Cukup sekadar anda menikmati keindahannya. Gunakan falsafah Pencinta Alam Sekitar-
―jangan ambil sebarang benda kecuali gambar dan jangan tinggal sebarang benda kecuali kesan
tapak kaki
Menegur atau mempermainkan sebarang bentuk objek, haiwan dan sebagainya kerana ke-
ganjilan dan keanehan. Kembali semula kepada kuasa Allah sebagai pencipta. Mengapa harus
diter-tawakan atau dipermainkan kejadian yang telah Allah berikan. Sepatutnya anda lihat,
berfikir dan seterusnya mensyukuri apa yang telah anda saksikan. Akur akan kehebatan kuasa
pencipta yang mampu mencipta pelbagai perkara
KRAF PERKHEMAHAN
Kraf atau gejet perkhemahan merupakan perkara penting yang MESTI dilakukan dalam
perkhemahan. Mengapa saya katakan begitu? Dalam sesuatu perkhemahan, sekurang-kurangnya
anda membinasatu gejet. Sedar atau tidak? Ampaian. Ini adalah satu gejet wajib yang anda
dirikan sewaktu perkhemahan.
Sebenarnya geket adalah alih ganti perabut yang biasa digunakan di rumah. Gejet se-benarnya
tidak seharusnya dibina tetapi sebarang bentuk bahan yang berfungsi kepada sesuatu adalah
gejet. Contohnya sebatang tunggul kayu boleh dijadikan gejet untuk meletakkan alat pemo-tong.
Tujuan sebenar gejet adalah untuk memudahkan anggota perkhemahan mencari sesuatu per-
alatan atau bahan ketika hendak menggunakan. Sistem penyimpanan yang baik dan sistematik
akan membantu dari segi keselamatan dan kebersihan sesuatu alat. Biasanya pergerakan
Pengakap amat sinonim dengan pembinaan gejet.
Sebelum mempelajari tentang gejet, anda seharusnya menguasai beberapa jenis ikatan wajib bagi
memastikan penghasilan gejet anda kemas dan kukuh. Antara ikatan utama yang perlu dipelajari
adalah:
Ikatan yang saya senaraikan adalah ikatan utama dalam menghasilkan gejet yang kukuh dan
stabil. Selain itu, anda juga mengabungkan beberapa jenis simpulan untuk digunakan dalam
inovasi gejet yang anda bina.
PENGKELASAN GEJET
Gejet boleh dikelaskan kepada beberapa kategori berdasarkan lokasi gejet itu sendiri. Setiap
lokasi dalam kawasan kem mempunyai gejet yang tersendiri. Cuba lihat beberapa contoh di
bawah:
GERBANG PERKHEMAHAN
PAPAN TANDA
MEJA MAKAN
PENYANGKUT BALDI RAK SERBAGUNA MEJA MAKAN
RAK PERALATAN PAPAN KENYATAAN
PELBAGAI GEJET UNTUK PERKHEMAHAN
MEJA MAKAN
RAK PINGGAN
RAK KASUT PASUNG KAYU API RAK PINGGAN
RAK PINGGAN/CAWAN/SUDU
MEJA MAKAN BERKONSEPKAN ASAS TRIPOD
DAPUR GANTUNG
BAB 4
SIMPULAN DAN IKATAN
BAHAGIAN-BAHAGIAN TALI
Sebelum kita mengenali Simpulan dan Ikatan adalah perlu bagi kita mengenali bahagian-
bahagian tali untuk memmudahkan kita menguasai teknik penghasilan simpulan atau ikatan. \
Istilah-istilah Yang Sering Digunakan
· Standing Part– bahagian tali yang tidak bergerak.
Bahagian ini akan menahan bebanan pada bahan
yang diikat
· Running End– bahagian tali yang akan bergerak
untuk menghasilkan simpulan
· Loop– lengkungan yang terdapat pada tali selepas
simpulan dihasilkan
· Bight– satu lingkaran yang dibuat pada tali
· Anchor (Sesauh) ikatan yang dikat pada sebarang
objek bagi tujuan mendaki atau menuruni kawasan
tempat tinggi/rendah
· Parcelled– Bahagian tali yang dibalut untuk
menggelakkan tali dari haus dan berbulu (chafing)
· Reeve– Perbuatan memasukkan tali melalui takal (pully) atau snatch block)
· Round Turn– satu pusing lengkap pada objek dengan menggunakan tali
· Whipping– Mematikan hujung tali dengan menggunakan tali itu sendiri atau tali lain yang lebih
kecil
Jenis Tali
Terdapat dua jenis tali yang biasa di gunakan sekarang iaitu Serat Asli dan Serat Tiruan. asli
Serat asli terbahagi kepada empat jenis iaitu:
JENIS SERAT BAHAN PEMBUATAN
Sabut Diperbuat dari sabut pokok kelapa
Sisal Jenis serat ini boleh diperolehi di Amerika Latin, Indonesia dan Haiti
Manila Dikenali juga dengan nama manila hemp. Diperolehi dari pokok
Abaka yang banyak terdapat di Kalimantan, Sumetera, Amerika dan
Filifina
Kapas Dihasilkan sepenuhnya dari pokok kapas
Serat Tiruan
Serat jenis ini dihasilkan dari campuran bahan-bahan asli dan kimia seperti minyak, arang batu,
line dan beberapa bahan lain. Penghasilan serat tiruan terpaksa melalui pelbagai proses sebelum
menjadi tali. Serat tituan dijual dengan pelbagai jenama berdasarkan pengilang dan biasanya
hadir dalam pelbagai warna. Antara yang popular adalah:
NAMA KIMIA JENAMA PERDAGANGAN
PA-poliamida Dilon DuPont, Nilon TorayNilon
PE-politiena PE Imperial Poliolifena
PES– Poliester Dakron, Terliena, Tetoron, Kanebo, Poliester
PP– Polipropilena Mitsubishi Pilena, Drilena
PVC-Polivinil klorida Teviron, Niplon
PVA-Polivinil alcohol Cremona, Vinilon, Kuralo
PVD0 Poliviniledena Klorida Saran, furlon
Kerosakan Pada Tali
Tali boleh menjadi rosak disebabkan beberapa factor:
· Geselan dan menyebabkan putusnua bahagian “fiber”
· Menggunakan tali melalui takal atau lain-lain peraatan yang mempunyai diameter yang
lebih kecil dari diameter tali. Terlalu bengkok kerana lama tersimpul
· Terluka oleh benda-benda tajam. ditarik di atas tanah dan kotoron masuk ke dalam fibre
dan ini menyebabkan tali lembab dan reput
· Kerosakan tali oleh bahan kimia seperti terkena asid atau alkali, terdedah lama pada
cuaca, bercendawan kerana terendam dalam air atau tidak cukup kering sewaktu
disimpan.
