Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Ke-1 / 2021 Tarikh: 18 Januari 2021
Mesyuarat dipanggil oleh: Masa: 09:00 pagi
Encik Edi Osman Bin Ahmad
Pengerusi: Encik Edi Osman Bin Ahmad Lokasi: Lokasi masing-masing
Hadirin: Rujuk senarai kehadiran
Objektif mesyuarat: Pencatat: Cik Norhazlinawati Bt
Ab Aziz
i. Melantik AJK Kurikulum Tahun 2021
ii. Membentangkan tentang jadual waktu
iii. Membentangkan tentang PDPR
iv. Membentangkan tentang PBD
v. Membentangkan tentang pengurusan panitia
vi. Membentangkan tentang penetapan dasar kurikulum
vii. Membentangkan tentang tentang peperiksaan
viii. Membentangkan tentang literasi dan numerasi
ix. Membentangkan tentang PSS/Nilam
x. Membentangkan tentang aktiviti pemulihan
xi. Membentangkan tentang Program Transisi
Agenda mesyuarat:
1. Ucapan alu-aluan
Puan Mashitoh Bt. Pakir Mohamed mengucapkan terima kasih kepada semua
guru atas komitmen dan kerjasama sepanjang tahun 2020. Beliau berharap
dapat meningkatkan prestasi murid dalam apa jua bidang pada tahun 2021. Jadi
1
guru-guru diseru agar sama-sama berganding bahu bagi mencapai hasrat
tersebut.
2. Ucapan alu-aluan Pengerusi
Oleh kerana tidak dapat bersemuka, jadi semua guru perlu melaksanakan
PdPR bagi kelas-kelas yang diajar walaupun mungkin hanya 70-80% sahaja
yang diperolehi oleh murid. PdPR boleh dilaksanakan dalam apa cara
termasuk Google form, Quizziz, Kahoot dan sebagainya supaya dapat
membantu murid-murid di rumah disebabkan Covid-19. Beliau akan
menyemak pelaporan melalui Google Form. Jika pihak PPD atau JPN tidak
memberi Google Form, pihak sekolah akan menyediakannya. Jika guru-guru
menghadapi masalah internet, beliau memberi kebenaran untuk guru hadir ke
sekolah. Mungkin guru-guru lebih selesa untuk melaksanakan pdpr di sekolah
jika terdapat banyak gangguan di rumah. Guru-guru buka sahaja boleh
berkongsi bahan pdpc melalui aplikasi Whatsapp atau Telegram, malah guru-
guru boleh melaksanakan pengajaran secara atas talian samada melalui
Google Meet atau Zoom. Link boleh dikongsi kepada penjaga lebih awal.
Guru-guru dibenarkan untuk menggunakan bilik darjah jika lebih selesa. PBD
perlu dilaksanakan. Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi tentang
pelaksanaan UPSR samada dimansuhkan atau sebaliknya. Jawatankuasa
Kurikulum perlu membuat perancangan jika pdpc secara bersemuka masih
belum boleh dilaksanakan selepas 26 Januari 2021.
2
3. Poin perbincangan
3.1. Lantikan AJK Kurikulum Tahun 2021
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed mengucapkan;
3.1.1. Terima kasih kepada semua guru , ketua-ketua panitia dan penyelaras
program sesi 2020.
3.1.2. Tahniah di atas pelantikan ketua-ketua panitia dan penyelaras yang
baharu dilantik bagi sesi 2021.
3.1.3. Jawatankuasa Kurikulum 2021 yang dibentangkan akan dikongsi di
dalam kumpulan Whatsapp rasmi sekolah.
3.2. Jadual waktu
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.2.1. One page Timetable yang dibentangkan akan dikongsi dalam kumpulan
Whatsapp rasmi sekolah.
3.2.2. Jadual waktu individu tidak akan diberi buat masa ini.
3.2.3. Bagi kelas Tasmik, murid perlu dipecahkan dengan nisbah 1 guru 16
murid. Kelas Tasmik tidak boleh dilaksanakan pada hari Rabu dan Jumaat,
jadi hanya 3 hari sahaja dilaksanakan.
