The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SAKINAH BINTI SARIFF (PNM), 2023-12-15 01:25:23

SARI PUSTAKA BIL. 3

SARI PUSTAKA BIL. 3

SARI BIL.3/2023 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA PUSTAKA KATALOG BUKU SEGMEN PENERBIT ULASAN BUKU


Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh Yang kami perlukan kata benar bukan cerita besar. Bahasa membina dunia, menyusun diri dan memberi layangan pengalaman. PENASIHAT: SALASIAH BINTI ABDUL WAHAB KETUA EDITOR: AIDATUL HASNIDA BINTI ABDUL RANI EDITOR: MOHD FATHRULRIZAM BIN SAID RUZILAH BINTI EHSAN RAMZY BIN MD. TAHA SITI FATIMAH BINTI WAHAB MAZIDAH BINTI ABD RAHMAN PENYELARAS KANDUNGAN: SAKINAH BINTI SARIFF MAZIDAH BINTI ABD RAHMAN PEMBANTU KOORDINATOR PENERBITAN: NOR NAJAH BINTI MAT YUSOF PEREKA GRAFIK: SAKINAH BINTI SARIFF SIDANG PENGARANG SARI PUSTAKA 03


KANDUNGAN ULASAN BERFIKIR TENTANG PEMIKIRAN MOHD IZANI CHE JAAFAR KEMBARA ILMU : DARI SG. KOROK KE ST. ANDREWS HAZLIFAH BINTI ZAIDI STORIES OF REFLECTION BEGHUM ULFHAT SHEHNAAZ BINTI AMIR RAZLI LAIL: SELIMUT MALAM DAN KETAKWAAN HARTA NURUL ATHIRAH BINTI MAT ISA BOOK ON HIBAH: THE UNDERSTANDING AND EXECUTION OF ALL THE DIFFERENT FORMS OF HIBAH NURFATIN ATHIRAH BINTI RAHMAT KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL : RINGKAS, PADAT, MENARIK ADAM ZULKARNAIN SALENG AL-QURAN BERBICARA TENTANG CINTA & JODOH SAHRIL BIN LARIWOO 6 9 12 17 20 23 26


KANDUNGAN ULASAN JOSÉ RIZAL: MELAYU AGUNG ZURAIDA BINTI MOHD AZIZ PANDEMIK KACAU PERASAAN (PKP): #30EMOSI: UJIAN ATAU HIKMAH? NUR ALYA NAZIRAH BINTI ARIFFIN KOMRAD ASI (REJIMAN 10): DALAM DENYUT NIHILISME SEJARAH NUR ALIA SHAKILA BINTI RUSLAN 37 41 44 BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH : PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI WAN YUHAIMISHAM BIN WAN YUSOFF 34 JANGAN TUNDA TAUBATMU SHUZLINA BINTI MAT AMIN 29


ULASAN BUKU Sasterawan Negara A. Samad Said Gelaran tidak ada makna apa-apa yang penting adalah sumbangan SARI PUSTAKA 05 OLEH: WARGA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA


BERFIKIR TENTANG PEMIKIRAN Salah satu hal yang menonjol dari buku ini adalah cara penulis menggali dan mengulas tentang pentingnya pemikiran kritis dalam berbagai aspek kehidupan. Buku inimerupakan bahan bacaan umum. Isi kandungannya terbahagi kepada 15 bab yang digarap dan dihurai soal pemikiran untuk pembaca berfikir dan memahami apa yang penulis cuba sampaikan. Topik yang dikupas oleh penulis dalam buku ini agak beratdanilmiah. Buku ini pada asalnya ditulis bagi mengumpulkan pemikiran, pengalaman dan ilmu yang dikutip sepanjang mengikuti aktiviti dakwah dan tarbiyah di dalam pergerakanIslamdiMalaysia. Salah satu hal yang menonjol dari buku ini adalah cara penulis menggali dan mengulas tentang pentingnya pemikiran kritis dalam berbagai aspek kehidupan. Tertarik dengan definisi ‘pemikiran’ iaitu pemikiran merupakan sesuatu yang berubah, tidak statik tetapi dinamik oleh penulis itu sendiri telah memaksa para pembaca untukmeneruskan SARI PUSTAKA 06 bangkitkan pemikiran pembaca untukdihayati yangditulisolehSyed Ahmad Fathi bin Syed Mohd Khair. Buku ini memberikan pandangan yang mendalam dan reflektif mengenai konsep pemikiran serta bagaimana kita seharusnya berfikir dalam menghadapi berbagai situasi jugatentangandalamkehidupan. Syed Ahmad Fathi. Berfikir Tentang Pemikiran. KJ Book Knowledge Enterprise, 2020. erfikir Tentang Pemikiran" merupakan sebuah karya menarikdanmem-


pembacaannya. Penulis turut membahas tentang bagaimana pemikiran kritis dapat membantu untuk mengatasi masalah, membuat keputusan yang tepat, danmengembangkanpemahaman yanglebihmendalamtentangdunia disekitarkita. Buku ini juga memuatkan pemikiran-pemikiran hasil dari pembacaan dan juga isu-isu semasa. Antara isuyangdibincangkanadalah permasalahan dalam pergerakan organisasi Islam dan teori-teori sedia ada yang membentuk pemikiran beliau. Selain itu, buku ini turut membicarakan pelbagai sudut pandangan penulis berkenaan dengan politik di peringkat nasional dan antarabangsa, pengaruh dan peranan media dalam kancah pertarungan politik, pemikiran perihal kritik sosial dan juga kritikan terhadap model ekonomi dan pendidikan terkini, cabarannya dan penambahbaikan. SARI PUSTAKA 07 Buku ini juga menyorot betapa pentingnya mengembangkan pemikiran yang terbuka dan inklusif. Penulis menekankan bahawa pemikiran yang terbatas dan tidak fleksibel dapat menghambat pertumbuhan intelektual dan sosial kita. Oleh karena itu, buku ini mendorong pembaca untuk selalu bersedia mendengarkan sudut pandang yang berbeza, merangkul perbezaan, dan menghindari pemikiranyangsempit. Selain itu, penulis juga membahas tentang bagaimana teknologi dan media sosial dapat mempengaruhi carakitaberfiikir.Iamengajakkitauntuk lebih kritis dalam mendapatkani informasi dari berbagai sumber, serta untuk memahami bagaimana algoritma dan filter bubble dapat mempengaruhipersepsikitaterhadap dunia. Penulis turutmembahas tentangbagaimanapemikiran kritisdapatmembantukita untukmengatasimasalah, membuatkeputusanyang tepat,danmengembangkan pemahamanyanglebih mendalamtentangduniadi sekitarkita.


Fokus buku ini adalah untuk mengajak pembaca menilai semula neraca fikir dan berani berfikir dalam konteks yanglebihluasdanrencam. Pembacaan buku ini bukan sekadar memberi jawapan, sebaliknya menimbulkan tanda tanya dan memaksa kita berfikir. Sesuatu yang terpuji tentangbukuini,penulistidak memaksa pembaca bersetuju dengannya, malah menegaskan bahawa beliau tidak sempurna, namum ia tidaklah seharusnya menghentikan beliau dari terus menulisdanberkongsi. Secara keseluruhan, "Berfikir Tentang Pemikiran" adalah buku yang mencerahkan dan memberikanwawasanbaharu SARI PUSTAKA 08 Pemaparan yang jelas dalam buku ini membuatnya mudah difahami oleh pembaca dari berbagai latar belakang. Penulis menggunakan contoh-contoh konkrit dan analogi yang relevan untuk membantu menjelaskan konsep-konsep yang kompleks, sehingga dapat membantu pembaca dalam meresapi pesan yang ingin disampaikan. tentang pentingnya pemikiran kritis dan inklusif dalam kehidupan kita. Buku ini dapat menjadi panduan yang bermanfaat bagi siapa saja yang ingin mengembangkan kemampuan berfikirnya, mengatasi tentangan, dan lebih mendalam dalam memahami dunia di sekitarnya. Buku ini juga sesuai untuk dibaca untuk memberi pengajaran dan pemahaman yang lebih luas dalam konteks dunia pekerjaan antara majikan dan pekerja bawahannya. Buku ini juga menyoroti pentingnya kemampuan untuk mengenali ‘bias’ dalam pemikiran kita sendiri. Penulis mengajak pembaca untuk lebih introspektif dan kritis terhadap motivasidanandaianyangmendasari pemikiran kita. Dengan cara ini, buku ini tidak hanya menjadi panduan untuk berfikir yang lebih baik, tetapi juga sebuah panggilan untuk memahami dan mengelola diri kita sendiridenganlebihbaik. Disediakanoleh: MohdIzanibin Che Jaafar Pustakawan Perpustakaan MAMPU MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya


KEMBARA ILMU : DARI SG. KOROK KE ST. ANDREWS uku ini menceritakan tentang kisah hidup penulis bermula seawal usia tujuh tahun pada Penulisbukuini,Dr.MohdDaudBakar merupakansalahseorangpakaryang diseganidalambidangkewanganIslam dandikenaliramaidiperingkat antarabangsa.Beliaumerupakan TimbalanRektordiUniversitiIslam AntarabangsaMalaysiasebelum meletakkanjawatandanmenceburi bidangkewanganIslamsecaraglobal. SARI PUSTAKA 09 Mohd Daud Bakar. Kembara ilmu: Dari Sg. Korok ke St. Andrews. Amanie Media Sdn. Bhd. 2021. tahun 1971 sehingga beliau berjaya memperoleh PhD pada, tahun 1993. Kisah yang diceritakan di dalam naskhah ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku di dalam kehidupan penulis pada fasa pendidikan, pembentukan personaliti di samping perkembangan minda ilmiah penulis. Dalam erti kata yang lain, penulis menceritakan autobiografi beliau di dalam naskhah ini dengan memfokuskan bidang pendidikan dan pengalaman beliau dalam mengembangkan kemahiran beliau di dalam bidang kewangan Islam.


