The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SAKINAH BINTI SARIFF (PNM), 2023-07-09 22:34:38

Sari Pustaka Bil.1/2023

Sari Pustaka Bil.1/2023

melanjutkan pelajaran di luar negara dan keluarga kecil mereka akan turut serta. Pelbagai perbincangan dibuat secara bersama di antara penulis dan isterinya yang akhirnya menemui sinar untuk meneruskan impian mereka. Seterusnya banyak kejadian-kejadian yang berlaku dan boleh dijadikan panduan kepada pembaca yang mempunyai impian yang sama atau hampir serupa dengan penulis untuk melakukan perubahan serta penghijrahan terbesar dalam hidupnya. Terutamanya apabila penulis mengorbankan kerjaya beliau dengan mengambil cuti tanpa gaji untuk mengikuti isterinya. Dalam Bab 2, sebanyak 14 sub bab yang semakin menarik untuk diteroka bagi meneruskan pembacaan buku penulis. Lebih-lebih lagi untuk mengetahui liku-liku kehidupan penulis dan keluarga di bumi asing yang jauh dari sanak saudara serta keluarga. Budaya, bahasa, makanan dan agama juga menjadi antara faktor-faktor cabaran yang dihadapi oleh penulis bersama keluarga. Namun, disebabkan sifat penulis yang sentiasa mencari ruang, peluang dan mendapatkan pelbagai maklumat untuk memastikan beliau bersedia dalam apa jua keadaan menjadikan beliau terus bersemangat menjalani kehidupan bersama keluarga di bumi Lancaster. Penulis turut berkongsi permulaan persekolahan anak-anaknya di Lancaster yang sangat berbeza daripada sistem persekolahan di Malaysia. Hal ini sangat menarik untuk dibaca dan menjadi pemangkin kepada mana-mana keluarga seperti penulis untuk dijadikan panduan persekolahan anakanak di luar negara. Bab 3 mengandungi 14 sub bab yang bermulanya kehidupan penulis sebagai Mr. Mama. Penulis sendiri tidak menyangka bahawa dirinya akan memikul tugas yang sememangnya dikenali sebagai tugasan seorang wanita, isteri dan ibu. Tugasan tersebut perlu dilaksanakan secara rutin dan bijak memandangkan isteri penulis perlu fokus dalam pelajaran di samping jadual kelas yang padat. Dalam Bab 3 ini juga, saya sangat mengagumi semangat penulis dan ianya sangat wajar dicontohi. Walaupun penulis memikul tugas sebagai Mr. Mama pada ketika itu, namun penulis telah bekerja sambilan untuk memastikan kecukupan dan kelangsungan hidup yang lebih baik serta segala tanggungan di Malaysia dapat dipenuhi. Salah satu kisah lucu turut diceritakan oleh penulis dalam bab ini mengenai bagaimana beliau berdepan dengan isu komunikasi dalam kalangan rakan sekerja. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 51


Seterusnya, Bab 4 yang mengandungi 14 sub bab menonjolkan sisi kehidupan penulis dan keluarga yang semakin mula menerima segala perubahan serta beradaptasi dengan perubahan tersebut. Disamping itu, penulis sentiasa menambah kenalan baharu untuk membina hubungan yang baik dengan tidak mengira bangsa dan agama. Penulis juga melakukan pelbagai perkara yang belum sempat dan tidak terfikir olehnya untuk dilakukan di Malaysia. Ianya merupakan pengalaman yang sangat menarik telah dikongsikan oleh penulis dalam buku tersebut. Disediakan oleh: Siti Suhana binti Adnan Pustakawan Bahagian Pengurusan Ilmu dan Maklumat Digital Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Manakala Bab 5 dan Bab Akhir, merangkumi sebanyak 16 sub bab yang dapat disimpulkan perjalanan keluarga penulis masih terdapat lagi beberapa insiden yang dapat memberikan panduan dan pengajaran kepada pembaca. Di akhir bab tersebut, isteri penulis berjaya melunaskan pelajaran dalam PhD setelah 3 tahun 6 bulan berada di bumi Lancaster. Sudah pasti segala usaha, pengorbanan dan penat lelah penulis menyokong isterinya akhirnya membuahkan kejayaan yang penuh kemanisan buat mereka sekeluarga. Benarlah di sebalik kejayaan seorang isteri ialah mempunyai suami yang sangat mendukung segala-galanya dan sanggup menjadi seorang Mr. Mama. Coretan perjalanan yang sangat menarik untuk dibaca hingga ke lembaran terakhir. SARI PUSTAKA BIL. 1/2023 | 52


Buku Pink 3.0: Cerita-Cerita Ibu Mengandung Lagi? uku Pink 3.0: Cerita-Cerita Ibu Mengandung Lagi? Ini meneruskan siri cerita yang 15 mereka. Siri 3.0 ini menawarkan 11 orang pengarang yang merupakan petugas dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang bertauliah iaitu Dr. Ainul Arina, Dr. Anna Liza, JM Erma Sharmilla, SN Rosnalizawati Hamzah, JM Harmuny, Dr. Imelda Balchin, Dr. Sakinah Sulong, Dr. Muhammad Izzat, Dr. Aimi Rahayu, Dr. Aliyya Ahmad dan SN Aishah Irene. Menariknya buku ini adalah penceritaan tentang pengalaman sebenar yang dialami oleh petugas-petugas kesihatan dan siri 3.0 ini banyak menumpukan pengalaman semasa dalam tempoh wabak Covid-19 melanda negara. Terdapat pelbagai situasi yang telah dihadapi oleh petugas kesihatan, pesakit dan keluarga pesakit. Salah satu insiden yang amat memberi kesan kepada pembaca ialah mengenai seorang pesakit yang perlu diintubasi kerana peratusan oksigen dalam darah Ainul Arina. Buku Pink 3.0: Cerita-Cerita Ibu Mengandung Lagi?. Penerbitan Kata Pilar (M) Sdn. Bhd., 2022. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 53 lucu, sedih, gembira dan mendebarkan mengenai kehamilan dan kelahiran di samping menyampaikan maklumat dan nasihat kehamilan yang tepat, terus daripada petugas kesihatan dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang bertauliah. Pengarang berharap dengan penulisan ini mampu membentuk masyarakat yang merujuk maklumat yang betul dan berautoriti. Selain itu, ia juga mampu membantu para ibu bapa untuk tidak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan terhadap kebimbangan ibu bapa terhadap kehamilan dan kelahiran bayi


pesakit telah merosot akibat jangkitan Covid-19 dan akhirnya petugas kesihatan telah membuat keputusan untuk menyelamatkan dan mengeluarkan bayinya secara pembedahan setelah mendapat persetujuan daripada keluarga pesakit. Penceritaan ini dapat membuat para pembaca teringat kembali sewaktu wabak Covid-19 sedang melanda negara yang mengorbankan banyak nyawa dan ibu yang sedang mengandung juga adalah tidak terkecuali. Selain itu, pengarang juga menggunakan gaya bahasa yang santai dan mudah untuk difahami oleh pembaca. Sekiranya terdapat terma atau lingo perubatan, pengarang akan menerangkan secara terperinci di hujung setiap bab. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 54 Antara terma yang sangat menarik adalah Jonah yang merupakan lingo staf perubatan yang merujuk kepada keadaan yang luar biasa sibuk. Walaupun pengarang menggunakan gaya bahasa yang santai tetapi buku ini masih menyediakan banyak maklumat yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca antaranya mengenai keguguran. Pengarang menyatakan satu dalam setiap empat wanita pernah mengalami keguguran atau kematian bayi dan 98 peratus keguguran berlaku pada trimester pertama, iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Hanya 2 peratus sahaja berlaku selepas tiga bulan kehamilan. Sebelas (11) faktor utama yang dinyatakan ialah usia wanita, metabolic syndrome, obesiti, merokok atau pendedahan kepada asap rokok, pengambilan alkohol, penyakit kronik, keracunan makanan, cervical insufficiency (pangkal rahim tidak kuat), kehamilan kembar, kafein dan jangkitan. Pengarang juga menulis dengan jelas mengenai kepercayaan tidak benar yang dikatakan boleh menyebabkan keguguran iaitu seperti pengambilan beberapa makanan seperti nanas, air kelapa, air tebu, durian, betik dan buah-buahan lain yang biasa dimakan bahkan ia mengandungi banyak khasiat selagi tidak diambil secara berlebihan (terutama sekali bagi pesakit diabetes). USIA WANITA, METABOLIC SYNDROME, OBESITI, MEROKOK ATAU PENDEDAHAN KEPADA ASAP ROKOK, PENGAMBILAN ALKOHOL, PENYAKIT KRONIK, KERACUNAN MAKANAN, CERVICAL INSUFFICIENCY (PANGKAL RAHIM TIDAK KUAT), KEHAMILAN KEMBAR, KAFEIN DAN JANGKITAN


