HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 50Terbitan 03a. Perkhidmatan adalah di atas budi-bicara dan sumber yang ada waris yang ingin menaiki ambulans bersama pesakit menuju ke lokasi rujukan perlu menanggung risiko sendiri. Sekiranya dibenarkan, mereka hendaklah mengisi Borang Indemniti Penumpang Ambulans (Policy on Safety of Land Ambulances MOH, Malaysia 2019). Untuk kes-kes pediatrik dan kes-kes yang tertentu adalah diatas budi bicara untuk mengiringi pesakit.b. Permintaan pemindahan interfasiliti terancang ini diproses mengikut protokol dan garis panduan yang disediakan oleh unit pra-hospital dan dilihat dari keperluan kes dan status ambulans semasa.c. Semasa penghantaran pesakit, proses perawatan hendaklah berterusan dan mengikuti garis panduan pemindahan interfasiliti KKM.d. Respon kepada kes kecemasan perlu diutamakan dan pemindahan interfasiliti terancang yang bukan kecemasan perlu ditunda.PENGENDALIAN INSIDEN KRISIS DAN BENCANAa. Unit pra-hospital memainkan peranan utama secara aktif dalam mengendalikan kes yang melibatkan mangsa bencana.b. Setiap pergerakan dan tindakan responder, Pusat Perkhidmatan Ambulans dan MECC, perlu mengikut pelan tindakan bencana daerah masing-masing, selaras dengan arahan 18, 19 dan 20 Majlis Keselamatan Negara atau pelan respon kecemasan yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.c. Perkhidmatan Pra-Hospital perlu mengambil bahagian dalam fasa prabencana seperti pengurusan risiko, pencegahan, mitigasi dan kesiap-
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 51Terbitan 03siagaan serta memberi input yang sepatutnya untuk kelancaran perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma.PERKHIDMATAN LIPUTAN PASUKAN PERLINDUNGAN PERUBATANa. Unit pra-hospital akan memberi bantuan perubatan dalam situasi yang berikut:● Rapat umum atau program yang melibatkan orang ramai dan mempunyai risiko yang tinggi apabila berlaku sesuatu kejadian.● Acara yang melibatkan orang kenamaan.b. Perlaksanaan aktiviti ini akan mengikut Pekeliling KPK Bil 2/2007: Liputan Pasukan Perlindungan Perubatan dan Kesihatan, KKM.c. Semua permohonan liputan pasukan perlindungan perubatan rasmi hendaklah melalui Jabatan Kesihatan Negeri terlebih dahulu.d. Unit pra-hospital perlu terlebih dahulu menganalisa risiko, menggunakan budi bicara semasa menentukan bentuk bantuan perubatan yang bersesuaian dengan risiko keadaan tersebut.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 52Terbitan 03KESELAMATAN PEKERJA DAN PESAKIT a. Keselamatan pesakit, pengiring pesakit dan pekerja di dalam ambulans akan diutamakan semasa dalam tempoh tanggungjawab perkhidmatan prahospital. b. Perkhidmatan Pra-Hospital akan memastikan langkah-langkah keselamatan diambil bagi melindungi pekerja semasa menjalankan tugasan rasmi. c. Mempunyai Personal Protective Equipment (PPE) yang sesuai mengikut universal precaution. i. Peralatan perubatan yang disesuaikan dengan tugasan pra-hospital. ii. Persekitaran dalam ambulans mesti mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk: ● Tangki oksigen yang mengikut spesifikasi keselamatan. ● Penggunaan tali pinggang keselamatan untuk pesakit, pengiring pesakit dan petugas. ● Pencahayaan yang cukup. ● Alat pemadam api.d. Bagi mengurangkan kadar kemalangan berpunca daripada kegagalan mengawal kenderaan, pemandu ambulans perlu mematuhi peraturan lalulintas yang telah ditetapkan.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 53Terbitan 03PENGURUSAN DAN OPERASI AMBULANSa. Penyeliaan Operasi Ambulans.● Pengurusan ambulans perlu berpandukan kepada garis panduan polisi keselamatan ambulans 2019 (Policy of Land Ambulan Safety 2019).b. Penyelia memantau keselamatan operasi perkhidmatan ambulans seperti berikut:● Melaporkan semua insiden/kemalangan yang melibatkan ambulans.● Memastikan semua pemandu menerima latihan pemanduan.● Memastikan semua pemandu menjalani pemeriksaan kesihatan secara tahunan.● Memastikan pengurusan kerosakan ambulans dan laporan dibuat mengikut garis panduan (Garis panduan Penyelenggaraan Ambulans di Hospital Dan Klinik Kesihatan 2014).● Semua ambulans perlu menjalani pemeriksaan tahunan oleh agensi kerajaan yang berkenaan.● Setiap ambulans perlu menjalani pemeriksaan berkala seperti yang ditetapkan bersama syarikat konsesi/pihak yang dilantik.● Setiap ambulans perlu menjalani pemeriksaan harian.c. Tatacara pemanduan ambulans.● Jumlah maksimum penumpang ambulans perlu berpandukan kepada muatan maksimum yang dibenarkan.● Pemandu perlu memastikan semua penumpang ambulans (termasuk pemandu sendiri) memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 54Terbitan 03● Untuk memastikan keselamatan pesakit, mereka perlu dipakaikan tali pinggang keselamatan.● Semua pemandu ambulans perlu mematuhi peraturan jalan raya dan had laju yang ditetapkan walaupun menggunakan light and siren. Penggunaan lampu dan siren bukan satu pengecualian untuk mengabaikan peraturan lalu lintas.Ia adalah sebagai amaran kepada pengguna jalan-raya yang lain untuk memberi laluan kepada ambulans.d. Penggunaan light and siren terhad kepada situasi berikut:● Respon kepada kes-kes kecemasan.● Respon atau membawa pesakit kritikal.● Mendapat arahan medical direction.e. Pemandu ambulans perlu memandu secara berhemah dan menitikberatkanaspek keselamatan dalam pemanduan.f. Pemandu ambulans perlu menghentikan kenderaan dengan sepenuhnya apabila sampai di persimpangan jalan, menemui lampu isyarat merah, atau tanda berhenti. Pemandu ambulans perlu memastikan jalan raya yang lain sebelum meneruskan perjalanan.g. Penukaran jalan raya hanya dibenarkan sekiranya diperlukan dan penggunajalan raya lain telah memberi laluan.h. Penggunaan atau pemakaian peralatan (contoh beg silang/pouch bag) yang boleh mengganggu tumpuan pemandu ambulan ketika memandu adalah dilarang.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 55Terbitan 03i. Pengurusan sumber manusia dan piawai keselamatan pemandu ambulans.● Semua pemandu ambulans perlu memiliki lesen memandu yang sah dan tidak tamat tempoh.● Semua pemandu ambulans perlu menghadiri kursus pemanduan berhemah dan kursus-kursus lain yang ditetapkan oleh PTJ masingmasing.● Semua pemandu ambulans perlu disahkan sihat dari segi perubatan untuk memandu ambulan melalui saringan kesihatan atau pemeriksaan kesihatan tahunan daripada pegawai perubatan bertauliah.● Pemandu ambulans hanya boleh memandu maksimum 4 jam secara berterusan dan semua perjalanan yang melebihi 4 jam memerlukan 2 pemandu.● Semua pemandu ambulans dilarang daripada berada di bawah pengaruh sebarang bahan-bahan yang boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk mengendalikan kenderaan semasa bekerja.● Pemandu ambulans yang dianggap mempunyai tingkah laku memandu secara berisiko tinggi hendaklah dilarang daripada memandu ambulans.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 56Terbitan 03KAWALAN PRESTASI SEMASA, KUALITI DAN PENYELIDIKANa. Perkhidmatan pra-hospital akan mempunyai sistem yang menggunakan indikator- indikator atau threshold points yang sesuai untuk pemantauan berterusan dari aspek kualiti, prestasi dan pencapaian dalam semua dimensi perkhidmatan dan operasinya.b. Untuk mencapai objektif tersebut, perkhidmatan pra-hospital akan mengambil bahagian dalam inisiatif kualiti yang diterima pakai oleh KKM, termasuklah:● MS: ISO dan Akreditasi.● National Indicator Approach (NIA)● Laporan Insiden.● Audit Klinikal.● Key Performance Indicators (KPI).
