KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan ialah sikap keberanian yang
ditunjukkan oleh wataka utama dalam jalan cerita ini.Selain itu,mengajar remaja apa arti
keberanian,persahabatan,pergorbanan dan kesetiaan.Seterusnya,judul cerita yang dapat
menarik minat pembaca.Di samping itu,jalan cerita yang senang difahami.Akhir
sekali,perwatakan tokoh mudah difahami oleh pembaca.
KELEMAHAN NOVEL
Kelemahan yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan ialah terlalu banyak bahasa dan
singkatan yang susah untuk difahami.Selain itu,gambar yang tersedia tidak sesuai dengan
situasi.Seterusnya,konflik yang diceritakan kurang kompleks dan mudah diteka.Di samping
itu,judul tertera bagaimana tentang Leftenan Adnan pada saat itu, namun tidak begitu
menggambarkan secara jelas tentang kehidupan beliau.Akhir sekali, gambar yang kurang
tepat atau ilustrasi dalam cerita tersebut, sehingga kurang menarik dan cenderung bosan
dalam membaca
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi penambahbaikan untuk novel ini ialah jalan cerita sebolehnya tidak dipanjangkan agar
pembaca tidak bosan.Selain itu penulis memberikan lebih pendedahan tentang apa yang
terjadi kepada mayat Leftenan Adnan setelah ditikam dengan teruk.Seterusnya,penulis
digalakkan untuk mengurangkan penggunaan nombor dan fakta agar jelas cerita tidak
meleret.Di samping itu,penulis juga boleh memberikan sedikit latar belakang serta jalan
cerita tentang kehidupan Amarullah,adik bongsu Leftenan Adnan.Akhir sekali,penulis boleh
memasukkan cerita dan kisah tentang perjuangan Sophia yang bertungkus-lumus menjaga 3
orang anaknya ketika Leftenan Adnan berperang.
4.NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
4.1 PENGENALAN
a) RINGKASAN NOVEL
Raiha merasakan sesuatu yang aneh sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut kerana
pesakit yang sama mempunyai komplikasi yang serupa beberapa kali. Dalam masa yang
sama, Raiha dihantui kisah silamnya bersama bekas suaminya. Walau bagaimanapun dia
tetap tabah meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan. Dr. Raiha cuba meluahkan
keanehan yang dilihat di pusat perubatan kepada Doktor Uwang, tetapi mentornya tidak
senang dengan luahannya. Raiha juga sebenarnya berminat dengan Dr. Uwang sejak menjadi
pelajar di IPT dahulu. Peristiwa aneh berlaku semakin kerap sehingalah Dr. Uwang
mengalami kemalangan jalan di pusat rawatan. Akhirnya, kejadian antara Raiha dan bekas
suaminya dihuraikan dan Raiha sedar bahawa di merupakan seorang mangsa keadaan.
b) BIOGRAFI AZMAH NORDIN
Novel Pantai Kasih yang diterbitkan pada tahun 1994 ini merupakan karya Azmah
Nordin. Penulis kelahiran Kedah yang menetap di Sabah ini mula menceburi bidang
kesusasteraan pada 1986 dan meminati penulisan sajak, cerpen serta novel. Beliau mula
berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana.
Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau
meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
c) KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
SINOPSIS
a) SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri
ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
b) SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapi masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,
namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha
iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan
kredibiliti doktor idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa
pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor
Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia
memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga
teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin
dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya
menjadi golongan profesional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya
adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap
larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat
bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi
Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di
PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah
bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran
Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil
terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk
melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula
mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada
kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar
dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir
tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang
sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat
Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana
asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah
pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya
memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Raiha.
BAB 2
Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulu pun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja.
Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang
doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada
halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor
Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang ada kalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga
sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum
sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk
melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada
Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang
berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan
yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang
sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur
dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap
kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya.
Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan
doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika
itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima
bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini
perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister
Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya
begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan
dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang
sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai
penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang
mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya
tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu
bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama
ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar
Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan
Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan
Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa
bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian
ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika
itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga
menyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha.
Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa
adalah barang kemas miliknya hasil titik peluhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa
sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana,
gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat
elit.
BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya
dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam
muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya
itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandunginya itu kerana kehadirannya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah
diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan
masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak
hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia
berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut
dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan
dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak
rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul
hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan
berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan
keuntungan berlipat kali ganda masuk ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan
bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang
mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya
hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan
Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai
oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia
juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa
dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu
hanyalah khayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi
berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka mengganggu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya
seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah
dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat
gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam
kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi
anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-
tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama ini.
Hal ini seolah-olah menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan.
Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat
panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan
berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di
bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal
dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati
terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia
tergelincir di situ.
BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke
kondominiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan
wajah muncung dan merungut-rungut.Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari
keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya
habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor
Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia
yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang
oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor
Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana
didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor
Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila
ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa
Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat
penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.
Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong
Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya
yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu
keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para
pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang yang
memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia
supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera
ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah
ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya
untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia
berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan
bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya
menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih..
BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’
iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia
berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih
dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan
hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan
kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan
dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas
menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya.
Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia
sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-
tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor.
Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu,
Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah
Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat
Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng
menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat
panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah
Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin
ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga
menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih,
Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak
fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada
derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan
anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan
menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi
dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke
hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut
Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu
adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam
peperiksaan akhir semester.
BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
mengimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali
keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun
bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-
olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak -kanak
perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang
marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat
saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak
perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu
bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila
dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali
kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai
Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak perempuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha
turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan
senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang
memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang
berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya
kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-
pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya
dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelangan
tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi
budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki
Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu
sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil
sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
.
.
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ialah kisah yang tertuang cukup menarik
sebagai pengajaran untuk anak muda yang doyan dengan dunia percintaan.Selain itu,situasi
yang dijelaskan menggunakan bahasa yang sederhana sehingga dapat dengan mudah
dipahami oleh pembaca yang membaca. Seterusnya, informasi yang disampaikan dalam
bentuk novel ini sangat informatif dan mudah di pahami. Di samping itu, kisah yang ingin
disampaikan oleh penulis sangatlah tersampaikan dengan bahasa yang digunaka sangat ringan
dan membuat pembaca serasa ikut dalam cerita tersebut.Akhir sekali, melalui karakter watak
yang kuat dan gigih, kita mendapat makna tersendiri untuk bagaimana bersikap gigih, dan
tetap berusaha walaupun selalu menemukan kegagalan dalam sebuah proses.
KELEMAHAN NOVEL
Kelemahan yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ialah adanya penggunaan bahasa yang
tidak pantas pada isi cerita buku ini.Selain itu,detail cerita disampaikan dengan terlalu
rumit.Seterusnya,cover buku terlihat kurang menarik.Di samping itu,penggunaan bahasa yang
kurang baik akan mengakibatkan pembaca kesulitan untuk memahami katamaupun kalimat
yang ada didalam cerita novel ini.Akhir sekali,novel kurang meninggalkan jejak yang menarik
yang dapat diingat oleh pembaca.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi penambahbaikan untuk novel ini ialah pereka dutrasi novel boleh menggunakan muka
depan yang kurang hambar agar dapat menarik perhatian pasaran.Selain itu,penulis boleh
memendekkan dan memadatkan jalan cerita agar tidak meleret.Seterusnya,penulis dapat
menerapkan nilai-nilai menarik dalam diri watak.Di samping itu,penulis harus memberikan
fokus terhadap watak sampingan agar tidak kelihatan bosan dengan asyik menyinarkan kisah
silam watak utama.Akhir sekali,penulis dapat menceritakan dengan lebih terperinci dan
melebihkan implikasi emosi.
5. NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
5.1 PENGENALAN
a) RINGKASAN NOVEL
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang bijak dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Dahlia yang merupakan
anak sulung terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
mental. Ayahnya pula dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya, Abu Bakar pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak mahu belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.
Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hikmah di atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah apabila Dahlia dapat melanjutkan pelajaran ke
Jepun dan bertunang dengan Azhari.
b) BIOGRAFI KHAIRUDDIN AYIP
Novel ini merupakan karya Khairuddin Ayip yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Beliau telah menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak.
