KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5, 4 ZON DI MALAYSIA
NAMA PELAJAR : WAN NUR SHAHIEMA BT WAN MUHSIN SHAHIR
NO. MAKTAB : PB190044
HOMEROOM : SITI ZULAIKHA
NAMA GURU : AISAH BT MAT
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KEKURANGAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
3. NOVEL DI SEBALIK INARA
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KEKURANGAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
4. NOVEL LEFTENAN ADNAN
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KEKURANGAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
5. NOVEL PANTAI KASIH
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
-KEKURANGAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
6. NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KEKURANGAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7. NOVEL SILIR DAKSINA
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KEKURANGAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8. NOVEL BIMA SAKTI MENARI
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KEKURANGAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
9. NOVEL TIRANI
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KEKURANGAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
10. RUJUKAN NOVEL
11. RUJUKAN INTERNET
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua murid dan juga guru guru yang tercinta.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada guru bahasa melayu saya iaitu Puan Aisah Bt. Mat dan guru guru Bahasa Melayu
tingkatan 4 yang telah banyak memberikan didikan,sokongan dan galakkan kepada saya
sepanjang saya melakukan folio ini. Selain itu, ribuan terima kasih juga ditujukan kepada
kedua dua ibu bapa yang saya hormati lagi sayangi selama lamanya. Mereka sentiasa
memberikan dorongan,sokongan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan folio ini sehingga
selesai dengan sempurnanya. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada adik beradik saya
yang telah banyak menolong dan memberikan sokongan saya dalam melakukan dan
menyelesaikan tugasan ini. Disamping itu, saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan saya iaitu Nur Iffa Nadia dan Siti Nur Alya Maisarah yang sudi membantu saya
semasa saya menyiapkan tugasan ini dan membantu saya dalam menyelesaikan masalah saya
sewaktu menyiapkan folio ini. Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada semua pihak
yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan folio ini. Hanya
Allah subhanawata’ala sahaja yang mendapat membalas segala budi dan bakti kepada semua
yang telah menolong saya dalam menyiapkan tugasan ini.
1. NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN
1.1 PENGENALAN
a) RINGKASAN NOVEL
Novel ini menceritakan tentang sikap taat seorang anak terhadap ibu
bapanya.Pada awalnya,Lili ingin menghabiskan cutinya bersama-sama kawannya
akan tetapi ibunya menyuruh Lili pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan
nenek Lili.Sebagai seorang anak,Lili mengambil keputusan untuk pulang kek
kampung bersendirian.Apabila sampai,segala perkara berlaku sekali gus
memberikan Lili pengalaman dan kenangan baru sepanjang berada di
kampungnya.Lili mengetahui pelbagai hal baru yang dia tidak dapat sepanjang
berada di kampung.
b) BIOGRAFI RUHAINI MATDARIN
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah.
Alhamdulillah sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga
Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus
kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan
konsultansi.Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga
pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016
memilih untuk bekerja secara freelance supaya boleh menulis pada bila-bila masa
yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat. Beliau Penikmat
kopi dan pencinta kucing.Pengagum Marquez dan menyukai tempat-tempat sunyi
dan tenang. Beliau kurang menyukai kebisingan tapi kebisingan sering memberi
ilham kepada proses penulisannya.
c) KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
SINOPSIS
a) SINOPSIS KESELURUHAN
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan
bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti
bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke
kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk
bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara
orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal
perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan
kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang
dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan
tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia
ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika
dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara
pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua
di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana
suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili
pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu
kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya
diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah
dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah
yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang
untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya
akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah
menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap
jalan.
b) SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti
di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya
perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa
berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
Bab 2
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim
tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama
lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan
Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang
pelajar tahun satu Jurusan Kejuruteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama
Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa
depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina
atau kacukan.
Bab 3
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa.
Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan
Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan
kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak
pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.
Bab 4
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah
bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan
bertanya khabar. Menurut nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong
menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Bab 5
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula
datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-
tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan
dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai
bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak
mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang
belum tentu kepastiannya.