Jenis-Jenis Ikatan dan Simpulan
Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan: –Simpulan (knotting)
–Ikatan (lashing)
–Sambat (splicing) –Mematikan hujung tali ( whipping)
Simpulan
•Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.
•Di gunakan pada benda-benda kecil dan sederhana
•Contoh simpulan –Buku sila –Tindih kasih –Simpul himpit –Lilit dua simpul Ikatan
•Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang
bendera, menara dan sebagainya
•Contoh ikatan –Ikat seraya –Ikat serong –Ikat silang gunting –Lilit balak
Sambat
•Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
•Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan.
•Contoh sambat –Sambat balik –Sambat pendek –Sambat mata Mematikan hujung tali
•Seseorang mahir tentang tali tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan.
IKATAN ASAS
Terdapat sepuluh ikatan asas yang digunapakai dalam aktiviti kegiatan kokurikulum sama ada
KRS, Pengakap dan sebagainya. Ikatan dan simpulan ini boleh dipelbagaikan untuk kerja-kerja
menyelamat.Ikatan dan simpulan yang digunakan ialah:
• Thumb Knot/Stopper Knot (Simpul Mati)
• Figure Of Eight Knot (Simpul Angka Lapan)
• Reef Knot (Buku Sila)
• Sheet Bends (Bunga Geti)
• Bowline (Tindih Kasih)
• Half Hitch (Setengah Belit)
• Clove Hitch (Simpul Manuk)
• Round Turn and Half Hitch (1 lengkar 2 setengah belit)
• Timber Hitch (Simpul Balak)
• Chair Knot (Simpul Kerusi)
LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3
Simpul Lapan (Figure of Eight)
Berfungsi sebagai pemati pada hujungtali.Biasa digunakan olehpendaki
gunung untuk menyangkut Carabiner atau figure of eight .
SIMPUL KERUSI (FIREMENS CHAIR KNOT)
Digunakan sebagai alih ganti harness
SIMPUL BELIT (ROUND TURN AND TWO HALF HITCH)
Sejenis simpulan sesauh (anchor) untuk mengikat objek yang berat atau menahan bebanan
yang berat
BOWLINE ON THE BIGHT
TRIPLE BOWLINE
Berguna untuk menggantikan harness
SIMPULAN PENGAIL (FISHERMENS KNOT)
Simpulan ini popular di kalangan pemancing kerana berguna untuk menyambung dua utas tali
pancing yang licin
SIMPULAN PENGAIL BERGANDA (DOUBLE FISHERMENS)
Mempunyai fungsi yang sama tetapi kekuatan sambungannya lebih kukuh dari Simpul Pengail
biasa
AKTIVITI CADANGAN UNTUK DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
Pegawai-pegawai Unit Uniform boleh menggunakan aktiviti –aktiviti di bawah untuk
dilaksanakan di peringkat sekolah sewaktu latihan mingguan.
AKTIVITI CADANGAN 1-MENGHASILKAN SIMPULAN
Menghasilkan simpulan dengan menggunakan wayar elektrik (hitam merah). Pelajar diminta
menghasilkan simpulan peringkat demi peringkat kemudian ditampal dalam Buku Log Peribadi
mereka.
AKTIVITI CADANGAN 2– PERTANDINGAN MENGHASILKAN SIMPULAN
Bahagikan kumpulan dengan bilangan anggota yang samka. Sediakan tali secukupnya. Minta
setiap kumpulan menghasilkan rangkai simpulan menggunakan tali tersebut. Setiap kumpulan
mestilah menghasilkan sekurang-kurangnya 6 simpulan menyambung tali.
AKTIVITI CADANGAN 3– MENGHASILKAN CARTA PENGHASILAN SIMPULAN
Bekalkan setiap kumpulan dengan Mounting Board, selotape dan juga wayar elektrik. Minta
setiap kumpulan menghasilkan carta cara menghasilkan simpulan berdasarkan langkah demi
langkah. Nyatakan cara-cara penghasilan. Setiap kumpulan menghasilkan carta untuk dua jenis
simpulan
BAB 5
ALAT PEMOTONG
PENGENALAN
Alat Pemotong merupakan salah satu peralatan yang sering digunakan dalam aktiviti KRS. Tidak
kira apa jenisnya, semua alat boleh mendatang kan risiko jika tidak tahu cara penggunaan, tidak
diga dengan baik atau lalai sewaktu menggunakan alat tersebut. Justru itu, dalam sukatan
pengakap,K RS, diselitkan cara dan penggunaan alat pemotong. Selain dari memenuhi kehendak
sukatan , sebagai manusia kita harus memiliki kemahiran yang tidak diajar di sekolah atau dijual
di mana-mana kedai bagi memastikan keselamatan kita terjamin sepanjang waktu.
Bagi tajuk ini saya akan membincangkan tentang cara dan teknik penjagaan dan penggunaan
beberapa jenis alat pemotong untuk menambah kemahiran setiap anggota unit uniform. Antara
alat yang akan diberikan tumpuan adalah Pisau, Parang, Kapak dan gergaji D.
Salah satu petua yang sering diperingatkan oleh orang-orang tua adalah kenali dahulu peralatan
sebelum menggunakan sesuatu jenis peralatan. Jika kita telah mengenali peralatan, maka kita
akan mengetahui ragam dan cara kerja sesuatu jenis alat. Kita harus juga mengetahui tentang
ragam jenis serta fungsi alat yang kita gunakan.
Gunakan alat pada keadaan yang sesuai. Jika ingin menebang sebatang pokok, kapak adalah
lebih baik dari parang. Tetapi jangan pula kita gunakan sebilah kapak jika kekadar ingin
menebang sebatang pokok pisang. Atau menggunakan parang untuk mengupas sebiji bawang.
Memang tidak menjadi kesalahan tetapi tidak sesuai pada tempatnya.
Sebilah kapak akan berfungsi dengan baik jika tahu jenis kapak yang anda gunakan. Kapak
penebang lebih nipis berbanding kapak pembelah.
PISAU
Dewasa ini, terlalu banyak pisau dengan bentuk yang menarik di pasaran. Terdapat pelbagai saiz
dan rekabentuk terjual. Tetapi nasihat saya, pilih pisau yang mempunyai pelbagai guna dan
mudah dibawa. Bentuk yang terlalu cantik atau harga yang terlalu mahal tidak menjanjikan pisau
itu akan berfungsi dengan baik. Sebaliknya, pisau yang baik akan lebih berguna jika tajam
PARANG
Parang berbentuk seperti pisau tetapi mampu berfungsi seperti pisau. Kelebihan parang adalah
boleh berfungsi seperti pisau tetapi pisau tidak boleh berfungsi seperti parang. Terdapat pelbagai
jenis parang di pasaran.
