Dari Meja Penyusun
Salam Perpaduan Melalui Kegiatan ko-kurikulum
Sahabat-sahabat penggiat aktiviti luar dan unit uniform. Anda adalah insan yang tabah kerana
melaksanakan aktiviti luar tidak semudah melaksanakan PDP dalam bilik darjah. Semuanya
menguji ketabahan dan kesabaran serta ketelitian. Hanya mereka yang benar-benar berminat
akan melaksanakan apa yang diminati
Lahirnya buku panduan ini bukan untuk mencabar sesiapa tetapi untuk berkongsi sedikit ilmu
dan kemahiran yang dimiliki. Saya bergiat dalam Pergerakan Pengakap sejak di sekolah rendah.
Disambung di sekolah menengah dan maktab perguruan. Kemudian menjalani latihan sehingga
mencapai peringkat kebangsaan. Kesinambungan ini diteruskan dalam Kor Kadet Polis dan KRS
sehinggalah sekarang.
Menjadi anggota Rejimen Wataniah dan Angkatan Pertahanan Awam telah membantu saya
menambah kemahiran. Pernah terlibat dalam ratusan perkhemahan, juga jambori Pengakap.
Beberapa kali terlibat mengiringi kontinjen ke perkhemahan kebangsaan. Malah beberapa kali
merancang dan mengendalikan perkhemahan KRS dan TKRS peringkat kebangsaan menambah
pengalaman untuk dikongsikan bersama.
Buku kecil ini saya dedikasikan buat isteri, anak-anak serta cucu tercinta, Juga buat jurulatih-
jurulatih yang telah mendidik saya dari RAW dan APM. Tidak lupa buat rakan-rakan jurulatih
yang sering ketawa dan berduka bersama,anak didik yang menjadi bahan eksperimen saya juga
buat semua penggiat aktiviti luar. Kalian adalah pendorong saya.
Semoga buku kecil ini dapat membantu rakan-rakan dalam menunaikan tanggung jawab sebagai
jurulatih dan pegawai unit uniform dengan lebih baik dan penuh ketrampilan. Kejayaan anda
adalah kejayaan kita guru-guru yang tidak didendangkan.
Semoga sukses dan sentiasa menjadi yang terbaik.
Wassalam
Mej (KRS) Norzaman Abu Hassan
Jurulatih KRS Negeri Sembilan
16 Mei 2017
ISI KANDUNGAN 2
3
Dari Meja Penyusun 4
Isi Kandungan 30
Bab 1-Teknik Ikhtiar Hidup 39
Bab2-Asas Kawad Formasi 55
Bab 3-Perkhemahan 67
Bab 4-Simpulan dan Ikatan 70
Bab 5-Alat Pemotong 74
Bab 6-Komunikasi 82
Bab 7-Pengurusan Pertandingan Kawad
Bab 8- Gejet
BAB 1
TEKNIK IKHTIAR HIDUP
Ikhtiar hidup (survival dalam bahasa inggeris) membawa erti yang luas iaitu the will to live,to
outlive, state of continuing to live. Jika diterjemahkan secara bebas dalam Bahasa MelayuIkhtiar
hidup adalah kemampuan atau keupayaan sesuati itu untuk terus hidup berasaskan keadaan
persekitaran di mana sesuatu berada .
Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan
sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau
ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi
ancaman.
Situasi Ikhtiar Hidup berlaku akibat beberapa sebab utama dan sukar dijangka. Antara punca
asasnya adalah:
Namun begitu jika dikaji semula,factor di atas berpunca dari manusia sendiri yang gagal
mengadaptasi diri dengan alam semula jadi. Setiap manusia mempunyai ego. Begitu juga dengan
alam sekitar yang mempunyai kelainan tersendiri. Setiap hutan belantara adalah padang
permainan yang berbeza. Bergantung kepada lokasi. Tidak seharusnya kita sebagai manusia yang
lemah menyamakan sesuatu yang baru dengan yang pernah kita alami. Sebaliknya menggunakan
pengalaman yang lalu untuk digunakan di tempat yang baru.
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang
harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar.
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa
terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.
PRINSIP IKHTIAR HIDUP
Mereka yang terlibat dalam situasi ikhtiar hidup hendaklah memberi penekanan utama kepada
prinsip ini. Anda tidak akan selamat jika keselamatan anda terancam. Keselamatan yang harus
diberikan keutamaan adalah diri anda sendiri. Pastikan anda berada dalam keaadaan yang stabil
dan sihat. Berada dalam suhu yang sesuai agar tidak demam bagi membolehkan anda bergerak
ke kawasan selamat atau bergerak untuk mencari makanan.
Lindungi diri dari ancaman hidup liar, suhu persekitaran yang tidak menentu serta ancaman alam
yang lain seperti tanah runtuh, banjir mahupun ancaman-ancaman lain. Kedua pastikan peralatan
yang masih dimiliki berada dengan anda. Paling utama adalah senjata seperti parang,kapak atau
pisau. Peralatan ini mampu membantu anda dalam banyak situasi kelak.
Jika masih mempunyai bekalan makanan, jangan habiskan semua sekali kecuali anda telah
menemui bahan gantian. Begitu juga dengan air. Jika anda berada jauh dari kawasan air,
bergeraklah mencari kawasan berair sementara tenaga anda masih ada. Tinggalkan kesan-kesan
nyata untuk membolehkan anda kembali ke tempat pertama anda berada agar memudahkan
kumpulan penyelamat menemui anda.
Seterusnya adalah USAHA. Jika sekadar menanti pasukan penyelamat tanpa berusaha untuk
hidup adalah sesuatu yang sia-sia. Sukar untuk menjangka berapa lama masanya pasukan
tersebut akan tiba. Sejam, sehari mahupun sebulan. Biasanya, pasukan penyelamat akan
mengalami kesukaran menentukan kawasan pertama anda hilang. Di sinilah kesan-kesan nyata
seperti bekas unggun api, bekas perlindungan berfungsi. Tinggalkan seberapa banyak tanda yang
membolehkan anda dikesan/mudah dikesan.
Bagaimana Ikhtiar Hidup Boleh Berlaku?
Situasi Ikhtiar Hidup terjadi akibat dari sikap kita sebagai manusia yang kadang kala
terlalu ego, lalai malah sering mempersendakan alam semulajadi yang dicipta oleh Allah SWT.
Antara punca Ikhtiar Hidup berlaku adalah kerana:
- ini berlaku akibat keadaan cuaca yang memisahkan kita dengan Jalan utama.
Antara factor alam yang sering terjadi adalah banjir, tanah runtuh dan sebagainya.
– berlaku kemalangan yang menyebabkan pergerakan menjadi lambat atau
menyebabkan terpisah dari kumpulan besar. Kemalangan yang dimaksudkan adalah kemalangan
seperti kepatahan, luka besar dan sebagainya
– Gagal mencari jalan pergi atau balik, gagal membuat pandu arah atau tersesat kerana
keadaan alam yang tidak menentu. Saya sendiri pernah tersesat di Gunung Ledang kerana
mengikut laluan air yang disangka denai/track
– lalai dan leka sewaktu ekspedisi hingga terpisah dari kumpulan besar dan akhirnya
gagal mencari jalan yang betul . Sikap ingin menunjuk-nunjuk juga kadang kala membuat kita
hilang pertimbangan rasional. Hutan bukan untuk menjadi jaguh tetapi untuk kita bersama
menikmati keindahan dan kunikan ciptaan Allah SWT
mpulan yang tidak bertanggung
jawab dan sebagainya
APA YANG HARUS DILAKUKAN
Pakar Ikhtiar Hidup sering menggunakan satu perkataan yang amat popular iaitu
”STOP”
Namun apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut. Mengapa harus berhenti.
STOP bukan sahaja bermaksud berhenti tetapi:
S– Stop– Berhenti dari bergerak. Tenangkan fikiran. Ambil masa berehat dahulu kerana kita
mungkin tidak dapat menjangkakan apa yang kita hadapi selepas itu. Tinjau semula sebab anda
terpisah atau sesat. Kesan tanda di mana anda berada.
T– Thinking– Berfikir dengan tenang dan gunakan pertimbangan yang waras. Jika boleh kesan
semula punca bagaimana anda tersesat. Jika gagal, tentukan rangka bertindak selanjutnya.
O-Observation– Pemerhatian yang teliti perlu dilakuan. Tentukan di mana anda berada. Buat
kajian lapangan untuk menentukan tempat yang selamat untuk bermalam atau untuk
memudahkan anda mendapatkan bantuan. Jangan bergerak jauh dari laluan utama agar mudah
team penyelamat mencari anda. Pasukan penyelamat akan bergerak berdasarkan maklumat
terakhir anda dilihat. Teknik mencari akan menumpukan kepada laluan utama.
