8.0 Membentang, Menerima dan Membahaskan Usul / Cadangan Tahun 2022 8.1 Setiausaha membentangkan usul yang dikemukakan oleh ibu-bapa mengikut kategori seperti yang dinyatakan berikut: 8.1.1 YDP menyatakan bahawa ibu bapa boleh bertanya atau respon sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai usul yang telah dibentangkan. 8.1.2 Ustaz Nik Afandi mencadangkan supaya kenaikan sumbangan PIBG sebanyak RM 50.00 menjadikan jumlah keseluruhan RM 200.00 untuk satu keluarga. Yuran kecemerlangan untuk tingkatan 4 pula adalah sebanyak RM 150.00. Tujuannya supaya tingkatan 4 tidak ketinggalan dan dapat mengikuti aktiviti kecemerlangan bersama tingkatan 5. 8.1.3 Encik Hasan Abduraji meminta supaya usul dibacakan dan dihuraikan satu persatu supaya lebih telus dan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan. 8.1.4 Encik Hasan Abduraji menambah ibu bapa dan guru perlu berpadapada memberi teguran kepada anak-anak-anak kerana mereka tidak mampu bertahan untuk tinggal di asrama sekiranya menerima tekanan. 8.1.5 Pengetua menyatakan bahawa pentadbir sentiasa tekankan guru-guru mengamalkan sikap guru penyayang. Namun guru juga seorang manusia biasa yang mempunyai kelemahan. Kesalahan yang melampau memang akan diambil tindakan. 8.1.6 Kes kecurian perlu di ambil tindakan tegas kerana anak-anak yang mencuri adalah bakal pemimpin pada masa akan datang. Beliau mencadangkan supaya mewujudkan sistem dimerit kepada murid bagi memudahkan urusan denda dan sebagainya. Warden perlu membuat pemeriksaan secara berterusan untuk memastikan kes kehilangan barang tidak berulang. 8.1.7 Pengetua memaklumkan bahawa kes kecurian memang sentiasa terjadi. Pelajar yang didapati bersalah akan dibuang sekolah serta-merta.
8.1.8 Ustaz Nik Afandi menerangkan bahawa guru/warden akan bertindak segera sekiranya menerima laporan. Laporan yang dibuat mesti mempunyai bukti. Beliau juga menyatakan cadangan untuk memasang CCTV untuk memerhati pergerakkan pelajar bagi membendung kes ini. Ustaz Nik juga mengingatkan ibu bapa untuk memaklumkan anak mereka untuk melaporkan kes buli kepada guru/warden terlebih dahulu. 8.1.9 Encik Hasan Abduraji juga memohon supaya mengupah tenaga pengajar muzik dan membenarkan anak-anak membawa peralatan muzik sepeti gitar dan lain-lain untuk mengisi masa lapang. Hal ini juga untuk mengelakkan murid bosan. 8.1.10 Pengetua memberitahu bahawa alat muzik, buku cerita yang tidak mengganggu dibenarkan untuk dibawa. Selain itu, pengetua berhasrat untuk menyediakan bilik karaoke dan sebagainya tetapi perlu di perhalusi dari segi pengurusan dan sebagainya. 8.1.11 En.Hasan Abduraji juga memohon agar group telegram dibuka untuk semua tingkatan kerana maklumat akan sampai secara meluas. Hal ini akan memudahkan ibu bapa untuk membuat panduan apabila anak mereka berada di tingkatan seterusnya pada tahun akan datang. 8.1.12 Ustaz Nik Afandi menyatakan bahawa group telegram dalam skala yang besar susah untuk di kawal dan memudaratkan isu yang kecil terutamanya apabila ada kes-kes tertentu yang tidak memerlukan maklumat tersebut tersebar luas. 8.1.13 Tuan pengetua menyatakan bahawa rekod akademik akan dicatat secara online dan akan dikongsi bersama ibu bapa agar markah ujian anak-anak dapat dilihat oleh ibu bapa. Pengetua juga menambah bahawa kelas tuisyen dari luar adalah tidak digalakkan 8.1.14 Pn. Dalilah Desa memohon agar warden yang dilantik adalah bukan daripada guru kaunseling kerana pelajar tiada tempat untuk mengadu. 8.1.15 Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah mengalami kekurangan guru untuk menjadi warden namun, tetap akan berusaha meminta warden baharu daripada kementerian. 8.1.16 Pn Farizah Musa memohon supaya meningkatkan pengisian keagamaan dalam kalangan pelajar.
8.1.17 Pengetua memaklumkan bahawa ceramah agama akan diadakan secara bergilir-gilir dalam kalangan ustaz. Tambahnya lagi, pihak sekolah menggalakkan puasa sunat isnin dan khamis dengan menyediakan makan sewaktu sahur dan berbuka. 8.1.18 Pn Noridawati Abdul Halim mencadangkan agar aktiviti kokurikulum dikurangkan supaya tidak menjejaskan pelajaran anak-anak. Pengetua menerangkan bahawa latihan hanya pada hari khamis dan jumaat. Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dan mewakili sekolah juga adalah dalam kalangan mereka yang melepasi syarat utama iaitu perlu cemerlang dalam akademik. 8.1.19 Pn. Dalilah memohon agar kantin sekolah dibuka pada hari ahad supaya ibu bapa yang datang melawat dapat membeli makanan bersama anak-anak. Ustaz Nik Afandi menyatakan bahawa pihak kantin tidak sanggup bekerja sepanjang minggu kerana mereka telah bekerja siang dan malam dari isnin hingga sabtu. 9.0 Penetapan Kadar Sumbangan Ibu Bapa Kepada PIBG SMSL Tahun 2023 9.1 YDP menyatakan bahawa pada tahun 2022, kadar sumbangan PIBG adalah sebanyak RM 150.00 per keluarga, dan RM 300 untuk program kecemerlangan sekolah murid tingkatan 5 9.2 Bayaran majalah digital akan ditentukan kemudian berdasarkan analisa dan bayaran majalah bukan dibawah seliaan PIBG lagi tetapi dibawah Koperasi SMSL. 9.3 Yang Dipertua telah membuat undian dan majoriti daripada ibu bapa bersetuju untuk mengekalkan jumlah sumbangan PIBG atau menaikkan jumlah sumbangan. En. Abdull Muqtadir Halim mencadangkan sumbangan dinaikkan ke RM200 dan RM150 untuk program kecemerlangan Tingkatan 4 kerana kebanyakkan progam SPM melibatkan pelajar Tingkatan j4. 9.4 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menetapkan kadar sumbangan PIBG pada tahun 2023 seperti berikut : Sumbangan PIBG : RM200 per keluarga Kecemerlangan Murid SPM : RM300 (Murid Tingkatan 5 Sahaja) Kecemerlangan Tingkatan 4 : RM 150.00 (Murid Tingkatan 4) Tindakan : Setiausaha, Bendahari, AJK PIBG
10.0 Hal - Hal Lain 10.1 Penasihat iaitu , Encik A Zailani A Mumin menyatakan sekolah sedang merangka satu projek membina cyber centre 2023 secara berfasa. Dalam rangkaan awal, sekolah akan membekalkan ipad untuk kemudahan belajar dan membolehkan murid mencapai internet. 10.2 Tuan penasihat juga berhasrat untuk mewujudkan sistem smart kad yang membolehkan ibu bapa melihat kesalahan disiplin anak-anak, perbelanjaan anakanak dan sebagainya. Usaha itu masih dalam peringkat mengumpul data untuk dimerit. Usaha ini diharapkan dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan anak-anak. 10.3 Tuan penasihat juga memberi kelonggaran masa melawat setiap minggu dan dibenarkan balik 2 minggu sekali dengan syarat prestasi akademik terbaik. 10.4 Di samping itu juga,segala kemudahan di sekolah dan asrama seperti tandas, bilik mandi akan ditambah baik. Blok lelaki ada 4 blok manakala blok perempuan ada 2 blok. Mesin basuh juga akan dinaik tarafkan menjadi laundry di luar. 10.5 Bilik khas untuk mengakses internet akan disediakan untuk anak-anak mengakses maklumat. 10.6 Ustaz Nik Afandi menambah supaya mewujudkan bilik belajar bagi aspuri tingkatan 5 kerana terpaksa belajar di bilik masing-masing. Hal ini agak mengganggu murid lain untuk tidur. Keputusan segera perlu diambil dengan cara membina khemah yang selesa di tengah-tengah blok aspuri. Sumbangan ibu bapa amat diperlukan untuk menampung kos membina lantai, dinding, bumbung dan kipas.
