The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hospital Machang, 2025-11-08 20:15:53

014 POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA

014 POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA

HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 100Terbitan 03BAWA MASUK OLEH SAUDARA / AHLI KELUARGAa. Pegawai perubatan memaklumkan kepada saudara mara / ahli keluarga. b. Pegawai perubatan mengisi Borang Pengurusan kematian. dan tag putih untuk pengecaman mayat. c. Pegawai Perubatan akan memaklumkan kepada polis d. Mayat dihantar ke bilik mayat untuk bedah siasat. e. Saudara/ahli keluarga hendaklah menuntut mayat selepas bedah siasat.Dibawa masuk oleh orang yang lalu lalang atau badan yang tidak dikenaliDalam kes di mana orang yang lalu lalang membawa mayat atau mayat adalah orang yang tidak dikenali maka Pegawai Perubatan atau Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas hendaklah memaklumkan kepada polis untuk membantu mengesan saudara yang meninggal.KEMATIAN DI UNIT KECEMASAN (“DEATH IN CASUALTY, DIC”)KES BUKAN MEDICOLEGALa. Pegawai Perubatan memaklumkan kepada waris si mati.b. Pegawai Perubatan mengisi Borang Pengurusan kematian.c. Tag putih untuk pengecaman mayat. d. Pegawai Perubatan yang memberi perawatan kecemasan


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 101Terbitan 03e. Pegawai perubatan Unit Kecemasan mengeluarkan permit pengebumian.f. Mayat dihantar ke bilik mayat.g. Saudara-mara menuntut mayat dari bilik mayat.MEDICOLEGALa. Ini termasuk semua kes di mana punca kematian tidak dapat dipastikan, semua kes kemalangan kenderaan bermotor, semua kes melibatkan tuntutan insurans, semua kes yang disyaki melakukan kesalahan seperti pembunuhan, serangan, membunuh diri, rogol dan lemas. b. Pegawai perubatan Unit Kecemasan memaklumkan kepada waris atau orang yang menemani si mati.c. Kakitangan kecemasan akan memaklumkan kepada polis yang bertugas di balai polis. d. Pegawai perubatan Unit Kecemasan mengisi Borang Pengurusan kematian.e. Tag Merah untuk pengecaman mayat.f. Mayat dihantar ke bilik mayat untuk bedah siasatg. Saudara/ahli keluarga menuntut mayat dari bilik mayat selepas bedah siasat. h. Dalam kes mayat yang tidak dikenali, bantuan polis diminta untuk mengesan identiti dan saudara-mara si mati.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 102Terbitan 033.2.21 PENGURUSAN MAYAT/JENAZAH.a. Kematian hendaklah disahkan secara bertulis oleh Pegawai Perubatan dan memaklumkan kepada waris si mati.b. Semua prosedur last office mestilah dikendalikan oleh staf Bertugas termasuklah mengeluarkan tiub, peralatan perubatan dan sebagainya.c. Penyerahan harta si mati kepada yang berhakd. Jenazah/Mayat perlu berada di Unit tidak lebih dari satu jam selepas kematian diisytiharkan oleh pegawai perubatan, sebelum ke Unit Forensik.e. Borang-borang berkaitan termasuklah Borang JPN.LMO2, JPN.LM09 (kes biasa) / JPN.LM10 (kes bedah siasat), Borang Pengurusan Kematian Unit Forensik dan Tag Pengenalan Mayat boleh diambil di Unit Kecemasan dan Trauma.f. Rujuk Polisi Unit Forensik (Standard 23) HM/ACC/STD23A-00/25


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 103Terbitan 033.3 PERKHIDMATAN MAKMALa. Semua ujian makmal akan di hantar ke Unit Patologi.b. Sampel akan dihantar manual oleh Pembantu Perawatan Kesihatan.c. Ujian Makmal Diagnostik (Point of Care Testing; POCT)i. Unit ini juga menyediakan perkhidmatan ujian makmal (Point of care testing – POCT). Ujian-ujian makmal ini akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat atau Jururawat Masyarakat bagi membolehkan keputusan makmal diperolehi dengan segera semasa resusitasi pesakit.ii. Ujian POCT ini hanya boleh dilakukan atas arahan Pengawai Perubatan Unit Kecemasan & Trauma sahaja seperti,● Blood Gas● Urine ketone Strip● Glucose strip● HIV Kit● Saliva Covid● Urine Drugd. Permohonan botol spesimen dibuat menggunakan borang pesanan (KEW.PS-11) dan dihantar ke makmal setiap hari Isnin dan diambil pada setiap hari Selasa.e. Penghantaran spesimen menggunakan borang PER-PAT 301 (untuk semua ujian kecuali dinyatakan secara spesifik) boleh dihantar setiap hari bekerja termasuk di luar waktu pejabat.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 104Terbitan 03f. Pesanan ujian dan mengesan balik keputusan ujian adalah melalui sistem elektronik sepenuhnya (Agile untuk Hospital Machang dan Hospital Sultan Ismail Petra, ILAB untuk HRPZII).g. Perkhidmatan Short Turnaround Time (STAT)● Hanya ujian- ujian tertentu sahaja yang boleh dipohon secara STATseperti di bawah. Rujuk Polisi Patologi (Standard 15) HM/ACC/STD15/16-00/25 untuk senarai terbaru.Bil. SENARAI UJIAN STAT1. BUSE2. CREATININE3. GLUKOSE4. CKMB5. BILIRUBIN (PEAD)6. RENAL PROFILE7. IONISED CALCIUM8. ABG9. AMMONIA10. LACTATE11. FBC12. PT/APTT13. ESR14. GXM (BLOODCROSS MATCHING)15. DENGUE RAPID TEST16. RAPID leptospirosis17. BFMP18. CSF MIKROBIOLOGI