Sebagai contoh, penulis menyatakan kekesalan beliau ketika mengambil mudah kepentingan Bahasa Inggeris di dalam pendidikan beliau sehingga menyebabkan beliau terpaksa berkorban bagi menggapai semula impian beliau. Namun demikian, beliau merasakan pengorbanan yang terpaksa dilakukan itu adalah berbaloi, seiring dengan kejayaan yang telah beliau kecapi pada hari ini. Membaca buku ini seumpama menyelusuri sendiri era kehidupan penulis pada masa tersebut. Beliau menceritakan peristiwa, rintangan, cabaran dan suka duka kehidupan beliau secara jelas serta terperinci. Beliau turut berkongsi perasaan beliau dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang melanda serta hikmah yang beliau dapat bagi setiap ujian yang ditimpakan kepada beliau. Penulis sentiasa Secaraumumnya,bukuini berkisarkanceritasebenaryang berlakudalampelbagaiaspek kehidupanpenulis,yangmana boleh dijadikantauladandan iktibarolehparapembaca. SARI PUSTAKA 10 Penulis buku ini merasakan personaliti seorang individu banyak dipengaruhi dan dipupuk sepanjang fasa pendidikan dan pembelajarannya. Justeru itu, prestasi dan perwatakan individu tersebut pada fasa ini adalah cerminan kepada personaliti beliau di masa depan. Sebagai hasilnya, pemikiran dan hasil tindakan kita pada hari ini adalah terbentuk hasil daripada pembawakan diri semasa fasa pembinaan personaliti dan minda keilmuan di zaman pendidikan kita. Mesej utama yang dipaparkan oleh penulis melalui buku ini adalah memanusiakan kisah kehidupan di dalam sekolah kesusahan dan kehidupan yang mana disampaikan melalui tema yang berbeza terkandung melalui 20 bab buku ini. Mesej kehidupan yang disampaikan adalah berdasarkan tempat, masa dan era kehidupan yang berbeza yang dialami sendiri oleh penulis di dalam kehidupan beliau pada era zaman pendidikan beliau di Sungai Korok, Klang, Kuwait dan St. Andrews (Scotland, United Kingdom) sepanjang tempoh tahun 1971-1993. Secara umumnya, buku ini berkisarkan cerita sebenar yang berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan penulis, yang mana boleh dijadikan tauladan dan iktibar oleh para pembaca. Apa yang menarik minat saya tentang buku ini adalah penulis menceritakan tentang kekesalan beliau dalam beberapa perkara yang telah beliau lakukan dalam kehidupan beliau.


tidak menyokong beliau, sebaliknya hanyalah terpengaruh dengan anasir negatif oleh orang kampung. Pada penghujung buku ini, penulis merakamkan harapan beliau agar pembaca dapat menikmati keindahan perjalanan dalam sebuah cerita kehidupan. Penulis menyatakan dalam kehidupan setiap orang pasti akan ada halangan dan dugaan, namun di sebaliknya akan terselit keindahan yang mengandungi pedoman untuk dipelajari. Seseorang yang berhenti belajar dalam sekolah kehidupan boleh ditafsirkan sebagai sudah meninggal di atas dunia ini walaupun ajalnya masih belum tiba. Secara kesimpulannya, buku ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bacaan bagi semua peringkat pembaca memandangkan setiap cerita di dalam buku ini mempunyai teladan yang boleh menjadi pembakar semangat dan inspirasi kepada semua. SARI PUSTAKA 11 melihat kehidupan ini dari sisi positif dan merasakan setiap cabaran dan dugaan yang ditimpakan adalah ujian untuk beliau agar berjaya dalam kehidupan di masa depan. Sepanjang membaca buku ini, saya dapat merasakan aura positif yang disampaikan oleh penulis. Beliau sentiasa memberikan kata-kata yang baik, harapan yang baik-baik dan doa yang baik-baik di dalam penulisan beliau. Penulis menulis secara penuh hikmah dengan harapan, pembaca akan dapat mengambil iktibar dan pengajaran berdasarkan kisah kehidupan beliau di masa lalu yang menjadikan beliau seorang yang dikenali dan berjaya pada hari ini. Sebagai contoh, penulis menceritakan cabaran beliau ketika menghadapi masalah kewangan ketika ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Kuwait, dan usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga, beliau menyatakan rasa bersyukur kerana dikurniakan guruguru dan kawan-kawan yang sanggup mengumpul wang bagi menyokong hasrat penulis untuk melanjutkan pelajaran ke Kuwait. Namun, bagi penulis, jauh di sudut hati beliau tahu keluarganya bukanlah Disediakan oleh: Hazlifah binti Zaidi Pustakawan Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi Jabatan Peguam Negara


STORIES OF REFLECTION uku ini mengandungi 18 kompilasi kisah benar kehidupan yang memberi SARI PUSTAKA 12 Dear Beghum, I hope you will enjoy reading these true-life stories compiled by Writers’ group- The fifth compilation. My story is on p-77. Warmest regards, Zawiyah Baba 28/01/2022. Itu adalah bait-bait terakhir yang ditulis oleh Allahyarhamah YBhg. Dato’ Zawiyah Baba kepada saya sewaktu beliau menghadiahkan buku ini kepada saya. Hubungan kami agak rapat, kerana pernah bertugas sebagai pembantu penyelidik beliau serta bersama-sama dalam jawatankuasa Kebangsaan IFLA WLIC 2018. Stories of Reflection: A writing for Charity initiative by the Writers Group. The Writers Resources, 2021. refleksi kepada pembaca. Setiap bab yang dihasilkan memberi impak emosi suka dan duka. Terdapat beberapa kisah benar dalam buku ini yang menyentuh hati dan memberi inspirasi kadangkala meninggalkan satu tanda tanya dalam benak pemikiran. Sesuai dibaca oleh semua golongan terutama mereka yang sedang dilanda ujian. Terdapat banyak potongan ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan inspirasi dalam menghadapi ujian Ilahi. Gaya bahasanya bersifat santai dan mudah difahami.


Buku ini adalah buku kelima daripada Writers’ group yang merupakan kompilasi ceritacerita refleksi berkonsep ketuhanan berbahasa Inggeris dan kesemua buku yang dihasilkan oleh Writers’ group ini adalah untuk tujuan amal jariah penulis-penulis kerana mereka percaya setelah kembalinya mereka kepada pencipta, ilmu atau penulisan yang disampaikan dalam buku ini akan memberikan pahala yang berterusan. Semoga ilmu yang disampaikan dalam penulisan Allahyarhamah YBhg. Dato’ Zawiyah Baba beri ganjaran pahala berterusan. Ameen! Dalam 18 kisah benar ini terdapat beberapa kisah yang sangat memberi inspirasi dan healing yang membawa pembaca melalui pelbagai roller coaster emosi dan kadangkala sehingga menitiskan air mata. Kisahkisah yang disampaikan turut memberi satu refleksi bahawa saya juga pernah berada di tempat itu namun cara saya menanganinya sangat berbeza dengan cara penulis. Di sini saya menyampaikan ulasan untuk beberapa kisah yang sangat memberi inspirasi, pengajaran dan tarbiyah dalam hidup saya. SARI PUSTAKA 13 Menyelak lembaran 77, hasil penulisan Allahyarhamah YBhg. Dato’ Zawiyah Baba bertajuk Pandemic Wedding Jitters memaparkan bagaimana perkahwinan anak beliau Aiman telah ditangguhkan kerana Pandemik COVID-19. Namun disebalik peristiwa ini, beliau cuba menyampaikan bahawa garis takdir hidup kita telah ditentukan dan setiap perancangan Ilahi itu memiliki hikmah yang sukar diduga, walaubagaimanapunhikmah yang sukar diduga ini tentunya yang terbaik. Menitis air mata membaca hasil penulisan Nur Atikah Halim Bashah bertajuk The Pursuit of Self-Worthiness yang memaparkan bagaimana beliau yang dibesarkan dalamkeluarga yang berantakan,bergolakdenganpelbagai konflik perasaan dan peristiwa kerana bukanlah mudah membesar tanpa keluarga yang sempurna. Namun begitu,beliaumemegangkukuhkatakata guru yang menjadi inspirasi dan sumberkekuatanuntukbeliau Buku ini adalah buku kelima daripada Writers’ group yang merupakan kompilasi ceritacerita refleksi berkonsep ketuhananberbahasaInggeris


bangun menjadi orang yang berjaya. Berpegang yakin hanya dengan ilmu, beliau dihormati, beliau telah berjaya dalam perjalanan hidup beliau dan apa yang penting dengan ilmu juga beliau boleh memberi semula kepada masyarakat. SARI PUSTAKA 14 bersama orang yang tersayang. Beliau merasakan pilihan beliau untuk berada bersama keluarga tersayangadalahyangterbaik. RM16,000 bukanlah kos yang murah terutama untuk pelarian Rohingya. Norliza Nordeen dalam penulisan beliau bertajuk Assalamualaikum…SOS, memaparkan bagaimana beliau membantu seorang bapa berstatus pelarian Rohingya yang isterinya melahirkan anak kembar tidak cukup bulan dan ditempatkan dalam NICU. Penulisan beliau sangat menyentuh perasaan terutama dalam menceritakan bagaimana sukarnya pengalaman bapa muda tersebut dalam mengharungi hidup di Malaysia sedangkan mereka tidak boleh bekerja, bukan sahaja kerana status pemegang kad UNHCR malah pandemik COVID-19 lebih menjadikan hidup merekamencabar. Penulisan ini membuka mata saya, bahawa komuniti sesama Islam kita ramai yang sedang bertarung dengan kemiskinan, namun orang-orang seperti Norliza Nordeen ini berdiri teguh di belakang membantu tanpa mengirabangsadanstatus. COVID-19: A Call to Home hasil tulisan Dinah Khairuddin memaparkan betapa indahnya pandemik yang membawa kepada seribu hikmah, dan hikmah terbesar adalah berada di rumah dengan keluarga tersayang. Walau pada awalnya beliau yang masih berada di London melalui pelbagai konflik emosi sama ada perlu kekal di London sehingga majlis graduasi ataupulangke rumahdanberada


The Non-Hodgkins Lymphoma! bukan mudah menerima berita ini. Kisah benar berinspirasi daripada Allahyarhamah Zuraidah Omar dipaparkanmenerusihasilpenulisan beliau sendiri bertajuk Truly Tested. Motivasi beliau dalam menghadapi penyakit ini adalah dengan memegang kata-kata Mufti Menk “Trials are a gift from the Almighty. The hardship you are experiencing might just be what earns His pleasure”. Membaca kisah ini memberi satu perasaan bukan mudah untuk berada di tahap reda dengan ketentuan Allah dan terlintas di fikiran bahawa hidup kita inibukankitayangpunya! Siapakah sahabat baik hingga ke akhir hayat kita! Friends till the Last Breath, hasil tulisan Azmah Yusuf memaparkan kisah dua orang doktor bersahabat baik Dr. Maz dan Dr. Anita yang mana Dr. Maz telah disahkan menghidap kanser dan bagaimana Dr. Anita sebagai seorang sahabat baik dan seorang doktor yang merawat Dr. Maz bersama-samamengharungijatuh SARI PUSTAKA 15 Mereka ini ikhlas menghulur tangan memberi tanpa meminta dan bukan hanya menjadi netizen yang menghukum atau mengadili masyarakat tanpa tahu kisah sebenar disebalik sesuatu peristiwa. bangun dalam melawan penyakit kanser sehingga ke akhir hayat sahabatnya. Sedih, dan satu perkara yang bermain di fikiran apabila membaca bab ini ialah “siapakah sahabatakuyangakanbersamaku apabilatibamasaakunanti?”. Saya sertakan gambar saya bersama beliau sebagai moment terakhir kami bersama. Kata-kata terakhir beliau kepada saya “jom ambil gambar sama-sama takut kitatak jumpalagi”.