11.0 Pelantikan AJK PIBG Wakil Gurur Sesi 2022/2023 Naib Setiausaha PIBG Sesi 2023/2024 Jamaliah Binti Ibrahim akan memegang jawatan sebagai naib setiausaha PIBG sesi 2023/2024. Jawatan Bendahari dan Naib Bendahari PIBG Sesi 2023/2024 Herwana Binti Herman telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai bendahari PIBG sesi 2023/2024 manakala jawatan naib bendahari Atikah Binti Ali. 12.0 Ucapan Penangguhan Mesyuarat Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir dan seterusnya menangguhkan mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari. Disediakan oleh, ___________________________ (EFFAH SYAZWANI BINTI AJAMAIN) Setiausaha PIBG, SM Sains Labuan Disemak oleh, ______________________ (ABD GHAFFAR BIN YAAKOP) Yang Dipertua PIBG, SM Sains Labuan
Laporan Penyata Kewangan PIBG
Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024
Aktiviti Penerangan Guru Tutor (Januari - Disember 2023) 3 guru tutor untuk mengajar subjek Muzik, Matematik dan Kimia. Guru Muda Guru Muda adalah program yang dirancang khas bagi membantu pelajar lemah bagi setiap mata pelajaran melalui rakan sebaya yang berprestasi tinggi bertindak sebagai Guru Muda untuk membimbing mereka. Program ini dirangka khas sebagai salah satu usaha membantu meningkatkan prestasi pelajar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar Tingkatan 4 dan 5. Program ini dijalankan bermula Mei sehingga sesi persekolahan tamat. Makanan Tambahan Peserta Kolokium 2023 Program ini dijalankan pada 13 Mei 2023. Jumlah sumbangan PIBG yang dipohon adalah sebanyak RM 120 untuk menampung kos makanan 6 murid yang terlibat. Makanan Penceramah KBAT 2023 Program ini dijalankan pada 18 Mei 2023. Sebanyak RM 150.00 dana dipohon untuk menampung perbelanjaan makanan VIP dan penceramah yang dijemput. Lawatan Guru-guru Elektif Penanda Arasan Lawatan penanda arasan guru-guru elektif ke Sekolah Kluster Kecemerlangan SM St Michael, Penampang Sabah pada 13-15 Julai 2023. Seramai 9 orang guru yang terlibat. Objektif program ini adalah untuk mengembangkan potensi guru-guru Tingkatan 5 dalam teknik mengajar yang berkesan seiiring dengan keputusan yang cemerlang. PIBG meluluskan dana sebanyak RM 2000 untuk menampung kos penginapan dan perjalanan. AKTIVITI AKADEMIK
Aktiviti Penerangan Program Kecemerlangan Sains Tingkatan 2 Program ini di bawah kelolaan Pn. Asih Fatikhin. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 2. Objektif program ini adalah membantu murid untuk menguasai skill proses dan manipulatif dalam sains. Selain itu, membantu pelajar untuk mengenal peralatan makmal serta penggunaan yang betul, mengendali peralatan sebelum, semasa dan selepas digunakan dan seterusnya menguasai langkah-langkah dalam penulisan laporan. Program ini dijalankan pada 25 Jun - 15 Julai. Program ini memer-lukan sumbangan sebanyak RM1394.00 Program School Lab Sains Tingkatan 1 Program ini dijalankan untuk membantu pelajar menguasai manipulative skill dan kemahiran proses sains terutama di makmal sains. Selain dari itu, program ini juga membantu membiasakan pelajar bermula Tingkatan 1 lagi mahir menggunakan dan mengendalikan peralatan makmal dengan betul dan seterusnya boleh menulis laporan mengikut format yang betul. Dana yang diberikan adalah sebanyak RM 1135.40 untuk menampung perbelanjaan hadiah dan peralatan yang diperlukan. Program ini dijalankan pada bulan April dan Mei.
Aktiviti Penerangan Program Pemantapan Matematik Menengah Rendah Program Kecemerlangan Matematik 2023 merupakan program bagi membantu murid untuk memperkukuh kemahiran dan memperkasa prestasi mata pelajar matematik pelajar SMSL melalui meningkatkan kemahiran asas, membina dan membangun kemahiran asas matemarik yang kukuh serta memperkukuh kemahiran menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Program ini memerlukan dana sebanyak RM 1511.00.
Aktiviti Penerangan Pembelian Kismis untuk Calon SPM 2022 Program Makanan Tambahan ini diberikan kepada murid SPM 2022 seramai 73 orang sepanjang SPM berlangsung. Pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM360 untuk menampung perbelanjaan pembelian kismis. Makanan dan Minuman Tambahan Calon SPM 2022 Pembelian makanan dan minuman pelajar SPM 2022 seperti roti dan air kotak untuk 73 calon selama SPM berlangsung. Dana yang diluluskan adalah sebanyak RM 3434.50. Majlis Bacaan Yaasin dan Restu Ilmu SPM 2022 Majlis Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan terakhir calon SPM untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Objektif majlis ini ialah untuk memohon restu ibu bapa dan guru serta meminta bimbingan dan motivasi agar caloncalon SPM ini mempunyai kekuatan untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Majlis ini telah dijalankan pada 27 Januari 2023 bertempat di Surau dan Dewan Samudera SM Sains Labuan. Pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM2965.50 untuk menampung kos alat tulis untuk 73 orang pelajar dan jamuan untuk pelajar dan ibu bapa yang terlibat. Gallery Walk Kimia SPM 2023 Program ini dijalankan pada 22 November 2023 untuk pelajar Tingkatan 4 dan 15 Julai 2023 untuk pelajar Tingkatan 4 . Program ini dikendalikan oleh Pn Munirah, Pn Fatin Nabilah dan Cik Nur Amirah. Aktiviti yang dijalankan sewaktu program ialah pelajar membuat persembahan bahan kimia untuk pengguna. PROGRAM KECEMERLANGAN SPM
Aktiviti Penerangan Bengkel Teknik Menjawab P.Islam SPM 2023 Panitia Pendidikan Islam SM Sains Labuan akan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Mata Pelajaran Pendidikan Islam SPM sebagai membantu persediaan pelajar menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Program ini diadakan bagi meningkatkan lagi peratus bilangan pelajar mendapat gred cemerlang dalam SPM 2023/2024. Bengkel Teknik Menjawab ini melibatkan semua pelajar muslim tingkatan 5. Penceramah yang dijemput ialah Ustazah Norafidah Abdullah, GPI SMK Seri Mahkota Umbai Merlimau Melaka secara atas talian. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 500.00. Cuti-cuti (CCB) in MyHeart Cuti Penggal 2 SPM 2023 Program ini melibatkan semua murid Tingkatan 5 (75 orang) dan dikendalikan oleh semua guru mata pelajaran Tingkatan 5. Objektif program ini adalah untuk 1) Menyediakan ruang kepada murid untuk mengulangkaji secara fokus, 2) Memberikan persediaan yang cukup kepada murid Tingkatan 5 menghadapi peperiksaan SPM sebenar, 3) Meningkatkan keyakinan murid untuk menghadapi peperiksaan SPM sebenar. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung adalah latih tubi subjek SPM dan Bengkel Teknik Menjawab. Program ini dilaksanakan pada cuti penggal 2 Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 3700.00 Program Task Force Bahasa Melayu SPM 2023 SMSL telah menyertai 2 bengkel teknik menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 pada 21 September bertempat di Dewan Kompleks Darul Kifayah, MAIWP. Kutipan sebanyak RM10/pelajar dan RM30 kos bayaran penceramah diminta dan PIBG telah memberikan sumbangan dana sebanyak RM130.00.