P-Planning– Rancang apa yang perlu anda lakukan sama ada berada di tempat tersebut atau
mahu bergerak. Jika bergerak pastikan anda mempunyai cukup bekalan air, ada arah tuju yang
munasabah dan anda mempunyai kekuatan untuk melakukannya. Tinggalkan kesan sewaktu
bergerak agar mudah pasukan penyelamat mencari anda.
PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP
Terdapat beberapa prinsip asas yang perlu diberikan perhatian sekiranya terlibat dalam situasi
Ikhtiar Hidup. Prinsip-prinsip ini merupakan perkara penting yang tidak boleh dia-baikan apalagi
diambil mudah.
Perkara yang paling utama yang harus anda berikan penekanan. Keselamatan nyawa anda dan
kumpulan anda haruslah menjadi pertimbangan utama. Jauhi segala unsur yang boleh
mengancam nyawa anda dan kumpulan anda seperti gangguan binatang buas, makanan beracun
dan sebagainya. Ikhtiar hidup akan menjadi lebih sukar jika kese-lamatan anda terancam atau
anda mengalami kecederaan. Proses meneruskan ke-hidupan akan menjadi lebih sukar.
Antara syarat untuk Berjaya keluar dari situasi Ikhtiar Hidup adalah dengan satu se-mangat iaitu
tidak berhenti berusaha. Usaha yang berterusan perlu dilakukan bukan menyerah terus kepada
kehendak takdir. Berserah kepada kehendak alam, kita hanya memiliki peluang 50:50 tetapi
dengan berusaha peluang kita semakin cerah untuk hidup.
Sesuatu yang sukar dilakukan tetapi mesti dilakukan. Apa yang penting adalah kita mengawal
diri terlebih dahulu. Jika bersendirian kita mungkin akan dihantui dengan keta-kutan akan
kegelapan malam, gangguan binatang buas dan sebagainya. Jika ini menghantui anda, anda telah
kehilangan 50% keyakinan diri. Jika anda bersama kumpu-lan dan terdapat peserta perempuan,,
berikan keyakinan kepada ahli kumpulan anda bahawa segalanya akan berjalan lancer jika semua
ahli kumpulan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Kerjasama. Itulah langkah yang harus diambil oleh setiap ahli kumpulan dalam mengatasi situasi
sebegini. Lakukan sesuatu dengan teratur dan secara bergilir-gilir. Pengalaman saya sewaktu
sesat ketika mencari jalan naik ke puncak gunung ledang nyata memberikan pengajaran. Kami
bergilir-gilir mencari jalan turun dan menjadi first tracker. Setelah 3 hari kami baru terjumpa
anak sungai yang boleh kami mencari jalan ke kaki gunung. Di sini kerjasama memainkan
peranan. Sewaktu first tracker mencari jalan, ahli yang lain boleh menyediakan makanan dan
sebagainya.
PERSIAPAN SEBELUM SESUATU AKTIVITI
Kita sering merancang sesuatu yang menarik dan besar tetapi lupa untuk membuat persiapan
menghadapi sesuatu peristiwa yang buruk.. Bagi setiap penggemar aktiviti di rimba raya atau di
mana sahaja, persiapan untuk menghadapi sesuatu yang buruk harus ada. Ini yang dikatakan
sebagai pelan A, B atau C.
Persiapan untuk menghadapi situasi Ikhtiar Hidup boleh dibuat dalam sebuah beg kecil agar
tidak mengambil terlalu banyak ruang. Secara umumnya anda boleh membahagi-kan persiapan
ikhtiar hidup kepada beberapa perkara:
Seeloknya makanan yang dibawa ialah makanan boleh terus dimakan, memberi tenaga dan
ringan. Contohnya coklat, biskut, mee segera dan sebagainya. Ini adalah ker-ana kita akan
menggunakan banyak tenaga dalam usaha mencari jalan keluar. Kuantiti makanan dalam sebuah
beg ikhtiar hidup sebaiknya mencukupi untuk seorang selama 24 hingga 36 jam. Antara makanan
yang dicadangkan adalah 2 keping coklat, 2 bungkus mee segera, 5 sudu quaker oat, garam.
Keperluan perubatan juga perlu diambil kira. Dicadangkan agar anda membawa 5 biji pil untuk
cirit birit, 1 biji pil anti malaria, 10 biji pelali air, I set alat rawatan patukan ular, 3-4 biji pil
penahan sakit, 10 biji pil anti-biotic dan I tiub krim anti biotic.
Alat yang perlu anda sediakan adalah alat yang boleh membantu anda dalam melaku-kan sesuatu
usaha dan alatnya hendaklah ringan dan bersaiz kecil. Di antara alat yang dicadangkan adalah
dua gulung tali pancing ( 10 hingga 15m), 2 utas tali untuk membuat jerat, 1 atau 2 batang lilin, 1
kotak cooker (lilin askar) dan sekeping keranjang aluminium selebar kertas akhbar.
Alat-alat lain yang boleh dipertimbangkan adalah getah lastik dan pelapiknya tanpa ca-bang,
gam tikus, kompas, pisau untuk survival– tetapi saya mencadangkan parang ker-ana ia akan
berfungsi sebagai parang dan pisau, cermin kecil dan alat lain yang perlu.
AIR DALAM IKHTIAR HIDUP
Bahan terpenting dalam kehidupan manusia adalah air selain oksigen. Manusia boleh hidup
tanpa makanan berhari-hari tetapi tanpa air, natijahnya adalah kematian dalam waktu yang
singkat. Jika kekurangan air dalam badan kita sebanyak 2 peratus, situasi itu akan
mengakibatkan 25 peratus kepincangan pada bahagian otak dan otot. Jika kekurangan air
sebanyak 10 peratus, dianggap terlalu serius manakala 20 peratus boleh mengakibatkan maut.
Manusia memerlukan 4.5 liter air sehari. 2.5 liter akan dibuang melalui pernafasan dan
perkumuhan.
Di negara kita air bukan sesuatu yang sukar ditemui jika disbanding dengan negara lain. Anda
boleh menemui sumber air sekiranya anda terus mencarinya dan tahu cara men-carinya. Terdpat
tanda-tanda yang boleh membantu anda menemui sumber air. Antaranya:
☐ Bunyi– air yang mengalir menghasilkan bunyi. Apabila mendengar bunyi air adalah boleh
mula mengesan punca kedudukan air. Masa yang paling sesuai adalah waktu malam.
☐ Penglihatan– jika berada di persekitaran semula jadi, kita boleh melihat air terjun, sungai,
anak air, takungan air. Gunakan kompas untuk mencari arah kepada kedudukan air
☐ Haiwan-Kawasan yang berhampiran dengan air akan dipenuhi dengan binatang seperti
burung. Jaraknya sukar ditentukan tetapi anda harus lakukan tinjauan terlebih dahulu dalam
menge-san kedudukan air. Sebelum melakukan tinjauan, adalah lebih baik anda menandakan
tempat anda berada dan jalan menuju ke punca air tersebut bagi memudahkan anda kem-bali
semula ke tempat permulaan anda bermula
☐ Serangga juga adalah petunjuk yang baik kepada kehadiran air di sesuatu kawasan. Ke-
hadiran kumbang, lebah, nyamuk, tebuan adalah petanda positif air berada di sekitar kawa-san
tersebut. Biasanya pada sekitar 100 meter.
SUMBER AIR DI ALAM SEMULA JADI
Jika punca air sukar ditemui anda boleh menggunakan cara kedua untuk mendapatkan air.
Antaranya memanafaatkan persekitaran anda. Jika di kawasan yang mempunyai tumbuhan
periuk kera, biasanya ada air yang bertakung dalam uncangnya.
Hujan
Anda boleh menggunakan ponco atau plastic untuk mengumpul-kan air hujan. Semakin besar
bekas tadahan semakin besar jumlah air yang akan anda perolehi,
Tumbuh-tumbuhan
Buluh dan akar kayu juga boleh membekalkan air yang sesuai untuk diminum. Bagi pokok
buluh, air berada pada ruas paling bawah. Anda boleh
menggunakan ranting buluh untuk menyedut air dari ruas
buluh tersebut.
Selain itu lopak-lopak pada pokok juga biasanya
menampung air yang boleh anda gunakan.
Batu-batu yang berongga juga membekal air yang
bertakung akibat hujan. Juga boleh dijadikan air
minuman jika keputusan bekalan air
Manakala akar kayu juga mempunyai kandungan air berdasarkan saiz. Semakin besar semakin
banyak air boleh diperolehi. Tetapi terdapatbe-berapa syarat sebelum minum air dari akar kayu.