Bab 6
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua
cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan
mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan
berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka
seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di
halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung
lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan
menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili
tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha.
Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba
buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini
sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan
begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan
rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili
berasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu
pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Bab 8
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu
menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya.
Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah
berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat
belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah
berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah
tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung, Lili merasa
keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang
Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan
di surau kerana William cuba mempengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya
tidak mempercayai pengubatan tradisional di samping memujuk supaya menjualkan
tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu
yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah
surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan
masyarakat atau mendirikan sebuah masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih
untuk membina kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah
kekurangan tanah. Di samping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan
mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah
telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk meyakinkan penduduk-
penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima
hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan
kaedah perubatan moden, kerana semua bahan ramuan tradisional diawet dalam
bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah
saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar
tidak terguris.
Bab 10
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih
ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati
datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah
yang diberikan itu belum tentu dapat meyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat
mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh
Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-penduduk
kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi.
Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi
anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan
tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara
penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik
sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas
itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang
tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan
kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh
Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah
Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi
untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk
dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk
semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita,
namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu
banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
Bab 12
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Sama ada ingin
mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-
penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji
Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat
bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini
tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman
kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada
penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk
menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan
seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya
balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan
lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-
perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut.
Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan
keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu
datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.
Bab 13
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala
Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal
sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu
dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan
menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup
dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di
bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk
menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-
henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah
Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili
membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa
berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan
bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Bab 14
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya
kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya,
Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak
menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya
sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di
perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung
tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu
keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya
stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan
khabar tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa
risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam
kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek,
dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun
hutan.
Bab 16
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan
herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan
membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut
kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.
Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka
bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki
oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik
kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam
sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada
Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur.
Dalam perjalanan pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah,
Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk.
Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan
Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan
terutamanya pisang.
Bab 17
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara
panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara
besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini
juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa
sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan
hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan
pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di
samping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang.
Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan
seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang
buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan.
Tiba-tiba, Lili yang ternampak julur ranting di jendela mendapati Danel memberi
isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah
mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel
digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia
menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua
biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang
penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai
memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu
nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang
sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa
barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah
selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan
ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke
jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang
lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang
sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana
senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili
telah berada di tempat penculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada
penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu
sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas
kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri,
hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan
dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-nyumpah
supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah, nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana
bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang
menimpa Lili.
Bab 21
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari
masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus
bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah
mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat
persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup
malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperoleh
dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negatif dan menyedihkan. Oleh itu,
Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang
lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang
memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina
secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya
tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
Bab 22
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh
ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang
sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan masuk
ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang
oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu
merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu
ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-
budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf
kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara
ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup
datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah
hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek
juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka.
Kadang-kadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri
datuk yang masih belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan
tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang.
Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang
lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang,
menipu,minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa
kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan
perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.
Bab 24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah
di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat
berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu
kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk
kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut
sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah,
sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat
kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan
sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada
hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari
pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas
ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel telah
menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk
akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya.
Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat
memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke
rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum
sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili,
jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina
sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh
Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan
hal-hal yang berat dan lebih memberi tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan.
Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke
pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan
bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel
sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang
Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah
Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek
bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih
belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan
seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam
rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah,
iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam
keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya
berdarah. Tiada seorang pun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta
cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih
dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul
anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk
kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit
wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit
wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan
panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan
berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya
berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan
pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk
membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah
untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang
dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan
berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah
ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di
pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk
mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak
Busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk
memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin
bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat
kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan
masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang
bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu
memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain
membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah
tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan
terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk
menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah
terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar
mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret
Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka
dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat
Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah.
Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung
tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan rebah di
lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah
masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che
Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di
balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk
dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau
kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa
mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh
diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai
kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai
penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan
yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya
dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di
halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak
ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan
bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi
ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan
mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak
yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili
balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah
masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke
kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri
majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud
yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam,
sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan
sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah
menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah
pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan
Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan
menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel
berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah
mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis
artikel tentang pisang.
KEKUATAN SETIAP NOVEL
Kekuatan yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah jalan cerita yang sangat
menarik membolehkan pembaca menjadi sangat seronok apabila membaca.Selain itu,penulis
menceritakan jalan cerita dengan sangat jelas dan senang difahami oleh
pembaca.Seterusnya,penulis menerapkan pelbagai nilai dalam jalan cerita tersebut membuat
kita dapat menerapkan dalam diri tentang nilai-nilai tersebut.Di samping itu,novel ini banyak
mengajar hal-hal baharu yang mungkin kita tidak tahu seperti perkataan baharu atau benda
benda baharu.Akhir sekali,penulis mengajar kita untuk taat kepada ibu bap akita supaya
segala hal yang dilakukan akan selalu diredhai.
KEKURANGAN NOVEL
Kekurangan yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah paling membosankan
di antara novel-novel Tingkatan 4.Hal ini kerana jalan cerita yang amat perlahan dan terlalu
focus di bahagian yang tiada isi.Seterusnya tajuk novel ini tiada kena mengena dengan cerita
utama novel ini.Kemudian,perwatakan Lili iaitu protagonist dalam cerita ini terlalu pasif dan
tiada perkembangan yang berlaku terhadap perwatakan Lili.Akhir sekali,novel ini berlaku
banyak pengulangan situasi dan tiada rasa ingin tahu dalam diri pembaca .
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi penambahbaikan untuk novel ini ialah penulis digalakkan untuk mengurangkan
implikasi bahasa agar jalan cerita tidak meleret.Selain itu,penulis boleh membina plot yang
lebih sesuai dan kukuh agar lebih menarik.Seterusnya,penulis boleh menerapkan unsur
kejujuran dalam watak.Di samping itu,penulis boleh menulis jalan cerita dengan lebih
terperinci dan bermaklumat.Akhir sekali,digalakkan untuk mengurangkan penggunaan
gambar dalam novel.
2.NOVEL DI SEBALIK INARA KARYA DAYANG NOOR
2.2PENGENALAN
a) RINGKASAN NOVEL
Novel ini menceritakan tentang perempuan yang berusia lingkungan umur 26
tahun.Seorang gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT.Dia anak kandung
kepada Medina@Marilyn dan Karl. Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan.
Pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut
kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.Dia sangat
berhati hati dalam membuat keputusan.
b) BIOGRAFI DAYANG NOOR
Dayang Noor merupakan penulis yang tiba-tiba muncul dalam persada penulisan
fiksyen spekulatif. Bermula dengan FiXi dua tahun lepas.Penulis ini mula mendapat
"tempat" dan kelibat, mempunyai kecenderungan sikap "noir" atau asasi gothik dalam
pengolahan tulisan ngerinya , memberi kisah-kisah ceritanya suatu konflik dan
penyeleraian yang hitam dan sekali gus tidak mudah mencapai "hidup dalam bahagia
selama-lamanya", memberi ruang paranoia dan wasangka dalam perspektif amatan
persekitaran, seperti mana yang diminta dalam mana-mana garapan noir mahupun
ngeri.
c) KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
SINOPSIS
a) SINOPSIS KESULURUHAN
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya
kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.
Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang
banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi
menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok
komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan
arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang
meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan
Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari,
Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba
dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle
Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua
orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian,
Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa
Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga
Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah
sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan.
Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida
yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda
Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.
b) SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1
Farisha yang merupakan seorang jurutera keselamatan sistem selesai bermesyuarat di
Nusajaya. Di Lapangan Terbang Senai, dia berkenalan dengan Aqram sepanjang
perjalanan ke KLIA. Farisha terkejut apabila melihat pintu rumahnya dipasang retinal
scanner dan terpaksa menunggu Shida, kawan serumahnya untuk masuk ke dalam
apartment mereka. Farisha ingin berehat kerana keesokan hari, dia akan menghadiri
satu simposium di Hotel Renaissance. Aqram yang duduk disebelah Farisha berjaya
mencuri cawan minuman Farisha semasa si dalam kaapl terbang dan bekerjasama
dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
Bab 2
Keesokannya, Farisha dan pembantunya Rosman menghadiri sebuah simposium. Dia
kecewa Philips Young hanya menyampaikan ucaptama beliau melalui hologram.