Aktiviti Penerangan Bengkel Menjawab Sejarah SPM 2023 Penglibatan: semua murid Tingkatan 5 (72 orang) Objektif: 1) Meningkatkan prestasi akademik murid 2) Mendedahkan murid dengan kemahiran belajar dan teknik menjawab berkesan 3) Mengadakan aktiviti/bengkel yang memberi impak terhadap pencapaian akademik murid. Tarikh dilaksanakan: 29 - 30 Sept 2023 Tempat: Bilik Multipurpose, SM Sains Labuan Aktiviti yang dilaksanakan: 1) Bengkel kemahiran menjawab Kertas 1 dan 2 Sejarah SPM yang disampaikan oleh penceramah luar, En Asbar bin Baba, Ketua Pasukan Pemeriksa Kertas 2 Sejarah Guru Pembimbing: En. Samsuri Amin Sumbangan PIBG: RM 2100.00 1) Bayaran Penceramah (RM150 x 4 jam) - RM600.00 2) Pengangkutan Penceramah - RM350 3) Penginapan Penceramah - RM200 4) Elaun Makan Penceramah - RM160 5) Modul - RM365 6) Bahan Pembentangan - RM80 7) Hadiah Murid - RM200 Bengkel Teknik Menjawab Biologi SPM 2023 Program ini dijalankan padam 28 Oktober 2023 di bawah kelolaan Pn Safarina. En. Al Mumin (Guru Cemerlang Biologi) dari SMK Agaseh, Lahad Datu dan En. Amin dari SMA Kota Kinabalu dijemput sebagai penceramah jemputan.
Aktiviti Penerangan Bengkel Teknik Menjawab Fizik SPM 2023 Program ini dijalankan pada 20 - 21 Oktober 2024 bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Program ini bertujuan untuk menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan tepat, menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa dan untuk membuat ulangkaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Bengkel ini dikendalikan oleh guru fizik SM Sains Labuan dengan menjemput En Jeemion Jeali dari SM Sains Sabah yang merupakjan pemeriksa SPM dan penulis Buku fizik. Program ini memohon sumbangan sebanyak RM 1000.00. Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM 2023 Bengkel teknik menjawab ini diadakan pada 23 Jun 2023 untuk pelajar Tingkatan 5. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara menjawab soalan Matematik SPM dengan betul. Bengkel Teknik Menjawab Matematik Tambahan SPM 2023 Program ini dijalankan pada 29-30 September 2023 bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Program ini bertujuan untuk menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan tepat, menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa dan untuk membuat ulangkaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Program ini menjemput penceramah luar, En Muhd Aizuddin bin Mat Yusoff. Program ini memohon sumbangan sebanyak RM 2000 untuk menampung perbelanjaan program.
Aktiviti Penerangan Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2023 Program ini merupakan bengkel teknik menjawab kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu SPM. Di dalam bengkel ini, murid didedahkan dengan teknik dan pelabagi tips menjawab Kertas 1 dan Kertas 2 dengan lebih mendalam dan berfokus untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam peperiksaan SPM. Program ini dilaksanakan pada 25 November 2023 bertempt di Bilik Multipurpose SMSL. 2 penceramah jemputan hadir iaitu 1) En Jaya bin Masir - Guru Bahasa Melayu di SMK Labuan yang merupakan ketua pentaksir SPM Bahasa Melayu dan 2) En Khairy bin Mahady, Guru Bahasa Melayu di SMK Anthony yang merupakan pemeriksa Kertas 1 Bahasa Melayu SPM. Makanan dan Minuman Tambahan SPM 2023 Pembelian makanan dan minuman pelajar SPM 2023 seperti roti dan air kotak untuk 72 calon selama 9 hari. Dana yang diluluskan adalah sebanyak RM 1833.10. Program Solat Hajat dan Restu Ilmu SPM 2023 Majlis Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan terakhir calon SPM untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Objektif majlis ini ialah untuk memohon restu ibu bapa dan guru serta meminta bimbingan dan motivasi agar calon-calon SPM ini mempunyai kekuatan untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Majlis ini telah dijalankan pada 27 Januari 2023 bertempat di Surau dan Dewan Samudera SM Sains Labuan. Pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM1081.20 untuk membeli set alat tulis air mineral 15 kotak berjumlah RM229.50kos jamuan.
Aktiviti Penerangan CCB SMSL in MyHeart (Cuti Penggal 3) 2023 Program ini melibatkan semua murid Tingkatan 5 (75 orang) dan dikendalikan oleh semua guru mata pelajaran Tingkatan 5. Objektif program ini adalah untuk 1) Menyediakan ruang kepada murid untuk mengulangkaji secara fokus, 2) Memberikan persediaan yang cukup kepada murid Tingkatan 5 menghadapi peperiksaan SPM sebenar, 3) Meningkatkan keyakinan murid untuk menghadapi peperiksaan SPM sebenar. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung adalah latih tubi subjek SPM dan Bengkel Teknik Menjawab. Program ini dilaksanakan pada cuti penggal 3 Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 6100.00 Bengkel Menjawab BI SPM 2023 Bengkel teknik menjawab SPM Bahasa Inggeris Kertas 2 dan 3 ini dilaksanakan pada 18 Disember 2023. Penceramah luar iaitu Ketua Pasukan Pemeriks Kertas Bahasa Inggeris SPM dijemput hadir. Dana yang diluluskan adalah sebanyak RM 1000 untuk menampung perbelanjaan bayaran penceramah, jamuan makan tetamu jemputan dan guru-guru AJK serta makanan ringan pelajar. Majlis Makan Malam FIVERS 2023 Majlis Fivers ialah majlis makan malam Tingkatan 5. Majlis ini telah diadakan pada 1 Januari 2023 bertempat di Hotel Lazenda, Labuan. Sebanyak RM500 dipohon untuk menampung sebahagian daripada kos untuk menjayakan majlis ini bagi membeli hadiah, kos makan dan minum, dokumentasi dan kegunaan kecemasan. Program ini telah melibatkan seramai 73 orang murid tingkatan 5 dan 28 orang guru termasuk VIP.