Menyelak bab demi bab buku ini, banyak iktibar yang boleh diambil bukan sahaja para wanita tetapi juga para lelaki yang bergelar seorang suami atau bapa kerana masih ramai ibu bapa yang mengambil mudah tentang carta pergerakan bayi. Antara tanggapan salah termasuklah berasa sudah memadai “merasa” pergerakan bagi setiap hari tanpa secara objektif mengira atau mencatat di dalam kertas atau buku pink. Ini menyebabkan pesakit terlepas “golden hour” di mana rawatan awal masih boleh menyelamatkan kandungan tersebut. Selain itu, ramai juga ibu bapa sering menangguh pemeriksaan doktor meskipun menyedari tiada pergerakan bayi. Keputusan sebegini sering membawa akibat yang amat dikesalkan kerana malang tidak berbau dan tidak menunggu sesiapa. Selain itu, pengarang menceritakan terdapat enam (6) jenis lelaki di wad bersalin iaitu kaki bola (suami memberi kata sokongan “push” berulang kali walaupun tiada bukaan rahim), romantis (suami yang throwback kenangan manis sewaktu zaman bercinta), mind your own business (suami yang terlena sewaktu isteri sedang meneran), abang (tak berapa) sado (suami yang pengsan sewaktu ternampak SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 55 darah), panik (suami yang terlalu panik dan banyak tanya soalan yang tidak perlu), pengulas tetap (suami yang memaklumkan keadaan “di bawah” setiap saat) dan kaki bebel (suami yang suka berleter kepada isterinya sewaktu sedang melahirkan anak). ENAM (6) JENIS LELAKI DI WAD BERSALIN IAITU KAKI BOLA (SUAMI MEMBERI KATA SOKONGAN “PUSH” BERULANG KALI WALAUPUN TIADA BUKAAN RAHIM), ROMANTIS (SUAMI YANG THROWBACK KENANGAN MANIS SEWAKTU ZAMAN BERCINTA), MIND YOUR OWN BUSINESS (SUAMI YANG TERLENA SEWAKTU ISTERI SEDANG MENERAN), ABANG (TAK BERAPA) SADO (SUAMI YANG PENGSAN SEWAKTU TERNAMPAK DARAH), PANIK (SUAMI YANG TERLALU PANIK DAN BANYAK TANYA SOALAN YANG TIDAK PERLU), PENGULAS TETAP (SUAMI YANG MEMAKLUMKAN KEADAAN “DI BAWAH” SETIAP SAAT) DAN KAKI BEBEL (SUAMI YANG SUKA BERLETER KEPADA ISTERINYA SEWAKTU SEDANG MELAHIRKAN ANAK)


Kehamilan bukan semata-mata menjadi (bakal) ibu, bahkan ia hadir dengan pelbagai harapan, tugas dan tanggungjawab lain. Ia proses alami yang amat besar nilai manusiawinya. Lantaran itu, gelaran ‘ibu’ dan segala keistimewaannya hanya dikalungkan ke leher dan bahu seorang wanita. Perjalanan dari mula hamil, kelahiran, seterusnya menyusu dan mendidik anak, sekalipun indah, tidak terlepas daripada ujian dan komplikasi. Kadangkala mendorong para wanita terpilih ini ke sudut yang terdesak, sehingga ada pihak yang semberono mengambil kesempatan atas ruang ini. Di media sosial terlalu banyak ‘kumpulan’ yang cuba memberi maklumat dan nasihat yang menyeleweng bahkan membahayakan, demi mengaut keuntungan. Lantaran itu naskhah ini lahir, demi memperbetul dan memahamkan masyarakat awam tentang buku pink dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ia sejumlah catatan pengalaman, cerita, dan catatan para petugas kesihatan menangani kehamilan dan kelahiran. Suspens, lucu, sedih, gembira, informatif. Ya, kehamilan tidak semestinya berwarna pink, bukan? Selamat menjadi (bakal) ibu atau bapa. Ini naskhah wajib untuk anda! Disediakan oleh: Akmal Shahmeen bin Ahamad Sabarudin Penolong Pengarah Bahagian Pembinaan Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 56


Warga Emas : Senja yang Kesepian “Orang tua bukan hanya memerlukan bantuan duit, tapi mereka juga perlu perhatian daripada orang-orang mereka sayang seperti anak-anak, cucu”. Kata-kata tersebut merupakan hasil temu bual penyelidikan oleh seorang responden warga emas dan telah diulang sebanyak dua kali di dalam buku ini. Pernyataan tersebut menyentuh hati saya sebagai pembaca kerana saya juga mempunyai kedua ibu bapa saya yang merupakan warga emas. Judul buku yang dinyatakan telah menjelaskan kandungan buku ini iaitu kesepian yang dialami oleh warga emas. Penulis memilih untuk menghasilkan buku ini kerana didapati kurangnya kajian atau buku yang menerangkan tentang masalah kesepian yang dialami oleh warga emas di Malaysia. 16 Warga emas boleh dikategorikan kepada tiga kategori mengikut pengiraan umur kronologi iaitu kategori ‘muda-tua’ (65-74 tahun), ‘pertengahan-tua’ (75-84 tahun) dan ‘tua-tua’ (85 tahun dan ke atas). Kesepian pula menurut Kamus Dewan dan Pustaka (2014) ialah gabungan pelbagai perasaan seperti kekecewaan, putus asa, kesedihan dan ketakutan. Kesepian digambarkan sebagai ‘suatu keadaan jiwa yang hampa atau kosong, perasaan sedih yang menguasai diri kesan daripada tiada kepuasan dalam perhubungan sosial’. Penulis ingin menjelaskan bahawa fenomena kesepian yang dialami oleh warga emas merupakan satu permasalahan kritikal yang perlu ditangani kerana kesepian bertindak sebagai prediktor atau peramal bebas untuk peningkatan risiko kematian awal dalam kalangan warga emas. Siti Zuhaida Hussein. Warga Emas: Senja yang Kesepian. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 57


Penulis mengetengahkan isu ini kerana Malaysia dijangka akan mendapat tahap kependudukan tua menjelang tahun 2030 apabila jumlah penduduk tuanya 15% daripada jumlah penduduk negara. Oleh kerana itu, negara perlu bersiap siaga dalam memastikan kualiti hidup warga emas di Malaysia terpelihara dan seimbang dari segi kewangan, sosial, fizikal dan psikologi. Penulis juga peka bahawa kerajaan telah menggubal dasar berkaitan warga tua pada tahun 2011 iaitu Dasar Warga Emas Negara yang menggantikan Dasar Warga Tua Negara 1995. Dasar ini juga selari dengan hala tuju negara dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Penulis telah menjalankan kajian untuk meneroka fenomena kesepian dalam kalangan warga emas dan memilih warga emas yang tinggal di Daerah Pontian, Johor sebagai responden. Pemilihan daerah Pontian kerana daerah tersebut berisiko tinggi dalam peningkatan penghijrahan penduduk dewasa ke bandar dan penggunaan tenaga buruh wanita disebabkan oleh lokasi Pontian yang berdekatan dengan bandarbandar yang membangun seperti Nusajaya dan Iskandar Malaysia. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 58 Kajian telah dilaksanakan secara dua fasa iaitu fasa 1 (pengumpulan dan analisis data kuantitatif) dan fasa 2 (pengumpulan dan penguraian terperinci data kualitatif; dan penggabungan hasil dapatan kuantitatif dan kualitatif). "TIGA JENIS KESEPIAN DALAM KAJIAN YANG DIJALANKAN IAITU KESEPIAN SOSIAL, KESEPIAN EMOSI DAN KESEPIAN KELUARGA" Terdapat pelbagai jenis kesepian yang telah dikenalpasti tetapi penulis telah mengkategorikan tiga jenis kesepian dalam kajian yang dijalankan iaitu kesepian sosial, kesepian emosi dan kesepian keluarga. Sejumlah 380 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dan lapan orang responden telah dipilih untuk diterokai dengan lebih komprehensif tentang pengalaman kesepian yang mereka alami.


