujuan sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada murid. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah memohon sumbangan sebanyak RM 884.00 untuk membeli peralatan program dan makanan dan minuman murid Tingkatan 5. Bekalan Makanan Murid Kuarantin Bekalan makanan ini diberikan kepada murid yang berkuarantin di sekolah. Sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM3462.00 untuk fasa 1 dan RM900 untuk fasa 2. Bekalan telah disampaikan pada 18-21 Feb 2022. Antara bekalan yang dibekalkan adalah air mineral, roti bun, vitamin C, biskut aneka, milo, pelitup muka dan pemasangan penapis air Cascata. Pertandingan Mencipta Lagu Semasa Kuarantin Pertandingan ini diadakan semasa kuarantin untuk menceriakan murid. Sekolah telah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM150 untuk menampung perbelanjaan pembelian hadiah kepada pemenang. Tapau Makanan & Minuman Murid Kuarantin Sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM 402.40 untuk pembelian tapau/bekas makanan dan minuman untuk murid yang sedang berkuarantin di asrama, Hal ini untuk mengekang penularan wabak CoVid-19 dan memudahkan urusan makan dan minum murid dalam tempoh kuarantin.
Program Kebitaraan Kepimpinan Pengawas Majlis Kepimpinan SMSL telah mengadakan program ini dengan objektif untuk meningkatkan mutu kepimpinan badan pengawas dan asrama. Permohonan sumbangan sebanyak RM1080 untuk memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar adalah untuk pembelian sijil dan kos makan dan minum para peserta. Program ini melibatkan semua badan kepimpinan pelajar. Program Ukhwah Pengawas Program ini dianjurkan oleh badan kepimpinan pengawas SMSL pada 16 Mei 2022 bertempat di Chimney Labuan. Seramai 9 orang guru pengiring dan semua badan kepimpinan sekolah dan asrama terlibat dalam program ini. Sumbangan berjumlah RM 360 dipohon untuk menjayakan program ini untuk menampung kos perbelanjaan pembelian cenderahati muzium, makanan tambahan peserta dan kos tambang bas. Program Kem Kepimpinan Pelajar Program Kepimpinan Pelajar 2022 telah dijalankan pada 23 - 26 Jun, iaitu selama 4 hari 3 malam bertempat di Tuaran dan sekitar Kota Kinabalu. Seramai 42 orang murid yang terdiri daripada badan kepimpinan pelajar SMSL dan 17 orang guru dan staf terlibat dalam program ini. Pihak jawatankuasa program memohon sumbangan berjumlah RM300 untuk menampung sebahagian daripada kos perbelanjaan seperti makanan peserta, jamuan akhir, sewa hotel, tiket feri, first aid kit, khemah, penginapan dan lain- lain. Majlis Fivers Majlis Fivers ialah majlis makan malam Tingkatan 5. Majlis ini telah diadakan pada 1 Januari 2023 bertempat di Hotel Lazenda, Labuan. Sebanyak RM500 dipohon untuk menampung sebahagian daripada kos untuk menjayakan majlis ini bagi membeli hadiah, kos makan dan minum, dokumentasi dan kegunaan kecemasan. Program ini telah melibatkan seramai 73 orang murid tingkatan 5 dan 28 orang guru termasuk VIP.
Aktiviti Penerangan Keperluan Alatan Makanan dan Minuman AJK Bertugas Sukan Peringkat SMSL Unit Kokurikulum SM Sains Labuan telah mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga Peringkat Sekolah Kali Ke-35 pada 27 dan 28 Jun 2022 bertempat di Padang Kolej Matrikulasi Labuan. Program ini merupakan program tahunan di mana semua atlet-atlet dari setiap rumah sukan bersaing selain dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Sehubungan dengan itu, Unit KOKUM SMSL telah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM1320 untuk menampung perbelanjaan untuk keperluan alatan dan makanan AJK yang bertugas. Keperluan Makanan dan Minuman Atlet Sekolah MSSWPL Penglibatan: 67 atlet wakil SM Sains Labuan ke peringkat MSSWPL Objektif: 1) Untuk menampung perbelanjaan makanan tambahan (roti) untuk atlet 2) Untuk menampung perbelanjaan minuman isotonik. 3) Untuk menampung keperluan kecemasan seperti First Aid Kit, ais batu dan medical bandage tape. Tarikh dilaksanakan: 12-16 Julai 2022 Sumbangan PIBG: RM1000 1) Makanan Tambahan - Roti (RM1 x 210) - RM210 2) Minuman Isotonik (RM36 x 6 katon) - RM210 3) Air Mineral 500 ml (12 caton) - RM180 4) First Aid Kit 2 unit - RM300 5) Ais batu - RM25 6) Medical Bandage Tape - RM75 Kontinjen ini telah memenangi tempat ketiga dalam kejuaraan ini. AKTIVITI KOKURIKULUM
Aktiviti Penerangan Pertandingan Robotik Fathfinder dan Robotik SUMO DIY SM Sains Labuan telah menghantar 4 orang murid ke pertandingan Robot Sumo DIY dan Robot Line Follower dan Pertandingan Fathfinder yang berlangsung pada 26-29 Oktober 2022 bertempat di SM Sains Kota Tinggi, Johor. Pasukan ini dibimbing oleh Encik Faisal Firdaus Tuah dan Puan Sanita Bulhani. Pasukan ini telah memohon sumbangan sebanyak RM2253 untuk menampung pembelian sebahagian daripada robot seperti berikut: 1) Set Mechabotics - RM376.50 2) 1kg Superior Sumo Robot - RM1500 3) 3kg Superior Sumo Robot - RMM2200 Kos Makanan Tambahan Atlet Bola Keranjang Peringkat SQL ke Miri, Sarawak SM Sains Labuan telah menghantar 2 pasukan (lelaki 18 dan perempuan 18) ke Kejohanan Bola Keranjang Sekolah Berasrama Penuh ke peringkat zon SQL pada 10-12 Ogos 2022 yang bertempat di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Bahagian Miri. Kontinjen ini diketuai oleh Encik Faisal Firdaus Tuah dan dianggotai serami 20 murid (10 lelaki dan 10 perempuan). Encik Faisal telah memohon sumbangan PIBG berjumlah RM300 untuk pembelian makanan dan minuman tambahan seperti 100+ untuk atlet yang terlibat. Pertandingan Robotik Petrosains RBTX SM Sains Labuan menghantar 4 orang murid untuk menyertai Pertandingan Robotik Petrosains RBTX bagi kategori Tracer Open dan Sumo. Pasukan ini adalah dibawah bimbingan En Faisal Firdaus Tuah. Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur pada 26-27 November 2022. Encik Faisal telah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM1130 untuk penginapan 2 malam, RM270, pengangkutan RM230 dan perbelanjaan makan dan minum yang berjumlah RM360.
Aktiviti Penerangan Scout Open Day Program ini dianjurkan oleh Desa Tunas Hijau dengan kerjasama Persatuan Pengakap Malaysia. Program ini bertujuan untuk mendekatkan ahli unit beruniform sekolah dengan komuniti sekitarnya. Dengan memberi peluang kepada ahli unit beruniform untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak luar, ia dapat menjadi tempat untuk bertukar-tukar pandangan dan idea bagi meningkatkan pencapaian unit berunifrom SM Sains Labuan. Program ini berlangsung pada 11 September 2022 dan disertai oleh seramai 20 murid SMSL. Cik Dyana Martin, selaku guru pengiring Persatuan Pengakap SMSL, telah memohon sumbangan PIBG berjumlah RM600 untuk pembayaran yuran peserta (RM20 x 20 orang), RM400, makan dan murid terlibat RM100 dan bahan mentah masakan RM100. Sewaan Baju Peserta Syair Peringkat Kebangsaan Guru pembimbing Syair Peringkat Kebangsaan, Puan Nurul Asita telah memohon sumbangan sebanyak RM200 untuk sewaan baju 2 peserta yang menyertai pertandingan ini. Baju atau pakaian yang disewa bertujuan untuk digunakan semasa rakaman dendangan syair peringkat kebangsaan dibuat.