Aktiviti Penerangan Bengkel Teknik Menjawab Fizik Tingkatan 4 2023 Objektif program ini ialah untuk memastikan murid-murid Tingkatan 4 diberi penekanan dengan format SPM yang sebenar. Selain daripada itu, program ini juga memperkukuh asas Matematik guru muda agar dapat membantu rakan dalam meningkatkan keputusan Matematik. Hari Interaksi Tingkatan 4 2023 Hari Interaksi Tingkatan 4 dilaksanakan pada 14 Oktober 2023 dan memohon dana sebanyak RM 570 untuk menampung perbelanjaan jamuan ringan pelajar dan ibu bapa berserta minum pagi VIP dan pentadbir. Bengkel Pengukuhan Matematik Tingkatan 4 Program Pengukuhan Matematik diadakan untuk membantu murid Tingkatan 4 SM Sains Labuan untuk memperkukuh dan memperkasa prestasi pelajar. Program ini bertujuan untuk memaksimalkan pencapaian semua murid untuk mencapai gred C dalam matematik semasa Peperiksaan Akhir Tahun seterusnya mencapai A dalam SPM. Bengkel ini diadakan pada 7-8 Oktober dan 28-29 Oktober 2023. Bengkel Lulus Matematik Tambahan Tingkatan 4 2023 En Aliakbar bin Asri selaku guru Matematik Tambahan telah memohon sumbangan daripada pihak PIBG berjumlah RM 990.00 untuk menampung perbelanjaan selama 3 hari. Bengkel ini diadakan pada 29-31 Disember 2023 dan melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 SM Sains Labuan. Program ini bertujuan untuk menyediakan ruang kepada pelajar untuk mengulangkaji secara fokus. PROGRAM KECEMERLANGAN TINGKATAN 4 TAHUN 2023
Aktiviti Penerangan Majlis Malam 1001 Kenangan 2022 Malam 1001 merupakan acara tahunan Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) yang diadakan pada penghujung sidang bertujuan untuk meraikan semua murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Pelbagai anugerah akan disampaikan mengikut Sistem Rumah kepada murid yang menunjukkan kecemerlangan dari aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Hal ini bersesuaian dengan misi Sistem Rumah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ingin melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme. Program diadakan untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan kepimpinan murid yang terdiri daripada Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar serta Ketua Asrama. Pada masa yang sama, anugerahanugerah kokurikulum merangkumi badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan melibatkan kategori murid dan guru juga akan disampaikan. Dalam pada itu, majlis ini diharapkan dapat membentuk kepimpinan murid khususnya murid Tingkatan 4 melalui pengurusan majlis seterusnya menjadi medium sosial yang berkesan bagi mengukuhkan lagi ukhuwah antara semua murid di SMSL. Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM5000.00 Program Cahaya Ramadhan Peringkat SMSL 2023 Program Cahaya Qaseh Ramadan sempena bulan Ramadan adalah salah satu daripada aktiviti Unit Kebajikan Sekolah. Program ini merupakan program tahunan untuk membantu murid yang kurang berkemampuan, miskin dan anak yatim. Progam ini bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga dan menggembirakan murid ketika balik berhari raya. Program ini berjalan pada 18 April 2023. Bajet yang diluluskan adalah sebanyak RM 6885.00. AKTIVITI HAL EHWAL MURID
Aktiviti Penerangan Sanbutan Hari Raya Aidilfitri 2023 Program ini di bawah kelolaan Puan Nor Fitrah dan jawatankuasa yang terdiri daripada murid-murid RumahTemengging. Program ini berlangsung pada 05 Mei 2023 dan bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Antara objektif program ini ialah menerapkan nilai hormat-menghormati dan menghayati bahawa semua kaum mempunyai perayaan yang berbeza dalam diri murid masing-masing. Selain itu, program ini juga membantu mewujudkan sifat kerjasama dan berusaha bagi memastikan program berjalan lancar. Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 1000 untuk menampung sebahagian perbelanjaan jamuan. Ceramah Kesihatan Mental & Pengurusan Emosi 2023 Program ini dilaksanakan pada 14-15 Jun 2023 bertempat di Dewan Samudera, SMSL. Program ini melibatkan semua pelajar. Objektif program ini ialah memberi pendidikan kepada warga SMSL tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental dan kepentinganya. Selain itu, tujuan program ini dijalankan adalah bagi membimbing murid dalam menguruskan emosi bagi meningkatkan kemahiran daya tindak. Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Hospital Labuan. Sejumlah RM 500 dana diluluskan untuk menampung perbelanjaan saguhati dan jamuan penceramah. Program Pathway After Highschool (Tingkatan 5 2023) Program ini merupakan anjuran bersama pelajar Universiti Malaysia Sabah untuk memberi peluang kepada murid Tingkatan 5 mempelajari cara penyediaan dan penulisan resume dan cover letter. Program ini dilaksanakan pada 18 Jun 2023 bertempat di Dewan Samudera, SMSL. Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 5. Sejumlah RM 360 dana diluluskan untuk menampung perbelanjaan seperti kos mencetak dan makanan ringan.
Program Motivasi Kecemerlangan Bersama Amin Idris. Program ini dijalankan dengan kerjasama SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini disertai oleh pelajar Tingkatan 5 SMSL dan SMAMAIWPL. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka dan mewujudkan kesediaan dan ransangan murid dalam menimba ilmu. Program ini menjemput En. Amin Idris yang merupakan penceramah selebriti terkenal. Makanan VIP Watikah Lantikan Pengawas 2023/2024 Program ini diadakan pada 24 Julai 2023. Sekolah telah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM100 untuk menampung perbelanjaan jamuan VIP yang dijemput untuk menyempurnakan watikah lantikan tersebut. Program Guru Penyayang (Bulan OgosNovember 2023) Program Guru Penyayang ini merupakan aktiviti tahunan yang harus dilaksanakan berdasarkan saranan Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutian Labuan (JPNWPL) di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) JPN & Sekolah. Program ini dilaksanakan sepanjang sesu 2023/2024 pada setiap Khamis. Pelajar akan menerima hadiah pada hari jadi. Dana yang diberikan adalah RM 900.00 Ubahsuai Bilik Kesihatan SMSL Projek pengubahsuai bilik kesihatan ini dilaksanakan untuk menceriakan dan membaiki semula bilik kesihatan yang suram. Projek ini dilaksanakan untuk memberi keselesaan kepada pelajar yang sakit untuk berehat serta memberikan keselesaan kepada pegawai kesihatan/ jururawat yang datang ke sekolah untuk membuat saringan kesihatan, rawatan gigi dan suntikan vaksin. Dana yang diluluskan adalah sebanyak RM 1000 untuk pembeliaan tikar getah, cat, almari, first aid kit, cadar dan sarung bantal serta langsir.
Kursus Kepimpinan Murid (Sistem Rumah) 2023 Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada para pemimpin murid dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang boleh diteladani. Objektif aktiviti ini ialah membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan, membina individu yang berkeyakinan dan berketerampilan dalam potensi diri serta menerapkan rasa tanggungjawab dan dapat melaksanakan tugas dengan jujur. Program ini dijalankan pada 24-25 November 2024 bertempat di Dewan Samudera. Program ini melibatkan seramai 60 orang pengawas, KR, PKR, Badar dan Ketua Paras. Program ini memerlukan dana dari PIBG sebanyak RM 500.00.