Hasil temu bual secara mendalam mendapati penyebab kesepian yang dialami adalah kerana ‘perubahan gaya hidup’ dan ‘komunikasi terhalang’. ‘Perubahan gaya hidup’ boleh diperincikan dengan ‘kehilangan seseorang yang bermakna’ dan ‘pergerakan fizikal yang terhad’. Kehilangan seseorang yang bermakna seperti ibu bapa dan pasangan sama ada melalui perceraian atau kematian. Bagi maksud fizikal yang terhad pula adalah kerana faktor fizikal yang menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti kecacatan yang dialami kesan komplikasi penyakit kronik. Bagi faktor ‘komunikasi terhalang’, penulis mendapati ‘tiada orang di sisi’ dan ‘tiada sokongan’ merupakan penyebab komunikasi responden terhalang dan terputus yang menyebabkan mereka merasa sepi. Responden berpendapat ruang pergaulan sosial mereka menjadi lebih kecil kerana proses penuaan dan terdapat kekurangan sokongan terutama daripada orang yang rapat seperti keluarga. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 59 Bagi menangani permasalah ini, penulis telah menyenaraikan beberapa strategi pencegahan dan intervensi awal agar warga emas dapat menghadapi penuaan dengan lebih selesa, mengekalkan jaringan sokongan sosial dan meningkatkan kualiti kesejahteraan hidup dari segi fizikal, mental serta kerohanian. Antara strategi yang boleh dilaksanakan adalah program intervensi berkumpulan, terapi haiwan, penggunaan teknologi komputer, amalan keagamaan, kekal berhubung dan pengekalan tahap kesihatan. "PENYEBAB KESEPIAN YANG DIALAMI ADALAH KERANA ‘PERUBAHAN GAYA HIDUP’ DAN ‘KOMUNIKASI TERHALANG"


Beringatlah bahawa kerana kita juga akan tua dan akan mengalami apa yang mereka lalui pada masa akan datang. Disediakan oleh: Anis binti Omar Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 60 Akhir kata, saya merasakan buku ini perlu dan sesuai dibaca oleh semua kelompok masyarakat terutamanya kepada yang masih mempunyai ibu bapa warga emas. Ini kerana ramai yang masih dan tidak peka tentang masalah kesepian yang dialami oleh warga emas. Kita sebagai sokongan sosial dan emosi mereka perlulah menggunakan segala strategi pencegahan bagi mengelakkan fenomena kesepian ini terjadi kepada mereka kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.


Misteri Makanan dan Kanser proses di mana satu populasi sel melepasi kawalan tumbesaran normal untuk menjadi satu tumor yang malignan. Melalui pembacaan saya dapat mengetahui bahawa kanser merupakan penyebab kedua kematian di seluruh dunia dan berdasarkan kajian penulis yang diambil daripada GLOBOCAN 2018 menyatakan bahawa kes kanser telah meningkat sebanyak 18.1 juta kes dan terdapat 9.6 juta kes kematian akibat kanser. Berdasarkan statistik seluruh dunia mengikut jantina pula satu daripada lima lelaki dan satu daripada enam wanita menghidap kanser sepanjang hayat manakala satu daripada lapan lelaki dan satu daripada sebelas wanita meninggal dunia akibat kanser. Walau 17 bagaimanapun data statistik tersebut ada juga menyatakan seramai 43.8 juta penghidap kanser masih hidup dalam tempoh lima (5) tahun selepas didiagnosis. Ini pada pendapat saya pesakit-pesakit tersebut mempunyai semangat yang tinggi untuk pulih dan mengubah diri menjalani kehidupan yang sihat. Buku ini ditulis melalui pengalaman penulis selama 18 tahun yang telah membuat kajian mengenai kaitan penyakit kanser dengan makanan yang kita ambil dalam kehidupan seharian. Apabila saya membaca buku ini, saya dapat mengetahui beberapa konsep asas dalam kanser seperti toksikologi, karsinogen, karsinogenesis, akrilamida, mutasi dan kumpulan-kumpulan makanan yang mempengaruh kanser. Buku ini mengandungi sembilan (9) bab dah setiap bab menerangkan apa itu kanser, Razinah Sharif. Misteri Makanan dan Kanser. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2022. "APA ITU KANSER?" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 61 pa itu kanser? Kanser seperti yang diterangkan dalam buku ini adalah satu


kaitan makanan yang kita ambil dengan kanser, diet yang kita ambil atau amalkan akan meningkatkan risiko kanser, mitos makanan yang menyebabkan kanser dan semua maklumat yang terdapat di dalam buku ini mudah untuk difahami oleh pembaca. Bab 1 menerangkan mengenai apa itu tosikologi, makanan dan kanser. Bab 2 menerangkan kaitan makanan dengan kanser. Bab 3 dan Bab 4 pula akan menerangkan mengenai kaitan garam dan logam berat sebagai karsinogen. Bab 5 memfokuskan mengenai karsinogen dalam makanan yang terhasil daripada pemprosesan makanan itu sendiri atau ketika kita memasak makanan tersebut. Manakala dalam Bab 6 penulis mengupas risiko dan pengambilan akrilamida dalam makanan dan minuman. Di dalam Bab 7, penulis mengupas dengan lebih spesifik punca berlakunya kanser kolorektal melalui diet dan tabiat pemakanan seharian kita. Seperti yang kita semua sedia maklum kanser kolorektal merupakan antara kanser yang tertinggi yang berlaku di Malaysia dan antara punca yang menyebabkan peningkatan ini adalah pengaruh makanan barat yang semakin berleluasa di negara kita. Bab 8 pula membincangkan soal jawab berkaitan kanser makanan yang sering ditanya oleh masyarakat Malaysia. Bagi saya bab ini menarik untuk dibaca kerana ia dapat menjawab beberapa persoalan mitos makanan yang seringkali ditanya sebagai contoh "Adakah makan sate selamat? Adakah penggunaan air fryer boleh menyebabkan kanser? Adakah air dalam botol air mineral yang dibiarkan terlalu lama dalam kereta selamat untuk diminum?" dan sebagainya. Bagi bab yang terakhir iaitu Bab 9 akan menerangkan mengenai konsep makanan sama ada sebagai penyembuh atau racun. "ADAKAH MAKAN SATE SELAMAT? ADAKAH PENGGUNAAN AIR FRYER BOLEH MENYEBABKAN KANSER? ADAKAH AIR DALAM BOTOL AIR MINERAL YANG DIBIARKAN TERLALU LAMA DALAM KERETA SELAMAT UNTUK DIMINUM?" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 62


Melalui pembacaan saya, Bab 6 adalah topik yang paling menarik untuk dibaca kerana ia menerangkan mengenai akrilamida sebagai bahan mempunyai pengaruh paling besar penyebab kanser terhadap manusia merujuk kepada kajian oleh International Agency for Research on Cancer (IARC 1994). Akrilamida dalam makanan terbentuk apabila makanan dipanaskan dengan menggunakan minyak atau digoreng pada suhu tinggi melebihi 120 darjah celcius. Dalam bab ini juga banyak kajian yang telah dijalankan dan mendapati penghasilan akrilamida pada makanan bergoreng adalah bergantung juga kepada suhu minyak, tempoh masa gorengan dan jenis minyak yang digunakan. Para pembaca boleh melihat pada dapatan kajian yang dibuat di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), UKM mengenai corak pengambilan akrilamida dalam makanan bergoreng oleh sekumpulan pelajar di KTSN dan risiko kesihatan akibat pengambilan makanan tersebut. Pada akhir bab ini iaitu Bab 9, penulis menekankan bahawa kita semua perlu mengetahui kaitan antara makanan dengan kanser namun makanan jelas mempunyai watak sebagai penyembuh atau racun dan kita yang perlu mengawal melalui pengambilan dalam makanan seharian kita supaya jangan diambil secara berlebihan yang boleh membawa kepada kemudaratan kepada diri kita. Bak kata penulis, makanan sebagai pelindung atau sebagai racun, andalah yang menentukannya. Disediakan oleh: Soraya Hani binti Mohamed Hatta Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Bahagian Teknologi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 63