Aktiviti Penerangan Dinner Kestas Program ini dianjurkan untuk menghargai usaha para guru dan staf sekolah yang bertungkus-lumus memastikan pdp berjalan dengan jayanya dan lancar. Program ini dijalankan pada 22 Januari 2022 bertempat di Hotel Lazenda Labuan. Pihak sekolah telah memohon sumbangan PIBG berjumlah RM1000 untuk menampung sebahagian daripada perbelanjaan untuk majlis tersebut. Anugerah Kecemerlangan SPM 2019 & 2020 Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan pada 13 Januari 2022 bertempat di Dewan Samudera SM Sains Labuan. Objektif utama program ini adalah untuk menghargai jasa-jasa dan penat lelah guru yang mengajar. Sumbangan PIBG yang dimohon adalah sebanyak RM2900.00. Banner SPM 2021 Pihak sekolah telah memohon sumbangan daripada PIBG pada 22 Januari 2022 untuk menampung perbelanjaan pembelian banner berukuran 8x6, berjumlah RM240. Banner ini bertujuan untuk menaikkan semangat caloncalon yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Hari Raya Program ini di bawah kelolaan Encik Samsuri Amin dan jawatankuasa yang terdiri daripada murid-murid Rumah Laksamana. Program ini berlangsung pada 25 Mei 2022 dan bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Antara objektif program ini ialah menerapkan nilai hormatmenghormati dan menghayati bahawa semua kaum mempunyai perayaan yang berbeza dalam diri murid masing-masing. Selain itu, program ini juga membantu mewujudkan sifat berkerjasama dan berusaha bagi memastikan program berjalan lancar. Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM3000 untuk menampung sebahagian perbelanjaan jamuan. PROGRAM SEKOLAH
Aktiviti Penerangan Hari Guru SMSL Program ini di bawah kelolaan Puan Nordiane Nordin dan jawatankuasa yang terdiri daripada murid-murid Rumah Temenggung. Program ini berlangsung pada 25 Mei 2022 dan bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Antara objektif program ini mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid dan untuk menunjukkan penghargaan kepada guru.. Selain itu, program ini juga membantu mewujudkan sifat berkerjasama dan berusaha bagi memastikan program berjalan lancar. Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM1500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan hadiah hari guru untuk seramai 50 orang. Bayaran Langganan Majalah (2 Tahun) Pusat Sumber SMSL dikelola oleh cikgu Safarina binti Mohamad. Tujuan pembelian majalah adalah adalah untuk menjadi bahan rujukan pelajar pelajar sewaktu berada di Pusat Sumber. Majalah ini sebagai medium kepada pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan mempertajam pemikiran pelajar melalui pembacaan isu-isu yang dimuatnaik dalam majalah tersebut. Pihak Pusat Sumber memerlukan sumbangan PIBG sebanyak RM 1000.00 untuk membuat langganan majalah selama setahun. Ibadah Qurban SMSL Penglibatan: Murid Islam Tingkatan 1-5 Objektif: 1) Meraikan Hari Raya Aidiladha 2) Mengetahui cara menyembelih dengan betul. 3) Mempraktikkan sembelihan secara Islam 4) Memupuk kerjasama antara guru dan murid dalam menganjurkan sesuatu program 5) Menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan perintah Allah SWT Tarikh dilaksanakan: 13 Julai 2022 Sumbangan PIBG: RM1000
Aktiviti Penerangan Program Kebangsaan Program ini merupakan program tradisi yang dilakukan setiap tahun dengan misi bukan sekadar menzahirkan aspirasi dan penghayatan semua warga sekolah terhadap perjuangan mendapatkan kemerdekaan tetapi apa yang lebih penting kini iaitu kesedaran terhadap usaha menyumbang kepada pengisian kemerdekaan tersebut. Tema kemerdekaan pada tahun ini adalah “Keluarga Malaysia: Teguh Malaysia ”. Program ini diadakan pada 8 Ogos-16 September 2022 di bawah pimpinan Rumah Bendahara dan Pengurusan Asrama Sekolah serta semua warga sekolah. Program ini memohon sumbangan sebanyak RM2088 untuk menampung perbelanjaan pembeliaan bendera wilayah persekutuan, bendera Malaysia, hadiah berupa hamper-hamper dan banner. Program MSR Tingkatan 3 One Off Baharu Pihak sekolah telah mengadakan Minggu Silaturahim Tingkatan 3 pada 1 hingga 4 Ogos, iaitu pada hari Isnin hingga Khamis. Program ini dijalankan di Dewan Samudera SMSL. Kos perbelanjaan yang dipohon untuk menjayakan program ini ialah sebanyak RM220.40 untuk pembelian hadiah dan peralatan hadiah. Bengkel Penulisan Anekdot Bahasa Melayu Bengkel Penulisan Anekdot ini dijalankan pada 10 Ogos 2022 dan bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Bengkel ini disampaikan oleh Pegawai SISC+ iaitu Puan Suriani Allan Oxley. Kelab Bahasa Melayu memohon sumbangan sebanyak RM100 untuk membeli cenderamata kepada penceramah jemputan dan kertas untuk kegunaan murid. Lawatan Penanda Arasan Sekolah memohon sumbangan sebanyak RM700 untuk program ini yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Taman Bukit Sepanggar Kota Kinabalu Sabah. Seramai 32 orang murid dan 5 orang guru terlibat dalam program ini. Permohonan sumbangan ini dibuat untuk menampung perbelanjaan pembelian tiket feri peserta, makan minum, kos penginapan, peralatan aktiviti dan juga cenderahati.
Aktiviti Penerangan Program Wave of English Penglibatan: Semua murid SM Sains Labuan Objektif: 1) Memupuk perasaan berani dalam menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di dalam kehidupan harian murid. 2) Membantu murid dalam menangani perasaan takut melakukan kesalahan semasa bertutur dalam Bahasa Inggeris 3) Mewujudkan suasana seronok dalam menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian. Aktiviti: Ceramah yang disampaikan oleh penceramah luar - Tn. Haji Ismail bin Ibrahim, MR Wave of English, Ex-Senior Principal (Jusa C) KUPSIS Tarikhdilaksanakan: 29 Ogos 2022 Sumbangan PIBG: RM 2155.00 1) Saguhati penceramah - RM600 2) Jamuan makan penceramah - RM150 3) Makanan Ringan Peserta (bun dan air, RM2.50 x 562 orang) - RM1405 Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih merupakan majlis yang dilaksanakan untuk meraikan persaraan Puan Rohana binti Yasin iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SM Sains Labuan. Beliau telah berkhidmat dan menabur bakti di SM Sains Labuan selama 27 tahun. Oleh itu, majlis ini diadakan untuk menghargai jasa dan sebagai tanda terima kasih kepada beliau atas segala jasa dan budi yang telah dicurahkan. Majlis ini diadakan pada 20 Oktober 2022 bertempat di Dewan Samudera, SMSL. Pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM1000 untuk menampung perbelanjaan jamuan, jambangan bunga dan persiapan tempat.
Aktiviti Penerangan Upah Pekerja Laman Minda Sihat Pihak sekolah telah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM960 untuk membayar upah pekerja Laman Minda Sihat yang dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program Demonstrasi Latihan Kecemasan Kebakaran dan Demo Pemadaman Api Program ini dijalankan pada 5 Oktober & 8 Oktober 2022. Program ini dijalankan untuk mendedahkan murid kepada pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran dan melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah. Guru Pembimbing Bomba, Cik Nur Aliffah, telah memohon sumbangan dari pihak PIBG sebanyak RM415 untuk menampung perbelanjaan jamuan ringan 2 hari dan cenderahati dan sijil penghargaan kepada Ketua Balai Bomba yang bernilai RM150.