3
3.3. PdPR
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.3.1. Sempena pengumuman PKP di seluruh negeri Pulau Pinang mulai 13
Januari 2021 sehingga 26 januari 2021, maka semua sekolah perlu
menjalankan PdPR bermula 20 Januari 2021.
3.3.2. Jumlah Kelas tahun 2021 ialah 12 kelas ( 2 Positif ditutup)
3.3.3. Tahun 1-6 hanya 2 kelas iaitu Inovatif dan Kreatif
3.3.4. Asas pelaksanaan kurikulum bersemuka dan PdPR perlu mengikut
dokumen penjajaran kurikulum 2.0 dan boleh dimuat turun melalui laman
sesawang BPK.
3.3.5. RPT perlu dirancang dan disusun berdasarkan dokumen penjajaran
kurikulum 2.0 yang boleh dimuat naik di laman sesawang BPK.
3.3.6. Tempoh waktu layar PdPR sekolah rendah ialah 2 jam sehari.
3.3.7. Semua guru dikehendaki mematuhi tempoh waktu yang telah ditetapkan
supaya tidak bertembung dengan waktu lain dan murid mempunyai waktu
rehat.
3.3.8. Bentuk PdPR terpulang kepada guru-guru tetapi sehingga ada arahan
terkini, guru-guru hanya perlu membuat secara atas talian sahaja dahulu.
3.3.9. Guru-guru tidak semestinya mengajar semua kelas dalam satu-satu
masa, sebaliknya boleh mengagihkan kelas mengikut keselesaan.
3.3.10. Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang waktu kelas bagi subjek
tertentu.
3.3.11. Laporan PdPR, pihak sekolah perlu menunggu sehingga link
dalam bentuk Google form atau sebarang bentuk laporan yang diminta
oleh PPD/JPN dimaklumkan.
3.3.12. Guru-guru tidak lagi menggunakan DPM sebaliknya akan
mengunakan e-prema. Namun penggunaan e - prema hanya akan dibuat
apabila sesi persekolahan secara bersemuka bermula nanti.
4
3.4. PBD
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.4.1. Secara atas talian, PBD perlu dijalankan melalui pemerhatian, iaitu
menilai murid yang turut serta dalam PdPR.
3.4.2. Bagi pembelajaran secara bersemuka nanti, PBD perlu dijalankan.
3.4.3. Pentaksiran perlu dilaksanakan dengan adil, telus. Semua murid
layak untuk ditaksir.
3.4.4. Jika terdapat kes-kes khas, perlu diminitkan (masalah disiplin bukan
kes-kes khas)
3.4.5. Dokumen offline disiapkan dari semasa ke semasa,bagi memudahkan
proses jika berlaku pertukaran murid atau pertukaran guru.
3.4.6. Pentaksiran perlu ditanda secara manual dan pelaporan hendaklah
sentiasa boleh diakses bagi memudahkan urusan sekiranya murid atau
guru berpindah.
3.4.7. Tapak pelaporan perlu dicetak dan ditandakan (/ ) dengan pen
sekiranya murid boleh menguasai kemahiran.
3.4.8. Bagi murid tahap 1, guru perlu mencatatkan program intervensi yang
dijalankan pada borang yang telah disediakan, HKM dikumpulkan untuk
Hari Pelaporan PBD.
3.4.9. Murid dikira menguasai mulai TP 3, kecuali murid pemulihan, jika guru
pemulihan mengesahkan telah melepasi, maka baru boleh dinilai dengan
TP3.
3.4.10. PBD adalah pentaksiran yang berterusan dalam sesi pdpc bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan
pencapaian.
3.4.11. Peperiksaan atau ujian boleh dijalankan sebagai pentaksiran
tetapi tidak diselaraskan iaitu dijalankan dalam kelas melalui pdpc
masing-masing tanpa jadual khas.