Graduan Celik Wang: "Rancang dan bina kewangan, hidup akan tenang tanpa belitan hutang" Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan dan seorang Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada pandangan saya, gabungan nukilan sembilan (9) pensyarah ini telah menjadikan buku ini sebagai kompilasi buku pengurusan kewangan yang terbaik. Buku ini boleh dijadikan rujukan bukan hanya untuk golongan muda malah sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang ingin meningkatkan ilmu dan kemahiran menguruskan kewangan dan membina kebebasan kewangan serta kualiti hidup yang terbaik. 18 Saya tertarik dengan buku ini kerana urusan kewangan dan perbelanjaan berlaku setiap hari dalam hidup kita. Bagaimana kita menguruskannya adalah bergantung kepada kebijaksanaan masingmasing. Bila membaca buku ini dapat membuka minda saya untuk lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan saya dan keluarga seharian. Buku ini mempunyai 11 bab yang menarik yang menerangkan kepentingan menguruskan kewangan dalam kehidupan seharian. Nor Hayati Samba Mohamed dan Zawawi Samba Mohamed, editor. Graduan Celik Wang: Rancang dan Bina Kewangan, Hidup Akan Tenang Tanpa Belitan Hutang. Casamas Resourceses Sdn. Bhd, [2022?]. uku ini merupakan hasil nukilan sembilan (9) orang Pensyarah Kanan Fakulti SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 64


Pengurusan kewangan yang baik adalah bermula dengan kesedaran perbelanjaan. Orang yang celik wang adalah orang yang pandai mengawal perbelanjaan dan pendapatan, iaitu wang keluar dan wang masuk setiap bulan. Mereka perlu berdisiplin dan dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Masyarakat hari ini terdedah dengan banyak lambakan produk yang berjenama dan mahal seperti gajet (telefon, jam pintar, komputer riba dan lain-lain) yang bernilai ribuan ringgit yang menjadi igauan mereka sewaktu di menara gading lagi. Merujuk kepada data daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) menunjukkan ribuan rakyat Malaysia diisytihar muflis setiap tahun dan jumlah data bagi beberapa tahun terakhir adalah 12,051 (2019), 16,482 (2018) dan 18,227 (2017). Seramai 10,317 individu diisytihar muflis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Mac 2020 hingga Julai 2021. Bank Dunia melalui laporannya pada Disember 2019 menganggarkan sejumlah 60% individu muflis di Malaysia berumur antara 25 hingga 44 tahun. Buku ini juga menerangkan pelbagai tip untuk mencapai kebebasan kewangan, menambah pendapatan serta mengurangkan perbelanjaan. Merujuk kepada Robert Kiyosaki, tokoh kewangan terkenal dunia mengatakan kebebasan kewangan dicapai apabila pendapatan pasif seseorang telah melebihi perbelanjaan aktifnya. Golongan muflis ini sering dikaitkan dengan kesilapan yang dilakukan oleh ramai orang yang tidak pandai menguruskan kewangan yang akhirnya membawa mereka kepada pelbagai masalah kewangan. Kesilapan menguruskan kewangan biasanya dilakukan oleh golongan muda antaranya berbelanja melebihi pendapatan yang diperolehi. Kesilapan kewangan yang dilakukan juga menyebabkan mereka dibelit hutang dan kebankrapan. Mereka bukan sahaja tidak menabung malahan menambah hutang setiap bulan menjadikan hutang menjadi besar dan membawa kepada tekanan mental. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 65


Pendapatan pasif adalah pendapatan yang diperoleh tanpa penglibatan aktif seseorang. Contohnya, pendapatan daripada simpanan tetap, pelaburan saham, hartanah dan sebagainya. Pendapatan aktif pula adalah gaji, upah, elaun dan bonus tahunan yang memerlukan penglibatan aktif seseorang. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai kebebasan kewangan turut dinyatakan. Seterusnya disenaraikan pula perkara yang boleh dibuat bagi menambahkan pendapatan. Ada bab yang membicarakan bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan supaya aliran wang dapat dikurangkan dengan memberi sebelas (11) tip menarik antaranya sedar dan ambil tindakan, tentukan matlamat, hadkan perbelanjaan, beli secara tunai, elakkan membeli secara hutang, rancang pembelian, langsaikan hutang atau tambah simpanan, bezakan antara keperluan dan kehendak, simpan resit dan catat transaksi, tambah sumber pendapatan, kurangkan berkunjung ke pusat membelibelah dan rujuk pakar kewangan. Ada perkhidmatan pakar kewangan percuma dari agensi kerajaan iaitu Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kredit (AKPK). Gabungan ilmu menambah aliran "SEDAR DAN AMBIL TINDAKAN, TENTUKAN MATLAMAT, HADKAN PERBELANJAAN, BELI SECARA TUNAI, ELAKKAN MEMBELI SECARA HUTANG, RANCANG PEMBELIAN, LANGSAIKAN HUTANG ATAU TAMBAH SIMPANAN, BEZAKAN ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK, SIMPAN RESIT DAN CATAT TRANSAKSI, TAMBAH SUMBER PENDAPATAN, KURANGKAN BERKUNJUNG KE PUSAT MEMBELI-BELAH DAN RUJUK PAKAR KEWANGAN" wang masuk dan mengurangkan aliran keluar akan membantu kita mencapai aliran tunai positif setiap bulan. Wang amat penting untuk kita semua namun cukupkah sekadar mempunyai wang tanpa mengetahui tanpa ilmu kewangan? Ilmu kewangan sangat penting untuk kita menyeimbangkan pendapatan dengan perbelanjaan kita dan keluarga. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 66


menjana pendapatan pasif, menjadi guru tuisyen, menjadi pemandu grab, menjahit, menyediakan khidmat katering dan sebagainya. Buku ini menekankan pengurusan kewangan dengan lebih bijak adalah dapat menguruskan kewangan tanpa dibelenggu oleh hutang yang membawa kepada muflis atau kebankrapan, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran serta disiplin yang tinggi. Tabiat menabung adalah amalan yang terbaik yang patut dilakukan dari awal memulakan kerja dan berterusan bagi memastikan aliran tunai positif. Saya sarankan buku ini dibaca oleh semua golongan tidak kira golongan muda yang baru memulakan pekerjaan ataupun sesiapa sahaja yang ingin menikmati kebebasan kewangan (financial freedom) dan kebahagian dalam kehidupan. Disediakan oleh: Suhaida binti Mohamad Penolong Pengarah Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM) Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Ilmu kewangan juga dapat mendorong kita untuk membuat keputusan kewangan dengan lebih tepat seperti menggunakan kad kredit secara bijak, mengelak dari membuat pinjaman peribadi, mengelak dari melabur dalam skim ponzi dan skim cepat kaya dan mengelak dari membuat hutang jahat. Ilmu kewangan juga dapat membantu kita mengurus kewangan keluarga dengan lebih baik seperti merancang untuk memiliki rumah sendiri, merancang pendidikan anak-anak dan merancang tabung persaraan. Buku ini dapat menambah ilmu berkaitan pengurusan kewangan dan melatih kita untuk merancang kewangan termasuk menabung atau menyimpan wang secara tetap setiap bulan. Wang simpanan akan menjadi tabung kecemasan sekiranya ditimpa masalah. Buku ini juga berkongsi tip bagi menambah pendapatan bulanan seperti bekerja lebih masa, SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 67


helaian demi helaian disisip sehinggakan tidak menyedari keseluruhan 180 muka surat sudah sampai ke penamatnya. Bertepatan dengan pepatah Inggeris; don’t judge a book by its cover. Jangan menilai sesuatu hanya dengan pandangan luaran sahaja. Pujian harus diberikan kepada pasukan penerbit Patriots Publishing Sdn. Bhd. yang terkenal dengan penghasilan naskhah-naskhah ilmiah dan akademik yang berkualiti merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Secara peribadi, saya turut mengikuti perkembangan syarikat penerbitan ini melalui media sosial dan dapat disimpulkan bahawa penulis-penulis hebat yang bernaung di bawah payung penerbitan ini cukup cintakan subjek sejarah. Telahan saya tepat mengenai sasaran, di mana ianya dapat dibuktikan dengan melihat kategori yang tersedia di laman web rasmi milik mereka di mana tiga kategori utama adalah Jangan Selewengkan Sejarah Melayu II utama naskhah ini iaitu sejarah Melayu. Penulis utama, Helmi Effendy yang bertanggungjawab menghasilkan naskah siri pertama merasakan masih ada banyak lagi yang belum dibentangkan pada siri sebelumnya, maka dengan itu terhasillah siri kedua di mana dua lagi sahabat pena penulis dijemput berganding bahu untuk menjayakan naskah hebat ini. Sejujurnya saya merasakan bahawa buku yang dipilih ini akan digarap secara berat, tambahan dengan visual kulit buku yang memperlihatkan seorang pendekar Melayu purbakala yang memegang senjata Kerambit sudah cukup untuk mengiakan telahan pertama. Namun semuanya berubah setelah 19 Helmi Effendy, et al., editor. Jangan Selewengkan Sejarah Melayu II. Patriots Publishing Sdn. Bhd., 2022. SARI PUSTAKA BIL.1 2023 | 68 angan Selewengkan Sejarah Melayu II ialah kompilasi esei yang berkait dengan subjek