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 105Terbitan 033.4 PERKHIDMATAN UNIT FARMASIa. Pembekalan Ubat Stok Unit● Pihak farmasi (dengan persetujuan MO Y/M unit) akan menentukan senarai ubat-ubatan dan kuantiti mimima dan maksima yang perlu disimpan.● Pesanan untuk stok unit dibuat secara “topping up” berdasarkan kepada baki stok di wad/unit mengikut jadual pesanan yang ditetapkan.b. After Office Hour (AOH)● Senarai dan kuantiti ubat kuantiti mimima dan maksima yang perlu disimpan ditetapkan dan dipersetujui oleh Peg Perubatan Y/M Unit kecemasan & Trauma.● Stok ubat ini hanya digunakan selepas waktu pejabat.● Ubat-ubat yang dibekalkan telah siap di pra bungkus dan dilabelkan nama dan tarikh luput ubat.● Pesanan untuk stok wad/unit dibuat secara “topping up” berdasarkan kepada baki stok di unit mengikut jadual pesanan yang ditetapkan.c. Troli Kecemasan (ET) ● Senarai dan kuantiti ubat dipersetujui bersama unit. Ubat yang disimpan di dalam troli kecemasan biasanya adalah ubat yang penting dan life Saving medications. Pesanan ubat boleh dibuat di Farmasi Bekalan Wad apabila ubat mencapai stok minima dan bekalan adalah secara topping up.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 106Terbitan 03d. Bahan Psikotropik/ Dadah Berbahaya● Ubat-ubatan ini mesti disimpan dalam Kabinet Dadah Berbahaya dan berkunci. Pesanan ditetapkan setiap hari Ahad, Selasa dan Khamis menggunakan Borang Pesanan Bahan Psikotropik/Dadah Berbahaya.● Bagi unit kecemasan, pesanan perlu dilakukan menggunakan sistem PHIS. Manakala buku rekod, bekas bagi mengisi ubat dan ampul kosong (bagi suntikan) perlu dihantar ke unit farmasi.● Penolong Pegawai Perubatan perlu datang memeriksa dan mengambil ubat yang dibekalkan selepas jam 12.00 tengahari.e. Waktu operasi unit Farmasi adalah seperti berikut: -Ahad - Khamis 7.30 pagi – 10.00 malamJumaat, Sabtu dan Kelepasan Am8.00 pagi - 2.00 petang8.00 malam – 10.00 malamSelain waktu di atas, perkhidmatan diberikan mengikut keperluan atas panggilan (oncall).f. Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Dalam Umum● Semua wad/unit perlu menghantar pesanan ke Unit Farmasi Bekalan Wad sebelum jam 9.00 pagi.● Pungutan ubat-ubat oleh wad/unit bermula selepas jam 12.00 tengahari.● Pemeriksaan ubat-ubatan hanya dibenarkan untuk Penolong Pegawai Perubatan sahaja.● Unit perlu menghantar pesanan ubat-ubat mengikut Jadual pesanan yang telah ditetapkan 3 kali seminggu iaitu Ahad, Selasa dan Khamis.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 107Terbitan 03g. Untuk polisi yang tidak dinyatakan di sini, sila rujuk Polisi Farmasi HM/ACC/STD18-01/25 (Standard 18) h. Farmasi LogistikBerfungsi sebagai stor utama yang membuat perolehan dan menyimpan stok ubat dan alat perubatan untuk kegunaan unit-unit pemesan di Hospital Machang. ● Kakitangan Farmasi Logistik adalah bertanggungjawab mengeluar dan mengasingkan barang mengikut nota keluaran barang unit-unit pemesan. Ketua unit pemesan atau wakilnya yang bertaraf tidak kurang dari gred U5 atau setara dikehendaki memeriksa dan mengesahkan barang keluaran semasa memungut barang.● Ubat & Alat: Mengikut Jadual pesanan, semua Unit Pemesanan (Kecuali Kecemasan) perlu membuat pesanan 1 kali sebulan. Unit Kecemasan membuat pesanan 2 kali sebulan atas faktor masalah penyimpanan. ● - IV DRIP – Pesanan perlu dibuat setiap hari AHAD, SELASA & KHAMIS sebelum jam 12.00 tengahari. Pungutan dibuat bermula jam 2.00-4.30 petang pada hari yang sama.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 108Terbitan 033.5 PERKHIDMATAN UNIT X-RAYa. Sekiranya X-Ray diperlukan ke atas pesakit, borang permohonan yang lengkap diisi oleh Pegawai Perubatan melalui sistem MPIS dan diberitahu kepada unit X-Ray.b. X-ray yang sudah ditangkap boleh diperiksa di dalam sistem MPIS sertamerta.c. Bagi kes rujukan ke hospital luar yang tiada sistem MPIS, permohonan perlu dibuat kepada unit X-ray untuk dicetak filem.d. Untuk mendapatkan temujanji bagi prosedur tertentu (CT scan/ Ultrasound) borang perlu dihantar ke unit X-Ray terlebih dahulu.e. Pemeriksaan X – Ray Mudah Alih (mobile)Dilakukan ke atas pesakit di wad mengikut kriteria seperti di bawah:● Kritikal dan memerlukan pemerhatian rapi (kurang stabil dan menggunakan oksigen)● ‘On chest tube / ongoing peritoneal dialysis’● Post Intubation● Pesakit di bilik pengasingan● Juru X – Ray akan dimaklum oleh kakitangan wad dan borang permohonan X – Ray yang lengkap ditandatangani oleh doktor dihantar.f. Untuk pesakit yang non kritikal (Kes Hijau) pesakit akan dimaklumkan untuk mengambil x-ray ke Unit Pengimejan untuk mendapatkan perkhidmatan xray. Jika pesakit memerlukan bantuan tiada waris pesakit akan dibantu diiringi oleh Pembantu Perawatan Kesihatan.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 109Terbitan 03g. Untuk pesakit semi kritikal pesakit akan diiringi oleh kakitangan unit kecemasan mengikut keterukan pesakit dan arahan dari Pegawai Perubatan. h. Untuk kes yang kritikal perkhidmatan imaging akan dilakukan di Unit Kecemasan di mana radiograpfer akan datang di Unit Kecemasan.3.6 DOKUMENTASIa. Semua data yang direkodkan hendaklah ringkas, faktual dan deskriptif.b. Bermula Januari 2024, semua data / nota pesakit perlu direkodkan dalam Medical Programme Information System (MPIS).c. Kakitangan hendaklah mengekalkan dokumentasi yang tepat dan betul seperti di laporan/ maklumbalas yang diterima oleh unit.d. Pegawai perubatan Y/M dan Ketua Unit hendaklah memantau, menganalisis, dan memberi maklum balas kepada kakitangan untuk meningkatkan dokumentasi perkhidmatan.e. Kakitangan mengamalkan komunikasi pass over yang berkesan di antara kakitangan yang bercuti atau berkursus seperti yang dikehendaki dengan menyerahkan dan mengambil alih laporan/ maklum balas yang terkini dan tepat.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 110Terbitan 033.7 Discaja. Semua pesakit yang di benarkan pulang discaj perlu dilihat oleh Pegawai Perubatan. Pesakit akan dibekalkan dengan ubat, surat cuti sakit, surat rujukan dan kad temujanji (jika perlu) sewaktu discaj. b. Pesakit yang tidak mahu meneruskan rawatan samada di klinik mahupun di wad perlu menandatangi surat akuan menolak rawatan/prosedur. Pegawai Perubatan perlulah mengisi borang “at own risk (AOR) discharge” dan merekodkan kenyataan tersebut dalam kad rawatan pesakit. Sekiranya pesakit ingin menyambung kembali rawatan, pihak Unit Kecemasan boleh meneruskan rawatan seperti biasa.c. Diagnosis akhir selepas keluar hendaklah direkodkan di dalam kad pesakit/MPIS.3.8 HAK PESAKIT DAN WARISSemua pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Machang dijamin hak mereka seperti berikut:a. Hak Pesakit Dan Keluarga Mendapatkan Perkhidmatan Perawatanb. Hak Mendapat Penghormatan Berkaitan Permintaan Perkhidmatan Nilai Kepercayaan, Rohani dan Agama Pesakitc. Hak untuk Privasid. Hak Harta Benda Dilindungie. Hak Dilindungi Daripada Kecederaan Fizikalf. Hak Kerahsiaan Pesakitg. Hak Pesakit Dan keluarga Mengambil Bahagian Dalam Proses Penjagaanh. Hak Pesakit Dan Keluarga Untuk Menahan Rawatan Resusitasii. Hak Pesakit Mendapat Penilaian Yang Sesuaij. Hak Pesakit Untuk Penjagaan Pada Akhir Hayat


