The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SAKINAH BINTI SARIFF (PNM), 2023-07-09 22:34:38

Sari Pustaka Bil.1/2023

Sari Pustaka Bil.1/2023

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA SARIPUSTAKA BIL.1/2023


PENASIHAT: SALASIAH BINTI ABDUL WAHAB KETUA EDITOR: ANISATUL-WAHIDAH BINTI ABDUL WAHID EDITOR: MOHD FATHRULRIZAM BIN SAID RUZILAH BINTI EHSAN RAMZY BIN MD. TAHA SITI FATIMAH BINTI WAHAB MAZIDAH BINTI ABD RAHMAN PENYELARAS KANDUNGAN: SAKINAH BINTI SARIFF SHAHRUHAIDA ADAYU BINTI MOHD PAILI MOHD FADZLI BIN ZAINUDIN MOHD JEFFFRI BIN ABU HASSAN VADIVAL PEMBANTU KOORDINATOR PENERBITAN: MOHD KHODDRI BIN RAMLI NUR HAFIZAH BINTI MOHAMED HANIFA PEREKA GRAFIK: FATIN HAZWANI BINTI ZAINI PENGULAS: LANTIKAN OLEH TIMBALAN PENGARAH KANAN/TIMBALAN PENGARAH SETIAP BAHAGIAN SIDANG PENGARANG SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 2


KANDUNGAN 10 13 16 20 23 27 30 MENGGAPAI BULAN: TOPI BULAT DALAM GENGGAMAN PENGULAS: NURFATIHAH BINTI S BAHARUDDIN MEMBANGUN MALAYSIA MADANI : VISI DAN KERANGKA DASAR REFORMASI PENGULAS: MOHAMAD SHUHADA BIN PAIMAN HANG TUAH ADIWIRA BANGSA PENGULAS: HASNITA BINTI ZAKARIA PENTERNAKAN KAMBING SECARA KOMERSIAL PENGULAS: MAULIDIAH BINTI ABD RAHMAN PROJEK ORKID: MASIH ADA YANG SAYANG PENGULAS: JAMILIANA BT JAMIL ABANG JOHARI SARAWAK 2030 PENGULAS: MOHD FADZLI BIN ZAINUDDIN A HEART OF JANNAH: THE SECRETS TO A CALM AND PEACEFUL MIND PENGULAS: NADIA NUR AMALINA BINTI ZULKANAIN HAURA PENGULAS: NOOR LELA BINTI OSMAN 34 BICARALAH YANG BAIK ATAUPUN DIAM 6 PENGULAS: SITI FATIMAH BINTI WAHAB SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 3 TERIMA KASIH ALLAH… SAAT ROH DI SEMPADAN BARZAKH: KISAH BENAR PEJUANG COVID-19 TAHAP 5 PENGULAS: MANIRAH BINTI MANSOR 36 165 NASIHAT GUAMAN TUAN LAWYER PENGULAS: MARSILA BINTI AHMAD 39


50 53 57 61 64 68 72 75 46 PENDIAM: MEMAHAMI PERSONALITI INTROVERT 42 DALAM DUNIA EKSTROVERT PENGULAS: NUR DIANA BINTI GULAM MOHAMAD DIARI UMRAH PERTAMAKU: BERLARI DI TAMAN SYURGA PENGULAS: ROHAIDAH BINTI SHARIF MR. MAMA @ LANCASTER PENGULAS: SITI SUHANA BINTI ADNAN BUKU PINK 3.0: CERITA-CERITA IBU MENGANDUNG LAGI? PENGULAS: AKMAL SHAHMEEN BIN AHAMAD SABARUDIN WARGA EMAS : SENJA YANG KESEPIAN PENGULAS: ANIS BINTI OMAR 77 MISTERI MAKANAN DAN KANSER PENGULAS: SORAYA HANI BINTI MOHAMED HATTA GRADUAN CELIK WANG: "RANCANG DAN BINA KEWANGAN, HIDUP AKAN TENANG TANPA BELITAN HUTANG" PENGULAS: SUHAIDA BINTI MOHAMAD JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU PENGULAS: ZUL HAZEEQ BIN ZAINUL ARRIFFIN PSIKOLOGI REMAJA DAN MASALAH PSIKOSOSIAL PENGULAS: SITI AQILAH BINTI MD NOOR SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 4 KATALOG BUKU BARU SEGMEN PENERBIT


ULASAN SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 5


Bicaralah yang Baik ataupun Diam uku ini mengandungi dua bab yang secara khususnya membincang1 Dalam bab pertama, penulis memberi pendedahan awal tentang makna di sebalik dua mata, dua telinga dan satu mulut. Penulis membawa kita berfikir dengan anugerah indera oleh Allah SWT, sepatutnya kita mempunyai kefahaman dan pengetahuan sebelum memulakan bicara. Jika kita terburu-buru berbicara akan mengundang kepada masalah yang lebih besar jika tersalah bicara. Penulis juga memberi pemahaman ketika mana kita harus bercakap, dan bilakan diam lebih diutamakan. Terkadang kita terlalu banyak bercakap tanpa kita sedar hingga melampaui batas. Ketika berbicara, pengucapan kita perlu jelas, sistematik dan mudah. Apa sahaja yang kita bicarakan perlulah dengan sebutan yang jelas, Iqro’ Firdaus. Bicaralah yang Baik ataupun Diam. Puteh Press, 2021. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 6 kan tentang tatacara dan langkahlangkah untuk kita berbicara dengan lebih baik dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam membincangkan dan menghuraikan tentang berbicara dengan lebih baik, penulis mengupas dengan lebih mendalam dengan memberikan contohcontoh cerita dan teladan yang boleh menjadi panduan ketika kita mahu memulakan bicara.


elakkan dari salah faham kepada yang mendengar. Penulis memberikan contoh cara Nabi Muhammad SAW berbicara dengan elok, jelas dan mudah difahami. Nabi Muhammad SAW juga berbicara dengan begitu berhati-hati dan bijaksana, supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. dan seksa ke atas diri sendiri. Penulis mengajak para pembaca memilih antara kemuliaan dan kehinaan. Bicara ibarat dua keping mata wang. Satu sisi kita boleh menjadi mulia kerananya dan satu sisi lagi kita boleh mendapat kehinaan. Kita perlu menjaga bicara kerana mulia atau hina seseorang itu terlihat dari perkataan-perkataan yang keluar ketika berbicara. Penulis juga menerangkan cara bercakap ketika sedang marah, kesal dan benci. Marah adalah sifat normal yang ada pada manusia, Cuma kita perlu mengendalikan kemarahan itu supaya tidak terkeluar bicara yang menyakitkan hati orang lain, dan akhirnya kita sendiri timbul penyesalan dikemudian hari. Penulis juga ada memberi tip untuk mengawal marah dan berkata kasar. Iaitu menarik nafas dalam-dalam, mengenali punca marah, fikir dahulu sebelum berbicara, membuat jenaka, catatkan dalam buku, dan jangan menyimpan dendam. Islam juga memberi panduan mengawal marah iaitu membaca ta’awudz, menukar posisi yang lebih rendah, memilih diam atau tidak berbicara, berwuduk, menjaga jarak sementara dan mengingat kebaikan lawan bicara. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 7 Seterusnya penulis mengupas berkaitan perkara yang dibolehkan membenci dan dilarang mencaci. Hal ini disebabkan akan ada saling memfitnah, mengeluarkan katakata yang pedas kepada pihak lawan. Tentu sahaja perkara ini sangat tidak elok, seolah-olah saling menjatuhkan pihak lawan. Perkara ini boleh berlaku secara lisan atau di media sosial tanpa rasa bertanggungjawab atas bicara atau coretan yang dilakukan. Bab ini mampu menarik minat para pembaca kerana penulis menyatakan bahawa kita perlu membiasakan diri dengan berbicara perkara positif dan jauhi bicara yang buruk-buruk kerana ianya akan mendatangkan dosa "MENARIK NAFAS DALAMDALAM, MENGENALI PUNCA MARAH, FIKIR DAHULU SEBELUM BERBICARA, MEMBUAT JENAKA, CATATKAN DALAM BUKU, DAN JANGAN MENYIMPAN DENDAM"


Penulis berkongsi juga supaya kita bersikap santun dan lemah lembut. Akhlak yang baik salah satunya adalah ketika barbicara, walau di mana, bila dan terhadap siapa sekalipun. Terhadap keluarga, rakan sekerja, orang atas atau bawahan dalam masyarat atau jiran tetangga. Penulis juga menerangkan gaya berdebat dan membantah secara baik. Berbicara di dalam perdebatan perlukan persiapan yang matang supaya hujah kita kuat, tanpa rasa emosi yang tinggi. Tidak semua orang akan menjadi pembicara yang baik, tidak semua orang juga dilahirkan mempunyai keyakinan yang tinggi. Penulis memberikan tip bagi membentuk keyakinan yang tinggi antaranya, menjaga tempo berbicara, menjaga tinggi rendah suara, mengembangkan bahasa, menggunakan diafragma, menjaga eye-contact, ketajaman vitaliti, berdiri dengan tegak, jangan terlalu banyak bergerak ataupun terlalu diam, membuang beberapa penyakit kata dalam berbicara dan tidak berbelit-belit. Bab kedua yang bertajuk “Ingin menjadi pembicara yang baik? Tirulah gaya Nabi Muhammad SAW berbicara. Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai tokoh yang baik dalam berbicara. Baginda adalah figura hebat dalam segala hal. Baginda banyak memberikan sumbangan dalam pelbagai dimensi kehidupan. Nabi Muhammad SAW adalah seorang pemimpin terulung, usahawan yang berjaya dan hampir semua dimensi kehidupanya wajar dicontohi. Nabi Muhammad SAW bukan sekadar pemimpin agama, tapi hakikatnya, kapasiti, kredibiliti dan integriti Nabi Muhammad SAW mampu menyentuh pelbagai sisi dimensi kehidupan. "SIDDIQ (JUJUR ATAUPUN BENAR), AMANAH (DIPERCAYAI), TABLIGH (KOMUNIKASI) DAN FATANAH (BIJAKSANA)" Alangkah bagusnya jika kita mampu meneladani keperibadian Nabi Muhammad SAW secara keseluruhan dan dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain. Meneladani empat sifat Nabi Muhammad SAW iaitu, siddiq (jujur ataupun benar), amanah (dipercayai), tabligh (komunikasi) dan fatanah (bijaksana). Pembacaan lanjut di bab ini penulis memberi informasi kepada pembaca mengenai konsep REACH (Comunication is the key). Penulis SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 8


mengambil pendekatan dari Stephen Covey yang mengatakan komunikasi adalah keterampilan yang penting dalam hidup. Kejayaan banyak didorong oleh keterampilan dalam komunikasi yang efektif. Secara teori kejayaan dalam komunikasi dapat diraih secara efektif sekiranya memasukan lima (5) elemen yang disebut, The five Inevitable Laws of Effective Communication. Hal tersebut dirangkumkan dalam perkataan REACH iaitu R (Respect), E (Empathy), A (Audible), C (Clarity) dan H (Humble). Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan REACH sila dapatkan maklumat yang lengkap melalui buku ini yang padat dengan informasi bermanfaat ini. Disediakan oleh: Siti Fatimah binti Wahab Timbaan Pengarah Bahagian Pemuliharaan Perpustakaan Negara Malaysia Selaku pengulas, saya sangat mengesyorkan buku ini kepada semua pembaca dari semua peringkat umur terutamanya kepada mereka yang mahukan bicara atau percakapannya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan dijauhi dari berbicara kepada perkara yang sia-sia serta mengundang kemarahan orang lain. Buku ini sangat baik sebagai perkongsian ilmu bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Penerangan yang menarik berserta petikan ayat-ayat AlQuran dan hadith sangat menguatkan lagi pengetahuan berkaitan komunikasi yang efektif. Contoh-contoh yang terperinci yang ditonjolkan oleh penulis mampu menarik minat pembaca selain memberikan penjelasan yang mudah difahami oleh masyarakat awam. Kesimpulannya, buku ini sangat berguna dan penting untuk dibaca oleh semua individu yang menghargai komunikasi antara sesama insan di dunia ini. "The five Inevitable Laws of Effective Communication REACH iaitu R (Respect), E (Empathy), A (Audible), C (Clarity) dan H (Humble)" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 9