berkaitan sejarah, iaitu sejarah Melayu, sejarah Islam dan sejarah dunia. Naskhah yang dibawakan untuk pembaca kali ini hanyalah secebis dari lautan maklumat dan informasi berkaitan sejarah Melayu yang menunggu untuk diteroka oleh bangsanya sendiri. Isi kandungan memaparkan 28 bab, merangkumi pelbagai genre ketamadunan dan sejarah melayu. Diolah dengan gaya bahasa yang santai agar mudah dicerna oleh minda kerana sejujurnya topik yang diketengahkan oleh naskhah ini agak berat namun penulis bijak bermain dengan emosi pembaca dengan menyuntik elemen nasionalisme dalam permulaan kalam, agar pembaca terus menerus menyisir helaian demi helaian naskhah ini. Ideologinya mudah, penulis menyeru pembaca untuk sama-sama mencari dan mempersetujui salah satu dari puluhan peristiwaperistiwa bersejarah orang Melayu untuk disemat dan dikenang dalam sanubari inidividu sebagai piawaian baru menjadi seorang yang digelar Melayu. Menambah baik piawaian sedia ada bagaimana seseorang individu itu layak digelar Melayu, selain beragama Islam, berbahasa dan mengamalkan adat resam Melayu untuk membenarkan kemelayuannya agar kita dapat merasa pemilikan (self-belonging) kepada DNA Melayu ini. Naskhah ini benar-benar membuka mata para pembaca kerana terdapat banyak faktafakta menarik dan memeranjatkan berkaitan Melayu, yang selama ini kita mungkin tidak tahu akan kebenarannya atau lebih malang lagi jika selama ini kita didendangkan dengan cerita atau informasi yang bertentangan. Lihat bagaimana penulis SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 69 “SEPERTI ANJING, ORANGORANG TEMPATAN DI PESISIR SEMENANJUNG INDIA MENJILAT TANGAN YANG MENDERA MEREKA; TETAPI TIDAK UNTUK ORANG MELAYU; DAN KITA ORANG-ORANG INGGERIS HARUS MENJADI BANGSA YANG PERTAMA MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA SEBUAH BANGSA YANG TIDAK SEWENANGWENANGNYA TUNDUK KEPADA PENJAJAHAN DAN PENINDASAN” - KAPTEN SHEHARD OSBORN, PEGAWAI TENTERA LAUT BRITISH-"


membentangkan bukti bagaimana orang Melayu yang kononnya dimomokkan sebagai bangsa yang pemalas kerana menolak untuk tidak bekerja di lombong-lombong bijih timah ataupun ladang milik British. Keengganan menurut arahan si penjajah ini adalah kerana sikap orang Melayu yang bukan bangsa “penjilat” dan juga sebagai cabang melawan penjajahan tanpa mengangkat senjata. “Seperti anjing, orang-orang tempatan di pesisir semenanjung India menjilat tangan yang mendera mereka; tetapi tidak untuk orang Melayu; dan kita orang-orang Inggeris harus menjadi bangsa yang pertama memberi penghormatan kepada sebuah bangsa yang tidak sewenang-wenangnya tunduk kepada penjajahan dan penindasan”- Kapten Shehard Osborn, Pegawai Tentera Laut BritishSARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 70 Naskhah ini bukanlah untuk mendabik dada dengan menjulang orang Melayu tinggi melangit, sebaliknya seperti yang penulis tekankan, naskhah kali ini dicoret kerana dirinya seorang Melayu dan amat menyayangi bangsanya sendiri. Dewasa ini, terlalu banyak penyelewengan dan tohmahan tidak berasas terhadap sejarah Melayu sehinggakan bangsa tercinta kita dipandang hina di tanah air sendiri. Penulis terpanggil untuk menjernihkan kekeruhan dengan membentangkan hujah dan bukti bahawasanya bangsa Melayu ini adalah bangsa bertamadun yang hebat sebaris tamadun dunia yang lain. Masakan tidak kerana dahulunya Bahasa Melayu itu adalah Lingua Franca (bahasa perantara) yang dituturkan diseluruh pelosok dunia kerana rantau nusantara dahulunya adalah pusat maritim dunia dan pedagang yang berlayar ke nusantara perlu bertutur dalam bahasa Melayu untuk berurusan.


Olahan bab demi bab memperlihatkan kebijaksanaan penulis mencengkam minat pembaca dengan menghidangkan pembacaan yang menarik, pembongkaran demi pembongkaran berserta hujah bagi melawan ideologi palsu yang selama ini dikaburkan pihak tidak bertanggungjawab, selain dari interaksi soal jawab penulis dengan pentaksub dan pengkeji sejarah yang cuba untuk mempersoalkan tamadun bangsa Melayu ini. Pendekatan seumpama ini dilihat baru, sekurang-kurangnya untuk saya, di mana penulis mematahkan fakta palsu oleh warga maya dengan menyelitkan tangkap layar yang diambil dari media sosial bersesuaian dengan arus perdana masa kini dimana segala buah fikiran sama ada negatif atau positif akan dicampakkan di media sosial tanpa mengetahui implikasi sesuatu tindakan itu di masa akan datang. Syabas diucapkan kepada sidang penulis yang berani mengenengahkan isu ini kerana “Sejarah bukan untuk dijadikan bahan propaganda. Sejarah bukan untuk dijadikan bahan penyelewengan”. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 71 Disediakan Oleh: Zul Hazeeq bin Zainul Arriffin Penolong Pengarah Unit Rujukan Luar Negara Perpustakaan Negara Malaysia


remaja, dewasa dan warga emas. Dunia kini tidak dapat lari dari pelbagai jenis masalah psikososial terutamanya dalam kalangan para remaja. Oleh yang demikian, buku ini telah membincangkan secara ringkas dan padat mengenai isu-isu yang berbangkit mengenai psikologi remaja. Apa yang harus difahami oleh semua, khususnya ibu dan bapa adalah pembentukan peribadi dan psikologi anak-anak mereka. Perkara tersebut adalah yang terpenting bagi memastikan kesejahteraan mental anak-anak mereka yang terdiri dari golongan remaja. Buku ini telah menarik perhatian saya peri pentingnya untuk kita mengenali dan memahami sikap remaja tersebut. Hal ini kerana pada usia remaja, terdapat perubahan besar yang dialami oleh mereka terutamanya dari segi biologi dan psikologi. Perubahan tersebut akan menentukan siapa diri mereka yang sebenarnya. Remaja kini sangat mudah memberontak dengan apa jua perkara yang menghalang mereka dari mendapatkan sesuatu. Faktor material adalah perkara yang harus ditekankan oleh ibu bapa terhadap anak-anak remaja mereka, contohnya pakaian, kenderaan dan telefon. Faktor material inilah yang banyak mempengaruhi minda remaja untuk hidup sempurna di dalam dunia fantasi. Ibu bapa haruslah memainkan SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 72 Psikologi Remaja dan Masalah Psikososial 20 Jas Laile Suzana Jaafar. Psikologi Remaja dan Masalah Psikososial. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2023. erdapat empat peringkat umur yang harus diketahui umum, iaitu kanak-kanak,


peranan mereka untuk mendidik anak-anak remaja mereka dengan ilmu agar pembentukan peribadi dan kognitif mereka aman dan sejahtera. Selain itu, kepentingan terhadap fasa akil baligh remaja haruslah diperhatikan dengan sebaiknya. Keutamaan untuk membezakan mana yang baik dan buruk dari segi agama akan mencorakkan akhlak yang baik untuk remaja itu sendiri. Sekiranya buluh dilentur dari rebung, maka masalah psikososial dalam kalangan remaja dapat dirawat dengan baik. Pada fasa ini, remaja akan mengalami konflik identiti diri dan emosi dimana ianya belum terlambat sekiranya remaja ini didedahkan dengan pendidkan kognitif dan moral. Saya amat teruja dengan penulis buku ini kerana beliau telah mendedahkan kepentingan hubungan remaja dengan keluarga dan rakan sebaya. Sebagai manusia tidak kira dewasa atau remaja, baik kanak-kanak ataupun orang tua, semua perlu menjalin hubungan yang baik sesama mereka. Hal ini kerana hubungan yang baik akan memberikan impak yang positif di dalam kehidupan seharian kita. Ia juga memberikan keamanan dan kesejahteraan dalam meneruskan sesebuah kehidupan. Remaja sangat mudah terkesan apabila hubungan kekeluargaan mereka terjejas lalu menimbulkan banyak konflik. Ramai dalam kalangan remaja yang mempunyai masalah sosial disebabkan konflik kekeluargaan. Contohnya seperti kurang kasih sayang ibu bapa, sering dibandingbandingkan antara adik-beradik ataupun saudara-mara, tiada masa bersama keluarga dan sebagainya. Punca inilah yang menjurus mereka untuk mencari orang luar sebagai teman untuk berkongsi masalah. Langkah kanan sekiranya mereka mencari teman yang baik, langkah kiri sekiranya mereka mencari teman yang sebaliknya. Pengaruh rakan sebaya sangat mempengaruhi personaliti diri remaja. Rakan itu umpama cermin. Bagaimana dia, begitulah kita. Oleh itu, carilah rakan dan teman yang baik. “FASA AKIL BALIGH REMAJA HARUSLAH DIPERHATIKAN DENGAN SEBAIKNYA" SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 73


