The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SAKINAH BINTI SARIFF (PNM), 2023-12-15 01:25:23

SARI PUSTAKA BIL. 3

SARI PUSTAKA BIL. 3

SENTUH SANA SENTUH SINI Dari muka pertama hingga akhir, anakanak didedahkan dengan bahagianbahagian tubuh badan yang selamat disentuh atau yang tidak selamat disentuh. Mereka juga diajar apa yang perlu dilakukan sekiranya diri mereka, keluarga atau rakan-rakan yang menghadapi perkara tersebut. Sentuh Sana Sentuh Sini mengetengahkan isu-isu seperti jenis-jenis sentuhan dan hak anak-anak untuk dilindungi dan didengari. SARI PUSTAKA 51 Dillah Yahaya. Sentuh Sana Sentuh Sini. Bagas Ilmu Resources, 2022


Selain boleh dibaca secara langsung, ianya sesuai dinyanyikan bersama-sama ibu-bapa secara bercerita atau bacaan nyaring. Ilustrasi yang mudah difahami dengan adanya indikator hijau atau merah juga memudahkan ibu bapa atau guru mendidik anak-anak kecil seawal 3 tahun mengenai isu keselamatan kanakkanak. Di akhir buku, disertakan, agensi-agensi yang boleh dihubungi untuk perlindungan dantindakanseterusnya. Bagi anak-anak yang baru belajar membaca, bacaannya yang mudah dan santai memberikan impak yang tinggi dalam pemahaman tentang isu yang diketengahkan sekaligus meningkatkan kemahiran membacamereka. Kulit buku dengan ilustrasi tapak tangan melambangkan sentuhan di mana-mana setiap masa. Tapak tangan yang berwarna-warni menunjukkan dalam keharmonian, tanpa diduga ada kepincangan dalam masyarakat, di mana hak kanak-kanak seringkali diabaikan, suara mereka acapkali tidak diendah. Warna-warni juga adalah metafora setiap lapisan masyarakat dari latar belakangdemografikyangberbeza. Buku ini telah terpilih sebagai 50 Best Malaysian Titles for International Rights 2021/2022 dan 20 buku yang terpilih untuk The World through Picture Books 3rd Edition oleh IFLA mewakiliMalaysia. "SentuhSanaSentuhSini"'adalahhasil nukilan penulis berdasarkan pengalaman sebagai seorang aktivis yang pernah terlibat dengan isu pencabulan kanak-kanak. Bacalah buku dengan harapan ianya dapat mendidikanak-anaktentanghak-hak mereka. SARI PUSTAKA 52 Disediakanoleh: Dilla Yahya Penulis Di akhir buku, disertakan, agensiagensi yang boleh dihubungi untuk perlindungan dan tindakan seterusnya.


ALMAUNAH SYAHID ITU MAHAL HARGANYA Sebuah buku kompilasi kisah realiti perjalanan hidup seorang bekas banduan yang terlibat secara langsung dalam kes rompakan senjata di Grik, Perak bagi menjatuhkan kerajaan sekitar tahun 2000. Tajuknya sudah cukup mengujakan lebih-lebih lagi ianya peristiwa yang telah menggemparkan negara sehingga menyebabkan penulis buku ini Khairul Anuar telah dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun di bawah seksyen 122 iaitu Merancang Melakukan Peperangan Terhadap Yang di Pertuan Agong. Permulaan penulisan mengisahkan bagaimana penulis mengambil keputusan menyerah diri apabila menemui jalan buntu setelah terlibat secara langsung dengan peristiwa yang berlaku di Bukit Jenalik. Semangat juang yang tinggi untuk menjadi pejuang agama telah menjerat ahli Al-Maunah dibawah seksyen 121 – Mengisytiharkan Perang Terhadap Yang di Pertuan Agong. SARI PUSTAKA 53 Khairul Anuar M. Ariffin. Almaunah Syahid itu Mahal. Negeri Sembilan: One Nation Foto Trading, 2022.