Menggapai Bulan : Topi Bulat Dalam Genggaman menamatkan pengajian PhD adalah satu langkah yang sukar. Buku penulisan daripada seorang graduan Doktor Falsafah (PhD) ini memberi perkongsian kepada pembaca untuk membuat persediaan melalui fasa pengajian ini. Ringkas dan padat. Kandungan penulisan buku ini memudahkan pembaca untuk sama-sama memahami proses dan keperluan untuk menggapai bulan sebagaimana yang diambarkan pada tajuk yang diberi pada buku ini. Pada kulit buku ini, digambarkan bulan yang indah serta topi bulat yang melambangkan simbolik penerima PhD. Bagi mereka yang dalam fasa mencari kekuatan serta motivasi 2 Menyingkap halaman demi halaman dalam buku ini, setiap kandungan disusun dengan rapi mengikut langkah proses belajar dalam pengajian pascasiswazah ini. Apa yang perlu disediakan, apa yang perlu dilakukan, semuanya dikongsi oleh penulis. Menyusuri pengalaman persediaan penulis sendiri, beliau cuba menggarap penulisannya dengan cara santai dan mudah difahami. Sebagai contoh bahagian pertama bermula dengan tajuk kecil ‘Aku ambil Phd, bukan kerana gelaran’. Ayat yang ringkas tetapi penuh bermakna. untuk menyambung pengajian, gambaran topi ini mampu memberi semangat ke arah itu, seterusnya memupuk minat untuk membaca kandungan buku ini. Hadijah Ahmad. Menggapai Bulan: Topi Bulat dalam Genggaman. Penerbit Universiti Malaysia Pahang, 2022. emua orang tahu perjalanan untuk menggapai kejayaan bagi SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 10


Di sini penulis mahu bakal pelajar PhD nanti supaya bermula dengan meletakan niat yang baik dalam menuntut ilmu. Menyambung pengajian PhD bukan sekadar untuk berbangga, sebaliknya untuk menjadikan diri lebih baik dan dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Bagi penulis sendiri, beliau tekad untuk menyambung pengajian pada tahap PhD kerana melihat sendiri keadaan masyarakat kampung beliau yang masih lagi hidup dalam keadaan ekonomi yang daif. Bermula dari kegagalan untuk mendapatkan bantuan dari wakil Parlimen membuatkan penulis bernekad untuk belajar dan mencari ilmu penyelidikan untuk membantu masyarakat kampungnya. Bermula dengan penulisan mengikut tajuk-tajuk kecil, buku ini mempunyai sembilan bahagian kecil untuk penulis menceritakan aliran proses pengajian ini. Pada setiap bahagian tajuk kecil ini, penulis mengaitkan huraian dengan apa yang beliau sendiri lalui. Antaranya pengalaman penulis untuk memulakan proses pengajian ini seperti isu kewangan, mencari sokongan moral dan akhirnya proses pendaftaran. Melalui penceritaan dalam buku ini, penulis berkongsi dengan pembaca pahit jerih penulis untuk memulakan langkah termasuk memahami, mengenali insan-insan yang wujud dalam perjalanan PhDnya. Percaya bahawa soal menyambung pengajian PhD bukan sekadar membuat kajian, tetapi ia melibatkan hubungan pelajar dengan insan lain seperti supervisor, rakan seperjuangan, top scholar dan respondent. Sebagai contoh, penulis menyatakan beliau berusaha untuk memahami dan bertolak ansur dengan supervisor beliau bagi memastikan pengajiannya berjalan lancar. Selain itu, daripada penulisan ini dapat dilihat, penulis seorang yang berani. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 11


Berani menyampaikan idea, berani mencuba, berani melawan arus budaya sesuatu tempat. Keberanian dan azam beliau boleh dilihat bukan sekadar ingin mengubah keadaan masyarakat kampung, bahkan pemikiran yang sentiasa positif dan berani keluar dari kelompok negatif haruslah dicontohi. Disamping itu, bahagian kandungan yang dikongsi dan amat bermanfaat kepada pembaca buku ini adalah kaedah pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, penulis berkongsi cara untuk memahami bahan bacaan, menguruskan bahan secara sistematik dan proses membuat persediaan untuk perbentangan akhir. Penulis juga turut sertakan ilmu berkaitan kajian dan perjalanan proses kajian. Impak daripada perancangan kajian itu sekaligus akan menyumbang kepada penghasilan kajian yang mantap. Disediakan oleh: Nurfatihah binti S Baharuddin Penolong Pengarah Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan Perpustakaan Negara Malaysia Bagi pelajar PhD, ilmu dan pemahaman ini perlu bagi memastikan mereka faham hala tuju untuk menamatkan perjalanan PhD ini. Akhir rumusan, cerita perjalanan untuk menyarung jubah bertopi bulat bagi setiap calon pascasiswazah ini masing-masing mempunyai perbezaan. Sebagai pembaca yang suka mengikuti bahan bacaan berkaitan pengalaman individu yang menyambung pengajian PhD ini, saya suka membaca olahan penulisan penulis ini yang cukup mudah difahami serta cukup padat dengan tips yang berguna. Selitan gambar ilustrasi yang comel cukup menggambarkan keadaan pelajar PhD sebenar serta menarik minat untuk membaca buku ini. Oleh itu jika ingin menggapai bulan, pasanglah impian, tetapkanlah nekad, berusahalah ke arah itu. Sungguh, buku ini mampu menjadi pembangkit semangat untuk memulakan langkah bagi menggenggam topi bulat. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 12


Membangun Malaysia Madani : Visi dan Kerangka Dasar Reformasi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 yang menjelaskan bahawa untuk membangun tanah air yang lebih mampan dan makmur berteraskan ruh daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan, di mana keterangkuman dan kesaksamaan menjadi teras utamanya iaitu sebuah masyarakat Malaysia yang adil. 3 Konsep ini akan mengiktiraf hak setiap warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk hidup dalam persekitaran yang mampan dan menyumbang kepada kesejahteraan bangsa. Ia menyokong usaha-usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya cipta dan kreatif. Ia dapat memupuk sikap saling menghormati sesama rakyat sebagai norma sosial dan budaya untuk memastikan keterangkuman semua. Ia menyuburkan sifat ihsan, peduli dan kasih sayang dalam setiap anggota masyarakat untuk mewujudkan keamanan. Matlamat beliau adalah untuk merubah Malaysia menjadi sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ihsan berdasarkan Anwar Ibrahim. Membangun Malaysia Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi. IDE Research Centre Sdn. Bhd., 2023. keyakinan antara satu sama lain. Kata kunci visi ini adalah MADANI, yang pada dasarnya merupakan kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama. uku ini membincangkan tentang visi negara di bawah kepimpinan SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 13


Buku ini menjelaskan bahawa dasar ini tidak hanya memberikan tumpuan kepada menyelesaikan masalah serta memenuhi keperluan semasa di negara kita, tetapi juga pada mencorak masa hadapan dan memenuhi potensinya. Ia mengambil kira segala bentuk perubahan yang telah merubah dunia, ia bercita-cita untuk mengemudi negara dalam zaman pasca normal yang serba rumit, bercanggah dan berkecamuk. Bahasa, konsep dan budaya tempatan Malaysia merupakan teras kepada kerangka ini. Penekanan diberikan terhadap sintesis, yakni menggabungkan amalan sedia ada dengan kaedah baharu yang direka untuk menangani isu-isu baharu dan ketidakpastian. Enam (6) rukun utama MADANI ialah Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Ia merupakan kerangka dasar yang saling berkait dan bersepadu, setiap satunya menguatkan yang lain. Kerangka ini dibina dengan kesediaan menerima perubahan mengambil kira sumbang saran dan pendapat daripada semua lapisan masyarakat. Dengan kerangka ini, semoga kita mampu segera memulihkan negara kita melalui reformasi yang substantif, sekaligus melangkah bersama rakyat menuju masa hadapan yang lebih cerah. Dalam membina kerangka besar ini kita harus memikirkan sejenak beberapa perkara. Pertamanya, kesalingkaitan antara keenam-enam rukun MADANI harus sentiasa diperkukuh. Dalam erti kata lain, bagaimana setiap rukun mampu berhubung dan menyumbang kepada rukun yang lima. Pada masa yang sama, setiap rukun harus mengambil kira sejarah semasa negara. Contohnya, apakah struktur, sistem dan idea sedia ada yang boleh ditambah baik, atau yang harus disingkirkan. Kita juga harus memikirkan mengenai berbagai potensi yang wujud. Apabila sesuatu tindakan diambil, kita tidak hanya harus memikirkan bagaimana sesuatu dasar itu boleh dibuat, tetapi juga kesannya yang baik dan yang buruk. Yang kedua ialah sisi pasca normal, turut menjadi pertimbangan dalam pembentukan dasar ini. Dalam dunia pasca normal, dasar-dasar MADANI harus bersedia untuk menghadapi kelajuan, skala, skop dan "Enam (6) rukun utama MADANI ialah Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 14