Pertama pastikan akar kayu tersebut tidak bergetah, airnya tidak mempunyai rasa, warna dan
bau. Air yang boleh diminum adalah air yang jernih. Anda hanya perlu memotong bahagian atas
dan bawa akar untuk mendapatkan air
MAKANAN DALAM IKHTIAR
Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang ter-sesat
didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang bo-leh
menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum.
Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-
lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.
Apabila bercerita tentang makanan dalam Ikhtiar Hidup, kita harus berfikir tentang “ tenaga”
bukan kesedapan kerana dalam belantara yang tebal jika kita terputus bekalan, tiada Mydin,
Tesco ataupun re adstoran makanan segera. Apa yang ada ialah sumber hu-tan yang boleh
membantu kita mendapatkan tenaga.
Bagaimana Mendapatkan Makanan Di Hutan
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan makanan dalam hutan. Antaranya
menggunakan teknik Jerat dan Perangkap bagi mendapatkan haiwan hidup Bagi menangkap ikan
kaedah lukah, tajur, pancing boleh digunakan. Namun begitu, terdapat prosedur tertentu yang
harus digunakan jika ingin memakan buah-buahan yang kita tidak ketahui
dan jenisnya.
Prosedur ini penting untuk menentukan agar kita tidak termakan buah-buahan yang beracun. Kita
tidak boleh menyangka apa yang dimakan oleh burung boleh dimakan oleh manusia. Selain
buah-buahan, terdapat beberapa jenis makanan lagi yang boleh dicari seperti telur haiwan atau
burung, ubi-ubian dan sebagainya.
Selain tumbuh-tumbuhan, haiwan adalah sumber makanan yang sesuai namun begitu menangkap
haiwan bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Di sinilah kepentingan membuat jerat
diperlukan.
MENENTUKAN KEHADIRAN HAIWAN
Lokasi memainkan peranan penting bagi kita merancang untuk menangkap pelbagai jenis
haiwan. Bukan semua tempat dihuni oleh haiwan sebaliknya terdapat beberapa cara untuk
menentukan kehadiran haian di sesuatu tempat.
Punca Air
Sebagaimana manusia, binatang juga memerlukan air sebagai minuman. Kita boleh mengesan
kehadiran haiwan di punca air dengan melihat jejak yang ditinggalkan. Selain di kawasan
lembab, jejak boleh ditemui pada denai yang menjadi laluan sesuatu jenis haiwan
Punca Makanan
Tanda-tanda kehadiran haiwan juga boleh dilihat dari kesan yang ditinggalkan seperti tanda
gigitan pada daun atau batang pokok, kulit dari buah-buahan, buji-biji dan seba-gainya. Pokok
cerek merupakan makanan kegemaran rusa atau kijang. Ini boleh mem-bantu kita memilih
tempat untuk memasang perangkap atau jerat. Manakala burung pula di kesan dengan melihat
kehadiran burung dalam jumlah yang banyak pada se-suatu pokok. Ini menandakan terdapat
makanan dan getah sesuai dipasang pada pokok yang sebegini
TUMBUH-TUMBUHAN
Selain haiwan, tumbuhan juga boleh dimakan oleh manusia sama ada dalam bentuk buah, daun
atau umbutnya. Namun begitu, terdapat juga tumbuh-tumbuhan yang beracun seperti pinang
hutan yang akan menimbulkan kesan yang memabukkan. Jika umbut pinang hutan hendak
dimakan, ia perlu direbus terlebih dahulu.
Terdapat juga buah seperti Tampoi, Salak, Terap yang boleh dimakan. Manakala dari jenis daun
pula boleh dimakan dalam bentuk ulam. Contohnya Melinjau dan Terung Manggar yang enak
jika direbus terlebih dahulu. Terdapat lima cara untuk menentukan sesuatu jenis tumbuhan itu
boleh dimakan atau tidak.
HIDU
Ambil sedikit tumbuhan yang hendak diuji. Hancurkan di atas tapak tangan kemudian hidu
baunya. Jika baunya terlalu keras, busuk dan kurang menyenangkan, tumbuhan tersebut tidak
sesuai untuk dimakan. Walau begitu, tidak semua tumbuhan yang be-bau busuk tidak boleh
dimakan
☐ SAPU
Jika tumbuhan yang diuji tidak berbau busuk, langkah kedua ialah dengan menyapu sedikit
tumbuhan tersebut ke pangkal lengan. Tunggu antara 10 hingga 15 minit dan jika tidak berasa
gatal atau panas, tumbuhan itu bebas dari racun
☐ KUNYAH
Ambil 1/2 atau satu sudu the bahagian daun tersebut dan kunyah. Jika terlalu banyak air liur
yang keluar buang air liur tersebut tanpa mengeluarkan daun tersebut. Tunggu dan jika berasa
panas, gatal ,loya, daun tersebut adalah beracun.
☐ TELAN
Jika ujian-ujian di atas tidak menunjukkan sebarang perubahan ambil daun tersebut dengan
sukatan seperti di atas kemudian telan. Jika dalam masa 12 jam tiada tanda loya, panas , maka
dun itu boleh dimakan
☐ MAKAN
Jika tiada sebarang tanda loya, panas atau gatal-gatal dalam masa 12 jam, daun-
daun tersebut boleh dimakan dengan syarat tidak makan benda-benda lain
MASAKAN RIMBA
Terdapat beberapa cara yang membolehkan kita masak tanpa menggunakan peralatan seperti
periuk dan sebagainya. Masakan jenis ini tidak seenak masakan di rumah tetapi cukup untuk
mengenyangkan. Terdapat empat cara penyediaan makanan cara masakan rimba iaitu:
MEMASAK NASI DALAM BULUH
Potong bahagian atas sebatang ruas buluh. Bersihkan dan basuh beras serta masukkan ke dalam
buluh. Masukkan air secukupnya dan letakkan buluh berhampiran bara api seperti memasak
lemang. Pusingkan buluh dari masa ke semasa untuk memastikan semua bahagian masak. Belah
buluh dan keluarkan nasi. Tutup bahagian atas dengan daun.
MEREBUS TELUR DALAM TANAH
Gali lubang sedalam 4 inci. Masukkan sebiji telur dan tutup lubang dengan tanah. Nyalakan api
di atasnya. Telur akan masak dalam jangka masa 15 hingga 20 minit
MEREBUS TELUR DALAM TANAH LIAT
Balut sebiji telur dengan tanah liat yang basah. Tutup
semua bahagian. Nyalakan api dan masukkan telur yang
telah bersalut tanah liat ke dalam bara api. Apabila tanah
liat merekah, menandakan telur telah masak
Telur yang telah masak boleh dikenali dengan rekahan
pada tanah liat tersebut. Apabila tanah liat telah merekah,
ketuk perlahan-lahan dan keluarkan telur.
* Selain telur, seekor ayam juga boleh dimasak menggunakan teknik ini. Seekor ayam yang telah
dibersihkan bahagian dalaman, balut dengan tanah liat tanpa membuang bulunya. Balut setebal 1
inci dan masukkan ke dalam bara api. Apabila tanah liat telah merekah, menandakan ayam telah
masak dan boleh dimakan
MEMANGGANG DAGING ATAS BATU
Basuh sebiji batu yang leper dengan bersih. Hapuskan semua kotoran pada batu terse-but.
Nyalakan api dan letak batu di atas api. Biarkan batu itu benar-benar panas. Potong dan hiris
daging setebal 1cm. Letakkan di atas batu. Tunggu hingga daging masak. Jika mempunyai garam
dan kunyit, lumurkan pada daging sebelum dipanggang.
MEMBAKAR UBI KAYU/KELEDEK/PISANG
Nyalakan api dan biarkan ia berbara. Masukkan ubi ke dalam bara api. Tunggu lebih kurang 15
minit. Keluarkan ubi dan kikis bahagian yang hitam. Ubi telah sedia di makan.
Jika terpaksa anda boleh membuat jerat yang sesuai untuk menangkap haiwan seperti monyet
dan sebagainya. Namun cara ini biarlah menjadi pilihan yang terakhir. Masih terdapat banyak
lagi sumber yang boleh dimakan seperti telur burung, burung dan sebagainya. Apa yang perlu
adalah kesabaran dan daya usaha anda.
TEKNIK MENYALAKAN API TANPA MANCIS
Terdapat bebarapa cara untuk menyalakan api tanpa menggunakan mancis. Teknik ini telah
dipraktikkan oleh mereka yang terdahulu namun diberikan inovasi dari masa ke se-masa. Dalam
situasi Ikhtiar Hidup, api memainkan peranan penting untuk memanaskan badan, memasak
makanan dan juga menghalau binatang buas. Jika bermalam di hutan pas-tikan unggun api yang
sesuai dinyalakan bagi menerangi kawasan dan juga memastikan anda tidak diganggu oleh
binatang buas.