Naik Taraf Bilik Mandi Asrama Aspuri (Pembelian Tile) Asrama Puteri SM Sains Labuan memerlukan penambahbaikan lantai tandas untuk memberi kemudahan untuk murid-murid mengurus diri dengan lebih kondusif selain daripada menyediakan bilik mandi yang mencukupi. Oleh itu, pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM 1500 daripada pihak PIBG untuk membuat pemasangan jubin bilik mandi dengan keluasan 20 x 10 kaki dan untuk mengecat bilik mandi. Pembelian Set PA Sistem Asrama Pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM4921 daripada PIBG untuk membeli Set PA Sistem untuk kegunaan asrama. Perbelanjaan seperti butiran berikut: 1) TOA 240W Mixer Power Amplifier A-2240H - RM1850.00 2) 4 Unit TOA 20 Inch Reflex Horn TH653-50W Driver Unit Horn Speaker - RM1480 3) 3 Unit Speaker Cable W/F Cord - RM870.00 4) Right Power SR-1000DE AVR - RM210 5) Microphone Floor Stand - RM85 6) Super 20MM High Impact PVC Conduit - RM231 PROGRAM ASRAMA
1 Sumbangan Ibu Bapa untuk Hari Guru SMSL 2 Sumbangan En Ghaffar untuk Score Lab 2022 (Kimia) 2022 3 Sumbangan MAIWP untuk Program Motivasi dan Jati Diri Tingkatan 3 SMSL 4 Sumbangan Ibu Bapa untuk Hamper Program Perkhemahan T3 bersama TLDM 5 Sumbangan Ibu Bapa untuk Laman Minda Sihat 6 Sumbangan Ibu Bapa untuk BBQ Tingkatan 3 7 Sumbangan BAKIP / PETRONAS untuk Program Kepimpinan Pengawas SMSL 8 Sumbangan Encik Arman (Ayah Abbasy dan Amanina) untuk Program Kepimpinan Pengawas SMSL 9 Sumbangan MAIWP untuk Infrastruktur Sekolah 10 Sumbangan Ibu Bapa untuk Makan Malam KESTAS SMSL 11 Sumbangan MAIWP untuk Program Pelajar PROGRAM TAJAAN SUMBANGAN PIHAK LUAR
Pembentangan & Perbahasan Usul
NAMA USUL TINDAKAN STEPBANIE MIUS Apakah pendekatan/tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah untuk membantu anak-anak yang gagal dalam mata pelajaran teras? Pihak sekolah telah mengambil maklumbalas murid tentang prestasi akademik, jadual pembelajarann akan diubah untuk memberi ruang murid dan guru fokus dalam bidang akademik NOOR FAREHIN BINTI MOHD YUSOF Libatkan ibubapa secara langsung atau tidak langsung dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah. Jika ada keperluan berkaitan prestasi anak, pihak sekolah boleh meminta bantuan ibubapa. Kami sedia memberikan kerjasama jika diperlukan. Pihak sekolah akan memperbanyakan penglibatan ibubapa dalam perkara ini melalui perbincangan dengan guru penyelaras tingkatan ZULHISYAM BIN ABDUL Pemakluman lebih awal berkenaan kelas-kelas tambahan yang akan diadakan bagi pelajar Tingkatan 5 supaya perancangan ibubapa yang jauh dgn anak2 dapat dilakukan dengan lebih teliti. Terdapat sedikit kekeliruan kerana ada guru yang memaklumkan kepada murid tanpa merujuk nkepada bahagian akademik ROZAINE BINTI ABD HAMID Mohon adakan kelas tambahan buat pelajar yg lemah dalam subjek-subjek tertentu Telah diusahakan dan akan ditambahbaik RABBIAH@RU BAYA BINTI TAIP 1. Pembelajaran terlalu cepat membuatkan murid tidak faham apa yang diajar. 2. Cikgu perlu membuat banyak latihan tentang apa yang diajar. Perjumpaan dengan semua murid akan diadakan bagi memberi fokus tentang perkara ini dan langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini AHMAD MAZLAN BIN MOHD NOOR Kelas Tambahan diperbanyakkan. Akan dipertimbangkan M.MAHRAZI MARDAN Perbanyakkan pembelajaran unsur unsur kreatif secara santai serta di selang seli ujian ujian bagi topik-topik yang menjadi kelemahan pelajar Cadangan baik akan dilaksanakan dengan berbincang dengan bahagian kecemerlangan sekolah untuk dilaksanakan MOHD FARID BIN HASSAN Mohon sebarang aktiviti dikongsi dengan ibubapa. Akan diusahakan dan akan ditambahbaik USUL AKADEMIK
NAMA USUL TINDAKAN MOHD SHAHRUL BIN THANI 1.Kelas tambahan untuk murid PT3 dan SPM 2.Ujian selepas habis bab pembelajaran Kelas tambahan untuk PT3 tiada sebab PT3 sudah tiada kel;as tambahan SPM telah dan sedang berlangsung SAPARUDDIN BIN TAPPE Diharap rekod akademik (keputusan ujian/peperiksaan) pelajar yang tinggal jauh seperti luar kawasan seperti di Sabah dapat dihantar melalui email ibubapa bagi memudahkan kami mengetahui perkembangan pembelajaran anak. Semua markah ujian akan dapat diakses oleh ibubapa dan akan dimaklumkan dalam group tingkatan KAHARUDDIN BIN NENI Sekiranya pencapaian anak agak merosot untuk subjek tertentu, dapatkah ibubapa mengambil alternatif lain untuk memberi tuisyen di luar pada hari sabtu & ahad mengikut masa yang ditetapkan? Contohnya 2 jam masa keluar untuk tuisyen sahaja. Di jemput dan dihantar semula selepas selesai oleh ibubapa. Ibubapa yang hendak mengambil tiusyen di luar boleh berrbincang dengan pihak sekolah MAZUIN BINTI MOHAMAD ZAIN Mohon adakan kelas tambahan buat pelajar yg lemah dalam subjek-subjek tertentu Telah diusahakan dan akan ditambahbaik HALARY GEFF SITAGAP Mohon untuk adakan perjumpaan antara ibu bapa dengan guru/ hari bertemu pelanggan untuk membincangkan prestasi anak-anak secara bersemuka atau secara maya. Dari situ ibubapa juga boleh pantau perkembangan akademik anak-anak di sekolah samada anak-anak ponteng kelas, tidak membuat kerja sekolah atau sebarang kelemahan anak-anak dalam matapelajran yang di ambil. Interaksi akademik untuk semua tingkatan akan diadakan sebaik sahaja markah ujian topikal selesai setakat ini kami telah mengadakan interaksi tersebut untuk tingkatan lima dahulu ABDULL MUQTADIR ABDULL HALIM ASBAR BIN BABA NOOR AZLINA BINTI ABD RAHMAN NUR HIDAYAH BINTI LAMAT USUL AKADEMIK
NAMA USUL TINDAKAN FATMAHWATI BINTI BAMBANG 1. Boleh minta sumbangan dari ibubapa untuk beli Mesin basuh baru. 2. Terapkan lagi kebersihan diantara pelajar sebab banyak masalah pelajar diganggu makhluk halus. 3. Lebihkan pantauan di asrama dan di kelas kerana banyak masalah buli lisan diantara pelajar. 4. Boleh tambah baik sistem komunikasi yang sedia ada. 1. Akan dilaksanakan 2. Mohon pelajar yang mengalami gangguan terus lapor ke pihak sekolah untuk tindakan segera 3. Pihak sekolah akan memastikan ketua bacth mengambil tindakan seperti melapor kepada pihak sekolah untuk tindakan sepatutnya 4. akan dipertimbangkan dan akan dajukan kepada pihak berkenaan ROGY @ ROTHSTEWAR T JAMES PANG Kebenaran menggunakan pinafore Pemakaian Pinafore bukan budaya SBP NUR HIDAYAH BINTI LAMAT Dinding asrama anak saya aspuri Dorm P101 masih lagi warna merah. Sedangkan tahun lalu sepatutnya cat warna lain. Tiada cat baru yang akan dibekalkan? Pihak sekolah dalam usaha untuk menceriakan semua dorm ketika program gotong royong perdana nanti STEPBANIE MIUS Bahan bacaan cerita fantasi seperti Harry Potter boleh dibawa ke asrama? Hanya bahan bacaan berbentuk cinta, seram dan lucah tidak dibenarkan dan bahan yang dibenarkan tidak boleh dibawa ke blok akademik ABDUL HAADIY BIN MOHAMAD NAZARY@LILA R NERSINGH Mohon pihak sekolah untuk mengusulkan kepada pihak vending machine agar dapat menggunakan wang tunai. Penggunaan duit tunai tidak digalakakkan di sekolah bagi mengelakan kes kecurian NOOR FAREHIN BINTI MOHD YUSOF Gotong royong 3K bersama ibubapa di asrama. Jika relevan, kekalkan pelajar dalam dorm yang sama untuk menghargai usaha mereka melestarikan keceriaan dorm. Gotong royong perdana tahun ini akan dilaksanakan dan akan diumumkan nanti MASLIZAH MUJIH Pihak sekolah melarang pembekalan makanan ringan kepada pelajar namun kenapa ada Vending Machine yang menyediakan penjualan makanan ringan termasuk mi segera? Pihak sekolah akan meminta pembekal menukar kpd makanan berkhasiat USUL HAL EHWAL MURID