BAHAGIAN-BAHAGIAN PARANG
KAPAK
Terdapat tiga jenis kapak umumnya iaitu kapak pembelah, kapak pemotong dan kapak penebang.
Kapak pembelah lebih tebal matanya dan bahagian kepalanya lebih besar dan berbentuk tiga
segi, lebih tebal dan berat
Manakala kapak pemotong pula mata lebih kecil dan sedikit tebal berbanding kapak penebang
yang mempunyai mata yang besar, tajam dan nipis
GERGAJI
Gergaji pula digunakan untuk memotong kayu agar kelihatan lebih cantik dan kemas. Gergaji
yang akan dibincangkan adalah gergaji D yang lebih mudah dikendalikan dan lebih efektif.
PENJAGAAN ALAT PEMOTONG
• Alat pemotong yang digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam sarung sewaktu dibawa atau
tidak digunaklan. Jika atal tersebut tidak mempunyai sarung, gunakan kertas tebal atau kotak
sebagai sarung.
• Sentiasa pastikan alat pemotong anda diasah dengan tajam. Ini akan mengurangkan
penggunaan tenaga sewaktu anda menggunakan alat tersebut
• Pilih alat yang betul untuk sesuatu tugas bagi menggelakkan pembaziran tenaga dan juga anda
bakal menjadi bahan tertawa rakan-rakan
pokok. Jika berlaku kickback, bayangkan bagaimana anda hendak berlari menyelamatkan diri
• Pastikan anda menyediakan tempat untuk menyimpan alat pemotong yang telah digunakan.
Jika mempunyai kotak alatan, simpan dalam kotak alatan anda. Jika tiada, hasilkan gejet untuk
alat pemotong yang sesuai.
• Gejet yang anda bina hendaklah berada di tempat yang sesuai dan selamat seperti di penjuru
kawasan kem
• Minyakkan bahagian mata alat pemotong agar tidak berkarat terutama jika anda terdedah
dengan kawasan laut dan sebagainya
• Pastikan baji atau nat pelaras serta pin pelaras masih boleh digunakan dan berada pada
tempatnya.
• Hormati alat pemotong dengan cara menjaga keselatmatan alat tersebut, Secara tidak langsung
anda telah menjaga keselamatan anda
BAB 6
KOMUNIKASI
PENGENALAN
Komunikasi merupakan salah satu cara perhubungan antara satu tempat dengan satu tempat,
individu dengan individu sama ada cara bersemuka atau tidak bersemuka. Pelbagai bentuk
komunikasi telah dicipta sejak berabad-abad yang lalu dengan satu tujuan iaitu menyampaikan
mesej tertentu, pesanan-pesan atau sebagainya. Dalam kegiatan KRS atau TKRS. Komunikasi
adalah salah satu aspek yang perlu diajar dan dipelajari oleh anggota-anggotanya.
KEPENTINGAN KOMUNIKASI
Komunikasi mempunyai peranan yang tersendiri dalam kegiatan luar. Komunikasi berlaku
apabila terdapat dua pihak yang mahu menyampaikan maklumat dan satu pihak lagi menerima
maklumat. Maklumat-maklumat ini boleh berbentuk lisan, bunyi, simbol ataupun apa sahaja
bentuk yang difahami oleh kedua-dua pihak.
Jurulatih kawad berkomunikasi dengan pelatihnya berdasarkan suara-suara berbentuk arahan
tertentu. Pengadil bola sepak menggunakan bunyi dan beberapa isyarat tang untuk
menyampaikan arahan kepada pemain bola sepak. Begitu juga anggota Polis Trafik,
menggunakan wisel dan pergerakan tangan untuk mengarahkan kenderaan berhanti atau
bergerak.
Kesimpulannya adalah komunikasi merupakan penyampaian maklumat dari sati pihak ke satu
pihak dengan menggunakan pelbagai cara sama ada untuk menyatakan sesuatu, arahan,
menyampaikan isyarat bahaya, maklumat sulit dan sebagainya. Komunikasi boleh menggunakan
satu bentuk sama ada suara dengan suara atau gabungan beberapa bentuk komunikasi seperti
isyarat tangan, bendera, bunyi atau cahaya. Dengan syarat pihak penerima dan penghantar
memahami apa yang disampaikan.
KEPELBAGAIAN BENTUK KOMUNIKASI
Sejak berabad-abad yang lalu, manusia sentiasa mencipta dan mereka bentuk-bentuk
komunikasi. Begitu juga dengan haiwan-haiwan yang menggunakan bunyi atau pergerakan
tertentu untuk menyampaikan maklumat. Bayi manusia yang kecil akan menggunakan suara
tangisan untuk menyampaikan maklumat kepada ibunya jika sakit atau lapar.
Komunikasi Menggunakan Suara/Bunyi
Komunikasi pada peringkat awal menggunakan bunyi-bunyi tertentu. Kaum pribumi Afrika
menggunakan pukulan gendang untuk member isyarat kepada kaumnya tentang sesuatu
maklumat. Umat islam yang berada di kampong-kampong pula menggunakan beduk atau tabuh
untuk menyampaikan mesej tentang masuknya sesuatu masa solat.
Pada zaman keganasan komunis dahulu, pasukan Home Guard menggunakan buluh dengan jenis
ketukan yang berbeza sewaktu menghadapi serangan komunis. Setiap kampong mempunyai nada
ketukan yang membolehkan bantuan disalurkan kepada kampong luar
Perkembangan sains dan teknologi telah membawa manusia mencipta bentuk komunikasi yang
lebih canggih seperti penggunaan telafon, wayarless serta morse code untuk membolehkan
manusia berkomunikasi pada jarak yang lebih jauh.
A. Penggunaan Walkie Talkie atau Radia Dua Hala
Penggunaan alat ini amat popular waktu ini kerana kosnya semakin murah, canggih dan boleh
mencapai ribuan kilometer jarak yang dapat dicapai. Selain itu, maklumat yang disampaikan
lebih jelas dan teratur serta mudah difahami. Walau bagaimanapun, untuk setiap pasukan
mendapatkan peralatan ini bukan sesuatu yang mudah kerana harganya yang mahal dan juga
memerlukan lesen penggunaan.
Dewasa ini Walkie Talkie atau radio dua hala dijual dengan
harga yang lebih murah. Sepasang Walkie Talkie boleh
didapati pada RM200.00 sahaja
B. Komunikasi Menggunakan Kod Morse
Kod Morse ialah satu kaedah pengekodan aksara bagi memancarkan maklumat dengan
menggunakan urutan-urutan elemen-elemen yang disusun secara panjang pendek yang terselaras
untuk melambangkan angka, huruf, tanda bacaan dan aksara khas.