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 111Terbitan 03k. hak Menyuarakan Pandangan Dan Aduanl. Pendidikan Pesakit Dan Keluargam. Hak Untuk Mengambil Bahagian Atau Menolak Dari Terlibat Dalam Kajiann. Hak Untuk Mendermakan Organ, Tisu Dan Selo. Hak mendapat kesinambungan penjagaan kesihatanp. Hak Diberi Penerangan sebelum Memberi Keizinan kepada siasatan/prosedur atau rawatanq. Rujuk Polisi Hak-Hak Pesakit dan Waris (Standard 6) HM/ACC/STD06-00/25 untuk perincian lanjut.3.9 AMALAN KESELAMATAN PESAKIT1. Budaya Keselamatan Perkhidmatan akan memberi tumpuan kepada pesakit, kakitangan, pelawat den semua pelanggan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penjagaan pesakit.2. Pengenalan identiikasi pesakit yang betul3. Semua kakitangan di Unit Kecemasan Dan Trauma adalah dilarang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat rasmi atau tidak rasmi yang berkaitan dengan Hospital kepada mana-mana pihak.4. Mengurangkan risiko bahaya pesakit dari jatuh dengan mematuhi Dasar Pencegahan dan Pengurusan Pesakit Jatuh.5. Performance Indicator6. Mortality & Morbidity Audit● Mesyuarat/audit Mortality & Morbidity (M&M) dianjurkan sekurangkurangnya 2 kali setahun di peringkat hospital.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 112Terbitan 03● Case study untuk sesi tersebut dipilih oleh Pakar bidang berkenaan.● Semua Pegawai Perubatan (dan Penolong Pegawai Perubatan/jururawat jika perlu) yang terlibat dalam kes yang dibincangkan perlu hadir di dalam audit.● Langkah pemulihan (remedial action) perlu diputuskan dan diambil maklum oleh staf yang terlibat.● Staf digalakkan mengikuti sebarang audit M&M yang dianjurkan peringkat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Hospital Kluster.● Kerahsiaan identiti pesakit dan staf yang terlibat mesti dijamin dalam semua sesi Mortality & Morbidity Audit.7. Incident Reportinga. Insiden atau kemalangan yang melibatkan pesakit hendaklah didokumentasikan, disiasat dan tindakan penambahbaikan perlu dilaksanakan.b. Ketua jururawat hendaklah melaporkan semua kejadian yang berlaku di wad / unit masing-masing dalam tempoh 24 jam dari kejadian tersebut kepada Penyelia Jururawat.c. Kejadian melibatkan insiden berikut perlu dilaporkan melalui sistem IR 2.0 apabila berlaku di dalam fasiliti pesakit dalam:● Pembedahan/prosedur yang dilakukan pada pesakit yang salah/anggota yang salah/belah yang salah● tertinggal objek asing dalam pesakit selepas pembedahan/prosedur● medication error● Kesalahan dalam transfusi darah● Pesakit jatuh● Kesan buruk selepas prosedur klinikal● Pesakit bunuh diri/cubaan bunuh diri


