INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN - PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGAN TUGASAN 3 – PENULISANNama Pelajar : ABIGAIL FAYE FLORINONo Angka Giliran : 2022072440001No Kad Pengenalan : 041018-12-0168Kumpulan : PISMP BM SK 1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit : 010-9794926Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah : KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa 1Pemeriksa 2A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsuTanda tangan Pelajar: abigail Tarikh : 29/04/2026 B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) Tanda tangan Pelajar : - Tarikh : -
PENGHARGAAN Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Moral (MPU3322) ini dengan jayanya. Selain itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah MPU3322 iaitu, Dr. Janet Jequiline Jolly Tinjol yang sering memberikan tunjuk ajar dan bimbingan tanpa lelah kepada saya sehingga kerja kursus ini berjaya disiapkan. Tidak lupa juga penghargaan yang tidak ternilai kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan moral kepada saya semasa menjalankan kerja kursus ini. Tanpasokongan mereka, tidak mungkin saya akan menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Akhir sekali, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya yang sanggup meluangkanmasa untuk membantu saya meskipun mereka juga sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja kursussendiri.
Isi KandungMuka Surat1.0 Pengenalan…………………………………………………………………………………………………….12.0 Cabaran Jenayah Siber………………………………………………………………………………………12.1 Penipuan Kewangan dalam Talian……………………………………………………………………….1-22.2 Pencurian Identiti……………………………………………………………………………………………...22.3 Penyebaran Maklumat Palsu……………………………………………………………………………...2-32.4 Pelayaran Web Negatif……………………………………………………………………………………….33.0 Kesan Jenayah Siber…………………………………………………………………………………………33.1 Kerugian Wang……………………………………………………………………………………………..3-43.2 Kebocoran Data……………………………………………………………………………………………….43.3 Ketidakstabilan Sosial dan Polarisasi Masyarakat………………………………………………………..43.4 Mengancam Keselamatan dan Kedaulatan Negara……………………………………………………....54.0 Cara Menangani Isu Jenayah Siber dari Perspektif Sosial dalam Kehidupan Masyarakat Setempat dan Global……………………………………………………………………………………………...54.1 Masyarakat Setempat……………………………………………………………………………………...5-64.2 Masyarakat Global………………………………………………………………………………………….6-75.0 Penutup………………………………………………………………………………………………………...7Rujukan…………………………………………………………………………………………………………..8-9
11.0 Pengenalan Umumnya, penggunaan teknologi digital semakin berkembang dari semasa ke semasa. Penggunaan internet dalam teknologi kini telah berubah daripada medium komunikasi kepada medium perdagangan serta sumber ekonomi (Holt & Bossler, 2016). Kita sebagai warga seharusnya menggunakan kemudahan ini secara berhemah bagi tujuan positif seperti pembelajaran, perniagaan dan interaksi sosial. Namun demikian, perkembangan pesat ini turut membuka ruang kepada penyalahgunaan teknologi, khususnya dalam bentuk jenayah siber yang semakin berleluasa dalam masyarakat moden. Menurut Speer (2000), jenayah siber merupakan ancaman keselamatan baharu yang semakin membimbangkan dunia masa kini dan berbeza daripada ancaman konvensional yang lain. Hal ini demikian kerana jenayah siber melibatkan penipuan atau perlakuan jenayah yang dilakukan di alam maya melalui manipulasi teknologi digital bagi memperdaya mangsa demi kepentingan tertentu. Dari perspektif sosial, jenayah siber bukan sahaja merujuk kepada kesalahan jenayah melalui teknologi maklumat dan komunikasi, malah turut menggambarkan kemerosotan nilai moral serta penyalahgunaan ruang digital dalam interaksi masyarakat. Oleh itu, pemahaman yang jelas tentang jenayah siber amat penting agar masyarakat dapat mengenal pasti bentuk ancaman digital serta mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya sebelum menjadi mangsa.2.0 Cabaran Jenayah SiberBerikut merupakan antara cabaran dalam jenayah siber.2.1 Penipuan Kewangan dalam Talian Penipuan kewangan dalam talian merupakan manifestasi utama jenayah siber yang memperlihatkan bagaimana kemajuan teknologi digital turut dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memperdaya pengguna. Menurut Button dan Cross (2017), perkembangan sistem transaksi elektronik telah meningkatkan kebergantungan masyarakat terhadap platform digital, namun pada masa yang sama mewujudkan ruang baharu untuk eksploitasi jenayah. Hal ini jelas dapat dilihat melalui kes Macau Scam yang terkenal di Malaysia. Kes ini telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada mangsa apabila sindiket menyamar sebagai pegawai berautoriti melalui panggilan telefon telah mendakwa mangsa telibat dalam aktiviti haram dan perlu membayar sejumlah wang untuk mengelakkan
2tindakan undang-undang. Buktinya, pada tahun 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sebanyak 5000 kes penipuan kewangan dengan kerugian yang mencecah lebih RM200 juta. Cabaran ini bukan sahaja berpunca daripada kelemahan sistem keselamatan digital, tetapi juga disebabkan tahap literasi kewangan dan celik siber masyarakat yang masih rendah. Impaknya, bukan hanya kerugian kewangan semata-mata tetapi turut menjejaskan kesejahteraan psikologi mangsa di samping menurunkan keyakinan masyarakat terhadap ekosistem ekonomi digital negara.2.2 Pencurian Identiti Pencurian identiti berlaku apabila maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, kata laluan dan data perbankan dicuri untuk tujuan penipuan. Newman dan McNally (2005) menegaskan bahawa data peribadi pengguna kini berfungsi sebagai aset strategik kepada penjenayah siber dalam menjalankan aktiviti penipuan kewangan, penyamaran dan pemalsuan identiti. Contohnya, penjenayah melakukan teknik phishing iaitu pancingan data atau penggodaman pangkalan data yang membolehkan mereka memperoleh akses kepada maklumat peribadi pengguna. Penjenayah akan menyalahgunakan maklumat tersebut untuk membuka akaun pinjaman atau melakukan transaksi haram. Buktinya, pada tahun 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaporkan peningkatan sebanyak 30 peratus dalam kes pencurian dentiti berbanding tahun sebelumnya. Oleh itu, jelaslah bahawa masyarakat kini semakin terdedah kepada risiko keselamatan yang bersifat digital. Lebih membimbangkan, pencurian identiti boleh menjejaskan reputasi serta kedudukan undang-undang mangsa walaupun mereka tidak melakukan kesalahan tersebut secara langsung.2.3 Penyebaran Maklumat Palsu Penyebaran maklumat palsu merupakan cabaran jenayah siber yang memberi ancaman besar terhadap kestabilan sosial kerana hal ini mempengaruhi persepsi, emosi dan tindakan masyarakat secara holistik. Menurut Wardle dan Derakhshan (2017), fenomena penyebaran berita palsu atau information disorder telah menjadi instrumen manipulasi sosial yang mampu membentuk naratif awam secara tidak tepat. Sebagai contoh, berita palsu tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara mengejut semasa pandemik COVID-19. Terdapat individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat bahawa kerajaan akan melaksanakan PKP secara tiba-tiba tanpa sebarang pengumuman rasmi. Keadaan ini telah mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat sehingga mendorong