Kod Morse Antarabangsa terdiri daripada lima elemen:
1. tanda pendek, titik atau 'dit' (·) — panjang seunit
2. tanda panjang, sengkang atau 'dah' (–) — panjang tiga unit
3. jurang dalam aksara (antara titik dan sengkang dalam satu aksara) — panjang seunit
4. jurang pendek (antara huruf) — panjang tiga unit
5. jurang sederhana (antara perkataan) — panjang tujuh unit
Kod Morse boleh dipancarkan melalui pelbagai cara sama ada menggunakan bunyi, cahaya
(tempoh bukaan dan tutup cahaya), asap dan sebagainya. Namun, pengunaan bunyi adalah
paling efisien.
Kod Morse boleh dipancarkan melalui bunyi, cahaya
dan juga apa sahaja medium selagi boleh didengari
oleh kedua pihak.
Pada zaman perang di Afrika, Lord BadenPowel
pernah meggunakan enjin diesel untuk menghantar
kod morse sewaktu kubu mereka dikepung oleh
musuh
Komunikasi Menggunakan Simbol
A. Kod Sempahore
Kod Semaphore pula adalah penggunaan dua bendera yang
dipegang/dikibarkan menggunakan dua tangan dalam
kedudukan/posidi tertentu. Setiap abjad telah ditetapkan.
Pengguna harus menghafal posisi bendera dan dikabarkan.
Cara ini untuk jarak yang berhampiran. Selalu digunakan oleh
kapal untuk berhubung.
Cuba perhatikan kedudukan tangan yang digunakan untuk mewakili huru-huruf atau angka.
Penerima haruslah mencatatkan setiap huruf untuk membentuk perkataan dan seterusnya
menerima pesanan.
ISYARAT SULIT PENGAKAP
.
ISYARAT TANGAN
BAB 7
PENGURUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI
PENGENALAN
Pertandingan Kawad Kaki yang disertai oleh unit uniform adalah antara pertandingan yang
amat dinanti-nantikan oleh semua unit beruniform sekolah-sekolah di Malaysia. Di sinilah
tempat untuk mereka memperagakan kemahiran berkawad, kemahiran mencipta gerakan formasi
malah menonjolkan diri untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Namun begitu,
pertandingan ini memerlukan komitmen yang bukan sedikit yang perlu dicurahkan oleh jurulatih
kawad, anggota pasukan kawad, pegawai pengiring malah oleh pihak pasukan itu sendiri. Justru
itu, biasanya pertandingan ini akan dijayakan oleh mereka yang terlibat dengan sebaik mungkin,
sehebat yang mungkin agar dinobatkan sebagai juara tahunan pertandingan.
Pertandingan kawad kaki anjuran pihak Kementerian Pelajaran dan dikelolakan oleh unit
kokurikulum di jabatan-jabatan pelajaran terbahagi kepada 4 kategori iaitu:
1. Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah
Terbahagi pula kepada kategori Putera dan Puteri -unit yang terdiri dari Pasukan Kadet Bersatu
Laut atau Darat, Kor Kadet Polis, Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat, Kadet Jabatan
Pertahanan Awam, Kadet Jabatan Penjara Malaysia
3.Pertandingan Kawad Kaki Agensi Bukan Kerajaan
yang disertai oleh unit-unit seperti Pergerakan Pengakap Muda dan Remaja, Pergerakan
Pandu Puteri /Renjer Puteri, Pergerakan Puteri Islam, St John Ambulans, Bulan Sabit
Merah Malaysia.
4.Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Sekolah Rendah
Melibatkan unit uniform sekolah rendah seperti Pengakap, Tunas Pandu Puteri, Tunas
KRS, Bulan Sabit Merah Malaysia
PERINGKAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu:
A. Peringkat Sekolah
B. Peringkat Daerah
C. Peringkat Negeri
D. Peringkat Kebangsaan
Terdapat sekolah yang aktif mengadakan pertandingan di peringkat sekolah kerana terdapat
sekolah yang mempunyai pelbagai unit uniform dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta
semua unit ini mempamerkan tahap berkawad yang tinggi. Pihak sekolah terpaksa mengadakan
pertandingan di peringkat sekolah bagi memilih pasukan yang terbaik untuk dihantar ke
peringkat negeri.
Sebagai pegawai unit uniform, apa yang perlu anda ketahui, pertandingan kawad yang diadakan
adalah sepenuhnya dikendalikan oleh pegawai-pegawai unit uniform yang bertugas di sekolah-
sekolah dan mereka ini telah menjalani kursus penghakiman kawad kaki, kursus jurulatih kawad
kaki yang dianjurkan oleh unit uniform itu sendiri, jabatan pelajaran mahupun oleh pihak
kementerian. Di sinilah uniknya pertandingan kawad kaki KPM. Segalanya dari KPM untuk
warga KPM
PENGURUSAN PASUKAN
Seperti yang dibincangkan pada peringkat awal tadi, pertandingan kawad ini memerlukan
komitmen dan perancangan yang rapi. Bukan mudah untuk menghantar satu platun unit uniform
untuk pertandingan jika persediaan dilakukan tanpa perancangan yang rapi. Pengalaman
bertahun-tahun mengendalikan platun kawad mematangkan jurulatih-jurulatih serta pegawai-
pegawai yang bertindak selaku hakim. Berikut diberikan beberapa tips untuk penyediaan
pasukan untuk pertandingan.
Peringkat Awal
Setiap sekolah akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan pertandingan kawad
kaki peringkat daerah, zon atau bahagian bergantung kepada ketetapan pihak pengurusan unit
kokurikulum Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran. Mesyuarat ini adalah mesyuarat yang
amat penting. Ramai pegawai yang hadir tetapu mengambil sikap sambil lewa sewaktu
mesyuarat. Inilah kesilapan yang paling besar.
Setiap kali mesyuarat penyelarasan, seorang pegawai unit beruniform akan bertindak selaku
Pengerusi Teknikal yang memahami serta arif tentang bentuk pertandingan yang akan
dilaksanakan. Pegawai ini akan membentangkan semua aspek pertandingan dari sudut persediaan
anggota, pakaian, litar padang kawad hinggalah ke peringkat pemarkahan. Selaku pegawai
pengiring pasukan atau jurulatih pasukan, sebaiknya anda bertanya, mencatat malah mendalami
setiap perincian yang diberikan agar anda tidak melakukan kesilapan. Mengapa saya tegaskan
perkara ini? Kesilapan kecil akan membawa pasukan anda kearah kegagalan. Perbezaan markah
yang kecil akan mengecewakan anda
Kaji syarat pertandingan yang diberikan agar anda benar-benar memahami apa yang perlu
dilakukan dan disediakan. Berpandukan pada syarat bukan pengalaman sahaja. Diperingkat
sekolah menengah terdapat satu lagi pertandingan yang dikelolakan oleh Kor Kadet Polis.