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 57Terbitan 03PERMOHONAN PERKHIDMATAN AMBULAN a. Menerima permohonan dari individu/ wad / unit menerima dokumen pesakit yang lengkap diisi. (google forms)b. Borang permohonan perkhidmatan ambulan B/A&E 078/P02/14(google forms).c. Jika permohonan dari Unit Kecemasan, pastikan semua dokumen-dokumen lain telah seperti surat rujukan dan borang-borang lain telah dilengkapkan. Pemohon akan dimaklumkan status permohonan mereka jika berkaitan.d. Sekiranya gangguan data internet kaedah manual masih digunapakai.e. Mengenalpasti anggota pengiring untuk menghantar kes rujukan (jika berkaitan)f. Mengarahkan pemandu bersiap sediag. Menyediakan peralatan (jika berkaitan)h. Mengangkat pesakit naik ke ambulansi. Memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan oksigen / drip.j. Selesakan pesakit.k. Dokumentasi ‘Buku Log Kenderaan’.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 58Terbitan 03LAMPIRAN1. Borang Respons Ambulans 2. Carta Pemantauan Rujukan Interfasiliti 3. Borang Pengesahan Kematian 4. Surat Akuan Enggan Surat Akuan Enggan Ke Hospital/Klinik Menggunakan Perkhidmatan Ambulan Kecemasan Atas Kemahuan Sendiri/Isteri/Suami/Penjaga/Keluarga Terdekat5. Senarai Semak Penberian Aspirin Pre Hospitalcare 6. Perakuan Menanguung Risiko Kerana Menumpang Ambulans/Kenderaan7. Borang Permohonan Perkhidmatan Ambulan B/A&E 078/P02/14 (Google Forms) Hospital Machang.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 59Terbitan 033.2.2 POLISI PENGURUSAN TRIAGE PENGENALAN TRIAGE a. Setiap hari Unit Kecemasan menangani sejumlah besar pesakit yang berbeza. Beban kerja kakitangan juga berbeza dari hari ke hari dan dari masa ke masa dan bergantung kepada bilangan pesakit yang hadir. Adalah sangat penting bahawa terdapat satu sistem untuk memastikan bahawa pesakit-pesakit ini dilihat dalam urutan klinikal dan bukan dalam urutan kehadiran.b. Triage ialah perkataan Perancis “trier” yang bermaksud “untuk mengasingkan”. Triage ialah proses mengatur pesakit mengikut keperluan mendesak penyakit atau kecederaan mereka. Ia merupakan proses dinamik yang bermakna pesakit perlu dinilai dari masa ke masa.c. Sistem triage di Unit kecemasan biasanya membahagikan pesakit ke dalam tiga hingga lima kategori. Proses pemeriksaan biasanya dijalankan oleh Penolong Pegawai Perubatan yang berpengalaman, yang mampu membuat pertimbangan dan keputusan klinikal.d. Polisi Triage Unit Kecemasan dan Trauma yang dihasilkan ini adalah berdasarkan surat arahan standardisasi proses triage menggunakan “Malaysian Triage Scale for Emergency And Trauma Departments New Revised version 2022” melalui surat rujukan: KKM.600-27/12/1(9) Jld.15 tarikh 17 April 2023 dan “Policy Emergency Medicine And Trauma Services (EMTS)” diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2012.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 60Terbitan 03OBJEKTIFMemastikan pesakit di Triage mengikut kategori berdasarkan keutamaan dengan betul dan selamat. Menjamin kakitangan berkompetensi melaksana dan membuat keputusan triage dengan cekap.PENGURUSAN UNITa. Kakitangan Kesihatan harus menjalani latihan dan menghadiri kursus/cme triage.b. Memastikan kakitangan diletakkan di kaunter triage bagi menjalankan proses triage mengikut bilangan sumber manusia dan perjawatan.c. Memastikan implimentasi dan pemantauan idikator pencapaian utama “Key Performance Indicator” (KPI).SKALA TRIAGE MALAYSIA UNTUK UNIT KECEMASAN DAN TRAUMAa. Perkhidmatan Triage merupakan titik kontak pertama bagi semua pesakit yang mengakses perkhidmatan Unit Kecemasan dan Trauma.b. Proses triage adalah untuk mengenalpasti pesakit mengikut tahap keterukan, memastikan pesakit dilihat pada masa yang tepat dan sumber yang sedia boleh diguna bagi pesakit.c. Proses triage dijalankan dengan cepat dalam masa beberapa minit untuk menetapkan tahap keterukan, ini akan menentukan keutamaan, sumber dan zon rawatan pesakit. Ia juga berfungsi untuk memudahkan aliran
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 61Terbitan 03pesakit dan mengelakkan kesesakan di Unit Kecemasan. Walaupun Triage memerlukan penilaian klinikal, ia tidak bertujuan untuk membuat diagnosis spesifik, atau untuk mengenal pasti semua keperluan perubatan pesakit.d. Tahap triage ditetapkan berdasarkan keterukan keadaan pesakit, dan keperluan rawatan segera yang diperlukan, yang mana ditentukan oleh penilaian pantas (Rapid Assessment), dan jenis aduan pesakit.e. Standard Masa kepada rawatan mengikut tahap triage adalah berikut:Level 1 Resusitasi 0 minit (memerlukan mekanisme aktivasi rapid team)Zon MerahLevel 2 Emergency bawah 10 minit Zon MerahLevel 3 Urgent bawah 30 minit Zon KuningLevel 4 Early Care bawah 60 minit Zon HijauLevel 5 Routine bawan 90 minit Zon HijauPENGURUSAN PESAKIT DI TIAGE PRIMERa. Pegawai Triage Primer ditempatkan di kaunter triage atau berhampiran pintu masuk Kecemasan, bertugas mengenal pasti pesakit yang sakit atau cedera dan memindahkan mereka ke kawasan rawatan. Secara khusus, Pegawai Triage Primer berperanan menjalankan pandangan pertama kritikal (Critical First Look) dan dengan cepat menentukan sama ada pesakit memerlukan resusitasi atau rawatan kecemasan dengan segera.b. Melakukan Penilaian Pantas (Rapid Assessment) untuk Kesukaran Pernafasan, Keadaan Shock, Penurunan Tahap Kesedaran dan / atau
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 62Terbitan 03Pendarahan Aktif yang memerlukan resusitasi, rawatan kecemasan segera (Immediate Emergency Care) atau Urgent care.c. Semua kes yang dikategorikan sebagai tidak kritikal akan ditempatkan di Zon Hijau.d. Semua kes yang dikategorikan sebagai semi kritikal (separa tenat) akan ditempatkan di Zon Kuning.e. Semua kes yang dikategorikan sebagai kritikal (tenat) akan ditempatkan di Zon Merah.f. Menilai dan memberi rawatan awal kepada pesakit. *Rujuk Perlaksanaan Critical First Look Dan Rapid Assessment mengikut MTP 2022 Di LampiranLEVEL 5 -ROUTINE