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 113Terbitan 03● Pesakit diserang/dipukul● Pesakit discaj kepada keluarga/waris yang salah● Kebakaran● Insiden berkaitan Unit Kecemasan● Apa-apa kejadian/insiden lain juga boleh dilaporkan jika ia memberi kesan kepada keselamatan pesakit.d. Root Cause Analysis (RCA) akan dibuat untuk kesan “Severe”, “Death” dan insiden lain yang dinilai perlu.e. Action Plan yang diputuskan daripada RCA perlu dipanjangkan kepada staf dan diberi pemantauan susulan.f. Kerahsiaan identiti pesakit dan staf yang terlibat mesti dijamin dalam semua sesi Mortality & Morbidity Audit.g. Rujuk Guidelines on Implementation -Incident Reporting and Learning System 2.0 for Ministry of Health Hospitals (2017)


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 114Terbitan 033.10 PELAN BENCANAa. Rujuk Polisi Bencana Pengurusan bencana Mass Casualty Incident/Kemalangan yang dikeluarkan oleh Unit Kecemasan Hospital Machang. b. Alat pemadam api seperti Fire Extinguisher dan Hose Reel tersedia dan diletakkan di lokasi yang mudah dicapai.c. Semua kakitangan diberi latihan tindakan pencegah kebakaran dan penyelamatan sebagai langkah persediaan awal untuk menangani insiden kecemasan kebakaran dan bencana dalam hospital. d. Code Blue akan diaktifkan sekiranya ada pesakit mengalami kecemasan atau pengsan dalam fasiliti (Sila rujuk Polisi Code Blue).PENGURUSAN PESAKIT SEMASA BENCANAJika berlaku kebakaran, laksanakan Arahan Tetap Semasa Berlaku Kebakaran di Unit Kecemasan, antaranya:a. Cuba padamkan api dengan alat-alat pemadam api yang sedia ada di dalam Unit dengan tidak membahayakan diri sendiri.b. Tinggalkan bangunan melalui pintu keluar kecemasan yang paling hampir dengan anda seberapa segera yang boleh. c. Jangan kelam kabut semasa keluar dari bangunan. d. Jangan pergi ke tandas dan sebagainya. e. Jangan berhenti di pertengahan jalan atau berpatah balik untuk mengambil barang atau sesuatu yang tertinggal.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 115Terbitan 03f. Laporkan diri di tempat Zon Berkumpul dan pastikan nama dipanggil semasa Roll Call / Head Count.g. Tenangkan semua pesakit dan pelawat yang berada di Unit Kecemasan.h. Tempat berkumpul untuk Wad 1 ialah di Zon A Kelaskan Pesakit kepada 4 kategori:● Kategori 1 - Pesakit stabil dan berupaya bergerak sendiri. Kategori ini termasuk waris dan pelawat pesakit.● Kategori 2 - Pesakit berupaya bergerak sendiri dengan menggunakan peralatan seperti kerusi roda / tongkat.● Kategori 3 - Pesakit mampu bergerak tetapi perlu bantuan.● Kategori 4 - Pesakit tidak mampu bergerak tanpa bantuan.i. Mengeluarkan dan menyelamatkan pesakit-pesakit boleh dilakukan secara:● Memapah cara “2, 3 & 4 handed lift”.● Pikulan (fireman lift)● Menggunakan selimut atau cadar untuk memindah pesakit-pesakit.● Mengalihkan katil-katil ke tempat yang selamat.● Menggunakan kerusi roda / stretcher. ● Floor Marshal di Unit hendaklah memastikan semua anggota / pesakit / pelawat / orang awam keluar dari Unit / Wad dalam keadaan tidak panik dan pastikan tiada yang tertinggal.j. Rujuk Polisi Bencana HM/ACC/STD02-02/25 dan Polisi Kebakaran HM/ACC/STD02-04/25 (Standard 2)