Terdapat sedikit kelainan. Anda harus menggunakan syarat-syarat yang diwartakan oleh pihak
KPM untuk pertandingan kawad kaki peringkat KPM.
Kaji juga kronologi persembahan kawad yang bakal dilakukan. Borang markah yang diberikan
adalah sebagai lampiran untuk anda. Berlatih mebgikut kronologi yang telah disusun dengan
teratur. Jangan sesekali membuat pergerakan tambahan dengan harapan mendapatkan markah
bonus. Itu semua tidak termasuk dalam pemarkahan.
Persembahan kawad yang bakal diadakan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
· Pemeriksaan Pakaian
· Persembahan Kawad Statik dan Dinamik
· Persembahan Kawad Formasi
Ketiga-tiga ini saling bantu membantu memberikan pungutan mata untuk platun anda. Justru itu,
saya mencadangkan agar anda meneliti kronologi yang ditetapkan agar pasukan anda tidak
dikenalkan tindakan penalty oleh hakim kawad.
Peringkat Kedua
Peringkat ini adalah peringkat persediaan di sekolah. Berbincanglah dengan pihak pengurusan
dan tentukan platun manakah yang akan dihantar mewakili sekolah sama ada Putera atau Puteri.
Semua ini akan bergantung kepada kemampuan pihak sekolah dan kekuatan anggota yang anda
miliki. Setiap platun yang menyertai pertandingan hendaklah disertai oleh 36 orang anggota di
mana 31 anggota akan beraksi di padang kawad dan 5 lagi sebagai peserta simpanan.
Lakukan pemilihan anggota sekurang-kurang-kurangnya dua kali tapisan. Pilih anggota yang
benar-benar mempunyai kemampuan tenaga, kesihatan dan mempunyai minat yang mendalam.
Mengapa saya menumpukan pada minat?. Latihan yang bakal dijalankan bukan sekadar sehari
dua sebaliknya akan mengambil masa yang panjang. Mungkin seminggu atau dua minggu.
Mungkin mengambil masa sebulan.
Elakkan dari mengambil anggota dari kalangan pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang
kronik seperti astma, lemah jantung dan sebagainya. Ini akan menyukarkan latihan anda dan
mungkin mendatangkan risiko kepada pelajar itu sendiri.
Setelah mengenal pasti anggota yang telah anda pilih, barulah anda boleh membuat persediaan
untuk latihan, masa serta penyediaan peralatan dan kelengkapan. Perkara ini ditegaskan kerana
seperti yang anda tahu bagi melengkapkan platun pada peringkat awal anda memerlukan
peruntukan kewangan yang agak besar. Namun itu bukan penghalang kepada kebanyakan
sekolah.
Pada peringkat awal ini anda boleh membuat senarai semak keperluan terutama dari penyediaan
unform pelajar.
Nama Baju Seluar Beret Kasut LP LK Mafla Lanyard ST LS TP HC ST TD
Ahmad
Ahcong
Sami
Izzat
Sani
Petunjuk
LP– Lencana Poket LK-Lencana Kolar ST– Shoulder Title Negeri/KRS LS-Lencana Sulam untuk lengan kiri
dan kanan TP-Tali Pinggang (Lelaki) HC-Hackle (Jambul) ST-Sarung Tangan TD– Tudung (perempuan)
Berdasarkan senarai semak ini, anda boleh berbincang dengan pihak pengurusan kokurikulum di
sekolah cara atau kaedah untuk menyediakan peralatan yang diperlukan. Sebaiknya anda
menyediakan kertas cadangan cara untuk melengkapkan pasukan anda.
Perkara berikutnya adalah latihan yang perlu dilakukan. Sekurang-kurangnya masa selama dua
jam diperlukan untuk mengadakan latihan untuk platun anda. Sekiranya persekolahan
berlangsung satu sessi, biasanya waktu petang adalah waktu latihan yang terbaik dan begitulah
sebaiknya. Rancang format latihan berasaskan ansur maju untuk membolehkan pasukan anda
mendapat ilmu dan kemahiran yang sekata. Seboleh mungkin kurangkan kadar ketidakhadiran
anggota terutama sewaktu latihan kawad formasi. Ketidak hadiran ini akan mengganggu latihan
anggota lain. Anda boleh melakukan latihan berasaskan format pertandingan. Maksudnya, platun
dan Ketua Platun menghafal kronologi aspek yang dipertandingkan.
Pakaian latihan-sebaik mungkin menggunakan pakaian sukan pada peringkat awal kemudian
beransur menggunakan pakaian latihan unit uniform iaitu seluar, t shirt, kasut kawad dan juga
beret. Penggunaan kasut kawad harus dibiasakan kerana kasut kasut kawad berbeza dengan spike
boot biasa dari segi berat dan juga tapak. Kasut kawad mempunyai deretan paku di bahagian
tapaknya dan menimbulkan sejenis bunyi sewaktu melangkah.
PERINGKAT TIGA
Menggunakan litar kawad dan juga peruntukan masa yang diberikan. Dalam fasa ini, platun akan
melakukan latihan berdasarkan litar kawad yang sebenarnya iaitu tepat dari segi saiz dan susunan
kon-kon yang digunakan. Selain itu, platun harus menggunakan peruntukan masa yang diberikan
agar tidak berlebihan atau berkurangan dari masa yang ditetapkan. Keluar masuk ke litar kawad
juga haruslah diselaraskan dan Ketua Platun harus mengetahui dimana setiap arahan harus
diberikan. Ketepatan arahan akan memudahkan anggota platun mengingatkan setiap pergerakan
yang akan berlaku selepas sesuatu perbuatan.
Bagi litar kawad pertandingan, keluasan yang diperuntukkan adalah 35 meter panjang dan 25
meter lebar. Ini adalah keluasan penuh. Manakala bahagian dalamannya mempunyai ukuran
tertentu.
PERINGKAT EMPAT
Perancangan tentang pelaksanaan bentuk latihan juga harus dilaksanakan. Latihan adalah
berbentuk ansur maju di mana, satu peringkat demi satu peringkat diajar kepada anggota jika
anggota tersebut adalah anggota baru. Manakala jika anggota mempunyai asas kawad,
kesepaduan pergerakan diberikan tumpuan.
MINGGU TAJUK BUTIR-BUTIR LATIHAN CATATAN
1– Hari Pertama Pengenalan Syarat Menerangkan tentang Pelajar dapat memahami
Pertandingan syarat pertandingan, litar syarat penyertaan dan
pergerakan kawad
kawad, pergerakan.