3berlakunya pembelian panik terhadap barangan keperluan asas seperti makanan dan ubatubatan. Ringkasnya, isu ini berpunca daripada budaya pengguna internet yang cenderung berkongsi maklumat tanpa proses kesahahihan daripada pihak yang bertanggungjawab. Tindakan memuat naik maklumat yang tidak sahih didorong oleh keinginan untuk meraih keuntungan kewangan secara mudah tanpa mengambil kira kesan terhadap masyarakat. Akibatnya, masyarakat berisiko kehilangan keupayaan menilai kebenaran maklumat secara rasional dan seterusnya mudah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.2.4 Pelayaran Web Negatif Pelayaran web negatif merujuk kepada pendedahan terhadap kandungan digital yang berbahaya seperti pornografi, perjudian, budaya ganas dan ideologi ekstremis yang boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah pengguna, khususnya golongan muda. Livingstone dan Haddon (2009) menegaskan bahawa akses internet tanpa kawalan telah meningkatkan kebarangkalian remaja terdedah kepada kandungan yang menjejaskan perkembangan psikososial mereka. Sebagai contoh, akses berterusan kepada laman pornografi atau forum ‘dark web’ boleh menormalisasikan tingkah laku menyimpang serta mengubah persepsi moral pengguna. Dari perspektif sosial, cabaran ini menunjukkan bahawa internet bukan lagi sekadar medium maklumat, tetapi juga agen sosialisasi baharu yang berupaya membentuk nilai, norma dan identiti individu secara langsung. Jika tidak dikawal, fenomena ini berpotensi melahirkan generasi yang terdedah kepada keruntuhan akhlak serta penurunan sensitiviti terhadap nilai kemanusiaan.3.0 Kesan Jenayah SiberBerikut merupakan antara kesan jenayah siber.3.1 Kerugian Wang Jenayah siber mengakibatkan kerugian kewangan kepada individu, organisasi dan negara apabila penjenayah mengeksploitasi kelemahan sistem keselamatan digital bagi menjalankan penipuan kewangan, penggodaman akaun serta transaksi tidak sah. Bukan itu sahaja, jenayah siber berkembang seiring dengan peningkatan penggunaan teknologi digital dalam aktiviti ekonomi, sekali gus memperluas ruang eksploitasi terhadap pengguna internet. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan drastik kes penipuan kewangan atas talian setiap tahun yang mana ribuan rakyat Malaysia telah kehilangan simpanan seumur hidup akibat terpedaya
4dengan panggilan palsu yang menyamar sebagai pihak berkuasa. Oleh itu, kerugian ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan kewangan individu, malah menurunkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan transaksi digital. Perbuatan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997, yang memperuntukkan hukuman terhadap akses tanpa kuasa ke sistem komputer bagi tujuan penipuan.3.2 Kebocoran Data Kebocoran data peribadi akibat jenayah siber mencerminkan kelemahan sistem perlindungan maklumat dalam era digital serta menimbulkan implikasi serius terhadap kesejahteraan psikososial individu. Menurut Castells (2010) dalam teori Network Society, masyarakat moden semakin bergantung pada rangkaian digital sehingga kebocoran maklumat peribadi memberi kesan langsung terhadap identiti dan keselamatan sosial individu.Sebagai contoh, kebocoran data pengguna oleh organisasi atau platform digital yang menyebabkan maklumat pelanggan tersebar dan disalahgunakan untuk pencurian identiti.Pencerobohan privasi ini mewujudkan trauma, kebimbangan dan tekanan psikologi kepada mangsa kerana data peribadi mereka boleh dieksploitasi secara berterusan. Di Malaysia, perlindungan terhadap maklumat peribadi diperuntukkan melalui Akta Perlindungan DataPeribadi 2010 (Akta 709).3.3 Ketidakstabilan Sosial dan Polarisasi Masyarakat Jenayah siber melalui penyebaran berita palsu, fitnah digital dan propaganda ekstrem berpotensi menggugat kestabilan sosial dengan membentuk persepsi awam yang salah serta mencetuskan konflik dalam masyarakat. Menurut Femi Olan et al. (2024), penyebaran berita palsu di media sosial berupaya mempengaruhi pemikiran masyarakat, mengubah persepsi terhadap isu penting dan menjejaskan nilai sosial dalam komuniti digital. Misalnya,penyebaran berita palsu berkaitan isu perkauman atau agama di media sosial yang mencetuskan perbalahan antara komuniti. Oleh itu, situasi ini membuktikan bahawa jenayah siber berupaya merosakkan struktur keharmonian sosial dan meningkatkan polarisasi masyarakat. Penyebaran kandungan palsu boleh diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khususnya berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
53.4 Mengancam Keselamatan dan Kedaulatan Negara Jenayah siber turut berpotensi mengancam keselamatan negara apabila serangan dilakukan terhadap sistem kerajaan, infrastruktur kritikal dan rangkaian strategik negara. Menurut Clarke dan Knake (2010), serangan siber terhadap infrastruktur nasional kini dianggap sebagai bentuk peperangan moden yang boleh melumpuhkan sesebuah negara tanpa penggunaan senjata fizikal. Contohnya, cubaan penggodaman terhadap sistem pangkalan data agensi kerajaan atau rangkaian utiliti strategik seperti bekalan tenaga dan komunikasi. Jika serangan ini berjaya, perkara ini boleh menjejaskan pentadbiran negara, mengganggu perkhidmatan awam serta membuka ruang campur tangan asing dalam urusan keselamatan nasional. Justeru, ancaman ini memerlukan penguatkuasaan undang-undang yang tegas melalui Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) serta kerjasama antara agensi keselamatan digital negara.4.0 Cara Menangani Isu Jenayah Siber dari Perspektif Sosial dalam Kehidupan Masyarakat Setempat dan GlobalBerikut merupakan antara cara menangani isu jenayah siber dari aspek masyarakat setempat dan masyarakat global.4.1 Masyarakat Setempat Pendidikan dan kesedaran keselamatan siber merupakan benteng pertama dalam menangani jenayah siber kerana sebahagian besar serangan digital berpunca daripada kelemahan manusia (human error) seperti mudah mempercayai pautan mencurigakan, berkongsi maklumat peribadi secara terbuka atau gagal mengenal pasti taktik manipulasi psikologi oleh penjenayah. Dalam era digital moden, masyarakat bukan sahaja perlu celik teknologi, malah perlu memahami etika penggunaan internet, teknik perlindungan data dan strategi mengenal pasti ancaman digital. Oleh itu, pendidikan keselamatan siber perlu dijadikan sebahagian daripada budaya pembelajaran sepanjang hayat agar setiap lapisan masyarakat mampu melindungi diri secara proaktif. Sebagai contoh, CyberSecurity Malaysia kerap menganjurkan kempen kesedaran, seminar keselamatan siber, latihan anti-scam serta program advokasi digital kepada pelajar, warga emas dan pengguna internet bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam talian. Langkah ini penting kerana pengguna yang berpengetahuan mampu menjadi lapisan pertahanan pertama terhadap ancaman siber dengan mengesan dan mengelakkan percubaan serangan sebelum berlaku
6kerosakan. Hal ini menunjukkan bahawa pengukuhan literasi digital masyarakat dapat mengurangkan kadar keberkesanan jenayah siber secara langsung. Kedua, perundangan yang komprehensif serta penguatkuasaan yang tegas amat penting bagi memastikan jenayah siber ditangani secara sistematik dan berkesan. Tanpa kerangka perundangan yang jelas, pelaku jenayah siber akan terus mengeksploitasi kelemahan sistem digital kerana merasakan risiko hukuman adalah rendah atau pengesanan sukar dilakukan. Dalam konteks ini, undang-undang perlu sentiasa dikemas kini selaras dengan evolusi teknologi agar mampu menangani bentuk ancaman baharu seperti deepfake fraud iaitu satu bentuk penipuan yang mencuri identiti visual mahupun audio, serangan AI-generated phishingdan eksploitasi data biometrik. Oleh itu, negara Malaysia menggubal Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi menangani kesalahan seperti pencerobohan sistem komputer, penyalahgunaan data peribadi serta akses tanpa kebenaran terhadap rangkaian digital. Penguatkuasaan undang-undang yang konsisten bukan sahaja menghukum pesalah, malah mewujudkan perasaan takut untuk melakukan kesalahanterhadap masyarakat. Selain itu, tindakan undang-undang yang tegas dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap keselamatan transaksi dan komunikasi digital dalam negara.4.2 Masyarakat Global Jenayah siber pada masa kini bersifat rentas negara dan kompleks kerana pelaku boleh beroperasi dari mana-mana lokasi di dunia dengan hanya menggunakan sambungan internet. Situasi ini menyebabkan sesebuah negara tidak mampu menangani ancaman siber secara bersendirian kerana bidang kuasa perundangan terhad kepada sempadan negara masingmasing. Oleh itu, kerjasama antarabangsa perlu diperkukuh melalui perkongsian maklumat risikan, penyelarasan siasatan digital dan perjanjian ekstradisi penjenayah siber antaranegara. Contohnya, kerjasama antara agensi keselamatan negara dengan International Criminal Police Organizations (INTERPOL) serta pusat respons insiden siber serantau membolehkan pengesanan sindiket penipuan antarabangsa, perisian tebusan (ransomware)dan operasi penggodaman berskala global dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan. Tanpa kerjasama global yang menyeluruh, penjenayah siber akan terus mengeksploitasi jurang perundangan antarabangsa dan berlindung di negara yang mempunyai penguatkuasaan lemah. Oleh itu, solidariti antarabangsa merupakan prasyarat penting dalam mengekang jenayah digital moden.