SARI PUSTAKA 16 A Pause in my Life, penulisan Yasmin Gan Abdullah juga tidak kurang memberi inspirasi. Kisah beliau yang sentiasa mahukan kesempurnaan dalam hidup berakhir dengan pencarian kerjaya yang membawa kebaikan kepada beliau untuk dunia mahupun akhirat dengan menyertai sebuah yayasan. Dalam proses membantu pada yang memerlukan beliau telah melihat pelbagai isu dan permasalahan yang menjadikan beliau lebih menghargai ketentuan Allah dalam hidup beliau. Dengan usia yang sedang menganjak senja, beliau merasakan tumpuan beliau lebih kepada mencari kebahagiaan dan kesempurnaanuntukhari akhirat. Banyak lagi kisah inspirasi yang dipaparkan dalambuku ini. Apa yang boleh saya sampaikan, membaca buku ini dari kulit ke kulit memberi satu refleksi dari mata sampai ke hati. Belajar dari pengalaman orang lain memberi pengajaran yang mematangkan, malah cara mereka menangani sesuatu yang berlaku dalam hidup mereka, memberi jalan keluar kepada kita yang sedang melalui liku-liku hidup yang sama. Tahniah kepada penulis terutama kepada Allahyarhamah YBhg. Dato’ Zawiyah Baba yang menghadiahkan buku ini kepada saya. Saya sertakan gambar saya bersama beliau sebagai momentterakhirkamibersama. Disediakanoleh: BeghumUlfhat Shehnaazbinti Amir Razli Pustakawan Kanan Disediakanoleh: BeghumUlfhat Shehnaazbinti Amir Razli Pustakawan Kanan Politeknik SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam Kata-kata terakhirbeliaukepada saya “jomambil gambar sama-sama takut kita tak jumpa lagi”.


LAIL: SELIMUT MALAM DAN KETAKWAAN HARTA koordinat serta batu nautika yang berbeza. Secara faktanya, kedua-dua novel ini berkisar tentang satu kejadian atau peristiwa yang sama. Surah al-Fajr mengambil cerita yang berlaku kepada mangsa nahas kapal terbang yang terhempas di lautan luas dan kemudian dihanyutkan ke sebuah pulau terpencil, manakala surah al-Lail pula melihat kepada watak-watak lain yang terlibat yang terlibat di dalam misi pencarian mangsa nahas ini. Ia juga memperlihatkan bentuk minda dan tingkah laku mereka yang terkesan dengan nahas ini secara langsung atau tidak langsung. Menariknya, kedua-dua novel ini boleh dibaca secara berasingan. Cerita di dalam setiap novel adalah lengkap tanpa perlu membuat rujukan silang kepada novel yang satu lagi. Walau bagaimanapun, jika anda telah membaca kedua-dua novel ini, ia akan menjadi cerita ini lebih indah. Lebih teruja lagi, ia akan menjana satu mesej baharu yang tidak diungkap oleh SARI PUSTAKA 17 Mohd Daud Bakar. Lail: Selimut Malam Dan Ketakwaan Harta. Amanie Media Sdn. Bhd., 2022. ovel ini adalah novel yang kelima di dalam siri novel penulis Mohd Daud Bakar yang berinspirasikan alQuran. Namun, ia ada sedikit keunikan apabila dibandingkan dengan novel yang keempat yang bersandarkan surah al-Fajr. Novel yang diinspirasikan oleh surah al-Lail melengkapkan kisah sebuah cerita yang dipaparkan dalam novel yang diinspirasikan oleh surah al-Fajr tetapi dalam dimensi, tempat dan


Perjalanan kisah kehidupan pelbagai segmen dan jenis manusia di dalam pelbagai tempat dan situasi yang dijahit dengan makna dan juga pantulan makna ayat-ayat surah al-Lail menjadikan novel ini hampir sama dengan novel sebelum ini yang bersendikan surah al-Fajr. Dalam novel ini juga terdapat pelbagai cerita watak dan komplikasi serta drama tentang pelbagai orang di pelbagai tempat dan profesion mereka. Surah ini bermula dengan Allah bersumpah dengan malam yang membaluti dan hari siang yang terang-benderang serta kejadian makhluk yang berpasang-pasang. Kemudian pula, surah ini berakhir dengan satu pengakhiran yang dinanti-nanti oleh manusia yang mengenali Allah S.W.T yang maha esa, iaitu mendapat keredaan diri sendiri dengan mentaati semua perintah Allah khususnya ibadah kehartaan yang menjadi tema penting di dalam surah ini. SARI PUSTAKA 18 mana-mana novel ini bila dibaca secara berasingan. Makna dan mesej baharu serta unik hanya akan terserlah selepas sahaja membaca kedua-dua novel ini. Hal ini juga simbolik kepada satu fakta penting bahawa ayat-ayat dan surah-surah al-Quran sentiasa terkait dan terangkum antara satu sama lain. Dalam keterkaitan, ada makna dan mesej yang tidak tertulis dan terungkap secara literal dan harfi. Lebih menarik lagi, ia menunjukkan bahawa ayat-ayat al-Quran, walaupun berada dalam struktur ayatnya yang tetap dan tidak akan berubah sampai bila-bila, suluhan dan pantulan makna dan mesejnya boleh mengena setiap keadaan dan perlakuan manusia yang relevan sama ada di masa lepas, masa sekarang atau masa hadapan. Inilah keunikan alQuran di sebalik keanjalan makna dan pantulan makna sehingga menjadikan al-Quran hidup dan relevan serta berfungsi di dalam semua era dan geografi, lautan dan daratan, orang perseorangan atau komuniti dan negara.


SARI PUSTAKA 19 Agak menarik di dalam surah-al Fajr, surah ini diakhiri dengan keadaan manusia yang berjaya reda dengan diri sendiri dan Allah S.W.T juga reda dengan roh hambanya ini yang tenang. Di dalam surah al-Lail pula, seseorang itu akan mendapat keredaan diri sendiri. Mungkin surah al-Fajr adalah pelengkap surah al-Lail dalam konteks pengakhiran dan klimaks surah. Walaupun berlainan penekanan di akhir dua surah ini, kata kuncinya adalah sejauh mana seseorang itu boleh mendapat keredaan dengan sendiri dengan mendapat balasan dan habuan yang baik di akhirat nanti. Inilah misi utama kehidupan dalam kepelbagaian kerja dan aktiviti manusia. Tidak salah berbeza cara kerja dan perwatakan kerana ini sememangnya sifat dan perwatakan manusia. Manusia tidak diminta untuk sama kerja dengan perwatakan mereka, cuma manusia perlu pastikan pengakhiran sesuatu kerja adalah baik dengan mendapat segala yang dijanjikan Allah S.W.T sehingga mendapat keredaan dan kepuasandirisendiri. Disediakanoleh: Nurul Athirahbinti Mat Isa Penolong Pengarah Bahagian Pembinaan Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia


KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL : RINGKAS, PADAT, MENARIK uku bertajuk “Kaedah Penyelidikan Sains Sosial: ringkas, padat, menarik" Bukubertajuk“Kaedah PenyelidikanSainsSosial: ringkas,padat,menarik"ini ditulisolehSaiyidRadzuwani SyedSopidanAhdaAmbak. SARI PUSTAKA 20 Saiyid Radzuwan Syed Sopi. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial: Ringkas, Padat, Menarik. Syihabudin Press, 2021 ini ditulis oleh Saiyid Radzuwani Syed Sopi dan Ahda Ambak. Buku setebal 427 muka surat ini dibahagikan kepada sembilan (9) bab yang membincangkan kaedah bagaimana cara menyediakan kertas cadangan dan penulisan penyelidikan. Secara khususnya buku ini adalah buku ilmiah yang sesuai untuk dibaca oleh pelajar, pengkaji dan juga orang awam yang ingin menjalankan kajian atau ingin mempelajari cara yang betul menjalankan kajian ilmiah. Buku ini diterbitkan pada tahun 2021, berkulit lembut dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bab pertama dimulai dengan pengenalan proses penyelidikan iaitu membincangkan tentang maksud penyelidikan. Penulis juga menerangkan ciri-ciri penyelidikan dan jenis-jenis penyelidikan.Bab dua (2) tertumpu kepada panduan bagaimana pembaca ingin memilih topik penyelidikan dengan betul dan sesuai. Proses ini menjelaskan seseorang yang ingin membuat penyelidikan wajib mengenal pasti dan membuat keputusan masalah apa yang hendak disiasat atau kaji. Bab tiga (3) menyentuh tentang kerangka teori dan reka bentuk kajian iaitu penulis menerangkan kepentingan teori untuk menyokong kajian yang dijalankan.