5
3.5. Pengurusan panitia
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.5.1. Fail Panitia perlu dilengkapkan dengan semua maklumat terkini bagi
tahun 2021 ( biodata guru, carta organisasi, AJK panitia, perancangan,
pelan taktikal dan operasi bagi tahun 2021, minit mesyuarat dan
sebagainya)
3.5.2. Antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan semasa mesyuarat
panitia bil.1/2021 yang akan dijalankan secara atas talian, termasuklah
tentang;
3.5.2.1. perancangan
3.5.2.2. penetapan target
3.5.2.3. program intervensi
3.5.2.4. penggunaan buku latihan
3.5.2.5. jumlah soalan mengikut kelas,
3.5.2.6. minggu panitia
3.5.2.7. program yang akan dijalankan.
3.5.3. Mesyuarat Panitia secara atas talian boleh mula dijalankan selepas
selesai Mesyuarat Induk HEM dan Kokurikulum.
6
3.6. Penetapan dasar kurikulum
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.6.1. Mesyuarat akan dijalankan 4 kali setahun iaitu selepas mesyuarat induk
(Januari, Mac, Julai, dan Oktober).
3.6.2. Panitia perlu membuat penetapan target mengikut ketetapan berikut
3.6.2.1. tahap 1 – kurangkan TP 1dan TP2
3.6.2.2. tahap 2- penekanan kepada peratus menguasai
3.6.3. Semua silibus tahun 6- mesti diselesaikan sebelum berakhir semester
1.
3.6.4. Buku Jilid 1 tahap 1 mesti diselesaikan sebelum berakhir semester 1.
3.6.5. Pentaksiran harus dilaksanakan secara telus.
3.6.6. Jumlah latihan untuk setiap subjek setiap kelas perlu diputuskan dalam
mesyuarat panitia .
3.6.7. Latihan murid hendaklah disemak dalam masa 3 hari .
3.6.8. RPH online wajib disiapkan sebelum kelas.
3.6.9. Pencerapan akan dijalankan 2 kali setahun .
3.6.10. Peperiksaan dijalankan 3 kali setahun ( UP1, PPT, PAT)
3.7. Peperiksaan
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.7.1. Peperiksaan akan dijalankan 3 kali setahun mengikut ketetapan berikut;
3.7.1.1. PPPA/UP1 15-18 Mac 2021
3.7.1.2. PPPP/ PKSR 1 03-07 Mei 2021
3.7.1.3. Percubaan UPSR 26-29 Julai 2021
3.7.1.4. PKSR 2 25-29 Okt 2021
3.7.2. Format penyediaan soalan adalah seperti berikut;
3.7.2.1. Tahap 1- font Comic Sans MS- saiz 12 (x formal)
7
3.7.2.2. Tahap 2– font Arial – saiz 12
3.7.3. SOP peperiksaan perlu dipatuhi( sebelum, semasa, selepas, cover
depan )
3.7.4. Semakan kertas peperiksaan perlu dialukan dengan teliti.
3.7.5. Markah perlu dimasukkan ke dalam SAPS ikut tarikh.
3.7.6. TOV bagi tahun 4 ialah markah UP1.
3.7.7. Markah tov dan etr perlu dimasukkan apbila SAPS dibuka.
3.7.8. SOP perlu dipatuhi setiap kali peperiksaan dari
3.7.8.1. segi penyediaan soalan
3.7.8.1.1. arahan soalan perlu ditaip tidak boleh di “copy” dan
“paste”
3.7.8.1.2. setiap muka surat dimasukkan label muka surat
3.7.8.1.3. gambar adalah terang dan jelas.
3.7.8.1.4. tiada tulisan tangan.
3.7.8.1.5. soalan dan arahan tidak boleh dipisahkan (soalan di muka
surat lain, arahan di muka surat lain)
3.7.8.1.6. Di muka surat terakhir kertas soalan mesti ada ‘disediakan
olej’, ‘disemak oleh’ dan ‘disahkan oleh’.
3.7.8.2. kawalan kelas,
3.7.8.3. kutipan kertas jawapan murid
3.7.8.4. semakan kertas peperiksaan.