7 Seterusnya, dalam menghadapi ancaman siber yang semakin canggih dan berkembang secara meluas, dunia memerlukan sistem pertahanan yang lebih pintar, pantas dan proaktif. Penggunaan kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin (machine learning) dan analitik data raya (big data analyics) membolehkan ancaman dikesan secara masa nyata melalui analisis pola tingkah laku digital yang mencurigakan. Teknologi ini membantu organisasi dan kerajaan bertindak sebelum serangan berlaku, sekali gus mengubah pendekatan keselamatan siber daripada reaktif kepada pencegahan. Seperti yang kita tahu, banyak negara maju dan syarikat teknologi global menggunakan sistem AI untuk memantau transaksi kewangan mencurigakan, mengesan aktiviti perisian hasad (malware) secara automatik serta mengenal pasti corak serangan perisian tebusan (ransomware) sebelum merebak ke seluruh rangkaian. Pendekatan ini amat relevan dengan keperluan dunia moden kerana ancaman siber hari ini berkembang pada kadar yang jauh lebih pantas daripada kemampuan manusia untuk memantau secara manual. Justeru, integrasi teknologi pintar dalam pertahanan siber menjadi keperluan strategik, bukan lagi pilihan.5.0 Penutup Kesimpulannya, jenayah siber merupakan ancaman alaf baharu yang mampu menjejaskan kesejahteraan individu, masyarakat dan negara. Hal ini berpunca daripada kemajuan teknologi tanpa kawalan yang mengakibatkan seseorang kehilangan nilai integriti dan beretika dalam diri mereka. Jika tidak ditangani dengan baik, jenayah siber berpotensi mengubah persepsi masyarakat terhadap ekosistem digital, menjejaskan kestabilan institusi dan menghambat pembangunan negara dalam era pendigitalan global. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlulah melengkapkan diri dengan literasi digital yang tinggi dan sentiasa berwaspada terhadap taktik licik penjenayah. Kita seharusnya sediakan payung sebelum hujan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan awal sebelum data peribadi kita dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
8RujukanAkta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563). (1997). Malaysia: Penerbitan Rasmi Kerajaan.Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854). (2024). Malaysia: Penerbitan Rasmi Kerajaan.Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). (1998). Malaysia: Penerbitan Rasmi Kerajaan.Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). (2010). Malaysia: Penerbitan Rasmi Kerajaan.Button, M., & Cross, C. (2017). Cyber frauds, scams and their victims. Routledge.Castells, M. (2010). The rise of the network society (2nd ed.). Wiley-Blackwell.Clarke, R. A., & Knake, R. K. (2010). Cyber war: The next threat to national security and what to do about it. HarperCollins.CyberSecurity Malaysia. (2023). “Laporan Tahunan Keselamatan Siber 2023”. CyberSecurity Malaysia.Femi Olan, M., Jayawickrama, U., Arakpogun, E. O., Suklan, J., & Liu, S. (2024). Fake news on social media: The impact on society. Information Systems Frontiers, 26(1), 1–18.
9Interpol. (2023). “Combating Cybercrime in Southeast Asia”. Interpol.Livingstone, S., & Haddon, L. (2009). EU kids online: Final report. London School of Economics and Political Science.Newman, G. R., & McNally, M. M. (2005). Identity theft literature review. U.S. Department of Justice.Polis Diraja Malaysia (PDRM). (2022). “Laporan Tahunan Jenayah Siber”. PDRM.Speer, D.L. (2000). Redefining borders: The challenges of cybercrime. Crime, Law and Social Change 34: 259-273.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). (2023). “Statistik Pencurian Identiti”. MCMC.Thomas J. Holt & Adam M. Bossler. (2016). Technology and Violence. The Wiley Handbook on the Psychology of Violence: 588-603.Wardle, C., & Derakhshan, H. (2017). Information disorder: Toward an interdisciplinary framework for research and policy making. Council of Europe.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN - PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGAN TUGASAN 3 - PENULISANNama Pelajar : ANSTASIA MICHAELNo Angka Giliran : 2022072440002No Kad Pengenalan : 030124-12-1048Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit : 0178369968Alamat E-mel :[email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah : KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa 1Pemeriksa 2A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsuTanda tangan Pelajar: Anastasia Tarikh : 29/04/2026 B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) Tanda tangan Pelajar : - Tarikh : -
1ISI KANDUNGPerkara Muka Surat1.0 KANDUNGAN 22.0 CABARAN JENAYAH SIBER 23.0 KESAN JENAYAH SIBER 34.0 LANGKAH MENANGANI JENAYAH SIBER 45.0 KESIMPULAN 56.0 RUJUKAN 5
21.0 PENDAHULUANPerkembangan pesat teknologi digital telah membawa perubahan besar dalam kehidupan manusia, khususnya dalam aspek komunikasi, ekonomi dan sosial. Namun demikian, kemajuan ini turut membuka ruang kepada peningkatan jenayah siber yang semakin kompleks dan sukar dikawal. Jenayah siber merujuk kepada sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan melalui penggunaan teknologi digital seperti penipuan dalam talian, kecurian identiti dan pencerobohan sistem. Dalam konteks masyarakat madani, isu ini bukan sahaja melibatkan kelemahan teknologi, tetapi turut mencerminkan kemerosotan nilai integriti, etika dan literasi digital dalam kalangan masyarakat.2.0 CABARAN JENAYAH SIBERDalam konteks Malaysia, cabaran utama menangani jenayah siber ialah kekurangan literasi digital, walaupun penggunaan internet semakin meluas. Tahap kefahaman keselamatan siber yang rendah menyebabkan pengguna mudah terdedah kepada penipuan seperti phishing, scam pelaburan dan e-dagang. Situasi ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 67,735 kes jenayah dalam talian direkodkan dari Januari hingga November 2025 dengan kerugian melebihi RM2.7 bilion, mencerminkan trend peningkatan yang serius dan memerlukan perhatian segera, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.Tahun Kerugian (RM) Penerangan2022 851 juta Sumber: The Vibes (2025)2023 1.2 bilion Anggaran laporan PDRM2024 1.57 bilion (peningkatan 84% daripada 2022-2023)35,368 kes penipuandirekodkan2025 2.7 bilion (↑76% daripada 2024) 67,735 kes jenayah siber direkodkan (Jan–Nov 2025)Jadual 1. Trend Peningkatan Kerugian Akibat Kes Jenayah Siber di MalaysiaAnalisis jadual menunjukkan bahawa kerugian akibat jenayah siber meningkat secara eksponen, bukan linear, apabila jumlah kerugian melonjak kepada RM2.7 bilion pada tahun 2025, iaitu peningkatan sekitar 76% berbanding tahun sebelumnya (The Star, 2026). Jikaditerjemahkan, jumlah ini bersamaan kira-kira RM7.4 juta sehari atau lebih RM300,000 sejam, membuktikan bahawa jenayah siber berlaku secara berterusan dan sistematik serta memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi masyarakat.