Aktiviti Penerangan Windbreaker sekolah Pembeliaan windbreaker yang baharu bagi menggantikan yang lama yang sudah lusuh dan rosak. PIBG menyumbang sebanyak RM 3000 untuk pembeliaan 50 helai windbreaker yang baharu. Bayaran Penginapan Murid Borneo Marathon 2023 Penglibatan: 20 atlet wakil SM Sains Labuan Objektif: 1) Untuk menampung kos penginapan di Bulatan Hostel. Tarikh program: 20-22 Mei 2023 Sumbangan PIBG: RM 1496.00 Perkhemahan Unit Beruniform 2023 Perkhemahan unit beruniform ini diadakan pada 27-29 Julai 2023 bertempat di Kg. Linsuk, Kuala Penyu. Jumlah dana yang diluluskan adalah sebanyak RM 3000.00 bagi menampung makanan dan minuman peserta perkhemahan. Seramai 112 murid menyertai program ini. Kos Makanan Tambahan Peserta Debat Piala Perdana Menteri MSL telah menghantar 2 Kontingen ke pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang bertempat di SM Sains Tapah, Perak pada 16-18 Jun 2023. Dana yang dipohon sebanyak RM 160 untuk menampung kos makanan tambahan murid seramai orang. . Kejohanan Bola Jaring MSSWPL 2023 Kejohanan ini diadakan pada 1-5 Ogos 2023 bertempat di Arena bukit kuda seramai 2 pasukan, 22 atlet sekolah telah dihantar untuk bertanding, Dana yang dipohon adalah sebanyak RM 750.00 untuk menampung makanan tambahan atlet seperti roti, pisang dan minuman isotonik sepanjang kejohanan berlangsung. AKTIVITI KOKURIKULUM
Aktiviti Penerangan Tiket penerbangan Pertandingan Toyota 2023 SM Sains Labuan menghantar 4 orang murid untuk menyertai Program Toyota Eco Youth. Pasukan ini adalah di bawah bimbingan Pn Jaliha binti Mohd Noor. Pertandingan ini telah berlangsung di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur pada 16-17 Ogos 2023. Guru pembimbing telah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM3935.00 untuk tiket penerbangan LBU-KL-LBU untuk 5 orang. Program Mathematics Exposition (MATEX) 2023 SMSL telah menghantar satu pasukan ke pertandingan MATEX yang bertempat di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra pada 7-9 September 2023. Dana yang dipohon sebanyak RM 150 untuk menampung kos makanan tambahan murid seramai 5 orang. Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Kebangsaan 2023 SMSL telah menghantar 1 pasukan ke P18 seramai 12 orang ke Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Kebangsaan 2023 yang bertempat di SM Sains Tuanku Aishah Rohani. Dana yang dipohon sebanyak RM 153 untuk menampung kos makanan tambahan murid seramai. Kejohanan Olahraga MSSWPL 2023 Kejohanan ini diadakan pada 11-15 September 2023 bertempat di Kolej Matrikulasi SM Sains Labuan seramai atlet sekolah telah dihantar untuk bertanding, Dana yang dipohon adalah sebanyak RM 750.00 untuk menampung makanan tambahan atlet seperti roti, pisang dan minuman isotonik sepanjang kejohanan berlangsung.
Aktiviti Penerangan Karnival Kokurikulum Tahun 2023 Karnival Kokurikulum dilaksanakan pada 4 November 2023 dan mempertandingkan 3 pertandingan iaitu Pertandingan Kawad Kaki kreatif, Orientering dan permainan tradisional. Dana yang diluluskan adalah sebanyak RM 4274.50 untuk menampung kos perbelanjaan pembelian kelengkapan dan hadiah para pemenang.
Aktiviti Penerangan Hari Anugerah Cemerlang 2023 Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan pada 13 Januari 2024 bertempat di Dewan Samudera SM Sains Labuan. Objektif utama program ini adalah untuk mengiktiraf kejayaan murid-murid.. Sumbangan PIBG yang diluluskan adalah sebanyak RM 9950.00. Majlis Makan Malam KESTAS 2022 Pihak sekolah telah memohon sumbangan daripada PIBG pada 10 Disember 2023 untuk menampung perbelanjaan hadiah Makan Malam KESTAS berjumlah RM 300. Majlis Makan Malam ini bertujuan untuk menunjukkan apresiasi kepada guru dan AKP yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Sambutan Hari Guru peringkat SMSL 2023 Program ini di bawah kelolaan En Azizan Ibrahi, dan jawatankuasa yang terdiri daripada murid-murid Rumah Panglima. Program ini berlangsung pada 16 Mei 2023 dan bertempat di Dewan Samudera, SM Sains Labuan. Antara objektif program ini mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid dan untuk menunjukkan penghargaan kepada guru.. Selain itu, program ini juga membantu mewujudkan sifat berkerjasama dan berusaha bagi memastikan program berjalan lancar. Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM1000untuk menampung sebahagian perbelanjaan hadiah hari guru untuk seramai 51 orang guru. Mesyuarat PIBG 2023 Mesyuarat Agung PIBG diadakan pada 10 Jun 2023 bertempat di SM Sains Labuan. Sebanyak RM 1820 dana telah diluluskan untuk menampung kos makanan dan minuman serta cenderahati kepada AJK yang telah tamat berkhidmat. PROGRAM SEKOLAH
Aktiviti Penerangan Program Hari Kebangsaan SMSL tahun 2023 Program ini merupakan program tradisi yang dilakukan setiap tahun dengan misi bukan sekadar menzahirkan aspirasi dan penghayatan semua warga sekolah terhadap perjuangan mendapatkan kemerdekaan tetapi apa yang lebih penting kini iaitu kesedaran terhadap usaha menyumbang kepada pengisian kemerdekaan tersebut. Tema kemerdekaan pada tahun ini adalah “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan ”. Program ini diadakan pada 14 Ogos-16 September 2023 di bawah pimpinan Rumah Laksamana dan Pengurusan Asrama Sekolah serta semua warga sekolah. Program ini memohon sumbangan sebanyak RM 2915 untuk menampung perbelanjaan pembeliaan hadiah berupa hamper-hamper dan banner. Minggu Karnival STEM 2023 Sasaran: semua murid Acara yang dipertandingkan: 1) Bridge Building Competition 2) Drone Challenge 3) STEM Decathlon Challenge 4) STEM Talent Show 5) Young Innovative Affair 6) Young Robotics Challenge 7) Junior STEMist 8) Kuiz Kemahiran Digital 9) Poster Saintifik 10) STEMpreneur 11) Gami-code Tarikh dilaksanakan: 14-18 Ogos 2023 Sumbangan PIBG: RM1308.00
Aktiviti Penerangan Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Organisasi Tahun 2023 Kursus kepimpinan ini bertujuan untuk membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Butiran program adalah seperti berikut: 1) Kolaborasi kepimpinan bersama Majlis Kepimpinan Pelajar (MPP) UITM Sabah. 2) Perkongsian Amalan Baik dan latihan dalam kumpulan bersama Sekolah Sukan Negeri Sabah. 3) Lawatan sambil belajar dan Bengkel Woodcut. seramai 40 orang murid daripada Majlis Pemimpin Murid terlibat dalam program ini. Hari Interaksi Akademik Tingkatan 1,2,3 Tahun 2023 Program ini dijalankan pada 18 November 2023 dan memohon sumbangan sebanyak RM 670.00 untuk pembelian jamuan ringan dan minum pagi VIP & pentdabir.
PROGRAM ASRAMA Aktiviti Penerangan Pembelian Kipas Asrama Asrama Puteri SM Sains Labuan memerlukan penambahbaikan kipas untuk memberi keselesaan kepada pelajar. Oleh itu, pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM 6480 daripada pihak PIBG untuk membeli 20 unit kipas dinding dan 20 unit kipas siling. Pemasangan Filter Mesin COWAY Pihak sekolah telah memohon sumbangan sebanyak RM 1498.00 daripada PIBG untuk memasang filter mesin COWAY untuk kegunaan pelajar.