Seterusnya, isu psikososial delinkuensi dan geng. Delinkuensi tidak dapat dipisahkan dengan undang-undang dan ia didefinisikan mengikut masa dan tempat. Bagi negara Malaysia, delinkuensi bermaksud remaja di bawah umur 18 tahun menunjukkan tingkah laku yang bercanggah dengan undang-undang dan ia boleh dihukum menurut undang-undang. Delinkuensi termasuklah mencuri, merogol, membunuh, seks bebas dan lain-lain. Masalah ini mencapai kemuncak pada lingkungan umur antara 15 hingga 17 tahun. Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada perbuatan ini. Antaranya adalah diri sendiri, interpersonal dan persekitaran. Geng pula bermaksud kumpulan orang yang melakukan sesuatu bersama-sama, kebiasaannya untuk perkara jahat. Dikatakan di dalam lembaran ini, aktiviti geng dapat menimbulkan perasaan seronok dan ceria. Maka tidak dapat dinafikan bahawa kumpulan remaja yang terlibat dengan perkara ini merasa puas apabila mereka dapat melakukan keganasan. Sebelum menutup ulasan buku ini, ingin saya mencoretkan bahawa psikologi remaja dan isu psikososial perlu dipantau rapat oleh ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa tidak boleh memberikan alasan kerja maka tiada masa untuk bersama anak-anak mereka. Ibu dan bapa perlu berusaha untuk mencari masa dan membantu dalam perkembangan kognitif dan moral anak-anak mereka. Ibu bapa itu sendiri perlu memainkan peranan dalam hal ini sebelum nasi menjadi bubur, Sebagai penutup, sekiranya anda ingin membantu remaja di dalam keluarga anda, bacalah dan praktikkanlah apa yang dikongsikan oleh penulis. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan umur dan amat berguna untuk masyarakat di luar sana. Titik perubahan itu bermula dari kita! Disediakan oleh: Siti Aqilah binti Md Noor Penolong Pengarah Pusat Bibliografi Negara Perpustakaan Negara Malaysia SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 74


KATALOG BUKU BARU Prairie Lotus The Bear in My Family Magnificent Homespun Brown America and Iran SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 75 Box All the Way to the Top


A Wish in the Dark Outside In Me & Mama King and the Dragon Flies SARI PUSTAKA BIL.1/2023 |76 Before the Ever After ini Get a Grip Vivy Cohen!


SEGMEN PENERBIT SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 77


KANDUNGAN 79 82 84 87 90 14 KUNCI KECEMERLANGAN PELAJAR DI DUNIA DAN AKHIRAT MENCARI REDHA-MU AIR MATA DI BALIK JERIJI BESI: KISAH PENGHUNI PENJARA WANITA STORIES FROM THE DESERTS APA PERSIAPAN KITA BERTEMU ALLAH? SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 78


“Amalan yang dicintai di sisi Allah Ta’ala ialah yang berterusan walaupun sedikit.” 14 Kunci Kecemerlangan Pelajar Di Dunia dan Akhirat merupakan sebuah buku bukan fiksyen. Coretan kata-kata dan huraian motivasi yang digarap oleh penulis untuk disampaikan kepada seluruh insan yang bergelar pelajar. SEGMEN PENERBIT 1 “Amalan yang dicintai di sisi Allah Ta’ala ialah yang berterusan walaupun sedikit.” Seringkali diundang untuk menyampaikan sesuatu ceramah atau memiliki sedikit ruang menyampaikan nasihat kepada para pelajar, lazimnya penulis akan berkongsi beberapa panduan agar mereka beroleh kecemerlangan dalam pelajaran. Segala panduan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau sendiri yang pernah berstatus pelajar dan juga melalui pemerhatian yang kini, sedang menggalas amanah sebagai seorang pendidik kepada para pelajar di sekolah. Setelah sekian lama berkongsi panduan tersebut secara lisan dengan para pelajar, maka beliau mula terfikir, alangkah baik sekiranya kesemua panduan tersebut dijelmakan kepada sebuah tulisan yang ringkas lagi mudah difahami. 14 KUNCI KECEMERLANGAN PELAJAR DI DUNIA DAN AKHIRAT SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 79


Di dalam karya ini, dikongsikan 14 kunci kejayaan kepada pelajar. Bukan sahaja untuk beroleh kejayaan di dunia, malah di akhirat. Antaranya ialah ‘Matlamat Jelas, Niat Ikhlas’, ‘Bijak Menyusun Keutamaan’, ‘Bersegera dalam Kebaikan’, ‘Konsisten Menekuni Pelajaran’, ‘Membina Kekuatan Rohani’, ‘Optimis’, ‘Selektif dalam Pergaulan’, dan terdapat beberapa tips atau kunci kejayaan yang anda boleh dapati dalam tulisan ini. Buku yang ringkas tetapi padat dengan isi yang bermanfaat ini, amatlah dicadangkan untuk dimiliki oleh setiap pelajar. Hal ini kerana, pengisiannya yang mudah difahami kerana menggunakan bahasa yang santai. Menjadi lumrah naluri seorang pendidik yang sudah semestinya mengharapkan yang terbaik kepada anak didiknya. Di setiap kesempatan yang ada, penulis akan menitipkan kata-kata semangat dan nasihat sebagai panduan kepada para pelajar. Di dalam buku ini dikongsikan persoalan dalam kalangan pelajar. Diceritakan terdapat ramai pelajar yang menyatakan keluhan dan kebimbangan mereka di hadapan penulis bahawa, sekalipun mereka rajin hadir ke sekolah. Namun, mereka masih juga gagal untuk memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan. Oleh itu, setelah dibuat soal selidik, maka jelaslah bahawa punca kepada kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh kurangnya tumpuan mereka semasa guru menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas. Hal ini merujuk kepada adab antara pelajar dan guru. Pentingnya seorang pelajar untuk menghormati guru, bukan sahaja dengan bercakap baik, tidak meninggikan suara. Tetapi dengan memberikan tumpuan semasa guru mengajar juga merupakan adab yang perlu ditunjukkan sebagai usaha untuk menghormati guru. Serta dijelaskan dengan lebih lanjut lagi punca kepada permasalahan di atas di dalam buku ini. Dapatkan penerangan lebih lanjut dengan memiliki naskhah ini. Dalam hidup ini, sebagai orang Islam khususnya, kita bukan sahaja mendambakan kejayaan dan kebahagiaan dikecapi di dunia ini. Malah, kita juga dituntut untuk mencari punca kebahagiaan di akhirat kelak. Berjaya di dunia suatu kejayaan, berjaya di akhirat suatu kemestian. Namun, jika kita berjaya di dunia dan akhirat, kita adalah makhluk yang bertuah dan memiliki kejayaan yang sesungguhnya. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 80


Disebabkan itu, sejak dari bangku sekolah penulis cuba untuk memupuk semangat untuk mengecapi kejayaan dalam diri pelajar supaya bukan sahaja ingin mendapat kejayaan kebendaan di dunia, tetapi ketika menempuh alam yang kekal abadi. Sebelum mengakhiri tulisan, penulis ada menyenaraikan beberapa situasi yang mungkin bakal anda lalui sekiranya anda berjaya dalam pelajaran. Iaitu dengan membayangkan keceriaan yang akan terukir pada raut wajah ibu bapa kerana melihat anaknya berjaya dalam pelajaran dan menjadi kebanggan keluarga. Tidakkah kita berasa gembira sekiranya situasi ini benar-benar menjadi realiti pada suatu hari nanti. Pada masa yang sama diandaikan juga beberapa keadaan yang mungkin dihadapi sekiranya pelajar kecundang dalam pelajaran. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dan berada dalam kerugian. Buku ini bukan sahaja dikhususkan kepada pelajar, malah insan yang sudah jauh meninggalkan alam persekolahan juga sesuai untuk memiliki buku. Hal ini kerana, kejayaan di dunia dan akhirat itu sentiasa perlu dicari dan diraih selama mana nyawa masih di kandung badan. Semoga dengan memahami, menghayati dan mempraktikkan semua ‘kunci’ yang dikongsikan menerusi naskhah kecil ini, akan dapat ‘membuka’ pintu kecemerlangan, sama ada di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Disediakan oleh: Solehah Abu Bakar Editor Santai Ilmu Publication SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 81 Mohd Hairi Nonchi. 14 Kunci Kecemerlangan Pelajar Di Dunia dan Akhirat. Santai Ilmu Publication, 2022.