Bab enam (6), berkaitan dengan analisis penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kualitatif adalah satu kaedah penyelidikan bagi kebanyakkan bidang sains sosial. Penulis menerangkan bagaimana untuk menentukan kaedah yang ingin digunakan. Penulis juga menerangkan pengertian penyelidikan kualitatif, reka bentuk kajian kualitatif sama ada entografi, teori sistem dan lain-lain. Bab tujuh (7), analisis penyelidikan kuantitatif pula dijelaskan dalam bab ini. Kaedah kuantitatif berbeza dengan kualitatif yang menekankan kaedah pengukuran dan data serta bersifat eksperimental. Penulismenjelaskanpentingnya untukmembinasorotankarya lepassupayapengkajitidak terkeluardarilandasanyang dirangkasemasamelakukan kajian. SARI PUSTAKA 21 Reka bentuk kajian juga penting sebagai panduan bagi membentuk struktur kajian secara keseluruhan agar kajian yang dilaksanakan tidak terpesong daripada tujuan kajian dijalankan. Bab seterusnya iaitu bab empat (4) pula menerangkan bagaimana pembaca menyediakan sorotan karya lepas atau literature review kerana sorotan karya lepas adalah salah satu komponan dalam penulisan kajian. Penulis menjelaskan pentingnya untuk membina sorotan karya lepas supaya pengkaji tidak terkeluar dari landasan yang dirangka semasa melakukan kajian. Cara penulisan kajian lepas secara berstruktur juga diberikan. Bab lima (5) berkaitan dengan permasalahan dan kaedah kajian. Penulis menerangkan kedua-dua perkara ini harus diberikan perhatian semasa menulis kertas kajian. Kenal pasti apakah masalah sebenar yang hendak dikaji dan kaedah yang sesuai bagi masalah yang dikenal pasti di terangkan secara terperinci oleh penulis.


Setiap bab disusun berdasarkan kaedah penulisan yang tepat bermula daripada persediaan membuat penyelidikan sehingga gaya penerbitan yang memberikan maklumat yang komprehensif tentang tatacara penulisan dan penyelidikan ilmiah. Buku ini perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penulisan ilmiah berbentuk esei, kertas kerja, kertas projek, cadangan penyelidikan dan kajian ilmiah. Buku ini boleh diperoleh di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Terdapat dua (2) naskhah dengan nombor panggilan M 300.72 SRS. Pembaca boleh membuat rujukan dengan mengunjungi PNM di Bahagian Pusat Rujukan Malaysiana, Aras 7 Menara Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Antarakelebihanbukuiniadalah penulismenghuraikankaedah penyelidikandengan menggunakanbahasadan contoh-contohyangmudahuntuk difahamiolehpembaca. SARI PUSTAKA 22 Bab lapan (8) persampelan, kesahan, kebolehpercayaan dan bias iaitu bagaimana pengkaji memilih persampelan untuk kajian yang dijalankan. Penulis juga menghuraikan kepentingan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap instrumen yang dibina benar-benar berperanan dalam proses kutipan data kajian. Bab sembilan (9) memberi panduan tatacara menulis kertas cadangan dan laporan penyelidikan. Pembaca boleh merujuk contoh kertas kajian yang disertakan bagi memudahkan penulisan. Antara kelebihan buku ini adalah penulis menghuraikan kaedah penyelidikan dengan menggunakan bahasa dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami oleh pembaca. Penulis juga menjelaskan secara terperinci tentang elemen-elemen penyelidikan yang penting sebagai ilmu asas kepada pengkaji. Disediakan oleh: Adam Zulkarnain Saleng Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan Perpustakaan Negara Malaysia


a testament to the author's expertise and commitment to shedding light on the spiritual and practical dimensions of this timeless practice. Dr. Sadali Rasban knows a lot about hibah, and in this book, he shares his knowledge in simple words. Even if you don't know much about it, the book makes it easy to understand. The author takes me step by step, like climbing stairs, to help to get to know everything about hibah. The book starts by telling me where hibah comes from and why it is important. It is like knowing the roots of a big tree. The author explains that hibah has been around for a very long time, especially in Islamic traditions. But he also shows me that similar ideas exist in other religions and cultures too. BOOK ON HIBAH: THE UNDERSTANDING AND EXECUTION OF ALL THE DIFFERENT FORMS OF HIBAH SARI PUSTAKA 23 Sadali Rasban. Book on Hibah: the Understanding and Execution of All the Different Forms of Hibah. Singapore. HTHT Advisory Services, 2021. ook on Hibah" by Dr. Sadali Rasban is an enlightening exploration of the age-old practice of hibah, a concept deeply rooted in Islamic tradition and philosophy. With meticulous research, profound insights, and a compassionate approach, Dr. Rasban has taken me on a transformative journey through the realms of giving, sharing, and the profound impact of hibah on individuals and communities. This book is


return. The book encourages me to think about how we can make a positive impact on others through hibah, no matter how big or small. What is wonderful about "Book on Hibah" is that it is not just about the past. Dr. Rasban shows me how hibah is still relevant today. He shares examples of people who are using hibah to create positive changes in the modern world. It is like connecting a bridge between the past and the present. The book also talks about some things we need to be careful about when it comes to hibah. Dr. Rasban explains that while giving is wonderful, we should also think about legal and fair ways to do it. It's like a road sign that helps us stay on the right path. SARI PUSTAKA 24 As I read further, I learned how hibah can be a powerful tool for helping others. Dr. Rasban tells me stories about people who gave things through hibah, and how it changed their lives. It is like a magic wand that makes good things happen. The book shows me that hibah is not just about giving things, but it is also about making a positive difference in someone else's life. One thing that stands out in the book is how it talks about fairness and being honest. Dr. Rasban explains that when a person gives things, we should do it with a good heart and without expecting anything in return. It's like planting seeds of kindness. The book also talks about how hibah can help people who need it the most, like those who are struggling or facing difficulties. The author also tells me about the joy of giving. He says that when we give, it makes us happy too. It is like a circle of happiness when we give, we receive joy in


SARI PUSTAKA 25 Dr. Rasban's writing is like a friendly conversation. He speaks to me like a wise friend, sharing stories and ideas that make me think. The book uses a language that is easy to understand, which makes it great for anyone who wants to learn about hibah, no matter their age. In conclusion, "Book on Hibah" by Dr. Sadali Rasban is like a guiding light that teaches me about the beautiful concept of hibah. It is a book that helps me see the importance of giving and sharing with others. With simple language andheartfelt stories, thebook takes me on a journey to understand how hibah can make the world a betterplace. So, if you want to learn about the magic of giving and the power of kindness, this book is a wonderful placetostart. Disediakanoleh: Nurfatin Athirahbinti Rahmat Penolong Pengarah Pusat Rujukan MalaysianadanLuar Negara Perpustakaan Negara Malaysia


AL-QURAN BERBICARA TENTANG CINTA & JODOH uku ini memaparkan analisis bernas ayat-ayat al-Quran yang berkaitan "Al-QuranBerbicaraTentangCinta &Jodoh"hasilkaryaUstazah AsmakHusindanMohdDzulKhairi MohdNoormenawarkankepada pembacaperspektifuniktentang persimpangancintadantakdir sepertiyangdigambarkandalam ajaranal-Quran. SARI PUSTAKA 26 Asmak Husin dan Mohd Dzul Khairi Mohd Noor. Al-Quran Berbicara Tentang Cinta & Jodoh. Faqih Synergy Training & Consultancy, 2022. dengan soal hati dan bagaimana perjalanan mencari pasangan hidup yang sesuai dengan tuntutan agama. Apabila kita mempunyai niat untuk berpasangan, pastinya pelbagai perkara bermain di dalam fikiran. Kita akan berasa takut tersalah arah dan tersasar bersama pasangan. Usah bimbang! Dugaan pasti ada dan ia adalah fitrah umat yang beriman, pasti akan ada rasa takut untuk bercinta kerana bimbang akan tersasar dari landasan dan objektif sebenar pasangan dalam percintaan. Dengan adanya buku ini, ia akan memberi panduan kepada kita mengenai cinta dan alam perkahwinan. Pendekatan teliti penulis dalam mentafsir teks al-Quran terserlah dalam penerokaan cinta dan takdir. Penulis mahir menganyam kisah-kisah dari al-Quran dengan pandangan praktikal, mewujudkan jambatan antara ayat-ayat suci Al-Quran dan pengalaman kontemporari dalam kehidupan. Buku ini mengupas tematema kesabaran, kepercayaan kepada kebijaksanaan Ilahi dan perancangan Allah, menawarkan pembaca jaminan yang menghiburkan dalam soal cinta dan perhubungan dalam kehidupan berumahtangga. Kandungan buku ini menawarkan perspektif tersendiri tentang pertembungan cinta dan


Walaupun sesetengah pembaca mendapati bahasanya agak padat dan perbincangan teologi agak rumit, penulis berusaha untuk menerangkan konsep yang kompleks, menjadikan kandungan buku ini boleh difahami oleh pembaca. Struktur buku ini adalah teratur dan tersusun, membimbing pembaca melalui pelbagai peringkat pemahaman perspektif al-Quran tentang cinta dan takdir. Penceritaan berkaitan kehidupan sebenar dan contoh praktikal memperkayakan lagi pengalaman pembaca, menjadikan kandungan boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian. Bukuinimenganalisisayatayatal-Quranyang berkaitandenganmasalah hatidanpencarianpasangan hidup. SARI PUSTAKA 27 takdir, berlandaskan ajaran al-Quran. Buku ini menganalisis ayat-ayat alQuran yang berkaitan dengan masalah hati dan pencarian pasangan hidup. Melalui anyaman naratif yang mahir, penulis menghubungkan kisah-kisah al-Quran dengan pandangan praktikal, merapatkan ayat-ayat suci dengan pengalaman kontemporari. Buku ini meneroka tema-tema seperti kesabaran, kepercayaan kepada kebijaksanaan dan perancangan Allah SWT, memberikan panduan yang menghiburkan kepada pembaca dalam menyulam cinta. Salah satu aspek yang perlu diberi pujian dalam buku ini ialah pendekatan penulis yang seimbang. Penulis mengelak daripada tafsiran yang terlalu ringkas serta membuat kenyataan yang menyeluruh tentang cinta dan takdir. Sebaliknya, mereka menggalakkan pembaca untuk merenung secara mendalam makna di sebalik ayat-ayat al-Quran dan mempertimbangkan bagaimana ia boleh digunakan dalam kehidupan mereka sendiri. Pendekatan ini memupuk rasa hubungan peribadi serta pemahaman yang lebih mendalam dan membuatkan pembaca mudah memahami apa yang disampaikan oleh penulis.