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 63Terbitan 03PENGURUSAN PESAKIT DI TRIAGE SEKUNDERa. Menilai semula semua kes yang dikategorikan sebagai non- kritikal (kes hijau mengikut kategori).b. Mengenalpasti petanda bahaya mengikut senarai aduan (complaint list) seperti yang dinyatakan di lampiran MTC 2022.c. Melakukan pemeriksaan dan investigasi asas kepada pesakit seperti berikut;● Tekanan darah ● Nadi ● Suhu badan ● Pernafasan● ECG untuk semua kes “chest pain” dan “upper abdomen pain” ● Glucometer test (jika berkaitan)● Pain Score ● Rawatan asas untuk kes ringan ● Kandungan Oksigen Dalam Darah (SPO2)● Medication- stat dose (e.g Paracetamol mengikut keperluan).d. Melakukan pemeriksaan fizikal mengikut aduan pesakit dan mengambil sejarah ringkas.e. Memeriksa keadaan pesakit dan mengenal pasti jika terdapat sebarang perubahan yang memerlukan rawatan segera.f. Memaklumkan kepada Pegawai Perubatan dengan kadar segera jika terdapat pesakit yang mengalami kriteria seperti di atas atau sebarang perubahan kondisi.g. Pegawai Triage sekunder boleh menetapkan tahap triage dari Tahap 2 - 5. Tahap triage yang diberikan mengambil kira semua parameter triage primer, tanda vital, senarai aduan dan ujian awal.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 64Terbitan 03PENGURUSAN PESAKIT PENYAKIT BERJANGKIT BAHAN MERBAHAYA (HAZMAT)a. Pegawai Triage berperanan untuk menyaring dan mengalpasti pesakit yang berisiko sebagai pembawa /penyebaran penyakit berjangkit atau sebarang bahan –bahan merbahaya. Ini bagi memastikan keselamatan pesakit, kakitangan kesihatan dan orang lain yang berada di Unit Kecemasan.b. Keselamatan harus ditikberatkan oleh Pegawai Triage dengan melaksanakan pemakaian pakaian PPE yang bersesuaian dan menempatkan pesakit yang berisiko di Zon Isolasi yang disediakan.c. Jadual Pengurusan pesakit berdasarkan MTC 2022:INFECTIOUS DISEASES / HAZMATDISEASES / EXPOSURETO BE PLACED ATINITIAL ACTIONSCOVID / Pandemic Influenza and other emerging respiratory virusesIsolation (Negative Pressure)Patient / Relatives wear surgical mask Wash hands with alcoholActive Tuberculosis, untreatedIsolation (Negative Pressure)Patient wear surgical maskMeningococcaemia Isolation (Negative Pressure)Patient / Relatives wear surgical mask Wash hands with alcoholCRE, MRSA, other multi- drugresistant Isolation Room Patient wear surgical mask Wash
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 65Terbitan 03infections hands with alcoholEBOLA and other re-emerging virusesIsolation Room Patient wear surgical mask Wash hands with alcoholOrganophosphates and similar compoundsDecontamination Removal of clothesExternal shower decontaminationChemical exposure to Eyes, ENTAny external area Immediate and continuing wash-offHAZMAT -chemical, dry or liquidDecontamination Removal of clothesRemoval of any dry contaminant External shower decontamination for liquid contaminantsHAZMAT - inhaled Isolation (Negative Pressure)Identify potential exposure Early Airway support Consider early AntidoteHAZMAT -radioactiveDecontamination Removal of clothesRemoval of any dry contaminant External shower decontamination Radiation
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 66Terbitan 03surveyperformed urgentlyNote: In all of the scenarios above, senior clinicians must be involved early on. All staff must wear appropriate PPE.All movement of patients should be restricted to reduce risk to others.*Rujuk Lampiran MTC 2022PENGURUSAN PESAKIT OSCCa. Pesakit OSCC (One Stop Crisis Centre) harus disaring di triage dimana jika pesakit dalam keadaan kritikal atau semi kritikal pengurusan pesakit harus dimasukkan ke Zon Merah atau Zon Kuning. Manakala jika pesakit dalam keadaan stabil, pesakit dan waris harus diiringi oleh Pegawai Triage dan ditempatkan di bilik OSCC.b. Maklumkan Pegawai Perubatan mengenai keberadaan pesakit untuk pengurusan selanjutnya.c. Pengurusan pesakit mungkin melibatkan pelbagai agensi dan jabatan.d. Pesakit OSCC dan OKT harus disertakan dengan borang pol 59 (Permintaan Pemeriksaan Doktor Bagi Orang Yang Terlibat Dalam Kes Polis) bagi pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan atau pengambilan spesimen.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 67Terbitan 03PESAKIT BANDUAN/DIIRINGI OLEH PIHAK BERKUASA.a. Pesakit banduan /orang tahanan yang datang untuk mendapatkan rawatan di “Unit kecemasan dan Trauma” mesti di periksa secepat yang mungkin mengikut saringan yang diberikan. Pesakit banduan akan dimasukkan di dalam unit kecemasan dan rawatan diberi mengikut saringan yang dilakukan.b. Pesakit banduan/orang tahanan dibenarkan untuk berjumpa dengan doktor untuk diperiksa pada satu masa. Polis/ pegawai penjara mesti menemani mereka semasa rawatan.c. Pesakit banduan/orang tahanan bagi kes biasa hijau diberi laluan untuk menerima rawatan Pegawai Perubatan.d. Pesakit banduan/orang tahanan kes red diberi rawatan segera dan kes yellow diberikan di zon yellow dan katil observation diberikan.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 68Terbitan 03LAMPIRAN
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 69Terbitan 033.2.3 POLISI ZON KLINIKAL.ZON MERAH (ZON KRITIKAL)a. Zon ini terhad kepada pesakit kritikal, berpotensi mengancam nyawa dan sakit tenat terutamanya mereka yang hemodinamik tidak stabil berdasarkan sistem “Malaysian Triage Category (MTC 2022)”.b. Terdapat ruang resusitasi di Zon Merah- Ruang mempunyai 3 buah katil.c. Zon Merah diaktifkan paramedik dan pegawai perubatan untuk menghadiri sebarang kes kecemasan di Zon Merah.d. Penerimaan pesakit ke dalam zon ini adalah berdasarkan satu set kriteria ketat yang membolehkan prosedur resusitasi dijalankan dengan segera dengan senarai standard peralatan seperti yang digariskan dalam Struktur Standard Jabatan Kecemasan dan Perkakasan berdasarkan Polisi Perkhidmatan Perubatan dan Trauma Kecemasan oleh Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia.e. Resusitasi dan penjagaan kritikal dengan pengurusan pesakit disini merangkumi aspek. Semua prosedur yang dijalankan di sini menekankan kepada resusitasi dan penstabilan, intervensi diagnostik dan terapeutik serta aspek penjagaan kritikal. Ini hendaklah termasuk semua prosedur yang berkaitan dengan tujuan untuk menyelamatkan keadaan yang mengancam nyawa, perawatan spesifik serta rujukan kepada unit dan hospital rujukan yang terlibat.f. Konsep falsafah 'Golden Hour' yang menetapkan semua pesakit trauma yang memerlukan rawatan segera dalam masa yang ditetapkan seperti yang termaktub ‘Advanced Trauma Life Support’ akan dipatuhi dengan ketat.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 70Terbitan 03g. Semua pendekatan dan prosedur resusitasi yang dijalankan hendaklah berdasarkan ‘Trauma Team Concept’.h. Pesakit hendaklah dilihat oleh Pegawai Perubatan unit dengan segera.i. Semua pelan rawatan dan penyiasatan mesti dijalankan di zon ini tanpa memindahkan pesakit keluar, contoh: -● X-Ray Mudah Alih ● Ultrasound (“bedside”)● Prosedur “chest tube”j. Semua prosedur resusitasi yang dijalankan di zon ini hendaklah mengikut garis panduan ketat. k. Kriteria untuk memasuki zon ini: ● Rujuk kepada “Malaysian Triage Category 2022”.l. Masa Tindak Balas: ● Penjagaan yang sewajarnya hendaklah diberikan SEGERA pada masa ketibaan pesakit.m. Pelawat ke zon ini ● Tiada pelawat dibenarkan semasa resusitasi dan setelah pesakit stabil, hanya 1 pelawat dibenarkan melihat pesakit pada satu masa, dengan kebenaran Pegawai Perubatan.