NAMA USUL TINDAKAN VESSIE GALUK Kes buli dalam kalangan murid Pihak sekolah mohopn ibubapa yang ada aduan dari anak supaya terus berhubung dengan pihak sekolah supaya pihak sekolah dapat mengenalpasti kes secara tepat dan dapat diselesaikan secara berfokus SITI KHADIJAH BINTI MOHD ALI 1) Tolong beri perhatian dengan penderaan mental di kalangan murid 2) Mohon pemilihan pengawas bgi yang betul-betul layak. Jadi pengawas bukan lesen untuk bersikap berlagak atau samseng. 3) Cadangan untuk melaksanakan bilik bercampur umur bgi memudahkan rujukan dibuat dan mengelakkan sikap berpuak di antara murid. 4) Mohon buat penambahan kipas di surau tingkatan 1&2 (perempuan) 1) Mohon buat aduan kpd sekolah supaya dapat diselesaikan secara berfokus 2) Mana mana pengawas yang bersikap demikian mohon dibuat aduan untuk pihak sekolah siasat dan jika terbukti sekolah akan ambil tindakan 3) Sekolah akan laksanakan bilik bercampur bila keadaan buli dapat diredakan antara senior dan junior 4) Akan dilaksanakan jika ada peruntukan surau, ibubapa dialu alukan memberi sumbangan SAHRIL BIN MASTA Aktifkan semula group whatsapp ASPURA. Supaya ibubapa tahu apaapa laporan kejadian yang berkaitan kelakuan pelajar di asrama. Tidak perlu sembunyikan apa-apa masalah disiplin anak-anak daripada ibubapa di Asrama umumnya dalam sekolah. Info Aspura lebih banyak memberi kesan negatif NANCY CHOONG SIEW LING Isu kerap kecurian wang dalam dorm Sebelum kad pelajar yang membolehkan pelajar membuat pembelian tanpa menggunakan wang pelajar dinasihatkan menyimpan wang dengan warden MAHATHIR BIN MOHD SALLEH Kecurian di asrama yang kerap berlaku walaupun locker berkunci. Perkara begini sungguh menyusahkan ibubapa yang kurang berkemampuan untuk memastikan barangan anak-anak lengkap. Sekolah sedang cuba membanteras kes kecurian termasuk menambah CCTV yang sedia ada USUL HAL EHWAL MURID
NAMA USUL TINDAKAN SUDIT YUSOF Memohon Pertimbangan Pihak Sekolah Untuk Menyambung BIASISWA BKP Nor Dania Batrisyia Kerana Sebelum Ini dia ada Menerima Biasiswa Berkenaan di Sekolah Lamanya. BKP berkait dengan merit akademik sekiranya anak tidak dapat meneruskan BKP anak boleh mohon projek khas ERNAYLEYNA YUSIP Perketatkan lagi disiplin pelajar. Jika ada kecurian yang terjadi,siasat dan maklumkan kepada ibubapa yang mencuri dan dicuri. Jangan biarkan walaupun barang kecil terutama anak yang luar dari labuan. Kasihan mereka kecurian barang lebih-lebih lagi kehilangan duit dan kad bank. Menyusahkan pelajar dan menyusahkan ibubapa untuk membuat akaun anak lagi, terutama pelajar yang luar dari labuan yang jauh dari ibubapa. Pihak sekolah akan meneliti isu ini dan akan mempertingkatkan kawalan dan langkah FAUZIANA BINTI ISMAIL Perbanyakkan sesi kaunseling Akan diberi perhatian termasuk memanggil pihak luar ASBAR BIN BABA Mengenalpasti ciri-ciri buli dan memastikan tiada aktiviti vandisme di kalangan anak-anak kita. Sekolah memandang serius dengan kes berat .pelajar yang terlibat jika disabitkan kesalahan akan diberi hukuman dan amaran keras RABBIAH@RU BAYA BINTI TAIP Pengawas sekolah perlu memeriksa dengan teliti betul atau tidak kesilapan pelajar tersebut, sebagai contoh pemeriksaan pagi semasa perhimpunan , tudung pendek dan lain lain. Akan diberi perhatian AHMAD MAZLAN BIN MOHD NOOR Pelajar yang mempunyai masalah perlu diberi perhatian, Tidak hanya dengan nasihat doa dan tawakal sahaja. Mohon ibubapa supaya memaklumkan pihak sekolah murid sedemikian supaya sekolah boleh mengambil tindakan sepatutnya AMRAN BIN MALIK Gambar murid yang melakukan pelanggaran disiplin tidak perlu dihantar dalam group. Memadai pemakluman kepada ibubapa sahaja. Group tersebut telah ditiadakan USUL HAL EHWAL MURID
NAMA USUL TINDAKAN NORAINAH BINTI SABUDIN Kemudahan tandas asrama perlu diperbaiki Akan diberi perhatian mengikut peruntukan yang ada M.MAHRAZI MARDAN Libatkan secara langsung pelajar dengan aktiviti kerohanian bagi membentuk kekuatan dalaman dan pembentukan jati diri yang ampuh Sekolah sedang memperbanyakkan aktiviti kerohanian NORZAINAB ZAINI Membenarkan masa melawat pada hari sabtu dan ahad seperti tahuntahun sebelum ini. Sabtu sekolah ada program bengkel hikmah untuk tingkatan 4 dan 5 manakala tingkatan lain ada prep walaubagaimanapun sekolah ada memberi kelonggaran kepada ibubapa sabah dan sarawak RINA FAUZIAH ABD RAHMAN Tempat scan QRCODE di pelbagai tempat contohnya dari kereta sahaja boleh scan, tidak perliu turun dari pada kereta. Akan diperhalusi SIRIUH KULOB Kes buli pelajar hendaklah diambil serius. Sekolah memandang serius dengan kes berat. Pelajar yang terlibat jika disabitkan kesalahan akan diberi hukuman dan amaran keras. SITI KHADIZAH BINTI PUTING Asrama tiada tali penyangkut langsir atau paku untuk digantung langsir. Mohon dorm yang berkeperluan maklumkan kepada pihak sekolah supaya pihak sekolah boleh usahakan untuk diadakan MOHD FARID BIN HASSAN Sebarang masalah pelajar atau pelanggaran tatatertib dan tindakan mohon kongsikan dengan ibubapa. Setakat ini hanya kes berat sahaja dimaklumkan kepada ibubapa ANGELA BINTI JOSEPH Murid dibenarkan membawa bahan bacaan seperti novel & komik yang tidak berunsur negatif bagi mengisi masa lapang di asrama Dipertimbangkan MOHD SHAHRUL BIN THANI Mohon adakan ceramah "Anti Buli Sekolah" kepada semua pelajar. Telah dilaksanakan dengan kerjasama pihak polis USUL HAL EHWAL MURID
NAMA USUL TINDAKAN ADNAN BIN OTHMAN Penambahbaikan prasarana asrama seperti kipas, tingkap, langsir, katil/tilam dan locker agar lebih selesa dan kondusif untuk pelajar. Penambahbaikan sentiasa dibuat dengan peruntukan yang sedia ada MOHD FARID AFIE Murid Di Benarkan Lebih Kerap Memakai T Shirt Rasmi Sekolah. Pemakaian pelajar berdasarkan arahan KPM . SOP pemakaian cuaca panas murid dibenarkan memakai T-shirt bersopan ABDULL MUQTADIR ABDULL HALIM Mohon kurangkan masa Roll call agar tidak memakan masa prep malam yang lama bagi memberi laluan kepada murid untuk menyiapkan tugasan dan membuat ulangkaji. Sudah dilaksanakan dan akan dipertingkatkan ANNE J.P. GUNTAVID USUL HAL EHWAL MURID