keserentakan, percanggahan yang begitu banyak, kerumitan yang kian bertambah, serta kemampuan untuk menghadapi kekacauan. Secara asasnya PM mahukan sebuah masyarakat yang tidak terlalu tamak terhadap kebendaan dan gilakan kuasa sehingga melanggar undang-undang. Beliau mahu kemasyarakatan menjadi tunjang kepada pembinaan negara bangsa dan keilmuan, prinsip demokratik, perpaduan, dan kebebasan menjadi bumbung kepada gagasan masyarakat madani. Beliau menyedari tiga (3) hal yang paling merosakkan negara iaitu gilakan harta benda, kehilangan moral (rasuah, mencabuli hukum), dan amalan tidak demokratik ketika berhadapan dengan orang yang berbeza pandangan. Untuk melahirkan masyarakat yang kritis, pembinaan dasar juga harus dibina oleh orang yang kritis dan membumi. Disediakan oleh: Mohamad Shuhada bin Paiman Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan dan Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia Malaysia bukanlah kekurangan pemikir dan ilmuan, tetapi kita kekurangan mereka yang berani mengatakan hal yang berbeza dengan autoriti. Sifat benci kepada kemungkaran dan mampu bertindak setelah melihat kemungkaran perlu ditanam dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia. Namun sekiranya diperlukan sebuah institusi yang dapat memainkan peranan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaiknya, maka institusi kerajaan sedia ada akan diserap, diperkasa atau digarap sesuai dengan matlamat agar birokrasi kerajaan mampu menjana perubahan yang diperlukan oleh rakyat. "TIGA (3) HAL YANG PALING MEROSAKKAN NEGARA IAITU GILAKAN HARTA BENDA, KEHILANGAN MORAL (RASUAH, MENCABULI HUKUM), DAN AMALAN TIDAK DEMOKRATIK KETIKA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG BERBEZA PANDANGAN" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 15


adiwira bangsa iaitu Hang Tuah. Steven Sim, penulis buku ini, melihat Hang Tuah sebagai tokoh yang merentasi zaman dari segi keberanian, kepahlawanan, hinggalah kesetiaan dan persahabatan. Hang Tuah Adiwira Bangsa 4 Hikayat Hang Tuah bukan sekadar biografi tetapi ia juga merupakan sebuah rekod sejarah idea tamadun Melayu. Ianya merakamkan pemikiran Melayu, weltanschauung Melayu, dan seterusnya pegangan hidup Melayu. Penulis berminat melihat sosok Hang Tuah menjangkaui kronologi sejarah tetapi lebih kepada nilai-nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui watak Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagai imejan seorang Melayu ideal, atau menurut Muhammad Haji Salleh sebagai “kayu ukur identiti bangsa Melayu pada masa hadapan”. Bagi memahami buku ini dengan lebih mendalam, adalah disarankan membaca Hikayat Hang Tuah atau Sejarah Melayu kerana penulis banyak mengaitkan petikan yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah atau Sejarah Melayu sebagai perbandingan dengan penulisan di dalam buku ini. Dalam bab pertama, Hang Tuah digambarkan sebagai wasiat leluhur Melayu. Terdapat pelbagai persoalan berkaitan Hang Tuah yang sering menjadi persoalan atau diperdebatkan antaranya adakah Hang Tuah ini benar-benar wujud atau sekadar mitos untuk mengangkat bangsa Melayu? Terdapat pelbagai versi Hikayat Hang Tuah yang ditulis dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seawal tahun 1726 yang dianggap sebagai “permata yang bernilai” dari segi ketokohan dan kebijaksanaan yang dimilikinya. Steven Sim, Hang Tuah Adiwira Bangsa. Strategic Information and Research Development Centre, 2021. uku ini meng andung i enam bab y ang meng g a rap tent ang SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 16


Hang Tuah sebagai adiwira bangsa pada fikiran penulis ialah lelaki kosmopolitan yang mahir berbicara dalam 12 bahasa dan sering menjadi diplomat atau duta kerajaan Melaka ke negara-negara asing. Pada pandangan penulis, kehebatan Hang Tuah menguasai bahasa asing menunjukan bahawa pada zaman tersebut, kesedaran untuk mempelajari bahasa asing merupakan satu kelebihan dalam merancakkan perkembangan ekonomi Melaka pada ketika itu, namun Hang Tuah tetap mengekalkan jati dirinya sebagai orang Melayu. Penulis mengajak pembaca untuk melihat kembali kepada sejarah negara bahawa Malaysia telah mempunyai masyarakat majmuk sejak dari zaman dahulu lagi dan ia bukanlah sesuatu yang baharu selepas kemerdekaan negara. Hang Tuah merupakan satu contoh yang boleh diangkat dari segi keterbukaan untuk mempelajari dan mendampingi budaya orang lain, menjadikan Hang Tuah tidak kekok untuk berdagang di negeri orang, berunding dalam bahasa dunia mahupun berdiri di tengah-tengah raja-raja besar dunia mewakili kerajaan Melayu Melaka. Seterusnya buku ini turut menggambarkan Hang Tuah peka akan politik, peradaban dan protokol kerajaan-kerajaan asing. Hang Tuah menjadi utusan ataupun wakil Raja ke negara China dan India. Sifat peka Hang Tuah dengan budaya dan bahasa pada setiap negeri yang dilawati menjadi antara faktor hubungan dagangan dengan negara luar begitu positif dan beliau disegani oleh semua pihak. Penulis turut mengajak pembaca untuk melihat akan pengaruh China dan India di Tanah Melayu yang telah bertapak pada ketika itu serta fakta menarik bahawa agama Buddha sebenarnya berasal dari India. "HANG TUAH DI DALAM VERSI HIKAYAT MERUPAKAN SEORANG PENASIHAT RAJA DAN SERING DIRUJUK DALAM ISU-ISU PENTADBIRAN NEGARA, KESELAMATAN, DIPLOMASI DAN PERDAGANGAN SERTA TURUT TERBABIT DALAM URUSAN KEKELUARGAAN RAJA" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 17


Hang Tuah di dalam versi Hikayat merupakan seorang penasihat Raja dan sering dirujuk dalam isuisu pentadbiran negara, keselamatan, diplomasi dan perdagangan serta turut terbabit dalam urusan kekeluargaan Raja. Namun begitu, penulis berpandangan bahawa Hang Tuah bukan seorang yang bersifat “yes men’ seperti dalam pandangan popular masa kini akibat salah tafsir Hikayat. Beliau seorang yang berani memberikan pandangan yang berbeza dan tidak akan mengikut arahan Raja tanpa usul periksa. Jelas di sini bahawa Hang Tuah seorang yang sanggup memberikan pandangan yang kritikal selaku penasihat yang dipercayai Raja Melaka. Perseteruan di antara Hang Tuah dan Hang Jebat menggambarkan dilema dalam masyarakat Melayu. Ia adalah persimpangan dan persoalan yang amat sulit. Bagi memahami perkara itu penulis mencadangkan interpretasi dialektikal, iaitu perlu mengambil kira keadaan dan zaman ketika itu bagi menilai perilaku kedua-dua perwira yang asalnya bersahabat baik. Penulis terus mengetengahkan watak Hang Tuah sebagai seorang polymath atau pakar dalam pelbagai bidang. Misalnya, Hang Tuah turut dikatakan arif dalam bidang ekonomi dan kewangan serta mahir dalam kejuruteraan dan teknologi. Namun begitu, sebagai manusia biasa, Hang Tuah turut tidak terlepas dalam melakukan kesilapan, dan penulis turut tidak terlepas pandang menilai perkara tersebut. Bab terakhir dalam buku ini, penulis turut menceritakan asalusul keris Taming Sari di mana kematian Hang Jebat juga melalui keris keramat tersebut. Namun demikian, penulis turut menukilkan bahawa pada hari ini keris Taming Sari dan Hang Tuah dilihat sebagai simbol feudal dan simbol perkauman dek tindakan parti politik yang mencipta semula imej Hang Tuah sebagai pejuang ideologi. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 18


Disediakan oleh: Hasnita binti Zakaria Timbalan Pengarah Bahagian Kandungan Digital Perpustakaan Negara Malaysia Hanya kerana keris perpecahan di kalangan kaum dan sesama bangsa boleh tercetus akibat dukungan ideologi yang sempit. Penulis berharap agar keris tidak dijadikan sebagai alat oleh sesetengah parti untuk menolak kemajmukan kaum yang telah lama terbentuk oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun atau beribu tahun yang lalu. Bagi mereka yang sering meneropong landskap politik Malaysia masa kini, buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang menceburkan diri dalam bidang politik, pengkaji, mahasiswa, peminat sejarah dan sastera Melayu. Menerusi buku ini, penulis mengajak pembaca untuk melihat bahawa Hang Tuah telah membentuk identiti bangsa Malaysia sejak berkurun yang lalu dan masih kekal hingga ke hari ini. Buku ini memberi mesej yang besar kepada dunia politik tanah air masa kini hasil penulisan Steven Sim seorang yang amat meminati apa sahaja berkaitan Melayu. Justeru, menerusi pembacaan buku ini, setidaktidaknya pembaca dapat mengenali tokoh Hang Tuah yang memang terkenal dalam warisan sastera tanah air. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 19


Kecintaan dalam ilmu penyelidikan dan ilmu pengetahuan yang dimiliki telah memberi ilham kepada beliau untuk diaplikasikan dalam bidang kesihatan haiwan. Buku ini juga turut disemarakkan dengan gabungan idea oleh Dr. Mohd Hishammfariz Mohd Amin yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang penternakan ruminan. Turut memberikan idea adalah Dr. Muhammad Lokman Md Isa yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas terhadap penyelidikan reproduktif manusia. Gabungan ketiga-tiga penulis ini telah menghasilkan sebuah buku yang amat bermanfaat dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami dan disulami dengan gambar-gambar yang amat membantu kepada semua penternak kambing di Malaysia. Penternakan Kambing Secara Komersial kambing secara komersial merupakan panduan lengkap tentang penternakan kambing terutama kepada golongan yang baru berjinak-jinak dengan industri penternakan. Di Malaysia, jumlah populasi kambing yang terdapat di negara ini sekitar 439 667 ekor dan ianya merupakan haiwan kedua terbanyak diternak di Malaysia. 5 Kebanyakan penternakan kambing di Malaysia diusahakan secara kecil-kecilan. Ini menyebabkan bekalan daging kambing di negara ini tidak mencukupi. Buku ini ditulis oleh Profesor Madya Dr. Afzan Mat Yusof yang mempunyai pendidikan peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Molekular Parasit Kesihatan Manusia. Afzan Mat Yusof, Mohd Hishammfariz Mohd Amin dan Muhammad Lokman Md. Isa. Penternakan Kambing Secara Komersial. Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2023. ak berjaya dalam apa jua perkara perlu ada ilmu. Buku penternakan SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 20