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 116Terbitan 033.11 AMALAN KAWALAN JANGKITAN PENYAKITBERJANGKIT DAN IMMUNO COMPROMISEDa. Langkah-langkah pengawalan penyakit wajib dipatuhi bagi mengelakkan jangkitan di kalangan pekerja kesihatan, pesakit dan pelawat.b. Langkah utama yang perlu dipatuhi oleh setiap individu adalah dengan pengamalan ‘Standard Precaution And Additional Precaution’.STANDARD PRECAUTIONa. Satu langkah yang penting untuk mengawal jangkitan dalam persekitaran penjagaan pesakit. Ia diguna pakai untuk semua pesakit tanpa mengira diagnosis dan cara jangkitan apabila mengendalikan apabila mengendalikan:● Darah● Cecair badan● Non-Intact Skin● Mucous Membrane


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 117Terbitan 033.12 PENGURUSAN KESAKITANa. Kesakitan adalah suatu keadaan dimana seseorang merasa sakit dan tidak selesa.b. Pesakit dinilai tahap kesakitan dengan Visual Analogue Scale (VAS) atau kaedah lain yang sesuai dengan pesakit.c. Rujuk CPG Pain as the 5th Vital Sign bagi pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti kanser akan diberikan ubat penenang atau ubat tahan sakit, selari dengan CPG Management of Cancer Pain (2nd Edition).


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 118Terbitan 033.13 Pengurusan Pesakit Banduan/Diiringi Oleh Pihak Berkuasa.a. Pesakit banduan /orang tahanan yang datang untuk mendapatkan rawatan di “Unit kecemasan dan Trauma” mesti di periksa secepat yang mungkin mengikut saringan yang diberikan. Pesakit banduan akan dimasukkan di dalam unit kecemasan dan rawatan diberi mengikut saringan yang dilakukan.b. Pesakit banduan/orang tahanan dibenarkan untuk berjumpa dengan doktor untuk diperiksa pada satu masa. Polis/ pegawai penjara mesti menemani mereka semasa rawatan.c. Pesakit banduan/orang tahanan bagi kes biasa hijau diberi laluan untuk menerima rawatan Pegawai Perubatan.d. Pesakit banduan/orang tahanan kes red diberi rawatan segera dan kes yellow diberikan di zon yellow dan katil observation diberikan.e. Setiap kes akan diiringi oleh Pegawai yang menjaga dan mereka akan bergilir menjaga pesakit mengikut syif yang telah ditetapkan.f. Pesakit digari di katil dan sentiasa diawasi oleh warden penjara/pegawai polis.g. Pesakit akan diiringi oleh pegawai pengiring ke mana-mana lokasi yang diarahkan.h. Rujuk Lampiran Polisi Keselamatan Penerimaan Pesakit Dari Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang Ke Hospital Machang untuk penerangan terperinci.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 119Terbitan 033.14 RESTRAINTa. Pesakit mempunyai hak untuk bebas dari restraint kecuali dalam satu tempoh waktu yang sementara untuk melindungi diri pesakit atau individu lain dari kecederaan.b. Restraint dalam keadaan ini akan digunakan dengan selamat dan penuh hormat.c. Surat kebenaran daripada waris untuk mengenakan restraint kepada patient perlu ditandatangani.d. Rujuk CPG Management of Aggressive patient untuk perincian lanjut.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 120Terbitan 034. FASILITI DAN PERALATAN 4.1 FASILITI4.1.1 PERKHIDMATAN DOMESTIKa. Pencucian/pembersihan harian di Unit Kecemasan perlu dijalankan oleh subkontraktor yang telah dilantik. b. Kebersihan keseluruhan kawasan akan diawasi dan dipantau oleh Ketua Unit. Walaubagaimanapun, Ketua Unit yang berkenaan bertanggungjawab untuk menyelia kebersihan keseluruhan Unit tersebut.4.1.2 Pergerakan Dan Perolehan Bahan Bekalan a. Bekalan/Bahan perubatan hendaklah dipesan dari stor perubatan (Stor Integrasi) oleh unit masing-masing. b. Bekalan perubatan yang dipesan perlu diperiksa dahulu oleh staf yang memesan semasa menerima bekalan tersebut daripada pegawai stor yang bertugas. 4.1.3 Pengurusan Sisa (Waste Management) Sisa klinikal dan domestik perlu dimasukkan ke dalam beg berasingan mengikut kod warna beg yang telah ditetapkan.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 121Terbitan 03 4.1.4 LINEN Bekalan linen hendaklah dikendalikan oleh pihak Radicare yang telah dilantik oleh hospital. Keperluan bekalan tersebut hendaklah dibekalkan oleh pihak berkenaan sebagaimana/apabila dikehendaki oleh unit masing -masing.4.2 PERALATAN DAN PENYELENGGARAANPerkhidmatan Penyelenggaraan Fasiliti dan Aset Biomedikala. Pihak syarikat konsesi yang dilantik iaitu Radicare (M) Sdn Bhd bertanggungjawab untuk melakukan penyelenggaraan dan perbaikan aset-aset dan kemudahan fasiliti yang berdaftar di bawah syarikat konsesi.b. Pengguna di setiap unit bertanggungjawab untuk melakukan laporan aduan kerosakan kepada pihak Radicare melalui saluran Asset and Services Information System (ASIS), Talian Telefon dan Borang aduan. Pihak pengguna juga perlu memastikan menerima maklumbalas daripada pihak radicare berserta nombor rujukan aduan untuk dicatatkan.c. Syarikat Konsesi juga bertanggungjawab untuk melakukan Planned Preventive Maintenance (PPM) mengikut jadual yang telah ditetapkan berdasarkan Hospital Specific Implementation Plan (Hospital Machang) yang telah dipersetujul oleh pihak Hospital.d. Semakan jadual PPM aset setiap unit boleh melalui ASIS dan Jadual yang diedarkan oleh pihak Radicare.e. Penyelia Aset dan Fasiliti setiap unit adalah bertanggungjawab untuk