Pembentangan & Perbahasan Usul 2024
NAMA USUL TINDAKAN NURULFARIZA H BINTI MOHD FARID KHAN Extra class untuk pelajar yg lemah untuk satu-satu pelajaran seperti SBP yang lain bagi memastikan pelajar berjaya menguasai topik-topik yg lemah. Sekolah akan memperluaskan kelas tambahan ke semua tingkatan sepertimana yang dibuat untuk tingkatan 5 di bawah kelolaan penyelaras tingkatan ROSNIE BINTI DAUD Berikan tumpuan mata pelajan yang lemah. Telah di jawab pada jawapan atas MOHD SAZALI BIN MOKHTAR Adakah system online bagi parents untuk semak kelutasan peperiksaan anak-anak? Bahagian peperiksaan sentiasa berkongsi keputusan peperiksaan dalam group tingkatan untuk makluman ibubapa dan penjaga sekiranya ada ibubapa atau penjaga yang menghadapi masalah untuk melihat keputusan tersebut, ibubapa atau penjaga boleh bertanya guru kelas MAINAH BINTI RANTIAN Mohon untuk kurangkan aktiviti kokurikulum untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM pada hujung tahun ini Sekolah telah menghadkan aktiviti kokurikulum terumanya murid yang lemah LEMAN BIN SELAMAT Memantapkan pemantauan/penguatkuasaan disiplin murid semasa prep agar murid tidak keluar masuk kelas sesuka hati & membuat bising semasa prep/ketiadaan guru Prep akan diperkasakan ASNITA BINTI SAIBIN Minta kertas soalan @ jawapan peperiksaan diserahkan semua kepada murid selepas ditanda dan dibagi markah . Sekiranya ada pelajar yang tidak menerima kertas jawapan peperiksaan ibubapa atau penjaga boleh menghubungi pihak sekolah untuk penjelasan SHAMSUL BAHARI SHAMSUDIN Mencadangkan program motivasi akademik oleh ibubapa ahli PIBG yg berkemahiran utk melaksanakannya secara berkala (2/3 kali setahun) dan diadakan utk anak2 pelajar seawal tingkatan 1. Cadangan yang baik sekolah akan bekerjasama dengan PIBG untuk melaksanakan perkara tersebut MOHD SHAHRUL BIN THANI Meneruskan kelas-kelas tambahan yang sedia ada dan membuat kelas tambahan utk subjek lain yg difikirkan perlu. Telah di jawab pada jawapan atas USUL AKADEMIK
NAMA USUL TINDAKAN NORAINI BINTI OTHMAN Menambahkan aktiviti pembelajaran yang lebih produktif. Sekolah sedang berusaha untuk menambahbaik pendigitalan semasa pdpc HAZLIN BINTI MARJANI Mengadakan dialog prestasi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk semua ibubapa murid, bukan berfokus untuk murid lemah yang perlu diberi perhatian sahaja. ibubapa juga ingin mengetahui perkembangan akademik anak-anak. Sekolah akan melaksanakan cadangan ini selepas peperiksaan pertengahan tahun NOOR AZLINA ABD RAHMAN Penguatkuasaan silent hour semasa prep Telah di jawab pada jawapan atas ROFAZILA BINTI JALI Outdoor Learning Classroom/ Outdoor classroom 1. 2. Pewujudan kelas insentif bagi subjek pelajaran yang memerlukan pencapaian kepujian dan ke atas. 1. sekolah telah mengadakan pembelajaran tersebut mengikut keperluan 2.telah di jawab pada jawapan atas USUL AKADEMIK
NAMA USUL TINDAKAN NURULFARIZAH BINTI MOHD FARID KHAN Menyediakan bas untuk hantar dan ambil pelajar dr terminal bot termasuk balik bermalam pilihan. Balik bermalam pilihan tidak wajib untuk semua murid, murid yang bermasalah pengangkutan ke terminal boleh tinggal di asrama. Pengangkutan ke terminal disediakan balik bermalam wajib sahaja ROSNIE BINTI DAUD Lebihkan perhatian kepada pelajar dalam disiplin dan tatatertib Pihak sekolah sangat memandang serius berkaitan disiplin, sahsiah dan kemenjadian murid. Sebarang pelanggaran disiplin yang berlaku akan diambil tindakan segera mengikut SPI yang telah ditetapkan MOHD SAZALI BIN MOKHTAR Adakah ada guru penasihat bagi setiap pelajar? Anak saya perempuan F1 dari Selangor. Setiap murid akan ada mentor yang terdiri daripada guru daripada rumah yang sama MASLIZAH MUJIH 1. Mengubah semula susun atur penempatan pelajar asrama 1 dorm 1 batch. 2. Mohon anak diberi kelonggaran membawa telefon semasa ke hospital bagi kemudahan menempah e-hailing sekiranya jarak menunggu bas sekolah agak lama. Susunan dorm mengikut batch akan diperhalusi semula. Tidak ada keperluan murid membawa telefon ke hospital kerana murid akan dihantar dan diambil mengikut masa yang telah ditetapkan. RUDIE MOHAMMAD YEO SIEW HUI Harap pihak sekolah dapat memantau kebersihan dan kemudahan di dewan makan. Kebersihan di dewan makan adalah ditahap yang baik dan sentiasa di pantau oleh KKM, pihak sekolah senantiasa berusaha menambah baik kemudahan yang ada mengikut peruntukan yang ada MAINAH BINTI RANTIAN Mohon untuk pemantauan keadaan Dorm Asrama yang banyak nyamuk. KKM telah melaksanakan foging dan pemasangan jaring nyamuk secara berperingkat mengikut peruntukan yang ada, ibu bapa juga boleh menyumbang jaring nyamuk dan membekalkan spray nyamuk atau mosquito patch untuk anak-anak MUHAMMAD KHAIRI Fasiliti untuk dorm banyak yang rosak. Pihak sekolah sentiasa berusaha menambah baik mengikut peruntukan yang tersedia. NORMAZIRA MOHAMED NOR Tindakan tegas kepada yang terlibat dengan kes buli Semua murid yang terlibat dengan kes buli akan di buang sekolah serta merta USUL HAL EHWAL MURID
NAMA USUL TINDAKAN LEMAN BIN SALAMAT 1. Memasang net (jaring) tingkap asrama 2. "Balik bermalam wajib" hanya untuk cuti panjang (lebih 5 hari) 3. Kuatkuasa/pantau disiplin semasa prep agar murid tidak keluar masuk kelas sesuka hati dan berbuat bising 4. Tambah tangki simpanan bekalan air asrama 1. Telah dilaksanakan mengikut peruntukan yang ada dan akan diteruskan secara berperingkat. Ibu bapa dialu-alukan untuk memberi sumbangan 2. Balik bermalam wajib perlu dilaksanakan sebulan sekali disesuaikan dengan cuti sekolah dan cuti umum yang diperuntukkan olek KPM dan kerajaan. 3. Pemantauan dan peringatan sering diberikan kepada murid untuk mematuhi peraturan semasa prep 4. Pihak sekolah baru sahaja menambah tangki simpanan di aspuri ASNITA BINTI SAIBIN Berkaitan loker di asrama, memandangkan ibubapa tidak dibenarkan masuk. Minta tolong pastikan pintu loker semua murid berfungsi dengan baik dan besi untuk menyangkut mangga telah dipasang siap sedia oleh pihak asrama. Ini kerana amat susah murid untuk memasangnya sendiri bila mana loker diperbuat daripada besi. Murid hanya perlu menyediakan mangga untuk mengunci pintu loker. Semua locker yang memerlukan telah dipasangkan penyangkut mangga dan jika ada keperluan, murid perlu membuat laporan dan bahagian asrama akan membantu memasang penyangkut mangga yang diperlukan NOR HASLINA BINTI MOHAMED Mohon pihak sekolah membenarkan pelajar membawa telefon bimbit bukan smartphone contoh seperti nokia 3310 yang berfungsi untuk membuat panggilan atau menghantar mesej sahaja kerana kos penggunaan helocore adalah terlalu mahal untuk pelajar di mana RM1 untuk seminit. Bagi pelajar yang berjauhan dari keluarga yang berasal dari luar labuan, mereka selalunya akan berbual lama dengan ibu bapa kerana tidak dapat berjumpa setiap minggu seperti pelajar yang berasal dari labuan. Jadi jika dibenarkan menggunakan telefon bimbit seperti yang dinyatakan ianya akan memudahkan pelajar menghubungi ibu bapa mereka dan tiada lagi isu terpaksa menunggu keesokan harinya untuk membeli kredit di koperasi, dan ianya lebih jimat. Semua murid sekolah adalah dilarang membawa telefon bimbit sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam SPI Bil 2/2009 USUL HAL EHWAL MURID