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 71Terbitan 03ZON KUNING (ZON SEPARA KRITIKAL) a. Zon ini terhad untuk pesakit yang berada dalam keadaan separa kritikal. b. Semua pesakit yang stabil dari segi hemodinamik tetapi tidak boleh berjalan akan dibawa masuk ke zon ini. c. Zon ini boleh memuatkan sehingga 6 katil untuk pesakit trauma dan bukan trauma.d. Prosedur boleh dijalankan di sebelah katil jika perlu. e. Semua pesakit dalam troli dengan keadaan hemodinamik yang stabil dihantar ke zon ini. f. Kebanyakan pesakit yang diuruskan di zon ini memerlukan kemasukan ke wad/rujukan. Pesakit hendaklah menerima rawatan kecemasan yang diperlukan sebelum dimasukkan ke wad/rujukan.g. Pemerhatian berkala terhadap tanda-tanda vital pesakit (1-4jam bergantung kepada kes) hendaklah dilakukan oleh Jururawat/Penolong Pegawai Perubatan dan didokumenkan dalam kad pesakit. h. Kriteria untuk memasuki zon ini:● Rujuk kepada “Malaysian Triage Category 2022”.● Masa Tindak Balas: ○ Perawatan yang sewajarnya perlu diberikan dalam tempoh 30 MINIT dari masa ketibaan pesakit.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 72Terbitan 03ZON HIJAU (ZON TIDAK KRITIKAL)a. Zon ini adalah untuk pesakit yang mengalami sakit ringan, tidak kritikal/ringan dan kecederaan trauma atau kes-kes perubatan stabil yang tidak rumit. Keadaan mereka tidak memerlukan penjagaan segera atau resusitasi.b. Bagi kes bukan kecemasan pada waktu pejabat, pesakit akan di saring di kaunter saringan dengan mengambil vital sign dan aduan pesakit. Pesakit akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan Kecemasan di saringan dan penilaian dibuat. Pegawai perubatan akan tandatangan dan mereka dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Pesakit Luar (OPD) dalam waktu pejabat. c. Triage hijau bermaksud Tidak Kritikal. Pesakit yang di triage hijau perlu menjalani saringan kedua di bilik Triage Sekunder (Secondary Triage) bagi menjalani pemerhatian tanda-tanda vital dan ujian ringkas yang berkaitan.d. Bagi pesakit yang pada mulanya ditriaj ke zon hijau tetapi mengalami kemerosotan keadaan, pesakit akan di up-triage oleh pegawai perubatan/Penolong Pegawai perubatan ke zon kuning atau zon merah (mengikut keterukan pesakit) dan kes perlu dimaklumkan kepada pegawai perubatan yang bertugas.e. Bagi kes biasa, kad pesakit luar ditandakan dengan triaj hijau dan pesakitakan diminta menunggu atau rehat di ruang menunggu sementara mendapat rawatan.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 73Terbitan 03f. Di dalam bilik konsultasi, Pegawai Perubatan hendaklah memeriksa pesakit bersama Penolong Pegawai Perubatan (jika perlu). Sebarang pelan rawatan yang mudah seperti suntikan, venepuncture, membalut luka dan ECG dijalankan oleh Pegawai Perubatan dan paramedik yang menjaga zon berkenaan. g. Untuk penyiasatan radiologi dan prosedur rawatan lain yang diperlukan, kakitangan kecemasan hendaklah menghantar pesakit ke Unit Radiologi, jika tiada waris pesakit untuk menemani. Pesakit dibenarkan pergi sendiri atau bersama orang yang mengiringi pesakit untuk mempercepatkan proses kerja.h. Kriteria untuk memasuki zon ini: ● Rujuk kepada “Malaysian Triage Category 2022”.i. Masa Tindak Balas: ● Pesakit hendaklah dilihat mengikut keutaman.● Semua pesakit lain di Zon Hijau akan dilihat kira-kira 90 minit dari masa ketibaan. ● Rujuk kepada “Malaysian Triage Category 2022”.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 74Terbitan 033.2.4 POLISI OSCC (ONE STOP CRISIS CENTER ATAU PUSAT KHIDMAT SEPADU)PENGENALANOne Stop Crisis Center (OSCC) atau Pusat Khidmat Sepadu adalah tempat di mana suatu perkhidmatan berintegrasi & bersepadu oleh pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam mengendalikan keskes penderaan & jenayah seksual (kanak-kanak & dewasa), bertempat di Jabatan/Unit Kecemasan dan Trauma, di hospital-hospital kerajaan seluruh Malaysia.OBJEKTIF a. Untuk menyediakan penjagaan pelbagai disiplin kepada mangsa yang terselamat.b. Untuk mengenal pasti dan mengurus mangsa keganasan rumah tangga, serangan seksual, penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang terselamat.c. Untuk menyediakan rawatan dan campur tangan krisis pelbagai peringkat kepada mangsa yang terselamat.d. Untuk memastikan penyampaian penjagaan yang optimum dan pengurusan bukti untuk mangsa yang terselamat.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 75Terbitan 03e. Untuk memastikan pengurusan bukti undang-undang medik yang sesuai. OSCC hendaklah bekerjasama dengan polis untuk membantu dalam pengurusan bukti untuk tujuan medico legal.KOMPONEN PERKHIDMATAN OSCCa. Rogol dan serangan seksualb. Penderaan dan pengabaian kanak-kanakc. Liwatd. Keganasan rumah tanggaPOLISIa. Mangsa yang terselamat hendaklah dilayan secara profesional dengan belas kasihan, empati dan rasa hormat dengan sikap tidak menghakimi. Mereka yang terselamat hendaklah diberi privasi dan kerahsiaan penuh.b. Mangsa yang stabil hendaklah dibawa dari kaunter triage utama ke bilik OSCC dengan segera untuk penjagaan lanjut. Mangsa yang tidak stabil akan diuji dan diuruskan di kawasan kritikal.c. Persetujuan mesti diperoleh daripada semua mangsa yang terselamat sebelum pemeriksaan.d. Bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kebenaran mesti diperolehi daripada ibu bapa atau penjaga yang sah atau pelindung kanak-kanak atau seperti yang diperintahkan oleh Pegawai Polis di bawah peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001.e. Orang yang terselamat hendaklah diuruskan di OSCC melainkan memerlukan campur tangan atau kemasukan selanjutnya.