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 122Terbitan 03memastikan semua aset dan peralatan berada di lokasi dan dalam keadaan sedia bagi melaksanakan PPM. Semakan PPM yang telah dilakukan boleh melalul aplikasi ASIS dan sticker yang dilekatkan pada asset berkenaan.f. Aset dan peralatan yang rosak dan tidak ekonomi dibaiki perlu dilupuskan melalui proses pelupusan yang ditetapkan.5. AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI DAN KESELAMATAN 5.1 Pengurusan Kualiti /Aktiviti Peningkatan Kualiti Dan Keselamatana. Performance Indicators MSQH 6th Edition.b. Pemantauan KPI/HPIA Unit Kualitic. Aktiviti keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)d. Aktiviti Pelaporan Insidene. Aktiviti Kawalan Infeksi.f. Aktivti Akreditasi.g. Audit Klinikalh. Aktiviti Pain Free Hospitali. Aktiviti Hospital Mesra Ibadah


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 123Terbitan 035.2 LAPORAN INSIDEN● Rujuk polisi Laporan Insiden Unit Kualiti Hospital Machang.5.3 PELAN KONTIGENSI● Rujuk Pelan Kontingensi Hospital Machang.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 124Terbitan 036. LAMPIRAN 11. Borang Respons Ambulans


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 125Terbitan 03LAMPIRAN 22. CARTA PEMANTAUAN RUJUKAN INTERFASILITI


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 126Terbitan 03LAMPIRAN 33. BORANG PENGESAHAN KEMATIAN


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 127Terbitan 03LAMPIRAN 44. Surat Akuan Enggan Ke Hospital/Klinik Menggunakan Perkhidmatan Ambulan Kecemasan Atas Kemahuan Sendiri/Isteri/Suami/Penjaga/Keluarga Terdekat.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 128Terbitan 03LAMPIRAN 55. Senarai Semak Pemberian Aspirin Pre Hospital care


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 129Terbitan 03LAMPIRAN 66. PERAKUAN MENANGUUNG RISIKO KERANA MENUMPANG AMBULANS/KENDERAAN


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 130Terbitan 03LAMPIRAN 77. BORANG PERMOHONAN PERKHIDMATAN AMBULAN B/A&E 078/P02/14 (GOOGLE FORMS) HOSPITAL MACHANG.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 131Terbitan 03LAMPIRAN 8 PENDAFTARAN PESAKIT DI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA (TRIAGE)TAMAT


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 132Terbitan 03LAMPIRAN 9PERAWATAN PESAKIT MENGIKUT ZON KLINIKAL


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 133Terbitan 03LAMPIRAN 10MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PUSAT KHIDMAT BERSEPADU (ONE STOP CRISIS CENTRE)


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 134Terbitan 03LAMPIRAN 11OBSERVATIONAL MEDICINE


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 135Terbitan 03LAMPIRAN 12MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN ‘CODE BLUE” BAGI HOSPITAL MACHANG


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 136Terbitan 03LAMPIRAN 13MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PANGGILAN AMBULAN


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 137Terbitan 03LAMPIRAN 14MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN AMBULAN BAGI PEMINDAHAN INTER FASILITI