NAMA USUL TINDAKAN SHAMSUL BAHARI SHAMSUDIN Mencadangkan agar fasiliti/perabut asrama (aspura/aspuri) yg kondusif, bersih serta diselenggara dgn baik oleh pihak pengurusan sekolah. Akan diberi perhatian yang seirus MOHD SHAHRUL BIN THANI Membuat penggantian kipas2 didorm anak2 bagi yg belum diganti/dibaik pulih. Penggantian dan pembaikan sentiasa dilaksanakan secara berterusan dan dorm yang mengalami masalah perlu membuat laporan segera agar fasiliti yang ada dibaiki segera MOHAMAD FAISAL BIN AMINALDUN Kurangkan kes buli di kalangan pelajar-pelajar. Pemantauan dan peringatan serta program pencegahan dilaksanakan secara berterusan untuk menangani dan mengawal kes buli daripada berlaku JASNI BIN BUNGSU Mohon setiap kali pelajar pergi ke hospital atau ada temujanji di hospital, pelajar di berikan handfone bagi menjaga keselamatan. Agar senang menghubungi pihak sekolah untuk mengambil pelajar setelah selesai urusan di hospital kerana urusan tidak menentu kadang selesai awal kadang lambat. Bas sekolah tidak boleh jangka untuk ambil pelajar jam berapa. Pihak sekolah akan menghantar dan mengambil murid mengikut masa yang telah ditetapkan. Setiap murid menerima rawatan pada waktu dan masa yang berbeza, murid perlu bersabar dan menyelesaikan rawatan murid yang lain sebelum semua diambil oleh pemandu sekolah YAHYA BIN BASNI 1. Gaya/fesyen rambut pelajar lelaki perlu kemas/pendek. 2. Pengukuhan/penambahbaikan program sahsiah pelajar untuk mengelak sikap yang suka mengambil/menggunakan hak/barang pelajar lain. 1. Pihak sekolah sentiasa mengingatkan tentang kekemasan rambut mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh KPM 2. Peringatan, teguran, nasihat, dan tindakan displin kepada murid yang terlibat. Unit disiplin dan unit Kaunseling juga secara berterusan menyediakan program berkaitan pemantapan sahsiah NORAINI BINTI OTHMAN Memastikan masalah yang melibatkan buli dan kecurian tidak berlaku. Sentiasa dalam perhatian dan tindakan tegas kepada semua pelaku JENIFER SEMINDING 1.Perbanyakkan bekalan mineral water untuk pembelian di sekolah terutama sekali ketika berlakunya krisis air. Akan dimaklumkan kepada pihak kantin dan koperasi USUL HAL EHWAL MURID
NAMA USUL TINDAKAN HAZLIN BINTI MARJANI Mengadakan hari gotong-royong bersama ibubapa murid bagi menceriakan dorm anak-anak sebagaimana pernah dilakukan tahun 2023. Ini bertujuan supaya ibubapa dapat melihat sendiri tempat penginapan anak-anak dan seterusnya menambah baik kemudahan dalam dorm seperti memasang tikar, mengecat bilik, memasang langsir dan sebagainya. Dalam perancangan dan akan dilaksanakan pada bulan Jun NOOR AZLINA ABD RAHMAN Silent Hour after light off di asrama, study room di asrama Telah dilaksanakan NOR HIDAYATI BT MOHD SALJI 1. Tındakkan disiplin dan Sistem demerit bagi pelajar perseorangan yang membuli (cth mengejek rakan dengan panggilan haiwan/ body shaming) buli secara psychology impak dia besar pada murid. Tidak boleh di pandang ringan. 2. Ceramah kaunseling berkala Semua kesalahan yang dilaporkan akan dimasukkan dalam SSDM dan tindakan tegas kepada semua murid yang terlibat ROFAZILA BINTI JALI Mempertingkatkan sahsiah dan disiplin diri pelajar agar mengurangkan / membenteras kes-kes buli, kecurian di asrama dengan mewujudkan programprogram berkaitan bukan sahaja untuk pelajar baharu tetapi diterapkan untuk pelajar senior sedia ada. 1. Program Pemantapan Sahsiah melibatkan semua murid dan bukan sahaja tertumpu kepada murid baharu USUL HAL EHWAL MURID
NAMA USUL TINDAKAN FARYANIE ABDULLAH Mohon pelajar diberikan kelonggaran utk memakai tshirt kokum sepanjang cuaca panas. Uniform lengkap (cth bomba) sgt tebal. Untuk makluman bahawa pemakaian t-shirt semasa sepanjang cuaca panas sekarang adalah arahan dari Menteri Pendidikan KPM. Di mana telah ditetapkan 2 hari dibenarkan murid-murid memakai t-shirt. Manakala 2 hari memakai uniform sekolah. 1 hari untuk pemakaian pakaian seragam unit beruniform (Rabu). Walau bagaimanapun atas arahan Tuan Pengetua dibenarkan kepada semua murid, guru dan AKP untuk memakai t-shirt setiap hari sehingga dikeluarkan satu arahan untuk kembali kepada pakaian asal. Dengan kata lain hanya tuan Pengetua sahaja yang boleh menentukan sama ada perlu memakai t-shirt secara berterusan atau perlu memakai uniform sekolah dan pakaian unit beruniform. LEMAN BIN SALAMAT Beri peluang murid memilih kelab/persatuan/sukan/unit beruniform sendiri (jangan hadkan kuota) Setiap kelab/persatuan/sukan/permainan/unit beruniform telah ditetapkan kuota masing-masing. Kuota diwujudkan supaya berlaku keseimbangan dalam kelab/persatuan/sukan/permainan/unit beruniform. Apabila kemasukan murid-murid dalam satu-satu kelab/persatuan/sukan/permainan/unit beruniform terlalu ramai dan melebihi kuota maka akan berlaku kekosongan yang ketara bagi yang lain. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan aktiviti unit yang lain tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan kemungkinan ianya ditutup kerana bilangan ahli yang tidak cukup. Keadaan ahli yang terlalu ramai dalam satu-satu unit akan menyebabkan kawalan menjadi sukar dan penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti berbentuk pertandingan tidak total. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN SHAMSUL BAHARI SHAMSUDIN Mencadangkan agar program kokurikulum dilaksanakan bersama komuniti setempat bagi memperkasakan kemahiran komunikasi anak pelajar bersama masyarakat. Setakat ini memang ada permintaan untuk melaksanakan program kokuriklum bersama komuniti setempat. Tetapi bergantung kepada bentuk program tersebut dan keupayaan serta kesanggupan guru penasihat bagi sesuatu unit untuk mengiring murid ke luar dari kawasan sekolah ke sesuatu program. Terkini adalah Program Fun Walk 10,000 Langkah Karnival Belia Sihat Cergas Sempena Sambutan Aktiviti Fizikal Sedunia 2024 anjuran KKM di UMSKAL (lebih 100 murid terlibat) dan Pertandingan Silat Pantai LISC 2024. MOHD SHAHRUL BIN THANI Memberi peluang kepada semua murid utk terlibat dengan acara sukan yg mereka minati/pilih. Setakat ini semua murid diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan permainan di sekolah. Mereka dibenarkan bermainan apa sahaja permainan dan sukan yang mereka minati mengikut masa dan tempat yang telah ditetapkan. Di peringkat sekolah mereka mungkin perlu bersaing untuk menempatkan diri dalam sesuatu acara sukan