8
3.8. Literasi dan numerasi
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.8.1. Semua guru tahap 1 bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik terlibat dalam program literasi dan numerasi sekolah
3.8.2. Sekiranya pembelajaran secara bersemuka boleh dijalankan, ada murid
yang akan dibimbing oleh guru pemulihan namun aktiviti dan program
intervensi literasi dan numerasi tidak diserahkan sepenuhnya kepada guru
pemulihan . Guru subjek yang perlu memainkan peranan.
3.9. Pemulihan
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.9.1. Memandangkan Pn. Shah Liza selaku guru pemulihan telah bertukar
sekolah ke daerah lain, maka ada guru lain yang akan mengambil alih
tempat beliau.
3.9.2. Guru –guru Bahasa Melayu dan matematik perlu banyak membantu
murid kerana ada murid yang masih tidak boleh membaca dan menulis
dengan lancar disebabkan jumlah hari persekolahan yang amat sedikit
pada tahun 2020 akibat tempoh pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP .
9
3.10. PSS/ Program Nilam
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.10.1. Sekiranya pdpc secara bersemuka dibenarkan, program Nilam
akan dijalankan pada waktu perhimpunan , sebaliknya jika perhimpunan
tidak dibenarkan, maka dijalankan pada waktu 1M1S (sehingga bulan
Jun)
3.10.2. Disamping itu, Nilam perlu dijalankan dalam waktu pdpc subjek
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3.10.3. Bacaan nilam murid perlu direkodkan
3.10.4. Guru kelas, guru subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
perlu membantu murid merekodkan bacaan Nilam.
3.11. Program Transisi
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
3.11.1. Mengikut arahan, Program Transisi perlu dilaksanakan selama
43 hari.
3.11.2. ProgramTransisi dijadualkan pada 20 Januari 2021- 26 Mac 2021
3.11.3. Namun akibat PKP, tiada arahan menjalankan transisi secara
PdPR. Sekiranya ada, guru-guru akan dimaklumkan.
3.11.4. Modul telah disiapkan untuk semua murid.
3.11.5. Program ini akan dijalankan secara sisipan sahaja .
3.11.6. Penyelaras Program Transisi ialah Pn. Norul Afida Bt. Elies.
3.11.7. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan
10
4. Hal-hal lain
Pn. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed memaklumkan bahawa;
4.1. Guru-guru perlu menjalankan PdPR dengan penuh amanah
4.2. Guru-guru diseru agar tidak fokus kepada murid yang tidak turut serta tetapi
fokus kepada murid yang bersedia untuk menimba ilmu
4.3. Guru-guru perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk menaikkan prestasi
kurikulum SK Jelutong Barat.
4.4. Jika timbul sebarang isu atau permasalahan, guru-guru perlu berbincang
dengan barisan pentadbir.
4.5. Guru-gur perlu peka kepada arahan-arahan terkini.
4.6. Guru-guru tidak boleh membanding bezakan pelaksanaan arahan antara
sekolah kita dan institusi lain
11
5. Penutup
Ditangguhkan pada jam 11:25 pagi dan mesyuarat kurikulumkali ke-2 tahun 2021
akan diadakan semula pada bulan Mac tahun 2021.
6. Poin Tindakan
Poin Tindakan Siapa Sehingga
Semua guru Sehingga sesi
Menjalankan PdPR mengikut jadual persekolahan
yang telah ditetapkan. bersemuka bermula
31/1/2021
Merancang dan menyusun RPT Semua guru
berdasarkan dokumen penjajaran Ketua panitia 25/1/2021
kurikulum 2.0.
31/1/2021
Menjalankan mesyuarat panitia bil. 1
tahun 2021.
Mengemaskini semua fail panitia. Ketua Panitia
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………….. ……………………………
(NORHAZLINAWATI BT AB AZIZ) (MASHITOH PAKIR MOHAMED)
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran
SK Jelutong Barat SK Jelutong Barat
12
13