3Tambahan pula, sebanyak 35,368 kes penipuan dalam talian direkodkan pada tahun 2024 dengan kerugian RM1.58 bilion, menunjukkan bahawa tahap kesedaran tidak selari dengan kefahaman sebenar pengguna. Secara trend, peningkatan daripada RM851 juta pada tahun 2022 kepada RM1.57 bilion pada tahun 2024 (peningkatan 84%) membuktikan bahawa langkah pencegahan sedia ada masih tidak mampu menyaingi evolusi teknik jenayah siber, sekali gus menonjolkan jurang ketara antara literasi digital dan perkembangan teknologi.Cabaran sterusnya ialah jenayah rentas sempadan. Penglibatan sindiket antarabangsa menyebabkan proses pengesanan dan pendakwaan menjadi kompleks serta memerlukan kerjasama rentas negara yang mantap. Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan domestik semata-mata tidak lagi mencukupi dalam menangani ancaman global ini.Khan (2024) menjelaskan bahawa lebih 50% kes jenayah siber melibatkan pelaku dari luar negara, menyebabkan proses pendakwaan menjadi kompleks dan memerlukan kerjasama antarabangsa.Cabaran lain ialah evolusi teknologi. Penggunaan AI dan teknik kejuruteraan sosial menjadikan penipuan lebih meyakinkan. Chuquitucto Cotrina et al. (2024) melaporkan bahawa penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan telah meningkatkan kadar kejayaan serangan siber sehingga 30% lebih tinggi berbanding kaedah tradisional, kerana mampu meniru tingkah laku manusia dengan lebih meyakinkan.3.0 KESAN JENAYAH SIBERJenayah siber memberi impak yang signifikan terhadap aspek ekonomi, sosial dan psikologi masyarakat. Dari sudut ekonomi, kerugian kewangan yang tinggi bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan individu, malah memberi tekanan kepada ekonomi negara melalui peningkatan kos keselamatan siber dan kehilangan keyakinan pelabur. Dari perspektif sosial, jenayah siber menghakis kepercayaan terhadap sistem digital dan menjejaskan perkembangan ekonomi digital negara. Keadaan ini boleh memperlahankan transformasi digital serta menghalang inovasi dalam pelbagai sektor. Dari aspek psikologi pula, mangsa sering mengalami tekanan emosi, trauma dan kehilangan keyakinan diri akibat kerugian yang dialami.Lebih membimbangkan, scam pelaburan merupakan penyumbang terbesar kepada kerugian dengan jumlah melebihi RM1.37 bilion (Malay Mail, 2024), yang menunjukkan kelemahan literasi kewangan dan kecenderungan terhadap peluang keuntungan segera.Contohnya, kes di Malaysia melibatkan seorang doktor yang mengalami kerugian sebanyak RM3.46 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham palsu yang ditawarkan secara dalam talian (Utusan Malaysia, 2024).Mangsa dilaporkan membuat sebanyak 60 transaksi ke
4akaun berbeza, yang menunjukkan bahawa jenayah tersebut dilakukan secara terancang dan melibatkan rangkaian sindiket profesional (Polis Diraja Malaysia, 2024).Secara analitik, kes ini membuktikan bahawa jenayah siber bukan lagi bersifat individu, tetapi telah berkembang menjadi jenayah terancang yang sistematik. Impaknya bukan sahaja melibatkan kerugian kewangan, tetapi turut menjejaskan kestabilan hidup mangsa secara menyeluruh.CyberSecurity Malaysia melaporkan sebanyak 5,181 insiden siber direkodkan antara Januari hingga Oktober 2024, dengan 3,483 kes (sekitar 67%) melibatkan penipuan dalam talian. Tambahan pula, kes kebocoran data dilaporkan meningkat sehingga 1,100% dalam tempoh tertentu (CyberSecurity Malaysia, 2024). Analisis terhadap data ini menunjukkan bahawa jenayah siber bukan sahaja mengancam individu, tetapi turut memberi kesan kepada keselamatan data negara, kepercayaan terhadap institusi digital dan kestabilan ekonomi digital.Secara global, jenayah siber memberi kesan besar terhadap ekonomi, keselamatan, sosial dan kepercayaan terhadap sistem digital. Ia menyebabkan kerugian kewangan yang tinggi kepada individu, syarikat dan kerajaan melalui serangan seperti penipuan dalam talian dan ransomware, di samping meningkatkan kos keselamatan siber. Dari aspek keselamatan, ia mengancam data sensitif serta sistem kritikal negara seperti kewangan, tenaga dan kesihatan. Dari segi sosial pula, penyebaran maklumat palsu boleh mencetuskan ketegangan dan mengganggu keharmonian masyarakat. Secara keseluruhan, jenayah siber menjejaskan keyakinan terhadap teknologi digital dan memperlahankan perkembangan ekonomi digital global.4.0 LANGKAH MENANGANI JENAYAH SIBERBagi menangani jenayah siber secara berkesan, pengukuhan literasi digital perlu dilaksanakan secara sistematik melalui integrasi pendidikan keselamatan siber dari peringkat sekolah hingga institusi pengajian tinggi. Pendekatan ini perlu beralih daripada sekadar kesedaran kepada pembinaan kemahiran praktikal seperti mengenal pasti penipuan, mengurus risiko digital dan membuat keputusan dalam persekitaran dalam talian. Usaha ini penting bagi mengurangkan jurang antara penggunaan teknologi yang tinggi dengan tahap kefahaman keselamatan yang masih rendah dalam kalangan masyarakat.Selain itu, penggunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) perlu diperkasakan melalui pembangunan sistem pengesanan jenayah siber bersepadu di peringkat nasional. Integrasi data antara institusi kewangan, syarikat telekomunikasi dan
5agensi keselamatan membolehkan pengesanan transaksi mencurigakan secara masa nyata serta pelaksanaan amaran awal kepada pengguna. Penggunaan teknologi keselamatan seperti pengesahan dua faktor dan sistem biometrik juga perlu diperluas bagi mengurangkan risiko pencerobohan akaun. Dalam masa yang sama, pengukuhan kerjasama antarabangsa dan penyelarasan undang-undang digital amat penting bagi menangani jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks.Akhir sekali, peranan platform digital, media dan komuniti perlu dipertingkatkan dalam membentuk ekosistem keselamatan siber yang lebih kukuh. Platform digital perlu lebih proaktif dalam memantau kandungan dan menyekat aktiviti penipuan, manakala komuniti berperanan sebagai barisan hadapan dalam melaporkan kes serta menyebarkan kesedaran. Pendekatan bersepadu ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pencegahan, tetapi juga selaras dengan konsep masyarakat madani yang menekankan tanggungjawab bersama dalam memastikan persekitaran digital yang selamat dan beretika.5.0 KesimpulanKesimpulannya, jenayah siber merupakan cabaran besar dalam usaha membina masyarakat madani yang berteraskan nilai integriti dan kepercayaan. Isu ini bukan sahaja melibatkan aspek teknologi, tetapi juga mencerminkan tahap moral dan kesedaran sosial masyarakat. Oleh itu, setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan teknologi secara beretika dan bijaksana. Usaha menangani jenayah siber memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, institusi pendidikan, organisasi dan masyarakat umum. Hanya dengan gabungan ilmu, teknologi dan nilai moral yang kukuh, kita mampu mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan harmoni. Dalam dunia yang semakin terhubung ini, integriti bukan lagi pilihan, tetapi keperluan untuk memastikan teknologi menjadi alat kemajuan, bukan kemusnahan.6.0 RujukanChuquitucto Cotrina, L. K., Silva León, P. M., Reyes Reyes, C. A., & Arbulú Ballesteros, M. A. (2024). Cyber crimes: A systematic review of evolution, trends, and research approaches. Journal of Educational and Social Research, 14(5), 96–110.CyberSecurity Malaysia. (2024). Laporan insiden keselamatan siber 2024. https://www.cybersecurity.myKhan, A. A. (2024). Reconceptualizing policing for cybercrime: Perspectives from Singapore. Laws, 13(4), 44.