Farisha bertemu dengan Aqram tanpa diduga dan Aqram menyatakan keinginan
mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Aqram sebenarnya
sudah sebulan menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan
Dinara.
Bab 3
Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram berikutan tawaran untuk menjadi
jururunding untuk sebuah projek. Aqram bersetuju membincangkan perkara ini di
Puchong, iaitu di rumah Karl. Tetapi sebelum itu, Aqram telah memperkenalkan
Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta
kepada mereka untuk menggodam komputer Soft Lab. Farisha meminta sedikit waktu
sebelum membuat keputusan. Mereka juga melihat Karl yang terlantar kerana sakit
barah sebelum pulang.
Bab 4
Farisha bersetuju untuk berjumpa dengan Aqram di Soft Lab, Cyberjaya. Dia
menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di
tempat sama. Pejabat Soft Lab yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang
canggih mengujakan Farisha sehingga dia menemui Dinara di Pusat Data. Farisha
menjalankan tugasnya untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara sehingga
waktu petang dan pulang bersama Shida. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar
berbincang mengenai rancangan mereka. Mereka perlukan Farisha dan Shida di Soft
Lab dan Dr. Maxi memakan ingatan Alia, sebuah cyborg canggih supayarancangan
mereka tidak diganggu.
Bab 5
Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Aqram menjelaskan kepada Farisha
bahawa Karl yang membangunkan Dinara dan ia kini diancam sebuah virus setelah
diceroboh. Pada petang itu, Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak akan
bersamanya kerana mendapat tawaran yang lebih lumayan di Senawang dan Farisha
berasa tugasnya amat berat. Cyborg Alia bertengkar dengan Dr. Maxi kerana tindakan
memadam ingatannya dan cemburu dengan kehadiran perempuan lain di sisi Karl.
Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat bangun.
Bab 6
Keesokannya, Farisha lewat dan berasa kepalanya berat serta tidak sedar Alia telah
memasukkan cip ke dalam tubuhnya untuk berkomunikai dengan Karl. Karl telah
meminta tolong daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Alia menjadi
cemburu dan marah kerana tidak mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl.
Selepas beberapa ketika, Farisha sedar dan segar apabila makan pil yang diberikan
oleh Aqram. Shida membincangkan dengan Farisha tentang kehilangan seorang
penyelidik bernama Medina yang bekerja di Soft Lab.
Bab 7
Farisha, Shida dan Rosman berjumpa pada sebelah malam di pejabat Secured Shell
untuk meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Farisha tiba-tiba sakit kepala
setelah melihat sebuah cahaya putih yang memancar ke arahnya. Mereka terus pulang.
Dua hari selepas itu, Farisha diundang untuk makan malan di rumah Abang Azraai
bersama keluarganya Kak Mariah, anak-anaknya Aina dan Dina. Farisha telah
mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan dirinya merupakan anak angkat
kepada ibu dan ayahnya.
Bab 8
Keesokannya Farisha pengsan dan dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan
Dr. Maxi hairan kerana Farisha tiada latar belakang penyakit yang membimbangkan.
Mereka bergegas ke arkib untuk berjumpa Shida dan bertanyakan hal yang sama.
Bab 9
Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar merancang Plan B iaitu untuk menggantikan
Farisha dengan Shida tetapi mereka berdua amat berbeza. Shida pulang ke rumah
untuk mencari bukti penyakit Farisha namun tidak jumpa tetapi mendapat tahu Shida
merupakan anak angkat. Shida dan Rosman melawat semula Farisha yag kelihatan
lemah di hospital. Farid dan Amin datang ke katil Farisha untuk masuk ke ruang
fikiran Farisha yang sebelum ini dilingdungi oleh Wall. Farisha yang lemah telah
membuatkan Wall menjadi lemah. Aqram pula mencari amkklumat pada badan
Farisha menggunakan sebuah alat dan menunjukkan kesihatan Farisha pada tahap
yang tidak memuaskan. Dr. Maxi menyarankan Shida akan menggantikan tempat
Farisha
Bab 10
Shida telah dibedah untuk menanam microchip seperti Farisha tanpa sedar oleh Alia.