Api terhasil dari tiga unsur iaitu haba, bahan bakar dan udara. Apabila tiga elemen ini bergabung
proses pembakaran akan berlaku. Untuk menghidupkan api, susun ranting kayu dalam
kedudukan huruf A dengan bukaan kakinya menghadp angin. Masukkan rabuk atau bahan yang
mudah terbakar ke dalam susunan kayu tadi. Bahan bakar boleh diambil dari daun-daun kering,
ranting-ranting halus dan sebagainya.
FIRE CRAFT
Kraf api bukan dihasil sekadar untuk menyalakan api dalamm usaha me-manaskan tubuh badan
atau memasak tetapi mempunyai pelbagai tujuan ter-tentu.
HUNTER’S FIRE
Selain digunakan untuk menjadi Bahan bakar, tungku-
tungku ini Disusun rapat agar dapat diguna Sebagai
dapur.
REFLECTOR FIRE
Fungsi utama api jenis api ini
Adalah untuk menghalakan haba
Ke satu arah. Biasanya dibuat dihadapan
khemah terbuka
STAR FIRE
Menggunakan kayu yang panjang. Sesuai
untuk digunakan bersama dapur jenis gantung
TEEPEE FIRE
Paling sesuai dan mudah digunakan tetapi
sukar untuk didirikan kerana susunan kayu
memerlukan keseimbangan dan stabil
LOG CABIN FIRE
Senang dan mudah dibina kerana bentuknya
Yang stabil. Apabila terbakar ia hanya membakar
Bahagian dalam kayu sahaja
CARA MENYALAKAN API
BIVOUC (PERLINDUNGAN SEMENTARA)
Bivouc atau perlindungan sementara merupakan salah satu aspek yang penting untuk
memastikan anda sentiasa selamat, sihat dan segar untuk meneruskan kehidupan pada hari
berikutnya. Bivouc bukanlah seperti khemah yang anda selalu gunakan tetapi bivouc lebih
kepada perlindungan yang dilakukan untuk satu atau dua malam. Peralatan atau bahannya adalah
bahan yang terdapat di sekeliling anda seperti daun-daun lebar, batang-batang kayu, banir pokok,
plastic atau ponco atau baju hujan.
Pembinaan Bivouc lebih bersifat melindungi anda dari embu atau hujan serta tiupan angin.
Selain itu untuk membolehkan anda berehat dengan selesa dan selamat. Dalam pem-binaan
bivouc, utamakan keselamatan anda. Pastikan anda menyalakan api berhampiran bivouc anda
untuk menghalau nyamuk atau agas, memanaskan badan serta menghalau bi-natang buas.
BEBERAPA CONTOH BIVOUC
Bivouc menggunakan Khemah, Ponco atau Baju Hujan
PERLINDUNGAN SEMENTARA MENGGUNAKAN SUMBER SEMULA JADI
CONTOH BIVOUC
ANCAMAN BINATANG BUAS SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
Berada di belantara secara bersendirian, nasib akan menentukan sama ada kita akan bertemu atau
ditemukan dengan binatang buas dan ini merupakan ancaman kepada kita. Menurut kajian pakar,
terjadinya pertembungan antara binatang dengan manusia adalah kerana beberapa factor. Sama
ada tanpa sedar kita sedang berada dalam kawasan habitatnya, bau tubuh kita telah sebati dengan
bau hutan hingga menyukarkan haiwan liar membezakan bau dan menggelakkan dari bertemu
dengan manusia, arah tiupan angin yang bertiup dari haiwan ke arah kita serta kondisi haiwan itu
sendiri; mungkin telah uzur, sakit atau cedera.
Berikut dinyatakan beberapa tabiat haiwan sebagai pengetahuan untuk anda jika terserempak
dengan haiwan-haiwan ini.
HARIMAU BELANG (MALAYSAN TIGER) Pantehera Tigris Corbeti
Raja belantara ini mempunyai berat badan sehingga 300 kilogram. Mendapat nama kerana
belang yang terdapat pada tubuhnya. Makanan rutin adalah daging segar dan haiwan-haiwan
kecil. Bergerak secara solo kecuali bagi harimau betina yang mempunyai anak kecil. Tetapi
terdapat juga anak harimau yang telah mencapai
umur setahun masih mengikuti ibunya.
Kehadiran harimau boleh dikesan melaui baunya
yang hapak dan hancing, seakan-akan bau kambing
jantan. Harimau juga berperangai seperti kucing iaitu
suka menajamkan kukunya. Kita boleh melihat
kesan-kesan kuku pada batang-batang pokok atau
banir-banir pokok. Kesan-kesan bulu juga kerap
terlekat pada kulit-kulit pokok kerana harimau kerap menggaru-garukan badan pada batang-
batang pokok. Kehadiran agas yang banyak menandakan kehadiran harimau di sesuatu tempat.
Harimau gemar mengaum dan dari bunyi ngaumannya kita boleh mengetahui kedudukannya.
Jika bunyinya kuat bermakna haiwan ini berada jauh dan begitulah sebaliknya. Harimau seboleh
mungkin tidak mahu terserempak dengan manusia kecuali kerana sakit, uzur atau terlalu tua.
Harimau betina yang beranak kecil amat ganas kerana mempertahankan anaknya. Biasanya
serangan harimau pada kawasan tengkuk mangsa.
Tanda-tanda harimau akan menyerang ialah ekornya terangkat atau tegak ke atas. Jika anda
berhadapan dengan raja rimba ini, elakkan dari membelakangnya. Sebaik mungkin berundur
perlahan-lahan dan jika memakai beg galas, tanggalkan beg galas perlahan-lahan dan letakkan
pada bahagian dada. Sekurang-kurangnya jiak berlaku serang beg galas menjadi pelindung. Jika
anda ingin mencipta rekod memanjat pokok, inilah masanya. Jangan cuba melarikan diri kerana
haiwan ini mempunyai larian yang stabil setiap masa berbanding dengan manusia yang akan
semakin penat akan menjadi semakin perlahan.
Tapak Kaki Harimau
BAB 2
HARIMAU KUMBANG, Panthera Pardus
Mempunyai badan yang panjang tetapi kakinya agak
pendek dan dikatakan lebih bahaya dari Harimau
Belang. Saiz sedikit kecil berbanding Harimau
belang. Amat sedikit maklumat tentang pemangsa ini
tetapi kebiasannya haiwan ini gemar berada di atas
dahan yang melentur ke tanah. Tangkapannya akan di
bawa ke atas dahan pokok untuk dimakan
Tapak Kaki Hadapan Tapak Kaki
Belakang
SELADANG
Berdoalah agar anda tidak bertemu dengan haiwan yang
besar tetapi lincah ini. Keseluruhan tubuhnya berwarna
hitam tetapi bahagian kaki putih seakan-akan bersetokin.
Tanduknya tajam serta runcing. Kehadirannya boleh dikesan
melalui tapak kakinya. Bengis jika beranak kecil dan
Seladang jantan biasanya akan hidup bersendirian. Tanduk
yang runcing biasa digunakan untuk menikam mangsa. Cara
menyelamatkan diri dari haiwan ini adalah berselindung di
belakang pokok yang besar atau jika terdapat belukar rotan,
masuklah ke dalam belukar rotan.
Tapak Kaki Seladang
BERUANG MATAHARI (MALAYAN SUN BEAR)
Mendapat nama kerana warna kunig yang terdapat pada bahagian bawah leher. Bahagian lai
tubuh haiwan ini berwarna hita,. Makanannya adalah
haiwan-haiwan kecil, daging, madu. Tapak kakinya
seakan manusia kecuali terdapat kesan kuku di
hujungnya. Cara menggelakkan serangan Beruang
Matahari adalah dengan mengacah-acah dahan kayu
yang banyak ranting-ranting kecil. Haiwan ini
bimbang matanya tertusuk kayu. Elakkan dari
memanjat kerana haiwan ini adalah pakar memanjat.
BABI HUTAN
Seekor lagi haiwan yang perlu dielakkan dari
bertemu dengannya. Mempunyai muka yang
hodoh dengan hidung yang rata dan penyek.
Haiwan ini boleh mengancam manusia dengan
menggunakan taring atau siungnya yang tajam.
Bukan sedikit manusia yang menjadi mangsa
haiwan ini. Kehadirannya boleh dilihat melalui
kesan-kesan tanah yang digemburkan. Tapaknya
seakan-akan tapak kaki kijang. Biasanya hidup
dalam sekumpulan kecil kecuali babi jantan tunggal yang hidup bersendirian. Babi menyerang
dalam satu garisan lurus. Cara menggelak dari serangannya adalah menggelak atau berlindung
pada batang kayu pada saat-saat akhir. Itupun jika anda lebih pantas darinya.