6Malay Mail. (2025). Malaysians swindled out of RM2.7b in cyber scams in just 11 months. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/12/08/malaysians-swindled-out-ofrm27b-in-cyber-scams-police-data-reveals/201156National Academies of Sciences, Engineering, and Medicine. (2025). Cybercrime classification and measurement. https://nap.nationalacademies.orgPolis Diraja Malaysia. (2024). Kes penipuan pelaburan RM3.46 juta. https://www.rmp.gov.myThe Star. (2026). Malaysia scam losses rise to RM2.7bil in 2025. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2026/03/24/malaysia-scamlosses-rise-to-rm27bil-in-2025-spike-during-festive-seasonsThe Vibes. (2025). Total of RM1.57 billion lost to online fraud in 2024. https://www.thevibes.com/articles/news Utusan Malaysia. (2024, Mac 21). Terpedaya pelaburan tidak wujud, wanita rugi RM3.46 juta. https://www.utusan.com.my/berita/2024/03/terpedaya-pelaburan-tidak-wujud-wanita rugi-rm3-46-juta/
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAKOTA KINABALU, SABAHPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN- PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGANTUGASAN 3 - PENULISAN Nama Pelajar : CHRISTA VERRALYNE JASLIENo Angka Giliran : 2022072440004No Kad Pengenalan : 040819-12-0964Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit : 01129467326Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah :KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa 1Pemeriksa 2
ISI KANDUNGBil Perkara Muka Surat1.0 Pendahuluan 22.0 Cabaran Menangani Isu Jenayah Siber 3-43.0 Kesan Isu Jenayah Siber 5-64.0 Cara Menangani Isu Jenayah Siber 75.0 Rumusan 8Rujukan 91
1.0 PendahuluanJenayah siber merujuk kepada sebarang bentuk aktiviti jenayah yang melibatkanpenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti komputer, internet, danrangkaian digital untuk menipu, mencuri data, atau merosakkan sistem. Dalamperspektif sosial, jenayah siber bukan sekadar pelanggaran undang-undang, tetapimencerminkan kemerosotan nilai moral seperti kejujuran, amanah dantanggungjawab dalam kalangan masyarakat.Menurut data Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 67,735 kes jenayahsiber dilaporkan antara Januari hingga November 2025 dengan kerugian melebihiRM2.7 bilion (Bernama , 2025). Statistik ini jelas membuktikan bahawa peningkatanpenggunaan teknologi tidak disertai dengan pengukuhan nilai moral dalammasyarakat. Hal ini selari dengan pendahuluan yang menegaskan bahawa jenayahsiber bukan sekadar pelanggaran undang-undang, tetapi mencerminkankemerosotan nilai kejujuran, amanah dan tanggungjawab. Apabila teknologidisalahgunakan untuk tujuan penipuan dan kecurian data, ia menunjukkan bahawakemajuan digital tanpa integriti hanya akan membawa kepada keruntuhan etikasosial dalam kalangan masyarakat.2
2.0 Cabaran Menangani Isu Jenayah SiberSalah satu cabaran utama jenayah siber ialah tahap literasi dan kesedaran digitalmasyarakat yang masih rendah. Walaupun penggunaan internet semakin meluas,ramai pengguna masih kurang pengetahuan tentang keselamatan dalam talian. Halini menyebabkan mereka mudah terpedaya dengan taktik penipuan seperti“phishing”, pautan palsu dan scam pelaburan. Situasi ini menunjukkan bahawausaha pendidikan keselamatan digital masih belum berkesan sepenuhnya dalammelindungi pengguna. Perkara ini dibuktikan melalui laporan The Star (2024) yangmemetik MCMC bahawa rakyat Malaysia mengalami kerugian lebih RM1.34 bilionakibat penipuan dalam talian pada tahun 2023, kebanyakannya melibatkan“phishing” dan scam. Data ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat masih mudahmenjadi mangsa kerana kurang kesedaran dan pengetahuan tentang keselamatandigital.Rajah 1 Laporan The Star (2024)Cabaran seterusnya ialah kesukaran dalam penguatkuasaan undang-undangkerana jenayah siber sering berlaku secara rentas sempadan. Penjenayah bolehberada di luar negara tetapi masih mampu menyasarkan mangsa di dalam negara3
melalui internet. Keadaan ini menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan,menyiasat dan mendakwa pelaku kerana setiap negara mempunyai undang-undangserta bidang kuasa yang berbeza. Selain itu, penggunaan teknologi sepertipenyamaran identiti dan rangkaian digital global menjadikan penjenayah lebih sukardikesan, sekali gus melambatkan proses tindakan undang-undang.Hal ini disokong oleh laporan INTERPOL yang menyatakan bahawa jenayah sibersemakin kompleks kerana sindiket antarabangsa menggunakan rangkaian globaldan teknologi penyamaran untuk mengelakkan pengesanan (INTERPOL, 2023).Rajah 2 Laporan INTERPOOL ; Jenayah Siber4
3.0 Kesan Isu Jenayah SiberKesan jenayah siber dapat dilihat dengan jelas melalui impaknya terhadap individu,masyarakat dan negara, khususnya dari segi ekonomi. Jenayah siber menyebabkankerugian kewangan yang besar kepada mangsa, sama ada individu mahupunorganisasi. Hal ini berlaku apabila mangsa kehilangan wang simpanan atau asetakibat penipuan dalam talian, sekali gus menjejaskan kestabilan kewangan mereka.Dalam masa yang sama, keadaan ini turut memberi kesan emosi seperti tekanan,rasa takut, dan hilang keyakinan terhadap urusan digital kerana mereka berasatertipu dan tidak selamat menggunakan platform dalam talian. Sebagai contoh dalamsatu kes yang pernah terjadi di Malaysia iaitu penipuan melalui aplikasi Snupee Mall,mangsa telah tertarik dengan tawaran pembelian barangan secara dalam talian yangkelihatan meyakinkan, namun barangan yang dibayar tidak pernah diterima. Kes inimenunjukkan bagaimana penipuan e-dagang boleh menyebabkan mangsamengalami kerugian wang secara langsung serta tekanan emosi akibat ditipu.Rajah 3 Berita Awani Polis Buka 54 Kertas Siasatan Berkaitan PenipuanSnupee MallDari sudut sosial pula, jenayah siber menghakis kepercayaan dalam kalanganmasyarakat. Apabila kes penipuan semakin meningkat, individu menjadi lebih curiga5
dalam interaksi digital seperti perbankan dalam talian dan pembelian e-dagang.Keadaan ini melemahkan hubungan sosial kerana interaksi yang sepatutnyamemudahkan kehidupan menjadi tidak lagi dipercayai. Di peringkat global, jenayahsiber turut memberi kesan kepada keselamatan negara apabila sistem kritikal sepertitenaga, perbankan dan kesihatan menjadi sasaran serangan. Contohnya, seranganransomware terhadap Colonial Pipeline pada tahun 2021 telah menyebabkangangguan besar terhadap bekalan bahan api di Amerika Syarikat dan mencetuskanpanik dalam kalangan masyarakat. Kes ini membuktikan bahawa jenayah siberbukan sahaja menjejaskan individu, tetapi juga berpotensi menggugat kestabilansosial dan operasi sesebuah negara.Rajah 4 Serangan Ransomware Terhadap Colonial Pipeline 20216
4.0 Cara Menangani Isu Jenayah SiberBagi menangani isu ini, pendidikan dan literasi digital perlu diperkukuh. Masyarakatharus didedahkan dengan pengetahuan tentang keselamatan siber, termasuk caramengenal pasti penipuan dalam talian dan melindungi data peribadi. Salah satuinisiatif yang telah dilaksanakan ialah program kesedaran oleh CyberSecurityMalaysia melalui kempen CyberSAFE (Cyber Security Awareness for Everyone)yang dijalankan secara berterusan di sekolah, universiti dan komuniti. Program inibertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman siber sertalangkah perlindungan diri dalam talian. Pelaksanaan program seperti inimembuktikan bahawa usaha memperkukuh literasi digital telah diberi perhatianserius dan mampu membantu mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber.Selain itu, penerapan nilai moral seperti integriti, kejujuran dan tanggungjawabperlu diberi penekanan sejak peringkat awal pendidikan. Pembentukan sahsiah yangkukuh dapat mengurangkan kecenderungan individu untuk terlibat dalam jenayahsiber. Dalam hal ini, keluarga dan sekolah memainkan peranan penting sebagai agensosialisasi utama dalam membentuk sikap bertanggungjawab terhadap penggunaanteknologi.Penguatkuasaan undang-undang juga perlu diperkasakan. Kerajaan harusmeningkatkan keupayaan agensi keselamatan siber dengan teknologi terkini sertamemperketat undang-undang berkaitan jenayah digital. Pada masa yang sama,kerjasama antarabangsa perlu diperkukuh bagi membolehkan perkongsian maklumatdan tindakan bersama terhadap penjenayah siber yang beroperasi merentasisempadan. Akhir sekali, penglibatan masyarakat secara kolektif amat penting.Komuniti perlu saling membantu dengan berkongsi maklumat tentang modusoperandi penipuan terkini serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepadapihak berkuasa. Pendekatan ini dapat mewujudkan persekitaran digital yang lebihselamat dan beretika.7
KesimpulanKesimpulannya, jenayah siber bukan sekadar ancaman teknologi, tetapi ujianterhadap nilai moral setiap individu. Dalam dunia digital yang semakin terbuka, setiaptindakan kita sama ada berkongsi maklumat, berinteraksi atau membuat keputusanmencerminkan tahap integriti dan tanggungjawab diri. Kita bukan sahaja perlumelindungi diri daripada menjadi mangsa, tetapi juga memastikan kita tidak menjadipenyumbang kepada penyebaran penipuan atau maklumat palsu. Masyarakat yangselamat bukan terbina melalui teknologi semata-mata, tetapi melalui kejujuran dankesedaran bersama. Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan untukmewujudkan persekitaran digital yang lebih beretika, selamat dan saling dipercayaidemi kesejahteraan bersama. Sama seperti slogan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” olehSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bersamalah kita kongsiyang pasti bukan yang tidak pasti.8