Sebagai mukadimah, penulis, memperkenalkan kepada pembaca asas penternakan kambing. Penulis menyatakan jenis utama bidang penternakan di Malaysia iaitu penternakan ruminan dan bukan ruminan. Apakah ruminan dan bukan ruminan? Penulis menjelaskan bahawa ruminan lazimnya merujuk haiwan yang mempunyai empat (4) perut dalam sistem pencernaan dan rumput merupakan makanan utamanya. Contoh penternakan ruminan termasuklah lembu, kambing, biribiri dan kerbau manakala contoh bukan ruminan adalah ayam dan khinzir. Bicara penulis dalam buku ini menjelaskan terdapat tiga (3) jenis kaedah pengurusan dan penjagaan ternakan iaitu penternakan secara intensif, separa intensif dan ekstensif. Setiap jenis kaedah penternakan itu disertakan juga panduan perbelanjaan yang boleh digunakan oleh penternak yang ingin memulakan langkah dalam industri ini. Pemilihan baka yang baik dan berkualiti amat dititik beratkan dalam memulakan industri penternakan kambing ini. Penternak boleh membuat pilihan mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka. Seterusnya penulis berkongsi ilmu berkaitan pembiakan kambing ternakan. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam proses pembiakan baka ini, bermula dari pemilihan calon induk atau pemilihan baka. Pemilihan induk kambing yang berumur kurang daripada sembilan (9) bulan mempunyai tahap pertumbuhan yang paling pesat. Umur kambing boleh diukur dengan merekod tarikh kelahiran dan melalui gigi. Pemilihan kambing ternak yang sesuai untuk proses pembiakan sama ada kambing jantan atau kambing betina perlu diketahui oleh penternak berpandukan ciri-ciri tertentu pada tubuh badan kambing. Terdapat dua (2) kaedah dalam proses pembiakan kambing ternakan, iaitu pembiakan secara tabii (semula jadi) dan pembiakan secara permanian beradas (artificial insemination). Semasa proses pembiakan sehingga anak kambing dilahirkan dan membesar, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh penternak. Membicarakan mengenai penyakit yang biasa berlaku kepada ternakan kambing iaitu "JENIS UTAMA BIDANG PENTERNAKAN DI MALAYSIA IAITU PENTERNAKAN RUMINAN DAN BUKAN RUMINAN" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 21


parasit. Parasit dalaman dan parasit luaran. Panjang lebar penjelasan oleh penulis berkaitan parasit dalaman kerana ia dikatakan sebagai pembunuh senyap kepada binatang ternakan kambing. Walau bagaimanapun, terdapat tandatanda sekiranya ternakan kambing terkena jangkitan parasit. Namun agak sukar untuk mengesan pada peringkat awal jangkitan dan hanya boleh dikesan setelah berada pada tahap kronik. Sekiranya ternakan dijangkiti parasit, perlu segera memberikan rawatan dan ubat kepada ternakan mereka. Berbeza dengan parasit luaran, di mana ia hanya akan menjangkiti bahagian luar badan kambing. Penyakit dapat dilihat dan dikenal pasti. Seterusnya, penulis juga memberi panduan mengenai makanan dan pemakanan yang perlu dan sesuai untuk ternakan kambing. Ini kerana "DUA KAEDAH DALAM PROSES PEMBIAKAN KAMBING TERNAKAN, IAITU PEMBIAKAN SECARA TABII (SEMULA JADI) DAN PEMBIAKAN SECARA PERMANIAN BERADAS (ARTIFICIAL INSEMINATION). SEMASA PROSES PEMBIAKAN SEHINGGA ANAK KAMBING DILAHIRKAN DAN MEMBESAR" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 22 faktor makanan dan pemakanan akan menentukan tumbesaran, pembiakan dan kesihatan kambing. Rumput, kekacang dan dedaun hijau adalah makanan utama ternakan kambing. Makanan tambahan yang mengandungi protein, lemak dan mineral juga perlu untuk menambah zat dan membantu kesihatan ternakan kambing. Buku ini juga akan mengajar kita strategi pemasaran, promosi dan pengurusan kambing secara komersial. Penulis menyuarakan bahawa penternak tidak menitikberatkan aspek pemasaran dan menganggap pemasaran hanya dibuat apabila projek telah mengeluarkan hasil. Senarai 12 produk yang dapat dihasilkan daripada projek ternakan kambing turut dibicarakan oleh penulis di dalam bukunya. Semoga informasi dan maklumat yang dikongsikan oleh penulis kepada pembaca dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua. Bagi yang bercita-cita dan yang ingin memulakan langkah sebagai penternak kambing, sudah semestinya perlu ada senaskhah buku ini sebagai panduan dan rujukan. Disediakan oleh : Maulidiah binti Abd Rahman Penolong Pengarah Pusat Bibliografi Negara Perpustakaan Negara Malaysia


Projek Orkid: Masih Ada Yang Sayang “SAAT YANG PALING MENYAKITKAN APABILA MENGHIDAP PENYAKIT MENTAL ADALAH ORANG LAIN MENYURUH KAU BERKELAKUAN BAIK, SEOLAH-OLAH KAU JAHAT.” JOKER,2019. 6 pa yang membuat saya tertarik untuk membaca naskhah ini adalah kerana Norsa'adah Ahmd dan Noor Hayati Ya, Penyelenggara. Projek Orkid : Masih Ada yang Sayang. Dua Penulis PLT, 2022. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 23 salah seorang penyumbang kompilasi cerita ini merupakan seorang yang selalu saya lihat bicaranya di Tiktok dan saya tidak mengetahui langsung beliau mempunyai masalah psikiatri. Projek Orkid: Masih Ada Yang Sayang melihat sahaja tajuk buku ini membuatkan saya teruja untuk menghabiskan bacaan. Saya mempunyai seorang kawan baik yang mempunyai masalah penyakit mental dan sedang mendapatkan rawatan. Itu menjadikan sebab utama mengapa saya memilih buku ini untuk dijadikan ulasan bagi slot Sari Pustaka. Dengan niat untuk lebih mendalami dan memahami isi hati pesakit, cabaran yang mereka hadapi, rawatan serta terapi yang boleh membantu mereka. Kita sedia maklum akan hakikat penyakit mental yang semakin meningkat bilangan pesakitnya di Malaysia. Statistik menunjukkan tiga (3) daripada sepuluh (10) orang penduduk Malaysia penghidap penyakit mental. Kemungkinan ada dalam kalangan ahli keluarga, sahabat handai mahupun saudara mara kita juga merupakan pesakit mental. Buku ini merupakan pilihan yang tepat untuk kita sama-sama membantu menyebarkan kesedaran tentang penyakit mental.


Buku ini menghimpunkan 15 kisah berbeza daripada pemandiri (survivor) penyakit mental yang selama ini dipandang serong oleh masyarakat. Metafora imej bunga orkid dipilih sebagai tajuk buku ini adalah kerana orkid melambangkan ketabahan dan kekuatan jiwa sebagaimana layaknya pejuang-pejuang penyakit mental ini bertahan bagi meneruskan kehidupan mereka. Reben berwarna hijau pula adalah simbol dalam kesedaran penyakit mental. Apabila saya mulai membaca kisah demi kisah yang dikongsikan saya mula tersedar adakah saya juga tergolong dalam masyarakat yang memandang serong akan pesakit mental. Terkadang diri ini juga sering membuat spekulasi terhadap mereka. kurang atau juga tidak bermaksud mereka bukan muslim atau muslimah yang baik. Ia juga tidak merumuskan mereka adalah tidak normal. Menyelak helaian demi helaian buku ini, kita akan menyelami perasaan dan cabaran yang dilalui oleh pesakit Bipolar Disorder, Anxiety Disorder (kerisauan), Borderline Personality Disorder, Deprsession (kemurungan) dan skizofrenia. Gangguan yang kerap berlaku dalam masyarakat kita adalah bipolar, kerisauan dan kemurungan. Semakin saya larut dalam kisah survivor pesakit mental ini, saya dapati kebanyakkan pesakit menghadapi tekanan daripada orang yang disayang dan yang rapat seperti ibu bapa, suami dan adik beradik. Ada kisah di mana seorang ibu memaksa anaknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan apabila tidak berjaya anak tersebut tidak disayang, ibu memaksa anak berkahwin dengan lelaki yang rupa-rupanya biawak hidup, ibu yang kerap memperlekehkan anak dan sentiasa melabel anak pemalas. Dalam banyak kisah saya amat terkesan dengan kisah yang dikongsikan oleh Hanin Safiya SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 24 "REBEN BERWARNA HIJAU PULA ADALAH SIMBOL DALAM KESEDARAN PENYAKIT MENTAL" Saya merasakan pesakit mental ini lemah imannya, lemah kebergantungan mereka terhadap Allah SWT. Namun, pandangan saya mula berubah apabila saya sampai ke cerita ke empat (4) yang dikongsikan oleh penulis. Doktor menjelaskan penyakit mental ini bukanlah bermakna iman mereka


Cerita bertajuk ‘Kerana Kau Adikku’ bukan nukilan bekas pesakit mental tetapi hasil nukilan seorang kakak yang setia menemani dan menjaga adiknya Jehan yang telah didiagnos oleh doktor sebagai pesakit skizofrenia di usia 24 tahun. Kakaknya Ida sangat sayang dan amat memahami masalah yang dihadapi adiknya. Pesakit skizofrenia akan mula berhalusinasi. Jehan juga pernah dimasukkan ke Tanjung Rambutan kerana telah mencederakan orang lain. Pengambilan ubat yang berlebihan menyebabkan Jehan letih asyik tidur dan tidak mampu untuk melaksanakan tugasan hariannya. Selepas diberikan nasihat oleh doktor Jehan mulai pulih. Diakhir kisah Jehan telah menemui pencipta abadinya apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kasih sayang seorang kakak yang sentiasa memberi dorongan kepada sang adik membuatkan Jehan terus kuat untuk bertahan mendapatkan rawatan dari doktor. Ini hanya sebahagian sahaja kupasan mengenai naskhah ini. Banyak lagi cerita yang tidak mampu saya ceritakan. Sejujurnya buku ini telah membuat minda saya lebih terSARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 25 bertajuk ‘Kemelut di muara kasih’. Kisah ini dimulakan dengan penulis yang merasakan suami tidak menyayanginya dan merasa diri tidak berguna. Simptom yang ditunjukkan oleh penulis seperti tidak dapat tidur malam dan kerap menangis. Lagi mendebarkan apabila penulis sudah beberapa kali bertindak untuk cubaan membunuh diri. Suami penulis terus membawa penulis ke hospital dan mendapatkan bantuan. Hasil kaunseling dari doktor yang membuat rawatan barulah pesakit membuka cerita yang disimpan sekian lama dan menjadi rahsia buat suaminya. Semasa kecil ibunya tidak menerimanya sebagai anak dianggap pelacur dirogol oleh abang-abang. Bagaimana perasaan seorang anak kecil yang sepatutnya di lindung oleh ibu serta ahli keluarga sanggup melakukan perkara sekeji itu kepada darah daging sendiri. Natijahnya beliau memendam rasa dan beliau merasakan diri sudah tidak berguna dan hanya layak untuk mati sahaja. Syukur tindakan pantas sang suami membawa beliau ke hospital dapat membantu beliau keluar dari belenggu itu. Rawatan susulan dibuat, ubat diberikan dan Alhamdulillah kini beliau sihat daripada penyakit mental.