Kesan Tapak kaki pada tanah keras Kesan tapak kaki pada tanah yang lembut
JERAT DAN PERANGKAP DALAM IKHTIAR HIDUP
Makanan merupakan sumber kedua selepas air yang perlu diperolehi oleh manusia. Justru itu, di
bawah ini disertakan beberapa cara menghasilkan jerat untuk membolehkan anda mendapatkan
makanan. Walau bagaimana pun anda harus memahami bahawa jerat bukan boleh dipasang di
mana sahaja. Anda harus mengetahui tempat yang sesuai. Biasanya haiwan akan berada di
kawasan yang mempunyai makanan untuk mereka. Kesan kawasan ini. Seperti bekas-bekas atau
sisa makanan yang ditinggalkan. Pokok-pokok yang berbuah dan sebagainya. Harapan untuk
mendapatkan binatang melalui jerat adalah 50:50 peratus. Bergantung kepada nasib anda
BEBERAPA JENIS JERAT YANG MUDAH DI HASILKAN
MENANGKAP IKAN
Ikan adalah sumber kedua makanan yang mudah diperolehi. Kebanyakan sungai di negara kita
menjadi habitan ikan dari pelbagai sepsis seperti tengan, lampam, sebarau dan sebagainya.
Namun persolan yang timbul adalah cara untuk menangkap ikan. Ia tidak semudah seperti
disangkakan. Seperti yang anda tahu, ikan harus ditangkap menggunakan pancing atau lukah.
Terdapat beberapa kaedah untuk menangkap ikan. Berikut adalah beberapa cara untuk
menangkap ikan.
Menggunakan Pancing atau Tajur
Batang pancing boleh diperbuat dari batang buluh, pokok bembam atau sebarang bentuk kayu
yang lurus.Persoalannya adalah bagaimana hendak membuat Mata kail. Sebenarnya anda boleh
menggunakanBilah buluh yang diraut dan ditajamkan. Manakala Sebagai pengikatnya anda
boleh menggunakan Rotan atau akar kayu yang banyak terdapat dalam Hutan.
Tajur pula adalah keluarga pancing tetapi anda tidak perlu menunggu sehingga ikan
memakannya. Sebaliknya anda boleh memasang tajur pada tempat yang sesuai dan membiarkan
ikan memakan umpan. Anda boleh melihat hasil tajur anda selepas dua atau tiga jam. Tempat
Yang sesuai adalah lubuk-lubuk dalam di mana ikan dijangka berada.
Umpan– Cacing merupakan umpan terbaik dalam menangkap ikan. Cacing mudah diperolehi di
hutan. Kayu-kayu tajam boleh digunakan untuk mengorek tanah untuk mendapatkan cacing.
Selain cacing, terdapat Juga jenis buah-buahan yang menjadi makanan ikan.
umpan dan bahagian kepalanya akan tersangkut pada hujung tuar yang sempit
Lukah
Lukah merupakan alat menangkap ikan yang popular di kalangan masyarakat
Melayu. Lukah mudah boleh diperbuat menggunakan buluh dan kayu-kayu
kecil.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN DALAM LATIHAN
Masakan Rimba
Pertandingan Masakan Rimba boleh dilaksanakan dalam latihan mingguan pasukan
beruniform. Pertandingan dianh kurang dianggarkan boleh berlangsung selama lebih kurang 2
jam termasuk pemarkahan.
Aspek yang dinilai adalah :
a. Penyediaan Bahan- Resepi dan alat yang digunakan
b. Penyediaan dapur dan menyalakan api- menyediakan dapur dan bahan bantu untuk
memasak seperti tungku atau alat penggantung
c. Penyediaan masakan - proses memasak makanan
d. Persembahan-gaya hiasan yang sesuai mengikut tema yang sesuai
Roti Lilit
Bahan-Tepung, garam, gula, yis dan majerin
Cara- Tepung, garam dan Yis dicampur dan diuli sehingga lembut
- Tepung yang telah menjadi doh dililit pada buluh atau kayu yang telah dibersihkan
- Sapu majerin pada tepung tadi dan tabur gula di atas tepung
- Panggang di atas bara sehingga berwarna perang
- Letakkan di atas pinggan dan hias. Hidang bersama kopi atau teh
Bagi telur dan keledek atau ubi, boleh dilaksanakan serentak dengan Roti Lilit. Telur
dibakar bersama ubi selepas dibalut dengan tanah liat. Hidang bersama dengan Roti Lilit
BAB 2
ASAS KAWAD FORMASI
Pertandingan kawad yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan telah menetapkan
Kawad Formasi sebagai salah satu elemen yang harus dilakukan. Namun begitu, ramai yang
tertanya-tanya tentang kawad formasi. Bagaimana cara untuk melatih dan melakukan kawad
formasi ini.
Kawad formasi adalah kawad biasa tetapi pergerakan yang dilakukan akan berakhir dengan
bentuk-bentuk menarik seperti bulatan dan sebagainya.Pergerakan dilakukan tanpa arahan
sebaliknya anggota melakukan perbuatan berdasarkan kiraan. Setiap anggota hendaklah mengira
dalam hati bagi memastikan pembentukan formasi dilakukan serentak
Kawad formasi terbahagikan kepada beberapa elemen iaitu perbuatan asas- beratur. dalam tiga
barisan. Setiap kali pergerakan dilakukan akan bermula dan tamat denga n tiga barisan.
Elemen yang kedua pula adalah pergerakan yang dilakukan untuk membentuk formasi.
Pergerakan boleh terdiri dari perlahan jalan atau cepat jalan. Elemen ketiga-membentuk formasi
dan menentukan pergerakan.
ELEMEN PERTAMA- MENENTUKAN EDUDUKAN BARISAN
Elemen pertama- berada dalam tiga barisan
dan memperkenalkan barisan sebagai barisan
hadapan, tengah dan belakang. Perkara ini
penting kerana selepas ini anggota akan
melakukan pergerakan berdasarkan barisan
ELEMEN KEDUA- PERGERAKAN
Kelompok A Kelompok B
Pergerakan antara dua kelompok mungkin dengan cara cepat jalan atau perlahan jalan
berdasarkan jumlah langkah yang diberikan.Contohnya Kelompok A dan B bergerak ke kanan
dan kiri dalam perlahan jalan sebanyak 12 langkah dan berhenti.
ELEMEN 3
Membentuk formasi- contohnya
BAB 3
PERKHEMAHAN
Pelbagai difinisi yang diberikan untuk perkataan ini. Namun apa ua difinisi yang diberikan itu
buaknlah sesuatu yang penting. Matlamat dan objektif perkhemahan seharusnya menjadi
pegangan setiap anggota UNIT UNIFORM sewaktu menjalani aktiviti. Ini akan menghasilkan
impaks yang maksima dari segi kemahiran dan pengalaman mereka. Tetapi yang nyatanya,
perkhemahan adalah kehidupan di luar rumah, melaksanakan aktiviti rutin harian selain dari
melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah menca-pai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Perkhemahan wujud dalam pelbagai saiz. Dari sekecil-kecil perkhemahan hinggalah perkhe-
mahan yang melibatkan negara-negara di dunia. Dan pengajurnya pula menentapkan pelbagai
mat-lamat serta objektif untuk dicapai pada akhir perkhemahan tersebut. Namun bagi pelajar
sekolah perkhemahan lebih kepada sesi menimba ilmu, menguji ilmu dan kemahiran yang telah
diperolehi secara lisan selain dari menghadiri perkhemahan untuk pelbagai jenis ujian. Anggota-
anggota perkhemahan seharusnya dapat membayangkan bagaimana perkhemahan dilaksanakan.
Sebagai unit unifom, perkhemahan yang wujud lebih bercorak mendisiplinkan pelajar, pengisian
ilmu dan juga pematuhan jadual dan masa yang telah ditetapkan. Selain dari itu, anggota akan
dibekalkan dengan pelbagai pengalaman baru yang sukar dibeli atau diperolehi jika sekadar
membaca atau berada dalam lingkungan rumah sendiri. Di sinilah akan belajar bertanggung
jawab terhadap diri sendiri, berganding bahu melaksanakan aktiviti, berpadu teguh dalam me-
menangi pertandingan yang ditetapkan dan seterusnya membina jati diri sebagai seorang pelajar
yang cemerlang dan gemilang khususnya dalam bidang kokurikulum dan kurikulum amnya.
Sering juga kita mendengar peserta merungut kerana kepenatan, kekurangan waktu untuk berehat
malah menghadapi tekanan yang diberikan oleh jurulatih. Sebenarnya itulah reality kehidupan.
Tidak semuanya indah. Kita akan menemui rakan yang terlalu rajin dan terlalu malas dalam
perkhemahan. Kita juga akan membuat keputusan sendiri dalam menentukan sesuatu yang kita
ingin di perkhemahan. Jika di rumah barangkali kita dapat benmanja-manja. Namun di kem,
segalanya atas kemahuan diri.