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 76Terbitan 03f. Laporan polis bukanlah prasyarat bagi mangsa yang terselamat berumur 18 tahun ke atas untuk dirawat di OSCC. Walau bagaimanapun, mangsa yang terselamat hendaklah diberi kaunseling dan dibantu dalam membuat laporan polis.g. Jika tiada laporan polis terlebih dahulu, polis hendaklah datang ke OSCC untuk membantu mangsa yang terselamat atau ibu bapa/penjaga untuk kanak-kanak yang terselamat untuk membuat laporan polis jika diperlukan.h. Pemeriksaan pesakit OSCC hendaklah menjadi tanggungjawab Unit Kecemasan untuk tujuan mendapatkan sejarah awal, pemeriksaan fizikal dan penstabilan pesakit.i. Bagi kes liwat yang didakwa, kes akut (baru) ditakrifkan sebagai kes sehingga 120 jam dari masa kejadian (Willcort, 1982). Semua kes baharu hendaklah dilihat segera di OSCC. Kes yang hadir lebih daripada 120 jam dari kejadian terakhir dianggap sebagai kes \"sejuk\". Dakwaan rogol dan penderaan seksual kanak-kanak tidak begitu termasuk dalam definisi ini.j. Bagi dakwaan rogol (WHO 2004) dan penderaan seksual kanak-kanak, kes akut (baru) adalah sehingga 72 jam daripada masa kejadian. Kes yang hadir lebih daripada 72 jam dari kejadian terakhir dianggap sebagai kes \"sejuk\".k. Pemeriksaan terperinci hendaklah menjadi tanggungjawab Unit yang berkenaan. Kakitangan berpengalaman dan khusus yang boleh didapati daripada kepakaran yang sesuai hendaklah bertanggungjawab untuk pemeriksaan dan pengumpulan spesimen.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 77Terbitan 03l. Semua mangsa rogol dan serangan seksual yang dikatakan terselamat hendaklah dirujuk, diurus dan disusuli oleh pakar yang hadir dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G).m. Semua kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang didakwa hendaklah dirujuk, diurus dan disusuli oleh Jabatan Pediatrik, dan jika ada, kepada Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak yang Disyaki (SCAN) pasukan.n. Semua mangsa liwat hendaklah dirujuk ke Jabatan Pembedahan.o. Orang yang terselamat hendaklah dirujuk kepada kaunselor, ahli psikologi atau pakar psikiatri apabila perlu.p. Kepakaran masing-masing menguruskan mangsa yang terselamat hendaklah bertanggungjawab untuk pengumpulan bukti, dokumentasi dan laporan perubatan.q. Dalam sesetengah kes, laporan perubatan mungkin diperlukan daripada lebih daripada satu kepakaran contohnya, laporan daripada Jabatan O&G, Pediatrik dan Psikiatri.r. Pegawai Polis dikehendaki hadir semasa pengumpulan bukti untuk mengekalkan rantaian bukti. Semua bukti yang dikumpul hendaklah diserahkan kepada Pegawai Polis dengan segera dan tidak boleh disimpan di Hospital. Rantaian bukti dalam pengendalian spesimen mesti dikekalkan dan dipelihara sepanjang masa sehingga spesimen diserahkan kepada Pegawai Polis.s. Semua mangsa rogol (atau ibu bapa/penjaga sah mereka) hendaklah diberi nasihat tentang ketersediaan kecemasan kontraseptif jika
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 78Terbitan 03dianggap berisiko. Profilaksis selepas pendedahan untuk kontraseptif kecemasan dan pencegahan penyakit kelamin perlu ditetapkan.RUJUKAN KEPADA JABATAN KEBAJIKAN SOSIAL PERUBATAN (JKSP) a. Semua kes hendaklah dilihat oleh Pegawai JKSP di bilik OSCC pada waktu pejabat. b. Pegawai tersebut harus berjumpa mangsa pada hari bekerja berikutnya jika kes selepas waktu pejabat atau cuti umum.TEMPAT PERLINDUNGAN a. JKSP hendaklah mengatur tempat perlindungan untuk mangsa jika perlu.b. Pesakit hendaklah dibenarkan masuk ke wad pemerhatian selama 6 jam sebelum mendapat tempat perlindungan. c. Selepas 6 jam, mangsa hendaklah dimasukkan ke wad sehingga tempat perlindungan ditemui.KES ROGOL a. Semua kes rogol yang didakwa akan dilihat di bilik OSCC.b. Pegawai perubatan kecemasan hendaklah melakukan perundingan dan pemeriksaan fizikal luar serta merujuk kepada disiplin lain.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 79Terbitan 03PENDERAAN KANAK-KANAK a. Semua penderaan kanak-kanak dan penderaan kanak-kanak yang disyaki mesti dirujuk kepada pasukan SCAN di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP).b. Pegawai Perubatan Kecemasan boleh menerima kes penderaan kanakkanak atau kes penderaan kanak-kanak yang disyaki tanpa mendapat kebenaran daripada penjaga.RUJUKAN PANDUAN:1. One Stop Crisis Center: Policy and Guidelines for Hospitals, Ministry of Health, Malaysia. First published in Malaysia in July 20152. Carta alir pengendalian pesakit OSCC adalah seperti lampiran.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 80Terbitan 03LAMPIRAN:
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 81Terbitan 033.2.5 RUANG ASMA (“ASTHMA BAY”)a. Kawasan ini khusus untuk pesakit asma yang mendapatkan rawatan perubatan kecemasan di Unit Kecemasan. b. Tiada masa menunggu untuk pesakit asma. c. Hanya kes ringan dirawat di sini. Serangan asma sederhana diuruskan di Zon Kuning dan serangan asma yang teruk hingga mengancam nyawa dihantar ke Zon Merah. d. Pesakit diarahkan terus ke “Asthma Bay” selepas triage tanpa melalui pendaftaran. Terdapat sekurang-kurangnya seorang Penolong Pegawai perubatan/Jururawat yang bertanggungjawab di ruang ini pada setiap masa.e. Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab ke atas pengurusan pesakit di “Asthma Bay”.f. Penilaian PEFR perlu dilakukan sebelum nebulisasi jika boleh dan penilaian semula dilakukan selepas nebulisasi. g. Penolong Pegawai perubatan/Jururawat yang bertugas di “Asthma Bay” bertanggungjawab untuk pemerhatian pesakit di sini. Mereka hendaklah memaklumkan Pegawai Perubatan dengan segera apabila keadaan pesakit semakin merosot. h. Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab boleh menghantar pesakit dari zon ini ke Zon Kuning atau Zon Merah berdasarkan pertimbangan klinikalnya.i. Pegawai Perubatan hendaklah memeriksa semua kes baru.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 82Terbitan 033.2.6 BILIK ISOLASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA. 1. Kawasan Pengasingan (“Isolation And Decontamination Room”)a. Unit Kecemasan mempunyai bilik isolasi dimana pesakit yang terdedah kepada bahan biohazard/penyakit berjangkit boleh dinyah cemar.b. Terdapat 1 katil dan 1 bilik air.c. Dilihat oleh kakitangan unit kecemasan.d. Memakai peralatan PPE.e. Bilik ini hendaklah juga menjadi tempat bermula pemeriksaan untuk pesakit dengan penyakit berjangkit yang stabil.f. Pegawai perubatan dan paramedic dari Zon Kuning bertanggungjawab di Kawasan ini.g. Paramedik di Zon Kuning akan membuat pemantauan peralatan seperti tangka oksigen dan tanda-tanda vital, mesin ECG serta instrument untuk pengambilan darah.2. Pengurusan Penyakit Berjangki Dan Wabak.Menerima pelanggan di kaunter triage (Pesakit disaringkan mengikut jenis aduan dan masalah yang dihadapi pesakit).a. Pesakit akan disaringkan terdapat tanda-tanda, gejala dan sejarah pesakit (jangkitan penyakit berjangkit dan wabak).b. Tanpa berurusan ke kaunter pendaftaran utama untuk meminimumkanpesakit kepada orang awam atau pesakit lain.c. Pesakit diberikan PPE awal seperti mask.d. Pesakit akan mengikut laluan yang disediakan melalui pintu masuk bilik isolasi.e. Jika terdapat tanda-tanda seperti berikut (jangkitan penyakit berjangkit dan wabak, hantarkan pesakit ke Bilik (Isolasi).