buka dalam mendepani mereka yang kurang bernasib baik yang menghidap masalah mental. Bagaimana mereka terus kuat berdiri menghadapi stigma masyarakat terhadap mereka. Buku ini memberi 1001 jawapan. Buku ini sangat menarik dengan gaya penulisan yang ringkas dan mudah untuk difahami oleh semua golongan masyarakat. Cerita yang terkandung disusun mengikut jenis penyakit yang dihadapi. Susunan ayat dan bahasa yang digunakan cukup baik. Buku ini dapat dijadikan panduan kepada penjaga yang mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan yang mengalami masalah mental. Tahniah kepada semua penulis yang sanggup berkongsi cerita dan pengalaman hidup mereka. Ini bukanlah sesuatu yang memalukan malahan satu keberanian dan akan menjadi panduan serta pedoman kepada pesakit lain. Buku seumpama ini mampu memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang melalui pengalaman serupa. Sebagai penutup saya kongsikan salah satu coretan seorang penulis dalam naskhah ini yang memberi impak besar dalam kehidupan saya selepas menamatkan bacaan. Buku ini sangat meninggalkan kesan mendalam terhadap diri ini. Coretan daripada Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah; Terus bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutmu, Terus berlari hingga kebosanan itu mengejarmu, Terus berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu, Terus bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 26 Disediakan oleh: Jamiliana bt Jamil Penolong Pengarah Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia


Abang Johari Sarawak 2030 uku ini memuatkan 15 bab dan kandungannya meliputi pelbagai bidang 7 Roosfa Hashim dalam Bab 1 memulakan perbincangan dengan membincangkan liku-liku perjalanan politik, perjuangan dan pengorbanan Abang Johari dalam politik sekitar 40 tahun. Beliau merumuskan, kepimpinan dan pembabitan Abang Johari dalam politik adalah berpaksikan keikhlasan, kesabaran dan komitmen untuk mengubah nasib rakyat di negeri ini. Awang Azman Awang Pawi dalam Bab 2 memperincikan bagaimana hubungan Petra Jaya dengan Putrajaya di bawah era pemerintahan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Artikel dalam buku ini membincangkan dan menganalisis pelbagai bidang penting membabitkan dasar beliau termasuk politik, sosial, ekonomi, media dan komunikasi politik serta pembangunan luar bandar. Bidang yang disentuh bukan sahaja memperlihatkan inisiatif yang diambil oleh Abang Johari tetapi juga kepakaran para sarjana yang menulisnya. Penyumbang bab dalam buku terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang akademik dari pelbagai universiti di negara ini. Jeniri Amir dan Rosli Jaya, editor. Abang Johari : Sarawak 2030. Wafira Enterprise, 2021. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 27 berkaitan kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari sebagai Ketua Menteri keenam Sarawak.


Nadrawina Isnin dalam Bab 3 menjuruskan perbincangan kepada dasar berkaitan wanita dan kepimpinan di bawah Abang Johari. Dalam Bab 4 Lee Kuok Tiung mengupas kepimpinan Abang Johari yang bersifat moderat berpaksikan dasar keterangkuman, mengutamakan kepentingan semua kaum. Bagaimanapun, esei beliau banyak menumpukan dasar Abang Johari berkaitan masyarakat Cina di Sarawak. Rosli Jaya dalam Bab 5 mengupas idea dan langkah yang diambil oleh Ketua Menteri dari segi usaha membina jalan raya dan jambatan yang menurut beliau bukan sahaja dapat menyatukan penduduk di Sarawak, tetapi membawa kesan pembangunan dari segi sosial, ekonomi dan sebagainya. Ini dikuti secara khusus perbincangan tentang pembangunan luar bandar oleh Dick Lembang Dugun dalam Bab 6. Di bawah kepimpinannya, Abang Johari memperuntukkan sekitar 70 peratus belanjawannya untuk pembangunan di luar bandar, dengan tumpuan untuk membangunkan kemudahan asas termasuk bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya, selain pertanian moden menggunakan teknologi bagi mengubah nasib rakyat. Dalam Bab 7, Nurhani Aba Ibrahim memberikan tumpuan kepada perbincangan kepada pembangunan ekonomi. Abang Johari menurut beliau telah menyediakan persekitaran ekonomi dan perniagaan yang lebih kondusif kepada pelabur tempatan dan global melalui pelbagai dasar dan insentif yang bersifat mesra pelabur bagi memastikan Sarawak berada di atas landasan tepat untuk muncul sebagai negeri maju dalam kurang daripada sedekad. Satu daripada bidang yang menjadi tumpuan Abang Johari ialah ekonomi digital. Untuk itu, Ahi Sarok dalam Bab 8 mengupas bagaimana dasar tersebut telah berjaya mengubah landskap ekonomi di negeri ini. Ia disifatkan sebagai langkah proaktif, lebih-lebih lagi ketika negara ini berdepan ancaman Covid-19. Novel Lyndon dan Kwok Chin Hoe secara khusus membincangkan permodenan pertanian sebagai langkah untuk meningkatkan pendapatan, kebajikan dan kualiti hidup masyarakat luar bandar di Sarawak dalam Bab 9. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 28


Bab 10 dan Bab 11 mengupas aspek komunikasi politik dan media. Jeniri Amir memperincikan aspek komunikasi politik dengan menganalisis ucapan Abang Johari. Beliau mendapati dalam usaha untuk membujuk khalayak dan meyakinkan rakyat supaya menyokong dasar serta langkah yang diambilnya, beliau menggunakan teknik retorik, termasuk logo yang berkesan dalam ucapannya. Satu daripada falsafah kepimpinan yang sejak dahulu dipegang oleh Abang Johari ialah integriti dan ketulusan. Bab 12 oleh Mat Zin Mat Kib secara khusus memperincikan pelaksanaan pelan integriti dalam sektor awam. Menurut penulis, latar belakang, asuhan serta didikan yang diterimanya telah mengintegritikan beliau sehingga menyebabkan Abang Johari meletakkan integriti sebagai agenda penting dalam pentadbirannya. Selain itu, satu perkara yang menarik dalam tempoh menjadi Ketua Menteri, Abang Johari begitu mengambil berat kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutama golongan kurang bernasib baik, golongan miskin serta terpinggir, wanita dan seumpamanya. Stanley Bye Kadam-Kiai dalam Bab 13 mengakui bahawa bidang sosial diberi lebih perhatian oleh Abang Johari bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat negeri ini. Penutupnya dalam Bab 15, Suffian Mansor menyelusuri falsafah dan pemikiran kepimpinan Abang Johari. Segalanya adalah berteraskan keadilan, keamanan, kesejahteraan, kemakmuran, kemajuan dan kerukunan. Penerbitan buku ‘Abang Johari : Sarawak 2030’ ini diharapkan dapat memberi pemahaman yang mendalam mengenai sumbangan dan pembangunan yang telah dibawa oleh Ketua Menteri dalam usaha untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030. Disediakan oleh: Mohd Fadzli bin Zainuddin Penolong Pengarah Pusat Penyerahan Terbitan Negara Perpustakaan Negara Malaysia SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 29


Hidup ini adalah pilihan dan pilihan Adam menemukannya dengan seorang bidadari kepatahan sayap. Kata penulis, hidup ini ibarat sayap dan syurga. Wings and heaven. Cintai Allah maka seluruhnya akan menjadi mudah walaupun sesuatu itu terasa sangat berat untuk digalas. Novel ini dimulai dengan artikel bertajuk ‘Tragedi Berdarah Di New Zealand’. Dunia dikejutkan dengan insiden ngeri yang telah berlaku pada 15 Mac 2019. Pembacaan diteruskan dengan dua (2) prolog untuk mengembangkan jalan cerita ini. Teknik prolog ini menggambarkan penceritaan awal sesebuah karya. Haura Penulis telah memenangi sayembara penulisan antaranya pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 melalui novel berjudul Pei Pan. Bagi peminat genre thriller dan seram, karya RAM pastilah yang dicari. 8 Namun, RAM membawa kelainan dalam karya ‘Haura’. Sentuhan tema cinta yang disulami elemen triller. Novel ini menonjolkan persoalan cinta sesama manusia dan cinta Ilahi kepada Maha Pencipta Allah SWT. Justeru, persoalan ini diperkukuhkan lagi dengan meletakkan Cinta Ilahi adalah perasaan paling agung. Penulis menitipkan bahawa "Mencintai Allah pasti berbalas dengan segala kebaikan. Carilah cinta Allah dan Allah tak akan mengecewakanmu." Ramlee Awang Murshid. Haura. Ookbee Buffet, 2020. "MENCINTAI ALLAH PASTI BERBALAS DENGAN SEGALA KEBAIKAN. CARILAH CINTA ALLAH DAN ALLAH TAK AKAN MENGECEWAKANMU." SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 30 amlee Awang Murshid (RAM) terkenal sebagai novelis thriller dan seram.


Di sinilah pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Fahmi dan Waheeda di prolog satu (1). Latar belakang prolog ini mengambil tempat di Malaysia. Manakala di prolog dua (2), penulis menggunakan latar belakang di benua Australia iaitu Melbourne. Pembaca menjumpai watak-watak utama seterusnya iaitu Jessica dan Adam. Setelah membaca prolog ini, kita masih tertanya-tanya apakah makna Haura atau siapakah dia dalam novel ini. Adakah ia watak utama atau sebaliknya. Karya kreatif turut menggunakan teknik epilog untuk merumuskan sesuatu penceritaan. Penulis juga meletakkan dua (2) epilog iaitu selepas prolog dan di penghujung novel ini. Bagi menenangkan keresahan pembaca, penulis menggunakan teknik ini untuk memberi sedikit petunjuk ‘Haura’ – bidadari berkulit putih yang memiliki mata yang sangat hitam. Penulis bijak mengheret pembaca untuk mencari jawapan kepada teka-teki ini. Meneruskan pembacaan ini tidaklah mudah. Tatkala digasak dengan isu Islamophobia yang memang memberatkan fikiran, rasa ini dilembutkan dengan kisah percintaan Fahmi dengan Waheeda dan Jessica dengan Adam. Hati berdebar dan tiada ketenangan sehinggalah garisan penamat berjaya ditemui dan tekateki pun terjawab. 'HAURA’ – BIDADARI BERKULIT PUTIH YANG MEMILIKI MATA YANG SANGAT HITAM Novel ini digarap dengan pelbagai teknik untuk memastikan lensa mata mencari clue yang disorok oleh penulis. Pada awalnya pembaca tidak menyedari penulis menggunakan teknik imbas kembali iaitu menggambarkan semula kisah yang pernah terjadi sebelumnya melalui watak dalam karya ini. Garis masa yang sebenar adalah babak Jessica terjaga dari koma akibat kemalangan kereta ketika mengejar perompak. Dia juga mengalami amnesia – lupa ingatan sama ada bersifat sementara atau dalam tempoh yang panjang. Penceritaan ini mengundang banyak tanda tanya kerana banyak teknik imbas kembali digunakan oleh penulis. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 31