PERSIAPAN SEBELUM PERKHEMAHAN
Apakah yang perlu dipersiapkan oleh anggota KRS sebelum perkhemahan? Bagi saya, perkara
utama adalah ketahanan fizikal dan mental anda. Jika mental anda kuat maka fizikal akan
menjadi kuat. Selain dari dua aspek tadi, persediaan untuk kegunaan anda perlu diambil kira agar
anda tidak kekurangan peralatan untuk digunakan. Tetapi jangan pula anda mengangkut
sebahagian isi bilik anda hanya kerana mahukan keselesaan.
A. PERSIAPAN FIZIKAL DAN MENTAL
Apabila anda terpilih menyertai perkhemahan, anda telahpun dimaklumkan tentang tajuk sesuatu
perkhemahan atau kursus yang perlu anda hadiri. Jika melibatkan kepimpinan, anda tentu
memahami bahawa pelbagai aspek kepimpinan akan diuji atau menjadi bahan pengukuran. Anta-
ranya pengurusan masa, pengurusan disiplin diri dan juga pengurusan ilmu pengetahuan anda
tentang unit uniform dan kepimpinan. Jadi, dapatkan maklumat yang perlu dari guru anda atau
layari laman-laman yang berkaitan untuk mendapatkan info yang perlu.
Bagi ketahanan fizikal pula, anda harus mengadakan sedikit latihan untuk memastikan stam-ina
anda cukup. Lakukan larian pada waktu petang agar anda dapat bertahan untuk melaksanakan
aktiviti kembara atau kawat kaki. Ini akan membantu anda sentiasa cergas dan mampu
menghadapi tekanan oleh jurulatih ataupun cuaca.
B. PERSIAPAN PERALATAN
Senaraikan peralatan yang anda rasakan perlu dan mesti dibawa. Antara keperluan utama adalah
Unifom Rasmi dan juga T Shirt aktiviti.Jangan lupa pada kasut sukan dan juga selipar untuk
kegunaan lain. Sebaik mungkin T Shirt anda bawa lebih dari sehelai kerana T Shirt tersebut
akan kerap digunakan. Antara keperluan peribadi yang penting
—sekurang-kurangnya dua helai
r
-ubatan Peribadi
Air
C. PERSIAPAN LAIN
Anda juga digalakkan mendapatkan Nombor Hubungan Kem atau nombor guru yang mengiringi
anda. Sekiranya terdapat kecemasan, keluarga anda boleh menghubungi anda pada bila-bila
masa. Jika telah dibekalkan dengan jadual program, teliti jadual dan pastikan waktu anda akan
pergi dan balik kemudian maklumkan kepada keluarga dan penjaga anda.
Setiap pergerakan pelajar hendaklah diikuti dengan Surat Kebenaran penjaga atau ibubapa.
Pastikan anda mempunyai surat ini dan telah mendapat kebenaran dari ibubapa atau pen-jaga
untuk menggelakkan sebarang masalah berbangkit.
ETIKA PERKHEMAHAN
Anggota unit uniform haruslah mengamalkan etika perkhemahan yang secara umumnya un-tuk
kebaikan bersama. Jangan ambil mudah perkara ini. Dan jangan terlalu merasa anda tahu ten-
tang semua aspek perkhemahan. Merendah diri tidak akan merugikan anda sebenarnya. Antara
etika umum yang harus anda amalkan adalah:
KETEPATAN MASA– kelewatan anda hanya akan mengundang masalah. Tiba tepat pada
masa perkhemahan adalah sesuatu yang baik. Lebih baik jika berada di kawasan kem 30 minit
lebih awal. Selain untuk berehat anda juga beleh mendapatkan input-input yang berguna tentang
perkhemahan yang bakal anda serta.
Begitu juga dengan waktu aktiviti. Sentiasa bersiap sedia awal. Biasanya, anggota KRS yang
berdisiplin akan berada 10 minit awal dari masa yang ditetapkan. Ini yang dimaksudkan dengan
pengurusan masa yang baik. Anda harus ingat, sewaktu perkhemahan dendaan dilakukan secara
kolektif. Jika seorang terlambat maka yang lain juga akan menerima padahnya. Justru itu gesa
rakan-rakan yang lain agar sama-sama menjaga masa. Jangan berlagak seperti di rumah. Ruang
lingkup masa di kem amat terhad.
KEBERSIHAN DIRI– aspek yang paling utama dalam perkhemahan. Aspek ini tidak boleh
sama sekali diabaikan oleh mana-mana anggota perkhemahan. Dewasa ini pelbagai virus bawaan
vector dikenal pasti telah menyebabkan kematian. Jadi, anggota KRS haruslah menjaga ke-
bersihan diri, makanan, peralatan dan khemah
KEBERSIHAN KHEMAH– adalah tanggung jawab semua ahli dalam khemah. Anda boleh
menghasilkan jadual bertugas tetapi sebaik mungkin dibuat oleh setiap orang. Pakaian yang
basah hendaklah dijemur di luar khemah. Jangan sesekali menyangkut pakaian anda pada rangka
khemah. Pakaian yang belum digunakan dibiarkan dalam beg agar tidak bersepah manakala
pakaian yang telah digunakan dimasukkan ke dalam beg plastic dan di letakkan di tempat yang
se-suai.
KERJASAMA-sentiasa bekerjasama dan menyumbang ke arah kebaikan bersama. Jan-gan
pentingkan diri anda dan menjadi BIAWAK hidup pada ahli kumpulan yang lain. Sentiasa ingat
mengingati agar anda sendiasa berada dalam keada siap siaga
IBADAH– ibadah adalah tanggung jawab individu namun sentiasa lakukan solat ber-jemaah di
tempat yang telah ditetapkan. Ini lebih baik untuk semua orang dan pahala berjemaah lebih
banyak dari solat bersendirian.
HORMAT MENGHORMATI-masyarakat Malaysia amnya dan KRS umumnya adalah
masyarakat timur yang kaya dengan adab dan budaya. Sentiasa hormati jurulatih, pegawai serta
ra-kan-rakan
ILMU DAN PENGETAHUAN– sentiasa bersedia untuk menerima ilmu dan mendapat-kan
maklumat terkini tentang apa yang diajar. Jangan sesekali berada di belakang. Usahakan diri
anda di hadapan kelas atau aktiviti. Rebut segala peluang yang diberikan
LOKASI PERKHEMAHAN
Biasanya kita membayangkan perkhemahan harus diadakan di hutan, air terjun, gunung atau
sebagainya. Tetapi bagi saya yang telah puluhan tahun bergiat dalam dunia rekreasi, tempat
bukanlah sesuatu yang utama sebaliknya pengisian dalam sesuatu perkhemahan itu adalah
penting. Tetapi bagi mengurangkan tekanan, beralih angin ataupun memberikan pendedahan
kepada aspek pemilihan tapak harus juga diberikan keutamaan.
Jika anda berhasrat mengadakan ujian kenaikan pangkat yang melibatkan pandu arah, masakan
rimba atau jerat dan perangkap, kawasan hutan rekreasi adalah tempat yang sesuai. Begitu juga
jika anda ingin mengadakan ujian menyelamat, renang atau berkayak, maka kawasan berair
adalah pilihan utama TETAPI di mana sahaja lokasi pilihan, KESELAMATAN adalah paling
utama dalam menentukan lokasi.
Lokasi perkhemahan juga hendaklah sesuai dengan tahap umur pelajar serta terjamin dari segi
keselamatan dari segi:
· Gangguan binatang buas atau orang awam
· Hakisan atau tanah runtuh, banjir atau kepala air
· Ribut atau gelombang besar
· Wabak penyakit
· Kemalangan luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan sebagainya
(( Rujuk para 2.4 SPI Bil. 12/2000 dan SPI Bil. 9/2000 )
Jurubantu mula mestilah dilantik dan berada bersama peserta sepanjang masa perkhemahan.
Khidmat bantuan APM juga boleh digunapakai dengan mengajukan permohonan bertulis
( Rujuk para 3E, SP Bil. 24/1998 )
Penyertaan pelajar hendaklah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh
Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberikan kuasa untuk mengiringi, mengawal dan
menyelia keselamatan serta disiplin pelajar serta kebajikan mereka sepanjang tempoh
perkhemahan.