Mencari Redha-MU ditujukan kepada semua manusia di dunia ini khususnya kepada umat Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya menanamkan dalam hati bahawa kehidupan ini hanyalah untuk mendapatkan redha Allah SWT. Kehidupan di dunia ini akan sentiasa dipenuhi dengan kesempitan, kegelisahan, kecemasan, musibah dan kesedihan. Tiada manusia di dunia ini yang terlepas daripada semua ujian ini. 2 “Hidup untuk mencari keredhaan Allah. Bukan untuk mendapatkan pujian manusia.” Dalam buku ini terdapat beberapa kisah realiti kehidupan manusia yang wajar dibaca oleh semua pembaca tanpa mengira umur. Semua kisah yang diceritakan boleh dijadikan ‘ibrah’ dan pedoman hidup. Buku ini ditulis untuk menyedarkan manusia bahawa kehidupan ini adalah satu perjalanan menuju kepada Allah SWT. Dalam perjalanan kehidupan ini, kadangkala kita menginginkan banyak perkara dan terkadang pula banyak keinginan kita itu tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. Mengapa? Kerana kebanyakan keinginan kita bukanlah keperluan sebaliknya kehendak. Buku ini menceritakan tentang kehendak manusia yang amat mengejar puji-pujian daripada manusia sedangkan semua itu tidak ada manfaatnya di penghujung kehidupan manusia sebaliknya kita hanya mahukan redha Allah SWT. Inilah trend manusia pada zaman ini. MENCARI REDHA-MU SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 82


Membaca buku ini akan mengingatkan kita kepada rahmat Allah S.W.T dan keampunan-Nya, bertawakal kepada-Nya, berbaik sangka terhadap-Nya, beriman kepada qada dan qadar-Nya, menjalani kehidupan dalam bingkai hari saat kita hidup, meninggalkan keraguan tentang masa depan, dan selalu mengingat nikmat-nikmat Allah. Memang tidak dapat dinafikan, sebagai manusia biasa kadangkala kita amat kecewa dan bersedih apabila segala keinginan kita tidak dimakbulkan oleh Allah SWT, tetapi percaya dan sentiasalah bersangka baik kepada Allah SWT kerana hanya Allah SWT yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita dan bukan apa yang kita inginkan. Kesimpulannya, buku ini sudah cukup menginsafkan para pembaca agar sentiasa pasakkan niat dalam hati bahawa kehidupan ini hanyalah untuk mencari redha Allah SWT. Biarkan sahaja semua peristiwa pahit yang terjadi dalam kehidupan kita dan jangan disimpan dalam hati kerana kesedihan sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan kesedihan merupakan sesuatu yang amat disenangi oleh syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia daripada mencari redha Allah SWT. Disediakan oleh: Dr. Hajah Sa’adiah Shuib Penerbit Hajah Sa’adiah Shuib Resources Sa’adiah Shuib, and Nadia Kamal, editor. Mencari Redha-Mu. Hajah Sa’adiah Shuib Resources. 2023. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 83 Sa’adiah Shuib dan Nadia Kamal, editor. Mencari Redha-Mu. Hajah Sa’adiah Shuib Resources. 2023.


Air Mata Di Balik Jeriji Besi: Kisah Penghuni Penjara Wanita (AMDBJB) ditulis oleh Sarjan Nazuha Harun yang sudah melalui pengalaman 20 tahun sebagai pegawai penjara dan 15 tahun sebagai fasilitator di bahagian pemulihan. Buku ini merakamkan detik-detik bermakna yang tersembunyi di balik kisah-kisah tragik yang tertera di media massa. AMDBJB menggali suatu sisi lain perwatakan mereka yang bergelar penghuni penjara. Di balik kesilapan yang mengheret mereka menerima akibat berupa hukuman penjara, mereka juga adalah seorang manusia biasa. Nazuha memiliki kemampuan menulis kisahkisah berkaitan penghuni penjara. Naskhah AMDBJB sarat dengan emosi. Saya sebagai seorang lelaki juga sebak dan tersentuh membaca naskhah ini. Penghuni penjara adalah manusia yang juga merupakan seorang anak, suami, isteri, ibu, datuk atau nenek yang memiliki keluarga. Mereka juga secara fitrah adalah insan yang menyesali kesilapan yang terlanjur mereka lakukan. 3 20 kisah penghuni penjara wanita dicatat oleh penulis dalam AMDBJB yang ditulis dengan gaya bahasa yang jelas dan mudah difahami. Itu membuatkan saya sebagai pembaca mudah menikmati emosi yang terkandung dalam kisah-kisah penghuni penjara yang dirakam dalam buku ini. Kisahkisah dalam buku ini ditulis berdasarkan perbualan penulis dengan penghuni penjara itu sendiri, bukan cerita-cerita yang didengar daripada orang lain. AIR MATA DI BALIK JERIJI BESI: KISAH PENGHUNI PENJARA WANITA SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 84


AMDBJB dimulakan dengan catatan penulis tentang permulaan hari di penjara. Penulis menceritakan tentang tugas pegawai penjara membangunkan para penghuni penjara sebelum masuk waktu subuh. Awal pembacaan sudah menyentuh emosi dengan catatan penulis tentang sebahagian penghuni penjara yang sudah bangun seawal jam 4 pagi untuk mandi, solat tahajud dan membaca al-Quran. Sebahagian mereka di balik jeriji besi sangat hebat solat malamnya. AMDBJB menghimpunkan kisah-kisah di sebalik kesalahan berkaitan dadah, pelacuran, pembunuhan, menipu dan buang bayi. Penulis mahir menggambarkan suasana permulaan hari di penjara sehingga membuat saya berasa seolah-oleh menonton dokumentari pagi di jeriji besi. Ayat-ayat ditulis dengan jelas sehingga saya dapat membayangkan perbarisan pagi para penghuni penjara dan keadaan mereka berbaris untuk mengambil sarapan. Menutup bab pertama, penulis merakamkan dialog penghuni penjara yang rindukan roti canai. Saya tersentuh dengan ayat penulis yang mengatakan, ‘Roti canai yang di luar sana bila-bila masa sahaja boleh dibeli jika teringin, menjadi sesuatu yang amat dirindu oleh penghuni di balik jeriji besi'. AMDBJB menghimpunkan kisah-kisah di sebalik kesalahan berkaitan dadah, pelacuran, pembunuhan, menipu dan buang bayi. Ada beberapa bab penulis berkongsi pengalaman bersama Banduan Akhir (BA) yang telah dijatuhkan hukuman mati dan sedang menjalani proses rayuan. Kisahkisah banduan akhir adalah kisah kegemaran saya dalam buku ini. Kisah-kisah berkaitan menyembunyikan kelahiran dan buang bayi dalam buku ini pula membuat saya merasa nyeri dan perut saya memulas. Dalam masa yang sama saya kasihan kepada pemilik kisah itu yang menanggung sakit dan hukuman seorang diri sedangkan lelaki yang bertanggungjawab tidak menerima sebarang hukuman. Dalam AMDBJB, penulis berjaya mencatat pengalaman langsung beliau bersama para penghuni penjara. Buku seperti ini memberi pendedahan kepada masyarakat umum akan betapa mencabarnya menjadi penghuni penjara dan cabaran tugas sebagai pegawai penjara. Menjadi pegawai penjara bukanlah mudah. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 85


Tugas mereka bukan sekadar mengawal keselamatan tetapi meliputi semua aspek; baik dari segi kaunseling, agama dan kebajikan. Bertugas sebagai pegawai penjara memerlukan suatu penghayatan dan keikhlasan yang tidak berbelah bagi. Dalam buku ini, pembaca boleh mendapat gambaran tentang cabaran tugas pegawai penjara lalu dengan itu dapat memahami bidang tugas di penjara. Membaca buku AMDBJB memberi pengetahuan tentang realiti kehidupan di penjara. Bahan bacaan seperti ini boleh memberi tauladan dan panduan tingkah laku kepada pembaca. Selain itu, buku ini boleh membangunkan emosi pembaca dengan sifat empati, timbang rasa, berfikir panjang dan lain sebagainya. Emosi yang tersentuh oleh naskhah AMDBJB memberikan saya rasa keinsafan yang luas melaut. Kita semua sebenarnya terdedah kepada melakukan kesilapan, hanya rahmat Allah yang memelihara kita. Justeru, kisah-kisah yang disajikan dalam AMDBJB diharapkan dapat menyiram lautan rasa syukur dan insaf kepada pembaca kerana Allah memelihara kita daripada melakukan kesilapan yang membawa kepada hukuman. Disediakan oleh: Norudin bin Draman Pengurus Penerbitan Qafbuku SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 86 Nazuha Harun. Air Mata Di Balik Jeriji Besi: Kisah Penghuni Penjara Wanita. Qafbuku, 2023.