Menenrangkan tentang
aspek latihan, jadual dan
sebagainya
1-Hari Kedua Kawad Statik Bergerak ke kanan, kiri Ulangkaji untuk kawad
static perlu diberikan
Menghadap ke belakang,
hadapan penekanan
Ke kanan Lurus, Pandang
Depan
Buka dan Tutup Barisan
Melapor
1-Hari Ketiga Kawad Statik Ulangkaji Pergerakan
1-hari Ketiga Kawad Dinamik Dari Kanan Cepat Jalan
1—Hari Kawad Statik Henti
Keempat Kawad Dinamik
Ulangkaji Pergerakan
Kawad Statik Ulangkaji Pergerakan
Kawad Dinamik
Kiri Belok
Tukar Langkah Sewaktu
Berjalan
Bergerak ke kanan/kiri
belekang pusung
Ulangkaji Pergerakan
Ulangkaji Pergerakan
Tukar langkah perlahan
Tukar Langkah Cepat jalan
Menghadap ke hadapan,
kanan sing
Buka /tutup Barisan
Sewaktu Perlahan Jalan
PERINGKAT KELIMA
Formasi Dalam Kawad. Ini adalah peringkat yang paling penting dan paling rumit untuk
dikendalikan. Pada bahagian ini ketelitian dan kreativiti menjadi sandaran seseorang jurulatih.
Keunikan kawad, kreativiti dalam mengatur pergerakan akan menarik minat hakim. Tetapi apa
yang dimaksudkan dengan formasi. Formasi adalah pergerakan kawad tanpa arahan melibatkan
kesepaduan pergerakan, tanpa kiraan dan menyatukan pelbagai pergerakan dalam satu
persembahan. Bagi sekolah menengah empat formasi hendaklah dipersembahkan manakala bagi
sekolah rendah dua formasi sahaja.
Setiap satu formasi akan dipecahkan kepada beberapa pergerakan seperti rajah di bawah:
PERGERAKAN 4 PERGERAKAN 3
Perlahan jalan, Cepat jalan,
belakang pusing, Hormat selaku
cepat jalan terima sijil
FORMASI 1
PERGERAKAN 1 PERGERAKAN 2
Perlahan Jalan, Cepat Jalan, Belakang
Belakang Pusing pusing, Hormat ke
hadapan
Gabungan kepelbagaian gerakan dalam formasi dan sedikit kreativiti akan menjamin pungutan
markah yang tinggi kepada platun. Justru itu, platun harus mengekalkan keunikan dalam
penghasilan gerakan-gerakan dalam formasi.
Antara satu formasi dengan formasi yang lain haruslah dipisahkan dengan baik agar hakim
pertandingan dapat mengesan perubahan formasi. Terdapat platun yang memisahkan formasi
dengan pergerakan kekanan lurus. Setelah melakukan perbuatan ke kanan lurus mereka akan
memulakan formasi baru. Ini sesuatu yang baik dalam memisahkan satu formasi dengan formasi
yang lain.
KE KANAN KE KANAN KE KANAN
LURUS LURUS
FORMASI 1 LURUS FORMASI 2 FORMASI 3 FORMASI 4
Sesuatu yang perlu diingat, pergerakan anggota sewaktu dalam pergerakan formasi
menggunakan kiraan. Latih anggota untuk membuat kiraan yang seragam dan konsisten. Kiraan
yang seragam menentukan pergerakan yang sama dilakukan oleh anggota. Minta semua anggota
membuat kiraan yang sama
BAB 8
GEJET
Gejet merupakan salah satu aktiviti yang menarik dilakukan oleh anggota unit uniform terutama
sewaktu perkhemahan. Justru itu, pegawai-pegawai unit uniform yang akan menjadi jurulatih di
sekolah-sekolah hendaklah mengetahui pelbagai jenis gejet yang boleh dihasilkan dalam aktiviti
mingguan dan juga sewaktu perkhemahan.
Gejet boleh dihasilkan dalam saiz sebenar ataupun dalam bentuk model. Perkara asas yang perlu
diketahui adalah konsep gejet itu sendiri. Gejet merupakan alih ganti perabut di rumah dalam
membantu ahli perkhemahan mengurus peralatan mereka agar kelihatan kemas dan teratur.
Namun dalam penghasilan gejet sewaktu perkhemahan, gejet yang dibina hendaklah bergandung
kepada jangkamasa perkhemahan.
Jika perkhemahan mengambil masa dua atau tiga hari memadailah gejet-gejet mudah dibina
seperti ampaian, papan tanda pasukan atau seksyen, tempat menyimpan peralatan memasak atau
makanan dan sebagainya. Tetapi jika tempoh masa perkhemahan melebihi 5 hari, maka sesuailah
jika sebuah meja makan dibina atau pintu gerbang yang menarik dibangunkan. Anggota unit
uniform harus memahami bahawa gejet dihasilkan sewaktu senggang. Masa akan banyak
dihabiskan untuk pelbagai aktiviti.
Pembinaan gejet memerlukan kepakaran, peralatan dan kemahiran. Tetapi itu bukan faktor
utama. Anda tidak perlu terlalu pakar untuk menghasilkan gejet yang mudah Yang penting anda
mengetahui tujuan gejet dibuat. Sama ada untuk hiasan seperti pintu gerbang, pagar, multi guna
seperti rak barang, rak makanan atau untuk kegunaan ramai seperti jambatan, menara dan
sebagainya. .Sebatang bongkah kayu boleh dijadikan gejet alat pemotong seperti parang dan
pisau. Sebatang dahan pokok yang mempunyai banyak ranting boleh dijadikan sebagai tempat
menyangkut cawan dan gelas. Seruas buluh boleh menjadi tempat menyimpan sudu,Tetapi untuk
membina sebuah pintu gerbang, kemahiran dalam bidang ikatan hendaklah diketahui. Biasanya,
ikatan Seraya, Serong, Silang Lantai adalah ikatan perlu dalam menghasilkan sebuah gejet.
Bahan Dan Alat Untuk Membina Gejet
Pokok buluh atau batang kayu yang lurus adalah bahan yang paling bagus untuk menghasilkan
gejet. Namun sebagai jurulatih, pegawai-pegawai muda KRS dan TKRS hendaklah
mengingatkan tentang konsep penjagaan alam sekitar agar penebangan pokok tidak dilakukan
sewenag-wenangnya. Selain itu, tali Rafia atau tali guni atau rotan adalah bahan pengikat yang
bagus. Tali raffia boleh didapati dalam harga yang murah dan mudah dibeli di kedai berbanding
dengan tali guni dan rotan. Parang, pisau dan gergaji busur adalah alat pemotong yang baik dan
perlu ada dalam penghasilan gejet anda.