di mana yang terpilih sahaja akan meneruskan cabaran ke peringkat tinggi setelah dilaksanakan ujian pemilihan. Kecuali beberapa sukan/permainan yang tertentu seperti memanah dan golf di mana penglibatan murid adalah kurang. NORMAZIRA MOHAMED NOR Kurangkan tempoh masa riadah di luar semasa cuaca panas. Buat masa sekarang SMSL masih mematuhi arahan KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DIMINTA MEMASTIKAN PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN SELURUH WARGA SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS bertarikh 19 MAC 2024 USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN MOHAMAD FAISAL BIN AMINALDUN Tingkatkan kejayaan pelajar dalam sukan walaupon bertaraf SBP. Kejayaan murid dalam sukan selalu diberi perhatian dan murid diberi galakan untuk menyertai apa sahaja sukan sama ada di peringkat sekolah/negeri/SBP/Kebangsaan /Antarabangsa. Walau bagaimanapun penglibatan murid selain daripada peringkat sekolah memerlukan tapisan akademik (KURIKULUM) dan sahsiah (HEM). Oleh sebab itu ramai dalam kalangan murid berbakat dan berkebolehan untuk bersukan sehingga ke peringkat kebangsaan tidak dapat mewakili sekolah kerana keputusan peperiksaan tidak memberangsangkan dalam beberapa mata pelajaran terutama mata pelajaran elektif (Tingkatan 4 dan 5). Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat ke peringkat tinggi untuk penglibatan. JAYHAN IRWANDY JACK Benarkan pelajar untuk memaki T-Shirt kokurikulum berbanding uniform lengkap. Setakat ini semua murid masih dibenarkan memakai T-Shirt setiap hari persekolahan mengikut arahan oleh Tuan Pengetua termasuk hari Rabu (Kokurikulum). Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada budi bicara Tuan Pengetua sama ada murid perlu memakai uniform sekolah, uniform pakaian seragam atau pakaian sukan. ROFAZILA BINTI JALI Memperbanyakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dalam dan luar sekolah/ komuniti. Setakat ini sudah ada beberapa aktiviti kokurikulum yang melibatkan penyertaan murid dengan komuniti luar. Terkini adalah Program Fun Walk 10,000 Langkah Karnival Belia Sihat Cergas Sempena Sambutan Aktiviti Fizikal Sedunia 2024 anjuran KKM di UMSKAL (lebih 100 murid terlibat) dan Pertandingan Silat Pantai LISC 2024. USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN NOOR AZLINA ABD RAHMAN Penubuhan kelab Taekwondo Untuk makluman bahawa Kelab Taekwondo masih belum ada dalam senarai kelab/persatuan SMSL. Cadangan untuk menubuhkan kelab tersebut adalah sangat baik dan dialu-alukan. Secara ringkas untuk menubuhkan kelab tersebut tindakan yang paling awal sekali ialah membuat kertas kerja seperti juga penubuhan kelab/persatuan yang lain. Di mana beberapa prosedur perlu diikuti supaya penubuhan kelab tersebut betul-betul memenuhi inspirasi dan aspirasi visi dan misi serta keperluan semasa.Di samping untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) akan tercapai dalam kalangan murid-murid. Sekiranya ingin menjadikan Teakwondo sebuah kelab yang aktif adalah lebih baik ianya didaftarkan dan mungkin perlu kepada khidmat jurulatih berpengalaman dari luar di mana bayaran dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Kelab ini akan dimasukkan ke dalam senarai sukan dan permainan. Kertas Kerja kelab tersebut ialah : Kelab Teakwondo WTF Sekolah Menengah Sains Labuan W.P. Labuan. Di muka hadapannya perlu ada logo SMSL dan logo Taekwondo SMSL. Isi kandungannya ialah : 1.0 Pengenalan : riadah / isi masa lapang / erat silaturahim 2.0 Rasional : Pendedahan / pengenalan pengurusan kelab / latih urus organisasi / semangat kesukanan / erat silaturahim pelbagai kaum 3.0 Matlamat : Sukan riadah / hubungan silaturahim / pertandingan persabahatan / masa lapang / asah bakat / SMSL dalam komuniti / Matlamat terakhir adalah guru taekwondo dapat menguasai permainan ini untuk diajar pada murid-murid. 4.0 Objektif : Popularkan / guna ilmu / erat hubungan komuniti / semangat kesukanan / isi masa lapang / sertai pertandingan terbuka 5.0 Perkara : Permohonan Menubuhkan Kelab Taekwondo WTF SMSL 6.0 Dikemukakan kepada: Tn. A Zailani Bin A Mumin Pengetua Sekolah Menengah Sains Labuan Peti Surat 82206 87032 W. P. Labuan 7.0 Kumpulan Sasaran : Terbuka kepada semua murid SMSL 8.0 Jawatankuasa Sementara Kelab Taekwondo WTF SMSL 9.0 Senarai Nama Sementara Ahli : Lampiran 10.0 Sumber Kewangan : Sumber kewangan Kelab Taekwondo WTF SMSL ialah dari yuran pendaftaran kelab yang akan dikenakan kepada semua murid yang menyertai kelab ini. Cadangan sebanyak RM25.00 setiap murid. 11.0 Pengisian Aktiviti Kelab Taekwondo WTF SMSL 12.0 Borang Keahlian : Lampiran 13.0 Penutup USUL KOKURIKULUM
NAMA USUL TINDAKAN NURULFARIZA H BINTI MOHD FARID KHAN Hal keceriaan aspura. Mohon sekolah untuk menceriakan ASPURA dengan cat bangunan yang baru serta menanam bunga di bahagian tengah antara bangunan. Ini penting bagi mewujudkan persekitaran yang ceria dan ‘ welcoming’ kepada pelajar. Pemasangan net nyamuk perlu bagi mengelakkan denggi dan sekiranya ada bajet lebih, mohon sekolah dapat memasang tabir bagi setiap bilik. Akan diambil tindakan dan dalam perancangan ROSNIE BINTI DAUD Tetapkan/wajibkan untuk pelajar,setiap hujung minggu call parents. Anak bertanggungjawab menghubungi ibu bapa masingmasing MOHD SAZALI BIN MOKHTAR 1) Macamana pengurusan anak-anak untuk pergi ke airport dan balik dari SMSL semasa pulang bercuti ? 2) Bagaimana pengurusan anak-anak dari semenanjung yang tidak dapat pulang semasa cuti? Hanya balik bermalam wajib sahaja murid wajib kosongkan asrama dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan anak. Pengangkutan semasa balik bermalam wajib disediakan FAUZILINA BINTI TAHA Semoga tahun ini penyusunan anak-anak dalam asrama bercampur semua negeri yang ada, jangan hanya orang Sabah saja dalam satu asrama, sebab berlaku kes buli mental terhadap anak saya tahun lepas di mana di dalam asrama dia seorang saja budak Sarawak yang lain semua Sabah, walaubagiamanpun hal ini sudah selesai,semoga tidak berlaku dengan anakanak yang lain. Penempatan adalah mengikut rumah dan kuota dalam bilik dorm, bukan mengikut negeri. LEMAN BIN SALAMAT Beri peluang murid memilih badan kepimpinan sendiri (jangan hadkan kuota) Semua murid layak memohon badan kepimpinan yang diminati tetapi temuduga dan saringan akan dijalankan dan murid akan ditawarkan jawatan kepimpinan mengikuti potensi dan kelayakan. AHMAD FAISAL BIN MUSA Mohon dipertimbangkan penggunaan telefon bimbit bagi pelajar semenanjung pada waktu Sabtu dan Ahad Rujuk SPI 2/2009 mengenai larangan membawa telefon bimbit AK. BASIRUN BIN PG. IBRAHIM Masalah air perlu diberi perhatian dan perlu diusahakan "back-up" plan air COWAY selalu tiada menyukarkan anakanak mendapat bekalan air minum. Dewan makan menyediakan bekalan air masak USUL LAIN-LAIN