RujukanThe Department of Energy's Energy.gov. https://www.energy.govGasa. Cybercrime. Home. https://www.gasa.orgInterpol. Identify Me: murder victim identified in French cold case. INTERPOL | TheInternational Criminal Police Organization. https://www.interpol.intItucouncil. (n.d.). Jenayah siber. Google Search. https://www.itu.intKeratan akhbar pilihan: Perangkaan Kes jenayah \"Scammer\" Dalam talian Kianmembimbangkan. (2025, April 2).https://www.rmp.gov.my/news-detail/2025/04/02/keratan-akhbar-pilihan-perangkaankes-jenayah-scammer-dalam-talian-kian-membimbangkanMalaysia, C. (2023, May 2). Jenayah siber. CyberSecurity Malaysia.https://www.cybersecurity.myRmp. (n.d.). Cybercrime. Google Search. https://www.rmp.gov.myThe star. (n.d.). Siber.https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/01/15/malaysians-lose-over-rm134-billion-to-online-scams-in-2023-says-mcmc9
0 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN - PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGAN TUGASAN 3 - PENULISANNama Pelajar : DENISSON DOMISSINNo Angka Giliran : 2022072440005NO Kad Pengenalan : 030226-12-1233Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU 3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit : 01136860107Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah : KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa 1Pemeriksa 2A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsuTanda tangan Pelajar: denisson Tarikh : 29/04/2026 B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) Tanda tangan Pelajar : - Tarikh : -
1PENGHARGAANSaya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan yang berkuasa kerana Dialah sumber kekuatan dan kebijaksanaan yang sesungguhnya sehingga saya dapat menyelesaikan kerja kursus MPU 3322 ini dengan jayanya. Seterusnya, saya juga ingin memberikan sekalung penghargaan kepada setiap individu yang sedikit sebanyak telah membantu saya dengan bersungguh-sungguh sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini khususnya pensyarah saya sendiri iaitu Dr. JanetJequiline. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya yang telah bersusah payah membantu saya dengan berkongsi maklumat dan ilmu berkaitan kerja kursus ini walaupun mereka mempunyai kesibukan sendiri dalam melaksanakan kerja kursus masing-masing. Jutaan terima kasih saya ucapkan. DENISSON DOMISSIN
2KANDUNGAN BILANGAN KANDUNGAN HALAMAN1.0 PENDAHULUAN 32.0 ISI UTAMA : CABARAN, KESAN DAN LANGKAH MENANGANI JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL2.1 CABARAN MENGHADAPI JENAYAH SIBER2.2 KESAN JENAYAH SIBER TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBAL2.3 LANGKAH MENANGANI JENAYAH SIBER 3-63.0 KESIMPULAN 6RUJUKAN 7-8LAMPIRAN 9
31.0 PENDAHULUANDalam era globalisasi yang dipacu oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, pembinaan Masyarakat Madani yang berteraskan nilai dan peradaban menjadi aspirasi utama negara. Namun demikian, perkembangan pesat dunia digital turut membuka ruang dan menyumbang kepada peningkatan jenayah siber yang semakin serius dan sukar dikawal. Jika dilihat daripada perspektif sosial, jenayah siber bukan sekadar pelanggaran teknikal seperti penggodaman, tetapi merupakan manifestasi tingkah laku devian yang mencabuli norma masyarakat dan menggugat keharmonian sosial (Wall, 2022). Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dalam menangani isu jenayah siber, termasuk kerajaan, ibu bapa, sekolah dan juga masyarakat (Muhammad Afiq K. & Kamarul Azmi J., 2022). Jenayah siber boleh ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan melalui medium digital dengan tujuan mengeksploitasi individu atau organisasi, termasuk penipuan kewangan, kecurian data, dan penyebaran maklumat palsu(Fuad et.al , 2022). Fenomena ini boleh dijelaskan melalui Teori Kebergantungan Media yang menekankan kebergantungan tinggi masyarakat terhadap teknologi sebagai sumber maklumat utama (Abdullah et.al , 2022). Kebergantungan ini secara tidak langsung meningkatkan risiko manipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. Justeru itu, tanpa penghayatan nilai integriti dan nilai kejujuran, kemajuan teknologi berpotensi untuk menjadi ancaman yang boleh melemahkan struktur sosial masyarakat setempat dan global.2.0 CABARAN, KESAN DAN LANGKAH MENANGANI JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL2.1 CABARAN MENGHADAPI JENAYAH SIBER Cabaran utama dalam menangani jenayah siber ialah tahap literasi digital yang masih rendah dalam kalangan masyarakat khususnya individu yang lahir sebelum
4zaman kecanggihan digital. Walaupun kesedaran terhadap risiko jenayah siber semakin meningkat, kebanyakan pengguna masih kurang mahir dalam mengenal pasti taktik penipuan yang semakin canggih (CyberSecurity Malaysia, 2023). Golongan warga emas khususnya lebih terdedah kepada penipuan dalam talian seperti Macau Scam akibat kekurangan pengetahuan tentang keselamatan digital. Selain itu, sifat dunia siber yang tanpa sempadan menyukarkan penguatkuasaan undang-undang. Penjenayah boleh beroperasi merentasi negara, menjadikan proses pengesanan dan pendakwaan lebih kompleks (Interpol, 2022). Penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai AI turut memberi impak kepada cabaran dalam jenayah siber apabila AI digunakan untuk memanipulasi identiti dan bukti digital, seperti dalam kes deepfake yang semakin berleluasa. Fenomena ini juga boleh dihuraikan melalui Teori Anomie oleh Durkheim, yang menjelaskan bahawa ketiadaan norma yang jelas dalam ruang sosial boleh mendorong individu bertindak di luar batas moral (Durkheim, 1897/1951). Dalam konteks siber, kebebasan tanpa kawalan menyebabkan sesetengah individu menyalahgunakan platform digital untuk menyebarkan fitnah, kebencian, dan maklumat palsu.2.2 KESAN JENAYAH SIBER TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBAL Kesan jenayah siber terhadap masyarakat amat signifikan terutamanya dari segi penghakisan nilai moral dan integriti. Penyebaran berita palsu bukan sahaja mencetuskan kekeliruan, malah merosakkan kepercayaan sosial dalam kalangan masyarakat (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM, 2021). Sebagai contoh, kes penipuan Love Scam di Malaysia telah menyebabkan kerugian mencecah RM58.33 juta pada tahun 2020, sekali gus menunjukkan impak besar jenayah siber terhadap kestabilan ekonomi individu dan keluarga (PDRM, 2021). Di peringkat global pula, kecurian data peribadi telah meningkatkan risiko
5penyalahgunaan identiti yang boleh menjejaskan keselamatan individu secara menyeluruh. Dari perspektif psikologi, jenayah siber seperti buli siber dan gangguan seksual dalam talian memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental mangsa, termasuk tekanan emosi, kemurungan, dan pengasingan sosial (Kowalski et al., 2019). Bagi golongan remaja, pendedahan kepada kandungan tidak bermoral boleh mengganggu perkembangan sahsiah dan prestasi akademik. Kesimpulannya, peningkatan jenayah siber telah mewujudkan persekitaran digital yang tidak selamat dan mengganggu ketenteraman awam. Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati dan tanggungjawab sosial semakin terhakis dan telahdigantikan dengan budaya kecaman dan ketidaksantunan bahasa yang menjejaskan keharmonian masyarakat global.2.3 LANGKAH MENANGANI ISU JENAYAH SIBER Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani isu jenayah siber. Jika dilihat daripada perspektif sosial, jenayah siber memerlukan pendekatan holistik yang melibatkan kawalan sosial formal dan informal. Dari aspek formal, kerajaan perlu memperkukuh perundangan seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan memasukkan elemen hukuman yang lebih tegas serta penggunaan teknologi AI dalam pengesanan awal ancaman siber. Kerjasama antarabangsa melalui organisasi seperti Interpol dan ASEANAPOL juga penting bagi membanteras jenayah rentas sempadan (Interpol, 2022). Selain itu, institusi kewangan dan platform digital perlu meningkatkan sistem keselamatan siber bagi melindungi pengguna daripada penipuan dalam talian. Inisiatif seperti pengesahan dua faktor atau juga dikenali dengan istilah 2FA dan pemantauan transaksi secara masa nyata dapat mengurangkan risiko jenayah.Namun demikian, kawalan sosial informal memainkan peranan yang lebih penting untuk kesan yang lebih berimpak dalam jangka panjang. Pendidikan literasi digital
6perlu diperkasa sejak peringkat sekolah bagi membentuk masyarakat yang celik teknologi dan beretika. Program kesedaran seperti Klik Dengan Bijak perlu diperluas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang keselamatan siber. Dalam konteks keluarga, ibu bapa berperanan sebagai agen sosialisasi utama dalam membentuk nilai moral anak-anak. Penerapan nilai kejujuran, tanggungjawab, dan etika penggunaan teknologi dapat menjadi benteng kepada penglibatan dalam jenayah siber. Selaras dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura, tingkah laku individu dipengaruhi oleh pemerhatian dan persekitaran sosial (Bandura, 1977). Oleh itu, contoh teladan yang baik amat penting dalam membentuk generasi digital yang berintegriti.3.0 KESIMPULANSecara keseluruhannya, jenayah siber merupakan cabaran besar dalam era digital yang bukan sahaja mengancam keselamatan teknologi, malah menggugat nilai sosial dan moral masyarakat. Kemajuan teknologi tanpa penghayatan nilai etika akan membawa kepada keruntuhan peradaban yang serius. Sebagai anggota Masyarakat Madani, setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dengan memikul tanggungjawab moral untuk memastikan ruang siber dimanfaatkan secara berhemah dan berintegriti. Kesedaran kolektif, pengukuhan nilai, serta kerjasama antara pelbagai pihak adalah kunci dalam membendung jenayah siber.Sesungguhnya, di sebalik kecanggihan teknologi, nilai kemanusiaan harus terus dipupuk dan dipelihara agar dunia digital menjadi wadah kesejahteraan bukannya medan kemusnahan. Hanya dengan integriti dan kejujuran, kita mampu membina masyarakat yang benar-benar bertamadun dan sejahtera.