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 83Terbitan 03f. Jika tiada tanda-tanda dijangkiti dalam penyiasatang. Jika pelanggan dirujuk dari Poliklinik/ Pusat Kesihatan / Klinik Swasta hantarkan pesakit terus ke Bilik Isolasi. Jika dokumen tidak mencukupi / lengkap, anggota perlu meminta dokumen tambahan dengan pelanggan.h. Pendaftaran dalam system MPIS.i. Pesakit yang dikenalpasti berisiko dan memenuhi kriteria akan dirawat di Bilik Isolasi.j. Pastikan anggota bertugas yang merawat pesakit diminimunkan.k. Pegawai Perubatan akan memaklumkan kepada Pengarah Hospital.l. Di bilik Isolasi pesakit akan diberi rawatan dan penyiasatan seperti mengambil tanda-tanda vital dan seterusnya pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan dijalankan.m. Pesakit mungkin diambil contoh spesimen darah dan lain-lain untuk dihantar ke makmal.n. Pesakit mungkin dihantar untuk x-ray. Pesakit akan di bawa melalui laluan khas ke X-ray.o. Keluarga / waris tidak dibenarkan bersama pesakit dalam bilik Isolasi.p. Waris akan dimaklumkan dari masa ke semasa mengenai keadaan pesakit.q. Semua anggota yang terlibat di Bilik Isolasi perlu memakai pakaian penuh PPE (Personal Protection equipment).r. Pesakit yang akan dimasukkan ke wad @ dirujuk perlu memakai pakaian penuh PPE.s. Anggota yang terlibat dengan pesakit secara langsung perlu memakai PPE. Selepas selesai bertugas di bilik Isolasi semua anggota yang terlibat dalam memberi rawatan kepada pesakit perlu membersihkan diri.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 84Terbitan 033.2.7 RESPIRATORI a. Zon ini adalah khusus untuk kes penyakit-berjangkit yang tidak stabil. Di mana Zon ini mempunyai 2 ruang resusitasi dengan kelengkapan oksigen dan suction.b. Paramedik Zon Kuning akan membuat pemerhatian berkala terhadap tanda-tanda vital pesakit dan didokumenkan dalam kad pesakit dan observation chat pesakit.3.2.8 BILIK PROSEDURa. Peralatan di bilik prosedur perlu di selenggara dan di kemas kini b. Setiap peralatan di bilik prosedur mesti di pastikan mencukupi untuk kegunaan pada hari tersebut.c. Antara prosedur yang dilakukan seperti toilet & suturing (T&S), incision & drainage (I&D), wound exploration, removal of foreign body, wound debribement, irrigation, splint and bandage.d. Bilik prosedur ini juga berfungsi sebagai pemasangan Plaster of Paris (POP) kerana ketiadaan ruang yang mencukupi seperti kes-kes patah bagi pemasangan strap, POP, backslap dan skin traction.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 85Terbitan 033.2.9 POLISI AKSES KESELAMATAN DAN KAPASITI RUANG KLINIKAL.Di Unit Kecemasan, terdapat 2 pintu masuk utama untuk pesakit dan waris.Pintu masuk untuk pesakit kritikal (zon merah) Pintu ini terletak di sebelah kanan kaunter triage utama dan merupakan pintu yang dikhususkan utuk pesakit zon merah yang terdapat kunci elektronik.a. Pintu masuk untuk pesakit semi kritikal (zon kuning) dan tidak kritikal (zon hijau) terletak di sebelah kiri kaunter triage utama.b. Terdapat 1 akses pintu di bahagian belakang dikhususkan untuk kakitangan hospital bagi tujuan penghantaran pesakit.c. Penempatan kakitangan keselamatan diletakkan di lokasi strategik iaitu laluan masuk pintu utama dan Penurunan Pesakit.3.2.10 Polisi Pengurusan Harta Benda Dan Barang Berharga Pesakit a. Semua harta benda dan barang berharga pesakit yang tidak sedarkan diri dan tiada waris yang menemani pada masa kejadian hendaklah disenaraikan dan direkodkan dalam Borang Harta Pesakit.b. Di Unit Kecemasan, harta benda dan barang berharga pesakit tersebut akan disimpan di dalam Peti Simpanan Harta Benda Pesakit. Peti ini perlu dikunci setiap masa.c. Hanya pesakit atau saudara yang ditetapkan boleh menuntut harta tersebut.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 86Terbitan 03d. Harta benda pesakit hendaklah diserahkan kepada kakitangan hospital/wad penerima apabila pesakit dipindahkan ke hospital lain atau dimasukkan ke wad.e. Barang berharga pesakit hendaklah diberikan kepada keluarga atau dihantar ke Pejabat Pentadbiran untuk simpanan sementara mengikut Pekeliling Bahagian Kewangan Bil 2 Tahun 2000 bertarikh 29 Februari 2000 – Peraturan Menguruskan Wang Tunai dan Harta Benda Pesakit.3.2.11 PENGURUSAN BORANG HARTA PESAKIT.a. Harta pesakit akan disimpan didalam laci /tempat berkunci. Disimpan ditempat yang selamat dan sentiasa dipantau.b. Borang pendaftaran harta pesakit diisi dalam 2 salinan.● 1 borang disimpan.● 1 borang dengan harta pesakit.● Borang yang digunakan B/A@E05/P01/10 digunapakai.c. Borang harta pesakit mestilah ada tandatangan:● Tandatangan penerima 1(Unit Kecemasan) berserta saksi.● Tandatangan penerima 11 (wad/pusat rujukan) berserta saksi.● Penyerahan harta (waris/pesakit) berserta saksi.d. Hubungan dan tandatangan● Tandatangan dan tarikh.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 87Terbitan 033.2.12 PESAKIT TIDAK SEDARKAN DIRI a. Semasa menerima pesakit tentukan samada pesakit memiliki barangan berharga dengan disaksikan oleh pembawa atau anggota lain Unit Kecemasan. b. Kumpulkan semua barangan berharga atau dokumen kepunyaan pesakit. c. Senaraikan barangan atau dokumen tersebut kedalam Borang daftar harta Pesakit di Unit Kecemasan dalam 2 salinan. d. Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang mengumpul barangan serta dokumen tersebut dan seorang saksi. e. Serahkan barangan /dokumen tersebut kepada waris terdekat yang telah disahkan jika ada, dan kemudian ditandatangani di ruangan penerima serta ditandatangani oleh seorang saksi. f. Bagi pesakit yang perlu dimasukkan ke wad, barangan/dokumen tersebut diserahkan kepada kakitangan wad berkenaan dan perlu menandatangani Borang Daftar Harta pesakit dan satu salinan akan diserahkan bersama manakala satu salinan akan di simpan di Unit Kecemasan. g. Bagi kes pesakit yang dirujuk, barangan/dokumen tersebut diserahkan kepada kakitangan wad berkenaan dan perlu menandatangani Borang Daftar Harta pesakit dan satu salinan akan diserahkan bersama manakala satu salinan akan di simpan di Unit Kecemasan.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 88Terbitan 033.2.13 Pesakit Yang Sedar Diri.a. Bagi pesakit yang sedar diri tetapi tidak berupaya menguruskan barangan/dokumen kepunyaannya, ianya boleh disimpan di Unit Kecemasan sekiranya diminta atau diizinkan oleh pesakit tersebut. Prosedur adalah seperti pesakit yang tidak sedar dirib. Barangan /dokumen perlu disimpan didalam laci /tempat berkunci bagi keselamatan. c. Jika pesakit dimasukkan ke wad, barangan / dokumen akan diserahkan kepada wad berkenaan untuk simpanan dan ditandatangani akuan terima diruangan penerima diwad tersebut serta seorang saksi. d. Barangan/dokumen akan diserahkan Kembali kepada pesakit atau waris bila pesakit meminta untuk berbuat demikian atau bila pesakit dibenarkan pulang.e. Bagi kes-kes dimana harta benda pesakit yang tidak dapat dikembalikan disebabkan pesakit meninggal dunia atau tiada waris yang dapat dihubungi atau sebagainya. Peraturan seperti dijelaskan di dalam perenggan 3 dibawah hendaklah dijadikan panduan mengendalikan harta benda pesakit berkenaan. (Rujukkan Surat Perkeliling Kewangan Bil 2 Tahun 2000.)
