NAMA USUL TINDAKAN ABD LATIF BIN MD ZAIN Pembaikan asrama seperti tingkap yang tidak ada cermin, tiada jaring nyamuk, loker rosak dan berkarat, tilam yang lusuh dan katil yang patah dan loker yang rosak dikeluarkan dr bilik asrama. Akan dilaksanakan secara berterusan dan berperingkat CIK YANG LAILY MAZLAN Mencadangkan pihak sekolah memasang jaring perangkap nyamuk (mosquito net) di semua tingkap asrama bagi mengelakkan pelajar terkena penyakit demam denggi. Pemasangan telah dilaksanakan mengikut peruntukan sedia ada dan akan diteruskan secara berperingkat, ibu bapa juga boleh menyumbang untuk pemasangan jaring nyamuk dorm anak masing-masing SHAMSUL BAHARI SHAMSUDIN Mencadangkan agar anak2 pelajar diberikan kebenaran menggunakan telefon bimbit pada setiap hujung minggu (sahaja) bagi menghubungi keluarga masing2. Rujuk SPI 2/2009 mengenai larangan membawa telefon bimbit ISDAHYANTI HASSAN Vending machine tidak sepatutnya ada di sekolah. Vending Machine bertujuan untuk memberi makanan tambahan kepada pelajar. walaubagaimanapun, mesin ini masih dalam tempoh percubaan. Kami akan menghubungi pihak pembekal mengenai makanan ynga kurang sihat dan memastikan makanan yang dijual adalah makanan yaang bersesuaian. ROSNIZA BINTI MOHD RAMLI Status Tali Foto Kad Holder yang masih tidak diterima lagi? Sedang dalam pesanan. MARTIN BIN MANI Stok bekalan air yg mencukupi untuk kesihatan & kebersihan murid Dewan makan sentiasa menyediakan bekalan air MOHD SHAHRUL BIN THANI Jika ada masalah air berlaku diasrama,mohon ada pihak sekolah dapatlah untuk menyediakan sumber air untuk anak2 yg luar Labuan. Pihak sekolah sentiasa meminta jabatan air menghantar bekalan air untuk kegunaan murid yang tinggal di asrama USUL LAIN-LAIN
NAMA USUL TINDAKAN NOTAZILAH BINTI HAMIDON Dewan makan - makanan masa supper selepas bulan puasa tidak mengenyangkan. Ada masanya cuma diberi biskut kering cicah kuah kacang/sup jagung atau roti inti planta. Makanan mengikut menu dan kuantiti yang ditetapkan oleh KPM JASNI BIN BUNGSU Mohon agar pelajar di setiap dorm di tempatkan dalam 1 batch yg sama untuk mengelakkan kes buli @ senior mengarah junior di dalam 1 dorm. Susunan dorm mengikut batch akan diperhalusi YAHYA BIN BASNI Untuk urusan balik bermalam khas/pilihan/wajib, mohon budi bicara pihak sekolah membenarkan pelajar luar labuan keluar (tanpa perlu permohonan surat keluar awal) pada masa rehat (biasanya jumaat) untuk mengelak pelajar ketinggalan bot ekspress(lawas/limbang: jam 1230/1245) atau bot laju (sipitang:jam130). Pihak sekolah tidak boleh membenarkan murid balik semasa waktu pdp berjalan, murid boleh balik pada hari sabtu untuk memudahkan pergerakan NORAINI BINTI OTHMAN Isu air dan keselamatan murid,serta kesihatan murid. Sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah NOR HIDAYATI BT MOHD SALJI 1. Masalah ketiadaan air. Pemasangan pum air di blok aspura (panglima) 2. Masalah mesin penapis air (Coway). Tidak Selengara 3. Bilik gosok pakaian leaking. Tidak pasti dari mana air tersebut keluar. Bahaya kerna bilik gosok pakaian ank mengguna seterika. Bole mengakibatkan berlakunya kemalangan tdk d duga. 4. Tiada pintu tandas (Panglima) 5. Tiada langsir 6. Locker rosak 7. Susun atur katil dan locker tdk teratur. Ada murid tdk dapat kipas dan kepanasan. Mgkin bole tmbh baik penambahan kipas atau susun katil d bhgian berkipas. Ni ada murid rasa dia senior batch tdk benarkan alih katil dan locker. Mohon 1 arahan dr pihak sekolah adil dan saksama bg semua (1 konsep) susun atur yg baik dan selesa buat semua penghuni. 8. Kipas di ruang solat Pihak sekolah akan memperhalusi dan mengambil tindakan yang bersesuaian USUL LAIN-LAIN
Sekalung penghargaan diucapkan kepada : Pengetua SM Sains Labuan YDP PIBG 2023/2024 AJK PIBG 2023/2024 AJK Pelaksana Guru-guru Ibu bapa Serta kepada semua yang terlibat secara lanGsung mahupun tidak lanGsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31. Semoga pertemuan dan usaha kita diberkati Allah SWT terima kasih