Tetapi tindak balasnya lebih teruk dan Dr. Maxi berdegil lalu memberhentikan ujikaji
selepas lima minit. Dalam masa yang sama, Farisha berkomunikasi dengan “Mummy”
di bawah sedar. Farid dan Amin berasa hairan melihat seorang perempuan tua yang
menyuruh mereka melakukan perkara tersebut menjerit gembira. Farid menyanggah
perbuatan perempuan tersebut kerana sanggup melakukan ujikaji terhadap anaknya
sendiri. Dia tidak peduli asalkan beliau telah membuktikan dirinya lebih hebat
daripada “lelaki itu”. Manakal Shida tetap murung dan tidak pulang ke rumah, tidak
bercakap, makan ataupun minum. Aqram gagal untuk memasuki minda Shida.
Bab 11
Farisha yang boleh bangun dan berjalan mendapatkan penjelasan daripada Azraai
tentang ibu kandungnya. Azraai berkata Farisha menjadi adik angkatnya kerana ingin
menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujian. Terdapat beberapa orang yang
diamanahkan untuk menjaga keselamatan Farisha. Farisha memberitahu di dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azrai berasa cemas dan membawa Farisha keluar dari
hospital. Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk mempengaruhi otak Shida dan akhirnya
Dr. Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl. Karl mengarahkan untuk membawa
Farisha ke situ kerana virus di dalam Dinara bukan sahaja akan memusnahkan Dinara
tetapi ribuan manusia. Farisha yang dalam perjalanan ke Kulai bersama Azraai telah
diculik oleh orang suruhan ibunya. Di Soft Lab, Karl bercakap melalui Shida bahawa
Khairul anwar merupakan seorang budak pengemis yang telah diganti ingatannya dan
Karl telah memukul seorang wanita sehingga cacat.
Bab 12
Farid dan Amin yang menculik Farisha dalam perjalanan ke Seremban untuk bertemu
dengan ibunya Marilyn. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan
memberitahu wanita cacat itu adalah dirinya yang dipukul oleh Karl serta nama
asalnya adalah Rusmina. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar yang menyaksikan
perbualan tersebut turut berasa sedih. Menurut laporan daripada Dinara, Dr Maxi
memberitahu Aqram dan Khairul Anwar bahawa ujikaji tersebut pernah dijalnkan
terhadap Medina. Alat pengesan pintar Rosman mengesan arah Farisha dilarikan iaitu
menuju ke Soft Lab Cyberjaya. Farisha tersedar di dalam kereta bersama Farid dan
Amin dan berasa marah serta ketakutan untuk berjumpa dengan ibunya. Sebaliknya
Farisha mahu dihantar ke abangnya Azraai tetapu tidak dipeduli. Di Soft Lab, Alia
berkomunikasi dengan Karl dan mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta
Medina. Alia masih berasa cemburu. Di sebuah stesen minyak, Marilyn berjumpa
dengan Farisha tetapi ditempelak dan memarahi ibunya kerana ingin membunuhnya
dahulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan wall Farisha dihidupkan
Bab 13
Dr Haris yang merawat Karl menyatakan kesihatannya semakin teruk tetapi Dr. Maxi
terus cuba untuk berkomunikasi dengan Karl. Melalui Shida, Karl sedar dan bertindak
menggunakan komputer untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Marilyn akhirnya
tiba bersama Farisha, Farid dan Amin. Rahsia dibongkar iaitu Marilyn / Medina
merupakan ibu Farisha dan Karl bapanya yang sanggup mengeksploitasi anaknya
untuk kajian di Soft Lab. Marilyn bermusuh dengan Karl kerana telah mensabotaj
fikirannya, akibat tindakan itu Marilyn menjadi separuh gila dan cuba mencekik
Farisha. Dr. Maxi dan Aqram menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga
angkatnya.