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 138Terbitan 03LAMPIRAN 15MENYEDIAKAN PASUKAN PERLINDUNGAN PERUBATAN


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 139Terbitan 03LAMPIRAN 16MENJALANKAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN BENCANA


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 140Terbitan 03LAMPIRAN 17POLISI KESELAMATAN PENERIMAAN PESAKIT DARI PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA) MACHANG KE HOSPITAL MACHANG1. TUJUANPolisi ini bertujuan untuk memastikan aspek keselamatan yang optimum bagi kakitangan hospital, pesakit, serta orang awam dalam pengurusan pesakit dari Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang yang menerima rawatan di Hospital Machang, sama ada sebagai pesakit untuk rawatan harian atau pesakit dalam. Polisi ini juga bagi memastikan rawatan perubatan yang diberikan adalah berkualiti dan sesuai diberikan kepada tahanan tanpa sebarang gangguan kepada keselamatan hospital dan orang awam.2. SKOPPolisi ini terpakai kepada semua kakitangan Hospital Machang yang terlibat dalam rawatan dan pengurusan pesakit dari PPA Machang, termasuk pegawai perubatan, pegawai kerja sosial perubatan (PKSP), jururawat, kakitangan keselamatan, serta pihak berkuasa yang mengiringi pesakit.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 141Terbitan 033. DEFINISIPesakit PPA Individu yang sedang menjalani program pemulihan di Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan dirujuk ke HospitalMachang untuk rawatan perubatanPengiringBeruniformPegawai dari Jabatan Penjara Malaysia yang ditugaskanuntuk mengiringi pesakit PPA semasa rawatanKeselamatan Langkah-langkah yang diambil bagi memastikan risiko kepada kakitangan hospital dan orang awam dapatdiminimumkan semasa pesakit PPA berada di hospital4. HAK PESAKIT PPA SEMASA MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL MACHANGa. Hak mendapat rawatan perubatan berkualiti. Pesakit dari PPA Machang berhak menerima rawatan yang adil, selamat dan profesional tanpa diskriminasi, selaras dengan Piagam Pelanggan KKM.b. Hak kepada kerahsiaan maklumat perubatan. Segala maklumat kesihatan pesakit hendaklah dirahsiakan dan hanya dikongsi dengan pihak berkaitan yang sah (contohnya: pegawai perubatan, pengurusan PPA atau pengiring yang diberi kuasa).


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 142Terbitan 03c. Hak untuk dihormati dan dilayan dengan bermaruah. Walaupun dalam tahanan, pesakit berhak untuk dilayan dengan sopan, hormat dan bermaruah sepanjang berada di fasiliti hospital.d. Hak untuk mendapat penjelasan tentang rawatan. Pesakit berhak untuk menerima penjelasan yang jelas dan difahami mengenai diagnosis, pilihan rawatan dan risiko yang terlibat, tertakluk kepada keselamatan dan protokol tahanan.e. Hak menolak rawatan (jika tidak kritikal dan tidak mandatori). Pesakit berhak untuk menolak rawatan bukan kritikal dengan syarat mereka memahami akibat keputusan tersebut dan tidak bercanggah dengan peraturan Jabatan Penjara dan undang-undang sedia ada.f. Hak untuk mengemukakan aduan. Pesakit dari PPA yang merasakan layanan atau rawatan tidak memuaskan boleh mengemukakan aduan melalui saluran rasmi hospital dengan bantuan pegawai pengiring atau pegawai kerja sosial perubatan, jika perlu.5. PROSEDUR PENERIMAAN PESAKITa. Sebelum Kedatangan Pesakit● Pihak PPA Machang perlu memaklumkan kepada unit yang terlibat dengan perawatan pesakit sebelum membawa pesakit ke hospital.● Pegawai pengiring dari Jabatan Penjara Malaysia perlu mengesahkan status pesakit dan mengemukakan dokumen yang diperlukan sebelum rawatan diberikan.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 143Terbitan 03● Semua pesakit dari PPA wajib diiringi oleh sekurang-kurangnya dua (2) pegawai pengiring sepanjang masa ketika berada di kawasan hospitalb. Semasa Pendaftaran dan Rawatan● Di Unit Pesakit Luar, pesakit PPA akan diberikan nombor giliran yang bermula dengan angka “0” di mana kategori ini akan diutamakan. Hal ini bagi mengelakkan ketidakselesaan pesakit-pesakit lain yang menunggu di ruangan yang sama memandangkan tiada ruangan khusus dapat disediakan.● Di Unit Kecemasan, pesakit PPA akan diberikan rawatan berdasarkan status triage.● Pegawai pengiring bertanggungjawab memastikan pesakit dalam keadaan terkawal dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan kakitangan dan pesakit lain.● Pesakit PPA hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bergari sepanjang berada di dalam premis hospital, kecuali apabila perlu ditanggalkan atas sebab rawatan atau prosedur perubatan, dan hanya selepas mendapat persetujuan daripada pegawai perubatan yang merawat serta pengiring beruniform.● Penanggalan gari (jika perlu) hendaklah disertai dengan kawalan rapi oleh pengiring beruniform bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.c. Semasa Pesakit Mendapat Rawatan di Dalam Wad.● Pesakit PPA tidak boleh ditempatkan di wad bersama pesakit awam kecuali dengan kelulusan Pengarah Hospital.● Jika tiada kawasan khusus yang boleh disediakan, pesakit PPA akan ditempatkan di katil bahagian hujung atau kawasan yang lebih terasing