bahasa yang mudah difahami oleh pembaca mengenai realiti sebenar alam perkahwinan. Kesimpulannya, buku "Al-Quran Berbicara Tentang Cinta & Jodoh" adalah penerokaan yang menimbulkan pemikiran yang bernas tentang ajaran al-Quran berkenaan cinta dan takdir. Dedikasi penulis untuk membentangkan analisis yang seimbang dan menyeluruh terserlah di seluruh buku ini. Walaupun kandungannya kadangkala mencabar dari segi intelek, ganjaran yang terletak pada pemahaman yang lebih mendalam tentang hikmah alQuran dan kaitannya dengan perkara-perkara hati dan cinta adalah hadiah kepada para pembaca. Buku ini merupakan sumber yang berharga bagi mereka yang mencari wawasan yang lebih mendalam tentang tema jalinan cinta dan takdir seperti yang diterangkan di dalam al-Quran. SARI PUSTAKA 28 Penulis telah membincangkan buku ini kepada 4 fasa percintaan. Bermula dengan mencari si dia, diikuti memilih pasangan yang sesuai kemudian berkahwin dan seterusnya melayari bahtera perkahwinan bersama-sama. Fasa-fasa ini semestinya akan dilalui oleh setiap daripada kita yang sedang bercinta. Setiap fasa ini diperincikan dengan baik oleh kedua-dua penulis sebagai panduan untuk kita bersama pasangan. Jadikan alam percintaan kita suatu perkara yang indah bersama pasangan kita. Jangan jadikan alam percintaan tempat kita membuat dosa dan maksiat kerana ianya suatu kerugian yang besar. Pembaca disarankan mencari redha Allah dalam kehidupan kita bersama pasangan semoga dapat bertemu kembali di alam syurga. Buku ini amat sesuai untuk semua golongan yang ingin mencari jodoh, pasangan yang sedang bertunang, sehinggalah kepada pasangan suami isteri yang sedang melayari alam rumahtangga. Buku ini menghuraikan panduan yang diberikan oleh al-Quran untuk bercinta dan memilih jodoh. Kedua-dua penulis buku ini telah menulis buku dalam Disediakan oleh: Sahril bin Lariwoo Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemuliharaan Perpustakaan Negara Malaysia


seorang hamba dari segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT. Taubat itu bermaksud meninggalkan segala larangan Allah SWT dengan penuh rasa penyesalan dan bertekad untuk tidak mengulanginya kembali. Taubat ini sebagai kaedah untuk memperbaiki diri di masa akan datang dengan melaksanakan segala perbuatan yang baik atau amal soleh. Penulis buku ini, Ilham Wahyudi merupakan penulis dari Indonesia telah menghasilkan satu buku mengenai taubat untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu mengenai taubat dan kaedah terbaik bertaubat dengan mencontohi Rasulullah SAW. JANGAN TUNDA TAUBATMU SARI PUSTAKA 29 Ilham Wahyudi. Jangan Tunda Taubatmu. Batu Caves: PTS Publishing House, 2020. anusia sentiasa diuji oleh Allah SWT denganpelbagai ujian. Ujian yang mewarnai kehidupan manusia ini akan menentukan siapa yang benar-benar bertakwa dan mulia di sisi Allah SWT. Manusia yang dicipta dengan penuh kesempurnaan oleh Allah SWT, namun sebagai hambaNya tetap memiliki sisi kekurangan, sering berbuat salah dan terlupa. Namun begitu, manusia tetap berpeluang untuk kembali kepadaNya iaitu dengan bertaubat. Taubat itu dari segi istilah bermaksud kembalinya Taubat itu bermaksud meninggalkan segala larangan Allah SWT dengan penuh rasa penyesalan dan bertekad untuk tidak mengulanginya kembali.


Dua jenis taubat turut dibincangkan iaitu taubat yang berkait dengan dosa kepada Allah SWT dan kedua dosa dengan sesama manusia. Tajuk kecil yang lain, penulis menyentuh mengenai setiap manusia berhak untuk bertaubat dan empat jenis dosa yang terlibat turut dibincangkan. Tajuk kecil ketiga dalam bab pertama ini membincangkan keperluan bertaubat setiap saat sebagaimana kisah Abu Nawas dengan syair taubatnya yang mengakui kelemahan diri dan mengakui kebesaran dan keagungan Allah SWT. serta kewajiban bertaubat bagi setiap pendosa. SARI PUSTAKA 30 Buku yang mengandungi 160 muka surat ini terdiri 5 bab utama, mengandungi bab-bab kecil yang menyentuh mengenai taubat sebagai kunci ketenteraman dunia dan akhirat, bagaimana untuk meraih kebahagiaan sejati melalui taubat setulus hati, petua untuk bertaubat, hidup lebih nikmat dengan bertaubat dan bagaimana menyempurnakan taubat dengan mencontohi Nabi Muhammad SAW. Buku ini juga dimuatkan dengan dalil-dalil ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi dan kisah-kisah para sahabat dan ulama sebagai panduan dan sokongan. Dalam bab pertama, penulis menyentuh mengenai taubat sebagai kunci ketenteraman dunia dan akhirat. Penulis memulakan bab ini dengan menyelami hakikat taubat merangkumi maksud taubat dari segi bahasa dan istilah serta peringkat taubat iaitu taubat orang awam, taubat khusus dan taubat yang lebih khusus yang melibatkan kealpaan dan kelalaian mengingati Allah SWT.


Dua jenis taubat turut dibincangkan iaitu taubat yang berkait dengan dosa kepada Allah SWT dan kedua dosa dengan sesama manusia. SARI PUSTAKA 25 Bab kedua penulis membincangkan bagaimana untuk meraih kebahagiaan sejati melalui taubat setulus hati bertujuan untuk menggapai cinta Allah SWT dengan menghapuskan segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Justeru itu, dapat memperbaharui iman kepada Allah SWT dan seterusnya dapat menghasilkan kejernihan hati. Penulis turut mengungkap katakata ulama sufi Hasan Al-Basri bahawa taubat itu adalah menyesal dengan hati, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan anggota dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan dosa. Penulis juga mengaitkan mengenai syurga yang indah adalah untuk orangorang yang bertakwa di mana para pendosa yangkembali kepada AllahSWTdengansetulushati adalah tergolong dalam kalangan orangorang yang bertakwa dan akan ditempatkan ke dalam syurga yang kekalabadi. Petua untuk bertaubat turut dibincangkanolehpenulisdalambab ke tiga. Pertama, penulis menyarankan agar berhenti meremehkan dosa. Dosa terdiri dari dosa kecil dan dosa besar. Namun, dosakecilyangdilakukansecaraterus menerus dan turutmelibatkan orang lain melakukan dosa kecil tersebut boleh mengakibatkan dosa kecil menjadi dosa besar. Kedua, perlunya agar manusia menghargai setiap kesempatan untuk bertaubat selagi peluang masih terbuka. Kesihatan dan kesempatan adalah dua nikmat yangseringdisia-siakanolehmanusia. Bataskesihatanadalahsakitdanbatas kesempatan adalah kehilangan. Manusia dipertanggungjawabkan atas semua perbuatannya di dunia dari segala aspek. Manusia yang beruntung adalah yang menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk melaksana dan menyebarkan kebaikan. Petua ketiga untuk bertaubat adalah dengan memperbaikipergaulan


SARI PUSTAKA 25 seharian. Seorang mukmin bukan hanya perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT sahaja, tetapi perlu juga menjaga hubungan dengan sesama manusia dengan sikap saling menyayangi dan menghargai. Petua keempat, adalah jangan salah mengandaikan ampunan Allah SWT Penulis menerangkan maksud petua ini iaitu jangan menyalahertikan keampunan Allah SWT iaitu manusia jangan sewenang-wenangnya sengaja melakukan dosa sesuka hati dengan anggapan Allah SWT akan mengampuni dosa tersebut. Allah SWT memang bersifat Maha Pengampun, sebaliknya manusia yang mempermain-mainkan sifat keampunan Allah SWT dengan sengaja melakukan dosa akan mendapat kemurkaanNya. Justeru, sentiasa berbuat kebaikan dan memohon keampunan setiap masa kepada Allah SWT dengan setulus hati akan dapat meraih keredhaan Allah SWT Petua terakhir iaitu jangan berputus asa dari rahmat Allah SWT bermaksud manusia tetap terus bertaubat mengharap keampunan Allah SWT walaupun dosanya banyak bagai buih di lautan. Namun luasnya keampunan Allah SWT tetap terbuka kepada hambaNya yangbenar-benarbertaubat. Bab keempat, penulis menyentuh mengenai kehidupan akan lebih nikmat dengan bertaubat. Rasulullah SAW sentiasa bertaubat walaupun baginda maksum dari segala dosa. Hakikat taubat adalah kembali kepada Allah SWT dari melakukan segala perbuatan kesesatan yang dimurkaiNya menuju kepada perbuatan yang dicintaiNya. Dalam ketaatan inilah, manusia dapat merasakan kenikmatan hidup yang sebenar. Apabila bertaubat, kenikmatan yang dirasai oleh manusia adalah terjaganya kebersihan hati, aib yang ditutup oleh Allah SWT, dan terkeluar dari jerat maksiat. Maksiat umpama racun, sedangkan taubat adalah penawar kepada racun tersebut. Barangsiapa berjaya keluar dari jerat maksiat dengan bertaubat, bererti dia telah berjaya bangkit dari menjadi orang yang kalah kepada seorang pemenang. Dalam bab ini, penulis menyokong hujah-hujahnya dengan menyertakan contoh kisah-kisah manusia pendosa yang kembali ke jalan Allah SWT dengan bertaubat dengantidakmenundakantaubat.