Pembaca semakin berdebar meneruskan pembacaan apabila penulis menggunakan plot twist, iaitu mengubah jalan cerita yang klise (idea yang kerap digunakan, sudah boleh dijangkakan penamatnya). Teknik ini sangat sempurna untuk mengakhiri kisah cinta dan triller ini. Plot twist ini melengkapkan jawapan kepada semua teka-teki yang dilontarkan oleh penulis. Semua ini adalah diluar jangkaan pembaca, tidak terfikir perkaitan empat (4) watak ini. Begitu kreatif penulis mengaitkan watak protogonis yang meninggalkan kesan kepada perasaan pembaca. SEBUT PERKATAAN NASI LEMAK DAN TEH TARIK, PASTI TERINGATKAN MALAYSIA Penulis turut menyentuh emosi pembaca dengan persoalan sakit itu adalah kafarah iaitu penghapus dosa. Melalui watak Jessica, secara tersurat selepas sembuh dari koma dia tidak dapat mengingati siapakah Adam di dalam hidupnya. Ingatannya beransur pulih, tetapi tiada sekelumit pun memori dia bersama Adam. Jessica semakin parah dengan kekosongan jiwa silamnya. Setelah mengetahui Jessica seorang mualaf, secara tersiratnya dia perlu mencari reda Allah dan hanya kepadaNya dia mengadu agar momen cinta mereka dipasakkan kembali di mindanya. Penulis menggambarkan betapa luhur kasih sayang dan cinta Adam sepanjang dia membimbing Jessica sujud kepada Allah. Sebelum ini dia kerap lupakan Allah. Beginilah caranya Allah mendekati hambanya dan terhapuslah dosa silam setelah hambanya benarbenar bertaubat dan reda sebagai hamba Allah SWT. Elemen jati diri Malaysia diterapkan dengan utuh sekali di dalam karya ini. Sebut perkataan nasi lemak dan teh tarik, pasti teringatkan Malaysia. Kecur air liur membayangkan nasi lemak sambal sotong dan teh tarik daripada air tangan Adam Fahmi. Penulis berjaya mengheret pembaca menjiwai rasa keenakan hidangan ini, pasti mencarinya di Bandar Baru Bangi atau di Melbourne. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 32


Kosa kata yang digunakan cukup menarik, ada kepelbagaian ungkapan melafazkan ‘aku cinta padamu’ seperti 'minal mahal kita' – dalam bahasa Tagalog. Pembaca juga mempelajari kosa kata baharu seperti sukma detak, haura dan banyak lagi. Penamat yang indah harus menempuh jalan berliku dan ranjau. Justeru, novel ini mesti dibaca dengan sabar. Pembaca tidak akan kecewa kerana banyak pengajaran berkaitan hubungan dengan Allah dan manusia, membina keluarga bahagia dan menjadi anak yang soleh musleh, semuanya dijalin dengan kemas hingga membekas di sanubari. Novel ini boleh dibaca secara dalam talian iaitu pinjam e-buku di pangkalan data Ookbee Buffet di www.u-pustaka.gov.my, cepat dapatkannya dan baca dengan percuma. Disediakan oleh: Noor Lela binti Osman Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Elektronik Perpustakaan Negara Malaysia SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 33 NOVEL INI BOLEH DIBACA SECARA DALAM TALIAN IAITU PINJAM E-BUKU DI PANGKALAN DATA OOKBEE BUFFET DI www.u-pustaka.gov.my


A Heart of Jannah: The Secrets to a Calm and Peaceful Mind uncertain things such as our grades, work, family, spouse, children, and future. The constant worrying and sadness lead us to have no peace. At times, our actions also contribute to the loss of our peace. Hence, how do we achieve tranquillity? By deciding that we want it. This book is one of the best books I have read that emphasize the importance of being peace in mind. It is very enlightening, short yet easy to read. 9 A handy book with meaningful messages that reminds me how to be at peace with myself, how to handle life crisis, trials and tests Allah has blessed me with. I had the experience of lost almost everything He has initially given to me in life, yet reading this lifted my spirit up and reminds me to never ever give up. From my reading, I also learned that we should not hide all of our scars. Instead, we should proudly wear some of it, or at least be grateful for as they have moulded us into the stronger and wiser person that we are today. Normally, we tend to associate every horrible incident that happens to us with certain meanings and emotions. Therefore, we are naturally reminded of those meanings and emotions when we revisit our scars. For example, when our best friends stop hanging out with us, we assumed that we have been betrayed and they refused to be friend with us anymore. Another way we may interpret this behaviour is by thinking that perhaps our friend thinks that they are better off without us because they get good grades. Mizi Wahid. A Heart of Jannah: The Secrets to a Calm and Peaceful Mind. Tertib Publishing, 2022. eeling sad? Anxious? Worried? We are always feeling concerned about SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 34


They had no idea that their past wrongdoings were still present in them. You should let it go. When moving forward, it is impossible to carry the past with you. Abandon it. Accept the pieces of yourself that are shattered; they are there to teach you not to put a limit on your happiness. The author also wisely delivers the message with his soothing writing and easily understood sentences. I admire the writings that he shared all of his previous client's stories, including his own, and related to the topics with an approach in Islam based on the al-Quran and the Prophet's hadith. Moreover, I like how he ended each chapter with a quote that made me more in love with the book. There are many great reminders in this book, and a reminder that relates to me the most is to genuinely enjoy our lives. Personally, I highly recommend this book to anyone interested in learning more about this topic. It has changed the way I think about my life, and this book will always hold a special place in my heart. As it says, this book does validate that emotion and feelings, whatever type it is that we are currently have. We end up associating a negative meaning with our scar which will hurt us every time we are reminded of it. For that reason, we have to change it. We have to change the meanings and feelings that we have about it. For instance, our friend might have been busy with their career and we should be happy to see them flourish. It is important to shift the lens of how we view our scars. For I am still learning to put my trust in Allah’s plan, this book is my daily pick-up-reading on difficult days. The author consistently touches my heart with his simple words. If you are always feeling down, low and feel like all hope is lost, this book can provide tranquility and how to be at peace with your heart. It is a fact that your past is what prevents you from moving forward to find true happiness. "IF YOU ARE ALWAYS FEELING DOWN, LOW AND FEEL LIKE ALL HOPE IS LOST" Many people ponder why, despite their best efforts to improve their lives, they are unable to experience contentment. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 35 Disediakan oleh: Nadia Nur Amalina binti Zulkanain Penolong Pengarah Bahagian Pembinaan Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia


Terima Kasih Allah… SAAT ROH di Sempadan BARZAKH: Kisah Benar Pejuang COVID-19 Tahap 5 “Benarlah, Allah punya jutaan cara untuk menjentik hati manusia… Kita hanya akan menghargai dan mensyukuri, apabila nikmat diberi mulai pudar dan hilang. Lalu kita pun menjadi insaf dan baru teringat jalan pulang!” 10 Buku ini berkongsi pengalaman penulis sebagai pesakit Covid-19 tahap lima (5) menghadapi hari-hari mendebarkan di wad ICU, Hospital Sungai Buloh. Dua kali ditidurkan, bukanlah sesuatu yang biasa. Bahkan doktor juga sudah tidak lagi memberikan harapan yang tinggi kepada keluarga. Kisahnya umpama tazkirah kehidupan yang menusuk kalbu. Tatkala beliau diuji getIr pukulan sakaratul maut, bergelut dan bertarung nyawa dalam keadaan seakan telah mati. Masih adakah keajaiban dan peluang kedua? Garapan 33 bab, 308 muka surat yang membawa anda merasai pengalaman mendebarkan dan lain dari yang lain. Penulisan ringan dan santai, namun sarat membawa erti hasil pengalaman penulis sendiri. Sesungguhnya buku ini memiliki seribu pengajaran, makna dan isyarat dari Tuhan yang tersirat. Rasai pengalaman bagai hilang nyawa… Norni Osman. Terima kasih Allah… Saat Roh di Sempadan Barzakh: Kisah Benar Pejuang COVID-19 Tahap 5. MyCEO Publishing, 2022. "SAKIT? SENAK? NGERI? MENAKUTKAN?" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 36


Bukan sekali penulis ditidurkan, malah dua kali. Sepanjang koma, penulis mampu mendengar bual bicara orang sekeliling. Penulis juga mampu menggambarkan bagaimana sibuknya frontliners kita berusaha menyelamatkan beratus nyawa sehingga tidak menang tangan. Ingin membersihkan mulut penulis dan menukar lampin tidak ada masa, inikan pula pesakit lain. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana huru-haranya keadaan di Hospital Sungai Buloh ketika itu. Keajaiban demi keajaiban diberikan kepada penulis. Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani. Di saat seluruh ahli keluarga, sahabat handai bahkan diri sendiri merasai tiada peluang untuk hidup selepas dua kali ditidurkan, di saat inilah Allah memberikan peluang kepada hamba-Nya. Banyak pengajaran yang boleh diambil. Tidak semua orang yang rapat dengan kita itu ikhlas dengan apa yang mereka buat, dan yang jauh itulah yang sebenar-benar prihatin dan bukan sekadar menunjukkan apa yang dibuat. Ini telah membuka mata penulis untuk menilai ketika beliau sedang diuji. Menyelak helaian demi helaian buku ini, hati saya semakin dijentik dan membuatkan saya terfikir, sudah sampai tahap apakah amalan kita? Andai kata ajal sudah tiba, apakah rasanya saat sakaratulmaut datang untuk menjemput kita? Detik-detik yang sungguh mendebarkan. Tangan tidak berhenti membelek helaian demi helaian buku ini. Rasa ingin tahu yang mendalam sehingga sanggup menghabiskan masa membacanya. Pelbagai prosedur yang tidak ketahui diceritakan di sini terutamanya apabila ingin mendaftar masuk ke Pusat Covid di Serdang. Penulis juga membawa kita memahami prosedur pesakit tahap lima (5) ditidurkan untuk beberapa hari bergantung pada ketahanan tubuh melawan penyakit. Ketika ditidurkan, pesakit perlu berselawat terlebih dahulu kerana peluang untuk hidup bergantung pada mesin. Berdebar saya membacanya dan terbayangkan diri sendiri pula pada saat itu. Ya Allah, kerdilnya diri ini jika apabila tiba-tiba diuji sedemikian dengan kekurangan bekal ke akhirat ketika ini. Sungguh saya insaf! SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 37