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 144Terbitan 03bagi mengurangkan interaksi dengan pesakit lain dan memastikan kawalan keselamatan. Walau bagaimanapun, jika pesakit memerlukan katil acute berdasarkan keperluan klinikal, penempatan akan dibuat mengikut keutamaan rawatan dengan kawalan keselamatan yang sewajarnya.● Pesakit PPA hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bergari sepanjang berada di dalam wad kecuali apabila perlu ditanggalkan atas sebab rawatan atau prosedur perubatan, dan hanya selepas mendapat persetujuan daripada pegawai perubatan yang merawat serta pengiring beruniform. Penanggalan gari hendaklah disertai dengan kawalan rapi oleh pengiring beruniform.● Pegawai pengiring dibenarkan berada di dalam wad sepanjang masa dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan pesakit tidak melarikan diri atau bertindak agresif.d. Semasa Pesakit Pulang atau Dirujuk ke Hospital Lain● Sebelum pesakit pulang, pegawai perubatan yang merawat perlu memastikan pesakit stabil dan boleh dilepaskan dengan selamat.● Pegawai pengiring bertanggungjawab membawa pesakit kembali ke PPA setelah rawatan selesai.● Jika pesakit perlu dirujuk ke hospital lain, pegawai pengiring harus bersama-sama menaiki ambulance dan pesakit harus sentiasa bergari.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 145Terbitan 036. PENGURUSAN RISIKO DAN KECEMASANa. Pelan Kecemasan Perubatan● Kakitangan perubatan akan memberi rawatan segera mengikut protokol klinikal.● Pengiring beruniform bertanggungjawab untuk terus mengawasi pesakit walaupun semasa prosedur rawatan kecemasan.● Jika perlu, pegawai keselamatan hospital akan membantu memastikan aliran operasi rawatan berjalan lancar tanpa gangguan keselamatan.b. Pelan tindakan tehadap kecemasan kekerasan● Kekerasan yang mungkin terjadi antaranya adalah cubaan melarikan Diri, ancaman keselamatan, pesakit menunjukkan tanda-tanda agresif, mengamuk atau berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain.● Code Grey akan diaktifkan serta-merta oleh kakitangan hospital yang menyaksikan kejadian.● Code Grey Response Team akan digerakkan segera bagi menstabilkan situasi.● Unit Keselamatan Hospital dan pegawai pengiring dari Jabatan Penjara akan bekerjasama mengawal situasi dan menahan pesakit dengan segera.● Semua pintu keluar-masuk akan disekat sementara bagi mengelakkan pelarian berlaku.● Penilaian klinikal akan dilakukan oleh pegawai perubatan untuk menentukan sama ada perlu diberikan rawatan seperti ubat penenang, pengasingan sementara atau tindakan intervensi lain.● Sepanjang proses, pesakit hendaklah terus diawasi oleh pegawai pengiring yang mencukupi.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 146Terbitan 03c. Latihan & Simulasi Kecemasan● Latihan simulasi Code Grey dan kecemasan keselamatan perlu dijalankan bersama Unit Keselamatan Hospital, Jabatan Penjara dan kakitangan klinikal.● Latihan ini bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan dan pemahaman peranan masing-masing dalam mengurus situasi kecemasan yang melibatkan pesakit PPA.● Laporan dan Penilaian InsidenI. Setiap insiden kecemasan perlu direkodkan dalam borang insiden rasmi dan dilaporkan kepada Pengurusan Hospital serta pihak penjara.II. Penilaian pasca insiden perlu dijalankan untuk menambah baik pelan tindakan dan prosedur kawalan risiko bagi masa hadapan.


HOSPITAL MACHANG No. Daftar 014TarikhBerkuatkuasa 25/05/2025POLISI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Muka Surat 147Terbitan 037. TANGGUNGJAWAB PIHAK TERLIBATPihak TanggungjawabPengarah Hospital Memastikan polisi ini dipatuhi dan dikaji dari masa ke semasa.Pegawai Perubatan Memberikan rawatan kepada pesakit dengan mengambil kira aspek keselamatan.Pegawai KeselamatanHospitalMengawalselia keselamatan pesakit dan kakitangan hospital.Pegawai JabatanPenjara MalaysiaMengiringi pesakit sepanjang rawatan dan memastikan kawalan keselamatan pesakit.Jururawat Menyediakan rawatan kejururawatan dengan langkah- langkah keselamatan yang sewajarnya.Pihak Polis Dihubungi sekiranya berlaku insiden yang memerlukan tindakan keselamatan lanjut.8. RUJUKANa. Garis Panduan Keselamatan Hospital, Kementerian Kesihatan Malaysiab. Polisi Pengurusan Pesakit Berisiko Tinggi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantanc. Akta Penjara 1995


Click to View FlipBook Version