Ortega and Gasset once said, “I am myself and my circumstances.” As we mature we experience circumstances some of which we can control and others we cannot. The key to surviving challenges and appreciating the good ones hold the choice we make every day. Some ofthem are pleasant and some ofthem regretful. As individuals, we have decisions to make each day thattouch ourlives. Being thankful forthe career move of her husband, the author settled in one of Arab stunning countries, Oman (officially the Sultanate of Oman). That circumstance took her out of her comfort zones and inspired to see, taste and try new things. That challenged her not only to adapt to and explore new surroundings, but also to bond with difference people, to embrace adventures as they come and to share new and meaningful experiences with friends and families. During the five years of residence in this country, the author has established beautiful bonding with her neighbors (Maryam, Nagham, Joanna) and the one who contributed the most to the narration of this book–her driving lesson teacher, Mr Yasser. 4 STORIES FROM THE DESERTS Ortega andGassetoncesaid, “Iammyselfandmy circumstances.” SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 87


Through new friends, the author understood cultural sensitivity. Knowing diverse cultures and affirming the differences and similarities truly abetted her to interact more assertive and created significantrelationships with others. Ambassador of Oman to Malaysia was asked after reading this book, which chapter he liked the most? The answer was, “I love all stories. Even as an Omani, I myself, have never been to some ofthe places!” This book has been written with full of romantic melancholy by the author. Presented in 400 pages with full color pictures, this book consists of 26 interesting stories. Among them tell about: Dishdasha, is the name called for the traditional attire for Omani men. In Oman, their cloaks have to be long sleeve. Short-sleeved robes are actually worn to sleep for men. It is very rare to see men wearing short-sleeved robes anywhere here, let alone in the mosque. Although it is normal to wear‘kain pelikat’ in other countries, wearing it in public in Oman is considered rude and you can be fined. Its actually undies, worn underneath dishdasha. Abaya has gone through a long history. Whether the black abaya is closely related to culture orreligion, is answered in this chapter. When every baby is born in Oman, a palm tree will also be planted. This palm tree will grow with this baby, and it deliberated as a life insurance for him. It is supposed that this resourceful tree will never let it's owner starve throughout his life. Obsessions about mysticism are also fascinating in Oman. Are Arab jinns more powerful? Of course it seems, when the jinns go to war and rearrange the furniture in the house in the blink of an eye, and so on. The story of the annual witches conference in a cave located in Khor Rori, Salalah is also among the creepy, but exceptional narratives. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 88


As we turn the pages, the stories become more intriguing. The stories of meeting Bedouin descendants (Badar and Yousuf) in the deserts are the highlights of this book. Although Badar and Yousuf are no longer living in the desert, and now work as tour guides, they still preserve the beliefs and culture ofthe Bedouin people. Bedouin tribe’s link is muscularly related to the father or male side. They are from the few populations that still hold on to the ancient Arab ethics of kindness, warmth, honest, good virtues, independence, and love freedom. Most Bedouins are animal herders who wander into the desert during the winter season and return to the cultivated land in the summer months. Bedouins yielded many expressive and beautiful sayings. Among them the popular ones, ‘Ahlan wa Sahlan’ means welcome. While abroad and met with strangers, slowly the author realised that in life, it’s not about where we are going. It’s about where we are from. The more we know about other culture, the more we appreciate our own. Knowledge and exposure truly enriches the writer. May she took something with her, while leaving something good behind. Disediakan oleh: Amizian Azlina Mohd Aminnurdin Penulis Buku Truly Amy Books Gallery Solutions SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 89 Amizian Azlina. Stories from the Deserts. Truly Amy Books Gallery Solutions, 2023.


Apa persiapan Kita Bertemu Allah? ialah buku siri ringkasan kuliah yang penyusun kumpulkan dari siri-siri kuliah yang telah disampaikan oleh Allahyarham Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus. Beliau merupakan seorang pendakwah bebas, perunding motivasi dan antara tokoh ulama yang terkenal di Malaysia. Telah menjadi impian penyusun untuk berkongsi ringkasan kuliah yang disampaikan oleh Almarhum Tuan Guru dengan seluruh anggota masyarakat terutamanya kepada yang tidak dapat mengikuti kuliah-kuliah beliau pada masa hayatnya. SEGMEN PENERBIT 5 “Orang senang belum tentu senang. Orang susah belum tentu susah”. Apa yang menariknya tentang buku ini, penyusun telah mengumpulkan isi-isi penting yang dikutip di dalam kuliah beliau. Penyusun membahagikan ia kepada tiga bab iaitu Bab 1 Ringkasan Kuliah, Bab 2 Amalan dan Bab 3 Penutup. Penyusun juga telah memasukkan satu bab selepas Bab 3 iaitu bibliografi Allahyarham Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus untuk dibaca oleh generasi muda dan generasi akan datang yang menatap buku ini agar mereka tahu dan dapat menghargai bahawa sosok tubuh ini pernah mewarnai dunia dakwah di tanah air kita yang tercinta ini. APA PERSIAPAN KITA BERTEMU ALLAH? SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 90


Di dalam Bab 1 Ringkasan Kuliah, penyusun telah berkongsi 32 isi penting kuliah yang begitu penting untuk dihayati. Antara isi-isi penting ini yang berbekas di hati saya ialah “Orang senang belum tentu senang. Orang susah belum tentu susah”. Mungkin orang susah itu senang, orang senang itu susah”, “Orang senang itu susah (untuk) solat. Orang susah itu senang (untuk) solat”, “Duit yang kita bagi kepada orang itu yang (sebenarnya) kita punya. (Duit) yang kita simpan belum tentu lagi” dan banyak lagi. Manakala di dalam Bab 2 Amalan, penyusun telah berkongsi amalanamalan yang boleh diamalkan di dalam kehidupan hari agar kita beroleh keredaan Allah SWT dan seterusnya akan dimasukkan ke dalam syurga sebagai balasan atas amalan-amalan kita itu. Dan di dalam Bab 3 Penutup, Almarhum Tuan Guru berpesan agar kita sentiasa sibukkan diri dengan mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian yang pasti akan tiba. Usah dirisau dengan rezeki kita kerana telah disiapkan oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya di dalam surah Hud (11:6 )هود ُyang bermaksud: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” Maka usahakanlah diri supaya sibuk beramal di dunia ini agar dapat menuai hasilnya di akhirat kelak. SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 91


Di akhir buku ini penyusun turut berkongsi ucapan takziah oleh sebahagian pimpinan negara dan wakil masyarakat mengenai pemergian Allahyarham Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus yang jatuh pada 8hb Mei 2020 bersamaan dengan 15hb Ramadan 1441 H. Apa persiapan Kita Bertemu Allah? adalah ubat yang menghidupkan hati kita yang sakit dengan nasihat dan amalan. Secara keseluruhannya, saya terkesan dengan isi kandungan buku ini. Disediakan oleh: Muhammad Akmal Puteh Pengurus Penerbitan Maliza Ventures SARI PUSTAKA BIL.1/2023 | 92 Muhammad Akmal Puteh, editor. Apa Persiapan Kita Bertemu Allah?. Syfe Management Sdn Bhd, 2021.


+03-26871700 [email protected] www.pnm.gov.my PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 232 JALAN TUN RAZAK 50572 KUALA LUMPUR


Click to View FlipBook Version