Keperluan logistik hendaklah mencukupi dan boleh digunakan sepanjang program berlangsung
terutama yang melibatkan peralatan yang digunakan oleh pelajar
PENYEDIAAN KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN
Kertas konsep yang hendak diajukan seelok-eloknya mempunyai perkara-perlara berikut:
1. Nama Perkhemahan
2. Latar BElakang / Rasional.
3. Matlamat.
4. Objektif.
5. Tarikh dan Tempat.
6. Sasaran Penyertaan.
7. Ahli Jawatankuasa Induk.
8. Ahli Jawatankuasa Pelaksana.
9. Aktiviti dan Jadual Perkhemahan.
10. PeraturanPeraturan Perkhemahan.
11. Anggaran Perbelanjaan.
12. Harapan dan Penutup
CONTOH PERATURAN PERKHEMAHAN
1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal men
genali dan hormatmenghormati antara satu sama lain.
2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program.
4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di meratarata tempat.
6. Dilarang menebang atau merosakkan pokokpokok yang terdapat dalam kawasan
perkhemahan.
7 . Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang binatang.
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian
juga sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain
pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masingmasing, selepas
jam 12.00 tengah malam.
12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran
semasa perkhemahan.
13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan
.
17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan
dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan
pihak bertanggungjawab.
19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.
20. Peraturanperaturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa jika difikirkan perlu
JENIS PERKHEMAHAN
Besar atau kecil sesuatu perkhemahan bergantung kepada matlamat perkhemahan di ada-kan.
Bebanan kerja dan tanggung jawab tetap sama. Apa yang perlu difikirkan adalah bentuk atau
jenis perkhemahan yang anda ingin anjurkan. Terdapat beberapa jenis perkhemahan yang boleh
di-jalankan antaranya:
Perkhemahan Kenaikan Pangkat biasanya digunakan untuk melaksanakan ujian-ujian tertentu
seperti ujian ikhtiar hidup, pengurusan seksyen atau platun
Perkhemahan ekspedisi bergantung jenis ekspedisi yang anda ingin lakukan. Jika ingin
mengembara menggunakan basikal, berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam ataupun berakit
Perkhemahan seksyen-yang melibatkan hanya sebahagian kecil dan bertujuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran atau menguji kemahiran/berkongsi kemahiran
Perkhemahan batalion biasanya melibatkan keseluruhan pasukan dalam sesuatu batalion dan
melaksanakan aktiviti yang lebih berbentuk pertandingan, integrasi mahupun kemasyarakatan
BILANGAN HARI
Perkhemahan yang menyeronokkan biasanya tidak mengambil masa yang terlalu lama. Ber-
gantung juga kepada kewangan yang anda miliki. Jika melakukan petkhemahan seksyen, paling
menariknya dilakukan 3 hari dua malam. Sudah cukup lama untuk melakukan aktiviti seksyen.
Jika berakit, berkayak atau berbasikal, mungkin masa yang lebih lama diperlukan. Jarak
perjalanan yang digunakan perlu menjadi perkiraan.
Satu falsafah yang perlu dipegang adalah kita menamatkan sesuatu aktiviti di puncak
kegembiraan, akan menggalakkan pesertanya hadir lagi. Ini bermakna perkhemahan harus
ditamatkan pada puncak/klimaks sesuatu aktiviti
PERKARA YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN
PERKARA PENERANGAN
JANTINA BERBEZA Pastikan terdapat dua kawasan kem untuk dua jantina yang
berbeza dan wujudkan peratuiran jelas tentang perkara ini
seperti anggota Putera tidak boleh masuk ke khemah puteri
dan begitulah sebaliknya
KEBERSIHAN Senti,asa mengutamakan kebersihan makanan, peralatan,
khemah, kawasan khemah, bilik air dan sebagainya.
KESELAMATAN Keselamatan termasuklah kawalan ke atas pelajar, peralatan
LAPORAN/DIARI KEM kem, pergerakan anggota/pegawai keluar masuk dari kawasan
PEGAWAI BERTUGAS
kem, kawasan berair, penggunaan peralatan tajam serta
PETI BANTU MULA barang-barang peribadi. Selain itu, keadaan cuaca serta
peralatan latihan juga perlu diberikan perhatian
Catakan diari harian kem berdasarkan masa. Jika berlaku
sebarang masalah berbangkit, diari perkhemahan boleh
menjadi bahan rujukan. Setiap arahan yang dikeluarkan juga
sebaiknya dicatatkan dalam buku laporan ini
Tetapkan jadual Pegawai Bertugas 24 jam sehari. Sebaik
mungkin setiap giliran bertugas selama 6 jam. Pegawai
bertugas bertanggung jawab terhadap semua perkara yang
berlaku sepanjang masa bertugas, mencatat laporan haian,
arahan yang dikeluarkan serta membuat laporan kepada
Komandan Kem dari masa ke semasa
Lengkapkan Peti Bantu Mula dan pastikan sekurang-kurangnya
dua set peti bantu mula dibawa. Satu untuk puteri dan satu
untuk putera. Lebih baik jika khemah untuk peserta yang sakit
disediakan bagi membolehkan pemantauan dilakukan
sepanjang masa. Jangan beri sebarang ubat seperti pil dan
sebagainya kepada pelajar sebaliknya rujuk kepada pihak
KETETAPAN MASA hospital atau klinik
KAWALAN KEM
Pastikan semua pegawai dan peserta menepati masa yang
SOLAT DAN KULIAH dijadualkan. Kelewatan sesuatu program akan mengganggu
program yang lain
Wujudkan system kawalan kem yang sistematik dan
lengkapkan dengan Lampu Suluh, Wisel serta buku laporan.
Pantau tugas-tugas pengawal kem bagi memastikan
keselamatan kem dan peserta sentiasa terkawal
Sediakan khemah untuk peserta menunaikan solat berjemaah
dan menghadiri kuliah. Sekurang-kurangnya untuk waktu
Maghrib dan Subuh. Sediakan jadual bertugas untuk muezzin,
imam dan kebersihan khemah solat. Bagi pelajar bukan Islam,
tetapkan petugas untuk kuliah Moral dan kewarganegaraan
PERSEDIAAN SEBELUM PERKHEMAHAN
Sebelum menghadiri perkhemahan, perancangan tentang peralatan haruslah diambil kira. Ini
untuk menggelakkan anda ketinggalan sesuatu sewaktu aktiviti berlangsung. Perancangan ini
mesti-lah mengambil kira persiapan diri anda, persiapan untuk aktiviti dan perancangan untuk
keselama-tan dan kesihatan anda. Jika persiapan yang rapi dilakukan, anda akan sentiasa selesa
sewaktu perk-hemahan.
Persiapan Individu termasuklah pakaian, pakaian dalaman, peralatan mandi dan solat, alat tulis
dan buku log serta makanan tambahan. Saya biasa melihat peserta me-makai seluar yang sama
dalam masa perkhemahan. Bila diteliti, ternyata peserta tadi hanya mempunyai sehelai seluar
yang sesuai digunakan. Begitu juga dengan pakaian dalam. Perlu ditukar setiap hari untuk
menggelakkan jangkitan dan sebagainya. Sebaik mungkin bawa kemeja T yang berlengan
panjang untuk menggelakkan selaran matahari.
Persiapan aktiviti biasanya anda telah mengetahui bentuk akltiviti yang akan dilak-sanakan.
Maka perancangan tentang perlatan perlu dibawa. Bukan sekadar mengharap-kan pihak
penganjur menyediakan kesemua peralatan untuk anda kecuali peralatan itu tidak anda miliki
secara peribadi seperti kayak, kompas atau sebagainya. Peralatan yang saya maksudkan adalah
tali untuk simpulan dan ikatan, pisau serbaguna, lampu suluh, kain pembalut segi tiga dan
beberapa item lain
Persiapan mental dan fizikal biasanya peserta perkhemahan sering mengabaikan aspek ini. Biasa
juga saya lihat terdapat peserta yang mulai demam pada hari kedua. Anda harus ingat, aktiviti
perkhemahan adalah aktiviti yang lasak. Maka anda harus bersedia menghadapi tekanan kerana
tekanan akan dilakukan bagi menguji mental anda. Jika anda tidak tahan diuji, maka jalan keluar
adalah anda lapor sakit. Ruginya pada diri anda juga. Bukan penganjur atau jurulatih.
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
Berikut adalah cadangan peralatan yang perlu dibawa. Anda sebenarnya menentukan pera-latan
yang perlu dibawa kerana anda lebih tahu tentang diri anda. Antara item yang dicadangkan untuk
keselesaan anda adalah:
Peringatan: Anda hadir dalam kumpulan yang dipanggil seksyen/patrol. Jadi anda harus tahu
bila masa hendak berkongsi sesuatu dengan rakan anda. Jangan pentingkan diri anda sahaja.