Bab 14
Karl semakin tenat dan semua kenalannya, bergilir-glir mendekati Karl. Farisha
mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Karl meninggal
dunia dan mayatnya dibakar serta abunya ditabur di Selat Melaka. Shida masih
bersikap aneh dan mengajak Aqram untuk pulang ke Soft Lab untuk menyelamatkan
Dinara. Aqram yakin masih terdapat Karl di dalam Shida
KEKUATAN SETIAP NOVEL
Kekuatan yang terdapat dalam novel Di Sebalik Inara ialah penulis mampu membawakan inti
dari buku ini dengan Bahasa yang tidak sulit untuk difahami.ditambah juga dengan jalan
cerita yang menarik pembaca untuk membaca dengan lebih lagi.Selain itu, mampu
memberikan gambaran tentang pengodaman dengan jelas.Seterusnya,penulis mengambar
dengan jelas jadi pembaca dapat menggambar dan memikirkan situasi dengan tepat.Di
samping itu,pelajaran hidup juga dapat dipetik dari watak-watak yang ada dalam novel
ini.Akhir sekali,jalan cerita mudah difahami dan mudah untuk digambar.
KELEMAHAN NOVEL
Kelemahan yang terdapat dalam novel Di Sebalik Inara ialah meskipun jalan cerita yang
menarik tetapi perlu membaca berulang kali untuk memahami jalan cerita dengan
betul.Selain itu, tanda baca dan pengetikan yang kurang tepat masih ditemukan dalam novel
ini.Seterusnya,hal yang menarik menjadi biasa saja bahkan beberapa kejadian yang menarik
perlu diulang untuk memahaminya dengan tepat.Akhir sekali, penulis banyak menggunakan
praktek berbanding teori yang membuatkan remaja pada zaman kini kurang tahu tentang
teori.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi penambahbaikan untuk novel ini ialah penulis boleh menulis dengan cara yang lebih
menarik agar pembaca tidak kebosanan Ketika membaca.Selain itu,pengakhiran cerita boleh
ditokok tambahkan lagi bagi mengurangkan saspens.Seterusnya,penulis boleh mengurangkan
sedikit perkataan-perkataan yang khusus dan mengelirukan agar pembaca tidak keliru.Di
samping itu,penulis boleh mengekspreiskan emosi dan menulis plot dengan lebih
terperinci.Akhir sekali,penukis boleh menceritakan apa yang terjadi kepada Karl setelah
dirinya disyaki mungkin berada dalam badan Shida.
3. NOVEL LEFTENAN ADNAN KARYA ABDUL LATIP TALIB
3.1 PENGENALAN
a) RINGKASAN NOVEL
Novel ini memaparkan dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu
menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai
152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai
British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai
Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama
42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
b) BIOGRAFI ABDUL LATIP TALIB
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir
nama di persada sastera tanah air.Beliau dilahirkan di Kg. Ulu Seperi,
Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam
bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv,
cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti
Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara
Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau
Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya
Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah
Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam
Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad
c) KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
SINOPSIS
a) SINOPSIS KESELURUHAN
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawahdan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan
Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin
membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya
mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan
duduk bersembang di kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi
orang buruan inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan.Semangat patriotic yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil
berat tentang sejarah tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang
Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil kekayaan
negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.Nasib orang Melayu
terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi
pekerjaannya.Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh
penduduk kampungnya.Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu
seperti Syed Syeikh Al-Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk
Bahanam,dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat
patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan
terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan
tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu
persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat
dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi
pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja.Atas
dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris
untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada
masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama
Kristian dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan
semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran
inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orangInggeris yang lebih
maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara ini
daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan
juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah tamat
persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi
askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port
Dikson.Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraanmenjadi buah mulut di
pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris.Adnan
tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau menjadI pengasas Kompeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25orang.Kegigihan Adnan
membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi
hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI diLondon.Adnan telah
berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke
Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke
kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun
mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi
tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan
Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan
anggotasebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi
232 orang.Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan
platunmesingan,seksyen semboyan, dan unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama
Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11
pegawai waran,759 pegawai,dan lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar
Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab untuk
mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila yang
dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan perisikan
menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan mendapati
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal
penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan
askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember
1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar
Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada hari
kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai
menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India yang
berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan
berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu
yangsedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di
Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun
dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota
Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang
cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri diTanah
Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke Singapura
dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di
Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukanserangan
kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkanBritish sekali gus
melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap
kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat
ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di
Singapura,askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan
Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya
yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari 1942,
askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuranhebat.Akhirnya British
terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
b) SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1-Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan
Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan
sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu
kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu.
Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu
menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Bab 2-Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah
pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor dia akan turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.
Bab 3-Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya
yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar
bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak
mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab
walaupun ketika membantu keluarganya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak
Saidi tidak pernah dikecewakan olehnya. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu,
Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.
Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab
itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
bersedekah buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-
anaknya bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga
menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British.
Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Saidi
menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya
dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah
Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui
senjata tetapi melalui politik.
Bab 5-Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan
hasrat untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada
ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya
akur dengan kehendak Pak Saidi.
Bab 6-Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap
anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya
supaya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.
Bab 7-Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan
Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka
masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik
sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk
kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak
Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak
Saidi.
Bab 8-Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia
marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal
anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh
Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya
mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Bab 9-Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah
Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama
dan tidak akan berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu
malam dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan
bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat
mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua
lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari
lintang pukang, walaupun ada seorang yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka
mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki.
Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam
tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap
hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi askar yang dinyatakan kepada
Cikgu Anderson.
Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia
tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Bab 11-Yakin Boleh
Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan semakin bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana
mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara,
Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Bab 12-Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak -anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan
bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah
setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan
bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan
ayahnya.
Bab 13-Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak
kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama
dalam kalangan guru-guru.
Bab 14-Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Bab 15-Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.
Bab 16-Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Bab 17-Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi
dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih
Muda
Bab 18-Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan
di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.
Bab 19-Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.
Bab 20-Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang
Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan yang penting. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu
berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina
melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa
Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka
tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya
dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat
untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus
mempertahankan tanah air.
Bab 21-Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mula mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan
pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya
mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Bab 22-Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan
dipantai. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang
sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan
gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Bab 23-Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir
kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam
angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-
adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi
tanah air.
Bab 24-Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi
suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka
menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan
berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar
Jepunm termasuk komander batalionnya iaitu Mejar Nakamura yang mengetuai orang-
orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya
mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti
bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di
pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak
sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit
pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai
tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran
ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan
meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja
kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serang balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25-Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera
British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara
di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan
Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta
Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak
musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun
Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal
Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan
tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani.
Bab 26-Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British
HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan.
Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun.
Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah
kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan
oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen
Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta
kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita
memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau
Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera
infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di
dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut.
Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Bab 27-Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun.
Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-
mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu
persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang
selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di
Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah
Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad
dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari
maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix
dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa
kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri
Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas
tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Bab 29-Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan
askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera
Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah.
Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja
askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Bab 30-Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya
bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu
berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara
kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit
Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan
berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan
tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh telah ditawan. Adnan tidak
sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera
Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Bab 31-Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut
hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera
Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah
tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal
terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di
Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan
semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan
akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak
serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah.
Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan
sebagaimana janjinya.
Bab 32-Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk
bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis
Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet tetapi mereka kekal bertahan menyebabkan pihak musuh kecewa.
Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi
enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan
darah terakhir. Keberaniannya telah menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk
bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun marah kerana keberaniannya menentang musuh
sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera para h
itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun
kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu.
Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang
tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Bab 33-Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit
Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya.
Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan
ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga
terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun
menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir.
Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.
Bab 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang
pendudukan Jepun di tanah Melayu
Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan
menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal
dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya
mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat
tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit
leukimia dan meninggal dunia.