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 89Terbitan 033.2.14 Tindakan Ke Atas Wang Tunai Dan Harta Benda Pesakit Yang Tidak Dituntuta. Harta benda dan wang pesakit hendaklah dipulangkan kepada pesakit atau waris dengan seberapa segera apabila pesakit meninggalkan unit Kecemasan Hospital Machang. b. Jika harta benda dan wang tunai pesakit tidak dituntut dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesakit meninggalkan Unit Kecemasan, maka harta benda dan wang tunai pesakit tersebut perlu diserahkan kepada bahagian Kewangan, Pembantu Tadbir (KEW) di Pejabat Pentadbiran.c. Borang yang digunakan B/A@E05/P01/10 dan bersama sampul khas berisi harta benda dan wang pesakit. d. Sampul bersama harta benda pesakit atau wang tunai diterima daripada pesakit Borang pendaftaran harta pesakit yang tidak dituntut dibuka oleh pegawai yang bertanggungjawab dan seorang saksi.e. Tindakan diambil oleh pegawai yang dilantik bagi penerimaan wang tunai dan harta benda pesakit yang tidak dituntut.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 90Terbitan 033.2.15 PENDAFTARAN PESAKIT DI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMAPENDAFTARAN PESAKIT YANG DIKENALPASTI MAKLUMAT DIRI.a. Semua pesakit yang memenuhi kriteria diberikan rawatan kecemasan di Unit Kecemasan tanpa mengira kemampuan kewangan mereka. Segala urusan berkaitan pembayaran hendaklah dirujuk kemudian. b. Semua pendaftaran untuk rawatan di Unit Kecemasan dianggap sebagai rawatan pesakit luar dan ia hendaklah didaftarkan di Kaunter Pendaftaran Kecemasan menggunakan sistem MPIS.c. Pesakit yang telah melalui proses triaj akan didaftarkan di kaunter pendaftaran yang terletak di ruang menunggu hadapan Unit ini.d. Pendaftaran pesakit dengan menggunakan dokumen peribadi pesakit sepert berikut: -● Kad Pengenalan● Kad Tentera● Kad Polis● Paspot● Surat Lahir● Lain-lain dokumen pengenalan diri.e. Kaunter Pendaftaran di Unit Kecemasan yang beroperasi 24 jam mengendalikan pendaftaran pesakit luar.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 91Terbitan 03f. Pendaftaran pesakit ke Unit ini akan dilakukan oleh Pembantu Tadbir/Pembantu Perawatan Kesihatan pada waktu pejabat dan selepas waktu pejabat dilakukan oleh Pembantu Perawatan Kesihatan.g. Pendaftaran pesakit adalah dengan menggunakan sistem berkomputer MPIS Jika berlaku kegagalan sistem berkomputer, pendaftaran pesakit menggunakan kaedah manual.h. Orang yang mengiringi/saudara atau ahli keluarga pesakit hendaklah membantu pesakit dalam proses pendaftaran sekiranya pesakit sendiri tidak dapat hadir di kaunter pendaftaran. Sekiranya tiada orang yang ditemani maka kakitangan kecemasan yang bertugas hendaklah membantu pesakit untuk melengkapkan pendaftaran. i. Semua kes yang mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan perlu membayar RM 1.00 (Satu Ringgit Malaysia) untuk warganegara dan RM 100.00 (Seratus Ringgit Malaysia) untuk bukan warganegara (Yuran Perintah). Kakitangan kerajaan dengan Surat Jaminan atau pesara kerajaan dengan kad pesara layak mendapat pengecualian bayaran pendaftaran pesakit luar. Bayaran pendaftaran pesakit adalah mengikut Akta Fee 1982-pindaan 2017.j. Semua prosedur pesakit dalam yang dilakukan oleh disiplin lain dalam Unit Kecemasan hendaklah dianggap sebagai perkhidmatan pesakit luar dengan caj pesakit luar.k. Keutamaan dan bantuan hendaklah diberikan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).l. Mengikut pekeliling/garis panduan semasa.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 92Terbitan 033.2.16 POLISI PENGURUSAN PESAKIT TANPA IDENTITI (PENDAFTARAN PESAKIT “UNKNOWN”).1. Pendaftaran Pelanggan / Pesakit Tiada Identiti Pengenalan.Semua pelanggan atau pesakit yang berurusan di Hospital Machang wajib mengemukakan identiti pengenalan diri mereka. Namun begitu, terdapat beberapa situasi yang tidak dapat dielakkan seperti terlupa, kehilangan atau keciciran dokumen pengenalan diri sewaktu hendak mendaftar.a. Sebagai memenuhi etika perkhidmatan hospital dan memenuhi Hak Pesakit & Keluarga, semua pesakit mesti diberi keutamaan untuk mendapatkan rawatan. Oleh itu, pesakit/pelanggan yang tidak mempunyai identiti pengenalan diri diurus berdasarkan Polisi Pengurusan Pesakit Tanpa Identiti seperti berikut:i. Pelanggan / pesakit yang tiada identiti pengenalan wajib didaftarkan secara rasmi dan sistematik supaya setiap perkhidmatan rawatan yang diberikan dapat didokumentasi dengan teratur dan selamat dibawah satu nombor pendaftaran.ii. Nombor Identifikasi Khas.iii. Di Unit Kecemasan Hospital Machang, untuk kes tersebut pesakit akan didaftarkan sebagai “UNKNOWN” dan diberikan nombor pendaftaran sementara menggunakan abjad dan tarikh pada hari pendaftaran tersebut, ▪Contohnya “UNKNOWN, ID: 170420240001” untuk kes “UNKNOWN” pertama pada hari tersebut. Jika terdapat pesakit “UNKNOWN” yang lain pada hari
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 93Terbitan 03yang sama, maka abjad yang seterusnya akan digunakan,▪Contoh “UNKNOWN, ID:170420240002, 170420240003” dan seterusnya.2. Pendaftaran Pelanggan / Pesakit Tiada Identiti Pengenalan dan Tidak Sedarkan Diri.a. Pendaftaran pesakit yang tidak sedarkan diri, tidak diketahui identiti atau maklumat diri (di mana tiada waris yang menemani) hendaklah menggunakan garis panduan yang telah disediakan oleh Unit Kecemasan Hospital Machang.i. Garis panduan ini adalah merujuk kepada “General Hospital Operational Policy” yang diterbitkan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan KKM pada tahun 2013. Mengikut garis panduan yang dikeluarkan, semua pesakit yang tidak dikenalpasti identitinya perlu didaftarkan sementara menggunakan sistem pendaftaran yang tertentu bergantung kepada fasiliti masing-masing. Pendaftaran tersebut perlu dikemaskini dalam masa 24 jam. Jika identiti pesakit tersebut masih belum dikenalpasti dalam tempoh tersebut, laporan polis perlu dibuat bagi mengesan waris.