SIKAP SEWAKTU PERKHEMAHAN
Sewaktu perkhemahan kita mampu melihat sikap sebenar rakan-rakan. Kita mungkin akan
menemui rakan yang terlalu rajin melakukan sesuatu untuk kebaikan bersama. Kita juga akan
mene-mui rakan yang memerlukan arahan untuk melakukan sesuatu. Tetapi yang penting kita
jangan menjadi BIAWAK HIDUP atau PARASIT dalam apa jua aktiviti. Kita sentiasa
menumpang kesenangan orang lain dan mendapat nama dari hasil usaha orang lain. Bila ini
berlaku keharmonian akan terjejas.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
kehendak bersama kerana anda yang bersetuju melantik ketua anda. Jangan pertikaian arahan
ketua jika arahan itu untuk kebaikan bersama
member dan menerima. Jangan sesekali mengamalkan sikap menerima tanpa mahu memberi
dalam perkhemahan. Ini hanya akan merjatuhkan reputasi anda.
Berfikir dan bertindaklah menurut keperluan. Jika anda berada di kawasan kem dan sedang
berehat, dan pada waktu yang sama terdapat rakan yang sepatutnya bertugas tetapi masih
melaksanakan aktiviti. Ringankan tulang untuk melakukan tugasnya. Sewaktu saya dalam
perkhidmatan Polis Hutan dahulu, satu system digunakan iaitu ―buddy system‖. Seo-rang akan
tinggal di base dan seorang lagi meronda. Yang tinggal akan menyediakan makanan. Begitulah
sebaliknya.
– anda harus mengutamakan sikap ini. Terlalu ban-yak kes
yang melibatkan virus kencing tikus dan sebagainya. Sewaktu perkhemahan anda haruslah
memastikan apa yang anda lakukan adalah selamat dari segi kesihatan. Jangan am-bil jalan
pintas kerana terlalu banyak keburukannya.
bantu membantu dalam melaksanakan sebarang perkara. Jangan biarkan diri anda dianggap
penumpang sebuah kapal yang tidak diperlukan.
MENDIRIKAN KHEMAH
Khemah merupakan tempat untuk kita berteduh dari panas dan berlindung dari kesejukan dan
hujan. Justru itu khemah memainkan peranan penting dalam sesuatu perkhemahan. Namun aspek
ini dipandang ringan oleh sesetengah anggota unit uniform. Barangkali kerana khemah yang
terdapat pada masa ini berbentuk mudah pasang. Berbanding sewaktu saya bersekolah dahulu.
Khemah harus dipasang sendiri dengan menggunakan buluh atau kayu sebagai tiang.
Biar apapun bentuk khemah yang anda miliki, peraturanya tetap sama. Sekiranya anda me-
matuhi peraturan penggunaan dan pemasangan khemah yang betul, anda akan dapat mengguna-
kan khemah dalam jangka masa yang lama dan khemah akan sentiasa menjadi pelindung anda.
Berikut saya galurkan beberapa prinsip penting sebelum anda memasang atau mendirikan
khemah.
-
perkara berikut:
Khemah yang dipasang di bawah pokok-pokok besar mestilah bebas dari kawasan berpunggor
(dahan mati). Pastikan tiada dahan yang mati di atas kawasan khemah. Biarpun ranting yang
kecil tetapi jika jatuh dalam keadaan laju boleh menyebabkan kecederaan
Bukan laluan binatang– laluan binatang boleh anda kesan melalui najis atau tingalan tapak kaki
pada kawasan tanah. Turut diberi perhatian tiada sebaang ben-tuk serangga seperti tebuan,
penyengat atau serangga berbiasa mendiami kawasan tersebut
Bukan laluan air– laluan air boleh anda lihat dengan mudah. Ia seakan denai (track). Jika anda
mendirikan khemah di kawasan sebegini, bimbang anda akan tidur dalam keadaan terapung atau
hanyut ke sungai
Bukan ditebing tinggi atau tebing sungai. Risikonya adalah sangat besar. Ke-malangan boleh
berlaku bila-bila masa. Ini hanya akan menyusahkan anda dan rakan-rakan anda
Bukan di kawasan yang berlekuk. Kawasan berlekuk mudah menjadi tempat takungan air
Menghadap matahari– kita bukan manusia yang lahir di barat. Kulit orang asia lembut dan
mudah mengelupas. Jika terlalu lama terdeedah kepada matahari, anda akan bertukar kulit
sewaktu pulang dari perkhemahan
Tidak menentang tiupan angin– khemah mudah rosak akibat tiupan angin yang kuat
Anda juga tidak digalakkan membuat kawasan kem berhampiran dengan petempatan orang Asli.
Bukan masalah budaya atau sebagainya tetapi terdapat juga beberapa pantang larang orang Asli
yang barangkali sukar anda patuhi. Jadi untuk menggelakkan perkara ini, adalah lebih baik anda
menjauhi kawasan ini.
SUSUNAN KHEMAH
Sebaik mungkin pembinaan khemah mempunyai susunan yang bercirikan keselamatan, me-
mudahkan pemantauan dan berkomunikasi. Dalam kehidupan Polis Hutan atau tentera terdapat
satu kaedah yang digunakan dalam menyusun kawasan perkhemahan. Kaedan ini dipanggil
•\tactical base.. Khemah di susun dalam bentuk yang mudah untuk berkomunikasi dan
memudahkan kawalan keselamatan.
TALI TINJAUAN
Tali tinjauan adalah tali yang dipasang dari kawasan kem ke pos-pos kawalan dan juga ke arah
sumber air. Tali ini akan berguna pada waktu malam. Pasukan keselamatan yang bergerak tanpa
lampu suluh akan berpandukan tali tinjauan ini jika mahu ke satu-satu pos kawalan dan juga ke
kawasan sumber air pada waktu malam untuk menggelakkan mereka tersesat. Biasanya tali tin-
jauan digunakan jika berkhemah di kawasan hutan
ANCAMAN ALAM SEMULA JADI
Kawasan khemah yang berada di hutan juga tidak sesuai dibina terlalu hamper dengan ka-wasan
berair. Beberapa kejadian ‗KEPALA AIR yang berlaku mendedahkan kita kepada banjir kilat.
Justru itu, kita seharusnya berada lebih kurang 50 meter dari kawasan sungai.
Selain itu, terlalu hampir dengan kawasan berair juga mengundang bahaya yang tidak kita sedari.
Haiwan liar akan mencari sumber air untuk minum. Jika nasib kita tidak baik, kita mungkin
terbina kawasan kem di tempat haiwan minum. Ini hanya akan mendatangkan bahaya kepada
anggota perkhemahan kita
Selain dari dua isu di atas, kebimbangan terhadap ancaman alam semulajadi bukan sehaja
terletak pada ancaman haiwan atau alam semulajadi tetapi juga harus mengambil kira factor
cuaca yang boleh berubah tiba-tiba. Perubahan cuaca dari panas ke hujan atau sebeliknya
membuat kita sukar untuk menentukan tindakan. Di sinilah pengalaman itu penting. Bagi
menggelakkan kita terperangkap dari sebarang bentuk perubahan cuaca, sebaik mungkin kita
pastikan kawasan kem kita menjauhi segala bentuk ancaman yang boleh berlaku kerana
pengaruh cuaca seperti banjir kilat, tanah runtuh atau mendap.
Kebersihan Sekeliling Khemah
Kebersihan kawasan sekeliling khemah juga harus mendapat perhatian. Kawasan 3 meter dari
kawasan khemah hendaklah dibersihkan. Ini adalah untuk memastikan jika terdapat ancaman bi-
natang berbisa anda boleh melihat dari jauh kerana kawasan persekitaran yang bersih. Biasanya
ancaman lipan, jengking dan juga ular.
Perkara kedua, sisa makanan dan bekas-bekas makanan hendaklah ditanam. Binatang seperti
Babi Hutan amat menyukai sisa makanan seperti sardine dan sebagainya. Anda harus menge-
tahui bahawa Babi Hutan adalah sejenis haiwan liar yang boleh menyebabkan kematian jika
menyeang anda terutama Babi Hutan Jantan yang agresif. Untuk menggelakkan kehadiran
haiwan ini adalah wajib bagi anda membersihkan kawasan persekitaran
.
Pantang Larang atau Petua Orang Tua
Kerap kita mendengar pesanan orang tua-tua tentang pantang larang atau petua orang tua-tua jika
berada di kawasan hutan. Anda boleh mengambil ikhtibar dari pantang larang yang disebut-kan
oleh golongan ini. Antara pantang larang yang biasa diucapakan adalah:
Di larang bercakap besar di hutan. Bagi saya di mana sahaja anda berada bercakap besar adalah
suatu perbuatan yang tidak sesuai diamalkan. Justru itu, tanpa pantang larangpun kita tidak
digalakkan untuk berperangai sedemikian
Mengambil sebarang benda atau objek yang kelihatan pelik atau cantik. Mengapa harus
mengambil benda-benda berikut. Biarkan sebarang bentuk bunga itu tumbuh dan layu sendiri.