NAMA USUL TINDAKAN NUR HIDAYAH BINTI LAMAT Untuk cuaca sekarang ini, mohon kurangkan aktiviti luar. Berdasarkan kepada Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2023/2024 bermula 19 Mac 2023 (Kumpulan A) dan 20 Mac 2023 (Kumpulan B) bahawa pelaksaan aktiviti kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah adalah dibenarkan. Dengan mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2007 (Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah) dan Surat Siaran Bil. 1/2023 (Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas). KPM menetapkan aktiviti kelab, persatuan, unit beruniform, sukan dan permainan boleh dilaksanakan secara bersemuka, dalam talian / hibrid mengikut kesesuaian. Aktiviti merangkumi bahan rangsangan (pengetahuan) dan tugasan. Bahan rangsangan seperti dalam bentuk video, gambar, petikan atau nota ringkas. Tugasan boleh disediakan dalam bentuk soalan, projek atau kertas kerja. Sehingga ke tarikh ini, semua aktiviti kokurikulum hanya dilaksanakan di dalam bangunan seperti kelas dan dewan termasuk bilik-bilik khas di SMSL. Sebarang aktiviti luar seperti aktiviti di padang, berjogging tidak dibenarkan dilaksanakan oleh murid. Murid akan ditegur jika mereka melaksanakan aktiviti luar tanpa mendapat keizinan daripada guru. Ada beberapa latihan sukan / permainan yang tidak dibenarkan dilaksanakan walaupun di dalam dewan. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN NOOR FAREHIN BINTI MOHD YUSOF Kenal pasti pelajar yang pernah berjaya mewakili negeri, kebangsaan atau antarabangsa sewaktu di sekolah rendah. Ini merupakan peluang (opportunity) bagi pihak sekolah kerana para pelajar ini telah mempunyai pengalaman yang boleh dijadikan kekuatan (strength) sekolah dalam apa juga pertandingan baik kokurikulum, ko-akademik, sukan, STEM dsb. Dengan adanya kesinambungan kejayaan di sekolah rendah dan sekolah menengah, ia dapat meneruskan minat, bakat, dan kejayaan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencari bakat-bakat baharu di kalangan pelajar yang lain bagi mewujudkan persaingan yang adil dan saksama. Semasa pendaftaran segala maklumat mengenai murid tersebut akan diperolehi. Ini termasuklah maklumat tentang aktiviti kokurikulum mereka semasa di sekolah rendah. Mereka telah diberikan Borang Pemilihan Unit Kokurikulum Sesi 2023/2024 yang perlu dilengkapkan yang mengandungi maklumat pilihan unit kokurikulum (murid baharu Tingkatan 1 dan 4). Daripada situ dapat dikenal pasti seseorang murid itu sesuai untuk unit kokuriklum yang mana mereka perlu ikuti. Pada bahagian kanan borang iaitu bahagian Catatan pula perlu dilengkapkan oleh murid tentang Pencapaian/Kelangkapan Pakaian Seragam dll. Jika murid berkenaan dapat mengisi dengan betul maklumat yang diminta terutama tentang pencapaian mereka semasa di sekolah rendah, maka pihak unit kokurikulum dapat mengenal pasti tentang tahap kejayaan yang telah dicapai. Ini secara tidak langsung dapat membantu guru penasihat kelab/persatuan/unit beruniform/sukan/permainan untuk terus mengasah bakat dan kebolehan mereka serta mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan di pelbagai peringkat. Untuk mencungkil bakatbakat baharu dalam kalangan murid, kedapatan unit kokurikulum yang mengadakan pelbagai cara dan kaedah yang sesuai dan berkesan. Ini termasuklah mengadakan pertandingan di antara tingkatan contoh Kelab Bola Jaring. Terdapat juga dalam kalangan ibu bapa yang sudi menyediakan kemudahan alatan sukan memanah untuk anak-anak mereka menyertai Kelab Memanah (Kelab Ekstra) dan kelangkapan bermain golf untuk Kelab Golf (Kelab Ekstra). USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN SITI KHADIJAH BINTI MOHD ALI Bagi peluang kepada pelajar yg berminat dengan suatu sukan atau persatuan. Jangan hanya dilihat dari segi pengalaman dari sekolah rendah. Pada asalnya penglibatan setiap murid dalam kokurikulum adalah berdasarkan pengalaman mereka kepada sesuatu persatuan atau sukan semasa di sekolah rendah. Apabila mereka masuk ke Tingkatan 1 mereka cuba untuk beralih arah kepada sukan atau persatuan yang lain (ingin mencuba) atau sekadar ikut kawan. Mereka juga diminta untuk memilih dengan tepat sukan atau persatuan yang mereka boleh fokus di samping minat dan kebolehan yang sudah ada dalam diri mereka. Kadangkadang berlaku pertukaran kerana tidak boleh mengikuti persatuan atau sukan yang mereka dengan serius. Ada pula yang betul-betul berminat kepada sesuatu persatuan atau sukan tetapi kesihatan dan fizikal yang tidak mengizinkan untuk mereka meneruskannya. FAUZIANA BINTI ISMAIL Kurangkan aktiviti kokurikulum Setiap aktiviti perjumpaan mingguan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah tidak kurang daripada 12 kali perjumpaan bagi Kalendar Akademik 2023/2024 untuk murid sekolah rendah tahun 1 hingga 6, murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan murid Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Bagi murid tingkatan 6 bilangan perjumpaan untuk setiap bidang adalah tidak kurang daripada 15 kali sepanjang pengajian. Setiap aktiviti kokurikulum adalah dicatat merangkumi setiap aspek termasuk kehadiran, keahlian, penyertaan, kejayaan di dalam PAJSK. Untuk SMSL setiap aktiviti kelab, persatuan, unit beruniform, sukan dan permainan telah dirangka jadual pelaksanaan bermula Mac 2023 sehingga Oktober 2023. Bermula Oktober 2023 penilaian untuk PAJSK dimulakan sehingga akhir tahun 2023. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN ASBAR BIN BABA Menganjurkan Fun Run(5KM) untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga SBP Labuan + PIBG sekolah Satu cadangan yang baik. Program Fun Run (5 KM) boleh dicapai jika dirancang dengan teliti dan mendapat kerjasama semua pihak. Ianya bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim malah akan menghasilkan warga SMSL dan PIBG yang sihat dan cergas. Dalam hal ini pihak pengurusan tertinggi SMSL dan PIBG kena duduk berbincang dengan meneliti kertas kerja program dan perlantikan AJK Kerja di samping bajet yang sesuai. Hal yang hampir sama telah dilaksanakan dulu (lupa tarikh) di mana SMSL telah mengadakan larian Merdeka mengelilingi Pulau Labuan dengan membawa Jalur Gemilang. Dalam hal ini murid (10 - 20 orang) di tempatkan di beberapa tempat yang strategik di mana larian pertama bermula di SMSL melalui jalan UMS dan akan disambung lagi oleh kumpulan kedua dan seterusnya sehingga selesai. kumpuan terakhir diletakkan di kawasan Sungai Lada untuk larian penamat ke SMSL. Penglibatan pelbagai pihak luar seperti Polis Trafik amat diperlukan kerana ianya melibatkan laluan awam dan faktor keselamatan. Manakala JPAM untuk sebarang kecemasan. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN RABBIAH@RU BAYA BINTI TAIP Kokurikulum habis terlalu lama, murid-murid tiada masa untuk berehat. Berdasarkan Takwim Perjumpaan Unit Kokurikulum SMSL 2023, masa perjumpaan setiap hari Rabu ialah seperti berikut : Pasukan Badan Beruniform (2.30 pm - 4.00 pm). Untuk minggu berikutnya : Kelab / Persatuan (2.30 pm - 3.45 pm) dan Sukan / Permainan (4.00 pm - 5.15 pm). Perjumpaan telah dimulakan pada Mac 2023 (perjumpaan 1). Sehingga Mei 2023 Unit Beruniform telah mencapai 4 kali perjumpaan, Manakala Kelab / Persatuan dan Sukan / Permainan 3 kali perjumpaan. Perjumpaan terakhir ialah pada bulan Oktober 2023 : Unit Beruniform (18 Oktober 2023) manakala Kelab / persatuan dan Sukan / Permainan (25 Oktoner 2023). Setakat ini semua perjumpaan adalah mengikut jadual kecuali Bulan Mei 2023 untuk Unit Beruniform diawalkan kerana aktiviti Sukan Tahunan SMSL bagi acara padang dan balapan terpaksa ditunda. Berdasarkan kepada masa pelaksanaan aktiviti didapati bahawa masa terakhir untuk sukan / permainan ialah pada jam 5.15 pm adalah sesuai. Dan semua aktiviti unit kokurikulum yang dijangka berakhir pada 25 Oktober 2023 adalah terlalu awal (8 bulan daripada 12 bulan) dan ini memberi peluang kepada murid untuk mengikuti program akademik terutama murid tingkatan 5. Murid masih ada masa untuk berehat sebelum makan malam dan ada masa untuk menghadiri kelas prep malam. Masa perjumpaan mungkin dapat dilaksanakan dan ditamatkan lebih awal sekiranya masa PdPc dapat dilaksanakan sehingga jam 1.30 pm (dalam perancangan pihak sekolah). USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN AHMAD MAZLAN BIN MOHD NOOR Penglibatan Pelajar perlu ke Tahap Maximum Itulah yang sangat-sangat diharapkan oleh Unit Kokurikulum dan SMSL. Semua murid digalakkan untuk menyertai pelbagai program atau pertandingan yang mereka mampu bukan sahaja di peringkat rumah / sekolah. Malah mereka yang berkebolehan dan berbakat diminta untuk meneruskan usaha mereka dalam unit kokurikulum sehingga ke peringkat negeri, negara atau antarabangsa. Namun untuk sampai ke peringkat antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah tetapi perlu melalui banyak tapisan. Hanya murid-murid yang betul-betul fokus dan serius dalam aktiviti kokurikulum akan dapat pergi ke tahap tertinggi sama dalam penglibatan, penyertaan dan pencapaian. Ini adalah di antara program di peringkat antarabangsa yang mungkin boleh disertai : (1). Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (2 - 6 Februari 2023 Bangkok, Thailand), (2). International Conference On Creativity And Innovation For Young Scientist (ICCI-YS 2023) 4 - 5 Februari 2023 Bangkok, Thailand, (3). The 6" China (Shanghai) International Invention & Innovation Expo (April 2023 Shanghai, Chaina), (4). European Exhibition Of Creativity And Innovation (WUROINVENT 2023) Mei 2023 (lasi, ROMANIA), (5). Japan Design & Invention Expo (JDIE 2023) Tokyo, JEPUN Julai 2023, (6). 12'" World Invention Creativity Olympic (WICO Ogos 2023) Seoul, KOREA. (7). International Innovation, Creativity and Technology Exhibition (12CReaTE 2023) September 2023 Kuala Lumpur, MALAYSIA, (8). International Conference On Science, Technology, Engineering & Mathematics (ICSTEM 2023) September 2023 Kuala Lumpur, MALAYSIA, (9). Macai International Innovation & Invention Expo (MIE 2023) Oktober 2023 Macau Science Center, (10). Indonesia Inventors Day 2023 Oktober 2023 Jakarta, INDONESIA, (11). International Warsaw Invention Show (IWIS 2023) Oktober 2023 Warsaw, POLAND, (12). International Invention Show (INOVA 2023) November 2023 Zegreb, CROATIA, (13). Kaohsiung International Invention And Design December 2023 Kaohsiung, TAIWAN. Di samping jemputan menyertai pameran-pameran inovasi di bawah seliaan Word Invention Intellectual Property Association (WIIPA) dan MyRIS bagi tahun 2023, Program Pertandingan Sesi Hadiah Rahim & Ibrahim 2023, Projek Young Inventors Challenge, Science Fair For Young Children, ASTI Feynman Challence, Young Technopreneurs Challenge dan Green Maker Challenge Bagi Tahun 2023, Pertandingan / Program Anjuran Tech Up Sdn. Bhd. Bagi Tahun 2023 : (i) (ii) Pertandingan Sains Cilik Kreatif (PSCK) 2023, (iii) Pertandingan Universal Robotic Challenge (URC) Malaysia 2023, STEM Awareness Champaign (STEMAC) 2023. Program Digital Ninja Tahun 2023. Pertandingan Energy Efficency Challenge Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Tahun 2023. Pertandingan National Science Challenge (NSC) 2023. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN M.MAHRAZI MARDAN Menghadkan penglibatan tingkatan 5, terutama bagi mereka yang agak lemah dalam akademik Untuk murid tingkatan 5, kehadiran mereka dalam aktiviti kokurikulum perlu cukup untuk 12 kali perjumpaan bagi tahun 2023. Ini merangkumi perjumpaan dan aktiviti asas kelab, persatuan, unit beruniform, sukan dan permainan untuk penilaian dalam PAJSK pada bulan Oktober 2023. Untuk sebarang pertandingan yang besar di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa bergantung kepada guru penasihat unit kokurikulum berkenaan yang dapat menentukan sama ada murid Tingkatan 5 boleh ikut serta atau tidak dan mereka boleh untuk memilih tidak terlibat dan bertanding. Namun aktiviti peringkat sekolah (unit kokurikulum) adalah perlu dilaksanakan juga untuk membuktikan bahawa mereka terlibat dan hadir perjumpaan. Dalam hal ini senarai nama murid-murid yang agak lemah sudah berada dalam perhatian guru-guru akademik. Dan adalah menjadi penyebab kenapa murid berkenaan tidak dibenarkan untuk mengikuti sebarang program luar sebagai salah satu akur janji mereka. Ada juga dalam sesetengah kes di mana murid tetap ingin meneruskan sesuatu penyertaan kerana mendapat surat permohonan bertulis daripada ibu bapa mereka sendiri kepada pihak pengurusan sekolah. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN FARIZAH BINTI MUSA Memohon pihak sekolah atau guru-guru kelab/persatuan memberi kebebasan untuk murid memilih persatuan/kelab/unit beruniform yang diminati ini kerana baru-baru ini anak saya telah dipilih mengikuti Persatuan Puteri Islam sedangkan sejak dari sekolah rendah anak saya meminati dan mengikuti persatuan Pengakap. Pihak Unit Kokurikulum mohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat mengadakan taklimat tentang pemilihan kelab/persatuan/unit berunifom/sukan/permaianan kepada murid-murid baharu Tingkatan 1 dan 4 semasa pendaftaran mereka baru-baru ini. Namun unit Kokurikulum ada mengedarkan borang pemilihan kepada murid-murid berkenaan memilih satu Unit Beruniform, satu Kelab / Persatuan dan satu Sukan / Permainan . Untuk makluman sudah banyak pihak Unit Kokurikulum menerima permohonan daripada ibu bapa untuk pertukaran kelab/persatuan/unit beruniform/sukan/permainan bagi anak-anak mereka. Semua permohonan tersebut telah diuruskan dan berjaya dilaksanakan oleh Setiausaha Kokurikulum terutama untuk murid-murid baharu di Tingkatan 1. Ini berdasarkan kepada surat permohonan daripada ibu bapa dengan alasan yang munasabah seperti minat murid, kesinambungan penyertaan di sekolah rendah, hasil kejayaan dalam pelbagai kejohanan dan pertandingan di sekolah rendah dan ingin mengikut jejak langkah abang dan kakak mereka di SMSL di dalam kelab/persatuan/unit berunifom/sukan/permaianan yang sama (ingin mengekalkan tradisi keluarga). Atas dasar mengembalikan minat dan perasaan gembira muridmurid tersebut, pihak Unit Kokurikulum dengan rasa bertanggungjawab dan ikhlas hati mengambil usaha yang tidak berbelah bahagi ini untuk kejayaan mereka. Adalah diharap