7RUJUKANAbdullah, N. A., Wan Mahmud, W. A., Sharipudin, M. N., & Yusuf, Y. (2022). Filem dan khalayak: Ancaman keselamatan negara. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication.Bandura, A. (1977). Social learning theory. Prentice Hall.CyberSecurity Malaysia. (2023). Cyber security statistics & reports. https://www.cybersecurity.myDurkheim, E. (1951). Suicide: A study in sociology (J. A. Spaulding & G. Simpson, Trans.). Free Press. (Original work published 1897)Fuad, N. S. M., Daud, M., & Yusof, A. R. M. (2022). Memahami Jenayah Siber Dan Keselamatan Siber Di Malaysia: Suatu Pemerhatian Terhadap Pandangan Sarjana Dan Intelektual: Understanding Cybercrime and Cybersecurity in Malaysia: An Observation from The Perspective of Scholars and Intellectuals. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 6(1).INTERPOL. (2022). Cybercrime. https://www.interpol.int/en/Crimes/CybercrimeKowalski, R. M., Giumetti, G. W., Schroeder, A. N., & Lattanner, M. R. (2019). Bullying in the digital age: A critical review and meta-analysis of cyberbullying research among youth. Annual Review of Psychology, 70, 107–137. https://doi.org/10.1146/annurev-psych-010418-102739
8Muhammad Afiq K. & Kamarul Azmi J. (2022). Masalah Buli Siber di Malaysia. Prosiding Seminar Falsafah Sains Dan Ketamadunan Bil 4 Jilid 1, December, 399–406.Polis Diraja Malaysia. (2021). Laporan atau kenyataan media jenayah komersial (Love Scam). https://www.rmp.gov.mySuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2021). Internet users survey 2021. https://www.mcmc.gov.myWall, D. S. (2022). The transnational cybercrime extortion landscape and the pandemic: Changes in ransomware offender tactics, attack scalability and the organisation of offending. Special Issue 5 Eur. L. Enf't Rsch. Bull., 45.
9LAMPIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAHPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN- PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORAL KOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGAN TUGASAN 3 - PENULISANNama Pelajar : EMILYRINA ANTHONYNo Angka Giliran 2022072440006 No Kad Pengenalan : 041105-12-0414 Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORAL Ambilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit 0138133745Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah :KRITERIA20 % KUIZ30 % PEMBENTANGAN50 % PENULISAN100 % JUMLAHPemeriksa 1Pemeriksa 2A. Pengesahan Pelajar: (Diisi semasa menghantar tugasan)Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsurunsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu.Tandatangan Pelajar: emily Tarikh: 29/04/2026B. Pelajar Menerima Maklum Balas Hasil Tugasan:(Diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah)Tandatangan Pelajar: Tarikh:
1KANDUNGANBil. Perkara Muka Surat1.0 Pendahuluan 22.0 Cabaran Jenayah Siber 2 – 33.0 Kesan Jenayah Siber terhadap Masyarakat 34.0 Cara Menangani Jenayah Siber 45.0 Kesimpulan 5Rujukan 6Lampiran 7
21.0 PendahuluanJenayah siber merujuk kepada sebarang aktiviti jenayah yang melibatkan penggunaan komputer, rangkaian internet atau teknologi digital sebagai medium utama. Secara umum, jenayah ialah perbuatan yang melanggar undang-undang dan membawa kemudaratan kepada individu atau masyarakat. Jenayah siber merangkumi aktiviti seperti penggodaman, penipuan dalam talian, kecurian identiti dan penyebaran malware.Perkembangan teknologi maklumat telah memberi pelbagai manfaat kepada manusia, namun pada masa yang sama membuka ruang kepada peningkatan kes jenayah siber. Di Malaysia, jumlah kes jenayah siber meningkat secara ketara dengan lebih 20,000 kes dilaporkan pada tahun 2021 melibatkan kerugian besar (Muharram et al., 2022). Hal ini menunjukkan bahawa jenayah siber merupakan ancaman serius yang perlu ditangani secara berkesan dari perspektif sosial. Dari sudut sosial, jenayah siber bukan sahaja melibatkan kerugian kewangan, tetapi turut memberi kesan kepada kepercayaan masyarakat, keselamatan data dan kestabilan kehidupan digital.2.0 Cabaran Jenayah SiberSalah satu cabaran utama dalam menangani jenayah siber ialah perkembangan teknologi yang terlalu pantas. Penjenayah sentiasa menggunakan teknik baharu seperti phishing, ransomware dan serangan malware yang semakin canggih (Philip, 2024). Hal ini menyebabkan pihak berkuasa sentiasa ketinggalan dalam usaha mengesan dan membanteras jenayah tersebut. Hal ini disokong oleh Philip (2024) dalam kajiannya yang mendapati bahawa evolusi teknologi digital telah meningkatkan kerumitan jenayah siber serta menyukarkan proses pengesanan oleh pihak berkuasa.Selain itu, isu bidang kuasa antarabangsa juga menjadi cabaran besar dalam menangani jenayah siber. Jenayah ini sering berlaku merentasi sempadan negara, menyebabkan proses siasatan dan pendakwaan menjadi rumit kerana melibatkan undangundang yang berbeza (Daud, 2025). Perkara ini disokong oleh Daud (2025) dalam kajiannya yang menjelaskan bahawa kekangan kerjasama antara negara dan perbezaan sistem perundangan menjadi halangan utama dalam usaha membanteras jenayah siber secara berkesan.Akhir sekali, cabaran seterusnya ialah kesukaran dalam pengumpulan bukti digital. Bukti dalam bentuk data elektronik mudah dipadam, diubah atau disembunyikan
3menggunakan teknologi tertentu seperti enkripsi. Hal ini menyukarkan pihak penyiasat untuk mendapatkan bukti yang kukuh dalam sesuatu kes (Hudoud, 2024). Dalam kajian Hudoud (2024), dinyatakan bahawa kekurangan kemahiran forensik digital serta teknologi yang terhad menjadi faktor utama yang menyukarkan proses pengumpulan dan analisis bukti digital.3.0 Kesan Jenayah SiberJenayah siber memberikan kesan yang signifikan kepada individu, organisasi dan juga negara. Dari segi ekonomi, kerugian kewangan merupakan kesan yang paling ketara. Mangsa penipuan dalam talian seperti scam pelaburan, love scam dan pancingan data sering mengalami kerugian dalam jumlah yang besar sehingga menjejaskan kestabilan kewangan mereka (Muharram et al., 2022). Jenayah siber di Malaysia telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit setiap tahun, sekali gus memberi tekanan kepada ekonomi individu dan negara. Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh meningkatkan kadar hutang dan menjejaskan kualiti hidup mangsa.Selain itu, jenayah siber turut memberi kesan besar terhadap reputasi organisasi. Kebocoran data pelanggan atau serangan siber terhadap sesebuah syarikat boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan pengguna terhadap organisasi tersebut (PIKOM, 2024). Insiden kebocoran data bukan sahaja menjejaskan imej syarikat, malah boleh menyebabkan kehilangan pelanggan dan penurunan keuntungan. Kepercayaan merupakan elemen penting dalam dunia perniagaan digital, dan apabila ia terjejas, pemulihannya memerlukan masa yang panjang serta kos yang tinggi.Akhir sekali, dari sudut sosial pula, jenayah siber memberi kesan kepada kesejahteraan emosi dan psikologi mangsa. Individu yang menjadi mangsa penipuan atau buli siber sering mengalami tekanan, kemurungan dan trauma yang berpanjangan. Dalam sesetengah kes, mangsa juga mengalami kehilangan keyakinan diri serta rasa takut untuk menggunakan teknologi digital (Wen, 2025). Kesan psikologi akibat jenayah siber boleh memberi impak jangka panjang terhadap kesihatan mental individu, khususnya dalam kalangan remaja dan pengguna aktif media sosial. Situasi ini menunjukkan bahawa jenayah siber bukan sekadar isu teknologi, tetapi turut melibatkan aspek kemanusiaan.