SARI PUSTAKA 33 Bab terakhir iaitu bab 5, penulis berkongsi tentang tatacara bertaubat dan bagaimana untuk bertaubat dengan kaedah Nabi Muhammad SAW. Antaranya adalah dengan solat taubat iaitu bersolat yang dapat menyempurnakan taubat. Anjuran melaksanakan solat taubat di perkuatkanmelaluihadis Nabi oleh Abu Daud di dalam Sunan Abi Daud, hadis bernombor 1521. Meniru doa taubat para nabi di dalam al-Quran seperti doa taubat Nabi Adam a.s., doa taubat Nabi Nuh a.s., doa taubat Nabi Ibrahim a.s., doa taubat Nabi Musa a.s., doa taubat Nabi Yunus a.s. dan terakhir doa taubat Nabi MuhammadSAW. Doa merupakan intipati ibadah sebagaimana hadis Rasulullah SAW. Allah SWT sentiasa mendengar doa-doa hambaNya. Doa juga adalah pelengkap taubat di mana taubat yang sempurna akan membuka peluang untuk mendapat keampunan Allah SWT dan memasuki syurga yang dijanjikan untuk orang-orang yang beriman. Secara keseluruhannya, penulis buku ini telah mengupas secara jelas semua perkara berkaitan taubat, kaedah taubat, tatacara taubat serta doa-doa taubat yang diamalkan oleh para nabi dan rasul. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesilapan ejaan dan perulangan ayat al-Quran di dalam doa Nabi Ibrahim (Surah Ibrahim, ayat 40) yang perlu diberi perhatian agar tidak tersilap bacaan oleh pembaca. Buku ini disyorkan kepada pembaca Islam sebagai panduan untuk bertaubat agar dibimbing dengan jalan yang betul bagi meraih rahmat dan keampunan Allah SWT. sebelum kembali bertemu denganNya. Ajal tidak menunggu taubat, bertaubat selagisempat. Disediakanoleh: Shuzlinabinti Mat Amin Penolong Pengarah Bahagian Kandungan Digital Perpustakaan Negara Malaysia


Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman. Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi. PTS, 2021. BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH : PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI irah Nabawiyah merupakan kisah sejarah lengkap kehidupan "Al-QuranBerbicaraTentangCinta &Jodoh"hasilkaryaUstazah AsmakHusindanMohdDzulKhairi MohdNoormenawarkankepada pembacaperspektifuniktentang persimpangancintadantakdir sepertiyangdigambarkandalam ajaranal-Quran. SARI PUSTAKA 34 nabi-nabi utusan Allah SWT. Salah satu buku sirah yang mendapat sambutan dalam kalangan pembaca adalah buku Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi yang diterbitkan pada tahun 2021. Buku ini telah dicetak sebanyak tujuh (7) kali iaitu dua (2) kali pada tahun 2021, empat (4) kali pada tahun 2022 dan kali ketujuh pada tahun 2023. Buku ini popular dipromosikan melalui mediamedia sosial termasuk di TikTok. Buku berketebalan 497 muka surat ini memuatkan kisah Nabi Muhammad SAW iaitu nabi dan rasul terakhir yang diutuskan Allah SWT kepada seluruh umat dunia. Kisah yang dimuatkan bermula sebelum kelahiran sehinggalah kewafatan baginda. Malah diceritakan juga sejarah bagaimana beberapa agama di dunia bertapak dan masuk ke Semenanjung Arab sebelum penguasaan Islam. Lebih jauh daripada itu, buku ini turut memuatkan sedikit fakta mengenai sejarah pembinaan bangunan Kaabah oleh Nabi Ibrahim. Kisah Kaabah ini serta tentangan oleh golongan kafir telah berlaku sebelum kelahiran


dibuat oleh kaum kafir kepada umat Islam sebelumnya. Malah pengislaman ramai umat pada zaman Nabi Muhammad SAW terjadi kerana keikhlasan mereka membenarkan bahawa Muhammad bin Abdullah adalah nabi dan rasul utusan Allah SWT selain daripada keindahan Islam yang ditonjolkan oleh Nabi serta para sahabat sendiri. Kisah kesabaran umat Islam termasuk para sahabat Nabi yang kita boleh kenali juga menjadi rujukan penting kepada umat Islam pada hari ini sebagai motivasi untuk terus mempertahankan Islam. Kita dapat menelusuri perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak sehingga beliau perlu berhijrah dari Kota Mekah, iaitu kota kelahiran baginda Bukuinimenganalisisayatayatal-Quranyangberkaitan denganmasalahhatidan pencarianpasanganhidup. SARI PUSTAKA 35 Nabi Muhammad SAW lagi dan kisahnya berterusan sehinggalah Nabi Muhammad SAW dengan kehendak Allah SWT berjaya menjadikan Kaabah sebagai salah satu tempat suci dan kiblat kepada umat Islam hingga kini. Kisah-kisah ini disusun dengan teratur melalui 14 bab dalam buku ini. Perjalanan pengembangan agama Islam dan penguasaan semula Kaabah di Mekah ini menjadi kandungan penting dalam buku ini. Kejayaan penguasaan oleh Nabi Muhammad SAW terhadap dua (2) agenda ini bukanlah mudah, baginda perlu melalui banyak cabaran, bukan sahaja daripada orang luar, malah daripada saudara darah dagingnya sendiri. Bermula dengan penentangan kecilkecilan seperti ugutan secara verbal sehinggalah penentangan melalui beberapa siri peperangan penting dalam sejarah Islam termasuk perang Badar dan Khandak. Ramai penentang Islam zaman ini mengatakan Islam tertegak melalui mata pedang. Pernyataan ini seolaholah menggambarkan Islam sengaja berperang untuk menguasai orang awam dan memaksa mereka memeluk Islam. Melalui penerangan dan pengkisahan yang diutarakan oleh penulis dalam buku ini, pembaca akan memahami dengan lebih jelas bagaimana peperangan yang dilalui oleh umat Islam dahulu adalah kerana mempertahankan agama berikutan penindasan dan khianat yang telah


Pemilihan bahasa yang baik serta ringan menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan umur. Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi boleh dianggap sebagai buku pemula kepada pembaca yang ingin mendalami sejarah Nabi Muhammad SAW. Sudah tentu, pembaca perlu melaksanakan rujukan silang yang lebih banyak dalam maksud menyelusuri kisah dalam setiap bab dengan lebih terperinci. Secara umumnya, buku ini adalah buku yang baik kerana disamping sejarah penting yang disampaikan, ia turut memuatkan pelbagai nilai positif dan motivasi dalam membentuk masyarakat yang mengagungkan Allah SWT serta menjadikan Islam sebagai cara hidup. Buku ini menjadi sumber inspirasi melahirkan semangat rohani yang sangat mencintai Nabi Muhammad SAW melebihi diri sendiri. SARI PUSTAKA 36 ke Madinah untuk mengembangkan Islam, seterusnya kembali menguasai Mekah. Bukan itu sahaja, setelah Islam diterima, agama ini terus dikembangkan sehingga menjangkau ke seluruh dunia melalui perutusan para sahabat Nabi Muhammad SAW kepada pemerintah negara-negara lain. Ya, semua ini dikisahkan dalam buku ini! Buku ini merupakan satu wadah ilmiah kerana memaparkan sejarah penting bagi umat Islam. Penyampaian kisah dalam buku ini boleh dianggap ringan dan senang difahami. Bahasa yang digunakan oleh penulis juga adalah mudah serta jelas. Menariknya, membaca buku yang boleh dikategorikan sebagai buku sejarah ini ibarat membaca sebuah novel cinta atau buku-buku popular lain kerana penyusunan peristiwa yang senang diikuti dan penyampaian yang santai. Sungguh, bukan seperti membaca buku sejarah sewaktu sekolah menengah dahulu! Kesimpulannya, buku ini harus dibaca oleh seluruh umat Islam dan sesuai juga dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mengenali Nabi Muhammad SAW. Disediakan oleh: Wan Yuhaimisham bin Wan Yusoff Penolong Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Perpustakaan Negara Malaysia


JOSÉ RIZAL: MELAYU AGUNG uku José Rizal Melayu Agung terjemahan daripada karya The Great Malayan oleh SARI PUSTAKA 37 “Oh tanah keramat, disinilah seluruh penderitaanku yang paling dalam, Filipina tercinta, dengarlah ucapan perpisahan terakhirku, aku tinggalkan kamu semua:ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai; aku pergi ke tempat yang tiada kezaliman atau perhambaan, di mana tiada orang mati kerana iman mahupun akidahnya, di mana yang Maha Berkuasa hanya Tuhan, hanyalah Dia” - José Rizal Quirino, Carlos. Jose Rizal: Melayu Agung. Inisiatif Buku Darul Ehsan, 2021. Carlos Quirino. Buku ini setebal 319 muka surat. José Rizal: Melayu Agung mengisahkan sosok penting dalam sejarah bangsa Filipina, yang pengakhiran perjuangannya gugur ditembak mati oleh penjajah Sepanyol. Biografi ini ditulis oleh Carlos Quirino sewaktu memenangi Sayembara Biografi Komanwel tahun 1938. Dilahirkan pada 19 Jun 1861 dengan nama penuhnya José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda, beliau telah muncul sebagai suatu sosok penting sewaktu zaman penentangan penjajahan


Sepanyol di bumi Filipina. Buku ini menggarap kisah hidup sosok ini, bermula dari kampung kelahirannya di Kalamba, sehinggalah ke detik terakhir nyawanya melayang di Dataran Bagumbayan, dengan penuh sasterawi dan dramatis. Buku ini juga menceritakan tentang perjalanan hidup Jose Rizal yang merantau ke seluruh pelusuk dunia dan catatan kehidupannya sepanjang merantau sehingga beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh kerajaan Filipina. Personalitinya bukan sahaja seorang penyendiri yang suka menjelajah ke banyak negara, dan cintakan seni lukis, tetapi juga seorang doktor mata. Beliau menulis novel sebagai medium perjuangannya untuk mengkritik para biarawan yang amat berkuasa di negaranya sehingga mengatasi kuasa kerajaan. Beliau berkelulusan dalam pelbagai bidang pengajiannya antaranya perubatan, muzik, sastera dan falsafah. Beliau mempelajari perubatan kerana terkesan dengan kesihatan ibunya yang mengalami masalah kesihatan. Semasa José dibuang daerah ke Dapitan di persisiran SARI PUSTAKA 38 Mindanaotahun1992,beliaumenjadi doktor dengan merawat pesakit tanpa bayaran demi membantu mereka yangtidakberkemampuan. Beliaumulaberkelanakeluarnegara ketika berumur 19 tahun dan sepanjang berkelana beliau telah mengunjungi beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Belgium, Hong Kong, Jepun dan Itali. José mahir dalam pelbagai bahasa seperti Sepanyol, Perancis, Itali, Jerman, Bahasa Inggeris, Jepun dan lain-lain. Semasa mengunjungi negara Perancis, beliau mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Beliauberjayamenguasai Bahasa Perancis dalam tempoh dua (2)bulan.Penghijrahannyakenegara Jerman juga telah menjadikannya fasih dalam Bahasa Jerman apabila beliau tekad untuk menghafal lima (5) patah perkataan Bahasa Jerman setiapmalamsebelumtidur. José Rizal adalah susuk yang penuh semangat perjuangan, penat jerih, tidak berputus asa di dalam menentang ketidakadilan pemerintahan Sepanyol termasuk penyelewengan kuasa atas nama agama oleh paderi melalui kuasa pena.