dengan cara tersebut muridmurid akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap kelab/persatuan/unit berunifom/sukan/permaian yang mereka sertai sehingga dapat menjadi wakil dalam sebarang kejohanan di pelbagai peringkat. Satu hal yang menjadi persoalan mungkin di mana terdapat muridmurid yang diberikan kelab/persatuan/unit berunifom/sukan/permainan yang tidak menepati keinginan mereka seperti di sekolah rendah. Hal ini berlaku kerana unit-unit berkenaan sudah melepasi kuota bilangan keahlian dan kerana mahu bilangan setiap ahli bagi setiap unit adalah hampir sama tidak ada yang terlalu sedikit dan tidak ada yang terlalu ramai. Satu perkara lagi ialah keahlian murid dalam setiap unit dibuat secara bersistem (janaan komputer). USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN SITI KHADIZAH BINTI PUTING Mohon untuk murid-murid memakai pakaian unit beruniform baju sukan sahaja untuk menjimatkan kos. Buat masa sekarang berdasarkan kepada arahan KPM, sekolah dengan izin Pengetua telah meminta semua murid, guru dan AKP untuk memakai baju sukan (T-Shirt) semasa cuaca panas. Arahan ini terpakai sehingga keadaan kembali normal seperti biasa dan mendapat arahan daripada KPM. Namun dalam keadaan yang normal seperti sebelum ini, semua murid wajib memakai pakaian unit uniform masing-masing termasuk murid tingkatan 1. Ini untuk membuktikan bahawa setiap murid dalam unit uniform dapat menunjukkan disiplin, jati diri, sahsiah, nilai sivik, patriotisme, sukarelawan dan perpaduan kaum. Untuk menyediakan pakaian unit unifrom kepada anak-anak, ibu bapa boleh membeli secara beransur-ansur. Contoh : murid-murid dalam unit uniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) boleh memakai baju dan seluar serta tali pinggang (hijau) dahulu. Selepas itu jika ada kemampuan bolehlah menyediakan pula beret (topi) dan boot (kasut) untuk melengkapi pakaian unit uniform mereka. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN MOHD FARID BIN HASSAN Mohon sebarang aktiviti dikongsi dengan ibubapa. Pihak Unit Kokurikulum SMSL akan berusaha sebaik mungkin untuk berkongsi dengan ibu bapa sebarang aktiviti murid dari semasa ke semasa. Beberapa aktiviti / program luar 2022/2023 telah diikuti oleh murid-murid SMSL. Pada 20 Mei 2023 Borneo International Marathon 2023 (BIM) di Kota Kinabalu telah disertai oleh serai 4 guru dan 20 murid. Pada 28 Januari 2023 Program Hora Horey Bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) bertempat di Desaland (Desa Tunas Hijau) Kampung Sungai Miri, W. P. Labuan. Pada tarikh yang sama, seramai 3 orang murid SMSL telah dianugerahkan Rambu Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-kanak Tahun 2022/2023. Pada 25 Januari 2023 seramari 13 murid SMSL telah memenangi Hadiah Program Kecergasan 1 Murid 1 Sukan secara dalam talian Sukan Lompat Tali Peringkat W. P. Labuan tahun 2022. Majlis berlangsung di Dewan Terbuka, SK. Pantai. Pada 7 Februari 2023 ahli-ahli Kelab Silat Seni Gayong SMSL di bawah pimpinan Cikgu Azizan Bin Ibrahim telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Balai Bomba Ranca-Ranca W. P. Labuan sempena lawatan Ketua Pengarah Bomba Malaysia ke Labuan. Pada 20 Mac 2023 seramai 14 murid Kadet Polis dengan seorang guru penasihat telah dijemput sebagai 'detachmen" sempena Hari Peringkatan Polis ke - 216 Tahun 2023 bertempat di Perkarangan IPD Labuan. Pada tahun 2022 sebanyak 87 terlibat dalam pertandingan / program di peringkat Negeri dan 10 di peringkat Antarabangsa. Bermula bulan Mei tahun 2023, unit kokum sudah beralih menggunakan satu platform sahaja untuk merekodkan semua data. Jadi semua guru penasihat hanya daftar pencapaian murid dan boleh melihat rekod pencapaian tersebut di platform ini (appsheet). USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN MOHD SHAHRUL BIN THANI Akademik dan kokurikulum seiring antara semua pelajar. Untuk aktiviti dan program kokurikulum sudah ditakwimkan. Apa yang murid dapat semasa PdPc di kelas boleh diaplikasikan semasa aktiviti kokurikulum di luar kelas. Ini berdasarkan kepada Pekeliling KPM : Pemakluman Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Mingguan Bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024. Iaitu KPM ingin mengingatkan bahawa semua sekolah perlu melaksanakan Program Interaksif Bahasa Melayu (PIKeBM) di dalam aktiviti perjumpaan mingguan kokurikulum selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtiasa Bil. 1 tahun 2021. Di samping itu, teori di kelas boleh digunakan sebagai aktiviti sambungan (praktikal) semasa aktiviti kokurikulum terutama kelab/persatuan akademik seperti Karnival Bahasa, Karnival Sejarah, Karnival STEM, karnival ICT. Penglibatan aktiviti kokurikulum adalah sesuai untuk semua murid manakala yang lebih berkebolehan dan berketerampilan lebih diutamakan dalam mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan / porgram. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN ADNAN BIN OTHMAN Penubuhan kelab memanah peringkat sekolah Kelab Memanah telah ada sebagai Kelab Ke-14 dalam Kelab Ekstra SMSL 2023/2024 (Kelab Ekstra ialah di mana tidak dilaksanakan perjumpaan tetapi akan mengadakan latihan sekiranya mendapat peluang untuk menghadapi pertandingan dalam sebarang kejohanan). Guru Penasihat ialah Puan Nurul Asita Binti Abd. Wahab dan Cik Jamaliah Binti Ibrahim. Berdasarkan surat Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bertarikh : 11 Mei 2023, Kelab Memanah SMSL telah diundang untuk menjalani program latihan memanah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu jam 4.30 pm - 5.30 pm di Padang Membedai Labuan. ABDUL RAZAK BIN AWANG Utamakan aktiviti persiapan SPM. Sebagaimana yang sudah dimaklumkan sebelum ini, bahawa segala aktiviti dalam kokurikulum adalah sudah ditakwimkan dan berjadual. Oleh yang demikian, segala aktiviti kokurikulum yang dirancang telah disusun atur agar ianya tidak bertindih dengan kurikulum terutama sekali untuk murid tingkatan 5 yang akan mengambil SPM 2023. Murid-murid tingkatan 5 SPM hanya perlu menghadiri sebanyak 12 kali perjumpaan dalam unit kokurikulum masing-masing sepanjang tahun 2023 yang dijangka berakhir pada Oktober 2023. Ianya amat perlu untuk penilaian dalam PAJSK. Dalam hal-hal lain seperti program kecemerlangan, teknik menjawab, mereka diberi ruang dan peluang untuk menghadirinya walaupun pada hari tersebut mereka perlu juga menghadiri perjumpaan dengan unit kokurikulum masing-masing. Dengan kata lain wujudnya persetujuan dan persefahaman di antara guru akademik dengan guru kelab/persatuan/unit beruniform/sukan/permainan demi kemudahan dan kecemerlangan murid di mana dalam segala hal akademik perlu diutamakan. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN SUDIT YUSOF Bagaimana caranya untuk memohon Biasiswa Sukan Sekolah? Untuk maklumanan bahawa Biasiswa Sukan Sekolah dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 1, 2 & 7, Blok E13, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia. Permohonan baharu secara dalam talian melalui https://apb1.moe.gov.my mulai 19 April hingga 18 Mei 2023 (tindakan sekolah). Pengemaskinian maklumat dan status Penerima Sedia Ada (PSA) secara dalam talian mulai 19 April hingga 18 Mei (tindakan sekolah). Proses verifikasi dan pengesahan permohonan mulai 19 Mei hingga 2 Jun 2023 (tindakan JPN). Kriteria kelayakan permohonan baharu Biasiswa Sukan KPM 2023 iaitu : (a) Warganegara Malaysia (b) Murid tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Sukan Malaysia atau Murid Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Sukan Mengeri atau Murid tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Menengah Harian (SH). Sekolah Berasrama Penuh (SBP) / Sekolah Menengah Teknik (SMT) / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau pelajar Tahun 1 dan 2 di Kolej Vokasional KPM. (c) Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan. (d) Menunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri peringkat kejohanan MSSM, Liga Sukan KPM dan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara (SPTN) serta sukan-sukan lain yan diputuskan oleh KPM. Terdapat 33 jenis sukan yang layak dipertimbangkan untuk diberi Biasiswa Sukan (BS) iaitu : Akuatik, Angkat Berat, Badminton, Bola Baling, Bola Keranjang, Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Boling Padang, Boling Tempin, Catur, Gimnastik, Gimrama, Golf, Hoki, Judo, Karate, Kriket, Lawan Pedang, Lumba Basikal, Memanah, Menembak, Olahraga / Merentas Desa, Pelayaran, Ping Pong, Ragbi, Sepak Takraw, Silat Olahraga, Skuasy, Softbol, Taekwando, Tenis dan Wushu. Setakat ini murid-murid yang dikategorikan layak sudah diuruskan oleh Setiausaha Sukan SMSL iaitu Puan Amellyinn Sindot sebelum beliau bercuti panjang. Cuma tidak dinyatakan senarai nama tersebut. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN NOOR AZLINA BINTI ABD RAHMAN Jemput jurulatih luar untuk melatih murid yang berminat dalam sukan seperti taekwondo atau badminton yang dibayar oleh ibu bapa sendiri secara berkala - seminggu sekali di hujung minggu atau jumaat petang Kelab Taekwondo masih belum ada dalam senarai kelab/persatuan SMSL. Manakala Kelab Badinton telah wujud sebagai kelab ke-5 dalam senarai Sukan/Permainan di SMSL. Cadangan untuk menjemput jurulatih luar untuk melatih murid-murid yang berminat dalam taekwondo adalan satu usaha yang bagus dan murni ditambah lagi bayaran dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Masa perjumpaan / latihan sekali seminggu juga amat sesuai. Untuk tujuan tersebut satu kertas kerja mungkin perlu disediakan dan dibentangkan yang mengandungi matlamat dan objektif penubuhannya di samping mengenal pasti kumpulan sasaran (keahlian), penubuhan Jawatankuasa (AJK), sumber kewangan dan pengisian (aktiviti). Sekiranya ingin menjadikan Teakwondo sebuah kelab yang aktif adalah lebih baik ianya didaftarkan. Jadi, matlamat penubuhan kelab Taekwondo ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) akan tercapai. Masa latihan pada hujung minggu untuk hari petang Jumaat tidak sesuai kerana ada dalam kalangan muridmurid yang terlibat dengan program 4ME. Untuk hari Sabtu dan Ahad perlu dilaksanakan pada sebelah petang kerana pada sebelah pagi ada dalam kalangan murid-murid nonmuslim yang terlibat dengan program keagamaan masing-masing. ANGELA BINTI JOSEPH USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN MASZIN BIN LIWAT Harap kantin dapat dibuka ketika sesi melawat anak. Sudah dimaklumkan kepada pihak kantin ABDUL HAADIY BIN MOHAMAD NAZARY@LILA R NERSINGH SITI KHADIJAH BINTI MOHD ALI Isu air putih (minum) di asrama. Mesin coway asyik rosak. Sudah dijawab ERNAYLEYNA YUSIP Boleh memohon sumbangan dari vvip untuk memasang cctv di blok akedemik,supaya apa-apa yang berlaku,terutama kecurian barang peribadi pelajar atau pelajar membuli dapat dipantau. Cctv amat penting. Akan dipanjangkan ASBAR BIN BABA Sekiranya yuran PIBG perlu dinaikkan untuk peningkatan akademik & sahsiah diri anakanak kita, saya sangat bersetuju. Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat agung untuk sokongan RABBIAH@RU BAYA BINTI TAIP Mohon berikan murid murid rehat yang cukup. jadual sedang diubah supaya ruang untuk pelajar berehat dapat diperbanyakkan M.MAHRAZI MARDAN Mohon bagi warden atau pihak pentadbiran sekolah memantau secara khusus aktiviti luar kelas / asrama pelajar tingkatan 5 khususnya dan am nya bagi semua pelajar terlalu banyak aktiviti yang membimbangkan Akan dilaksanakan. Mohon murid supaya membuat aduan kepada pihak sekolah supaya tindakan segera dan sesuai dapat dilaksanakn oleh pihak sekolah RINA FAUZIAH ABD RAHMAN Pengisian aktiviti keagamaan di antara waktu Maghrib dan Isyak perlu dimantapkan lagi dengan pelbagai bidang seperti sirah, hadis dan sebagainya mengikut jadual. menjemput ustaz atau penceramah dari luar yang bertauliah untuk menyampaikan ceramah atau tazkirah. Akan diutarakan kepada panitia pendidikan Islam untuk dimantapkan USUL LAIN-LAIN
NAMA USUL TINDAKAN ROSNIE BINTI DAUD Mohon beri perhatian kepada pelajar semasa dalam asrama,keperluan,penjagaan kesihatan dan lain-lain. Pelajar digalakan membuat aduan selepas setiap kali roll call supaya tindakan segera dapat diambil MOHD FARID BIN HASSAN Perbanyakan bahan/sumber untuk pembelajaran Akan diusahakan dengan bantuan bidang bahasa dan PIBG ANGELA BINTI JOSEPH Murid boleh berbasikal di kawasan sekolah Dibenarkan MOHD SHAHRUL BIN THANI 1.Tambah bumbung bahagian kanan surau An Naim sebab jika hujan turun semasa pelajar solat, kasut sekolah pelajar basah. 2.Pembaikan/penggantian mesin basuh Aspuri F2 (2023) yang rosak. 3.Sentiasa ada pemantauan kepada mesin penapis air bagi memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi. 1 Bumbung surau akan ditambahbaik dengan bantuan alumni 2. Akan dibaik pulih dengan bantuan PIBG. 3 Selain coway pelajar boleh dapatkan air minuman dari mesin air berbayar maklumbalas ketika sekolah menghubungi pihak coway kenapa mesin coway sering tiada air penggunaan air telalu banyak selain air di smsl agak kurang bersih HALARY GEFF SITAGAP Pelbagaikan/ perbanyakkan lagi anugerah pelajar semasa hari anugerah akademik dan kokum supaya anak-anak lebih bersemangat untuk mencapai apa yanfg mereka inginkan. Sebagai contoh, anugerah kehadiran terbaik, anugerah mata pelajaran terbaik mengikut kelas, anugerah buku log terbaik mengikut kelab/ persatuan unit beruniform, anugerah pelajar aktif dalam persatuan, kelab, sukan menyikut kelas dan persatuan dan anugerah yang lain. Akan diteliti dan dilaksanakan oleh pihak akademik, HEM dan Kokurikulum untuk dilaksanakan USUL LAIN-LAIN
Sekalung penghargaan di ucapkan kepada : Pengetua SM Sains Labuan YDP PIBG 2022/2024 AJK PIBG 2022/2023 AJK PIBG 2023/2024 AJK Pelaksana Guru-guru Ibu bapa Serta kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-18. Semoga pertemuan dan usaha kita diberkati Allah SWT