44.0 Langkah Menangani Jenayah SiberBagi menangani jenayah siber, pelbagai langkah perlu dilaksanakan secara bersepadu oleh semua pihak. Pertama, pihak berkuasa haruslah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan siber. Usaha ini boleh dilakukan melalui kempen pendidikan, ceramah, program literasi digital serta pendedahan berterusan di media sosial agar pengguna lebih peka terhadap ancaman seperti scam dan kecurian identiti. Dengan adanya pengetahuan yang mencukupi, pengguna akan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penjenayah siber, sekali gus dapat mengurangkan risiko menjadi mangsa.Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang perlu dipertingkatkan bagi memastikan jenayah siber dapat dibanteras dengan lebih berkesan. Kerajaan perlu sentiasa mengemas kini undang-undang sedia ada agar selari dengan perkembangan teknologi semasa dan bentuk jenayah baharu. Selain itu, tindakan undang-undang yang tegas terhadap pesalah juga dapat memberi kesan pencegahan kepada masyarakat serta meningkatkan keyakinan terhadap sistem perundangan negara (Daud, 2025).Selain itu, penggunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan forensik digital perlu diperluaskan dalam usaha membanteras jenayah siber (Hudoud, 2024). Teknologi ini membolehkan pengesanan ancaman dilakukan secara automatik, pantas dan lebih tepatberbanding kaedah tradisional. Di samping itu, analisis data digital yang sistematik juga dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti corak jenayah serta menjejaki penjenayah dengan lebih efisien, sekali gus mempercepatkan proses siasatan.Akhir sekali, kerjasama antara pelbagai pihak termasuk kerajaan, organisasi swasta dan antarabangsa amat penting dalam menangani jenayah siber. Hal ini kerana kebanyakan jenayah siber melibatkan rangkaian rentas sempadan yang memerlukan perkongsian maklumat dan kepakaran antara negara. Kerjasama ini bukan sahaja membantu mempercepatkan proses pengesanan, malah membolehkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan berkesan (Wen, 2025).
55.0 KesimpulanKesimpulannya, jenayah siber merupakan ancaman serius dalam era digital yang semakin berkembang pesat. Cabaran seperti kemajuan teknologi, kekangan undang-undang dan kurangnya kesedaran masyarakat menjadikan isu ini semakin kompleks. Kesan jenayah siber pula bukan sahaja melibatkan kerugian kewangan, tetapi turut memberi impak kepada kesejahteraan sosial, reputasi organisasi dan keselamatan negara. Oleh itu, usaha menangani jenayah siber memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, organisasi dan masyarakat. Langkah pencegahan, penguatkuasaan undang-undang, penggunaan teknologi dan pendidikan keselamatan siber perlu dilaksanakan secara bersepadu. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu mengamalkan nilai integriti dan kejujuran dalam penggunaan teknologi. Hanya dengan kesedaran dan tindakan bersama, kita mampu mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan sejahtera untuk generasi masa hadapan.
6RujukanMuharram, A., Rahman, M. A., & Yusof, N. (2022). Cybercrime trends and financial impact in Malaysia. Journal of Cyber Security Studies, 5(2), 45–60.Philip, J. (2024). Emerging technologies and challenges in combating cybercrime.International Journal of Digital Security, 8(1), 12–25.Daud, R. (2025). Jurisdictional issues in cybercrime enforcement across borders. Malaysian Journal of Law and Society, 10(1), 77–90.Hudoud, A. (2024). Digital forensics and challenges in evidence collection. Journal of Information Security and Applications, 65, 103–115.PIKOM. (2024). Cybersecurity outlook in Malaysia: Industry report. Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia.Wen, L. (2025). Psychological effects of cybercrime on victims in the digital age. Asian Journal of Social Psychology, 14(3), 201–215.
7Lampiran
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAKOTA KINABALU, SABAHPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN- PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGANTUGASAN 3 - PENULISANNama Pelajar : FELINTIANA LENSINNo Angka Giliran 2022072440007No Kad Pengenalan : 040918-12-0038Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit 0165133961Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah :KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa1Pemeriksa2
KANDUNGANPERKARA MUKA SURAT1.0 PENDAHULUAN 12.0 ISU JENAYAH SIBER2.1 CABARAN ISU JENAYAH SIBER2.2 KESAN ISU JENAYAH SIBER2.3 CARA MENANGANI ISU JENAYAH SIBER11-22-33-43.0 KESIMPULAN 4RUJUKAN 5
11.0 PENDAHULUANMenurut Parmajaya (2018), pendidikan Moral didefinisikan sebagai asas utama untukmembentuk sahsiah individu yang berintegriti serta melahirkan warganegara yangbertanggungjawab dan berakhlak. Nilai-nilai moral sangat penting untuk diamalkan dalamsetiap diri individu kerana nilai moral berperanan untuk membentuk diri yang mempunyaitingkah laku yang baik serta membantu menghadapi pelbagai cabaran hidup. Kini, masyarakat sering menghadapi isu moral iaitu jenayah siber yang disebabkan oleh teknologiyang semakin maju Menurut Voronkova et al., (2020), jenayah siber dianggap sebagaifenomena jenayah baharu yang muncul akibat kesan langsung daripada perkembanganteknologi. Jenayah siber secara umumnya merujuk kepada suatu perbuatan yang dilakukansecara sengaja atau tidak oleh individu atau kumpulan bagi mendapatkan maklumat secaratidak sah atau pun merosakkan peranti seperti komputer dan peralatan lain yang berkaitdengan perkakasan, perisian dan rangkaian internet. Menurut Fuad et al., (2022), jenayahsiber merujuk kepada segala bentuk kesalahan yang dilakukan melalui rangkaian komputeratau internet, seperti penggodaman sistem, pencurian identiti, penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu, dan eksploitasi seksual atas talian.2.0 ISU JENAYAH SIBERDalam era globalisasi yang dipacu oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, masyarakat kini berdepan dengan pelbagai cabaran baharu, khususnya berkaitan jenayahsiber. Jenayah siber adalah salah satu isu moral yang sering berlaku dalam kalanganmasyarakat. 2.1 CABARAN ISU JENAYAH SIBERIsu jenayah siber sukar untuk diselesaikan kerana terdapat pelbagai cabaran yang munculyang menyebabkan isu ini semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Antara cabarandalam menangani isu jenayah siber ialah masyarakat terutamanya remaja tidak mempunyaikesedaran serta pengetahuan berkaitan penggunaan digital yang baik. Perkara tersebutdisokong oleh Anjani et al., (2024) yang menyatakan bahawa kekurangan kesedaran danpendidikan digital merupakan cabaran besar dalam menangani isu jenayah siber terutamadalam kalangan remaja yang lebih terdedah kepada dunia maya. Individu yang kurangpengetahuan berkaitan penggunaan digital yang betul akan menyebabkan mereka sukaruntuk membezakan cara penggunaan teknologi yang tepat atau salah. Misalnya, terdapatindividu yang berpendapat bahawa menggunakan teknologi untuk melakukan aktiviti sperti