Membaca buku ini, membuatkan saya mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Membaca buku ini juga membuatkan saya sedar tentang nikmat udara dan sihat yang Allah bagi pada kita. Nikmat yang kita tidak boleh gantikan dengan wang ringgit. Kisah benar dari penulis sungguh menginsafkan, mendebarkan dan mencemaskan bagi sesiapa yang membaca. Penulisan beliau telus dan dalam banyak keadaan berjaya mengungkapkan perasaan dan pandangan beliau terhadap sesuatu peristiwa. Beliau juga memberi bayangan dengan baik akan kecelaruan dan kesusahan yang dialami sebagai pesakit covid. Beliau turut menukilkan dengan baik pengajaran-pengajaran khusus dan umum yang boleh diambil iktibar oleh semua. Sebagai pembaca, saya amat tersentuh dengan nasihat dan pengajaran dari beliau untuk mensyukuri nikmat nyawa dan kehidupan serta berusaha hidup dalam ketaatan kepada Allah. Pantun-pantun yang diungkapkan di hujung setiap bab juga kreatif dan menepati tema bab tersebut. Sebuah karya yang perlu dibaca oleh setiap insan bagi menginsafkan bahawasanya kita tidak mempunyai apa-apa kecuali segala kuasa adalah milik Allah s.w.t. Dia yang menghidupkan dan mematikan serta menentukan segalanya buat kita hambanya yang kerdil. Disediakan oleh: Manirah binti Mansor Pustakawan Kanan Perpustakaan Kementerian Kesihatan Malaysia SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 38


tentang hak dan cara bertindak yang betul serta apakah perkara yang kita perlu berhati-hati dalam urusan harian agar tidak tersalah langkah yang menyebabkan kita terpaksa menanggung kerugian atau risiko. Berbekalkan pengalaman penulis sebagai seorang peguam di firma guamannya sendiri, maka terhasillah buku yang bermanfaat ini untuk dijadikan sebagai panduan terutamanya kepada orang awam dalam berhadapan kemelut atau situasi yang melibatkan undang-undang sivil. Bersesuaian dengan tajuk buku yang mengandungi 165 nasihat serta tip-tip berguna tentang pelbagai permasalahan yang 165 Nasihat Guaman Tuan Lawyer “Tak celik undang-undang menjadikan kita mudah kena tipu dan mengalami kerugian”. “Tak celik undang-undang menjadikan kita tak pandai tuntut hak”. “Tak celik undang-undang menjadikan kita sering dipermainkan”. “Tak celik undang-undang menjadikan kita takut untuk menceburi perniagaan”. “Tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang berkeyakinan”. “Tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang jati diri”. 11 Amar. 165 Nasihat Guaman Tuan Lawyer. Galeri Ilmu Sdn. Bhd., 2020. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 39 uku ini ditulis bagi memberi nasihat guaman, kesedaran danilmukepadaorang ramai


kebiasaanya dialami oleh masyarakat. Setiap isu dan topik yang dibincangkan disusun mengikut sebelas bahagian iaitu isu peribadi, hutang, aset atau harta, peguam dan khidmat peguam, mahkamah, perniagaan dan penipuan, kemalangan jalan raya dan ganti rugi, media, majikan dan pekerja, kontrak dan perjanjian serta isu umum. Pada masa kini, masyarakat hanya mengambil ringan mengenai undang-undang dan guaman. Kekurangan ilmu pengetahuan dan pendedahan dalam bidang perundangan menyebabkan kita tidak mengetahui akan hak-hak atau tindakan yang boleh diambil apabila terjadinya sesuatu kepada diri kita. Contohnya seperti isu berkaitan kes penipuan atau scammer, saman-menyaman, tuntutan ganti rugi kemalangan dan sebagainya. Secara inti pati, nasihat yang diberikan memaparkan senario semasa pergolakan dan pembangunan masyarakat Malaysia dari pelbagai perspektif undang-undang. Menyelak bab demi bab yang bermula daripada tip pertama sehingga tip ke-165 membuatkan saya sebagai pembaca tertarik untuk meneruskan pembacaan kerana setiap isu atau nasihat yang diulas adalah perkara yang pernah dialami, tetapi kerana faktor kurangnya ilmu dan maklumat berkaitan perundangan kita terlepas daripada mengambil tindakan ke atas hak-hak yang sepatutnya kita dapat. Antara topik yang menarik perhatian saya adalah bab berkaitan Aset atau Harta. Ini kerana membaca setiap subtopik di dalam bab ini banyak membuka minda dan mata kita mengenai isu dan hak-hak masyarakat sebagai pembeli/pengguna agar tahu dan bersedia dengan tindakan yang perlu diambil atau dicegah agar tidak merisikokan diri di kemudian hari. Contohnya isu yang dapat dijadikan panduan adalah seperti bagaimana menghadapi situasi penyewa yang culas, risiko rumah strata paling atas, hak tuan rumah dan tribunal tuntutan pembeli rumah. Buku ini bukan sekadar mengandungi nasihat sahaja, malah ada juga disertakan prosedur dan tatacara yang betul yang sepatutnya diketahui oleh orang ramai bagi menangani dan menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan khidmat guaman. Hal ini adalah kerana, jika kita tidak mengetahui prosedur yang betul, dikhuatiri akan menjadi SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 40


mangsa penipuan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Penerangan lanjut berkaitan khidmat guaman ini boleh dibaca pada bab yang ke-4 di bawah tajuk Isu Peguam dan Khidmat Peguam. Banyak ilmu dan tip-tip disampaikan yang kadangkala ianya merupakan ilmu yang baharu dan belum pernah diketahui sebelum ini. Antaranya seperti tip memilih peguam, cara mengarang ayat laporan, perbezaan antara sivil dan syariah, khidmat peguam percuma dan banyak lagi. Undang-undang merupakan satu bidang yang kompleks dan rumit. Kadangkala bahasanya sukar difahami, skema dan membosankan. Akan tetapi dengan membaca buku ini seseorang yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undangundang mampu memahaminya kerana penulis telah menulis dengan menggunakan laras bahasa yang mudah agar difahami oleh orang kebanyakan. Bahasa yang ringkas dan santai membolehkan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami serta dihadam dengan mudah. Disediakan oleh: Marsila binti Ahmad Pustakawan Unit Perpustakaan & Arkib, Bahagian Perkhidmatan Institut Kemajuan Desa Lebih membuatkan naskhah ini tampak begitu menarik kerana setiap tajuk atau nasihat yang diulas disertakan dengan ilustrasi, foto dan gambar berwarna untuk mengaitkannya dengan sesuatu topik yang dibincangkan. Selain daripada itu, penulis juga menyelitkan nota-nota kaki khas yang berupa nasihat penting yang perlu diberi perhatian utama oleh pembaca. Buku ini perlu dimiliki dan dibaca oleh masyarakat kerana setiap tip dan nasihat yang diberi berguna sebagai panduan pada masa akan datang. Kita tidak tahu berkemungkinan kita akan diuji dengan menghadapi isu-isu yang dikupas dalam buku ini. Semoga ia menjadi satu peringatan dan ilmu kepada kita. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 41


Pendiam: Memahami Personaliti Introvert dalam Dunia Ekstrovert merupakan hasil karya dua (2) orang penulis tempatan yang mempunyai hasrat besar untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang personaliti introvert melalui hasil penulisan mereka. Penulis pertama, Aiman Amri yang lahir pada tahun 1992 merupakan seorang penceramah motivasi dan juga pernah menulis beberapa buah buku manakala penulis kedua, Aqila Masri yang juga lahir pada tahun 1992 merupakan seorang introvert yang tidak mahu menjadikan personalitinya sebagai 12 alasan dan penghalang untuk memberi manfaat kepada orang lain. Beliau aktif menjadi jurufoto, menjalankan bengkel berkaitan fotografi dan kerap menulis di blog beliau yang memfokuskan kepada topik introvert. Secara umumnya buku yang berhalaman 205 muka surat bercetak ini merupakan karya santai yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Kulit hadapan buku yang minimal tetapi simbolik kepada judul buku agar pembaca dapat memahami apakah isu yang penulis ingin ketengahkan melalui penulisan ini. Apa yang menariknya berkaitan buku ini adalah apabila penulis pertama iaitu Aiman Amri memberi penjelasan dari sudut psikologi berkaitan kisah-kisah yang diceritakan manakala penulis kedua Aqila Masri melengkapkan buku ini dengan kisah perjalanan hidup beliau Aiman Amri dan Aqila Masri. Pendiam: Memahami Personaliti Introvert dalam Dunia Ekstrovert. Iman Publication Sdn. Bhd., 2020. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 42 endiam: Memahami Personaliti Introvert dalam Dunia Ekstrovert


yang sememangnya seorang introvert. Buku ini juga ditulis berdasarkan hasil rujukan daripada jurnal-jurnal penyelidikan yang merupakan sumber bahan yang boleh dipercayai. "JENIS-JENIS INTROVERT TERBAHAGI KEPADA EMPAT (4) IAITU INTROVERT SOSIAL, INTROVERT BERFIKIR, INTROVERT GEMENTAR, DAN INTROVERT TENANG" Salah satu tarikan dalam buku ini yang menangkap perhatian saya untuk terus membaca ialah apabila penulis menerangkan jenis-jenis introvert. Jenis-jenis introvert terbahagi kepada empat (4) iaitu introvert sosial, introvert berfikir, introvert gementar, dan introvert tenang. Mungkin kerana saya juga seorang introvert yang lebih banyak diam daripada berkata-kata, jadi ianya membuat saya menilai kembali yang mana satukah ciri-ciri introvert yang dominan dalam diri saya sendiri. Terdapat juga kuiz personaliti diri supaya pembaca dapat menilai personaliti diri yang dominan sama ada introvert, ekstrovert ataupun ambivert. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 43 Selain itu, penulis menerangkan bahawa kemampuan golongan introvert tidak terbatas sekiranya diberi peluang, ruang dan masa. Contohnya dalam halaman 159 yang berjudul “Introvert Boleh Jadi Speaker?”. Penulis Aqila Masri menceritakan pengalaman beliau sendiri yang diberi ruang dan peluang menjadi speaker untuk bengkel Mobilegraphy di sebuah universiti. "Penulis menceritakan bagaimana beliau teruja diberikan peluang namun rasa gementar untuk bercakap di hadapan orang ramai tetap ada. Pembaca dapat merasai bagaimana penulis membuat persiapan dari segi fizikal terutama dari segi MENTAL. Sedar kelemahan dalam interaksi dua hala, penulis cuba untuk memperbaiki diri dan tampil lebih berkeyakinan. Antaranya dengan mendapatkan informasi secukupnya. Sebagai contoh, siapa peserta bengkel, lokasi atau suasana persekitaran yang bagaimana, waktu bermula kepada tempoh berlangsung bengkel dan sebagainya. Semakin banyak informasi semakin kurang ketakutan kepada tugasan. Di sini pembaca introvert boleh termotivasi dengan bacaan ini kerana ianya dapat menaikkan semangat dan


sifat percaya diri untuk berkomunikasi dengan orang asing dalam skala besar. Sebagai seorang ibu, saya juga merasakan buku ini sesuai untuk bacaan ibu bapa dalam memahami personaliti anak-anak dan menyelami potensi anak-anak kita. Masyarakat sekeliling kurang memahami golongan introvert malah ada juga golongan introvert yang tidak menyedari potensi diri. Ramai menganggap introvert adalah suatu kekurangan atau kelemahan. Hakikatnya sesetengah introvert sememangnya seronok berseorangan dan itu adalah pilihan mereka. Tetapi masyarakat menyalah anggap bahawa golongan introvert ini kesunyian. Jadi penulis turut menyenaraikan sepuluh (10) kekuatan yang ada pada golongan introvert supaya kita dapat memperbetulkan anggapan yang salah terhadap golongan introvert. Pada hemat saya, penulis sangat perihatin berkaitan isu kesihatan mental kerana dalam naskhah ini penulis turut menceritakan bagaimana golongan introvert lebih mudah terjerumus dengan masalah kemurungan tanpa diri sendiri menyedari masalah tersebut. Ini kerana personaliti mereka yang suka menyendiri. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 44 Contohnya stres di tempat kerja yang dibebani kerja overload lebih mengekang golongan ini bersosial dengan rakan-rakan sekerja. Golongan ini akan lebih memendam rasa kerana tiada tempat untuk meluah dan sukar untuk meluahkan masalah kepada orang lain. Di sinilah peranan majikan atau pihak atasan supaya lebih perihatin berkaitan isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja. Penulis menegaskan pentingnya masyarakat memahami bahawa personaliti introvert ini merupakan perbezaan tingkah laku dan cara berfikir seseorang. Sifat-sifat introvert perlu disedari sebagai kekuatan bukannya kekurangan. Apabila diraikan bukan memperlekehkan golongan ini, Insya Allah banyak kelebihan daripada golongan introvert ini dapat digilap contohnya daya kreativiti yang tinggi dan sebagainya. Terakhir sekali, buku ini membuktikan juga bahawa beberapa tokoh dunia yang berjaya merupakan seorang introvert.