Di permulaan, catatan pengalaman beliau ketika di dalam penjara dikongsi dengan begitu menarik sehingga ada kisah-kisah yang sangat menyentuh perasaan serta menginsafkan pembaca. Pengalaman menjadi seorang banduan bukanlah suatu hal yang diimpikan sesiapa jua. Dihina, disindir, diherdik, ditampar, malah dianggap kucing kurap jalanan sahaja layaknya. Ia status yang terpaksa dipakai dan diterima, walau bersalah atau tidak, walau tertipu atau teraniaya. Dunia di sebalik tembok batu tidak ramai yang mengetahui, tetapi begitulah hakikat keadaannya yang penulis tempuhi. Keselesaan hidup bagaikan direntap tanpa ada tempat mengadu. Jika tidak kerana iman, barangkali, menamatkan hidup menjadi pilihan. Keadaan ini membuatkan pembaca mula menghargai nikmat sebuah kebebasan. Penceritaan awal membuatkan pembaca tidak sabar untuk mengetahui nasib yang bakal diterima penulis atas keputusannya. Atas cadangan peguam belanya, penulis menerima tawaran untuk membuat pengakuan salah. Walau bagaimanapun, atas budi bicara pihak mahkamah, hukuman dipinda dari Seksyen 121 yang memperuntukkan hukuman mati atau sepanjang hayat, kepada Seksyen 122 dan dijatuhi hukuman 10 tahun penjara. Maka bermulalah episod penulis sebagai seorang yang bergelar banduan. SARI PUSTAKA 54 Dihina, disindir, diherdik, ditampar, malah dianggap kucing kurap jalanan sahaja layaknya.


Penceritaan pengalamannya di dalam penjara disulami dengan mengimbau kembali kenangan ketika menyertai kumpulan al-Maunah adalah suatu garapan penceritaan yang sangat menarik. Di pengakhiran penulisan, penulis mula menyorot kembali penglibatannya dengan kumpulan al-Maunah. Tragedi Bukit Jenalik melibatkan seramai 29 orang ahli al-Maunah. Dengan 4 orang dijatuhi hukuman gantung, 15 orang hukuman sepanjang hayat manakala 10 lagi dijatuhi hukuman 10 tahun penjara. Kuasa pengaruh yang dimiliki ketua al-Maunah iaitu Amin telah menjadikan anak-anak buahnya taat tanpa banyak bicara. Ada yang mengatakan bahawa Amin ada menggunakan ilmu pukau untuk mempengaruhi anakanak buahnya. Tetapi penulis menganggap sebaliknya, ia adalah fenomena hipnosis, penulis ada menghuraikan dalam penulisannya. SARI PUSTAKA 55 Bukit Jenalik, menyaksikan peristiwa perdebatan antara hak dan batil. DCP Dato’ Abdul Razak, salah seorang anggota komando 69 yang mengetuai operasi subuh telah menyelinap masuk ke tempat persembunyian pihak musuh. Maka berlaku perdebatan antara ketua al-Maunah iaitu Amin dan DCP Dato’ Abdul Razak. Dato’ Abdul Razak, dengan penuh wibawa menyuarakan keyakinannya mengenai kepentingan mengikuti panduan syariat dalam setiap amalan. Baginya, amalan tanpa panduan syariat adalah seperti kapal tanpa pelayar. Meskipun hasrat dan niat baik mungkin membawa ke arah kebaikan tetapi tanpa mengikuti panduan yang benar, ia tetap menjadi kesalahan yang akan merugikan.


Amin, di sisi lain, menyuarakan kepercayaannya bahawa niat baik sudah cukup untuk menggerakkan perubahan positif. Baginya, aturan formal tidak selalu menjadi panduan yang tepat. Amin tetap dengan pendiriannya bahawa apa yang dilakukannya betul. Momen perdebatan ini adalah catatan penceritaan yang sangat menarik perhatian pembaca, ianya antara bab penulisan yang paling panjang dalam buku ini. Bukit Jenalik menjadi saksi gelap terhadap helah Amin yang kononnya mengadakan kursus di Bukit Jenalik tetapi menjadikan ianya kisah peperangan yang mengerikan bagi anak-anak buahnya. Semangat sahaja tidak cukup memadai. Tanpa ilmu yang mendalam sebagai pelengkap, perjalanan ini bagaikan SARI PUSTAKA 56 memandu dalam kegelapan tanpa lampu panduan. Benarlah apa yang dikatakan penulis, ungkapan ‘syahid itu mahal harganya’. Dalam halaman-halaman buku ini, tersimpan pelbagai pengajaran berharga. Melalui kisah-kisah pengalaman penulis di penjara, pembaca diajak merenung hakikat sebenar tentang bagaimana menjadi seorang muslim yang baik. Tragedi al-Maunah memberikan isyarat bahawa ianya sebagai teguran supaya sentiasa menyemak langkah, supaya tidak terperangkap dalam tragedi yang tidak diingini. Hal ini memberikan kesedaran kepada pembaca supaya mengambil sikap berhati-hati dalam menyertai apa-apa pertubuhan. Buku ini wajib dibaca oleh semua peringkat umur. Disediakanoleh: Raja Bahiyah Penulis/Biotechnologists FGV Innovation Center


KATALOG BUKU SARI PUSTAKA 57


SARI PUSTAKA 58


HUBUNGI KAMI: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 232 Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur +03-26871700 webmaster@pnm.gov.my www.pnm.gov.my


Click to View FlipBook Version