Latih pelajar menggunakan bahan-bahan lain seperti plastic sampah sebagai bahan tambahan
untuk gejet ( lihat contoh-contoh gejet). Apa yang utama, pegawai-pegawai muda KRS mampu
mencungkil bakat dan kreativiti anggota dalam menghasilkan gejet yang baik dan berkesan.
Selain cantik, gejet harus berfungsi dan selamat digunakan oleh ahli perkhemahan.
Gejet adalah suatu cara penilaian akan kemahiran anggota . Segala bentuk kemahiran yang diajar
di sekolah atau sewaktu latihan boleh dipraktikkan sewaktu menghasilkan gejet. Semakin
mencabar bentuk gejet semakin banyak kemahiran diperlukan. Gejet meliputi projek-projek
besar seperti gerbang, meja maka, jambatan, menara. Setiap pembinaan gejet haruslah mengikut
ukuran yang tepat serta mempunyai kekuatan dan penggunaan ikatan yang betul bagi
menggelakkan berlakunya kemalangan sewaktu penggunaannya
BAB 9
ANCAMAN HIDUPAN LIAR SEWAKTU SURVIVAL ATAU
EKSPEDISI/PERKHEMAHAN
Kita sering kali masuk dan keluar hutan, mendaki gunung dan sungai untuk menikmati
keindahan alam yang yang di cipta oleh yang maha esa. Didalam perjalanan itu, kita
mungkin melalui pengalaman terlihat binatang liar atau melihat kesan-kesan yang
ditinggalkan oleh haiwan tersebut. Pada saat itu ada terdapat dua kemungkinan iaitu bahaya atau
sebaliknya.
Artikel ini akan cuba mengupas bebrapa teknik asas untuk mengenali haiwan dan mengesan
kehadiranya melalui tapak kaki yang ditinggalkan, menilai pula adakah kita dalam bahaya atau
tidak dan apa perlu dilakukan. Fokus utama akan diberikan kepada kepada Harimau, Babi hutan,
Beruang dan Seladang yang boleh dikatakan kerap dijumpai kesannya dan masih terdapatdi
hutan-hutan Malaysia
Pada dasarnya kese serangan haiwan liar dinegara kita ini amat sedikit dicatatkan tetapi telah ada
manusia yang . Jika adapun, ia kehilangannyawa disebabkan pertembungan dengan haiwan liar
seperti “kes Harimau Lasah” yang mengorbankan nyawa suku kaum Asli, Serangan gajah liar di
Grik pada 2009, serangan gajah liar di Kelantan pada Disember 2010 serta beberapa tempat lagi.
Ini membuktikan bahawa dalam keadaan terdesak haiwan ini tidak akan memberikan peluang
yang kedua untuk kita.
Punca Bertemu Dengan Hidupan Liar
Kajian yang dilakukan menunjukkan pertembungan dengan hidupan liar berlaku kerana beberapa
factor. Antaranya:
1. Tanpa sedar kita telah memasuki habitat atau kawasan kediamannya
2. Bau badan kita yang telah serasi dengan bau semulajadi menbuatkan haiwan sukar
menggenal pasti bau
3. Arah tiupan angin yang bertiup dari haiwan ke arah anda
4. Haiwan tersebut sakit atau mempunyai anak kecil yang harus dilindungi
Harimau Belang (Panthera tigris)
Harimau Belang (Panthera tigris) boleh dikesan melalui tapak kakinya yang seakan
tapak kucing namun saiznya lebih besar. Semakin dalam kesan tapak kaki, semakin berat
dan besarlah haiwan tersebut.. Terdiri dari keluarga kucing besar, mempunyai badan yang
besar dan berbelang serta kebolehan memburu yang amat efektif. PERHILITAN
menjelaskan bahawa Harimau Belang hanya akan menyerang manusia jika sakit atau
terlalu tua untuk memburu, beranak kecil atau merasaterancam.
Kehadiran haiwan ini boleh dikesan melalui bulu-bulu yang melekat pada batang-batang
pokok kerana Harimau juga bersifat seperti kucing yang gemar menggaru-garu tubuh
pada bahagian pokok yang kasar. Selain itu, kesan-kesan cakaran akan terdapat pada
batang pokok kerana harimau juga gemar menajamkan kuku seperti kucing.
Terdapat tiga beberapa ciri-ciri tempat
tinggal harimau iaitu terdapat tempat
perlindungan yang sesuai di sesuatu
tempat seperti gua atau batu yang
mempunyai ruang di bawahnya, sumber
makanan yang banyak dan berhampiran
dengan punca air kerana haiwan akan
berenang sekiranya cuaca menjadi
terlalu panas. Jadi berenang bukanlah
suatu cara menyelamatkan diri kerana
haiwan ini juga boleh berenang.
Harimau akan bergerak secara bersendirian dan jika harimau betina ia akan memburu
pada waktu malam. Harimau belang ini, ada kawasan dan wilayah masing-masing ia
ditandakan dengan air kencingnya. Lingkungan kawasan pemburuannya ialah sekitar 20
kilometer persegi,bagi harimau betina dan antara 60-100 km persegi bagi harimau jantan.
harimau belang sangat pandai berenang. Kebisaannya harimau akan lari dari manusia
apabila terhidu bau kita.
BAGAIMANA MENGETAHUI KEHADIRAN HARIMAU
1-Jika terlihat tapak kaki seperti kaki tapak kaki kucing tetapi bersaiz besar
2- Bau hamis yang boleh dihidu. Semakin kuat bau tersebut, bermakna haiwan tersebut
berada hampir dengan anda
3-Bau hamis dan hancing bermakna anda berada di kawasan sempadan perburuannya. Ini
kebiasaan seekor harimau iaitu menandakan kawasan perburuan agar tidak diceroboh
oleh harimau lain.
4-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat jangan cemas
kerana ia mungkin berada di sekitar tetapi harus berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan
tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan
melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau
mengekori anda.
4-Harimau ini dapat juga dikesan berdasarkan cakaran yang di tinggalkan dipokok.
5-Melalui ngauman harimau, ia dapat didengar dalam jarak dua batu. Harus diingat
bahawa jika anda dengar ngauman harimau jelas dan kuat bermakna ia masih jauh, tetapi
jika anda dengar perlahan bermakna ia ada berhampiran dan dekat.
6- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan
pendarahan dileher.
Apa Tindakan Yang Perlu
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat
hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan
pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah
makanannya)
Harimau Kumbang
Harimau kumbang, kebiasaannya di Malaysia ini berwarna hitam tetapi akan kelihatan
tompokan pada bulunya jika dipandang dengan teliti. Lebih agresifdaripada Harimau
Belang. Ia memburu hidup secara bersendirian. Harimau ini berbadan panjang, bertubuh
kecil dan berkaki pendek. Ia gemar tinggal diatas pokok dan memburu makanan
dikawasan yang di kuasainya.