Hasil penglibatannya dalam penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah
seperti tempat pertama dalam peraduan menulis Novel Kanak-Kanak DBP pada tahun 1987
dengan karya Sayang Disayangi. Selain itu, beliau juga berjaya mendapat tempat pertama
dalam peraduan menulis Novel Remaja DBP pada tahun 1990 dengan karya Songket
Berbenang Emas.
c) KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
SINOPSIS
a) SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh
teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital
Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar
kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing
peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda
keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula
beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang
didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak
cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil
keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun
begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik -
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan
masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di
asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah
tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM
dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31
Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua
tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada.
b) SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih
tidak lengkap. Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang
lelaki mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama
Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung
ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan
ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta
Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak
suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak
betul”.Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi.
Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu
cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh
apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia
menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia
tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad
dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang
berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi
ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar
emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu
kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba
salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis
yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari
mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk
membaiki diri sendiri dan keluarganya.Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari
pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya
untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan
oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa
beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri
tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja
mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan
segala-galanya kepada Tuhan.Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha
mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak
suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain.
Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong
juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini
beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang
pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang
disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya
rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik
kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit
Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang
sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred
tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.
Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada
hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada
petang itu.Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada
pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari
Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat
emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia
risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran
wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan
Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke
Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain
pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua
kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing
sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam
sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh
seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung
Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah
tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal
Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang
dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-
suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok
ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya.
Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang
mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata
orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.Embong pulang
membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat
Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular
itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya.
Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran
sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba,
Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India
yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya
ke klinik.Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang
telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu
sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila
mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba
Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu
bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi
Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi
emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak
sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka
berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan
Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari
yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga.
Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari
dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong
telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu
Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang
keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan
menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju
dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut
apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana
dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya
untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal
di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat
sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik
Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa
orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati
Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia
telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah
memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap
sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas
itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.Tauke Lim datang ke rumah Embong dan
menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah
supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau
ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan
kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih
berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang
terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi
dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar
telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu
Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing
milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.Sewaktu
mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir
reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.Dahlia mendapati Nek Kiah
sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan
ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang
sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu.Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati
emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada
bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah
terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit.Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.Sebelum semua mangsa banjir
pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada
penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga
berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek
di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman,
penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah
Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap
penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa
dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik
pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.Selepas tamat
peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang
untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.Azhari terdengar berita itu ketika dia datang
untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia teringat kembali
kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu
Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak
pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin
risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang
diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar
Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa
dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang
merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan
sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-
bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai
orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas ialah sikap bertanggungjawab
watak utama dalam menjaga keluarganyaSelain itu,jalan cerita yang sedih dan sangat menarik
perhatian pembaca.Seterusnya,sikap watak utama yang sangat gigih membantu keluarganya
dapat menunjukkan kepada remaja sekarang untuk gigih dalam mencapai sesuatu.Di samping
itu,cerita ini dapat memainkan emosi pembaca dengan baik.Akhir sekali,cara penulisan yang
sangat mudah difahami oleh pembaca.
KEKURANGAN NOVEL
Kekurangan yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas ini ialah jalan cerita agak
meleret dan boleh menyebabkan sesetengah pembaca untuk berhenti di separuh jalan.Selain
itu,kulit depan novel ini kurang menarik dan tidak menarik perhatian
pembaca.Seterusnya,novel ini memerlukan gaya penulisan yang lebih terperinci.Di samping
itu,novel ini memaparkan gambar yang tidak sesuai dengan situasi.Akhir sekali,saya
merasakan bahawa watak utama terlalu muda untuk berkahwin.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi penambahbaikan untuk novel ini ialah penulis boleh menambahkan unsur yang menarik
kepada jalan cerita.Selain itu,pereka ilutrasi novel mungkin boleh menggunakan kulit depan
yang lebib menarik dan tidak hambar.Seterusnya,penulis boleh menulis jalan cerita dengan
lebih terperinci.Di samping itu, penulis boleh mengetepikan fakta yang tidak berguna semasa
jalan cerita .Akhir sekali,lebih manis jika penulis membolehkan watak utama untuk
berkahwin setelah mencapai umur ideal.