Semangat nasionalisnya bermula seawal 15 tahun apabila menyaksikan ketidakadilan pemerintahan Sepanyol termasuk penyelewengan kuasa atas nama agama oleh paderi ke atas keluarga dan komuniti setempatnya. Novel Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) merupakan buku yang mencetuskan semangat untuk berjuang rakyat Filipina. Novel ini diterbitkan di dalam Bahasa Sepanyol pada tahun 1887 di Berlin. Novel ini mendedahkan tentang korupnya gereja Katolik Filipina dan sisi gelap penjajahan Sepanyol di Filipina. Novelnya diterbitkan dengan menggunakan wangnya sendiri sebanyak 300 dollar. Pada mulanya novel ini dihantar pada rakan-rakan di Manila dan dibawa masuk ke negara Filipina secara bersembunyi. Ini SARI PUSTAKA 39 adalah kerana novelnya telah mencetuskan semangat nasionalise dalam kalangan rakyat Filipina dan menentang kerajaan pada ketika itu yangtidakadil.Selepasenam(6) tahun berkelana ke luar negara José pulang ke Filipina pada tahun 1886 kerana dipanggil untuk menghadap gabenor menjelaskan isi novelnya. Ketika itu, gabenorSepanyoldiFilipinamenerima penjelasannya.. Namun, José tidak berhenti menulis novel yang mengkritik kerajaan Sepanyol di Filipina. Sekuel kepada novel pertamanya ialah El Filibusterismo (Bermaharajalelanya Keserakahan). Dalam novel ini, ia mengisahkan dua watak utamanya bernama Elias dan Ibarra yang sanggup mengorbankan jiwa dan nyawa mereka demi memerdekakan tanah air mereka dan mendedahkan betapa bangsatnya penjajah Sepanyol yang mampu bermaharajalela kerana dibantu oleh fatwa-fatwa korup golongangereja. Beliau juga banyak menyumbang penulisan dalam La Solidaridad, sebuah akhbar yang menyebarkan propaganda menentang penjajah Sepanyol, José menuntut supaya diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun,hakyangsamaratauntuk orangFilipina, danpenguatkuasaan Novelnyaditerbitkandengan menggunakanwangnya sendiri sebanyak300dollar.


undang-undang dikenakan ke atas paderi-paderi Filipina yang korup. Selain itu, dia meminta agar Sepanyol meletakkan Filipina sebahagian daripada wilayah Sepanyol dan Filipina mempunyai wakil dalam parlimen Sepanyol ketika itu. José tidak menyeru semangat kemerdekaan dalam artikelnya pada ketika itu, namun keteguhannya menentang penjajah Sepanyol yang menginspirasikan penentangan ke atas penjajah Sepanyol. Mungkin sebab itu Sepanyol ketika itu melihat José sebagai berbahaya dan menjatuhkan hukuman buang negeri ke wilayah Dapitan di Selatan Filipina, Mindanao. Pada tahun 1895 Masihi José telah meminta kebenaran untuk mengembara ke Cuba sebagai doktor di sana kerana wabak demam kuning sedang menyerang Cuba. Namun, José ditangkap oleh penjajah Sepanyol dengan alasan La Liga yang ditubuhnya telah mempengaruh SARI PUSTAKA 40 Revolusi Filipina yang meletup menentang penjajah Sepanyol, meskipun José tidak ada kena mengena dengan organisasi dan nasionalisyangmenggerakkanrevolusi itu. Dalam manifestonya José mahukan kebebasan negaranya melalui pendidikan dan usaha supaya negaranya mempunyai identiti tersendiri dan layak untuk kebebasan. Melalui tulisannya, kajian nilai-nilai sivik bolehmembawa reformasi yangakan menguntungkan negara. Semasa perbicaraan José melalui hujahhujahnya menegaskan bahawa tidak pernah menubuhkan sebuah persatuan yang menganjurkan pemberontakandanbeliaumendapat keadilansewajarnya. José Rizaldihukummati atas tuduhan jenayah mengasaskan pertubuhan haram, mengapi-apikan dan menggalakkan hasutan dan pemberontakan.Beliauditembakmati pada jam7.00 pagi, 30 Disember 1896. Selepas kematian José semangat api nasionalismemakinmarakdikalangan orangFilipinadanhariini rakyatFilipina mengenangJosé sebagai teladandan wira. Disediakan oleh: Zuraida binti Mohd Aziz Penolong Pengarah Unit Perpustakaan Komuniti Bahagian Pinjaman Perpustakaan Negara Malaysia


Kulit hadapan buku yang berona merah jambu lembut serta ilustrasi comel serta ringkas dapat menarik minat pembaca untuk mendalami pengisiannya. #30EMOSI tertera dijudul buku ini jelas menggambarkan tiga puluh (30) emosi yang dialami setiap manusia terutamanya ketika penyakit COVID-19 melanda seluruh dunia. Menceritakan emosi yang positif dari pelbagai sudut perspektif mampu menaikkan semangat bagi meneruskan kehidupan seharian yang mendatang. Tidak dipandang enteng, emosi negatif turut diketengahkan dalam buku ini. Bukan mudah untuk kekal waras dalam apa jua keadaan. Penulisan yang sangat mudah difahami turut sama-sama mendorong para pembaca agar mengambil segala iktibar ketika berhadapan perkara yang negatif. PANDEMIK KACAU PERASAAN (PKP): #30EMOSI: UJIAN ATAU HIKMAH? SARI PUSTAKA 41 Pandemik Kacau Perasaan (PKP): #30Emosi: Ujian atau hikmah?. Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd., 2021. KP. Tiga huruf yang membawa seribu kenanganpahitmanis bagi rakyat Malaysia. PKP yang membawa maksud Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika COVID-19 menyerang Malaysia. Pelbagai perkara termasuk rutin kehidupan seharian berubah secara drastik dan memberi kesan kepada kita. Tidak terkecuali perasaan serta emosi kita juga turut terganggu ketika tempoh PKP berlangsung. Perasaan suka dan duka bersilih ganti. Ketika terkeliru, kekosongan turut mengisi segala ruang.


Perbezaan gaya tulisan yang digunakan mampu membuatkan pembaca meneruskan pembacaan tanpa sedar. Pengolahan setiap hujah juga mudah diterima. Kita beralih pula topik yang membincangkan tentang perasaan yang berbaur negatif. Tetapi sedarkah kita bahawa positif pun ada toksiknya? Positif toksik nama diberi yang bermaksud sikap bersangka baik secara berlebihan dalam situasi tidak sepatutnya. Erti kata lain, positif hanya diwujudkan bertujuan untuk menolak dan menafikan hakikat sebenar fitrah manusia sedangkan adalah normal kita sebagai manusia akan berasa takut, risau, sedih dan sebagainya. Penulis turut menyatakan beberapa petanda positif toksik antaranya menafikan perasaan risau, terlalu ambil mudah, salah faham dalam agama, menolak emosi, dan cepat menghukum. Perkara yang dinyatakan mungkin nampak enteng dan tanpa sedar kita turut melakukan perkaraperkara tersebut. Berlagak positif SARI PUSTAKA 42 Perasaan terhibur jarang kali diungkapkan. Kenapa? Kerana tiap kali terhibur kita akan gelak ketawa riang dan senyuman lebar tidak lekang dari bibir. Hiburan adalah fitrah manusia. Ia penting demi menjaga keseimbangan mental. Perkara ini difokuskan oleh penulis secara ringkas dan padat. Pelbagai hiburan yang wujud antaranya menonton drama atau filem, muzik, memancing dan sebagainya. Petikan ayat dari surah At-Taubah: 40 yang menyatakan ”janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” Turut diingatkan supaya tidak bersedih terlalu lama bagi sesuatu perkara. Ulasan pendek ini mampu menyedarkan diri dari lamunan lama. Sebagai manusia biasa, kita tidak mampu lari dari pelbagai ujian dan rintangan yang mendatang. Senyumlah. Tips yang cukup mudah dan senarai semak kendiri bagi hiburkan diri yang berduka turut dinyatakan dalam buku unik ini. Setiap emosi dan perasaan yang digambarkan dengan penulisan sangat menarik dan bahasa yang mudah difahami oleh pelbagai peringkat umur.


Penulis memilih penggunaan bahasa yang mudah dan jelas agar intipati penulisan beliau dapat difahami dan dihayati oleh pembaca. Grafik yang minimal serta penggunaan rona warna lembut dapat menghasilkan perasaan yang tenang ketika membaca nukilan penulis. Selain itu, pengisian tentang emosi ini yang cukup sinonim dengan seorang manusia. Walaupun buku ini mengetengahkan emosi dan perasaan ketika Malaysia dilanda wabak penyakit COVID-19, tetapi buku ini masih relevan untuk dibaca sebagai bacaan santai dan rujukan kendiri. Hal ini kerana emosi dan perasaan memang wujud dalam kalangan semua insan. SARI PUSTAKA 43 bagi tiap perkara amatlah bahaya untuk psikologi diri. Beberapa tips diberi oleh penulis bagi menghidari positif toksik bagi para pembaca lebih memahami hujah yang disampaikan. Luahkan kesedihan terpendam. Nampak mudah bukan? Tapi hakikatnya tidak semua orang mampu melakukannya. Menangislah wahai insan sekiranya berasa sedih. Berehatlah sekiranya mula lelah dan penat. Penulis menyarankan bahawa carilah pendengar yang baik dan paling dipercayai. Selain itu, pembaca disarankan rasional dalam apa jua tindakan. Tidak salah sentiasa berhati-hati dalam apa jua perkara. Kesimpulannya, buku berona merah jambu lembut dan ketebalan yang sempurna ini sesuai untuk bacaan santai semua peringkat umur. Disediakan oleh: Nur Alya Nazirah binti Ariffin Penolong Pengarah Bahagian Sumber Elektronik Perpustakaan Negara Malaysia Penulismenyarankanbahawa carilahpendengaryangbaik danpalingdipercayai.