Harimau kumbang ini sangat pandai berenang. Harimau ini kebiasaan menyerang mangsa
dari atas pokok tetapi adakalanya melalui darat.Harimau ini juga jarang ditemui dan akan
melarikan diri jika terhidu bau manusia atau yang mengancamnya.(sebenarnya tidak
banyak maklumat diketahui mengenainya)
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat cakaran atau goresan kuku pada dahan dan batang-batang pokok.
2-Jika terjumpa tapak kakinya (kecil sedikit dari harimau belang) dan berbau hamis
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat jangan cemas
kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan
tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan
melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau
mengekori anda.
4- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan
pendarahan dileher dan berada di atas pokok.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat
hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan
pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah
makanannya)
Babi hutan
Babi hutan (Sus scrofa vittatus ) dapat dikesan jika anda terjumpa tapak kaki seperti digambar
yang ditunjukkan dan jika anda terlihat tanah degembur-gemburkan sewaktu didalam hutan.
Saiz haiwan ini lebih besar dari sekeor kambing. Haiwan ini ialah jenis berkuku ,gigi
taring dan hidung yang kuat. Babi hutan amat garang jika ia diganggu terutama babi
betina yang mempunyai anak. Babi hutan hidup dalam berkumpulan dan ia aktiv mencari
makanan antara waktu senja dan malam. Haiwan ini gemar tinggal dikawasan lembah
dan lembab.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki atau tanah yang degembur-gemburkan sewaktu dihutan
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat (babi dewasa) dan dan bunyi yang nyaring
(akak babi)
3-Jika terlihat kesan lumpur pada batang pokok kerana tabiat babi suka megesel
badannya pada batang pokok.(suka berkubang)
4- Jika terjumpa sarangnya dari timbunan daun-daun dan ranting-ranting kayu yang
membentuk seperti busut.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda
berhati-hati dan bersedia.
2-Jika dikejar maka larilah secara 'zik-zak' @kekiri dan kekanan kerana haiwan ini akan
berlari menyerang secara lurus. Jika anda lari secara lurus peluang untuk anda kena
serang 99% tepat.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya,
jika ia beredar anda selamat dan jangan buat haiwan ini terperanjat. jika tidak ,panjatlah
pokok untuk keselamatan.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(bacalah doa apa yang patut)
Beruang (beruang madu)
Beruang yang dikenali dimalaysia ialah beruang madu (Helarctos malayanus atau sun
bear) Berwarna hitam dan ada juga berjalur putih kuning dibahagian leher. Berat haiwan
ini 48-68 kg,berketiggian dalam 4 kaki dan boleh berlari pantas, memanjat dan berenang.
Haiwan ini boleh juga berjalan dengan dua kaki. Ia hidup di permukaan tanah dan di atas
pokok. dan boleh ditemui didatarn rendah (bukit) dan gunung antara 1500-2500m dari
aras laut. Haiwan ini mempunyai kuku yang panjang dan tajam dan amat cekap memanjat
pokok untuk mencari madu. Haiwan ini juga makan serangga, haiwan kecil dan buah-
buahan. Beruang akan bertindak ganas jika ia mempunyai anak.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan kuku ditanah atau kesan cakaran pada pokok dengan cara
yang kuat dan besar
2-Jika terlihat kesan susunan ranting yang besar seperti sarang tetapi tidaklah kemas atau
susunan daun-daun pokok yang disusun berbentuk bulat.
3-(kebiasaannya ia amat sukar ditemui kerana ia sejenis haiwan yang pemalu dan dapat
menghidu kehadiran manusia dari jarak yang jauh, tetapi jika ia menghampiri, kita tidak
akan perasan kerana ia bergerak dengan senyap)
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda
berhati-hati dan bersedia. Menjeritlah sekuat hati agar ia lari atau gunakan letupan untuk
menakutkanya (mercun)
2-Berpura-pura mati (inilah yang diajarkan dinegara barat jika berhadapan dengan
Beruang dan kejayaanya ialah 50/50.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya,
jika ia beredar anda selamat . selepas itu bertawakalah kena tiada cara lain selain tiga
perkara diatas untuk menyelamatkan diri.
Gajah Malaysia
Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus),berbadan kecil sedikit daripada gajah Afrika.
Jangka hayat gajah untuk hidup antara 60-80 tahun. Habitat gajah ini ialah tinggal di
hutan dara dan hutan skunder. Gajah jantan suka hidup secara sendiri untuk mencari
makan, manakala gajah betina dan anaknya hidup secara berkumpulan. Gajah suka
berehat bila cuaca panas, mempunyai daerah atau wilayah sendiri untuk mencari makan.
Makanan utama gajah daun, rumput dan buah-buahan. Gajah haiwan yang pandai
berenang, cerdik dan pantas belari.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan najisnya yang masih baru.
2-Jika terlihat kesan pokok di rebah atau dipecahkankan contoh pokok pisang, dan buloh.
3.Jika terdegan bunyi gajah yang seperti terompet
4.jika tahi gajah yang dijumpai telah menjadi kulat atau bercendawan, hindarilah tempat
tersebut dari menjadi tapak perkemahan. Ini kerana gajah akan kembali ketempat
tersebut.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda
berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika
terpaksa
2-Jika dikejar gajah berlarilah kearah pokok yang besar dan berselindung atau berlarilah
mengelilinginya. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya,
jika ia beredar anda selamat . (gajah amat agresif jika musim mengawan bagi Jantan dan
jika mempunyai anak bagi gajah betina)selepas itu bertawakalah.
SELADANG
Seladang (bos gourus) adalah haiwan bowin (dalam kelurga lembu) yang berbadan besar
(boleh mencapai ketinggian 2 meter dan berat 900 kg), bertanduk yang kuat dan melentur
kedalam besar dan berbulu gelap. Habitatnya, tinggal di hutan dara dan hutan skunder.
Haiwan ini hidup dalam berkumpulan antara 4-8 ekor, aktif diwaktu subuh dan senja.
Makanan haiwan ini ialah rumput-rumpau dan dedaunan.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat kesan tapak kaki (seperti tapak kaki kerbau)
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda
berhati-hati dan bersedia. Lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlindung jika
terpaksa
2-Jika dikejar berlarilah ke arah pokok yang besar dan berlindung ayau berlarilah
mengelilinginya. atau sembunyi. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya,
jika ia beredar anda selamat . (Seladang amat agresif jika ia tercedera atau yang
mempunyai anak).