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 94Terbitan 03ii. Di Unit Kecemasan Hospital machang, untuk kes tersebut pesakit juga akan didaftarkan sementara mengunakan abjad dan Tarikh pada hari pendaftaran tersebut.o Contohnya “UNKNOWN, ID: 170420240001” untuk kes “UNKNOWN” pertama pada hari tersebut. Jika terdapat pesakit “UNKNOWN” yang lain pada hari yang sama, maka abjad yang seterusnya akan digunakan,o Contoh “UNKNOWN ID:170420240002, 170420240003” dan seterusnya.iii. Bezanya pesakit akan dipakaikan Tag pengenalan dengan menulis maklumat pendaftaran pesakit pada “wrist band”.iv. Maklumat pengenalan pesakit tersebut perlu dikemaskini semula dalam tempoh 24jam, jika maklumat pengenalan pesakit masih tidak diperolehi dalam tempoh tersebut, maka laporan dibuat bagi mengesan waris.3. Pengurusan Pelanggan/ Pesakit Tiada Identiti Pengenalan Yang Telah Meninggal Dunia di Unit Kecemasan Hospital Machang.Bagi pelanggan atau pesakit tiada identiti pengenalan yang telah meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Machang semasa mendapatkan rawatan, perkara ini perlu dilaporkan kepada pihak polis supaya pengurusan jenazah pesakit adalah mengikut prosedur yang ditetapkan.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 95Terbitan 033.2.17 Polisi Rujukan Pesakit (Intrahospital Dan Interhospital)1. Rujukan Dari Unit Kecemasan Ke Klinik Atau Unit Lain.a. Tiada rutin temujanjib. Di mana difikirkan perlu, Pegawai Perubatan Unit Kecemasan hendaklah merujuk pesakit untuk susulan di Klinik Pakar atau Klinik Kesihatan.c. Pesakit yang memerlukan pemindahan ke fasiliti penjagaan Kesihatan lain selain dari Unit Kecemasan hendaklah ditemani oleh kakitangan yang sesuai dari Unit masing-masing. Protokol rujukan yang betul harus diikuti sebelum pemindahan.d. Kes yang dirujuk daripada Unit Kecemasan kepada disiplin lain,perlu dilihat dalam masa yang tertentu bergantung kepada keadaan pesakit. sekiranya kes tidak dapat dilihat dalam masa tersebut. Pegawai Perubatan Kecemasan berhak untuk memasukkan kes ke wad masing-masing bergantung pada budi bicara dengan Unit/Jabatan yang terlibat.2. Rujukan Daripada Unit Kecemasan Ke Fasiliti Lain.a. Keputusan untuk memindahkan pesakit dari Hospital Machang ke Hospital lain boleh dibuat oleh disiplin berkenaan bertanggungjawab dalam proses rujukan yang merangkumi surat rujukan. Dokumen klinikal penting, memaklumkan kes dan menyediakan kakitangan untuk mengiringi pesakit.b. Unit Kecemasan akan menyediakan perkhidmatan ambulans.c. Sebarang permintaan daripada pesakit/suadara pesakit untuk memindahkan kes ke fasiliti swasta adalah atas tanggungjawab pesakit
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 96Terbitan 03sendiri. Permintaan untuk ambulans hendaklah dicaj mengikut ‘Akta Perintah Fee 19823.2.18 POLISI KEMASUKAN PESAKIT KE WADa. Semua pesakit yang dimasukkan ke wad didaftarkan melalui sistem MPIS KKM.b. Pendaftaran pesakit di wad akan dibantu oleh Pembantu Tadbir pada waktu Pejabat dan selepas waktu pejabat akan dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).c. Jika pesakit BUKAN WARGANEGARA Malaysia, paramedik perlu memaklumkan kepada pesakit atau ahli keluarga untuk bayaran deposit kemasukan.d. Kad rawatan untuk pesakit luar (Perubatan 96. Pin 1/78) dan lain-lain dokumen mengikut check list kemasukan pesakit ke wad juga diperlukan.e. Memastikan nombor telefon waris terdekat direkod.f. Paramedik yang menjaga pesakit perlu menyediakan peralatan kecemasan (jika perlu) seperti mesin bantuan pernafasan, monitor, oksigen dan lain-lain peralatan.g. Maklumkan tentang butiran dan keadaan pesakit dengan jelas kepada kakitangan di wad melalui telefon sebelum penghantaran pesakit ke wad.h. Prosedur penghantaran pesakit ke wad berkenaan:
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 97Terbitan 03i. Semua pesakit yang dilihat di Unit Kecemasan yang memerlukan rawatan sebagai pesakit dalaman hendaklah dihantar ke wad masingmasing oleh kakitangan Unit Kecemasan. ii. Pegawai perubatan akan memasukkan pesakit dalam perdaftaran kemasukkan ke wad (Pesakit Dalam). Dalam sistem MPIS.iii. Pegawai Perubatan memaklumkan pesakit telah didaftarkan kemasukkan ke Wad dan mengarahkan Jururawat/Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga di Zon-Zon berkenaan untuk memastikan menyemak/kemaskini semua dokumentasi dalam Observation Chart, Kad Pesakit Luar dan rawatan telah diberi.iv. Bagi pesakit Zon Hijau dan Zon Kuning, kes hendaklah dihantar ke wad masing-masing selepas mendapat persetujuan dari Unit yang terlibat.v. Bagi kes di Zon Merah, setelah kes stabil dan sedia untuk dimasukkan ke wad, kes akan dihantar ke wad masing-masing dengan diiringi PPP/SN dan PPK. ● Proses penyerahan pesakit pada staf di wad berkenaan perlu dilakukan dengan betul bersama-sama dengan dokumen dan harta benda milik pesakit.● Pengangkutan pesakit ke wad hendaklah menggunakan katil atau kerusi roda bergantung kepada keadaan pesakit.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 98Terbitan 033.2.19 POLISI PENGURUSAN KES KEMATIAN UNIT KECEMASAN DAN TRAUMAPOLISI AM UNTUK KEMATIANa. Untuk kes kematian di Unit Kecemasan, “Death in Casualty (DIC)” atau “Brought in Dead (BID)”, mayat disimpan di Unit Kecemasan sementara menunggu kakitangan Forensik (Bilik Mayat) mengambil mayat. b. Semua kes yang dibawa masuk mati (BID) oleh polis hendaklah dihantar ke Bilik Mayat tanpa melalui Unit Kecemasan untuk bedah siasat.c. Semua mayat reput yang ditemui perlu dihantar ke bilik mayat untuk bedah siasat tanpa melalui Unit Kecemasan. d. Pesakit yang disahkan meninggal dunia di fasiliti kesihatan lain (contoh: klinik kesihatan) hendaklah dihantar terus ke Bilik Mayat. e. Pegawai Perubatan Forensik oncall 2 (pesakit dalam) hendaklah menjalankan bedah siasat selepas berbincang dengan Pakar Forensik oncall Hospital Raja Perempuan Zainab II.DIBAWA MASUK MATI (“BROUGHT IN DEAD, BID”)KES BUKAN MEDICOLEGAL1. Rujukan daripada mana-mana Pusat Perubatan.a. Pegawai perubatan memaklumkan kepada kakitangan yang merujuk/saudara yang ditemani. b. Mayat akan dihantar ke Bilik Mayat untuk proses selanjutnya.c. Pegawai perubatan mengisi Borang Pengurusan kematian.
HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 99Terbitan 03d. Tag putih untuk pengecaman mayat.2. Dibawa masuk oleh saudara / ahli keluarga.a. Pegawai perubatan memaklumkan kepada saudara mara / ahli keluarga. b. Pegawai perubatan mengisi Borang Pengurusan Kematianc. Tag putih untuk pengecaman mayat. d. Saudara/ahli keluarga si mati dinasihatkan pergi ke Balai Polis berhampiran untuk mendapatkan permit pengebumian.e. Saudara mara/ahli keluarga hendaklah menuntut mayat dari bilik mayat.KES MEDICOLEGALRUJUKAN DARIPADA MANA-MANA PUSAT PERUBATANa. Pegawai perubatan memaklumkan kes kepada kakitangan yang merujuk/saudara si mati.b. Pegawai Perubatan mengisi Borang Pengurusan kematian.dan tag Merah untuk pengecaman mayat.c. Pegawai Perubatan atau PPP yang bertugas akan memaklumkan kepada polis. d. Mayat kemudiannya dihantar ke Bilik Mayat untuk bedah siasat.e. Mayat hendaklah dikeluarkan selepas bedah siasat.