KOMRAD ASI (REJIMAN 10): DALAM DENYUT NIHILISME SEJARAH ejarah lisan atau “oral history” jarang dapat kita baca dengan banyak “Politikselaludigambarkan sebagaisebuahlukisanyang kotor,keranainiwajahkenyataan sejarahsesuatubangsaselalu menjaditidakjernih”. SARI PUSTAKA 44 Aziz Suriani. Komrad Asi (Rejiman 10): Dalam Denyut Nihilism sejarah. Gerak Budaya Enterprise, 2022. kerana tidak ramai orang yang suka menulisnya. Justeru, agar gema daripada perjuangan rakyat yang selalu dianggap hanya serpihan kecil pengalaman sejarah atau sebagai pengalaman terpencuk sahaja, maka penulis mengambil tanggungjawab untuk menulisnya. Aziz Suriani ialah seorang penulis dan penyelidik, sentiasa di sempadan daerah baru membina weltanschauung seimbang, multibudaya, konflik geopolitik, agama dan kemanusiaan. Beliau juga pembaca intim jalur kiri sejarah Malaysia, kembaranya merakam pengalaman tokoh kiri dari Malaysia dan Thailand dan Singapura. Saudara Aziz Suriani kini adalah Penyelidik separuh masa Projek Nasionalisme Malaysia di Era Perang Dingin 1951-1989 di Universiti Malaya. Buku ini menceritakan tentang seseorang yang bernama Asi. Seorang kanak-kanak berketurunan India dari sebuah estet milik penjajah, dibesarkan di bawah bayang rimba Khatulistiwa, didewasakan oleh hidup sebagai gerila. Pada usia 10 tahun, dari sebuah ladang getah di Sungai Siput beliau membesar dan membina ruang


menentang kolonial di usia paling muda berbanding parajurit PKM yang lain. Buku ini menceritakan perjalanan Komrad Asi dalam memperjuang hidupnya sebagai gerila selama 39 tahun walaupun ditentang oleh keluarga dan masyarakat sebangsanya. Menyelak lembaran demi lembaran, di dalam buku ini juga diceritakan perjalanan hidup Asi dan masyarakat India ketika darurat bermula sewaktu Asi berumur 8 tahun. Seiring perubahan penaklukan pemimpin, begitu juga Asi bertukar-tukar parti demi mencapai tujuannya. Jarang kita lihat buku yang menceritakan sejarah perjuangan selain dari kaum Melayu, tetapi berbeza dengan buku ini yang menceritakan kehidupan kaum Bukuinimenceritakan perjalananKomradAsi dalammemperjuang hidupnyasebagaigerila selama39tahunwalaupun ditentangolehkeluargadan masyarakat sebangsanya. SARI PUSTAKA 45 kebebasan dirinya dengan menyusupi denai dan lorong-lorong hutan di negeri Perak dan utara Malaya. Asi terlibat sebagai penghantar surat rahsia antara aktivis bawah tanah PKM (Parti Komunis Malaya) semasa darurat antara 1948-1950. Pada usia 10 tahun, dia dikehendaki oleh pihak penjajah kerana kegiatannya yang dianggap subversif. Dari sebuah ladang getah di Sungai Siput, dia menyeberang ke hutan, kemudian telah menyertai Pasukan India pimpinan Kaatu Perumal di kawasan Sungai Siput. Oleh kerana pergolakan yang terjadi dalam pasukan serta kesulitan mendapat makanan semasa Rancangan Briggs pasukan ini telah dilumpuhkan oleh askar-askar Gurkha. Ramai anggotanya ditangkap dan dibunuh dalam satu serang hendap. Pasukan ini telah dibubar pada tahun 1957. Asi yang terselamat daripada sasaran peluru askar Gurkha itu kemudiannya berpindah ke sempadan dan menyertai Regimen Ke-10 pimpinan Abdullah C.D. hinggalah Perjanjian Damai Hatyai 1989. Menariknya, Komrad Asi bukanlah seorang wira daripada kelas bangsawan istana atau pendeta yang layak dimuliakan dalam sejarah rasmi negara, tetapi beliau cuma watak tunggal daripada kelas buruh kerahan atau kuli-kuli estet yang berani bergerila di hutan melawan dan


1957, Asi terus berada di hutan sebagai gerila meneruskan keyakinannya melawan neokolonialisme yang dikawal secara sistematik oleh BMA telah menempuh pertempuran demi pertempuran sebagai komunis Tamil terakhir Malaya. Membaca hingga kemuka akhir buku ini membuatkan kita menghayati apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Asi, ada ketika kita berbangga membacanya kerana kagum dengan semangat juang rakyat biasa oleh seorang yang bernama Asi. Kisahrakyatbiasayang memperjuangkanhak bangsanyademi mendapatkankebebasan. SARI PUSTAKA 46 India pada ketika itu, menempuhi hidup sebagai kuli estet, diseksa, ditindas, diambil hak mereka, satu persatu kekejaman dapat dilihat Asi ketika itu. Lebih menyayat hati bapa Asi ditangkap dan diseksa oleh Kolonial, atas kerana alasan apa? Diceritakan semuanya di dalam buku ini. Buku ini sangat mudah difahami jalan ceritanya, susunan jalan cerita ditulis sebaiknya bermula dari latar belakang Asi dan keluarga sehinggalah Asi menjadi Ahli PKM tamil yang terakhir. Sejarah yang ringkas dan padat dengan jalan cerita yang menarik. Kisah rakyat biasa yang memperjuangkan hak bangsanya demi mendapatkan kebebasan. Menariknya lagi, keistimewaan wira ini adalah kerana hanya beliau seorang sahaja daripada Pasukan India yang terselamat daripada sasaran peluru askar Gurkha. Inilah Komrad Asi yang terus hidup dalam denyutan nihilism sejarah Malaysia. Selepas gagalnya Rundingan Baling 1955 dan Malaya merdeka pada tahun Disediakan oleh: Nur Alia Shakila binti Ruslan Penolong Pengarah Bahagian Pembinaan Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia


SEGMEN PENERBIT Segmen Penerbit terdiri daripada empat (4) ulasan buku dari penerbit terpilih. Sekaligus menggalakkan kolaborasi antara industri perbukuan dengan PNM dalam penyediaan bahan terbitan yang dapat membantu mempromosikan bahan bacaan yang telah diterbitkan di Malaysia. SARI PUSTAKA 56 YANG PALING SUSAH MENCAPAI SESUATU IALAH KETIKA MEMULAKAN SENTUH SANA SENTUH SINI DILLAH YAHAYA ALMAUNAH SYAHID ITU MAHAL HARGANYA RAJA BAHIYAH NUR RAJA HIRDAN "DINIHARI" DALAM JIKA ESOK TIBA SASTERAWAN NEGARA ANWAR IBRAHIM NIKMAT TERISTIMEWA PADA KELAHIRAN SANG KEKASIH TERMULIA DR. LUKMANUL HAKIM AL-AZHARI 48 51 53


NIKMAT TERISTIMEWA PADA KELAHIRAN SANG KEKASIH TERMULIA tajuk yang bersesuaian dengan sirah Nabi beserta dengan rasa cinta untuk diteladani terutamanya kisah kehidupan Rasulullah. Pada pandangan saya, buku ini adalah satu karya yang bermutu kerana penulis dapat membawa para pembaca untuk melihat, meneladani serta menghayati akan sirah baginda Rasulullah serta mendalami erti kecintaan kepada Baginda Rasulullah dalam penghayatan hidup sebagai umat Baginda Rasulullah. SARI PUSTAKA 48 Lukmanul Hakim Al-Azhari, Dr. Nikmat Teristimewa pada Kelahiran Sang Kekasih Termulia. Dar El Mikraj Resources, 2022. enulis menggunakan pendekatan


SARI PUSTAKA 49 Biarpun buku ini tipis dan ringkas, tetapi perbahasan yang dibahaskan adalah amat mendalam ertinya, dan amat sesuai buat semua umat Baginda Rasulullah yang ingin memahami erti kecintaan kepada Baginda Rasulullah. Senarai isi kandungannya yang tersusun dan mudah untuk difahami kerana dimulakan kelahiran Baginda hinggalah kepada kehidupan yang memberikah barokah buat umatnya. Penulis menggunakan teknik penceritaan semula. Gaya penulisannya ditulis dengan gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami dan sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur. Teknik penceritaannya cukup tersendiri yang boleh menimbulkan rasa kecintaan kepada Rasulullah dan banyak berunsurkan nasihat. Walaupun buku ini tidak menyentuh keseluruhan kisah kehidupan Baginda Nabi, tetapi setiap tajuk yang dibahaskan adalah amat memberikan kesan yang mendalam bagi para pembaca yang ingin merasakan bagaimana ingin mendalamkan rasa kecintaan kepada Baginda Rasulullah. Terdapat 10 tajuk di dalam buku ini. Penulis banyak menyentuh tentang sirah bersesuaian dengan tajuknya dan menulis secara informal. Penulis banyak memberikan contoh kisahkisah Rasulullah sepanjang hidupnya yang patut diteladani contohnya ini dapat dilihat bagaimana Rasulullah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik contohnya dalam mempraktikkan kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kecintaanterhadapsemuamakhluk. Penulis juga menunjukkan dalil-dalil Al-Quran bagi mengukuhkan setiap penceritaan. Penulis menulis dan menceritakan satu persatu peristiwa yang berlaku bermula dari kelahiran Baginda Rasulullah dan memberikan pengajaran, ulasan dan kesimpulan pada setiap akhir bab dan memadankan dengan situasi pada masa kini. Contohnya sikap terpuji baginda Rasulullah dalam menyantuni umatnya yang boleh dijadikan contoh kepada pemimpinpemimpinpadahariini. Saya merasakan buku ini amat penting dan sewajarnya dibaca terutamanya kepada semua umat Islam. Kita dapat muhasabah diri Kerana dengan mengenali sirah Rasulullah.


Disediakanoleh: Dr. Lukmanul HakimAl-Azhari Penulis Darul Mikraj Resources SARI PUSTAKA 50 Melalui kisah Nabi Muhammad SAW kita dapat menyelami gerakgeri Baginda dalam pelbagai situasi, tenang, terancam, cemas, istiqamah dan berani yangmampu kita contohi untuk dijadikan garis panduan dalam melahirkan umat Islam yangcemerlang. Buku ini amat sesuai bagi setiap pembaca yang ingin mempraktikkan kecintaan terhadap baginda Rasulullah dan juga buat sesama muslim.


Click to View FlipBook Version