6.NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
6.1 PENGENALAN
a) RINGKASAN NOVEL
Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat
Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam
manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga
adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu
dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal.
b) BIOGRAFI NIZAR PARMAN
Nizar Parman yang merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau telah
menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa
Melayu sekolah rendah dan merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang. Novel ini
merupakan hasil penulisan sulung beliau dan telah memenangi tempat kedua sastera Utusan-
Exxon Mobil tahun 2009 bagi kategori novel remaja.
c) KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
SINOPSIS
a) SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan
nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu
di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya
mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab
tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal,
Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan
dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap
akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal
mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang
perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh
penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang
sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah
ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu
mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera.
Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya
meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan
tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat
persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana
umi, walid, dan adik tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap
Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal menari.
b) SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-
siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba
ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba
bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.
Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada
Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman
yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun
berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika
itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin
bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah
ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di
kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan
Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar.
Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan
besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke
Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu
dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah
dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik
guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak
apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah
Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku
tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa. Sudah sepuluh
tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya
dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya.
Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan
bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk
minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta
baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa
alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan
aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah
ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus
terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk
membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap
Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan
datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim
menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan
sehingga nama kampung menjadi popular.
Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling
begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk
memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur
begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu.
Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam)
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi
meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama
ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15
orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu..
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi.
Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku
puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi
sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai
Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat
latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman
di bibirnya,
v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku.
Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali
membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa
orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati. Fikiran
aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata
Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan
hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk
berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping
potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup
aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling
vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam
itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling
mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan
dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku
memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.
vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan
aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan
penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling
dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya
kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah
3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya
Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu
aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan
kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.
viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat
bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program
yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang
baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku
membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam
balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi
orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan
menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya
kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh
mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat
persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya
akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk
dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di
dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku
tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.
BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan
apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa
ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal
memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami
kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis
yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang
memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan
Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu
Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan
hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal
terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid
ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus
tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.
BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.
BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.
BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah
menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal
seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya
merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.
BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat dalam novel Silir Daksina ini ialah sikap setia kawan yang
diterapkan dalam novel ini.Selain itu,banyak pengajaran yang boleh diterapkan dalam diri
dalam penulisan novel ini.Seterusnya,kegigihan seseorang dalam mengembangkan warisan
budaya dan kesusasteraan.Di samping itu,segala penyampaian yang ingin disampaikan
senang difahami.Akhir sekali,penulis meletakkan pelbagai nilai yang boleh digunakan oleh
pembaca dalam kehidupan dalam novel ini.
KEKURANGAN NOVEL
Kekurangan yang terdapat dalam novel Silir Daksina ialah permulaan cerita yang terlalu
padat sehingga susah untuk difahamu oleh pembaca. Selain itu, jalan cerita yang yang senang
diteka oleh pembaca. Seterusnya, kulit buku dan maklumat di buku tiada kaitan dengan jalan
cerita.Di samping itu, penggunaan ayat yang terlalu dramatik dan akan menyulitkan pada
pembaca yang kurang ilmu pengetahuan tentang ayat-ayat tersebut.Akhir sekali,jalan cerita
yang sangat ringkas dan pendek.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi penambahbaikan untuk novel ini ialah membuat novel lebih dramatic dan misteri.Selain
itu,penulis perlu menulis permulaan secara tidak terlalu padat supaya pembaca memahami isi
yang ingin disampaikan.Seterusnya,menukar kulit buku menjadi lebih menarik seperti
menukar warna dan animasi yang lain.Di samping itu,penulis menjelaskan maksud ayat ayat
yang menggunakan ayat yang bombastik.Akhir sekali, penulis memnbuat cerita lebih Panjang
sedikit.
7. NOVEL BIMA SAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU BT MOHD YUSOP
7.1 PENGENALAN
a) RINGKASAN NOVEL
Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai
Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul
Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau
kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki
kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai
tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam.
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri
Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk
mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul
Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa
terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas.
Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar
menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji
Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk
menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan
bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan
musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tua Nurul Hafsa.