Disediakan oleh: Nur Diana binti Gulam Mohamad Pustakawan Bahagian Pengurusan Ilmu dan Maklumat Digital Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 45 Saya sendiri tidak menyangka bahawa tokoh-tokoh dunia seperti Barack Obama (Bekas Presiden Amerika Syarikat), Ghandi (Tokoh Politik India), Nelson Mandela (Presiden Kulit Hitam Pertama di Afrika Selatan) dan Bill Gates (Pengasas Microsoft Corporation) juga merupakan seorang introvert yang berjaya dalam bidang masing-masing. Pendiam: Memahami Personaliti Introvert dalam Dunia Ekstrovert’ merupakan naskhah yang mampu menyuntik semangat dalam diri seorang introvert untuk lebih yakin dan dalam masa yang sama sebagai medium mendidik masyarakat untuk lebih memahami personaliti introvert. "TOKOH-TOKOH DUNIA SEPERTI BARACK OBAMA (BEKAS PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT), GHANDI (TOKOH POLITIK INDIA), NELSON MANDELA (PRESIDEN KULIT HITAM PERTAMA DI AFRIKA SELATAN) DAN BILL GATES (PENGASAS MICROSOFT CORPORATION) JUGA MERUPAKAN SEORANG INTROVERT YANG BERJAYA DALAM BIDANG MASING-MASING."


Diari Umrah Pertamaku: Berlari di Taman Syurga Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Puan Sally dalam penulisan ini. Pengalaman beliau pernah dikongsi melalui blog dan telah mendapat sambutan hebat pembaca sehingga ramai menyarankan beliau membukukan pengalaman tersebut untuk manfaat semua. Buku ini merupakan pengalaman penulis pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah yang dikongsi sebagai panduan seterusnya membuka hati pembaca untuk sama-sama memasang niat dan mempercepatkan proses menjadi tetamu Allah. 13 Naskhah ini mempunyai enam (6) bab yang merangkumi persediaan sebelum ke tanah suci, ziarah di Madinah, ibadah umrah dan ziarah di Mekah dan tip membeli belah ketika di Mekah dan Madinah. Bab 1, iaitu tip persediaan merupakan bab yang terpanjang. Melalui bab ini, penulis menceritakan pengalaman beliau bermula dari pemilihan agen umrah, menguruskan kelengkapan umrah, penginapan, kursus umrah, persiapan jasmani fizikal serta mendapatkan pengalaman kawan-kawan melalui pembacaan blog dan sebagainya. Penulis juga menyertakan setiap coretan dengan iringan gambargambar untuk tatapan pembaca merasai dengan menjiwai coretan perjalanan yang ditulis. Setiap aktiviti yang dilalui sepanjang menjalani ibadah umrah diperincikan bagi memberi penjelasan yang mudah dan menarik. Suhaili Mohd Zain. Diari Umrah Pertamaku: Berlari di Taman Syurga. Nubook Press, 2017. uku ini merupakan sebuah buku travelog perjalanan ibadah umrah Puan Suhaili SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 46


"BELUM SAMPAI SERU' ATAU BELUM DAPAT JEMPUTAN" Pengalaman penulis menunaikan ibadah umrah ini digarap dengan lenggok bahasa yang sangat mudah untuk difahami tetapi setiap penceritaannya mempunyai nasihat yang mendalam untuk pedoman dan pengajaran buat kita tetapi disampaikan secara santai dan tidak menjengkelkan. Selalu kita dengar atau cakap 'belum sampai seru' atau 'belum dapat jemputan' untuk ke Mekah tetapi di dalam buku ini ada nasihatnya tentang bagaimana hendak berusaha supaya untuk ada rezeki untuk dijemput atau diseru. Antaranya adalah sentiasa berdoa tanpa berputus asa setiap kali selepas solat agar dikurniakan rezeki untuk dijemput menjadi tetamu di Mekah. "SENTIASA BERDOA TANPA BERPUTUS ASA SETIAP KALI SELEPAS SOLAT AGAR DIKURNIAKAN REZEKI UNTUK DIJEMPUT MENJADI TETAMU DI MEKAH" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 47 Di dalam buku ini juga ada memperkatakan tentang perkara yang dilakukan sebelum menunaikan umrah ialah memperbanyakkan solat taubat dan istighfar, membiasakan solat tahajud dan solat hajat. Penulis juga membuat nota ringkas dan menyenaraikan tentang apa yang hendak dilakukan, tentang amalan, rukun umrah dan doadoa penting yang perlu dihafal dan dirujuk sepanjang berada di sana. Bagi persiapan fizikal pula, stamina juga perlu kuat untuk bertawaf dan bersai’e. Oleh yang demikian, penulis mensarankan amalan bersenam untuk sentiasa sihat dan cergas semasa menjalani ibadah umrah. Penulis juga menyenaraikan barangan keperluan yang perlu dibawa sebagai panduan kepada pembaca sama ada lelaki dan wanita. Salah satu nasihat yang paling berguna adalah membawa botol spray untuk digunakan semasa berwuduk kerana tempat berwuduk yang disediakan agak jauh dan agak mustahil hendak meninggalkan tempat duduk di dalam masjid kerana orang yang sangat ramai. Jadi, lebih senang jika berwuduk di tempat duduk di dalam masjid sahaja.


Kandungan Bab 3 di dalam buku ini menceritakan kegembiraan penulis mengunjungi Raudhah atau Taman Syurga yang merupakan makam Rasulullah SAW. Usaha penulis untuk mengunjungi Raudhah disertakan dengan niat dan zikir yang tidak putus-putus agar dipermudahkan urusan beliau ketika bersesaksesak dengan tetamu Allah yang lain untuk sama-sama mendapatkan tempat di taman syurga tersebut. Alhamdulillah, kegembiraan yang sukar digambarkan apabila penulis berjaya menempatkan diri di dalam Raudhah dan melihat makam Rasulullah, salawat dan salam buat baginda, seterusnya makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab yang terletak bersebelahan makam Rasulullah SAW. Penulis menceritakan pengalaman menjalani ibadah umrah melalui Bab 4 buku ini. Perincian mengenai tips serta perjalanan beliau melaksanakan ibadah tawaf, ibadah Saie dari Bukit Safa dan Marwah. Pengalaman penulis menziarahi Mekah di sempurnakan di dalam Bab 5. Menerusi bab ini, penulis menceritakan perjalanan beliau melawat Jabal Nur, Gua Hira’ yang terletak 3km dari Masjidil Haram. Gua Hira’ adalah tempat di mana Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama iaitu Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Seterusnya penulis berkesempatan melawat Gua Tsur, tempat persembunyian Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar As Siddiq ketika di kepung oleh Kaum Quraisy Mekah. Turut diceritakan bagaimana sarang labah-labah dan sarang burung mengaburi mata kaum Quraisy untuk tidak memburu Rasulullah di dalam gua tersebut. Penulis menyulami penceritaan dengan gambar-gambar kenangan beliau melawat tempat bersejarah di Mekah bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada pembaca tentang tempat bersejarah yang dimaksudkan. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 48


Melalui Bab 6, penulis memfokuskan kepada tips membeli belah di Mekah dan Madinah (ini khusus untuk wanita yang kebanyakannya memang sinonim dengan aktiviti ini). Beliau mencadangkan agar jubah dibeli di Madinah kerana rekaan jubah yang lebih menarik dan murah berbanding di Mekah. Selain daripada tips membeli jubah, penulis juga menceritakan menangani tips membeli kurma, kudapan, Al-Quran, sejadah, minyak wangi dan sebagainya. Di penghujung buku ini ada disertakan 25 doa yang diamalkan oleh penulis sebelum dan semasa menunaikan haji termasuk doa dipermudahkan urusan sepanjang ibadah umrah, doa kesejahteraan seluruh ahli keluarga dan sahabat handai. Doa-doa yang diberikan mudah dan ringkas tetapi lengkap dan menusuk kalbu. Insya Allah banyak pengajaran dan pembelajaran daripada buku ini yang bukan sahaja sesuai untuk mereka yang hendak menunaikan ibadah umrah tetapi juga untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya terutamanya di dalam menambahbaik amalan ibadah serta mempertingkatkan kualiti kehidupan seharian. Sebagaimana pesanan penulis, cabaran sebenar menunaikan umrah adalah pelaksanaan secara istiqamah ibadah yang dibuat semasa umrah selepas pulang ke kehidupan harian iaitu berterusan mengamalkan solat jemaah, puasa sunat, qiamullail dan membaca Quran. Alhamdulillah. Disediakan oleh: Rohaidah binti Sharif Pustakawan Perpustakaan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Putrajaya SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 49


Mr. Mama @ Lancaster kisah realiti kehidupan seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa untuk merealisasikan impian keluarga untuk hidup di luar negara. Buku ini merupakan buah tangan pertama berbentuk genre ringan oleh Hasrin Abu Hasan yang juga seorang Pegawai Latihan di Institut Koperasi Malaysia yang banyak menulis dalam penulisan akademik. Kulit buku yang dihasilkan juga menunjukkan suasana kehidupan penulis di Lancaster dan gambar penulis yang sedang menikmati pemandangan di Lancaster. Secara tidak langsung menarik perhatian pembaca untuk membaca perjalanan beliau dan keluarga di Lancaster. 14 Disamping itu juga, gaya penulisan penulis adalah santai dan banyak menggunakan pengganti diri ‘den’ yang merujuk kepada saya sepanjang penulisan beliau dalam buku tersebut memandangkan penulis merupakan anak jati Kampung Pondoi, Negeri Sembilan. Dalam Bab 1, sebanyak 16 sub bab yang menceritakan mengenai di awal permulaan penulis dan keluarga yang menghadapi pelbagai situasi sebelum menjejakkan kaki ke Lancaster. Sub bab “Peluang” telah menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan apabila penulis menceritakan peluang yang diterima oleh isterinya yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi MARA untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Harapan penulis agar isterinya dapat Hasrin Abu Hasan. Mr. Mama @ Lancaster. SYFE Management Sdn. Bhd., 2022. r. Mama @ Lancaster merupakan sebuah kompilasi perjalanan SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 50


Click to View FlipBook Version